Anda di halaman 1dari 7

EMAIL : smkani.ppdbesut@gmail.

com







KERTAS KERJA
KURSUS ASAS
IMAM & BILAL 2013




Tarikh :
23 - 24 Ogos 2013

ANJURAN :
Unit Sumur
SMKANI Sesi 2013





1.0 PENDAHULUAN
Solat merupakan amal ibadah yang difardukan ke atas semua umat Islam .
Melaksanakan secara berjamaah akan mendapat ganjaran yang berlipat ganda
daripada Allah. Pendedahan ilmu untuk menjadi imam dan bilal kepada para
pelajar amat penting dan diperlukan supaya pelajar dapat menjadi imam pelapis
semasa waktu amali solat di sekolah.

2.0 RASIONAL
Memberi pendedahan kepada para pelajar berkaitan cara dan syarat yang
diperlukan untuk menjadi imam dan bilal serta memperkukuh amalan rukun
qauli feli , wirid, dan doa dalam solat.

3.0 OBJEKTIF
3.1 Peserta dapat mengetahui dan memahami syarat untuk menjadi imam.
3.2 Peserta dapat memantapkan bacaan-bacaan dalam solat.
3.3 Peserta dapat melancarkan amalan-amalan wirid dan menghafaz doa
selepas solat.
3.4 Peserta dapat menjadi imam pada waktu amali solat Zohor berjamaah di
sekolah.
3.5 Latihan asas imam & bilal kepada pelajar-pelajar terpilih.

4.0 SASARAN
Pelajar-pelajar terpilih merangkumi Tingkatan 1 dan 2 yang menunjukkan minat
dan bakat dalam khidmat kemasyarakatan.

5.0 BILANGAN PESERTA / GURU
Seramai 30 orang pelajar terpilih (15 orang pelajar setiap tingkatan) akan
mengikuti kem ini dengan kebenaran ibubapa / penjaga. Seramai 5 orang guru
akan mengawasi pelajar sepanjang program ini berjalan





6.0 CADANGAN PROGRAM
Tarikh : 23 24 Ogos 2013 (Jumaat - Sabtu)
Masa : 8.30 pagi hingga 4.30 petang
Tempat : Surau, SMKANI

7.0 AJK INDUK

Pengerusi : Pn Hjh. Wan Sabriah bt Wan Bakar
( Pengetua )
Naib Pengerusi I : En. Kasim bin Awang
( Penolong Kanan Hal Ehwal Pelajar )
Naib Pengerusi II : Pn Hj Norhayati Bt Ab. Aziz
( Ketua Bidang Pendidikan Islam )
Setiausaha : En. Zul Izzi Bin Berahim
Bendahari : Tn Hj Shafawi Bin Ismail
Ajk : Pn. Shamsiah Bt Wan Sulaiman
Cik Romaini bt Mustafa
Pn. Shamsiah Bt Abdullah
Tn Hj Yahaya Bin Abd Ghani
Pn. Wan Zunaidah Bt Wan Ibrahim
Tn Hj Muda Bin Ahmad












8.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

8.1 Bayaran Pengangkutan RM -
8.2 Makanan pelajar ( RM 11.00 X 30 orang ) x 2hari RM 660.00
Sarapan pagi : RM 3.00
Minum pagi : RM 2.00
Makan tengahari : RM 4.00
Minum petang : RM 2.00
8.3 Makanan Fasilitator ( RM 12.00 x 5 orang ) x 2hari RM 120.00
Sarapan pagi : RM 3.00
Minum pagi : RM 2.00
Makan tengahari : RM 5.00
Minum petang : RM 2.00

8.4 Saguhati penceramah RM 1000.00
( 10 jam x RM 100 )
8.5 Kontigensi RM 100.00

Jumlah keseluruhan RM 1880.00
( Satu Ribu Lapan Ratus Lapan Puluh Sahaja )














TENTATIF PROGRAM


Masa

Aktiviti

Jumaat, 23hb Ogos
8.00 pagi
8.30 pagi 10.00 am


10.00 10.30 am
10.30 12.30 am

12.00 2.15 pm
2.30 4.30 pm



Sabtu, 24hb Ogos
8.30 10.30 pagi


10.30 11.00 pagi
11.00 12.30 am

12.30 2.00 pm
2.00 3.00 pm



- Taklimat program di Surau SMKANI
- Slot 1 : (Kedudukan I mam dan Bilal dalam
Perspektif I slam) Al Fadhil Tn. Hj. Zulkifli Salleh,
Bilal Imam Masjid Nasiruddin Shah)
- Rehat
- Slot 2 : (Kaifiyyat Azan & Solat Menurut Al-Quran
dan As Sunnah) Penceramah jemputan
- Rehat, makan tengahari dan solat Zohor berjemaah
- Slot 3 : ( Solat Berjemaah dan Permasalahannya)
Penceramah jemputan dari Pejabat Agama Daerah
Besut


- Slot 4 : (Adab-adab Sebagai Imam dalam Solat
Berjemaah) Al Fadhil Tn. Hj. Ibrahim Abdul Latif
(Imam Masjid Nasiruddin Shah)
- Rehat,minum pagi
- Slot 5 : (Kedudukan Tajwid dalam Solat)
Penceramah Jemputan
- Rehat,makan tengahari,solat Zohor
- Motivasi & Penutup





9.0 PENUTUP

Adalah diharapkan program ini akan mendapat pertimbangan dan kelulusan
daripada pihak berkenaan bagi memastikan ianya dapat mencapai objektif yang
digariskan untuk meningkatkan kemahiran&ilmu bagi pelapis masjid generasi
baru yang bakal mencorakkan ketamadunan peradaban Islam nanti, Insya Allah.


Disediakan oleh ;

ZUL IZZI BIN BERAHIM
Penyelaras Program


Disemak oleh ;




Disahkan oleh ;












0.0 Keterangan Program
i) Pendaftaran
Guru memberi penerangan mengenai aturcara sepanjang program.
Tidak lupa guru memberi peringatan beberapa perkara penting
semasa program seperti menjaga tingkahlaku, membuat catatan,
dan mematuhi peraturan.
ii) Amali Solat
Aktiviti amali solat secara hand-on (praktikal) oleh penceramah
yang bertauliah. Amali ini dilakukan bagi mengukuhkan
kefahaman pelajar terhadap ibadah solat setelah penekanan secara
teori dijalankan. Ianya juga bertujuan mengukur sejauh mana input
yang diberi dapat diaplikasikan secara sepenuhnya dalam solat
mereka.
iii) Amali Azan
Para pelajar akan diberi latihan dan pengalaman secara terus oleh
bilal masjid bagi merasai pengalaman sebenar tugas sebagai bilal. I
iv) Sesi Motivasi
Mereka juga akan diberi motivasi tentang betapa pentingnya
generasi muda untuk mendekati masjid bagi melahirkan modal
insane yang beriman dan bertaqwa bagi memakmurkan negara
yang tercinta ini.

Anda mungkin juga menyukai