Anda di halaman 1dari 12

<HBSC3303_V2>

< FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA >

< SEMESTER MEI / TAHUN 2014 >

< HBSC3303 >

< SCHOOL SCIENCE CURRICULUM >

NO. MATRIKULASI

<830426126165001>

NO. KAD PENGNEALAN

<830426-12-6165>

NO. TELEFON

<0198203681>

E-MEL

<sulaimanmusi@oum.edu.my>

PUSAT PEMBELAJARAN

<PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU>

<HBSC3303_V2>

PENDAHULUAN
Tugasan pada kali ini merujuk kepada bagaimana seorang guru boleh mengajar
matapelajaran sains untuk semua golongan kanak-kanak dan strategi atau kaedah yang
digunakan untuk pengajaran dan pembelajaran. Dengan mencari lima artikel yang berkaitan
dengan tajuk yang ditugaskan secara tidak langsung guru mempelajari cara atau kaedah
mengajar kanak-kanak pelbagai latar belakang dan kemahiran.
Kemudian daripada artikel tersebut guru diminta membuat peta minda berdasarkan
tajuk yang diberi. Seorang guru yang baik mempunyai kreativiti dalam menghasilkan tugasan
yang diberikan. Dengan kreativiti yang dibuat, peta minda yang dihasilkan juga amat
berkesan untuk difahami samada oleh murid ataupun rakan sekerja yang lain.
Sebagai guru, setiap hari kita memasuki kelas dan menghadapi cabaran bagaimana
untuk memudahkan pembelajaran terbaik untuk semua kanak-kanak di kelas. Kanak-kanak
lelaki dan perempuan dari pelbagai kaum, bangsa, agama, warna, asal-usul kebangsaan.
Mereka juga berbeza-beza antara satu sama lain dari segi bakat, personaliti, gaya
pembelajaran dan kemahiran. "Apakah jenis penyesuaian sains pengajaran yang kita akan
buat untuk kelas dengan kanak-kanak dari budaya yang berbeza ini?
Strategi pengajaran adalah merujuk kepada perubahan dalam cara guru mengajar. Ia
boleh dicapai melalui pelbagai teknik seperti menggabungkan penggunaan demonstrasi atau
main peranan. Isyarat menggunakan persembahan guru (gestural, visual, atau lisan). Untuk
menekankan perkara utama, perancah konsep utama yang perlu dipelajari dan mendapatkan
anak-anak yang terlibat dengan lebih aktif dalam proses pembelajaran melalui pelaksanaan
setiap teknik tindak balas murid.
Oleh itu, guru seharusnya mahir dalam menguasai pembelajaran dan pengajaran
secara kreatif bagi membolehkan anak murid mendapat apa yang diajarkan kepada mereka.
Semoga apa yang guru itu ajarkan dapat manfaat kepada semua kanak-kanak.

<HBSC3303_V2>

PENGAJARAN SAINS UNTUK SEMUA KANAK-KANAK


Sifat masyarakat Malaysia yang berbilang budaya merupakan suatu hakikat yang
wujud dalam masyarakat moden pada hari ini sehingga memerlukan setiap ahli
masyarakat mengambil langkah untuk saling mengenali dan menyesuaikan diri antara
satu sama lain. Dalam hal ini, prinsip kemajmukan dalam masyarakat perlu ditanam
dalam diri setiap individu sejak dari kecil demi mengekalkan keharmonian dan saling
menghormati antara kaum yang akhirnya membolehkan keamanan negara mampu
dikekalkan sepanjang masa.
Pada dasarnya adalah jelas bahawa institusi sekolah merupakan entiti utama
dalam keseluruhan sistem sosial masyarakat. Institusi ini bukan sahaja menjadi sumber
pendidikan kepada ahli masyarakat malah lebih penting lagi berfungsi sebagai
penghubung kepada pelbagai budaya yang berkembang dalam masyarakat tersebut.
Apabila prinsip pendidikan pelbagai budaya dijadikan perspektif positif terhadap aspek
kepelbagaian budaya di sekolah, adalah diyakini prinsip tersebut berjaya menggalakkan
pemahaman dan komunikasi antara silang budaya dan penerimaan perubahan oleh setiap
kaum. Perlu ditegaskan bahawa kepelbagaian budaya penting untuk didedahkan kepada
murid kerana mereka bukan sahaja perlu mengetahui tetapi juga menghargai asal-usul
kebudayaan tempatan, jati diri dan identiti negara mereka.
Dalam konteks pendidikan di Malaysia, aspek kebudayaan dan masyarakat perlu
dititik beratkan kerana murid secara realitinya hidup dalam masyarakat yang berbilang
kaum, agama dan budaya. Tanpa pendidikan yang bercorak berbilang budaya, murid
tidak akan mengenali jati diri masyarakat. Hal ini kerana budaya merupakan sebahagian
daripada warisan yang diperturunkan dan dipelajari daripada nenek moyang dan akan
diperturun pula kepada generasi yang akan datang. Bagi mencapai objektif pembelajaran
pelbagai budaya, sistem pendidikan perlulah memberi peluang kepada setiap individu
untuk belajar menghargai dan berkongsi nilai-nilai budaya kemasyarakatan termasuklah
bahasa kebangsaan di samping mempelajari bahasa ibunda masing-masing. Justeru,
dalam mencapai hasrat pendidikan pelbagai budaya, aspek dasar perlu diberikan
perhatian sewajarnya. Keupayaan dan strategi yang berkesan dapat membantu guru
membuat pemilihan dan penggunaan bahan bantu mengajar secara berhemah dan
2

<HBSC3303_V2>

bersesuaian. Dengan kaedah ini, matlamat pendidikan berbilang budaya dapat dicapai
dengan berkesan. Hal ini bersesuaian dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang
berbunyi;
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembang
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani,emosi dan jasmani, berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan,
berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri
serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
(Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian
Pendidikan Malaysia :2002)
Pengajaran sains dalam kalangan murid yang berbilang budaya dapat
mempengaruhi beberapa aspek diri mereka terutamanya pemikiran, bahasa dan cara
kehidupan. Sebagai guru terdapat beberapa strategi bagaimana kepelbagaian budaya
dapat dikesan wujud di dalam kelas anda, antaranya ialah :
Mendekati ibubapa murid dan wujudkan silaturahim dengan mereka.
Meneliti rekod-rekod murid.
Meminta murid menulis jurnal tentang latar belakang keluarga dan ciriciri istimewa yang mereka miliki.
Mendekati dan mengenali murid-murid dengan lebih dekat lagi.
Persepsi jantina berbeza dari satu masyarakat ke masyarakat lain mengikut waktu
sebagai contoh 50 tahun yang lalu permainan bola sepak dikuasai oleh golongan lelaki
sahaja namun pada waktu ini kaum wanita turut sama bermain dalam sukan ini. Pada
suatu ketika dahulu pekerjaan sebagai jururawat hanya dimonopoli oleh golongan wanita
tetapi dewasa ini ia juga turut dijawat oleh kaum lelaki. Memandangkan identiti gender
3

<HBSC3303_V2>

kita ditentukan oleh masyarakat maka perbezaan berdasarkan gender boleh diubah.
Peranan gender boleh berubah mengikut masyarakat yang berbeza dan pada masa yang
berbeza dalam sejarah. Dasar boleh bertindak balas sama ada terhadap stereotaip jantina
dan peranan tradisi jantina (sebagai contoh,menganggap bahawa hanya lelaki yang boleh
menjadi ketua isi rumah) atau usaha untuk mengubah mereka (seperti mengambil kira
halangan kepada wanita dan gadis untuk mengikut kursus latihan yang bukan berbentuk
tradisional)
Dalam proses pendidikan, murid perempuan dan lelaki masing-masing memilih
mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian. Pemilihan ini secara
langsung menjadi ketaksamaan pendidikan terus dalam masyarakat kita.Dalam zaman
penjajahan, peluang melanjutkan pengajian diutamakan untuk golongan lelaki. Sifat dan
perilaku yang semulajadi yang ada pada lelaki dan perempuan dibentuk secara sosial dan
juga budaya. Kedua-dua jantina mempunyai perbezaan dari segi status, cita-cita,
perlakuan dan ciri-ciri fizikal yang jelas antara lelaki dan perempuan.Melihat secara
makro penyertaan tenaga kerja dalam proses pembangunan terdapat tiga faktor yang
menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah
kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua
ialah pertumbuhan ekonomi yang pesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor
ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan
peralihan penglibatan wanita Sumbangan wanita hampir sama dengan lelaki, maka adalah
wajar bagi murid perempuan diberikan peluang pendidikan yang sama rata. Oleh yang
demikian, guru perlu mengambilkira faktor jantina ketika melaksanakan pengajaran
dalam kelas supaya ketidak seimbangan ini dapat dikurangkan.

<HBSC3303_V2>

STRATEGI UNTUK PELAJAR YANG BERBEZA


Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi, budaya,
jantina, persekitaran, emosi, sosial,fisiologi dan psikologi.Setiap satu faktor tersebut
dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran mereka. Sesetengah gabungan faktor tadi
meletakan mereka pada keadaan berisiko kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya
faedahterhadappengalaman pembelajaran yang baik dan cemerlang. Melalui rangsangan
persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi terdapat hubung kait terhadap gaya
pembelajaran murid.Ini menjadikan merekamempunyai gaya pembelajaran yang berbezabeza.
Modul ini akan membincangkan tentang gaya pembelajaran yang berbeza-beza
dalam kalangan kanak-kanakdan bagaimana membuat adaptasi pembelajaran sains
terhadap mereka. Modul seterusnya akan menyentuh tentang kanak-kanak istimewa.
Merekamerupakan kanak-kanakyang luar biasa tahap pembelajaran mereka; boleh jadi
kurang upaya dari segi pembelajaran(at-risk), kurang upaya dari segi fizikal atau terlalu
bijak (pintar cerdas dan berbakat).
Terdapat dua kumpulan murid iaitu FieldDependent dan Field Independentyang
mempengaruhi gaya pembelajaran merekayang. berbeza. Murid Field Dependent
(FD)lebih bergantung kepada guru dan memerlukan pembelajaran konkrit manakala
murid Field Independent (FI) pula mampu mempelajari sesuatu konsep secara abstrak
dan kurang bergantung kepada guru.
(a)

Murid Field Dependent


Murid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakan sebaya,
mereka lebih menggemari pendekatan secara pemerhatian, memahami
sesuatu konsep apabila contoh yang bersesuaian,yang pernah mereka
alami diberikan semasa sesi pengajaran.Mereka sangat terpengaruh
dengan kritikan serta sering memerlukan motivasi luaran untuk mencapai
matlamat pembelajaran. Pendekatan perlu lebih berpusatkan muridtetapi
perludengan garispanduan dan arahan yang cukup lengkap.

<HBSC3303_V2>

(b)

Murid Field Independent


Murid dalam kumpulan ini kurang berinteraksi dengan rakan sebaya.
Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh dengan kritikan
tetapi

memerlukan

bantuan

dalam

kemahiran

bersosial.

Mereka

mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah mengikuti pembelajaran


secara kuliah. Guru boleh menggunakan soalan untuk memulakan sesuatu
topik dan menyemak jawapan murid. Mereka lebih sukakan sesuatu
tugasan

yang

memberikan

kebebasan

kepada

mereka

untuk

menghasilkannya.
Menurut Witkin et al., (1977). Ciri pelajar FI dan FD dapat diringkaskan seperti di dalam
jadual dibawah :

<HBSC3303_V2>

Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak Berbeza Gaya


Pembelajaran
Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran murid dan guru perlu
mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya pembelajaran yang
sesuai dapat dikenal pasti.Ada murid yang suka melibatkan diri secara aktif, suka
memerhati, gemar menggunakan prinsip dan teori dan ada yang lebih mementingkan
hakikat yang sebenar.Semua ini merupakan pemasalahan yang perlu dikenalpasti oleh
guru ketika proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas supaya ianya
berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat dilakukan dengan baik.
Menurut Azizi (2003),seseorang murid mula membentuk gaya pembelajaran sejak
awalkanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus menggunakan gaya pembelajaran
tersebut.Gaya pembelajaran yang diamalkan oleh seseorang murid, mungkin dipengaruhi
oleh beberapa faktor-faktor tertentu.Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran
sebagai satu strategimenyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak abad yang lalu
menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah berbeza diantara satu sama lain
tanpa mengira umur, status sosio-ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut
berubah apabila kanak-kanak membesar dan semakin matang.Manakala sesetengah sifat
kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah inilah yang
membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak tersebut seperti yang
dikatakan oleh Dunn.
MODEL GAYA PEMBELAJARAN VAK( Visual, Auditouri, Kinestetik)
Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya pembelajaran Visual , Auditori
dan Kinestetik.

Gaya Pembelajaran Visual


1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks berbentuk
perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau paparan komputer.

<HBSC3303_V2>

2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan dan penerangan


menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.
3. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti murid
auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui pembacaan.
4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika mereka
hendak mengingati sesuatu.

Gaya Pembelajaran Auditori


1. Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat yang
disebut dan juga arahan lisan.
2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat atau
menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila mempelajari
sesuatu yang baru.
3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar semula
rakaman pita audio, mengajar murid lain dan berbincang dengan
guru.

Gaya Pembelajaran Kinestetik


1. Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui
pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam aktiviti
di kelas.
2. Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik dan
berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

<HBSC3303_V2>

KESIMPULAN
Menyesuaikan bahan pengajaran melibatkan membuat perubahan kepada
peralatan / bekalan ke mana kanak-kanak mempunyai akses semasa proses pembelajaran.
Kebanyakan bahan penyesuaian jatuh ke dalam salah satu daripada empat kumpulan:
Melaraskan tahap kebolehbacaan bahan bertulis.
Menyediakan kandungan yang sama dengan unit yang sedang dikaji melalui buku
bacaan tahap gred yang lebih rendah, teks termampat, atau faedah yang tinggi - pembaca
perbendaharaan kata yang rendah.
Di samping itu, membaca adalah menarik melalui grafik, ikon, atau bentuk
bergambar; model tiga dimensi; atau cara digital. Contohnya termasuk penggunaan: pita
audio, pita video, sumber berasaskan internet, program perisian text-reader, atau buku
teks secara universal direka dan bahan.
Meningkatkan ciri-ciri kritikal kandungan dalam bahan itu sendiri.
Ia melibatkan menyesuaikan bahan pengajaran dengan cara mengenal pasti kanak-kanak
untuk kandungan yang paling penting. (Post-penganjur, pembentangan perkataan
perbendaharaan kata baru dalam huruf tebal, menekankan kata kunci dalam petikan
membaca, akronim, dll)
Mereka bentuk bahan-bahan dengan ciri-ciri yang merayu kepada modaliti deria
selain daripada visual / auditori. Bahan modaliti berganda boleh direka yang merayu
kepada sistem deria kinestetik dan sentuhan. Sebagai contoh, pelajar secara fizikal
berjalan laluan pita berwarna di tingkat belajar jalan aliran darah dari jantung
(bertentangan dengan belajar gambarajah berwarna dalam buku).
Memilih bahan pengajaran alternatif untuk ketahanan dan keselamatan ciri-ciri
mereka. Perlu disesuaikan untuk kanak-kanak ketahanan atau ciri-ciri keselamatan,
sebagai balasan bagi penyelarasan motor atau kemahiran fizikal kanak-kanak. Di dalam
makmal sains, sebuah bikar plastik atau piring petri mungkin digunakan bukan rakanrakan pecah mereka, atau seorang pelajar mungkin akan disediakan dengan sebuah buku
yang lembut, atau buku dengan muka surat berlamina, daripada teks tradisional.
Ia merangkumi menggunakan kriteria berganda untuk menilai kanak-kanak produk,
menyediakan rangka jawapan berstruktur pada lembaran kerja dan ujian, menilai proses
9

<HBSC3303_V2>

sama dengan produk akhir, membandingkan prestasi belajar kepada prestasi beliau /
sendiri lalu, dan menawarkan kanak-kanak pelbagai strategi amalan dan pilihan untuk
menghasilkan tugasan yang diperlukan. Kanak-kanak alternatif jawapan mungkin
termasuk: kolaj, arca, pantomim, gambaran yang dramatik, gubahan muzik, demonstrasi
motoric, persembahan fotografi, atau paparan grafik. Elakkan untuk bersuara budaya isuisu sensitif di dalam kelas. Berlaku adil dan bertolak ansur kepada semua kanak-kanak.
Berwaspada dengan emosi dan tingkah laku kanak-kanak. Membantu kanakkanak untuk membina persahabatan antara mereka. Menggalakkan kerjasama di kalangan
kanak-kanak dari budaya yang berbeza. (kumpulan mixer, projek, dan lain-lain) susun
meja kanak-kanak secara rawak dalam kelas (selalu menukar rakan kongsi) Memupuk
nilai-nilai moral dan pengajaran melalui mata pelajaran sains. Menganjurkan projek yang
boleh terlibat dengan semua kanak-kanak. Merancang satu pengajaran yang boleh
dinikmati oleh semua kanak-kanak.

10

<HBSC3303_V2>

APENDIKS
RUJUKAN / REFERENSI
Azizi Hj Yahya. (2003).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan Pencapaian Akademik
Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik N.Sembilan. Seminar
Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan, Puteri Pan-Pacific, Johore
Bahru, 19-21 October.
Faterson, H.F., & Witkin, H.A. (1970). Longitudinal study of development of the body
concept. Developmental Psychology, 2(3), 429-438.
Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan. Kuala Lumpur
Mara Sapon- Shevin, Ability Differences in the Classroom diakses dari sesawang
www.sig2.hawaii.edu/resources/briefings/topic7/.../Article01.pdf
Sh.Alawiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: Vinlin
Press Sdn. Bhd.
Unknown Author , Learning style di akses daripada laman sesawang
http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html,

11

Anda mungkin juga menyukai