Anda di halaman 1dari 3

1.

0PENGENALAN
Di Malaysia, menjelang negara maju pada tahun 2020, terdapat banyak organisasi yang telah
dibangunkan. Tidak kira sama ada organisasi awam atau swasta, mereka bersaing secara sihat
bagi menyediakan barang dan perkhidmatan kepada masyarakat.
Pengkaji telah ditugaskan membuat kajian ke atas pendekatan strategi sebuah syarikat
multinasional (MSC) berdasarkan aspek aktiviti perniagaan yang dijalankan, aspek konsep-
konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat dan mencadangkan strategi
yang sesuai berdasarkan hasil analisis. Oleh itu, pengkaji telah memilih syarikat coca cola
sebagai tempa kajian.
Organisasi ini terlibat dalam aktiviti pemasaran air berkabonat di pasaran dunia.
Pengkaji akan mengkaji beberapa aspek dalam aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh
perusahan syarikat coca cola yang meliputi aspek analisis kekuatan, kelemahan, ancaman dan
peluang (SWOT).
Selain itu juga, pengkaji perlu mendapatkan konsep konsep perniagaan
antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat coca cala. Antara konsep perniagaan
antabangsa yang terdapat ialah dunia tanpa sempadan, pasaran menimbul, globalisasi, dan
lokasi. Konsep ini amat penting dalam membantu organisasi meningkatkan dan meluaskan
pasaran di pasaran dunia.
Tambahan pula, pengkaji perlu mencadangkan strategi yang sesuai berdasarkan hasil
analisis yang dibuat. Antara strategi pemasaran yang boleh dilaksanakan seperti penembusan
pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk dan pempelbagaian.







2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Antara objektif kajian yang terdapat dalam kajian ini ialah:
2.1 Mengenal pasti aktiviti perniagaan yang dijalankan oleh syarikat coca cola
2.2 Mengenal konsep-konsep perniagaan antarabangsa yang diaplikasikan oleh syarikat coca
cola
2.3 Mengkaji dan mencadangkan strategi pemasaran yang sesuai digunakan oleh syarikat
coca cola
















3.0 LATAR BELAKANG ORGANISASI
Coca cola ialah syarikat air berkabonat yang dikeluarkan oleh coca cola company dari
Atlanta,Georgia, Amerika Syarikat. Ahli farmasi John Stith Pemberton dari Columbus,
Georgia mereka wain koka yang diberikan gelaran Wain Koka Perancis Pemberton
("Pemberton's French Wine Coca") pada tahun 1884. Dia diilhami oleh kejayaan hebat Vin
Mariani, sejenis wain koka Perancis yang dibuat oleh Angelo Mariani.

Sewaktu Atlanta dan Wilayah Fulton meluluskan undang-undang larangan terhadap
penjualan minuman keras pada tahun yang berikut, Pemberton bermula mengembangkan
versi kola wain Perancis tanpa alkohol. Dia menamakan minuman itu sebagai "Coca-Cola"
kerana ia mengandungi perangsang daun koka dari Amerika Selatan yang telah diberi rasa
dengan penggunaan buah kola yang mengandungi kafeina. Setiap gelen sirap mengandungi
lima auns daun koka. Jualan pertama dibuat di "Farmasi Jacob" di Atlanta, Georgia pada 8
Mei 1886. Untuk lapan bulan pertama, cuma sembilan gelas dijual pada puratanya setiap hari.
Pemberton mengiklankan minuman itu buat pertama kali pada 29 Mei dalam tahun tersebut
di Jurnal Atlanta.
Coke Baru menimbulkan kontroversi sewaktu ia menggantikan Coca-Cola asli pada
1985. Rumusan asli dikembalikan sebagai Coca-Cola Klasik dalam tempoh beberapa bulan
selepas pengenalan Coke Baru.Logo Coca-Cola Klasik yang diguna dari tahun 2003 sehingga
kini.Pada tahun 1985, Coca-Cola, dalam suasana banyak publisiti, menukar rumusan
minumannya. Sebahagian pihak yang berwibawa percaya bahawa Coke Baru, iatu minuman
baru itu, dicipta semata-mata untuk bergerak balas kepada pesaing komersilnya, Pepsi.
Banyak ujian rasa buta menunjukkan bahawa lebih banyak konsumer suka akan rasa Pepsi
(yang dipercayai mengandungi lebih minyak lemon, lebih kurang minyak buah oren, dan
menggunakan vanilin sebagai ganti untuk vanila bila dibandingkan dengan Coke. Susulan
ujian-ujian rasa mendedahkan bahawa kebanyakan daripada konsumer lebih menyukai rasa
Coke Baru berbanding dengan Coke dan Pepsi. Rumusan semula itu diketuai oleh Roberto
Goizueta, iaitu Ketua Pegawai Eksekutif pada waktu itu, serta presiden Don Keough.