Anda di halaman 1dari 4

SMK.

ABDUL RAHMAN TALIB


TELUK INTAN, PERAK

KERTAS CADANGAN

HARI PROFESIONALISME GURU SMART

Tarikh :

10 MEI 2008

Tempat:

Bilik Gerakan SMART

Disediakan oleh:

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING


SMK. ABDUL RAHMAN TALIB,
TELUK INTAN, PERAK.
HARI PROFESIONALISME GURU SMK. ABDUL RAHMAN TALIB,
TELUK INTAN, PERAK.

1.0. PENGENALAN

Guru dan kakitangan di sekolah merupakan nadi penggerak sesebuah sekolah. Justeru itu
mereka selalu dibebani tugas yang berat samaada di bilik darjah mahupun luar bilik
darjah. Adalah menjadi harapan kepada semua guru dan kakitangan untuk menambah
ilmu dalam bidang pengurusan sekolah disamping merehatkan minda mereka.
Oleh yang demikian satu ceramah pengurusan stress diharapkan dapat memberi
manfaat kepada semua guru dan kakitangan sekolah dalam menjalani arus globalisasi
yang mencabar masa kini. Diharapkan ceramah ini dapat memberi input yang berguna
dan fokus terhadap pekerjaan sebagai seorang guru mahupun kakitangan sekolah in.

2.0. MATLAMAT

Tujuan ceramah ini adalah untuk mendedahkan kepada guru dan kakitangan sekolah
supaya dapat mengimbangi emosi serta untuk menambah ilmu dalam urusan pengurusan
pelajar dan kaedah pengajaran dan pembelajaran.

3.0. OBJEKTIF

3.1. Menambahkan ilmu pengetahuan


3.2. Meningkatkan budaya kerja yang lebih berkesan

4.0. SASARAN

Semua guru dan kakitangan SMK Abdul Rahman Talib, Teluk Intan.

5.0. JANGKAMASA

Program ini dilaksanakan selama satu iaitu 10 Mei 2008

6.0. KAEDAH PELAKSANAAN

6.1. Ceramah
6.2. Bengkel
7.0. JAWATANKUASA PELAKSANA

Penasihat : En. Mohd Hashim B. Ahmad


(Pengetua SMART)

Pengerusi : Pn. Normah bt. Kamaruddin


(Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid)

Naib Pengerusi : En. Amin Zaki bin Mohamad Yusof


(Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum)

Setiausaha : Cik Hamilia Sapila bt. Abdul Hamid


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

Penyelaras Program : En Roshaimmi Bin Mohamad


(Guru Bimbingan dan Kaunseling)

8.0. KEWANGAN

Sumber Kewangan

Minum pagi 31 orang x RM3.00 ( peruntukan LDP) RM 93.00


Makan Tengah hari 31 orang x RM3.00 ( peruntukan LDP) RM 93.00
Sumbangan Kelab Staff ( bayaran penceramah) RM 200.00

JUMLAH RM 386.00

Anggaran Perbelanjaan

Minum pagi 31 orang x RM3.00 RM 93.00


Makan Tengah hari 31 orang x RM3.00 RM 93.00
Bayaran penceramah RM 200.00

JUMLAH RM 386.00
9.0. TENTATIF PELAKSANAAN PROGRAM

TARIKH/HARI MASA AKTIVITI

10/05/2008 8.00 am Pendaftaran


Sabtu 8.15 am Kata-kata aluan pengerusi majlis
8.30 am Ceramah “Pengurusan Stress”
10.30 am Slot B&K “Cabaran Pendidikan Masa Kini”
12.00 am Bersurai

10.0. PENUTUP

Diharapkan ceramah yang disampaikan dapat mencapai matlamat dan objektifnya


seterusnya dapat menjadikan warga pendidik yang profesional dan berdedikasi. Ini
semua dapat dicapai sekiranya dapat kerjasama dari semua pihak yang dengan ikhlas
memberikan kerjasama. Insya Allah.

Disediakan oleh, Disahkan oleh,

…………………………………….. ………………………………………
(Hamilia Sapila Bt. Abdul Hamid)

Anda mungkin juga menyukai