Anda di halaman 1dari 2

CADANGAN SOALAN UJIAN AKHIR HUBUNGAN ETNIK

1. Satu proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta


menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan
budaya hidup masing-masing. Proses tersebut bermaksud:
A. Proses Akomodasi**
B. Proses Integrasi
C. Proses Asimilasi
D. Proses Akulturasi

2. Satu proses pemisahan atau pengasingan antara satu kumpulan etnik dengan etnik
yang lain dalam sesebuah negara. Proses yang dimaksudkan ialah:
A. Proses Akomodasi
B. Proses Integrasi
C. Proses Segregasi**
D. Proses Akulturasi

3. Ciri-ciri masyarakat Alam Melayu hidup dalam kepluralitian semulajadi yang terjadi
tanpa paksaan oleh mana-mana pihak atau kuasa. Kedaan kepluralitian ini berlaku
pada zaman:
A. Pemerintahan British
B. Pemerintahan Pertugis
C. Pemerintahan Belanda
D. Pemerintahan Kesultanan Melaka**

4. Kedatangan British di Tanah Melayu memberi kesan terhadap budaya hidup orang-
orang tempatan. Kesan yang amat ketara berlaku dari aspek epistemologi
metafizik yang bermaksud.
A. Perubahan yang bersifat rasional dan saintifik.**
B. Perubahan yang bersifat kurafat.
C. Perubahan yang bersifat animisme.
D. Perubahan yang bersifat kepercayaan kepada bomoh.

5. Berikut adalah pernyataan yang tidak berkenaan tentang sikap masyarakat pluralistik
di Tanah Melayu yang wujud ketika zaman penjajhan British.
A. Kegagalan berasimilasi dengan penduduk tempatan.
B. Ketaatsetian terhadap negra asal masih menebal.
C. Mengekalkan konsep akomodasi tanpa kompromi.
D. Berjaya mengenali kelompok-kelompok lain.**





6. Hubungan antara pemimpin-pemimpin Melayu terjejas akibat pertentangan pendapat
mengenai pengubalan perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948. Parti
Kebangsaan Melayu Melaya (PKMM), misalnya, menentang perlembagaan
tersebut seperti dalam kenyataan berikut. Manakah di antaranya yang kurang
tepat?.
A. PKMM menentang usaha British berunding dengan wakil-wakil raja-raja
Melayu dan pemimpin UMNO dalam merangka perlembagaan PTM.
B. PKMM menolak keputusan Jawatankuasa Kerja yang membincangkan
Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu.
C. PKMM tidak setuju dengan dasar menghalang perpaduan pelbagai kaum di
Malaya.
D. PKMM tidak membidas cadangan perlembagaan PTM yang tidak selari
dengan kehendak Piagam Atlantik.**

7. Konsep Tawar Menawar atau Pekatan murni adalah merujuk kepada
persetujuan yang dihasilkan melalui rundingan antara:
A. PUTERA dan AMCJA yang mewakili kaum Melayu dan bukan Melayu.
B. Parti Perikatan yang dianggotai UMNO, MCA dan MIC untuk mewakili
kaum Melayu, Cina dan India.**
C. UMNO dan PUTERA yang mewakili kaum Melayu bersama-sama dengan
AMCJA dan MCA yang mewakili kaum bukan Melayu.
D. Parti Perikatan (UMNO, MCA dan MIC), PUTERA dan AMCJA yang
mewakili kesemua kaum di Tanah Melayu.

8. Semua kenyataan berikut merupakan konsep utama Islam Hadhari kecuali
A. Penguasaan ilmu pengatahuan
B. Pembangunan ekonomi yang seimbang dan komprehensif
C. Kehidupan berkualiti
D. Pembelaan hak kumpulan majoriti dan wanita**

9. Kenyataan berikut menerangkan maksud Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu.
Pilih yang paling tepat.
A. Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi yang berfungsi
sebagai panduan dan rujukan dalam urusan pemerintahan dan pentadbiran
negara.**
B. Dokumen yang mengandungi semua undang-undang tertinggi yang
digubal bagi setiap negeri di Malaysia.
C. Dokumen yang mengandungi undang-undang tertinggi negara yang tidak
boleh digubal semula atau dipindah.
D. Dokumen yang mengandungi peraturan-peraturan yang perlu dipatuhi
oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara.




10. Undang-undang atau peraturan yang paling tinggi dalam sistem pemerintahan di
negara kita ialah:
A. Perlembagaan Malaysia**
B. Peaturan kabinet
C. Undang-undang mahkamah
D. Undang-undang parlimen