Anda di halaman 1dari 2

LATIH TUBI SSZK 2003 PENYELIDIKAN SAINS SOSIAL II

1. Huraikan maksud penyelidikan sosial.


2. Terangkan 3 ciri penyelidikan saintifik.
3. Jelaskan perbezaan antara penyelidikan asas dan penyelidikan gunaan.
4. Huraikan dengan jelas perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dengan
penyelidikan kualititatif.
5. Jelaskan perbezaan antara pembolehubah bebas dan pembolehubah terikat.
6. Jelaskan perbezaan antara definisi konsep dan definisi operasional.
7. Bezakan antara item soalan terbuka dan item soalan tertutup.
8. Berikan kebaikan dan kelemahan item soalan terbuka dan item soalan tertutup.
9. Tuliskan 5 contoh soalan tertutup.
10. Tuliskan 5 contoh soalan terbuka.
11. Senaraikan dan bincangkan dengan jelas LIMA (5) etika penyelidikan ilmiah.
12. Jelaskan perbezaan antara data primer dengan data sekunder.
13. Apakah yang dimaksudkan dengan persampelan kebarangkalian?
14. Senaraikan DUA (2) jenis persampelan kebarangkalian dan senaraikan TIGA (3)
persampelan tanpa kebarangkalian.
15. Huraikan perbezaan antara kesahan dengan kebolehpercayaan dalam sesuatu alat
ukur.
16. Berikan SATU (1) contoh jenis kesahan dan SATU (1) contoh jenis kebolehpercayaan.

17.








i. Apakah teknik persampelan yang digunapakai.
ii. Tuliskan hipotesis nol yang menggambarkan hasil kajian di atas.
iii. Tuliskan hipotesis alternatif yang menggambarkan hasil kajian di atas.
iv. Adakah kajian ini jenis kuantitatif atau jenis kualitatif. Berikan dua sebab mengapa
kamu berpendapat sedemikian.
Anda bercadang melakukan satu penyelidikan bagi mengenalpasti tahap
kesejahteraan warga tua di sebuah mukim di Kubang Pasu. Anda bercadang
memilih 105 orang warga tua berumur 60 tahun dan ke atas. Anda bercadang
menggunakan satu teknik penyelidikan tertentu. Apabilan anda telah mendapat
responden pertama dengan cara-cara tertentu dan menemubualnya, anda
mengambil pendekatan bertanya bertanya sama ada dalam mukim tersebut
orang yang sebaya dengannya untuk ditemubual secara berstruktur. Setelah
diberitahu, anda terus ke rumah orang yang disuruh untuk menemubualnya.
Responden seterusnya hingga yang ke 105 menggunakan cara yang sama.
Daripada hasil analisis, didapati maklumat seperti berikut: 1) 75 responden
adalah wanita 2) 80% wanita berstatus janda, 10% lelaki berstatus duda dan 3)
80% responden lelaki dan 30% responden wanita mempunyai tahap
kesejahteraan yang tinggi.
18. Tinjauan terhadap 200 pelanggan suatu majalah meliputi soalan-soalan berikut dalam soal
selidik. Untuk setiap soalan, seperti yang disenaraikan di bawah, tentukan sama ada pilihan
jawapan mereka kualitatif atau kuantitatif.
Bil. Soalan Kuantitatif/Kualitatif
1. Berapa umur anda?
2. Apakah jantina anda?
3. Apakah status perkahwinan anda?
4. Adakah pendapatan tahunan anda kurang dari
RM20,000, antara RM20,000-RM40,000 atau melebihi
RM40,000?

5. Berapa jenis majalah lain lagi yang anda turut langgan?