Anda di halaman 1dari 10

KAJIAN KES 5

1.0 SUBJEK

Nama : Amin (bukan nama sebenar)


Jantina : Lelaki
Asal : Kampung Dew, Selinsing, Perak.
Umur : 16 tahun
Bangsa : Melayu
Agama : Islam
Bilangan adik- beradik : 4 orang (anak ke-3)
Pekerjaan bapa : Peniaga
Tinggal bersama : Ayah, ibu dan seorang adik
Pencapaian akademik : Sederhana

2.0 KES

Nama Kes
Melepak

Perihal Kes
Lepak menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga (2002), ialah budaya atau tabiat
negatif yang duduk atau berkumpul secara sia-sia di kalangan masyarakat. Seperti di
kalangan remaja yang menghabiskan masa dengan duduk atau berkumpul tanpa
melakukan kegiatan yang berfaedah. Budaya ini pada peringkat awalnya dilakukan oleh
kutu-kutu jalan yang kemudiannya diikuti oleh remaja. Masalah melepak ini juga sering
dikaitkan dengan keadaan seseorang individu yang suka melepak dan membuang masa
dan berbual-bual di pusat-pusat memberli belah tanpa tujuan. Pada prinsipnya inilah
kegiatan yang paling disukai sekali oleh para remaja khususnya yang ponteng sekolah,
tidak mempunyai pekerjaan atau yang masih menganggur. Melalui lepak pelbagai
perkara negatif mungkin meresap dan mempengaruhi remaja dalam emosi, pemikiran dan
perlakuan mereka.

Kajian Kes
Amin (bukan nama sebenar) berumur 16 tahun terlibat dengan pelbagai masalah
vendalisme, mencuri dan perlanggaran displin di sekolah apabila bermula dengan
kegiatan melepak. Antara punca-punca utama dia melepak ialah apabila dia gagal dalam
Penilaian Menengah Rendah (PMR) tahun lalu.. amin berasa sangat kecewa kerana
kegagalannya dia sering dimarahi oleh kedua ibu bapanya. Kebiasaan bagi seorang
remaja, perkara yang membosankan adalah leteran yang dikeluarkan oleh ibu bapa
mereka, lebih-lebih lagi Amin baru putus cinta dengan teman wanitanya.

Ibu bapa Amin hanya mementingkan perniagaan mereka daripada mengetahui


perkembangan anak-anak di rumah. Semasa dalam proses untuk mengambil PMR,
keluarga langsung tidak mengambil berat tentang akademiknya. Begitu juga dengan
perhubungan adik-beradiknya yang agak renggang menjadikan Amin lebih selesa bergaul
dengan rakan-rakan di luar. Apabila sentiasa dileter, Amin sering mencari ketenangan
dengan melepak bersama rakan-rakannya di pusat-pusat membeli belah untuk
melepaskan kebosanannya dan mengelak daripada dileteri.

Kesan melepak, Amin sudah pandai merokok dan mula balik lewat malam. Ibu
dan bbapanya tidak menghiraukan kelakuan Amin kerana mereka juga sering pulang
lewat untuk menghabiskan kerja mereka. Oleh yang demikian tiada tempat untuk Amin
meluahkan masalahnya melainkan rakan-rakannya yang tidak tentu arah juga
kehidupannya.

Bermula dengan melepas, Amin mula merokok atas ajakan dan cabaran kawan-
kawan. Kemudian Amin mula berlumba haram dengan menggunakan motor kawan-
kawannya yang sudah pun bekerja. Amin mula terjebak dengan pelbagai masalah lain
seperti Amin pernah ditangkap polis ketika sedang berlumba haram dan kegiatan ini
apabila diketahui oleh ibu dan ayah menjadikan perhubungan mereka anak beranak
semakin tegang. Ketegangan yang timbul menyebabkan Amin semakin tidak senang hati
berada di rumah dan sering melepaskan tekanannya di sekolah dengan melakukan
vendalisme, perlanggaran displin dan juga sering ponteng kelas.

3.0 ANALISIS KES SECARA TEORITIKAL

Teori Yang Dipilih


Teori Gestalt

Rasional Teori Dipilih


Teori ini dipilih adalah kerana teori ini memberi penekanan terhadap isu-isu yang
berkaitan dengan manusia secara holistik. Manusia dilihat mempunyai satu kompasisi
yang terdiri daripada bahagian-bahagian yang saling berhubungkait di antara satu sama
lain seperti perasaan, fikiran dan tingkah laku yang saling berinteraksi dan bergerak
secara aktif, bukan secara berasingan dan compartmental. Teori ini berpendapat bahawa
manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan untuk menyesuaikan diri dengan apa
yang berlaku pada mereka. Apa yang mereka alami adalah akibat daripada matlamat dan
tujuan diri sendiri. Dengan itu manusia boleh mengendalikan tanggungjawab peribadinya
sebagai manusia yang berguna, personaliti yang sihat yang lahir daripada pengalaman
hidup yang bermakna. Pendekatan ini telah menekankan kepada situasi semasa dan
menikmati sepenuhnya apa yang ada.

Kaunselor Gestalt berpendapat manusia sebenarnya lengkap dan berkemampuan


menyesuaikan diri dengan apa yang berlaku kepadanya. Manusia boleh mengendalikan
tanggungjawab peribadinya dan hidup sebagai manusia yang berguna. Antara perkara-
perkara penting ialah:
• Hidup sekarang, fokus pada sekarang.
• Nyatakan dan bukan cuba beri alasan.
• Cuba alami perasaan yang menyakitkan seperti juga apabila kita
mengalami keseronokkan.
• Pikullah tanggungjawab terhadap tindakan perasaan dan pemikiran
sendiri.
• Terima diri anda yang sebenar.

Melalui terapi Gestalt, seseorang individu boleh mengalami dengan sebenar-


benarnya perasaan dan tidak sekadar bercakap mengenainya sahaja. Terapi ini
mempunyai pelbagai teknik untuk mencapai matlamat bagi menambahkan kesedaran
mengenai diri individu. Terapi Gestalt juga mengkaji masa lampau individu dengan cara
yang menarik dan mengiktirafkan kepentingannya. Dengan cara ini seseorang individu
akan menjadi lebih sedar akan perasaannya dan berupaya untuk hidup sepenuhnya
dengan cara mengatasi semua perasaan masa lampau yang telah menghalang
kemajuannya.

Bagaimana Kes Timbul Berdasarkan Teori


Seperti di dalam kajian kes ini, mula terjebak dengan kegiatan melepask apabila
gagal PMR dan menyebabkan dia sering dileteri oleh ibu bapanya. Keadaan ini
menyebabkan Amin tertekan dan mencari ketenangan di luar rumah. Memandangkan
Amin juga tidak rapat dengan adik beradiknya, Amin tidak mampu untuk berkongsi
masalahnya dengan keluarga dan lebih senang duduk bersama dengan rakan-rakan. Di
sekolah juga Amin sering dimarahi guru atas sikapnya sendiri. Kerana tekanan di semua
tempat Amin telah dapatkan perkhidmatan kaunseling untuk berkongsikan masalahnya.

Matlamat Terapi
Matlamat Teori Gestalt adalah bertujuan untuk mewujudkan kesedaran yang
tinggi dalam diri individu kepada realiti dunia hari ini yang bersifat di sini dan sekarang
(here and now). Secara umumnya, terapi Gestalt ini memberi kesedaran kepada individu
bahawa mereka mempunyai tanggungjawab yang tersendiri. Teori ini juga membuat
individu supaya akan lebih berdikari, tidak bergantung kepada orang lain dan
menyedarkan mereka bahawa mereka mampu melakukan perkara-perkara yang jauh lebih
baik daripada apa yang disangkakan mereka sendiri. Ianya juga membantu individu lebih
mengenali diri sendiri dengan lebih mendalam tanpa perlu berusaha untuk menyesuaikan
diri dengan persekitaran atau dengan kata lain perkataan tidak perlu mengikut atau
menyesuaikan diri mereka dengan masyarakat tersebut.

Perls pula berpendapat bahawa setiap manusia mempunyai banyak potensi tetapi
disebabkan halangan yang banyak dalam hidupnya maka ia tidak berjaya mengalami
hidupnya dengan sempurna. Oleh itu melalui terapi ini, individu akan cuba dibantu agar
dia dapat mengalami dan merasai nikmat hidupnya dengan lebih sempurna. Terapi ini
juga membantu individu agar dapat merasai dan menyedari segala perasaan dan
pengalaman mereka masing-masing. Hanya dengan merasa dan menyedari perasaan dan
pengalamannya maka seseorang itu akan berusaha ke arah mengubah personaliti dan diri
mereka.

Teknik Yang Digunakan


• Kerusi Kosong
Terapi Gestalt membuat andaian bahawa sesuatu konflik yang wujud di dalam
diri seseorang individu itu adalah hasil daripada pertikaian di antara Top Dog
dengan Under Dog iaitu dua bentuk fungsi yang wujud dalam personaliti.

Top Dog merupakan unsur yang menekankan kedudukan autoritarian,


moralistik, mendesak dan sebagainya. Ia mengandungi unsur ibu bapa yang sering
mengkritik dan yang selalu menekan perkataan ‘patut’ dan ‘harus’.

Under Dog pula merupakan unsur yang meyoal mangsa di dalam sesuatu
keadaan dan kerana peranan yang dimainkannya, ia sering bersikap membela diri,
selalu meminta maaf, tidak berdaya dan lemah. Ia sering memberi alasan-alasan
bagi kelemahan-kelemahan dirinya dan peranannya. Bagi menyelesaikan masalah
Amin, teknik berdialog dengan menggunakan pendekatan kerusi kosong telah
digunakan.

Amin sering merasakan dirinya tidak mendapat kasih sayang daripada ibu
bapanya dan Amin juga tidak berpeluang untuk bersembang dengan ibubapanya
setelah sekian lama. Oleh itu saya meminta Amin cuba bayangkan saya menjadi
ayah dan meminta Amin bercakap dengan ibubapanya. Apa sahaja yang ingin
diluahkan oleh Amin, Amin boleh luahkan melalui pendekatan ini. Pada
permulaan, saya membiarkan Amin bercakap dengan kerusi kosong yang
diletakkan di hadapannya. Kemudian setelah Amin bercakap dengan lancar, saya
duduk di kerusi kosong tersebut dan meminta Amin supaya menganggap saya
adalah ibubapanya yang akan mendengar luahan Amin. Amin kemudiannya
meluahkan isi hatinya yang terbuku sepuas-puasnya. Saya akan menjawab segala
persoalan Amin dengan jawapan positif.

4.0 TINDAKAN KAUNSELOR

Saya telah meneroka Amin sebaik mungkin bagi mengenalpasti masalah sebenar
Amin. Masalah Amin ini berpunca daripada persekitarannya iaitu faktor institusi keluarga
yang bermasalah, nilai moral yang rendah, pengaruh rakan sebaya dan juga tekanan dari
sekolah dan rumah. Namun dalam kes ini saya memfokuskan Amin kepada faktor
keluarganya di mana Amin mempunyai masalah perhubungan dengan ibu bapanya yang
kini berada sibuk dengan perniagaan mereka.

Sewaktu penerokaan saya telah mengaplikasikan pelbagai kemahiran dalam


menggunakan teknik kerusi kosong seperti kemahiran soalan terbuka dan soalan tertutup,
dorongan minima, parafrasa, refleksi, merumus, konfrantasi, mentafsir mendengar,
memimpin dan memfokus. Kesemua kemahiran ini saya aplikasikan sebaik yang
mungkin bagi memahami diri dan situasinya, mengenalpasti keperluannya termasuk
harapan, cita-cita serta matlamat hidupnya, membuat rancangan untuk tindakan dan
menjadi individu yang berfungsi dengan sepenuhnya.

Saya juga memfokuskan kepada pergerakan badannya atau non verbal klien.
komunikasi non verbal merupakan sistem komunikasi secara menyeluruh yang
bergantung kepad alisan dan tanpa lisan. Komunikasi non verbal dapat memberi lebih
banyak maklumat berbanding dengan komunikasi verbal di mana pergerakan badan
adalah lebih tulen maklumatnya. Saya memfokuskan kepada pergerakan badan, aktiviti
tangan, kaki dan juga kedudukan badan. Saya dapat melihat Amin meluahkan perasaan
kecewanya apabila nafasnya pendek, menghuraikan rambutnya sambil menunduk dan
menggosok belakang leher. Oleh kerana itu saya lebih memfokuskan kepada komunikasi
non verbal Amin. Saya akan bertanya kepada dia jika dia tidak nampak selesa dan apabila
luahannya tidak selaras dengan pergerakan yang dilakukannya. Melalui pemerhatian ini
saya akan dapat menilai sejauh mana luahan itu telus dari Amin sendiri.

5.0 IMPLIKASI

Sesi ini berjaya membawa Amin kepada mengetahui apakah matlamat hidupnya
dan bagaimana Amin harus bertindak. Setelah melalui sebanyak empat sesi, Amin berasa
tahu ke mana dan di manakah arah tujuannya. Amin juga tahu apakah tanggungjawabnya
sebagai seorang pelajar dan apakah tanggungjawabnya sebagai seorang anak dan juga
abang kepada adik. Sebagai seorang pelajar Amin seharusnya menumpukan perhatiannya
pada pelajarandan mematuhi undang-undang sekolah dan tidak wajar melepaskan
tekanan yang dihadapinya kepada sekolah. Tambahan pula Amin bakal menduduki
peperiksaan SPM pada tahun depan. Tindakan tanpa berfikir yang dilakukannya hanya
akan mendatangkan kesan buruk ke atas diri dan juga orang lain.

Melalui teknik kerusi kosong, Amin telah berpeluang belajar bagaimana untuk
meluahkan perasaannya kepada ibubapa memandangkan selama ini Amin tidak pernah
memberitahu kepada ibu bapa akan masalahnya. Apabila Amin menjalani teknik kerusi
kosong, sekurang-kurangnya Amin sudah dapat merasai apakah reaksi yang akan
diterimanya nanti dan adakah ucapannya itu sesuai untuk diluahkan kepada ibu bapanya.
Teknik kerusi kosong ini sekurang-kurangnya dapat membantu Amin meluahkan
perasaannya.
Masalah Amin ini boleh diatasi dengan menggunakan kesemua kemahiran
kaunseling yang telah dipelajari. Kemahiran mendengar secara aktif amat penting bagi
seorang kaunselor yang mahu menyelami perasaan klien. Selain itu dengan adanya
dorongan minima, reflrksi, parafrasa, rumusan dan soalan-soalan terbuka dan tertutup
yang diaplikasikan akan melancarkan lagi perjalanan sesebuah sesi kaunseling itu.

6.0 REFLEKSI

Kekuatan
Terapi Gestalt ini merupakan suatu pendekatan yang bertujuan untuk membantu
klien bagi membentuk personaliti baru yang lebih baik dan bertanggungjawab terhadap
dirinya. Contohnya Amin sendiri disedarkan akan tanggungjawabnya sebagai seorang
pelajar dan Amin juga bersetuju untuk merubah personalitinya kepada yang lebih baik.

Terapi ini memberikan penekanan terhadap penggunaan pendekatan eksistensial


atau fenomenologi yang meletakkan bahawa manusia perlu mencari jalan dalam
hidupnya dan bertanggungjawab pada dirinya sendiri sekiranya dia mahu mencapai
kematangan. Melalui kesedaran manusia memperolehi kefahaman diri dan pengetahuan
untuk membantunya berubah.

Kelemahan
Semasa melakukan sesi kaunseling menggunakan teori ini, saya dapat
mengenalpasti beberapa kekuatan dan kelemahan di dalam mengaplikasikannya. Antara
kelemahan yang terdapat di dalam mengaplikasikan teori ini ialah kecenderungan
kaunselor untuk lebih bersifat manipulasi dan mengawal adalah tinggi di mana saya
sebagai kaunselor akan banyak mengarah Amin untuk melakukan sesuatu seperti apabila
Amin enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa meminta Amin
melakukannya juga dan merasai kesannya. Teori ini mempunyai kecenderungan
mengenepikan unsur logikal, kognitif dan merendahkan faktor intelektual dalam
personaliti. Ini berlaku apabila Amin merasakan dirinya seakan-akan orang gila apabila
bercakap dengan kerusi kosong.

Apabila Amin enggan bercakap dengan kerusi kosong saya terpaksa menyatakan
sesuatu bagi membuatkan Amin percaya bercakap dengan kerusi kosong dia akan dapat
merasai situasi yang sebenar. Keadaan ini membuatkan saya sebagai seorang kaunselor
terpaksa bersedia berhadapan dengan pelbagai soalan-soalan yang menguji saya untuk
menjawab soalannya dengan baik.

7.0 CADANGAN

Saya mencadangkan supaya ilmu kaunseling ini diterapkan kepada semua pelajar
dan guru-guru di sekolah agar mereka semua dapat memahami diri sendiri dan manusia
di sekelilingnya dengan lebih baik. Selain itu agar warga sekolah dapat memperbaiki
kelemahan dan mengasah lagi kekuatan diri yang ada. Melalui ilmu kaunseling juga
mereka akan dapat ilmu bagaimana untuk mengatasi masalah mereka sendiri dengan
lebih baik dan tidak memudaratkan individu yang signifikan. Ini amat penting sebagai
asas dalam menjalani kehidupan seharian.

Unit Bimbingan dan Kaunseling pula berperanan mengukuhkan lagi ilmu yang
ada dengan mengadakan seminar, lawatan, bengkel, Latihan Dalam Kumpulan (LDK),
sesi kelompok, sesi individu, kem, program dan ceramah kepada semua warga sekolah.
Dengan itu semua akan mendapat manfaat dan dapat berkongsi ilmu kaunseling secara
bersama-sama dan mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian dengan lebih baik.

Cadangan ini diutarakan kerana melalui pengalaman saya menjalani praktikum


dan Rancangan Orientasi Sekolah (ROS) sebanyak dua kali, majoriti warga sekolah tidak
tahu akan kepentingan ilmu kaunseling dan juga timbul salah faham antara guru-guru
dengan guru pembimbing sekolah. Guru-guru menganggap guru pembimbing sekolah
umpama malaikat yang ‘sepatutnya’ dapat menyelesaikan masalah pelajar-pelajar di
sekolah. Untuk melahirkan sekolah yang cemerlang bukanlah bergantung semata-mata
kepada guru pembimbing tetapi adalah di atas peranan semua pihak. Jika semua warga
sekolah menjalankan tanggungjawan mereka dengan cekal dan amanah, pastinya sekolah
cemerlang akan dapat dilahirkan dengan banyak. Dengan itu, untuk menjayakan dan
memantapkan sesebuah sekolah, bukanlah perlu diusahakan oleh guru pembimbing
sekolah sahaja tetapi atas kesedaran semua pihak.

8.0 PENUTUP

Sebagai penutup, saya merasakan kes seperti ini boleh di atasi dengan baik melalui
tindakan bijak kaunselor. Kaunselor yang memainkan peranannya dengan baik dan
mengaplikasikan segala kemahirannya dengan baik akan dapat menjalankan sebuah sesi
kaunseling yang baik dan berjaya.

Tandatangan,

.............................................................
(NUR LIYANA BINTI MOHAMED JOHAN)
(D20021010330)