Anda di halaman 1dari 22

FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

SMP PPG JANUARI 2013






HBAE 1203


PERKEMBANGAN SENI KANAK-KANAK













NO. MATRIKULASI : 800417125243001
NO. KAD PENGENALAN : 800417-12-5243
NO. TELEFON : 0198975011
E-MEL : ronijumil@gmail.com



PUSAT PEMBELAJARAN : KENINGAU LEARNING CENTRE





HBAE1203


1

KANDUNGAN

BIL KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN
1.1 Peranan guru pendidikan seni visual.


2.0 PROSES ARTISTIK MELALUI KAEDAH LAURA H. CHAPMAN
2.1 Kaedah Penjanaan Idea (Inception of Idea)
2.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)
2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution ia a Medium).

3.0 MAKLUMAT SOKONGAN

4.0 KESIMPULAN


RUJUKAN / REFERENSI


HBAE1203


2
1.0 PENGENALAN

Seni dalam pendidikan menjurus kepada seni visual, seni muzik dan seni
pergerakan. Mata pelajaran seni khususnya Pendidikan Seni Visual lebih menegaskan
aspek pemahaman, penghayatan dan kritikan. Proses ini menyentuh nilai estetika dan
daya kreativiti individu, persepsi, imaginasi dan konsepsi murid.

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta
berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Karya seni visual
yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran
kanak-kanak. Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat
melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta
mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan. Murid boleh
mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui
proses penghasilan karya seni, produk serta objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Daoed Yoesoef (1980) menyatakan bahawa seorang guru mempunyai tiga
tugas utama iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan (sivic
mission). Secara umumnya, tugas profesional seorang guru adalah berkaitan dengan
logika dan estetika, manakala tugas kedua dan ketiga pula berkaitan dengan etika.
Tugas-tugas profesional seorang guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dan
nilai-nilai lain yang belum diketahui anak didik dan sewajarnya diketahui oleh
mereka. Tugas manusiawi pula adalah tugas-tugas mendidik anak murid agar menjadi
manusia yang berguna kelak. Tugas-tugas manusiawi itu termasuklah transformasi
diri dan pencarian identiti. Tugas kemasyarakatan pula merupakan konsekuensi guru
sebagai warganegara yang baik serta melaksanakan tanggungjawab yang telah
digariskan oleh bangsa dan negara. Hal ini sejajar dengan gelaran jurutera
masyarakat yang diberikan kepada golongan pendidik dewasa ini.

Setiap guru Pendidikan Seni Visual yang telah melalui latihan profesional
(initial training) sewajarnya menguasai beberapa disiplin ilmu untuk disampaikannya
di sekolah kelak melalui jalur pendidikan. Seseorang itu tidak mungkin dianggap guru
seni yang cemerlang sekiranya dia tidak menguasai pengetahuan tentang seni dengan
baik. Namun begitu, hal ini bukanlah bermakna seseorang yang menguasai ilmu seni


HBAE1203


3
dengan baik dapat menjadi guru seni yang cemerlang. Segalanya bergantung kepada
kebolehan seseorang guru itu menguasai seni mengajar (art of teaching). Selain
mengajar, seorang guru seni juga berperanan sebagai pengurus, pembimbing,
motivator, pemudah cara (fasilitator) dan inisiator bagi meningkatkan lagi kepekaan,
kreativiti, daya imaginasi murid untuk mencapai pembelajaran optimum, menyeluruh
dan menyeronokkan.

1.1 Peranan Guru Pendidikan Seni Visual

Guru Sebagai Pengurus

Peranan utama Guru Pendidikan Seni Visual ialah bertindak sebagai pengurus.
Apa yang dimaksudkan dengan pengurus? Guru perlu menjalankan tugas-
tugas pengawasan (supervisor) serta tugas-tugas yang berkaitan dengan
mendisiplinkan murid-murid agar patuh kepada peraturan sekolah serta norma
hidup dalam keluarga dan masyarakat (W.F. Connell, 1972). Takrifan ini
membawa maksud guru perlu memainkan peranan sebagai pengurus bukan
sahaja dalam pentadbiran sekolah malah menjadi pengurus kepada pelajar
dalam proses P & P. Antara perkara-perkara yang perlu diuruskan oleh
seorang guru seni ialah:
1) Menguruskan rutin bilik darjah.
2) Mengurus murid-murid supaya menjalankan tugasan harian.
3) Mengurus murid-murid supaya mematuhi peraturan bilik darjah.
4) Mengurus keadaan fizikal bilik darjah.
5) Mengurus aktiviti kumpulan.
6) Mengurus karya dan hasil kerja murid.
7) Mengurus sumber, alat dan bahan Pendidikan Seni Visual.
8) Mengurus bilik seni dengan sempurna dan sistematik.
9) Menguruskan dan mewujudkan suasana pengajaran dan pembelajaran
seni yang menyeronokkan.


HBAE1203


4
10) Mewujudkan suasana bilik darjah yang kondusif.

Guru Sebagai Pembimbing

Antara lain, guru Pendidikan Seni Visual berperanan sebagai pembimbing
dalam pengalaman belajar. Setiap guru seni berperanan memberikan
pengetahun baru kepada murid mengenai seni, menambah baik pengalaman
sedia ada serta mencungkil bakat dan memupuk minat murid terhadap mata
pelajaran Seni Visual. Proses bimbingan (fasilitasi) berlaku apabila ia
dijalankan didalam kumpulan di mana peserta digalakkan mengambil
tanggungjawab di dalam hasil pembelajarannya (Van Maurik, 1994). Menurut
beliau juga, peranan guru adalah untuk mewujudkan kelas yang bersifat
interaksi kolaboratif dikalangan pelajar. Sebagai pembimbing, seseorang guru
itu perlu peka terhadap tingkah laku dan perkembangan spiritual murid dalam
P & P Seni Visual. Sebagai contoh, jika seorang guru itu ingin mengajar
murid-muridnya melukis pemandangan di tepi pantai, guru tersebut perlu
mengetahui pengetahuan sedia ada murid-murid mengenai suasana di tepi
pantai. Kemudian, guru perlu membimbing murid-murid melukis gambar
tersebut dengan memberikan input-input baru mengenai perkara tersebut.
Seterusnya, murid-murid akan melaksanakan tugasan tersebut dengan
bimbingan guru.
Seorang guru yang berperanan sebagai pembimbing perlu mempunyai
sikap-sikap berikut untuk membimbing murid-murid dalam P & P Pendidikan
Seni Visual:
1) Bersopan santun
2) Menghormati pandangan murid
3) Peramah
4) Jujur
5) Prihatin
Bimbingan dan dorongan guru akan membantu murid-murid memahami
dengan lebih jelas mengenai sesuatu konsep seni visual. Selain itu


HBAE1203


5
pembelajaran secara bimbingan akan memupuk nilai instrumental seperti
berdikari, rasional, berani dan bersemangat semasa menghasilkan karya seni
visual.

Guru Sebagai Motivator

Pembelajaran yang berkesan dalam bilik darjah bergantung kepada kebolehan
guru untuk mengekalkan minat pelajar (Erickson, 1978). Pendapat ini
dikemukakan oleh seorang tokoh yang tidak asing lagi dalam kajian dunia
pendidikan. Apakah kebolehan yang dimaksudkan oleh tokoh tersebut?
Kebolehan yang dimaksudkan merujuk kepada kebolehan seseorang guru
memotivasikan murid-murid yang diajar. Dalam P & P Seni Visual, guru perlu
berperanan sebagai motivator untuk memupuk minat mereka terhadap isi
pelajaran yang disampaikan dan persepsi mereka tentang kepentingan dan
kegunaannya dalam kehidupan seharian. Selain itu, motivasi guru juga dapat
meningkatkan keyakinan diri murid dan memupuk perasaan ingin membuat
yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Bagaimanakah seorang guru seni dapat memotivasikan pelajar dalam
pengajaran dan pembelajaran Seni Visual?:
1) Memberi komentar yang positif.
2) Wujudkan persaingan yang positif dan kerjasama di kalangan murid.
3) Memilih alat dan bahan.
- Murid seharusnya diberikan peluang untuk memilih bahan dan
alatan yang boleh digunakan untuk pelbagai aktiviti seni visual.

4) Masa
- Rancang pelajaran dengan baik dan teratur supaya murid
mempunyai masa yang cukup untuk berfikir, membuat
eksperimentasi, dan meneroka.
5) Rangsangan
- Pamerkan hasil karya murid sebagai satu bentuk sokongan
berterusan.


HBAE1203


6
- Pameran hasil karya murid boleh merangsang pelajar untuk
menghasilkan banyak lagi hasil karya seni visual.
6) Pengajaran dan Pembelajaran Fleksibel
- Guru pendidikan perlu fleksibel dalam proses pengajaran. Mereka
seharusnya bersedia untuk mengubah cara mengajar mengikut
minat idea dan cadangan daripada murid.
7) Hormat-menghormati
- Guru pendidikan seni visual perlu mempunyai sikap menghormati
murid dan menghargai sumbangan dan komitmen yang ditunjukkan
8) Memberikan Galakan dan Motivasi
- Elakkan daripada mengkritik keterlaluan sehingga pelajar patah
semangat dan tidak berminat untuk meneruskan penghasilan karya.
9) Penghargaan
- Galakkan dan berikan penghargaan kepada murid di atas usaha dan
komitmen yang mereka berikan di dalam kelas.

Guru Sebagai Pemudah Cara

Sebagai seorang guru seni yang cermerlang, kita perlulah mengambil kira
kaedah penyampaian ilmu yang berkesan dan mudah untuk difahami oleh
murid-murid. Menurut Joyce, B., & Weil, M., (2003), hasil pengajaran yang
paling penting sekali mungkin adalah meningkatkan kebolehan murid-murid
untuk belajar dengan lebih mudah dan berkesan kelak akibat perolehan
pengetahuan dan kemahiran serta pengusaan proses pembelajaran. Hal ini
bermaksud, pembelajaran yang mudah akan memberi kesan yang lebih
mendalam dan mudah difahami oleh murid. Bagaimana untuk mewujudkan
pembelajaran yang mudah dan berkesan?
Dalam proses P & P Seni Visual, guru perlulah berperanan sebagai
pemudah cara. Sebagai contoh, sekiranya guru mahu mengajar murid
membuat kain rentang bagi menyambut hari merdeka. Seperti yang kita
ketahui, kreativiti murid sekolah rendah masih di tahap sederhana. Bagi
menyempurnakan tugasan ini, agak sukar sekiranya guru tidak memberi
bantuan yang sewajarnya. Justeru, bagi peringkat permulaan ini, guru perlu
bertindak sebagai pemudah cara. Guru boleh menyeidakan wording yang


HBAE1203


7
sesuai untuk membuat kain rentang tersebut. Murid-murid hanya perlu
menekap huruf-huruf yang telah disediakan oleh guru. Dengan cara ini, murid-
murid akan berasa mudah untuk menguasai kemahiran asas membuat kain
rentang.

Guru Sebagai I nisiator

Apa yang dimaksudkan dengan inisiator? Inisiator bermaksud individu yang
sentiasa berusaha dan mempunyai jalan untuk berusaha. Guru seni sewajarnya
mempunyai inisiatif untuk menyampaikan ilmu seni visual kepada murid-
muridnya secara berkesan. Apabila seorang guru itu menunjukkan
kesungguhan dalam melaksanakan P & P, pasti murid-murid akan turut
berusaha untuk melaksanakan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.
Apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh seorang guru seni?
1) Merancang aktiviti seni yang menyeronokkan dan boleh disertai oleh
semua murid.
2) Merangsang murid mengambil bahagian secara aktif dalam P & P.
3) Memahami dinamika kumpulan.
4) Membantu murid memperkembangan ilmu seni.
5) Menggunakan pelbagai kaedah dan teknik yang memudahkan murid
menjalani aktiviti P & P seni mereka.
6) Menggubah dan menyesuaikan strategi P & P yang dapat menarik
perhatian murid.
Bagaimanapun terdapat pelbagai lagi usaha yang boleh ditonjolkan oleh para
guru seni. Peranan inisiator yang ditunjukkan oleh seseorang guru seni secara
tidak langsung akan mempengaruhi murid-muridnya untuk turut berusaha
melakukan yang terbaik dalam penghasilan karya seni.



HBAE1203


8

2.0 PROSES ARTISTIK MELALUI KAEDAH LAURA H. CHAPMAN

2.1 Kaedah Penjanaan Idea (I nception of I dea)
Di dalam menjana idea,pengkarya menetapkan objektif,haluan dan
tujuan penghasilan karya.Terdapat juga pengkarya yang tidak dapat
menetapkan haluan penghasilan karya kerana penetapan ini bergantung kepada
ilham dan cetusan idea.Yang nyata,proses ini agak lambat dan memakan masa.
Di dalam konteks pendidikan seni visual pula,guru dimestikan untuk
membimbing pelajar dalam menetapkan hala tuju penghasilan karya selain
menerangkan kaedah menjana idea.Sekiranya diabaikan,adalah dikhuatiri
murid mungkin tidak mampu menghasilkan karya.

I dea-idea boleh didapati melalui empat pendekatan:
a) Alam semulajadi dan objek di persekitaran
b) Perasaan dalaman khayalan dan imaginasi
c) Aliran dan tema sejagat
d) Keperluan dan pengalaman hidup harian .

PENDEKATAN/TEMA PENJELASAN
Alam semula jadi dan objek di
persekitaran

Mengguna alam dan persekitaran sebagai
sumber idea/ilham.
Mengesan dinamik fom, kualiti organik,
keunikan, integrasi alam dan kehidupan,
unsur-unsur seni seperti warna, bentuk dan
sebagainya boleh menggerakkan
kewujudan idea/ilham.
Mentafsir alam dengan pengamatan yang
jujur untuk mencari nilai dan makna.

Perasaan dalaman, khayalan &
imaginasi.

Pengalaman hidup memberi banyak kesan
dan pengaruh terhadap minda.
Perasaan takut, misteri, sedih dan


HBAE1203


9
sebagainya adalah sumber penting
melahirkan idea/inspirasi.
Perasaan dalaman, khayalan dan imaginasi
merupakan motivasi menggerakkan
idea/ilham.
Aliran dan Tema Sejagat

Pemikiran manusia bersifat unik dan
keupayaan menjelaskan konsep mengenai
sesuatu tema atau agenda kehidupan.
Sifat keunikan pemikiran manusia itu
menyebabkan berkembangnya idea dalam
pelbagai aliran dan tema.
Akibat daripada pemikiran dan keupayaan
unuk menjelaskan konsep dan agenda
kehidupan, menyebabkan manusia sentiasa
mempunyai idea dan inspirasi.
Aliran dan Tema Sejagat

Perkembangan aliran seni adalah satu bukti
menjelaskan keadaan tersebut. Keinginan
untuk menjelaskan konsep dan agenda seni,
maka lahirlah idea-idea dan pemikiran
tentang seni.
Keperluan dan pengalaman
hidup harian

Desakan dan keperluan dalam kehidupan
harian seperti keperluan untuk hidup,
keselamatan, keselesaan dan sebagainya
membuka ruang untuk manusia berfikir,
mendapatkan idea dan mencipta sesuatu.
Masalah adalah peluang yang terbaik untuk
manusia berfikir dan bertindak secara lebih
kreatif.





HBAE1203


10
2.2 Pengolahan dan Pemurnian (Elaboration and Refinement)

Perkembangan dan Penghalusan Idea (Elaboration and Refinement)
Proses ini dilakukan bagi mendapatkan kajian visual yang lebih sistematik dan
tersusun. Proses ini digunakan oleh pengkarya bagi memastikan imej atau
visual yang hendak dihasilkan atau dipilih bertepatan dengan tema dan
objektif penghasilan.
Dalam penghasilan karya di peringkat kanak-kanak, proses ini
dianggap signifikan kerana proses pengolahan dan pemurnian biasanya
diulang beberapa kali bagi mendapatkan hasil terbaik. Proses ini perlu
didedahkan kepada murid di sekolah supaya mereka dilatih untuk mempunyai
pengamatan mendalam terhadap ketelitian.Pendekatan bagi fasa ini adalah
seperti berikut;

PENDEKATAN/TEMA PENJELASAN
Pemerhatian dan kajian visual

Meningkatkan kesedaran terhadap kualiti
tampak.
Kajian-kajian yang terperinci mengenai
alam dan fenomenanya meningkatkan
daya ekspresif.
Frank Barron dan Irvin Child menyatakan
bahawa artis mempunyai pemerhatian
tinggi untuk melihat, memerhati, mentafsir
dan mengurus maklumat visual,
berbanding dengan mereka yang bukan
artis.
Menurut J.P. Guilford, artis mudah dapat
menyesuaikan diri dan menggunakan
media biasa untuk menyelesaiakan
masalah baru. Iaitu dikatakan sebagai
kemahiran adaptive flexibility.
Kajian visual akan meningkatkan lagi ciri-
ciri tersebut serta membolehkan aktiviti


HBAE1203


11
memperkembangkan dan memperinci serta
penghalusan dilakukan dengan lebih
keatif.

Perubahan Cara Bekerja

Berlainan artis berlainan gaya atau cara
mereka bekerja. Terdapat beberapa jenis
kaedah menghasilkan karya. Pengetahuan
tentang kaedah-kaedah berkarya, akan
dapat membantu usaha
memperkembangkan atau menghalusi
idea. Kaedah dan ciri-ciri kerja tersebut,
ialah :
bertumpu dan bercapah
spontan dan penetapan
orientasi tampak dan haptik

Bertumpu:

Artis memulakan kerja dari awal idea
hingga ke peringkat kemahiran media.
Menyedari unsur-unsur yang perlu
dianalisa dan diolah untuk mencapai
tujuan .
Bercapah:

Artis meneroka dan membuat percubaan
pelbagai kaedah dan teknik sebelum
membuat keputusan/ tujuan.

Spontan:

Artis meneroka dan mencuba pelbagai
teknik sehinggalah ia menemui sesuatu
teknik yang memuaskannya bagi mencapai
tujuan asal.

Penetapan:

Artis menentukan pilihan teknik atau
prosedur. Sanggup mengubah tujuan asal,
asalkan pilihan prosedur pilihannya


HBAE1203


12
digunakan.

Orientasi Tampak :

Disebut sebagai pemikiran visual dimana
kerja dilakukan bermula dari tahap
persepsi. Kualiti kerja bergantung kepada
maklumat dari pengalaman tampaknya,
untuk menghasilkan karya.

Orientasi Haptik :
(Greek : Haptikosable to grasp)

Artis bekerja secara bertindak kepada
suasana, bergantung kepada imaginasi dan
gerak isyarat kinestetik secara lebih
terbuka.

Penerokaan Simbol dan Makna

Artis biasanya suka membuat penerokaan
untuk mendapatkan simbol dan makna
yang baru dalam kerja mereka.
Pemikiran dan persoalan-persoalan tentang
fungsi, kesesuaian bahan, impak dan
sebagainya membolehkan artis meneroka
pelbagai idea.
Keinginan dan keupayaan untuk
menyelesaikan pelbagai persoalan tersebut
memerlukan tindakan dan pemikiran yang
menyebabkan idea semakin berkembang
serta dihalusi.
Penerokaan dalam tindakan untuk
menyelesaikan dan mendapatkan
keputusan, memberikan banyak penemuan
baru dan makna baru yang turut
menyumbang kepada perkembangan dan
penghalusan idea.




HBAE1203


13
2.3 Kemahiran Menggunakan Bahan (Execution ia a Medium)
Pemilihan bahan bagi menghasilkan karya sangat bergantung
kepada pemilihan yang dilakukan oleh pengkarya.Sesetengah
pengkarya akan terus menggunakan bahan yang sama bagi
menghasilkan karya dan tidak kurang juga yang gemar membuat
eksperimentasi bagi melihat kesan-kesan tertentu.Tang jelas,pemilihan
bahan yang dipilih memberikan kesan terhadap masa yang diambil
bagi menyiapkan sesuatu karya dan persediaan yang perlu dilakukan
sebelum menghasilkannya.
Di dalam pendidikan seni visual,guru perlu membimbing murid
melalui pengenalan terhadap bahan dan teknik penggunaan serta
penghasilan.Guru perlu menjelaskan melalui demonstrasi dan tunjuk
cara supaya pemilihan bahan oleh murid mempunyai makna dan nilai
tersendiri.



HBAE1203


14

3.0 MAKLUMAT SOKONGAN.

Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


15

Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


16



Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


17


Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


18



Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


19

Rujukan Karya:
Nama Pelukis : Richella Roni
Tahun : Tahun 3
Sekolah : SK.Senagang



HBAE1203


20

4.0 KESIMPULAN

Pendidikan Seni Visual adalah disiplin ilmu yang melibatkan ketiga-tiga
domain manusia iaitu domain kognitif, afektif dan psikomotor yang boleh memberi
sumbangan untuk membantu proses memajukan perkembangan dan pertumbuhan
seseorang dari aspek jasmani, rohani, emosi dan intelektual. Melaluinya kita dapat
memperkembangkan bakat, potensi, diri individu untuk menjadi anggota masyarakat
yang memiliki nilai-nilai halus dan menggunakannya berlandaskan iman.
Great creative energy exists in every child. This must find an outlet In
expression or repression will result. Children should be allowed to draw what they
wish, that they see in their minds, eyes, not that which others thik they ought to draw.
Lanier : 1975:81.
Adalah jelas menunjukkan bahawa keupayaan dan kesediaan kanak-kanak
dalam menghasilkan kerja-kerja seni adalah berbeza antara satu sama lain berdasarkan
umur, kebolehan fizikal, emosi dan kebolehan inteleknya. Kemahiran kanak-kanak
amat bergantung kepada latar belakang pendidikan yang diterima menerusi corak
pengajaran guru Pendidikan Seni Visual yang lepas.
Menurut Gaitskell (1982), guru-guru yang mengamalkan kaedah diktator akan
menghalang perkembangan kreativiti kanak-kanak berbanding dengan guru-guru yang
mengamalkan kaedah yang lebih demokratik yang lebih berpusatkan kanak-kanak
atau murid iaitu seperti kaedah orientasi murid berdasarkan tajuk, kaedah
berorientasikan media, kaedah panduan fasilitator atau kaedah laissez-faire.
Peranan guru adalah untuk membantu kanak-kanak berfikir untuk dirinya dan
bukan mengarah kanak-kanak melakukan kerja-kerja untuk memenuhi kehendaknya.
Mereka perlu menyediakan peluang yang lebih mencabar kepada kanak-kanak supaya
pengalaman mereka bertambah dari semasa ke semasa.




HBAE1203


21
APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI
01. Prof Dr Haji Abdul Shukor Hashim,Badrul Isa,Khairezan Rahmat & Zuraimi
Zakaria (2011),HBAE1203 Perkembangan Seni kanak-kanak,open university
malaysia.

02. Rousliluddin Ambia(2006),Pengenalan Pendidikan Seni, open university
malaysia.

03. Eisner E.W (1992),Education Artistik,Vision NY.Prentice.

04. Mazlan Bin Mohamed (1996), Prinsip Pendidikan Seni, Kumpulan Budiman
Sdn.Bhd.