Anda di halaman 1dari 14

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SEMESTER JANUARI / 2014






HBEF3603


AMALAN PROFESIONAL














NO. MATRIKULASI : 810110025001001
NO. KAD PENGNEALAN : 810110-02-5001
NO. TELEFON : 019-4638452
E-MEL : asrimaznah@gmail.com



PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN KEDAH





HBEF 3603


1















BIL KANDUNGAN MUKA SURAT
1. PENGENALAN: 2
2 REFLEKSI P d P YANG LALU:

2
3 OBJEKTIF KAJIAN:

4
4 KUMPULAN SASARAN:

4
5 PERLAKSANAAN INOVASI P d P:

5
6 LAPORAN KONSEP INOVASI YANG DIJALANKAN: 7
7 APENDIKS: 11
8 LAMPIRAN: 12


HBEF 3603


2
MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENGENAL KOMPONEN ELEKTRIK DAN
ELEKTRONIK DALAM KEMAHIRAN HIDUP SEKOLAH RENDAH

1.0 Pengenalan

Menngenal komponen elektrik dan elektronik merupakan kemahiran asas yang
perlu dikuasai oleh semua murid. Kemahiran mengenal komponen ini merupakan salah
satu aspek penting dalam kemahiran hidup. Banyak kajian yang telah dijalankan
mendapati kebanyakan murid menghadapi masalah dalam mengenali komponen elektrik
dan elektronik terutamanya daripada aspek nama komponen dengan betul dan fungsinya.
Kebanyakan murid menghadapi masalah menyusun nama dan fungsi dalam kemahiran
hidup dan tidak dapat mengekspresi dengan baik untuk memastikan nama dan komponen
dengan betul. Ini akan melambatkan mereka disiapkan mengikut tujuan yang telah
ditetapkan.

Hari ini, mengenal komponen dan fungsi komponen terus menjadi kelemahan
paling ketara murid-murid sekolah. Walaupun skor pencapaian standard telah meningkat
dalam beberapa aspek, kegagalan mengingat nama komponen dan fungsi komponen
yang lemah terus menjadi masalah yang menonjol. Hal ini demikian, kerana, semasa
berlangsungnya pengajaran dan pembelajaran (P d P) pengenalan nama komponen dan
fungsi, didapati murid menghadapi masalah dalam mengingat nama komponen dan
fungsi jika bantuan seperti gambar tidak disertakan. Masalah ini dikenal pasti apabila
murid tidak dapat memberi nama komponen ketika sesi pengajaran dan pembelajaran
serta berdasarkan semakan buku latihan mereka. Setelah meneliti masalah yang dihadapi,
saya berasakan masalah utama yang perlu difokuskan ialah meningkatkan kemahiran
mengingat nama komponen dan fungsinya. Hal ini kerana murid lebih cenderung untuk
membuat latihan amali sahaja.






HBEF 3603


3
2.0 Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran yang Lalu

Semasa menjalani latihan mengajar di sekolah, saya telah mengajar di kelas lima
Bestari yang terdiri daripada 31 orang murid yang tiada banyak masalah pembelajaran
kerana mereka antara murid yang pandai dan merupakan kelas pertama daripada dua
kelas yang terdapat di sekolah ini. Semasa menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran
di dalam kelas, saya telah mendapati kebanyakan murid lebih suka melakukan kerja
amali tampa ingin tahu nama komponen dan fungsinya . Masalah ini jika dibiarkan
berlarutan akan mempengaruhi markah peperiksaan mereka, terutamanya pada bahagian
nama komponen dan fungsinya.

Murid yang membina litar siri atau selari sahaja tanpa mengetahui fungsinya
dalam amali akan menyebabkan mereka tidak mendapat markah penuh semasa
peperiksaan. Situasi ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana membina ayat adalah
penting terutamanya untuk membolehkan murid memperoleh keputusan peperiksaan
yang cemerlang. Sekiranya masalah ini tidak diatasi, kemungkinan peratus markah dalam
teori dan amali nanti akan terjejas. Saya perlu melakukan sesuatu untuk mengelakkan
masalah ini daripada berlarutan sehingga menjejaskan prestasi pembelajaran murid. Oleh
itu, saya perlu meningkatkan penguasaan murid dalam kemahiran menginat nama
komponen dengan menggunakan kaedah melalui gambar

Melalui pemeriksaan buku latihan dan lembaran kerja murid, didapati murid
tidak dapat mengenali komponen berkaitan dan bersesuaian dengan topik yang diberi.
Isu ini perlu ditangani supaya tindakan yang sewajarnya boleh diambil untuk membantu
murid menjadi lebih arif dan bijak dalam pembuatan litar. Masalah ini dapat diselesaikan
dengan menggunakan kaedah dan strategi yang bersesuaian.

Justeru, teknik tanya dan bahan grafik diperkenalkan untuk membimbing murid
mengenali komponen . Penjanaan idea dengan teknik ini akan dapat membantu murid
tahun lima mengenali komponen dan fungsinya dengan mudah dan efektif.. Dapatan
kajian ini akan memperlihatkan kesan penggunaan teknik gambarajah dalam pembinaan


HBEF 3603


4
pengetahuan mengingat berdasarkan bahan grafik kepada murid tahun lima di samping
meninjau sikap murid apabila strategi pengajaran dan pembelajaran ini berlangsung di
dalam bilik darjah.


3.0 Objektif Kajian

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk :
1. Meningkatkan kemahiran mengingat nama komponen elektrikdan elektronik
dalam kalangan murid tahun 5.
2. Meningkatkan kebolehan mengingat nama fungsi komponen elektrik dan
elektronik dalam kalangan murid tahun 5.
3. Mengenal pasti keberkesanan murid membina litar dalam kalangan murid tahun 5

4.0 Kumpulan Sasaran

Kajian ini telah dilakukan di Sekolah Kebangsaan Mahang yang terletak di
kawasan luar bandar daerah Kulim. Sekolah ini mempunyai lebih kurang 400 orang
murid dan dianggotai oleh barisan tenaga pengajar seramai 33 orang. Sekolah ini
mempunyai dua tahap iaitu tahap satu dan tahap dua yang merangkumi murid tahun satu
hingga tahun enam.Terdapat juga murid-murid prasekolah. Setiap tahun mempunyai 2
kelas dan murid-murid di sekolah ini belajar dalam satu sesi sahaja. Kesemua muridnya
terdiri daripada bangsa Melayu dan beragama Islam.

Sekumpulan 31 orang murid tahun Tiga Bestari telah dipilih sebagai sampel
untuk menjalani kajian ini. Mereka terdiri daripada 17 murid lelaki dan 14 murid
perempuan. Kumpulan murid ini tergolong dalam kumpulan baik, sederhana dan
kumpulan lulus. Murid tahun Lima Bestari ini merupakan murid yang terdiri daripada
pelbagai kebolehan. Boleh dikatakan kesemua murid yang terdapat di dalam kelas ini
mempunyai latar belakang sosioekonomi yang sederhana dan kebanyakan ibu bapa murid
merupakan golongan petani ataupun pekerja kilang.


HBEF 3603


5

5.0 Perlaksanaan Inovasi P d P :

Kajian ini telah saya rancang bermula awal Februari 2014 sehingga penghujung
bulan April 2014. Saya telah mengenal pasti 31 orang murid sebagai kumpulan sasaran
dalam kajian ini. Pengajaran menggunakan kaedah kata tanya ini dilaksanakan pada
setiap hari Isnin selama 60 minit ( 2 waktu ). Saya telah memperuntukkan 1 waktu untuk
perbincangan dan aktiviti pengajaran pembelajaran menggunakan kaedah ini manakala 1
waktu lagi untuk murid-murid membuat latihan latihan amali.

Berikut merupakan contoh Rancangan Pengajaran Harian yang disediakan untuk
sesi pengajaran dan pembelajaran tersebut.

Set Induksi :
Baca arahan soalan dengan teliti sambil menggarisi klu soalan.Fahami kehendak
sebenar soalan.
Langkah 1 :
Teliti bahan grafik dan catat sekurang-kurangnya lima maklumat yang tepat.
Sekiranya grafik gambar, utamakan aktiviti yang dipaparkan.
Langkah 2 :
Bina pelan maklumat. Guru membimbing murid menggunakan teknik tarik dan
tulis maklumat pada bahan grafik.
Langkah 3 :
Menggunakan kata tanya ( siapa, bagaimana dan di mana ) pada setiap maklumat
yang diperoleh.
Langkah 4 :
Latihan mengingat nama komponen dan fungsi komponen berpandukan pelan
maklumat.
Penutup :
Menyemak ejaan bagi nama komponendan fungsi komponen supaya tiada
kesalahan.


HBEF 3603


6
Memastikan amali litar yg dilakukan supaya berfungsi dengan bantuan guru
sebagai pembimbing.


Langkah pengajaran dan pembelajaran dimulakan dengan menyuruh murid
membaca arahan dengan teliti sambil menggaris fungsi komponen. Langkah ini
bertujuan agar mereka memahami nama komponen berdasarkan aktiviti ataupun situasi
yang terdapat dalam bahan grafik.

Seterusnya, melalui langkah pertama, murid diminta meneliti bahan grafik
dengan teliti. Selepas itu, murid hendaklah menyenaraikan maklumat yang tepat yang
terdapat dalam gambar. Misalnya, murid-murid hendaklah mencatatkan nama komponen
dan fungsi komponen yang sesuai berdasarkan gambar.

Dalam langkah kedua, murid ditunjukkan nama fungsi komponen dengan
menggunakan teknik tarik dan tulis. Berdasarkan bahan grafik, murid-murid hendaklah
menulis nama komponen dan melekatkan gambar di papan putih.

Seterusnya dalam langkah ketiga, murid dibimbing menggunakan arahan guru
bagi setiap aktiviti yang ditulis.

Contoh soalan :
Apakah nama komponen ini?
Contoh jawapan murid :
Suiz tekan tutup dan suiz pisau.

Contoh soalan:
Apakah fungsi komponen ini ?
Contoh jawapan murid :
Suiz berfungsi sebagai penyambung dan pemutus litar.



HBEF 3603


7

Contoh soalan :
Bagaimanakah litar siri di sambung?
Contoh jawapan murid:
Dengan semua komponen disambung secara siri.




Untuk langkah yang terakhir, latihan mengenali komponen telah diberikan
kepada murid-murid. Semasa membuat latihan, bimbingan secara individu telah
diberikan kepada murid-murid. Mereka dibimbing untuk mengenali nama komponen dan
fungsinya menggunakan gambar dengan melekatkan gambar terlebih dahulu sebelum
fungsi komponen. Setelah murid-murid mengenali nama komponen dan fungsinya,
mereka diarahkan supaya melakukan kerja amali membuat litar secara siri , selari dan siri
selari. Kerja- kerja amali dilakukan secara kumpulan sambil dipantau oleh guru.

Setelah melaksanakan beberapa siri pengajaran dan pembelajaran menggunakan
kaedah ini dari awal bulan Februari 2014 sehingga penghujung bulan April 2014, saya
telah mengadakan 3 siri ujian. Ujian ini diadakan pada hujung setiap bulan dalam
tempoh pelaksanaan kajian ini. Tujuan ujian ini diadakan adalah untuk mengkaji
keberkesanan kaedah yang digunakan terhadap pencapaian subjek kajian dalam
mengenali nama komponen dan fungsi komponen.

6.0 Laporan Perlaksanaan Konsep Inovasi yang Dijalankan:

Kaedah yang digunakan dalam kajian ini bertujuan untuk melatih murid-murid
mengenali nama komponen dan fungsi komponen berdasarkan bahan grafik dengan
menggunakan cara tulis dan tampal . Kaedah pengumpulan data yang digunakan dalam
kajian ini adalah melalui markah 3 siri ujian dan latihan harian. Kajian ini mendapati


HBEF 3603


8
bahawa ada peningkatan dalam pencapaian murid-murid daripada segi pengskoran
mereka.

Dalam kajian ini, saya telah menggunakan dua kaedah pengumpulan data iaitu
melalui soalan ujian dan pemerhatian. Soalan Ujian pra, ujian bulanan dan Ujian pos
telah disediakan bagi mengukur kelemahan mahupun peningkatan murid-murid ini.
Selain itu, pemerhatian juga saya lakukan melalui latihan yang diberi di dalam kelas,
aktiviti perbincangan yang diadakan serta tindak balas mereka terhadap soal jawab
semasa pengajaran dilaksanakan.

Berpandukan maklumat daripada tinjauan awal dengan meneliti buku latihan
harian murid dan ujian pra, saya telah memperoleh maklumat tentang kelemahan murid-
murid ini. Seterusnya, saya telah pun memulakan langkah untuk melaksanakan kajian ini
pada 10.02.2014 (Isnin). Dalam pelaksanaan kajian ini, saya telah mengumpul data
melalui 3 siri ujian teori kemahiran hidup. Maklumat dalam bentuk markah telah dicatat
dalam Borang Analisis Markah Latihan. Maklumat ini telah dianalisis dan keputusannya
menunjukkan keberkesanan kaedah yang digunakan dalam kajian ini.

Saya telah mengumpul pengskoran daripada 3 siri ujian yang telah diadakan.
Markah-markah tersebut telah dicatat dalam Borang Analisis Pengskoran seperti dalam
Jadual 1.

JADUAL 1 - ANALISIS PENGSKORAN BAHAGIAN A ( MEMBINA AYAT )
BIL NAMA MURID JENIS UJIAN
UJIAN
PRA
UJIAN
BULAN
MAC
UJIAN
POS
1 AHMAD AIMAN SAFUAN B. MUHAMAD NORHISHAM
4 M 6 M 7 B
2 MUHAMAD AMAR B. AZMAN
5 M 7 B 8 B
3 MUHAMAD FIKRI B. BIDIN
5 M 5 M 7 B
4 MUHAMMAD ADIB B. AZMAN
4 M 5 M 7 B
5 MUHAMMAD AKMAL B. JAPALI
5 M 6 M 8 B
6 MUHAMMAD ANAQI B. SYUKRI
4 M 6 M 7 B
7 MUHAMMAD HARITH HAIKAL B. MAHYUDDIN
6 M 8 B 9 C
8 MUHAMMAD LUQMANUL HAKIM B. ANUAR
5 M 6 M 8 B


HBEF 3603


9
9 MUHAMMAD SYABIL SYAQIRIN B. MOHD. FADHLI
4 M 6 M 8 B
10 MUHAMMAD THOYYIB AZAMUDDIN B. MOHD. ZAMRI
4 M 6 M 8 B
11 HURIL AUFA SYAFIAH BT. AHMAD SYAH RANI
6 M 7 B 8 B
12 ILYA KHAIRINA BT.MOHD. GOUS
5 M 5 M 7 B
13 INTAN SITI NOR BAHIYAH BT. ABDULLAH
5 M 6 M 8 B
14 NOOR IZZATY BT.MOHD. BASRI
5 M 6 M 7 B
15 NOOR MUHAZNI BT.CHE YUZRI
4 M 5 M 7 B
16 NOOR ALIA ATIQAH BT. MOHD. IBRAHIM
5 M 5 M 7 B
17 NORFATIN FARZANA BT. MOHD. ZAIDI
5 M 6 M 7 B
18 NORIZZATI HUSNA BT. MANSOR
5 M 6 M 7 B
19 NORLIANA IZZATI BT. HASHIM
5 M 5 M 7 B
20 NUR ALYA NADHIRAH BT. MUHAMMAD KHADIR
6 M 7 B 8 B
21 NUR BATRISYA NAJIHAH BT WAN ABDULLAH SALIM
6 M 8 B 9 C
22 NUR HAZLINA SOLEHAH BT. MOHD. ROSIDI
5 M 7 B 8 B
23 NURHAFIZAH HANIN BT.MOHAMMAD HAIRULNIZAM
5 M 6 M 7 B
24 NURIN ASYIQIN BT. ZAIMI
5 M 5 M 7 B
25 NURSARA MASHITAH BT. HASRI
6 M 8 B 9 C
26 NURUL AIN BT. HAMZAH
6 M 6 M 7 B
27 NURUL AISYAH BT. ZAINOL ABIDIN
5 M 5 M 7 B
28 NURUL ATIFAH SHAFIQAH BT. ABDULLAH
6 M 7 M 8 B
29 NURUL HAZWANI BT. MOHD. SABRI
5 M 6 M 7 B
30 SAFEA NADIA BT. SHAHRUL NIZAM
4 M 5 M 8 B
31 SHOHAINI BT.ROSTAM
4 M 6 M 7 B
PETUNJUK :
M : MEMUASKAN ( 4 6 markah )
B : BAIK ( 7 8 markah )
C : CEMERLANG ( 9 10 markah )

Berdasarkan analisis pengskoran dalam Jadual 1, didapati berlaku peningkatan
markah bagi murid-murid kelas ini. Dalam setiap ujian yang dijalankan, boleh dikatakan
setiap murid mengalami peningkatan pengskoran dalam mengenali komponen dan
fungsinya . Secara keseluruhannya penggunaan kaedah ini amat berkesan kerana telah
berlaku peningkatan yang positif dalam pengskoran markah dalam kalangan murid-
murid.




Rumusan:


HBEF 3603


10

Pada awal kajian ini, saya mendapati subjek kajian kurang memberi perhatian
semasa perbincangan. Apabila disoal, mereka hanya memberi
jawapan tidak tahu sahaja. Mereka kurang memberi tumpuan semasa guru memberi
penerangan. Teguran telah diberi terhadap sikap mereka ini. Selepas beberapa siri
pengajaran dan pembelajaran menggunakan kaedah ini, mereka telah menunjukkan
respon yang lebih positif. Penggunaan kaedah bina pelan maklumat dan kata tanya dalam
kajian ini telah memberi kesan yang positif terhadap kemahiran pembinaan ayat murid-
murid .
Sebagai kesimpulannya, daripada kajian ini didapati sebagai seorang guru, kita
perlu mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah kerana
setiap kaedah yang kita gunakan ada kelebihan dan kelemahannya, begitu juga setiap
murid kita berbeza daripada pelbagai segi dan mereka berhak menerima kaedah, teknik
dan strategi yang terbaik daripada guru mereka dalam meneruskan kelangsungan
pengajaran dan pembelajaran mereka.













HBEF 3603


11
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
Abdullah Mohamad Said (1999).Pengurusan sumber dan alam sekitar. Shah
Alam: Biroteks.Anderson, Dennis, Ahmed dan Kulsum (1993).
Faridah Mohd Taha, Azhar Khairudin, Zolkafle Buntat, Asas Kejuruteraan Unit
PerancanganEkonomi, Jabatan Perdana Menteri, Rancangan Malaysia
Mohd Yusof Hj.Othman dan Kamaruzzaman Sopian (2002).Teknologi Tenaga
Wieder, S. 1996. Pengenalan Tenaga Suria Untuk Ahli Sains dan Jurutera. Kuala
Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka
Zakaria Bin Abd.Hamid (2006).Pembangunan Sistem Fotovoltan Bersepadu
(BIPV) DiMalaysia:Universiti Teknologi Malaysia.Tesis Sarjana Muda
http://mpavee.blogspot.com/ www.physlink.com/education/askexperts/ae430.cf
http://www.sabah.edu.my/promedia/ChongCY/page2.html
http://www.scribd.com/doc/35275160/Soldering





HBEF 3603


12

LAMPIRAN :


CONTOH SOALAN YANG TELAH DISEDIAKAN



MURID MENJAWAB SOALAN BERDASARKAN GAMBAR YANG TELAH
DIBERI




HBEF 3603


13

ANTARA AKTIVITI YANG DIJALANKAN : MURID MEJAWAB SOALAN
SECARA LISAN DAN SECARA BERTULIS PADA PAPAN PUTIH




MURID MENJAWAB BERSOAL JAWAB DIANTARA GURU DAN MURID

Anda mungkin juga menyukai