Anda di halaman 1dari 10

E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N

P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Dalam pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia berhasrat untuk meletakkan
Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan di rantau Asia Tenggara. Bagi
merealisasikan matlamat pendidikan negara serta bagi mewujudkan situasi sekolah
berkesan, pemimpin berperanan sebagai tunggak utama kepada pembangunan pendidikan
berkualiti iaitu merujuk kepada pengurusan sekolah yang cemerlang dan kemantapan dalam
kepemimpinan pendidikan.
Pemimpin merupakan individu dalam sesuatu kumpulan yang diberi tanggungjawab
untuk mengarah dan menyelaraskan aktiviti bagi mencapai matlamat sesuatu kumpulan.
Dalam kerangka sesebuah organisasi, kepemimpinan merangkumi segala bentuk aktiviti
yang bertujuan untuk mempengaruhi pengetahuan, amalan dan motivasi ahli-ahli di
dalamnya. Maka, sekolah yang berkesan dapat diwujudkan dengan terdapatnya pemimpin
yang berwibawa. Dalam erti kata lain, kemantapan kepemimpinan sekolah dilihat sebagai
pemacu ke arah mewujudkan situasi sekolah berkesan di mana ianya akan memberi impak
kepada kecemerlangan sekolah.
Menurut Robbins (2003), kepemimpinan adalah satu proses mempengaruhi tingkah
laku orang lain untuk menggalakkan mereka bekerja ke arah pencapaian sesuatu matlamat
yang ditetapkan. Kepemimpinan sebagai kebolehan untuk mempengaruhi ahli-ahli kumpulan
bagi mencapai sesuatu matlamat. Leithwood dan Janti (1999) pula menyatakan bahawa
kepemimpinan merupakan keupayaan untuk mempengaruhi sistem kepercayaan, tindakan
dan pegangan nilai ahli-ahli dalam sesebuah kumpulan. Oleh itu, kepemimpinan adalah satu
proses yang melibatkan orang lain iaitu hubungan antara pemimpin-ahli, struktur tugasan
dan kedudukan kuasa.
Oleh yang demikian, setiap aktiviti yang berlaku di sekolah adalah tanggungjawab
pemimpin sekolah malah penghasilan sebuah sekolah yang efektif, harmonis dan cemerlang
dikatakan berakar umbi daripada kepemimpinan pemimpin sekolah yang berkesan. Tingkah
laku pemimpin sekolah mungkin digerakkan oleh tugasan ataupun perhubungan antara
manusia dan diperjelaskan dalam tiga dimensi kritikal iaitu hubungan pemimpin-ahli, struktur
tugasan dan kedudukan kuasa. Pemimpin yang berjaya membina hubungan pemimpin-ahli
yang baik, menggunakan struktur kuasa dan kedudukan kuasanya dengan betul mampu
mewujudkan situasi sekolah berkesan di mana ianya dapat memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah.
HUBUNGAN PEMIMPIN-AHLI
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Secara umumnya, hubungan pemimpin-ahli merujuk kepada sejauh mana pemimpin
diterima dan disokong oleh sesebuah organisasi. Jika ahli kumpulan menerima pemimpin,
pemimpin berasa dirinya dihormati dan diinspirasikan untuk memimpin ahli ke tahap yang
lebih berkesan. Kejayaan sesebuah sekolah bergantung ke atas prestasi kolektif
pemimpinnnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan keseluruhannya.
Pemimpin sekolah atau guru besar terutamanya perlu mendapatkan kerjasama secara
sukarela daripada orang bawahannya serta perlu memberi bimbingan dan mendorong
ahlinya membuat rancangan dalam usaha mencapai matlamat yang ditetapkan.
Terdapat beberapa jenis gaya kepimpinan yang boleh dijadikan panduan dan amalan
kepada pemimpin dalam membina hubungan pemimpin-ahli. Merujuk kepada buku
Pentadbiran Pendidikan (2002), gaya kepimpinan pertama ialah gaya kepimpinan autokratik.
Pemimpin yang mengamalkan gaya kepimpinan autokratik berkuasa penuh dalam membuat
keputusan tanpa mengira keperluan individu. Interaksi antara pemimpin-ahli menjadi pasif
dan lebih berbentuk sehala. Selain itu, iklim sekolah juga menjadi tegang dan boleh
menimbulkan rasa negatif dalam kalangan ahli atau guru-guru sekolah.
Kedua ialah gaya kepimpinan demokratik. Gaya kepimpinan ini lebih bersifat terbuka
antara pemimpin dengan ahli. Pemimpin sekolah akan berkongsi kuasa dengan ahli atau
guru-guru sekolah dalam membuat keputusan, saling berkongsi idea, bertolak ansur dan
juga mementingkan kepentingan bersama bukan kepentingan pemimpin sendiri. Selain itu,
iklim sekolah akan lebih kondusif dengan adanya pemimpin yang mengamalkan gaya
kepimpinan demokratik ini. Pemimpin jenis ini mampu menjadi pembimbing yang baik
kepada ahlinya.
Seterusnya ialah gaya kepimpinan Laissez-faire. Terdapat banyak autonomi
(kebebasan) yang membenarkan ahlinya membuat keputusan sendiri. Pemimpin yang
mengamalkan gaya kepimpinan ini akan memberi kebebasan sepenuhnya kepada orang
bawahan untuk membuat keputusan. Dengan erti kata lain, guru besar memberi kebebasan
sepenuhnya kepada guru-guru untuk membuat keputusan. Tiada penyeliaan dan pantauan
daripada pemimpin serta ahli bekerja ikut kesukaan mereka. Gaya kepimpinan ini boleh
menyebabkan ahli atau guru hilang pedoman kerja dan keadaan sekolah tidak sistematik.
Gaya kepimpinan keempat ialah birokratik. Gaya kepimpinan ini berstruktur dan
berfungsi mengikut prosedur yang ditetapkan. Pemimpin sekolah ialah ketua pucuk
pimpinan. Manakala guru-guru mempunyai bidang kepakaran masing-masing dimana ketua
bidang atau ketua panitia perlu memastikan aktiviti kurikulum dilaksanakan mengikut garis
panduan yang ditetapkan.
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Gaya kepimpinan terakhir ialah gaya kepimpinan kontigensi. Pemimpin
menggunakan kuasa untuk memberi ganjaran atau hukuman kepada orang bawahannya.
Namun, pemimpin jenis ini akan menyesuaikan kepimpinan mengikut keadaan atau
keperluan yang wujud. Gaya kepimpinan jenis ini mementingkan kebijaksanaan pemimpin
sekolah untuk menilai dan membuat keputusan.
Seterusnya, hubungan pemimpin-ahli dapat dibahagikan kepada dua iaitu pemimpin
pentadbiran dan pemimpin pengajaran. Terdapat empat aspek yang boleh dibahagikan bagi
pemimpin pentadbiran iaitu kewangan dan bekalan, pembangunan fizikal, penyebaran
maklumat dan juga perkembangan kakitangan. Dari aspek kewangan dan bekalan,
seseorang pemimpin perlu mempunyai pengetahuan yang jelas tentang kewangan sekolah.
Berdasarkan Akta Pendidikan 1961 dan Accounts & Audit Rules 1962, guru besar
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap pengurusan kewangan. Oleh itu, pemimpin perlu
ada pengetahuan yang mendalam dan jelas dalam pengurusan hal-hal kewangan bagi
memastikan penggunaan wang secara optima. Pemimpin perlu mengagihkan peruntukan
kewangan sekolah secara adil dan menggunakannya untuk aktiviti atau program-program
yang memberi faedah. Selain itu, pemimpin sekolah juga perlu memastikan agar bekalan
keperluan pengajaran dan pembelajaran mencukupi. Kewangan dan bekalan yang
digunakan dengan bijak dan adil mampu mewujudkan sistem pentadbiran yang baik.
Seterusnya, bagi aspek pembangunan fizikal, pemimpin perlu peka dengan situasi
sekolah serta keadaan sekeliling. Pemimpin perlu memastikan infrastruktur atau peralatan
fizikal dalam bilik darjah seperti kerusi, meja, papan tulis dan sebagainya cukup dan boleh
digunakan. Kolaborasi antara pemimpin sekolah dengan guru-guru penting untuk
mewujudkan iklim bilik darjah yang selesa. Iklim bilik darjah yang selesa dapat membantu
guru mengajar dalam keadaan dan suasana yang kondusif. Pembangunan fizikal yang
lengkap dapat membantu mengeratkan hubungan pemimpin dengan ahlinya.
Hubungan pemimpin-ahli juga dilihat dari aspek penyebaran maklumat. Pemimpin
sekolah perlu menyampaikan maklumat kepada orang bawahannya. Beliau juga perlu
memastikan maklumat yang disampaikan adalah maklumat yang terkini. Oleh yang
demikian, pemimpin sekolah perlu mengemaskini maklumat yang diperolehi. Sebagai
pemimpin pentadbiran, perkembangan profesional kakitangan juga perlu diberi perhatian.
Pemimpin sekolah berperanan menjadikan kejayaan itu sesuatu yang dapat dicapai dan
dibanggakan. Pemimpin juga perlu mengawal dan mendorong ahlinya bagi mewujudkan
suasana yang kondusif. Pemimpin sekolah perlu tahu tentang prestasi perkembangan ahli-
ahlinya serta perlu bagi bimbingan dan tunjuk ajar yang berkesan kepada guru-guru.
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Hubungan yang baik antara pemimpin-ahli akan dapat membentuk pentadbiran yang adil
dan telus.
Selain pemimpin pentadbiran, hubungan pemimpin-ahli juga dapat dilihat dari segi
pemimpin pengajaran. Pemimpin sekolah perlu menetapkan wawasan sekolah. Panduan
perlu diberikan bagi tindakan-tindakan yang akan diambil. Ini secara tidak langsung akan
menjadikan ahli lebih bersemangat dan bermotivasi kerana matlamat yang jelas untuk
dicapai telah digariskan.
Dari segi kurikulum dan pengajaran, pemimpin seharusnya mahir dalam tugasan
pengajaran. Empat bidang kemahiran yang perlu dikuasai iaitu penilaian, penyeliaan,
pengajaran dan perkembangan staf. Satu prinsip utama melaksanakan rancangan
pendidikan ialah untuk menyesuaikan guru dengan jawatan yang disandangnya. Pemimpin
sekolah perlu tahu keperluan tugas untuk setiap jawatan dengan mendalam dan perlu
meletakkan tenaga kerja yang berkebolehan sewajarnya untuk menjawatnya. Sokongan dan
bantuan daripada pemimpin diperlukan untuk melaksanakan tugas. Tambahan pula,
pemimpin yang berpengetahuan dan berkemahiran akan dijadikan tempat rujukan ahli-
ahlinya.
Sekiranya pemimpin sekolah ingin mempengaruhi tingkah laku guru untuk
melaksanakan tugas dengan berkesan, adalah penting untuknya mengetahui sifat dan
kebolehan gurunya. Ini bukan sahaja penting untuk menyesuaikan guru dengan tugas, tetapi
ia adalah asas untuk mewujudkan hubungan positif antara pemimpin-ahli. Oleh itu,
pemimpin sekolah perlu mempunyai kemahiran dalam mengurus iaitu berkebolehan
membuat ramalan, menganalisis, mengendalikan dan menilai program.
Pemimpin sekolah perlu menilai prestasi guru-gurunya untuk dijadikan asas
memperbaiki hubungan kerja mereka. Tujuan penilaian prestasi dilakukan adalah untuk
memperbaiki keberkesanan individu agar dapat memberikan sumbangan maksimum ke arah
pencapaian matlamat. Melalui proses penilaian, pihak guru secara individu akan berpeluang
memberikan maklum balas kepada pemimpin sekolah tentang peranannya terhadap
program yang dilaksanakan dan juga masalah yang dihadapi. Komunikasi secara terbuka
akan membantu untuk mencipta kefahaman yang lebih baik antara pemimpin dengan ahli
seterusnya dapat mengelakkan konflik di tempat kerja.
Pemimpin perlu mempunyai sikap positif terhadap tugas dan juga pelajaran murid.
Pemimpin yang bersikap positif mudah mendapat kerjasama daripada ahli. Ahli juga akan
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




menjadi lebih terbuka dalam menerima pandangan dan idea selain lebih matang dalam
menguruskan sesuatu konflik.
Menurut Zaidatol (2002), dalam usaha membina hubungan pemimpin-ahli yang baik,
pemimpin perlu memberi kebebasan kepada ahlinya. Kebebasan yang dimaksudkan ialah
bebas daripada autoriti, iaitu bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya namun
masih di dalam lingkungan batasan tertentu. Konsep kebebasan ini bukanlah bermakna
kebebasan yang mutlak tetapi membawa maksud bahawa keperluan untuk diarah selalunya
diragui. Seseorang guru tidak menentang untuk bekerjasama dengan guru lain dalam
mengendalikan tugas tetapi dia mungkin menentang cara dirinya dikawal. Oleh kerana
organisasi sekolah mempunyai struktur kuatkuasa tersendiri, maka harapan guru adalah
supaya guru besar tidak terlalu banyak mengawal kerja yang dilakukannya.
Seterusnya ialah dari segi persamaan. Memang pada dasarnya setiap ahli atau guru
sendiri memerlukan perhatian untuk diberi layanan sebagai seorang manusia, dan setiap
guru mempunyai hak dan keistimewaan yang sama jika dibandingkan dengan guu-guru lain.
Walaupun terdapat perbezaan antara individu berkenaan dari aspek emosi, latar belakang
sosial, sikap dan minat mereka, tetapi menurut falsafah, manusia itu sama sahaja. Oleh
sebab itu, ahli organisasi akan menentang pilih kasih dan layanan istimewa bagi orang-
orang tertentu. Justeru itu, pemimpin sekolah seharusnya tidak mengamalkan sikap pilih
kasih agar hubungan pemimpin-ahli terpelihara. Hubungan pemimpin-ahli sangat penting
kerana ianya mampu mewujudkan situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah.
STRUKTUR TUGASAN
Seterusnya ialah struktur tugasan. Struktur tugasan ialah pembahagian tugas-tugas tertentu
yang dipikul oleh seseorang individu sesuai dengan peranan dan tanggungjawabnya dalam
sesuatu organisasi. Pemimpin sekolah boleh menggunakan struktur tugasan untuk
mewujudkan situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada kecemerlangan
sekolah. Skop struktur tugasan menuntut supaya pemimpin sekolah melakukan
pembahagian tugasan yang sama rata dan adil kepada semua guru.
Setelah tugas dan jawatan dibahagikan secara adil dan guru-guru dapat
menerimanya dengan tangan dan hati yang terbuka, maka baharulah mereka dapat
menjalankan tugas dan amanah dengan penuh dedikasi dan proaktif. Pemantauan dan
perkembangan semasa setiap guru perlu dilakukan. Sekiranya terdapat kemusykilan atau
kesilapan yang dibuat, teguran membina dan dapat diterima harus diberikan supaya lebih
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




berhati-hati dan tidak melakukan kesilapan. Pemimpin perlu menggunakan saluran yang
betul dan sentiasa bersikap profesional serta rasional semasa bertindak.
Menurut House dan Howell (1992), pemimpin berkarisma mempunyai ciri-ciri
personaliti seperti berorientasikan pencapaian dan kreativiti serta inovasi. Seorang
pemimpin berkarisma juga mempunyai keyakinan diri yang tinggi, sanggup menanggung
risiko dan bersifat membina serta bertimbang rasa. Pemimpin sekolah bertanggungjawab
dalam banyak hal yang berkaitan dengan institusi sekolah. Ini termasuklah perkara seperti
berusaha mencapai dasar pendidikan di peringkat sekolah, mengurus dan mentadbir
sekolah, kurikulum, kokurikulum, kebajikan murid, guru dan staf sokongan sekolah. Selain
itu, pemimpin sekolah juga perlu menyediakan khidmat bantu yang secukupnya bagi
meningkatkan prestasi sekolah di samping mewujudkan serta memajukan iklim dan budaya
sekolah.
Terdapat beberapa perkara penting dalam struktur tugasan yang perlu diketahui oleh
pemimpin. Pertama ialah penyusunan serta pembahagian tugas. Dalam hal ini, pemimpin
bertanggungjawab memastikan segala pembahagian tugas dilakukan secara adil tanpa ada
rasa ketidakpuasan hati dari mana-mana pihak serta tidak bersikap pilih kasih. Pemimpin
juga seharusnya mendapatkan persetujuan daripada guru mengenai pembahagian tugasan
yang dibentuk. Tugasan yang diagihkan perlulah sesuai dengan peranan yang dimainkan
oleh guru. Ini untuk memastikan tugas yang diberi dapat dilaksanakan sesuai dengan
matlamat sekolah. Perkara penting yang perlu dilakukan oleh pemimpin sekolah untuk
mewujudkan sekolah berkesan yang seterusnya akan memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah ialah dengan menyediakan panduan dan perincian tugasan kepada
guru-guru. Dengan adanya panduan dan perincian tugas, guru dapat menjalankan tugas
dengan baik selari dengan garis panduan yang ditetapkan. Struktur kuasa yang adil dapat
mewujudkan budaya kerja yang sistematik dan suasana kerja yang hamonis.
Penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah juga perlu diberi perhatian serius
oleh pemimpin sekolah. Pemimpin bertanggungjawab untuk menyatakan matlamat sekolah
dengan jelas seterusnya perlu merancang dan melaksanakan strategi-strategi tertentu untuk
mencapai matlamat tersebut. Ini kerana, penetapan dan strategi yang jelas dapat membantu
warga sekolah untuk faham dan sama-sama bertindak untuk mencapai matlamat tersebut.
Seterusnya, perbincangan boleh dilakukan antara guru dengan ibu bapa tentang strategi
yang sesuai untuk mencapai matlamat sekolah. Ini secara tidak langsung dapat
mengeratkan lagi hubungan antara pihak sekolah dengan ibu bapa murid.
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Dalam usaha mewujudkan sekolah berkesan yang memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah, pemimpin bertanggungjawab membentuk disiplin murid dan
sahsiah guru yang terpuji melalui amalan mematuhi peraturan sekolah dan etika
profesionalisme guru. Pemimpin perlu menekankan penghayatan dan amalan mematuhi
peraturan atau arahan yang telah ditetapkan dalam kalangan guru. Guru perlu peka dengan
peraturan sekolah, melaksanakan hukuman kepada murid yang gagal mematuhi peraturan
semasa pengajaran dan pembelajaran. Penekanan yang diberi terhadap mematuhi
peraturan sekolah akan membantu mewujudkan sekolah cemerlang kerana masalah disiplin
dapat dibendung. Pemimpin perlu bersikap tegas dalam menjalankan tugas agar segala
aktiviti dapat berjalan dengan lancar.
Aspek lain dalam struktur tugasan ialah penghasilan berkualiti. Pemimpin
bertanggungjawab melahirkan murid yang berjaya mencapai kecemerlangan akademik dan
sahsiah diri yang unggul. Pemimpin juga bertangungjawab melahirkan guru yang dapat
menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan baik dan pedagogi yang berkesan.
Antara langkah yang boleh diambil untuk menjamin kualiti kerja ialah dengan memberi
motivasi dan galakan kepada guru serta murid. Kata-kata perangsang, pujian dan galakan
wajar diberi sebagai tanda penghargaan atas usaha yang telah dilakukan. Kata-kata
semangat dan peneguhan positif yang diberikan mampu membentuk sahsiah diri unggul di
samping melahirkan murid yang cemerlang dari segi akademik. Untuk menghasilkan gerak
kerja berkualiti, penampilan dan tingkahlaku pemimpin perlu hebat. Pemimpin yang cekap,
berwibawa, berpengetahuan dan berkemahiran akan dihormati seterusnya mampu
meningkatkan kecemerlangan sekolah.
Seterusnya ialah budaya kerja cemerlang. Suasana kerja yang melibatkan kerjasama
perlu diwujudkan agar tugasan dapat dijalankan dengan lebih efektif, cepat dan berkesan.
Pembahagian tugas secara berkumpulan boleh dilaksanakan agar suasana kerja yang
harmoni dan bebas daripada tekanan dapat diwujudkan. Persefahaman dalam kalangan ahli
sangat penting untuk mewujudkan budaya kerja cemerlang.
Justeru itu, penyusunan dan pembahagian tugas dengan adil dapat wujudkan
suasana kerja yang sihat seterusnya dapat memberi impak kepada kecemerlangan sekolah.
Penekanan terhadap pencapaian matlamat sekolah serta amalan mematuhi peraturan yang
telah ditetapkan mampu membentuk situasi sekolah berkesan dengan peningkatan
pencapaian akademik dan kurangnya masalah disiplin. Pemimpin yang mementingkan
penghasilan tugasan yang berkualiti dan mengamalkan budaya kerja cemerlang mampu
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




mewujudkan situasi sekolah berkesan seterusnya memberi impak kepada kecemerlangan
sekolah.
KEDUDUKAN KUASA
Faktor akhir yang boleh mewujudkan situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada
kecemerlangan sekolah ialah kedudukan kuasa. Sebagai pemimpin sekolah, perlu
diingatkan agar sentiasa bersikap adil dan saksama terhadap keistimewaan yang diberikan.
Janganlah sesekali menyalahgunakan kuasa tersebut dengan tujuan yang tidak sepatutnya.
Realiti dan senario dalam perkhidmatan awam sekarang terutamanya profesion perguruan,
sering kali dilihat pemimpin tidak menggunakan kuasa yang diberi untuk tujuan yang
sepatutnya. Perlakuan adil kepada semua adalah dituntut agar wujud suasana pekerjaan
yang harmoni dan saling menghormati antara satu sama lain.
Kedudukan kuasa merupakan kuasa dalam organisasi iaitu kuasa yang dimiliki
kerana memegang sesuatu jawatan atau tanggungjawab. Kuasa kedudukan
menggambarkan sejauh mana pemimpin mempunyai keupayaan mempengaruhi kelakuan
pengikutnya. Pemimpin sekolah boleh menggunakan sumber kuasa untuk mewujudkan
situasi sekolah berkesan yang memberi impak kepada kecemerlangan sekolah. Merujuk
kepada buku Kepimpinan Pendidikan Cabaran Masa Kini (1999), terdapat beberapa sumber
kuasa seperti mana yang telah dikemukakan oleh French dan Raven (1959) dalam
Campbell, 1988. Antara sumber kuasa tersebut ialah kuasa ganjaran, kuasa paksaan, kuasa
kepakaran, kuasa sah dan kuasa rujukan.
Kuasa ganjaran adalah pemimpin menggunakan kuasa untuk memberi ganjaran atau
hadiah kepada kakitangan yang telah melaksanakan arahan atau memenuhi kehendak.
Kuasa ganjaran yang digunakan boleh membawa perubahan positif kepada para pekerja
atau ahli-ahli dalam organisasi tersebut. Antara bentuk ganjaran yang boleh diberi adalah
bonus bulanan atau pun kenaikan gaji. Di sekolah, guru besar mempunyai kuasa rasmi yang
kuat untuk melantik, mendisiplin, menukar dan menentukan naik pangkat seseorang guru
sekolah. Kuasa ganjaran yang digunakan oleh guru besar dengan berkesan mampu
mewujudkan sekolah berkesan dan seterusnya memberi impak kepada kecemerlangan
sekolah. Pemimpin yang menggunakan kuasa ganjaran lebih diminati.
Pemimpin yang menggunakan kuasa paksaan akan mendenda atau mengancam
orang lain. Sumber kuasa ini bersifat negatif kerana biasanya perubahan perlakuan
seseorang itu bukan atas kehendaknya tetapi lebih kepada ancaman yang dikenakan. Jika
ahli organisasi tidak melaksanakan tugas dengan sempurna, pemimpin akan memberi
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




pengukuhan negatif. Antara bentuk dendaan yang diberi ialah teguran, menahan kenaikan
gaji, tidak memberi kenaikan pangkat dan lebih teruk lagi dibuang kerja.
Seterusnya ialah kuasa kepakaran iaitu kuasa yang berasaskan kepada persepsi
atau kepercayaan bahawa pemimpin mempunyai sesuatu kepakaran yang relevan dan
khusus yang tidak dimiliki oleh orang bawahan. Pemimpin yang pakar adalah individu yang
bijak mengendalikan masalah yang dihadapi oleh guru dan murid. Kuasa kepakaran yang
digunakan dengan bijak akan dapat memudahkan tugasan guru lain kerana beliau
mempunyai pengetahuan yang tinggi dalam pelbagai bidang.
Sumber kuasa lain ialah kuasa yang sah. Kuasa ini mendapat restu orang yang
dipimpin bahawa pemimpin mempunyai hak yang sah untuk mempengaruhi ahlinya.
Keadaan ini timbul daripada nilai-nilai budaya, struktur sosial ataupun kedudukan ketua itu
sendiri. Dengan adanya sumber kuasa yang sah, pemimpin boleh menggunakan
pengaruhnya dalam lingkungan perundangan untuk mengambil sesuatu tindakan. Kuasa
rasmi yang diperoleh seseorang daripada autoriti pihak atasan melalui penyerahan kuasa
yang memberikan ia sesuatu kedudukan dalam organisasi. Sebagai contoh, berdasarkan
Peraturan 4 Peraturan-peraturan Pelajaran (Disiplin Sekolah) 1959, guru besar adalah orang
yang bertanggungjawab ke atas disiplin sekolah dan bagi maksud tersebut, beliau
mempunyai kuasa bukan sahaja terhadap murid, malah juga terhadap guru-guru sekolah.
Akhir sekali ialah kuasa rujukan. Kuasa rujukan merujuk kepada kebolehan untuk
mempengaruhi orang lain melalui ciri-ciri perlakuan yang ada pada seseorang pemimpin.
Kuasa jenis ini datang dari perasaan atau keinginan pengikut untuk mengenal pasti orang
yang lebih berkuasa tanpa mengira kesannya sama ada positif atau negatif. Pemimpin yang
berkarisma boleh memotivasikan orang bawahan untuk mencontohi tabiat kerja yang baik
yang ditunjukkan. Pemimpin sekolah menjadi role model kepada guru-guru serta murid-
murid sekolah. Selain itu, pemimpin juga perlu sentiasa meningkatkan kemahiran memimpin
serta sentiasa bersiap sedia dengan segala ilmu kepimpinan mengikut situasi.
Menurut McClelland dan Burnham (1976), terdapat tiga kumpulan ketua iaitu yang
pertama ialah ketua yang bermotivasikan kejayaan. Kedua ialah ketua yang mengharapkan
kuasa dan akhir sekali ialah ketua yang memerlukan penerimaan dan disukai oleh ahlinya.
Pemimpin yang berjaya selalunya perlukan kuasa dan kejayaan daripada penerimaan ahli.
Kuasa adalah baik sekiranya ia diperlukan untuk kebaikan organisasi, tetapi sekiranya
kuasa diperlukan untuk kepuasan peribadi, ia akan menhasilkan kesan negatif terhadap
organisasi.
E D U 3 0 8 3 - A S A S K E P E M I M P I N A N & P E R K E M B A N G A N
P R O F E S I O N A L I S M E G U R U




Oleh yang demikian, dapat disimpulkan bahawa kejayaan sesebuah sekolah terletak
kepada kepimpinan pemimpin sekolah yang berkesan meliputi hubungan pemimpin-ahli,
struktur tugasan dan kedudukan kuasa. Antara fungsi yang dijalankan oleh pemimpin
sekolah dalam mengadakan perubahan di sekolah, atau menjalankan usaha untuk
memajukan sekolah termasuklah bekerja bersama dengan guru untuk melaksanakan
perubahan, memudahcarakan inovasi pengajaran serta menggalakkan guru melibatkan diri
dalam perubahan yang dijalankan agar amalan-amalan pengajaran dapat diperbaiki. Selain
itu, pemimpin juga perlu menyediakan maklumat dan latihan serta menggalakkan kreativiti
dan motivasi dalam kalangan guru. Bagi mewujudkan situasi sekolah berkesan yang
memberi impak kepada kecemerlangan sekolah, Small (1974) menegaskan bahawa
pemimpin perlu mempunyai kebolehan untuk mengurus pelbagai peranan yang mereka
perlu lakukan dalam proses pelaksanaannya. Mereka juga perlu sesuaikan peranan yang
dimainkan dengan keadaan.
Antara peranan pemimpin sekolah seperti yang dikemukakan oleh Yap dan James
adalah pemimpin sebagai pengurus sekolah, pemimpin sebagai penyelaras kurikulum
sekolah, pemimpin sebagai pendidik, pemimpin sebagai penghubung antara ibu bapa
dengan guru, pemimpin sebagai sumber pengetahuan dan perkembangan, dan akhir sekali
ialah pemimpin sebagai pembimbing. Peranan dan kebolehan inilah mengikut pendapat
Small, merupakan salah satu penentu yang penting dalam menilai kepimpinan dan
keberkesanan peranan pemimpin dan hubungannya dengan pelaksanaan sesuatu
perubahan atau kemajuan sekolah. Justeru itu, pemimpin sekolah yang bijak membina dan
menjaga hubungannya dengan ahli serta mampu mengagihkan tugasan secara adil dan
saksama kepada ahlinya mampu mewujudkan situasi sekolah berkesan. Selain itu,
pemimpin yang bijak menggunakan kuasa yang ada padanya juga mampu mewujudkan
situasi sekolah berkesan seterusnya memberi impak kepada kecemerlangan sekolah.

Anda mungkin juga menyukai