Anda di halaman 1dari 12

KERTAS CADANGAN PENUBUHAN "KELAB KEMBARA" SEBAGAI

AKTIVITI KOKURIKULUM di KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR.



TAJUK
Kelab Kembara Kolej.
PENGENALAN
Kelab Kembara adalah usaha terancang pihak Kolej Matrikulasi Selangor untuk melibatkan
pelajar mengisi masa lapang mereka dengan perkara yang berfaedah di samping memenuhi hobi
mereka. Aktiviti-aktiviti Kelab Kembara ini, membolehkan penglibatan aktif pelajar bagi
menimbulkan rasa semangat berkumpulan, kemahiran, rasa cinta pada flora dan fauna serta
mengelakkan diri daripada terjebak kepada kegiatan negatif.
Rasional
Kegiatan Kokurikulum sekolah adalah bertujuan untuk memberi pendidikan mental, fizikal dan
rohani kepada murid-murid secara tidak formal. Pengalaman melalui kegiatan Kokurikulum
bertambah berkesan jika murid-murid terlibat secara aktif dan dapat melihat faedahnya untuk
masa depan mereka.
Untuk tujuan-tujuan tersebut maka penubuhan "Kelab Kembara" dicadangkan. Anggota-anggota
"Kelab Kembara" akan didedahkan dengan cabaran-cabaran yang harus mereka tempuhi
sekaligus membantu usaha kerajaan dalam membina generasi muda yang cekal menghadapi
dugaan masa kini. Melalui cabaran-cabaran tersebut anggota kelab dapat menguji ketahanan diri
terhadap dunia luar yang bakal dihadapi dan menjdikan diri mereka kenal kepada jati diri.

TUJUAN
Tujuan dicadangkan menubuhkan "Kelab Kembara" di kolej ini adalah untuk:
1. Memupuk dan mencungkil bakat yang ada dalam aktiviti-aktiviti berbentuk
rekreasi dan eksplorasi.
2. Mengajar pelajar untuk cinta dan menikmati lora dan fauna.
3. Menjadikan pelajar seorang yang bijak dalam selok belok alam semula jadi
serta mendapat informasi daripada aktiviti yang dijalankan.
4. Mempunyai kecekalan terhadap sesuatu perkara yang bakal atau terjadi pada
diri.
5. Menjadikan pelajar sebagai seorang insan yang matang serta bersedia untuk
memimpin dalam organisasi.
6. Menjadikan pelajar tidak tersisih daripada masyarakat dengan kerjasama yang
dilakukan diantara mereka.
7. Menjadikan pelajar berani bersuara untuk kebaikan pada masa akan datang.
8. Memberi pelajar pengalaman untuk dibawa bersama didalam masyarakat
apabila mereka telah tamat pengajian kelah.
9. Memberikan pelajar ketahanan untuk menolak segala gejala negatif supaya
tidak tersesat dalam hidup.



PENYERTAAN ANGGOTA KELAB KEMBARA
Pelajar-pelajar yang ingin menjadi anggota "Kelab Kembara" perlu mempunyai beberapa sifat
berikut:
1. Sihat tubuh badan. Tidak mempunyai penyakit kronik.
2. Pencapaian akademik yang baik.
3. Mempunyai rasa cintakan alam semulajadi .
4. Bersikap bekerjasama.
5. Berani dan lasak.
1. OBJEKTIF AM

Pensyarah dan pelajar akan:

Mengetahui dan memahami ciri-ciri dan nilai-nilai kepimpinan yang diperlukan untuk
memimpin, mengurus dan mengoperasikan kelab atau persatuan di kolej .

Mengetahui dan memahami kaedah, stategi dan prinsip pengurusan kelab atau persatuan
secara berkesan.

Mengetahui dan memahami kaedah dan strategi memimpin dan memotivasikan ahli-ahli
kelab atau persatuan yang dipimpin

Mempunyai pengetahuan dan kemahiran merancang, mengelola, menyelia dan menilai
aktiviti dan kegiatan kelab atau persatuan yang dipimpin.

Mempunyai keyakinan diri sebagai pemimpin yang berwibawa, berketrampilan dan
berwawasan.

Untuk membantu usaha membina generasi muda yang cekal menghadapi cabaran
masa kini.
Menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi.
Menguji kefahaman mereka tentang semangat patriotisme.
Menjadikan diri mereka kenal kepada jati diri.
Menjadikan mereka mempunyai semangat serta menghayati perpaduan.





2. OBJEKTIF KHUSUS
Menjelaskan matlamat dan tujuan penubuhan kelab atau persatuan di Kolej
dalam konteks kependidikan dan kepimpinan

Menjelaskan kaedah dan tatacara penubuhan kelab atau persatuan.

Menjelaskan kaedah dan tatacara pentadbiran dan pengurusan kelab atau
persatuan

Menjelaskan kaedah dan tatacara pengurusan dan pengelolaan aktiviti dan
kegiatan kelab atau persatuan di sekolah berdasarkan perancangan dan undang-
undang.

Membentang dan menjelaskan ciri-ciri dan nilai-nilai asas kepimpinan.

Menjelaskan tanggungjawab dan peranan murid-murid sebagai warganegara
berdasarkan Rukun Negara, perlembagaan negara dan Wawasan 2020.








MATLAMAT.

Untuk membantu usaha membina generasi muda yang cekal menghadapi cabaran
masa kini.
Menguji ketahanan diri terhadap dunia luar yang bakal dihadapi.
Menguji kefahaman mereka tentang semangat patriotisme.
Menjadikan diri mereka kenal kepada jati diri.
Menjadikan mereka mempunyai semangat serta menghayati perpaduan.





















JUSTIFIKASI

Dalam rangka menyokong kepada usaha kerajaan melahirkan pelajar yang berkualiti, cemerlang,
gemilang dan terbilang, pihak pengurusan kolej mendapati asas pengukuhan jatidiri dan
kemahiran keinsanan adalah aspek yang perlu dibangunkan secara bersepadu di samping
kecemerlangan akademik dan kemahiran teknikal. Dalam membangunkan jatidiri insan
khususnya pelajar muslim, di mana solat dan masjid adalah elemen yang sangat penting,
sementara aktiviti khidmat masyarakat pula adalah penyumbang kepada kepedulian sosial dan
kemahiran keinsanan di kalangan pelajar. Atas asas-asas tersebut, pihak kolej ingin menubuhkan
Kelab Kembara Kolej, sebuah program kembara melibatkan 3 masjid di 3 daerah dalam negeri
Selangor yang diisi dengan aktiviti-aktiviti kerohanian, keilmuan dan kemasyarakatan.












JAWATANKUASA PENAJA KELAB KEMBARA

Jawatankuasa "Kelab Kembara" akan terdiri daripada:
Penasihat : Puan Mainurul Seadah Bt Meor Ibrahim
Pengerusi : Noor Najia Bte Lodz
Naib Pengerusi : Tun Muhamad Azam B. Mohd Redzuan
Setiausaha : Noor Zamatul Shima Binti Ahmad
Bendahari : Zainab Hannan Bt Ramli
Ketua Kumpulan : 1) Nurul Husna Binti Zulkifli
2) Noor Aziati Binti Daud
3) Mohd Naim B Abd Majid @ Abd Aziz
4) Muhamad Norhafizie B. Ma. Hasan
5) Nirayanti Binti Amir






PELAN TEKTIKAL KELAB KEMBARA KOLEJ MATRIKULASI SELANGOR

Bulan Minggu/
Tarikh
Aktiviti Catatan/
Tindakan
Januari




Februari




Mac



April


Minggu 2
Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Pendaftaran
Kelab / Persatuan

Pendaftaran Ahli

Suai Kenal Antara Ahli kelab

Penyusunan Organisasi

Tanggungjawab Ahli

Dasar Berpengakap

Peraturan dan Undang-Undang

Bendara

Pensyarah Penasihat



Mei



Jun



Julai



Ogos



September


Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4

Minggu 2

Minggu 4
Pemakaian Lencana

Lagu Kebangsaan

Lagu Negeri

Simpulan dan Ikatan

Pengurusan

Perjumpaan Pek/Terup

Istiadat Perlantikan

Kemahiran Berpengakap

Mesyuarat Agung

Pertolongan Cemas

Membaca Peta

Okotber



November

Minggu 2

Minggu 4

Pengembaraan

Kawad Kaki

Perkhemahan Perdana
Hari Kokurikulum














Kelab Kembara,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Mukim Jugra,
42700 Banting , Selangor. No. Tel : 03-31201410
No. Fax : 03-31201372
Ruj kami : KKK 01/01/01(01)
Tarikh : 08 JUN 2014
Pengarah,
Kolej Matrikulasi Selangor,
Mukim Jugra,
42700 Banting , Selangor.
Tuan ,
PERMOHONAN PENUBUHAN KELAB KEMBARA
Dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya Alyaa binti Azme bernombor matriks MA1423546040
dengan ini memohon untuk menubuhkan Kelab Kembara Kolej Matrikulasi Selangor mulai 20 Jun
2014.
2. Sehubungan itu , bersama-sama ini dikemukakan maklumat-maklumat berikut:
2.1 Kertas Kerja penubuhan kelab
2.2 Draf Aktiviti Asas.
2.3 Senarai Nama Jawatankuasa kelab.
3. Kerjasama dan jasa baik tuan bagi meluluskan perkara diatas terlebih dahulu saya
ucapkan jutaan terima kasih
Sekian, terima kasih .
KUALITI MENJANGKAU SEMPADAN
Saya yang menurut perintah,
(Noor Zamatul Shima Binti Ahmad)
No matriks : MA 1423546040










PENUTUP
Pelan strategik Kelab Kembara Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail Jaya,
Shah Alam ini, telah dirancang dengan begiru teliti dan mendalan dalam usaha memberikan
input semaksima mungkin kepada ahli-ahli kelab yang ada bagi menambah dan meningkatkan
ilmu dan kemahiran dalam bidang yang diceburi khususnya melibatkan aktiviti-aktiviti yang
mencabar dan memerlukan kekuatan jasmani dan emosi.
Adalah diharapkan agar segala perancangan yang telah disusun atur bagi segala program dan
aktiviti kelab dapat dilaksanakan dalam mengembangkan potensi para pelajar untuk melahirkan
pelajar cemerlang, gemilang dan terbilang agar dapat memberikan sumbangan kepada agama,
bangsa dan negara.

Anda mungkin juga menyukai