Anda di halaman 1dari 4

7.5 Kemahiran Membuat Keputusan.

Pengurus-pengurus perlu mahir dalam membuat dan menyelesaikan sesuatu


keputusan. Ketepatan keputusan yang diambil bergantung kepada kemahiran
seseorang pengurus atau ketua dalam menyelesaikan masalah.

Sesuatu keputusan yang diambil perlu dinilai terlebih dahulu kebaikan dan
keburukannya. Contohnya :

Masalah Yang Dihadapi Kebaikan Keburukan

Pengambilan pekerja Pembayaran gaji yang Melibatkan banyak kos


asing, murah yang mana boleh seperti kos penempatan,
mengurangkan kos latihan dan masa
perbelanjaan operasi untuk menyeseuaikan diri.
syarikat

Dilema untuk membeli Dapat meningkatkan Melibatkan perbelanjaan


mesin-mesin baru yang produktiviti syarikat. yang besar sedangkan
canggih. syarikat tidak mempunyai
sumber kewangan yang
mencukupi.

Dalam kes-kes diatas , penilaian pelbagai aspek terutamanya modal perlu dikaji
sebelum sesuatu keputusan dibuat. Keputusan yang diambil adalah yang terbaik
daripada yang terbaik dan perlulah adil serta saksama.

Mari kita lihat persoalan-persoalan ini sebelum membuat keputusan :

– Apakah masalah-masalah yang dihadapi ?


– Mengapa sesuatu keputusan perlu dibuat ?
– Adakah jurang yang perlu dicapai adalah terlalu besar ?
– Bagaimana hendak mengurangkan jurang perbezaan tersebut ?
– Adakah keputusan yang dibuat akan membawa perubahan baru atau akan
menambah masalah baru

7.6 Teknik-Teknik Pembuatan Keputusan.

7.6.1 Sumbang Saran

Sumbang saran adalah pembincangan yang diadakan tanpa kritikan . Setiap


ahli akan memberi idea masing-masing yang boleh dikongsi bersama-sama.
Langkah-langkah kaedah ini adalah :

Jumlah ahli-ahli yang terlibat sekurang-kurangnya 6 – 12 orang


Ketua kumpulan akan meberitahu masalah yang dihadapi kepada ahli kumpulan
yang lain.

Setiap ahli kumpulan disarankan untuk mengeluarkan idea-idea dalam


menyelesaikan masalah tersebut.

Daripada semua alternatif dan idea yang disumbangkan, hanya yang terbaik akan
diambil, manakala idea yang lain diabaikan.

Contoh : Kedai pakaian Z dikehendaki berjumpa 2 tahun sekali dalam sesi


sumbang saran untuk membincangkan trend semasa pengguna dan idea-
idea untuk meningkatkan jualan.

7.6.2 Teknik Kumpulan Nominal

Teknik ini menghadkan perbincangan semasa proses membuat keputusan.


System ini mengamalkan konsep sama rata. Teknik ini bertujuan
membenarkan kelompok bertemu secara formal tanpa mengehadkan
pemikian yang bebas (open minded). Langkah-langkah kaedah ini :

Masalah diberitahu dan kemudiannya, wakil kumpulan dikehendaki mencatatkan


idea-idea tentang masalah yang dibincangkan

Setiap ahli dalam kumpulan akan membentangkan idea-idea secara lisan dan idea-
idea ini akan direkod oleh ahli-ahli lain terlebih dahulu sebelum perbincangan
dijalankan.

Setiap ahli akan menilai idea-idea dan menentukan agreget tertinggi. Keputusan
diambil berdasarkan agreget yang tertinggi.

7.6.3 Teknik Delphi


Teknik ini lebih kompleks dan mengambil masa diman ianya tidak
membenarkan ahli kumpulan untuk bertemu secara bersemuka. Kaedah
teknik ini lebih kurang dengan kaedah teknik kumpulan nominal. Langkah-
langkahnya adalah :

1- Mengenal pasti masalah dan ahli diberi satu siri soal selidik berkenaan
penyelesaian masalah tersebut.

2- Setiap ahli menyiapkan soal selidik tersebut secara sulit. Keputusan soal
selidik pertama dikumpulkan dan disalinkan untuk diberi kepada setiap ahli
yang terlibat.

3- Setelah meneliti keputusan, ahli ditugaskan memberi cadangan sekali lagi


yang mungkin sama atau berbeza dengan cadangan yang asal.

4- Ulangi langkah (2) dan (3) apabila perlu sehingga keputusan majoriti dicapai.

7.6.4 Mesyuarat elektronik

Teknik ini merangkumi teknik kumpulan nominal dan penggunaan teknologi


computer yang canggih. Tujuannya ialah untuk mewujudkan kerahsiaan
tindak balas, jujur dan pantas. Langkah-langkah nya adalah :

Ahli-ahli akan bermesyuarat melalui rangkaian computer. Identiti akan dirahsiakan.

Isu akan dikemukakan dan peserta dikehendaki menaipkan tindak balas mereka
dengan cepat.

Komen dan undian secara agreget akan dipamerkan di layar tayangan bilik
mesyuarat.

7.7 Perinkat-Peringkat Membuat Keputusan

Peringkat Pembuatan Keputusan Pihak Atasan.


Peringkat Pembuatan Keputusan Pihak Pertengahan.

Peringkat Pembuatan Keputusan Pihak Bawahan.

7.7.1 Peringkat Pengurus Atasan

Beliau bertanggungjawab terhadap keseluruhan organisasi. Beliau akan


menetapkan produk atau perkhidmatan yang akan dikeluarkan dan menentukan
bentuk perubahan yang akan dibawa kedalam organisasi. Ini bermaksud, mereka
mempunyai kuasa autoriti dalam syarikat dan keputusan-keputusan yang dibuat
oleh mereka mempunyai skop yang luas.

Contoh : C.E.O, President, Pengarah Urusan dan Pengurus Besar

7.7.2 Peringkat Pengurus Pertengahan

Beliau akan cuba untuk merealisasikan bersama matlamat ,visi , misi serta
perancangan yang dibuat oleh pengurus atasan. Beliau juga akan mengawal aktiviti
di jabatan dan memberi arahan kepada pengurus bawahan untuk bersama-sama
mereliasasikan visi yang telah ditetapkan syarikat. Keputusan yang dibuat adalah
untuk jangkamasa yang lebih pendek iaitu antara 1 hingga 5 tahun.

Contoh : Ketua Jabatan, Pengarah, Pengurus Cawangan dan ketua Bahagian

7.7.3 Peringkat Pengurus Bawahan

Beliau akan melaksanakan perancangan khusus yang telah dibuat oleh


pengurus pertengahan. Beliau juga akan menyelia aktiviti dan operasi syarikat dan
berhubung secara langsung dengan pekerja bukan pengurusan. Keputusan yang
dibuat adalah untuk jangka masa yang pedek iaitu dari 1 hingga 12 bulan.

Contoh : Penyelia. Pegawai Projek, Penyelaras, Pegawai Tadbir dan Pegawai


Eksekutif.