Anda di halaman 1dari 6

Langkah langkah mengekalkan perpaduan di negara

Lambang-lambang kebesaran negara seperti bendera, lagu kebangsaan dan jata negara juga
harus dikanali dan dihormarti oleh setiap warganegaraMalaysia. Bendera negara
kita, Jalur Gemilang haruslah dikibarkan dengan penuh semangat dan dihormati
sebagai sesuatu yang suci. Kita tidak harusmembenarkan bendera negara dipijak,
dibuang atau dibakar sebaliknya harus berbangga bahawa Jalur Gemilang sedang
berkibar di tiang bendera tertinggi didunia. Kita juga harus berdiri tegak semasa
menyanyikan lagu negaraku,menghayati liriknya dan menyanyikannya dengan penuh
bersemangat. Kita jugaharus menjaga dan mempertahankan maruah dan kemerdekaan
negara. Sejarahnegara kita juga turut amat membanggakan kerana
kita memperolehikemerdekaan tanpa pertempuran atau pertumpahan
darah.Seseorang rakyat haruslah sentiasa bersifat setia dan sayang akan
negaranya
. Kita juga harus taat kepada raja dan pemimpin serta tidak mengkhianati negara.
Pengkhianatan terhadap negara merupakan perbuatanyang tidak dapat dimaafkan. Kita
harus menjaga dan mempertahankan maruahdan bangsa negara dengan bersedia
berkorban apa sahaja untuk mempertahankan maruah dan kemerdekaan negara.
Kita juga harus sentiasa peka terhadap isu dan masalah tentang bangsa dan negara
serta caramengatasinya. Malysi merupakan sebuah negara yang aman dan harmoni, olehitu
kita haruslah bersyukur sebagai warganegara Malaysia.


Semangat kekitaan
juga amat penting dalam mengekalkan perpaduan disesebuah negara. Semangat
kekitaan dapat diamalkan dengan memupuk amalan bertolak ansur dan bertoleransi
antara masyarakat. Kita haruslah snaggup bertolak ansur, sabar, dan mengawal diri
demi mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan fahan dami kesejahteraan hidup.
Sifat bersatu-padu antaramasyarakat yang berbilang kaum amat penting untuk
mewujudkan keharmoniandan semangat berjuang untuk negara, bukannya untuk
bangsa atau kaum sendiri.Kita harus sentiasa hormat-menghormati anta satu sama
lain tanpa mengirakedudukan, bangsa atau agama. Kita tidak berhak mengkritik atau
mengutuk adat resam dan kepercayaan kaum lain. Aktiviti yang melibatkan
penglibatan pelbagai kaum seperti gotong-royong daapt memupuk semangat
bermasyarakatantara kaum.
Sifat berdisiplin
juga amat penting dalam memupuk perpaduan. Peraturandan undang-undang yang
ditetapkan oleh kerajaan haruslah dipatuhi untuk kesenangan semua pihak.
Seseorang rakyat haruslah berakhlak dan berbudi pekerti mulia untuk membolehkan
berinteraksi dengan mudah. Rakyat yang peramah dan berakhlak sudah tentu dapat
meningkatkan reputasi negara. Kitaharuslah berkelakuan sopan supaya
tidak dilabelkan sebagai rakyat yang biadapatau kurang ajar. Seseorang rakyat juga
haruslah mempertahankan sertamemjunjung Perlembagaan Negara
untuk mewujudkan keamanan dalam negara.Rakyat yang bersifat amanah dan jujur kan
dipercayai oleh orang lain dan inikan membawa perpaduan antara rakyat.


Rakyat juga harus berusaha denagn gigih dan
bersifat produktif
untuk memajukan negara. Rakyat yang rajin dan gigih dapat meningkatkan
prestasiekonomi negara dan taraf hidup mereka. Mereka harus bersifat berdikari
dalammengusahakan sesuatu tanpa bergantung kepada bantuan kerajaan pada
setiapmasa. Rakyat juga harus tabah menerima sesuatu cabaran atau
pembaharuandalam negara tanpa menjejaskan perpaduan negara. Misalnya
apabila berlakunya Kegawatan Ekonomi 1998, rakyat Malaysia telah bersatu-padu
demimenghadapi cabaran yang dihadapi dan bergabung tenaga untuk
memajukanekonomi negara semula. Kita haruslah bekerjasama untuk memghadapi
apa juacabaran dalam negara dan senantiasa memastikan wujudnya perpaduan
dikalangan rakyat.Secara kesimpulan, perpaduan adalah amat penting dalam
sesebuah negarauntuk menjamin kedamaian di kalangan rakyat. Oleh itu, kita
haruslah bekerjasama mengekalkan perpaduan di negara kita untuk kebaikkan
semua.

















Usaha-usaha Mengekalkan Perpaduan Kaum Di Malaysia
Perpaduan sangat penting kerana perpaduan akan menjadikan negara kita kukuh dan utuh,
Lantaran itu, sebagai negara yang berbilang kaum, kita perlu bersatu padu untuk
mempertahankan negara. Pepatah bersatu teguh, bercerai roboh dan berat sama dipikul, ringan
sama dijinjing hendaklah menjadi pegangan setiap generasi. Fenomena negara di dunia yang
telah dijajah atau dikalahkan oleh negara-negara lain akibat daripada tidak bersatu padu
hendaklah dijadikan iktibar. Pelbagai usaha yang drastik haruslah dilakukan untuk memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
Salah satu prakarsa yang drastik untuk mengekalkan perpaduan kaum di Malaysia adalah
untuk merealisasikan hasrat bersatu padu dalam kalangan rakyat Malaysia dengan pengenalan
sekolah wawasan. Hal ini demikian kerana, melalui sekolah wawasan, pelajar yang terdiri
daripada variasi kaum akan belajar dan berinteraksi dengan bersama-sama. Dengan ini, proses
ini akan mengukuhkan perpaduan kaum dan dapat hidup dengan aman dan harmoni bak kata
pepatah bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Akhirnya, Malaysia akan
terus gah di mata dunia sebagai sebuah negara yang makmur lagi harmoni.
Selain itu, aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan oleh pihak kerajaan dan bukan
kerajaan perlu diberi perhatian. Bagi memastikan perpaduan terus berkekalan, Jawatankuasa
Komuniti taman-taman perumahan boleh merancang dan melaksanakan aktiviti gotong-royong
membersihkan kawasan taman. Sebagai contohnya, aktiviti ini bukan sahaja menggalakkan ahli
masyarakat menyingsing lengan membersihkan longkang, mengutip sampah dan menanam
pokok bunga malah memberi peluang kepada mereka untuk bersemuka, bertegur sapa dan
saling memahami hati budi antara satu sama lain. Dengan ini, perpaduan kaum merupakan
wadah penting kepada kesejahteraan masyarakat sama ada pada peringkat global dan glokal
akan dapat dimantapkan.
Seterusnya, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan telah mengadakan sambutan
secara meriah untuk meraikan perayaan kaum dan agama di negara. Sambutan tersebut telah
diadakan di peringkat kebangsaan dan melibatkan segenap lapisan masyarakat. Sambutan ini
yang dikenali sebagai Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan di beberapa lokasi utama di
negara ini. Oleh hal yang demikian, perhimpunan perpaduan seumpana ini bukan sahaja dapat
memupuk perpaduan malah dikagumi oleh pelancong asing seantareo pelosok dunia.
Justifikasinya, Rumah Terbuka Malaysia yang diadakan setiap tahun dapat mewujudkan
keamanan dan kemakmuran rakyat untuk meneruskan kehidupan di negara ini.
Akhirulkalam, kehidupan manusia bukanlah sekadar memerlukan angin, hujan, makan, dan
minum sahaja. Kehidupan kita akan terus bermakna jika kita bebas ke mana-mana sahaja,
bebas bekerja dan bebas mengemukakan pendapat. Lantaran itu, untuk mengecapi kebebasan
ini, perpaduan yang ada perlu dikekalkan dan terus dimantapkan. Dengan itu, semua pihak
haruslah bermuafakat untuk terus mengekalkan perpaduan negara kerana membina
perpaduan memakan masa puluhan tahun tetapi meranapkannya akan mengambil masa sehari.










Langkah-Langkah untuk Mengukuhkan Perpaduan
dalam Kalangan Rakyat Malaysia.

Pada hemat saya, sudah tentu rakyat Malaysia tidak asing lagi dengan tema
sambutan Hari Kemerdekaan Negara ke-51, iaitu Perpaduan Teras Kejayaan. Jika
slogan tersebut dibaca dengan teliti, slogan tersebut sebenarnya membawa mesej
bahawa masyarakat yang hidup bersatu-padu dapat menjana kejayaan dan
kecemerlangan negara. Sebagai pembuka bicara, kita sudah sedia maklum bahawa
perpaduan dan keharmonian merupakan elemen yang sangat penting dalam
mengekalkan kesejahteraan dalam masyarakat Malaysia yang berbilang kaum ini.
Tanpa perpaduan, nescaya kemerdekaan dan kedaulatan negara yang telah diperoleh
sejak sekian lama akan hilang dalam sekelip mata. Persoalannya, bagaimanakah kita
dapat mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini?
Sebagai langkah pertama dalam membentuk perpaduan, rakyat haruslah
bergaul dan memupuk persefahaman antara kaum. Dalam keadaan tersebut, ibu bapa
perlulah menerapkan nilai-nilai perpaduan dalam diri anak-anak sejak kecil lagi.
Persis kata mutiara, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Mereka digalakkan
berkomunikasi dengan jiran yang berlainan bangsa dan membawa anak-anak
mengunjungi rumah jiran semasa hari lebaran. Dengan cara itu, ibu bapa dapat
menjadi suri teladan kepada anak-anak dan membolehkan mereka menghayati
keistimewaan masyarakat Malaysia yang mempunyai pelbagai jenis kaum dan etnik.
Satu lagi cara yang dapat diambil oleh ibu bapa ialah bergaul dengan anak-anak
dalam pelbagai bahasa, misalnya Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, dan bahasa-bahasa
ibunda. Apabila golongan muda menguasai pelbagai bahasa, mereka dapat
berkomunikasi dengan rakan yang berlainan bangsa dengan mudah. Pokoknya, nilai-
nilai perpaduan dan permuafakatan hendaklah didedahkan kepada generasi muda
sejak awal lagi agar jiwa perpaduan dalam diri mereka dapat berkembang dengan
sempurna.
Seterusnya, institusi-institusi pendidikan perlu bertanggungjawab
menerapkan semangat bersatu-padu dalam kalangan pelajar berbilang kaum. Antara
langkah yang dapat diambil adalah dengan memberikan kerja-kerja berkumpulan.
Dalam konteks ini, guru-guru hendaklah membahagikan pelajar secara berkumpulan
dalam melaksanakan projek-projek sekolah, seperti kajian Sains, persembahan
maklumat, dan sambutan-sambutan dalam sekolah. Guru-guru juga haruslah
membahagikan kedudukan pelajar dengan sempurna untuk menggalakkan pelajar
berkomunikasi dengan pelajar-pelajar yang berlainan kaum dan bukannya sesama
kaum sahaja. Dalam proses menjayakan inisiatif-inisiatif tersebut, guru tidak boleh
mencetuskan isu-isu sensitif semasa mangajar, misalnya dengan mengagung-agungkan
warisan budaya sendiri dan mengejek budaya kaum lain. Pendek kata, pelajar-pelajar
dan guru-guru perlulah bekerjasama bagai aur dengan tebing demi menzahirkan
semangat perpaduan di peringkat sekolah.
Di samping itu, pelajar-pelajar perlulah belajar dan menghayati sejarah
negara agar dapat memahami erti perpaduan negara. Sebagai satu daripada langkah
untuk mewujudkan permuafakatan bangsa, Kementerian Pelajaran Malaysia telah
mewajibkan pelajar-pelajar agar lulus dalam mata pelajaran Sejarah di peringkat
Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Dasar tersebut akan berkuatkuasa mulai tahun 2013.
Langkah bijak tersebut diharapkan dapat menyedari anak-anak bangsa tentang
kesan akibat kurangnya perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat. Antaranya,
dasar pecah dan perintah yang dilaksanakan semasa penjajahan British telah
menyukarkan usaha menyatupadukan kaum menjelang kemerdekaan negara. Pada
masa yang sama, kita tentulah tidak mengharapkan peristiwa 13 Mei 1969 berulang
dan menggugat kestabilan tanah air. Oleh itu, pelajar perlu mengenali sejarah tanah
air agar dapat menyemai semangat perpaduan dalam diri individu. Ahli falsafah
terkemuka, iaitu George Santayana juga menyatakan bahawa sesiapa yang
melupakan sejarah pasti akan mengulanginya.
Pada masa yang sama, rakyat Malaysia hendaklah menghindari sebarang
tindakan yang dapat mencetuskan provokasi kaum. Hal ini adalah kerana tindakan-
tindakan yang dapat membangkitkan isu perkauman dapat mengakibatkan
pertelingkahan antara kaum, seterusnya menjejaskan keamanan negara. Misalnya,
Wee Meng Chee ataupun lebih dikenali sebagai Namewee, iaitu seorang pelajar
Malaysia yang melanjutkan pelajaran di Taiwan, telah menimbulkan api kemarahan
rakyat Malaysia dengan karyanya yang berjudul Negarakuku. Lagu rap yang
diubahsuai daripada lagu Negaraku berbaur unsur-unsur yang menghina
Perlembagaan Negara dan dasar-dasar pentadbiran negara. Sekiranya banyak rakyat
Malaysia yang bertindak sedemikian, ke manakah akan perginya perpaduan negara
dan maruah negara? Sesungguhnya, walaupun kita diberikan kebebasan bersuara,
kita janganlah mengambil kesempatan tersebut untuk mencetuskan isu-isu sensitif
yang dapat menghancurkan keharmonian dan kedaulatan negara.
Selain itu, masyarakat setempat juga memainkan peranan dalam mengukuhkan
perpaduan kaum di negara ini. Mereka sewajarnya menganjurkan pelbagai aktiviti
kemasyarakatan seperti gotong-royong, Program Rukun Tetangga, dan kempen Bulan
Kemerdekaan untuk mengeratkan hubungan antara masyarakat pelbagai kaum.
Melalui aktiviti-aktiviti seperti gotong-royong dan Program Rukun Tetangga, selain
daripada menjamin kesejahteraan hidup warga setempat, rakyat juga berpeluang
berkomunikasi dan menghulurkan bantuan kepada jiran tetangga yang berlainan
bangsa. Bak kata pepatah, serampang dua mata. Smabutan-sambutan khas seperti
Hari Keluarga dan Kempen Bulan Kemerdekaan dalam pelbagai peringkat pula dapat
membuka mata rakyat jelata tentang adat resam dan budaya kaum lain. Program
Hari Keluarga misalnya, menawarkan rencaman jenis permainan dan aktiviti bersuka-
ria yang memerlukan perancangan teliti dan kerjasama yang erat antara ahli
keluarga ataupun jiran tetangga. Sesungguhnya, masyarakat setempat tidak
ketinggalan dalam memainkan peranan yang penting untuk melahirkan permuafakatan
dalam kalangan masyarakat negara.
Kerajaan pula harus memainkan tugas penting untuk menggerakkan rakyat ke
arah perpaduan yang jitu. Sebagai jentera pentadbiran negara, kerjaan perlulah
berusaha menerapkan gagasan Satu Malaysia dalam kalangan rakyat. Namun, apakah
gagasan Satu Malaysia sebenarnya? Gagasan Satu Malaysia yang diwara-warakan
oleh Perdana Menteri Malaysia, iaitu Datuk Seri Najib Tun Razak ini bertujuan
mewujudkan sebuah negara bangsa yang merangkumi persefahaman dan perpaduan
yang utuh dalam kalangan warga Malaysia. Demi merealisasikan gagasan tersebut,
kerajaan haruslah menganjurkan pelbagai kempen untuk menyemarakkan semangat
perpaduan dalam kalangan rakyat. Antaranya ialah pameran kebudayaan dan warisan
masyarakat Malaysia. Langkah ini dapat menyemai persefahaman dalam kalangan
rakyat berbilang kaum kerana mereka dapat mengenali dan menghayati budaya kaum
lain dengan lebih lanjut. Kempen Cintai Bahasa Kita perlulah digiatkan dengan lebih
cergas lagi untuk memartabatkan penggunaan bahasa kebangsaan, iaitu Bahasa
Melayu. Hal ini adalah kerana bahasa kebangsaan merupakan wahana penting yang
dapat memudahkan komunikasi antara rakyat. Kerajaan turut telah mengambil
langkah menganjurkan Program Integrasi Nasional dalam kalangan pelajar sekolah.
Program tersebut sebenarnya bertujuan untuk menerapkan semangat bersatu-padu
dalam diri bakal peneraju negara. Tuntasnya, usaha-usaha yang telah dilakukan oleh
kerajaan perlu dimanfaatkan oleh rakyat dan bukannya seperti kera mendapat
bunga agar perpaduan dan integrasi nasional dapat diwujudkan.
Sebagai intihanya, bertepuk sebelah tangan tidak akan berbunyi. Usaha-
usaha untuk mengukuhkan perpaduan kaum di negara ini memerlukan sinergi dan
dedikasi yang tidak berbelah bahagi oleh oleh semua pihak, seperti isi dengan kuku.
Janganlah mengizinkan sejarah hitam akibat kurangnya persefahaman dalam
kalangan masyarakat seperti peristiwa 13 Mei 1969 berulang di negara ini. Bak kata
mutiara, bersatu teguh, bercerai roboh. Oleh itu, marilah kita bergabung idea dan
tenaga yang dihiaskan dengan sikap toleransi dan persefahaman yang kukuh demi
mewujudkan integrasi nasional. Mulakanlah inisiatif-inisiatif tersebut ke arah
Wawasan 2020 kerana perjalanan seribu batu bermula dengan langkah pertama.
Majulah bangsa demi negara!

Anda mungkin juga menyukai