Anda di halaman 1dari 44

Hubungan Etnik Di Malaysia!!

9:41 PM ARIEDRIFKE 32 COMMENTS


Selepas peristiwa 13 Mei 1969, kunci keamanan, keteguhan, kestabilan, dan kemajuan pembangunan
negara banyak bergantung kepada perpaduan dan kerjasama masyarakat Malaysia itu sendiri untuk
mencapai perpaduan dan bukanlah satu perkara yang mudah. Ini adalah kerana memandangkan
penduduknya yang terdiri daripada pelbagai kaum, berbeza dari segi agama, budaya, aktiviti, ekonomi,
lokasi tempat tinggal, dan sebagainya. Usaha-usaha untuk menerapkan semangat perpaduan atau kekitaan
di kalangan masyarakat sering menghadapi cabaran serta masalahnya.

Menurut Tan Sri Ghazali Shafie (1985) ....
the road to a cohesive and proggressive
society is a long and ardous one which to use the Malay phrase, is full of onak dan duri.


Kenyataan di atas ternyata dapat kita simpulkan bahawa pelbagai cabaran yang perlu kita tempuhi bagi
membina negara Malaysia yang unggul di mata dunia. Terdapat pelbagai cabaran yang di antaranya adalah
cabaran sulung atau yang utama iaitu di mana cabaran kepentingan etnik dari :


Aspek sosial
Aspek sosial ini dapat lihat melalui empat paradigma yang berlainan iaitu dari sudut pemisahan
fizikal, sistem pendidikan yang berasingan, polarisasi dalam kalangan pelajar dan kontrak sosial
.Dari sudut pemisahan fizikal ianya berlaku dalam masyarakat negara ini yang timbul akibat
daripada kesan dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh British sejurus menjajah
Malaysia. Ketiga-ketiga kumpulan kaum ini bukan sahaja terasing daripada segi lokasi tempat
tinggal, malahan mereka menjalankan jenis pekerjaan yang berbeza. Keadaan ini juga
menyebabkan sesuatu golongan etnik itu tidak mengenal atau berpeluang berinteraksi dengan
lebih kerap di antara sesama mereka khususnya mereka yang tinggal dalam wilayan yang berbeza.
Hal ini berlaku akibat pemisahan fizikal yang disebabkan keadaan geografi di Sabah dan Sarawak
yang terpisah oleh Laut China Selatan.

Implikasi

Hanya terhadap hubungan etnik memperlihatkan perbezaan dari aspek lokasi yang berbeza merupakan
perkembangan yang kurang sihat dalam pemupukan hubungan etnik di Malaysia. Selain itu, ia hanya
meningkatkan lagi perasaan kekitaan atau etnosentrisme yang bermaksud pandangan atau perseptif yang
melihatkan kelompok etnik lain melalui kaca mata etnik itu sendiri. Keadaan sebegini hanya akan
menimbulkan prasangka, stereotaip dan mengekalkan kejahilan di dalam kalangan ahli bagi sesuatu
golongan etnik terhadap golongan etnik yang lain.

Contoh yang boleh kita nyatakan di sini adalah, kejahilan ilmu masyarakat Semanjung Malaysia dalam
memahami cara hidup masyarakat Sabah dan Sarawak yang sedikit berbeza dari aspek budaya, keagamaan
mahupun adat resam. Perkara sebegini mungkin akan berlaku jika semua etnik hanya mengambil berat
tentang etniknya yang tersendiri sahaja. Maka, pastinya amat sukar sekali Malaysia untuk menjadi negara
yang lebih maju sekiranya masyarakatnya terpisah dari sudut fizikal dan terasing dari arus pemodenan
negara. Seterusnya, adalah dari sudut sistem pendidikan yang terasing.

Setiap golongan etnik mempunyai sistem pendidikan yang tersendiri. Maksudnya di sini adalah, pelajar
Melayu menuntut di sekolah Melayu dan menggunakan bahasa perantaraan bahasa Melayu, pelajar Cina
menuntut di sekolah Cina dan juga menggunakan bahasa Mandarin sebagai bahasa perantaraan, manakala,
pelajar India menuntut di sekolah Tamil dan menggunakan bahasa Tamil. Sistem persekolahan yang
memisahkan pelajar mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik kurang memainkan peranan yang
berkesan bagi memupuk integrasi dan persefahaman dalam kalangan pelajar. Situasi hanya akan
menyebabkan interaksi mereka hanya terhad di antara etnik yang sama sahaja. Implikasi bagi hubungan
etnik ini hanya memberikan kesan yang negatif kepada negara Malaysia.

Semua etnik masing-masing mempertahankan bahasa ibunda mereka dan tidak akan menerima bahasa
ibunda kaum yang lain. Ini adalah mereka akan menganggap adalah tidak wajar dan tidak penting untuk
mempelajari bahasa kaum yang lain. Selain itu, adalah menjadi satu kemestian di mana setiap sekolah
mengamalkan sistem pendidikan yang berbeza. Ianya akan memberikan impak yang kurang elok kepada
penstrukturan negara kerana mempunyai corak pendidikan yang berbeza-beza. Tidak juga dilupakan
bahawa golongan yang menuntut di sekolah itu juga akan terlahirnya para pemimpin untuk mentadbir
negara Malaysia pada satu hari kelak. Sekiranya pemikiran mereka hanya disogok dengan etnik mereka
sahaja, sudah pasti Malaysia tidak akan berada dalam keadaan yang aman. Bakal pemimpin negara ini juga
mengalami kesukaran untuk mendapatkan kata sepakat daripada rakyatnya yang terdiri daripada etnik
yang berbeza. Pastinya, amat sukar untuk kita memupuk masyarakat yang majmuk jika cabaran ini
dianggap enteng oleh pihak yang berwajib. Dari sudut polarisasi dalam kalangan pelajar yang dapat kita
lihat adalah masih lagi terdapat keterasingan pada peringkat sekolah rendah, kerenggangan pada peringkat
sekolah menegah dan institut pengajian tinggi awam (IPTA) serta institut pengajian tinggi swasta (IPTS)
masih wujud. Keadaan sebegini menyukarkan lagi proses hubungan etnik di Malaysia. Implikasinya di sini
adalah nilai-nilai bagi memupuk semangat kekitaan pada negara Malaysia tidak dapat diterapkan dengan
berkesan kerana masih lagi terdapat jurang di antara semua kaum. Jika kita lihat, pada masa kini, masih
ada lagi para ibu bapa yang kurang mempercayai untuk menghantar anak-anak mereka ke Sekolah
Kebangsaan. Mereka lebih mudah menghantar anak-anak mereka ke Sekolah Jenis Kebangsaan kerana
merasakan struktur pendidikan di sekolah tersebut dapat menjamin kecemerlangan akademik anak
mereka. Sukar sekali untuk kita memaksa ibu bapa ini kerana mereka mempunyai satu perspektif yang
perlu kita hormati. Walau bagaimanapun, tidak semua ibu bapa yang bertindak sedemikian.

Cabaran yang kedua adalah cabaran kepentingan etnik dari aspek :


ekonomi

. Melalui aspek ekonomi terdapat dua perkara yang perlu ditekankan adalah
penguasaan ekonomi dan perbezaan pekerjaan berdasarkan sektor ekonomi
. Pertama, penguasaan ekonomi memperlihatkan jurang yang luas bagi setiap etnik. Majoriti kaum Melayu
menguasai sektor pertanian yang memerlukan banyak tenaga sumber manusia dan berteknologi rendah.
Bagi kaum Cina, yang umumnya menguasai sektor yang lebih maju seperti perniagaan, perdagagan dan
menggunakan teknologi moden. Manakala, kaum India pula banyak terlibat dengan perladangan di estet
getah dan kelapa sawit. Kenyataan di sini sudah membolehkan kita membuat satu kesimpulan iaitu
terdapatnya jurang pendapatan yang begitu ketara dan tidak seimbang dalam ekonomi negara Malaysia.

Semua golongan etnik sentiasa mencuba untuk bersaing dalam ekonomi ini untuk berusaha mendapatkan
hak dan keuntungan yang lebih besar. Penguasaan ekonomi yang berbeza serta jurang pendapatan yang
tidak seimbang mengakibatkan ketidakstabilan dalam masyarakat majmuk. Justeru itu, implikasinya
mengakibatkan ketidakpuasan hati bagi semua golongan etnik. Bagi kaum Melayu yang terlibat dalam
sektor pertanian mendapat pendapatan yang sedikit dan berkemungkinan akan menghadapi dengan
kemiskinan. Situasi yang sama juga akan berlaku terhadap kaum India yang di mana harga getah dan
kelapa sawit adalah berlandaskan kepada keadaan ekonomi di dunia. Jika harga meningkat, maka,
pulangannya tentu baik dan sebaliknya juga akan berlaku. Golongan etnik Cina pula akan terus mencari
peluang-peluang keemasan dalam perniagaan dan mereka dapat hidup dalam hidup yang cukup mewah.
Akan tetapi, mereka pasti berasa tidak puas hati yang di mana kebanyakan lubang perniagaan banyak
diutamakan kepada kaum Bumiputera atau Melayu. Sudah tentu timbulnya persoalan di lubuk pemikiran
mereka di mana hak mereka sedangkan selama ini mereka banyak menyumbang kepada ekonomi negara.
Isu-isu sebegini merupakan perkara yang boleh menyebabkan negara kita bergolak.

Selain itu, dalam Rancangan Malaysia Kedua ada menyatakan perpaduan negara tida boleh dicapai tanpa
kesaksamaan dan keseimbangan yang lebih besar dalam kalangan kumpulan sosial dan etnik Malaysia
melalui penyertaan mereka dalam pembangunan negara dan dalam perkongsian manfaat daripada
permodenan dan pertumbuhan ekonomi. Sesungguhnya, perpaduan negara tidak boleh dipupuk
seandainya sebahagian besarnya penduduk kekal miskik dan peluang pekerjaan produktif yang tidak
mencukupi. Fenomena kemiskinan bukan sahaja terdapat di kawasan luar bandar tetapi juga di kawasan
bandar. Keadaan ini boleh mengugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan hanya menonjol dalam
kalangan kelompok etnik yang tertentu sahaja. Cabaran yang ketiga adalah cabaran kepentingan etnik dari
aspek
politik iaitu di mana politik perkauman boleh menimbulkan perasaan kurang senang hati dan
mengukuhkan semangat perkauman jika sesuatu tindakan diambil tanpa mendapat kata sepakat oleh
semua pihak. Isu-isu perkauman seperti bahasa, kebudayaan, pendidikan, agama, kerakyatan, dan
ekonomi jika dipergunakan untuk tujuan berpolitik, pastinya, ia tidak akan menyumbang ke arah
masyarakat yang bersatu padu.

Implikasinya mengakibatkan semua etnik akan saling berusaha untuk mengekalkan identiti kaumnya
sendiri tidak kira dari aspek bahasa dan budaya, mereka akan cuba untuk mempertahankan agar mereka
juga mendapatkan hak yang sama rata. Selain itu, semangat taat setia pada negara Malaysia juga tidak
wujud di kalangan etnik kerana masing-masing pasti ingin menaburkan bakti pada negara mereka sendiri.
Lambang bendara Malaysia akan tinggal sebagai lambang sahaja jika semua etnik hanya mementingkan
hak etnik masing-masing. Cabaran yang keempat adalah cabaran nilai antara etnik yang menyatakan
perbezaan dari segi agama, bahasa, dan kebudayaan lebih ketara dalam masyarakat majmuk. Kaum
Melayu, Cina dan India mempunyai agama, bahasa dan kebudayaan yang berlainan. Perbezaan ini
bertambah sukar apabila setiap kaum terus menebal dengan bahasa dan kebudayaan mereka sendiri.

Implikasi di sini mengakibatkan anggota etnik lebih mengutamakan anggota daripada etnik yang sama
dalam memilih sahabat, mendapatkan perkerjaan. Perkara ini seolah-olah sudah menjadi tegal atau
taboo kerana ia memang sukar untuk diubah walaupun menggunakan ubatan atau teknologi yang moden
sekali pun. Setiap etnik tidak mempunyai perasaan hormat menghormati dengan agama dan budaya etnik-
etnik yang lain. Kesukaran untuk hidup dalam satu masyarakat yang sama pasti akan menimbulkan
kekecohan di kawasan tersebut. Ini adalah berdasarkan mereka mempunyai masalah untuk berkomunikasi
dalam bahasa yang difahami oleh semua etnik. Masalah ini pasti mewujudkan ketidakselesaan juga mereka
melihat budaya yang sebelum ini belum pernah disaksikan oleh mereka. golongan etnik-etnik ini tentunya
sukar untuk menerimanya dan tidak mungkin akan menerima apa-apa perubahan walhal ianya
memberikan banyak faedah dalam kehidupan seharian mereka.

Cabaran yang kelima adalah cabaran globalisasiyang menunjukkan proses globalisasi serta pembaratan
corak hidup berasaskan ekonomi dan politik barat merupakan cabaran yang perlu dihadapi oleh rakyat
Malaysia pada masa kini.

Implikasidaripada cabaran ini, jika dilihat dari sudut positif, kita dapat bergerak maju melalui pendedahan
menggunakan teknologi yang tinggi serta pentadbiran yang sistematik menyebabkan Malaysia menjadi
seperti yang dapat kita rasai perbezaannya kini. Namun demikian, pengaruh Barat ini juga mewujudkan
pelbagai unsur-unsur yang negatif dari segi, budaya hedonisme atau budaya kuning yang telah berjaya
menyesatkan para remaja yang bisa menjadi bakal pemimpin negara lenyap dek kerana budaya kuning
yang songsang ini. Budaya kuning ini banyak memberikan nilai-nilai yang negatif seperti terlibat dalam
kancah jenayah, pemakaian yang kurang sopan serta pergaulan yang melampaui batas. Dari segi sains dan
teknologi yang memusnahkan kebanyakan golongan remaja terdedah dengan pornografi-pornografi yang
menyongsangkan jiwa dan akidah remaja itu sendiri. Bermacam-macam keburukan yang memusnahkan
alam sekitar, budaya hiburan dan penyalahgunaan sumber manusia dan bahan mentah juga datangnya
daripada pengaruh Barat. Jelasnya di sini dapat dilihat, kehalusan dan ketimuran rakyat Malaysia semakin
terhapus dek pengaruh Barat bagi merealisasikan wawasan negara. Tradisi dan adat resam kita pasti akan
hilang juga kerana tiadanya insan yang ingin menjaganya daripada lupus dek arus pemodenan zaman.

Merujuk kepada hasil tulisan Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin dalam buku
Pengajian Malaysia
, terbitan Oxford Fajar Sdn Bhd pada tahun 2007, usaha kerajaan ke arah pemupukan hubungan etnik
bermula setelah tahun 1957, iaitu selepas Tanah Melayu mencapai kemerdekaan bagi mengatasi cabaran-
cabaran yang telah dikemukakan sebelum ini. Kerajaan merancang dan menyediakan pelbagai dasar dan
pelan tindakan untuk mencapai perpaduan dari pelbagai aspek. Kerajaan telah merangka Dasar Pendidikan
Kebangsaan sebagai landasan mewujudkan masyarakat yang bersatu padu. Penyata Razak dan Ordinan
Pelajaran yang telah termaktub sebelum merdeka telah disemak semula menghasilkan Laporan Rahman
Talib dan seterusnya dimaktubkan dalam Akta Pelajaran, 1961 merupakan antara usaha awal kerajaan
dalam sektor Pendidikan. Matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan diharapkan dapat memenuhi keperluan
tenaga rakyat negara ini dalam jangka pendek dan panjang demi melahirkan masyarakat yang bersatu
padu, berdisiplin dan terlatih.

Antara strategi yang dirancang untuk mencapai matlamat Dasar Pendidikan Kebangsaan ialah menjadikan
Bahasa Kebangsaan bahasa pengantar yang utama, mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan
Malaysia bagi semua jenis sekolah, mewujudkan sistem peperiksaan yang sama dan sebagainya. Kerajaan
berusaha dengan lebih keras lagi dalam mencapai perpaduan berikutan berlakunya peristiwa 13 Mei 1969
yang melibatkan rusuhan kaum yang amat dahsyat. Rentetan peristiwa tersebut telah terbentuknya
MAGERAN pada 17 Mei 1969 yang berfungsi sebagai pengembali keamanan dan undang-undang negara;
penentu pentadbiran yang licin dan sempurna; dan pengembali keharmonian dan kepercayaan antara
kaum. MAGERAN didapati berjaya mengembalikan keamanan kepada negara selepas dua tahun
ditubuhkan. Seterusnya, pada tahun 1969 juga, Jabatan Perpaduan Negara(JPN) dan Majlis Muhibah
Negara(MMN) telah dibentuk. JPN yang diketuai Tan Sri Mohd Ghazali Shafie telah ditubuhkan untuk
membantu kerajaan menggerakkan dan membimbing rakyat ke arah perpaduan negara. MMN pula
ditubuhkan pada 18 Julai 1969 bertujuan memulihkan kepercayaan dan keyakinan antara kaum, mengkaji
dan mengatasi masalah untuk menghapuskan perselisihan faham, membantu dan menyusun kerja-kerja
sukarela. MMN dan JPN telah digabungkan pada 1Januari 1972 menjadi Kementerian Perpaduan Negara
yang kini bergelar Kementerian Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat yang ditugaskan untuk
mengendalikan aktiviti-aktiviti bercorak muhibah untuk masyarakat yang berbilang kaum. Selain itu, pada
29 Januari 1970 juga telah tertubuhnya Majlis Perundingan Negara(MAPEN) yang bertanggungjawab
untuk mengadakan garis panduan bagi kerjasama antara kaum dan integrasi nasional untuk memupuk
identiti kebangsaan di kalangan rakyat Malaysia serta bertanggungjawab dalam pembentukan ideologi
negara, iaitu Rukun Negara dan perubahan perlembagaan.

Majlis ini dianggotai oleh pelbagai lapisan masyarakat seperti wakil-wakil dari MAGERAN, wakil dari
kerajaan negeri, wakil dari parti politik, wakil dari Sabah dan Sarawak, wakil dari kumpulan agama, wakil
dari badan profesional, wakil dari perkhidmatan awam, wakil dari kesatuan sekerja dan persatuan majikan,
wakil dari akhbar, wakil guru-guru dan wakil dari kelompok minoriti bagi membolehkan mereka membuat
perbincangan secara berterus-terang. Kemuncak usaha kerajaan ekoran peristiwa 13 Mei ialah terciptanya
satu ideologi negara iaitu Rukun Negara yang dihasilkan berasaskan kepercayaan, keyakinan dan iltizam
untuk membentuk satu jati diri rakyat Malaysia yang unggul serta bertujuan menyemai dan memupuk
integrasi nasional serta semangat perpaduan antara kaum. Rukun Negara dengan prinsip-prinsip
berdasarkan semangat Perlembagaan diharapkan dapat membentuk jati diri rakyat negara ini sebagai satu
bangsa Malaysia dan dijadikan sebagai pedoman dan hala tuju dalam merancang program pembangunan
negara. Secara khususnya, ia merupakan ikrar yang menjadi acuan bagi integrasi nasional, pembentukan
Bangsa Malaysia dan ideologi negara.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar-Dasar Pembangunan Negara yang dirancang selaras dengan
nilai-nilai sosioekonomi, politik, sumber kekayaan, aspirasi masyarakat serta persekitaran global. Dalam
konsep hubungan etnik, dasar-dasar pembangunan negara merujuk kepada usaha kerajaan bersama rakyat
untuk melakukan perubahan dalam aspek sosial, kebudayaan, politik dan ekonomi secara seimbang dan
adil bagi semua kaum. Terdapat tiga pelan pembangunan negara yang utama iaitu Era Dasar Ekonomi Baru
(1971-1990), Era Dasar Pembangunan Nasional (1991-2000) dan Era Dasar Pembangunan Negara. Dasar
Ekonomi Baru (DEB) merupakan salah satu usaha dasar ekonomi untuk mengubah masyarakat dan negara
daripada keadaan mundur kepada maju dalam pelbagai aspek kehidupan (kebendaan dan bukan
kebendaan). DEB dilancarkan oleh kerajaan Malaysia melalui Rangka Rancangan Jangka Panjang(RRJP)
yang bermatlamatkan untuk mengurangkan dan seterusnya membasmi kemiskinan dengan menambah
pendapatan dan memperbanyakkan peluang pekerjaan kepada semua rakyat tanpa mengira kaum dan
menyusun semula masyarakat untuk mengurang dan menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi-
fungsi ekonomi.

Antara usaha yang dijalankan untuk membasmi kemiskinan melalui DEB ialah mewujudkan peluang
pekerjaan untuk semua golongan, menambahkan daya pengeluaran dan pendapatan, memberi peluang
kepada orang yang bekerja di sektor yang rendah daya pengeluarannya berpindah ke sektor yag lebih
lumayan, mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum dan antara kawasan (bandar dan luar
bandar), memodenkan kehidupan di luar bandar dan memperbaiki taraf dan kualiti hidup rakyat melalui
pelajaran, latihan, kesihatan, kemudahan infrastruktur dan lain-lain. Seterusnya, Dasar Pembangunan
Nasional(DPN) telah dilancarkan pada tahun 1991 yang bermatlamat untuk mencapai pembangunan
seimbang bagi mewujudkan masyarakat yang bersatu padu dan adil. DPN merupakan pemangkin negara ke
arah menjadikan Malaysia sebagai negara maju dan digerakkan di atas landasan yang kukuh ke arah
membentuk pembangunan seimbang yang meliputi aspek keadilan sosial, nilai, etika dan moral mengikut
acuan tempatan.

Strategi DPN masih lagi berlandaskan strategi yang telah dibina oleh DEB iaitu serampang dua mata dan
diperkasakan pendekatannya dengan memasukkan beberapa dimensi baharu dalam pelan tindakan, iaitu
penegasan terhadap pembasmian kemiskinan dengan dua tumpuan utama, iaitu menghapuskan
kemiskinan tegar dan mengurangkan kemiskinan relatif; menumpukan perhatian kepada pembangunan
sebuah Masyarakat Perdagangan dan Perindustrian Bumiputera (MPPB) sebagai satu strategi ke arah
meningkatkan dan seterusnya mengekalkan penyertaan Bumiputera dalam kegiatan ekonomi;
meningkatkan penglibatan sektor swasta dalam proses penyusunan semula masyarakat dan memebri lebih
tumpuan kepada pembangunan sumber manusia termasuk sistem nilai dan etika bagi mencapai matlamat
pertumbuhan ekonomi dan pengagihan yang saksama.

Usaha kerajaan diteruskan lagi dengan Dasar Wawasan Negara (2001-2010) atau dikenali sebagai
Wawasan 2020. ia merupakan respons kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku
pada peringkat nasional dan antarabangsa serta menitikberatkan pembangunan menyeluruh dan bukan
sahaja pembangunan ekonomi tetapi dari segi politik, ekonomi, sosial, kerohanian, kejiwaan dan
kebudayaan. Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mampu menjadi sebuah negara yang bersatu padu
dengan masyarakat Malaysia mempunyai nilai moral dan etika yang utuh, penyayang, adil dan saksama,
berkeyakinan serta mampu bersaing. Dalam kertas kerja berjudul Malaysia Melangkah ke Hadpan(1991)
yang dibentangkan pada sidang pertama Majlis Perdagangan Malaysia di Kuala Lumpur pada 28 Februari
1991 menyatakan terdapat sembilan cabaran yang dikenalpasti untuk merealisasikan Wawasan 2020.
Sememangnya, negara Malaysia telah berusaha untuk mencapai kesembilan matlamat itu. Walaupun
banayak matlamat itu menumpukan kepada pembangunan ekonomi, pembangunan keseluruhannya tidak
boleh diketepikan. Hal ini disebabkan pembangunan keseluruhan dari aspek politik, sosial dan ekonomi
yang mampu menyatukan rakyat. Pembangunan yang seimbang dari setiap sudut itu mampu
menggerakkan pelbagai kaum di Malaysia untuk hidup secara harmoni dan sejahtera.

Pelan Tindakan Perpaduan & Integrasi Nasional telah dirancang oleh Jabatan Perpaduan Negara dan
Integrasi Nasional. Ia merupakan rancangan lima tahun iaitu dari 2005-2010 yang merancang pelbagai
usaha untuk memupuk dan mempertingkatkan perpaduan dan integrasi nasional. Pelan ini mengandungi
pelbagai strategi yang dirancang dari pelabagai aspek seperti strategi politik, ekonomi, pendidikan,
penggunaan Bahasa Kebangsaan, Agama, Kebudayaan, Integrasi Wilayah, Keselamatan, Pembangunan
Kawasan, Penggunaan Tenaga Manusia, Media Massa, Kesukanan, Pemasyarakatan Perpaduan,
Pertubuhan Sukarela, Penyelidikan Dan Penerbitan Bahan Bacaan, Pemantauan Isu-isu Semasa dan
Konflik, Penubuhan Panel Penasihat Perpaduan Negara (PANEL) dan Jawatankuasa Penasihat Perpaduan
Peringkat Negeri (JKPPN), program dan aktiviti perpaduan, Sekolah Wawasan dan Program Latihan
Khidmat Negara. Kesemua program, pelan dan aktiviti yang dirancang telah dijalankan dengan bertujuan
supaya masyarakat dapat melibatkan diri dan memupuk hubungan etnik yang erat antara rakyat di negara
ini. Melalui pembacaan beberapa karya Fatimah Azzahra & Yusri Ab. Malik. Siri Perpaduan Negara-
Perpaduan Antara Kaum, terbitan Penerbit Setiamas pada tahun 1995. Masyarakat Malaysia merupakan
sebuah masyarakat majmuk yang mempunyai pegangan agama, bahasa dan adat istiadat tersendiri.

Perhubungan politik dan ekonomi dengan dunia uar, proses penjajahan barat dan kemasukan orang asing
erupakan faktor utama yang bertanggungjawab mewujudkan masyarakat berbilang kaum di negara ini.
Malaysia terdiri daripada masyarakat yang multiracial dan multiculture yang mempunyai asas-asas
kukuh untuk mewujudkan masyarakat yang lebih berbudaya, berilmu, bermoral, dan mendokong cita-cita
murni bangsa Malaysia berteraskan konsep negara bangsa.Melalui konsep negara bangsa ini, semua
masyarakat mendukung satu bangsa dan satu negara yang tegak di atas satu identiti negara yang sama yang
dimenifestasikan oleh pemikiran, nilai-nilai sosio-budaya, lambang-lambang dan sentiasa berpegang
kepada jiwa kemanusiaan dan kerohanian yang tinggi. Bangsa yang bertamadun mempunyai identiti
peradabannya yang tersendiri. Masyarakat berperanan dalam pemupukan hubungan etnik agar negara kita
malaysia sentiasa dalam keadaan aman dan selesa.

Salah satu contoh peranan masarakat adalah dalam penerimaan budaya. Secara amnya, memang ada
kesamaan unsur kebudayaan antara ketiga- tiga golongan rakyat di negara ini. Ciri- ciri hindu telah
meresap masuk ke dalam kebudayaan masyarakat melayu. Dari kepelbagaian budaya ini akan menyatukan
nilai pelbagai bangsa. Orang cina yang datang ke negara ini untuk bekerja di lombong- lombong bijih timah
diterima menjadi warganegara malaysia akhirnya. Persesuaian yang kelihatan antara tiga golongan utama
iaitu melayu, cina, dan india berasaskan ciri budaya yang sama. Antaranya ialah mementingkan
kekeluargaan dengan menghormati ibu bapa dan adik beradik. Disamping itu kepentingan agama
didahulukan.. Satu daripada cara mencapai perpaduan di antara kaum ialah menjaga budi bahasa serta
akhlak dalam pergaulan. Perbezaan agama serta kepercayaan tidak mengurangkan kepentingan
pemupukan budl bahasa. Adat istiadat adalah peraturan yang sentiasa dlpatuhl dan diamalkan dalam
masyarakat Malaysia terutamanya pada hari perayaan. Adat istiadat ini mencirikan Kebudayaan
Kebangsaan.

Antara hari-hari perayaan yang sama-sama dihormati ialah Hari Kebangsaan Malaysia pada 31 Ogos, Hari
Deepavali, Tahun Baru Cina, Hari Raya, Sambutan Maulud Nabi Muhammad s.a.w, Hari Keputeraan rasmi
DYMM Yang di-Pertuan Agong Malaysia Malaysia sememangnya terkenal sebagai sebuah negara yang
mempunyai masyarakat majmuk dan kukuh dengan warisan budaya dan budi bahasa yang tinggi. Kesemua
adat resam ini sama-sama saling difahami dan dihormati oleh semua lapisan masyarakat agar
perhubungan kaum dapat dijalinkan dengan erat. Bagi masyarakat Melayu terdapat beberapa adat-adat
kunjung mengunjung dalam masyarakat. Bagi pengunjung beragama Islam hendaklah memmberi salam
'Assalamu'alaikum'. Pengunjung bukan Islam memadai mengucap selamat sahaja. Setiap pengunjung yang
hendak masuk ke dalam rumah orang Melayu perlu menanggalkan kasut.

Bagi masyarakat India pula terdapat kepelbagaian adat bergantung kepada keturunannya sama ada Tamil,
Punjabi atau India Utara. Antaranya secara umum ialah semasa memberi hormat, kaum India terdapat
berbagai-bagai cara dan kebiasaannya dengan merapatkan tapak tangan dan mengangkatnya hingga ke
dada sambiI mengucapkan kata-kata yang bermaksud selamat. Semasa berkunjung, tetamu mestilah
membuka kasut kecuali jika tuan rumah membenarkannya. Kunjungan pula seeloknya dibuat pada hari
dan masa yang dikira sesuai. Kunjungan ke rumah orang yang baru berpindah tidak sesuai dibuat pada hari
Ahad, Selasa dan Khamis. Apabila hendak pulang tetamu hendaklah terlebih dahulu meminta diri daripada
tuan rumah dengan mengatakan 'saya akan datang lagi' serta berjabat tangan. Masyarakat Cina pula
mempunyai adat tersendiri di dalam menerima tetamu. Semasa berkunjung ke rumah orang dna, tetamu
seelok-eloknya duduk di sebelah kiri tuan rumah. Ini menunjukkan tetamu itu menghormati tuan rumah.

Tetamu hanya dilihat sopan apabila minum setelah dipersilakan oleh tuan rumah berulang kali. Adalah
dianggap tidak sopan jika mengunjung rumah keluarga Cina sewaktu mereka sedang makan kecuali
kunjungan itu khusus menghadiri jamuan. Adat-adat ini banyak membantu dalam menggeratkan
perpaduan di antara kaum. Orang Melayu, Cina dan India sama-sama saling memahami adat dan
kebudayaan masing-masing. Dengan ini tidak timbullah persoalan ketidaksefahaman antara kaum.

Kesimpulannya, perpaduan kaum adalah perkara utama yang harus diberi perhatian kerana pemupukan
hubungan etnik antara masyarakat adalah amat penting bagi negara Malaysia yang bermasyarakat majmuk
serta menjamin kestabilan politik dan ekonomi negara. Kerajaan sentiasa prihatin dan mengambil berat
terhadap isu perpaduan ini supaya dapat mengekalkan keharmonian kehidupan di negara kita selain
menjaga kemerdekaan yang telah dicapai melalui perpaduan nenek moyang kita. Oleh yang demikian,
setiap kaum, golongan masyarakat dan semua pihak adalah terlibat bekerjasama dalam mencapai usaha
yang murni ini bagi menjamin kehidupan sejahtera yang berpanjangan.



BAHASA MELAYU SEBAGAI PAKSI PEMBENTUKAN
BANGSA MALAYSIA- Jumaide b Kandan
[diselenggarakan oleh Rozali Rajab,GC BM]
ABSTRAK.- Dalam situasi terkini, pembentukan sebuah bangsa Malaysia yang kental dan yang
berwajah serta berjiwa Malaysia masih belum jelas kelihatan. Walaupun pelbagai resipi atau ramuan
dicari oleh para pemimpin negara mahupun para cendekiawan, namun impian yang diharapkan
masih gagal dicapai. Kekalutan yang timbul adalah berpunca daripada sikap perkauman yang masih
menebal dalam kalangan masyarakat Malaysia. Senario ini berbeza daripada situasi yang berlaku di
negara-negara jiran seperti Indonesia, Thailand, dan Brunei Darussalam, walhal perjalanan sejarah
negara kita juga seiring dengan tamadun bangsa dan budaya negara-negara tersebut. Kajian ini
mengemukakan beberapa saranan yang boleh dijadikan pedoman untuk mengangkat bahasa Melayu
sebagai paksi penyatuan bangsa, di samping menyatakan kewajaran bahasa Melayu itu dijadikan
paksi pembentukan bangsa Malaysia. Sewajarnya satu bahasa harus dipilih untuk memainkan
peranan sebagai elemen penyatuan yang sekali gus akan mencitrakan pembentukan bangsa yang
utuh demi melahirkan kesamaan yang serasi dalam kalangan komuniti senegara. Oleh yang
demikian, tumpuan kertas kerja ini adalah membincangkan isu-isu yang berhubung kait dengan isu-
isu bahasa Melayu di Malaysia dan peranan bahasa Melayu sebagai paksi pembentukan bangsa
Malaysia. Hasil kajian akan dapat menentukan fungsi bahasa Melayu sebagai wadah perpaduan
masyarakat Malaysia dan manfaat yang diperoleh melalui pembentukan bangsa yang bernama dan
berjiwa bangsa Malaysia. PENGENALAN Menjelang tahun 31 Ogos 2010 maka genaplah 53 tahun
usia kemerdekaan Malaysia. Namun, dalam seusia itu Malaysia masih belum dapat menyelesaikan
persoalan kesatuan bangsa dan pembentukan identitinya yang benar-benar berjiwa Malaysia.
Kegagalan mencapai usaha murni ini menjadi ancaman utama pada kestabilan masyarakat dan
negara amnya. Meniti sorotan sejarah tanah air, konflik etnik yang serius telah beberapa kali berlaku
dalam arus perdana. Kekal dalam ingatan ialah titik hitam Peristiwa 13 Mei 1969. Peristiwa yang
diwarnai dengan rusuhan kaum antara Melayu-Cina telah meledak tatkala parti-parti pembangkang
yang berasaskan kaum Cina telah memenangi kerusi Dewan Perundangan Negeri di dua buah negeri
yang diterajui oleh Raja-raja Melayu. Tercetusnya rusuhan itu adalah berpunca daripada penghinaan
oleh para penyokong parti pembangkang yang berteraskan bangsa Cina terhadap orang-orang
Melayu pada ketika itu. Para pengkaji mendapati, walaupun faktor ekonomi mempengaruhi sentimen
itu, namun faktor kebudayaan yang merangkumi bahasa kebangsaan turut menjadi faktor penjana.
Hashim Musa (2007) menjelaskan bahawa, negara yang bersifat heterogen dengan jumlah penduduk
yang jamak etnik, budaya, bahasa dan agama amat sukar untuk membentuk satu keadaan solidariti
dalam masyarakat. Bahkan kepelbagaian etnik, budaya, bahasa dan agama mempunyai potensi
untuk mencetuskan ketegangan dan konflik sosial. Walau bagaimanapun ketegangan itu mampu
diatasi jika mengambil kira pendapat Hall dalam makalahnya yang berjudul Essay on Language
(1968), mengatakan bahawa bahasa adalah institusi yang dengannya manusia berkomunikasi dan
berinteraksi antara satu sama lain dengan mengutamakan lambang-lambang bunyi dengan
sewenang-wenangnya yang biasa didengar. Tegasnya, melalui bahasa masyarakat boleh
berinteraksi sesama mereka dan sudah pasti interaksi itu akan mewujudkan persefahaman yang erat.
Demikian juga adanya peristiwa berdarah di Taman Medan pada tahun 2001, perbalahan antara
orang-orang Melayu dengan kaum India itu pada dasarnya akibat perselisihan faham kerana tidak
wujud kesatuan dalam hidup bermasyarakat di kawasan setinggan itu. Ketegangan kaum itu sudah
pasti dapat dielakkan sekiranya ada wadah yang dijadikan agen perpaduan. Wadah yang
dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang sejarah asalnya bermula di sini. Terbaharu ialah krisis politik
di Negeri Perak yang melibatkan isu perlembagaan negeri dan hak kaum Melayu serta kemuliaan
institusi beraja Melayu yang tercabul akibat perbalahan politik. Oleh hal yang demikian, sehingga kini
isu bahasa Melayu merupakan isu yang belum selesai dan akan mengundang konflik antara kaum
yang berterusan. Perkara ini akan mencacatkan pembentukan suatu identiti kebangsaan dan
menggagalkan pembentukan sebuah negara bangsa berwajah Malaysia yang sekian lama kita cita-
citakan. Apatah lagi mutakhir ini, dicanangkan gagasan 1Malaysia, namun konsep penyatuan masih
belum menemui titik pertemuan. Hal ini terbukti kerana dalam gagasan 1Malaysia yang kian meluas
diperkatakan itu tidak pula meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa tunggal dalam konsep
1Bahasa. Justeru, perbincangan dalam kertas kerja ini amat relevan dengan perkembangan semasa
yang mana isu bahasa ini masih tetap menjadi polemik. Kajian ini membatasi tentang sejauh mana
keberkesanan bahasa Melayu menjadi wahana dalam pembentukan sesuatu bangsa Malaysia yang
berlatar belakangkan kepelbagaian kaum, bangsa dan agama. Sorotan isu-isu bahasa sengaja di
ketengahkan bukan untuk mengungkap sejarah hitam kisah lalu, tetapi untuk mengenal pasti apakah
penawar yang sesuai untuk menyelesaikan permasalahan yang menimpa? Kisah silam yang duka
bukan untuk diratapi 66 tetapi menjadi penyuluh kepada pedoman hidup. Objektif kertas kerja ini
adalah membincangkan isu-isu berkaitan bahasa Melayu yang berlaku di Malaysia dan kewajaran
bahasa Melayu sebagai paksi pembentukan bangsa Malaysia. Selain itu kertas kerja ini
menggariskan langkah-langkah perlu dalam merealisasikan bahasa Melayu sebagai paksi
pembentukan bangsa. Seterusnya tujuan kertas kerja ini adalah untuk membincangkan manfaat yang
diperoleh hasil daripada pembentukan bangsa Malaysia. Kajian ini meliputi definisi konsep, kemudian
menghuraikan beberapa isu yang timbul akibat fenomena bahasa dalam masyarakat Malaysia dan
langkah-langkah yang perlu ditangani dalam menjadikan bahasa Melayu sebagai paksi dalam
pembentukan bangsa Malaysia. Melalui tugasan ini diterangkan fenomena isu-isu bahasa yang timbul
daripada isu yang telah menjadi lembaran sejarah sehinggalah isu terkini yang tetap sensasi. Di
samping itu, diterangkan juga langkah-langkah dalam menongkah arus membina tamadun bangsa
Melayu berpaksikan bahasa Melayu demi melahirkan negara bangsa tercinta bernama dan berjiwa
Malaysia. DEFINISI KONSEP. Bahasa adalah alat interaksi sosial dalam masyarakat manusia.
Kebanyakan atau sebahagian besar kegiatan manusia dalam hubungannya dengan anggota-anggota
masyarakat menggunakan bahasa sebagai wadah perhubungan. Dalam konteks ini bahasa Melayu
adalah bahasa yang digunakan sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan Malaysia digunakan
sepenuhnya untuk berhubung dan bekerjasama bagi mengikat, mengatur dan melestarikan
kewujudan komuniti bangsa Malaysia. F. de Saussure pula menekankan pandan bahawa bahasa
sebagai pola-pola umum dan peraturan sesuatu komuniti dan sebagai kegiatan bercakap seseorang
individu dalam situasi tertentu. Kamus Linguistik (1990) menyatakan bahawa paksi membawa
maksud membawa ke arah, pusat , tunjang atau teras. Takrif pembentukan bangsa Malaysia ialah
masyarakat yang mempunyai kebudayaan yang sepunya atau hampir sama, tinggal di Malaysia dan
mempunyai perasaan kesatuan dan menganggap diri mereka sebagai identiti yang nyata. Identiti ini
meliputi bahasa, norma, nilai, dan ideologi. Justeru, dalam konteks ini bahasa Melayu adalah elemen
yang mampu membawa solidariti dalam kalangan masyarakat untuk membentuk bangsa
MalaysiaISU-ISU BAHASA Usaha untuk pembentukan suatu bangsa yang bercirikan semangat
bangsa Malaysia yang tulen berasaskan satu bahasa dan satu tanah air jelas masih belum tercapai.
Sebenarnya banyak persoalan dan isu telah timbul yang telah meluaskan konflik dan menggagalkan
pembentukan satu identiti kebangsaan dan seterusnya pewujudan sebuah bangsa yang berwajah
Malaysia. Berikut dipaparkan beberapa peristiwa penting yang semuanya mempunyai hubung kait
dengan perkembangan bahasa Melayu. Bahasa Melayu bahasa yang terpinggir Walaupun telah
dilaksanakan Akta Pendidikan dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar di sekolah-
sekolah hinggalah ke universiti, namun isu bahasa ini belum lagi selesai. Kendatipun bahasa Melayu
telah termaktub sebagai bahasa kebangsaan, namun realitinya martabat bahasa itu masih rendah.
Bahasa Melayu kalah dengan bahasa Inggeris, bahkan pada keadaan tertentu kalah dengan bahasa
Mandarin. Ironinya seorang siswazah universiti belum tentu diterima bekerja di firma-firma swasta jika
tidak penguasaan yang luas dalam bahasa Inggeris. Begitu juga orang peribumi tidak mungkin
diterima bekerja di firma-firma yang dimiliki kaum Cina kerana lazimnya mereka mengambil daripada
etniknya sendiri yang sudah pasti penguasaan Mandarinnya tidak terbatas. DASAR POLARISASI
KAUM. Di Malaysia ketegangan perkauman dan agama masih terasa walaupun ada ketikanya
pendam seketika. Selama hampir 40 tahun iaitu peristiwa 13 Mei 1969, telah terpendam dilindungi
oleh pelbagai usaha kerajaan dan badan-badan sukarela yang cuba memupuk perpaduan dan
integrasi antara kaum untuk membendung ketegangan. Namun, masih ada perkara yang
mengukuhkan polarisasi kaum diamalkan misalnya parti politik berasaskan kaum (UMNO, MCA dan
MIC), sekolah kebangsaan (Melayu), Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Tamil, dan akhbar Melayu,
Tamil dan Cina. Perkara yang sedemikian itu meneruskan amalan perbezaan kaum dan budaya,
maka jurang pemisahan kaum terus berlaku. Melalui sorotan ini jelas menunjukkan bahawa Malaysia
masih lagi dalam proses membentuk imej tersendiri sebagai sebuah bangsa. Masyarakat Malaysia
adalah suatu masyarakat yang masih lagi terpisah sama ada mengikut kaum ataupun anutan politik.
Hakikat ini terbukti wujudnya parti-parti politik yang muncul atas dasar etnik misalnya UMNO, MCA
untuk kaum Cina dan MIC untuk orang India dan tidak terkecuali di Sabah dan Sarawak terdapat
parti-parti yang memperjuangkan kaum peribumi di negeri-negeri tersebut. Walaupun wujud parti
yang bersifat multinasional seperti Parti Keadilan Rakyat (PKR), DAP dan Parti Gerakan tetapi masih
didokongi kaum tertentu menyebabkan parti tersebut gagal merakyatkan perjuangannya. Ada kalanya
untuk meraih sokongan pengikutnya pihak parti tertentu bertindak sanggup membelakangi
kepentingan nasional. Kerajaan Negeri Pulau Pinang misalnya mengubahsuai tanda jalan di pulau
mutiara itu dengan memasukkan tulisan Cina sebagai tambahan pada tulisan Melayu. Walaupun
alasannya adalah untuk maklumat para pelancong namun tindakan itu sudah jelas membelakangi
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. CABARAN DALAM MASYARAKAT MAJMUK.
Penduduk Malaysia terkini hampir mencecah 27 juta orang di mana purata pertambahan penduduk
ternyata tinggi iaitu kira-kira 2.8 peratus setiap tahun. Masyarakat Malaysia bukan sahaja berbilang
bangsa tetapi berbilang budaya, berbilang bahasa, dan berbilang agama. Penduduk peribuminya
(Melayu, orang asli (Semang, Senoi, Jakun dan lain-lain), dan kaum-kaum peribumi di Sabah dan
Sarawak merangkumi 61 peratus daripada jumlah penduduk, 30 peratus kaum Cina dan 9 peratus
kaum India. Kepelbagaian masyarakat di Malaysia menyebabkan usaha-usaha ke arah pembentukan
suatu identiti nasional iaitu bangsa Malaysia (Malaysian nation) menghadapi kesukaran. (Amat
Adam,1994:126). Integrasi nasional yang dibawa sejak pemerintahan mantan Perdana Menteri
Malaysia Tun Dr. Mahathir Mohamed masih sukar direalisasikan. Tidak seperti di Indonesia integrasi
nasionalnya amat ketara malah orang-orang Cina hampir hilang identiti kecinaannya bagi
mewujudkan satu bangsa iaitu bangsa Indonesia. Semuanya berlandaskan satu budaya yang
merangkumi bahasa Indonesia dibawa Panca Sila. Berbeza dengan Malaysia yang masih lagi
dihantui dengan etnisisme dalam semua lapangan hidup. Semua keputusan dari sektor pengurusan,
pentadbiran dan politik masih terikat dengan pertimbangan mengikut faktor perkauman. Semangat
Kebangsaan yang longgar Masalah pembentukan suatu bangsa Malaysia berpunca daripada hakikat
bahawa sejarah gerakan kebangsaan yang tulen bersifat nasional amat pendek. Di saat
kemerdekaan diserahkan kepada Persekutuan Tanah Melayu tahun 1957, kelompok yang mewakili
etnik terbesar iaitu Melayu, Cina dan India merupakan komuniti terpisah yang hidup dalam
masyarakat majmuk. Hal ini kerana setiap kaum mempunyai bayangan bangsanya sendiri.
Masyarakat yang mereka bayangkan sebagai bangsa itu berbeza-beza mengikut persepsi mereka
masing-masing. Tambahan pula sejarah kedatangan mereka juga masih tidak jauh terpisah dengan
negara asal mereka bagi masyarakat pendatang. Sering kali juga perjuangan mereka masih
dibayangi Tembok Besar Negeri Cina atau kehebatan Mahatma Ghandi. Justeru, apa yang wujud
menjelang kemerdekaan itu hanyalah suatu kesepakatan pada pemimpin Melayu, Cina dan India
untuk mendapat kemerdekaan tanpa benar-benar bersedia tentang penyatuan kebangsaan yang
teguh berdasarkan satu cita-cita kemerdekaan, falsafah dan ideologi nasional yang sama sebagai
satu bangsa yakni bangsa Malaysia. Dasar yang diwarisi daripada pihak penjajah Dasar yang dibawa
oleh British memberi dorongan kepada gerakan yang bersifat multietnik. Oleh itu pemimpin Melayu
pada ketika itu harus bekerjasama dengan parti Cina iaitu MCA jika mahu mencapai kemerdekaan.
Keadaan ini telah membawa lahirnya parti Alliance atau Perikatan. Dasar ini telah menjadi
pegangan hingga ke hari ini iaitu konsep yang sama dibawa oleh Barisan Nasional dan Pakatan
Rakyat, yang mana jika diamati masih terbelenggu dengan tawar-menawar inter-etnik. Dasar ini juga
memberi andaian bahawa ketika parti Perikatan memperjuangkan kemerdekaan Malaya pada tahun
1950-an, dalam kalangan pemimpin UMNO dan MCA telah wujud semacam kontrak sosial yang tidak
bertulis. Perjanjian lisan ini memperakui akan adanya semacam pembahagian kuasa. Kaum Cina
harus diberi keutamaan dalam bidang perdagangan yang sememangnya mereka kuasai, manakala
kaum Melayu pula harus diberi lebih kuasa dalam bidang pemerintahan. Bangsa Cina dikatakan akan
melepaskan tuntutannya menjadikan multilingualisme sebagai dasar rasmi negara tetapi pemimpin-
pemimpin UMNO mesti bertolak ansur dalam penggunaan bahasa Cina dan Tamil dalam keadaan
tidak rasmi. Kronologi daripada kontrak tersebut, isu tentang hak istimewa orang Melayu dan
kedudukan bahasa Melayu selalu dipersoalkan, bahkan sering ditentang secara terbuka oleh bangsa
Cina. Pada tahun 1964 parti PAP (Peoples Action Party) mengajukan konsep Malaysian Malaysia
dan ini diteruskan oleh parti DAP (Democratic Action Party) yang membawa slogan yang sama.
Mereka begitu kuat melakukan tentangan terhadap bahasa Melayu dan mereka meminta agar
bahasa Cina dan Tamil turut dijadikan bahasa rasmi. KETAKSUBAN BUDAYA. Golongan bukan
peribumi tidak pernah mengalah dalam hasrat mereka mahu mengekalkan penggunaan bahasa dan
kebudayaan mereka di peringkat nasional. Pada tahun 1987, mahasiswa India dan Cina di Fakulti
Sastera di 70 Universiti Malaya telah membantah ketetapan senat yang mahukan beberapa kursus
elektif dalam jurusan pengajian Inggeris, India dan Cina diajar dalam bahasa Melayu. Bantahan
mereka telah mendapat sokongan daripada segenap parti politik baik daripada pembangkang
mahupun kerajaan. Alasannya bahawa perkara itu akan mengancam hak mahasiswa bukan Melayu
untuk mempelajari kesusasteraan, kebudayaan dan bahasa mereka. Pendewaan bahasa Inggeris
Mutakhir ini pendewaan terhadap bahasa Inggeris telah mengancam kedudukan bahasa Melayu
sebagai bahasa rasmi negara. Selain penggunaannya yang begitu meluas, dalam kalangan elit
Melayu sendiri amat berasa gusar dan prihatin sekiranya berlaku kemerosotan dalam bahasa
Inggeris para pelajar. Sebaliknya, mereka bersikap tidak peduli terhadap bahasa Melayu yang
dipermainkan seperti orang dagang di tempat sendiri. Isu pengajaran Matematik dan Sains (PPSMI)
hanya membuka mata segelintir pejuang bahasa yang sanggup berhadapan dengan gas pemedih
mata untuk memartabatkan bahasa Melayu. Lain halnya dengan orang politik dan pegawai yang
memegang jawatan tinggi dalam kerajaan. Mereka lebih suka menggunakan bahasa Inggeris ketika
diwawancara walaupun sumbang bunyinya, kerana pada mereka bunyi Inggeris itu ada umpnya!
Pada masa yang sama perasaan rendah diri dalam kalangan orang Melayu yang terpelajar
menyebabkan timbul anggapan bahawa sesuatu idea yang canggih tidak dapat diungkapkan jika kita
menggunakan bahasa Melayu. Padahal apabila mereka ini berbicara dalam bahasa Inggeris,
tatabahasanya pun bersimpang-siur. Multilingualisme di Malaysia.- Perkembangan terkini
menunjukkan bahawa kemajuan pesat ke arah gaya multilingualisme dalam kalangan generasi muda
dan terpelajar. Situasi ini mengancam hasrat bagi mencapai pembentukan satu bangsa yang mapan.
Dasar bahasa pengantar yang kini dilibralisasikan akan melahirkan rakyat Malaysia yang
berpolarisasi. Keadaan ini sudah pasti akan mengundang perpecahan dan menjauhkan kita daripada
pembentukan satu bangsa yang dihasratkan. Pelaksanaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550, Seksyen
17(1) dan Akta IPTS 1996 Apabila Parlimen meluluskan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550, Seksyen
17(1) dan Akta IPTS 1996 yang memberi kuasa kepada Menteri Pelajaran Malaysia untuk
mengecualikan penggunaan bahasa sebagai bahasa pengantar pendidikan tunggal di Malaysia.
Natijahnya, institusi pendidikan swasta (IPTS) mula ditubuhkan dan hingga kini beratus-ratus IPTS
dengan ratusan ribu pelajar telah dibina yang memilih sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa
pengantarnya. Perkara ini telah menimbulkan gejala dualisme pendidikan yang genting di samping
penafian bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara. Isu PPSMI.- Isu penggunaan bahasa
Inggeris dalam pengajaran matematik dan sains di semua sekolah di Malaysia bermula pada tahun
2003. Mata pelajaran sains dan matematik merupakan asas bagi semua kursus dalam bidang sains
dan teknologi. Implikasinya akan menyebabkan semua pengajian dalam sains dan teknologi di semua
institusi pengajian tinggi sama ada awam atau swasta akan menggunakan bahasa Inggeris sebagai
bahasa pengantarnya. Sekali lagi integrasi dan masa hadapan bangsa Malaysia akan terjejas. Di
sebalik isu ini telah timbul persoalan iaitu ketidakyakinan pemimpin negara akan keupayaan bahasa
Melayu. Lebih malang lagi persoalan itu dicetuskan oleh pemimpin yang berbangsa Melayu. BAHASA
MELAYU SEBAGAI PAKSI PEMBENTUKAN BANGSA MALAYSIA. Kajian ini mengemukakan
beberapa saranan yang boleh dijadikan pedoman untuk mengangkat bahasa Melayu sebagai paksi
penyatuan bangsa, di samping menyatakan kewajaran bahasa Melayu itu dijadikan paksi penyatuan
bangsa Malaysia. Sewajarnya satu bahasa harus dipilih untuk memainkan peranan sebagai elemen
penyatuan yang sekali gus akan mencitrakan kesatuan bangsa yang utuh serta melahirkan
kesamaan yang serasi dalam kalangan komuniti setempat. Dalam konteks ini disarankan bahasa
Melayu dijadikan teras penyatuan bangsa Malaysia kerana mengandungi kriteria-kriteria seperti
berikut: Bahasa Melayu sebagai bahasa dunia. Pemilihan bahasa Melayu adalah wajar berdasarkan
sejarah dan perkembangannya, keluasan wilayah dan bilangan penuturnya. Di samping itu, ciri-ciri
bahasa Melayu yang dinamik, fleksibel, dan ekonomik sama halnya dengan bahasa Inggeris,
Perancis, dan Arab. Bahasa Melayu kini dituturkan oleh sekitar 250 juta umat yang menjadikannya
bahasa yang kelima terbesar di dunia. Bahasa Melayu telah lama menjadi bahasa yang amat
berpengaruh dan dituturkan oleh pelbagai komuniti di Asia Tenggara. Bahasa Melayu menjadi
bahasa kebangsaan di empat negara serantau, iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, dan Singapura. Di
Selatan Thailand, bahasa Melayu digunakan dituturkan oleh kira-kira sejuta penduduknya dan
kelompok minoriti diaspora Melayu di Sri Lanka, Afrika Selatan, Malagasi, Australia, Belanda, dan
Burma. Malahan, bahasa Melayu masih menjadi bahasa pendidikan agama Islam di Kemboja dan
Vietnam. Di beberapa negara Eropah dan Amerika Utara, serta di nagara-negara Asia seperti China,
Jepun, Korea Selatan,Thailand, Uzbekistan, New Zealand, Australia, dan Filipina, bahasa Melayu
mula mendapat tempat dari segi pengajaran dan pembelajaran. Kajian penyelidikan tentang tamadun
Melayu turut berkembang di Rusia, Itali, Jerman, Perancis, India, Denmark, Ireland dan England.
Maka kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa pengucapan kebudayaan dan bahasa
antarabangsa di rantau Asia Tenggara sama sekali tidak boleh dipandang kecil. Dasar bahasa
negara Malaysia Selepas merdeka 1957 terdapat beberapa perubahan besar yang berlaku ke atas
dasar bahasa negara Malaysia: Bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan untuk
seluruh rakyat Malaysia. Selain itu, bahasa Melayu menggantikan bahasa Inggeris sebagai bahasa
yang digunakan secara formal, seterusnya bahasa Melayu menggantikan sistem pendidikan acuan
British dan bahasa Inggeris diajarkan di semua sekolah sebagai bahasa kedua yang wajib, yang
dahulunya diajar di sekolah Inggeris sahaja. (Hashim Musa : 2007) Dasar bahasa ini terkandung
dalam dua dokumen undang-undang dasar yang penting itu Fasal 152 Perlembagaan Malaysia
(1957) dan Akta Bahasa Kebangsaan (1963/1967), sebagaimana yang terdapat dalam Laporan
Penyata Razak 1956 (iaitu menjadi asas Akta pelajaran Malaysia dan Laporan Rahman Talib 1960
(iaitu menjadi asas Akta Pelajaran 1961) .Melalui wahana ini sahajalah Malaysia dapat membentuk
keperibadian nasionalnya. Kerajaan harus sedar bahawa nasionalisme Melayu yang lahir ialah
nasionalisme budaya yang berkisar pada bahasa dan budaya Melayu. Dari sudut sejarah, budaya
politik Malaysia yang dimulakan oleh para pemimpin Melayu terdahulu tidak akan terhenti begitu
sahaja. Keadaan demografi Malaysia pada abad ke-21 seharusnya juga mencerminkan budaya politik
Melayu yang sejagat. Oleh yang demikian semua pihak tanpa mengira kaum mestilah mengukuhkan
bahasa kebangsaan itu agar benar-benar menjadi bahasa yang mampu mengungkapkan pemikiran
yang kreatif dan melahirkan kebudayaan Malaysia yang baharu serta menjadi saluran utama dalam
penyampaian ilmu yang ilmiah dalam era teknologi moden. Namun yang paling utama ialah bahasa
Melayu perlulah diterima secara jujur oleh semua rakyat Malaysia sebagai wadah kesatuan bangsa.
Jika persoalan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan tidak lagi mantap dan tidak diberi
perhatian serius oleh para pemimpin negara, golongan konglomerat, para cendekiawan dan para
pendidik yang berjiwa kebangsaan, dikhuatiri cita-cita untuk melihat perpaduan dalam kalangan
rakyat Malaysia akan gagal terlaksana. Jelas bahawa satu-satunya bahasa yang mampu membina
citra bangsa Malaysia hanyalah bahasa Melayu. Melalui bahasa itulah nanti segala corak dan warna
kebudayaan yang dianggap menyeluruh dan canggih dapat dibentuk untuk mengambil rupa dan sifat
kemalaysiaan yang berlandaskan sejarah negara dan dunia rumpun Melayu. Harapan yang
didambakan bukan sahaja melihat masyarakat yang makmur tetapi juga memiliki roh dan semangat
kebangsaan yang menggunung tinggi. Pemerkasaan Bahasa Melayu. Kedudukan dan kewibawaan
bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar pendidikan dan ilmu tinggi di Malaysia agak tercabar
apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa pengantar mata pelajaran matematik dan sains di sekolah.
Demikian juga bahasa Inggeris menjadi bahasa pengantar sepenuhnya di IPTA, apatah lagi di IPTS
bahasa Inggeris kian membuak-buak permintaannya. Perancangan dan usaha yang gigih perlu
dilakukan segera untuk membendung lonjakan pengaruh bahasa Inggeris yang begitu mendalam
dalam kalangan masyarakat Malaysia. Keyakinan terhadap kewibawaan bahasa Melayu sebagai
bahasa pengantar pendidikan dan bahasa tinggi serta sains dan teknologi mesti dikembalikan ke
tempat asalnya sebagaimana yang termaktub dalam perlembagaan Malaysia. Bahasa Melayu juga
telah berkembang pesat dan mantap serta mampu memainkan peranan dan fungsinya sebagai
bahasa moden setaraf dengan bahasa dunia yang lain. Dalam aspek korpus bahasa, bahasa Melayu
di Malaysia mahupun di Indonesia, Brunei dan Singapura, telah mencapai taraf kemodenan dan
keseragaman dalam aspek fonologi, morfologi, dan sintaksis. Dari segi perkembangan kosa kata dan
istilah bahasa Melayu telah mampu mengungkapkan pelbagai ilmu dalam pelbagai bidang, dan usaha
pembentukan dari pembinaan istilah dalam bahasa Melayu dalam apa jua bidang ilmu serta budaya
tinggi merupakan agenda pembangunan bahasa yang berterusan. Bahasa yang standard (baku dan
seragam) merupakan salah satu faktor yang cukup penting untuk menjadikan sesuatu bahasa itu
menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan sebagai bahasa penyatuan yang dapat memainkan
pelbagai peranan dan fungsi. Garvin dan Mathiot (1988) mengemukakan tiga fungsi simbolik sesuatu
bahasa. Pertama fungsi penyatuan, iaitu bahasa berfungsi sebagai unsur yang menjalinkan para
penutur yang menuturkan pelbagai dialek atau ragam bahasa yang sama. Tegasnya, satu bahasa
yang seragam yang digunakan oleh pelbagai bangsa boleh menyatukan bangsa tersebut ke dalam
satu masyarakat bahasa yang dapat menimbulkan semangat kesatuan, persamaan dan kekitaan
dalam kalangan komuniti berkenaan. Kedua fungsi pengasingan, iaitu bahasa standard diajukan
sebagai variasi yang terasing daripada dialek-dialek lain daripada bahasa yang sama
membolehkannya berfungsi sebagai lambang identiti kebangsaan. Di Malaysia, Indonesia dan Brunei
Darussalam, bahasa Melayu telah menjadi lambang identiti kebangsaan. Ketiga, fungsi prestij.
Seperti juga bahasa lain bahasa Melayu juga memiliki prestij iaitu keupayaan bahasa Melayu
(standard) menimbulkan perasaan atau semangat megah bagi sesuatu bangsa. (Nik Safia Karim
:1981) Tegasnya, dengan memiliki ketiga-tiga fungsi tersebut, maka wajarlah bahasa Melayu
dijadikan paksi penyatuan bangsa dalam kalangan pelbagai kaum di Malaysia. MANFAAT
PENYATUAN BANGSA Bangsa yang bersatu akan berusaha. mempertahan kesatuannya. Untuk
memperkukuh dan mempertahan kesatuan inilah bangsa itu harus mencari pelbagai elemen yang
boleh terus menyatukan bangsa tersebut. Ikatan kesatuan yang kukuh akan memberi impak yang
cukup bermakna kepada ikatan perpaduan walaupun mempunyai latar belakang yang berbeza.
Sudah pasti kesatuan ini mampu menghapuskan prasangka dan sentimen politik, ekonomi, dan
kebudayaan. Kepelbagaian kaum telah membawa pertembungan pelbagai budaya yang membawa
sentimen prasangka dan sentimen politik serta ideologi yang mengekang usaha mewujudkan
penyatuan bangsa. Etnisisme serta hambatan-hambatan politik dan seumpamanya yang lebih
cenderung menghimpit bahasa Melayu untuk menjadi paksi penyatuan haruslah dipastikan tidak akan
terhalang. Dalam konteks ini, perbezaan-perbezaan yang wujud tidak digembar-gemburkan serta
dijadikan alasan untuk menolak hakikat bahawa bahasa Melayu sudah cukup signifikan sebagai
elemen penyatuan bangsa Malaysia. Di samping itu, bangsa Malaysia yang bersatu tentunya akan
terus berusaha menjalinkan kerjasama dalam pelbagai bidang meliputi pelbagai aspek kehidupan.
Kerjasama bersepadu tentulah akan menjadikan bangsa Malaysia lebih berdaya saing dan berdaya
maju serta mampu mencernakan penciptaan teknologi, nikmat kemajuan dan
pembangunan.KESIMPULAN Menjelang abad ke-21 adalah suatu jangka masa yang amat mencabar
bagi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Para pemimpin dilihat lebih fokus ke arah
menjadikan Malaysia lebih megah dalam bidang ekonomi berbanding bahasa. Dalam mengejar status
negara maju menjelang tahun 2020, kerajaan dilihat harus mempunyai kesungguhan dalam gagasan
pembentukan bangsa khususnya bangsa dan bahasa Melayu kerana golongan peribumi lebih banyak
berkorban dan dikorbankan demi memenuhi tuntutan 1Malaysia misalnya yang menjadi igauan
sebilangan pemimpin dan rakyat. Rakyat didahulukan dan Pencapaian diutamakan dibimbangi akan
lebih banyak menggadaikan hak bangsa dan bahasa Melayu itu sendiri. Perkembangan dan kredibiliti
bahasa Melayu sememangnya sudah memenuhi syarat untuk dijadikan bahasa penyatuan bangsa
Malaysia seluruhnya. Walau bagaimanapun bahasa itu harus dibebaskan daripada aneka bentuk
kekangan dari segi mental, psikologis mahupun kekangan fizikal dan politik yang boleh menghambat
bahasa Melayu daripada diangkat serta berkembang menjadi bahasa yang benar-benar dapat
diterima sebagai bahasa penyatuan yang jitu. Dari segi prinsipnya kita ingin melihat bahasa Melayu
memainkan peranan yang lebih signifikan sebagai bahasa penyatuan dan bahasa pertuturan rasmi
dalam kalangan warga Malaysia. Sedapat mungkin, bahasa Melayu diharapkan dapat dibina dan
dikembangkan sehingga menjadikan bangsa Malaysia mampu mencipta pembangunan yang begitu
besar dalam segenap bidang melalui bahasa yang satu. Di samping itu, pelbagai ilmu boleh sahaja
digali, dicari, dan diperoleh daripada bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan juga bahasa dunia yang
lain termasuk bahasa Mandarin. Walau bagaimanapun adalah lebih afdal sekiranya segala pencarian
ilmu itu diterjemahkan dan diungkapkan ke dalam bahasa Melayu untuk tatapan rakyat Malaysia.
Saranan dan hasrat ini akan dapat direalisasikan melalui pelbagai program serta usaha ke arah
penyatuan bangsa Malaysia yang digerakkan oleh kerajaan melalui bahasa Melayu umpamanya
mempergiat pelbagai kegiatan ilmu, mempererat kerjasama dalam bidang sastera dan budaya,
menyusun program akademik dalam semua peringkat pengajian dan mengaplikasikannya dalam
bidang pendidikan di semua institusi. Dalam masa yang sama usaha bersepadu daripada agensi lain
seperti media massa, institusi bahasa, dan badan-badan sukarela untuk menghalang sebarang unsur
yang merosakkan pembinaan dan perancangan bahasa. Isu-isu seperti pencemaran bahasa dan
bahasa rojak atau kerancuan bahasa sama ada dalam bentuk lisan mahupun tulisan. Semua orang
perlu sedar bahawa, fungsi bahasa bukan hanya sebagai alat komunikasi, tetapi juga bahasa juga
amat besar peranannya dalam membentuk jati diri, memupuk semangat kekitaan, perpaduan dan
menjadi maruah bangsa dan negara. Oleh itu, kita sebagai pendukung warisan bangsa mahupun
rakyat Malaysia amnya, hendaklah membina satu asas yang kukuh bagi membentuk solidariti budaya
yang kuat demi menjadi pemangkin kepada pembangunan negara sebagai negara maju menjelang
tahun 2020. Seharus kita membuang segala persepsi buruk dan yakinlah sebagaimana yang
bahawasanya bahasa indigenus sendirilah yang merupakan pelapis dan penangkis yang kebal bagi
melawan badai negatif globalisasi di samping menjadi paksi pembentukan bangsa Malaysia.
Meskipun tercalar dengan isu PPSMI yang membadai dan isu sampingan bahasa yang lain, namun
anggaplah itu sebagai satu iktibar yang menjadi momentum untuk kita terus melangkah jauh ke
hadapan, kerana pepatah ada mengatakan; kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
BIBLIOGRAFI A. Aziz Deraman (1994). Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia (edisi baru). Kuala
Lumpur : Cahaya Pantai. Abdullah Hassan (1989). Isu-isu Perancangan Bahasa:Pengintelektualan
Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Universiti Sains Malaysia. Ahmad Juhari Moain (2007).
Sosiolinguistik Lanjutan. UPM Serdang : Universiti Putra Malaysia. _________________ (1997).
Sejarah Rumpun Bahasa Melayu.UPM Serdang: Universiti Putra Malaysa. Asmah Haji Omar (1993).
Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. ________________ (1992). Kajian dan Perkembangan
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Ahmat Adam (1994). Isu Bahasa dan
Pembentukan Bangsa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan (1994). Ceritera
Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka. Awang Sariyan et. all (2006). Ujana Minda Jilid
2. Kumpulan Esei Bahasa, Sastera dan Komunikasi. Petaling Jaya : Sasbadi Sdn. Bhd. A. Chaedar
Alwasilah. (2000). Politik Bahasa dan Pendidikan. Bandung: PT Remaja Rodakarya Hashim Musa
(2007). Sosiolinguistik Lanjutan. UPM Serdang: Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa Moden dan
Komunikasi Uiversiti Putra Malaysia. Nik Safiah Karim(1990). Beberapa Persoalan Sosiolinguistik
Bahasa Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Prof. Emeritus Dr. Abdullah Hassan
(2007). Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu I-VI (1952 2002). Kuala Lumpur : Persatuan
Penterjemah Malaysia. Rustam A. Sani (1993).Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Rubin, Joan dan Bjorn H. Jernudd (1970). Can
Language be Planned? Hawaii: West Centre. Sapir, E. (1966). Culture, Language and Personality.
Berkely: University of California Press. Wardhaugh, Ronald (1998). Introduction to Sosiolinguistics.
Oxford: Blackwell Kamus Dewan Edisi Ketiga (1998). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Kamus Linguistik (1990). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.



1.1 Penyataan Masalah
Mengapa tahap penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan kini semakin kurang mendapat
sambutan dan lebih mengutamakan bahasa kaum sendiri dan Bahasa Inggeris?
Mengapa tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dilihat kurang penting dan sering
timbul konflik dalam masyarakat terutama dalam bidang pendidikan?
Benarkah Bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai Bahasa Kebangsaan ini berperanan sebagai alat
komunikasi yang membantu memupuk perpaduan antara kaum menurut persepsi pelajar?
1.2 Objektif Kajian
Mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM.
Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM .
1.3 Metadologi Kajian dan Rekabentuk Kajian
Reka bentuk kajian yang digunakan ialah kuantitatif dan temuduga tokoh di FakultiInstitut Alam dan
Tamadun Melayu (ATMA). Tujuan reka bentuk kes dan temuduga dijalankan ialah untuk mengenal pasti
dan mencari secara data secara intensif.
Sampel kajian
Seramai 30 orang responden yang dipilih untuk menjalan kajian ini yang terdiri daripada pelajar kaum Cina
dan India iaitu dari Fakulti Sains Teknologi (FST), Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FTSM) dan Fakulti
Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK).
Alat Kajian
Alat kajian yang digunakan untuk kajian ini ialah satu set soal selidik. Set soal selidik ini mengandungi 2
bahagian iaitu bahagian A (butir diri responden). Manakala bahagian B (soal selidik).
1.4 Lokasi
Universiti Kebangsaan Malaysia : Bangi




BAB 2

2. PENGENALAN
Malaysia mempunyai rakyat yang berbilang kaum, berbeza dari keturunan , budaya, agama, dan bahasa.
Untuk melahirkan rakyat yang bersatu dan patriotik kepada Malaysia, perlu membuat perancangan sosial
yang dapat menyatukan mereka.
Dalam perancangan sosial ini, pendidikan menjadi alat utama yang dimanipulasi untuk melahirkan
rakyat yang bersatu. Bahasa menjadi wahana menyampaikan pendidikan. Falsafah ini termaktub dalam
penyata Razak (1956) . Gagasan Tun Razak ialah kanak-kanak di persekutuan Tanah Melayu ini dikendaki
belajar tentang perkara yang sama melalui bahasa kebangsaan yang sama untuk melahirkan rakyat yang
bersatu dan yang menganggap Persekutuan Tanah Melayu ini sebagai negara mereka (Abdullah Hassan:
252-253).
Bahasa yang dimaksudkan ialah bahasa Melayu yang menjadi bahasa kebangsaan rakyat
Malaysia. Umum telah mengetahui bahawa bahasa Melayu ialah bahasa rasmi , bahasa pentadbiran,
bahsa perdagangan, bahasa ilmu, bahasa perhubungan dan bahasa harian negara ini sejak zaman
Kesultanan Melayu Melaka pada kurun ke-15 lagi. Taraf bahasa Melayu ini diakui bukan sahaja oleh
sumber-sumber sejarah Melayu tetapi juga Portugis, Belanda dan Inggeris. Maka tidak hairan sekiranya
bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi Malaysia. Bahasa Melayu juga sebagai
bahasa penghantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan serta sebagai alat untuk mencapai
perpaduan kebangsaan dan pembentukkan satu bangsa Malaysia ( Zainal Abidin 1996: 243).
Namun, timbul usaha sebahagian pihak untuk menukar bahasa penghantar dari bahasa Melayu ke
bahasa Inggeris dimana ia boleh mengugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar dan
bahasa perpaduan. Ia juga memberi kesan kepada pemikiran etnik lain untuk menukar dan mengelak
daripada menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan mereka . Ini sekali gus menghancurkan penyata
Razak 1956 yang pernah berjaya menyatukan rakyat Malaysia suatu ketika dahulu. (Abdullah Hassan:
1996)
Oleh itu, dalam bab dua ini mengkaji akan persoalan sejarah bagaimana rakyat berbilang kaum
merancang dan mencapai perpaduan yang melibatkan Bahasa Kebangsaan. Dimana bahasa kebangsaan
telah menjadi bahasa rasmi yang digunakan dalam pelbagai perkara seperti pendidikan, pentadbiran,
kebudayaan, kesusteraan, ekonomi, sosial dan lain-lain. (Abdullah Hassan: 252-253). Selain itu juga
mengkaji peranan atau fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan seterusnya hala tuju bahasa
Melayu.

2.1 SEJARAH
2.1.1 Kemunculan rakyat berbilang kaum
Pada awal kurun ke-19, sekitar 150 000 orang Melayu mendiami Semenanjung Tanah Melayu yang
terbahagi kepada beberapa buah negeri. Setiap negeri pula diperintah oleh seorang sultan. Ketuanan
orang melayu dalam negeri ini tidak menjadi isu. Pedagang dan pendakwah datang ke tanah Melayu dari
pelbagai negara. Tanah Melayu aktif dengan ekonomi, perdagangan, dan lain-lain (Abdullah Hassan 1996:
253).
Pada akhir kurun ke-19, kuasa barat mula datang ke wilayah ini. Inilah peristiwa sejarah yang
membawa perubahan kepada dunia Melayu. Melalui manipulasi kuasanya , Syarikat Hindia Timur
kepunyaan Inggeris dapat memaksa raja-raja Melayu menerima nasihat mereka dalam pemerintahan.
Penasihat-penasihat ini mempunyai kepentingan terhadap hasil getah dan timah. Untuk menghasilkan
hasil ini, mereka membawa masuk buruh murah dari negeri China dan India. Buruh China digunakan untuk
mengerjakan lombong biji timah dan Buruh cina pula untuk mengerjakan ladang getah. Bilangan penduduk
China dan India bertambah dengan banyaknya. Inilah peristiwa yang mentransformasikan negeri Melayu
ini daripada negara satu kaum kepada negara berbilang kaum (Abdullah Hassan 1996: 254).
Imbangan bilangan penduduk yang sebegini , ditambah dengan perbezaan budaya, agama,
ekonomi, dan bahasa menunjukkan betapa beratnya tanggungjawab pemimpin untuk mempersekutukan
rakyat dan membina semangat patriotik terhadap negara(Abdullah Hassan 1996: 254).
2.1.2 Bahasa Rakyat Malaysia
Di Malaysia, orang Melayu menuturkan satu bahasa iaitu bahasa Melayu, tetapi kaum Cina dan India
memiliki lebih satu bahasa. Antaranya kaum Cina menuturkan bahasa Hokien, kanton, Hakka, Hainan,
Kwongsai, Henghua dan Hokcia. Kaum India pula menuturkan bahasa Tamil, Telugu, Malayali, Benggali,
Gujerati, Oriya, Punjabi dan Sinhala. Di samping itu, ada juga bahasa pribumi lain iaitu Jah Hut, Mah Meri,
Senoi, Jakon, Temuan, Biduanda, Kintak, Kensiu dan Che Wong. Di Sabah dan Serawak pula terdapat
bahasa Bajau, Kadazan, Iban, Melanau, Penan, dan beberapa kelompok lain. Bahasa Inggeris pula dibawa
oleh penjajah inggeris. Dalam senario begini , isu bahasa sering menjadi isu yang sensitif dalam usaha
mempersekutukan bangsa yang pelbagai etnik.

2.1.3 Punca perpecahan masyarakat
Dasar Inggeris semasa memerintah ialah pecah dan perintah . Dasar ini direka cipta dan diamalkan
dengan jayanya melalui sistem pendidikan. Orang Melayu diberi pendidikan asas sahaja selama enam
tahun. Selepas itu, mereka dirancangkan supaya pulang bertani di kampung. Mereka memerlukan hanya
teknik bertani , menternak dan membuat kerja tangan. Kaum India juga diberikan pendidikan asas
sehingga tahun enam. Ramai orang yang tidak sempat menghabiskan persekolahan mereka. Hal ini
sengaja dilakukan supaya mereka tidak keluar dari daerahnya dan tidak membangun dari segi ekonomi
(Abdullah Hassan 1996: 255).
Kerajaan Inggeris juga tidak menganggap pendidikan China sebagai tanggungjawab mereka
kerana mengaggap masyarakat ini tidak akan menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kaum China membina
sekolah sendiri dan mengambil sukatan daripada negeri China. Mereka juga membawa guru dan buku teks
daripada Cina. Oleh sebab banyak bahasa China yang dituturkan, mereka memilih Mandarin (Kuo Yu)
sebagai bahasa penghantar(Abdullah Hassan 1996: 255).
Kerajaan Inggeris pula membina sekolah Inggeris untuk menyediakan sumber tenaga manusia
bagi pentadbirannya. Mereka menggunakan sukatan pengajaran , guru, buku teks, dan sistem peperiksaan
sekolah Inggeris. Sehingga kini , kita terikat dengan sistem pendidikan mereka Lembaga Peperiksaan
Cambridge. Hasilnya, masyarakat terpecah mengikut kaum, daerah dan profesion. Walaubagaimanapun,
masih menjaga dan menghormati antara satu sama lain (Abdullah Hassan 1996: 256).
Namun begitu, setelah berlaku peperangan Dunia Kedua telah membawa kesedaran bahawa
kuasa eropah tidaklah seagung yang disangka. Mereka telah dikalahkan oleh orang Asia. Justeru itu,
mana-mana negara di bawah jajahan Eropah berusaha menuntut kemerdekaan. Pada tahun 1955
persekutuan Tanah Melayu akhirnya diberi taraf berkerajaan sendiri dan seterusnya mencapai
kemerdekaan pada tahun 1957(Abdullah Hassan 1996: 256).

2.1.4 Memilih bahasa pribumi sebagai bahasa kebangsaan
Isu bahasa sering menimbulkan reaksi yang hangat namun ia akan mudah diatasi sekiranya semua kaum
bersatu menggunakan satu bahasa sebagai bahasa kebangsaan. Sebagaimana daripada kata-kata
Perdana Menteri Pertama Malaysia Tunku Abdul Rahman bahawa kita berhak menghendaki bahasa kita
sendiri. Sekiranya kita mempunyai Bahasa Kebangsaan sendiri, kita akan bersatu dan mempunyai watak
sendiri. Pertimbangan untuk kepentingan kebangsaan menuntut supaya bahasa penjajah diganti dengan
suatu bahasa pribumi (Abdullah Hassan 1996: 257).
Penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan berlaku seawal tahun 1947. Suatu
perlembagaan Cadangan telah dibentuk oleh All Malaya Council of Joint Action (AMCJA) yang mewakili
kaum bukan Melayu dan pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) yang mewakili kaum bukan Melayu. Mereka
mencadangkan supaya Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan tunggal negara.
Walaubagaimanapun , penggunaan bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Hasarat ini menjadi kenyataan
apabila bahasa Melayu dimaktubkan sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia dalam Artikel 152
perlembagaan Malaysia (Abdullah Hassan 1996: 257).

2.1.5 Merancang bangsa Malaysia melalui pendidikan kebangsaan.
Apabila bahasa Melayu menjadi bahasa Kebangsaan , beberapa langkah segera diambil untuk
memungkinkannya memenuhi fungsinya. Dimana pendidikan merupakan saluran yang paling sesuai. Tun
Razak dengan wawasan yang jauh ke hadapan, mengambil keputusan untuk membina perpaduan dan
menanamkan patriotisme melalui pendidikan. Dimana bahasa Melayu mula digunakan dalam pendidikan
rendah dan Maktab Perguruan Sultan Idris (Abdullah Hassan 1996: 258).
Oleh sebab itu, bahasa ini perlu dirancang supaya dapat berfungsi sebagai bahasa penghantar
pendidikan dan bahasa pentadbiran. Dewan bahasa dan pustaka ditubuhkan untuk membina dan
menyelaraskan ejaan , sebutan, istilah serta menyusun kamus dan tata bahasa. Pada hari ini Bahasa
Kebangsaan berjaya menjalankan fungsinya sebagai bahasa penghantar pendidikan sampai ke peringkat
universiti dan menjadi bahasa pentadbiran dalam kerajaan (Abdullah Hassan 1996: 252).




2.1.6 Perkembangan yang membawa kepada pembentukkan Dasar Pendidikan Razak
a) Laporan Cheeseman 1946
Cheeseman dilantik menjadi pengarah Pendidikan Malaya selepas peperangan dunia kedua. Tujuan
utamanya adalah untuk membina semula sistem pendidikan Malaya yang dihapuskan oleh pemerintahan
Jepun. Beliau menyedari masalah yang dihadapi kerana wujudnya pelbagai kaum etnik pada masa
itu(Abdullah Hassan 1996: 259).
Chessman juga telah mengusulkan supaya pendidikan rendah dan juga menengah disampaikan
dalam empat bahasa iaitu Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil. Chessman juga dilihat tidak mempunyai
sebarang hasrat untuk mempersekutukan rakyat. Beliau hanya bertujuan membina semual sistem
pendidikan yang terputus semasa pemerintahan Jepun. Dasar ini diketepikan dengan pemansuhan
Malayan Union pada tahun 1949 (Abdullah Hassan 1996: 259).
b) Laporan Barnes 1950
Apabila Malayan Union dihapuskan , orang Melayu mengkaji kedudukannya. Penjajahan Inggeris selama
150 tahun menyebabkan orang Melayu berada dalam keadaan yang merugikan berbanding dengan kaum
etnik lain. Oleh sebab itu, Laporan Barnes merancang supaya orang Melayu mengembalikan kedudukan
mereka terutamanya pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 260).
Barnes mengusulkan satu jenis sekolah rendah untuk semua kaum dan gurunya boleh
didatangkan daripada pelbagai kaum. Sekolah yang diusulkan dihadiri oleh pelbagai kaum. Antara ciri yang
ditetapkan ialah pada mulanya semua sekolah menjadi sekolah aliran Melayu. Selepas itu, semua
pendidikan dijalankan dalam bahasa Inggeris. Mereka menganggap bahawa bahasa Melayu akan
digunakan dalam hubungan sosial. Selepas tahun ketiga, bahasa Inggeris akan menggantikan bahasa
Melayu. Murid-murid akan menjadi penutur dwi-bahasa apabila mencapai umur dua belas tahun dan
mampu bertutur dan menulis dalam bahasa Inggeris dengan baik (Abdullah Hassan 1996: 261).
Pelaksanaan sistem Barnes bermakna bahawa kaum Cina dan India mesti menutup sekolah-
sekolah mereka. Dan sekolah Melayu juga akan ditukarkan ke bahasa Inggeris. Laporan Barnes
menyedari bahawa usul mereka itu akan gagal sekiranya semua mahu meneruskan sistem pendidikan
rendah mereka seperti sebelumnya (Abdullah Hassan 1996: 261).
Kaum China menentang laporan tersebut dengan kuat kerana ia boleh mematikan sekolah Cina
sehingga berlaku tunjuk perasaan di Singapura, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang. Termasuk juga orang
Melayu menentang kerana ia akan mengorbankan bahasa Melayu. Hasil daripada peristiwa itu, jawatan
kuasa Fenn-Wu dibentuk (1952) untuk melihat keperluan masyarakat Cina (Abdullah Hassan 1996: 262).

c) Laporan Fenn-Wu 1952
Sebagai hasil daripada reaksi kaum Cina itu, maka kerajaan Inggeris mengundang Dr. William P. Fenn
iaitu seorang setiausaha Eksekutif Bersekutu bagi Lembaga Pemegang Amanah beberapa bauh institusi
pendidikan tinggi di negeri Cina dan Dr. Wu Teh- Yao iatu seorang pegawai pertubuhan Bangsa-Bangsa
Bersatu untuk mengkaji keperluan kaum Cina (Abdullah Hassan 1996: 262).
Fenn-Wu tidak bersimpati dengan bahasa Melayu walaupun ia mengiktiraf Bahasa Melayu
sebagai bahsa rasmi dan perlu dipelajari dan boleh meningkatkan kefahaman antara kaum. Fenn-Wu juga
mementingkan bahasa Inggeris kerana ia bahasa perdagangan dan juga menekankan bahasa Cina keran
ia bahasa agung dunia. Fenn-Wu juga menyokong pendidikan dwi-bahasa iatu Cina dan Inggeris
kemudian baru diajarkan bahasa lain atau Bahasa Melayu (Abdullah Hassan 1996: 262).
Fenn-Wu menganjurkan supaya dikekalkan dan ditingkatkan pendidikan dalam bahasa Cina.
Sebagai hasilnya Universiti Nanyang ditubuhkan di singapura pada tahun 1956. Laporan Fenn-Wu juga
membuat tuntutan yang sama untuk masyarakat India (Abdullah Hassan 1996: 263).

d) Penyata Razak 1956
Pada hari-hari menjelangnya kemerdekaan, suatu jawatan-kuasa pendidikan ditubuhkan untuk membentuk
dasar pendidikan baru bagi sebuah negara merdeka. Jawatan-kuasa ini dipimpin oleh Encik Razak
Hussein, menteri pendidikan pada masa itu. Jawatankuasa itu mengambil kira Laporan Fenn-Wu dan
laopran lain sebelumnya. Laporan inilah yang meletakkan asas bagi dasar pendidikan Malaysia hari ini.
Tumpuan khusus diberikan kepada isu bahasa (Abdullah Hassan 1996: 263).
Razak menyatakan bahawa Tujuan dasar pendidikan negara ini ialah membawa kanak-kanak
daripada berbilang kaum ini ialah membawa kanak-kanak daripada berbilang kaum ini mempelajari
perkara yang sama di dalam satu pendidikan yang sama melalui satu bahasa penghantar. Namun
demikian , kita mengakui bahawa kemajuan menuju matlamat ini tidak boleh dipaksa tetapi mesti dilakukan
secara berperingkat-peringkat. Hal ini bermakna bahawa status quodikekalkan untuk sementara iaitu
bahasa Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil dikekalkan dalam sistem pendidikan sebelumnya (Abdullah
Hassan 1996: 264).
Apabila Malaysia mencapai kemerdekaan pada 31 ogos 1957, suatu perlembagaan dibentuk.
Perlembagaan itu menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan. Bahasa Kebangsaan ialah
bahasa yang digunakan untuk menyampaikan pendidikan dan mentadbirkan negara. Namun demikian ,
oleh sebab bahasa Melayu belum berkembang, bahasa Inggeris dikekalkan sebagai bahasa rasmi untuk
menyampaikan pendidikan dan mentadbir negara (Abdullah Hassan 1996: 264).
Selepas sepuluh tahun, pada tahun 1967, bahasa Melayu akan mengambil alih semua tugasan
bahasa Inggeris. Bahasa Melayu menjadi bahasa penghantar di sekolah dan bahasa pentadbiran tunggal
(Abdullah Hassan 1996: 263).
Perkara kedua yang dicadangkan dalam Penyata Razak ialah mengajarkan sukatan pelajaran
yang sama untuk membentuk suatu sikap kebangsaan yang sama. Sukatan pelajaran yang sama
dilaksanakan di semua sekolah. Tetapi proses pembinaan negara bangsa melalui sistem pendidikan masih
menghadapi masalah. Kanak-kanak masih pergi ke sekolah yang berlainan dengan bahasa yang
berlainan. Bahasa yang berlainan memberi nilai yang berlainan. Rakyat Malaysia masih terpecah dan isu
menggunakan satu bahasa penghantar menjadi isu serius (Abdullah Hassan 1996: 265).
Kesan buruk ini terbukti apabila rusuhan kaum tercetus pada tahun 1969. Akhirnya pada tahun
1970, pemimpin politik dan kaum menerima hakikat bahawa pendidikan yang sama sahaja tidak membawa
perpaduan. Penggunaan Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa penghantar utama diberi perhatian serius.
Menteri pendidikan ketika itu, Abdul Rahim Yaacob mengarahkan semua sekolah kebangsaan aliran
Inggeris menggunakan bahasa Melayu secara berperingkat-peringkat. Pada masa ini, semua pendidikan
rendah dan tinggi dijalankan dalam bahasa Kebangsaan. Hanya beberapa sekolah Cina persendirian
sahaja yang mengekalkan bahasa Cina sebagai bahasa penghantar. Kepercayaan terhadap kemampuan
Bahasa Kebangsaan menjadi bahasa penghantar terus meningkat (Abdullah Hassan 1996: 266).

f) Penyata Rahman Taib 1960
Penyata ini menegaskan semula Penyata Razak. Penyata menyedari kesulitan untuk membina sikap
kebangsaan melalui Bahasa Kebangsaan tetapi dalam masa yang sama, perbezaan kaum dan bahasa
masih diteruskan dalam sistem pendidikan kebangsaan yang dibiayai oleh kerajaan. Oleh sebab itu,
pendidikan menengah di sekolah dijalankan dalam bahasa Kebangsaan dan Inggeris dengan tujuan hanya
bahasa Kebangsaan sahaja yang digunakan sebagai bahasa penghantar utama (Abdullah Hassan 1996:
266).

g) Semakan pelaksanaan dasar pendidikan malaysia( Hussein Onn 1971)
Pada tahun 1971, menteri pendidikan Hussein Onn menyemak pelaksanaan dasar pendidikan ngara.
Hasilnya menggalakkan. Beliau mendapati bahawa tujuan asas memberikan pendidikan rendah dalam
bahasa kebangsaan, Inggeris, Cina dan Tamil dijalankan dengan berhasil. Pendidikan menengah
dijalankan terus dalam bahasa Melayu dan Inggeris (Abdullah Hassan 1996: 267).
Namun begitu, ini tidak bermakna sekolah Cina berakhir.mereka membiayai sendiri pendidikan.
Dan seterusnya kedudukan bahasa Inggeris masih tinggi bagi memenuhi keperluan pendidikan,
perdagangan dan hal ehwal antarabangsa (Abdullah Hassan 1996: 267).

h) Laporan kabinet (Mahathir Mohamad 1985)
Jawatankuasa Kabinet yang dipimpin oleh Timbalan Perdana Menteri , Mahathir Mohammad 1985
menyemak dasar pendidikan kebangsaan dan pelaksanaannya. Laporan itu menegaskan semula dsar
Penyata Razak (1956) dan melihat perkembangan yang positif di samping berasa komited kepada usaha
meneruskan pelaksanaan sistem pendidikan kebangsaan dengan bahasa kebangsaan sebagai bahasa
penghantar(Abdullah Hassan 1996: 267-268).
Ia juga menjelaskan bahawa pengajaran Bahasa Kebangsaan adalah untuk menyatukan kaum-
kaum etnik di negara ini dan menjadikan bahasa itu wahana mencapai ilmu. Bahasa kebangsaan
diwajibkan di semua peringkat pendidikan dan kelulusan diperlukan dalam peperiksaan kerajaan. Bahasa
Inggeris pula sebagai bahasa kedua untuk digunakan oleh pelajar dalam kegiatan tertentu dan kedua
untuk membina kelompok yang akan meningkatkan ilmunya dalam pendidikan(Abdullah Hassan 1996:
268).
i)Penyata Najib 1995
Isu bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar selesai apabila abdul Rahman Yaacob (1970) menetapkan
bahasa kebangsaan sebagai bahasa penghantar di semua sekolah kebangsaan. Bahasa Kebangsaan
mantap sebagai bahasa penghantar hingga ke peringkat universiti. Ini adalah kejayaan wawasan Tun
Razak (Abdullah Hassan 1996: 268).
Setelah berjaya,isu ini dibangkitkan semula oleh Perdana Menteri Malaysia Dr. Mahathir
Mohamad dimana beliau membolehkan bahasa Inggeris digunakan untuk mengajarkan mata pelajaran
tertentu dalam sains dan teknologi di universiti. Langkah ini dianggap untuk mencapai wawasan 2020.
Ekoran daripada itu, Menteri Pendidikan Malaysia Dato Sri Najib dilaporkan membuat arahan mendadak
dalam sistem pendidikan (Abdullah Hassan 1996: 268).
Dasar pendidikan yang dibina oleh Tun Razak Hussein ternyata berjaya namun selepas
perubahan yang dibuat oleh Dato Sri Najib , sekiranya benar akan meruntuhkan dasar pendidikan dalam
Penyata Razak tersebut dan akan mengembalikan keadaan negara kepada keadaan sebelum merdeka
dan perpecahan kaum akan bermula (Abdullah Hassan 1996: 269).
Hasil daripada itu, bantahan telah dibuat oleh Persatuan Linguistik Malaysia, kongres Cendikiawan
Melayu dan sebahagian individu. Selain itu akan menimbulkan implikasi yang amat serius terhadap
pembangunan bangsa Malaysia yang telah dibentuk oleh Razak (Abdullah Hassan 1996: 269).
2.1.7 Kejayaan dasar pendidikan Razak
Dasar pendidikan dalam penyata Razak telah berjaya. Tiga daripadanya iaitu bahasa kebangsaan
menyampaikan ilmu dengan berkesan dan rakyat yang berilmu membangunkan negara. Kedua ialah dasar
ini berjaya membentuk masyarakat yang lebih positif terhadap terhadap pembentukkan rakyat Malaysia
yang mempunyai sikap Malaysia. Ketiga iaitu dasar ini membentuk minda asli Malaysia dan keaslian minda
ini menjadi ciri jati diri rakyat Malaysia yang kreatif (Abdullah Hassan 1996: 270).

2.2 KEPENTINGAN BAHASA MELAYU

Dalam masyarakat majmuk dengan bahasa dan budaya yang pelbagai, peranan bahasa yang difahami
oleh rakyat terbanyak amat penting untuk menyatukan mereka. Berdasarkan pengamatan di peringkat
akar umbi, ternyata tidak ada bahasa lain yang dapat menandingi bahasa Melayu sebagai bahasa
pengucapan dan bahasa komunikasi untuk menyatupadukan masyarakat pelbagai kaum di negara ini
(Jeniri Amir. 2009:78).
Seharusnya sedar bahawa bahasa yang dapat mengikat jiwa dan emosi rakyat Malaysia ialah
bahasa Melayu. Perlu diingatkan bahawa bahasa Melayu dapat dijadikan sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan serta digunakan secara meluas ialah hasil daripada semangat perjuangan membara
rakyat sebelum ini. Suara rakyat sebagai suara keramat perlu diiktiraf dan didengar walaupun pemimpin
punyai pengaruh yang besar dalam menentukan untung nasib bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:78).
Dalam hal ini, harus wujud keseimbangan yang dinamik antara keinginan untuk
mengantarabangsakan diri agar tidak terpukul oleh gelombang globalisasi dengan semangat untuk
berpegang pada akar budaya bangsa yang berteraskan bahasa Melayu. Kemajuan yang hendak dicapai
tidak seharusnya sampai mengorbankan bahasa Melayu (Jeniri Amir. 2009:79).
Ditinjau dari perspektif ini, rakyat pelbagai kaum dan peringkat di negara ini perlu sedar akan
hakikat bahawa sebuah negara yang sedang menuju ke arah keunggulan tidak seharusnya mengetepikan
peranan bahasa utama negaranya. Rakyat dan pemimpin terutamanya perlu bersifat lebih pragmatik dan
realistik dengan mengakui bahawa inilah bahasa yang akan menentukan kestabilan sosial dan politik
negara, serta bahasa yang dapat dijadikan wadah untuk mencapai kemajuan ekonomi (Jeniri Amir.
2009:80).
Perpaduan jitu dalam kalangan pejuang dan rakyat pula akan terus dapat menjamin bahawa
bahasa Melayu akhirnya akan mendapat tempat sewajarnya di negara ini. Bahasa itu perlu diletakkan di
bawah persada sebagai lambang kemerdekaan, azam kemalaysiaan dan jati diri bangsa. Kesedaran ini
penting bagi mengambil semangat daripada bulan terbentuknya Malaysia yang terdiri dari pelbagai negeri
dan suku kaum dengan pelbagai keunikan bahasa dan budaya, tetapi tetap menjunjung tinggi bahasa
Melayu (Jeniri Amir. 2009:81).
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa pemersatu dan bahasa perpaduan terbukti berkesan
apabila golongan tua daripada pelbagai suku kaum yang buta huruf kelihatan selesa dan fasih
menggunakan bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan kaum lain dalam pelbagai kegiatan
kemasyarakatan yang dianjurkan. Bahasa Melayu sentiasa dekat di hati mereka walaupun sekali-sekala
keyakinan mereka tergugat ekoran perubahan dan ketidaktentuan dasar tentang bahasa itu (Jeniri Amir.
2009:82).
Rakyat Malaysia harus memiliki kebanggaan terhadap bahasa rasmi dan bahasa kebangsaannya
sendiri. Bahasa itu akan hilang maruahnya jika rakyat tidak mempunyai sikap positif terhadapnya.
Kehebatan bahasa itu sebagai bahasa penunjuk dan pembina jati diri bangsa dan sebagai bahasa
kesatuan dan perpaduan akan hanya terjamin jika rakyat terus bangga akan kedudukannya sebagai
bahasa yang akan menentukan keperibadian bangsa (Jeniri Amir. 2009:82).
Jurang perbezaan dari segi ideologi, pemikiran, emosi dan sebagainya antara bandar dan luar
bandar, elit dengan rakyat, serta masyarakat pelbagai suku kaum dapat dihubungkan melalui bahasa
Melayu. Oleh itu, bahasa Melayu berpeluang untuk menjadi lingua franca sosial, budaya, politik, dan
ekonomi dalam seluruh urusan kehidupan masyarakat di negara ini (Jeniri Amir. 2009:82-83).
Pembentukan sesuatu bangsa melalui bahasa Melayu akan dapat ditiupkan ke dalam jiwa
masyarakat ketika etnisisme kelihatan membelenggu pelbagai dominan kehidupan. Usaha untuk mencapai
keperibadian bangsa yang unggul akan terserlah luas kepada rakyat. Bahasa Melayu adalah bahasa
rakyat dan tidak ada alasan kukuh untuk meragui keupayaannya sebagai bahasa ilmu, bahasa komunikasi
utama, dan bahasa perpaduan. Bahasa yang sentiasa dekat dijiwa rakyat pasti akan dapat terus bertahan
dan mampu memainkan peranannya sebagai alat perhubungan yang berkesan (Jeniri Amir 2009:83).

2.3 CABARAN BAHASA MELAYU DAN PERMASALAHANNYA
Terdapat empat cabaran atau masalah yang patut difikirkan iaitu pertama , bahasa Inggeris semakin
mencabar kedudukan bahasa Melayu dalam hampir semua bidang. Kedua ialah keadaan kepelbagaian
dan keragaman bahasa di Malysia sudah menjadi kompleks , ketiga ialah budaya bahasa Melayu di
kalangan orang Melayu nampaknya sudah berubah kerana dipengaruhi oleh budaya globalisme yang
menjalar ke dalam masyarakat Malaysia melalui pelbagai punca hingga menyebabkan orang melayu rata-
rata tidak mengambil berat lagi tentang masalah yang dihadapi oleh bahasa Melayu. Keempat iaitu kita
tidak mempunyai pengguna teladan bahasa Melayu yang baik di kalangan pemimpin negara yang dapat
dicontoh bukan sahaja oleh rakyat, tetapi juga oleh golongan elit korporat dan birokrasi kerajaan yang
kelihatan semakin tidak berminat untuk menggunakan bahasa Melayu sepenuhnya dalam ruang sosial
dan profesionalisme mereka (Hassan Ahmad 1996: 46).
Penyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad pada 27 Disember 1993 tentang
keputusan kerajaan mengizinkan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar bagi bidang
sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi disambut dengan pandangan yang berbelah bahagi oleh
pelbagai pihak. Kalangan yang selama ini resah menyaksikan penggunaan bahasa Melayu dalam sektor
pendidikan, pentadbiran, dan undang-undang tentu saja berasa lega dan gembira. Kalangan yang masih
prihatin akan nasib bahasa Melayu sebagai tonggak tamadun bangsa pula kecewa dan duka cita (Awang
Sariyan 1996: 186).
Perbezaan pandangan tentang isu tersebut jelas berasas pada dua fahaman yang berbeza. Satu
golongan menganggap isu itu menurut fahaman pragmatisme. Satu golongan lagi menyatakan sikap
berdasarkan idealism yang kental terhadap kedudukan dan peranan bahasa Melayu pada hari muka.
Apakah sebenarnya impian golongan pragmatis dan idealis itu? Adakah sang pragmatis tidak perlu akan
idealism, dan sebaliknya adakah sang idealis pula tidak pragmatis? (Awang Sariyan 1996: 186).

2.3.1 Dasar Bahasa
Dasar bahasa bagi negara kita memang bermula dengan idealisme idealisme untuk menyaksikan satu
rupa bangsa yang bersatu, idealisme untuk memupuk ciri-ciri pengenalan rakyat yang relatif seragam, dan
idealisme untuk menobatkan bahasa Melayu sebagai sarana komunikasi yang berkesan dalam sektor-
sektor penting negara. Demikianlah tiga taraf dan fungsi penting yang telah diberikan kepada bahasa
Melayu oleh generasi pemimpin era kemerdekaan, iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan,
bahasa rasmi, dan bahasa ilmu. Penyataan tentang taraf dan fungsi bahasa Melayu itu telah diperundang-
undangkan melalui Perlembagaan, Akta Bahasa Kebangsaan, dan Akta Pendidikan (Awang Sariyan 1996:
187).
Ketiga-tiga taraf dan fungsi itu bukan sekadar slogan untuk membakar semangat nasionalis, tetapi
sebaliknya mempunyai erti yang cukup besar dan penting sebagai salah satu asas pembinaan sebuah
negara baru. Konsep bahasa kebangsaan berkaitan rapat dengan idealism atau cita-cita membentuk satu
rupa bangsa yang memiliki ciri-ciri pengenalan yang sama. Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
dapat menjadi salah satu ciri pengenalan bangsa yang dimaksudkan itu, sebagaimana pakaian
kebangsaan, lagu kebangsaan, bendera kebangsaan, dan malahan bunga kebangsaan diketengahkan
untuk menimbulkan rasa persatuan di kalangan rakyat. Bahkan jauh lebih penting peranan bahasa, jika
dibandingkan dengan unsur-unsur kebangsaan yang lain itu, dalam membina pemikiran dan sikap rakyat
(Awang Sariyan 1996: 187).
Dalam teori perancangan bahasa, fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan itu dikenal
sebagai fungsi pemersatu dan fungsi pembeda. Bahasa Melayu menjadi unsur pemersatu apabila
diwujudkan sebuah negara bangsa, iaitu Malaysia. Fungsi pemersatu itu amat jelas juga dengan
penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa perhubungan antara kaum di negara ini. Kalau fungsi
pemersatu bahasa Melayu berlaku di peringkat negara, fungsi pembeda bahasa Melayu pula dilihat dalam
skop supranasional. Maksudnya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dapat menjadi salah satu
pembeda entiti politik negara kita daripada negara lain. Berdasarkan realiti wujudnya negara berbahasa
Melayu, maka fungsi pembeda itu lebih relevan dalam hubungan negara kita dengan negara yang tidak
meletakkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan (Awang Sariyan 1996: 188).

2.3.2 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Sebagai bahasa rasmi, bahasa Melayu ditetapkan menjadi sarana komunikasi dalam bidang pentadbiran.
Takrif dan skop penggunaan bahasa rasmi amat jelas dinyatakan dalam Perlembagaan. Perkara 152
Perlembagaan menyatakan bahawa bahasa rasmi digunakan untuk semua uruusan rasmidi peringkat
kerajaan persekutuan, kerajaan negeri, dan badan berkanun. Dengan menghayati dan menghormati
semangat Perlembagaan itu, setiap pelaksana dasar kerajaan wajib menggunakan bahasa Melayu dalam
semua urusan rasmi. Maksudnya semua mesyuarat patut dilaksanakan dalam bahasa Melayu. Surat,
notis, minit, memorandum, dan dokumen lain mesti ditulis dalam bahasa Melayu. Inilah idealisme yang
tersirat di balik pendaulatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Apabila idealisme ini diremehkan,
terjadilah penafian terhadap taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Tindakan meremehkan
taraf dan fungsi bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi itu tergambar oleh penggunaan bahasa asing atau
penggunaan bahasa Melayu yang bercampur aduk dengan bahasa asing dalam urusan rasmi kerajaan,
dalam mesyuarat misalnya (Awang Sariyan 1996: 188-189).
Apakah ertinya penobatan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi? Jawabnya tidak lain ialah untuk
meningkatkan dan meluaskan penggunaan bahasa Melayu yang canggih dan mampu mengungkapkan hal
ehwal professional. Pengangkatan taraf ini jelas berkaitan dengan idealisme menggantikan bahasa
Inggeris yang dijadikan oleh kerajaan Inggeris sebagai bahasa rasmi sebelum negara kita merdeka.
Bukankah idealisme ini berkaitan pula dengan usaha mengangkat martabat bangsa yang bebas dan
merdeka? Mungkinkah agaknya idealisme ini sudah tidak relevan lagi dengan suasana dan impian
masyarakat masa ini yang lebih melihat sesuatu menurut fahaman pragmatism demi faedah dab manfaat
diri masing-masing? (Awang Sariyan 1996: 189).
2.3.3 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Ilmu
Dengan taraf dan fungsinya sebagai bahasa ilmu pula, bahasa Melayu direncankan menjadi bahasa yang
ekspresif dalam pelbagai bidang ilmu, termasuk sains dan teknologi. Dengan demikian bahasa Melayu
dapat mencapai taraf kecendekiaan dan bahasa saintifik. Bahasa Melayu tidak dilihat lagi sebagai bahasa
golongan petani, buruh, nelayan dan yang seumpamanya. Sebaliknya, bahasa Melayu diwakili juga oleh
golongan cerdik pandai yang bertanggungjawab membentuk acuan pemikiran masyarakat dan yang ikut
bertanggungjawab membangunkan negara (Awang Sariyan 1996: 189).
Perancangan secara bertahap-tahap melalui sistem pendidikan kebangsaan, dengan penegasan
bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar, telah berhasil melahirkan ahli ilmu yang terdidik dalam
bahasa Melayu, sekurang-kurangnya hingga ke peringkat ijazah pertama. Universiti Kebangsaan Malaysia,
yang telah didirikan pada tahun 1970, telah mendahului tahun sasaran penggunaan bahasa Melayu
sepenuhnya di pusat pengajian tinggi 13 tahun lebih awal. Ternyata bahwa siswazah keluaran universiti
tersebut telah memperlihatkan kecemerlangan dalam pelbagai bidang kerjaya, tidak terkecuali dalam
bidang sains dan teknologi. Mengapakah secara tiba-tiba pucuk pimpinan negara menjadi tidak sabar
untuk menguasai teknologi sehingga perlu menegaskan penggunaan bahasa Inggeris yang dipercayainya
begitu ampuh menyerapkan konsep sains dan teknologi ke dalam masyarakat negara ini? Adakah terlalu
perlahan kadar pertumbuhan industri kita? (Awang Sariyan 1996: 189-190).
Demikianlah bagaimana perancangan menjadikan bahasa Melayu bahasa kebangsaan, bahasa
rasmi, dan bahasa ilmu memiliki sejarah yang cukup bererti dalam hubungannya dengan pembinaan
bangsa dan negara, baik secara simbolis mahupun secara amali. Perjuangan mendaulatkan bahasa
Melayu memang sarat dengan idealisme yang bukan pula slogan kosong. Jika ada orang yang
beranggapan bahwa idealisme sudah tidak mempunyai ruang lagi dalam suasana yang menuntut setiap
orang bersikap pragmatis, maka sirnalah sudah perjuangan orang itu. Kisah perjuangan menobatkan
bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan, bahasa rasmi, dan bahasa ilmu itu pada sang pragmatis
tidaklah lebih daripada cerita wayang yang apabila tamat segera diulang. Lupakah agaknya mereka bahwa
itulah landasan perjuangan selama berpuluh-puluh tahun yang tidak patut dikorbankan atas nama
Kemajuan Bangsa? Bagaimanakah akan menjadi realiti ungkapan majulah bangsa, majulah bahasa
andaikata bahasa bangsa itu tidak diyakini dan tidak diberi kesempatan secukupnya untuk berfungsi?
(Awang Sariyan 1996: 190).

2.3.4 Alasan-Alasan Yang Tidak Wajar Daripada Golongan Pragmatis
Tampaknya dalam kegairahan menguasai teknologi canggih, cepat sekali hilangnya rasa yakin golongan
pragmatis akan keupayaan bahasa Melayu menangani konsep baru yang dianggap sejagat itu. Maka
tanpa perlu menunggu, diputuskanlah penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar bagi
bidang sains dan teknologi. Untuk mewajarkan keputusan itu, ditegaskanlah bahwa karya terjemahan
dalam bahasa Melayu tidak mungkin cukup untuk menampung kepesatan ilmu sains dan teknologi, sedang
kita semua tahu bahawa bidang terjemahan masih amat muda di negara ini dan menuntut iltizam yang
sungguh-sungguh daripada kerajaan sendiri (Awang Sariyan 1996: 191).
Demikianlah juga, kekurangan di sana sini dalam aspek korpus bahasa Melayu tampaknya
dijadikan alasan juga untuk menegaskan penggunaan bahasa Inggeris bagi bidang sains dan teknologi.
Kekurangan istilah, perubahan istilah, ketidakselarasan ejaan dalam beberapa juzuk tertentu, dan ijmak
yang belum putus di kalangan ahli bahasa tentang aspek khusus tata bahasa Melayu dianggap faktor yang
tidak dapat menyakinkan pimpinan politik tentang kewibawaan bahasa Melayu. Belum terlambat bagi
golongan yang berpandangan demikian untuk menginsafi hakikat jalan sejarah penentuan dasar bahasa di
negara ini (Awang Sariyan 1996: 191).
Ketika pemimpin politik sendiri meletakkan dasar pembinaan sebuah negara baru yang merdeka,
dengan dasar bahasa sebagai salah satunya, baru ada dua atau tiga jawatankuasa istilah. Sistem ejaan
pada waktu itu pun belum dikemaskan. Penyusunan tata bahasa yang rapi pun belum terancana. Tidak
pula kedengaran ketika itu suara yang meminta jaminan ahli bahasa agar dapat meyakinkan pimpinan
politik tentang kemasnya dan sempurnanya aspek korpus bahasa Melayu. Hal itu tidak barbangkit kerana
kesemuanya ketika itu faham bahwa perancangan taraf bahasa memang perlu mendahului perancangan
korpus bahasa. Demikianlah yang berlaku di semua negara menurut teori perancangan bahasa. Oleh itu,
soal adanya beberapa masalah dan persoalan dalam aspek korpus bahasa tidak wajar dijadikan hujah
untuk surut ke belakang dalam soal dasar bahasa, khususnya penggunaan bahasa Melayu sebagai
bahasa penghantar (Awang Sariyan 1996: 191).
Demikianlah, pemantapan dasar bahasa kita kelihatannya tergugat bukan oleh orang lain, tetapi
oleh kalangan yang terlibat dan bertanggungjawab meletakkan dasar bahasa itu sendiri. Kalau selama ini
sektor swasta dikritik kerana mengabaikan penggunaan bahasa Melayu, kini nampaknya sektor kerajaan
sendiri seakan-akan menurut langkah sektor swasta apabila bahasa Inggeris dijadikan bahasa penghantar
ilmu sains dan teknologi di institusi pengajian tinggi. Selain berharap bahwa pelaksaan dasar baru itu tidak
diteruskan, kita hanya mampu berdoa agar tidak berlaku keadaan lulus jarum luluslah kelindan (Awang
Sariyan 1996: 192).

2.3.5 Cabaran Bahasa Melayu dalam Media
Ketika menjelang kemerdekaan hampir setengah dekad lalu, salah satu perkara yang hebat diperjuangkan
ialah bahasa. Pemimpin dan rakyat mahu agar bahasa Melayu dinobatkan sebagai bahasa rasmi dan
bahasa kebangsaan negara (Jeniri Amir 2009; 161).
Sejak mendapat tempat dalam Perlembagaan negara dan digunakan dengan berkesan dalam
sisstem pendidikan kebangsaan, hingga ke peringkat universiti, bahasa Melayu sentiasa berhadapan
dengan jalan yang berliku. Bahasa kebangsaan itu turut bergolak bersama-sama perkembangan politik dan
perubahan dasar, yang ada ketikanya memberikan kesan buruk terhadap bahasa itu sehingga
menimbulkan kebimbangan dalam kalangan aktivis dan pejuang bahasa. Minda rakyat terhadap bahasa
kebangsaan negara dapat diukur dari segi sikap mereka terhadap bahasa itu (Jeniri Amir 2009; 162).
Bahasa Melayu mengalami pertumbuhan dan perkembangan yang hebat dari segi kosa kata,
istilah, laras dan gaya, hasil daripada perjuangan dan komitmen semua pihak, termasuk media cetak dan
media elektronik. Media menjadi wahana penting untuk memperkembang dan memajukan bahasa
kebangsaan. Banyak kosa kata, laras dan gaya baharu diperkenalkan dan dimantapkan oleh media, sesuai
dengan perkembangan politik, sosial dan ekonomi negara (Jeneri Amir 2009; 162).
Begitu banyak buku dalam bahasa Melayu untuk semua peringkat diterbitkan, Namun begitu
banyak tesis pada peringkat sarjana dan doktor falsafah dihasilkan dalam bahasa itu. Wang dan masa juga
banyak diperuntukkan untuk membina dan memajukan bahasa itu hingga mencapai tahap yang
membanggakan. Walau bagaimanapun, cabaran tetap dihadapi oleh bahasa Melayu ketika memasuki alaf
baru (Jeniri Amir 2009; 162).
Bagi pejuang bahasa, dasar penggunaan bahasa Inggeris untuk mengajarkan mata pelajaran
sains dan teknologi akan membawa kesan buruk terhadap bahasa Melayu. Ini kerana perubahan dasar
tersebut menjadikan bahasa Melayu tidak berupaya digunakan sebagai bahasa pengantar sains dan
teknologi. Isyarat yang dihantar daripada dasar tersebut yang dibantu oleh media arus perdana dalam
menyebarkan pandangan para pemimpin tertentu tidak membawa kebaikan terhadap bahasa Melayu,
ketika pejuang bahasa berusaha untuk mengangkat martabat bahasa itu menjadi bahasa antarabangsa.
Tidak hairanlah, ada yang menyifatkan langkah tersebut sebagai usaha untuk membunuh bahasa itu
kerana tentu ada yang hilang keyakinan terhadap bahasa Melayu daripada tindakan berkenaan, seolah-
olah menujukkan bahawa bahasa Melayu ialah bahasa yang tidak berupaya mengungkapkan ilmu tinggi,
malah, tidak mempunyai nilai ekonomi yang boleh dibanggakan (Jeniri Amir 2009; 163).
Golongan elit dan pemimpin politik, mencuba menafikan peranan bahasa kebangsaan dalam
membina suasana yang membolehkan negara mencapai kemajuan dengan begitu pesat. Persoalan yang
kerap dibangkitkan oleh mereka melalui strategi yang merendah-rendahkan keupayaan bahasa
kebangsaan sebagai bahasa ilmu dan bahasa perhubungan telah menimbulkan krisis keyakinan
masyarakat terhadap keupayaan bahasa kebangsaan. Malah, beliau berpendapat bahawa masalah
psikologi yang dihadapi oleh golongan ini, sedikit sebanyak telah mempengaruhi dasar kerajaan
berhubung dengan isu bahasa di negara ini (Jeniri Amir 2009; 164).
Dalam hal yang lain pula, perhatikan iklan dalam media massa, terutama iklan televisyen, Iklan
begitu banyak menggunakan bahasa Inggeris, sedangkan sebahagian besar masyarakat Malaysia faham
akan bahasa kebangsaan. Radio swasta pula keseluruhannya menekankan rancangan dalam bahasa
Inggeris kerana mempunyai kepercayaan bahawa penutur dalam bahasa Inggeris lebih berpengaruh dan
mempunyai kuasa beli yang tinggi. Mitos agung tentang kehebatan bahasa Inggeris dan kekurangan
bahasa Melayu yang turut disebarkan dengan giat oleh akhbar, terutama akhbar bahasa Inggeris di negara
ini perlu dihentikan. Alangkah malangnya nasib bahasa Melayu di buminya sendiri apabila itu dianggap
tidak akan dapat menjamin kemajuan bangsa, dan lebih parah lagi bahasa itu bukan menjadi syarat untuk
mendapatkan pekerjaan (Jeneri Amir 2009; 164).
Generasi muda juga tidak kurang kelirunya kerana mereka terpengaruh oleh dakwaan dan
propaganda yang diasak bertubi-tubi ke dalam minda mereka, betapa mereka perlu menguasai bahasa
Inggeris. Mereka menggunakan bahasa Melayu yang tidak sempurna, walhal seluruh pembelajaran diikuti
melalui bahasa itu. Untuk kelihatan hebat, mereka mencampuradukkan bahasa melayu dengan bahasa
Inggeris sehingga menjadi bahasa rojak. Bahasa yang digunakan tidak murni hanya kerana mereka ingin
menunjukkan bahawa mereka juga dapat menguasai bahasa Inggeris (Jeneri Amir 2009; 165).
Perlu disedari bahawa ramai pihak terutama pejuang bahasa telah berjuang untuk memajukan
bahasa Melayu dan mengangkat martabatnya hingga ke tingkat yang tepuji. Segala usaha yang dilakukan
selama berpuluh-puluh tahun akan menjadi sia-sia jika ada golongan tertentu mengambil langkah tidak
langsung untuk menguburkan bahasa itu. Sebagai rakyat yang merdeka, semua golongan seharusnya
memperlihatkan kemerdekaan yang sebenar, dengan menunjukkan kecintaan dan kebanggan terhadap
bahasa itu. Bukti kebanggaan dan kecintaan adalah dengan menggunakan bahasa Melayu sebaik dan
seluas mungkin, tanpa dibelenggu rasa rendah diri dan minda yang tertawan (Jeneri Amir 2009; 167).


2.3.6 CABARAN SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN SEKARANG

Pada saat sistem pendidikan ini menunjukkan kejayaannya, datang pula cabaran-cabaran dari kalangan
pemimpin orang melayu sendiri. Cabaran pertama ialah ada pemimpin yang tidak menyakini kemampuan
bahasa Melayu untuk menyampaikan ilmu sains dan teknologi. Oleh itu bahasa Melayu hendak diganti
dengan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar sains dan teknologi di pusat pengajian tinggi.
Kedua iaitu timbul keghairahan untuk mengizinkan penubuhan universiti swasta. Bilangan
universiti ini semakin banyak sehingga melebihi bilangan universiti tempatan. Universiti-universiti swasta ini
menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Perkembangan ini mencairkan sistem
pendidikan kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu.
Ketiga ialah wujud persepsi bahawa bahasa Melayu itu hanya melambatkan pembangunan.
Jawapan kepada masalah ini dikatakan berada pada bahasa Inggeris.
Ketiga-tiga isu ini mencabar sistem pendidikan kebangsaan sekarang dimana ketiga-tiga isu ini
dahulunya merupakan perjuangan oleh orang bukan Melayu dan pasti mencetuskan reaksi politik orang
Melayu pada masa dahulu.

2.4 PERANAN BAHASA MELAYU DALAM PENDIDIKAN
Kedudukan dan peranana bahasa Melayu dalam bidang pendidikan sama pentingnya dengan kedudukan
dan peranan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam pentadbiran. Menurut teori perancangan
bahasa, dasar bahasa dalam pendidikan merupakan pecahan daripada dasar bahasa rasmi. Dengan kata
lain, penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pendidikan sebagaimana ayang tercatat
dalam dasar Pendidikan Kebangsaan bertujuan memenuhi konsep dan peranana bahasa rasmi juga (
Awang Sariyan1996: 5).
Inti sari dasar pendidikan Kebnagsaan di Malaysia ialah mewujudkan suatu masyarakat yang
bersatupadu melalui sistem persekolahan yang menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar.
Dua dokumen yang terpenting dalam hubungannya dengan pembentukkan dasar pendidikan kebangsaan
yang menekankan penggunaan bahasa penghantar ialh Penyata Razak 1956 dan Penyata Abdul Rahman
Talib 1960. Ordinan pendidikan 1957 berdasarkan pada usul-usul Penyata Razak dan Akta Pendidikan
1961 pula berdasar pada Penyata Abdul Rahman Talib. Penyata Abdul Rahman Talib pada hakikatnya
memperkukuh usul-usul Penyata Razak ( Awang Sariyan1996: 6).
Pandangan secara kasarnya, penggunaan Bahasa Melayu dalam bidang pendidikan Malaysia
sudah mencapai tahap yang memuaskan kerana bahasa Melayu sudah dapat dijadikan sarana ilmu
pengetahuan dari peringkat dasar hingga peringkat pengajian tinggi. Bahkan terdirinya Universiti
Kebangsaan Malaysia pada tahun 1970 yang mendukung penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa
penghantar menunjukkan kemajuan yang patut dibanggakan. Walaupun bagaimanapun, terdapat sedikit
masalah di dalam perkembangan itu (Awang Sariyan1996: 6).

2.5 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PENGUCAPAN KEBUDAYAAN KEBANGSAAN
Apabila negara mencapai kemerdekaan sebagai hasil perjuangan gigih para nasionalis sejak beberapa
lama, telah dibuat ketetapan politik untuk menabalkan bahasa Malayu sebagai bahasa kebangsaan negara
pada ketika itu. Dengan yang demikian, bahasa tersebut dipilih menjadi salah satu petanda yang
melambangkan keperibadian bangsa baru. Berdasarkan latar belakang infrastruktur perkembangan bahsa
kebangsaan kita yang selama lebih daripada suku abad pembangunan negara ini, maka wajarlah kita
mengharapkan bahasa kebangsaan itu kini sudah merupakan bahasa pengucapan dan perantaraan
kebudayaan kebangsaan moden dalam bidang intelektual, dan ilmu. (Rustam A.Sani. 1993:2).
Akan tetapi, apabila diperhalusi, ternyata bahawa hal tersebut masih belum terjadi. Paling banyak,
kita hanya dapat mendakwa bahawa bahasa kebangsaan kita hanya berada pada peringkat rasmi sahaja,
iaiatu digunakan dengan meluas dalam surat-surat rasmi pemerintah dan dalam pengajaran formal di
sekolah-sekolah dan pusat pengajian tinggi. Jika ditinjau pada peringkat penggunaan sehari-hari dalam
kegiatan para profesional dan golongan terpelajar masyarakat kita dalam ilmu-ilmu moden, ternyata
bahawa bahasa kebangsaan masih belum mencapai kedudukannya dan peranannya secara jitu. (Rustam
A.Sani. 1993:3).
Oleh yang demikian, bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengucapan kebudayaan intelektual di
negara ini amatlah mundur. Kerana tuntutan rasmi pengajaran, ilmu-ilmu tersebut di pusat pengajian tinggi
dilakukan dalam bahasa kebangsaan tetapi hakikat budaya profesion adalah berlainan. Selain beberapa
buku teks, bilangan buku dalam ilmu-ilmu moden dalam bahasa kebangsaan amatlah terbatas. Satu
sebabnya ialah sebahagian besar golongan profesional kita hanyalah merupakan pengguna pengetahuan
barat dalam bahasa barat. (Rustam A.Sani. 1993:3).
Kesan dari suasana intelektual bangsa kita terhadap peranan bahasa kebangsaan sebagai alat
pengucapan kebudayaan moden amatlah suram. Amat menggerunkan bahawa sejak akhir-akhir ini, para
pemimpin politik yang kita harapkan sebagai kuasa pendorong perkembangan bahasa kebangsaan
sebagai alat pengucapan kebudayaan kebangsaan sudah mulai kendur. Meluasnya penggunaan bahasa
Inggeris oleh para pemimpin, dengan mudah sekali akan ditafsirkan oleh golongan-golongan yang masih
belum mantap keyakinannya terhadap bahasa itu sebagai petanda tentang betapa tidak pentingnya
bahasa itu untuk kehidupan nasional negara baru yang berusaha menjelma menjadi negara moden.
(Rustam A.Sani. 1993:7).

2.6 PERANAN BAHASA MELAYU SEBAGAI ALAT PERPADUAN
Peranan bahasa Melayu sebagai alat perpaduan tidak boleh diperkecil-kecil. Dalam keadaan
pembangunan ekonomi mengakibatkan jurang sosial yang bertambah besar, peranan bahasa Melayu lebih
penting lagi. Kita tidak harus menolak pentingnya mempelajari bahasa Inggeris. Bahkan kita mahu, jika
dapat anak-anak kita mempelajari bahasa-bahasa besar yang lain sperti Perancis, Cina, Rusia, Jerman,
Arab, Tamil dan selain bahasa Inggeris. Yang tidak harus berlaku ialah bahasa Inggeris itu mengatasi taraf
serta nilai bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar pentadbiran dan bahasa pendidikan (Husin Ali
1996: 171).
Bahasa Innggeris serta bahasa-bahasa lain itu perlu diajar sebagai mata pelajaran sahaja dari
peringkat awal dan menengah lagi untuk member kecekapan yang kukuh di peringkat universiti (Husin Ali
1996: 171).
Pemimpin-pemimpin politik yang bekuasa mempunyai pengaruh yang besar untuk mencorakkan
masa depan bangsa dan negara kita. Mereka perlu mempunyai azam, iltizam, visi dan political will untuk
menentukan supaya ada keseimbangan serta penggabungan yang rasional serta menguntungkan antara
unsur-unsur antarabangsa (atau global) dengan kebangsaan (atau lokal), antara pemodenan dengan
keperibadian bangsa, antara kemajuan dengan keadilan, antara pembangunan ekonomi dengan
perkembangan manusia serta budaya, antara bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu serta bahasa
setempat yang lain. Tamadun yang hendak kita capai boleh dibina tanpa mengorbankan perkembangan
bahasa ibunda. Dalam dunia ini banyak masyarakat yang membangun serta bertamadun dengan
bahasanya sendiri tanpa meletakkan bahasa asing, iaitu bahasa Inggeris, sebagai bahasa utama mereka.
Sebaliknya, ada negeri yang terus mundur, walaupun mengutamakan bahasa Inggeris lebih daripada
bahasa ibunda sendiri (Husin Ali 1996: 171).

2.7 PERANAN BAHASA MELAYU DALAM EKONOMI
2.7.1 Bidang Industri
Penggunaan bahasa dalam bidang Industri, bahasa Melayu telah memperlihatkan keupayaan. Ini berlaku
kerana dua sebab, iaitu :
Kejayaan sistem pendidikan negara, yang telah melahirkan lulusan yang mampu memperkatakan
segala ilmu pengetahuan dalam bahasa Melayu, walaupun sebahagian besar daripada istilah-istilahnya
terdiri daripada istilah pinjaman. Antara contoh-contoh penggunaan bahasa Melayu ialah penyampaian
arahan-arahan kepada pekerja, manual-manual ringkas, dan pentadbiran.
Proses pembinaan bahasa Melayu telah berjalan dengan rancaknya, melalui usaha Dewan
Bahasa dan Pustaka dan pihak-pihak lain. Di samping pembinaan istilah dan bahan-bahan rujukan,
penyediaan bahan-bahan bacaan dalam pelbagai laras dilaksanakan dengan amat berkesan.
Dengan itu bahasa Melayu perlu dipertahankan, walaupun bahasa Melayu dikatakan dapat
mengungkapkan segala ilmu pengetahuan yang ada, namun usaha-usaha peningkatan masih perlu.
Istilah-istilah yang lebih sesuai dan pelbagai perlu diperkembangkan. Cara-cara pengungkapan bidang
industri perlu dimantapkan, untuk melahirkan laras-laras yang benar-benar berkesan. Bidang industri itu
sendiri berubah dan berkembang. Maka itu, bahasa Melayu juga perlu turut berkembang, dengan istilah
dan cara-cara pengungkapan baharu. Potensi bahasa Melayu dalam bidang Industri bukan sahaja perlu
diperlihatkan, tetapi juga perlu dipertahankan dalam proses peredaran zaman ( Nik Safiah 2000 : 15-17 ).
2.7.2 Bidang perdagangan
Hakikat sejarah kita menyedari bahawa gagasan bahasa Melayu sebagai perdagangan di samping
gagasan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa undang-undang, bahasa kesusasteraan tinggi,
bahasa ketatanegaraan, dan sebagainya bukan suatu yang baru. Bahasa Melayu pada zaman yang lebih
awal memang telah menjadi bahasa perdagangan. Konsep lingua franca yang dikaitkan dengan
kedudukan dan peranan bahasa Melayu beberapa abad yang silam itu sebenarnya peranan bahasa
Melayu sebagai bahasa perdagangan.
Peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan di rantau ini secara jelas bermula pada
zaman Sriwijaya, iaitu kuasa kelautan bumiputera yang pertama menyebabkan bahasa Melayu melalui
pengaruh politik dan ekonominya pada pertengahan abad ke -7 Masihi. Rakyat Sriwijaya dikenal sebagai
kaum pedagang yang pintar. Sehingga akhir ke-13, Sriwijaya menjadi kuasa politik dan ekonomi yang
besar, meliputi Sumatera, Jawa, Semenanjung Tanah Melayu, Segenting Kera, dan Sri Lanka. Melalui
peluasan kuasa politik itulah bahasa Melayu turut berkembang sebagai bahasa perdagangan.
Tahap kedua kegemilangan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan berlaku pada zaman
kerajaan Melayu Melaka yang bermula pada akhir abad ke-14. Sejarah membuktikan bahawa Melaka,
selain menjadi kuasa politik Melayu yang agung sehingga awal abad ke -16 menjadi pelabuhan dan pusat
perdagangan bagi kepulauan Melayu. Pelbagai rupa bangsa berhimpun melaksanakan urus niaga di
Melaka dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai lingua franca. Oleh itu, pedagang asing, bahasa
Melayu dipelajari kerana nilai ekonominya yang tinggi, sehingga bahasa Melayu merupakan bahasa
terhormat di antara bahasa-bahasa negeri timur, dan orang yang tidak menguasai bahasa Melayu samalah
dengan orang tidak menguasai bahasa Perancis di negeri Belanda pada ketika itu (Nik Safiah 2000 : 86-87
).
2.7.3 Sektor-sektor perdagangan yang terlibat
Dalam perencanaan strategi memulihkan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa perdagangan, kita perlu
mengenal pasti sektor-sektor yang terlibat. Dengan demikian, barulah dapat kita rencanakan pelaksanaan
berjadual penggunaan bahasa Melayu dalam perdagangan.
Sektor-sektor penting dalam bidang perdagangan yang berkaitan dengan pelaksanaan bahasa Melayu
ialah:
Sektor korporat : Berkaitan dengan pengurusan dan pendokumentasian .
Sektor publisiti dan promosi : Berkaitan dengan pengiklanan, penamaan syarikat, dan penggunaan bahasa
di tempat awam.
Sektor urus niaga : Berkaitan dengan penggunaan bahasa Melayu dalam interaksi perdagangan yang
sebenarnya. (Nik Safiah 2000 : 88).



2.8 KESIMPULAN
Kesimpulannya ialah kita perlulah mengekalkan bahasa Melayu sebagai suatu bahasa rasmi sekalipun di
mana-mana bidang. kita juga seharusnya mempunyai pendirian yang tetap dan perlulah mengenang
semula pejuang-pejuang bahasa Melayu terdahulu sehingga berlaku tragedi 13 Mei 1969 bagi menjadikan
bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi yang tunggal dan bahasa penghantar utama
dalam sistem pendidikan negara semata-mata untuk mencapai matlamat perpaduan antara etnik tercapai .
Maka perjuangan bahasa Melayu ini perlu diteruskan.
Tambahan lagi kita perlulah menyemak semula tujuan Laporan Razak dan Laporan Rahman Talib
yang hendak menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa penghantar utama di semua sekolah dan
universiti terus dikekalkan dan dilaksanakan sepenuhnya agar perpaduan kebangsaan dapat dicapai. Ini
kerana, bahasa Melayu sebagai teras keperibadian kebangsaan hendaklah terus dipupuk dan
diperkembang.
Demi kepentingan kebangsaan, perpaduan negara, keperibadian Malaysia dan keamanan, maka
langkah menjaga bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan perlu diperkukuh dan ditingkatkan bukan
dihilangkan dan digantikan dengan bahasa lain. Ini kerana, perlu diketahui untuk mencapai perpaduan
adalah dengan penggunaan satu bahasa yang sama bagi memudahkan interaksi antara etnik. Justeru
fungsi bahasa Melayu adalah pelbagai mengikut bidang dan untuk kesejahteraan negara kita.
Tambahan lagi, sekalipun untuk pembangunan negara dengan menggunakan bahasa Inggeris
dalam bidang ekonomi , perindustrian, dan perdagangan , apa salahnya jika Bahasa Melayu itu digunakan
. Dasar dwibahasa ini lebih baik daripada kita mengetepikan terus bahasa Melayu dalam sektor tersebut.
Perlu diketahui bahawa kemajuan bahasa Melayu bergantung pada keluasan penggunaannya.
Ketidakmampuan orang menggunakan bahasa Melayu dalam bidang-bidang yang tinggi jangan dijadikan
alasan untuk menyekat penggunaan bahasa Melayu ini dalam semua sektor pembangunan negara.
Demikianlah jika kita mahu menyelamatkan dasar bahasa yang ada dan kedudukan bahasa
Melayu di negara ini sebagai bahasa kemajuan, bahasa pendidikan, bahasa ilmu , perlu ada kempen
besar-besaran untuk memusnahkan persepsi dan andaian yang salah terhadap bahasa Melayu dan
hubungannya dengan kemajuan bangsa Melayu ( Hassan Ahmad 2006: 42).
Justeru, bagi mencapai tahap penerimaan , penggunaan bahasa Melayu oleh etnik yang lain
khususnya bangsa Cina dan India, orang Melayu mestilah terlebih dahulu menyakini akan kemampuan
bahasa Melayu boleh mencapai tahap kemajuan kepada negara Malaysia tanpa merasa sangsi dan
menggunakan bahasa Melayu dalam pendidikan, pentadbiran dan lain-lain. Oleh itu, barulah perpaduan
dapat dicapai sekiranya orang Melayu sendiri menunjukkan bukti kejayaan bahawa rakyat Malaysia boleh
maju ke hadapan dengan bahasa Melayunya sendiri bukan maju dengan bahasa lain. Demikianlah,
sekiranya ingin melangkah jauh biarlah membawa bersama dengan bahasa Melayu kita kerana ia
merupakan identiti rakyat Malaysia dan perpaduan dapat dipupuk . Oleh itu, langkah kesedaran semula
dan penelitian dan kajian yang mendalam perlu dilakukan bagi meningkatkan semula peranan bahasa
Melayu di dalam kehidupan masyarakat di Malaysia.

BAB 3

TAHAP PENERIMAAN DAN PENGGUNAAN BAHASA MELAYU SEBAGAI BAHASA KEBANGSAAN DI
MALAYSIA: KAJIAN DI KALANGAN PELAJAR KAUM CINA DAN INDIA DI UNIVERSITI KEBANGSAAN
MALAYSIA (UKM)

3. 1 Pengenalan
Di dalam bahagian ini, kajian ini telah dibuat khususnya kepada pelajar kaum china dan India di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Terdapat sepuluh soalan yang merangkumi tiga objektif utama iaitu
Mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.
Mengenal pasti tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM.
Mengkaji sejauh mana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM .
Sebanyak 30 kertas soal selidik telah diedarkan kepada pelajar UKM. Pada soalan 1 hingga soalan 3 untuk
mencari objektif pertama, soalan 4 hingga soalan 6 untuk mengenalpasti objektif kedua dan pada soalan 7
sehingga 10 untuk mengkaji objektif ketiga.

3.2 Analisis Kajian
(BAHAGIAN 1)
Pada bahagian 1 ialah mengkaji latarbelakang pelajar UKM yang terdiri daripada jantina, umur, bangsa,
agama dan fakulti.
Berdasarkan Rajah dibawah menunjukkan bahawa kadar peratusan untuk perempuan ialah 60%
lebih tinggi berbanding 40% pelajar lelaki yang telah memberi respondan. Ini kerana, pelajar perempuan
lebih senang dan mudah untuk memberi kerjasama. Dan faktor lain ialah kami mengedarkan soal selidik ini
di sekitar UKM seperti di perpustakaan, kolej dan fakulti. Jadi hasil kajian ini lebih tertumpu kepada
perempuan kerana faktor tempat dan keadaan.




Rajah 1.1 Peratusan bagi jantina
Seterusnya berdasarkan rajah 1.2 di bawah hasil kajian peratusan Cina ialah 37% dan India ialah
63%. Ini menunjukkan bahawa responden pelajar Cina lebih banyak berbanding pelajar India. Ini
berkemungkinan kerana jumlah pelajar Cina di UKM lebih banyak berbanding jumlah pelajar India. Namun
begitu, kajian ini hanya memberi tumpuan kepada pelajar Cina dan India sahaja bagi mengetahui tahap
penerimaan dan penggunaan mereka terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Rajah 1.2 peratusan bagi bangsa Cina dan India
Selain itu, peringkat umur juga dikaji dan berdasarkan gambar rajah 1.3 dibawah menunjukkan
purata bagi kalangan umur pelajar Cina dan India. Terdapat umur 18 tahun ke bawah seramai 2 pelajar
dan umur 26 sehingga 30 seramai 3 pelajar. Dan kebanyakkan umur ialah di kalangan pelajar yang
berumur sekitar 19 sehingga 25 tahun iaitu seramai 25 pelajar. Ini bertepatan dengan peringkat umur
responden kami yang terdiri daripada prasiswazah dan siswazah.

Rajah 1.3 peratusan peringkat umur
Seterusnya Rajah 1.4 menunjukkan bahawa terdapat tiga agama yang terdiri daripada Hindu ,
Budha, dan kristian. Terdapat 15 pelajar yang terdiri daripada agama Budha dan 10 pelajar yang
beragama kristian. Oleh itu, kajian mendapati bahawa kebanyakkan responden yang terdiri daripada
bangsa Cina menganut agama Budha dan Kristian. Ini bertujuan bagi mengenalpasti latar belakang
budaya dan agama mereka.

Rajah 1.4 peratusan agama yang dianuti
Seterusnya , rajah 1.5 menumpukankan fakulti yang paling ramai terdiri daripada Fakulti Sains dan
teknologi sebanyak 9 pelajar, Teknologi Sains dan Maklumat seramai 6 pelajar dan Sains Sosial dan
kemanusiaan seramai 6 pelajar yang menjadi responden. Kemudian jumlah bagi fakulti yang terdiri
daripada lain-lain seperti fakulti ekonomi dan pengurusan, pendidikan, sains kesihatan , kejuruteraan dan
alam bina serta permata pintar. Ini bagi mengenalpasti kebarangkalian etnik lain di dalam fakuti tersebut
dan sejauh mana penggunaan Bahasa Melayu mereka di setiap fakulti yang mereka duduki.

Rajah 1.5 bilangan pelajar mengikut fakulti
(Bahagian 2)
Pada bahagian 2 ini terdapat 10 soalan bagi mencapai tiga objektif secara keseluruhannaya iaitu
mengenalpasti tahap penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di
kalangan pelajar UKM yang terdiri bangsa Cina dan India seterusnya sejauh mana Bahasa Melayu sebagai
alat perpaduan di kalangan etnik yang pelbagai.
a) Berikut ialah hasil kajian bagi mengenal pasti tahap penerimaan pelajar UKM terhadap Bahasa
Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Pada Rajah 2.1 memperlihatkan peratusan penerimaan terhadap peruntukkan yang disentuh
dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Sebanyak
80% setuju dan 20% tidak pasti dan 0% tidak setuju.













Rajah 2.1 Peratusan penerimaan terhadap peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui
perkara 152 iaitu Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

Rajah ini memberi penjelasan bahawa 24 pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India
mengetahui bahawa terdapat peruntukkan yang disentuh dalam perlembagaan melalui perkara 152 iaitu
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Seterusnya terdapat 6 pelajar sahaja yang tidak pasti dan
tiada pelajar yang tidak setuju. Justeru, kajian ini mendapati bahawa pelajar UKM yang berbangsa Cina
dan India telah didedahkan tentang pengetahuan yang berkaitan di dalam perlembagaan iaitu perkara 152.
Ini berkemungkinan berikutan daripada pendedahan subjek Hubungan Etnik yang diwajibkan dan dipelajari
oleh setiap pelajar UKM. Subjek Hubungan Etnik sedikit sebanyak membantu memberi pengetahuan
tambahan kepada pelajar berkenaan. Tambahan lagi, pendedahan matapelajaran Sejarah di Sekolah
Menengah dan Sekolah Rendah membantu menambah pengetahuan mereka.
Seterusnya pada rajah 2.2 menunjukkan bahawa peratusan penerimaan bagi setiap etnik di
Malaysia menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Peratusan
memperlihatkan bahawa terdapat 83% yang setuju, 14% yang tidak pasti dan 3% yang tidak setuju.

Rajah 2.2 Peratusan penerimaan bagi setiap etnik di Malaysia menerima bahawa Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Rasmi Negara Malaysia.

Rajah ini memberi penerangan bahawa tahap keyakinan pelajar Cina dan India bagi setiap etnik di
Malaysia menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi Negara Malaysia. Sebanyak 25 pelajar yang
setuju, 4 pelajar yang tidak pasti dan seorang pelajar yang tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa pelajar
Ukm yang berbangsa Cina dan India majoriti menyakini setiap etnik menerimanya. Ini memberi
kemungkinan bahawa, melihat kepada gambaran sosial pelajar Cina dan India yang menerima Bahasa
Melayu di dalam perkara-perkara yang melibatkan perkara rasmi seperti di dalam bidang pendidikan dan
pentadbiran. Kemudian terdapat 14% yang kurang pasti dan 3% tidak setuju. Ini menunjukkan bahawa
sebahagian pelajar Cina dan India kurang pasti atau tidak meneliti akan penerimaan pelajar Cina dan India
terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan bagi setiap etnik.
Seterusnya rajah 2.3 yang menunjukkan peratusan penyataan sokongan pelajar Cina dan India
terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Terdapat 77% setuju, 20% tidak pasti
dan 3% tidak setuju.


Rajah 2.3 menunjukkan bahawa tahap peratusan sokongan terhadap Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan Malaysia.
Rajah ini menunjukkan bahawa sebanyak 23 pelajar yang menyokong , 6 pelajar tidak pasti dan
seorang pelajar tidak setuju. Berikutan daripada jumlah tersebut menjelaskan bahawa majoriti pelajar Cina
dan India menyokong Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia. Walaubagaimanapun,
terdapat 6 orang yang tidak pasti dan seorang yang tidak setuju. Ini berkemungkinan bahawa mereka lebih
selesa dengan menggunakan bahasa etnik mereka dan lebih senang untuk menggunakan bahasa Inggeris
yang kini dilihat sebagai satu bahasa yang penting.
Oleh itu, di sini memberi kesimpulan bahawa tahap penerimaan pelajar UKM yang berbangsa
Cina dan India adalah tinggi dan memuaskan. Ini disebabkan peratusan bagi sangat setuju untuk
ketiga-tiga pernyataan melebihi jumlahnya berbanding yang tidak pasti dan yang tidak setuju. Justeru,
kajian mendapati bahawa jumlah pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India secara puratanya
mengetahui, menyakini dan menyokong Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan Malaysia di tahap
yang memuaskan.

b) Berikut ialah hasil kajian terhadap tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan di kalangan pelajar UKM.

Seterusnya jadual 2.4 menunjukkan bahawa peratusan yang sangat setuju menggunakan Bahasa Melayu
sebagai bahasa seharian ialah 37%, tidak pasti 27% dan 36% tidak setuju.


Rajah 2.4 peratusan tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai bahasa harian mereka

Rajah 2.4 menunjukkan bahawa terdapat 11 pelajar yang menggunakan bahasa Melayu sebagai
bahasa harian mereka. Kemudian, 8 pelajar yang tidak pasti dan 11 pelajar yang tidak menggunakannya.
Ini menjelaskan bahawa tidak banyak perbezaan jumlah bagi yang menggunakan dan yang tidak
menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa Harian. Ini berkemungkinan bahawa faktor persekitaran
sosial dan tempat belajar serta tempat tinggal mereka mempengaruhi bahasa harian yang mereka
gunakan dalam kehidupan mereka.

Seterusnya rajah 2.5 menunjukkan bahawa terdapat sebanyak 47% bersetuju menggunakan
Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja. Kemudian 40% yang tidak pasti dan 13%
tidak bersetuju.

Rajah 2.5 menunjukkan tahap peratusan penggunaaan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan
etnik lain sahaja.

Rajah 2.5 menunjukkan bahawa sejumlah 14 pelajar menggunakan Bahasa Melayu apabila
berkomunikasi dengan etnik lain sahaja adalah tinggi. Seterusnya 12 pelajar lagi tidak pasti dan 4 pelajar
tidak setuju menggunakannya pada etnik lain sahaja. Peratusan ini sekali gus menguatkan bahawa tahap
penggunaaan Bahasa Melayu apabila berkomunikasi dengan etnik lain sahaja adalah tinggi dan interaksi
tersebut berlaku pada etnik lain sahaja seperti Orang Melayu. Kajian mendapati bahawa terdapat
kemungkinan pelajar tersebut lebih senang untuk menggunakan Bahasa Melayu pada etnik lain kerana
faktor bahasa yang berbeza dan bahasa Melayu lebih mudah digunakan sebagai satu interaksi sosial di
sekitar mereka berikutan jumlah komuniti Orang Melayu lebih ramai daripada jumlah kaum mereka.
Seterusnya rajah 2.6 menunjukkan bahawa bilangan yang bersetuju ialah 80% , 17% tidak pasti
dan 3% tidak setuju.

Rajah 2.6 menunjukkan bahawa tahap peratusan persetujuan matapelajaran Bahasa Melayu digunapakai
sebagai matapelajaran wajib di sekolah rendah dan sekolah menengah.
Rajah 2.6 menunjukkan bahawa terdapat 24 pelajar bersetuju matapelajaran Bahasa Melayu
digunapakai sebagai matapelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah tinggi.
Kemudian 5 pelajar tidak pasti dan seorang pelajar tidak bersetuju. Kemungkinan kebanyakkan yang
bersetuju ini kerana kesedaran mereka kepada fungsi Bahasa Melayu itu sendiri. Dimana Bahasa Melayu
sudah menjadi suatu perkara yang mesti diketahui dan boleh digunakan bagi interaksi antara kaum. Selain
itu juga penekanan daripada pihak kerajaan Malaysia dan pihak Universiti Kebangsaan Malaysia akan
kesedaran Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan telah membuka minda kesedaran mereka akan
kepentingan mempelajari Bahasa Melayu.
Oleh itu, bagi objektif kedua iaitu tahap penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
adalah di tahap sederhana dimana hanya sebahagian sahaja daripada mereka menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa harian mereka dan mereka hanya menggunakan Bahasa Melayu apabila bersama
dengan etnik lain sahaja. Walaubagaimanapun, tahap persetujuan Bahasa Melayu digunapakai sebagai
matapelajaran wajib di Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah adalah tinggi dan memuaskan. Ini
berikutan kerana faktor persekitaran mereka menjadikan matapelajaran Bahasa Melayu adalah satu
keperluan lebih-lebih lagi apabila telah memasuki Universiti Kebangsaan Malaysia yang menekankan
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

C) Berikut ialah hasil kajian bagi mendapatkan objektif ketiga iaitu sejauh mana perpaduan kaum
dapat dipupuk hasil daripada penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa
Kebangsaan di kalangan pelajar UKM

Seterusnya rajah 2.7 yang menunjukkan bahawa terdapat 67% pelajar yang bersetuju, 27% yang tidak
pasti dan 6% yang tidak bersetuju.

Rajah 2.7 menunjukkan tahap keyakinan bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan
diwujudkan sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum

Rajah 2.7 menunjukkan bahawa terdapat 20 pelajar yang terdiri bangsa Cina dan India menyakini
bahawa Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan sebagai medium komunikasi atau
bahasa pertuturan antara kaum. Tahap peratusan yang bersetuju ini berkemungkinan besar kerana
mereka sendiri telah melihat akan kepentingan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan
sebagai medium komunikasi atau bahasa pertuturan antara kaum melalui suasana persekitaran sosial
mereka terutamanya di Universiti Kebangsaan Malaysia .Meskipun begitu, terdapat juga 8 pelajar tidak
pasti dan 2 pelajar tidak menyakininya. Ini berkemungkinan kerana tahap kesedaran dan pengetahun
mereka belum tercapai dan kebarangkalian sentiasa berinteraksi dengan etnik mereka sahaja atau
menggunakan Bahasa Inggeris sebagai Bahasa pengantar mereka apabila berinteraksi dengan etnik lain.
Seterusnya rajah 2.8 menunjukkan bahawa terdapat 60% bersetuju, 33% peratus tidak pasti dan
7% tidak mempercayai bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang
terdiri daripada pelbagai etnik.


Rajah 2.8 menunjukkan tahap kepercayaan pelajar bahawa Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang
menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik.
Rajah 2.8 menunjukkan terdapat 18 pelajar yang mempercayai bahawa Bahasa Melayu
berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Ini berkemungkinan
bahawa mereka telah menyakini sejarah terdahulu bahawa Bahasa Melayu pernah mencapai perpaduan
kaum setelah dasar pendidikan dalam penyata Razak 1956 telah berjaya. Tambahan lagi, melihat kepada
suasana kebudayaan Malaysia sangat menitikberatkan bahasa jiwa bangsa di dalam mengajak mereka
bersama mencintai Bahasa Melayu walaupun daripada pelbagai etnik.
Namun begitu, terdapat 10 pelajar yang tidak pasti dan 2 pelajar yang tidak mempercayai bahawa
ianya alat yang menyatukan rakyat yang terdiri daripada pelbagai etnik. Ini memberi kemungkinan bahawa
mereka masih belum mengetahui sejarah kejayaan Bahasa Melayu dan tidak mengetahui fungsi sebenar
Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan diwujudkan.
Seterusnya, rajah 2.9 merupakan peratusan keyakinan pelajar terhadap perpaduan kaum dapat
dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama iaitu sebnayak 60% dan yang tidak pasti 40% serta
tidak ada yang bersetuju.

Rajah 2.9 menunjukkan bahawa tahap peratusan keyakinan pelajar terhadap perpaduan kaum dapat
dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama.
Rajah 2.9 memperlihatkan bahawa terdapat 14 pelajar yang mempercayainya. peratusan yang
mempercayai perpaduan kaum dapat dibentuk melalui penggunaan satu bahasa yang sama adalah sama
peratusannya dengan Bahasa Melayu berperanan sebagai alat yang menyatukan rakyat yang terdiri
daripada pelbagai etnik iaitu sebanyak 14 pelajar. Ini menguatkan lagi bahawa terdapat kaitan di antara
kedua pernyataan tersebut dan mereka mengakui ia boleh mencapai perpaduan. Namun begitu masih
terdapat sebilangan yang tidak pasti akan kewujudan penggunaan satu bahasa yang sama boleh
membantu tahap perpaduan kaum di Malaysia. Ini menunjukkan bahawa ia masih di tahap yang masih
kabur dan tidak memuaskan. Pun begitu, sebahagian yang menyakininya adalah di tahap yang
memuaskan.
Seterusnya pada rajah terakhir iaitu rajah 2.10 kajian mendapati bahawa terdapat 30% sahaja
pelajar yang mempercayai bahawa rakyat Malaysia bersatu pada hari ini kerana menggunakan Bahasa
Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Selebihnya iaitu 57% tidak pasti dan 13% tidak bersetuju.


Rajah 2.10 menunjukkan bahawa tahap peratusan kepercayaan pelajar terhadap rakyat Malaysia bersatu
pada hari ini kerana menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Justeru, rajah 2.10 telah menjelaskan bahawa bilangan pelajar yang mempercayainya adalah
sedikit iaitu hanya 9 pelajar sahaja. Ini juga memberi perbezaan yang banyak dimana pernyataan sebelum
ini mendapat 60% bersetuju bahawa Bahasa Melayu sebagai alat perpaduan. Namun, selepas persoalan
ke sepuluh kadar peratusan itu menurun kepada 30% sahaja yang bersetuju akan perpaduan hari ini
adalah kerana penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.
Ini berkemungkinan kerana tanggapan mereka terhadap Bahasa Melayu pada hari ini bukan alat
perpaduan. Kemudian tahap kesedaran dan kepercayaan terhadap fungsi Bahasa Melayu semakin kabur
dan lenyap. Ini berikutan kerana, melihat kepada suasana politik semasa yang sentiasa berlaku kekacauan
dan ketidakpuasan oleh setiap rakyat memberi gambaran kepada mereka bahawa Bahasa Melayu belum
cukup untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Seterusnya terdapat 17 pelajar yang tidak pasti dan 4 pelajar yang tidak bersetuju. Ini
mengurangkan lagi pernyataan bahawa Bahasa Melayu itu boleh dijadikan sebagai alat perpaduan adalah
di tahap yang kurang memuaskan. Sekali gus, mengambarkan bahawa tahap keberkesanan Bahasa
Melayu sebagai satu cara untuk menyatupadukan rakyat adalah tidak diyakini oleh pelajar terutamanya
pelajar daripada bangsa Cina. Ini kerana 63% daripadanya adalah responden daripada bangsa Cina.
Justeru objektif untuk mengenalpasti sejauhmana perpaduan kaum dapat dipupuk hasil daripada
penerimaan dan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di kalangan pelajar UKM
adalah sedikit , namun kajian mendapati bahawa secara puratanya 54% daripada objektif ketiga ini adalah
di tahap yang memuaskan dan 39% yang tidak pasti dan yang tidak setuju adalah 7% sahaja.
Kesimpulannya ialah hasil daripada kajian ini mendapati bahawa keseluruhan responden pelajar
Cina dan India untuk kesepuluh soalan berdasarkan kepada tiga objektif tadi. Bagi objektif pertama, kajian
mendapati bahawa pelajar UKM yang berbangsa Cina dan India menerima Bahasa Melayu adalah di
tahap yang baik , seterusnya penggunaan Bahasa Melayu dalam kehidupan mereka adalah di tahap yang
memuaskan dan kemudian pengakuan mereka bahawa Bahasa Melayu ini membantu untuk menyatukan
rakyat adalah di tahap yang memuaskan juga. Justeru, ini memberi kesimpulan besar bahawa, penerimaan
, penggunaan dan pengakuan bahawa Bahasa Melayu itu sebagai alat perpaduan adalah di tahap yang
baik, dimana sebanyak 62% yang bersetuju dan mengakuinya. Kemudian selebihnya 29% tidak pasti dan
9% tidak bersetuju.






4. RUJUKAN

Rustam A. Sani. 1993. Politik dan Polemik Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : Utusan Publications
Jeniri Amir. 2009. Bahasa Negara dan Bangsa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka
Nik Safiah Karim. 2000. Bahasa Melayu Dalam Dekad 90-an. Kuala Lumpur: Akedemi Pengajian
Melayu
Asraf. 1996. Manifesto Budaya, Pupus Bahasa , Pupuslah Bangsa. Kuala Lumpur Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Idris Aman. 2011. Aksen Bahasa Kebangsaan : Realiti Identiti Integrasi. Bangi : Kuala Lumpur
Abdullah Hassan. 2008. Kongres Bahasa dan persuratan Melayu VII. Kuala Lumpur : Persatuan
penterjemah Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai