Anda di halaman 1dari 16

<ABSR3103>

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

SEMESTER MEI 2014

ABSR3103
PENGURUSAN SUMBER MANUSIA (ISLAM)

NO. MATRIKULASI

810327145231001

NO. KAD PENGNEALAN

810327145231

NO. TELEFON

018-2456738

E-MEL

mdtech8910@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN

PETALING JAYA

<ABSR3103>

INDEKS
1.0

2.0

3.0

Pengenalan
1.1

Objektif Tugasan

1.2

Definisi Sumber Manusia

1.3

Definisi Pengurusan Sumber Manusia

Peranan Pengurusan Sumber Manusia


2.1

Membuat Perancangan dalam Sumber Manusia

2.2

Bertanggungjawab Melakukan Pembangunan

2.3

Menyediakan Pampasan dan Kemudahan

2.4

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan

2.5

Bertindak Sebagai Penghubung Antara Unit

2.6

Membuat Penyelidikan

Peranan Sumber Manusia dalam Menentukan Kejayaan Organisasi


3.1

Perancangan yang Baik Mendorong Kepada Kejayaan

3.2

Pembangunan yang Berlaku Memajukan Organisasi

3.3

Kemudahan dan Pampasan yang Diberi Menjadikan Pekerja Lebih Setia

3.4

Keselamatan dan Kesihatan yang Terjaga Membantu Syarikat Berjaya

3.5

Kemajuan Organisasi Tercapai Dengan Hubungan Baik Organisasi dan

Kesatuan Pekerja
3.6
4.0

Penyelidikan Berterusan Membentuk Jaringan Kemudahan

Cabaran yang Dihadapi Oleh Sesebuah Organisasi


2

<ABSR3103>

4.1

Cabaran Dalaman
4.1.1

Imbuhan dan Pemberian Gaji

4.1.2 Tekanan Kerja


4.2

Cabaran Luaran
4.2.1

Perkembangan Teknologi Maklumat

4.2.2 Kemasukan Buruh Asing


4.2.3 Kewujudan Organisasi Lain yang Lebih Baik di Persekitaran
5.0

6.0

Saranan dalam Menghadapi Cabaran


5.1

Rancang Pemberian Gaji Minimum yang Lebih Tinggi dari Organisasi Lain

5.2

Jadualkan Aktiviti Sukan dan Hari Keluarga

5.3

Hantar Pekerja ke Kursus Teknologi Maklumat

5.4

Menjaga Kebajikan dan Kemudahan Pekerja

Kesimpulan

<ABSR3103>

1.0

Pengenalan
1.1

Objektif Tugasan

Objektif bagi tugasan yang diberikan ini adalah untuk menghuraikan apakah
peranan yang dimainkan oleh pengurusan sumber manusia. Selain itu, tugasan ini juga
membincangkan cabaran yang dihadapai oleh sesebuah organisasi sama ada cabaran
luaran atau dalaman. Dalam tugasan ini, saya akan mendefinisikan pengurusan sumber
manusia diikuti dengan beberapa huraian berkaitan sumber manusia seperti cabaran dan
faktor kejayaan. Tugasan ini juga terdapat beberapa saranan dan nasihat dalam proses
menguruskan sumber manusia dengan baik.
1.2

Definisi Sumber Manusia

Sumber manusia boleh didefinisikan sebagai kumpulan pekerja atau kakitangan di


mana pekerja tersebut berkhidmat di sesebuah syarikat. Sesebuah organisasi tidak boleh
mencapai matlamatnya tanpa adanya tenaga manusia.
1.3

Definisi Pengurusan Sumber Manusia

Pengurusan sumber manusia pula adalah gabungan semua pekerja dengan tujuan
mencapai satu matlamat yang sama. Selain itu, pengurusan sumber manusia juga boleh
ditakrifkan sebagai fungsi yang dilakukan dalam sesebuah organisasi dengan tujuan
memudahkan sebarang aktiviti berkenaan sumber manusia. Menurut Ivancevich (2001),
pengurusan sumber manusia adalah fungsi yang dilaksanakan dalam organisasi yang
dapat membantu mempermudahkan penggunaan sumber manusia secara efektif untuk
mencapai matlamat sesebuah organisasi. Manakala menurut Legge (1989), pengurusan
sumber manusia dianggap sebagai suatu falsafah dan aktiviti umum yang perlu diamalkan
oleh setiap pengurus untuk memupuk budaya organisasi cemerlang.
2.0

Peranan Pengurusan Sumber Manusia

Apabila sumber manusia dianggap sebagai aset yang terpenting untuk membawa
kejayaan sesebuah organisasi, sumber manusia perlu diurus dengan lebih efisen, tersusun
dan terancang. Jika tidak, sumber manusia tidak dapat menyumbang sepenuhnya kepada
4

<ABSR3103>

objektif organisasi. Miller (1987) telah memberi pandangan bahawa dasar pengurusan
sumber manusia ialah suatu mekanisme terpenting yang perlu diberi perhatian dalam
sesebuah organisasi yang besar, kompleks dan berpelbagaian. Berikut merupakan
beberapa peranan pengurusan sumber manusia. Peranannya dapat dibahagikan kepada
enam bahagian.
2.1

Membuat Perancangan dalam Sumber Manusia

Pada ammya, sektor awam dan sektor swasta menganggap bahawa sikap, nilai
aspirasi, kemahiran, pengetahuan serta pengalaman yang dibawa oleh pekerja ke dalam
organisasi sangat penting untuk mencapai perkembangan dan kejayaan. Oleh itu,
sesebuah pengurusan sumber manusia perlu melakukan perancangan terperinci bagi
menyusun tenaga kerja yang bersesuaian. Sesuatu perancangan yang cekap boleh
mengelak berlakunya konflik di sesebuah organisasi, selain mewujudkan suasana kerja
yang positif.
Peranan seterusnya yang dijalankan oleh pengurusan sumber manusia adalah
menyediakan

latihan

inter-personal

atau

pembangunan

kerjaya

pekerja

serta

melaksanakan penetapan dasar syarikat iaitu soal perlaksanaan kerja, operasi syarikat,
displin dan pelbagai lagi. Ini adalah penting bagi memastikan perjalanan yang lancar
dalam sesebuah organisasi.
2.2

Bertanggungjawab Melakukan Pembangunan

Sebaik sahaja penerimaan pekerja baru dilakukan oleh bahagian sumber manusia,
sistem latihan dan juga orientasi perlu dilakukan. Pengurusan sumber manusia
bertanggungjawab dalam menjalankan orientasi ini bagi memperkenalkan tenaga kerja
kepada persekitaran dan tanggungjawab ketika bekerja dalam syarikat tersebut.
Program-program

berbentuk

pembangunan

organisasi

perlu

dipraktikkan

bagi

membolehkan kemajuan dicapai. Selain itu, mereka juga bertanggungjawab membentuk


kumpulan berkesan di mana kumpulan tersebut berjaya mencapai matlamat masingmasing dalam struktur organisasi. Kumpulan pekerja yang berada pada tahap tertentu

<ABSR3103>

perlu sama-sama bertanggungjawab membantu kumpulan pekerja dalam tahap lain pada
struktur organisasi.
Dalam melakukan pembangunan, tenaga kerja yang ada perlulah aktif dan produktif bagi
mencapai matlamat. Hal ini boleh diwujudkan dengan mengendalikan satu sistem
berbentuk penilaian di mana sistem ini adalah bagi menilai prestasi setiap pekerja dalam
melakukan pekerjaan.
Setiap pekerja mempunyai rancangan kerja mengikut bahagian mereka. Pengurusan
sumber manusia juga memainkan peranan membantu pekerja dalam menjayakan
rancangan kerja mereka.
2.3

Menyediakan Pampasan dan Kemudahan

Pampasan dan kemudahan boleh dirujuk sebagai hak yang perlu dimiliki oleh
seseorang pekerja. Dalam perkara ini, hal-hal yang membabitkan pampasan dan
kemudahan adalah dikendalikan oleh bahagian sumber manusia. Mereka perlu merancang
sistem pampasan yang baik selain menyediakan kemudahan yang terjaga untuk kegunaan
pekerja. Pampasan dan kemudahan yang disediakan itu perlulah adil dan juga konsisten
kerana pekerja mempunyai hak dalam memiliki pampasan dan kemudahan.
2.4

Menjaga Keselamatan dan Kesihatan

Persekitaran kerja merupakan persekitaran yang berbahaya bagi sesetengah


syarikat. Terdapat syarikat yang mempunyai risiko yang tinggi jika aspek keselamatan
dan kesihatan tidak dipentingkan dalam organisasi itu.
Pengurusan sumber manusia berperanan dalam mempraktikkan keselamatan pekerja.
Rancangan keselamatan yang telah didokumenkan perlu diikuti dan diberikan latihan
bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak elok berlaku. Rancangan kesihatan adalah
perlu kerana kesihatan pekerja merupakan tonggak kepada hasil kerja sesebuah
organisasi.
Selain kesihatan luaran, pengurusan sumber manusia juga perlu membantu pihak yang
mempunyai masalah peribadi di mana masalah ini boleh menjadi halangan kepada
6

<ABSR3103>

kejayaan sesebuah organisasi. Masalah peribadi boleh mejejaskan prestasi kerja


seseorang.
2.5

Bertindak Sebagai Penghubung Antara Unit

Pengurusan sumber manusia adalah merupakan orang tengah atau penghubung


antara organisasi dengan kesatuan pekerja. Di dalam setiap organisasi, terdapat bantahan
dan masalah yang terjadi. Mereka adalah berperanan dalam menyelesaikan sebarang
bantahan kesatuan pekerja kepada organisasi. Selain itu, disiplin pekerja juga merupakan
bahagian yang perlu dijaga oleh pengurusan sumber manusia.
Sistem dalam hal ehwal pengurusan disiplin perlu dijaga oleh bahagian ini kerana sistem
ini akan digunakan sekiranya berlaku perkara yang membabitkan hal di atas.
2.6

Membuat Penyelidikan

Pengurusan sumber manusia adalah perlu membuat penyelidikan kerana


penyelidikan akan menghasilkan keputusan yang boleh digunakan bagi mencapai
matlamat. Sistem komunikasi dalam organisasi adalah perlu dibaiki dalam hal
membangunkan organisasi tersebut.
3.0

Peranan Sumber Manusia dalam Menentukan Kejayaan Organisasi

Semua peranan yang telah diberikan adalah merupakan tonggak utama ke arah kejayaan
sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi perlu mempunyai seorang atau lebih ketua
dalam memastikan organisasi menjuju ke arah matlamat yang betul.
3.1

Perancangan yang Baik Mendorong Kepada Kejayaan

Salah satu peranan pengurusan sumber manusia adalah membuat perancangan


yang baik. Perancangan ini perlu dimulakan dengan beberapa analisis dalam tugas yang
tertentu.
Setiap kerja perlu dimulakan dengan perancangan dan juga pemilihan yang betul. Jika
sesebuah tidak mempunyai perancangan, maka organisasi itu akan kucar-kacir dan tidak

<ABSR3103>

boleh menjalankan operasi dengan cekap. Perancangan membawa kepada kejayaan jika
diikuti dengan baik dan berkesan.
Contoh bagi perancangan yang berkesan adalah seperti perancangan dalam aspek
pembangunan jati diri pekerja. Pengurusan sumber manusia yang melakukan
perancangan dalam pembangunan jati diri dengan menghantar pekerja kepada kursuskursus tertentu dengan konsisten adalah berkesan dalam menjayakan organisasi itu. Ini
kerana perancangan penghantaran ke kursus dapat mendedahkan pekerja kepada isu dan
cara kerja terkini lalu memudahkan lagi operasi sesebuah organisasi.
3.2

Pembangunan yang Berlaku Memajukan Organisasi

Sesebuah organisasi tidak akan dikira sebagai berjaya sekiranya matlamat yang
dicapai tidak dapat memberi kebaikan kepada sekeliling. Bagi mencapai matlamat yang
baik, pembangunan seiring kemajuan haruslah ditikberatkan.
Proses pembangunan dalam sesebuah organisasi adalah melibatkan pengurusan sumber
manusia yang cekap sejak dari awal pekerja bekerja di syarikat tersebut. Antaranya
adalah program orientasi yang baik.
Contohnya seperti sebuah syarikat yang menerima tenaga kerjanya yang baru. Program
orientasi perlu dilakukan oleh bahagian sumber manusia. Orientasi tersebut adalah seperti
memperkenalkan pekerja baru dengan pekerja yang lama, memberi latihan dan nota
berkaitan pekerjaan yang bakal dilakukan dan membuat latihan bagi memastikan pekerja
tersebut dapat melakukan tugasnya yang sebenar.
Jika struktur organisasi yang berkesan telah dibentuk oleh pengurusan sumber manusia,
struktur organisasi ini memainkan peranan dalam membantu syarikat ke arah lebih baik.
Contohnya seperti sesebuah syarikat yang mempunyai ketua bagi setiap bahagian. Ketua
ini diberikan kursus yang dirancang oleh bahagian sumber manusia. Ketua yang mantap
dan mahir dalam bidang tugasnya akan mengajar pekerja di dalam bahagiannya tentang
pekerjaan yang tertentu itu. Pekerja tersebut akan menjadi lebih mahir dan sebarang
kesulitan dapat diatasi.

<ABSR3103>

Seterusnya, pekerja yang mahir ini akan membuatkan syarikat lebih mudah
mengendalikan akan menghasilkan sesuatu produk. Begitulah kepentingan pengurusan
sumber manusia dalam berperanan untuk membentuk struktur organisasi yang baik
seterusnya sruktur ini membantu memberi kejayaan kepada organisasi.
3.3

Kemudahan dan Pampasan yang Diberi Menjadikan Pekerja Lebih

Setia
Peranan sumber manusia dalam memberi kemudahan dan pampasan dalam
sesuatu hal sebenarnya adalah penting. Ini merupakan suatu bentuk kebajikan telah
dilakukan oleh pihak syarikat.
Contohnya seperti jika seseorang pekerja itu mendapat kecederaan semasa menjalankan
tugasnya di tempat kerja. Kederaan yang dialami ini selayaknya membolehkan seorang
pekerja itu menuntut pampasan. Jika proses ini berjalan lancar dan hak pekerja dijaga
sebaiknya oleh sumber manusia, maka tidak hairanlah pekerja tersebut akan terus
menyambung tugasnya untuk berkhidmat di organisasi berikut. Ini kerana pekerja
tersebut merasakan dirinya dijaga dan haknya adalah dipelihara oleh majikan.
Sebaliknya, jika pampasan yang dilakukan tidak boleh diterima atau pengurusan sumber
manusia tidak menguruskannya, maka sudah tentu pekerja tersebut akan berhenti dan
mencari pekerjaan yang lebih sesuai.
Memastikan pekerja terus bekerja lama dalam sesebuah syarikat merupakan keuntungan
yang diperolehi oleh syarikat. Ini kerana mereka yang sudah lama bekerja adalah lebih
mudah untuk melakukan tugasannya dan arahan lebih mudah untuk diikuti.
Peranan pengurusan sumber manusia dalam memastikan mereka mendapat kemudahan
yang sewajarnya adalah membawa kepada kejayaan sesebuah organisasi. Ini kerana
kesetiaan seseorang pekerja akan membolehkan syarikat membangun dengan cepat.

<ABSR3103>

3.4

Keselamatan dan Kesihatan yang Terjaga Membantu Syarikat

Berjaya
Keselamatan dan kesihatan adalah dua perkara yang penting untuk dijaga terutamanya
kepada golongan pekerja. Pada setiap tempat kerja, pastinya terdapat risiko yang
mengancam keselamatan dan menjejaskan kesihatan pekerja.
Pengurusan sumber manusia yang menjalankan peranan dalam menjaga hal keselamatan
dan kesihatan pekerja dengan baik adalah membawa kepada kejayaan sesebuah
organisasi. Ini kerana organisasi juga dapat dilihat oleh orang luar melalui penjagaan
mereka terhadap keselamatan dan kesihatan pekerja. Sebarang kecederaan yang
disebabkan oleh kurangnya latihan akan membawa kesan yang buruk.
Contoh peranan baik yang dijalankan adalah, dengan melakukan program latihan
kebakaran. Program latihan kebakaran yang baik yang telah dijalankan oleh bahagian
sumber manusia akan dapat mengelakkan kemalangan jiwa dari berlaku. Ini kerana
pekerja telah dilatih, sekiranya berlaku kebakaran, di manakah tempat yang sesuai untuk
mereka melarikan diri dan berkumpul. Latihan keselamatan ini akan dapat mengelakkan
sebarang kemalangan jiwa dan hal ini membolehkan orang luar melihat kecekapan
pengurusan sumber manusia dalam menjaga keselamatan. Keselamatan yang terjaga akan
memudahkan mereka yang berminat untuk membeli sebahagian saham dari organisasi
berikut. Pembelian saham yang tinggi akan menyebabkan kewangan syarikat itu
3.5

Kemajuan Organisasi Tercapai Dengan Hubungan Baik Organisasi

dan Kesatuan Pekerja


Hubungan antara majikan atau organisasi dengan kesatuan pekerja merupakan
salah satu cara untuk menjayakan sesebuah organisasi. Kesatuan pekerja merupakan
tempat pekerja meluahkan segala yang dikehendaki dan tempat mereka berbincang
berkenaan sesuatu perkara.
Peranan perhubungan sumber manusia dalam menjayakan organisasi melalui hubungan
antara majikan dana kesatuan pekerja adalah seperti berikut. Jika sesebuah organisasi
mempunyai masalah berkaitan gaji, kesatuan pekerja akan bertindak memberitahu
10

<ABSR3103>

mereka yang berada di atas. Bahagian sumber manusia selaku penghubung dengan bijak
mengawal pekerja dan memberitahu mereka yang terlibat berkenaan hal ini. Hal ini
diurus dengan bijak dan kawalan disiplin pekerja dilaksanakan dengan betul.
Peranan baik yang dijalankan ini menjadikan sesebuah organisasi boleh berjaya kerana
kurang atau masalah disiplim yang berjaya dikawal. Disiplin yang dikawal baik oleh
pengurusan sumber manusia membolehkan kemenangan pada kedua-dua pihak tercapai
dan tidak ada persengketaan yang berlaku.
3.6

Penyelidikan Berterusan Membentuk Jaringan Kemudahan

Perhubungan sumber manusia juga berperanan dalam membentuk kemudahan yang perlu
digunakan pada waktu-waktu tertentu. Ini termasuklah membina maklumat asas
berkenaan sumber manusia. Matlumat asas dan sistem komunikasi baik yang berjaya
dibina telah menyebabkan organisasi tersebut mencapai kejayaan.

4.0

Cabaran yang Dihadapi Oleh Sesebuah Organisasi


4.1

Cabaran Dalaman
4.1.1

Imbuhan dan Pemberian Gaji

Imbuhan merupakan satu daya tarikan bagi menarik mereka yang


memerlukan pekerjaan. Terdapat banyak kelebihan sekiranya imbuhan diberikan kepada
pekerja antaranya adalah menarik pekerja baru untuk bekerja, mengekalkan pekerja yang
sedia ada dan banyak lagi.
Imbuhan yang biasa diinginkan oleh pekerja adalah berbentuk wang ringgit. Gaji
merupakan imbuhan asas yang dipentingkan oleh pekerja. Jika seseorang pekerja ingin
bekerja di tempat baru, gaji merupakan perkara utama yang dipentingkan selain faktorfaktor lain.
Pentingnya upah atau gaji ini adalah gaji boleh mempengaruhi pekerja untuk bekerja
dengan lebih baik dan cemerlang. Gaji yang tidak berpatutan biasanya akan membawa
11

<ABSR3103>

kepada pelbagai masalah. Gaji yang berpatutan perlu diberikan kepada pekerja kerana
kesan negatif akan timbul jika perkara yang sebaliknya terjadi.
Cabaran pemberian gaji merupakan cabaran dalaman yang perlu ditangani oleh pihak
sumber manusia. Dasar pemberian gaji bagi sesebuah organisasi merupakan tonggak
utama bagi pembangunan dan kejayaan organisasi tersebut.
Menurut Mondy pada tahun 2005, gaji atau imbuhan ini perlu diambil kira kerana iainya
merupakan keadilan. Keadilan bermaksud bagaimana pekerja merasakan diri mereka
dilayan dengan betul.
4.1.2 Tekanan Kerja
Tekanan atau stress merupakan unsur yang terdapat dalam sesebuah
organisasi hasil daripada kerja yang dilakukan. Stress membawa kepada kebaikan jika
diurus dengan betul tetapi kebanyakan stress di tempat kerja adalah merugikan syarikat.
Stress yang berlaku kepada pekerja merupakan satu cabaran dalaman yang perlu diatasi
oleh pihak pengurusan sumber manusia.
4.2

Cabaran Luaran
4.2.1

Perkembangan Teknologi Maklumat

Teknologi maklumat merupakan satu bidang yang semakin maju dan


sangat cepat berubah seiring dengan perubahan tekonologi. Seluruh dunia menggunakan
teknologi maklumat sebagai satu bahan komunikasi, pencarian maklumat dan lain-lain.
Pihak pengurusan sumber manusia tidak dapat lari dari mempunyai cabaran atau masalah
berkaitan teknologi ini. Setiap perisian yang digunakan oleh organisasi perlulah selaras
dengan perisisan yang digunakan oleh orang yang berhubung dengan organisasi ini bagi
memastikan kerja berjalan dengan lancar. Jika perisisan yang terkini tidak ada,
kemungkinan penyampaian kerja berbentuk teknologi tidak dapat disalurkan.
Cabaran ini memerlukan pihak pengurusan sumber manusia sentiasa peka dengan
perkembangan tekonolgi terkini. Tidak boleh hanya mengikuti perkembangan dalaman
organisasi, cabaran teknologi ini berbentuk cabaran luaran yang mana jika tiada
12

<ABSR3103>

kemahiran dalam mengendalikannya, sistem akan menjadi perlahan dan memberi


masalah kepada organisasi.
4.2.2 Kemasukan Buruh Asing
Banyak organisasi di dalam negara ini menggunakan khidmat buruh asing
untuk menjalankan operasi terutamanya organisasi yang menjalankan aktiviti
pengeluaran. Kemasukan buruh asing di negara ini dilihat memberi satu impak negatif
kepada masyarakat sekeliling kerana terdapat beberapa kejadian tidak baik yang berlaku
melibatkan buruh asing.
Menjadi cabaran pengurusan sumber manusia adalah dalam menyelesaikan isu buruh
asing ini. Disebabkan kekurangan pekerja, maka sumber manusia perlu mengambil kira
kemasukan buruh asing ini ke dalam sesebuah organisasi.
Pekerja yang berasal dari luar negara seperti Indonesia, Myanmar dan lain-lain lagi perlu
menjalani beberapa prosedur bagi membolehkan mereka bekerja di negara ini. Prosedur
ini perlu dikendalikan oleh pengurusan sumber manusia bagi memastikan mereka bebas
dari gejala yang tidak baik.
4.2.3 Kewujudan Organisasi Lain yang Lebih Baik di Persekitaran
Adalah menjadi salah satu peranan bahagian pengurusan sumber manusia
bagi memastikan pekerja yang mahir dan berdedikasi supaya setia dan sentiasa ingin
bekerja dengan baik di organisasi tersebut. Ini kerana tenaga kerja mahir amat diperlukan
dan bagi menggantikan tenaga kerja mahir dengan pekerja yang baru amat susah.
Jika terdapatnya satu organisasi yang lebih baik dan memerlukan pekerja yang mahir
dalam bidang yang sama di kawasan berdekatan, maka organisasi itu akan terjejas. Ini
kerana pekerja semestinya akan pergi ke tempat kerja yang lebih tinggi gajinya selain
persekitaran yang lebih baik. Hal ini menjadi cabaran bagi bahagian pengurusan sumber
manusia untuk mengendalikan perkara ini.
5.0

Saranan dalam Menghadapi Cabaran

13

<ABSR3103>

Bahagian pengurusan sumber manusia tidak dapat mengelak dari menghadapi cabaran
yang datang. Cabaran yang pelbagai perlu dihadapai dengan cara yang betul bagi
mengelakkan berlakunya perkara tidak baik kepada organisasi.
Dalam menempuh pelbagai cabaran yang mendatang, pengurusan sumber manusia perlu
bijak mencari peluang dalam menghadapi dan mengendali cabaran semasa. Terdapat
beberapa cara bagi menguruskan cabaran tersebut.
5.1
Organisasi

Rancang Pemberian Gaji Minimum yang Lebih Tinggi dari


Lain

Oleh kerana setiap pekerja mahukan gaji yang sedikit tinggi daripada tempat kerja yang
lain, sumber manusia perlu menguruskan dan merancang kewangan mereka. Kewangan
dirancang dengan cara berbincang dan bekerjasama dengan bahagian kewangan.
Aktiviti yang teliti perlu dirancang bagi membolehkan wang yang mencukupi disalurkan
kepada bahagian pemberian gaji dan imbuhan.
5.2

Jadualkan Aktiviti Sukan dan Hari Keluarga

Aktiviti di luar pejabat ini perlu kerana cara ini dapat mengurangkan stress atau
tekanan yang dihadapi oleh pekerja. Tetapkan beberapa hari untuk pekerja bersukan bagi
mengekalkan kesihatan di samping melepaskan tekanan kerja seharian.
5.3

Hantar Pekerja Untuk Kursus Teknologi Maklumat

Setiap ketua dari setiap bahagian perlu dihantar ke kursus teknologi maklumat
terkini bagi membolehkan organisasi maju seiring dengan kamajuan teknologi. Ini kerana
kursus ini dapat memberikan tunjuk ajar berkenaan teknologi terbaru yang dapat
membantu organisasi memudahkan kerja.
5.4

Menjaga Kebajikan dan Kemudahan Pekerja

Pekerja sentiasa mahukan organisasi yang membantu menjaga kebajikan mereka.


Ini kerana aspek kebajikan adalah aspek yang paling diambil kira oleh seseorang untuk
terus berkhidmat kepada organisasi tersebut.
14

<ABSR3103>

6.0

Kesimpulan

Pengurusan sumber manusia merupakan suatu bahagian yang penting dalam sesebuah
organisasi. Perkembangan arus globalisasi yang semakin maju menjadikan mereka
terpaksa menghadapi cabaran-cabaran yang lebih hebat. Semakin besar sesebuah
organisasi itu, maka semakin besarlah cabaran yang terpaksa dihadapi. Kajian
menunjukkan kebanyakkan syarikat-syarikat berjaya adalah dengan mempraktiskan
sistem pengurusan sumber manusia yang cekap. Hasilnya, syarikat berkenaan telah
dipilih sebagai syarikat yang paling disukai untuk bekerja.
Perancangan sumber manusia yang sistematik dan berkesan memerlukan suatu analisa
persekitaran samada dalaman atau luaran. Ramalan dan unjuran keperluan sumber
manusia perlu dibuat dengan lebih saintifik dengan menggunakan kaedah-kaedah
kuantitatif dan kualitatif. Justeru itu, adalah tidak mustahil bagi sesebuah organisasi itu
mencapai matlamatnya jika mendapat pengurusan dari sumber mannusia yang cekap dan
mempunyai visi dan misi yang jelas.

(Jumlah Perkataan : 2714)

15

<ABSR3103>

Rujukan

Aizzat Mohd Nasurddin & Intan Osman. (2006). Pengantar Pengurusan. Kuala Lumpur.
Utusan Publications & Distributors.

Abd. Rahim Abd. Rashid. (2006). Agenda Perubahan: Pengurusan Sumber Manusia dan
Kerjaya. Kuala Lumpur. Utusan Publications & Distributors.

Abd. Rahim Abd. Rashid, Sufean Hussin & Abd. Jalil Othman. (2006). Hala Tuju
Pengurusan

Sumber Manusia & Kerjaya. Kuala Lumpur. Utusan Publications &

Distributors

Sharifah Akmam Syed Zakaria & Hardiman Muhammad Yatim. (2007). Rancangan
Perniagaan. 2007. Kuala Lumpur. PTS Professional.

Juhary Hj. Ali (2002) Mengurus Sumber Manusia. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa dan
Pustaka

16