Anda di halaman 1dari 9

KERTAS CADANGAN

LAWATAN SAMBIL BELAJAR


KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN

Tarikh : 22 hingga 24 April 2005


Hari : Jumaat-Ahad
Destinasi: 1. Asrama SM. Syed Omar, Alor Setar
2. Universiti Utara Malaysia, Sintok
3. Wisma Darul Aman, Alor Setar
4. Bukit Kayu Hitam
5. SMK. Sultan Abdul Halim, Jitra

Disediakan oleh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, TELUK INTAN
LAWATAN SAMBIL BELAJAR
KE NEGERI KEDAH DARUL AMAN

1.0. PENGENALAN

Kecemerlangan pendidikan bukan sahaja diperolehi dalam bilik darjah semata-mata


tetapi ianya boleh juga didapati dengan kegiatan luar bilik darjah seperti membuat
tinjauan alam atau lawatan sambil belajar. Lawatan sambil belajar dapat
dimanfaatkan oleh murid-murid dengan melihat sendiri tempat-tempat yang telah
dipelajari dalam buku di sekolah. Murid-murid juga boleh membuat perbandingan
tempat yang dilawati dengan apa yang telah dipelajarinya atau dapat di ambil
pengalaman untuk memperbaiki kelemahan yang ada untuk menuju kecemerlangan.
Dengan itu, pihak Pengurusan Asrama SMART dengan kerjasama Unit Bimbingan dan
Kaunseling SMART bercadang untuk menganjurkan Lawatan Sambil Belajar ke Negeri
Kedah Darul Aman dengan destinasi utamanya Asrama Sekolah Menengah Syed Omar,
Alor Setar. Asrama tersebut pernah dinobatkan sebagai antara asrama sekolah yang
terbaik di negara kita.
Murid-murid juga akan dibawa melawat ke salah sebuah Institusi Pengajian Tinggi
Awam di Negeri Kedah iaitu Universiti Utara Malaysia bagi mendedahkan pelajar
suasana pembelajaran di kampus agar menjadi perangsang kepada mereka untuk
melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tertinggi.

2.0. MATLAMAT

Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar dengan suasana
pembelajaran yang kondusif di asrama yang terbaik dan seterusnya menimba
pengalaman untuk dipraktikkan di sekolah sendiri.

3.0. OBJEKTIF

3.1. Murid-murid dapat mempelajari pengalaman untuk mengindahkan


persekitaran tempat tinggal (asrama),
3.2. Murid-murid dapat membuat perbandingan untuk memperbaiki
kelemahan yang sedia ada;
3.3. Murid-murid dapat merasakan suasana pembelajaran di tempat yang
kondusif dan terapeutik;
3.4. Murid-murid dapat pendedahan tentang suasana pembelajaran di IPT.

4.0. SASARAN

Majlis Perwakilan Pelajar Asrama dan Ketua-ketua Kamar Aspura & Aspuri seramai 40
orang.

5.0. JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama 3 hari iaitu bermula 22hb. April 2005 hingga 24hb.
April 2005.
6.0. KAEDAH PELAKSANAAN

6.1. Lawatan
6.2. Dialog

7.0. JAWATANKUASA INDUK

Penasihat : Tn. Hj. Mat Noh Bin Supaat


(Pengetua SMART)

Pengerusi : Pn. Samsiah Bt Raji


(P.K HEM)

Naib Pengerusi 1 : En. Mohd. Radzi Bin Ismail


(Penolong Kanan Pentadbiran)

Naib Pengerusi 2 : En. Amin Zaki Bin Mohd. Yusuf


(Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Encik Ahmad Puad Bin Esa


(Guru Bimbingan & Kaunseling)

Setiausaha : Encik Zainal Abidin Bin Abu Yamin


(Ketua Warden Asrama SMART)

Bendahari : En. Abdul Aziz Bin Ahmad

AJK-AJK
En. Zaaimuddin Bin Hussain
En. Azmi Bin Haron
En. Norizal Bin Fatahum
En. Khairul Azman Bin Mahayuddin

8.0. KEWANGAN

Anggaran Pendapatan
Pengurusan Asrama RM2800.00
Yuran Peserta @ RM12 x 40 RM 480.00
--------------
JUMLAH RM3280.00
--------------
Anggaran Perbelanjaan
Sewa Bas RM1600.00
Makan & Minum @ 44 orang x RM12 x 2 hari RM1056.00
Penginapan @ 44 orang x RM5 RM 220.00
Cenderamata RM200.00
Perbelanjaan Runcit RM 204.00
---------------
JUMLAH RM3280.00
---------------

9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI

22/3/2005 9.30 pagi Bertolak dari SMK. Abd. Rahman Talib, Teluk Intan
JUMAAT 1.30tgh Tiba di Alor Setar
3.30ptg Lawatan ke Asrama SMK. Dato’ Syed Omar, Alor Setar
6.00ptg Bertolak ke penginapan di SM. Sultan Abdul Halim, Jitra

23/3/2005 8.00 pagi Lawatan ke Universiti Utara Malaysia, Sintok


SABTU 12.00tgh Melawat Gua Kelam, Perlis.
3.00 petang Bersiar di Bukit Kayu Hitam
6.00 petang Balik ke penginapan di SM. Sultan Abdul Halim, Jitra
9.00 malam Majlis Dialog dengan MPPA SMSAH.

24/3/2005 8.00 pagi Lawatan ke Wisma Darul Aman


AHAD 11.30 pagi Bersiar di Pekan Rabu, Alor Setar
3.00 petang Bertolak pulang ke Teluk Intan
9.00 malam Tiba di SMART

10.0. PENUTUP

Lawatan ini diharapkan dapat mencapai matlamat dan objektifnya seterusnya dapat
menjadikan SMART sekolah Harapan Negara dan Menajdikan Asrama SMART sebagai
Asrama BITARA menjelang 2006. Ini semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama
dari semua pihak yang dengan ikhlas memberikan kerjasama. Insya Allah.
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB
JALAN CHANGKAT JONG
36000 TELUK INTAN PERAK
TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami :SMART.UBK.02/02/2.2 (02)
Tarikh : 04 April 2005

Pegawai Perhubungan Awam,


Universiti Utara Malaysia,
06010 Sintok,
Kedah Darul Aman
(U.P : Cik Suraya Bt. Deraman)

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI AWAM

Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke IPTA
iaitu Universiti Utara Malaysia. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar
kami tentang kursus-kursus yang ditawarkan di UUM serta suasana pembelajaran di kampus.

2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:

2.1. Tarikh/Masa : 23hb. April 2005/ 9.00pagi – 11.30pagi


2.2. Bilangan pelajar : 40 orang
2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Kami berharap agar pihak tuan dapat menjelaskan kepada pelajar-pelajar kami
mengenai kursus-kursus yang ditawarkan oleh institusi tuan beserta dengan syarat kemasukan
ke kursus-kursus berkenaan.

4. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut
demi menambah pengetahuan pelajar berkaitan peluang melanjutkan pelajaran selepas
selesai pendidikan menengah mereka kelak. Untuk itu, sebarang maklumat yang pihak tuan
ingin sampaikan bolehlah menghubungi pegawai kami Encik Roshaimmi Bin Mohamad (012-
5563257).

5. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………........
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB
JALAN CHANGKAT JONG
36000 TELUK INTAN PERAK
TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)
Tarikh : 04 April 2005

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Dato’ Syed Omar,
Lebuhraya Sultanah Bahiyah,
05350 Alor Setar,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ASRAMA SEKOLAH

Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke
Asrama SMK Dato’ Syed Omar. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada pelajar
kami mengenai kebersihan, keindahan dan keceriaan asrama sekolah serta berkongsi
pengalaman dengan pihak tuan dalam pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah tuan.

2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:

2.1. Tarikh/Masa : 22hb. April 2005/ 3.30petang- 5.30petang


2.2. Bilangan pelajar : 40 orang
2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut
demi menambah pengetahuan dan menimba pengalaman sabagai usaha kami untuk
memperbaiki kekurangan dan mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran asrama
sekolah kami.

4. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………......
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB
JALAN CHANGKAT JONG
36000 TELUK INTAN PERAK
TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070

-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)
Tarikh : 04 April 2005

Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri


(Bahagian Pentadbiran),
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri,
Wisma Darul Aman,
05503 Alor Setar,
Kedah Darul Aman

Tuan,

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE WISMA DARUL AMAN

Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke Wisma
Darul Aman. Tujuan lawatan ini adalah mendedahkan kepada pelajar kami tempat
berlangsungnya sidang dewan rakyat dan mengenali dengan lebih dekat lagi struktur jentera
pentadbiran Negeri Kedah Darul Aman.

2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:

2.1. Tarikh/Masa : 24hb. April 2005/ 8.45 pagi – 11.30 tgh


2.2. Bilangan pelajar : 40 orang
2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut
demi menambah pengetahuan pelajar-pelajar kami .

4. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

…………………………………...

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN ABDUL RAHMAN TALIB


JALAN CHANGKAT JONG
36000 TELUK INTAN PERAK
TEL : 05-6216070 FAX: 05-6216070
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------------
“PERAK GEMILANG” Ruj.Kami : SMART.UBK.02/02/2.3 (02)
Tarikh : 04 April 2005

Pengetua,
Sekolah Menengah Sultan Abdul Halim,
06009 Jitra,
Kedah Darul Aman.

Tuan,

PERMOHONAN PENGINAPAN DAN LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE ASRAMA SEKOLAH

Berhubung dengan perkara di atas, pelajar-pelajar sekolah kami akan mengadakan lawatan
sambil belajar ke Negeri Kedah Darul Aman. Salah satu destinasi lawatan kami ialah ke
Asrama SM Sultan Abdul Halim, Jitra. Tujuan lawatan ini adalah untuk mendedahkan kepada
pelajar kami mengenai kebersihan, keindahan dan keceriaan asrama sekolah serta berkongsi
pengalaman dengan pihak tuan dalam pengurusan dan pentadbiran asrama sekolah tuan.

2. Butir-butir lawatan adalah seperti berikut:

2.1. Tarikh/Masa : 22hb. April 2005/ 6.00 petang


2.2. Bilangan pelajar : 40 orang
2.3. Bilangan guru pengiring : 4 orang

3. Kami memohon jasa baik dari pihak tuan untuk menyediakan penginapan untuk
peserta kami seperti bilangan di atas pada 22 April dan 23 April 2005.

4. Dalam program lawatan tersebut kami ingin mengadakan majlis dialog antara peserta
kami yang terdiri dari MPPA dan Exco asrama dengan MPPA sekolah tuan pada jam 9.00
malam 23 April 2005.

5. Pihak kami sangat berharap agar pihak tuan dapat menerima lawatan kami tersebut
demi menambah pengetahuan dan menimba pengalaman sabagai usaha kami untuk
memperbaiki kekurangan dan mempertingkatkan kualiti pengurusan dan pentadbiran asrama
sekolah kami.

6. Perhatian dari pihak tuan, kami dahului dengan setinggi-tinggi ucapan terima kasih.

Sekian, terima kasih.

Saya yang menurut perintah,

………………………….....
R.1

UNDANG-UNDANG LAWATAN SEKOLAH 1957

1. Nama Sekolah : SMK. ABDUL RAHMAN TALIB, 36000 TELUK INTAN


2. Nama Pengetua Sekolah : TN. HJ. MAT NOH BIN SUPAAT
3. Nama Guru yang Mengetuai : EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABU YAMIN
4. Nama Guru-guru Pembantu : a. EN. ROSHAIMMI BIN MOHAMAD
b. EN. AHMAD PUAD BIN ESA
c. PN. ZUNAIRAH BT. ZAKARIA

5. Tujuan Lawatan : LAWATAN SAMBIL BELAJAR


6. Jenis Kenderaan : BAS SEKOLAH
7. Tempat-tempat lawatan : SMK. SYED OMAR, WISMA DARUL AMAN,
UUM SINTOK, BUKIT KAYU HITAM.

Nama Tempat /Masa Tarikh Nama dan Alamat


Dari/Hingga Tempat Bermalam

SMK. Dato’ Syed Omar, Alor Setar 22 April 2005/9.00 pagi-2.00ptg


SM. Sultan Abd. Halim, Jitra. 22 April 2005/ 6.00ptg SMK. Sultan Abd.
UUM Sintok 23 April 2005/8.30 pagi-11.30pg Halim
Bukit Kayu Hitam 23 April 2005/3.00ptg- 5.30ptg Alor Setar
Wisma Darul Aman 24 April 2005/8.30pg – 12.00tgh

8. Nama dan Alamat Guru yang dibenarkan memungut dan menggunakan wang:
Nama Guru : EN. ZAINAL ABIDIN BIN ABU YAMIN
No. Kad Pengenalan : 630108-08-6077 Umur : 42
Alamat : Asrama SMK. Abdul Rahman Talib, Teluk Intan, Perak.

9. Sumber Kewangan
Kutipan dari murid seramai 40 orang
Setiap seorang murid sebanyak RM12.00 x 40 = RM480.00
Pengurusan Asrama RM2800.00
Kutipan dari guru : -

Anggaran Perbelanjaan

Sewa bas selama 3 hari 2 malam = RM1600.00


Lain-lain (Makan,minum, penginapan) = RM1680.00

10. Kenderaan yang digunakan :


a. Bas No. : WCR 3604 b. Bas No. : AEN 7666

Tarikh: 04 April 2005