Anda di halaman 1dari 32

HBEF3503

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGE


SEMESTER JANUARY 2013

HBEF3503:
PENDIDIKAN INKLUSIF


MATRICULATION NO : 810131015961001
IDENTITY CARD NO. : 810131015961
TELEPHONE NO. : 0137795961
E-MAIL : mq_rahmat81@yahoo.com.my
LEARNING CENTRE : Batu Pahat Learning Centre











HBEF3503
PENGENALAN
Pendidikan merupakan satu wadah dan landasan utama untuk pembangunan sesebuah
negara di dalam dunia ini.Merujuk kepada pendidikan yang baik ialah, pendidikan untuk
semua dan merangkumi segala aspek yang diperlukan oleh setiap murid mengikut perbezaan
murid selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu Pendidikan adalah usaha
berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Oleh itu, pendidikan yang
khusus dan bersesuaian dengan keperluan dan kebolehan kanak-kanak yang pelbagai juga
perlu disediakan.
Di Malaysia, pendidikan khas telah mendapat perhatian semua pihak apabila Akta
Pendidikan 1996 menyatakan, program pendidikan khas di sekolah kerajaan dan bantuan
kerajaan layak diikuti oleh murid dengan keperluan khas yang boleh dididik, iaitu; Jika dia
mampu menguruskan diri sendiri tanpa bergantung kepada bantuan orang lain dan disahkan
oleh suatu panel yang terdiri daripada pengamal perubatan, pegawai daripada Kementerian
Pendidikan dan pegawai daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat, sebagai berupaya mengikut
program pendidikan kebangsaan.


DEFINISI DAN KONSEP PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah pendidikan yang disediakan untuk kanak-kanak dengan
keperluan khas. Mereka termasuklah golongan yang mempunyai masalah penglihatan,
pendengaran, serta yang mempunyai masalah dalam pembelajaran dan pintar cerdas.
Pendidikan khas merujuk pada pendidikan bagi kanak-kanak luar biasa, iaitu 'kanak-
kanak yang dari segi intelek, fizikal, sosial atau emosi, tidak mencapai pertumbuhan dan
penyuburan biasa, hinggakan mereka tidak mendapat faedah sepenuhnya daripada rancangan
sekolah biasa' Pendidikan Khas ialah subsistem dalam sistem pendidikan, yang
bertanggungjawab mengadakan peruntukkan kemudahan dan keistimewaan bagi membantu
kanak-kanak dan belia dan bersifat luar biasa.
HBEF3503
Berdasarkan Akta Pendidikan 1996 di bawah Peraturan-peraturan Pendidikan Khas
(1997), program pendidikan khas bererti suatu program yang disediakan di sekolah khas bagi
murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan pendengaran. Selain
itu, program pendidikan khas juga diertikan sebagai suatu program percantuman di sekolah
biasa bagi murid-murid yang mempunyai kecacatan penglihatan ataupun kecacatan
pendengaran atau mempunyai masalah pembelajaran dan program pendidikan inklusif bagi
murid-murid dengan keperluan khas yang dapat menghadiri di dalam kelas biasa bersama-
sama dengan murid-murid biasa. (Jamila K.A Mohamed, 2006).
Penguasaan dan pencapaian dalam kemahiran-kemahiran tersebut berdasarkan kepada
peringkat-peringkat kebolehan seseorang murid dan pelajar dengan keperluan pendidikan
khas seperti berikut :-
kebolehan kognitif
perkembangan tingkahlaku sosial / perkembangan kemahiran sosial
penguasaan bahasa lisan / pertuturan
pengusaan membaca
kemahiran matematik
kemahiran pertumbuhan asas manusia
kemahiran berdikari
kemahiran keusahawanan
kebolehan penglihatan
kebolehan pendengaran
Sehubungan dengan itu, pendidikan khas di Malaysia pada masa kini adalah di bawah
tanggungjawab empat kementerian iaitu Kementerian Kesihatan, Kementerian Pembangunan
Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Kementerian Pelajaran Malaysia, Kementerian Pengajian
Tinggi dan Kementerian Sumber Manusia. Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan
Masyarakat bertanggungjawab menyediakan perkhidmatan kepada kanak-kanak yang cacat
fizikal, terencat akal sederhana dan teruk serta kanak-kanak spastik atau terencat. Manakala
Kementerian Kesihatan pula bertanggungjawab menyaring dan mengenalpasti kanak-kanak
yang dilahirkan dalam keadaan berisiko. (Jamila K.A Mohamed, 2006)
Program Pendidikan Khas di Malaysia terdiri daripada tiga kategori yang utama iaitu
Program Pendidikan Khas Bermasalah Pendengaran, Program Pendidikan Khas Bermasalah
Penglihatan dan Program Pendidikan Khas Integrasi. Ketiga- tiga program ini disediakan dari
HBEF3503
peringkat prasekolah sehinggalah sekolah menengah. Disamping itu, pendidikan teknik dan
vokasional juga disediakan untuk ketiga-tiga kategori ini, khususnya bagi masalah
pendengaran. Malah pelajar masalah pendengaran yang berkelayakan dapat meneruskan
pengajian mereka di politeknik yang menjalankan program pendidikan secara inklusif.
Secara umumnya, masyarakat melabelkan orang yang memerlukan keperluan khas
sebagai orang cacat,kurang upaya dan ketidaksempurnaan. Menurut Noriati A.Rashid et al.
(2011), kumpulan berkeperluan khas merujuk kepada kanak-kanak istimewa (luar biasa atau
tercabar dari segi intelek, jasmani, sosial atau emosi). Kumpulan ini dianggap sebagai
istimewa kerana ibu bapa dan guru menumpukan perhatian yang lebih berbanding murid-
murid normal. Antaranya murid yang menghadapi penyakit autisme, sindrom down, masalah
pembelajaran disleksia, lewat perkembangan cerebral palsy, kecacatan pendengaran dan
penglihatan, pintar cerdas, kecelaruan tingkah laku dan lain-lain lagi.
Kepakaran pendidikan bagi pelajar kurang upaya telah berkembang dengan pesat di
negara-negara maju terutama bagi pelajar yang mengalami ADD, ADHD, disleksia atau lain-
lain permasalahan. Pelajar ini memerlukan pendekatan spesifik bagi menangani masalah
dengan berkesan, contohnya tidak dinaikkan kelas secara automatik. Di samping KPM,
terdapat juga sekolah antarabangsa yang menyediakan program bagi pelajar kurang upaya.
Istilah Pendidikan Inklusif telahpun bermula pada tahun 1990. Pendidikan Inklusif
adalah dasar pembelajaran sama rata kepada semua pelajar termasuklah pelajar yang
mempunyai masalah pembelajaran. Hal ini demikian agar pelajar yang berkeperluan khas
dapat menikmati pembelajaran yang sama di sekolah biasa bersama dengan rakan-rakan
seusia mereka. Dengan ini mereka juga dapat bergaul dan mengikuti cara hidup seperti pelajar
normal yang lain.
Menurut Kamariah Jarji 1994, Pendidikan Inklusif adalah pendidikan yang melibatkan
pelajar berkeperluan khas di dalam kelas biasa bersama pelajar normal yang lain. Namun
begitu bantuan yang sesuai akan diberikan bagi membolehkan mereka mengikuti pengajaran
dan pembelajaran bersama rakan sebaya mereka. Abraham, Morris and Wald 1993 pula
berpendapat one in which children with and without disabilities learn and play together.
Menurut Sapon-Shevin dalan ONeil 1994, Pendidikan Inklusif adalah sistem layanan
pendidikan yang mensyaratkan anak berkeperluan khas belajar di sekolah-sekolah terdekat di
kelas biasa bersama teman-teman seusianya.



HBEF3503

Terdapat dua jenis Pendidikan Inklusif iaitu Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa dan
Pendidikan Separa Inklusif.

1.1 Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa.
Ciri-ciri Pendidikan Inklusif Sepenuh Masa ialah:
i. Pelajar berkeperluan khas boleh mengikuti semua mata pelajaran di kelas biasa seperti pelajar
biasa.
ii. Senarai nama murid kekal dalam daftar kelas khas.
iii. Guru kelas biasa boleh merujuk atau meminta bantuan daripada guru pendidikan khas ( guru
pemulihan / guru pendamping ) sekiranya terdapat sebarang masalah dari segi pembelajaran
atau tingkahlaku.
iv. Pelajar pendidikan khas diberi peluang untuk mengambil peperiksaan awam bersama pelajar-
pelajar normal yang lain.

1.1 Pendidikan Separa Inklusif.
i. Pelajar akan mengikuti sesi pembelajaran di kelas biasa untuk mata pelajaran tertentu sahaja.
ii. Waktu selebihnya mengikuti program di kelas pendidikan khas.
iii. Nama pelajar didaftarkan dalam daftar program pendidikan khas.
iv. Guru pendidikan khas sebagai guru pembimbing atau guru pendamping.
v. Ujian bagi mata pelajaran yang terlibat bersama dengan pelajar normal yang lain.
vi. Program Pendidikan Inklusif ini boleh dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah
bergantung kepada laporan prestasi atau RPI oleh guru untuk menentukan sama ada pelajar
tersebut layak atau tidak.

Badan-badan Bukan Kerajaan yang Terlibat dengan Pendidikan Khas

Selain Kementerian Pendidikan,pendidikan khas juga dikendalikan oleh pelbagai
organisasi, persatuan dan badanbadan sukarelawaan. Badan Bukan Kerajaan atau NGO
(NonGovernmental Organisations), ditubuhkan oleh masyarakat setempat dan wujud di
merata-rata tempat di negara kita.
Antara Badan Bukan Kerajaan yang terlibat dengan penyediaan pendidikan khas ialah:
Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) yang menyediakan
intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan mental di antara umur 2-16 tahun.
HBEF3503
Pusat Bimbingan Sinaran Matahari yang mengajar kanak-kanak berkeperluankhas
kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
Pusat Harian Kanak-Kanak Istimewa yang terlibat dengan intervensi awal bagi kanak-
kanak di antara 0-6 tahun serta kemahiran hidup untuk kanak-kanak di antara umur 6-
16 tahun.
Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome Foundation) yang
komited kepada kebajikan kanak-kanak sindrom down dan tumpuan ialah kepada
kanak-kanak di bawah 6 tahun.

Program Pendidikan Inklusif untuk kanak-kanak berpendidikan khas ini telah bermula
pada tahun 1987 di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Ianya sejajar dengan Falsafah
Pendidikan Negara. Pendidikan Inklusif menitikberatkan hak pelajar untuk belajar bersama-
sama dengan pelajar normal yang lain dan mengikuti sukatan pelajaran yang disediakan oleh
Kementerian Pelajaran Malaysia. Bagi memudahkan guru-guru mata pelajaran, guru
pendidikan khas akan memberi bantuan dan sokongan apabila diperlukan. Segaris dengan
Falsafah Pendidikan Negara yang menekankan pembelajaran seimbang kepada pelajar dari
segi jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial ( JERIS ).
Pendidikan insklusif menyediakan peluang bagi murid-murid yang mempunyai
kecacatan seperti Slow Learner, Terencat Akal Ringan, Down Sindrom, Autisme, Epilepsi
dan sebagainya supaya dapat belajar di dalam kelas normal bersama rakan sebaya. Mereka
diberikan alat sokongan khas seperti mendapat bimbingan dari guru kelas yang bekerjasama
denagan guru kelas khas bagi membolehkan mereka mengikuti pelajaran Pendidikan Jasmani,
Pendidikan Seni dan lain-lain mata pelajaran dengan lebih berkesan.

4.0. MATLAMAT / PENYATAAN MASALAH (SENARIO)
Pendidikan insklusif adalah merujuk kepada percampuran (mainstreaming) kanak-
kanak pendidikan khas di sekolah-sekolah normal. Hakikatnya ini memberi peluang kepada
kanak-kanak istimewa untuk belajar di sekolah-sekolah normal dan menyertai aktiviti-aktiviti
yang ada. Dengan ini, peluang untuk mereka menyesuaikan diri dari awal lagi dalam semua
aspek kemasyarakatan biasa dapat dialami dan seterusnya mewujudkan golongan yang
berupaya, mampu berdikari dan berkeyakinan


HBEF3503
5.0. OBJEKTIF PENUBUHAN

Kanak-kanak dapat belajar dengan kadar lebih berkesan dalam kelas biasa daripada
mereka berada dalam situasi yang terpisah. Ini kerana pertambahan peluang-peluang untuk
belajar dan mempraktikkan kemahiran-kemahiran baru dalam konteks yang lebih natural
dengan wujudnya model-model rakan sebaya (role model).
i. Apabila semua kategori kanak-kanak ditempatkan dalam kelas biasa
bersama,mereka dapat membina suatu hubungan yang bermakna dan saling
menguntungkan bersama.
ii. Murid-murid normal mendapat keuntungan daripada usaha-usaha
merekamenyokong dan membantu mengendalikan rakan-rakan Khas sekelas
mereka.Mereka juga dapat belajar memahami rakan- rakan Khas ini tanpa
mengira perbezaan, kekurangan dan kecacatan.
iii. Pendidkan insklusif menyediakan peluang yang lebih kepada kanak-kanak
istimewa untuk berdikari dan memperolehi peluang pekerjaan.

6.0. SASARAN
Maklumat terperinci murid berkeperluan khas yang perlu mengikuti program pendidikan
inklusif di sekolah anda - Masalah Pembelajaran / Autisme dll.

7.0. STRATEGI PERLAKSANAAN PROGRAM PENDIDIKAN INSKLUSIF
Pada peringkat permulaan pendidikan insklusif dijalankan secara Partikal Integration sahaja.
Perlaksanaan yang dijalankan secara berperingkat ini bertujuan bagi memudahkan pihak
pentadbiran mengenal pasti guru-guru kelas normal yang sesuai dan inovatif sabagai guru
integrasi. Pilihan yang tepat ini sangat penting dalam menjayakan program pendidikan
insklusif. Pada tahun 2006 sabagai tahun permulaan, program pendidikan insklusif ini
dijalankan secara Partikal Inclusion. Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah
dijalankan dalam pelaksanaan pendidikan insklusif di sekolah ini.
1. Mengadakan sesi perbincangan dengan pihak pentadbir dan guru-guru kelas normal
yang akan terlibat dengan pelaksanaan program pendidikan insklusif.
HBEF3503
2. Mengumpul, menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti
program pendidikan insklusif.
3. Mengadakan sesi suai kenal di antara kanak-kanak khas dan kanak-kanak normal.
4. Menyediakan kemudahan bagi memenuhi keperluan fizikal kanak-kanak khas dalam
bilik darjah biasa.
5. Meninjau sejauh mana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
6. Guru Pendidikan Khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang
bersesuaian dengan keperluan kanak-kanak khas ini.
7. Menyediakan alat bantu mengajar mengikut keperluan kanak-kanak khas.
8. Kanak-kanak khas ini ditempatkan dalam kumpulan kanak-kanak normal semasa
mengikuti sesi PDP di dalam kelas normal.
9. Menjalani PDP mengikut jadual yang telah ditetapkan.
10. Penilaian keberkesanan program pendidikan insklusif dijalankan secara berperingkat-
peringkat.

8.0. PENGURUSAN PENDIDIKAN KHAS YANG DIJALANKAN OLEH BADAN
KERAJAAN
Pendekatan Pendidikan Inklusif dilaksanakan di sekolah tertentu di seluruh negara bagi
memenuhi keperluan murid dan juga permintaan ibu bapa. Dasar sedia ada yang diterima
pakai sekian lama memperuntukkan hak mendapat pendidikan formal bagi kanak-kanak
berkeperluan khas, dan dasar tersebut diperkukuh oleh dasar Pendidikan Wajib dan
Pendidikan untuk Semua yang kini menjadi asas perkiraan dalam perancangan pelaksanaan
pendidikan khas di Malaysia. Dengan termaterai dua dasar tersebut, pendekatan pendidikan
inklusif menjadi perkara penting dalam menghadapi cabaran dan isu-isu semasa pendidikan
khas. Oleh itu terdapat keperluan pendidikan inklusif dilaksanakan dalam arus perdana sistem
pendidikan di Malaysia kerana merangkumi keperluan kesamarataan hak asasi, keperluan
pendidikan berkualiti dan keperluan sosial.

8.1. Keperluan Kesamarataan hak asasi

Malaysia mengamalkan sistem pendidikan berpusat dan Kementerian Pelajaran
bertanggungjawab terhadap pembangunan dan pengurusan pendidikan formal untuk setiap
kanak-kanak termasuk individu berkeperluan khas atau kurang upaya. Dalam Akta
HBEF3503
Pendidikan 1996, konsep ketidakupayaan (disabled) adalah merangkumi murid yang
mempunyai masalah penglihatan, pendengaran dan masalah pembelajaran (Bahagian H,
Seksyen 41). Secara umumnya setiap individu berhak mendapat hak yang sama rata
termasuklah keperluan pendidikan mengikut keupayaan masing- masing termasuklah untuk
golongan kurang upaya. Ini kerana semua kanak- kanak mempunyai hak untuk belajar dan
dididik di persekitaran yang sama dengan rakan sebaya yang lain.

Pelbagai deklarasi antarabangsa menyokong bahawa pendidikan inklusif adalah suatu hak
bagi kanak-kanak. Malahan mengasingkan kanak- kanak ke dalam kelas khas juga adalah
suatu diskriminasi. Akta Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa pendidikan yang
diberikan kepada rakyat Malaysia adalah pelbagai dan skop yang komprehensif agar
memenuhi keperluan negara, memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya,
sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Oleh itu golongan
bekeperluan khas juga seharusnya diberi peluang untuk sama- sama menikmati hak
kesamarataan termasuklah dalam aspek pendidikan yang lebih berkualiti. Oleh itu keperluan
pendidikan inklusif dan kaedah yang lebih sesuai bagi pendidikan ini dalam setiap kategori
pendidikan khas haruslah dipertingkatkan untuk kemajuan golongan kurang upaya bukan
sahaja dalam aspek pendidikan malahan segala aspek lain.

8.2. Keperluan Pendidikan Berkualiti
Pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan negara demi untuk
mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan
kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
demokratik, liberal dan dinamik. Sistem pendidikan yang bertaraf dunia seharusnya
memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi gagasan sesebuah
Negara. Oleh itu pendidikan inklusif merupakan strategi jangka masa panjang yang baik
untuk meningkatkan taraf pendidikan golongan bekeperluan khas di Negara kita. Ini kerana
pendidikan seharusnya menjadi asset kepada setiap individu termasuklah golongan
bekeperluan khas. Ketidakupayaan tidak boleh dijadikan alasan untuk keciciran mendapatkan
pendidikan kerana pelbagai kaedah boleh dilaksanakan dalam menyediakan perkhidmatan
kepada golongan bekeperluan khas .

HBEF3503
Pendidikan inklusif memberi peluang kepada individu untuk berada dalam persekitaran
masyarakat yang sebenar melalui sistem pendidikan. Situasi ini membantu pelajar untuk
berinteraksi dengan persekitaran yang pelbagai serta melatih diri berhadapan dengan
kehidupan masa depan kelak. Kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak menunjukkan
prestasi akademik dan sosial yang lebih tinggi apabila mereka belajar dalam suatu
persekitaran yang sama. Oleh itu pendidikan inklusif perlu dilaksanakan bukan sahaja di
sekolah- sekolah yang terpilih namun di setiap sekolah dan pusat- pusat biasa untuk
memudahkan akses pendidikan kepada golongan bekeperluan khas. Pendidikan Inklusif juga
sebenarnya menjimatkan banyak masa, tenaga dan material kepada pelbagai pihak seperti
pelajar, keluarga, guru, sekolah dan kerajaan. Ini kerana pendidikan inklusif menjadi
sebahagian daripada pendidikan arus perdana di Negara kita.

8.3. Keperluan Sosial

Pendidikan Inklusif bukan sahaja bertujuan untuk menyediakan perkhidmatan pendidikan
kepada golongan bekeperluan khas malahan untuk mewujudkan hubungan kemanusiaan di
antara ahli masyarakat. Ini kerana realitinya masyarakat terutamanya kanak-kanak tidak
didedahkan dengan golongan kurang upaya sehinggakan menimbulkan sikap prejudis, takut
dan tidak peduli terhadap golongan bekeperluan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif dalam
sistem pendidikan arus perdana mengajar kanak- kanak untuk menerima golongan
bekeperluan khas secara lebih semulajadi. Pendidikan inklusif berpotensi untuk
mengurangkan rasa takut dan membina persahabatan, rasa hormat dan sikap memahami
terhadap OKU. Ini kerana semua individu memerlukan pendidikan yang akan membantu
mereka membina persahabatan dan persediaan untuk kehidupan di arus perdana. Bagi tujuan
jangka masa panjang pendidikan inklusif membantu pelajar bekelerluan khas untuk berfungsi
ke tahap optimum mengikut kemampuan diri sendiri serta mengurangkan kebergantungan
kepada orang lain.





HBEF3503
POLISI KPM TENTANG PENDIDIKAN KHAS DAN KAITKAN DENGAN PELAN
PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA 2013-2025.
Di Malaysia, kategori murid yang berkeperluan khas merangkumi murid yang mempunyai
masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran bertutur, kurang upaya fizikal, kurang
upaya pelbagai, dan masalah pembelajaran seperti autisme, Sindrom Down, ADHD (Attention
Deficit Hyperactivity Disorder), dan disleksia. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu
menganggarkan secara purata 10% daripada populasi negara membangun mempunyai
individu yang diklasifikasi sebagai kurang upaya. Di Malaysia, hanya 1% populasi di negara
ini telah dikenal pasti sebagai individu berkeperluan khas dan berdaftar dengan program
pendidikan khas. Kadar ini adalah di bawah anggaran jumlah murid dalam negara yang
sepatutnya berkeperluan khas, kerana mereka yang kurang upaya jarang-jarang mendaftarkan
diri di mana-mana agensi.

Selaras dengan dasar sedia ada, murid berkeperluan khas pada masa ini mempunyai akses
kepada pendidikan dan boleh memilih satu daripada tiga opsyen persekolahan berikut:

Sekolah pendidikan khas:
Sekolah khas dengan semua murid diklasifikasikan sebagai kurang upaya (seperti sekolah
untuk masalah penglihatan atau murid kurang upaya yang lain);

Program Integrasi Pendidikan Khas (SEIP):
Sekolah arus perdana yang mempunyai kelas khusus untuk murid berkeperluan khas; dan

Program pendidikan inklusif:
Sekolah arus perdana yang mengintegrasi satu hingga lima murid berkeperluan khas
dalam kelas arus perdana.


HBEF3503

Hanya segelintir murid berkeperluan khas, iaitu sebanyak 6% yang diletakkan di dalam
program inklusif. Sebanyak 89% mengikuti program integrasi dan hanya 5% mendaftar di
sekolah pendidikan khas.
Walaupun murid mendapat akses kepada pelbagai opsyen persekolahan, kualiti
pendidikan yang diberikan mempunyai beberapa kelemahan. Pertama, kekurangan guru yang
berkelayakan dan sokongan profesional seperti pakar pendengaran dan ahli terapi. Kedua,
walaupun kurikulum khusus untuk kumpulan berkeperluan khas telah dibentuk
(misalnya, Kemahiran Asas Individu Masalah Penglihatan untuk murid bermasalah
penglihatan, Bahasa Isyarat Komunikasi untuk murid masalah pendengaran), tetapi kurang
sokongan dan bantuan untuk murid bermasalah pembelajaran seperti autisme. Terdapat dua
perkara yang perlu diberi perhatian, iaitu pertama, murid ini mungkin lebih sesuai untuk
kurikulum vokasional bagi menyediakan mereka dengan kemahiran hidup berbanding
kurikulum akademik arus perdana. Kedua, kurangnya kemudahan di sekolah arus perdana
seperti kemudahan mesra orang kurang upaya dan alat bantuan teknologi seperti
alat pendengaran dan mesin taip Braille.
Pelan tindakan: meningkatkan kualiti pendidikan khas dan program inklusif
Berdasarkan Salamanca Statement and Framework for Action on Special Needs Education
(1994), kebanyakan sistem pendidikan berprestasi tinggi sudah pun mengamalkan pendekatan
inklusif untuk pendidikan khas. Pernyataan ini menyebut bahawa murid keperluan khas perlu
mendapat akses kepada sekolah arus perdana. Sekolah arus perdana yang berorientasikan
pendidikan inklusif ini merupakan cara yang terbaik untuk mengatasi masalah diskriminasi,
mewujudkan komuniti yang lebih terbuka terhadap pendidikan khas, dan masyarakat inklusif.
Artikel 28 Akta Orang Kurang Upaya Malaysia 2008 menegaskan bahawa murid
berkeperluan khas perlu diberikan sokongan bagi membantu mereka mencapai kesamarataan
dalam pendidikan. Berdasarkan amalan terbaik peringkat antarabangsa dan dasar sedia ada,
Kementerian komited untuk menambah bilangan murid berkeperluan khas dalam model
pendidikan inklusif, dan meningkatkan kualiti keseluruhan seperti yang diperuntukkan.
Kementerian akan melaksanakan beberapa siri inisiatif untuk mencapai objektif ini.
Gelombang 1 memberikan tumpuan kepada pengukuhan program sedia ada. Gelombang 2
memberikan tumpuan kepada peningkatan inisiatif, dan penambahan jumlah pakar bagi
menangani pertambahan jumlah murid kurang upaya dan juga pelbagai jenis keperluan.
HBEF3503
Gelombang 3 menilai inisiatif yang dijalankan dan menggabungkan inisiatif yang berjaya.
Dalam melaksanakan inisiatif ini, Kementerian akan menjalinkan kerjasama dengan
organisasi seperti Southeast Asian Ministers of Education Organisation Regional Centre for
Special Education (SEAMEO-SEN).

Gelombang 1 (2013-2015): mengukuhkan asas sedia ada
Kementerian akan melaksanakan dasar pilihan sekolah untuk murid berkeperluan khas yang
disandarkan pada tahap kompetensi. Murid berkeperluan khas yang berupaya untuk berfungsi
dalam kurikulum dan pentaksiran arus perdana, digalakkan mendaftar dalam program
pendidikan inklusif. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian sederhana digalakkan
menyertai SEIP. Murid berkeperluan khas yang berkefungsian rendah pula digalakkan
menyertai sekolah pendidikan khas yang membolehkan mereka mempelajari kurikulum yang
lebih bertumpu kepada kemahiran asas dan kemahiran sosial. Kementerian akan
membangunkan satu set instrumen penilaian dan proses saringan bagi mengenal pasti dengan
tepat tahap kompetensi murid dan menempatkan mereka dalam opsyen persekolahan yang
sesuai. Kementerian juga akan meneruskan usaha meningkatkan kualiti pendidikan dengan
melibatkan lebih banyak kemahiran vokasional seperti refleksologi dan komputer grafik
dalam kurikulum pendidikan khas, meningkatkan infrastruktur dan kelengkapan di sekolah
arus perdana dan sekolah pendidikan khas, meningkatkan pusat khidmat kemudahan
pendidikan khas, menyediakan modul asas latihan pendidian khas di IPGM dan IPTA,
menyediakan modul latihan dalam perkhidmatan dengan tahap kepakaran yang berbeza
(daripada asas kepada pakar), dan menyediakan kurikulum dan pentaksiran khusus mengikut
tahap kebolehan murid. Berdasarkan usaha ini, Kementerian menyasarkan pertambahan
enrolmen 15% daripada hampir 50,000 murid pada tahun 2011, kepada 88,000 menjelang
2015. Daripada 88,000 murid, 30% murid disasarkan untuk mengikuti program pendidikan
inklusif.
Gelombang 2 (2016-2020): memperluas inisiatif
Gelombang kedua akan meningkatkan lagi inisiatif yang pada Gelombang 1, dan mengarah
kepada pendidikan inklusif. Program latihan perguruan akan terus diperkukuh. Matlamatnya
supaya semua guru dalam sistem ini menjalani latihan dalam pendidikan khas bagi
membolehkan mereka mengenal pasti murid berkeperluan khas dengan berkesan dan
menyesuaikan pengajaran yang efektif untuk golongan ini, yang mendaftar dalam aliran
HBEF3503
perdana untuk membolehkan penyertaan mereka dengan lebih inklusif. Semasa Gelombang
ini, KPM akan meneroka kerjasama dengan organisasi lain seperti NGO, organisasi
antarabangsa, sektor swasta, dan agensi kerajaan bagi meningkatkan lagi sokongan dan
peluang kepada murid berkeperluan khas. Perkongsian ini boleh dijalankan dalam bentuk
peruntukan daripada agensi, membangunkan bengkel dan program bersama untuk murid, dan
mendapatkan sokongan profesional seperti dalam bidang audiologi dan terapi.
Gelombang 3 (2021-2025): menilai dan menyatukan inisiatif.
Dalam Gelombang Ketiga, KPM akan menilai kejayaan semua inisatif yang telah
dilaksanakan dalam dua Gelombang sebelum ini, dan membangunkan pelan tindakan pada
masa depan. Matlamatnya adalah setiap murid berkeperluan khas mendapat akses kepada
pendidikan berkualiti tinggi yang sesuai dengan keperluan khusus mereka, guru-guru
dilengkapi pengetahuan mengenai pendidikan khas, dan 75% murid berkeperluan khas
mendaftar dalam program inklusif menjelang 2025.


HBEF3503
KERTAS KERJA
PELAKSANAAN PROGRAM INKLUSIF MASALAH PEMBELAJARAN
DI SEKOLAH KEBANGSAAN SERI MACHAP,SIMPANG RENGGAM
TAHUN 2013

1.0 TUJUAN

Kertas cadangan ini disediakan untuk memohon pertimbangan dan kelulusan pihak
sekolah SK Seri Machap untuk meluluskan pelaksanaan Program Pendidikan Inklusif
di sekolah ini. Program ini akan dijalankan pada bulan Januari 2013 nanti.
Rasionalnya Pendidikan inklusif menjadi satu faktor terpenting dalam usaha
meningkatkan intelek, taraf hidup dan budaya untuk meluaskan peluang pendidikan
kepada semua warganegara. Program Inklusif akan dapat memastikan :
i. Perkongsian kemudahan serta alat-alat tertentu dengan sepenuhnya.
ii. Peluang berinteraksi antara kanak-kanak Istimewa dengan kanak-kanak lain.
iii. Pengagihan perkhidmatan yang lebih adil.
iv. Pengagihan sumber yang lebih luas dan adil.
v. Peluang kanak-kanak Istimewa menyesuaikan diri dalam masyarakat.
vi. Menerapkan nilai-nilai murni antara kanak-kanak istimewa dengan
kanak-kanak lain.


2.0 PENGENALAN

Murid yang mempunyai masalah penglihatan, masalah pendengaran, kesukaran
bertutur dan masalah pembelajaran ialah murid yang dikategorikan sebagai murid
berkeperluan khas. Di Malaysia, murid berkeperluan khas diberi peluang untuk
menerima pendidikan dengan memilih satu daripada tiga pilihan iaitu sekolah
pendidikan khas, program intergrasi pendidikan khas atau program pendidikan
inklusif. Pendidikan Inklusif dalam konteks pendidikan khas adalah pendidikan yang
diberikan kepada murid-murid dengan keperluan pendidikan khas yang belajar
bersama-sama dengan murid-murid normal, di dalam kelas yang sama dan diajar oleh
guru biasa.Program inklusif berbeza dengan sekolah tradisional yang memisahkan
HBEF3503
pelajar yang kelainan upaya dari pelajar biasa. Sebaliknya program inklusif ini akan
menggabungkan murid berkeperluan khas belajar bersama murid lain di dalam kelas
arus perdana. Walaubagaimanapun program inklusif memerlukan guru-guru yang
mempunyai latihan, kemahiran dan pengetahuan khusus untuk menjayakannya.







3.0 MISI

Program ini diadakan dengan misi untuk meningkatkan tahap pembelajaran murid-
murid berkeperluan khas seiring dengan murid arus perdana melalui program-program
yang berkesan dan sesuai dengan tahap kebolehan mereka.
Penglibatan ibu bapa dalam menentukan penempatan anaknya ke dalam kelas inklusif
merupakan peringkat permulaan seseorang murid dimasukkan ke dalam program
pendidikan inklusif. Ibu bapa diberi peluang menilai, menentu serta melibatkan diri
dalam semua perancangan program pendidikan inklusif. Golongan murid istimewa
yang diserapkan ke dalam program pendidikan inklusif, perlu melalui pelbagai
peringkat penapisan sebelum disahkan layak. Golongan murid yang tidak mencapai
kelayakan tidak akan diterima masuk dalam program ini. Hanya kanak-kanak yang
boleh diajar, belajar dan berpotensi belajar dipertimbangkan mengikut program ini.
Persetujuan daripada pelbagai pihak seperti ibu bapa, golongan profesional, guru
besar, guru kelas dan murid itu sendiri serta staf di sekolah amat penting sebelum
penempatan boleh dilakukan.


4.0 MATLAMAT

Program ini dijalankan dengan matlamat untuk memberikan satu program pendidikan
yang sewajarnya kepada murid-murid berkeperluan khas di sekolah ini agar tidak
HBEF3503
ketinggalan dari segi pembelajaran dan intelektual dan dididik secara inklusif. Ia
menjadikan pelajar berkeperluan khas sealiran dengan pelajar normal di sekolah
harian biasa. Program Pendidikan Inklusifini telah menjadi matlamat kepada usaha
murni kerajaan untuk memberi peluang pendidikan yang sama kepada semua murid
tanpa mengira ketidakupayaan dan kecacatan mereka.

5.0 OBJEKTIF

5.1 Memberi peluang kepada murid terlibat untuk mengalami pengajaran dan
pembelajaran serta menyertai aktiviti-aktiviti yang terdapat di sekolahbersama-
sama pelajar normal yang lain.
5.2 Membantu memberi keyakinan diri pelajar berkeperluan khasuntuk
menghadapi masyarakat dalam kehidupan seharian.
5.3 Menjadikan mereka lebih berupaya serta mampu berdikari
seterusnyamenjadianggota masyarakat yang menyumbang
kepada masyarakat dan negara.



6.0 TEMA

KECERMERLANGAN INSAN ISTIMEWA TANGGUNGJAWAB BERSAMA











HBEF3503

7.0 Jawatankuasa Program Inklusif 2013

PENGERUSI
En.Mazlan bin Othman
(Guru Besar SK Seri Machap)

NAIB PENGERUSI
En Mohd.Rahmat bin A.Rahman
(Penyelaras Program Inklusif)

SETIAUSAHA
Pn Zuraimah bt Ahmad
(Setiausaha Program Inklusif)

BENDAHARI
Cik Nur Afiqah bt Salman
(Guru Matematik Program Inklusif)

AJK
Pn Rafedah bt Lahuri (Guru Bahasa Melayu)
Pn Haizah bt Ahmad (Guru Bahasa Inggeris)
Pn Norhaya bt Isa (Guru Pendidikan Islam)
En Norazman bin Mohaimin (Guru Sains)



8.0 TARIKH DAN MASA

Program ini dicadangkan untuk dijalankan pada:
Tarikh: Akhir Januari 2013
Masa : Waktu P&P kelas biasa.

HBEF3503

9.0 TEMPAT PROGRAM

SK Seri Machap


10.0 PUBLISITI

Banner akan dipamerkan di hadapan pintu masuk sekolah bagi mempromosi dan
memberitahu murid, guru serta masyarakat luar tentang pelaksanaan program ini.
Liputan publisiti juga akan dilakukan melalui laman web sekolah dan akaun
facebook sekolah.

11.0 SENARIO TERKINI PENDIDIKAN MURID BERKEPERLUAN KHAS

Di Malaysia, terdapat pelbagai program yang dijalankan oleh badan kerajaan
mahupun bukan kerajaan bagi murid-murid yang berperluan khas. Program
Pendidikan khas dijalankan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Sekolah
Khas, Program Pendidikan Khas Intergrasi (pengasingan/inklusif), Pemulihan
Khas, Program Disleksia dan PendidikanVokasional Penddidikan Khas. Selain itu,
pendidikan khas di Malaysia juga dikendalikan oleh pelbagai organisasi, persatuan
dan badan sukarelawan. Antara badan bukan kerajaan yang terlibat dengan secara
langsung dengan pendidikan khas ini ialah :
a. Persatuan Kanak-kanak Spastik (Spastic Childrens Assocation) -
menyediakan intervensi awal untuk kanak-kanak kerencatan
mental di antara umur 2-16 tahun.
b. Pusat Bimbingan Sinaran Matahari mengajark anak-kanak
berkeperluan khas kemahiran hidup serta kemahiran sosial.
c. Yayasan Sindrom Down Kiwanis (Kiwanis Down Syndrome
Foundation) menjaga kebajikan kanak-kanak sindrom down dan
Tumpuan ialah kepada kanak-kanak di bawah 6 tahun.


HBEF3503

12.0 POLISI KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA (KPM)

Melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Malaysia (2013-2025), yang dirancang
Kementerian Pelajaran Malaysia sedang kearah meningkatkan Program Pendidikan
Inklusif di kalangan murid-murid berkeperluan khas.Antara anjakan yang terdapat
dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan tersebut yang menyokong pendidikan
inklusif ialah :
Sistem pendidikan di Malaysia menjelang tahun 2025 seharusnya berupaya
mencapai penyertaan menyeluruh pendidikan peringkat menengah,
menempatkan diri pada kedudukan kelompok seperti terbaik dalam pentaksiran
peringkat antarabangsa, memastikan semua murid menikmati peluang yang
sama kepada pendidikan berkualiti dan seterusnya menyemai identiti Nasional
dalam kalangan murid.


13. 0 MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS

Terdapat tiga orang murid pendidikan khas yang telah menguasai kemahiran asas 3M
iaitu membaca,menulis dan mengira di sekolah ini. Murid-murid berkenaan mampu
untuk mengurus diri, berkomunikasi dengan yang lain serta tidak mempunyai
tingkahlaku yang ganjil yang akan menjejaskan komunikasi dengan guru mata
pelajaran dan murid-murid lain serta tidak menganggu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilikdarjah. Walaubagaimanapun hanya setelah ibu bapa yang
bersetuju dengan syarat-syarat yang diberikan oleh pihak sekolah yang akan dipilih
untuk mengikuti program ini.Maklumat terperinci tentang murid tersebut boleh
merujuk kepada Lampiran A.

14.0 KEPERLUAN LOGISTIK

14.1 Tenaga pengajar selain daripada berpengalaman dan mempunyai pengetahuan yang
luas dalama spek pendidikan khas, seseorang guruyang mengajar pendidikan inklusif juga
perlu mempunyai sifat sabar dan cekal.
HBEF3503
14.2 Kemudahan/peralatan kemudahan dan peralatan seperti bahan-bahan yang teliti serta
bilik-bilik khas yang sesuai dengan masalah murid tersebut adalah penting untuk menjayakan
program ini.
14.3 Sumber kewangan diperlukan untuk sebarang perbelanjaan diluar jangka.


15.0 SOKONGAN INSTITUSI /ORGANISASI LAIN
Sokongan daripada institusi lain dalam menjayakan program inklusif ini adalah amat
memuaskan dan sentiasa diperlukan. Contohnya Institusi seperti kementerian kesihatan yang
memberikan perkhidmatan pemeriksaan yang percuma adalah amat sesuai dan bermakna bagi
kami.



16.0 PENUTUP

Hubungan yang positif antara guru dan murid adalah sangat penting bagi mewujudkan
suasana pembelajaran yang kondusif dalam sesuatu kelas. Seperti yang kita maklum,
murid berkeperluan khas mempunyai konsep kendiri yang rendah akibat interaksi yang
negatif dan pengalaman yang tidak kontrstruktif. Oleh itu, kita sebagai orang dewasa
harus berusaha untuk mengubah senario tersebut daripada berterusan. Selain itu,
kolaborasi yang berterusan antarapihak profesional dengan pihak ibu bapa sangat penting
ke arah itu. Tambahan pula, pendidikan untuk semua murid telah diperkenalkan oleh
kerajaan bagi memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk mengalami
pengalaman pembelajaran seperti murid lain di arus perdana. Hak untuk mendapat
pendidikan dan perkhidmatan sama rata oleh mereka tidak diabaikan dewasa ini.

Disediakan oleh,

..........................................
(Mohd.Rahmat Bin A.Rahman)
Guru Kelas 1 Bijak
SK Seri Machap
HBEF3503

Disahkan oleh,

..........................................
(Pn.Normila bt Ahmad)
Guru Penolong Kanan 1
SK Seri Machap

Diluluskanoleh,

..........................................
(En.Mazlan bin Othman)
Guru Besar
SK Seri Machap




















HBEF3503
AKTIVITI 1 (KAJIAN KES)

1. Tujuan Kajian. (Abstrak)
Kajian yang saya jalankan ke atas salah seorang murid yang berkeperluan khas di sekolah ini
adalah bertujuan untuk mengetahui sejauh mana keberkesanan program pendidikan inklusif
yang telah dijalankan terhadapnya selama 2 bulan. Kajian ini juga adalah untuk mengenal
pasti program pendidikan inklusif yang bersesuaian dengan murid tersebut. Kajian saya ini
telah saya jalankan melalui kaedah kualitatif dan kuantitatif untuk mengumpul data dan
maklumat yang sepatutnya. Manakala instrument yang saya gunakan ialah borang soal selidik
dan temu bual dengan guru-guru serta murid yang terlibat.

2. Maklumat murid.
Untuk kajian ini, saya telah memilih untuk melakukan kajian terhadap murid yang bernama
Puteri Erina Bt Mohamad yang berumur 7 tahun. Dia telah diletakkan di kelas arus perdana
iaitu kelas 1 Usaha bersama-sama dengan 20 orang murid normal lain. Murid ini berasal dari
keluarga yang sederhana kerana ayahnya hanya bekerja sebagai peniaga kecil-kecilan di
bandar Muadzam Shah. Murid ini mengalami masalah pembelajaranDisleksia iaitu
mempunyai kecerdasan mental yang searas murid biasa tetapi mempunyai kesukaran yang
tinggi dalam kemahiran mengeja, membaca dan menulis. Antara ciri-ciri yang ada pada murid
ini ialah sukar belajar bahasa, sukar kaitkan huruf atau perkataan dengan bunyinya, lebih
minat merujuk gambar dan sebagainya.

3. Program pendidikan untuk murid disleksia.
Pada peringkat awal kami telah mengadakan ujian diagnosis yang khusus terhadap murid ini.
Di sesetengah negara terdapat beberapa ujian seperti TheAstonIndex (M. Newtonand M.
Thompson, 1976),CoPS 1 (CognitiveProfilingSystem, C. Singleton, 1996) dan DEST
(DyslexiaEarlyScreeningTest, A. Fawceettand R. Nicolson, 1996) yang digunakan oleh para
guru bagi mengenal pasti kanak-kanak disleksia. Walau bagaimanapun kami telah
menggunakan senarai semak yang mengandungi simptom-simptom biasa kanak-kanak
HBEF3503
disleksia bagi membuat screening. Kemudian kami telah menggunakan beberapa lagi program
yang spesifik sepertiAlpha to Omega, A-Z oleh B. Hornsby, Bangor
DyslexiaTeachingSystem, Kaedah Phono-Graphix dan Kaedah Orton-Gillingham. Dengan
cara ini, pengajaran lebih berstruktur, bersiri, kumulatif dan terperinci. Kaedah seperti ini
menggunakan kad imbasan untuk satu siri latih tubi bagi membiasakan murid dengan bunyi
huruf itu. Pendekatan yang digunakan ialah dengan meletakkan gambar yang menjadi kata
kunci kepada bunyi huruf itu seperti 'kucing' bagi mengingati bunyi yang dapat dikaitkan
dengan 'k'. Lembaran kerja dan latihan dengan skema pemarkahan juga terdapat dalam
program-program ini.

4. Penambahbaikan
Hasil daripada soal selidik dan temu bual saya dengan beberapa orang guru dan juga murid
yang terlibat iaitu Puteri Erina, saya mendapati perlunya penambahbaikan ke atas program
yang telah dijalankan itu. Penambahbaikan tersebut adalah dari segi kolaborasi antara guru-
guru mata pelajaran. Kolaborasi yang baik antara guru yang terlibat seperti guru bahasa,
matematik dan lain-lain akan memberikan kesan positif terhadap keberkesanan program ini.
Ramai responden beranggapan bahawakerjasama yang utuh dan saling berbincang masalah
serta cara mengatasi ke atas murid yang terlibat pastinya akan memberikan impak positif
kepada mereka. Selain itu, hubungan dan komunikasi dua antaraguru dan ibu bapa murid juga
amat penting. Guru harus sentiasa berhubung dan melaporkan prestasi dan perkembangan
murid tersebut kepada ibu bapa mereka dari masa ke semasa. Respon daripada penjaga juga
amat diperlukan oleh guru-guru untuk mencungkil idea yang sesuai sejajar dengan matlamat
program.

5. Hasil kajian kes.
Untuk itu, kami telah melaksanakan penambahbaikan program inklusif ini kepada murid
tersebut selama 2 bulan iaitu bermula dari bulan Apil hingga Mei. Hasil daripada itu, saya
lihat terdapat sedikit perkembangan posistif yang dialami oleh Puteri Erina itu terhadap
pembelajarannya. Dia dilihat lebih positif berbanding sebelumnya dari segi membaca,
menulis dan mengira. Dia juga telah dapat menyebut beberapa perkatan dan huruf yang
ditunjukkna kepadanya.
HBEF3503
STRATEGI PERLAKSANAAN
Berikut disenaraikan langkah-langkah yang telah dijalankan dalam perlaksanaan Pendidikan
Inklusif di sekolah ini.
Sebelum Program
1. Penubuhan Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif .
2. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif di peringkat sekolah membuat pemilihan murid
berdasarkan hasil laporan penilaian pencapaian serta ujian diagnostik yang dijalankan oleh
guru-guru yang telah dipertanggungjawabkan.
3. Mengumpul ,menganalisis data dan maklumat murid-murid khas yang akan mengikuti
Program Inklusif.
4. Jawatankuasa Program Pendidikan Inklusif bermesyuarat dengan semua guru Pendidikan
Khas dan PPM .
5. Penolong Kanan Pendidikan Khas mengadakan perbincangan dengan pentadbir dan guru-
guru aliran perdana yang terlibat.Setiap guru telah mendapat taklimat yang jelas dan telah
menyebabkan mereka berasa yakin untuk mengajar murid-murid Pendidikan Khas tersebut.
6. Mengadakan perbincangan dengan ibu bapa dan penjaga.Ibu bapa dipanggil untuk
diterangkan tujuan dan kepentingan program ini terhadap anak-anak mereka.Ibu bapa yang
bersetuju diminta menulis surat kebenaran sebagai bukti membenarkan anak mereka
mengikuti pengajaran dan pembelajaran di kelas biasa.
7. Membuat perjumpaan dengan semua murid yang berkenaan.
8. Menyediakan sebuah kelas persediaan yang mempunyai sukatan dan mata pelajaran yang
sama dengan aliran perdana iaitu di kelas PPKI8.
9. Menyediakan jadual kelas yang sama dengan aliran perdana.
10. Penolong kanan PPKI memaklumkan pada semua murid aliran perdana dan warga sekolah
pada perhimpunan rasmi sekolah.Penerangan dan taklimat telah diberikan secara fomal dan
tidak fomal .Pihak sekolah turut memaklumkan kepada ibu bapa melalui PIBG mengenai
implementasi Program Inklusif dijalankan.
11. Murid berkeperluan khas ditempatkan di kelas yang paling pandai iaitu di kelas 2
Perdana,3 Perdana dan 4 Amanah .Tiada perubahan atau penyesuaian fizikal atau bahan
bantuan mengajar di buat ke atas kelas yang dipilih.Namun demikian,guru-guru PPKI serta
PPM bertindak sebagai mentor kepada mereka.
12. Kedudukan murid berkeperluan khas ini diletakkan di bahagian hadapan dalam satu-satu
kelas .Penglihatan mereka tidak terganggu untuk melihat guru atau papan hitam dan
memudahkan mereka untuk berinteraksi dengan guru dan sebaliknya.
HBEF3503
13. Semua mata pelajaran diinklusifkan kecuali matapelajaran Moral,Pendidikan Jasmani dan
PSV untuk Tingkatan 2 dan Tingkatan 3.Bagi Tingkatan 4 ,hanya mata pelajaran wajib sahaja
diinklusifkan.
14. Meninjau sejauhmana kemahiran yang telah diajar di kelas normal.
15. Guru Pendidikan khas menyusun strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersesuaian
dengan keperluan murid khas semasa di dalam kelas persediaan iaitu di kelas PPKI8.
(Lampiran K:Jadual Waktu PPKI8)

Semasa Program
1. Membuat pemerhatian dari semasa ke semasa.
2. Guru pendamping mendapatkan maklumbalas dan berbincang dengan guru-guru yang
terlibat serta mengambil tindakan susulan.
3. Murid khas mengikuti aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sama dengan murid
lain.Terdapat juga beberapa orang murid khas yang aktif melibatkan diri dalam segala aktiviti
yang dianjurkan oleh sekolah seperti Pertandingan Bercerita,Penulisan Khat dan
Jawi,Hafazan.Malah terdapat juga yang aktif dalam kokorikulum seperti Pertandingan
Bowling sehingga ke peringkat kebangsaan dan mendapat tempat.
4. Semua murid khas membuat kerja kursus walaupun mereka dikecualikan.Ini juga menjadi
faktor menyumbang kepada kelulusan yang lebih baik.
5. Semua guru menggunakan bahan bantu mengajar yang sama dengan murid lain dan
diberikan tugasan yang sama .Murid khas yang tiada masalah akan terus melakukan tugasan
yang diberikan tanpa merujuk kepada mentor.Ini membuktikan murid Khas ini tidak
bergantung sepenuhnya kepada guru pendamping sahaja.Mereka telah berdikari dan hanya
memerlukan bantuan kepada guru khas sekiranya diperlukan.
6. Dari segi sosialisasi dan komunikasi,murid-murid ini sudah boleh berkomunikasi dengan
guru-guru dan murid-murid lain menggunakan cara komunikasi biasa.Mereka boleh
bersosialisasi dengan murid-murid lain dan juga sebaliknya.Komunikasi dua hala sentiasa
berlaku di sekolah malah di luar sekolah.
7. Sikap tolenrasi dan keprihatinan guru-guru mata pelajaran telah memberikan impak positif
kepada pembelajaran murid khas.
Selepas Program
1. Guru pendamping dan guru mata pelajaran menilai kemajuan pelajar dan mencatatkan
pencapaian akademik dan perkembangan kemahiran ke dalam Rekod Prestasi.
2. Penilaian keberkesanan program terhadap pelajar pendidikan khas sentiasa dijalankan
HBEF3503
secara berperingkat-peringkat.
3. Guru Pendamping memberi khidmat bimbingan dan kaunseling kepada pelajar.
4. Guru Pendamping memaklumkan perkembangan pelajar kepada ibu bapa atau penjaga.
5. Keputusan peperiksaan pejar Pendidikan Khas berkenaan dihantar ke Unit Pendidikan
Khas PPD dan JPN.

Tenaga pengajar
Peranan dan tanggungjawab Guru pendidikan khas (guru pembimbing) dan Guru mata
pelajaran dalam menjayakan Program Pendidikan Inklusif (PPI) adalah:
-Bersama merancang pengajaran dan pembelajaran secara kolaboratif
-Merancang dan melaksanakan penilaian.
-Dedikasi dan komitmen yang tinggi.
-Layanan dan bimbingan yang adil.
Kemudahan asas untuk pelajar khas
- Kerusi meja seperti pelajar-pelajar normal.
-Buku Teks mengikut kemampuan tahap KKBP walaupun berada di sekolah menengah.
-Bahan-bantu mengajar boleh diubah suai oleh guru resos dan Jawatankuasa akademik.
-Bahan rujukan/peralatan tambahan - atas kebijaksanaan/ inisiatif pihak sekolah.
Bilik resos - perlu diadakan untuk tujuan sesi bimbingan dan khidmat bantu dan kaunseling.

AKTIVITI 3 (REFLEKSI)
Selepas berjaya menjalankan program pendidikan inklusif ini terhadap 3 orang murid
di sekolah ini saya telah membuat satu kajian tindakan terhadap kesediaan pihak sekolah
untuk melaksanakan program ini secara meluas serta kesan kepada diri saya sebagai seorang
guru.Hasil daripada pengamatan saya, pihak sekolah mempunyai kesediaan yang baik untuk
menjalankan program pendidikan inklusif ini secara meluas. Scenario ini akan terjadi apabila
pihak sekolah dimaklumkan dan difahami secara total tentang matlamat, objektif dan sasaran
utama program ini. Selain itu, saya juga telah menerangkan sedikit sebanyak tentang langkah
langkah dan keperluan yang diperlukan bagi menjayakan program ini secara
maksimum.Apabila pihak sekolah memahami segala konsep dan kaedah yang wajar dilakukan
mereka pastinya tidak akan menolak cadangan mengadakan program seperti ini yang sejajar
dengan aspirasi dan hala tuju dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia.
HBEF3503
Setelah menjalankan kajian kes terhadap salah seorang murid berkeperluan khasitu,
wujud satu keyakinan dalam diri saya untuk terus menjalankan program pendidikan inklusif
terhadap murid-murid berkeperluan khas pada masa akan datang. Melihat kepada
perkembangan Puteri Erinaitu, saya yakin segala program yang dirancang pasti akan
membuahkan hasil apabila ia dilakukan dengan teliti dan kerjasama anatara semua pihak
termasuklah pihak pentadbir sekolah, guru-guru, dan ibu bapa murid terlibat. Oleh itu, saya
pastinya akan meneruskan usaha dan melaksanakan program ini secara berterusan pada masa
akan datang terhadap murid lain pula yang mempunyai masalah pembelaran yang sama.











PENUTUP

Untuk menjana suasana pembelajaran yang kondusif, hubungan positif antara guru dan murid
adalah penting. Sebagaimana dinyatakan sebelum ini, murid berkeperluan khas mempunyai
konsep kendiri yang rendah hasil interaksi yang negatif dan pengalaman yang tidak
konstruktif. Untuk mengubah konsep kendiri murid berkeperluan khas, usaha orang dewasa
yang berterusan serta gigih dan dan mengambil masa yang lebih panjang. Bagi murid
berkeperluankhas, perubahan adalah perkara yang tidak digemari kecuali ke arah
perkara/tugasan yang sangatdiminatinya.Kolaborasi antara semua pihak yang terlibat amat
diperlukan seperti kolaborasi antara pihak profesional dengan ibu bapa. Kolaborasi yang
berkesan dapat diwujudkan jika semua pihak yang terlibat mengamalkan pemikiran yang
terbuka dan mempunyai matlamat yang sama,iaitu memaksimumkan potensi dan
meminimumkan ketidakupayaan kanak-kanak khas. Tambahan pula, pendidikan untuk semua
HBEF3503
yang telah diperkenalkan perlu sentiasa diingati dalam usaha penyediaan perkhidmatan
kepada kanakkanakberkeperluan khas. Ini adalah supayahak untuk mendapat peluang
pendidikan atau perkhidmatan yang sama rata terjamin,terutamanya dalam persekitaran
semula jadi.Pembaharuan perlu dibuat bagi memastikan kejayaan pendidikan inklusif dan di
akui untuk mengubah sikap itu untuk menerima pendidikan inklusif bukannya mudah untuk
memenuhi keperluan kanak-kanak berpendidikan khas. Pelaksanaan Pendidikan Inklusif
memerlukan kerjasama semua pihak agar keberkesanan program yang dilaksanakan dapat
dihasilkan. Pendidikan Inklusif memberi peluang ke arah pemantapan sistem pendidikan
untuk golongan bekeperluan khas di Negara kita sekaligus mengangkat martabat pendidikan
Malaysia dipersada dunia.























HBEF3503
LAMPIRAN







HBEF3503
LAMPIRAN A.

MAKLUMAT MURID BERKEPERLUAN KHAS DI SK SERI MACHAP.

1. Nama Murid :Asufa Nasuha bt Abd Hamid
Umur : 7 tahun
NamaBapa :Abd Hamid bin Suji
Pekerjaan Bapa :Berkerja sendiri
Alamat : 23, Kg Perak, 862000 Simpang Renggam.
Kategori Masalah Pembelajaran :Reading difficulties (disleksia)

2. NamaMurid : Muhammad Mustakim bin Johari
Umur : 7 tahun
NamaBapa : Johari bin Kamal
Pekerjaan Bapa :Buruh
Alamat :44, Taman Machap, 862000 Simpang Renggam.
Kategori Masalah Pembelajaran :Writting difficulties (Dysgraphia ( sebahagian
Ketidak bolehan menulis)

3. NamaMurid : Muhammad izwan bin Midon
Umur : 7 tahun
NamaBapa :Midon bin Jasli
PekerjaanBapa :Kilang
Alamat : 12, Taman Indah,Machap, 862000 Simpang Renggam.
Kategori Masalah Pembelajaran :Arithmetic difficulties (Dycalculia).








HBEF3503
Rujukan
1. http://www.moe.gov.my/v/soalan-lazim-view?id=166&keyword=&page=5&
2.Akta Pendidikan 1996
3.Ainscow, M (1977) : Towards inclusive schooling British Jornal of Special
Education Vol. 24. No. 1 (pp. 3-6)
4.Culatta, R.A. & Tompkins, JR., Fundamentals of Special Education , 1999.
5.Lokman Mohd Tahir & Nurul Qistin Mustafa. 2009. Pendidikan Teknik dan Vokasional
untuk
Pelajar Berkeperluan Khas. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, jil. 24, 73-87.
6.Liew Ping Yee & Manisah Mohd. Ali. 2008. Amalan Program Intervensi Awal Kanak-
kanak
Autistik Mengikut Perspektif Ibu Bapa. Jurnal Pendidikan 33, 19-33.
7.Mohd Najib Ghafar & Sanisah Jahaya. 2006. Bias Pengajaran Guru dalam Pelajaran Khas
dan Pelajaran Normal. Sabah: Annual Conference on Teacher Education
8.Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025
9.
http://www.scribd.com/document_downloads/direct/138845628?extension=pdf&ft=1369894

Anda mungkin juga menyukai