media cetak. Gejala sosial seumpamanya sudah tidak dapat dibendung lagi kini. Gejala
penagihan dadah adalah antara gejala sosial yang semakin berleluasa dan melibatkan ramai
pihak terutamanya golongan remaja. Dadah dapat diistilahkan sebagai sejenis bahan yang
mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani (mental), jasmani
(fizikal ) dan emosi serta tingkah laku pengguna apabila menggunakannya.Antara jenis dadah
yang dikenalpasti ialah heroin, morfine, ganja, kokain, kanabis, dan sebagainya. Persoalannya,
apakah faktor di sebalik gejala ini berlaku?
Namun beberapa faktor telah dikenalpasti bagi menjawab persoalan akan berleluasanya
gejala penagihan dadah dalam kalangan remaja ini. Antaranya ialah perasaan ingin mencuba
yang ada dalam diri seseorang remaja tersebut. Hal ini kerana, kebanyakan gejala ketagihan
dadah ini berlaku keatas golongan remaja disebabkan mereka ini berdarah panas pada ketika
berusia dalam linkungan umur antara 12 hingga19 tahun. Perasaan ingin mencuba sesuatu yang
baru ini mendorong mereka untuk menerokai budaya atau sesuatu perkara yang baru bagi
mereka. Disebabkan hal ini, remaja mudah terjebak ke kancah penagihan dadah atas desakan
ingin mencuba. Walaupun mereka tahu akan bahaya dadah, namun atsas desakan dan tuntutan
jiwa untuk mencuba mengatasi segala-galanya.
Antara faktor lain yang dapat dikenalpasti dan turut menyumbang kepada gejala
penagihan dadah ini ialah kerana pengaruh daripada rakan sebaya. Faktor ini merupakan
penyumbang terbesar kepada peningkatan kadar penagihan dadah dalam kalangan remaja di
Malaysia. Hal ini terjadi kemungkinan kerana, seseorang remaja lebih rapat dengan rakan-rakan
mereka kerana banyak waktu mereka dihabiskan bersama rakan berbanding dengan keluarga.
Berhubung dengan pengaruh rakan sebaya ini,semestinya ada acara cabar mencabar diantara
mereka bagi menunjukkan potesi diri masing-masing. Desakan daripada rakan untuk mencuba
dadah akhirnya menyebabkan rasa ketagihan yang berpanjangan. Ramai diantara remaja yang
terjebak dengan aktiviti penagihan dadah disebabkan oleh pengaruh daripada rakan sebaya
mereka.
Disamping pengaruh daripada rakan sebaya,gejala penagihan dadah turut
disumbangkan oleh faktor tekanan perasaan. Tekanan perasaan yang melampau boeh
menyebabkan ramai yang mengambil inisiatif mencuba dadah bagi menenangkan fikiran
mereka. Pada mulanya,dadah yang diambil hanya sekadar untuk merangsang fikiran untuk
ketenangan, namun menjadi ketagihan akibat kekerapan pengambilan dadah. Sesetengah
dadah yang diambil oleh seseorang boleh mengakibatkan rangsangan untuk suatu jangka masa
yang panjang.Hal ini akan mengakibatkan pengguna ketagihan lama. Ketagihan di peringkat
yang serius boleh menyundang kepada kerosakan jiwa indivudu tersebut. Persekitaran, tempat
kerja, tempat kerja, dan keadaan sekeliling adalah merupakan antara pengaruh terhadap
berlakunya masalah tekanan perasaan ini dan seterusnya menyumbang kepada gejala
penagihan dadah yang semakin berleluasa kini.
Bagi mereka yang terjerumus dalam kancah penagihan dadah ini semestinya akan
mendapat implikasi terhadap diri mereka terutamanya golongan remaja. Antara implikasi yang
besar ialah mengalami kerosakan organ dalaman badan. Hal ini kerana,akibat daripada
pengambilan dadah yang banyak dan secara berterusan. Organ dalaman yang sensitif seperti
jantung, otak,hati akan mengalami gangguan dari segi menjalankan operasi sistem badan. Dan
ini akan menyebabkan seseorang yang mengambil dadah akan mengalami masalah dan
gangguan sistem badan malah sesetengahnya mudah dijangkiti dengan pelbagai penyaki
merbahaya seperti AIDS, HIV dan sebagainya. Tahap imunisasi badan yang rendah akan lebih
memudahkan penyebaran penyakit dan mengancam nyawa kepada si penagih.
Untuk membendung masalah penagihan dadah yangsemakin berleluasa ini, semua
pihak haruslah memainkan peranan masing bagi meyelesaikan permasaalahan yang yang
semakin meruncing kini. Antara pihak yang terlibat bagi menggalas tanggungjawab masalah
penagihan dadah ini ialah ibu bapa,masyarakat dan pihak kerajaan. Sebagai ibu bapa, mereka
berperanan dalam mencorak anak-anak bagi menentukan masa depan mereka. Didikan yang
baik dapat menentukan hala tuju anak-anak samaada kearah yang baik atau terjurumus ke arah
gejala sosial. Manakala, peranan masyarakat pula ialah memberi perhatian dan kerjasama
dalam membanteras gejala penagihan dadah yang diusahakan. Kerjasama daripada agensi-
agensi kerajaan atau badan bukan kerajaan amatlah diperlukan bagi menggerakkan lagi usaha
memerangi gejala penagihan dadah. Kerajaan juga menggerakkan usaha bagi menangani
permasaalahan ini supaya tidak lebih berleluasa lagi. Kolaborasi antara semua pihak akan dapat
mencapai target utama utuk mengurangkan masaalah penagihan dadah dalam kalangan
masyarakat ini.
Kesimpulannya, berleluasanya masalah penagihan dadah dalam kalangan warga
Malaysia adalah disebabkan oleh beberapa faktor utama. Pengambilan dadah dalam kehidupan
manusia akan memberi impak yang besar kepad individu, masyarakat dan juga negara.
Gandingan bahu antara semua pihak dapat mengurangkan kadar penagihan dadah di negara ini
dan menjadikan negara sebuah negara yang aman dan bebas daripada masalah sosial.
PUNCA PENYALAHGUNAAN DADAH
Terdapat beberapa punca atau sebab penglibatan penyalahgunaan dadah terutamanya di kalangan
remaja. Di antaranya ialah:
1. Kekurangan Perhatian Daripada Ibu Bapa
Hal ini memang tidak dapat dinafikan terutamanya dalam era mengejar kesenangan hidup pada hari ini.
Para ibu bapa sentiasa sibuk mencari nafkah bagi menampung kehidupan serta menyediakan keperluan
asas yang bertaraf tinggi untuk keluarga. Secara tidak langsung, masa yang sepatutnya diluangkan
bersama anak-anak menjadi terhad. Hal ini akan mengakibatkan remaja menikmati kebebasan yang
keterlauan kerana kegiatan mereka tidak lagi diambil tahu oleh ibu bapa. Lama-kelamaan, kebebasan
yang dikecapi akan membawa mereka ke lembah penagihan najis dadah.
2. Pengaruh Rakan Sebaya
Hal ini demikian kerana kebanyakan masa remaja diluangkan bersama dengan rakan sebaya mereka.
Oleh itu, pemilihan rakan yang sesuai haruslah dilakukan dengan bijaksana oleh setiap remaja. Sekiranya
rakan sebaya yang digauli oleh mereka terlibat dalam pengambilan dadah, secara tidak langsung mereka
sendiri akan terikut-ikut dengan sikap rakan mereka.Budaya ini harus dikikis kerana hanya akan
menyebabkan gejala ini menjadi lebih serius. Para remaja perlu bersikap rasional pada setiap masa.
3. Tekanan / Depressi
Kini, remaja bukan hanya berhadapan dengan cabaran untuk belajar di sekolah semata-mata. harapan
yang tinggi oleh ibu bapa agar mereka mencapai prestasi yang cemerlang dalam pelajaran telah menjadi
suatu tekanan yang hebat kepada remaja. Selain menghadiri kelas di sekolah, mereka terpaksa
menghadiri kelas-kelas yang lain seperti kelas tuisyen, muzik, tarian, seni pertahanan diri dan sebagainya
bagi memenuhi kehendak ibu bapa. Akibatnya, mereka tidak mempunyai masa yang tersendiri untuk
beristirahat dan melakukan hobi yang digemari oleh mereka. Tekanan ini akan mendorong mereka
mengambil dadah kerana kononya ingin mencari ketenangan jiwa. Mereka berpendapat bahawa
pengambilan dadah dapat mengurangkan tekanan yang dihadapi oleh mereka dalam sekelip mata
sahaja.
4. Kurang Pendidikan Ugama
Pada masa sekarang, kebanyakkan remaja yang terlibat dengan dadah adalah disebabkan oleh
kurangnya pendidikan agama. Hal ini berlaku kerana ibubapa tidak memberi perhatian kepada anak
mereka. Tambahan lagi, dalam dunia moden ini remaja sangat terdedah dengan gejala-gejala sosial
yang boleh merosakkan akal fikiran mereka. Kurangnya pendidikan agama menyebabkan remaja sesuka
hati melakukan perkara yang telah dilarang oleh ugama. Oleh itu, pendidikan agama amatlah penting
bagi menghalang atau menghindari dari perbuatan yang di anggap hina.
5. Pengaruh Media Cetak Dan Media Elektronik
Pada masa kini, remaja sangat terdedah dengan media cetak dan media elektronik. Hal ini adalah kerana
melalui kedua-dua media ini dapat memberikan maklumat atau bahan yang tidak diperolehi disekolah
mahupun di dalam buku teks sekolah. Walau bagaimanapun, kedua-dua media ini juga memberi
pengaruh yang amat besar terhadap remaja hingga boleh mengubah tingkah laku serta akal fikiran
mereka. Remaja bertindak melulu tanpa memikirkan perkara yang dibuat itu betul atau salah.
GEJALA PENYALAHGUNAAN DADAH
Dalam pengertian yang umum, dadah dapat didefinisikan sebagai bahan kimia yang boleh membuatkan seseorang yang
mengambilnya menjadi ketagih dan membawa pelbagai san sampingan yang negatif apabila menggunakannya secara berlebihan
dan tanpa peraturan. Namun begitu, dadah juga mempunyai kesan positif, terutamanya dalam ubat-ubatan untuk menyembuhkan
penyakit. Gejala penyalahgunaan dadah ini bukanlah perkara baru di negara kita. Walaupun pelbagai cara pengawalan
penyalahgunaan dadah telah diperkenalkan, gejala ini masih berlanjutan.
Wujud pelbagai faktor yang menyebabkan gejala penyalahgunaan dadah, antaranya pengaruh rakan. Rakan memainkan
peranan penting dalam membentuk sifat dan keperibadian seseorang sama ada ke arah baik atau sebaliknya. Berdasarkan hal ini,
jika kita berkawan dengan penagih dadah, lambat-laun rakan itu akan mempengaruhi kita untuk nengikut jejaknya. Hal ini mudah
berlaku kepada orang yang menghadapi banyak masalah dan di kalangan orang yang masih muda.
Kebanyakan orang mempunyai sikap ingin mencuba dalam diri masing-masing. Mereka kurang mempunyai pegangan agama yang
longgar, mudah tunduk kepada sikap ingin mencuba yang wujud di dalam dirinya. Apabila orang yang rapat dengannya terlibat
dengan penagihan dadah, sikap ingin mencuba itu lebih mudah direalisasikan. Apabila dirasai sekali, unsur ketagihan akan
mendorong individu itu terus melibatkan diri dengan penyalahgunaan dadah.
Kebelakangan ini dadah mudah diperoleh. Kebanyakan bekalan dadah yang beredar dalam negara kita dibawa masuk
secara haram dari negara jiran seperti Negara Thai. Dadah biasanya dijual di kelab malam dan di lorong gelap. Harga dadah pun
bukanlah mahal sangat. Kebanyakannya mampu dibeli oleh penagih yang rata-rata berpendapatan rendah.
Penyalahgunaan dadah menimbulkan pelbagai kesan negatif kepada individu, masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan
dadah menyebabkan golongan yang terlibat dilihat sebagai sampah masyarakat. Penagih dadah menjadi orang yang tidak
bermaya, lesu dan kekurangan tenaga untuk menjalani kehidupan. Oleh itu, mereka mula mengabaikan tugas dan tanggungjawab
sama ada sebagai pekerja, suami atau isteri.
Penyalahgunaan dadah juga akan mewujudkan pelbagai jenis penyakit sehingga boleh membawa maut. Sekiranya para
penagih menggunakan jarum suntikan secara bergilir-gilir dan salah seorang daripada mereka mempunyai virus HIV positif, penagih
lain juga akan turut dij angkiti virus pembunuh itu. Situasi ini merupakan suatu keadaan yang amat serius.
Para penagih dadah juga akan menghadapi kehidupan yang tidak terurus. Mereka tinggal di tempat yang kotor dan kurang selesa
seperti di lorong gelap dan siar kaki bangunan. Selain itu, keadaan diri penagih juga kurus, busuk, berpenyakit dan sebagainya.
Mereka sanggup melakukan sebarang jenis jenayah sama ada ringan atau berat bagi mendapatkan duit untuk membeli bekalan
dadah. Ini bukan sahaja mengancam keselamatan nyawa dan harta benda warga lain, malahan menakutkan para pelancong asing.
Ini sekali gus menjejaskan pendapatan negara dan imej negara di kaca mata asing.
Kesimpulannya, gejala penyalahgunaan dadah berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor dan membawa beberapa kesan
yang negatif. Kewujudan golongan penagih dadah yang menjadi sampah masyarakat merupakan suatu beban kepada anggota
masyarakat dan negara. Gejala penyalahgunaan dadah ini, jika tidak ditangani segera, dapat menggugat negara dart segi sosial,
ekonomi dan politik. Oleh itu, semua pihak harus bekerjasama mengawal dan mencegah gejala ini agar tidak berlanjutan.
Punca-punca penagihan dadah
1.DIPENGARUHI OLEH ORANG LAIN.
remaja yang masih lagi cuba untuk mengenali pelbagai aktiviti atau budaya baru tidak tahu
membezakan antara gejala yang negatif atau positif.
remaja mudah terikut-ikut dengan kata dan arahan rakan-rakan atau orang lain tanpa menyedari
kesan buruknya.
2.SIKAP INGIN MENCUBA.
pada zaman sekarang,remaja semakin aktif dan sentiasa ingin mencuba perkara yang baru dan
ini merupakan peringkat pertama bagi sesuatu ketagihan dadah.
3.KEKURANGAN KASIH SAYANG.
kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada ibubapa juga akanmenyebabkan remaja
terjebak dengan aktiviti negatif kerana tingkahlaku anak-anak tidak diperhatikan dan mereka akan lebih
mempercayai individu lain yang sentiasa bersama mereka daripada ibu bapanya walaupun individu
tersebut tiada niat yang baik.
4.TIADA KEPERCAYAAN ROHANI YANG TEGUH.
bagi remaja yang kurang kepercayaan rohani,mereka akan mengabaikan pantang larang hidup
dan melanggarnya dengan perbuatan seperti menghisap dadah
5.KURANG PENDIDIKAN/PENGETAHUAN TENTANG DADAH .
ramai remaja negara masih lagi kurang mengetahui tentang dadah dan tahap bahaya kesan
dadah tersebut.
Ibu bapa tidak memainkan peranan masing masing untuk mendidik anak-anak mengelakkan diri
daripada dadah