Anda di halaman 1dari 4

Aktiviti 6.

2
Bincangkan faktor-faktor orang Melayu tidak ramai ke sekolah pada zaman penjajah.

Zaman penjajahan menyaksikan kemunculan aliran pendidikan yang berbeza dari aspek kewajaran
kepada kehendak masyarakat Tanah melayu khususnya orang Melayu itu sendiri. Meskipun usaha
penjajah mewujudkan aliran pendidikan di Tanah Melayu dilihat sebagai isu yang positif namun
semangat bencikan penjajah yang tebal menghalang penglibatan mereka dalam sektor pendidikan yang
dilihat oleh mereka sebagai propaganda dalam mengembangkan lagi ideologi penjajah yang ternyata lari
dari konsep norma kehidupan orang Melayu.

Masyarakat Melayu tidak menerima kewujudan sekolah sewaktu zaman penjajah kerana dilihat sebagai
perubahan sistem pendidikan yang telah sedia ada. Sebelum ini pendidikan awal di Tanah Melayu lebih
menumpukan kepada aspek keagamaan, kerohanian, membaca, menulis dan mengira. Pembelajaran
secara teori lebih tertumpu di sekolah-sekolah agama yang dikendalikan pada mulanya oleh mubaligh
Islam yang terdiri dari pedagang dan kemudiannya diambil alih secara berperingkat oleh rakyat tempatan
yang berkelayakan. Ini bermakna sistem ini merujuk kepada sistem pendidikan sekolah pondok. Sejarah
merekodkan sekolah agama di Tanah Melayu berkembang pesat sekitar 1920an hingga 1940an di sekitar
utara Tanah Melayu (Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok Bukit Mertajam Seberang Prai dan
Madrasah Al-Masyhur di Pulau Pinang).

Meskipun begitu disebabkan beberapa faktor tertentu tidak ramai juga masyarakat Melayu yang berminat
ke sekolah walaupun apa aliran sekalipun sewaktu zaman penjajah meskipun promosi mengenai
kepentingan pelajaran didedahkan sepanjang masa baik sekolah sekolah pondok mahupun sekolah aliran
yang diperkenalkan oleh penjajah. Sistem sekolah pondok juga tidak kurang baiknya berbanding sekolah
aliran Inggeris. Sekolah agama atau madrasah juga bersistematik iaitu dari segi kurikulum (berstruktur),
waktu belajar (tetap) dan peralatan (kerusi meja).

Terdapat dua jenis sekolah yang diperkenalkan oleh penjajah Inggeris ketika zaman penjajajahan iaitu
sekolah Inggeris dan juga sekolah vernakular Melayu. Meskipun kaedah pengajaran disusun supaya dapat
disesuaikan dengan kehendak penduduk di Tanah Melayu namun kedua-dua jenis sekolah ini tidak
mendapat tempat di hati penduduk Tanah Melayu ketika itu lebih-lebih lagi orang Melayu. Pelbagai
faktor utama dan sampingan telah dijadikan alasan untuk masyarakat Melayu menolak sistem sekolah
oleh penjajah.
Pendidikan oleh Inggeris di Tanah Melayu diperkenalkan sekitar 1824 hingga 1957. Pada waktu ini
pentadbirannya diseliakan dan dikawal sepenuhnya oleh pihak Inggeris tanpa menekankan falsafah atau
dasar pendidikan yang memperjuangkan kepentingan masyarakat. Pentadbiran pendidikan di Tanah
Melayu semasa ini adalah mengikut dasar penjajah iaitu "pecah dan perintah" serta dasar terbuka dan
tiada campurtangan tentang pendidikan vernakular. Matlamat utamanya ialah semata-mata untuk
memberi pendidikan kepada segolongan rakyat untuk membolehkan sebahagian dari mereka memenuhi
keperluan tenaga dan ekonomi penjajah. Namun pendidikan kepada pelajar Melayu hanya sekadar
melepas batuk di tangga sahaja, iaitu menunaikan kewajipan kepada anak watan sesuai dengan perjanjian
Inggeris dengan pembesar - pembesar tempatan. Oleh yang demikian orang Melayu yang tebal semangat
kebangsaan menolak untuk mengikuti pendidikan di sekolah.

Faktor seterusnya melihat pendidikan ini adalah secara ad hoc tanpa dibendung oleh satu garis panduan
atau batasan konkrit. Inggeris tidak menggangap pendidikan Tanah Melayu sebagai satu pelaburan untuk
meningkatkan kemahiran dan kebolehan rakyat bagi mencapai kemajuan. Sebaliknya mereka
mengendalikan pendidikan di bawah dasar benovelent welfare policy. Dipercayai objektif pemerintahan
Inggeris adalah bukan hendak mengubah atau memajukan struktur sosial tetapi sekadar menjadikan
keadaan struktur sosial yang sedia ada itu sedikit efisien dari sebelumnya. Pendidikan pada waktu itu
berkembang secara sewenang-wenangnya tanpa satu dasar yang jelas dapat membina dan memupuk
unsur- unsur kebangsaan di kalangan rakyat. Perkara ini menyebabkan orang Melayu seolah
dipermainkan dan dipandang rendah.

Dasar Inggeris telah mewujudkan sistem pendidikan plural (plural education all system) sesuai dengan
keadaan struktur masyarakat majmuk Terdapat lima aliran bahasa iaitu bahasa Cina, Melayu, Arab dan
Tamil. Sistem pendidikan plural ini tidak dapat menyemai serta memupuk semangat kebangsaan 
dikalangan penduduk yang berbilang kaum. Orientasi pendidikan ini telah menekan dan mengekalkan
tumpuan taat setia rakyat pendatang kepada negara asal mereka. Koloni British mengamalkan dasar
‘laissez-faire’ dengan membiarkan tiap-tiap sistem persekolahan itu berkembang mengikut haluan
masing-masing. Kesannya, telah wujud empat sistem persekolahan yang berbeza di masa itu.

Keengganan orang Melayu ke sekolah dilihat sebagai boikot dan membantah sistem tersebut. Hal ini
menyebabkan jurang ekonomi dan sosial yang semakin ketara dalam kalangan rakyat yang berbilang
kaum. Kaum Melayu dengan sekolah pondok yang bersifat tradisional memperlihatkan mutu pendidikan
yang amat terbatas dan sekolah-sekolah Melayu ini didirikan atas daya usaha orang perseorangan.
Manakala kaum Cina dengan sekolah Cina yang diusahakan oleh sukarelawan Cina, sedangkan sekolah
Tamil pula diuruskan oleh kaum India, menakala Sekolah Inggeris pula diambil alih oleh mubaligh-
mubaligh Kristian.

a) Kebencian Terhadap Penjajah


Menurut Amir Hasan Dawi (2009), kebencian kepada penjajah, protes terhadap pentadbiran Inggeris di
Tanah Melayu, perasaan syak wasangka terhadap tujuan Inggeris untuk mengkristiankan ataupun
sekurang-kurangnya mensekularkan orang-orang Melayu telah menghalang mereka memasuki sekolah-
sekolah berkenaan. Pernyataan ini jelas menunjukkan bahawa masyarakat Melayu ketika itu sangat
membenci kehadiran Inggeris walaupun tujuan mereka menubuhkan sekolah pada masa itu bertujuan
baik. Masyarakat Melayu ketika itu lebih cenderung memilih sekolah agama ataupun langsung tidak perlu
ke sekolah.

b) Kemasukan Terhad
Semasa pemerintahan Inggeris, sekolah Inggeris ditubuhkan untuk anak-anak bangsawan dan anak-anak
Raja. Banyak pendapat mengatakan sekolah Inggeris ini ditubuhkan untuk memberi latihan kepada anak-
anak bangsawan ini untuk menjadi pegawai-pegawai rendah kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. Jadi
secara umumnya kemasukan ke sekolah Inggeris hanyalah terhad kepada golongan bangsawan sahaja.
Tambahan pula satu peperiksaan khas perlu dilalui oleh calon-calon yang ingin mendapatkan pendidikan
di sekolah aliran Inggeris ini.

c) Tiada Kesedaran
Sebelum kedatangan penjajah, masyarakat Melayu di Tanah Melayu sememangnya tidak pernah
mendapat pendidikan secara formal. Mereka lebih fokus kepada pendidikan agama yang didapati melalui
tok guru dan alim ulama. Kelas pula biasanya diadakan secara tidak formal di surau-surau ataupun di
rumah sahaja. Apabila pihak Inggeris cuba untuk memperkenalkan system persekolahan, masyarakat
Melayu ketika itu tidak nampak akan kepentingan sesebuah sekolah itu. Bagi mereka mendidik anak-anak
dengan ilmu agama adalah lebih penting. Ketika itu juga belum wujud lagi pekerjaan yang memerlukan
kelulusan tinggi, jadi lulus sekolah itu tidak menjadi kepentingan mereka lagi.

Berdasarkan tiga faktor di atas, maka tidak hairanla mengapa masyarakat Melayu ketika zaman
penjajahan Inggeris tidak begitu menitikberatkan persekolahan. Namun selepas tamat zaman penjajahan,
kesedaran tentang kepentingan persekolah meningkat apabila lebih ramai anak-anak melayu di hantar
belajar secara formal samada di sekolah aliran Melayu atau Inggeris dan sistem pembelajaran formal ini
berterusan sehinggalah sekarang.

Rujukan:
1. Amir Hasan Dawi. 2009. Sekolah dan Masyarakat. Tanjong Malim: Quantum Books
amaleen aisyah.pendidikan era pendidikan.pustaka cahaya intelek.
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php

Anda mungkin juga menyukai