Anda di halaman 1dari 8

3.

0 Kesan positif penglibatan keluarga dalam aktiviti prasekolah terhadap


murid, guru dan ibu bapa

Menurut Rohaty, Azhar dan Nor Lizalina (2002), yang melaporkan bahawa
penglibatan ibubapa terbatas kepada hal yang lebih bersifat fizikal dan sosial
seperti mengiringi kanak-kanak dalam lawatan, melibatkan diri semasa hari
penyampaian sijil atau hari sukan. Aktiviti yang telah dilaksanakan ialah lawatan
ke Cameron Highland. Guru telah bekerjasama dengan pihak ibubapa atau
penjaga murid-murid prasekolah bagi melibatkan diri dalam lawatan tersebut.
Lawatan tersebut dilaksanakan kerana ia merupakan satu inisiatif dan jalan
terbaik untuk menggalakkan hubungan sosial antara pihak sekolah dengan pihak
ibubapa. Melalui pelaksanaan lawatan atau aktiviti yang melibatkan kedua-dua
pihak, terdapat banyak kesan positif yang boleh dilihat dan diambil perhatian
untuk tindakan susulan.
Antara kesan positif terhadap murid-murid prasekolah ialah murid dapat
mengukuhkan pembelajaran dan pemahaman mereka terhadap persekitaran
semasa aktiviti melawat ke tempat yang menarik. Murid dapat mempelajari
sesuatu bahan dari persekitaran melalui pemerhatian menggunakan pancaindera
seperti mata dan juga telinga. Contohnya, murid dapat melihat rama-rama
berterbangan semasa melawat Taman Rama-Rama seterusnya dapat
mengaitkannya dengan lagu Rama-Rama yang menceritakan kitaran hidup
rama-rama. Manakala pengukuhan pembelajaran kemahiran mendengar apabila
murid dapat meneka bunyi haiwan yang didengarinya serta deria rasa mereka
dapat diperkukuhkan apabila murid-murid dapat merasa sendiri rasa buah
strawberi di Cameron Highland. Selain itu, kesan positif yang boleh diperolehi
ialah murid-murid mendapat pengalaman baru yang sangat bermakna dan boleh
dikongsi bersama ibubapa, rakan-rakan serta guru prasekolah. Pengalaman
seperti menikmati udara yang nyaman dan sejuk di kawasan peranginan seperti
Cameron Highland. Pengalaman tersebut juga boleh dijadikan sebagai motivasi
kepada murid-murid untuk belajar bersungguh-sungguh dan bersikap baik
terhadap semua orang sekiranya mahu mengikuti lawatan atau aktiviti lain.
bersama guru dan ibubapa mereka.
Aktiviti lawatan bersama ibubapa juga memberi kesan terhadap murid
apabila murid boleh berkongsi kegembiraan dan keseronokan bersama orang
tersayang. Murid seronok meluahkan perasaan dan pandangan mereka
mengenai lawatan tersebut dan seterusnya dapat menggalakkan kemahiran
sosial antara murid dengan ibubapa mereka. Contohnya, apabila di rumah murid
atau anak tidak dapat berbual bersama ibubapa yang sibuk bekerja dan melalui
lawatan tersebut, kemahiran sosial dapat dipertingkatkan supaya proses
perkembangan anak-anak baik dari semua aspek. Kesan lain ialah tahap
keyakinan diri murid-murid semakin tinggi apabila guru mengadakan sesi refleksi
bersama murid-murid selepas lawatan. Guru meminta murid-murid menceritakan
pengalaman dan pengetahuan yang telah diperolehi sepanjang lawatan ke
Cameron Highland dan murid berkeyakinan untuk bercerita kerana merasai
sendiri pengalaman tersebut.
Selain daripada kesan positif mengenai pengetahuan dan kemahiran yang
telah diperolehi melalui lawatan tersebut, nilai dan sikap murid juga semakin baik
dan mengalami perubahan positif. Murid-murid boleh mengikut peraturan, arahan
guru dan menyayangi haiwan serta alam sekitar hasil daripada pelaksanaan
lawatan tersebut. Contohnya, murid-murid prasekolah tidak lagi menyakiti haiwan
dan memetik daun-daun pada pokok sebaliknya membantu guru membersihkan
kawasan prasekolah seperti membuang sampah ke dalam bakul sampah. Tiga
aspek utama iaitu pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam prasekolah telah
dikenalpasti sebagai kesan positif terhadap murid-murid prasekolah melalui
aktiviti lawatan tersebut yang melibatkan ibubapa atau keluarga.
Seterusnya, kesan positif terhadap guru prasekolah yang melibatkan
keluarga atau ibubapa dalam aktiviti lawatan tersebut ialah hubungan guru dan
ibubapa bertambah erat dan baik kerana guru berpeluang berbual dan berkongsi
idea serta pendapat mengenai murid prasekolah. Hubungan erat tersebut dapat
diperkukuhkan melalui aktiviti lawatan atau aktiviti lain di prasekolah. Guru juga
dapat menilai keakraban hubungan antara murid-muridnya dengan ibubapa atau
keluarga masing-masing semasa aktiviti prasekolah. Penilaian tersebut juga
membantu guru mengetahui tahap kemahiran sosial dan emosi murid-murid
apabila berinteraksi bersama ahli keluarga walaupun secara tidak formal. Guru
boleh merekod penilaian tersebut di dalam rekod perkembangan murid-murid
prasekolah seterusnya dapat membantu guru menghadapi masalah yang
dihadapi murid-murid di prasekolah. Sebagai contoh, guru memerhati seorang
murid yang bercakap kurang sopan dengan rakan-rakannya di prasekolah dan
semasa aktiviti lawatan dijalankan ibubapa murid tersebut turut mengiringi murid
tersebut dalam lawatan ke Cameron Highland. Guru dapat memerhati dan
mendengar perbualan antara murid dengan bapa murid tersebut adalah kasar
dan kurang sopan. Dari situasi tersebut, kesan positif terhadap guru ialah guru
dapat menilai seterusnya cuba mengambil tindakan susulan seperti menegur
percakapan murid yang kurang sopan serta berbincang dengan ibubapa murid
tersebut.
Selain itu, melalui penglibatan keluarga dalam aktiviti prasekolah memberi
kesan positif terhadap guru prasekolah apabila proses pengajaran dan
pembelajaran murid-murid dapat dijalankan secara berterusan tidak kira tempat
atau masa kerana guru dapat berkolaborasi bersama ibubapa atau ahli keluarga
murid untuk mengukuhkan pengetahuan dan memberi pengalaman bermakna
kepada murid-murid. Murid-murid belajar meneroka sendiri dan bercambah idea
walaupun proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di luar kelas iaitu
semasa aktiviti lawatan sambil belajar. Di samping itu, keyakinan diri dan minat
guru semakin berkembang untuk mengadakan aktiviti prasekolah yang
melibatkan keluarga murid-murid kerana guru berpeluang berinteraksi dan
berkenalan dengan lebih rapat dengan ibubapa murid-murid secara tidak formal
dan dapat memberi kematangan fikiran serta penyelesaian masalah
pembelajaran yang dihadapi beberapa orang murid prasekolah. Luahan idea dan
pendapat bersama ibubapa murid-murid boleh membantu guru menangani
masalah murid-murid prasekolah contohnya masalah tingkah laku murid-murid.
Kesan positif terhadap pihak ibubapa pula ialah ibubapa dapat
meluangkan masa yang begitu berharga bersama anak-anak semasa mengiringi
anak-anak dalam lawatan prasekolah. Ibubapa dapat menyemai rasa kasih
sayang mereka kepada anak-anak seterusnya dapat mengeratkan hubungan
silaturrahim antara ahli keluarga. Emosi ibubapa dan anak-anak juga dapat
diseimbangkan dan diubah kepada emosi yang positif serta kemahiran sosial
antara ibubapa dengan anak-anak semakin baik. Kesan positif lain adalah
ibubapa dapat mengenali guru prasekolah dan keluarga murid-murid lain
seterusnya mewujudkan sikap kerjasama antara satu sama lain dan menambah
kenalan serta berbincang mengenai pelajaran anak-anak. Perkenalan antara
ibubapa dengan guru sangat penting kerana kedua-dua pihak perlu bersepakat
untuk membantu proses pembelajaran dan perkembangan anak-anak secara
holistik iaitu proses pembelajaran anak-anak adalah secara berterusan iaitu di
rumah dan juga di sekolah.
Kesan lain adalah ibubapa lebih celik akal apabila melihat sendiri
pengajaran guru prasekolah tidak bertumpu kepada aktiviti di dalam kelas
sebaliknya melalui pelbagai aktiviti luar seperti lawatan ke tempat menarik
mampu memberi ilmu secara tidak langsung kepada anak-anak mereka. Ibu
bapa akan bersikap lebih profesional dan matang serta memahami konsep
pengajaran guru prasekolah yang berbeza dengan guru dari arus perdana.
Seterusnya, ibubapa dapat mengenalpasti kelebihan dan kelemahan anak-anak
mereka apabila melihat cara anak-anak bergaul dengan rakan-rakan. Ibubapa
dapat melihat perbezaan dari segi sikap, pergaulan serta pengetahuan anak-
anak mereka apabila berinteraksi dengan ibubapa, ahli keluarga, guru dan rakan
sebaya. Menerusi pemerhatian perbezaan yang boleh diperolehi daripada aktiviti
lawatan prasekolah, ibubapa dapat berbincang dengan guru prasekolah
berkaitan hal tersebut. Selain itu, ibubapa juga belajar menjadi pendengar yang
setia apabila anak-anak seronok menceritakan pengalaman dan meluahkan
pandangan mereka mengenai aktiviti tersebut yang telah dilaksanakan oleh guru
serta hasil kerjasama dengan pihak ibubapa. Ibubapa menjadikan guru sebagai
role model apabila ibubapa dapat melihat guru melayan semua kerenah dan
cerita murid-murid prasekolah dan seterusnya ibubapa menjadikan diri sendiri
sebagai role model untuk anak-anak mereka. Anak-anak akan berasa lebih
dihargai dan disayangi ibubapa mereka.

4.0 Kaedah penglibatan ibubapa/komuniti dalam aktiviti lawatan

Ibubapa merupakan pendidik pertama dalam kehidupan murid-murid prasekolah
kerana proses pembelajaran bermula dari rumah. Proses pembelajaran murid-
murid berlaku secara berterusan dan tidak mengira tempat, masa atau keadaan.
Peringkat umur 5 dan 6 tahun merupakan satu peringkat yang aktif dari segi
fizikal, kognitif, emosi, sosial dan rohani dan mereka menggunakan pelbagai
deria untuk belajar dan menambah pengetahuan. Ibubapa dan guru
bertanggungjawab memastikan anak-anak sentiasa belajar dan menimba
pengalaman yang bermakna. Ibubapa perlu melibatkan diri secara aktif bagi
menjayakan misi dan matlamat untuk melahirkan generasi yang berakhlak baik,
intelektual, sihat dan cergas dalam menjalani kehidupan sebagai warganegara
yang berjaya dalam semua aspek.
Antara kaedah penglibatan ibubapa dalam aktiviti lawatan tersebut adalah
ibubapa memberikan sumbangan tenaga dan membantu guru memastikan
aktiviti tersebut berjaya. Sumbangan tenaga yang dimaksudkan ialah ibubapa
membantu guru mengawasi keselamatan murid-murid prasekolah sepanjang
lawatan tersebut. Ibubapa mengiringi sendiri anak-anak mereka dan memastikan
program berjalan lancar serta menepati masa mengikut tentatif program yang
telah disediakan. Sumbangan tenaga lain ialah ibubapa telah membantu guru
mengangkat barang-barang keperluan sepanjang lawatan tersebut dan sikap
kerjasama dapat dilihat menerusi aktiviti tersebut.
Selain itu, ibubapa turut menyumbang kepakaran atau kemahiran dalam
bidang fotografi dan dokumentasi sepanjang lawatan tersebut. Ibubapa dengan
sukarelanya menggalas tanggungjawab untuk mengambil gambar dan
mendokumentasikan sebagai bukti aktiviti tersebut telah dijalankan bersama
guru, murid-murid dan ibubapa. Sumbangan kemahiran tersebut dapat
membantu guru mendapatkan gambar-gambar yang menarik bersama ibubapa
dan murid-murid prasekolah. Penglibatan ibubapa ini merupakan satu bonus
kepada guru kerana ia dapat mengeratkan hubungan antara dua pihak tersebut.
Kaedah penglibatan ibubapa dalam lawatan tersebut juga turut membantu
mengukuhkan pembelajaran anak-anak mereka. Ibubapa sentiasa mengamalkan
amalan-amalan yang baik serta menjadi role model kepada anak-anak. Sebagai
contoh, ibubapa beramah mesra dan bercakap baik dengan guru bagi
menunjukkan perlakuan yang mulia dan mencerminkan keperibadian yang ikhlas
dan mesra. Ibubapa turut menunjukkan tingkah laku yang boleh dicontohi oleh
anak-anak seperti beratur dalam barisan, sabar menunggu giliran, bersalaman
antara satu sama lain dan membaca doa bersama guru dan murid-murid.
Kaedah lain berkaitan penglibatan ibubapa secara aktif dalam lawatan
atau program prasekolah adalah ibubapa memberi khidmat berbentuk kebajikan
demi membantu guru menguruskan program tersebut dan menunjukkan contoh
yang baik kepada anak-anak. Antara contoh khidmat kebajikan yang telah
diberikan oleh ibubapa ialah memberi sumbangan dalam bentuk wang dan
makanan sebagai bekalan sepanjang program dijalankan di Cameron Highland.
Ibubapa turut memberi kerjasama kepada guru prasekolah dengan membayar
yuran yang berpatutan dengan kos perjalanan serta penginapan di tempat
lawatan. Sumbangan wang yang telah diberikan oleh pihak ibubapa dapat
menampung kos perjalanan atau perbelanjaan program.
Pihak ibubapa juga menggunakan kaedah penglibatan dalam menjadi Ahli
Jawatankuasa program tersebut. Antara senarai Ahli Jawatankuasa yang terlibat
adalah AJK pengangkutan dan penginapan sepanjang aktiviti lawatan. Ibubapa
menggalas tanggungjawab menyediakan pengangkutan bas dan juga
menyediakan rumah rehat di kawasan peranginan tersebut. Lantas, ia dapat
meringankan kerja guru prasekolah kerana kerjasama yang baik dari pihak
ibubapa. Selain itu, pihak ibubapa juga bertanggungjawab sebagai AJK
dokumentasi sepanjang program yang telah dilaksanakan oleh pihak sekolah.
Penglibatan ibubapa sebagai AJK program bermula dari perancangan
menyediakan kertas kerja lawatan sehingga laporan dan dokumentasi selepas
program tersebut. Gambar-gambar yang telah diambil telah ditampal di
prasekolah sebagai kenangan manis dan juga sebagai bukti aktiviti tersebut
mendapat kerjasama yang baik dari semua pihak sama ada secara langsung
atau tidak langsung.
Sumbangan idea dan ibubapa sebagai rujukan juga dilihat berpotensi
untuk mewujudkan suasana aktiviti lebih meriah dan seronok disamping itu
murid-murid prasekolah dapat mempelajari sesuatu benda yang baharu melalui
pemerhatian dan juga peniruan. Tentatif program juga telah disediakan oleh
ibubapa hasil perbincangan dengan guru prasekolah. Sumbangan idea seperti
perancangan masa yang sistematik dan terancang, aktiviti yang sesuai dengan
perkembangan murid-murid, pencegahan kemalangan sekiranya berlaku sesuatu
perkara yang tidak diingini seperti kejadian tanah runtuh dan juga mendapatkan
informasi yang berguna seterusnya mendapatkan nombor telefon pihak-pihak
yang terdekat untuk dihubungi sekiranya berlaku kecemasan seperti pihak polis,
bomba dan hospital. Ibubapa juga sebagai rujukan guru prasekolah apabila
berlaku sebarang kemusykilan atau masalah sepanjang program tersebut.
Sumber rujukan tersebut dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik dengan
cara menjalankan perbincangan untuk mencapai kata sepakat dan persetujuan
dengan semua ibubapa murid-murid prasekolah.
Setiap masalah pastinya ada jalan penyelesaian dan setiap ibubapa
perlulah mempunyai sikap terbuka dan boleh menerima cadangan serta
pandangan orang lain dan seterusnya meluahkan idea dan pandangan sendiri
untuk membantu program lawatan tersebut berjalan lancar dan anak-anak
seronok mengikuti lawatan tersebut. Komuniti juga melibatkan diri dalam lawatan
tersebut seperti pihak hospital, bomba dan polis untuk memastikan keselamatan
setiap ahli lawatan yang terdiri daripada murid-murid, ibubapa atau penjaga dan
guru prasekolah. Aspek keselamatan diutamakan sepanjang program tersebut.
Pihak komuniti seperti pemilik rumah rehat juga turut menyumbang sumbangan
seperti memberikan diskaun atau pengurangan harga bilik penginapan semasa
aktiviti tersebut. Sumbangan tersebut amat dihargai oleh guru prasekolah dan
ibubapa murid-murid. Setiap kaedah penglibatan ibubapa atau komuniti dalam
aktiviti lawatan tersebut adalah sangat baik dan memberangsangkan.
Seterusnya ia dapat meningkatkan minat murid-murid dan proses perkembangan
murid semakin mencapai tahap kematangan pada peringkat umur 5 dan 6 tahun.
Aktiviti seperti ini perlulah giat dijalankan supaya ia dapat membantu
proses pembelajaran murid-murid berkaitan persekitaran dan kehidupan serta
mampu menerapkan nilai-nilai murni melalui aktiviti seperti ini yang melibatkan
semua pihak. Ibubapa boleh menyumbang kepakaran mereka dalam membantu
guru mengajar dan membimbing murid-murid dalam sukan seperti aktiviti
Karnival Sukan Prasekolah. Kepakaran ibubapa diperlukan untuk memastikan
murid-murid memperolehi kemahiran dalam bidang sukan serta dapat memupuk
semangat kesukanan dalam diri setiap murid prasekolah. Selain itu, ibubapa
boleh menyumbang tenaga membantu guru membaiki alat permainan luar di
taman permainan prasekolah. Kepentingan alat permainan tersebut adalah dapat
menggalakkan dan meningkatkan kemahiran motor kasar murid-murid
prasekolah seterusnya meningkatkan kemahiran kognitif, sosial dan emosi
melalui bermain. Sumbangan tenaga tersebut diperlukan untuk memberikan
murid-murid berkembang secara holistik seperti yang dimahukan dalam Falsafah
Pendidikan Kebangsaan. Anak-anak atau murid-murid sangat memerlukan
sokongan dari pihak ibubapa, komuniti dan guru untuk membantu mereka
berjaya seterusnya dapat mengembangkan bakat semulajadi yang terdapat
dalam diri setiap murid. Sokongan padu dari semua pihak akan melahirkan
insan-insan yang berpotensi tinggi untuk mengharumkan nama agama, bangsa
dan negara pada masa hadapan.

Anda mungkin juga menyukai