Anda di halaman 1dari 1

1. Perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup, itulah kata pujangga.

Wajarkah
majlis perkahwinan disambut secara sederhana atau secara besar-besaran?

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa perkahwinan merupakan impian setiap pasangan
kekasih yang ingin mendirikan rumah tangga. Dalam era globalisasi ini, kebanyakan
pasangan yang ingin mendirikan rumah tangga tidak lagi terikat dengan kehendak keluarga
masing-masing sama ada dari segi pemilihan pasangan, aturcara majlis, dan sebagainya. Dek
kata pujangga perkahwinan adalah sekali dalam seumur hidup, maka para bakal pasangan
raja sehari ini beranggapan bahawa majlis perkahwinan sepatutnya disambut secara besar-
besaran. Pada pendapat saya, penyataan tersebut adalah tidak wajar.
Majlis perkahwinan sewajarnya diadakan secara sederhana mengikut kemampuan
masing-masing, bak kata pepatah, ukur baju di badan sendiri. Setiap pasangan haruslah
menyemai nilai rasional dalam diri mereka. Bakal pengantin ini seharusnya berfikir secara
matang dalam merealisasikan kebahagiaan mereka dan sekaligus mengambil tindakan yang
wajar dalam membina rumah tangga. Para pasangan hendaklah mengambil kira perancangan
masa hadapan dan bukannya terlalu ghairah dalam merancang perkahwinan yang mewah lagi
gemilang. Contohnya, kebanyakan pasangan muda-mudi masa kini sanggup papa asal
bergaya seperti membuat pinjaman yang melebihi kemampuan dengan pihak bank semata-
mata memenuhi nafsu bagi meraikan majlis perkahwinan secara besar-besaran.
Majlis perkahwinan sewajarnya dilangsungkan secara sederhana bagi mengelakkan
penyesalan jangka panjang. Majlis perkahwinan yang diadakan secara besar-besaran
bukanlah kunci kebahagiaan bagi setiap pasangan kekasih yang ingin mendirikan rumah
tangga.. Begitu halnya juga dengan majlis perkahwinan yang diadakan secara sederhana.
Majlis perkahwinan yang sederhana tidak menandakan bahawa alam perkahwinan bagi
pasangan tersebut tidak akan berkekalan. Oleh itu, setiap pasangan mestilah mengamalkan
nilai kesederhanaan dalam merancang majlis perkahwinan mereka. Mereka sewajarnya
bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan sentiasa mengambil kira
kepentingan bersama. Misalnya, banyak majlis perkahwinan memainkan pelbagai rentak
muzik dengan kuat, disajikan dengan pelbagai tarian barat dan sebagainya tanpa
menghiraukan ketenteraman ramai pihak.
Kesimpulannya, saya tetap berpendapat bahawa majlis perkahwinan sewajarnya
diadakan secara sederhana. Pengekalan kebahagiaan rumah tangga bukanlah terletak pada
sebesar mana majlis yang diadakan tetapi pada kecekalan perancangan masa depan, sifat
toleransi, kasih sayang yang mendalam, dan sebagainya adalah kunci bagi keluarga yang
bahagia.