Anda di halaman 1dari 4

1.

2 REFLEKSI NILAI PENDIDIKAN



Hasil daripada
Kitaran pertama yang telah dilaksanakan adalah dengan menggunakan perisian
multimedia sebagai bahan bantu mengajar. Hasil daripada pemerhatian yang telah
dijalankan, didapati keempat-empat orang murid ini masih belum menguasai
sepenuhnya amalan adab makan dengan cara yang betul. Hal ini kerana mereka agak
keliru dengan turutan adab makan yang betul. Berdasarkan pemerhatian yang telah
dibuat, murid C sudah boleh menguasai hanya 6 daripada 10 manakala murid D pula
telah menguasai 7 daripada 10 amalan adab makan dengan cara yang betul. Hasil
dapatan kajian mendapati dua orang murid masih makan menggunakan tangan kiri,
bercakap semasa makan, dan tidak membaca doa sebelum dan selepas makan.
Menurut Burnett (2010) kanak-kanak masa kini membesar dalam textual
landscape di mana mereka mempunyai pelbagai cara berinteraksi dan bermain dengan
aktif di dalam persekitaran yang dicipta melalui teknologi digital seperti permainan
komputer, telefon bimbit dan dunia virtual. Kajian-kajian penggunaan ICT pada
peringkat awal kanak-kanak menunjukkan pendedahan kepada komputer multimedia
boleh memberangsang dan mendorong kanak-kanak belajar dengan lebih baik, cepat
dan berkesan.
Kajian Sharani dan Mohamad Ibrani (2003) dalam Latifah.et.all (2012) dalam
kajiannya juga menyatakan bahawa penggunaan teknologi komputer terhadap kanak
kanak prasekolah mampu membangunkan konsep kendiri dan interaksi positif mereka
terhadap pembelajaran. Unsur unsur nilai yang diterapkan mampu diikuti oleh kanak
kanak tersebut di awal usia mereka.
Kajian yang dilakukan oleh Zuraida binti Mohamad (2014) menunjukkan bahawa
terdapat amalan adab harian murid prasekolah yang perlu diambil berat bagi
pembentukan akhlak mulia murid iaitu melalui adab dan doadoa harian. Akhlak sangat
penting dalam proses kehidupan seseorang individu. Pengajaran bidang nilai dan adab
memerlukan pengajaran dan pembelajaran yang lebih menekankan kepada amalan dan
penghayatan islam.











Gambar 1 : Murid makan menggunakan tangan kiri dan tidak membaca doa sebelum
makan.
Kajian ini masih belum berjaya sekiranya murid-murid masih belum dapat
menguasai kesemua amalan adab makan yang betul. Oleh yang demikian, saya
hendaklah menambaik penggunaan perisian multimedia yang saya gunakan bagi
membolehkan kedua-dua murid ini berjaya menerapkan amalan adab makan dengan
cara yang betul. Perisian yang perlu ditambahbaik adalah dari segi animasi, reka letak,
audio dan video.
Kitaran 2 pula telah saya laksanakan pada bulan 6 iaitu pada minggu ketiga
persekolahan. Melalui pemerhatian tersebut, hasil dapatan kajian mendapati bahawa 2
orang murid telah berjaya menerapkan amalan adab harian dengan cara yang betul
dengan menggunakan perisian multimedia sebagai bahan bantu mengajar yang telah
saya sediakan. Murid C sudah boleh membezakan tangan kiri dan tangan kanan
manakala murid D pula sudah boleh membaca doa sebelum makan.

Gambar 1 : Murid C makan menggunakan tangan kanan