Anda di halaman 1dari 11

KARANGAN SPM

Pembentukan ayat tanya:


persoalan ini perlu direnungkan dengan sikap berlapang dada dan berpandangan jauh
pernahkah terlintas dalam gawang minda para........
sejauh manakah jalan penyelesaian yang dilaksanakan selama ini memberi impak
yang positif?
Tema: Perpaduan
setiap kaum menjunjung tinggi nilai perpaduan
sikap bekerjasama dan bertolenrasi adalah senjata utama yang
menampilkan Malaysia sebagai juara perpaduan
berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
rakyat akur dengan nasihat peribahasa yang berbunyi kalah menjadi abu, menang
menjadi arang
pepatah ada menyatakan hidup bersama yang menjadi tradisi seikat bak
sirih, serumpun bak serai, dijadikan pegangan untuk kita terus kekal menjadi juara
perpaduan
konflik perkauman yang tercetus hanya membawa kehancuran yang total
umpama telur sesangkar, pecah satu pecah semua, tamsilan yang memberi gambaran
betapa pentingnya perpaduan masyarakat
terurainya ikatan perpaduan kaum telah menjerumuskan negara kita
sukan dilihat mampu memecahkan tembok perbezaan kaum
Tema: Kemajuan Negara
cemerlang prestasi ekonominya dalam kalangan negara Dunia Ketiga
pertumbuhan mapan ekonomi negara
prestasi ekonomi yang mapan
gahnya Malaysia di persada global
menjadikan Malaysia lebih tersohor
Malaysia mempunyai kewibawaan yang tinggi di mata dunia bak kata
peribahasa kecil jangan disangka anak, besar jangan disangka bapa.
Putrajaya dan Cyberjaya merupakan lambang inspirasi pintar anak Malaysia
hasil usaha gigih menatijahkan kejayaan yang gilang-gemilang kepada negara
sehingga mendapat pengiktirafan dunia
kemajuan yang dinikmati telah mengubah landskap wajah Malaysia
menterjemahkan matlamat menjadi sebuah negara maju
wawasan globalisasi tajaan Barat banyak menyimpan agenda untuk melemahkan
kebangkitan negara
mendepani abad milenium

Tema: Peranan Kerajaan
citra budaya dan jati diri bangsa
tindakan secara kolaboratif
Tema: Masyarakat
memperkasakan pemikiran rakyat berminda kelas pertama menjadi tuntutan utama
menuntut anjakan paradigma masyarakat seantero negara
berpegang pada falsafah hidup sandar-menyandar bagai aur dengan tebing
apabila rosak budi pekerti rakyat, maka binasalah seluruh negara
rakyat yang memiliki minda kelas pertama adalah teras ketiga dalam kerangka lima
teras utama RMK-9
menjana pemikiran rakyat agar berpandangan jauh dan lebih positif
rakyat perlu memiliki nilai integriti yang bebas daripada segala tingkah laku negatif.
kualiti minda rakyat perlu diubah daripada terus dibelenggu oleh pemikiran
jumud bak katak di bawah tempurung kepada minda yang merdeka dan bermaruah.
pemikiran rakyat hendaklah dibangunkan di atas landasan yang betul
revolusi pemikiran yang lebih agresif dan proaktif
umpama sepuluh jong masuk pelabuhan, anjing bercawat ekor jua (tidak mahu
berubah walaupun banyak melihat perubahan)
masyarakat madani
bangsa yang maju dan kompetitif
Tema: Semangat Kejiranan
jiran sepakat membawa berkat, ungkapan yang cukup signifikan untuk
kita tidak boleh menjadi seperti kera sumbang, hidup umpama enau dalam belukar
yang melepaskan pucuk masing-masing dengan menyombongkan diri bak merak
kayangan
kikis sikap prejudis
membentuk bangsa yang berbudaya dan bertamadun
berpaksikan acuan budaya sendiri/ berpaksikan nilai budaya
bagi memperteguh tali-temali sosial
budaya sekular semakin menguasai kehidupan masyarakat
di bawah satu bumbung muafakat
Tema: Semangat Patriotisme
misi menyuburkan semangat patriotismebukan perkara enteng
kegagalan misi---memberi kesan terhadap pembinaan jati diri bangsa
dan kelangsungan hidup negara
menjiwai patriotisme yang kental

Tema: Generasi Muda
pembangunan modal insan yang berpaksikan anutan nilai dan peribadi luhur turut
menjadi saudara kembar kepada kemajuan sains dan teknologi
terjebak dalam kancah krisis peradaban dan nilai moral
generasi penggerak wawasan yang berkaliber, berwibawa dan berintelek
darah baru setampuk pinang, remaja melakukan pelbagai onar
akibat limpahan kemewahan, remaja semakin ghaflah akan tanggungjawab yang
digalas
berkiblatkan budaya asing
budaya hedonisme semakin subur bersarang di jiwa dan minda
berpotensi untuk menggegarkan
bertahan mendepani gelombang cabaran hidup
bijak menyerap tekanan
cbaran globalisasi yang kian menghimpit memberi impak terhadap kualiti insan
dalam meniti perjalanan hidup
dalam pancaroba dunia
Tema: Kekeluargaan
mewarnakan jiwa anak-anak
menjadi uswah terbaik
tingkah laku negatif pasti diciplak habis-habisan oleh anak-anak. Sikap ini samalah
seperti kata peribahasa bagaimana acuan begitulah kuihnya dan ke manakah
tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
didedahkan dengan realiti kehidupan
umpama rebung tidak jauh dari rumpun (perangai anak tidak jauh berbeza daripada
perangai ibu bapa)
bertunjangkan kekuatan intelektual
dipacu oleh tenaga muda
dipasakkan dalam jiwa
Tema: Media Massa
akhbar arus perdana
mendominasi minda generasi muda
pepatah Arab yang berbunyi mata pena lebih tajam daripada mata pedang
pendedahan media sahaja dapat menghangatkan senario ini
berupaya menjadi wadah yang efektif
bijak menterjemahkan kehendak dan agenda kerajaan
media massa yang berpengaruh seyogia menjadi pasak dan watak utama dalam
menyebarkan maklumat

Kempen :
meniup / membangkitkan gelombang kesedaran masyarakat
aktiviti kempen secara agresif wajar dilaksanakan
ketidaksampaian mesej kempen disebabkan pelaksanaannya yang hanya dijalankan
secara suam-suam kuku
dilaksanakan secara berkesan dan efisien
instrumen yang paling efektif
Tema: Sekolah
guru selaku arkitek pembangunan insan
menjana pembangunan insan yang seimbang dan harmoni
menyemarakkan nilai-nilai murni
sekolah wadah penting untuk penyaluran ilmu
pendekatan konvensional
sekolah medan interaksi sosial
golongan pendidik yang berketerampilan
pendidik perlu memahami aspirasi negara
Pelan Induk Pembangunan Pendidikan
hubungan ibu bapa, anak dan pihak sekolah sepatutnya bagaikan ikan dengan air
menggalas tanggungjawab mengisi kekosongan minda dengan pengetahuan dan
maklumat
Tema: Alam Sekitar
menjadi isu dominan yang menghiasi dada-dada akhbar
jika manusia semakin tandus dengan nilai akal budi, maka alamnya semakin gawat
dengan persekitaran yang tidak sihat
masyarakat Jepun percaya pada semangat alam sekitar. Jika alam sekitarnya segar dan
sihat maka penghuninya juga demikian
alam sekitar adalah gambaran wajah / imej kita
Tema: Kesihatan
pepatah Arab ada menyatakan otak yang cerdas terletak pada tubuh badan yang sihat
tamadun klasik seperti di Rom dan di Athens telah memberikan keutamaan dalam
aktiviti riadah apabila sukan Olimpik bermula di situ.
kelesuan, keletihan dan kemurungan berpunca daripada sistem fisiologi yang tidak
sempurna
menyerang sistem imunisasi badan


Tema: Usaha Langkah
umpama patah sayap bertongkat paruh, patah paruh bertelekan (terus berusaha)
umpama patah tongkat berjeremang, hulubalang habis bersiak (meneruskan usaha
sampai berjaya)
jika tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya
yang bulat tidak datang bergolek, yang pipih tidak datang melayang
jika sayang hendak basahkan pendayung, perahu hanyut
jangan lakukan kerja sekerat jalan
sekarang bukanlah masa bertopang dagu atau menunding jari kesalahan pihak lain
jalan penyelesaian secara konkrit dan bijaksana perlu difikirkan
usah biarkan masalah ....terus membebani .................
usaha secara kolaboratif
menuntut sinergi pelbagai pihak
janganlah usaha ---umpama mencurahkan garam ke laut
mencari resepi terbaik
Tema: Teknologi Maklumat
Internet, teknologi komunikasi yang berada di lingkaran mayapada menghampirkan
manusia sesama sendiri dan akhirnya menjadikan dunia bagaikan tiada sempadan
bagai galah di tengah arus peribahasa yang dapat digambarkan mengenai sikap
remaja serta masyarakat yang serakah menyalahgunakan teknologi
revolusi teknologi maklumat mutakhir ini memberikan dampak malang kepada
masyarakat
dalam konteks era pascamoden, dunia dicanangkan oleh teknologi maklumat dan
komunikasi
Internet dan teknologi 3G menjadi pemangkin komunikasi manusia
Sekadar klik di laman sesawang, kita mampu menjelajah ke seantero dunia



KOSA KATA KARANGAN SPM
A. Frasa Menarik
segelintir masyarakat
musibah melanda
menjadi denyut nadi
sedekad yang lalu
medium pengajaran
kajian menyeluruh dan telus
terus lestari
menobatkan negara
landaan gelombang globalisasi
terjajah minda dan budaya
tindakan provokatif
untuk mengumpan
merencanakan tindakan
telah menjangkau
yang ditunjangi kekuatan
menggamit perasaan kita
memekakkan telinga, menutup mata dan membutakan hati
memperkotak-katikkan
menjunjung tanggungjawab
dapat dirungkaikan
mengharungi arus perubahan
tersebar ke sarwajagat
bertindak secara kolektif
komitmen sederap
mengetuk pintu hati
masih terbelenggu dengan persepsi budaya
melampiaskannya secara bersahaja
berfikiran sempit yang obsesi
mencari pohon rendang untuk bernaung
titik bengik kehidupan
meluaskan ruang lingkup kegiatan
acuan baru mentaliti masyarakat
percambahan minda
menongkah cabaran
dunia yang didominasi
persekitaran yang kondusif
mencakupi pelbagai bidang
jagatraya
dasawarsa
globalisasi menerobos ke setiap pelosok dunia
menepati kriteria yang ditetapkan
masih bergelumang dengan kemelut
bahan bacaan picisan
diklasifikasikan
tidak wajar dipandang sepi
terbelenggu dalam kepompong kejahilan
dieksploitasi dengan begitu rakus
martabat manusia yang berteknologi tinggi tergadai
keselamatan dunia dipertarungkan
laluan berliku lagi beranjau
sistem yang silap ditatarajahkan
semakin usang dan menunggu masa untuk rebah menyembah bumi
program yang dirintis
penurunan tahap kepercayaan
jelas memperincikan
sinar mentari
jaringan komunikasi dan tenaga sejagat
inti pati pengglobalisasian semula dunia
mengelakkan litigasi
diimplimentasikan
melontarkan idea dan pandangan
fenomena yang menjadi lumrah
di peringkat akar umbi
mengadaptasikan realiti baru
memartabatkan diri
kedaulatan negara dihakis
keseimbangan antara kehidupan duniawi dengan ukhrawi
menerajui tampok kepimpinan
yang didalangi oleh
diberi liputan yang meluas
membawa bahana jangka panjang
mempertimbangkan kemerosotan reputasi
menjadi bahan cemuhan
masih meracuni minda
membina kembali kegemilangan dan keagungan
memalapkan nilai peradaban insan
menggarap ilmu
berdepan dengan hambatan
dasar pascakemerdekaan
isu yang paling dominan
masalah yang melingkari
perspektif itu terus tercerna
menggamit hati dan perasaan
tidak wajar dikesampingkan
berfikir dalam kerangka ilmu
mempunyai dimensi yang luas
pemacu pertumbuhan ekonomi
jurang itu kini semakin melebar
setelah diulek begitu lama
kepentingan dan masa depan generasi yang dinaunginya
merupakan perjuangan suci yang tidak pernah terpadam
mengungkapkan prinsip sejagat
negara mereka dipapakedanakan
manusia yang pincang akhlak, rendah moral, sesat pemikiran
dan menyeleweng kepercayaan







B. Rangkai Kata Setara
status serta martabat
meluncurkan serta menggerhanakan
memperjuangkan status kedaulatan serta martabatnya
kayu ukur atau cerminan
berkongsi rasa dan simpati
kecelaruan dan kekeliruan
disandarkan menerusi kesungguhan, iltizam dan penegasan baru
lesu kurang bermaya
sokongan dan dukungan
tonggak tamadun bangsa atau jati diri bangsa
merangsang tendensi untuk berinovasi
plagiat dan cetak rompak
lebih mapan dan lebih bersepadu
kesahihan, keberkesanan dan daya maju
hanya kebijakan, kewarasan dan akal terbuka
terus mengeluh dan menuding orang lain
dipandang rendah, dihina dan diperkecil-kecilkan
membuka pintu dan ruang seluas-luasnya
daya juang, daya saing dan daya tahan







C. Kata setara
idealistik dan futuristik
retorik atau realiti
kritis, kreatif dan konstruktif
ilusi atau imaginasi
dididik, didakap dan dijulang
akidah, ibadah dan akhlak
sentosa sentiasa
wabak dan epidemik
berintensif dan proaktif
ketidakpastian, kegoyahan dan kecelaruan
kepercayaan dan keyakinan
persengketaan dan keganasan
kemenangan dan kemusnahan
menjanjikan dan menyajikan
menuntut dan menagih perhatian
polisi atau prosedur
ketaasuban dan kesombongan
menokok atau menyuntik
keperkasaan dan kedinamikan

D. Imbuhan setara
dikurangkan dan dihapuskan
dipersendakan dan dinafikan
didokumentasikan dan dihasilkan
tercicir atau tersisih
merumitkan serta menyukarkan
mengulas atau menyanggah pemikiran
kelakuan dan kegagalan
pengaruh dalam pencegahan
menduga dan menjangkakan
menyekat dan mengenakan
menyisihkan serta meremehkan
diolah dan dihidupkan




E. Cogan kata
Bahasa jiwa bangsa
Pandu cermat jiwa selamat
Sayangilah sungai kita
Dadah musuh Negara
Pemuda harapan bangsa pemudi tiang Negara
Rakyat sihat negara bersih
Sayangilah keluarga anda
Majulah sukan untuk Negara
Sayangilah harta benda awam
Budi bahasa budaya kita
Fikir dulu sebelum buang
Cintailah bahasa kita
Merokok membahayakan kesihatan
Bahasa menunjukkan bangsa
Bersatu teguh bercerai roboh
Bersekutu bertambah mutu
Hilang bahasa lenyaplah bangsa
Jauh berjalan luas pengalaman
Filem kita wajah kita
Guru berkualiti pemangkin kegemilangan
Materialisma dan sekularisme diganti dengan spiritualisme

F. Kata-kata hikmat
membaca jambatan ilmu
tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad
bertangguh itu pencuri masa
hidup ini adalah satu perlumbaan
ilmu itu pelita hati
masa itu emas
muafakat membawa berkat
anak-anak ibarat kain putih
untuk hidup setahun tanamlah jagung, untuk hidup sepuluh tahun tanamlah pokok,
untuk hidup selama-lamanya tanamlah ilmu
kecintaan kepada dunia merupakan pokok dari tiap-tiap kesalahan