Anda di halaman 1dari 4

GMGM 3033

KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR-MENAWAR.



1

ISU.
Pulau Batu Puteh : Pertikaian Hak Kedaulatan antara Malaysia dan Singapura.
1.0 Latar Belakang.
Bagaimana Kes perebutan ini berlaku di antara kedua- dua negara.
Pemerolehan Pulau Batu Puteh telah menjadi pertikaian di antara Malaysia dan
Singapura mula tercetus semenjak tahun 1979 lagi ketika Malaysia menerbitkan peta
rasmi yang baru, dengan memasukkan Pulau Batu Puteh di dalam perairan wilayahnya.
Jarak Pulau Batu Puteh adalah lebih jauh dari titik terdekat Singapura (Changi) iaitu
terletak 46 km (25 batu nautikal) berbanding hanya 14.3 km (7.7 batu nautikal) dari
Johor (Tanjung Penyusop, Mukim Pengerang). Malaysia menegaskan berikutan daripada
Perjanjian Inggeris-Belanda 17 Mac dan Perjanjian Crawfurd 2 Ogos 1824, apabila
Kesultanan Johor menyerahkan Singapura dan 19 km (10 batu nautika) pulau-pulau
serta perairan di sekelilingnya kepada pihak British, penyerahan ini sama sekali tidak
termasuk Pulau Batu Puteh. Temenggung dan Baginda Sultan Johor ketika itu memberi
kebenaran secara bertulis kepada pihak British untuk membina rumah api di atas pulau
tersebut hanya pada tahun 1844. Ini sekali lagi membuktikan bahawa Kesultanan Johor
sememangnya mempunyai kedaulatan serta penguasaan di perairan pulau terbabit.
Pihak koloni British dan kemudiannya Singapura hanya diberikan kebenaran mengurus
rumah api tersebut bagi kepentingan industri perkapalan Singapura yang kurang
penting bagi pihak Malaysia atau Malaya pada masa itu. Ini memandangkan tiadanya
pelabuhan utama di Johor serta kebergantungan kebanyakan pedagang-pedagang
Inggeris di Tanah Melayu ketika itu kepada kemudahan pelabuhan tukar barang
GMGM 3033
KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR-MENAWAR.

2

Singapura untuk mengeksport hasil perdagangan mereka. Bagi negara Singapura,
merak mereka
mereka mendakwa telah mentadbir Pulau Batu Puteh dan menguruskan Rumah Api
Horsburgh sejak 1851, iaitu setelah Singapura diperintah oleh British berikutan
Perjanjian Inggeris Belanda pada tahun 1824. Pertikaian hak kedaulatan pulau- pulau
tersebut telah dibawa ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (mahkamah) di Hague,
Belanda melalui Perjanjian Khas yang telah ditandatangani pada 9 Februari 2003.
Penghakiman telah diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa mengenai
perebutan Pulau Batu Puteh yang telah diputuskan pada 23 Mei 2008.
Di dalam isu ini, jelas menunjukkan perebutan Pulau Batu Puteh antara kedua
belah negara antara Malaysia dan Singapura amat memerlukan kemahiran perundingan
yang jelas yang memerlukan bukti yang kukuh dan bagaimana kedua dua negara
menggunakan segala bukti dan kesahihan dari sudut undang-undang untuk
menjelaskan dan membuktikan Pulau Batu Puteh adalah hak salah satu negara antara
Malaysia dan Singapura.






GMGM 3033
KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR-MENAWAR.

3





2.0 BAGAIMANA ISU INI BERBANGKIT.

Dalam peta Malaysia yang terkini, jelas menunjukkan kedudukan Pulau Batu
Putih (White Rock Island) dan pulau ini asalnya kelihatan berwarna putih kesan
tompokan-tompokan najis burung- burung laut sebab itulah dinamakan Pulau Batu
Putih. Ahli-ahli pelayaran Portugis pula memanggil pulau itu Pedra Branca dan nama
itulah yang digunakan oleh Singapura hingga sekarang. Pulau ini adalah kosong tanpa
hidupan dan tumbuhan, yang ada hanyalah rumah api di pulau tersebut. Keluasannya
juga cuma seluas padang bola, tapi kedudukan pulau itu yang amat strategik menjadi
penyebab pertikaian di antara Malaysia dan Singapura berhubung siapa pemiliknya.
Malaysia dan Singapura mencapai persetujuan untuk mengemukakan tuntutan
masing-masing ke atas Pulau Batu Putih kepada ICJ di The Hague dengan memeterai
perjanjian mengenai perkara tersebut di Wisma Putra, Putrajaya pada 6 Februari 2003.
Menteri Luar bagi kedua-dua negara juga sudah memberikan persetujuan bahawa apa
GMGM 3033
KEMAHIRAN PERUNDINGAN DAN TAWAR-MENAWAR.

4

jua keputusan yang bakal diumumkan, maka keduanya akan menerima dengan hati
yang terbuka. diharapkan hubungan diplomatik antara Malaysia dan Singapura tetap
kekal seperti sekarang.
Apakah pentingnya Pulau Batu Putih ni kepada Malaysia?
Lokasi Batu Putih yang amat strategik untuk mengawal laluan keluar masuk ke
selat Tebrau, Kepulauan Riau, dan Laut China Selatan. Lebih spesifik, dari kedudukan
pulau tersebut, pemantauan 24 jam dapat dilakukan terhadap keluar masuk aset
maritim termasuk juga aset Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM) dari KD Sultan Ismail
atau Pangkalan TLDM Tanjung Pengelih. Malaysia juga boleh meletakkan peranti
elektronik dan radar maritim yang berkuasa tinggi untuk melaksanakan electronics
intelligence dari lokasi rumah api tersebut .
Kedudukannya amat strategik bagi kedua-dua negara iaitu negara Malaysia dan
Singapura kerana ia akan menjadi batu penanda wilayah marin kepada sempadan
masing-masing. Sekiranya kes ini dimenangi oleh Singapura, keluasan perairannya akan
memanjang sehingga ke Pulau Batu Putih. Hal ini pasti memberi kesan kepada industri
maritim Malaysia termasuk para nelayan di Johor Darul Takzim. Ini menyebabkan isu
perebutan Pulau Batu Puteh di antara Malaysia dan Singapura menjadi satu isu yang
mendapat perhatian kebanyakan negara luar dan liputan antarabangsa pada tahun
2003.
3.0 BAGAIMANA PROSES PERTIKAIAN BERLAKU