Anda di halaman 1dari 136

MODUL PENDIDIKAN PEMULIHAN

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)



MOD PENDIDIKAN JARAK JAUH








PKP 3116


SISTEM BAHASA MELAYU


















INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
ARAS 1, ENTERPRISE BUILDING 3,
BLOK 2200, PERSIARAN APEC,
CYBER 6, 63000 CYBERJAYA

Berkuat kuasa pada Januari 2014
IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN
KEPUJIANKEPUJIAN















FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis
dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi
melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab, dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat, dan negara.









i








Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik,
bersedia menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan
kebudayaan negara, menjamin perkembangan individu, dan
memelihara suatu masyarakat yang bersatu padu, demokratik,
progresif, dan berdisiplin.







Cetakan Januari 2014
Kementerian Pelajaran Malaysia

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan yang tidak ada
kepentingan komersial, tidak dibenarkan sesiapa mengeluarkan atau
mengulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan
buku ini dalam apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain
sebelum mendapat izin bertulis daripada Rektor Institut Pendidikan
Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia.






















ii



























Cetakan Januari 2014
Institut Pendidikan Guru
Kementerian Pelajaran Malaysia


























iii

MODUL PEMBELAJARAN INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-
PELAJAR YANG BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU,
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM
PENSISWAZAHAN GURU (PPG) IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN.

MODUL PEMBELAJARAN INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM
TERSEBUT.





Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Falsafah Pendidikan Guru

Panduan Pelajar

Pengenalan

Tajuk Pembelajaran



Tajuk 1: Morfologi
Takrif Morfologi
Struktur Kata

Tajuk 2: Bentuk Kata dan Pembentukan Kata

Tajuk 3: Golongan Kata

Tajuk4: Sintaksis
Takrif
Binaan

Tajuk5: Jenis-jenis Ayat

Tajuk 6: Ragam Ayat

Tajuk 7: Proses Penerbitan Ayat
Aspek Tanda Baca

Tajuk 8:` Sistem Ejaan

Tajuk 9: Sebutan Baku dan Intonasi Ayat

Tajuk 10: Kosa Kata dan Peribahasa




1



7


12

27



45

50

54
63

72

88

99


Bibliografi
Panel Penulis Modul
Ikon Modul

vi





MUKASURAT
KANDUNGAN





PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu anda menguruskan pembelajaran
anda agar anda boleh belajar dengan lebih berkesan. Anda mungkin kembali semula
untuk belajar secara formal selepas beberapa tahun meninggalkannya. Anda juga
mungkin tidak biasa dengan mod pembelajaran arah kendiri ini. Modul pembelajaran ini
memberi peluang kepada anda untuk menguruskan corak pembelajaran, sumber-
sumber pembelajaran, dan masa anda.


PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan anda membuat keputusan tentang pembelajaran
anda. Anda perlu memahami corak dan gaya pembelajaran anda. Adalah lebih berkesan
jika anda menentukan sasaran pembelajaran kendiri dan aras pencapaian anda.
Dengan cara begini anda akan dapat melalui kursus ini dengan mudah. Memohon
bantuan apabila diperlukan hendaklah dipertimbangkan sebagai peluang baru untuk
pembelajaran dan ia bukannya tanda kelemahan diri.


SASARAN KURSUS

Pelajar Sarjana Muda Perguruan dengan Kepujian yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran Malaysia (IPG KPM) di bawah Program
Pensiswazahan Guru (PPG).


JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM yang memerlukan pelajar mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap jam kredit. Anggaran peruntukan jam pembelajaran adalah
seperti dalam Jadual 1:
















v

PANDUAN PELAJAR




* Latihan amali akan dijalankan pada hari Ahad atau melalui kursus intensif.



SUSUNAN TAJUK MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan tajuk. Jangka masa untuk melalui sesuatu tajuk
bergantung kepada gaya pembelajaran dan sasaran pembelajaran kendiri anda.
Latihan-latihan disediakan dalam setiap tajuk untuk membantu anda mengingat semula
apa yang anda telah pelajari atau membuatkan anda memikirkan tentang apa yang anda
telah baca. Ada di antara latihan ini mempunyai cadangan jawapan. Bagi latihan-latihan
yang tiada mempunyai cadangan jawapan adalah lebih membantu jika anda berbincang
dengan orang lain seperti rakan anda atau menyediakan sesuatu nota untuk
dibincangkan semasa sesi tutorial. Anda boleh berbincang dengan pensyarah, tutor atau
rakan anda melalui email jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.






vi

Aktiviti-aktiviti Pembelajaran
Agihan Jam pembelajaran
Mengikut Kredit Kursus
3 Kredit 2 Kredit 1 Kredit
Tanpa
Amali
(3+0)
Ada
Amali
(2+1)
(1+2)
(0+3)
Tanpa
Amali
(2+0)
Ada
Amali
(1+1)
(0+2)
Tanpa
Amali
(1+0)
Ada
Amali
(0+1)
Membaca modul
pembelajaran dan
menyiapkan latihan /
tugasan terarah / amali

70

60

70

62

70

65
Menghadiri kelas interaksi
bersemuka (5 kali)
10 10 5 5 5 5
Latihan Amali* - 10 - 8 - 5
Perbincangan Atas Talian 7 7 5 5 5 5
Kerja Kursus 20 20 20 20 15 15
Ulangkaji 10 10 10 10 5 5
Amali/Peperiksaan 2 2 2 2 2 2
Jumlah Jam Pembelajaran 120 80 40


IKON

Anda akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian anda agar pada
sekali imbas anda akan tahu apa yang harus dibuat.





PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Anda juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila anda mendaftar. Peperiksaan bertulis ini
akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam modul pembelajaran dan juga
perbincangan


Tip untuk membantu anda melalui kursus ini.

1. Cari sudut pembelajaran yang sunyi agar anda boleh meletakkan buku dan diri
anda untuk belajar. Buat perkara yang sama apabila anda pergi ke
perpustakaan.

2. Peruntukkan satu masa setiap hari untuk memulakan dan mengakhiri
pembelajaran anda. Patuhi waktu yang diperuntukkan itu. Setelah membaca
modul ini teruskan membaca buku-buku dan bahan-bahan rujukan lain yang
dicadangkan.

3. Luangkan sebanyak masa yang mungkin untuk tugasan tanpa mengira sasaran
pembelajaran anda.

4. Semak dan ulangkaji pembacaan anda. Ambil masa untuk memahami
pembacaan anda.

5. Rujuk sumber-sumber lain daripada apa yang telah diberikan kepada anda. Teliti
maklumat yang diterima.

6. Mulakan dengan sistem fail agar anda tahu di mana anda menyimpan bahan-
bahan yang bermakna.

7. Cari kawan yang boleh membantu pembelanjaran anda.









vii








Sistem Bahasa merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu. Kursus Pendidikan Pemulihan yang
memeberikan fokus dalam Modul Sistem Bahasa ini ialah pada aspek
tatabahasa, sistem ejaan, sebutan dan intonasi, kosa kata, dan
peribahasa.

Terdapat sepuluh tajuk yang dimuatkan dalam modul ini yang meliputi
aspek morfologi, sintaksis, sistem ejaan, sebutan dan intonasi serta kosa
kata dan peribahasa dalam bahasa Melayu.

Dalam modul ini turut dimuatkan juga dengan beberapa komponen seperti
aktiviti, latihan, bahan sokongan dan sebagainya. Maklumat-maklumat ini
diharapkan dapat membantu pembaca untuk menggunakan modul ini
dengan berkesan.


Sebagai kesimpulannya, Modul Sistem Bahasa Melayu yang diajarkan
dalam Kursus Pendidikan Pemulihan diharapkan akan dapat membantu
para guru mendalami pelbagai aspek dalam bahasa Melayu.















viii




PENGENALAN




Kod & Nama Kursus: PKP 3116 Sistem Bahasa

Kandungan modul ini dibahagi kepada 10 tajuk/topik. Jadual di bawah menjelaskan
agihan tajuk-tajuk untuk interaksi bersemuka atau pembelajaran melalui modul.





ix

AGIHAN TAJUK

INTERAKSI TAJUK/TOPIK
JUMLAH JAM
MENGIKUT
PRO FORMA
KURSUS
1


Tajuk 1:Morfologi
Tajuk 2: Bentuk Kata
Pembentukan Kata

9
2

Tajuk 3:Golongan Kata
Tajuk 4: Sintaksis Takrif Frasa,
Klausa dan Ayat

9
3

Tajuk 4: Binaan Frasa, Klausa dan
Ayat
Tajuk 5: Ayat Jenis-jenis Ayat
Tajuk 6: Ragam Ayat


9
4

Tajuk 6 : Susunan Ayat
Tajuk 7: Proses Penerbitan Ayat
Aspek Tanda Bacaan

9
5

Tajuk 8:` Sistem Ejaan
Tajuk 9: Sebutan Baku dan Intonasi
Ayat
Tajuk 10: Kosa Kata
Peribahasa

9



JUMLAH 45


TAJUK 1 MORFOLOGI


SINOPSIS


Tatabahasa merupakan peraturan atau sistem sesuatu bahasa yang digunakan
sama ada dalam bentuk lisan ataupun tulisan. Dua bidang utama dalam kajian
tatabahasa ialah morfologi dan sintaksis. Tajuk ini akan menghuraikan beberapa konsep
penting dalam bidang morfologi. Secara umumnya, topik ini akan membolehkan anda
mengetahui perkara yang berikut:

1.1 Takrif Morfologi
1.2 Struktur kata
1.3 Bentuk kata
1.4 Golongan kata


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

i. membuat rumusan tentang takrif morfologi.
ii. menghuraikan aspek kajian dalam bidang morfologi bahasa Melayu.















1



Rajah 1.1: Kerangka Tajuk 1

Takrif

Secara umumnya, morfologi merupakan istilah dalam bidang ilmu
linguistik yang menghuraikan sistem bahasa pada peringkat perkataan. Menurut
Nik Safiah Karim et al. (2011: 43), morfologi ialah satu bidang ilmu yang
mengkaji perkataan dari segi struktur, bentuk kata, dan penggolongan kata.

Abdullah Hassan (2006) menyatakan, morfologi ialah satu bidang ilmu
yang mengkaji bentuk perkataan. Istilah ini dipinjam daripada disiplin biologi
yang bermaksud kajian tentang bentuk tubuh haiwan dan tumbuhan. Konsep ini
diterapkan kepada bentuk perkataan bahasa manusia, manakala mengikut
Raminah Hj. Sabran dan Rahim Syam (1985) pula, morfologi ialah satu bidang
dalam kajian bahasa yang mengkaji perkataan dan cara-cara pembentukannya.










2
Bidang Kajian
Morfologi
Struktur Kata
Bentuk Kata
Golongan Kata


Kajian dalam bidang morfologi terdiri daripada tiga subbidang, iaitu:

Struktur kata
Bentuk kata
Penggolongan kata







Struktur kata

Struktur kata merupakan susunan bentuk bunyi ujaran (lisan) atau
lambang (tulisan) yang menjadi unit bahasa yang bermakna. Susunan bentuk
bunyi ujaran atau lambang ini boleh dikesan berdasarkan binaan suku kata.
Binaan suku kata dalam struktur bahasa Melayu terdiri daripada dua pola, iaitu:

i. Pola suku kata terbuka
ii. Pola suku kata tertutup


Pola suku kata terbuka ialah binaan struktur suku kata yang diakhiri
dengan huruf vokal a,e,i,o, dan u. Sebaliknya bagi pola suku kata tertutup,
binaan struktur suku katanya diakhiri dengan huruf konsonan. Pola suku kata ini
boleh hadir sama ada pada awal, tengah ataupun akhir suku kata sesuatu
perkataan. Perhatikan contoh di bawah:


3

Aktiviti 1:
Sila buat nota ringkas berkaitan dengan takrif morfologi dan
bidang kajiannya.



i. Pola suku kata terbuka :

o a + pi
o bo + la
o ke + re + ta
o a +ro +ma


Perkataan
Suku kata
awal tengah Akhir
Api a - Pi
Bola bo - La
Kereta ke re Ta
Aroma

a
ro Ma

Bagi setiap suku kata dalam perkataan di atas menunjukkan pola suku
kata terbuka. Cuba perhatikan huruf akhir pada setiap suku kata
berkenaan. Apakah huruf yang hadir pada akhir perkataan tersebut?

ii. Pola suku kata tertutup :

o ken + tang
o um + pan
o pan + tas
o peng +ga +li






4



Perkataan
Suku kata
awal tengah Akhir
Kentang ken - Tang
Umpan um - Pan
Pantas pan - Tas
penggali peng ga Li


Perkataan di atas menunjukkan pola suku kata tertutup.Cuba perhatikan
huru- akhir pada setiap suku kata berkenaan. Apakah huruf yang hadir
pada akhir perkataan tersebut?
Pola suku kata akhir pula merujuk kehadiran suku kata pada akhir dalam setiap
perkataan. Dalam binaan struktur kata bahasa Melayu, kehadiran pola ini boleh terdiri
daripada suku kata akhir terbuka ataupun suku kata akhir tertutup.







Dalam bahasa Melayu, struktur kata terdiri daripada dua jenis, iaitu struktur kata
asli dan struktur kata pinjaman. Terdapat 11 jenis struktur suku kata dalam bahasa
Melayu. Hanya empat jenis struktur kata yang dikenal pasti sebagai struktur kata asli,
manakala bakinya terdiri daripada struktur kata pinjaman bahasa asing.




5

Aktiviti 2:
Senaraikan lima perkataan yang mengandungi
i. pola suku kata akhir terbuka.
ii. suku kata akhir tertutup.


Struktur Kata Asli
Yang berikut ialah contoh struktur suku kata asli bahasa Melayu, iaitu:

Struktur kata asli Suku kata
v a + bu
vk as + kar
kv gu + la
kvk kam + pung

Struktur Kata Pinjaman
Struktur suku kata pinjaman daripada bahasa asing berserta contohnya.

Struktur kata pinjaman Suku kata
kkv pro + ses
kkvk trak +tor
vkk ins +ti + tu + si
kvkk kon + teks
kkvkk kom + pleks
kkkv stra + te + gi
kkkvk struk + tur



Secara ringkasnya, struktur kata dalam bahasa Melayu terdiri daripada struktur
kata asli dan struktur kata pinjaman.


Rehat sebentar.
6

Aktiviti 3
Sila senaraikan tiga perkataan bagi
i. struktur kata asli bahasa Melayu.
ii. struktur kata pinjaman bahasa asing.



TAJUK 2 Bentuk Kata dan Pembentukan Kata

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui bentuk kata dan proses
pembentukan kata dalam bahasa Melayu. Terdapat empat bentuk kata dan
proses pembentukannya dalam tajuk ini.

Bentuk Kata Proses Pembentukan kata
kata tunggal penggabungan suku kata
kata terbitan Pengimbuhan
kata majmuk Pemajmukkan
kata ganda Penggandaan


Hasil Pembelajaran

Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

i. menjelaskan bentuk kata.
ii. menghuraikan proses pembentukan kata.





Bentuk Kata
Perkataan ialah satu unit ujaran yang bebas dan mengandungi makna, yang
terdiri daripada satu atau gabungan beberapa bentuk bunyi bahasa. Setiap
perkataan dimulai dan diakhiri oleh sempadan perkataan yang bersifat abstrak dan
hanya wujud dalam fikiran kita.
7


Bentuk kata boleh terdiri daripada satu mofem atau susunan beberapa morfem.
Proses pembentukan kata menghasilkan bentuk kata seperti yang berikut:
kata tunggal terhasil melalui proses gabungan suku kata
kata terbitan terhasil melalui proses pengimbuhan
kata majmuk terhasil melalui proses pemajmukan
kata ganda terhasil melalui proses penggandaan

Bentuk Kata Proses Contoh Kata
Kata Tunggal Gabungan suku kata makan
Kata Terbitan Pengimbuhan makanan
Kata Majmuk Pemajmukan makan suap
Kata Ganda Penggandaan makan-makan

Pembentukan Kata
a. Proses Pengimbuhan
Proses pengimbuhan ialah proses penyusunan morfem dalam sesuatu bahasa
dengan melibatkan pengimbuhan. Proses pembentukan kata tunggal bahasa
Melayu, lazimnya melibatkan penggabungan bunyi vokal dan konsonan tanpa
menerima sebarang imbuhan, manakala proses pengimbuhan pula merupakan
proses memperluas bentuk kata dasar melalui pelbagai cara pembentukan kata.
Dalam bahasa Melayu, sebarang kata yang terhasil daripada proses
pengimbuhan dikenali sebagai kata terbitan. Terdapat empat jenis pengimbuhan,
iaitu awalan, akhiran, apitan, dan sisipan.Setiap pembentukan kata yang
melibatkan proses ini akan memberikan makna dan fungsi nahunya yang berlainan.
Kata dasar yang digolongkan dalam sesuatu golongan kata boleh berubah sifat dan
fungsinya apabila menerima sebarang imbuhan.


8


i. Imbuhan Awalan
Imbuhan awalan yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan
seperti jadual di bawah:
Golongan
Kata
Imbuhan Awalan Kata dasar Kata terbitan

kata nama
ke- tua ketua
pe- tinju petinju
peN- basuh pembasuh
peR- tapa pertapa
juru- foto jurufoto

kata kerja
meN- kemas mengemas
beR- lari berlari
teR- sepak tersepak
di- angkat diangkat
mempeR- besar memperbesar
dipeR- alat diperalat
kata adjektif
ter- panjang terpanjang
se- luas seluas
ii. Imbuhan Akhiran
Imbuhan akhiran yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan
seperti jadual di bawah:
Golongan
Kata
Imbuhan akhiran Kata dasar Kata terbitan

kata nama
-an tanam tanaman
-wan derma Dermawan
-man budi budiman
-wati seni seniwati
-isme patriot patriotisme
-in hadir hadirin
-at muslim muslimat
-ah ustazah ustazah
kata kerja
-kan masuk masukkan
-i lawat Lawati
9


iii. Imbuhan Apitan
Imbuhan apitan yang membentuk sesuatu golongan kata itu dapat ditunjukkan
seperti jadual di bawah:


Golongan
Kata
Imbuhan apitan Kata dasar Kata terbitan
kata nama
ke-_-an rugi kerugian
peN- _-an tempat penempatan
kata kerja
meN-_kan jahit menjahitkan
meN-_-i dekat mendekati
beR-_-kan alas beralaskan
di-_-kan bangun dibangunkan
diper-_-kan lihat diperlihatkan
kata adjektif ke-_-an kuning kekuningan


Semasa interaksi bersemuka, tajuk pemajmukan dan penggandaan akan
dibincangkan.



Perbincangan
Bincangkan proses pembentukan kata bagi perkataan
berikut:
i. akuan
ii. pengakuan
iii. mengakui
iv. memperaku




10


















Rehat sebentar, kemudian teruskan dengan aktiviti di bawah.





11
Buat Nota :
Bina peta minda yang berkaitan dengan bentuk kata, proses
pembentukan kata, dan penggolongan kata.




Aktiviti 4

1. Secara individu, anda dikehendaki melayari internet untuk
mendapatkan bahan tentang definisi morfologi bahasa Melayu.

2. Selain itu, anda juga dikehendaki mengumpulkan maklumat
tentang proses pembentukan kata dalam bahasa Melayu.


TAJUK 3 GOLONGAN KATA

Sinopsis

Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui golongan kata bahasa Melayu. Terdapat
empat golongan kata dalam tajuk ini:

a. Kata Nama
b. Kata Kerja
c. Kata Adjektif
d. Kata Tugas

Hasil Pembelajaran

Pada akhir modul ini, anda akan dapat:
i. mengkategorikan golongan kata dalam bahasa Melayu.
ii. mengemukakan contoh yang sesuai dan berkaitan dengan golongan kata
dalam bahasa Melayu.















12


Golongan Kata

Tatabahasa Dewan (Nik Safiah Karim, et. al., 2009:81) menggolongkan
perkataan dalam bahasa Melayu berdasarkan kriteria sintaksis dan semantik. Kriteria
sintaksis dilihat berdasarkan kehadiran sesuatu perkataan itu sebagai konstituen dalam
ayat, iaitu klausa dan frasa. Kriteria semantik pula merupakan unsur yang memberikan
makna bagi sesuatu perkataan itu berdasarkan situasi dan konteksnya.

Perkataan dalam sesuatu bahasa dapat digolongkan dalam golongan tertentu.
Antara kriteria yang diambil bagi menggolongkan sesuatu perkataan itu termasuklah:
struktur fonologi atau bunyi
struktur morfem
sintaksis
semantik


Oleh yang demikian, golongan kata dalam bahasa Melayu dibahagikan kepada
empat, iaitu:

i. kata nama.
ii. kata kerja.
iii. kata adjektif.
iv. kata tugas.









13


i. Kata Nama


Kata nama ialah perkataan yang boleh menjadi unsur inti dalam binaan frasa
nama dan lazimnya kata ini menamakan orang, tempat atau benda. Kata nama dapat
dibahagikan kepada tiga subgolongan, iaitu kata nama am, kata nama khas, dan kata
ganti nama. Lihatlah rajah di bawah.






Kata Nama Am Kata Nama khas Kata Ganti Nama


Contoh bagi setiap subgolongan adalah seperti rajah di bawah.

Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
Abstrak

roh
mimpi
keamanan
perasmian

Hidup (manusia)

Muhammad Izzat
Siti Zaharah

Tunjuk

itu
ini

Konkrit

jari
meja
kipas
rumah
ladang
durian

Hidup (bukan manusia)

Hibiscus (bunga raya)
Manihot utilissima (ubi kayu)
Sang Rangkak
Si Montel

Diri (orang pertama)

ia
saya
aku
beta
kami


Tak Hidup

Gunung Bunga Buah
Suprima S
Planet Zuhal


Diri (orang kedua)

awak
kamu
anda


14
Kata Nama


Kata Nama Am Kata Nama Khas Kata Ganti Nama
Diri (orang ketiga)

dia
beliau
mereka
baginda

Diri (tanya)
apa
mana
siapa




ii. Kata Kerja

Kata kerja ialah kata yang menyatakan makna perbuatan atau perlakuan. Kata kerja
menjadi inti bagi binaan frasa kerja. Kata kerja mudah dikenali, terutamanya kata kerja
terbitan. Apabila kata tersebut mempunyai imbuhan seperti yang disenaraikan di bawah, kata
tersebut dikenali sebagai kata kerja.



Imbuhan Contoh
awalan

me-, men-, mem-, meng-, menge-, ber-, ter-, di-, memper-,

akhiran

-kan, -i.

apitan
me--kan, men--kan, mem--kan, meng-kan,
ber--kan, ber--an, di--kan, me-..-i, men-i, meng--i,
di--i, memper--kan, memper--i, , diper--kan, diper--i


15


Kata kerja boleh dibahagikan kepada dua jenis seperti rajah di bawah:




Kata Kerja


Kata kerja transitif Kata kerja tak transitif


Aktif Pasif Berpelengkap Tanpa pelengkap
Kata Kerja Transitif





Kata Kerja Transitif

Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mengandungi objek yang terdiri
daripada frasa nama untuk melengkapkan maksudnya. Objek ini dipanggil
penyambut.

Contoh: Pemburu menjerat kijang.


Kata menjerat ialah kata kerja transitif aktif kerana kata tersebut perlu diikuti
oleh objek (kijang) untuk melengkapkan maksudnya. Terdapat dua jenis kata kerja
transitif, iaitu kata kerja transitif aktif dan kata kerja transitif pasif.


a) Kata kerja transitif aktif

Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan me-,
me- -kan, me- -i, memper-, memper- - kan,
memper--i.
16


Contoh dalam ayat:

1. Lina menulis surat itu.
2. Murid-murid mengibarkan bendera.
3. Guru Pendidikan Jasmani memasuki stor sukan.
4. Orang itu memperbesar anjung rumahnya.
5. Puan Sri Mahayon mempersuamikan anak sulungnya.






b) Kata kerja transitif pasif

Kata ini ialah hasil daripada perubahan ayat aktif kepada ayat pasif.
Kata kerja ini umumnya ditandai oleh imbuhan di-, di--kan, di--i, di--
per, diper- -kan, diper--i.

Contoh dalam ayat:

1. Surat itu ditulis oleh Lina.
2. Bendera dikibarkan oleh murid-murid.
3. Stor sukan dimasuki oleh Guru Pendidikan Jasmani.
4. Anjung rumahnya diperbesar oleh orang itu.
5. Anak sulungnya dipersuamikan oleh Puan Sri Mahayon.


Walau bagaimanapun, bagi ayat pasif yang pelakunya terdiri daripada orang
pertama dan kedua, bentuk kata kerja yang mempunyai imbuhan di-, di-...-kan, di--
i., di--per, diper- -kan, dan diper--i, tidak digunakan. Perhatikan bentuk kata
kerja dalam ayat pasif di bawah:





17




Ayat pasif diri ketiga Ayat pasif diri pertama dan kedua

Kajian itu ditulis oleh beliau.

Kajian itu saya tulis.
Kajian itu kamu tulis.


Belon dinaikkan oleh mereka
sewaktu perasmian.


Belon kami naikkan sewaktu perasmian.
Belon awak naikkan sewaktu perasmian.


Ucapan penutupan disampaikan
oleh guru besar.

Ucapan penutupan akan saya sampaikan.
Ucapan penutupan akan tuan sampaikan.





Banyak kesalahan yang dilakukan oleh pengguna bahasa tentang penggunaan kata
kerja pasif ini.

Contohnya:

Kereta yang mereka naiki telah melanggar seorang pejalan kaki.

Sepatutnya:
Kereta yang dinaiki oleh mereka telah melanggar seorang pejalan kaki.















18


Kata Kerja Tak Transitif



a) Berpelengkap

Kata kerja tak transitif berpelengkap mesti diikuti oleh pelengkap untuk
menyempurnakan maksud ayat.

Contoh: Adiknya menjadi doktor.
Kita mesti berbuat baik.

Kata menjadi dan berbuat ialah kata kerja tak transitif yang mesti diikuti
oleh pelengkap.

Contoh katadoktor dan baik berfungsi untuk menyempurnakan maksud
ayat tersebut.



Ayat yang mengandungi pelengkap tidak boleh dipasifkan
Contoh: Doktor dijadikan oleh adiknya (salah).




Dengan berdasarkan huraian di atas, kenal pasti dan catatkan
pelengkapm bagi tiga contoh ayat yang di bawah.

i) Pelengkap kata nama
Mereka ada kenalan.

ii) Pelengkap kata adjektif
Hubungan kedua-dua orang itu bertambah erat.

iii) Pelengkap frasa sendi nama.
Pak Saleh tinggal di Kampung Sena.



19











b)Tanpa pelengkap

Kata kerja tak transitif tanpa pelengkap ialah kata kerja yang boleh berdiri
sendiri tanpa penyambut.

Contoh:

Budak itu menangis.
Ayahnya belum kembali.
Cikgu Zainal sedang bersolat.
Kata kerja ini boleh diikuti oleh unsur keterangan. Lihatlah contoh di bawah:

Budak itu menangis kerana lapar.
Ayahnya belum kembali sejak semalam.
Cikgu Zainal sedang bersolat di biliknya.















20



iii. Kata Adjektif

Kata adjektif dikenali juga sebagai kata sifat. Kata adjektif menerangkan sifat
atau keadaan sesuatu benda atau kata nama. Kata adjektif boleh didahului atau
diikuti oleh kata penguat. Ciri inilah yang membezakan kata adjektif daripada kata
nama atau kata kerja.

Contoh kata adjektif:

besar (sangat besar)
rajin (sangat rajin)
tinggi (tinggi sungguh)
laju (laju sangat)
banyak (banyak sekali)
kasar (sungguh kasar)




Kata adjektif terdiri daripada beberapa jenis seperti rajah di bawah:

Bil. Kata adjektif Contoh
i. sifatan atau keadaan berani, pandai, kasar, lemah, sihat
ii. warna merah, biru, hijau, kuning, kelabu
iii. ukuran panjang, pendek, kecil, nipis, renek
iv. bentuk bulat, bundar, lekuk, leper, lonjong
v. waktu baru, lewat, lambat, awal, suntuk
vi. jarak jauh, dekat, hampir
vii. cara cepat, lincah, laju, lambat, selalu
viii perasaan rindu, benci, segan, ragu, sayang
ix. pancaindera sedap, bersih, cantik, bising, harum



21



Contoh dalam ayat:

a) Badan Firdaus lemah kerana tidak makan sejak beberapa hari.
b) Muka gadis itu merah apabila dipersendakan oleh rakan-rakannya.
c) Rambutnya kemas setelah disisir rapi.
d) Permukaan batu itu lekuk akibat titisan air.
e) Dia memohon maaf kerana datang lewat.
f) Rumahnya jauh dari sekolah.
g) Kura-kura berjalan lambat.
h) Selvam rindu akan kampung halamannya.
i) Kafetaria itu sentiasa bersih.




Kata adjektif dapat digunakan untuk menyatakan tiga darjah perbandingan, iaitu:

Darjah Perbandingan
Kata Adjektif
Contoh:

Darjah biasa


Pokok keruing itu tinggi.

Darjah bandingan

Jenny setinggi ibunya.
Moi Moi lebih tinggi daripada adiknya.


Darjah penghabisan


Siti Norhaliza ialah penyanyi yang termasyhur
di Malaysia.



Imbuhan se- dan ter- menunjukkan darjah perbandingan apabila diikuti oleh
kata adjektif. Oleh itu, sekiranya anda terjumpa perkataan seperti contoh di bawah, anda perlu
golongkan perkataan tersebut dalam kata adjektif.




22




sekecil sekecil-kecil Terkecil
sepandai sepandai-pandai Terpandai
secantik secantik-cantik Tercantik
seputih seputih-putih Terputih
pantas sepantas Terpantas


iv. Kata Tugas

Kata tugas ialah perkataan yang hadir dalam ayat, klausa atau frasa untuk
mendukung sesuatu tugas, sama ada sebagai penghubung, penerang, penguat,
penentu, pendepan, penafi, pembenar, pemeri atau tugas-tugas lain.

Perhatikanlah jenis kata tugas yang berikut:



Bil.
Kata Tugas
1. kata hubung
2. kata seru
3. kata tanya
4. kata perintah
5. kata pangkal ayat
6. kata bantu
7. kata penguat
8. kata penegas
Bil Kata Tugas
9. kata nafi
10. kata pemeri
11. kata sendi nama
12. kata pembenar
13. kata arah
14. kata bilangan
15. kata penekan
16. kata pembenda








Rehat sebentar.


23


Kata tugas di atas dapat dikelompokkan dalam empat kelompok, iaitu:

i. kata penyambung ayat
ii. kata praklausa
iii. kata prafrasa
iv. kata pascakata



a. Kata Penyambung Ayat

Kata penyambung ayat ialah kata hubung, iaitu sejumlah perkataan yang
bertugas menghubungkan dua binaan ayat atau lebih sehingga menjadi satu
bentuk ayat yang berlapis, yang dikenali sebagai ayat majmuk.






Kata Penyambung Ayat
(kata hubung)




Kata hubung gabungan Kata hubung pancangan




relatif komplemen keterangan





24

Aktiviti
Sila buat nota ringkas yang berkaitan tentang kata penyambung
ayat.


b. Kata Praklausa

Kata praklausa ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
klausa. Lihatlah jenis kata praklausa di bawah:

Kata Praklausa

Kata Seru
Kata
Tanya
Kata
Perintah
Kata
Pembenar
Kata Pangkal
Ayat



Kata Prafrasa

Kata pembenar ialah sejumlah perkataan yang terletak di hadapan
frasa, iaitu sama ada frasa nama, frasa kerja atau frasa adjektif. Jenis kata
prafrasa adalah seperti yang berikut:


penguat

bantu penegas


bilangan Kata Prafrasa nafi



arah pemeri sendi nama




25


Kata pascakata


Bentuk nya berfungsi sebagai penekan dan pembenda.


i. Kata penekan

Kata penekan ialah satu bentuk yang memberikan penegasan
kepada kata yang bergabung dengannya.


Contoh:

Nampaknya rumah itu akan runtuh pada bila-bila masa.




ii. Kata pembenda

Kata pembenda ialah bentuk yang menjadikan sesuatu
perkataan yang bukan daripada kata nama sebagai kata nama.


Contoh:

Tingginya pokok itu 20 meter.
Beratnya guni beras itu 50 kilogram.



Anda telah selesai menelaah Tajuk 3. Sila laksanakan aktiviti di bawah.






Rehat sebentar.
26

Aktiviti
Sila senaraikan tiga perkataan bagi setiap jenis kata tugas yang
berikut:
i. kata sendi nama
ii. kata bantu
iii. kata penguat


TAJUK 4 SINTAKSIS


Sinopsis

Sintaksis dapat ditakrifkan sebagai bidang ilmu bahasa yang mengkaji bentuk, struktur,
dan binaan atau konstruksi ayat, frasa, dan klausa. Tajuk ini akan menjelaskan takrif
dan binaan aspek sintaksis bahasa Melayu yang merangkumi:


Frasa
Klausa
Ayat



Hasil Pembelajaran

Pada akhir modul ini, anda akan dapat :

i. membuat rumusan tentang takrif frasa, klausa, dan ayat bahasa
Melayu.
ii. menghuraikan binaan frasa, klausa, dan ayat dalam bahasa Melayu.
















27


Frasa

Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu susunan yang mengandungi
sekurang-kurangnya dua perkataan ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk
diperluas menjadi dua perkataan atau lebih. Binaan frasa tidak mengandungi subjek
dan predikat. Dalam susunan tatabahasa, frasa boleh menjadi konstituen kepada
klausa ataupun konstituen frasa itu sendiri. Dalam bahasa Melayu, frasa terdiri
daripada frasa nama, frasa kerja, frasa adjektif, dan frasa sendi nama.


Contoh frasa:

Frasa nama (FN) : gadis itu
Frasa kerja (FK) : sedang memandu kereta
Frasa adjektif (FA) : sangat laju
Frasa sendi nama (FS) : di kawasan sekolah




Klausa

Klausa ialah satu unit rangkaian perkataan yang mengandungi subjek dan
predikat yang menjadi konstituen kepada ayat. Klausa terbahagi kepada dua jenis, iaitu
klausa bebas dan klausa tak bebas atau klausa terikat.


Klausa bebas ialah klausa yang boleh berdiri sendiri dan bersifat sebagai ayat
yang lengkap apabila diucapkan dengan intonasi yang sempurna. Klausa yang tidak
dapat berdiri sendiri disebut klausa tak bebas.


Contoh klausa dapat ditunjukkan seperti ayat di bawah:

Wulan tidak hadir sebab dia sakit.

28


Klausa bebas : Wulan tidak hadir.
Klausa tak bebas : sebab dia sakit

Ayat
Ayat ialah binaan yang terdiri daripada unsur subjek dan predikat, iaitu unit-
unit yang membentuk ayat.
Contohnya:
Subjek Predikat
Rita sedang melayari Internet.

Contoh ayat di atas terdiri daripada dua bahagian, iaitu:
(i) Rita...
(ii) ... sedang melayari Internet.













29



Aktiviti 1

Secara individu, anda dikehendaki melayari Internet untuk
mendapatkan bahan tentang takrif frasa, klausa, dan ayat.





Binaan Frasa

Cuba anda perhatikan contoh dalam jadual di bawah:


FRASA


burung
sekawan burung
sekawan anak burung
sekawan anak burung tiung





Jenis Frasa

Terdapat empat jenis frasa dalam bahasa Melayu, iaitu Frasa Nama, Frasa Kerja,
Frasa Adjektif, dan Frasa Sendi Nama.



Frasa Nama (FN)

Frasa nama ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau beberapa
perkataan yang boleh berfungsi sebagai satu konstituen dalam binaan ayat. Perhatikan
contoh di bawah:


Frasa Nama

Predikat
Inti Penerang

Guru


Sejarah itu


sungguh dedikasi.


Kakak

budak lelaki itu

sudah bertunang.

30


















Frasa Kerja ( FK )

Frasa kerja ialah binaan yang terdiri daripada satu perkataan atau lebih
dan kata intinya ialah kata kerja. Kata kerja tersebut merupakan kata kerja tak
transitif (KKTT) atau kata kerja transitif (KKT). KKTT boleh hadir bersendirian
atau diikuti oleh satu atau sederetan perkataan, manakala KKT mesti diikuti oleh
objek atau unsur-unsur lain.

Bagi memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh
binaan frasa kerja di bawah:

Subjek

Frasa Kerja

Kata kerja

Mereka


menenun songket.


KKT


Albinus


bernyanyi di atas pentas.


KKTT


Adik


menangis tersedu-sedu.

KKTT

Burung itu

membuat sarang di atas dahan.

KKT

31
Frasa Nama
Predikat
Inti inti

Kerusi


meja


sudah bersusun.


Datuk


nenek

harus dihormati.


Subjek

Frasa Kerja

Kata kerja
Objek

keterangan
1. Adik
2. Hujan
3. Ayah
4. Polis
5. Chef
6. Guru

merangkak.
turun
menyiram
meronda
memasak
menyuruh

-
-
sayur.
lebuh raya.
piza
murid-muridnya


dengan lebatnya.


di dapur.
berlari pantas.
















32


Senaraikan KKTT dan KKT yang terdapat dalam contoh ayat yang
berikut:

i. Padi menguning di sawah.
ii. Mereka membawa khabar gembira dari Mekah.
iii. Wanita itu berkebaya labuh dalam majlis perkahwinan
anaknya.
iv. Alia Zara menggubah bunga di ruang tamu.



Frasa Adjektif (FA)


Frasa adjektif ialah susunan perkataan yang terdiri daripada satu atau
beberapa perkataan yang mengandungi kata sifat atau adjektif sebagai kata intinya.
Frasa adjektif yang dibincangkan ialah yang berfungsi sebagai predikat, sebagai
unsur keterangan, dan unsur penerang dalam predikat. Sebagai unsur keterangan,
kata adjektif hadir sesudah kata kerja dan sebagai unsur penerang kata adjektif
hadir sesudah kata nama.


Bagi memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh dalam
jadual di bawah.




Subjek (FN) Predikat
Fungsi Frasa Adjektif

1.Dia
2.Fendi
3. Kucing

rajin.
berlari sangat laju.
binatang jinak.
FA sebagai predikat
FA sebagai unsur keterangan
FA sebagai unsur penerang















33


Subjek

Frasa Adjektif

Kata bantu Penguat
Kata
Adjektif
Penguat

1. Adik
2. Hujan
3. Ayah
4. Juruterbang
5. Ibu
6. Hari


sudah
masih
-
-
masih
masih

-
-
amat
sangat
-
-

pandai.
lebat.
gembira.
cekap.
cantik
mendung

-
-
-
-
amat.
benar.








Frasa Sendi Nama (FS)

Frasa sendi nama ialah satu binaan dalam ayat yang terdiri daripada satu
kata sendi nama dan satu frasa nama yang menjadi pelengkap kepada kata
sendi nama itu. Kata sendi nama ialah bentuk morfem atau kata yang diletakkan
di hadapan frasa nama. Antara kata sendi nama yang sering digunakan dalam
bahasa Melayu termasuklah di, ke, dari, daripada, pada, kepada, untuk, akan,
bagi, hingga, oleh, dengan, tentang, sampai, dan sebagainya.


Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh
binaan frasa sendi nama dalam jadual di bawah.








34



Subjek
(Frasa Nama)

Predikat
(Frasa seni nama)

Emak

ke bazar Ramadan.

Bunga itu

untuk Siti.

Kereta itu

di dalam bengkel.








Perhatikan unsur bahasa yang mendukung konsituen frasa sendi nama dalam jadual
di bawah.





Subjek

Frasa Sendi Nama

Kata
sendi
nama
Kata nama
arah
Frasa Nama Keterangan

1. Saya
2. Adik
3. Ayah
4. Ikan
5. Datuk
6. Peniaga itu


dari
ke
di
dari
ke
ke

-
-
belakang
dalam
tepi
belakang

Sarawak.
universiti.
surau
kolam.
belukar
keretanya

-
-
mengambil wuduk.
-
mencari kayu.
mengambil sesuatu.



35


Binaan Klausa

Bagi memahami proses pembentukan klausa, cuba anda perhatikan
contoh di
bawah.

Klausa bebas/klausa utama Klausa tak bebas
Awak berjaya kerana awak rajin belajar.
Kami akan bermain sekiranya hari tidak hujan.
Mereka akan datang walaupun tanpa diundang.



Dalam bahasa Melayu, struktur ayat boleh dibina dalam bentuk susunan
songsang. Perhatikan kehadiran klausa dalam ayat di bawah.


Klausa tak bebas Klausa bebas/klausa utama
Beritahu cikgu bahawa

kami akan menghantar tugasan esok.

Untuk berjaya kita kena berusaha dengan gigih.
Demi maruah kita perlu berjuang habis-habisan.



36


Binaan Ayat
Binaan ayat dasar bahasa Melayu terdiri daripada konstituen utama, iaitu subjek
dan predikat. Struktur yang membina kedua-dua konsituen itu terdiri daripada frasa
tertentu seperti yang berikut:

i. FN + FN
ii. FN + FK
iii. FN + FA
iv. FN + FS


Untuk memahami perbincangan di atas, cuba anda perhatikan contoh di bawah.


Subjek Frasa Nama Predikat
Datuk Syed Mokhtar jutawan.
Lampu limpah itu sangat terang.
Arnab itu sangat jinak.
Bapa ke London.

Bahagian subjek dan predikat merupakan bahagian utama yang membentuk
klausa atau ayat dalam bahasa Melayu. Subjek dan predikat pula mempunyai unsur,
iaitu sama ada Frasa Nama (FN), Frasa Kerja (FK), Frasa Adjektif(FA),dan Frasa
Sendi Nama (FS).


Lihat contoh yang berikut dan kaji unsur (frasa) yang mendasari ayat tersebut.

37


Subjek Predikat
Awang Sariyan mengkaji tatabahasa bahasa Melayu.
Cikgu Albert ke Brunei.
Pisau itu amat tajam.
Daim Zainuddin usahawan.






Dengan berdasarkan huraian di atas, kenal pasti unsur klausa yang hadir
dalam ayat di bawah:

(i) Mulai sekarang, jangan pedulikan aku lagi.
(ii) Amboi, cantiknya baju awak!
(iii) Mengapakah awak muram sahaja hari ini?

(iv) Pihak polis berjaya menumpaskan satu sindiket
penyeludupan dadah semalam.
(v) Pokok di hadapan sekolah itu telah ditebang olehnya.







Rehat sebentar.








38



Pola Ayat Dasar

Ayat dasar ialah ayat yang menjadi dasar atau sumber bagi pembentukan semua
ayat lain dalam sesuatu bahasa.


Dalam bahasa Melayu terdapat empat jenis pola ayat dasar seperti yang berikut:


Pola Jenis Pola Subjek Predikat
1. FN + FN Encik Syaharin ejen insurans.
2. FN + FK Dia menjerit kesakitan.
3. FN + FA Pegawai itu sangat prihatin.
4. FN + FS Pejabat saya di Kota Bharu.






Tahukah anda bahawa daripada pola ayat dasar inilah terbitnya
ayat-ayat yang lain yang lebih kompleks sama ada ayat tunggal
atau ayat majmuk, ayat pendek atau ayat panjang, ayat aktif
atau ayat pasif.
















39


Binaan Ayat Dasar
Binaan ayat dasar ialah cara sesuatu ayat dibentuk melalui penyusunan unit
bahasa yang bermakna. Unsur utama dalam binaan ayat ialah subjek dan predikat.
Contoh: : Nabila memasak bubur lambuk.
Subjek : Nabila (Frasa Nama)
Predikat : memasak bubur lambuk (Frasa Kerja)
Subjek dan predikat mempunyai unsur-unsur frasa tertentu. Dalam bahasa
Melayu, subjek ayat terdiri daripada frasa nama sahaja, manakala bahagian predikat
ayat boleh terdiri daripada frasa nama, frasa kerja, ataupun frasa sendi nama.

Perhatikan contoh di bawah:
Pola Ayat Dasar Subjek Predikat
FN + FN Haji Alias nazir sekolah.
FN + FK Puan Siti Rogayah sedang menghias rumah.
FN + FA Anak mereka pandai.
FN + FS Datuknya ke Mekah.


Bentuk Ayat

Bentuk ayat bahasa Melayu terbahagi kepada dua, iaitu:

i. ayat tunggal
ii. ayat majmuk
40



Ayat Tunggal

Ayat tunggal ialah ayat yang mengandungi satu subjek dan satu predikat.

Contoh ayat tunggal. : Amin tampan.

Dalam ayat ini Amin ialah subjek manakala tampan ialah predikat.




Perbincangan

Bincangkan contoh-contoh lain bagi menggambarkan
bentuk ayat tunggal.





Ayat Majmuk.

Ayat majmuk terbahagi kepada tiga, iaitu:

i. Ayat majmuk gabungan
ii. Ayat majmuk pancangan.
iii. Ayat majmuk campuran.





41



Ayat Majmuk Gabungan


Ayat yang terdiri daripada dua ayat atau lebih, kemudian digabungkan untuk
menjadi satu ayat yang disebut sebagai ayat majmuk gabungan. Ayat jenis ini
menggunakan kata hubung gabungan seperti dan, atau, tetapi, serta, sambil, lalu, lagi,
serta, dan sebagainya. Namun begitu, penggunaan kata hubung yang berbeza akan
menghasilkan dua jenis gabungan, iaitu:


a. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya berurutan.

Ayat majmuk gabungan jenis ini menggunakan kata hubung dan, lalu, lagi,
serta, sambil, dan malahan.







Contohnya:

Dia mengambil wuduk lalu mendirikan solat.
.

Ayat di atas terdiri daripada dua ayat, iaitu:

i. Dia mengambil wuduk.
ii. Dia mendirikan solat.





42



b. Ayat majmuk gabungan yang susunan faktanya bertentangan.

Ayat majmuk ini memberikan pertentangan fakta. Antara kata hubung yang
digunakan termasuklah atau, tetapi, sebaliknya, melainkan, dan padahal.


Contoh

Abu Bakar pemurah orangnya, tetapi Ramlan kedekut.






Ayat Majmuk Pancangan.

Ayat majmuk pancangan terdiri daripada satu ayat induk atau utama dan satu atau
beberapa ayat kecil yang dipancangkan dalam ayat induk. Ayat induk boleh berdiri
sendiri tetapi ayat kecil sebaliknya.

Ayat majmuk pancangan boleh dibahagikan kepada tiga, iaitu:

i. ayat majmuk pancangan relatif.
ii. ayat majmuk pancangan komplemen.
iii. ayat majmuk pancangan keterangan.

43

Tutorial
Berikan contoh-contoh yang sesuai menunjukkan ayat majmuk
gabungan jenis:

a. susunan faktanya berurutan
b. susunan faktanya bertentangan

Kemudian, cerakinkan mengikut konsituen subjek dan predikat.


Ayat Majmuk Pancangan Relatif

Ayat majmuk pancangan relatif ialah ayat majmuk yang menggunakan kata
hubung pancangan yang menggunakan kata hubung yang untuk memancangkan
klausa kecil ke dalam klausa utama/induk.

Contohnya:

Dia membaca novel yang ditulis oleh A.Samad Said.

Klausa utama/ induk: Dia membaca novel.

Klausa kecil: Novel ditulis oleh A.Samad Said.



Dia membaca novel + novel ditulis oleh A.Samad Said.

Dia membaca novel yang ditulis oleh A.Samad Said.
.








Rehat sebentar.
44
Buat Nota :
Bina peta minda yang berkaitan dengan bentuk ayat dalam
bahasa Melayu.



TAJUK 5
JENIS-JENIS AYAT

Sinopsis
Tajuk ini akan membincangkan jenis ayat yang terdapat dalam bahasa Melayu.
Ayat ialah unit pengucapan yang paling tinggi letaknya dalam susunan
tatabahasa dan mengandungi makna yang lengkap. Ayat digunakan bagi
menyatakan maklumat, membuat pertanyaan, memberikan arahan, dan
menunjukkan perasaan. Terdapat empat jenis ayat dalam bahasa Melayu, iaitu:
a. ayat penyata
b. ayat tanya
c. ayat perintah
d. ayat seru

Hasil Pembelajaran
Pada akhir pembelajaran ini, anda akan dapat:

i. menjelaskan maksud jenis ayat.
ii. mengkategorikan jenis ayat dalam bahasa Melayu.







45


Ayat Penyata

Ayat yang digunakan untuk menyatakan maklumat tentang sesuatu perkara. Ayat ini
diucapkan tanpa mengharapkan jawapan atau gerak balas, sama ada yang bersifat
kebahasaan atau yang bersifat perbuatan.


Jenis ayat ini dihuraikan berdasarkan intonasi dan tujuan. Intonasi dapat menentukan
jenis ayat dan dapat membezakan bahagian subjek dan predikat dalam ayat. Dalam
lisan, ayat penyata diakhiri oleh nada turun sebelum kesenyapan.



Ayat Tanya

Ayat tanya ialah ayat yang digunakan untuk menanyakan sesuatu dengan tujuan
mendapatkan jawapan. Jawapan boleh berupa penjelasan tentang sesuatu hal.Terdapat
dua jenis ayat tanya dalam bahasa Melayu, iaitu:

i. ayat tanya tertutup.
ii. ayat tanya terbuka.
.
i. Ayat Tanya Tertutup
Ayat tanya yang meminta jawapan yang tegas, sama ada ya, tidak, bukan,
pernah. dan seumpamanya.

Contoh :
Engkau mahu ikut atau tidak?
Adakah kamu sakit?






46


ii. Ayat Tanya Terbuka


Ayat tanya terbuka memerlukan jawapan yang berupa penerangan atau
penjelasan yang lebih lanjut tentang sesuatu perkara. Ayat tanya ini ditandai oleh kata
tanya seperti apa,siapa, bagaimana, mengapa, dan lain-lain lagi.


Contoh:
:
Apakah yang diusahakan oleh Rajagobal?

Kamu ini siapa?


Ayat Perintah

Ayat perintah ialah ayat yang digunakan untuk menimbulkan sesuatu tindakan. Ayat
perintah terdiri daripada empat jenis, iaitu:


a) ayat suruhan.
b) ayat larangan.
c) ayat silaan.
d) ayat permintaan.



a. Ayat Suruhan

Ayat suruhan merupakan ayat yang bertujuan untuk memberikan arahan atau
memerintahkan seseorang untuk melakukan sesuatu.

Minumlah kopi ini dahulu.
Siapkan kerja sekolah ini.
Fikirkanlah sebelum bertindak.
47


b. Ayat Larangan

Ayat yang melarang seseorang daripada melakukan sesuatu. Ayat perintah jenis ini
menggunakan kata larangan seperti jangan, usah, dilarang atau tak usah.

Jangan petik buah itu.
Usah bermain di tepi jalan.
Tak usah kaucampur tangan dalam hal ini.


c. Ayat Silaan

Ayat ini bertujuan untuk menjemput atau mempersilakan seseorang Lazimnya, ayat
perintah jenis ini menggunakan kata silaan seperti sila atau jemput.


Sila beratur sebelum masuk ke kelas.
Jemput masuk.


d. Ayat Permintaan

Ayat ini bertujuan untuk memohon permintaan dan pertolongan. Ayat perintah jenis ini
menggunakan kata permintaan seperti minta atau tolong.

Minta anda bersabar.
Tolong urus perkara ini dengan segera.


Ayat Seruan

Ayat seruan ialah ayat yang digunakan untuk melahirkan perasaan seperti takut, marah,
gembira, sakit, benci, dan sebagainya.Tanda seru (!) biasanya diletakkan pada akhir
ayat seruan. Ayat seruan didahului oleh kata seru seperti amboi, wah, eh, oh, aduh,
cis, dan sebagainya.

48



Contoh ayat:

Amboi, cantiknya gadis itu!
Wah, mahalnya beg ini!
Oh, aku terlupa bawa wang hari ini!
Cis, berani kamu pukul anak saya!
Syabas, kamu telah menang!






























49






Aktiviti

1. Secara individu, anda dikehendaki membuat banding beza antara jenis
ayat dalam bahasa Melayu..

2. Bina peta minda yang berkaitan dengan jenis ayat.


TAJUK 6
RAGAM AYAT DAN SUSUNAN AYAT

Sinopsis
Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui ragam ayat dan susunan ayat
dalam bahasa Melayu. Terdapat dua bentuk ragam ayat dan dua susunan ayat
bahasa Melayu dalam tajuk ini, iaitu:

Ragam Ayat Susunan Ayat
i. ragam ayat aktif i. Susunan biasa
ii. ragam ayat pasif ii. Susunan songsang


HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, anda akan dapat:

i. membuat rumusan tentang ragam dan susunan ayat.
ii. menghuraikan proses pembentukan ragam ayat dan susunan ayat.











50



Ragam Ayat Aktif


Ayat aktif ialah ayat yang mengandungi kata kerja yang mengutamakan
subjek asal sebagai judul ayat atau sebagai unsur yang diterangkan. Oleh itu,
ayat aktif memberikan penekanan kepada pelaku atau judul kerana pelaku atau
judul merupakan perkara atau unsur yang diterangkan.

Pelaku atau judul ayat dalam bahasa Melayu tergolong dalam kata nama
atau frasa nama. Dalam bahasa Melayu, ayat aktif terbahagi kepada dua, iaitu
ayat aktif transitif dan ayat aktif tak transitif. Pembahagian ayat aktif ini
bergantung pada jenis kata kerja yang menjadi predikatnya. Jika kata kerja
tersebut terdiri daripada kata kerja transitif, maka ayat yang dihasilkan ialah ayat
aktif transitif dan jika predikatnya terdiri daripada kata kerja tak transitif, maka
ayat aktif yang terhasil ialah ayat aktif tak transitif.

Yang berikut merupakan contoh ayat aktif :

1. Ibu mencuci pinggan di dapur.
2. Banjir besar telah melanda beberapa kawasan di negeri Pahang .
3. Adik bermain di padang permainan pada petang itu.
4. Ahli persatuan itusedang berbincang tentang projek tersebut.


Dengan berdasarkan ayat di atas, ayat (1) dan (2) merupakan ayat aktif
transitif, manakala ayat (3) dan (4) ialah ayat aktif tak transitif. Contoh di atas
menunjukkan bahawa ayat aktif mengutamakan pelaku(Ibu, banjir besar, adik
dan ahli persatuan) sebagai unsur utama, iaitu sebagai bahagian yang
diterangkan dan kesemua pelaku ini terdiri daripada frasa nama. Bahagian
predikat pula terdiri daripada kata kerja sama ada kata kerja transitif (mencuci
dan melanda) atau kata kerja tak transitif (bermain dan sedang berbincang).



51



Ayat Pasif

Ayat pasif ialah ayat yang diterbitkan daripada ayat aktif transitif. Ayat pasif
merupakan ayat yang mengutamakan objek sebagai judul atau unsur yang
diterangkan. Hal ini bererti ayat pasif memberikan penekanan kepada objek.
Menurut Nik Safiah et al. (2010), ayat pasif dapat dibahagikan kepada tiga, iaitu:


i. ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif.
ii. ayat pasif dengan kata ganti nama diri pertama dan kedua.
iii. ayat pasif dengan perkataan kena, iaitu kata yang hadir sebelum kata kerja.



Ayat Pasif dengan Imbuhan Kata Kerja Pasif


Ayat pasif dengan imbuhan kata kerja pasif lazimnya terbentuk daripada ayat aktif
berawalan meN-.

Contoh :

Ayat Aktif : Emak saya mencuci pakaian.
Ayat Pasif : Pakaian dicuci oleh emak saya.












52


Ayat Pasif dengan Ganti Nama Diri Orang Pertama dan Kedua

Bagi ayat pasif ini, kata ganti nama diri orang pertama dan kedua hadir pada
posisi di hadapan kata kerja pasif. Kata kerja pasif lazimnya terdiri daripada kata
dasar, iaitu kata yang tidak mempunyai imbuhan awalan.

Contoh :

1. Semua bayaran sewa itu akan saya selesaikan minggu depan.
2. Projek itu akan kami laksanakan bersama-sama.



Ayat Pasif dengan Perkataan kena


Ayat pasif dengan perkataan kena bererti ayat yang menjadikan objek
sebagai fokus ayat dan meletakkan perkataan kena di hadapan kata kerja pasif.
Kata kerja pasif ini terdiri daripada kata kerja yang tidak mempunyai imbuhan
awalan.

Contoh :

1. Pemandu itu kena saman oleh polis.
2. Murid yang nakal itu kena denda oleh guru disiplin.










53


TAJUK 7
PROSES PENERBITAN AYAT




Sinopsis


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui proses penerbitan ayat dalam bahasa
Melayu. Terdapat tiga proses penerbitan ayat bahasa Melayu dalam tajuk ini, iaitu:
i. pengguguran.
ii. penyusunan semula.
iii. peluasan.


Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. mengenal pasti proses penerbitan ayat.
ii. menghuraikan proses penerbitan ayat.











54


Konsep Ayat terbitan


Ayat yang terhasil daripada terlaksananya suatu proses gramatis. Proses ini
melibatkan pelaksanaan rumus transformasi yang berfungsi mengubah aturan atau
struktur ayat serta memperluas sesuatu unsur dalam ayat atau frasa. Dalam bahasa
Melayu, ayat terbitan ini terhasil melalui proses transformasi yang mengakibatkan
pengguguran, penyusunan semula, atau peluasan kepada unsur-unsur struktur
dalaman.



A. Proses pengguguran

Proses yang berlaku pada struktur ayat. Proses ini melibatkan pengguguran
unsur- unsur tertentu daripada binaan ayat itu. Oleh yang demikian, pada peringkat
struktur permukaan unsur yang digugurkan itu tidak lagi wujud.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis pengguguran, iaitu:
i. Pengguguran frasa nama sebagai subjek
ii. Pengguguran frasa predikat
iii. Pengguguran frasa nama yang mendahului frasa relatif




Untuk memahami jenis-jenis pengguguran tersebut, cuba anda perhatikan ayat
contoh berikut.









55


i. Pengguguran Frasa Nama sebagai subjek

a. Pengguguran subjek ganti nama diri orang kedua dalam ayat perintah


Ayat contoh:

1. Kamu jangan ganggu dia. Jangan ganggu dia.
2 Awak pergi. Pergi !


( Pengguguran subjek Kamu dan Awak, iaitu kata ganti diri orang kedua)



b Pengguguran subjek yang serupa dalam ayat majmuk

Ayat contoh:

1. Mastura lulus dalam peperiksaan.
2. Mastura tekun belajar.

Mastura lulus dalam peperiksaan keranaMastura tekun belajar.
( Pengguguran subjek yang sama, iaitu Mastura)

Mastura lulus dalam peperiksaan kerana tekun belajar.


c. . Pengguguran Frasa Predikat

Seluruh frasa predikat atau bahagin-bahagiannya boleh digugurkan.





56


Ayat contoh:


Frasa
Predikat

Ayat Contoh

a. Frasa
nama
yang
serupa

Piza makanan kegemaran Elis. Laksa makanan kegemaran Elis.

Piza makanan kegemaran Elis dan laksa makanan
kegemaran Elis

Piza dan laksa makanan kegemaran Elis.



b. Frasa
kerja
yang
serupa

Mei Lin belajar di IPG KIK. Sepupunya belajar di IPG KIK.

Mei Lin belajar di IPG KIK dan sepupunya belajar di IPG
KIK.

Mei Lin dan sepupunya belajar di IPG KIK.




c. Frasa
adjektif
yang
serupa

Pusat beli-belah jauh dari sini. Taman perumahan jauh dari sini.

Pusat beli-belah jauh dari sini dan taman perumahan
jauh dari sini.

Pusat beli-belah dar taman perumahan jauh dari
sini.



d. Frasa sendi
nama yang
serupa


Dia masih di Telok Anson dan isterinya masih di Telok Anson..

Dia masih di Telok Anson dan isterinya masih di Telok
Anson..

Dia dan isterinya masih di Telok Anson.
57




e. Pengguguran
bahagian
bahagian lain frasa
predikat


i. Pencuri itu telah ditangkap oleh polis.
Pencuri itu telah ditangkap.

ii. Kelakuannya amat mendukacitakan kita.

Kelakuannya amat mendukacitakan.


iii. Udara masih nyaman. Udara masih segar.

Udara masih nyaman dan udara masih segar.

Udara masih nyaman dan segar.





c. Pengguguran Frasa Nama yang mendahului frasa relatif

Apabila dua ayat digabungkan, dengan satu ayat dipancangkan ke dalam ayat yang
satu lagi sebagai frasa relatif, frasa nama yang serupa yang mendahului frasa relatif itu
boleh digugurkan.

Ayat Contoh:

i. Perempuan itu kakak saya. Perempuan itu memakai tudung.

Perempuan yang memakai tudung itu kakak saya.

Yang memakai tudung itu kakak saya.


. ii. Kakak membeli Toyota Vios itu. Toyota Vios itu berwarna biru..

Kakak membeli Toyota Vios yang berwarna biru itu.
. Kakak membeli yang berwarna biru itu.
58


B. Proses Penyusunan Semula.


Proses ini melibatkan perubahan pada susunan perkataan dan frasa dalam ayat.
Kadang-kadang berlaku pengguguran atau penambahan beberapa unsur. Namun
demikian, pada umumnya, proses penyusunan semula ayat tidak membawa perubahan
pada makna ayat.

Dalam bahasa Melayu, terdapat tiga jenis proses penyusunan semula, iaitu:

i. Penyusunan semula frasa nama sebagai subjek

ii. Penyusunan semula frasa nama sebagai objek
iii. Penyusunan semula melalui ayat songsang




Untuk memahami jenis-jenis penyusunan semula tersebut, cuba anda perhatikan
ayat contoh berikut:


Ayat Asal

Proses Penyusunan Semula


Saya menyiapkan tugasan kerja
kursus. ( Ayat aktif)

Tugasan kerja kursus saya siapkan.
( Ayat pasif - Frasa nama sebagai subjek)


Allah mengurniai kita rahmat,
( Ayat aktif dengan dua objek)

Allah mengurniakan rahmat kepada kita.
( satu objek - Frasa nama sebagai objek)


Mereka akan berlepas ke London
esok.
( Ayat songsang)


Akan berlepas mereka ke London esok.
( Ayat songsang)

59


C . Proses Peluasan

Proses peluasan bermaksud menambahkan unsur baharu ke dalam ayat. Dalam
bahasa Melayu, terdapat empat jenis peluasan, iaitu:

i. Peluasan frasa nama sebagai subjek
ii. Peluasan frasa predikat
iii. Peluasan dengan kata hubung
iv. Peluasan melalui proses komplementasi


Untuk memahami proses peluasan tersebut, cuba anda teliti ayat contoh di
bawah.

Ayat Asal

Proses Peluasan

i. Banglo itu besar.
ii. Banglo itu telah disita.


Banglo yang besar itu telah disita.
( Frasa nama sebagai subjek)

i. Pengurus syarikat itu
membeli rumah.

ii. Rumah itu dijual oleh rakan
kami.


Pengurus syarikat itu membeli rumah
yang dijual oleh rakan kami.

( Frasa predikat)

i. Hujan masih lebat.

ii. Mereka mahu meneruskan
perjalanan.


Walaupun hujan masih lebat, mereka
mahu meneruskan perjalanan.

( kata hubung)

i. Penceramah itu
menegaskan.(sesuatu)

ii. Ekonomi negara semakin
pulih,


Penceramah itu menegaskan bahawa
eonomi negara semakin pulih.

( Proses komplementasi)
60



Latihan

a. Baca dan teliti ayat-ayat yang berikut. Nyatakan jenis proses
penerbitan ayat dengan betul.


Bil. Ayat Proses Penerbitan
1

Kehadiran tuan dan puan akan menyerikan majlis kami lagi.

2

Yang turut hadir di majlis itu ialah Ketua Pengarah Pelajaran
Malaysia.

3

Diumumkan ketibaan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri
diiringi barisan menteri kabinet.

4
I
bu membeli gula, roti, dan mentega.


5

Untuk menyiapkan kerja-kerja itu, kita memerlukan
perbelanjaan yang besar.

6

Kerana tidak mengulang kaji pelajaran, dia gagal dalam
peperiksaan itu.

7

Kami menonton persembahan teater muzikal yang diarah oleh
Erma Fatimah.

8

Dipersilakan masuk .












61



Latihan
b. i. Nyatakan tiga jenis proses penerbitan ayat
ii. Berikan tiga contoh bagi setiap jenis.
.

1. Proses Penerbitan Ayat : _______________________________________
Ayat Contoh
1
2
3

2. Proses Penerbitan Ayat : ___________________________________
Ayat Contoh
1
2
3

3. Proses Penerbitan Ayat : ___________________________________
Ayat Contoh
1
2
3



62




Aspek Tanda Baca


Takrif

Tanda baca ialah lambang-lambang yang digunakan sewaktu menulis sebagai
penjelasan tambahan tentang makna yang ingin disampaikan. Tanda bacaan
penting untuk menentukan keberkesanan pencapaian mesej kepada pembaca.
Penggunaan tanda bacaan yang salah akan mengelirukan pembaca.

Tanda Noktah ( .)

a. Digunakan pada akhir setiap ayat yang lengkap.

Contoh :

i. Lapan duta asing menyerahkan tauliah pelantikan mereka ke Malaysia
kepada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Muazam Shah di
Istana Negara di sini hari ini.

ii. Akhir singkatan gelaran, jawatan, pangkat, dan sapaan.

Contoh: En. , Pn., Dr. Sdr., Prof. Madya

iii. Singkatan kata atau ungkapan yang sudah umum.

Contoh: sdn. bhd. dll., dsb.

iv. Penulisan alamat.

Contoh: No.3, Jalan SS16/1, Subang Jaya, 47500 Selangor.


v. Memisahkan angka, jam, minit, dan saat.

Contoh : 10.00 pagi 5.00 petang

63


Tanda koma ( ,)

i. Memisahkan tiga unsur atau lebih dalam satu ayat.

Contoh:

Penilaian graduasi yang dilaksanakan oleh pihak institut berdasarkan
pencapaian akademik, kokurikulum, dan aktiviti lain yang disertai oleh
para pelajar.

.

ii. Memisahkan kata atau unsur ayat

Contoh:

Tuan-tuan dan puan- puan yang saya hormati,

Akhir kata, tahniah dan syabas diucapkan kepada tuan-tuan kerana telah
dipilih menyertai bengkel ini.


Tanda Sempang ( - )

i. Menunjukkan kata ganda

Contoh :

Yang Berusaha, Pegawai-pegawai Pendidikan Daerah, pengetua-
pengetua, guru-guru , dan seterusnya hadirin yang dihormati sekalian.





64


ii. Untuk merangkaikan huruf dengan angka dan angka dengan akhiran -an

Contoh:

Sambutan Ulang Tahun ke- 100 awal 40-an.

iii. Untuk menyambung suku kata yang terpisah kerana perpindahan baris.

Contoh :

Lawatan itu antara lain bertujuan mendedahkan pegawai Pelapes
dengan perkembangan terkini dalam industri pertahanan di dunia.


iv. Apabila bentuk terikat diikuti oleh kata nama khas yang dimulai dengan
huruf besar.

Contoh :

anti-Israel, rahmat-Nya, kurnia-Nya


Tanda Tanya ( ? )

Digunakanpada akhir ayat tanya.

Contoh :

Tanpa kecemerlangan,apakah yang dapat dihasilkan oleh sesebuah
institusi itu?




65


Tanda Seru ( ! )

Tandabaca bagi ayat seruan, iaitu ayat yang menggambarkan sesuatu
perasan
seperti kesakitan, hairan, marah, menyindir, dan sebagainya apabila
dilafazkan..

Contoh :

Kalau kita tidak berjaga-jaga, jumlah rakyat akan melebihi 70 juta orang
dalam masa yang agak singkat. Sebenarnya kalau kita tidak tidur!

Aduh, bisanya!

Merdeka!


Tanda Koma Berttitik ( ; )

i. Tanda ini digunakan untuk memisahkan bahagian-bahagian ayat yang
sejenis
dan setara.

Contoh:

Malam kian larut; kamu belum tidur lagi.






66



ii. Digunakan juga untuk memisahkan ayat yang setara dalam ayat majmuk
sebagai pengganti kata hubung.

Contoh:

Abang menyiapkan karangannya;adik melayari internet;saya sendiri
asyik
bersembang di laman sosial.



Tanda Titik Bertindih ( : )

Tanda ini digunakan selepas satu ayat yang boleh berdiri sendiri, yang
mengandungi maklumat lanjut tentang perkara tersebut dalam ayat
terdahulu.

Contoh:

Yang kita perlukan sekarang ialah alat tulis yang berikut:
kertas, dakwat, dan pen.



Tanda Kurung ( (...) )

i. mengapit tambahan keterangan atau penjelasan

Contoh:

Projek perumahan di kawasan itu akan dibina di bawah RMK 9 ( Rancangan
Malaysia ke-9).

67


Kursus penataran (upgrading) Tatabahasa bagi pegawai kerajaan akan diadakan pada
bulan Mac.



ii. mengapit angka atau huruf yang memperincikan satu siri keterangan

Contoh:

Faktor-faktor pengeluaran menyangkut masalah yang berikut:

(1) alam:
(2) tenaga kerja, dan
(3) modal.




Tanda Kurung Siku ( [...] )

i. mengapit huruf, kata atau kelompok kata sebagai pembetulan tambahan kepada
kalimat atau bahagian-bahagian kalimat yang ditulis oleh orang lain.

Contoh:

Sang Sapurba men[d] enger bunyi gemersik.

ii. mengapit keterangan dalam kalimat penjelasan yang sudah bertanda kurung.

Contoh:

(Perbezaan antara dua macam prosa ini [ lihat bab 1] tidak dibicarakan.)



68



Tanda Petik Mengapit (...)

i. mengapit petikan langsung yang berasal daripada pembicaraan, naskhah atau bahan
bertulis lain.

Contoh:

Sudah sudah hantar kerja kursus, kata Siti.
Saya belum hantar lagi, jawab Balkis.



ii. mengapit judul syair, karangan, dan bab buku apabila digunakan dalam
kalimat.

Contoh:

Sajak Berdiri Aku terdapat pada halaman 5 buku itu.



iii. mengapit kata atau ungkapan yang mengandungi makna khusus

Contoh:

Kerana warna kulitnya dia digelar Si Hitam.










69


Tanda Petik Tunggal ( ... )

i. Digunakan dalam ungkapan atau kalimat yang sudah diapit tanda petik
mengapit.

Contoh:

Tanya Basri, Engkau dengar suara kring tadi?

ii. mengapit terjemahan atau penjelasan suatu kata atau ungkapan asing.

Contoh:

Rate of inflation kadar inflasi




Tanda Elipsis / Tiga Titik (...)

Menandakan bahagian ayat yang telah diguigurkan

Contoh:

Dalam perbincangan tersebut, telah diputuskan bahawa perkara itu menjadi
ikhtibar kepada semua pelajar... dan hendaklah diingatkan selalu.















70




Pak Pandir hanya takut kepada dua perkara sahaja iaitu isterinya Mak Andeh dan
anjing di rumah Pak Pandir tidak melawan Makandeh dan mengikut sahaja apa-apa yang
disuruhnya

Pandir masukkan kambing ke kandang kata isterinya baik Andeh jawab Pak Pandir
dan terus mencari kambingnya untuk dimasukkan ke kandang

Di luar rumah Pak Pandir sentiasa menjauhkan diri daripada anjing sebenarnya Pak
Pandir pernah mendengar pepatah orang tua-tua yang mengatakan bahawa anjing yang
menyalak tidak menggigit tetapi Pak Pandir tidak yakin bahawa anjing- anjing pernah mendengar
pepatah tersebut oleh itu Pak Pandir tidak berani mengambil risiko digigit anjing



























71


LATIHAN

Baca dan fahami petikan di bawah ini. Kemudian, letakkan tanda
baca yang sesuai.


TAJUK 8 SISTEM EJAAN



Sinopsis


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui sistem ejaan dalam bahasa Melayu.
Terdapat empat subtajuk dalam tajuk ini, iaitu:

i. Pola Keselarasan Huruf Vokal
ii. Ejaan Kata Pinjaman
iii. Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan
iv. Penulisan Kata Terbitan


Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. mengenal pasti sistem ejaan dalam bahasa Melayu
ii. menghuraikan pola keselarasan huruf vokal bahasa melayu
iii. menjelaskan sistem penulisan kata terbitan dalam bahasa Melayu








72


Sistem Ejaan
Ejaan bahasa Melayu mempunyai tradisi tersendiri yang lebih lama daripada
tulisan Rumi atau Jawi. Sebelum kedatangan Islam ke Kepulauan Asia Tenggara,
bahasa Melayu telah pun mempunyai tradisi tulisan, iaitu tulisan Kawi, Batak, Lampung,
dan Rencong yang telah digunakan oleh masyarakat Melayu di Nusantara. Sistem
tulisan ini agak maju dengan menggunakan lambang suku kata dan lambang baris
untuk menunjukkan perbezaan bunyi. Walau bagaimanapun, ejaan Jawi dan Rumi lebih
dikaji secara terperinci kerana tulisan inilah yang lebih banyak melibatkan masyarakat
pada hari ini.

Para pedagang dan pendakwah dari Semenanjung Arab telah memperkenalkan
sistem ejaan Jawi di Kepulauan Melayu. Bahasa Melayu terus berkembang sebagai
lingua franca yang masyhur dan dianggap sebagai bahasa Islam yang kedua. (Syed
Naquib Al-Atas: 1972)


Pola Keselarasan Huruf Vokal

Terdapat dua sistem pengejaan baharu bahasa Melayu, iaitu sistem keselarasan
huruf vokal yang digunakan untuk mengeja kata bahasa Melayu dan sistem kekecualian
keselarasan huruf vokal yang digunakan untuk pengejaan kata pinjaman.

Keselarasan huruf vokal ialah kesesuaian dua huruf vokal yang membentuk dua
suku kata pada kata dasar, iaitu pasangan antara huruf vokal pada suku kata praakhir
dan pada suku kata akhir tertutup.Keselarasan huruf vokal ini terbentuk berasaskan
prinsip yang berikut:
i. Keselarasan antara dua huruf vokal pada kata dasar yang tidak melibatkan
pengimbuhan.
ii. Kata dasar yang berakhiran dengan suku kata tertutup yang tidak melibatkan suku kata
akhir terbuka.
73


Dalam Sistem Ejaan Rumi Bahasa Melayu, terdapat 18 pola keselarasan huruf
vokal, iaitu:

18 Pola Keselarasan Huruf Vokal yang Utama.

Bil. Pola Contoh Penggunaan
1 a - a asah, balak, halaman
2 a - i alih, balik, sumbangsih
3 a - u asuh, datuk, lembayung
4 e pepet - a emas, kelam, cemerlang
5 e pepet - i lebih, betik, sembelih
6 e pepet - u telur, tempuh, temenggung
7 e taling - a elak, dewan, belerang
8 e taling - e taling leceh, gelek, selekeh.
9 e taling - o esok, telor, selekoh.
10 i - a ingat, kilang, selinap
11 i - i intip, sisih, belimbimg
12 i - u riuh, tidur, periuk
13 o - a otak, borang, sekolah
14 o - e taling oleh, boleh,celoteh.
15 o - o obor,borong,kelompok
16 u - a ubat, tumpang, ketupat
17 u - i usik, kuih, gerusih
18 u - u untuk, tunduk, tengkujuh.










74


Ejaan Kata Pinjaman

Bahasa Melayu menyerap istilah yang banyak daripada pelbagai bahasa seperti
Sanskrit, Arab, Portugis, Belanda, Inggeris, Indonesia, dan lain-lain. Dengan
berdasarkan darjah penyesuaian unsur pinjaman itu dalam bahasa Melayu, maka istilah
dalam bahasa Melayu dapat dibahagi kepada tiga golongan besar, iaitu:
Pertama, istilah asing yang pengucapan dan penulisannya sudah sebati dalam bahasa
Melayu seperti pencen, stesen, komisyen, kelas, kelab. Ejaannya tidak perlu diubah.
Kedua, istilah asing yang belum sepenuhnya terserap dalam bahasa Melayu seperti
landrover dan ad hoc. Pengucapan dan penulisannya hendaklah dikekalkan
sebagaimana dalam bahasa sumber.
Ketiga, istilah yang baru dipinjam dan belum sebati atau menyesuaikan diri dari segi
sebutan dan ejaan. Pengejaan istilah ini dilakukan dengan cara mengubah unsur yang
perlu sahaja supaya bentuk ejaan asal masih kekal. Hal ini akan memudahkan
pengenalan istilah baharu itu dibandingkan dengan istilah asal dalam bahasa sumber.
Penyesuaian ejaan istilah baharu itu dilakukan menurut kaedah yang berikut:

Vokal Contoh
ae = e

aesthetics = estetik
haemoglobin = hemoglobin
haematite = hematit
ae = ae

aerial = aerial
aerograph = aerograf
aerobe = aerob
ai = ai

aileron = aileron
trailer = trailer
caisson = kaison
au = au

automatic = automatik
tautology = tautologi
auditorium = auditorium

75



c sebelum a, u, o, dan
konsonan = k

carbon = karbon
curator = kurator
cobalt = kobalt
c sebelum e, i, oe, dan y = s

cent = sen
cybernetics = sibernetik
efficient = efisien
cc sebelum o, u, dan
konsonan = k

accomodation = akomodasi
accumulation = akumulasi
cc sebelum e, i = ks

accent = aksen
vaccin = vaksin
occidental = oksidental
ch, cch (yang diucapkan
sebagai k) sebelum a, o,
dan konsonan = k

charisma = karisma
cholera = kolera
saccharine = sakarin
ch yang dilafazkan c = c

cheque = cek
chocolate = coklat
ch (yang diucapkan
sebagai s) = s

chiffon = sifon
echelon = eselon
e = e

effective = efektif
description = deskripsi
system = sistem
ea = ea

idealist = idealis
gear = gear

ea yang dilafazkan [i] = i

grease = gris
ream = rim
beaker = bikar
ee = i

jeep = jip
chimpanzee = cimpanzi
ei = ei

atheist = ateis
phenolphthalein = fenolfthalein
protein = protein

76



eo = eo

stereo = stereo
geometry = geometri
zeolite = zeolit
eu = eu

neutral = neutral
petroleum = petroleum
nucleus = nukleus
f = f

factor = faktor
faculty = fakulti
infra = infra
g = g

geology = geologi
tragedy = tragedi
gh = gh

maghrib = maghrib
i = i

syphilis = sifilis
albitite = albitit
ion = ion
ia = ia

dialect = dialek
diaphysis = diafisis
fuchsia = fuksia
ie = ie

diesel = diesel
tieceron = tieseron
ie di akhir kata = i

calorie = kalori
bogie = bogi
cassie = kassi
ie di akhir kata ekasuku = ai

pie = pai
io = io

ion = ion
studio = studio
heliograph = heliograf
iu = iu

premium = premium
stadium = stadium
radium = radium



77


ng = ng

congress = kongres
linguistics = linguistik
ingressive = ingresif

o = o

sector = sektor
thrombosis = trombosis
chancellor = canselor
oe (oi Yunani) = e

oestrogen = estrogen
foetus = fetus
gonorrhoea = gonorea
oi = oi

alkaloid = alkaloid
duboisine = duboisin
tabloid = tabloid
oo = u

monsoon = monsun
proof = pruf
cartoon = kartun

oo (vokal ganda) = oo

zoology = zoologi
spermatozoon = spermatozoon
oology = oologi

ou yang dilafazkan [u] atau
[o] = u

journal = jurnal
coupon = kupon
contour = kontur

ou yang dilafazkan [au] =
au

accountant = akauntan
pound = paun
counter = kaunter

ph = f

phoneme = fonem
phosphorus = fosforus
physiology = fisiologi






78


q = k

aquarium = akuarium
equator = ekuator
frequency = frekuensi

rh = r

rhetoric = retorik
rhythm = ritma
rhyolite = riolit

sc sebelum a, o, u dan
konsonan = sk

scandium = skandium
scooter = skuter
script = skrip

sc sebelum e, i = s

scendastic = senastik
scenario = senario
abscissa = absisa

th = t

theater = teater
theology = teologi
theory = teori
orthography = ortografi


ue di akhir kata = u

tissue = tisu
accrue = akru

ue di akhir kata (selepas q
atau g) digugurkan

catalogue = katalog
dialogue = dialog
technique = teknik

ui = ui

annuiti = anuiti
conduit = konduit
equinox = ekuinoks






79


uo = uo

fluorscent = fluoresen
quorum = kuorum
quota = kuota
uu = u

continuum = kontinum
vacuum = vakum
v = v

novel = novel
university = universiti
vitamin = vitamin
x pada awal kata = x

xenon = xenon
xylem = xilem
xenophobia = xenofobia
x pada posisi lain dalam
kata = ks

latex = lateks
taxi = teksi
complex = kompleks
y yang tidak terletak pada
awal kata = i
physiology = fisiologi
polytheism = politeisme
psychology = psikologi
z = z

ozone = ozon
zenith = zenit
zone = zon
Konsonan ganda boleh
menjadi konsonan tunggal.

assimilation = asimilasi
ferrum = ferum
Huruf e yang biasanya
dilafazkan [e] dalam suku
kata akhir terbuka
dikekalkan
cylinder = silinder
counter = kaunter
contigent = kontijen




Rehat sebentar, kemudian teruskan dengan aktiviti di bawah.
80



Ejaan Kata Dasar dan Kata Terbitan

Penulisan Kata Dasar

Kata dasar ditulis sebagai satu perkataan tanpa imbuhan.

Contohnya:
i. adil
ii. pulang
iii. sungai


Penulisan Kata Terbitan Pinjaman

Imbuhan Awalan Kata Dasar Kata Terbitan
anti karat antikarat
auto graf autograf
dwi bahasa dwibahasa
in hadir hadirin
poli klinik poliklinik
pra sekolah prasekolah
pro kerajaan prokerajaan
sub kategori subkategori
swa daya swadaya
tata susila tatasusila
tuna karya tunakarya


Walau bagaimanapun, bentuk awalan yang boleh ditulis secara terpisah
daripada kata dasar hanya melibatkan tiga imbuhan yang berikut:

1. Awalan maha ditulis terpisah daripada kata dasar atau bentuk dasar selepasnya.
Penulisannya bermula dengan huruf besar bagi menunjukkan kata ganti nama
Allah atau nama khas yang lain. Contohnya: Allah Yang Maha Esa
81


2. Bentuk terikat seperti anti, pro, dan kontra dapat ditulis secara terpisah, iaitu
sebagai kata bebas.
contohnya: Saya memang anti dengan...
pro dan kontra

3. Tanda sempang ( - ) perlu digunakan apabila awalan se- diimbuhkan pada kata
nama khas yang bermula dengan huruf besar.
Contohnya: se-Nusantara se-Malaysia

* Bagi kata singkatan yang merujuk kata ganti diri Tuhan, penggunaan tanda
sempang dan huruf besar hendaklah ditulis seperti yang berikut:
Contoh : kepada-Mu kepada-Nya



Penulisan Kata Terbitan Akhiran
Kata terbitan yang menerima imbuhan akhiran ditulis seperti yang berikut:

Imbuhan Akhiran Kata Dasar Kata Terbitan
-at muslim muslimat
-ah ustaz ustazah
-isme ego egoisme
-kan masuk masukkan
-man budi budiman
-nita biduan biduanita
-wan harta hartawan







82


Penulisan Kata Terbitan Awalan dalam Bahasa Melayu

Kata terbitan yang menerima imbuhan awalan ditulis seperti yang berikut:

Awalan Kata Dasar Kata Terbitan
pe- nyanyi penyanyi
peN- tari penari
peR- asap perasap
ke- tua ketua
juru- terbang juruterbang
meN- kayuh mengayuh
beR- kirim berkirim
teR- rancang terancang
di- gelar digelar
mempeR- hamba memperhamba
dipeR- jelas diperjelas
ter- mahal termahal
se- indah seindah










83


Apitan dalam Bahasa Melayu

Kata terbitan yang menerima imbuhan apitan ditulis seperti yang berikut:

Apitan Kata Dasar Kata Terbitan
beran anggap beranggapan
berkan dasar berdasarkan
dii iring diiringi
dikan umum diumumkan
diperkan tingkat dipertingkatkan
kean sejuk kesejukan
mei kirim mengirimi
mekan hadiah menghadiahkan
memperi isteri memperisteri
memper..kan hamba memperhambakan
pean rasa perasaan
penge..an had pengehadan
ter..kan ingat teringatkan






84


Penulisan Kata Terbitan Sisipan dalam Bahasa Melayu

Kata terbitan bersisipan ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan
-el- tunjuk telunjuk
-em- kuning kemuning
-er- gigi gerigi
-in- sambung sinambung






Penulisan Kata Terbitan Akhiran Asli Bahasa Melayu

Kata terbitan akhiran ditulis seperti yang berikut:

Sisipan Kata Dasar Kata Terbitan
-i naik naiki
-kan kurang kurangkan
-an tanam tanaman




85




Latihan
Teliti soalan yang diberikan. Kemudian, jawab soalan
yangdiberikan




1. Kenal pasti ejaan bagi perkataan yang berikut. Jika salah, betulkan ejaannya.

Perkataan Betul/Salah Ejaan Yang betul
auto matif

audiens

ampangan

injin

idea

impot

atlit

bowling

insuran

geraf








86





2. Betulkan kesalahan bagi perkataan yang berikut.

kebanyakkan
berkerjasama
kadang-kala
penyalah gunaan
pasca kemerdekaan
anti-merokok
biadap
mengulangkaji







Rehat sebentar.














87


TAJUK 9
SEBUTAN DAN INTONASI





Sinopsis


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui konsep sebutan baku dan intonasi dalam
bahasa Melayu.


Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

iv. mengenal konsep sebutan baku, dasar sebutan baku, dan jenis
sebutan dalam bahasa Melayu
v. menghuraikan intonasi pelbagai jenis ayat dalam bahasa Melayu




























88


1 Konsep Sebutan Baku

Sebutan yang digunakan dalam situasi formal atau rasmi
( Ismail Dahaman ,1996 ;46)


2. Dasar Sebutan Baku

Dasar umum telah ditetapkan bahawa sebutan baku kata bahasa Melayu hendaklah
berdasarkan ejaan, iaitu sebutan menurut perlambangan huruf dan penyukuan kata
serta fungsinya dalam ayat.



3. Jenis Sebutan

a. Sebutan bagi Kata Dasar

Sebutan kata dasar berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan
kecuali pola v-v, v vk, kv v, dan kv vk.








kata


pemenggalan suku kata

Sebutan


aku

selasih

dia

radio




a-ku

se-la-sih

di-a

ra- di-o


[ a.ku]

[se.la.sih]

[ dia]

[ ra.dio]

89


b. Sebutan bagi Sistem Keselarasan Vokal

Bagi kata dasar dua suku kata atau lebih dengan suku kata akhir tertutup disebut
mengikut pola sistem keselarasan huruf vokal ejaan Rumi.



pola


ejaan

Sebutan

[ a-i]

[ e-u]

[-]

[ i-i ]

balik

telur

leher

pilih

[ ba.li?]

[te.lur]

[ l.hr]

[ pi.lh]





c. Sebutan bagi Kata Terbitan

Sebutan kata terbitan pada dasarnya menurut pola pemenggalan suku kata yang
berdasarkan pola ejaan juga. Namun begitu, terdapat cara sebutan yang berbeza bagi
beberapa bentuk terbitan dengan awalan tertentu.



ejaan


sebutan

beratapkan

mengajar

pengadil

seekor

sayuran

bukumu

diambil

belajar


[ ber.a.tap.kan]

[ me.nga.jar]

[ pe.nga.dil]

[ se.e.kor]

[ sa.yu.ran]

[ bu.ku.mu]

[ di.am.bil]

[ be.la.jar]




90




berdua-duan

mengetuk-ngetuk

didikan

ejekan

pajakan



[ ber.dua.dua.an]

[me.nge.tuk.nge.tuk]

[ di.di.kan] atau [ di.di?.kan]

[ .j.kan] atau [ .j?.kan]

[ pa.ja.kan] atau [ pa.ja?.kan]






Sebutan Kata Serapan Bahasa Inggeris dan Bahasa Eropah yang Lain




ejaan


Sebutan

telefon

automatik

animisme

zoologi

insurans

sains


[ t.l.fon]

[ au.to.ma.tik]

[ a.ni.mis.me]

[ zu.lo.gi]

[ in. su.rans]

[ sains]

















91


Sebutan Kata Serapan Bahasa Arab



ejaan


Sebutan

alam

keaiban

Jumaat

kadi

kaedah

maklumat



[ a.lam] atau [ a.lam]

[ ke.ai.ban] atau [ ke. ai.ban]

[ ju.ma. at]

[ qa.di]

[ ka. .dah]

[ma ? .lu.mat] atau [ ma . lu.mat]





Sebutan yang Disengaukan




ejaan


sebutan

mawas

menawarkan

aniaya

menyahut



[ ma.was] atau [ ma.was]

[ me.na.war.kan]

[ a.nia.ya]

[ me.nya.hut]













92



Sebutan bagi Nama Khas



ejaan

sebutan


Bank Bumiputera

Selangor Darul Ehsan

UMNO

Universiti Malaya

Saad bin Said

DBP



[ bangk.bu.mi.pu.te.ra]

[ se. la.ngor.da.rul..h.san]

[ am.no]

[ u.ni.ver.si.ti. ma.la.ya]

[ sa. ad.bin. sa. id]

[ di.bi.pi]








perkataan


sebutan

Tandakan

April

tepian

mengarang

berangkat

kadi

dialek

unit

pertunjukan


[ a.pril ]

[ te.pian]

[ me.nga.rang]

[ be.rang.kat ]

[ qa.di ]

[ dai.lek]

[ yu.nit ]

[ per.tun.jok.kan ]


93



LATIHAN
Sila tandakan betul [ / ] atau salah [ X ] pada senarai sebutan yang
berikut:


Intonasi dalam bahasa Melayu

1. Konsep intonasi

Nada suara yang turun naik atau tinggi rendah sewaktu bercakap berdasarkan
jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu, sama ada ayat penyata, ayat tanya,ayat
perintah, ayat songsang,dan ayat pasif.



2. Tingkat Nada

Intonasi dalam bahasa Melayu dapat digayakan dengan empat tingkat nada yang
ditandai oleh angka 1, 2, 3, dan 4. Angka 1 menandakan nada yang paling rendah dan
angka 4 merupakan nada yang paling tinggi. Nada 2 merupakan permulaan ujaran,
manakala nada 3 ialah nada tekanan.




3. Fungsi Intonasi

Intonasi berperanan membezakan bahagian-bahagian subjek dan predikat dalam
ayat selain dapat membezakan jenis dan bentuk ayat.











94



4. Intonasi Beberapa Ayat dalam Bahasa Melayu

i. Ayat Penyata

Contoh:


4 3
Orang i tu gu ru.
2 ( 2 4 2 - 3 )
2

Frasa subjek Orang itu ditandai oleh tingkat 2-4, sementara frasa predikat guru
ditandai
oleh tingkat nada 2-3. Pemisahan antara frasa subjek dengan predikat adalah
jelas
apabila suara turun daripada tingkat 4 ke tingkat 2 , iaitu permulaan frasa predikat.
Tingkat nada 3 menandakan selesainya pengucapan frasa predikat.

ii. Ayat Tanya

Contoh :

4 3 4
Orang i tu gu ru? ( 2 4 3 - 4 }
2






Intonasi ayat tanya dalam bahasa Melayu biasanya mempunyai tingkat nada 2-4-3-
4, dengan nada 3 yang terbentuk pada suku kata akhir naik ke nada 4 sebagai penutup
ayat..



95


iii. Ayat Perintah



Contoh:

3
Du duk!
2 ( 2 - 3 )

3
Du duk lah
2 1 ( 2 3 1 )




Dalam ayat perintah,yang lebih dipentingkan ialah predikat. Ayat perintah yang
pertama dapat dilembutkan dengan partikel lah. Oleh sebab itu intonasi ayat tersebut
berubah daripada tingkat nada 2 - 3 kepada 2 3 1.




iv. Ayat Songsang


Contoh :




4 3
Budak i tu co mel.
2 2
( 2 4 2 3 )








96



3
Co mel budak itu.
2 1 ( 2 3 1 )



Ayat pertama ialah ayat penyata bernada 2-4-2-3. Intonasi ayat ini akan
berubah menjadi 2-3-1 apabila ayat penyata tadi berubah menjadi ayat songsang.



v. Ayat Pasif



Contoh:



4 3
A dik menulis surat i tu.
2 2 ( 2 4 2 3 )






4 3
Surat i tu ditulis oleh a dik.
2 2 ( 2 4 2 3 )





Ayat pertama ialah ayat aktif bernada 2 4 2 3 . Ayat ini apabila dipasifkan
intonasinya masih sama,iaitu bernada 2 4 2 3.









Rehat
97



Latihan
Teliti ayat yang berikut dan nyatakan intonasinya dengan
betul.





1. Kami belum memohon jawatan itu.

2. Keluar dari bilik ini!.

3. Mereka berbual di laman sosial semalam.

4. Nama gadis itu siapa ?

6. Hadiah itu dihadiahkan oleh ayah.

7. Ke Langkawi mereka pada minggu hadapan.

8. Ibunya pensyarah.

9. Pelajarkah mereka ?

10. Bilik itu saya bersihkan.























98


TAJUK 10 KOSA KATA dan PERIBAHASA




Sinopsis


Tajuk ini akan membolehkan anda mengetahui konsep kosa kata dan peribahasa dalam
bahasa Melayu. Kosa kata merangkumi kata umum dan kata istilah yang merujuk
aspek-aspek terntu. Peribahasa merupakan rangkai kata atau ungkapan yang
menerangkan sesuatu fenomena yang berlaku dalam masyarakat.


Hasil Pembelajaran

Pada akhir tajuk ini, anda akan dapat:

i. mengenal pasti takrif kosa kata umum dan istilah
ii. memberikanmakna peribahasa dalam budaya masyarakat
Melayu.


























99


Takrif Kosa kata

Kosa kata merupakan suatu himpunan kata yang wujud dalam sesuatu bahasa tertentu.
Kemahiran berbahasa seseorang itu bergantung kepada kekayaan kosa kata yang
dimilikinya dan digunakan pada tempat atau situasi yang sesuai, sama ada situasi
formal atau tidak formal. Dalam konteks perbincangan di dalam modul ini, kosa kata
boleh dibahagikan kepada dua jenis, iaitu kata umum dan kata istilah.




Kata Umum


Kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa.Mana-mana kata umum dalam
bahasa Melayu (termasuk kata dari dialekkawasan atau bahasa lama boleh dijadikan
istilah dengan syarat:

a. Kata berkenaan tepat memberi makna, konsep, proses, keadaan
atau ciri yang dimaksudkan.
b. Kata yang dipilih adalah yang paling singkat (sekiranya ada
sekelompok sinonim). Contoh: hospital dan rumah sakit, dipilih
hospital; fisiologi dan kaji tugas organ, dipilih fisiologi.
c. Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan
sumbang.

Namun demikian kata umum boleh menjadi istilah. Contoh: tenaga
tenaga atom (atomic power).












100



Kata Istilah


Istilah ialah kata atau gabungan kata yang dengan jelas menerangkan makna,konsep,
proses, keadaan atau ciri yang khusus dalam bidang tertentu. Istilah ialah kata yang
penggunaannya dan maknanya khusus pada bidangtertentu.Istilah boleh berbentuk
sebagai kata akar bebas, kata berimbuhan, katagabungan atau kata gandaan.


i. Bentuk Akar Bebas

Kata akar bebas ialah bentuk yang boleh berdiri sebagai istilah ataumenjadi dasar
kepada pembentukan istilah yang lebih luas. Misalnya:haba (heat), sisa (residue).


ii. Bentuk Berimbuhan

Bentuk berimbuhan ialah bentuk istilah yang mengandungi imbuhan.Misalnya:
bersistem, angkasawan, keberkesanan, pendakwaan


iii. Bentuk Gabungan

Bentuk gabungan ialah bentuk istilah yang terdiri daripada dua kata ataulebih. Misalnya:
Garis lintan: Garis lintang, kadar inflasi, persegi panjang.




iv. Bentuk Gandaan

Bentuk gandaan ialah istilah yang seluruh atau sebahagian daripada bentuk dasarnya
diulang. Misalnya, pepasir, jejari, pepejal dsb.


(Sumber : Pedoman Umum Pembentukan Istilan Bahasa Melayu, DBP, 1991)
101




Layari Internet

http://www.ukm.my/fst/images/pdf/pedoman.pdf
http://bmus.dbp.my/wordpress/?page_id=311





Takrif Peribahasa


Menurut Zaba, peribahasa ialah susunan kata yang indah, pendek,
dan sedap didengar, mempunyai makna yang luas dan tersirat. Tujuan
peribahasa adalah untuk mengindahkan pertuturan dan membantu dalam
mengindahkan penulisan kreatif.

Peribahasa telah lama sebati dalam kehidupan masyarakat Melayu. Selain
mengindahkan pertuturan dan penulisan, peribahasa berperanan memberikan
pengajaran dan nasihat kepada masyarakat.












102


Jenis-jenis Peribahasa


Peribahasa tercipta melalui pengalaman hidup masyarakat dahulu berasaskan
sumber alam dan sifat imaginasi dan kreativiti penciptanya. Terdapat beberapa
jenis peribahasa iaitu:

a). pepatah
b). bidalan
c). perbilangan
d). perumpamaan
e). simpulan bahasa
f). kata hikmah
g). kiasan



a. Pepatah

Pepatah tergolong dalam peribahasa yang mempunyai erti selapis.
Ungkapan pepatah bermaksud patah-patah perkataan yang disusun dengan
bijak untuk mematahkan kata-kata orang lain untuk menyatakan kebenaran yang
sukar disangkal.

Pepatah sebenarnya hampir sama dengan bidalan. Perbezaannya,
walaupun kedua-duanya mengandung nasihat dan pengajaran tetapi terdapat
pepatah yang tidak berisi pengajaran.

Pepatah mempunyai rangkaian perkataan berkerat-kerat atau berpatah-
patah. Sebagai contoh, diam ubi berisi, diam besi berkarat bermaksud orang
yang pendiam tetapi berakal itu lebih baik daripada orang yang pendiam tetapi
bodoh.

103


Contoh pepatah dalam bahasa Melayu:

Ditelan mati emak, diluah mati bapa.
Susah memilih kerana kedua-dua pilihan sama penting.

Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati di tengah-tengah.
Orang besar-besar berselisih, rakyat yang menderita.

Guruh tak berbunyi, malang tak berbau.
Kemalangan berlaku tanpa diketahui terlebih dahulu.

Harapkan pagar, pagar makan padi
Percaya akan orang yang mengkhianati kita.

Percaya akan orang yang mengkhianati kita.
Kedua-dua pihak yang berkelahi sama-sama menanggung kerugian tidak kira
siapa yang menang atau siapa yang kalah. Kedua-duanya hangus.

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.
Orang yang pandai akan melakukan kesalahan sesekali. Kalau orang itu pandai
melakukan jenayah, sekali jatuh pun cukuplah susah.

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Bekerjasama dan saling menolong.


Sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain.
Sedikit demi sedikit, lama-lama berhasil juga.

Biar putih tulang, jangan putih mata.
Biar putih tulang, jangan putih mata.


104


b. Bidalan

Bidalan ialah susunan kata-kata yang telah digunakan umum dalam
masyarakat Melayu. Di dalam bidalan terkandung perbandingan, teladan, dan
pengajaran. Bidalan ialah peribahasa yang berupa pandangan yang bernas,
nilai, dan pengajaran. Bidalan berfungsi untuk memberi nasihat dan peringatan.

Bentuk bidalan terdiri daripada dua, iaitu bahagian pertama menyatakan
maksud manakala bahagian kedua ialah pematah bagi maksud tersebut.
Antara contohnya ialah:



Contoh bidalan dalam bahasa Melayu:

Batu yang selalu bergolek dalam sungai itu tiada dihinggapi lumut
Seseorang yang sering bertukar-tukar kerja sukar hendak mencapai kemajuan


Belayar bernakhoda, berjalan dengan yang tua, berkata dengan yang
pandai
Lebih baik bekerja di bawah pimpinan ketua yang berpengalaman


Belum duduk sudah berlunjur
Belum memperoleh sesuatu yang dihajati tetapi sudah berasa gembira


Berbuat di alang, belayar di luar
Melakukan sesuatu bukan pada masa yang sesuai


Bercakap memandang-mandang, silap lidah jiwa hilang
Berhati-hati apabila bercakap tentang hal orang lain
105


Bercakap siang pandang-pandang, bercakap malam dengar-dengar
Perlu berhati-hati apabila memperkatakan sesuatu


Berfikir sebelum berkata, berunding sebelum dibuat
Berfikir baik-baik dahulu kemudian baru bertindak


Berjagung-jagung dahulu sementara menantikan padi masak
Membuat kerja sambilan sementara mendapat pekerjaan yang tetap


Berkaul pada keramat
Meminta sesuatu hendaklah kena pada tempatnya


Berpahit-pahit dahulu supaya manis kemudian
Membuat kerja yang susah dahulu, yang senang dibuat kemudian


Bersihkan halaman sendiri dulu, baru bersihkan halaman orang
Membetulkan kesalahan sendiri dahulu sebelum betulkan kesalahan orang lain

Bertanjak baharu tinjau
Membuat kerja mengikut aturan

Bertanya supaya tahu, berjalan supaya sampai
Kalau membuat kerja, hendaklah dikaji dahulu dan lakukannya sampal selesai





Rehat sebentar.
106


c. Perbilangan

Perbilangan mempunyai struktur yang hampir sama dengan bidalan dan
pepatah tetapi disusun berangkap seperti puisi. Setiap rangkap terdiri
daripada dua baris atau lebih dan disebut satu per satu.

Perbilangan telah menjadi seperti undang-undang yang memperkatakan
tentang adat dan peraturan masyarakat. Kesimpulannya fungsi perbilangan
adat terhadap masyarakatnya, ialah:

Memberikan panduan/pendidikan
Membentuk /membina masyarakat yang harmoni
Satu cara kawalan sosial - dipersetujui bersama
Mengekalkan satu norma tertentu dalam masyarakat
Menggambarkan corak dan pola hidup bermasyarakat.
Menggambarkan pola pemikiran masyakat (kepandaian/kebijaksanaan).

Contoh perbilangan dalam bahasa Melayu :


Yang mencincang, memapas
Yang membunuh membangunkan
Yang menjual, memberi balas

Majlis di tepi air,
Mendesa di perut kenyang.

Meminta kepada yang ada,
Berkaul kepada yang keramat.




107


d. Perumpamaan

Perumpamaan tergolong dalam peribahasa yang berlapis, iaitu
mengandung maksud tersurat dan tersirat. Sesuatu maksud dikaitkan
atau diumpamakan dengan perkara lain yang sebanding.

Terdapat dua jenis perumpamaan :

a). Perumpamaan yang disebutkan perbandingannya dengan
menggunakan perkataan seperti umpama, bagai, bak, seperti,
macam, dan seolah-olah. Contoh:


Bagai air titik ke batu
Amat sukar untuk memasukkan pengajaran yang baik kepada yang
jahat dan degil;


Bagai bulan dipagari bintang
Kecantikan gadis yang tiada tandingnya.

Bagai duri dalam daging
Sesuatu hal yang selalu terasa tidak menyenangkan hati.


Bagai itik pulang petang
Berjalan lambat

Bagai kacang melupakan kulit
Orang yang tidak tahu mengenang budi;

Ibarat burung, mata lepas badan terkurung
Tidak ada kemerdekaan;
108


Laksana garam dengan asam
Kalau sudah ada jodoh akan ketemu juga berapa pun jauhnya.

Laksana golok kayu, ditetak tak makan, dijual tak laku.

Pengetahuan yang tidak sempurna hingga tidak mendatangkan
sebarang faedah.

Laksana kunyit kena kapur
Lekas atau mudah berlaku mesra (berpadu dan lain-lain)

Laksana wau melawan angin
Membuat pekerjaan yang mungkin tidak terkerjakan;


Seperti air di dalam kolam
Orang yang tenang sikap dan tingkah lakunya.
Seperti anjing berebut tulang
Orang tamak berebut harta.


Seperti api dalam sekam
Perbuatan jahat atau rindu dendam yang tersembunyi;


Seperti bertih direndang
Bunyi bising;


Umpama buah kepayang, dimakan mabuk dibuang sayang
Sesuatu yang disayangi tetapi merosakkan


109


b). Perumpamaan yang tidak disebutkan perbandingannya.

Contoh:

kecil tapak tangan,nyiru kami tadahkan.
siapa makan cili dia terasa pedas
ikut resmi padi, semakin berisi semakin tunduk.
sehari selembar benang, lama-lama menjadi kain
hancur badan dikandung tanah, budi yang baik dikenang juga




e. Kiasan

Kiasan ialah ungkapan yang menyatakan sesuatu perkara dengan
mengiaskan kepada satu perkara yang lain, sama ada menyebut
perbandingan atau tidak.

Fungsi kiasan adalah untuk menjelaskan sesuatu maksud,menguatkan
sesuatu maksud agar dapat memberi kesan, dan sebagai bahasa halus.

Terdapat beberapa jenis kiasan, iaitu :

a). kiasan asal : kiasan yang menerangkan sesuatu perkara dengan
menggunakan perkara lain sebagai perbandingan. Contoh:

manis seperti madu
hancur seperti kaca terhempas
merah seperti saga
merdu bak buluh perindu


110


b). kiasan berpindah : kiasan jenis ini ialah kiasan yang tidak
menggunakan kata perbandingan. Kata yang hendak digunakan
dicantumkan terus dengan perkara yang dijadikan perbandingan.

Terdapat beberapa jenis kiasan berpindah seperti di bawah :

Kiasan sandar kiasan yang dikaitkan denmgan benda lain yang
serupa dengan perkara yang hendak dikiaskan. Contoh:

mandi kerbau
tidur ayam
pening lalat
jinak merpati


kiasan terus kiasan yang menyatakan sesuatu perkara secara
terus dengan perkara lain dan mempunyai makna yang berbeza
dengan makna kata itu.Contoh:

kacang hantu
kutu embun
mabuk darah
naik darah


kiasan berangkap kiasan yang mempunyai pertentanganbunyi
antara perkara yang diperkatakan dengan perkara yang dikiaskan.
Contoh:

mengata dulang paku sepih, mengata orang dia yang lebih.
banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.
kiasan berbunga kiasan yang menggambarkan sesuatu maksud
dengan menggunakan kata-kata yang indah.Contoh:
111


angin sepoi-sepoi bahasa
semangat yang membara
pohon melambai-lambai

kiasan pemanis atau gayang kiasan yang digunakan untuk
melindungi seseorang daripada mengatakan sesuatu yang kurang
manis atau tidak elok didengar. Kiasan pemanis ialah bahasa
halus. Contoh:

orang rumah
ke sungai kecil
meninggal dunia
kiasan melompat kiasan yang berpindah membawa maksud
yang sama dengan kata-kata tersebut. Contoh:

tangan baju
kaki seluar
menjahit baju


kiasan melarat perkataan yang digunakan sudah jauh daripada
maksud asal.Contoh:

sudah berisi mengandung
berat tulang malas menolong
kaki botol orang yang suka minum arak




Rehat sebentar, kemudian teruskan pembacaan anda.

112


f. Simpulan Bahasa

Simpulan bahasa, merupakan peribahasa yang paling mudah dan
ringkas. Biasanya simpulan bahasa terdiri daripada dua patah kata seperti ada
hati, batu api, cepat tangan dan sebagainya.

Simpulan bahasa ialah rangkaian perkataan yang membawa maksud
yang berlainan dengan perkataan asal. Simpulan bahasa mempunyai maksud
yang tersurat dan tersirat. Contoh simpulan bahasa ialah:


Akal budi
Fikiran yang sihat.


Batu api
Penghasut


Cahaya hidup
Panduan hidup


Darah daging
Anak kandung


Gaji buta
Gaji yang diterima dengan kerja yang tidak bersungguh-sungguh.


Harga diri
Kehormatan diri
113


Jinak-jinak merpati
Perempuan yang kelihatannya ramah dan mudah digoda , tetapi
akan menjauhkan diri apabila didekati.


Kepala angin
Orang yang kelakuannya sering berubah-ubah.


Lepas laku
Melakukan sesuatu tanpa segan silu.



Mata petai
Mata yang tidak dapat melihat dengan betul atau jelas.


Naik angin
Tidak dapat mengawal diri kerana terlalu marah.


Otak minyak
Pandai


Patah kandar
Hilang tempat bergantung


Sampai hajat
Berjaya mencapai apa-apa yang dihajati

114


Terang hati
Mudah memahami sesuatu yang diajarkan


Untung batu
Nasib yang tidak baik.


Wang muka
Wang yang dibayar dahulu sebagai tanda persetujuan untuk
membeli sesuatu barangan.








g) Kata Hikmah

Kata hikmah ialah ungkapan berupa nasihat, panduan, dan pedoman
hidup yang diungkapkan oleh orang yang bijaksana.


Kata hikmat merujuk kepada kata-kata punjangga, ulama atau orang
bijak pandai. Kata hikmat dijadikan pedoman hidup dan percakapan umum.
Bentuknya ringkas tetapi mempunyai maksud yang benar dan dalam.




115


Mengikut Kamus Dewan, kata hikmat atau kata pujangga ialah perkataan
orang bijak pandai yang mengandungi pengertian yang tinggi. Ini bermaksud
ungkapan yang berupa nasihat, panduan dan peringatan serta dijadikan
pedoman hidup. Contohnya bahasa menunjukkan bangsa, bersatu teguh
bercerai roboh, maju bangsa maju negara dan sebagainya.

Zaba juga menyebut tentang kategori yang sama sebagai lidah pendeta
yang didefinisikan sebagai perkataan yang bijak, pendek, sedap, benar dan
berisi. Contoh yang lain juga seperti jangan pandang orang yang berkata;
pandang apa yang ia kata, kita mesti menanti waktu; waktu tidak menanti kita
dan sebagainya.


Contoh kata hikmah ialah:

Berkata benarlah walaupun kebenaran itu menyakitkan
Bertangguh itu pencuri masa
Hidup ini suatu perlumbaan
Hilang bahasa lenyaplah bangsa
Ilmu pelita hidup
Kata-kata lebih tajam daripada mata pedang
Keadilan tidak mengenal lawan
Masa itu emas
Membaca itu jambatan ilmu
Muafakat itu berkat







116



RUMUSAN

Peribahasa boleh diaplikasikan dalam pelbagai kemahiran bahasa seperti
kemahiran lisan, bercerita, kemahiran tatabahasa, penulisan karangan, teka-teki
atau kuiz, pemahaman, dan sebagainya.

Pengajaran bahasa Melayu sangat bergantung pada daya kreativiti
seseorang guru. Seseorang guru yang kreatif melihat peribahasa sebagai salah
satu bahan pengajaran yang banyak mempunyai unsur-unsur pengajaran,
kemasyarakatan, kemahiran berfikir dan sebagainya.

Guru yang kreatif boleh membina sendiri bahan bantu mengajar ini, Walau
bagaimanapun bagi guru yang kesuntukan masa, terdapat cd/DVD yang dijual di
pasaran berkaitan peribahasa yang sesuai digunakan, khususnya di peringkat
sekolah rendah.


















117




118


LATIHAN

Sila berbincang dengan rakan anda untuk mengisi garisan kosong di bawah.
1. Hukum berdiri dengan saksi
Adat berdiri dengan tanda

Maksud : ___________________________________________

Contoh ayat :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

2. Padang perahu di laut
Padang fikiran di hati

Maksud : ___________________________________________

Contoh ayat :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________

3. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih

Maksud : ___________________________________________

Contoh ayat :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________























119

4. Bagai anak ayam kehilangan ibu

Maksud : ___________________________________________

Contoh ayat :
_____________________________________________________________________
_____________________________________________________________________


5. Ukur baju di badan sendiri

Maksud : ___________________________________________________

Contoh ayat :
___________________________________________________________________________
_______________________________________________________________
























TAMAT







120



PENILAIAN KENDIRI




1. Pada pandangan anda, bagaimanakah caranya peribahasa
dapat dijadikan sebagai bahan pengajaran dan pembelajaran
dalam bilik darjah?

2. Bagaimanakah simpulan bahasa dapat meningkatkan
keperibadian seseorang? Fikirkan.

3. Pada pendapat anda, adakah perbilangan masih relevan dalam
kehidupan moden hari ini?



Bilbliografi

Abdullah Hassan. 1980. Linguistik Am untuk Guru Bahasa Malaysia. Petaling Jaya:
Fajar Bakti.

Abdullah Hassan. 2006. Morfologi Bahasa Melayu. Kuala Lumpur : PTS Profesional.

Arbak Othman. 1984, Tatabahasa Bahasa Malaysia, Kuala Lumpur:Penerbitan Sarjana
(M), Sdn.Bhd.

Asmah Haji Omar. 2009. Nahu Melayu Mutakhir Ed. 5. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Asraf Wahab. 1988. Intonasi Dalam Hubungan Sintaksis Bahasa Melayu. Petaling Jaya:
Sasbadi Sdn. Bhd.

Hashim bin Musa. 1993, Binaan dan Fungsi Perkataan dalam Bahasa Melayu: Satu
Huraian dari Sudut Tatabahasa Generatif. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan
Pustaka,

Nik Safiah et al. 2009. Tatabahasa Dewan Edisi Baharu: Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Pedoman Umum Ejaan Rumi. 1985.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Raminah Hj. Sabran dan Rahim Sham. 1985. Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti Sdn .Bhd.

Zainal Abidin Ahmad (Za`ba). 2000. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1-3. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.










121
IKON


Rehat

Perbincangan

Bahan Bacaan
Buku Rujukan

Latihan

Membuat Nota

Senarai Semakan

Layari Internet

Panduan Pengguna

Mengumpul Maklumat

Tutorial
Memikir



Tamat






PANEL PENULIS MODUL
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
KURSUS SISTEM BAHASA (PKP 3116)


NAMA KELAYAKAN

AZHAR BIN MD.SABIL, Phd

JAWATAN : Pensyarah

EMEL : azharsabil@ipik.edu.my

Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu SR(1989)

Sijil Perguruan Khas Sastera dlm Pendidikan BM
(1994)

Ijazah Sarjana Muda (Sastera) dengan Kepujian -
Bahasa Melayu) (1999, UM)

Ijazah Sarjana Pengajian Melayu bahasa
Melayu (2001, UM)

Ijazah Kedoktoran Pengajian Bahasa Melayu
(2012, UM)


Pengalaman : 24 tahun


HJH. HASNAH BINTI MOHD. SALEH


JAWATAN : Pensyarah Kanan
Munsyi Dewan

EMEL : hassal58@gmail.com


Diploma Perguruan ( BM/Sejarah) 1981, UM

Sarjana Muda Pengajian Melayu dengan Kepujian
(1980) UM

Sarjana Pengajian Melayu (1998) UM

Pengalaman : 31 tahun



NAMA KELAYAKAN

HJH. NORMAH BINTI MOHAMAD


JAWATAN : Ketua Jabatan, Jabatan
Pengajian Melayu
Ipg Kampus Ilmu Khas

EMEL : normah@ipik.edu.my


Sijil Perguruan ( PPAK) 1977, Maktab Perguruan
Perempuan Melayu Melaka

Bacelor Pendidikan dengan Kepujian (PBMP)
1987 UPM

Sarjana Pengajian Melayu (1998) UM

Pengalaman : 34 tahun


HJ. ZAINAL ARIFIN BIN YUSOF

JAWATAN : Pensyarah

EMEL : zainal@ipik.edu.my

Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu SR(1981)
MPLP

Sijil Perguruan Khas Bahasa Melayu (1992),
IBMM

Bacelor Pendidikan dengan Kepujian (PBMP)
1993, UPM

Ijazah Sarjana Pengajian Melayu bahasa
Melayu (2000, UPM)


Pengalaman : 31 tahun


HJ. SHAHARIMAN BIN AHMAD


JAWATAN : Pensyarah


EMEL: shahariman@ipik.edu.my


Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu (Pengajian
Sekolah Rendah) Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Kuala Lumpur(1985 1987)

Sijil Perguruan Khas Kesusasteraan dalam
Pendidikan Bahasa Melayu Institut Bahasa,
Kuala Lumpur(1993)

Sarjana Muda Sastera Pengajian Bahasa Melayu
Universiti Malaya, Kuala Lumpu (1995
1998)

Diploma Pengajian Tinggi Pengajian Bahasa
Melayu Institut Bahasa Universiti Malaya,
Kuala Lumpur(1995)


Pengalaman : 25 tahun




NAMA KELAYAKAN

HASIZAN BIN DAHALAL

JAWATAN : Pensyarah

EMEL : hasizan@ipik.edu.my

Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu SR(1993)

Ijazah Sarjana Muda Sastera (Bahasa dan
Linguistik) UPM 2001

Ijazah Sarjana Sastera (Bahasa Melayu)
UPM 2003


Pengalaman : 20 tahun


ABU BAKAR BIN AHMAD

JAWATAN : Pensyarah


EMEL : bakar.ahmad@ipik.edu.my

Sijil Perguruan Asas Pengajian Melayu SR(1987)

Diploma Pergurua Khas IBKL (1997)

Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Kesusasteraan
Melayu UKM 1999

ijazah Sarjana Pendidikan Bahasa UM (2001)

Pengalaman : 27 tahun

Anda mungkin juga menyukai