Anda di halaman 1dari 12

1

MISKONSEPSI BENTUK











2


ISI KANDUNGAN

BIL PERKARA MUKA SURAT

1.0

2.0

3.0

3.1
3.2


4.1
4.2


5.0

6.0





PENGENALAN MATEMATIK

DEFINISI MISKONSEPSI

PENGENALAN BENTUK

MISKONSEPSI 1
Cadangan cara penyelesaian


MISKONSEPSI 2
Cadangan cara penyelesaian


RUMUSAN

RUJUKAN

3

4-5

6

7
8


9
10


11

12








3


1.0 PENGENALAN MATEMATIK

Matematik merupakan satu bidang yang tidak asing lagi di dunia ini. Memandangkan
Matematik digunakan hampir dalam semua bidang. Apabila kita berbicara tentang
Matematik, kita mula mengaitkannya dengan nombor. Matematik memainkan peranan yang
begitu penting dalam pelbagai aspek di dunia dan amat mustahak kepada masa depan
pelajar, terutamanya kepada mereka yang ingin melanjutkan pelajaran. Selain itu, peranan
Matematik juga penting untuk membuka mata seluruh masyarakat dunia untuk mempelajari
Matematik dengan sebaiknya supaya mereka tidak ketinggalan. Masalah yang timbul
mungkin sukar untuk diselesaikan sekiranya masyarakat mempunyai pengetahuan yang
cetek dalam bidang Matematik kerana Matematik merupakan keperluan dan kehendak
dalam kehidupan seharian manusia. Dalam kehidupan seharian manusia sentiasa
melibatkan penggunaan ilmu Matematik yang melibatkan operasi asas Matematik. Oleh
yang demikian, pengetahuan dan penguasaan asas kemahiran konsep operasi nombor
perlu disalurkan dengan betul dan tepat sejak awal kanak-kanak lagi.
Menurut Dr. Jamil Ahmad dan rakan-rakan melalui Seminar Kebangsaan Pendidikan Sains
dan Matematik (2008), guru berdepan dengan pelajar yang membawa ilmu dan pengalaman
yang dipelajari dari luar yang berkemungkinan bercanggah dengan apa yang guru
sampaikan semasa sesi pengajaran. Ini amat jelas menerangkan bahawa pelajar umpama
sehelai kain putih, bagaimana kita mencorakkanya, begitulah rupanya. Sekiranya ilmu yang
bercanggah tidak diperbetulkan maka ia akan membentuk miskonsepsi dalam ilmu yang
ingin disampaikan. Selain itu, miskonsepsi berlaku disebabkan faktor iaitu perhatian, minat,
kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan cuai. Miskonsepsi adalah sesuatu
kepercayaan atau pegangan yang terbentuk apabila pelajar mempelajari sesuatu perkara
yang tidak betul (Champagne, Klopfer & Gunstune 1982; McDermott 1984; Resnick 1983).
Miskonsepsi juga boleh terjadi apabila guru mengajar sesuatu yang tidak betul dan
mengelirukan murid, yang kemungkinan tanpa disedari oleh guru. Sebagai seorang
pendidik, kita haruslah peka akan kesilapan yang dilakukan oleh murid dan bertindak segera
serta cuba membantu memperbetulkan kesalahan-kesalahan mereka.



4


2.0 DEFINISI MISKONSEPSI

Miskonsepsi adalah satu daripada masalah dan kesukaran yang sering dihadapi oleh kanak-
kanak dalam mempelajari pelajaran Matematik dan sering menjadi penghalang kepada
mereka untuk memahami konsep-konsep Matematik yang berkaitan dengan konsep yang
disalah tafsirkan oleh mereka. Miskonsepsi merupakan kesilapan yang dilakukan secara
berulang-ulang. Kanak-kanak tidak tahu mereka melakukan kesilapan kerana mereka
menjawab soalan mengikut kefahaman mereka yang sedia ada. Kesilapan ini akan
dilakukan berulang-ulang sehingga ada orang yang memperbetulkan konsep mereka.
Masalah ini sangat serius dan saya sebagai seorang bakal guru bertanggungjawab untuk
mengenalpasti faktor berlakunya miskonsepsi-miskonsepsi dan seterusnya berikhtiar untuk
mengambil langkah bagi mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku lagi pada masa akan
datang.
Konsep Matematik kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan pelbagai bentuk, kaedah dan
pendekatan. Kanak-kanak perlu diperkenalkan dengan beberapa contoh yang konkrit seperti
penggunaan bahan maujud, media, dan teknologi serta model-model pedagogi supaya
ianya lebih memudahkan kefahaman kanak-kanak sehingga lebih mudah mengingati.
Robert Gagne iaitu seorang professor dan ahli psikologi mengatakan bahawa, pembelajaran
konsep Matematik yang berkesan memerlukan beberapa teknik-teknik penyampaian iaitu:
i. Memberi berbagai-bagai contoh konkrit untuk generalisasi.
ii. Memberi contoh yang berbeza tetapi berkaitan supaya dapat membuat
perbezaan.
iii. Memberi contoh-contoh yang tidak ada kaitan dengan konsep yang
diajarkan untuk membuat perbezaan dan generalisasi.
iv. Memberi pelbagai jenis contoh Matematik untuk memperolehi konsep
Matematik yang tepat.
Begitulah antara pendekatan yang perlu kita gunakan bagi mengatasi masalah miskonsepsi,
sama ada ia disebabkan oleh kecuaian mahupun kesukaran kanak-kanak memahami
sesuatu konsep, guru masing-masing perlu memikirkan pendekatan yang sesuai untuk
kanak-kanak yang mempunyai pelbagai aras pembelajaran. Guru yang prihatin adalah
mereka yang berusaha membimbing kanak-kanak mengikut perbezaan aras kecerdasan.
Beberapa kajian yang telah dijalankan oleh ahli psikologi, pakar matematik dan guru
5

matematik menunjukkan ada pelbagai sebab kanak-kanak melakukan kesilapan dalam
pelajaran Matematik. Sesuatu kemahiran yang hendak diajar kepada kanak-kanak perlulah
diterangkan konsep disebaliknya. Antara miskonsepsi yang sering berlaku di kalangan
kanak-kanak iaitu:
1. Terlalu menggeneralisasikan (overgeneralization)
2. Terlalu memudahkan (oversimplification)
3. Pandangan/idea pengetahuan sedia ada (pre-conceive notion).
4. Salah mengenalpasti (misidentifying)
5. Salah faham (misunderstanding)
6. Salah maklumat (misinformation)
7. Kepercayaan bukan saintifik (nonscientific beliefs)
8. Salah faham konsep (conceptual misunderstands)
9. Kepercayaan kepada yang lebih terkenal (popular beliefs)
10. Penerangan yang salah mengenai definisi dan kaedah (definition and method
incorrectly explained)













6


3.0 PENGENALAN BENTUK

Telah sekian lama, manusia bercerita tentang lukisan dan gambar. Bentuk dan ruang adalah
asas kepada geometri. Arkitek pada zaman purba Greece adalah manusia yang mula-mula
membina bangunan menggunakan bentuk dan ruang. Bentuk dan ruang menjadi perkara
utama dalam kerja-kerja mereka.

Bentuk yang tidak mempunyai ketebalan, dan hanya memunyai panjang dan lebar dikenali
sebagai bentuk 2 dimensi (2D). Contoh bentuk 2D seperti segi empat sama, segi empat
tepat, segi tiga dan sebagainya.

Kebanyakan objek yang biasa kita lihat dan pegang setiap hari adalah bentuk 3 dimensi
(3D) yang juga dipanggil bentuk pepejal. Objek disekeliling kita adalah contoh pepejal.
Pepejal atau bentuk 3D mempunyai ruang. Pepejal juga rangka yang dibentuk
menggunakan wayar, penyedut minuman ataupun lidi. Contoh bentuk 3D ialah kubus,
kuboid dan sebagainya.










7

3.1 MISKONSEPSI 1 : Contoh pertama miskonsepsi bagi tajuk bentuk yang sering
menjadi masalah bagi kanak-kanak ialah kanak-kanak tidak dapat membezakan antara
bentuk bulat dengan bentuk sfera.
Contoh miskonsepsi 1 :
Soalan 1 : Bulatkan jawapan bagi objek yang berikut.







Berdasarkan gambar rajah di atas, miskonsepsi yang telah dilakukan oleh kanak-kanak ialah
masalah kefahaman yang kurang mengenai bahasa Matematik. Bagi sesetengah kanak-
kanak, kelemahan dalam Matematik mungkin disebabkan oleh kurang membaca, menulis
dan bercakap. Dalam Matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya istilah
matematik yang sebahagiannya belum pernah dengar di luar bilik matematik ataupun
mempunyai erti yang berlainan.
Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kanak-kanak tidak dapat
membezakan antara bentuk bulat dengan bentuk sfera. Kanak-kanak menganggap bola
berbentuk bulat. Begitu juga dengan bentuk kubus. Mereka juga menganggap dadu
berbentuk segi empat pada dasarnya, dadu merupakan objek tiga dimensi dan berbentuk
kubus. Dan pada pandangan peribadi saya, faktor berlakunya miskonsepsi ini
berkemungkinan besar disebabkan oleh pengetahuan sedia ada murid tentang istilah
bentuk dua matra dan tiga matra yang telah mereka pelajari secara tidak sengaja dari kecil.




1. 2.
a) Kubus

b) Sfera
b) Segi empat
a)
Bulat b) Segi
empat
8

3.2 Cadangan cara penyelesaian.









Saya telah mengkaji cara untuk mengatasi miskonsepsi ini daripada berlaku. Saya sebagai
bakal guru berazam untuk menggunakan objek maujud ataupun alat bantu mengajar yang
konkrit bagi mengajar topik bentuk dua matra dan tiga matra supaya kanak-kanak mendapat
gambaran yang jelas. Selain itu, objek maujud sangat penting kerana saya berpendapat
bahawa jika guru menggunakan objek maujud, kanak-kanak dapat menyelidik sendiri ciri-ciri
bentuk dua dimensi dan tiga dimensi.
Oleh yang demikian, kanak-kanak tidaklah berasa keliru untuk menentukan yang mana
adalah merupakan objek tiga matra dan yang manakah pula yang dimaksudkan dengan
bentuk dua matra. Miskonsepsi ini dapat diatasi dengan penggunaan alat bantu mengajar
dan objek maujud dengan efisien.







Bola Sfera

Dadu Kubus
9

4.1 MISKONSEPSI 2 : Contoh kedua miskonsepsi bagi tajuk bentuk yang sering
menjadi masalah bagi kanak-kanak ialah kanak-kanak keliru untuk mengenal pasti
antara segi tiga sama sisi dan segi tiga sama kaki.
Contoh miskonsepsi 2 :







Sebagai contoh, seperti yang telah dipaparkan di atas, kanak-kanak tidak dapat
membezakan antara segi tiga sama sisi dengan segi tiga sama kaki. Saya mendapati kanak-
akank gagal untuk melukiskan bentuk segi tiga sama kaki dengan tepat. Kanak-kanak
melukiskan segi tiga sama kaki sebagai segi tiga sama sisi. Kanak-kanak berpendapat
bahawa kedua-dua segi tiga tersebut adalah sama. Keadaan ini sangat jelas sekali
menunujukkan kanak-kanak gagal untuk membayangkan bentuk yang betul.










Soalan 1 : Soalan 1 :
Lukiskan bentuk segi tiga sama kaki. Lukiskan bentuk segi tiga sama kaki.

10

4.2 Cadangan cara penyelesaian.





Segi tiga sama sisi Segi tiga sama kaki

Oleh yang demikian, saya berazam untuk membuat transformasi pengetahuan bagi
membetulkan miskonsepsi tersebut. Pada fikiran saya, saya boleh menayangkan atau
mempamerkan gambar segi tiga sama sisi kepada kanak-kanak dan meminta kanak-kanak
untuk menyatakan nama bentuk tersebut. Saya perlu membimbing kanak-kanak ketika
kanak-kanak memberikan respon kepada soalan saya. Saya boleh mengulangi proses yang
sama apabila menayangkan bentuk segi tiga sama kaki. Dan yang paling penting sekali,
saya perlu cuba untuk menanamkan kata kunci bagi mewakili kedua-dua segitiga agar
kanak-kanak lebih jelas dan faham.











11

5.0 RUMUSAN
Kesimpulannya, miskonsepsi lahir dari apa yang telah diajarkan. Walaupun pelajaran yang
diturunkan oleh mereka tersebut tidak logik dan salah, tetapi dari segi perspektif kanak-
kanak, ia sangat sesuai dan benar. Bagi kita Matematik adalah subjek kumulatif ataupun
bertambah-tambah, dan kita mempelajari sesuatu yang baru dengan berpandukan
pembelajaran lampau. Maka, setiap miskonsepsi adalah betul bagi sesetengah
pembelajaran yang terdahulu sebagaimana yang digariskan dalam kurikulum.

Majoriti dari punca miskonsepsi adalah kerana generalisasi melampau dalam pengetahuan
sedia ada yang hanya tepat untuk pembelajaran awal. Skema yang telah pun terbina dalam
minda kanak-kanak akan terus kukuh dan sukar untuk berubah. Kanak-kanak tidak mudah
untuk menerima idea baru dengan mudah. Contohnya, menukar skema-skema yang sudah
tersimpan dalam minda mereka, tetapi sebaliknya mereka akan cuba mencernakan idea
baru tersebut kepada skema yg sedia ada, maka tiada perubahan yang akan berlaku.

Persoalannya ialah, dapatkah kita mengatasi atau memperbaiki masalah miskonsepsi ini?
Jawapannya ya dan tidak. Ya, kerana pembelajaran yang akan diterima kemudian mungkin
boleh membantu kanak-kanak untuk mengintegrasikan pelajaran lampau dengan pelajaran
baru sekaligus membantunya untuk mengatasi masalah miskonsepsinya, seandainya
pelajaran yang baru nanti akan menitikberatkan isu-isu miskonsepsi yang dialaminya.

Matematik merupakan jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan
dalam bidang Sains dan Teknologi. Oleh itu semua pihak yang terlibat dalam bidang
pendidikan perlu berkerjasama dalam memastikan kanak-kanak dapat menguasai
Matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk menjadi sebuah negara maju dan
bersaing di peringkat global tercapai.




12

6.0 RUJUKAN

http://www.scribd.com/doc/56449705/definisi-istilah-geometrik
http://jombelajarbentukdanruang.blogspot.com/
http://www.slideshare.net/salinalina77/miskonsepsi-mte-3111
http://www.col.org/stamp/JSMath6.pdf