Anda di halaman 1dari 6

Si Merah dengan Sejuta Khasiat

By : Sharlyn Christina
Artikel ini adalah tentang manfaat mengkonsumsi buah delima dan asal-usulnya.
Published on
booksie.com/Sharlyn Christina
Copyright Sharlyn Christina, 2014
Publish your writing on Booksie.com.
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
Si Merah dengan Sejuta Khasiat 1
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
Delima: Si Merah dengan Sejuta Khasiat
Mengandungi antioksidan
Kajian menunjukkan bahawa kandungan antioksidan dalam buah delima adalah dua atau tiga kali lebih tinggi
berbanding anggur merah. Malah, kualiti antioksidan juga dikatakan lebih baik daripada buah beri biru,
cranberry serta oren kerana polifenol dalam buah delima juga lebih tinggi. Fungsi Antioksidan ialah ianya
dapat melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel dalam badan kita. Kerosakan sel akan menyebabkan
pelbagai penyakit termasuklah kanser, penyakit jantung dan alzheimer.
Melindungi jantung
Berdasarkan kajian Proceedings of the National Academy of Sciences,didapati bahawa jus delima dapat
mencegah pengerasan arteri dan penyakit lain seperti serangan jantung dan stroke. Buah delima dapat
mencegah daripada tompokan plak yang menyebabkan plak tersumbat di arteri dan buah delima juga dapat
meluruhkan tompokan plak yang terlekat di arteri. Dalam Journal of Cardiology, menyatakan pesakit
koroneri (PJK) yang jus buah delima setiap hari selama tiga bulan menunjukkan peningkatan aliran darah ke
jantung sebanyak 1 %. Aliran darah menurun sebesar 18%.
Menurunkan kadar kolesterol
Menurut penelitian di American Journal of Clinical Nutrition, antioksidan dalam buah delima dapat
mengurangkan oksidasi LDL (kolesterol jahat) pada tikus. Hal ini menurunkan kadar LDL dan meningkatkan
HDL (kolesterol baik).
Mencegah dan mengubati kanser
Buah delima memiliki khasiat mencegah dan mengubati berbagai jenis kanser: Jus buah delima dapat
menghancurkan sel-sel kanser payudara dan membiarkan sel-sel sehat. Buah delima juga dapat mencegah
pembentukan sel kanser payudara.
Ekstrak biji delima yang kaya dengan polifenol dapat memulihkan sel-sel leukemia kembali menjadi
normal.
buah delima juga dapat membantutkan perkembangan kanser paru-paru dan kanser prostat. Dalam sebuah
penelitian terhadap 50 lelaki yang telah menjalani pengubatan kanser prostat, yang minum 205g jus delima
setiap hari dapat melambatkan penggandaan PSA (ukuran perkembangan kanser prostat) dan dapat
mengurangkan rawatan seperti kimoterapi atau terapi hormon.
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
Si Merah dengan Sejuta Khasiat 2
Mencegah dan memperlambat penyakit Alzheimer
Dalam sebuah studi, tikus yang dibiakkan untuk mengembangkan penyakit Alzheimer diberi jus delima.
Mereka mengakumulasi plak amiloid yang lebih sedikit dan melakukan tugas-tugas mental yang lebih baik.
Sumber nutrisi sebiji buah delima memiliki sekitar 40 % vitamin C harian untuk orang dewasa, bersama dan
ianya juga mengandungi folat, serat, kalium, niasin dan vitamin A dan E.
Khasiat Buah delima untuk kecantikan kulit
Sumber asid folat dan antioksidan dalam buah delima memberi kesan semula jadi kerana dapat merangsang,
menyaktoksid dan meningkatkan kecantikan kulit semula jadi.
Kandungan gula Buah delima mampu bertindak sebagai bahan skrub untuk menyingkirkan sel-sel kulit mati.
Hasilnya kulit akan kelihatan segar dan muda selalu.
Buah delima juga boleh digunakan untuk menghilangkan jerawat, caranya sangat mudah .Selepas makan buah
delima jangan buang kulitnya, ambil kulit buah delima, jemur sehingga kulitnyer kecut, kemudian kisar atau
tumbuk sehingga ianya menjadi serbuk.Kemudian simpan dalam bekas..dan apabila nak digunakan ambik
sedikit serbuk tadi tambahkan sedikit air perahan limau nipis dan sapukan pada wajah.Biarkan sehingga
kering kemudian basuh.
Khasiat Buah delima untuk ibu mengandung
Buah delima dapat melindungi otak bayi semasa kelahiran. Dalam sebuah kajian Pediatric Research
dinyatakan bahawa dengan hanya meminum jus buah delima selama kehamilan dapat membantu melindungi
otak bayi yang baru lahir.
Jus buah delima dapat melahirkan anak yang sihat dan cerdas. Bagi ibu yang mengandung ,buah delima
merupakan buah terbaik untuk dimakan kerana ianya kaya dengan kandungan asid folik yang dapat mencegah
kecacatan tiub saraf yang menyebabkan kerosakan pada sumsum tulang belakang dan lelangit bibir sumbing
pada bayi.
Jus buah delima juga dapat mengelakkan kejang kaki yang biasa dihadapi oleh wanita hamil.
Tip memilih buah delima
Ketika membeli buah delima, pilih buah delima yang berat dan kulitnyer bersih tanpa cela dan
kulit tak merekah-rekah. Buah Delima boleh tahan selama 6 bulan kalau disimpan dalam kulkas.
Cara memakan buah delima, terlebih dahulu kopek kulitnya dan hiris kulitnya dari atas ke bawah pada tiga
atau empat bahagian. Dan mulakan aktiviti mengutil isi buahnya ke dalam mangkuk.dan nikmati
keenakannya.
Fakta mengenai Buah delima
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
3
Delima atau Punica granatum sejenis pokok renek atau pokok kecil berdaun luruh boleh membesar
sehingga ketinggian lima hingga lapan meter.
Buah ini berasal dari Asia Barat Daya dan ditanam secara semula jadi di seluruh kawasan Mediterranean dan
Kausasus sejak zaman purba lagi.Turut ditanam secara meluas di Afghanistan, Algeria, Armenia, Azerbaijan,
Iran, Iraq, India, Pakistan, Syria, Turki serta kawasan lebih kering dan Asia Tenggara seperti Semenanjung
Malaysia, India Timur, dan kawasan tropika di Afrika.
Delima dibawa masuk ke Amerika Latin dan California oleh peneroka Sepanyol pada tahun
1769. Delima kini ditanam di sebahagian California dan Arizona untuk pengeluaran jus.
Di Hemisfera Utara, delima biasanya berbuah bermula dari September sehingga Februari,
manakala di Hemisfera Selatan, musim buah delima bermula dari Maret sehingga Mei.
Saiz buah delima matang adalah sekitar 7-12 sentimeter diameter, bergantung kepada pelbagai
jenis dengan bentuk bulat heksagon.
Berkulit tebal,warna kemerahan dan kekuningan pada lapisan luar.
Sebiji buah delima terdapat sekitar 700-800 benih biji padat dipanggil arils yang berwarna
merah.
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
4
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
5
Created from Booksie.com
Generated: 2014-04-11 03:37:14
Si Merah dengan Sejuta Khasiat
6