Anda di halaman 1dari 3

Ciri-ciri Kemahiran Berfikir Kritis dan Kreatif (KBKK)

KBKK = Pemikiran dapat dikaitkan dengan proses menggunakan minda untuk


membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.











KB secara Kritis


Huraian



Membanding danMembeza
kemahiran yang membolehkan anda
meneliti persamaan dan kelainan
antara dua objek, idea, peristiwa dan
sebagainya berdasarkan kepada
aspek-aspektertentu.
Contohnya:antara dua pekerjaan
seperti nelayan dan petani.


Membuat Kategori
Aktiviti minda yang mengelompokkan
maklumat, objek atau perkara
mengenai sesuatu ke dalam kumpulan
atau kelas tertentu mengikut ciri-ciri
sepunya yang boleh diperhatikan.


Meneliti Bahagian-bahagian Kecil
dan Keseluruhan
Kemahiran ini dapat membantu kita
melihat dengan jelas bahagian-
bahagian kecil dalam suatu benda atau
organisme atau sistem serta fungsinya
dan kaitan bahagian-bahagian kecil itu
dengan keseluruhahan.

Membuat Sekuen / Urutan
Menyusun benda-benda atau peristiwa
atau idea-idea mengikut satu susunan
tertentu berdasarkansesuatu kriteria.
KBKK
KB secara Kritis
kecekapan dan keupayaan
menggunakan minda untuk menilai
kemunasabahan dan kewajaran
sesuatu idea, meneliti kebernasan
dan kelemahan sesuatu hujah, dan
membuat pertimbangan yang wajar
dengan menggunakan alasan dan
bukti.
KB secara Kreatif
Kecekapan menggunakan minda untuk
menjanadan menghasilkan idea,
mencipta sesuatu yang baru, asli, luar
biasa, pelbagai,dan bernilai sama ada
bersifat maujud, abstrak, idea atau
gagasan. menerokai dan mencari
makna ,pemahaman dan penyelesaian
masalah seacara inovatif.


Contoh: menyusun nama dan buku
alamat. Tujuan: mudah mencari.
Kriteria: susunan adalah dalam bentuk
abjad.






Menerangkan Sebab

Melibatkan kemahiran menjana idea
mengenai kemungkinansebab-sebab
berlakunya sesuatu perkara,
memberikan kemungkinan-
kemungkinanbukti yang menjelaskan
sebab berlaku sesuatu perkara,
menyatakan bukti-buktisebenar yang
mengukuhkan kemungkinan bukti yang
dikemukakan tadi dan
akhirnyamembuat keputusan untuk
menentukan sebab sebenar
berdasarkan bukti.


Membuat Ramalan
kemahiran berfikir yang membolehkan
anda membuat jangkaanterhadap
sesuatu perkara atau peristiwa yang
akan berlaku pada masa akan
datangberdasarkan bukti dan
maklumat tertentu.



Mengusul Periksa Andaian
memeriksa sesuatu andaian yang kita
buatsebelum bertindak berdasarkan
andaian tersebut. Kemahiran ini dapat
memandukita mempersoal dan
mencari ketepatan sesuatu andaian
yang dibuat sebelumsesuatu tindakan
atau keputusan diambil.


Membuat Inferens
berlaku apabila anda tahu fakta-fakta
atau kebenaran yang ada dan
andaberminat untuk mengetahui
maklumat lebih lanjut yang boleh
diperolehimelangkaui fakta-fakta yang
ada itu.




Mengesahkan Sumber Maklumat
memerlukan individu untuk menilai
kredibiliti, ketepatan dan keboleh
percayaan sumber yang diperolehi
(samada secara langsung ataupun
tidaklangsung).
Set-set soalan yang sistematik perlu
digunakan untuk menguji elemen-
elemen yang bolehmenentukan
kesahihan sumber.



KB secara Kreatif


Huraian










Mencipta Analogi
Adalah kenyataan yang dicipta
daripada perbandingan antara satu
perkara dengan perkara yang lain
berdasarkan ciri-ciri persamaan dan
perbezaan untuk menyatakan maksud
tertentu.
Biasanya analogi menggunakan kata
bandingan seperti, bagai, dan umpama
untuk membandingkan suatu perkara
dengan perkara atau objek yang lain
bagi menyatkanmaksud tertentu.

Analog dapat dibahagi kepada dua:

1.Analogi berdasarkan kata bandingan.
Contohnya:
Badannyakurus macam lidi

2.Analogi berdasarkan pasangan kata.
Contohnya:
Kapalterbang Pramugari






Mencipta Metafora
Sejenis bahasa figuratif yang dicipta
untuk menyatakan makna sesuatu
perkara dengan menggunakan kata
lain. Dengan kata lain kita melihat
sesuatu perkara itu sebagai sesuatu
perkara yang lain.
Contoh:
Tikus itu telah lari apabila
melihat pengurusnya telah
datang.

Tikus orang yang takut akan
ketuanya


Sumber :
http://ollyusofalhaj.ipgkti.edu.my/sumber/resosbestari/IKG/KBKK/kbkk.htm#bandi
ng_beza