Anda di halaman 1dari 14

14

SATU KAJIAN KES MENGENAI AMALAN BUDAYA BERKUALITI


DAN IMPLIKASINYA
Myazaitul Akma Mohammad
Institut Kemahiran MARA Lumut

Abstrak

Penerapan budaya berkualiti di sesebuah institusi pendidikan
merupakan satu langkah wajar yang perlu digarapkan oleh semua
pihak. Budaya yang berkualiti bukan sahaja merupakan amalan
yang baik tetapi meninggalkan impak yang positif terhadap budaya
kerja di sesebuah organisasi, analisis dokumen dan juga
pemerhatian. Sampel yang telah digunakan adalah seramai 50
orang. Hasil kajian mendapati bahawa dua budaya berkualiti utama
yang diamalkan adalah budaya kerja cemerlang dan budaya
amalan kebersihan 5S. Kajian juga menunjukkan bahawa
penerapan dan amalan budaya ini memberikan kesan yang positif
terhadap produktiviti dan prestasi staf dan kakitangan IKM Lumut.
Keberkesanan budaya berkualiti yang diamalkan ini juga telah
banyak memberikan kejayaan kepada IKM Lumut khasnya dan
MARA amnya. Sebagai kesimpulan, hasil kajian ini dapat dijadikan
landasan untuk kajian lanjutan tentang budaya berkualiti organisasi
pendidikan.

PENGENALAN
Kualiti merupakan isu yang amat penting di dalam bidang pendidikan,
perniagaan dan kerajaan. Matlamat utama pendidikan negara ialah
melahirkan modal insan yang berkualiti dari segi rohani, jasmani,
intelektual dan emosi. Proses melengkapkan jiwa pelajar dengan ilmu
pengetahuan yang berkualiti memerlukan komitmen semua pihak yang
terlibat di dalam dunia pendidikan. Fenomena sosial yang semakin
membelenggu negara kita telah memperlihatkan pelajar-pelajar yang
dilahirkan ramai terjebak dengan gejala sosial dan semakin tidak
berkualiti. Kenapakah masalah ini wujud? Siapakah yang perlu
dipersalahkan? Adakah kesilapan ini berpunca daripada ibu bapa,
institusi pendidikan atau pun masyarakat?


15



Permasalahan ini sebenarnya dapat diselesaikan melalui peningkatan
kualiti melalui kewujudan budaya berkualiti di sesebuah institusi
pendidikan. Pelajar yang berjaya dengan cemerlang dalam pelajaran
tidak semestinya berkualiti. Kualiti merupakan satu istilah yang amat
simbolik dan mempunyai makna tersendiri dalam diri setiap individu.
Ianya terpulang kepada individu itu sendiri bagaimana untuk
mentafsirkannya. Dunia pendidikan perlu menjana satu transformasi
yang drastik agar kemahiran yang tersembunyi dalam diri setiap pelajar
dapat dicungkil dan seterusnya melahirkan pelajar yang berkualiti dan
mampu memenuhi matlamat pendidikan negara. Kualiti di dalam
pendidikan dapat ditingkatkan apabila semua pihak terlibat seperti guru,
pihak pengurusan, staf dan ibu bapa dapat bersama-sama
membangunkan satu sikap baru yang lebih fokus kepada kepimpinan,
kerja berpasukan, amalan koloboratif, akauntabiliti dan pengiktirafan
(Arcaro), 1995).


SOROTAN LITERATUR
Definisi Budaya
Budaya sekolah ialah personaliti atau keperibadian sekolah yang
mempengaruhi cara sesuatu kerja itu dijalankan. Budaya sekolah
selalunya dihuraikan dengan inilah cara kita melakukan kerja di sini.
Budaya sekolah merangkumi norma, peraturan, idea serta pelbagai
perkara lain, dan kesemuanya diterima dan dipraktiskan di sesebuah
sekolah (Ruhani Mat Min, 2009). Ruhani Mat Min (2009), Deal dan
Peterson (1999) berpendapat bahawa budaya sekolah juga akan
mempengaruhi setiap komponen yang wujud di sesebuah sekolah,
antaranya topik perbualan antara guru-guru semasa waktu rehat di kantin
sekolah, bentuk-bentuk arahan yang akan dihargai, perkembangan
kakitangan yang dilalui serta kepentingan proses pembelajaran pelajar.







16



Budaya sekolah adalah nilai dominan yang didukung oleh sekolah atau
kepercayaan dasar yang dipegang oleh sekolah. Budaya sekolah juga
merujuk pada suatu sistem nilai, kepercayaan dan norma-norma yang
diterima secara bersama, serta dilaksanakan dengan penuh kesedaran
sebagai perilaku yang nyata, yang dibentuk, difahami dan diamalkan
bersama oleh pihak pengurusan sekolah, guru, staf serta pelajar. Budaya
adalah hasil nilai, kepercayaan, keutamaan, harapan dan norma yang
sama dimiliki serta bertindak menyampaikan cara organisasi itu
memperlihatkan manifestasinya kepada dunia (Burnham, 2007). Menurut
Burnham (2007) budaya juga adalah personaliti sesebuah organisasi,
maka sekolah yang berkualiti akan resah, sentiasa tertanya-tanya, tidak
pernah puas, malah percaya keadaan selalunya akan lebih baik.
Pengurusan kualiti memerlukan rasa percaya kepada kebolehan yang
tidak terbatas demi memajukan organisasi, proses dan individu.
Ab Aziz Yusof (2008) juga berpendapat bahawa budaya merupakan nilai,
perlakuan dan kepercayaan, pegangan, sikap dan adat yang sama-sama
diamalkan oleh sesebuah kelompok organisasi. Budaya berkualiti secara
semulajadinya berhubung rapat dengan elemen seperti organisasi kerja,
teknologi, sturktur organisasi, strategi perniagaan dan membuat
keputusan kewangan (Ehlers, 2009).

PERSOALAN KAJIAN
Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengkaji budaya
berkualiti yang telah berjaya mempengaruhi keberkesanan Institut
Kemahiran MARA Lumut sebagai salah sebuah institusi pendidikan
MARA. Sejauh manakah budaya ini meninggalkan kesan yang positif
kepada keberkesanan institusi ini.
Kajian ini bertujuan untuk menjawab beberapa persoalan iaitu:
i) Apakah budaya berkualiti yang telah berjaya diamalkan di Institut
Kemahiran MARA, Lumut.
ii) Apakah implikasi penyemaian budaya berkualiti ini terhadap tahap
kerja staf MARA di Institut Kemahiran MARA, Lumut.





17



METODOLOGI KAJIAN
Reka bentuk kajian yang dijalankan adalah berbentuk kualitatif. Sampel
kajian merupakan staf Institut Kemahiran MARA Lumut, Perak. Populasi
staf di IKM Lumut adalah seramai 211 orang. Manakala sampel yang
digunakan dalam kajian ini adalah seramai 50 orang sahaja. Pemilihan
sampel telah dilakukan secara rawak di mana setiap daripada 14 jurusan
yang terdapat di IKM Lumut diwakili oleh 3 orang responden dan 8 orang
responden lagi terdiri daripada staf pentadbiran dan sokongan. Dapatan
kajian dan data yang diperolehi adalah melalui temu bual dengan staf
IKM Lumut yang dipilih sebagai sampel, dokumen rujukan dan juga
melalui pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji.

Temu bual dijalankan dengan staf yang dipilih secara rawak ini telah
dilakukan secara bersemuka dan perseorangan. Temu bual ini telah
dilakukan lebih daripada sekali agar data yang diperolehi tinggi
kesahannya. Dapatan kajian juga disokong dengan maklumat yang
diperolehi daripada dokumen-dokumen rujukan. Pengkaji juga
melakukan pemerhatian terhadap fokus kajian iaitu terhadap corak
pelaksanaan budaya dan juga kesan terhadap prestasi kerja warga IKM
Lumut.

DAPATAN KAJIAN
Bahagian ini akan merungkaikan dapatan kajian dengan menjawab
persoalan kajian yang telah dikemukakan.

Soalan 1 :
Apakah budaya berkualiti yang telah berjaya diamalkan di Institut
Kemahiran MARA, Lumut?

Persoalan ini telah dirungkaikan melalui temu bual yang telah dijalankan
dengan staf terpilih dan juga melalui pemerhatian yang dibuat.






18



a) Maklum balas responden 1:

Kami bekerja secara berpasukan dan sentiasa meletakkan
kecemerlangan IKM Lumut dan MARA sebagai keperluan utama.
Budaya yang diterapkan di sini ialah bekerjasama dan sentiasa
mencapai keputusan yang cemerlang. Sasaran pencapaian
akademik lulus 100% memerlukan kerja kuat dan gigih semua pihak.
Bagi saya, budaya utama yang berjaya diamalkan di IKM ini ialah
budaya kerja cemerlang dan 5S.

b) Maklum balas responden 2:

5S merupakan satu budaya terkini yang telah berjaya diterapkan di
IKM Lumut. Setiap jurusan dan individu di IKM ini bertungkus-lumus
menjayakan program ini. Hampir dua tahun perlaksanaannya, ia
semakin sebati dan kini menjadi sebahagian amalan harian warga
IKM Lumut.

c) Maklum balas responden 3:

Bekerjasama ke arah kecemerlangan dan sentiasa bersatu padu,
itulah budaya di sini. Kami juga seronok dengan amalan 5S .
Berdasarkan maklum balas yang telah diberikan oleh responden-
responden yang telah ditemubual, majoriti memberikan pendapat
yang sama di mana mereka berpendapat bahawa terdapat dua
budaya kerja positif utama yang telah diamalkan di Institut Kemahiran
MARA Lumut ini iaitu:

a) Budaya Kerja Cemerlang

Tun Dr Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang
keempat telah melancarkan Gerakan Budaya Kerja Cemerlang pada
27 November 1989. Menurut Chek Mat (1996), tujuan gerakan ini
adalah untuk membina sebuah masyarakat yang sentiasa
mementingkan kualiti. Chek Mat (1996) di dalam bukunya juga
menulis bahawa Tun Dr. Mahathir berpendapat bahawa budaya
sesuatu masyarakat adalah faktor utama yang akan menentukan
maju mundurnya masyarakat itu. Budaya bukan dicerminkan oleh
keseniaan dan aspek fizikal tetapi nilai-nilai yang telah diamalkan.
19



IKM Lumut ini merupakan sebuah organisasi yang mengamalkan
budaya kerja cemerlang. Penerapan budaya kerja cemerlang ini
dapat dilihat melalui keberkesan kaedah pengajaran dan
pembelajaran. Matlamat utama setiap tenaga pengajar memastikan
pencapaian prestasi akademik pelajar pada setiap semester adalah
80% ke atas. Budaya kerja cemerlang ini juga diaplikasikan dengan
mengadakan kelas-kelas tambahan selepas waktu kerja sama ada
selepas jam 5.00 petang ataupun di sebelah malam. Pelajar bebas
untuk hadir ke bengkel di waktu malam bagi menyiapkan tugasan
amali dengan dipantau oleh tenaga pengajar yang bertugas.
Kecemerlangan pelajar sangat bergantung kepada persediaan
mental dan fizikal, sokongan moral, hubungan dengan rakan dan
pensyarah, motivasi dan jati diri yang tinggi, disiplin diri, ketahanan
diri, pengurusan masa dan sumber diri, strategi belajar yang baik,
dan peka terhadap persekitaran kampus (Mohd J ailani, 2009).
Melalui kesungguhan dan kejituan semangat yang ditunjukkan oleh
semua staf di IKM ini maka adalah tidak mustahil matlamat dan
azam pengarah IKM Lumut untuk mencapai lulus 100% akan
terlaksana.

Selain daripada itu, budaya kecemerlangan ini bukan sahaja
difokuskan kepada tugas hakiki tetapi staf di IKM Lumut juga bergiat
aktif di dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan di IKM dan juga MARA.
Bagi mempertingkatkan lagi budaya kerja cemerlang ini, kakitangan
yang mempamerkan kerja yang cemerlang dimotivasikan dengan
anugerah kualiti seperti Anugerah Pekerja Cemerlang Bulanan dan
Anugerah Pekerja Cemerlang Tahunan. Setiap tahun IKM Lumut
akan mengadakan sambutan Hari Kualiti. Sambutan Hari Kualiti ini
biasanya diisi dengan ceramah kualiti dan juga penyampaian
anugerah kepada pelbagai kategori kecemerlangan yang
ditunjukkan oleh staf IKM Lumut. Unit Bahasa Inggeris IKM Lumut
telah berjaya menganjurkan Spelling Bee Competition peringkat
IKM Lumut pada 6hb September 2010 dan IKML Inspired Essay
Writing Competition 2010. Selain daripada aktiviti bercorak
akademik, staf IKM Lumut juga telah banyak menganjur dan terlibat
dengan aktiviti bukan akademik seperti ko kurikulum. Buat julung-
julung kalinya, pada 29hb Oktober hingga 31 Oktober 2010, IKM
Lumut telah berjaya menganjurkan Sukan Antara J abatan Daerah
Manjung.
20



Penerapan budaya kerja cemerlang di IKM Lumut adalah
berasaskan kepada adaptasi konsep pengurusan kualiti menyeluruh
(TQM). Melalui pemerhatian dan analisis dokumen yang telah
dilakukan pengkaji, IKM Lumut telah mengamalkan prinsip-prinsip
asas TQM iaitu di mana pihak atasan sentiasa memberi sokongan
penuh dengan mewujudkan dasar kualiti IKM Lumut iaitu :

Berusaha meningkatkan kemahiran pengajaran dan pembelajaran
dengan menyediakan kelengkapan infrastruktur dan sumber
manusia yang mencukupi untuk melahirkan bumiputera yang
berkemahiran bagi memenuhi keperluan sektor industri dan
kehendak dasar negara.

Selain daripada itu, IKM Lumut juga mempunyai perancangan
strategi ke arah pencapaian matlamat organisasi, sentiasa
mengutamakan pelanggan, memberikan latihan dan pengiktirafan,
mengukuhkan semangat berpasukan, mengadakan pengukuran
prestasi dan menekankan kepastian kualiti. Menurut Mohd Ashari
(2004), TQM boleh disifatkan sebagai penglibatan keseluruhan
organisasi dalam pembaikan berterusan dalam proses mencipta nilai
pelanggan bagi menyampaikan keluaran dan perkhidmatan berdaya
saing secara berterusan bagi menceriakan pelanggan. Menurut
beliau lagi, penyertaan kepimpinan pengurusan atasan dan
penyertaan pekerja secara kerjasama bagi memperbaiki aktiviti
sepanjang rantai nilai. Melalui pengamatan dan analisis dokumen
yang telah dijalankan, IKM Lumut sememangnya telah
melaksanakan prinsip-prinsip asas TQM ini dengan berkesan yang
mana staf IKM Lumut telah berjaya mengaplikasikannya.

Ali Mohammad (2006), berpendapat bahawa program-program TQM
akan menjayakan budaya koloboratif yang diterajui dengan karakter
kejujuran, kepercayaan dan ketabahan. Manakala Ab Aziz Yusof
(2008) di dalam tulisannya menyatakan bahawa kepimpinan
organisasi perlu jelas akan tujuan sebenar perlaksanaan konsep
TQM dalam organisasi yang boleh menyebabkan berlakunya
perubahan yang menyeluruh terhadap budaya korporat organisasi.



21



b) Budaya 5S
Responden yang telah ditemu bual juga berpendapat bahawa IKM
Lumut telah mengamalkan 5S sebagai budaya. Kini 5S semakin
sebati dengan staf MARA di IKM ini. IKM Lumut dengan rasminya
telah dinilai dan anugerahkan Sijil Persekitaran Berkualiti 5S oleh
MPC buat kali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilan
semula pada 28 April 2010. Pelancaran 5S IKM Lumut telah
diadakan pada 6 Ogos 2008. Hari Rabu telah diisytiharkan sebagai
hari 5S di IKM Lumut dan pada hari ini setiap staf diwajibkan
memakai baju korporat 5S.

5S merupakan suatu konsep amalan kebersihan yang diperkenalkan
di J epun. 5S ialah alat peningkatan produktiviti yang diperkenalkan
di J epun oleh Dr. Thuchiya. Bermula pada tahun 1986 bila pertama
kalinya 5S diperkenalkan di Singapura. Amalan penjagaan
kebersihan ini merujuk kepada penjagaan tempat kerja yang kemas
dan bersih berdasarkan kepada prinsip " tempat untuk semua dan
semua di tempatnya" . Tujuan utama penjagaan kebersihan ialah
untuk mempraktikkan disiplin dan moral yang baik di kalangan
pekerja di mana ia akan meningkatkan prestasi serta produktiviti dan
seterusnya membentuk tabiat kerja yang baik. Program 5S adalah
usaha keseluruhan organisasi bagi menjadikan tempat kerja bersih,
tersusun, bersistem dan lebih produktif. Melalui amalan 5S, kita akan
membina disiplin dan etika kerja yang baik di kalangan warga kerja
yang akan menghasilkan prestasi kerja yang lebih baik, kerja
berkualiti, memupuk semangat berpasukan dan tolong-menolong
yang tinggi. 5S ialah lima perkataan J epun yang bermaksud sisih,
susun, sapu, seragam dan sentiasa amal. Amalan 5S meliputi
pengetahuan teknikal, praktikal, logik untuk menghasilkan teknik
yang paling berkesan bagi mewujudkan budaya peningkatan secara
berterusan atau dikenali sebagai Kaizen dalam Bahasa J epun.

Menurut Mohd Ashari (2004), amalan 5S dapat mempamerkan
kualiti individu dengan menetapkan piawaian disiplin di tempat kerja.
Ini akan menjadikan pekerja lebih bertanggungjawab dan bertindak
secara lebih proaktif. Menurut beliau lagi kaedah ini dapat
mengelakkan kemalangan dan kesilapan kerja yang berpunca
daripada manusia. Kesemua ini bukan sahaja dapat meningkatkan
22



produktiviti di tempat kerja malah dapat menarik keyakinan
pelanggan untuk berurus niaga.

Melalui pemerhatian pengkaji, prestasi kerja staf di IKM Lumut
semakin meningkat semenjak pelaksanaan 5S ini. Kerjasama dan
Amalan 5S sebagai keseragaman telah dipupuk dengan jayanya.
J ika anda ke IKM Lumut, perkara pertama yang jelas
keseragamannya ialah cara kenderaan di parkir. Keseragaman ini
menjadi kayu pengukur keberkesanan program 5S di IKM Lumut dan
telah berjaya membudayakan warganya. Budaya 5S di IKM Lumut
benar-benar berkesan kepada semua pihak yang terlibat di dalam
pelaksanaannya. Pengalaman melaksanakannya memang
meninggalkan impak yang amat besar. Hasil pelaksanaanya
mengubah IKM Lumut kepada sebuah IKM yang lebih ceria
berbanding dengan usianya. Suasana di IKM menjadi lebih bersih
dan ceria. Sistem pengurusan fail menjadi lebih sistematik dan yang
paling ketara diamalkan ialah cara staf di IKM Lumut meletakkan
kenderaan di kawasan IKM. Selain daripada itu para pelajar juga
mengamalkan 5S sebagai budaya mereka. Penerapan budaya 5S ini
diharapkan dapat diaplikasikan pula di rumah oleh staf dan juga
pelajar.

Soalan 2 :

Apakah implikasi penyemaian budaya berkualiti ini terhadap tahap
kerja staf MARA di Institut Kemahiran MARA, Lumut ?

a) Maklum balas responden 1

Budaya positif yang diamalkan ini memberikan kami kekuatan untuk
terus berkhidmat dengan cemerlang. Semangat berpasukan yang
berjaya disemai melalui budaya kerja cemerlang memberikan kami
kekuatan di dalam menjayakan sesuatu program. Program dapat
dilaksanakan dengan lebih berkesan.





23



b) Maklum balas responden 2

Produktiviti semakin meningkat, staf semakin gembira di dalam
menjalankan tugas. Halangan dan kekangan dapat diatasi melalui
perbincangan dan penglibatan semua pihak. Suasana tempat kerja
juga lebih selesa dan menyenangkan.

c) Maklum balas responden 3
Budaya yang diamalkan ini bagaikan satu suntikan motivasi kepada
staf di sini. Amalan ini juga memberikan impak yang positif kepada
IKM Lumut dan juga MARA khasnya. Pelbagai pengikhtirafan telah
diterima hasil amalan budaya-budaya berkualiti ini.

Berdasarkan maklum balas-maklum balas yang diberikan maka dapatlah
dirumuskan bahawa budaya berkualiti yang diamalkan di IKM Lumut ini
telah berjaya mempertingkatkan lagi semangat kerjasama bekerja secara
berpasukan. Kerjasama yang dipupuk ini jelas implikasinya terhadap
program-program yang dijalankan di IKM Lumut ini. Menurut Ahmad
Fadzli Yusof (2007), dengan kerja berpasukan, organisasi seolah-olah
mendapat kekuatan yang baru iaitu semangat, fokus dan produktiviti ahli
meningkat. Kerja berpasukan ini menjadi nadi kekuatan pelaksanaan
program-program utama di IKM Lumut.

Selain daripada memupuk semangat kerja berpasukan, responden juga
mengakui bahawa mereka lebih bersemangat melakukan rutin harian di
tempat kerja selepas pelaksanaan program 5S. Pembudayaan 5S
benarbenar membuka mata warga IKM Lumut tentang kebersihan dan
kekemasan. Kerja harian menjadi lebih kemas dan teratur disamping
berjaya menjimatkan masa dan kos. Pendek kata, warga IKM Lumut
lebih produktif di dalam melaksanakan tanggungjawab masingmasing.

Melalui pemerhatian yang telah dilakukan oleh pengkaji, tahap motivasi
staf dan kakitangan di IKM Lumut juga semakin meningkat melalui
penerapan budaya-budaya berkualiti ini. Staf dan kakitangan IKM Lumut
tidak mudah berputus asa di dalam melaksanakan sesuatu program
walaupun terdapat kekangan-kekangan yang terpaksa dihadapi,
contohnya masalah kewangan dan kekurangan alatan. Menurut Yeop
Hussin Bidin (2006) pemupukan semangat berpasukan dapat
24



memotivasikan rakan sekerja, meningkatkan komitmen dan
keberkesanan kesefahaman.

PERBINCANGAN KAJIAN
Budaya berkualiti yang diamalkan di sesebuah organisasi sememangnya
meninggalkan kesan yang positif terhadap prestasi kerja kakitangan.
Menurut Mohd Abdul Rahman (2008), kelaziman budaya cemerlang
boleh menguntungkan banyak pihak di samping meningkatkan prestasi
organisasi dan staf. Dapatan kajian yang dijalankan ini telah menyokong
pendapat beliau, di mana prestasi staf dan kakitangan di Institut
Kemahiran MARA Lumut adalah semakin meningkat melalui amalan
budaya kerja cemerlang dan budaya 5S.

Dapatan ini juga disokong oleh kajian yang dijalankan oleh Lee King
Chuan (2009) di mana dapatan kajian menunjukkan bahawa dimensi
budaya organisasi yang dikaji mempunyai hubungan signifikan positif
dengan prestasi kerja dan kekuatan hubungan adalah sederhana bagi
penekanan terhadap ganjaran dan inovasi. Kajian yang dijalankan oleh
Shek Kwai Fun (2007) juga menunjukkan bahawa tahap keberkesanan
kerja berpasukan dan kepuasan kerja dalam J abatan Bahasa dan
J abatan Sains Sosial adalah tinggi. Dapatan ini menyokong hasil kajian
yang telah dijalankan.

Pada 8hb Mei 2010, Tuan Haji Albakri bin Haji Alias yang merupakan
Penolong Pegawai Latihan Vokasional, Institut Kemahiran MARA Lumut
telah dipilih sebagai penerima Anugerah Pekerja Cemerlang 2010
Peringkat Kebangsaan sempena Perhimpunan Hari Pekerja 2010
anjuran Kementerian Sumber Manusia. Kejayaan beliau membuktikan
keberkesanan budaya-budaya kualiti yang telah diamalkan di IKM Lumut.

Organisasi juga tidak terkecuali daripada kesan pelaksanaan budaya
berkualiti. Amalan budaya berkualiti di IKM Lumut telah meletakkan IKM
Lumut di satu tahap yang boleh dibanggakan. IKM Lumut merupakan
sebuah IKM yang cemerlang di mana ia telah menerima beberapa
anugerah seperti Anugerah IKM / KKTM Cemerlang, Anugerah IKM
Terbaik, Anugerah Ketua Pengarah 2007 dan telah mementerai
beberapa MOU dengan syarikat swasta dan universiti tempatan. IKM
Lumut telah dianugerahkan sijil Persekitaran Berkualiti 5S oleh MPC buat
kali pertama pada Isnin 30 Mac 2009 dan persijilan semula pada 28 April
25



2010. Melalui kejayaan ini, IKM Lumut telah menjadi penanda aras
perlaksanaan program 5S oleh beberapa institusi pendidikan MARA
khasnya dan beberapa agensi kerajaan.

Pelaksanaan budaya berkualiti di institusi pendidikan kemahiran ini juga
telah banyak mengurangkan beban pihak pengurusan di dalam membuat
sesuatu keputusan dan penyelesaian. Kesan amalan budaya berkualiti
ini bukan sahaja memberi kesan yang amat mendalam kepada
kakitangan dan IKM Lumut tetapi ia juga meninggalkan kesan yang
membanggakan kepada Majlis Amanah Rakyat ke arah memperkasakan
lagi sistem pendidikan MARA agar terus diyakini.

KESIMPULAN

Dapatan kajian ini adalah penting kerana ia dapat membantu masyarakat
memahami peranan dan keberkesanan amalan budaya berkualiti di
sesebuah organisasi. Amalan budaya di IKM Lumut ini bukan sekadar
berkisar kepada budaya kerja cemerlang dan 5S tetapi IKM Lumut juga
menerima pengikhtirafan MS ISO 9001:2008. Ini membuktikan bahawa
IKM Lumut merupakan sebuah organisasi yang mengamalkan
pembangunan kualiti.

Walau bagaimanapun, masih terdapat juga budaya negatif yang tidak
patut diamalkan di sesebuah organisasi. Contohnya, tingkah laku lambat
hadir ke mesyuarat ataupun majlis formal yang masih diamalkan oleh
segelintir kakitangan. Golongan ini masih berfikiran kolot dan berpegang
kepada istilah jam Melayu. Tabiat ini diamalkan kerana ia akan
merosakkan budaya ini kalau tidak dibendung akan mencemarkan
budaya positif yang sudah lama dipupuk dalam organisasi.

Salah satu budaya yang masih kental dengan jiwa masyarakat Melayu
terutamanya kakitangan awam ialah budaya hasad dengki. Budaya
sebegini tidak seharusnya wujud di dalam sebuah organisasi yang
menerima banyak pengikhtirafan tetapi inilah hakikat yang berlaku.
Apakah yang perlu kita lakukan untuk membendung budaya negatif ini?
Persoalan ini harus dirungkai agar masyarakat Melayu tidak terus
dibelenggu oleh sentimen negatif ini. Adalah amat diharapkan agar satu
kajian mengenai masalah ini akan dapat dijalankan.

26



RUJUKAN
Ab Aziz Yusof. 2008. Mengurus Perubahan Dalam Organisasi. Selangor.
Arah Publications.

Ahmad Fadzli Yusof. 2007. Mengurus Kerja Berpasukan. Kuala Lumpur.
PTS Publication.

Ali Mohammad Mosadegh Rad. 2006. The Impact Of Organizational
Culture On The Successful Implementation Of TQM. TQM
Magazine. Volume 18, No 16 pp 606-625.

Arcaro, J .S.,1995, Quality in Education: An Implementation Handbook.
Florida, St. Lucie Press.
Barry, J . Thomas. 1998. Organisasi Kualiti Mutlak. Keseimbangan dan
Keharmonian Demi Keunggulan. Kuala Lumpur. Penerbit Piramid
Sdn. Bhd.

Burnham, J .W, 2007. Mengurus Kualiti Sekolah. Kuala Lumpur. Institut
Terjemahan Negara Malaysia Berhad.

Casson, Steve dan George, Clive. 1995. Culture Change For Total
Quality. London. Pitman Publishing.
Chek Mat. 1996. Pengurusan Berkualiti Dalam Perkhidmatan. Kuala
Lumpur. Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd.

Ehlers, Ulf Daniel. 2009. Understanding Quality Culture. Quality
Assurance in Education. Volume 17, No 4, pp 343-363.

J ames R. Evans and J ames W. Dean, J r, 2000, Total Quality,
Management, Organisation and Strategy, Canada, South-
Wetern College.

Lee King Chuan. 2009. Hubungan Antara Budaya Organisasi Dengan
Prestasi Kerja. Satu Kajian Di Pasukan Polis DiRaja Malaysia.
Tesis sarjana tidak diterbitkan. Universiti Utara Malaysia.

Mohd Ashari Idris. 2004. Orientasi Kualiti. Prinsip dan Amalan Strategik.
Bangi. Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Mohd Fadzilah Kamsah dan Ahmad Fadzli Yusof. 2005. 55 Petua Kerja
Berpasukan. Selangor. PTS Millenia.
27



Mumtaz Begam Abdul Kadir dan Mohamed Sani Ibrahim. 2008. Integriti
Peningkatan Kualiti Organisasi. Kuala Lumpur. Utusan Publication
& Distributors Sdn Bhd.

Omachonu, Vincent and Ross, J oel.E. 2004 . Principal Of Total Quality
USA . CRC Press.

Ruhani Mat Min. 2009. Budaya Sekolah: Implikasi Terhadap Proses
Pembelajaran Secara Mengalami. Jurnal Kemanusiaan.Bil 13.

Shafie Hj Mohd Salleh dan Mohd Affandi Hassan. 1991. Kecemerlangan
Pentadbiran Dasar dan Amalan Dalam Islam. Kuala Lumpur.
Institut Tadbiran Awam Negara.

Shek Kwai Fun. 2007. Keberkesanan Kerja Berpasukan dan Kepuasan
Kerja Ketua Panitia Dalam J abatan Bahasa dan Sains Sosial di
Sekolah Menengah Daerah Pontian. Tesis sarjana yang tidak
diterbitkan. Universiti Teknologi Malaysia.

Warta MARA. April-J ulai 2010. Bahagian Hal Ehwal Korporat MARA. Bil.
18/10 ISSN 1823-9560.

Yeop Hussin Bidin. 2006. Kerja Berpasukan. Selangor. PTS Profesional.

Anda mungkin juga menyukai