Anda di halaman 1dari 60

KEPENTINGAN UJIAN SARINGAN

KESIHATAN

SEJAUH mana anda menyedari kepentingan ujian saringan dan menjalani pemeriksaan itu?
Kebanyakan orang kurang sedar malah ada segelintir tidak tahu langsung apakah itu ujian
saringan dan keperluannya dalam memelihara kesihatan.
Ujian saringan adalah kajian atau penilaian untuk mengesan simptom awal penyakit kronik bagi
memudahkan pencegahan dan rawatan.
Pakar Perubatan Keluarga Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Dr. Nani Deraman
berkata, ujian saringan terbahagi kepada banyak jenis dan satu daripadanya yang sering digalak
serta diberi penekanan untuk dijalankan adalah Ujian Saringan Kardiovaskular .
Katanya, dengan Ujian Saringan Kardiovaskular, doktor akan melakukan tiga ujian iaitu tekanan
darah, kandungan gula dalam darah dan paras kolesterol dalam darah untuk mengesan penyakit-
penyakit kronik berkaitan jantung.
"Pemeriksaan tekanan darah dilakukan untuk mengesan penyakit darah tinggi atau darah
rendah, kandungan gula dalam darah bagi kencing manis dan paras kolesterol dalam darah
untuk memastikan tahap kolesterol seseorang.

"Doktor akan mengambil satu sampel darah dari badan seseorang untuk ketiga-tiga ujian ini dan
ia akan dihantar ke makmal bagi memperoleh keputusan tepat.
"Jika seseorang mempunyai penyakit atau berisiko mendapat penyakit kronik, doktor akan
merawatnya melalui ubat, memantau dan memberikan cara terbaik mengatasi serta
mengawalnya supaya ia tidak menjadi serius," katanya ketika dihubungi, baru-baru ini.
Nani memberitahu, bagaimanapun, masyarakat dilihat kurang menjalankan ujian saringan atas
beberapa faktor antaranya tidak mempunyai kesedaran mendalam mengenai kepentingan
pemeriksaan itu dan kesibukan masa.
Justeru, beliau menggesa orang ramai supaya melakukan ujian saringan kerana ia amat penting
dalam menunjukkan keadaan kesihatan semasa mereka dan mampu mengurang atau
mengelakkan risiko dijangkiti penyakit kronik berkaitan kardiovaskular.
Beliau berkata, penyakit darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi adalah faktor
utama menyumbang kepada penyakit jantung yang menjadi penyakit pembunuh nombor satu di
negara ini.
Menurutnya, secara normal, seseorang digalak menjalankan ujian saringan sekali setiap tahun
bermula usia 40 tahun dan ke atas.
Bagaimanapun, individu yang mempunyai sejarah keluarga berpenyakit kronik dinasihatkan
berjumpa doktor pada usia lebih muda untuk mengetahui secara lanjut mengenai ujian saringan
ini, ujian saringan lain dan tempoh bersesuaian menjalankan pemeriksaan berkenaan.
"Seseorang boleh menjalankan ujian saringan di mana-mana klinik kerajaan dan hospital, klinik
serta makmal swasta yang menyediakan perkhidmatan berkenaan.
"Mereka perlu berpuasa selama lapan jam sebelum boleh menjalani ujian saringan.
"Tempoh ujian saringan hanya beberapa minit namun keputusan tepatnya akan diperoleh dalam
jangkamasa kira-kira seminggu jika dijalankan di hospital, klinik dan makmal swasta serta
sebulan di klinik kerajaan," ujarnya.

Penting buat
pemeriksaan kesihatan
secara berkala: Jahid
13th February, 2012
TAMPARULI: Masyarakat di daerah ini
dinasihati untuk menyedari kepentingan
pemeriksaan kesihatan secara berkala
dan amalan hidup sihat sejak usia muda
bagi mencegah sebarang penyakit.
Pembantu Menteri Belia Dan Sukan Sabah
Datuk Jahid Jahim berkata pakar
perubatan dan kajian Kementerian
Kesihatan mendapati kebanyakan yang
mempunyai penyakit adalah mereka yang
mengamalkan gaya hidup tidak sihat,
termasuk aktif merokok.
Katanya, langkah pencegahan awal harus
diambil kerana banyak penyakit yang kini
menjadi masalah global tanpa mengenal
usia serta menyerang negara miskin dan
sedang membangun di rantau Asia
Tenggara, yang mencatatkan peningkatan
kematian secara mendadak.
Beliau berkata demikian dalam ucapannya
semasa merasmikan Mini Kem Kesihatan
anjuran bersama Jabatan Kesihatan
Tuaran, JKKKKg Lapai, Pergerakan
Pemuda dan Wanita PBS Bahagian
Tamparuli di dewan Kg. Lapai Tenghilan,
dekat sini Sabtu lalu.
Jahid yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (Adun) Tamparuli berkata
kesihatan yang baik juga mempengaruhi
kecergasan seseorang untuk melakukan
tugasan harian.
Mungkin ada yang bertanya apa perlunya
pemeriksaan kesihatan sedangkan
mereka berasa cukup sihat? Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) mendefinisikan
kesihatan adalah sihat dari segi fizikal,
mental dan sosial dan bukan hanya
sekadar bebas dari segala penyakit atau
ketidakupayaan.
Apabila kita kekalkan kesihatan yang
baik, minda juga cerdas dan badan juga
cergas untuk membuat apa sahaja bentuk
pekerjaan seharian, kata Jahid lagi.
Katanya, ada yang takut menjalani
pemeriksaan kesihatan, dengan alasan
bimbang jika keputusannya kelak
menunjukkan mereka menghidap
penyakit tertentu.
Kebimbangan ini sebenarnya tidak
berasas kerana lebih cepat sesuatu
penyakit dikesan, lebih baik supaya kita
boleh mendapatkan rawtan sewajarnya
dengan kadar segera.
Malah kaedah rawatan lebih mudah dan
murah jika penyakit masih di peringkat
awal, jelasnya lagi.
Pada program itu, sebanyak tiga ceramah
kesihatan disampaikan iaitu mengenai
penyakit darah tinggi, Diabetes, Tibi dan
pemakanan seimbang.
Antara lain kaunter yang menyediakan
khidmat pemeriksaan kesihatan adalah
bahagian pergigian, pemeriksaan penyakit
Tibi, tekanan darah dan kandungan gula.
Selain itu, pihak penganjur turut
membuat kelainan dengan membuat
cabutan nama-nama bertuah yang
menawarkan hadiah berupa beras dan
mesin rumput.
Turut hadir Timbalan Ketua
Bahagian PBS Tamparuli, Madin Anak,
Ketua Pergerakan Wanita Datin Malianah
Ugau, Ketua Pemuda Romeo Sindeh dan
Ketua Kampung Kg. Lapai, Pinus Bari.

5 Langkah Pemeriksaan Kesihatan
25/09/2013 Komen Anda
245 1 2 0
1. Pemeriksaan Air Kencing
Banyak yang boleh anda ketahui dari air kencing selain daripada
pemeriksaan kehamilan atau jangkitan pada saluran kencing.
Menurut Nancy Guberty, pakar pemakanan dan jurulatih gaya hidup
sihat yang diperakui, terdapat lebih tujuh puluh petanda dalam air
kencing yang boleh menentukan keadaan kesihatan badan anda.
Sebagai contoh, pengumpulan asid organik tertentu di dalam air
kencing ialah isyarat perencatan metabolik atau blok, kata Guberti.
Bermakna badan anda kekurangan vitamin.

2. Gigi
Ramai yang tidak peka tentang pemeriksaan gigi. Perlu tahu,
sebarang masalah gigi mempunyai hubung kait dengan hati,
jantung, sistem pencernaan dan beberapa lagi bahagian di badan.
Pemeriksaan gigi perlu dilakukan setiap enam bulan sekali.



Gambar: abcnews.go.com
3. Kulit
Berjemur di bawah matahari ketika di pantai boleh merosakkan kulit
hasil pancaran matahari. Dapatkan pemeriksaan pakar jika terdapat
sebarang tanda seperti bintik hitam pada kulit.

4. Berat Badan
Jangan ambil mudah jika berat badan anda cepat naik atau turun
kerana ia memberi isyarat tentang keadaan kesihatan anda kata Dr
Julie Chen, doktor pakar kesihatan. Jika anda mengalami
kekurangan berat badan yang banyak, anda mungkin menghidapi
kanser, hipertiroidisme, penyakit auto imun, penyakit kronik, dan
kemurungan.

5. Meja Kerja
Jika keadaan meja kerja kamu bersepah dan berhabuk, ia juga
boleh menyumbang kepada masalah kesihatan. Bersihkan meja
kamu seminggu sekali. Habuk yang tidak dibersihkan boleh
menyebabkan sakit kepala, kesesakan, asma, atau alahan.

Kepentingan Makanan Berkhasiat


Kesihatan diri merupakan harta yang paling berharga namun ramai
yang tidak menyedarinya sehingga ditimpa sesuatu penyakit yang
tenat. Ramai juga yang tidak menyedari akan peranan pengambilan
makanan yang berkhasiat untuk memastikan kesihatan yang baik.
Punca utama serangan penyakit-penyakit tenat seperti kanser dan
penyakit jantung ialah kerana tidak memakan makanan yang sempurna
dan kurang memakan makanan yang berkhasiat serta kurang
bersenam. Corak pengambilan makanan yang teratur sepatutnya
dimulakan sejak awal lagi. Pepatah ada mengatakan, Diri Anda
Ialah Apa Yang Anda Makan dan kenyataan ini benar dalam soal
kesihatan.

Malaysia dikatakan mempunyai masalah obesiti yang serius.

Empat daripada sepuluh orang dewasa yang melebihi usia 18
tahun di negara ini sama ada mengalami kegemukan atau terlebih
berat badan (obesiti).

Sumber dari berita harian


Makanan seimbang ialah pengambilan makanan yang cukup untuk
keperluan tubuh badan. Manusia memerlukan makanan dan vitamin
untuk pembesaran dan menjaga kesihatan. Media massa turut
mempopularkan pemakanan seimbang menerusi pelbagai program dan
penulisan artikel mengenai pemakanan yang sihat ini. Oleh itu, wujud
pelbagai kebaikan daripada makanan seimbang ini.

1. Pembesaran manusia itu lebih sempurna daripada aspek fizikal.

Tubuh badan menerima semua keperluan zat yang diperlukan untuk
membina tubuh badan yang kuat daripada keperluan fizikal manusia.
Keupayaan fizikal yang ketara ini menjadikan seseorang manusia itu
boleh menjalankan tugasnya dengan begitu baik dan sempurna.
Jelaslah, pemakanan seimbang menjadikan fizikal manusia itu lebih
baik berbanding manusia lain yang kurang menjaga aspek
pemakanannya.

2. Memberikan vitamin yang cukup kepada badan.

Keperluan vitamin yang cukup ini menjadikan tubuh manusia itu lebih
tahan untuk menghadapi sebarang jangkitan penyakit atau tidak
mudah untuk jatuh sakit. Kesihatan manusia dikatakan perkara yang
paling penting dalam kehidupan seseorang itu. Sesungguhnya, manusia
yang mengamalkan pemakanan seimbang akan mempunyai kesihatan
yang sihat sejahtera sahaja.

3. Mampu mengawal kadar obesiti.

Salah satu aspek utama dalam pemakanan seimbang ialah manusia
perlulah mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil tetapi cukup
khasiat yang diperlukan oleh badan. Pengawalan pemakanan sebegi
menjadikan tubuh seseorang itu tidak terlalu gemuk dan memudahkan
mereka untuk menjalankan pelbagai aktiviti terutama aktiviti
senaman yang mampu menyihatkan badan pula. Oleh itu, obesiti
mampu diatasi jika seseorang itu mempunyai diet pemakanan
seimbang dalam hidupnya.

4. Perkembangan mental seseorang itu tidak terganggu.

Kekurangan zat makanan yang tertentu boleh menjadikan mental
seseorang itu tidak cukup cerdas atau mudah letih apabila cuba
menyelesaikan sesuatu perkara yang dialami dalam kehidupan
seseorang itu. Keadaan ini menjadikan seseorang itu gagal berfikir
untuk menyelesaikan masalahnya dengan lebih efektif berbanding
dengan individu yang seimbang aspek pemakanannya. Jadi, pemakanan
seimbang menjadikan aspek mental manusia lebih stabil dan berdaya
tahan.

Kesimpulannya

Kita perlu mengambil makanan yang seimbang kerana semua
kepentingannya sudah dinyatakan tadi. Bukan sahaja individu tetapi
masyarakat dan seterusnya negara akan menerima kesan positif
daripada pemakanan yang baik ini. Jika masyarakat masih ingkar dan
tidak mahu berubah sudah pasti jumlah pesakit penyakit kronik di
negara ini akan bertambah pula. Ketika itu mungkin sudah terlewat
untuk kita semua mengambil langkah pencegahannya. Tepuk dada
tanya selera.




Makanan Seimbang Kurangkan Risiko
Penyakit Berbahaya



Pengambilan makanan berkhasiat, berzat dan seimbang sering
disarankan untuk memastikan anda sentiasa sihat dan bebas daripada
pelbagai penyakit berbahaya. Ini kerana pengambilan makanan
seimbang dalam diet seharian dapat membantu mengurangkan risiko
beberapa penyakit, termasuk kanser, serangan jantung dan angin
ahmar, tekanan darah tinggi, lebihan kolesterol, osteoporosis dan
spina bifida. Sejauh manakah makanan dapat membantu anda
menjauhkan diri daripada penyakit berbahaya?

1. Kanser (Barah)

Makan buah-buahan dan sayur-sayuran dapat membantu
mengurangkan risiko kanser kolon, perut, paru-paru dan esofagus.
Bagaimanapun, bukti yang menunjukkan pengurangan risiko itu tidak
sekuat sebagaimana kanser payu dara dan prostat.
Diet tinggi lemak sering dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser
prostat, kolon, rektum dan endometrium. Bagaimanapun diet tinggi
lemak sukar dikaitkan dengan kanser payu dara tetapi ada bukti
menunjukkan bahawa lemak tepu memainkan peranan penting dalam
meningkatkan risiko kanser.

2. Serangan jantung dan angin ahmar (Strok)

Satu kajian mendapati mereka yang mengikuti garis panduan
pemakanan disarankan Jabatan Pertanian Amerika Syarikat (USDA)
mengalami 28% dan 14% pengurangan risiko terhadap serangan
jantung dan strok berbanding mereka yang tidak mengikuti garis
panduan itu.

3. Lebihan kolesterol
Kurangkan pengambilan lemak, terutama lemak tepu akan
merendahkan risiko mengalami lebihan kolesterol di dalam darah,
sekaligus risiko terhadap penyakit jantung koronari.

4. Tekanan darah Tinggi

Mengambil banyak buah-buahan dan sayur-sayuran (8 hingga 10
hidangan) diikuti diet rendah lemak dan mengambil produk tenusu (3
hidangan sehari) boleh mengurangkan risiko tekanan darah tinggi dan
merendahkan tekanan darah, sekaligus mengurangkan risiko terhadap
penyakit jantung koronari.

5. Osteoporosis

Mendapat kalsium secukupnya akan melindungi anda daripada
osteoporosis. Kalsium dijumpai dalam produk tenusu, sayuran hijau
dan banyak lagi produk yang diperkaya dengan kalsium.

6. Spina Bifida

Mengambil makanan yang mengandungi asid folik seperti sayur-
sayuran hijau atau asid folik yang diperkaya dengan bijirin sebelum
dan ketika hamil dapat membantu melindungi bayi daripada mengalami
spina bifida.

Info dari: Panduan Penjagaan Kesihatan (Berita Harian)



Tips Diet Seimbang


Antara beberapa tips diet seimbang yang boleh diamalkan.

1. Banyakkan makan makanan yang berbuah.

Kalau nak kira memang banyak sebenarnya buah yang sedap lagi
berkhasiat. Diantaranya ialah buah apple, nenas, pisang, bawang
putih, gandum, kentang, dan buah betik. Semua jenis buah yang
disebut ini sebenarnya banyak khasiat tersendiri.

2. Banyakkan juga memakan kekacang.

Kacang pea, kekacang dan lentil adalah kaya dengan protein,
karbohidrat, gentian dan beberapa vitamin (terutamanya vitamin B).
Kacang soya yang sangat kaya dengan protein tumbuhan boleh
didapati dalam pelbagai bentuk seperti susu kacang soya, tauhu,
tempe, protein sayuran bertekstur dan taugeh.

3. Banyakkan minum air.

Air adalah sangat penting untuk fungsi-fungsi tubuh anda, termasuk
penghadaman, penyerapan dan pengangkutan zat, perkumuhan,
pengawalan suhu badan dan bertindak sebagai pelincir bahagian tubuh
yang bergerak. Tubuh kita akan kehilangan lebih kurang 11/2 hingga
21/2 liter air dalam satu hari melalui air kencing, tinja, peluh dan wap
daripada paru-paru. Jangan tunggu sehingga sudah berasa dahaga,
untuk menggantikan cecair yang telah hilang dari badan. Minum
sekurang-kurangnya 6 hingga 8 gelas air setiap hari. Cecair juga
boleh didapati daripada minuman lain, buah-buahan, sayur-sayuran
dan makanan lain.

4. Kurangkan kandungan lemak dalam makanan.

Sebenarnya lemak itu penting, tetapi dalam diet harus
menyumbangkan 20% hingga 30% sahaja dalam jumlah keperluan
tenaga harian.Jadi, oleh itu kita harus elakkan pengambilan lemak
berlebihan dengan:
Memilih makanan yang rendah lemak dan kolesterol.
Menggunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit sahaja.
Mengurangkan penggunaan santan atau minyak kelapa dalam
masakan.
Memilih daging tanpa lemak, serta membuangkan kulit jika boleh
(contoh: kulit ayam).
Menghadkan penggunaan lemak yang boleh dilihat (seperti
marjerin, mentega, minyak salad, krim dan mayonis).
Mengamalkan kaedah masakan alternatif (seperti membakar,
menggunakan ketuhar gelombang mikro atau mengukus) daripada
menggoreng.

5. Kurangkan gula.

Makanan yang diproses dan makanan manis seperti kek coklat dan
aiskrim mengandungi banyak gula yang memberikan sejumlah besar
kalori tanpa khasiat makanan atau serat.Kehadiran gula juga
menggantikan makanan yang berkhasiat dan menyingkirkan beberapa
vitamin dan galian dari tubuh.Memakan gula yang berlebihan
bermakna anda menanggung risiko kerosakan gigi, kegemukan dan
masalah-masalah lain yang dikaitkan dengannya seperti kencing manis,
serangan jantung dan sebagainya.

6. Kurangkan garam

Makanan segera, makanan dalam tin, daging yang diawet dan makanan
ringan bergaram seperti kentang goreng, mengandungi terlalu banyak
garam. Memakan terlalu banyak garam boleh menyebabkan tekanan
darah tinggi yang akhirnya boleh membawa kepada serangan jantung
atau strok.Sesetengah orang mungkin menghadapi masalah terlalu
banyak air di bawah kulit (edema).

Sumber dari UTUSAN PENGGUNA

GAYA HIDUP SIHAT- Pengurusan
Stres
Apa itu stres? Stres boleh didefinisikan sebagai suatu reaksi
yang tidak spesifik oleh tubuh badan seseorang ke atas
tekanan yang diterima. Dengan kata lain, stres juga boleh
ditakrifkan sebagai interaksi atau pun respon tubuh badan anda
terhadap apa sahaja kehendak atau tekanan.

Stres menjadi gejala yang membimbangkan pada hari ini



Stres berlaku disebabkan oleh kesan tindak balas seseorang
terhadap 'stressor' Stres boleh dibahagkan kepada dua jenis
iaitu:

(i) Eustres- stres yang baik atau positif seperti
berjaya
mendapat anugerah pelajar
cemerlang
(ii) Distress - stres yang tidak baik atau negatif seperti
gagal dalam peperiksaan

Pelajar seringkali menhadapi stres ketika musim peperiksaan



Apabila anda berasa stres, tubuh badan badan kita
sebenarnya akan merembeskan bahan kimia ke dalam darah.
Bahan kimia ini akan memberi kesan dengan memberi lebih
tenaga dan kekuatan yang mana baik sekiranya seseorang itu
sedang menghadapi situasi bahaya. Walau bagaimanapun,
stres juga boleh mendatangkan kesan negatif terutamanya
terhadap emosi seseorang.

Terdapat dua faktor utama yang menyebabkan berlakunya
stres. Faktor-faktor tersebut adalah faktor dalaman dan faktor
luaran. Contoh faktor luaran adalah seperti tempat belajar,
keluarga, persekitaran dan masyarakat. Faktor dalaman pula
ialah seperti imej diri dan pengurusan diri. Walau
bagaimanapun, penerimaan seseorang terhadap stres adalah
berbeza-beza. Perkara yang menimbulkan stres pada
seseorang pula dianggap biasa oleh seseorang yang lain. Oleh
itu, seseorang harus bujak mengendalikan sesuatu perkara
agar tidak mendapat stres.

Tanda-tanda Stres

Berikut merupakan tanda-tanda stres.

1. Reaksi perasaan


Seseorang yang stres biasanya akan menjadi murung dan pendiam


Perasaan cepat marah, kecewa, dan suka menyendiri adalah
tanda-tanda stres negatif. Kita akan cepat berasa marah akibat
tekanan yang diterima. Keadaan ini sekaligus menyebabkan
mood berubah-ubah iaitu keadaan diri atau perasaan yang
tidak stabil, suka dan duka bersilih ganti. Selain itu perubahan
sikap kepada lebih agresif kerana menghadapi situasi juga
adalah stres negatif.

2. Sukar membuat keputusan

Keadaan ini terjadi apabila kita menghadapi gangguan baru.
Hal ini disebabkan fikiran tidak tenang dan bercelaru yang
menyukarkan kita membuat keputusan.

Kemahiran membuat keputusan yang tepat amat penting bagi menghindari stres


3. Sakit fizikal



Kadang kala, akibat terlampau memikirkan sesuatu masalah
kita mungkin akan hilang selera makan dan sukar tidur.
Keadaan ini boleh menyebabkan kita mendapat penyakit
seperti sakit kepala, gastrik, dan sebagainya. Kita juga mungkin
lesu atau sugul.


4. Perubahan perlakuan

Stres memberi kesan terhadap perubahan tingkah laku seseorang


Kita mungkin akan berubah sikap dan perlakuan jika
menghadapi stres. Kadang kala kita menjadi murung dan
penyedih, adakalanya kita boleh menjadi pemarah dan hilang
sabar. Kita juga sering melengah-lengahkan kerja.


Faktor-Faktor Penyebab Stres


Faktor Luaran

1. Tempat belajar

Persekitaran tempat pembelajaran terutama di sekolah
memberi impak yang besar kepada seseorang. Keadaan
sekolah yang bersih, hubungan baik antara guru dan pelajar
serta kemesraan hubungan sesama rakan akan membantu
mengurangkan stres.

2. Keluarga


Anak-anak daripada keluarga yang bermasalh lebih cenderung untuk menjadi
stres

Kebahagian keluarga adalah faktor penting bagi mengelakkan
stres di kalangan remaja. Kasih sayang yang diberi oleh ibu
bapa kepada anak-anak dan kemesraan sesama ahli keluarga
adalah tunggak kepada keluarga bahagia. Keagalan institusi
keluarga memikul tanggungjawab yang diberi menjadi punca
stres yang menyebabkan remaja bermasalah.

3. Masyarakat

Situasi masyarakat pada masa kini banyak mempengaruhu
remaja. MAsalah sosial seperti kejadian jenayah,
penyalahgunaan bahan dan tiada hubungan baik sesama jiran
tetangga boleh mengakibatkan stres. Dalam kehidupan
bermasyarakat, kerukunan sesama jiran haruslah dijaga agar
kehidupan lebih aman dan harmoni.

4. Persekitaran

Persekitaran yang tidak selesa seperti pencemaran bunyi
daripada kenderaan dan kegiatan manusia turut mempengaruhi
emosi kita. Selain itu, keadaan suhu yang tidak menentu
seperti panas atau sejuk yang keterlaluan akan menyebabkan
ketidakselesaan dan sekali gus menyebabkan stres.

Faktor Dalaman

1. Imej kendiri

Tekanan dalam diri yang sering dialami remaja berlaku akibat
rasa rendah diri yang keterlaluan dan berasa diri tidak disukai.
Contohnya bentuk fizikal, status sosio ekonomi, pencapaian
akademik boleh mempengaruhi imej kendiri seseorang.

2. Pengurusan diri yang lemah

Kita tidak dapat menjadi pelajar yang cemerlang sekiranya
gagal atau tidak dapat menguruskan masa dengan baik dan
tiada perancangan diri. Sebagai contoh, kegagalan
menyiapkan kerja-kerja sekolah, menyebabkan kita takut untuk
berjumpa guru. Keadaan ini boleh menimbulkan stres.

Strategi Menangani Stres.

Stres perlu ditangani agar kita dapat hidup selesa dan gembira.
Antara cara menangani stres ialah:-

1. Kemahiran pengurusan diri

Kita perlu membuat perancangan diri yang sistematik supaya
tidak menghadapi sebarang masalah yang boleh menimbulkan
stres. Justeru, kita perlu menetapkan matlamat, menyenaraikan
matlamat tersebut mengikut keutamaan dan seterusnya
membuat penjadualan tindakan untuk mencapai matlamat
tersebut.

2. Kemahiran membuat keputusan

Apabila kita menghadapi sesuatu masalah, kita perlu
menyenaraikan segala tindakan yang boleh diambil. Kita perlu
mengkaji kebaikan dan keburukan setiap tindakan dan memilih
tindakan yang paling sesuai. Oleh yang demikian, kita boleh
menyelesaikan masalah tersebut tanpa mengikut emosi.

3. Hubungan yang baik

JAlinkan hubungan yang baik dengan jiran dan rakan-rakan
untuk menjaminkehidupan yang lebih harmoni. Hormat-
menghormati, tolong menolong, dan bertolak ansur adalah
sikap terpuji yang perlu diamalkan tanpa mengira perbezaan
umur, pangkat, bangsa, dan agama.

4. Kecergasan fizikal

Badan yang cergas membantu mengurangkan stres


Kita mesti mengamalkan pemakanan seimbang, bersenam
selalu, dan mendapat rehat yang mencukupiuntuk
mendapatkecergasan fizikal yang optimum. Kecergasan fizikal
yang optimum mengurangkan stres.

5. Menilai semula pegangan hidup

Mendekatkan diri kepada agama salah satu cara menangani stres dengan
berkesan


Kita perlu menilai semula pegangan dan falsafah hidup kita.
Pegangan agama dan nilai moral diri yang kuat akan
membantu kita mengkaji sikappositif dan negatif yang ada
dalam diri.

DEFINASI

1. Berasal dari perkataan yang "Eustress" yang membawa maksud :
(a) Boleh menyesuaikan diri
(b) Stress yang membina
2. Ia juga berasal daripada perkataan "Distress" yang bermaksud:
(a) Tidak boleh menyesuaikan diri
(b) Boleh merosakkan diri
Oleh itu, Stress ialah situasi yang menganggu atau membina kehidupan seharian
TEKNIK ATASI STRESS
(a) Jumpa para profesional
(b) Alih pandangan kepada yang releks
(c) Gunakan teknik meditasi
(d) Laksanakan latihan fizikal - Jalan 15 minit
(e) Menyusun keutamaan tugas
(f) Tulis perasaan / cakap dalam pita rakaman
(g) Dapat sokongan emosi dari orang lain
(h) Latihan pernafasan dalam
(i) Mengurus masa
(j) Mandi dalam air suam
(k) Teknik besarkan situasi ke tahap tak masuk akal
(l) Melihat dari segi positif
(m) Menguasai kehidupan anda - menyelesaikan masalah
(n) Terapkan semula matlamat yang realistik
(o) Ingat peranan anda di dunia

PETANDA STRESS
(a) Menghadapi masalah makan dan tidur
(b) Menyalahgunaan dadah
(c) Kerja bertangguh
(d) Masalah membuat keputusan
(e) Sukar menguruskan diri sendiri
(f) Sifat seteru, cepat naik angin
(g) Tahap kekecewaan tinggi
(h) Cepat terkejut
(i) Berpeluk tubuh, mengigit kuku
(j) Nafas sesak
(k) Hilang upaya berfikir secara berkesan
(l) Gangguan Kesihatan
- Gatal
- Selsema
- Letih, lesu
- Panik
- Gelisah
- Ulser
- Sakit kepala
- Serangan jantung

FAKTOR YANG MEMPENGARUHI STRESS
FAKTOR DALAMAN

(a) Perwatakan
Jika dilihat seperti contoh yang diberikan di awal tadi, perwatakan manusia ini berbeza-beza.
Oleh kerana itu adalah anugerah Allah yang tidak ternilai. Manusia adalah unik, iaitu jika dilihat
kadang-kadang kita meminati mata pelajaran Bahasa Melayu dan tidak meminati mata pelajaran
matematik.Ada pula manusia yang meminati mata pelajaran Geografi tapi bukan Bahasa Melayu
dan sebagainya lagi. Ini yang dikatakan bahawa manusia mempunyai pelbagai kecenderungan,
pelbagai minat dan nilai dan seumpamanya lagi. Ada manusia begitu cepat mengalami stress dan
ada pula manusia yang lambat mengalaminya. Oleh itu sebagai manusia kita perlu kenal di mana
kedudukan atau tahap kedudukan stress yang ada pada diri kita.

(b) Kendiri yang terlalu ideal
Manusia mempunyai cita-cita dan impian yang tersendiri. Impian atau cita-cita ini selalunya akan
menjadi kenyataan apabila manusia berusaha untuk mencapai impian tersebut. Yang menjadi
masalahnya ialah apabila manusia bertingkah laku yang langsung tidak mengejar impian tersebut.
Tegasnya di sini ialah apabila kendiri ideal terlalu tinggi tetapi dari segi kendiri sebenarnya
(tingkah lakunya) tidak memaparkan usaha ke arah pencapaian tersebut. Sebagai contoh kita
melihat pencapaian pelajaran rakan kita, atau orang yang telah berjaya, tetapi kita sedikitpun tidak
berusaha ke arah itu, malah kita masih bertabiat lama seperti meniru kawan, membuang masa dan
sebagainya. Oleh itu adalah tidak tepat kiranya kita tidak menyeimbangkan antara usaha dan cita-
cita.

(c) Kognitif
Kognitif adalah pemikiran yang wujud dalam diri manusia. Manusia mengalami ketegangan
disebabkan kognitif atau banyak berfikir perkara-perkara yang negatif. Manusia kadang-kadang
merasakan dirinya lemah, tidak mempunyai bakat dan potensi. Ini disebutkan sebagai faktor kognitif
yang begitu menekan. Manusia-manusia ini mudah dihinggapi stress kerana berfikiran lemah.
Justeru itu kita tidak dapat menimbangkan antara rasional dan tidak rasional. Stress mudah datang
pada manusia ini. Oleh yang demikian kita perlu memberikan perhatian dari sudut itu.

(f) Tidak selaras personaliti
Stress hadir apabila manusia tidak mempunyai keselarasan antara personaliti diri dan minat
dalam kerjaya. Sebagai contoh manusia yang mempunyai minat di bidang sosial iaitu menjadi guru
dan sebagainya tetapi bekerja sebagai Jurutera. Ini menunjukkan tiada keselarasan antara minat
dan personaliti yang ada. Perkara ini sering berlaku kepada kita lantaran kita tidak mengenal
pastinya sungguh-sungguh.

(d) Kelemahan dalam komunikasi dan berbahasa
Stress juga terjadi kepada manusia yang mempunyai masalah berkomunikasi dan berbahasa.
Kegagalan berkomunikasi menyebabkan seseorang sukar untuk berinteraksi dengan seseorang
yang lain. Dengan itu segala maklumat yang ingin disampaikan tidak diterima oleh pendengar
dengan berkesan. Ini akan menimbulkan masalah dan sekiranya ia tidak dapat diatasi, stress pasti
akan berlaku.

(e) Keperluan dan kemahuan
- Status
- Kuasa
- Kasih Sayang
- Prestasi
- Kesihatan
- Keselamatan diri

FAKTOR LUARAN

(a) Sosial dan tempat kerja
Selalunya manusia tidak terlepas dari hubungan dengan manusia lain. Manusia juga bekerja dan
di tempat kerja sudah pasti manusia berkomunikasi dengan orang lain. Justeru hubungan sentiasa
berlaku. Dalam hubungan ini selalunya berlakulah komunikasi yang mencetuskan masalah. Lumrah
hidup di dunia masalah tidak boleh lari. Sebenarnya masalah yang datang boleh mematangkan
manusia. Jika kita lari dari masalah maka kita lari dari proses membina kematangan diri. Manusia
yang berani menghadapi masalah ialah manusia yang berani menghadapi kenyataan. Apabila
hubungan negatif berlaku dengan orang lain, ini juga boleh menjadi penyumbangkepada stress.
Maka hadapilah masalah ini dengan penuh kerjasama.

(b) Hubungan dengan keluarga
Ramai orang mengalami stress kerana hubungan antara suami-isteri, ibu-anak, ibu bapa-anak-
anak yang tidak baik. Kekalutan yang berlaku di dalam hubungan kekeluargaan boleh mencetuskan
hasil yang tidak baik. Misalnya ibu tidak lagi memberi penghargaan kepada anak-anak. Anak-anak
tidak lagi menghormati ibu dan ayah sebagaimana sewajarnya dihormati. Komunikasi dua hala
sudah terkubur dan inilah bibit-bibit yang mencetuskan kehancuran institusi keluarga dan seterusnya
menyebabkan stress berlaku. Justeru itu perkara ini perlu diberi perhatian. Maka kita perlu
mencorakkan satu hubungan yang penuh empati dan memahami antara satu sama lain. Hubungan
ini dijalinkan berdasarkan kepada kasih sayang, hormat menghormati dan menghargai individu lain.

(c) Persekitaran
- Cuaca
- Bising
- Sibuk
- Kawalan tempat belajar

MENGURUS STRESS

Stress adalah perkara yang sering berlaku kepada manusia yang normal. Oleh yang demikian
untuk mental yang sihat maka kita perlu mengetahui kaedah atau cara-cara untuk mengurus stress
dengan berkesan. Oleh yang demikian untuk mengurus stress dinyatakan di sini beberapa perkara
yang boleh diaplikasikan oleh pelajar. Stress perlu diurus dengan baik. Jika ia tidak diurus diragui
kita akan mengalami perkara-perkara yang tidak baik. Secara umumnya antara perkara-perkara
yang perlu diketahui adalah seperti berikut:
(a) Riadah
Riadah merupakan satu keperluan di dalam hidup manusia. Dengan bersukan badan menjadi
sihat. Fizikal menjadi lebih mantap, pernafasan menjadi lebih baik. Apabila kita beriadah kita
menjadi lebih segar dan tenteram. Apabila kita beriadah bersama rakan-rakan kita selalunya
merasa gembira dan hubungan sesama kawan-kawan dapat megurangkan stress.
(b) Ganjaran Diri
Penghargaan diri perlu dilakukan oleh pelajar-pelajar. Kita berikan dalam bentuk kata-kata
intrapersonal. Setiap tindakan yang baik yang kita lakukan, kita sendiri yang memberikan
penghargaan tersebut. Ganjaran diri ini dilakukan dengan menyatakan bahawa kita juga
mempunyai bakat dan potensi yang cemerlang, kerana itulah kita berhak cemerlang. Sehubungan
itu ia dapat mengurangkan stress dalam diri.
(c) Percakapan diri yang membina
Percakapan diri membawa maksud kita bercakap di dalam diri iaitu menggunakan komunikasi
intrapersonal. Kita boleh melakukannya. Tentu ada rahsia disebalik kejayaan tersebut. Dengan
kemahiran pendidikan serta pengetahuan yang ada pada kita, kita dapat melakukan sebagaimana
orang yang telah berjaya dapat melakukannya. Jika ini dilaksanakan kita sudah ada jalan keluar dari
kongkongan stress. Ini mengelakkkan kita daripada hanya mempunyai impian tanpa ada apa-apa
tindakan atau daya juang. Percakapan diri boleh membantu diri kita.
(d) Kerja kemasyarakatan dan kebajikan
Manusia adalah insan sosial. Manusia saling berhubung dengan insan yang lain. Kerja-kerja
kemasyarakatan dan berbentuk kebajikan perlu dilaksanakan untuk mengurus stress. Jika sekarang
kita lihat badan-badan bukan kerajaan yang berperanan membina kumpulan masyarakat yang
bahagia. Bagi pelajar aktiviti badan beruniform adalah satu kaedah terbaik mengurus stress. Kita
juga boleh melakukan aktiviti-aktiviti amal sama ada di dalam kawasan sekolah atau luar sekolah.
Sumbangan kepada sekolah misalnya dapat membawa implikasi yang besar dalam hidup pelajar.
(e) Penulisan
Bagi individu yang merasakan bahawa mereka tidak cenderung untuk memasuki badan-badan
beruniform dan kecemerlangan mereka adalah dengan puisi, sajak, cerpen dan sebagainya. Maka
kaedah yang terbaik untuk mengurus stress ialah dengan melaksanakan aktiviti penulisan. Luahkan
segala apa yang terbuku dalam perasaan kepada bentuk penulisan. Luahkan perasaan yang
terpendam dalam bentuk yang lebih kreatif dan dinamik. Kaedah penulisan ini sememangnya
membawa erti yang besar iaitu membina bakat dan potensi kita. Dengan itu kita dapat mengurus
stress dalam corak yang lebih baik.
(f) Berjenaka
Jenaka adalah perkara yang lumrah dalam masyarakat kita. Manusia sering berjenaka.
Rasulullah s.a.w selalu berjenaka dengan isteri-isterinya. Ini adalah fitrah manusia yang suka
kepada jenaka dengan baik dan mengikut lunas-lunas agama, budaya dan nilai masyarakat. Jenaka
ini adalah bertujuan untuk menghilangkan masalah yang mana masalah itu merupakan rentetan dari

stress yang timbul.
(g) Ketenangan ( Bebaskan Diri )
Setiap pelajar perlukan ketenangan dalam hal-hal tertentu. Ketenangan perlu dicari. Kaedah yang
dimaksudkan ini ialah apabila kita berada dalam keadaan stress, maka carilah tempat yang jauh
dari kebisingan dan orang ramai dan di tempat itu melaunglah sekuat hati dan sepuas-puasnya
tentang apa-apa yang mahu dilaungkan sebagi contoh 'Ah........'. Namun begitu laungan tersebut
jangan hingga melanggar batas-batas agama dan norma masyarakat. Laungan ini sebenarnya
dapat membebaskan ketegangan yang terkumpul di dalam diri.
(h) Meninjau orang yang kurang bernasib baik
Keinginan manusia yang tinggi seperti yang disebutkan di dalam penyebab stress sering berlaku.
Antara keinginan yang tinggi ini ialah seperti untuk lebih daripada orang lain. Oleh itu dalam
keadaan-keadaan tertentu adalah lebih baik kita merenung sejenak dan meninjau golongan yang
lebih fakir dan susah daripada kita. Penelitian dan pemerhatian seumpama ini sekurang-kurangnya
dapat menyedarkan kita bahawa kita sebenarnya lebih bernasib baik dan lebih beruntung daripada
mereka tersebut. Hal ini juga dapat memberikan ketenangan tentang pentingnya bersyukur.
Secara keseluruhannya pemahaman tentang stress yang sering mendatangi kita adalah penting.
Apabila kita faham tentang faktor-faktor yang menyebabkan stress dan bagaimana pula untuk
mengurus stress, ia dapat memberikan kita celik akal bagaimana kedudukan kita sebagai pelajar.
Jika kita berada dalam keadaan stress, apabila menghadapi peperiksaan, maka laksanakanlah
cara-cara mengurus stress dengan baik.
Penyalahgunaan Bahan
Penyalahgunaan bahan sering berlaku di kalangan remaja. Antara
bahan yang sering disalahgunakan ialah rokok, alkohol, gam,
turpentin, ubat batuk dan dadah. Menyalahgunaan bahan bermaksud
menggunakan bahan-bahan yang boleh dijadikan ketagih secara
berlebihan atau untuk tujuan lain selain daripada tujuan sebenarnya.
Perbuatan penyalahgunaan bahan adalah salah dari segi agama
danundang-undang. Bahan-bahan tersebut boleh memudaratkan
kesihatan dan menjadikan seseorang itu hilang pertimbangan.
Keadaan ini boleh membahayakan diri sendiri dan orang lain. Bahan
yang sering disalahgunakan oleh golongan remaja ialah dadah. Isu
penyalahgunaan dadah merupakan masalah utama kepada negara.

Penyalahgunaan Bahan
Sebelum kita meneruskan perbincangan, kita perlu memahami
apa yang dimaksudkan dengan ubat, racun dan dadah.

Ubat adalah bahan kimia yang digunakan oleh doktor untuk
merawat penyakit. Contoh ubat adalah paracetamol dan ubat
batuk.



Ubat adalah bahan yang digunakan untuk perubatan bagi
mengesan (diagnosis), meringankan, merawat, menyembuh
atau mencegah penyakit pada manusia serta meningkatkan
taraf kesihatan. Ubat boleh digunakan dengan berbagai cara
dan bentuk iaitu boleh dimakan dan diminum. Selain itu, ia juga
boleh digunakan dengan memasukkannya melalui dubur
(supositori), faraj (pesari), suntikan, ditanam di bawah kulit,
disapu dan sebagainya.

Ruzita Mokhtar (2005)



Pada umumnya, semua ubat mempunyai risiko apabila
digunakan. Namun begitu, risikonya dianggap sedikit kerana
ubat lebih mendatangkan kebaikan daripada keburukan seperti
menyembuhkan penyakit dan mengurangkan kesakitan.
Masalah penyalahgunaan ubat mula timbul apabila ubat
digunakan untuk tujuan selain daripada perubatan seperti yang
dinyatakan di atas. Maka, ubat menjadi lebih berisiko.

Racun pula merupakan bahan kimia yang secara lazimnya
digunakan untuk membunuh organisma hidup seperti binatang
dan tumbuhan. Contohnya, racun tikus dan racun lalang.



Racun adalah sebarang unsur yang boleh menyebabkan
kecelakaan kepada tubuh badan anda. Kecelakaan yang
dimaksudkan ialah kecelakaan bersifat ringan (contohnya, sakit
kepala atau rasa mual) dan berat (contohnya, sawan atau
demam panas), sehingga boleh menyebabkan kematian.

Pusat Racun Negara (1998)



Selalunya, jika seseorang atau sesuatu benda hidup terkena
racun yang berlebihan ia tidak akan hidup lama kerana racun
mempunyai bahan kimia yang amat merbahaya. Oleh itu,
penggunaannya terkawal. Ibu bapa yang membeli racun untuk
tujuan menghalang pertumbuhan lalang harus menyimpannya
di tempat yang tersorok agar tidak mudah dicapai oleh anak-
anak.

Bahan yang seringkali disalahgunakan oleh masyarakat ialah
dadah. Dadah merupakan bahan larangan yang amat popular
pada masa kini tidak kira di Malaysia mahupun di luar negara.



Dadah terdiri daripada pelbagai jenis bahan kimia asli atau
tiruan yang dimasukkan ke dalam tubuh sama ada dengan
memakan, menelan, meminum, menghisap ataupun suntikan
bertujuan untuk mengubah keadaan badan, perasaan dan
kelakuan pengguna.

Persatuan Mencegah Dadah Malaysia (PEMADAM), Bahagian
Sabah


Kesan Fizikal
Kesan fizikal dapat dilihat daripada beberapa aspek. Ini
termasuklah pengaruh terhadap sistem pernafasan, saraf,
jantung, metabolisme dan otot-otot. Sistem-sistem in
merupakan sistem terpenting dalam tubuh badan kita. Dengan
ertikata lain, keadaan diri penagih dadah menjadi tidak terurus
dan tidak normal. Jika dadah digunakan secara berlebihan,
maka kesan ini akan menjadi lebih ketara. Apabila kadar
pernafasan menjadi lebih pendek dan perlahan, kadar degupan
jantung pula akan berkurangan. Seterusnya tubuh akan
menggigil akibat daripada penurunan kadar metabolisme dalam
badan.

Mata juga menjadi merah dan kuyu serta berat badan terjejas.
Penagih juga mungkin akan mengalami sawan dan gangguan
fungsi otak. Keadaan seperti ini agak sukar dipulihkan jika ia
berlaku secara berterusan dan berulang kali.

Kesan Sosial
Dari aspek sosial, kebanyakan penagih akan hilang minat dan
tidak mempedulikan tanggungjawab terhadap pekerjaan,
keluarga serta masyarakat di sekeliling. Prestasi dan disiplin
kerja mereka akan merosot. Tingkahlaku dan sikap mereka
juga akan berubah daripada apa yang biasa diamalkan
sebelumnya. Contohnya, seorang yang periang menjadi
pendiam.

Selain itu, mereka juga tidak menghiraukan kesihatan diri dan
keluarga. Perpecahan, penderaan serta keganasan terhadap
ahli keluarga boleh berlaku. Ini selalunya menimbulkan
kemarahan dan perasaan jijik orang ramai terhadap mereka.

Di samping itu, kebanyakan penagih tidak tinggal bersama
keluarga. Mereka hidup di tempat yang lengang dan tersorok
agar tidak diganggu oleh orang lain selain memudahkan
mereka menggunakan dadah. Keadaan mereka diibaratkan
hidup segan mati tak mahu. Akhirnya, mereka akan tersisih
oleh keluarga dan masyarakat.

Kesan Mental dan Emosi
Kesan yang ketiga ialah kesan terhadap mental dan emosi.
Kesan ini juga lebih dikenali sebagai kesan psikologi iaitu
kesan akibat pengaruh dadah pada otak dan minda. Ini
termasuklah mula berasa seronok, terangsang dan khayal
(euforia). Mereka seolah-olah tidak berpijak di alam yang nyata.
Pada masa yang sama, seseorang itu akan hilang kawalan diri
dan pemikiran. Mereka tidak merasa segan-silu melakukan
perkara yang di luar batasan di khalayak ramai. Perasaan ini
akan berterusan selagi dadah masih terdapat dalam tubuh
pesakit.

Pesakit juga akan berasa keluh-kesah, gian dan amat
menderita sekiranya tidak mendapat bekalan dadah yang
cukup. Mata akan kelihatan berair, hidung berhingus, perut
berasa sakit dan perit, kadangkala muntah dan cirit-birit.
Mereka boleh bertindak ganas dan hilang kawalan emosi jika
keadaan ini berterusan. Akhirnya, mereka akan melakukan
pelbagai perbuatan jenayah seperti menghendap, mencuri,
merogol dan juga membunuh untuk melepaskan geram dan
gian.

Dalam masa yang sama, mereka juga mengalami gangguan
mental dan menjadi tidak waras. Badan mereka tidak lagi
berfungsi dengan sempurna dan amat sukar untuk dipulihkan
seperti sediakala. Hal ini amat menakutkan masyarakat
sekeliling terutama sekali wanita dan anak gadis kerana ia
akan meninggalkan kesan trauma pada mereka.

Oleh yang demikian, wajarlah kita menjauhkan diri daripada
apa jua jenis najis dadah. Adalah menjadi tanggungjawab kita
bersama untuk berusaha membantu mereka yang
terperangkap di samping memahami keadaan yang sedang
mereka hadapi.


Kesan pada Otak
Otak adalah salah organ terpenting yang dimiliki oleh manusia.
Otak berfungsi mengawal segala pergerakan dan perlakuan
seseorang. Apabila alkohol masuk ke otak melalui darah yang
meresap kedalamnya, ia akan mengubah dan mempengaruhi
pergerakan dan kelakuan peminumnya. Keadaan ini akan
menyebabkan penindasan terhadap kawasan-kawasan otak
yang biasanya mengawal maruah dan disiplin diri sehingga
peminum mula merasa kurang malu, fikiran bercelaru dan
pergerakannya menjadi tidak terkawal. Selain itu, peminum
juga akan sukar menerima pelajaran, membentuk idea
spontan, menumpukan fikiran dan membuat pertimbangan
dengan teliti. Semakin banyak alkohol diminum semakin kuat
otak tertindas sehinggakan peminum tidak sedarkan diri dan
seterusnya mengakibatkan kematian.

Kesan pada Hati
Selain otak, alkohol juga memberi kesan terhadap hati
peminum. Hati akan mengalami kecederaan iaitu mendapat
luka. Sel hati akan mati dan akhirnya menjadi parut. Parut ini
sedikit sebanyak akan mengurangkan kemampuan hati untuk
berfungsi dengan lebih sempurna. Parut yang serius akan
menyebabkan hati tidak dapat berfungsi langsung. Keadaan ini
disebut sirosis hati dan boleh membawa maut. Selain itu,
bengkak hati (Hepatitis) juga boleh terjadi disebabkan oleh
kesan toksik alkohol yang berlebihan.

Kesan pada Saraf
Alkohol boleh merosakkan saraf-saraf yang terdapat di dalam
tubuh kita. Ia akan menyebabkan kecenderungan mendapat
pelbagai jenis penyakit seperti sindrom Wernicke-Korsakoff dan
kerosakan sel-sel otak, yang seterusnya membawa kepada
komplikasi psikiatri.

Kesan pada Janin
Pengambilan alkohol secara berlebihan oleh ibu hamil akan
menyebabkan kandungannya mengalami kekurangan berat
badan, saiz kepala yang terlalu kecil berbanding tubuh,
keadaan muka yang rata dan kelemahan pada sendi-sendi dan
otot.

Selain daripada kesan-kesan ke atas kesihatan badan, alkohol
boleh juga menimbulkan pelbagai masalah sosial. Masalah
ketagihan alkohol boleh merosakkan hubungan persahabatan,
kehilangan pekerjaan, hutang, simpanan keluarga dihabiskan,
masalah rumahtangga, penganiayaan, penderaan, keruntuhan
moral dan sebagainya.
Aktiviti riadah dan rekreasi menyihatkan badan dan mengeratkan hubungan
kekeluargaan

Riadah merupakan salah satu amalan gaya hidup
sihat. Pada pandangan saya, riadah bermaksud
menyihatkan badan dan menenangkan fikiran.
Aktiviti riadah ini boleh dijadikan amalan mingguan
keluarga.

Aktiviti riadah membolehkan kita mengisi masa
lapang yang berfaedah dan tidak berfaedah.
Contohnya kurang faedah adalah menonton
televisyen,bermain permainan video,pergi ke
kompleks membeli-belah,berbual-bual dan
sebagainya. Masa cuti yang tidak diisi dengan
aktiviti yang berfaedah akan merugikan kita.
Dengan beriadah bersama keluarga kita pada
masa lapang, banyak perkara berfaedah yang
dapat kita lakukan contohnya berbasikal bersama-
sama, berjoging di kawasan taman dan berkelah.

Aktiviti riadah bersama keluarga juga dapat
merapatkan hubungan kekeluargaan. Semasa
aktiviti ini dilakukan,ibu bapa boleh menggunakan
masa ini untuk menasihatkan anak-anak tentang
nilai murni yang baik dalam kehidupan seharian.
Hubugan keluarga yang rapat boleh menjadikan
sebuah keluarga yang dapat memupuk semangat
perpaduan dan mengeratkan kasih sayang
sesama ahli keluarga.

Aktiviti riadah juga boleh menjadikan badan kita
sihat. Kalau badan kita sihat, kita boleh melakukan
aktiviti harian dengan pantas. Jika badan kita
sakit,kita perlu pergi ke hospital untuk
mendapatkan rawatan.Hal ini menyebabkan
pembaziran wang kerana kita terpaksa
mengeluarkan wang untuk rawatan.
Kesan Senaman dari Aspek
Fisiologi dan Kesihatan
by KULANZSALLEH on JUNE 26, 2010 15 COMMENTS
Selain daripada makanan, senaman juga adalah
antara perkara penting yang perlu dilakukan untuk
memastikan tubuh mencapai kualiti yang baik. Jadi
di samping kita bersenam setiap hari, apa kata
baca-baca info berikut tentang senaman dan
kesannya terhadap aspek fisiologi dan juga
kesihatan.
Kesan Senaman Dari Aspek Fisiologi
Fisiologi merujuk pada fungsi dan proses dalam
sistem tubuh badan manusia, seperti sistem
pernafasan, sistem peredaran darah dan sistem
otot. Orang yang aktif dalam senaman dan kegiatan
rekreasi akan memperolehi faedah seperti
peningkatan daya tahan kardiovaskular dan tahap
kelenturannya. Faedah fisiologi yang lain
termasuklah dapat mengawal koordinasinya dan
meningkatkan daya tahan dan kekuatan ototnya.
Faedah senaman dan rekreasi dari segi fisiologi
termasuklah peningkatan dari aspek:
i. koordinasi
ii. kelenturan;
iii. koordinasi; dan
iv. kekuatan.
Koordinasi
Koordinasi bermaksud kebolehan menyesuaikan
deria dengan otot bagi menghasilkan ketepatan,
kelicinan dan keharmonian pergerakan. Sekiranya
seseorang itu sering melakukan aktiviti fizikal, ini
akan dapat meningkatkan keupayaan
koordinasinya. Sebagai contoh melakukan aktiviti
yoga. Senaman Yoga dapat membantu membaiki
koordinasi tubuh, mempertingkatkan kapasiti
kardiovaskular, memperkuatkan jaringan otot dan
membantu memperbaiki kordinasi tubuh.
Kepantasan
Kepantasan didefinisikan sebagai keupayaan
melakukan pergerakan dalam suatu jangka masa
yang singkat. Aktiviti fizikal berbentuk kepantasan
seperti berjalan pantas dan joging perlahan
meningkatkan pengaliran darah ke tisu dan otot.
Kuasa
Kuasa berkait rapat dengan kadar tenaga
melakukan sesuatu kerja. Seorang yan rajin
bersenam, misalnya melalui aktiviti berenang atau
marathon akan dapat meningkatkan kebolehan
kuasa tubuh badannya.
Keseimbangan
Keseimbangan berkait rapat dengan keupayaan
mengekalkan keseimbangan ketika dalam keadaan
statik atau bergerak. Contoh aktiviti yang boleh
dilakukan untuk meningkatkan keseimbangan
badan ialah berjalan di atas titian, atau berjogging
dan berjalan selama 20 minit hingga 30 minit, tiga
kali seminggu.
Ketangkasan
Aktiviti fizikal juga akan memberikan kesan
terhadap ketangkasan seseorang. Ketangkasan
adalah berkait rapat dengan keupayaan mengubah
haluan atau pergerakan dengan pantas dan tepat
melalui ruang. Contoh aktiviti fizikal yang dapat
meningkatkan kepantasan seseorang ialah larian zig
zag dan latihan boomerang.
Masa tindak balas
Masa tindak balas berkait rapat dengan masa
antara suatu stimulus dengan permulaan tindakan
kepada stimulus tersebut. Semakin cepat seseorang
bertindak balas terhadap stimulus, semakin cepat
masa tindak balasnya. Justeru, dengan
melaksanakan pelbagai aktiviti fizikal, seseorang
akan dapat meningkatkan masa tindak balasnya.

Kesan Senaman Terhadap Kesihatan
Kesan aktiviti fizikal terhadap kesihatan boleh
dilihat dari segi:
i. daya tahan kardiorespiratori
ii. daya tahan otot
iii. kekuatan otot
iv. fleksibiliti
v. komposisi badan
Daya tahan kardiorespiratori
Carrol (1994) menyatakan bahawa kecergasan
kardiovaskular adalah merupakan keupayaan
seseorang untuk melakukan tugas berat secara
berterusan bagi satu jangkamasa yang panjang. Ia
juga dikenali sebagai kecergasan aerobik, iaitu
keupayaan sistem peredaran dan respiratori untuk
penyesuaian dan pemulihan kesan daripada aktiviti
fizikal seperti berlari, berjalan laju, berbasikal,
berenang dan sebagainya (Nieman, 2003). Melalui
aktiviti fizikal seseorang itu boleh meningkatkan
tahap kecergasan kardiovaskular dan juga dapat
mengurangkan risiko penyakit berkaitan jantung,
diabetes, darah tinggi dan jenis-jenis kanser yang
tertentu (Larsen, George, Alaxender, dan
Fellingham, 2002). Pate (1991) melaporkan
terdapat hubungan yang konsisten antara
pengukuran dalam aktiviti fizikal, kecergasan fizikal
dan penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular.
Melalui ujian dan pengukuran, kita boleh
mengenalpasti tahap kecergasan kardiovaskular
seseorang dan mencadangkan latihan yang sesuai
bagi mereka. Ia boleh dijadikan motivasi untuk
peningkatan prestasi, atau meneruskan gaya hidup
sihat, dan juga sebagai langkah awal untuk
pengesanan penyakit (Miller, 1994).
Daya tahan otot
Daya tahan otot didefinisikan sebagai keupayaan
otot menghasilkan daya submaksimum yang
berulang-ulang mengatasi rintangan atau
mengekalkan kontraksi otot berterusan untuk suatu
jangka masa yang panjang. Komponen ini
merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu jangka
masa yang panjang pada intensiti yang rendah.
Skipping juga adalah antara senaman ringkas dan
mudah yang boleh anda lakukan pada bila-bila
masa sahaja. Anda hanya memerlukan seutas tali
skipping dan ruang yang mencukupi. Walaupun
agak mudah tetapi manfaat yang bakal anda
perolehi daripada skipping hampir sama dengan
jogging. Ia membantu menguatkan otot-otot
lengan, perut, paha dan juga boleh mengurangkan
lemak dalam badan anda.
Kekuatan otot
Kekuatan otot didefinisikan sebagai keupayaan
sesuatu otot atau kumpulan otot menghasilkan
daya maksimum mengatasi rintangan. Komponen
ini merangkumi aktiviti yang melibatkan suatu
jangka masa yang pendek pada intensiti yang
tinggi. Fox dan Mathews (1981) menjelaskan
bahawa kekuatan adalah kemampuan otot atau
sekumpulan otot dalam mengatasi rintangan bagi
menghasilkan daya atau kerja. OShea (1976)
menyatakan bahawa kekuatan merupakan fungsi
otot rangka dan keupayaannya menghasilkan daya
atau kuasa otot. Beliau menjelaskan bahawa
terdapat kesan yang positif terhadap peningkatan
kekuatan otot dengan latihan bebanan dalam setiap
aktiviti sukan.
Fleksibiliti
Fleksibiliti merujuk pergerakan sesuatu sendi
melalui julat pergerakan sepenuhnya. Fleksibiliti
perlu bagi pergerakan yang lancar dan efisien, juga
dapat mencegah daripada berlakunya kecederaan
pada bahagian sendi dan otot. Aktiviti yang dapat
meningkatkan fleksibiliti seseorang adalah aktiviti
regangan. Senaman ini menjadikan tubuh mudah
lentur. Ini dilakukan dengan aktiviti regangan
membabitkan otot dan tisu yang menentukan
keseimbangan tubuh. Ahli terapi fizikal
mencadangkan senaman regangan dilakukan
terhadap pesakit untuk pulih dari kecederaan.
Selain itu, senaman ini baik untuk mencegah
masalah terjatuh.
Komposisi badan
Komposisi badan merujuk perkadaran jumlah lemak
badan dengan berat tanpa lemak. Peratusan lemak
badan adalah pengukuran kegemukan yang lebih
baik berbanding berat badan. Kelebihan lemak
dalam badan amat berkaitan dengan pelbagai jenis
penyakit kronik. Komposisi badan adalah salah satu
komponen kecergasan yang penting. Manusia yang
mempunyai komposisi badan yang optimum tampak
sihat, bergerak dengan lebih efisien dan berasa
yakin terhadap diri mereka sendiri. Untuk mencapai
kesejahteraan, kita mesti menetapkan tahap
komposisi badan yang sesuai untuk diri kita dan
berusaha untuk mencapai dan mengekalkan tahap
komposisi badan yang optimum

Rehat, tidur biar cukup
Oleh Suliati Asri
suliati@hmetro.com.my


Bagaimanapun, ada kalanya perubahan suhu antara tempat anda dengan destinasi
yang dituju boleh menyebabkan keadaan itu berlaku.

Apa lagi jika bercuti di kawasan tanah tinggi dengan suhu yang sejuk atau ke luar
negara dengan perbezaan musim.

Mencegah memang baik daripada mengubati tetapi jika senario buruk itu terjadi,
mengubati adalah satu-satunya pilihan terbaik.

Justeru, panduan minggu ini mungkin dapat membantu anda jika ditakdirkan anda
jatuh sakit ketika melancong.


Maklumkan keadaan anda kepada pramugari

Jika berasa sejuk dalam penerbangan ketika ke destinasi percutian, jangan ragu-
ragu memberitahu pramugari anda tidak sedap badan.

Ini dapat membantu kerana pramugari akan memberikan anda bantal, selimut atau
ubat supaya anda rasa lebih selesa.


Banyak minum air kosong

Usahakan untuk meminum air kosong satu gelas setiap 15 minit. Ia cara terbaik
kerana tubuh kita memerlukan air yang banyak.

Apabila air kurang dalam badan, kita mudah diserang penyakit terutama selesema,
batuk dan demam.


Rehat yang cukup

Berehatlah selama beberapa jam ketika anda berasa kurang sihat. Jangan memaksa
diri kerana percutian anda akan menjadi sia-sia jika badan terasa sakit.

Keadaan mungkin akan semakin teruk kerana kedegilan anda dan anda mungkin
boleh pengsan ketika bersiar-siar atau dalam perjalanan.


Tidur

Tidur sangat baik untuk membantu mengembalikan kecergasan dan kesihatan. Ini
kerana selepas bangun daripada tidur yang cukup, ada akan berasa lebih sihat.

Jika anda diserang selesema dan berasa tidak tahan dengan gejala dialami, minum
ubat selesema atau demam sebelum tidur.


Beritahu pihak hotel

Pastikan pihak hotel penginapan anda mengetahui keadaan kesihatan anda yang
sedang sakit. Ini kerana pihak hotel boleh membantu dari pelbagai aspek terutama
membawa anda ke hospital atau klinik jika keadaan anda semakin teruk.


Sediakan ubat-ubatan

Ketika melancong, bawalah ubat-ubatan untuk mengubati sakit yang sering
menyerang ketika melancong seperti ubat selesema, batuk, demam, ubat antimabuk
dan yang bersesuaian.

Pastikan anda membawa baju panas atau jaket walaupun bercuti ke tempat yang
tidak terlalu sejuk. Ini antara langkah berjaga-jaga terutama apabila anda selesema.

Ini kerana, badan biasanya menggigil ketika selesema walaupun tempat dikunjungi
itu mempunyai suhu panas.


Berjumpa doktor

Apabila semua sudah dicuba seperti banyak minum air kosong, rehat dan tidur
cukup serta mengambil ubat yang perlu tetapi masih juga tidak sihat, berjumpalah
dengan doktor.

Dengan pemeriksaan doktor, anda pasti mendapat ubat yang sesuai dan terbaik
untuk sakit dialami. Anda juga boleh mencegah sakit dialami berlarutan, sekali gus
merosakkan keseluruhan percutian idaman anda.


Kebaikan insurans perjalanan

Insuran perjalanan biasanya sering diabaikan kerana ramai beranggapan ia tidak
penting. Namun, apabila sakit ketika bercuti, ketika itulah perkhidmatan
ditawarkan insurans sangat diperlukan.

Dengan adanya insurans, segala kos perubatan anda akan ditanggung.

Ramai orang kadang kala tidak mampu menahan rasa
mengantuk kerana kemungkinan telah melakukan
kerja-kerja berat, melakukan perkara yang banyak
menggunakan tenaga dan pemikiran, dan ada juga
yang kurang mendapatkan masa tidur yang cukup.
Kesannya, banyak kes-kes kemalangan yang berlaku
adalah berpunca dari rasa mengantuk. Selain itu,
tahap produktiviti negara juga terjejas dan mengalami
kerugian juga disebabkan masalah ketiduran.
Sememangnya, masalah ini telah memberikan kesan
negatif kepada kualiti kerja. Diriwayatkan dari Bukhari
dan Muslim, Nabi Muhammad SAW bersabda,
Apabila salah seorang di antara kamu berasa
mengantuk, hendaklah dia tidur sehingga hilang rasa
mengantuknya. Apabila seseorang meneruskan solat
ketika mengantuk berkemungkinan ketika sedang
istigfar tanpa disedari dia mengutuk dirinya sendiri.


TIDUR ADALAH IBADAH

Badan juga perlukan masa rehat kerana itu adalah
haknya. Berehat atau tidur dapat menjadikan umat
Islam sebagai umat yang melakukan segala ibadah
dan aktiviti dengan cara yang terbaik. Di dalam sebuah
hadis, diceritakan mengenai Abu Darda yang tidak
mahu tidur kerana ingin melakukan ibadah secara
berterusan. Menurut Bukhari, sahabatnya Salman al-
Farisi menegurnya dengan berkata,
Tuhanmu mempunyai hak ke atasmu, badanmu
mempunyai hak ke atasmu dan isterimu mempunyai
hak ke atasmu. Berikan kepada semua ini haknya.
Semasa Nabi Muhammad mendengar perkataan
Salman ini, beliau berkata, Benarlah Salman.

Dalam hadis lain, seperti yang diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad pernah
memasuki masjid dan ternampak seuras tali
merentangi dua tiang. Selepas bertanya, nabi
diberitahu tali itu adalah kepunyaan Zainab yang
berpaut kepadanya ketika keletihan selepas
melakukan solat. Lantas nabi berkata, Buka tali ini!
Hendaklah salah seorang daripada kamu bersolat
ketika cergas dan ketika mengantuk pergilah tidur. Ini
menunjukkan bahawa Nabi Muhammad
mementingkan kualiti ketika beramal dan tidur dapat
membantu ke arah itu. Oleh itu, tidur yang dianjurkan
adalah sebahagian dari ibadah.


PEKERJA SYIF MALAM DAN KESAN PADA
KESIHATAN

Tidur yang penting adalah pada waktu malam. Allah
berkata dalam surah al-Furqan ayat 47,

Dan Dia menjadikan malam sebagai pakaian bagimu
dan tidur sebagai istirehat, dan dijadikan siang untuk
bertebaran mencari rezeki.

Pekerja syif malam mempunyai risiko lebih tinggi
menghidap sakit jantung. Pengkaji-pengkaji dari
Universiti Milan mendapati jantung manusia tidak
bersedia menerima tekanan yang berlebihan pada
waktu malam. Hal ini disebabkan, hormone cortisol
yang berfungsi melajukan jantung dan pernafasan di
waktu siang tidak begitu berperanan pada waktu
malam, justeru melemahkan konsentrasi dan tumpuan
pekerja-pekerja pada syif malam di samping
membebankan jantung mereka.


TIDUR DAN MINDA YANG CERGAS

Tidur yang cukup memantapkan kecergasan minda.
Pakar tidur, Colonel Gregory Belenky, mengkaji kesan
kurang tidur ke atas tentera-tentera yang
mengendalikan peralatan canggih ketenteraan. Beliau
mendapati, fungsi otak terutamanya yang melibatkan
bahagian membuat keputusan, perancangan dan
konsentrasi, banyak terjejas apabila seseorang tidak
dapat tidur dengan cukup dan otak akan mengambil
masa yang lama bagi pulih seperti sedia kala.
Keadaan ini dapat menyebabkan kemalangan di bilik
kecemasan, tempat kerja, jalan raya dan semasa
menjalankan operasi ketenteraan.


TIDUR YANG MEMULIHKAN BADAN

Semasa tidur, sel-sel di dalam badan melalui proses
pemulihan. Allen Nicholson, penyelaras klinikal di
Pusat Gangguan Tidur, Hospital Columbus Community
Ohio menjelaskan, semasa tidur, badan seseorang
mengeluarkan hormon pertumbuhan atau growth
hormone yang berfungsi memperbaiki sel-sel yang
rosak. Mengambil arak ataupun minuman yang
mengandungi kafiena sebelum tidur mengganggu
proses ini dan menambah keletihan seseorang di
siang hari.




TIDUR DAN PENYIMPANAN MAKLUMAT

Penyimpanan maklumat jangka pangjang atau long-
term memory di dalam otak juga berlaku semasa tidur.
Namun mereka yang suka tidur lewat, sebagai contoh
pelajar yang mengulang kaji pelajaran sehingga lewat
tengah malam, mengganggu proses penyimpanan
maklumat ini. Menurut Penolong Profesor Carla B.
Green dari Pusat Sains Kebangsaan Untuk Pusingan
Biologi, mengulang kaji pelajaran sehingga lewat
malam menjejaskan pusingan biologi seseorang dan
ini menjejaskan fungsi otak bagi mengingati semula
maklumat yang dibaca, di samping menyebabkan
keletihan pada waktu yang tidak menentu di siang hari.


TIDUR DAN JANTUNG

Tidur memantapkan sistem darah dan jantung. Dr Tom
Mackay, seorang pakar berhubung penyakit-penyakit
sistem pernafasan di Pusat Tidur Kebangsaan,
Edingburgh Royal Infirmary Scotland merumuskan,
kurang tidur menyebabkan beberapa perubahan kimia
berlaku di dalam badan dan ini meningkatkan risiko
seseorang mengidap penyakit kencing manis, jantung
dan strok.


TIDUR TERBAIK DAN MENYIHATKAN

Cara dan tempoh tidur juga perlu diambil berat bagi
mendapatkan tidur yang berkualiti. Tempoh optimum
bagi sesetengah orang adalah lima hingga enam jam
setiap malam, namun kebiasaannya bagi golongan
dewasa kadarnya adalah tujuh hingga lapan jam.
Manakala bagi cara dan kedudukan yang baik untuk
tidur, seperti mana yang diajarkan oleh nabi, telah
diriwayatkan oleh Tarmizi,
Nabi Muhammad melihat seorang lelaki yang tidur
sambil meniarap lantas baginda berkata, inilah cara
tidur yang dibenci Allah.

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad juga
berkata,
Apabila kamu hendak tidur ambillah wuduk seperti
wuduk untuk solat, kemudian baringlah di sebelah
kanan.

Menurut Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad pernah
tidur menelentang sambil menyilangkan kaki seperti
yang dilaporkan oleh Abbad ibn Tamim,
Aku pernah melihat Rasulullah tidur menelentang di
dalam masjid sambil menyilangkan kedua belah kaki
Baginda.

Di dalam kitab at-Tib an-Nawawi, Ibn Qaiyim al-
Jauziyah merumuskan cara tidur nabi dengan
berkata,
Nabi Muhammad tidak tidur dalam kekenyangan.
Baginda berbaring berlapikkan bantal sambil
mengiring ke sebelah kanan dalam keadaan berzikir
kepada Allah sehingga terlena.




Wallahua'alam... Sekadar Perkongsian

Jadi, bagaimana caranya untuk mendapatkan tidur yang berkualiti
ini?

1) Jauhkan diri anda daripada makanan dan minuman yang
berkafein sebelum tidur.

Seperti yang anda semua sedia maklum, kafein berperanan untuk
menghalang mata kita daripada mengantuk, lagi-lagi sekiranya
peperiksaan makin hampir. Kalau boleh, kita tidak mahu tidur
langsung dek mahu menghabiskan ulangkaji pelajaran. Namun, ini
adalah cara yang salah. Apabila badan kita kekurangan rehat, ia
akan menimbulkan stress pada tubuh kita. Dan selanjutnya,
produktiviti kita akan berkurangan dan kualiti ulangkaji kita pun
akan menurun juga. Maka, jangan merasakan tidur itu satu perkara
yang sia-sia dan boleh ditinggalkan begitu sahaja.

2) Tetapkan jadual tidur anda.

Berapa lama anda mahu tidur? Pukul berapa anda mahu masuk
tidur? Dan bila pula anda perlu bangun untuk ke kelas pada
keesokan harinya? Inilah soalan-soalan yang akan membantu anda
untuk menetapkan jadual tidur anda. Langkah ini akan dapat
mengawal biorhythm diri anda, seterusnya memudhakan anda
untuk tidur nyenyak dan mendapatkan rehat yang cukup
melaluinya. Bahkan, anda boleh juga melatih diri anda untuk
bangun berqiamullail!


Kredit

3) Sediakan ruangan tidur yang selesa

Tilam yang empuk, bantal yang gebu dan selimut yang selesa pasti
membuatkan sesiapa sahaja terdodoi di dalam tidur yang nyenyak.
Maka, apa salahnya kita mengeluarkan sedikit wang untuk menukar
bantal penyek itu demi mendapatkan rehat yang lebih berkualiti.
Dengan rehat yang berkualiti, kualiti dan produktiviti diri akan
meningkat, dan ini adalah satu pelaburan yang menguntungkan!

4) Matikan computer sebelum tidur

Ada yang berpendapat kita seharusnya mematikan komputer
sekurang-kurangnya 30 minit sebelum tidur. Hal ini adalah
disebabkan apabila kita menggunakan komputer, otak kita menjadi
aktif dan ini menyukarkan kita untuk tidur dengan nyenyak. Maka,
berilah sedikit masa untuk otak anda cool down sebentar dan
menjadi tenang untuk mendapatkan tidur yang berkualiti.

5) Matikan lampu sebelum tidur

Hal ini kadang-kadang dipandang remeh sahaja, namun
sebenarnya merupakan satu rahsia kejayaan untuk mendapatkan
tidur yang nyenyak. Suasana yang gelap memudahkan anda untuk
mula tidur. Sebuah penelitian terbaru menemukan bahwa bahkan
sejumlah kecil cahaya dari komputer dapat mengganggu produksi
melatonin dan mengganggu tidur anda. Maka, pastikan suasana
tempat tidur anda kondusif dan bertepatan dengan keperluan tidur
anda.

Setelah mendapatkan rehat yang cukup, barulah kita boleh
mulakan hari yang baru dengan penuh bersemangat!

Maka apabila kamu Telah selesai (dari sesuatu urusan),
kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain
[Surah Al Insyirah, ayat 7]

InshaaAllah, mudah-mudahan perkongsian yang tidak seberapa ini
dapat membantu anda untuk mendapatkan tidur dan rehat yang
berkualiti, dan seterusnya meningkatkan produktiviti!

Wallahualam.

Adakah kawalan berat badan sihat yang berkesan?
Adakah kawalan berat badan sihat yang berkesan?
Sebenar Program kawalan berat badan adalah
sebenarnya pengurusan kesihatan yang anda mengawal diri
sendiri.
* Memahami bahawa banyak risiko kesihatan akan meningkat
dengan setiap paun berat badan yang sihat.
* Diet hanya orang yang harus ada adalah satu yang mereka
akan bagi seumur hidup mereka. Kawalan
beratbadan yang berjaya memerlukan perubahan gaya hidup
yang kekal.
* Membuat keputusan untuk mendapat pemahaman apa yang
membentuk Kesihatan hidup dan kemudian menentukan
memohon diri sekali yang dipelajari.
* Menyedari bahawa Diet fad dan program-program yang
menawarkan cara pantas kepada berat longgar sebenarnya
melakukan banyak lebih membahayakan daripada
kebaikan. Orang-orang yang telah kehilangan
beratbadan dalam 30 hari atau bila-bila masa pendek jarang
kembali untuk berkongsi pengalaman mereka kemudian di
hujung jalan
Tip-Tip mengawal berat badan yang semulajadi:
1) Makan seperti seorang raja di waktu pagi, Putera/capaian
pada waktu tengahari, dan Papa di biliknya. (Petua ini satu
sahaja membuat perubahan besar)
2) Mengambil berjalan kaki menyeronokkan 20-30 minit untuk
selepas membersihkan, tidak pernah dusta.
3) Minum lapan gelas air yang segar atau lebih sehari. Minum
16 oz selepas kenaikan pagi merangsang metabolisma.
4) Makan diet yang semulajadi untuk mengelakkan makanan
diproses yang tinggi, perengsa, perangsang.
5) Makan karbohidrat kompleks contohnya. Buah-buahan,
kacang, kekacang, bijirin, sayur-sayuran.
6) Elakkan minum jumlah besar cecair pada menu.
7) Membangunkan tabiat meninggalkan makanan atas
pinggan anda belum selesai. Makanan yang pergi ke
pinggang tidak akan pergi ke pinggang anda atau melatih diri
anda akan berpuas hati dengan kurang.
8) Mengambil masa untuk makan. Menikmati apa yang anda
makan atau tidak bersusah payah makan.
9) Puasa kerap 24-48 jam setiap minggu.
10) Elakkan di dunia paling teruk makanan aditif, hantarkan
monosodium glutamat didapati dalam kebanyakan makanan
segera dan restoran-restoran.
KEPERLUAN NOMBOR SATU UNTUK MENGAWAL
BERAT BADAN YANG SIHAT
Pembersihan dan pengisian sistem penghadaman adalah
penting untuk berat badan yang berjaya penormalan.
Saluran penghadaman seseorang yang sihat mempunyai
trilion probiotik-untuk hidup, bakteria mesra penting untuk
usus yang sihat dan seimbang penghadaman. Klinik Mayo
yang terkenal telah mendedahkan bahawa orang-orang yang
berat badan berlebihan mempunyai bakteria mesra mereka,
flora usus yang bermanfaat, habis melalui tabiat kesihatan
yang buruk. Bakteria mesra ini telah diatasi oleh spesies yang
jahat yang dipanggil Firmicutes. Itulah yang tidak mesra
bakteria itu adalah punca utama obesiti.
Produk yang tiada tandingan yang terdapat hari yang
membantu badan dalam penyebaran bakteria jahat dan
membantu memulihkan flora sihat. Ia membina bakteria
probiotik biasa yang menjadikan ia lebih kukuh dan lebih baik
dapat menghapuskan penceroboh penyimpanan lemak.
NuFlora membantu dalam saluran GI dalam mengetepikan
sistem sisa metabolisme dan toksin yang mengembalikan
ketetapan dan kesihatan.
Pengurusan kualiti kesihatan anda sendiri
MENGAWAL BERAT BADAN



Obesiti atau kegemukan seringkali dikaitkan dengan penyakit tidak
kronik seperti penyakit jantung, diabetes, arthritis dan sebagainya.
Ia adalah suatu keadaan di mana berlaku pengumpulan lemak di
tubuh badan sama ada secara setempat atau menyeluruh. Dengan
itu, adalah penting untuk mengelakkan diri dari menjadi terlalu
gemuk dengan mengekalkan berat badan pada berat badan yang
unggul. Mengekalkan berat badan yang unggul juga merupakan
salah satu cara pencegahan daripada mendapat penyakit
kardiovaskular.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI BERAT
BADAN ANDA UNGGUL ATAU SEBALIKNYA?
Bagi mengetahui samada anda mempunyai berat badan yang
unggul atau sebaliknya, apa yang anda perlu lakukan adalah;

1. Timbang berat badan anda dalam
kilogram.
2. Ukur ketinggian anda dalam sentimeter.
3. Kira Indeks Jisim badan ( BMI ) dengan
menggunakan
rumusan berikut:
BMI = Berat Badan (kg)
Ketinggian (m) x Ketinggian (m)
Berat badan anda dianggap kurang , unggul atau obes sekiranya
nilai BMI yang dikira adalah seperti berikut;

Jika BMI anda ialah Anda adalah :
Kurang dari 18.5 Kurang berat badan
18.5 - kurang 25 Berat badan unggul.
25 - kurang 30 Berat badan berlebihan
30 dan lebih Obes / Gemuk
* PANDUAN INI HANYALAH UNTUK ORANG DEWASA
BERUMUR 18 TAHUN DI ATAS

BAGAIMANA HENDAK MENDAPAT BERAT
BADAN UNGGUL?
Jika anda mempunyai berat badan yang berlebihan atau obes,
anda perlu mengambil tindakan berikut untuk menurunkannya ke
tahap yang unggul iaitu;

1. Bertekadlah untuk menurunkan berat badan secara
perlahan-lahan, lebih kurang 1/2 kg. seminggu. Jangan
sekali menguruskan berat badan dengan makanan atau diet
kilat
2. Makan pelbagai makanan yang rendah kalori dan tinggi
kandungan nutrien.
3. Makan nasi, roti atau bijirin tanpa tambahan lemak dan gula
di dalam penyediaannya
4. Makan lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran tanpa
tambahan lemak dan gula dalam penyediaannya
5. Kurangkan pengambilan makanan dan minuman yang
berkalori tinggi
6. Elakkan pengambilan alkohol
7. Elakkan pengambilan makanan ringan di antara waktu
makan. Jika anda perlu makan di antara waktu makan, pilih
buah-buahan
8. Makan pada masa yang tetap
9. Makan di tempat makan khas. Elakkan makan di hadapan
televisyen
10. Gunakan pinggan yang kecil dan elakkan menambah
makanan yang tinggi kandungan lemak dan kalori
11. Sibukkan diri anda dengan aktiviti bagi mengelakkan anda
mengingati makanan
12. Kurangkan pengambilan gula dan makanan yang
mengandungi kandungan gula yang tinggi
13. Sentiasalah bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu
selama 30 minit setiap sesi.

Kawalan Berat Badan


(a) Komposisi badan

Jisim lemak
Jisim bukan lemak
(Mengetahui cara pengukuran yang digunakan untuk
mengagggar peratusan lemak badan, iaitu kaedah lipatan
kulit (skinfold)


(b) Anggaran peratusan lemak badan

Pengukuran lipatan kulit di lokasi/bahagian tertentu
(Ini dijalankan bersama dengan ukuran Indeks Jisim
Badan)(Body Mass Index - BMI)

Komposisi badan

---Jisim lemak
---Jisim bukan lemak

** Anggaran peratusan lemak badan.
** Pengukuran lipatan kulit di lokasi/bahagian tertentu.

Anda mungkin juga menyukai