Anda di halaman 1dari 7

Gangguan Emosi

Gangguan Emosi boleh ditakrifkan sebagai satu situasi yang menunjukkan satu atau lebih
perwatakan oleh murid-murid. Kamus dewan bahasa dan pustaka telah memberi
maksud kepada gangguan emosi sebagai akibat konflik yang tidak dapat diselesaikan,
yang dicirikan dengan keresahan sama ada melalui pertuturan atau perlakuan tertentu.

Seterusnya gangguan emosi juga dapat ditakrifkan sebagai kelakuan menunjukkan ciri
suka menyendiri dan mempunyai emosi yang tidak stabil. Antara gangguan personaliti yg
berlaku ialah antisosial. Ketidakmampuan untuk belajar yang tidak dapat dijelaskan oleh faktor-
faktor intelektual, kesihatan juga menjadi definisi kepada gangguan emosi. Secara ringkasnya
gangguan emosi boleh dikatakan bahawa gangguan yang diterima oleh seseorang murid yang
menyebabkan emosi murid tersebut tidak stabil. Gangguan emosi ini akan menimbulkan
pelbagai kesan terhadap kehidupan seseorang murid. Gangguan emosi adalah satu perkara
yang amat serius pada usia persekolahan. Mereka akan mengalami gangguan emosi yang
serius dan ini menyebabkan stress kepada murid-murid.

Punca Gangguan Emosi dalam kalangan Murid

Mengikut Terri Mauro (2004), terdapat banyak faktor yang berkait dengan gangguan
emosi dalam kalangan kanak-kanak. Antara punca berlakunya gangguan emosi dalam
kalangan murid ialah persekitaran sekolah, peristiwa dalam keluarga, pengaruh keluarga,
pengaruh rakan sebaya, tindakan guru dan lain-lain lagi.

Gangguan emosi dalam kalangan murid berpunca daripada persekitaran sekolah yang
tidak kondusif. Contohnya gangguan emosi itu mungkin berpunca daripada masalah
kesesakan di dalam kelas yang boleh mewujudkan kecenderungan murid untuk
melakukan kesalahan disiplin. Ini selaras dengan pendapat yang diberikan oleh Ketua
Jabatan Pendidikan Kaunseling dan Psikologi Kaunseling, Fakulti Pengajian Pendidikan,
Universiti Putra Malaysia (UPM), Prof Madya Dr Rusnani Abdul Kadir yang mendapati
bahawa kecendurungan ke arah perlakuan negatif wujud kerana dipengaruhi unsur
rangsangan di sekeliling mereka. Ini bermaksud murid mungkin melakukan kesalahan
akibat daripada suasana persekitaran yang tidak kondusif dan mengganggu emosi
mereka.

Keadaan ini berlaku kerana keadaan sekolah yang sesak akan membawa kepada fizikal
kelas padat dan menyebabkan situasi tidak selesa kepada proses pengajaran dan
pembelajaran. Malah keadaan ini menjadi lebih ketara jika ada murid nakal yang sering
mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Ini secara langsung akan
mengganggu murid yang ingin belajar dan menyebabkan mereka mengalami tekanan
emosi.

Selain itu, peristiwa dalam keluarga juga akan menjadi punca murid mengalami
gangguan emosi. Peristiwa dalam keluarga selalunya melibatkan perubahan yang besar
dan penyesuaian dalam kehidupan murid. Peristiwa dalam hidup mungkin bersifat positif
atau negatif dan melibatkan diri sendiri atau orang yang tersayang. Contoh peristiwa
hidup yang negatif adalah penderaan, penceraian, kemalangan, kematian, muflis atau
hilang pekerjaan, dipenjara, krisis kewangan dan lain-lain.

Manakala peristiwa hidup yang positif termasuk perkahwinan, mengandung, kenaikan
pangkat dan berpindah ke rumah baru. Peristiwa dalam kehidupan keluarga seperti yang
dinyatakan itu memberi kesan ke atas masalah emosi seseorang murid. Peristiwa yang
sedemikian akan menyebabkan emosi murid tertekan dan selalunya mereka akan
menunjukkan tindak balas fizikal, emosi dan tingkah laku seseorang. Dari segi emosi,
murid akan berasa susah hati, murung, sedih, marah, tidak tentu arah, resah dan lain-lain
lagi.

Di samping itu, keluarga yang sering bertengkar, bergaduh dan kurang mesra, tidak
menaruh minat terhadap anak-anak, bercerai, terdapat kematian dan perpisahan akan
membawa keadaan gangguan emosi dan penyesuaian kanak-kanak yang tidak stabil.
Pengaruh keluarga menjadi punca keadaan in berlaku. Dari segi tingkah laku, murid
berkenaan mungkin akan bertindak berlainan di antara satu dengan lain. Sesetengahnya
ada yang menjadi kaku, ada juga yang meluahkan emosi manakala ada juga yang tidak
menunjukkan sebarang emosi. Keluarga yang mesra antara satu sama lain, demokratik
dan ibu bapa yang memenuhi keperluan kanak-kanak akan meningkatkan penyesuaian
kanak-kanak tersebut. Kanak-kanak yang melihat dirinya diterima oleh ibu bapanya akan
menunjukkan aspirasi ego yang lebih tinggi, ketabahan dan ketekunan dalam
melaksanakan sesuatu perkara.

Pada peringkat kanak-kanak, rakan sebaya mempunyai pengaruh yang sikit berbanding
dengan zaman remaja yang mempunyai peranan yang besar. Namun begitu, pengaruh
rakan sebaya juga menjadi salah satu punca gangguan emosi dalam kalangan kanak-
kanak. Minat kanak-kanak lebih mirip kepada minat rakan daripada ibu bapa. Perihal
popular atau tidak popularnya seseorang itu mengikut pandangan rakan-rakannya
sangat penting dalam perkembangan personalitinya. Mereka juga akan suka membantu,
bijak bertoleransi dan melibatkan diri dengan merancang dan memulakan aktiviti
kumpulan yang menarik dan menyeronokkan.

Murid yang diterima oleh rakan sebaya akan bersikap ceria, bersemangat, baik hati,
boleh berjenaka, mempunyai daya usaha, dorongan dan sering memberikan idea yang
baik. Murid yang tidak disanjung dan disingkirkan oleh rakan-rakan mempunyai ciri-ciri
yang bertentangan dengan mereka yang popular. Murid ini akan berasa kurang yakin
pada diri sendiri, penakut dan cuba menjauhkan diri dari rakan sebaya. Murid sebegini
akan menunjukkan sikap agresif, sombong dan terlalu mendesak. Murid yang disukai
oleh kawan-kawannya akan berasa inferior, rasa iri hati, benci, muram dan marah
terhadap kawan-kawan yang tidak menghiraukannya. Semua ini menunjukkan tanda-
tanda gangguan emosi yang perlu diketahui oleh guru dalam menguruskan tingkah laku
murid di dalam kelas.

Kesan Gangguan Emosi Di Kalangan Murid

Tidak ada manusia yang dapat rnengelakkan diri dari tekanan. Seperti yang dinyatakan
oleh Hans Selye (1956) dalam bukunya The Stress of Life "No one can liveWithout
experiencing some degree of stress at all." Tekanan boleh membawa kesan yang positif
bagi sesetengah Individu kerana Ia boleh mendorong seseorang untuk memperbaiki
pencapaian diri, menghadapi cabaran dan membuat penyesuaian dengan corak
kehidupan yang sentiasa berubah (Iohnson, 1997). Sebaliknya, tekanan yang tidak dapat
dikawal oleh individu yang mengalaminya mungkin mendatangkan kesan yang negatif
Terdapat sesetengah pelajar melakukan cara yang tidak sihat untuk rnengatasi gangguan
tekanan yang akhimya cara sedemlklan mendatangkan kesan negatif kepada diri rnereka
sendiri contohnya denganmengambil dadah dan alkohol, tidur dan makan berlebihan
atau menahan lapar,

Penemuan data kajian-kajian lalu menunjukkan tekanan yang dialami oleh
pelajar mempunyai kaitan dengan penghargaan kendiri yang rendah (Arora, Kurnari
dan Enright, 1988; Youngs, Rathge, Mullis dan Mullis, 1990), lokus kawalan yang
lemah (Cole dan Sapp (1988), kemurungan (Toler dan Murphy, 1985), tingkahlaku
delinkuen (Vaux dan Ruggiero, 1983) dan masalah penyalahgunaan (Mates dan Allison
(1992). Penemuan yang diperolehi oleh para pengkaji ini membuktikan bahawa tekanan
yang tidak terkawal boleh mendatangkan implikasi yang negatif kepada pelajar
yang mengalaminya. Justeru, identifikasi awal kepada simptom-simptorn tekanan
boleh membantu remaja berkenaan. Antara simptom-sirnptom yang menunjukkan
seseorang mengalami tekanan ialah mengalami gangguan tidur. Pelajar tersebut tidak
dapat tidur dengan betul dan ini akan menyebabkan matanya merah dan selalu
berair dan pelajar itu juga mungkin selalu kelihatan kehausan dan keletihan disebabkan
tidak cukup tidur.

Kesan yang seterusnya ialah menunjukkan reaksi berlebihan terhadap kejadian-kejadian
biasa. Apabila seseorang pelajar itu mengalami tekanan emosi dia akan menunjukkan
reaksi-reaksi yang abnormal dan berlebihan .Contohnya marah dan maki hamun mana
mana pelajar jika terlanggarnya di tangga.

Kesan yang seterusnya ialah pelajar sebegini akan menunjukkan rasa tidak gembira
terhadap pencapalan diri. Walaupun mereka telah menunjukkan pencapaian yang
cemerlang di akademik ataupun kokurikulum tetapi dirinya sendiri tidak akan menghayati
dan menghargainya pencapaian tersebut dan hanya mengambilnya tanpa makna.

Pelajar-pelajar yang telah mengalami tekanan emosi akan mengamali keletihan yang
melampau dan kurang bertenaga, menunjukkan tingkahlaku gelisah seperti mata
berkelip-kelip dan menggeleng-gelengkan kepala, sakit perut atau saklt kepala pada
setiap hari atau pada setiap minggu, menunjukkan tingkahlaku untuk mendapatkan
perhatian seperti tingkahlaku agresif, tidak berupaya rnembuat keputusan dan hilang
sifat kelucuan.

Kewujudan salah satu atau sebahagian daripada perkara-perkara yang dinyatakan
menunjukkan bahawa individu tersebut berkernungkinan mengalami tekanan. Pelajar
yang mengalaminya berkemungkinan sedar atau tidak sedar bahawa mereka sedang
mengalami gangguan tekanan. Pengenalpastian kesan-kesan yang dinyatakan bukan
sahaja dapat memudahkan golongan ibu bapa mernbantu pelajar yang tertekan bahkan
pelajar yang menyedari bahawa mereka menunjukkan simptom-simptom tersebut boleh
mendapatkan bantuan lebih awal sebelum kesan negatif yang mungkin berlaku akibat
tekanan berlaku pada diri pelajar.

Langkah-langkah Menangani Masalah Gangguan Emosi dalam Kalangan Murid

Sebagaimana ahli falsafah Yunani Aristotle menegaskan, setiap individu mudah
mengalami gangguan emosi sekiranya seseorang itu tidak menguruskan sesuatu
perasaan itu dengan sebaiknya. Kini kebanyakan murid telah mengalami gangguan
emosi kerana mereka tidak menguruskan emosinya secara berpatutan dengan
kebijaksanaan menggunakan kecerdasan emosinya. Antara-antara langkah-langkah yang
boleh diambil oleh guru, ibubapa, murid dan pihak sekolah adalah seperti berikut:

Amalkan Sikap Kepimpinan Demokratik

Sebagaimana yang telah yang kita kepimpinan guru bersifat demokratik boleh
mewujudkan interaksi dua hala dan membawa suasana sosio-emosi yang sihat, mesra
dan harmonis di antara guru dengan murid-muridnya. Sifat kepimpinan demokratik ini
boleh mengurangkan suasana yang tegang dan menggalakkan murid-murid berdamping
rapat dengan guru, tidak merasa segan untuk bertanya atau mengemukakan pendapat
mereka. Sifat kepimpinan demokratik ini juga mendorong murid-murid berinteraksi di
antra satu sama lain, dan melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti kumpulan.



Mengelolakan Banyak Aktiviti Kumpulan

Aktiviti Kumpulan memberi banyak peluang kepada murid-murid untuk berinteraksi di
antara satu sama lain. Oleh itu, guru harus berikhtiar merancang dan menguruskan
banyak aktiviti kumpulan untuk membolehkan murid-murid menjalankan aktiviti
pengayaan, aktiviti pemulihan, lakonan, sesi buzz, permainan pertandingan atau kerja
projek. Aktiviti-aktiviti sebegini akan merangsang murid untuk menampil diri kehadapan
bagi menyiapkannya serta mereka tidak akan berasa diri mereka diasingkan. Aktiviti-
aktiviti ini juga boleh menggalakkan murid untuk menujukkan bakat yang terpendam
dalam diri mereka.

Menggunakan Percakapan Yang Sesuai

Sebagaimana yang telah dihuraikan oleh Flanders, percakapan guru yang boleh
mewujudkan interaksi guru dengan murid-muridnya adala diklasifikasikan di bawah
kategori pengaruh tidak langsung. Ini bermakna, untuk mewujudkan interaksi dua hala,
selain menggunakan kaedah menyoal, percakapan guru harus boleh menggalakkan
murid mengemukakan pendapat atau memberi tindak balas mereka. Contohnya guru
boleh menggunakan modifikasi tingkahlaku yang bersesuaian. Peneguhan positif seperti
memuji diberi kepada murid yang menunjukkan tingkahlaku yang diingini. Hukuman
dikenakan perlu adil dan berseuaian.

Guru membantu murid yang bermasalah

Sekiranya terdapat murid yang mempunyai masalah peribadi seperti bersifat pendiam,
penakut, pemalu, guru seharusnya mengadakan sesi kaunseling untuk membantu
mereka mengatasi masalah peribadinya. Selepas itu guru menggalakkan mereka
menyertai dalam aktiviti pembelajaran bersama murid-murid yang lain. Guru harus juga
mendorong murid-murid normal supaya mereka dapat menerima murid-murid yang
bermasalah dalam kumpulan mereka dan tidak menyingkirkan murid-murid bermasalah
tersebut. Cara ini dapat mengelakkan mrid yang bermasalah mengalami gangguan
emosi.

Peranan Unit Bimbingan dan Kaunseling

Pihak sekolah Unit Bimbingan dan Kaunseling sekolah boleh menganjurkan program-
program yang berbentuk pendidikan sebagai tindakan sokongan dalam pembentukan
tingkahlaku. Program-program ini bertujuan membantu mereka yang mempunyai
masalah gangguan emosi untuk meningkatkan pencapaian akademik, membangunkan
kemahiran sosial, meningkatkan kemahiran dalam mengawal tingkahlaku dan
meningkatkan konsep kendiri murid-murid.

Murid bersifat self-efficacy

Mengikut Albert Bandura, murid haruslah bersifat self-efficacy iaitu murid yang boleh
belajar daripada kekalahan, mengambil inisiatif mencari punca kekalahan, memikir
bagaimana membaikinya demi menukarnya kepada kemenangan, dan bukan
membimbangi atau menyedih kerana kekalahan. Murid belajar untuk memandang segala
perkara secara optimistik kerana ia merupakan cara yang paling berkesan untuk
menentang emosi yang kurang sihat ini.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu mendapat perkhidmatan psikologi
dan kaunseling. Mereka ini perlu mendapat khidmat bimbingan kepada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang berkelayakan atau bertauliah. Kerjasama dengan ibubapa
juga perlu semasa seseorang murid itu mendapat bimbingan daripada ahli psikologi,
kaunselor dan personel yang bertanggungjawabnya. Ini kerana ibubapa juga perlu diberi
maklumat yang berkaitan dengan masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
Perbincangan antara dua pihak itu dibuat dari semasa ke semasa dan apa juga cadangan
untuk menangani masalah yang dihadapinya perlu dibuat bersama-sama.

Selain daripada itu, ibubapa juga membelikan buku-buku yang berkaitan dengan teknik-
teknik meningkatkan kecerdasan emosi dan menghadiahkannya kepada anak yang
mengalami gannguan emosi. Ibubapa juga memberikan beberapa tunjuk ajar tentang
cara menguruskan emosi masing-masing.

Guru atau ibubapa tidak memukul murid atau anak yang mempunyai tingkah laku yang
tidak diingini seperti anak yang seringkali ponteng sekolah atau anak yang merokok.
Murid perlu diberi peluang untuk mengenalpasti kesalahan atau tingkah laku yang tidak
diingini. Seterusnya diberi ruang untuk memperbaiki tingkah laku yang tidak diingini itu.
Ini kerana sekiranya mereka memukul anak tersebut wujudnya perasaan benci, marah
terhadap orang yang memukulnya dan anak itu tidak akan memperbaiki tingkah laku itu.
Ini akan meyebabkan anak atau murid itu mengalami gangguan emosi.

Murid-murid yang mengalami gangguan emosi perlu diberi bimbingan kerjaya. Dengan
ini, mereka akan meningkatkan konsep kendiri yang yang lebih positif.

Langkah-langkah diatas adalah langkah-langkah yang paling berkesan kepada murid
yang gagal menguruskan emosi ,mereka dengan berkesannya. Langkah-langkah di atas
ini akan membantu seseorang individu yang mengalami gangguan emosi untuk
menguruskan emosinya dengan lebih berkesan secara berpatutan dengan kebijaksanaan
menggunakan kecerdasan emosinya.

Sekian.

Anda mungkin juga menyukai