Anda di halaman 1dari 23

FAKTOR YANG MENYUMBANG KEPADA PENGUKUHAN

PERPADUAN KAUM
1. usaha malaysia yang tidak berputus asa dalam menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum.
2. rakyat sentiasa bertolak ansur untuk mengelakkan pertelingkahan dan
perselisihan faham.
3. kerajaan juga mengambil insiatif yang proaktif dengan menggalakkan
rakyat saling mengambil berat dan mengunjungi antara satu sama lain.
FAKTOR YANG MENYUMBANGKAN KEPADA PENGUKUHAN
PERPADUAN KAUM 1. usaha Malaysia dalam menyatupadukan
masyarakat berbilang kaum nescaya tidak membuahkan hasilnya tanpa
pegangan teguh konsep atau gagasan 1Malaysia yang diilhamkan oleh
Perdana Menteri Sebenarnya, konsep 1Malaysia ini telah wujud
semasa Perdana Menteri yang ke-6, yakni Datuk Seri Najib Tun Razak
mula memegang tampuk pemerintahan sebagai Perdana Menteri.
Gagasan 1Malaysia ini secara jelasnya mengutamakan keadilan dan
kesaksamaan dalam perkongsian kekayaan dan kemajuan negara tanpa
mengira kaum dan agama, iaitu usaha mewujudkan satu bangsa
Malaysia berdasarkan pembentukan warganegara yang menganut
pelbagai budaya dan agama, dan bukan bercirikan integrasi bangsa dan
agama. 2. Selain itu, rakyat diseru supaya sentiasa bertolak ansur
untuk mengelakkan pertelingkahan dan perselisihan faham. Sekolah
yang merupakan alma mater telah menyisipkan nilai-nilai murni dalam
atma setiap pelajar. Sebagai contohnya, nilai toleransi, nilai hidup
bersama secara aman, nilai kasih sayang dan sebagainya. Dengan
adanya nilai-nilai murni ini dalam diri, pelajar sedar bahawa mereka
sebenarnya merupakan satu bangsa walaupun berlainan kulit tetapi
matlamat untuk memperjuangkan nasib tanah air yang disayangi adalah
sama. 3. kerajaan juga mengambil inisiatif yang proaktif
dengan menggalakkan rakyat saling mengambil berat dan
mengunjungi antara satu sama lain sejak di peringkat sekolah rendah
lagi.




Khamis, 26 Jun 2014
tugasan PT 3 sejarah

catatan 2

soalan

1. Tugasan PT 3 sejarah ni macam folio ke ?
- tak
- sebab prosesnya cuma dua minggu atau 6 waktu dalam kelas
- kita cuma ada masa dalam dua minggu untuk menyiapkannnya
- kat rumah kita cuma cuba cari bahan yang saya dah tuliskan ( kita
kena huraikan setiap satu tu eg pengenalan nak tulis apa dan
seterusnya.

2. cara nak tulis rujukan
- rujukan hanya tulis maklumat berkaitan 3 bahan yang kita ambik untuk
dijadikan sumber rujukan
- biasanya buku/ internet dan majalah atau akhbar sahaja

a. Buku
Lofti Ismail,1988.Sejarah Malaysia 1400 - 1963. Kuala Lumpur: Utusan
Publications and Distributors Sdn.Bhd.
Mohamad Noordin Sopiee,1967.From Malayan Union to
SingaporeSeparation: Political Unifacation in the Malaysia Region 1945-
1965. Kuala Lumpur:Universiti Malaya Press.

b. Jurnal
Ahmad Masjidin. Malayan Union Dalam Ruangan Akhbar Warta
Negara
dalam Jurnal Malaysia dari Segi Sejarah . Bil 8, April 1979.
Ishak bin Tadin,1960. Dato Onn and Malay Nationalism 1946-
1951,dalam JSEAH.Vol 1.Mac 1960.

c. Ensiklopedia
Tajuk, jilid dan tahun.

d. Akhbar
Utusan Malaysia, 17 Jun 1992, halaman 5.

e. Orang Sumber
Encik Ismail bin Mohd Kassim, 43 tahun, No 21, Jalan Lundu 7, Taman
Beringin 52000 Kuala Lumpur.

Puan Hamidah binti Daudshah, 57 tahun, No 7, Jalan SG 1/ 30, Taman
Sri Gombak,68100 Selangor.

f. Melawat Tempat Kajian
Pejabat Pelancongan Malaysia, Tingkat 17, Menara Dato Onn,
Pusat
Dagangan DuniaPutra,45 Jalan Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur.
Arkib Negara Malaysia, Jalan Duta, 50568 Kuala Lumpur.
Tapak Ekskavasi Tingkayu, Kunak, Sabah.
Tapak Ekskavasi Gua Niah, Niah, Miri, Sarawak.


g. VCD
Tajuk program, terbitan.

h. Radio
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

i. Televisyen
Tajuk program, tarikh, masa, rangkaian.

j.Majalah
Nama majalah, tarikh, tahun.

k. Sumber lain :
Jenis sumber, alamat/punca sumber.
Internet
http://geocities.com/kamashara/unionsm.htm
http://cikgu.net/edisimerdeka/sejarah.php3.htm
http://www.geocities.com/tokohagung/Tokoh PMTunku
AbdulRahman.htm
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Khamis, J un 26, 2014
Reaksi:
Tiada ulasan:
Label: SEJ PT 3
Selasa, 24 Jun 2014
Tugasan Sejarah PT 3

Pentaksiran Tingkatan Tiga [ PT3 ] - Pentadbiran Pelaksanaan
Tugasan Mata pelajaran Sejarah


MAKLUMAT AWAL

1. Format instrumen pelbagai - tahun ini - kajian kes
2. Panjang tugasan 300 patah perkataan sahaja ( boleh lebih sedikit )
3. Tugasan ditulis oleh pelajar semasa pengajaran dan pembelajaran
dalam kelas ( tidak dibawa balik ke rumah )
4. Tugasan dilakukan oleh pelajar selepas bimbingan guru
5. Tugasan diselesaikan dalam 6 waktu pengajaran dan pembelajaran
6. Buat satu tugasan sahaja
7. Penilaian dibuat secara individu
8. Tugasan dilakukan di sekolah sahaja
9. Isu pelajar tidak hadir masih tertakluk pada tarikh penghantaran
10. Tajuk/ isi huraian penulisan pelajar biasanya lebih kurang sama
11. Tugasan tidak boleh dilakukan di rumah/ disediakan terlebih dahulu
12. markah dimasukkan dalam pelaporan PT3
13. Tiada proses semak semula untuk tugasan kajian kes ini.
Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Selasa, J un 24, 2014
Reaksi:
Tiada ulasan:
Label: SEJ PT 3
TUGASAN SEJARAH PT 3


Jadual kerja / senarai semak

Objektif kajian

Mengenalpasti isu-isu perpaduan kaum secara umum
Mengenalpasti kepentingan perpaduan kaum kepada negara ini
Menghuraikan cabaran dan kekangan dalam usaha mengekalkan
perpaduan kaum di negara ini
Menyenaraikan langkah-langkah untuk mengekalkan dan memantapkan
perpaduan kaum di Malaysia

Menetapkan kaedah kajian

Membaca akhbar tempatan
Merujuk buku teks atau rujukan
Melayari internet berkaitan dengan isu perpaduan

Menetapkan tajuk perpaduan kaum di Malaysia
Menyediakan kerangka kasar penulisan

Kerangka awal

Tajuk rencana
Nama penulis
Isi kandungan
Pengenalan isu perpaduan secara umum

Kepentingan perpaduan kaum

Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum

Cabaran mengekalkan perpaduan kaum

Langkah untuk mengekalkan dan menetapkan perpaduan kaum di
Malaysia

Membuat rumusan

Meletakkan rujukan






Tarikh Huraian
Mendengar taklimat daripada guru
Membuat rujukan lanjut ke laman web
kementerian Pendidikan/ LPM
Bertanya guru untuk mengenalpasti
tugasan
Menentukan tajuk tugasan
Membuat kajian perpustakaan
Membuat kajian internet
Membuat kerangka kasar
Merujuk guru tentang huraian tugasan
Membuat draf akhir
Menulis rencana ikut format
Menyemak tugasan
Menghantar laporan

Dicatat oleh CIKGU RAZAK di Selasa, J un 24, 2014
Reaksi:
12 ulasan:
Label: SEJ PT 3
Tugasan Sejarah PT3

TUGASAN

Baca petikan berikut dengan teliti.

Negara Malaysia adalah sebuah negara yang aman dan damai walau
pun penduduknya berbilang kaum. Keamanan dan kedamaian ini dapat
dikekalkan kerana toleransi antara kaum utama di negara kita iaitu
Melayu, Cina dan India. Justeru itu, kita seharusnya bersyukur dengan
keamanan dan keharmonian yang membolehkan kita duduk bersama
serta berbincang tanpa ada rasa perbezaan antara satu sama lain.
Persefahaman yang telah berjaya dicapai ini perlu dikekalkan supaya
tiada perasaan curiga antara kaum kerana ia akan menjejaskan serta
merosakkan semangat perpaduan yang telah terjalin sejak sekian lama.



Dipetik dan diubahsuai daripada : http://pmr.penerangan.gov.my

Berdasarkan petikan tersebut, buat kajian dan hasilkan sebuah rencana
berkaitan dengan perpaduan kaum di Malaysia.
Panjang rencana anda hendaklah tidak kurang daripada 300 patah
perkataan.
Tugasan anda hendaklah mengandungi aspek berikut:


Draf awal nak buat ..............

1. Tajuk rencana (contoh - Perpaduan kaum di Malaysia/ apa sahaja
yang sesuai daripada petikan di atas dianggap betul contohnya
Perpaduan Teras kejayaan negara , bersatu teguh bercerai roboh ,
perpaduan rakyat di negara ini, dll )

2. Nama penulis Nama kita

3. Isi kandungan: bahagikan isi kandungan berdasarkan konstruk yang
dikehendaki

(a) Pengenalan menjelaskan tentang isu-isu perpaduan kaum secara
umum ( cadangan )

Dasar pecah dan perintah British
Sistem pendidikan zaman British
Pendudukan Jepun
Peristiwa 13 Mei
Isu agama dan budaya- trend terkini

(b) Kepentingan perpaduan kaum ( cadangan )

mewujudkan masyarakat harmoni dan aman
memelihara kedaulatan Negara
mewujudkan perasaan cinta kepada Negara/ patriotisme
meningkatkan imej Negara di mata dunia
membangunkan ekonomi negara
mengekalkan kestabilan politik
membina masyarakat yang saling menghormati

(c) Faktor yang menyumbang kepada pengukuhan perpaduan kaum (
cadangan )

Peristiwa 13 mei
Sistem pendidikan penjajah/ sekolah vernakular
Penubuhan parti politik
Isu perkauman ( bahasa , budaya , pendidikan , agama ,
kerakyatan
Dasar pebdidikan kebangsaan

(d) Cabaran untuk mengekalkan perpaduan kaum ( cadangan )

kewujudan pelbagai aliran sekolah
parti politik berasaskan kaum
kesan dasar penjajahan british
Sikap individulistik dalam masyarakat
Penyalahgunaan media sosial menimbulkan isu sensitif
Campurtangan kuasa luar

(e) langkah-langkah untuk mengekal dan memantapkan perpaduan
kaum di Malaysia ( cadangan )

Kempen kerajaan
Program RIMUP
Gotong royong
Rumah terbuka
Sambutan perayaan
Program sukan
Slogan I Malaysia
Aktiviti kokurikulum

(f) Membuat rumusan ( cadangan )

Pengetahuan
Keamanan dan kesejahteraan negara sentiasa terjamin
Berdasarkan peristiwa sejarah lama ( apa peristiwanya ) kita wajar
........
Memahami dan menghayati peristiwa sejarah negara

Iktibar
Bersatu padu , bertolak ansur, hormat menghormati antara
sesama angota masyarakat

Harapan ( saya berharap agar )
Sentiasa mematuhi undang-undang/ peraturan
Tidak terpengaruh dengan anasir luar
Menghargai jasa tokoh

(g) Menyenaraikan sumber rujukan- buku/ internet/ akhbar/ majalah/




contoh2 faktor yang menyumbang kpd pengukuhan kaum ialah:
-kita boleh mengadakan kempen yang melibatkan pelbagai kaum
supaya perpaduan dapat dipupuk.Contonye kempen 1 malaysia,
kempen gotong royong dan lain2

-memberikan pendidikan awal kpd generasi muda mengenai negar
Malaysia seperti mewujudkan pelajaran sivik dan kewarnegaraan agar
tidak berlaku masalah sentimen perkauman
















SISTEM PENDIDIKAN ZAMAN BRITISH

Friday, November 18, 2005
Fakta Pendidikan Zaman Penjajahan
Sejarah Pendidikan Sebelum Penjajahan


Sistem pendidikan adalah berasaskan sistem pondok yang diadakan di
madrasah dan di sekolah-sekolah agama.
Sekolah agama atau madrasah pesat dalam tahun 7920-an hingga
1940-an. Contohnya, di Pondok Langgar, Pokok Sena di Kedah, Pondok
Bukit Mertajam Seberang Prai dan Madrasah Al-Masyhur di Pulau
Pinang.
Sekolah agama atau madrasah lebih sistematik daripada sekolah
pondok, iaitu dari segi kurikulum (berstruktur), waktu belajar (tetap) dan
peralatan (kerusi meja).
Ditubuhkan dengan tujuan melahirkan pelajar yang bennoral tinggi.
Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau
madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat Islam
yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan
Bahasa Inggeris.
Sekolah Vernakular
Sekolah vernakular merujuk kepada sekolah yang menggunakan
bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan
(P&P) di sekolah.
Terdapat tiga jenis sekolah vernakular, iaitu Melayu, Cina dan Tamil.
Sekolah vernakular Melayu yang pertama sekali ditubuhkan ialah pada
tahun 1855, iaitu di Bayan Lepas, Pulau Pinang.
Sekolah Melayu Gelugor, Pulau Pinang menggunakan bahasa Melayu
sebagai bahasa pengantar.
Pada tahun 1872, A.M. Skinner memperkenalkan persekolahan dua
sesi, iaitu:
Pagi

Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam
dan mata pelajaran vokasional


Petang

Bahasa Arab
dan al-Qur'an

Kekurangan guru merupakan faktor tiada sekolah menengah Melayu
pada waktu itu. Ini telah mendorong sehingga tertubuhnya dua buah
maktab perguruan, iaitu
MPSI Tanjung Malim pada tahun 1922 dan
MPPM di Melaka pada tahun 1935.

Sekolah vernakular Cina ditubuhkan pada tahun 1815 oleh kumpulan
pendakwah baru Persatuan Pendakwah London. Terdapat juga sekolah
Cina yang dibuka oleh orang perseorangan.
Sekolah Cina menggunakan bahasa Cina/Mandarin (Kuv Yu) sebagai
bahasa pengantar, manakala guru-guru dan buku teks diimpot dari
Negara China.
Contoh sekolah vernalular Cina ialah
SJK (C) Hua Lian, Tanjung, Perak dan
SJK (C) Chung Hwa, Kota Bharu, Kelantan.

Kelas Bahasa Cina diadakan di semua `Free School', iaitu di Melaka,
Pulau Pinang dart Singapura, namun la gagal dan telah dihentikan.
Sekolah vernakular'I'amil menggunakan bahasa Tamil sebagai bahasa
pengantar. Guru, kurikulum dart buku teks diimpot dart India.
Contohnya, SJK (T) Manikavasagam, Tanjung Malim, Perak.
Pada tahun 1925, Kod Buruh berkuat kuasa, di mana semua estet vang
mempunyai 10 orang kanak-kanak dalam umur persekolahan diwajib
menyediakan sekolah yang bertujuan rnembasmi buta huruf.
Sekolah Inggeris hanya terdapat di kawasan bandar dart menggunakan
bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar.
Pendidikan bahasa Inggeris mula diperkenalkan di kalangan anak
bangsawan Melayu pada tahun 1905. Penang Free School (1816 )
merupakan sekolah Inggeris pertama yang ditubuhkan. Guru-guru yang
mengajar di sekolah Inggeris ini terdiri daripada paderi yang mendapat
pendidikan di Eropah.
Sejarah Pendidikan Semasa Penjajahan British
Ciri-ciri sekolah pada zaman penjajahan:

Setiap jenis sekolah khusus mengikut kaum.
Kurikuium sekolah berbeza.
Lokasi sekolah bagi setiap kaum terpisah.
Bahasa pengantar berlainan, contoh sekolah Cina bahasa pengantarnya
ialah bahasa Mandarin.

Pada tahun 1854, Syarikat Hindia Tirnur mengeluarkan arahan kepada
Gabenor Negeri-negeri Selat untuk menyediakan laporan tentang status
dan keadaan pendidikan agar tindakan selanjutnya dapat diambil.
Pada tahun 1855, sekolah Melayu dibuka di Bayan Lepas, Pulau Pinang
dan diikuti dengan dua buah sekolah Melayu di Singapura, iaitu di Telok
Belanga dan Kampung Gelam.
Pada zaman pernerintahan British di Tanah Melayu, sekolah Inggeris
mula diperkenalkan. Contohnya,
King Edward VII, Taiping di Perak dan
Clifford School, Kuala Lipis, Pahang.

Sekolah pondok masih diteruskan di kalangan penduduk Melayu.
Sekolah vokasional Melayu juga telah diadakan untuk melatih kumpulan
buruh.
A.M. Skinner, Nazir Sekolah pada tahun 1870-an telah merombak
sekolah Melayu dan menjadikannya dua sesi, iaitu sesi pagi untuk
pelajaran biasa
dari sesi petang untuk pembelajaran agama.
Senario di sekolah-sekolah Cina pula agak berbeza kerana sekolah-
sekolah
ini dibiayai oleh masyarakat Cina yang terdiri daripada golongan
peniaga. Sekolah-sekolah Cina ini berkembang pesat dan diteruskan ke
peringkat sekolah menengah.
Di peringkat awal, iaitu pada tahun 1917, sekolah Cina mula mendapat
bantuan dari Negara China dan telah menggunakan bahasa "Kuo Yue" :
Mulai tahuu 1920-an, sekolah-sekolah ini diberi pilihan sama ada untuk
mendapat bantuan dari Negara China atau kerajaan tempatan.
Sekolah-sekolah tamil mula berkembang selaras dengan perkembangan
dalam sektor perladangan kopi, getah dan kelapa sejak tahun 1870-an.
Sekolah Tamil telah diadakan untuk majikan estet dan hanya di
peringkat sekolah rendah sahaja.
Kanun Buruh diterima pakai di Negeri-negeri Melayu Bersekutu mulai
tahun 1923 clan membuat peruntukkan agar sekolah-sekolah Tamil
diberi kemudahan mengajar kepada anak-anak pekerja buruh.
Walau bagaimanapun, sekolah-sekolah lnggeris yang dikendalikan oleh
mubaligh Kristian adalah terbuka kepada semua kanak-kanak tanpa
mengira ras dan agama. Sistem pendidikan ini sejak awal lagi telah
meninggalkan kesan yang mendalam dari segi meningkatkan
persaingan hebat di kalangan semua kaum.
Sejak pertengahan tahun 1870-an, kaedah pengajaran yang digunakan
adalah `monitoral system' di mana guru-guru dibawa dari England clan
kos perbelanjaan untuk tujuan ini kian meningkat. Justeru,
Jawatankuasa Wooley pada tahun 1870-an telah membuat penelitian
dan mencadangkan agar alternatit lain diperoleh clan hasil daripada
laporan ini, maka sistem "bekerja sambil belajar" telah diperkenalkan.
Dalarn aspek latihan pula, sejak awal lagi telah diberikan latahan
profesional. Justeru, guru-guru pada awalnya dihantar ke Kolej Raffles
dan ke luar negara untuk tujuan latihan. Mulai tahun 1920-an, dua buah
institusi tempatan diwujud untuk menyediakan latihan perguruan.
Maktab Perguruan Sultan Idris (1922 ) dan Maktab Latihan Perguruan
Perempuan Melayu di Melaka ditubuhkan (1935) untuk melatih guru-
guru dari Negeri-negeri Selat, Negeri-negeri Melayu Bersekutu dan
Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu.
Pendudukan Jepun telah banyak menjejaskan perkembangan di dalam
bidang pendidikan. Selepas Jepun meninggalkan Tanah Melayu,
sekolah dan kolej berfungsi kembali setelah proses membaiki bangunan
dan melengkapkan kemudahan serta peralatan sekolah siap selepas
tahun 1946.

Sejarah Pendidikan Selepas Kemerdekaan


Terdapat tiga jenis laporan penting yang menjadi asas kepada sejarah
pendidikan elepas kemerdekaan, iaitu:

Laporan Barnes (1950)
Disediakan pada tahun 1951 oleh L.J. Barnes.
Laporan ini disediakan dengan tujuan untuk menyiasat keduclukan clan
memperbaiki pendidikan orang Melayu.
Terdapat beberapa cadangan di dalam Laporan Barnes ini, iaitu:

Dua jenis sistem sekolah hendaklah ditubuhkan.
Satu jenis sekolah menggunakan bahasa Melavu sebagai bahasa
pengantar.
Pelajaran bahasa Cina clan Tamil akan disediakan jika terdapat 15
orang murid atau lebih yang ingin mempelajari bahasa ibunda mereka.
Bahasa Melayu wajib diajar di sekolah Inggeris dan bahasa lnggeris
wajib diajar di sekolah Melayu.

Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Barnes. Antaranya ialah:
Sekolah dwibahasa diadakan dan bahasa pengantar yang digunakan
ialah bahasa Inggeris dan bahasa Melayu.
Sekolah-sekolah vernakular dalam bahasa Melayu, Cina dan Tamil
ditukarkan kepada sekolah kebangsaan. Di mana sekolah-sekolah ini
akan menggunakan bahasa kebangsaan, iaitu bahasa Melayu.
Laporan Fenn-Wu (1951)

Diketuai oleh Dr. Fenn (Setiausaha Kerja Bersekutu - Negara China)
dan Dr. Wu (Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu).
Mengkaji semula Laporan Barnes serta melayan kehendak masyarakat
Cina yang menganggap laporan tersebut bertujuan menghapuskan
bahasa dan budaya orang Cina.
Terdapat beberapa cadangan yang dibuat, kemudiannya menjadi asas
kepada Ordinan Pelajaran (1952).
Terdapat beberapa syor di dalam Laporan Fenn-Wu. Antaranya ialah:
Sekolah vernakular dibenarkan berfungsi dan menggunakan tiga
bahasa, iaitu Melayu, Cina dan Tamil, dan bahasa kebangsaan juga
diadakan.
Sekolah-sekolah aliran jenis kebangsaan (Inggeris) dikekalkan.
Sekolah-sekolah vokasional teruss dikembangkan untuk menampung
keperluan tenaga pekerja mahir yang diperlukan untuk pembangunan
negara.

Ordinan Pelajaran (1952)
Sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan oleh kerajaan British untuk
mengkaji Laporan Barnes dan Fenn-Wu.
Laporan jawatankuasa ini dikenali sebagai Ordinan Pelajaran (1952).
Sekolah Kebangsaan - corak sistem persekolahan kebangsaan, iaitu
Sekolah vernakular Cina dan Tamil tidak diterima sebagai sistem
persekolahan kebangsaan.
Bahasa Cina dan Tamil diajar sebagai bahasa ketiga.
Walau bagaimanapun, Ordinan Pelajaran (1952) ini tidak menjadi
kenyataan disebabkan masalah kewangan.
Rumusan
Dalam era pendidikan ini, wujud dikotomi akibat kurikulum yang
digunakan berbeza antara kaum. Di mana sekolah menggunakan
bahasa pengantar masingmasing dan lokasi sekolah juga berbeza
mengikut sektor ekonomi yang diceburi oleh kaum masing-masing. Apa
yang jelas pada ketika ini adalah bahawa fikiran clan aspirasi yang
berlainan di kalangan masyarakat pada masa itu.




PERISTIWA 13 MEI
Peristiwa 13 Mei pada tahun 1969 ialah rusuhan kaum yang berlaku
dan kemuncak masalah perpaduan di Malaysia. Tragedi ini yang
mengakibatkan kehilangan nyawa serta harta benda dan mempunyai
kaitan yang rapat dengan "Pilihan Raya Umum 1969" merupakan satu
titik hitam dalam sejarah negara Malaysia.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]
Isu perkauman dalam pilihan raya 1969[sunting | sunting sumber]
Semasa kempen Pilihan Raya 1969, calon-calon pilihan raya serta ahli-
ahli politik dari kalangan parti pembangkang, telah membangkitkan soal-
soal Bangsa Malaysia berkaitan dengan Bahasa Kebangsaan (Bahasa
Melayu), kedudukan istimewa orang Melayu sebagai (Bumiputera) dan
hak kerakyatan orang bukan Melayu. Hal ini telah memberi kesempatan
kepada ahli-ahli politik yang ingin mendapatkan faedah dalam
pilihanraya.
Pada pilihanraya umum 1969 Parti Perikatan yang dianggotai oleh
(UMNO-MCA-MIC) telah gagal memperolehi majoriti 2/3 diparlimen,
walaupun masih berjaya membentuk kerajaan persekutuan. Hal ini
disifatkan oleh parti pembangkang sebagai satu kemenangan yang
besar buat mereka. Jumlah kerusi yang dimenanginya dalam Dewan
Rakyat (Parlimen) telah menurun daripada 89 kerusi pada tahun 1964
kepada 66 kerusi pada tahun 1969.
Parti Gerakan Rakyat Malaysia (Gerakan), Parti Tindakan
Demokratik (DAP) dan Parti Progresif Rakyat (PPP) menang 25 buah
kerusi dalam Dewan Rakyat manakala PAS menang 12 kerusi.
Pihak pembangkang yang memperoleh pencapaian gemilang dalam
pilihanraya telah meraikan kemenangan mereka pada 11 Mei 1969.
Perarakan tersebut sebenarnya tidak bermotif untuk menimbulkan isu
perkauman. Malah terdapat segelintir pengikut perarakan (identiti
mereka tidak dapat diketahui) telah mengeluarkan slogan-slogan sensitif
berkenaan isu perkauman semasa mengadakan perarakan di jalan-jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan turut dijalankan pada 12 Mei
1969 di mana kaum Cina berarak menerusi kawasan Melayu, melontar
penghinaan sehingga mendorong kepada kejadian tersebut.
[1]
. Pihak
pembangkang yang sebahagian besar darinya kaum Cina dari
Democratic Action Party dan Gerakan yang menang, mendapatkan
permit polis bagi perarakan kemenangan melalui jalan yang ditetapkan
di Kuala Lumpur. Bagaimanapun perarakan melencong dari laluan
yang ditetapkan dan melalui kawasan Melayu Kampung Baru,
menyorak penduduk di situ.
[2]
Sesetengah penunjuk perasaan membawa
penyapu, kemudiannya dikatakan sebagai simbol menyapu keluar orang
Melayu dari Kuala Lumpur, sementara yang lain meneriak slogan
mengenai tengelamnya kapal Perikatan the coalition's logo.
[3]
Ia
berlarutan hingga ke 13 Mei 1969 sebelum Parti Gerakan mengeluarkan
kenyataan meminta maaf pada 13 Mei di atas kelakuan penyokong
mereka. Menteri besar Selangor, Dato' Harun Idris telah
mengumumkan bahawa perarakan balas meraikan kemenangan UMNO
akan dijalankan pada pukul 7.30 malam, 13 Mei 1969.
Pembangkang meraikan kemenangan[sunting | sunting sumber]
Peristiwa ini berlaku berikutan pengumuman keputusan Pilihanraya
Umum pada 10 Mei 1969.
Dr. Tan Chee Khoon dari parti Gerakan telah menang besar di
kawasan Batu, Selangor. Beliau minta kebenaran polis untuk berarak
meraikan kemenangan parti tersebut di Selangor yang menyaksikan
50:50 di Selangor. Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan jalan
raya di sekitar Kuala Lumpur. Perarakan hingga ke Jalan Campbell dan
Jalan Hale dan menuju ke Kampung Baru. Sedangkan di Kampung
Baru, diduduki lebih 30,000 orang Melayu yang menjadi kubu UMNO,
berasa terancam dengan kemenangan pihak pembangkang. Di sini
letaknya rumah Menteri Besar Selangor ketika itu, Dato' Harun Idris.
Dikatakan kaum Cina yang menang telah berarak dengan mengikat
penyapu kepada kenderaan mereka sebagai lambang kemenangan
mereka menyapu bersih kerusi sambil melaungkan slogan. Ada pula
pendapat yang mengatakan penyapu tersebut sebagai lambang mereka
akan menyapu ('menyingkir') orang-orang Melayu ke laut. Dalam
masyarakat Melayu, penyapu mempunyai konotasi yang negatif (sial).
Ada yang mencaci dan meludah dari atas lori ke arah orang Melayu di
tepi-tepi jalan.
Perarakan kematian Cina[sunting | sunting sumber]


Akibat daripada rusuhan maut tersebut, kesesakan jalanraya turut
berlaku.
Di Jinjang, Kepong, kematian seorang Cina akibat sakit tua diarak
sepanjang jalan dengan kebenaran polis. Namun perarakan kematian
bertukar menjadi perarakan kemenangan pilihan raya dengan menghina
Melayu.
Pada hari Selasa 13 Mei, Yeoh Tech Chye selaku Presiden Kongres
Kesatuan Sekerja Malaysia yang bertanding untuk Gerakan memohon
maaf di atas ketelanjuran ahli-ahlinya melakukan kebiadapan semasa
perarakan. Yeoh menang besar di kawasan Bukit Bintang, Kuala
Lumpur. Tapi permohonan maaf sudah terlambat.
Rumah Menteri Besar Selangor[sunting | sunting sumber]
UMNO telah mengadakan perarakan balas pada pagi 13 Mei 1969 yang
mengakibatkan terjadinya peristiwa ini.
Orang Melayu berkumpul di rumah Menteri Besar Selangor di Jalan
Raja Muda Abdul Aziz di Kampung Baru, Kuala Lumpur. Dato' Harun
Idris selaku Menteri Besar Selangor ketika itu cuba mententeramkan
keadaan. Rupa-rupanya, mereka yang berkumpul telah membawa
senjata pedang dan parang panjang dan hanya menunggu arahan
daripada Dato' Harun Idris untuk mengamuk.
[perlu rujukan]

Ketika berkumpul, cerita-cerita tentang kebiadapan ahli parti Gerakan
tersebar dan meluap-luap. Jam 3.00 petang datang berita kejadian
pembunuhan orang Melayu di Setapak, hanya dua kilometer dari rumah
Menteri Besar Selangor.
[4]
Terdapat cerita-cerita lain mengenai seorang
wanita mengandung dibunuh dan kandungannya dikeluarkan dari perut
dengan menggunakan besi penggantung daging babi.Sebelum
menghembuskan nafas terakhir wanita tersebut sempat memasukkan
semula janin yang terkeluar itu ke dalam perutnya.
4.00 petang dua penunggang motosikal Cina yang melalui Jalan
Kampung Baru telah dipancung. Sebuah van membawa rokok dibakar
dan pemandunya dibunuh. Pemuda-pemuda Cina yang dikatakan dari
PKM dan kongsi-kongsi gelap telah bertindak balas. Mereka
membunuh orang-orang Melayu di sekitar Kuala Lumpur. Rupa-rupanya
orang Cina dan pemuda Cina ini lengkap dengan pelbagai senjata besi,
tombak dan lembing berparang di hujung seperti dalam filem lama
Cina.
Cerita-cerita seperti ini yang tidak diketahui sama ada benar atau tidak
telah menyemarakkan lagi api permusuhan di antara Melayu dan Cina.
Rusuhan besar terjadi. Perintah darurat dikeluarkan, semua orang tidak
dibenarkan keluar dari rumah. Pasukan polis berkawal di sekitar Kuala
Lumpur. Tentera dari Rejimen Renjer lebih awal dikerahkan menjaga
keselamatan sekitar Kuala Lumpur.
Rejimen Renjer[sunting | sunting sumber]


Anggota FRU semasa rusuhan 13 Mei berlaku.
Pasukan FRU di keluarkan dari Kampung Baru dan askar dari Rejimen
Renjer ambil alih. Malangnya pasukan ini terdiri dari orang-orang
Melayu, Iban, Cina,India, Sikh, Gurkha dan lain-lain turut menembak
orang-orang Melayu dan ini menyebabkan kemarahan orang Melayu
semakin meluap-luap. Menurut laporan, ketua pasukan Rejimen Renjer
dikatakan berbangsa Cina.
Pemuda-pemuda Melayu yang mempertahankan Kampung Baru dan
yang lain-lain mengamuk merasakan diri mereka terkepung antara
orang Cina dengan askar Rejimen Renjer. Beberapa das turut ditujukan
ke arah rumah Menteri Besar Selangor.
Askar Melayu[sunting | sunting sumber]
Akhirnya Regimen Renjer dikeluarkan dan digantikan dengan Askar
Melayu. Beberapa bangunan rumah kedai di sekitar Kampung Baru,
Jalan Tuanku Abdul Rahman masih terus terbakar. Pentadbiran diambil-
alih oleh Askar Melayu. Malangnya beberapa askar Askar Melayu turut
masuk ke kedai-kedai emas Cina dan mengambil harta benda di sana.
Malah ada askar Melayu yang menembak ke atas rumah kedai orang
Cina kerana mereka telah membaling botol ke arah askar Melayu
tersebut.
Ramai orang Cina dibunuh dan dicampakkan ke dalam lombong bijih
timah di Sungai Klang berhampiran lorong Tiong Nam, Chow Kit. Konon
ada rakaman televisyen oleh pemberita dari BBC dan Australia,
beberapa pemuda Cina ditangkap, dibariskan di tepi lombong dan
dibunuh. Bagaimanapun, sehingga sekarang, tiada bukti yang diedarkan
mengenai rakaman ini.
Panggung Odeon[sunting | sunting sumber]
Pemuda-pemuda Cina telah bertindak mengepung Panggung Odeon, di
Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur. Beberapa iklan disiarkan
dalam bahasa Cina di skrin pawagam menyuruh penonton dari kalangan
Cina keluar dari panggung. Penonton Melayu di panggung tersebut
langsung tidak tahu membaca tulisan bahasa cina. Kesan daripada itu,
pemuda-pemuda cina tersebut telah menyerbu masuk ke dalam
panggung dan menyerang dan menyembelih penonton yang ada dan
membakar pawagam tersebut. Hampir semua penonton di dalam
panggung tersebut mati di dalam keadaan yang sangat mengerikan.
[5]

Ini termasuklah dua orang Askar Melayu yang tinggal di Sungai Ramal,
Kajang. Manakala di pasar pula askar melayu telah menembak orang
cina yang melanggar perintah berkurung dengan kereta perisai mereka.
Di lebuh raya persekutuan pula, penduduk melayu Kampung Kerinchi
telah membuang pasu di atas lebuhraya tersebut dan mengakibatkan
kesesakan lalulintas dan kemalangan. Pemilik kereta berbangsa cina
ditetak dan dibunuh. Seluruh keluarga peniaga cina yang menjual bunga
berdekatan habis dibunuh. Di lapangan terbang Sungai Besi waktu itu
yang merupakan lapangan terbang antarabangsa, askar melayu telah
menembak orang Cina yang baru balik dari luar negeri dengan
tanggapan bahawa mereka melanggar perintah berkurung.
[perlu rujukan]

Pemuda yang bernama Rahim Desa bersama seorang kawannya yang
berjawatan kapten ketika itu yang tinggal di Kuala Lumpur yang turut
menonton wayang di Odeon terkena tetakan di kepala dan berpura-pura
mati. Beliau masih hidup hingga sekarang. Sementara Mohd Radzi
mengalami pengalaman yang sama di Pawagam Federal, Jalan Chow
kit, Kuala Lumpur ketika menonton filem They Came To Rob Las Vegas
arahan Antonio Isasi-Isasmendi.
Abdul Rafai Alias bersama rakan-rakannya dari Semenyih yang
datang ke Kuala Lumpur turut terperangkap dan terkejut dengan
rusuhan kaum yang tidak disangka-sangka pada 13 Mei itu. Beliau turut
melangkah-langkah mayat mereka yang telah terbunuh di atas jalan.
Khabar angin mengatakan Tentera Sabil dari Sungai Manik hendak
datang ke Kampung Baru tetapi tersekat. Begitu juga dengan Tentera
Selempang Merah dari Muar dan Batu Pahat tersekat dan disekat oleh
polis di Balai Polis Kajang dan Cheras.
Ada 4 kiyai di sekitar Kampung Baru mengedarkan air jampi dan
tangkal penebat, iaitu ilmu kebal dengan harga yang agak mahal.
Sesiapa yang memakainya menjadi kebal dan boleh terbang. Apa yang
pasti, Askar Melayu juga telah menyelamatkan orang Melayu di
Kampung Baru ketika itu. Mungkin juga ramai yang pernah mendengar
kisah parang terbang yang terbang di Kampung Cheras Baru dan
penggal kepala orang Cina.
Namun rusuhan kaum tidak terjadi di Kelantan, Terengganu dan
Pahang. Di Perak, Kedah, Pulau Pinang serta Perlis tiada sebarang
pergaduhan. Negeri Johor dan Negeri Sembilan juga tidak terjadi apa-
apa kerana telah diberi amaran oleh PKM. Cuma ada sedikit kekecohan
di Melaka. Di Betong ada tembakan dilepaskan oleh PKM dan mereka
memberi amaran jika askar melayu menembak orang cina, mereka akan
memberi senjata api kepada orang cina.
Ada yang menyifatkan pergaduhan ini sebenarnya adalah pergaduhan
"politik" Datuk Harun dengan sokongan Tun Razak yang tidak berpuas
hati dengan Tunku Abdul Rahman bukannya perkauman kerana
pemimpin cina Parti Perikatan seperti, Tan Siew Sin, Ong Yoke Lin telah
"lari" bersama dengan Tunku Abdul Rahman ke Cameron Highlands.
Sebelum peristiwa itu masyarakat Melayu dan Cina boleh hidup dalam
keadaan yang harmoni. Seperti dinyatakan pergaduhan tidak belaku di
negeri seperti Kelantan, Pahang dan Kedah. Jika ia merupakan isu
perkauman, pastinya pada hari itu orang cina dan melayu akan
berbunuhan sesama sendiri di negeri tersebut seperti di selatan thai.
Persepsi[sunting | sunting sumber]
Kalangan orang melayu mempunyai pandangan yang negatif terhadap
kaum cina yang dilihat sebagai tidak mengenang budi dengan taraf
kerakyatan yang diberikan pada mereka pasca kemerdekaan. Persepsi
negatif masyarat Melayu terhadap kaum Cina juga berlaku kerana orang
Cina merupakan majoriti menganggotai pasukan Bintang Tiga yang
ingin menjadikan negara ini sebagai negara komunis berpaksikan
negara komunis China.
Pada tahun 2007, satu buku May 13: Declassified Documents on
the Malaysian Riots of 1969 yang ditulis oleh akademik, bekas ahli
Democratic Action Party, dan bekas ahli parlimen Kua Kia Soong
telah diterbit oleh Suaram. Berdasarkan dokumen yang baru
'declassified' di pejabat maklumat awam London, buku tersebut
mengatakan bahawa rusuhan tersebut bukannya disebabkan parti
pembangkang sepertimana cerita rasmi yang diberikan, tetapi rusuhan
tersebut dimulakan oleh "ascendent state capitalist class" di UMNO
sebagai 'coup d'etat' untuk menumbangkan Tunku Abdul Rahman.
[6]

Bagaimanapun ia hanyalah merupakan suatu pendapat sahaja atau
cerita dari sebelah pihak lagi yang belum lagi pernah dibuktikan
kesahihan atau sebaliknya.
Satu lagi persepsi yang kurang tepat disebarkan ialah penglibatan Lim
Kit Siang dalam peristiwa 13 mei ini. Menurut Penasihat DAP itu, beliau
tidak berada di Kuala Lumpur pada 11, 12 dan 13hb Mei 1969.
[7]

"Saya masa itu bertanding di Bandar Melaka, dan berada di pusat
pengiraan undi di Melaka sehingga awal pagi 11hb Mei 1969 kerana
menunggu keputusan, hanya kembali kepada keluarga saya di Petaling
Jaya pada 11hb Mei (hari Ahad)," kata Lim.
[8]

Pada hari Isnin seterusnya, iaitu 12hb Mei 1969, beliau pulang ke
Bandar Melaka untuk mengucapkan terima kasih kepada para pengundi
di perarakan terima kasih kepada pengundi pada petang dan menghadiri
satu rapat umum terima kasih kepada pengundi pada sebelah
malamnya.
Kedua-dua acara itu katanya telah berlangsung secara aman.
"Saya mungkin merupakan satu-satunya wakil rakyat dalam tahun 1969
yang sempat mengadakan perarakan dan rapat umum berterimakasih
kepada pengundi selepas pilihan raya kerana saya telah menempah
tiket untuk terbang ke Sabah pada awal pagi hari Selasa, 13hb Mei 1969
untuk membantu dalam kempen pilihanraya calon-calon bebas di situ,
kerana pada masa itu, hari mengundi Sabah dan Sarawak adalah
diadakan seminggu selepas keputusan pilihan raya diumumkan di
Semenanjung.
"Semasa saya berucap di rapat umum di Kota Kinabalu pada malam 13
Mei, barulah saya terima berita bahawa huru hara Mei 13 telah berlaku
di Kuala Lumpur," kata Lim.
Beliau juga memberitahu, dalam ucapan pertamanya di Parlimen pada
23 Februari 1971 setelah beliau dibebaskan daripada tahanan ISA
pertamanya, serta selepas Parlimen dipulihkan, semasa membahas
Rang Undang-Undang Pindaan Perlembagaan 1971, beliau telah
menyeru supaya satu Suruhanjaya Parlimen ditubuhkan.
"Saya meminta suruhanjaya ini yang keahliannya termasuk wakil-wakil
bukan Ahli Parlimen yang dihormati dalam bidang mereka masing-
masing, untuk antara lain, 'mengenal pasti punca rusuhan Mei 13' dan
'membuat cadangan bagaimana untuk mencegah berulangnya rusuhan
kaum Mei 13 di masa depan, dan menghentikan masalah polarisai kaum
di Malaysia'," kata Lim.
Angka korban[sunting | sunting sumber]


Polis dan tentera sedang mengawal Panggung Odeon yang menjadi
sasaran rusuhan.
Angka rasmi menunjukkan 196 mati, 439 cedera, 39 hilang dan 9,143
ditahan. 211 kenderaan musnah.
Statistik tidak rasmi jumlah kematian:
Melayu : 86 orang
Cina : 342 orang
Lain-lain : 3 orang
Statistik tersebut tidak begitu tepat kerana daripada kacamata orang
ramai yang menjadi saksi, mereka melihat berderet-deret lori membawa
mayat yang tidak sempurna ke balai polis Jalan Travers waktu itu.
[perlu
rujukan]

Lokasi Tunku Abdul Rahman semasa peristiwa 13 Mei[sunting |
sunting sumber]
Ketika itu (13 Mei 1969), Tunku Abdul Rahman baru pulang dari Alor
Star meraikan kemenangan beliau di sana.
6.45 petang Encik Mansor selaku Ketua Polis Trafik Kuala Lumpur
memaklumkan kejadian pembunuhan kepada Tunku Abdul Rahman.
Darurat diisytiharkan pada jam 7.00 malam 13 Mei 1969.

Mageran[sunting | sunting sumber]
Negara diisytiharkan darurat pada malam 16 Mei 1969. Dengan
pengistiharan ini, Perlembagaan Persekutuan telah digantung. Negara
diperintah secara terus oleh Yang DiPertuan Agong dibawah undang-
undang tentera. Dalam pada itu, Majlis Gerakan Negara (Mageran)
telah dibentuk. Tunku Abdul Rahman telah menarik diri dari mengetuai
majlis tersebut. Tempat beliau telah digantikan oleh Timbalan Perdana
Menteri Tun Abdul Razak. Berikutan itu, Parlimen juga digantung.
Sepanjang tempoh darurat, Mageran telah melakukan pelbagai tindakan
untuk mencari punca dan penyelesaian agar tragedi tersebut tidak
berulang. Antara tindakan yang diambil ialah membentuk satu Rukun
Negara bagi meningkatkan kefahaman rakyat tentang perlembagaan
negara. Turut dilakukan ialah melancarkan Dasar Ekonomi Baru untuk
menghapuskan pengenalan kaum dengan satu aktiviti ekonomi dan
membasmi kemiskinan tegar dan membentuk Barisan Nasional yang
bersifat sebagai sebuah kerajaan perpaduan.

Anda mungkin juga menyukai