Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS DARULAMAN
06000 JITRA KEDAH

JURNAL INTERNSHIP
Nama Pelajar : Tan Boon Ngoh
Kursus & Ambilan : PISMP ambilan Januari 2011
Tempoh Internship : 4 minggu
Pengkhususan : PL (BC) / MT
Nama Guru Pembimbing : Cik Goh Sheok Tin
Catatan Minggu ke: (1).Tarikh : 6 Julai 2014 hingga 10 Julai 2014
Masalah/Isu/Peristiwa yang difokuskan
Minggu pertama persekolah untuk sesi internship di Sekolah Jenis Kebangsaan
(C) Pumpong. Kami melapor diri di pejabat dan turun ke tapak perhimpunan untuk
mengikuti perhimpunan mingguan.
Pada hari pertama, kami berjumpa Guru Besar dan memaklumkan tentang
kehadiran dan tugasan yang bakal kami lakukan selama sebulan dalam tempoh
internship ini. Kami turut berbincang tentang projek yang bakal kami laksanakan
sepanjang tempoh internship dalam cara perlaksanaannya.
Kami juga diberi amanah untuk mengajar dua waktu seminggu dan kelas yang
terlibat adalah kelas yang pernah kami mengajar sewaktu praktikum siri tiga yang lalu.
Kami banyak menghabiskan masa berbincang dengan guru pembimbing tentang kertas
kerja dan cara untuk melaksanakan projek-projek yang dirancang.
Isu yang saya ingin fokuskan adalah berkaitan dengan cara mengagih tugas-
tugas projek internship yang melibatkan kami 4 orang guru pelatih selepas menentukan
projek yang akan dilaksanakan.

Analisis masalah/Isu/peristiwa
Agihan tugas dapat ditakrifkan sebagai pemberian tugas yang dilakukan oleh
ketua kepada orang bawahannya mengikut kemampuan dan keupayaan dalam
melaksanakan sesuatu tugas tersebut.
Agihan tugas yang adil adalah amat penting bagi memastikan kerja-kerja tugas
dapat dilaksanakan dengan lebih lancar dan baik. Justeru, pengagihan tugas juga perlu
mengambil kira kepakaran dan kebolehan seseorang itu. Oleh itu, kami semua telah
berbincang bersama-sama mengenai masalah tersebut.
Dalam kalangan kami, ada yang pandai dalam membina video dan ada yang
pakar dalam membuat powerpoint. Selain itu, ada juga yang pandai menapis maklumat
yang banyak menjadi lebih ringkas dan padat. Hal ini amat membantu kami
menyelesaikan projek membina video tentang sejarah sekolah yang merupakan salah
satu projek internship bagi kami.
Cadangan Penyelesaian
Langkah pertama ialah agihan tugas perlu dilakukan mengikut kepakaran dan
kepandaian seseorang individu dalam bidang yang diceburinya. Contohnya, individu
yang pakar dalam bidang ICT perlulah diberikan tugas berkaitan dengan hal teknologi
maklumat serta individu yang mahir mengendalikan jentera hendaklah diberikan tugas
mengendalikan jentera. Jika agihan tugas tidak mengikut kepakaran, maka banyak
masalah dan perakara akan timbul.
Langkah yang kedua dalam pengagihan tugas yang berkesan ialah berkaitan
dengan masa. Tugas-tugas yang diagihkan hendaklah mempertimbangkan masa yang
diperuntukkan kepada pekerja. Sebagai contoh, pekerja yang terlalu sibuk dan terlalu
banyak tugas yang perlu diselesaikan tidak dapat menyelesaikan tugas yang diberikan
kepadanya dengan baik dan berkesan. Pekerja hendaklah tidak dibebani dengan
tugasan yang terlalu banyak serta perlu peruntukkan masa kepadanya untuk
menyelesaikan tugas yang diberikan.
Langkah yang ketiga yang perlu diambilkira ketika mengagihkan tugas ialah
keupayaan dan kemampuan individu tersebut dari segi fizikal dan mental. Hal ini sangat
penting supaya tugas yang diberiakan dapat disiapkan pada masa yang ditetapkan.
Sebagai contoh individu yang mempunyai masalah kesihatan perlulah diberikan tugas
mengikut kemampuan fizikalnya. Jika dibebani dengan tugas yang berat hal ini akan
memudaratkan lagi kesihatannya.
Langkah yang keempat ialah kerelaan dan kesanggupan melaksanakan tugas.
Sebagai seorang ketua atau pengurus, perlulah mengetahui kesanggupan individu
dalam melaksanakan sesuatu tugas. Misalnya, jika individu tersebut mempunyai
masalah dalam meyelesaikan tugasan, hendaklah dipertimbangkan perkara itu. Hal ini
supaya tidak menjejaskan kualiti kerja tersebut.
Langkah yang kelima dalam mengagihkan tugas ialah tugas hendaklah
diagihkan secara adil dan saksama. Tugas perlu diagihkan secara adil supaya dapat
menjaga kepentingan bersama.
Tempoh penyelesaian
4 minggu
Tindakan susulan
Saya dan rakan-rakan lain telah merancang untuk menghabiskan sepanjang 2 minggu
kami iaitu 6 Julai 2014 hingga 17 Julai 2014 (pagi ke petang) di sekolah untuk
menyelesaikan projek pertama kami iaitu membina sebuah video tentang sejarah
sekolah dengan secepat mungkin.
Kesimpulan
Kami berharap persediaan awal kami ini akan membuahkan hasil yang baik
dalam memenuhi keperluan internship pada kali ini.




Pandangan / komen guru pembimbing
..................................................................................................................................................
......................................................................................................................................... ........
..................................................................................................................................................
Tarikh : ............................................. Tandatangan : .............................................
Nama : .........................................................

Pandangan / komen Guru Besar
..................................................................................................................................................
..................................................................................................................................................
...................................................................................................................................................
Tarikh : .............................................. Tandatangan : ..............................................
Nama : ........................................................

Anda mungkin juga menyukai