Anda di halaman 1dari 6

Karangan Ulasan - Punca Kemalangan Jalan raya

Belakangan ini sering berlaku kemalangan di negara kita. Antara punca utama kemalangan
tersebut adalah disebabkan kecuaian pemandu. Tamsilnya, terdapat pemandu yang memandu
kenderaan sambil menggunakan telefon bimbit. Selain itu, kenderaan yang tidak diselenggara
dengan baik akan menyebabkan berlakunya kerosakan pada kenderaan tersebut.Sebagai contoh,
terdapat pemilik kenderaan yang masih menggunakan tayar yang haus dan tidak
menggantikannya dengan tayar yang baru.Seterusnya, keadaan jalan raya yang tidak
diselenggara dengan baik juga menyebabkan kenderaan tidak dapat dikawal dengan baik hingga
menyebabkan kemalangan. Akhir sekali, faktor kelemahan penguatkuasaan seperti lambat
menjejaki mereka yang sering melanggar peraturan jalan raya menyumbang kepada peningkatan
kemalangan di jalan raya.

100 patah perkataan

*Warna merah tersurat. Yang tidak diwarnakan tersirat.




Karangan Bahagian B


Karangan Cemerlang
Kata orang jauh perjalanan, luas pemandangan. Itulah yang telah saya alami sewaktu saya
dan keluarga saya pergi bercuti ke Pulau Langkawi pada cuti sekolah tempoh hari. Suasana yang
berlainan daripada tradisi masyarakat setempat yang tentu sahaja berbeza daripada tradisi
masyarakat di tempat saya menambahkan keterujaan saya untuk terus meneroka pulau yang
penuh bersejarah ini.

Kami bertolak ke Pulau Langkawi dengan menaiki pesawat Air Asia dari Lapangan
Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, Bayan Lepas. Penerbangan ini hanya memakan masa
selama 25 minit. Sekitar pukul 11.00 pagi, kami akhirnya selamat mendarat di Lapangan
Terbang Pulau Langkawi. Perasaan gembira bercampur teruja jelas sekali menguasai diri saya
dan tanpa melengahkan lagi masa saya dan kakak saya segera bergambar bersama-sama.Setelah
selesai bergambar, kami telah dijemput oleh pemandu pelancong tempat yang akan kami
menginap. Kalau diikutkan sahaja gerak hati ini, ingin sahaja saya terus menjelajahi Pulau
Mahsuri ini namun, atas menghormati permintaan ibu yang meminta agar kami berehat sahaja
dahulu di hotel terpaksa saya turuti.

Destinasi pertama yang menjadi pilihan kami sekeluarga setelah merehatkan diri sebentar
di hotel sudah tentu Pantai Chenang yang merupakan destinasi yang paling popular di Pulau
Langkawi ini. Keindahan Pantai Chenang ini ternyata susah untuk diungkapkan melalui kata-
kata. Saya,ibu dan kakak tidak melepaskan peluang untuk bergambar di sini. Orang yang paling
gembira akan kunjungan kami ke pantai ini tentu sahaja adik lelaki tunggal saya, Adnan. Dia
berasa sangat seronok mandi-manda di sini bersama dengan ayah saya.Selepas penat mandi-
manda di pantai, kami memutuskan untuk terus pulang ke hotel bagi menikmati makan malam.

Keesokan paginya, kami telah dibawa oleh pemandu pelancong kami iaitu Pak Cik
Rashid mengelilingi pulau ini. Kami sekeluarga juga telah dibawa untuk mengunjungi tempat-
tempat menarik dan bersejarah di pulau ini.Antara tempat yang telah kami lawati ialah
Underwater World, Beras Terbakar, Telaga Tujuh, Gunung Mat Cincang, kilang minyak
gamat,Tasik Dayang Buting dan akhir sekali destinasi wajib dilawati apabila berada di pulau ini
iaitu Makam Mahsuri. Selepas penat mengunjungi tempat-tempat ini, kami telah dibawa oleh
beliau untuk menjamu selera.

Pada hari terakhir di sini, kami sekeluarga telah berkunjung ke salah satu pusat beli-belah
terletak di Pekan Kuah yang dikenali di seluruh negara. Kami telah menghabiskan masa dengan
membeli pelbagai jenis cenderahati seperti coklat, minyak gamat dan pelbagai jenis pinggan
untuk ahli keluarga yang tidak dapat menyertai lawatan ini.


Sesungguhnya, semua kenangan dan pengalaman indah yang telah saya alami sewaktu
berkunjung ke sini akan menjadi suatu memorabilia yang akan selalu terpahat di kotak minda
saya ini.





Karangan Bahagian A
Bahagian A

CONTOH 2

Lihat carta piramid makanan di bawah dengan teliti. Berdasarkan maklumat yang terdapat dalam
carta tersebut, tulis ulasan yang panjangnya antara 80 hingga 100 patah perkataan.


Contoh Karangan Cemerlang

Kadar obesiti penduduk di negara ini sudah meningkat. Amalan gaya hidup sihat amatlah
penting terutamanya pemakanan. Oleh itu, terdapat beberapa amalan pemakanan yang sihat. Kita
haruslah mengurangkan makan makanan yang mempunyai lemak, minyak, gula dan garam. Jika
kita tidak mengurangkan makanan yang mempunyai lemak, kadar obesiti akan bertambah. Selain
itu, kita haruslah banyak bersenam. Dengan aktiviti ini, kita akan menjadi lebih sihat dan cergas.
Di samping itu, makan mengikut waktu secara terancang juga penting. Kesimpulannya, amalan
pemakanan amat penting, bak kata mutiara badan cergas, otak cerdas.


(84 patah perkataan)



Sajak Kata-Kata (Hashim Yaacob)
Maksud Sajak

Rangkap Maksud
1 Apabila dihina, janganlah kita berdiam diri. Kita seharusnya
mempertahankan diri dengan membalas balik kata-kata tersebut.
2 Jika kita ditengking atau dicerca, kita janganlah berdiam diri. Sebaliknya kita
perlu mempertahankan diri.
3 Martabat dan kedaulatan negara kita harus dipertahankan dengan
kebijaksanaan. Kita berpidato atau berhujah dengan spontan.
4 Negara kita mencapai kemerdekaan bukan melalui kekerasan, sebaliknya
kerana kepintaran kata-kata di meja rundingan.
5 Penyajak menyeru semua anak muda supaya bijak berkata-kata jika mereka
inginkan kehidupan mereka terbela.

Tema

Kebolehan berkomunikasi secara lisan amat penting dalam kehidupan. Dengan kebijaksanaan
berkomunikasi, seseorang itu dapat mempertahankan diri daripada dihina oleh orang lain.

Persoalan

i. Kepentingan bijak berbahasa untuk mematahkan hujah lawan. Kemahiran berhujah
membolehkan seseorang mematahkan hujah lawan dengan mudah.

ii. Kepentingan menggunakan bahasa dengan baik. Kesantunan bahasa dapat membentuk jati diri
bangsa dan menjulang nama negara.

iii. Bahasa merupakan imej sesebuah bangsa dan negara. Kebijaksanaan berbahasa
membolehkan kita memartabatkan bahasa dan mendaulatkan negara.

iv. Kemerdekaan yang diperoleh menerusi rundingan. Sejarah membuktikan negara kita merdeka
menerusi rundingan bukannya melalui peperangan.


Bentuk

i. Separuh terikat.

ii. Terdapat lima rangkap.

iii. Baris-baris ayat dan rima akhir.

Rangkap 1 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 2 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 3 terdapat 4 baris ayat. Rima akhirnya aaaa.
Rangkap 4 terdapat 2 baris ayat. Rima akhirnya aa.
Rangkap 5 terdapat 3 baris ayat. Rima akhirnya aaa.


Gaya Bahasa

i. Sinkope
Contoh : tak.

ii. Anafora
Contoh : kita merdeka.

iii. Bahasa istana
Contoh : anakanda.

iv. Asonansi pengulangan vokal a
Contoh : Pertahankanlah maruah kita.

v. Aliterasi pengulangan konsonan t
Contoh : Janganlah kita diam tak terkata.

vi. Epifora
Contoh : kita.


Nilai


i. Nilai kebijaksanaan
Bijak dalam berkata-kata dan berhujah.

ii. Nilai rasional
Sentiasa sedar jika ingin kehidupan lebih terbela, kita harus pandai berkata-kata.

iii. Nilai tanggungjawab
Bertanggungjawab mempertahankan diri apabila dicerca.

iv. Nilai keberanian
Berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.


Pengajaran

i. Kita hendaklah bijak berkata-kata dan berhujah.

ii. Kita perlulah berani mempertahankan diri dengan membalas kata-kata pihak lawan.

iii. Kita mestilah mempertahankan maruah diri kita apabila dihina.

iv. Kita mestilah memelihara martabat bangsa dan kedaulatan negara kita.

(Sumber daripada BPK)