Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
"Kita tidak mewarisi alam sekitar daripada nenek moyang kita, sebaliknya kita
meminjamnya daripada generasi akan datang. Oleh itu, jagalah alam sekitar supaya
anak dan cucu kita dapat menikmatinya." Kata-kata Mahatma Gandhi ini sudah cukup
membuktikan bahawa alam sekitar merupakan harta paling berharga yang perlu dijaga
kepentingannya. Mendepani arus globalisasi, setiap kita pasti mahukan kondisi alam
sekitar yang terbaik dan indah mahupun aset pembangunan melampaui kesedaran kita
terhadap kepentingan alam sekitar. Oleh yang demikian, anjakan paradigma harus
dilakukan agar punca-punca berlakunya alam sekitar dapat dibejat.
Pencemaran alam sekitar boleh diruncingkan kepada tiga perkara iaitu
pencemaran udara, pencemaran air dan pencemaran bunyi. Pencemaran udara nyata
memberikan heterogen impak kepada manusia sekiranya sampah sarap dan sisa toksik
terus dihumban ke dalam punca utama aliran air iaitu sungai dan laut. Sampah sarap
yang terkumpul ghalibnya akan menyekat aliran air lantas menyumbang kepada
takungan air. Hal ini berpotensi menyebabkan banjir kilat. Selain itu, sisa toksik dan
minyak daripada kilang menyebabkan ekosistem organisma marin terganggu apabila
disalurkan ke sungai atau laut. Lebih ruwet lagi, pencemaran air memberikan kesan
yang eksplisit terhadap kesihatan manusia kerana hal ini seolah-olah menjadi medium
penyebar penyakit-penyakit seperti taun dan juga denggi. Ironinya, semua golongan
harus mengenepikan sifat nafsi dan mulalah menjaga alam sekitar.
Tambahan lagi, minda manusia berjiwa rakus seperti golongan pemaju
perumahan masih dangkal kerana asyik memikirkan keuntungan. Jadi, kealpaan ini
menyebabkan pencemaran udara. Hal ini kerana, semakin banyak pokok-pokok
ditebang bagi memberikan medan kepada kemajuan sektor pembangunan.
Pencemaran udara berlaku apabila gas karbon dioksida yang dibebaskan oleh manusia
tidak dapat diserap oleh sang flora dek kerana populasinya kian merudum. Proses
perumahan di kawasan lereng bukit juga harus dihentikan kerana menyoroti peristiwa
lampau, tragedi tanah runtuh di Bukit Antarabangsa pada 2009 menjadi indikator yang
jelas bahawa hal ini tidak harus dimanifestasikan.
Di samping itu, masalah pencemaran alam sekitar diperkasakan lagi dengan
pencemaran bunyi. Hal ini lebih tertumpu kepada rumah-rumah di kawasan
perindustrian. Banyak aduan yang disiarkan di media apabila ketenteraman penduduk
diakui terganggu dengan bunyi bising yang terhasil daripada pengilangan berskala
besar seperti kilang kelapa sawit dan sebagainya. Rentetan daripada itu, asap yang
dibebaskan tanpa tapisan menyebabkan pencemaran pencemaran udara yang izhar.
Oleh yang demikian, pengusaha kilang harus bersifat inovatif dan pragmatis agar
pencemaran tersebut dapat dikekang.
Namun begitu, sekiranya pencemaran-pencemaran tersebut terus menggugat
keindahan alam sekitar, kita haruslah memikirkan mangkin yang efektif agar pidana ini
tidak bermaharajalela. Langkah yang boleh diambil adalah proses pemeliharaan dan
pemuliharaan yang berterusan. Cara ini dapat meningkatkan kandungan gas oksigen
dalam udara selain kelebihan menahan tanah daripada runtuh sekiranya penanaman di
lereng-lereng bukit dilakukan secara progresif. Di samping itu, pemaju perumahan yang
masih tegar menjalankan projek di kawasan yang tidak diluluskan harus menjalani
hukuman berat. Hal ini bagi memartabatkan kesedaran mereka bahawa alam sekitar
amat penting. Bagi memastikan langkah ini menjadi, pihak berkuasa tempatan harus
melakukan observasi dengan kerap. Sekiranya pihak berkuasa tempatanlah yang
menjadi petualang dengan menerima suapan, maka benarlah pepatah, "harapkan
pagar, pagar makan padi". Mereka harus dihukum.
Oleh itu, semua pihak haruslah bersinergi agar alam sekitar dapat dikekalkan
keindahannya. Janganlah kita menjadikan modenisasi sebagai alasan yang konkrit
untuk tegar menjadi evasif. Seharusnya, kita hendaklah mengetahui bahawa jika alam
sekitar terus dicemari, generasi akan datang akan kehausan signifikan alam sekitar
terhadap masyarakat di dunia.
Alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan kita. Bincangkan langkah-langkah
yang patut kita lakukan untuk menjaga kebersihan alam sekitar.
Belakangan ini, pembangunan tanpa limitasi kini merupakan perubahan kian
pesat berlaku di negara kita pada alaf globalisasi ini. Namun, kemajuan dalam sektor
perindustrian telah dikecap hari ini sedikit tercalar impak daripada sikap manusia yang
lepas tangan ini. Adakah kita ingin membiarkan alam sekitar terjejas semata-mata
supaya dapat mengejar kemajuan? Apakah peranan kita sebagai masyarakat untuk
menangani masalah ini? Justeru, alam sekitar yang bersih penting dalam kehidupan
kita dan langkah-langkah yang proaktif perlu diambil untuk memelihara anugerah
ciptaan-Nya.
Salah satu langkah yang perlu diambil untuk menangani masalah kebersihan
alam sekitar ialah mengurangkan penggunaan bahan kimia. Hal ini berlaku demikian
kerana bahan kimia akan mendatangkan pencemaran. Hal ini jelas akan mendatangkan
impak dalam jangka masa yang panjang kepada alam sekitar. Sebagai contoh,
penggunaan racun serangga dan pendingin hawa membawa kesan yang paling ketara
dan serius kepada alam sekitar perlulah dihadkan penggunaannya. Oleh itu,
penggunaan bahan ini perlu dikawal oleh kerajaan dan pihak swasta supaya dapat
menjaga alam sekitar yang dianugerahkan oleh Tuhan.
Selain itu, kerajaan perlu menguatkuasakan undang-undang yang lebih tegas
berkaitan aspek penjagaan kebersihan persekitaran. Jika kita lihat pada hari ini,
berapakah kilang yang telah dibina oleh kerajaan yang mematuhi piawaian kebersihan
yang telah ditetapkan? Sehubungan dengan ini, pelepasan asap kilang dan pembuang
sisa toksik ke dalam sungai mahupun ke dalam laut secara terbuka dapatlah dikawal.
Tamsilnya, denda yang maksimum atau hukuman sebatan patut dikenakan ke atas
pekilang yang tegar supaya dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar.
Justeru,sikap pengilang yang bagai enau di dalam belukar, melepaskan pucuk masing-
masing akan dapat dibanteras dengan lebih efektif.
Dalam pada itu, program kitar semula yang diuar-uarkan oleh kerajaan perlu
diambil perhatian kerana mampu mempertingkatkan kesedaran terhadap penjagaan
alam sekitar. Bahan-bahan buangan boleh diproses semula untuk digunakan sekali lagi
dan kita boleh mengklasifikasikan bahan-bahan yang tidak diperlukan ke dalam tong-
tong kitar semula yang telah disediakan. Dengan ini, kawasan persekitaran tidak akan
dibanjiri dengan bahan buangan yang akan mencemarkan alam sekitar.Sebagai contoh,
bahan buangan boleh diproses menjadi baja nutrien bagi menghindarkan pembaziran
dan surat khabar boleh dijadikan sebagai tisu. Melalui cara ini, sumber manusia dan
negara dapat menjimatkan kos mereka sekali gus dapat memelihara kebersihan alam
sekitar.
Secara tuntas, kita harus bekerjasama dan memainkan peranan sewajarnya
untuk mengekalkan kebersihan alam sekitar. Kita tidak sepatutnya berpeluk tubuh
meletakkan masalah ini di atas bahu kerajaan dengan sewenang-wenangnya.
Kerjasama bagai aur dengan tebing yang erat antara rakyat Malaysia dengan kerajaan
tentunya akan lebih bermakna. Hasilnya kelak akan memuaskan hati semua orang
sinonim dengan slogan negara Negara Bersih, Rakyat Sihat.