Anda di halaman 1dari 108

LAMAN WEB MASJID JAMEK TANJONG

MALIM



MUHAMMAD ZULHAZRI BIN MAHMUD




FAKULTI SENI, KOMPUTERAN DAN INDUSTRI
KREATIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2014
ii


LAMAN WEB MASJID JAMEK TANJONG MALIM




MUHAMMAD ZULHAZRI BIN MAHMUD
D20101038716




LAPORAN KERTAS PROJEK DIKEMUKAKAN BAGI MEMENUHI SYARAT
UNTUK MEMPEROLEH IJAZAH IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN
(TEKNOLOGI MAKLUMAT) DENGAN KEPUJIAN



FAKULTI SENI, KOMPUTERAN & INDUSTRI KREATIF
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
2014
iii



PENGAKUAN


Saya mengaku disertasi ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan sumbernya.









18 JUN 2014

.
MUHAMMAD ZULHAZRI BIN
MAHMUD
D20101038716


iv


PENGHARGAAN

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan perkenan serta
rahmat-Nya dapatlah saya menyempurnakan projek tahun akhir untuk kursus
MTR3996 Projek Tahun Akhir Teknologi Maklumat. Di kesempatan ini, saya ingin
merakamkan penghargaan kepada pensyarah merangkap penyelia kursus iaitu, Encik
Salman Firdaus Bin Side katas tunjuk ajar, bimbingan dan nasihat beliau sepanjang
menyelia saya dalam usaha menjayakan tugasan projek tahun akhir yang telah
diamanahkan.
Setinggi penghargaan juga diucapkan kepada ibu bapa saya yang
sememangnya banyak menyokong usaha murni ini daripada pelbagai aspek. Tidak
dilupakan juga kepada rakan-rakan dan semua pihak terutama sekali pihak Masjid
Jamek Tanjong Malim yang banyak membantu secara lansung mahupun tidak
lansung sama ada dalam bentuk idea, pendapat, buah fikiran atau kritikan semasa
sesi perbincangan yang dijalankan sepanjang penyempurnaan kertas kajian ini.
Tanpa pertolongan daripada semua pihak sudah pasti menjadi kesukaran kepada saya
untuk mendapatkan hasil kajian yang dijalankan dengan baik.
Akhir kata, segala jasa baik dan bantuan yang diberikan oleh semua pihak
secara lansung mahupun tidak lansung akan dibalas dengan pahala oleh Allah SWT
kelak.

v


ABSTRAK

Projek ini dibangunkan bagi menghasilkan sebuah laman web interaktif bagi Masjid
Jamek Tanjong Malim, Perak Darul Ridzuan. Reka bentuk dan pembangunan laman
web secara keseluruhannya menggunakan model Incremental Life Cycle Model.
Laman web ini dibangunkan dengan menggunakan medium Wix.com. Pembangunan
laman web ini menekankan elemen interaktiviti di antara pengguna dan ahli
jawatankuasa yang menguruskan laman web ini. Aktiviti keagamaan, kerohanian dan
kemasyarakatan dijadikan sebagai bahan informasi. Perisian Adobe Photoshop
digunakan pengkaji bagi menghasilkan beberapa jenis reka bentuk grafik yang
bersesuaian dengan laman web. Elemen multimedia diterapkan di dalam
pembangunan laman web ini. Hasil respon pengguna telah berpuas hati dengan
laman web yang telah dibangunkan bersesuian dengan kehendak pihak Masjid.
vi


ABSTRACT

The facility is designed to produce an interactive website for the Masjid Jamek
Tanjong Malim, Perak. The design and development of the whole site using model
Incremental Life Cycle Model. This website is developed using Wix.com medium.
Website development emphasizes the elements of interactivity between users and
members of the committee that manages the site. Religious activities, spiritual and
community serve as material information. Researchers used Adobe Photoshop
software to produce some sort of graphic design is appropriate for the site.
Multimedia elements embedded in the development of this website. Revenue's
response was satisfied with the website that has been developed in accordance with
the requirements of the Mosque.


vii


KANDUNGAN

Muka surat
PENGHARGAAN .....................................................................................................iv
ABSTRAK ................................................................................................................... v
ABSTRACT ................................................................................................................vi
KANDUNGAN ......................................................................................................... vii
SENARAI JADUAL .............................................................................................. viii
SENARAI RAJAH ....................................................................................................ix
SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/TATANAMA/ISTILAH (JIKA ADA) . x
BAB 1 ............................................................................................................................ 1
1.1 Pengenalan ......................................................................................................... 1
1.2 Latar Belakang Projek ..................................................................................... 4
1.3 Penyataan Masalah Projek............................................................................... 6
RUJUKAN ................................................................................................................. 94
LAMPIRAN .............................................................................................................. 96


viii


SENARAI JADUAL

JADUAL Muka surat

Jadual 1.1 "Taipkan Tajuk Jadual." ..................................... Error! Bookmark not defined.


ix


SENARAI RAJAH
RAJAH Muka surat

Rajah 1.1 "Taipkan Tajuk Rajah disini." ............................ Error! Bookmark not defined.




x


SENARAI SINGKATAN/SIMBOL/TATANAMA/ISTILAH (JIKA ADA)





1




BAB 1


PENGENALAN PROJEK




1.1 Pengenalan
Peredaran masa telah menuntut manusia untuk merubah ketamadunan mereka
menjadi baik dan semakin baik. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi
yang semakin pesat telah menjadikan kepentingan teknologi itu kepada manusia
dalam menjalan urusan seharian. Jika dilihat pada garis masa perolahan teknologi itu
berkembang adalah sangat pantas dan jitu menjadikan manusia sebagai proksi
pencetus idea ke arah perkembangan dunia serba canggih ini. Jika ahli-ahli inovasi
pada masa dahulu masih hidup pada zaman sekarang pasti mereka terkejut dengan
perubahan teknologi yang begitu ketara. Sesungguhnya manusia memerlukan masa
2


dan tenaga untuk merubah ketamadunan menjadi lebih maju. Tetapi jika
dibandingkan pada masa kini, pengeluaran teknologi misalnya gajet atau peranti
elektronik telah menjadi satu fenomena kepada pengeluaran syarikat besar yang
berlumba-lumba mengeluarkan produk teknologinya yang paling terkini bagi
menepati cita rasa pengguna yang mahukan kepuasan dalam menggunakan produk
mereka. Oleh sebab demikian, jika kita perhatikan kepada evolusi telefon bimbit
salah satu gajet penting kepada manusia telah melalui perkembangan yang cukup
hebat. Daripada telefon telefon bimbit yang hanya menerima panggilan dan pesanan
ringkas, kini telefon bimbit menjadi gajet pintar yang mempunyai kelengkapan
dengan pelbagai aplikasi seperti internet dan sistem operasi pintar.
Seperti yang kita dapat lihat evolusi teknologi adalah untuk mengurangkan
beban tenaga manusia mengerjakan kerja berat menjadi mudah, pekerjaan yang
mengambil masa lama menjadi cepat. Jika zaman dahulu berkuda, berbasikal atau
berjalan kaki menjadi pengangkutan utama manusia untuk ke sana sini, kini
perkembangan teknologi pengangkutan menghasilkan pelbagai jenis pengangkutan
seperti kapal terbang, bullet train, dan kenderaan awam semata-mata untuk
memudahkan pergerakan manusia. Begitu juga kepada perkembangan komputer
yang menjadi nadi kepada urusan seharian manusia. Terciptanya komputer telah
menjadikan segala bentuk pekerjaan sama ada daripada sektor perkhidmatan,
perindustrian atau sektor kerajaan menjadi satu aset penting dalam memudahkan
segala bentuk kerja pejabat dan pengendalian mesin. Capaian internet yang
menghubungkan kepada komputer membolehkan bentuk perhubungan dalam talian
seperti sistem pengurusan, perbankan dan sistem perkhidmatan. Penggunaan internet
yang semakin berkembang bukan hanya pada komputer tetapi peranti pinta seperti
3


komputer riba dan telefon bimbit membolehkan hubungan secara dalam talian boleh
dicapai pada bila-bila masa dan di mana sahaja.
Berdasarkan statistik penggunaan internet di kalangan negara Asia Tenggara
daripada Malaysian Communication and Multimedia Commission (Q1,2008) telah
meletakkan Malaysia di tangga kedua daripada peratusan penggunaan internet dalam
kalangan penduduknya. Jika kini nisbahnya pasti meningkat berkali ganda
menjadikan internet sebagai medium utama sebagai kegunaan seharian dalam
melaksanakan pelbagai urusan kerja dan rangkaian sosial. Menyedari akan hakikat
tersebut, kerajaan juga menyedari bahawa organisasi dan pengurusan dalam sekor
kerajaan menjadi internet sebagai salah satu asas keberkesanan dan kecekapan dalam
pengendalian kerja. Oleh sebab demikian, kerajaan telah menyarankan kepada
organisasi pengurusan dalam mana-mana bidang seperti pendidikan, penguran dan
perkhidmatan menjadikan Web System Portal sebagai medium interaksi kepada
pengguna yang memang kita tahu mempunyai jumlah yang banyak jika dilayan
secara manual. Penggunaan Web System Portal ini sudah semestinya memudahkan
urusan baik yang mengendalikan bahagian organisasi mahu pun orang yang mahukan
perkhidmatan.
Memiliki laman web adalah satu kepentingan menyampaikan maklumat
kepada orang ramai secara cepat, tepat dan efisen. Melalui perkembangan sistem
sedia ada dalam talian kini, membolehkan laman web kepunyaan organisasi swasta
atau kerajaan menjalankan urusan secara transaksi atas talian. Misalnya
penghantaran surat hanya melalui emel dan faks, bagi urusan pembayaran pula ada
disediakan sistem perbankan jika laman web organisasi itu menyediakan
4


perkhidmatan tersebut. Kepentingan laman web ini telah menyebabkan kerajaan
sedar dan minat untuk menyarankan kepada semua pihak atas hasil usaha organisasi
terbabit untuk membangunkan laman web mereka sendiri.

1.2 Latar Belakang Projek
Web System Portal adalah sistem capaian maklumat yang disediakan oleh mana-
mana pihak yang membangunkan laman web dengan tujuan untuk menyampaikan
maklumat dan mengenalkan mengenai mereka terhadap orang ramai. Masjid Jamek
Tanjong Malim, Perak telah menjadi pilihan untuk menjalankan projek ini berikutan
Masjid ini merupakan sebuah organisasi yang mempunyai banyak maklumat untuk
pengetahuan masyarakat setempat. Masjid Tanjong Malim terletak di daerah jajahan
Batang Padang, namun dari segi urus tadbir adalah di bawah seliaan Majlis Daerah
Tanjong Malim yang terletak di Behrang 2020. Berdekatan dengan kawasan tumpuan
di mana Masjid ini betul-betul bersebelahan dengan Pekan Tanjong Malim.
Kemudahan pengangkutan awam seperti stesen bas dan stesen kereta api yang
berdekatan juga menyebabkan Masjid ini menjadi kawasan tumpuan kepada
masyarakat setempat dan luar. Tambahan lain, tumpuan Masjid ini sentiasa
meningkat dan padat dengan adanya institusi pengajian iaitu Universiti Pendidikan
Sultan Idris menjadikan Masjid tempat berkumpulnya para pensyarah dan mahasiswa
untuk melaksanakan aktiviti keagamaan, kebajikan dan pendidikan.
Kajian projek ini dilakukan di Masjid Tanjong Malim berikutan mahu
menjadikan Masjid ini sebagai Masjid contoh sebagai organisasi yang
membangunkan laman web. Laman web yang dihasilkan bertujuan untuk
5


memberikan kemudahan maklumat dan pengurusan kepada pengguna Masjid terbabit
serta ahli jawatankuasa Masjid. Asas kepada laman web ini adalah menyampaikan
maklumat secara efisen kepada ahli jawatankuasa serta para kariah. Pada masa yang
sama maklumat mengenai aktiviti dan segala perihal mengenai Masjid boleh didapati
hanya dengan melayari laman web Masjid. Selaras dengan kehendak kerajaan negeri,
maka penghasilan laman web ini berpatutan kerana penggunaan internet di kawasan
setempat juga semakin meningkat, tambahan pula dengan adanya gedung ilmu yang
berdekatan akan sentiasa menjadikan kawasan Masjid sebagai kawasan tumpuan.
Secara ringkasnya penubuhan laman web ini adalah seiring dengan
perkembangan teknologi semasa menjadikan internet sebagai asas kegunaan
seharian. Oleh kerana tidak mahu ketinggalan dalam arus masa, pihak Masjid dan
UPSI telah mengambil inisiatif menjadikan Masjid ini sebagai kumpulan organisasi
agama yang menjalankan laman web di daerah Batang Padang. Hal ini juga
menunjukkan agama tidak menidakkan kemajuan, menjadikan agama Islam
bertoleransi terhadap kemudahan teknologi selagi memberikan kemudahan dan
kesenangan kepada pihak Masjid dan masyarakat untuk menjalankan kerja mahupun
mendapatkan maklumat. Bertepatan dengan pengurusan Masjid yang mahu
menjadikan Masjid ini sebagai contoh pusat agama yang setara dengan
perkembangan teknologi menjadikan impak yang besar kepada pusat agama bagi
agama lain seperi Hindu dan Buddha.

6


1.3 Penyataan Masalah Projek
Gesaan kerajaan menjalankan laman web sendiri bagi mana-mana organisasi sudah
lama diketengahkan, namun hanya badan-badan tertentu yang menyahut seruan
kerajaan supaya organisasi dalam pelbagai bidang mempunyai sistem capaian
maklumat sendiri setara dengan perkembangan teknologi terkini. Masjid Tanjong
Malim sebenarnya sudah pun menjalankan sistem capaian maklumatnya sendiri pada
tempoh 5, 6 tahun yang lepas. Disebabkan kerana tempoh masa servis perkhidmatan
sudah tamat, oleh disebabkan kekurangan kos operasi bagi membangunkan sebuah
laman web. Justeru itu, pihak Masjid memerlukan laman web yang percuma untuk
dibangunkan seta mudah diuruskan. Selain itu Masjid juga mempunyai laman blog
yang tidak aktif iaitu http://Masjidjamektanjongmalim.blogspot.com/.
Merujuk kepada latar belakang projek, terdapat beberapa permasalahan yang
dikenalpasti terutama sekali terhadap pengurusan pihak Masjid. Persoalan yang
dibangkitkan ialah :
Bagaimana laman web ini dapat membantu pihak pengurusan Masjid yang terdiri
daripada ahli jawatankuasa dan kariah yang dapat menguruskan sistem maklumat
dengan cepat, berkesan dan memuaskan hati semua pihak?
Bagi menjawab persoalan di atas, beberapa soalan tambahan perlu diwujudkan
seperti :
1. Sejauh manakah laman web yang akan dibangunkan dapat dikendalikan
oleh pihak pengurusan Masjid?
2. Adakah laman web yang dibangunkan dapat mengurangkan masa ahli
jawatankuasa bagi menguruskan pengurusan maklumat?
7


3. Berapakah bilangan admin yang perlu ada bagi mengendalikan laman
portal ini?
4. Sejauh manakah laman web ini dapat mewujudkan komunikasi yang lebih
berkesan di antara ahli jawatankuasa, kariah dan masyarakat setempat?
5. Adakah Masjid mempunyai kemudahan lengkap dari segi teknologi dan
capaian internet?
6. Bolehkan laman web ini dapat menyebarkan maklumat dan menjadi
medium dakwah yang berkesan terhadap kariah dan masyarakat
setempat?

Menyedari akan hakikat ini, inisiatif dilakukan bagi menjadikan Masjid Tanjong
Malim sebagai Masjid yang mempunyai laman web portal sebagai medium capaian
sistem maklumat, berikutan kawasan pusat ibadah ini dekat dengan institusi
pengajian dan di kawasan tumpuan masyarakat. Penghasilan projek dilakukan secara
berperingkat dengan menghasilkan sistem capaian maklumat dahulu.

1.4 Objektif Projek
Projek ini dijalankan setelah mengambil kira objektif yang bertepatan bagi
membangunkan laman web Masjid Jamek Tanjong Malim. Antara objektif yang
ingin dicapai adalah :
1. Mengkaji kelemahan dalam sistem penyampaian maklumat Masjid
2. Membangunkan laman web yang percuma untuk pihak Masjid
8


3. Mereka bentuk sistem pengurusan maklumat yang lebih senang, cepat dan
mudah diuruskan
4. Membangunkan laman web interaktif yang boleh diuruskan oleh ahli
jawatankuasa Masjid bagi menyampaikan maklumat dan aktiviti semasa
berkaitan Masjid
5. Menilai kehendak pengguna dalam membangunkan laman web Masjid
ini.

1.5 Persoalan Projek
Melalui permasalahan yang telah dikaji, persoalan kajian telah dibina bagi membantu
pengkaji mencapai objektif kajian. Persoalan kajian adalah :
1. Apakah keperluan dan ciri-ciri laman web yang dibangunkan?
2. Siapakah yang akan menjadi admin dan end-user?
3. Bagaimana kebolehupayaan diuji ke atas laman web yang telah
dibangunkan?
4. Adakah laman web yang dibangunkan memuaskan hati pengguna?

1.6 Skop Kajian
Pembangunan laman web ini mempunyai beberapa skop yang telah dikenalpasti,
antaranya ialah :
1. Laman Masjid Jamek Tanjong Malim dibangunkan menggunakan
perisian Adobe Dreamweaver, MySQL atau Template sedia ada di mana-
9


mana laman web percuma yang bakal digunakan oleh pihak pengurus
Masjid, ahli jawatankuasa dan kariah.
2. Fungsi sistem ini adalah membenarkan pengurusan Masjid membuat
pengurusan maklumat sama ada mengemaskini, mengubah dan
membuang.
3. Pengkaji akan menjadikan pihak pengurusan Masjid untuk menjadi admin
pada laman web ini. Beberapa orang ahli jawatankuasa akan diberikan
tugas menjadi content creater, moderater dan advertiser. Bagi kariah pula
akan menjadi ahli iaitu menjadi end-user bersama masyarakat setempat
dan pelayar laman web Masjid.
4. Sistem ini merupakan sebuah web berasaskan sistem di mana ia diakses
atau dicapai secara atas talian. Pengguna boleh melayari laman web
dengan adanya capaian internet secara cable atau Wireless LAN dan
peluncur web seperti Internet Explorer.

1.7 Kepentingan Projek
Projek ini dijalankan adalah dengan memastikan hubungan pengurusan Masjid
dengan kariah menjadi lebih baik dan ini membolehkan golongan tua umumnya
mengenal teknologi yang telah dibangunkan agar mereka juga tidak ketinggalan.
Oleh itu, dengan adanya laman web ini :
1. Pihak Masjid dapat menguruskan laman web secara mudah dan efisen.
2. Pihak Masjid dapat menguruskan maklumat dan aktiviti berkaitan Masjid
dengan lebih tersusun.
10


3. Pihak Masjid dapat mengurangkan kos operasi sebuah laman web.
4. Masyarakat setempat dan luar dapat menggunakan laman web Masjid.
5. Masyarakat setempat dan luar dapat mengakses maklumat berkaitan
aktiviti keagamaan dan kemasyarakatan yang dianjurkan Masjid.

1.8 Kesimpulan
Penghasilan laman web ini dibangunkan oleh mahasiswa Universiti Pendidikan
Sultan Idris bagi menjalinkan usaha sama di antara pihak Masjid dan Universiti. Pada
masa yang sama memenuhi kehendak kerajaan negeri yang mahukan segala capaian
maklumat dapat diakses secara cepat dan efisen. Menjadikan Masjid Jamek Tanjong
Malim sebagai pengguna kepada sistem ini membolehkan Masjid-Masjid lain di
sekitar daerah Batang Padang boleh mengikuti perkembangan yang dipelopori oleh
Masjid ini.
Penghasilan laman web ini memerlukan masa yang mencukupi dengan
harapan laman web yang dibangunkan berguna kepada pihak Masjid bagi
membolehkan mereka menyebarkan maklumat secara efisen dan berkesan khususnya
bagi masyarakat setempat. Justeru itu, dengan adanya laman web ini akan
menjadikan Masjid ini sebagai Masjid perkembangan ilmu Teknologi Maklumat dan
Komunikasi pada masa akan datang dengan harapan ada pihak yang berterusan
mengekalkan projek yang telah dihasilkan.


11


BAB 2


KAJIAN LITERATUR




2.1 Pengenalan
Manusia semestinya tahu bahawa dengan adanya Teknologi Maklumat dan
Komunikasi telah menjadikan urusan manusia semakin cepat dan mudah.
Perkembangan teknologi maklumat ini sememangnya memberikan kesan yang besar
kepada pelbagai sektor dalam memastikan keberkesanan mereka mencapai tahap
kepuasan pengguna. Penggunaan internet adalah satu kemestian kepada mereka yang
tidak mahu ketinggalan dalam mendapatkan maklumat, teknologi mahupun
memperolehi pendidikan. Perkembangan teknologi maklumat telah menjadikan
sistem pendidikan kita lebih mencakupi aspek ke arah sains dan teknologi bertujuan
untuk melahirkan modal insan yang mampu mengangkat negara ke arah negara maju
menjelang tahun 2020. Jika negara-negara industri yang berskala besar seperti Korea,
Jepun, Amerika Syarikat dan beberapa lagi negara Eropah sudah mencapai tahap
celik IT atau teknologi yang sungguh tinggi. Tahap inovasi mereka yang sungguh
menakjubkan itu menyebabkan dunia meletakkan penguasaan sesebuah negara bukan
12


bersandarkan kekayaan hasil bumi semata-mata, tetapi hasil inovasi negara tersebut
yang membangunkan teknologi terbaik.
Menyedari akan hakikat kepentingan kebolehupayaan teknologi, kerajaan
telah berusaha melahirkan kadar celik IT supaya rakyat Malaysia terdedah dengan
perkembangan semasa melalui pengenalan internet kepada penduduk luar bandar
terutamanya. Paling penting dalam pelaksanaan melahirkan generasi celik IT ini
adalah dapatan maklumat yang diperolehi. Bagaimana mereka mendapatkan
maklumat itu, menganalisis serta memberikan rasional akan maklumat atau ilmu
yang diperolehi. Pada masa kini segala bentuk urus kerja yang melibatkan
pengurusan dan maklumat memerlukan capaian maklumat untuk menjalankan sistem
pengurusan. Memperkenalkan IT di kalangan rakyat adalah satu mekanisma
pelajaran awal sebelum mereka menggunakan kepelbagaian penggunaan IT yang
sememangnya berguna untuk mereka.

2.2 Kajian Literatur
Pada Bab ini pengkaji akan memfokuskan kepada kajian dan bahan penulisan yang
telah diterbitkan dan menjadikan asas kepada sistem yang akan dibangunkan dalam
projek ini. Kajian ini perlu dilakukan untuk mengenalpasti kaedah-kaedah yang
berkaitan, mengenalpasti masalah-masalah yang akan timbul dan cara mengatasinya
atau mengurangkannya. Kajian ini juga akan membantu dalam pembangunan sistem
secara sistematik dan teratur supaya sistem yang dihasilkan benar-benar berkualiti
dan memberi manafaat kepada penggunanya. Merujuk kepada latak belakang projek
pada bab 1, kajian projek ini dijalankan berdasarkan maklumat yang berhubung kait
13


dan tepat atas dorongan usaha sama di bawah Jabatan Komputeran Fakulti Seni,
Komputeran & Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris dengan pihak
Masjid Jamek Tanjong Malim. Pada masa yang sama permintaan pihak Masjid juga
yang mahu laman web mereka dibangunkan semula dengan tujuan untuk
menyebarkan maklumat secara cepat dan pantas.












Rajah 2.2.1 : Rangka kerja kajian literatur
Berdasarkan rangka kerja yang dibuat oleh pengkaji, kajian yang dibuat dapat
menilai sejauh mana keberkesanan pembangunan laman web yang akan
dibangunkan. Melalui kajian ini penting untuk melihat justifikasi terhadap beberapa
Kajian Literatur
Masjid
Laman web Sistem sedia ada
Profail
Kemudaha
n
Berita &
Informasi
Muat
Turun
Dreamweave
r
Joomla
Masjid Al-
Hasanah,
Bangi
Masjid Negara
Masjid Al-
Ridhuan, Hulu
Klang
Wix.com
PHP
Hypertext
Processor
Pelayan
Apache
14


kepentingan seperti asas kepada pembangunan laman web misalannya menggunakan
sepenuhnya pengaturcaraan atau menggunakan aplikasi mudah yang terdapat di
dalam peluncur web yang menyediakan template kepada pembangunan web.
Perbandingan dalam kajian literatur ini bagi mendapatkan kelebihan dan kelemahan
pada satu-satu laman web, supaya pengkaji dapat menghasilkan laman web yang
lebih baik daripada laman web sedia ada.

2.3 Portal Berasaskan Laman Web
Projek kajian yang akan dibangunkan boleh merujuk kepada Bab 1.2 iaitu latar
belakang projek. Penghasilan laman web portal ini adalah untuk membolehkan pihak
pengurusan Masjid mempunyai sistem capaian maklumat yang membolehkan
mereka menambah, mengemaskini atau membuang maklumat dengan tujuan
menjadikan laman web portal ini sebagai medium interaktif maklumat dalam
kalangan pengurusan Masjid dengan masyarakat setempat. Rangka antara muka
laman web ini adalah sama seperti laman web yang lain yang memaparkan muka
hadapan, walau bagaimanapun laman ini dibangunkan dengan mempunyai pengkalan
data yang akan menyimpan segala maklumat berkaitan pengurusan Masjid dan
informasi mengenai Masjid


Portal Masjid Tanjung Malim
Rajah 2.3.1 : Contoh paparan antara muka laman web
Login :
Password :
Daftar baru ?

15


Isi kandungan di dalam laman web tidak boleh dibangunkan sembarangan.
Hal ini kerana, konsep pembangunan isi kandungan laman web seharusnya
sistematik dan tersusun bagi memudahkan pengguna melihat paparan antara muka.
Semua isi kandungan atau artikel perlu mempunyai kategori-kategori terlebih dahulu.
Ini perlu untuk menyusun persembahan, paparan dan pembinaan menu.







Rajah 2.3.2 : Isi Kandungan dalam laman web Masjid
Berdasarkan gambar rajah 2.3, ini menunjukkan setiap artikel di kategorikan
mengikut ketetapan yang dirancang. Dalam laman web ini, penghususan dipecahkan
dari unit terbesar hingga terkecil iaitu artikel. Unit terbesar dikenali sebagai kategori
utama seterusnya dipecahkan kepada sub-sub kategori dan akhirnya artikel. Dalam
isi kandungan sekurang-kurangnya perlu ada satu category utama, satu sub-kategori
dan barulah boleh dimasukkan artikel yang lain. Secara ringkasnya, untuk
memperkayakan sebuah laman web, dari masa ke semasa anda boleh menambah,
mengemaskini dan membuang sebarang kategori utama sub-kategori dan artikel
Kategori Utama
Menu 1
Menu 2
Menu 3
Artikel
Artikel
Artikel
Artikel
Artikel
Artikel
16


mengikut keperluan semasa. Laman yang baik, adalah laman yang kaya dengan isi
kandungan, bukan laman yang cantik dari segi warna dan persembahan sahaja.
Bagi sebuah laman web Masjid adalah dicadangkan peta laman bagi isi
kandungan web adalah seperti yang dinyatakan dalam rajah 2.1 berkaitan Masjid :

KATEGORI
ARTIKEL Kategori Utama Sub Kategori


Profail

Masjid
1. Sejarah
2. Misi & Visi
3. Lokasi
4. Peta & Alamat
5. Kemudahan
6. Lain2

Pentadbir
1. Barisan Pentadbir
2. Ahli jawatankuasa
3. Badan penasihat
4. Badan sokongan

Berita


Terkini
Memaparkan segala
bentuk berita berkaitan
Masjid dan masyarakat
setempat.
17




Informasi
Statik Maklumat berkaitan hal
penting atau hal umum
Dinamik Maklumat akan di isi dari
semasa ke semasa, seperti
hebahan dan makluman.
Mempunyai paparan
bergerak.
Muat Turun / DLL Muat turun / DLL 1. Borang
2. Minit mesyuarat
3. Dll
Jadual 2.1 : Perincian terhadap isi kandungan laman web
Sistem yang dibangunkan adalah laman yang mempunyai sistem capaian
maklumat di mana kandungannya sudah dijelaskan berdasarkan gambar rajah 2.3 dan
jadual 2.1. Ini menunjukkan satu laman web berangkaian yang mempunyai lebih
daripada satu kategori untuk memaparkan pelbagai maklumat dan informasi
berkaitan Masjid.

2.3.1 Dreamweaver
Adobe Dreamweaver merupakan program penyunting halaman web dari Adobe
Systems yang dahulu dikenali sebagai Macromedia Dreamweaver dari Macromedia.
Program ini banyak digunakan oleh pengembang web kerana figura yang lengkap
serta kemudahan dalam penggunaannya. Versi terakhir Macromedia Dreamweaver
sebelum Macromedia dibeli oleh Adobe Systems iaitu versi 8. Kemudian setelah
18


dibeli oleh Adobe Systems berkembang ke versi selanjutnya yakni versi 9 (CS3)
versi 10 yang ada dalam Adobe Creative Suite 4 (CS4) dan versi terbarunya yaitu
CS5.
Sebagai editor web yang cekap, Adobe Dreamweaver semestinya dilengkapi
dengan kemampuan pengurusan lama, yang memudahkan pengkaji mengelola
keseluruhan elemen yang ada dalam sebuah laman. Pengkaji juga dapat melakukan
evolusi laman dengan melakukan pemeriksaan link yang rosak, peluncur web yang
pada termasuklah pengesahan pengaturcaraan HTML dan CSS yang tidak sesuai
dengan pembangunan sesebuah laman web.
Selain itu, Adobe Dreamweaver memiliki banyak perkakasan yang
memudahkan seseorang seperti pengkaji untuk mengemaskini dan membuat kod-kod
di dalam halaman web. Kemudahan yang terdapat didalamnya antara lain ialah
Referensi HTML, CSS dan Javascript, Javascript debugger, dan code editor yang
mengizinkan kita mengubah atau mengemaskini pengaturcaraan Javascript, XML,
HTML, CSS, TEMPLATING dan dokumen teks lain secara langsung.
Dengan cirri yang lengkap, kemudahan penggunaan, sokongan tambahan dan
Plug-In yang banyak, Adobe Dreamweaver dapat membantu seorang pereka web
bekerja lebih cepat dan efisien tanpa kesulitan, bahkan untuk seorang pemula
sekalipun yang belum banyak mengenal penggunaan aturcara HTML dan CSS.


19


2.3.2 Joomla!
Joomla adalah salah satu aplikasi yang digunakan untuk membuat atau
membangun sebuah laman web yang dinamik yakni dilengkapi berbagai kemudahan
yang boleh disokong atas penggunaan aplikasi ini. Selain itu, Joomla termasuk dalam
kategori aplikasi CMS (Content Management System) open source, yang bermaksud
pengkaji dapat menggunakan laman web ini dengan sebebas-bebasnya atau bebas
untuk mengoperasikannya. Sejarah Joomla! sendiri awalnya dikembangkan dari
aplikasi CMS lainnya iaitu Mambo.

2.3.2.1 PHP
PHP ( Personal Homepage ) atau yang lebih dikenali dengan sebutan Hypertext
Preprocessor merupakan bahasa pengaturcaraan yang bersifat server side. Hasil
pengaturcaraan atau pembuatan sintaks atau program aturcara PHP akan
dilaksanakan oleh webserver dan kemudian akan dikirim dalam bentuk HTML ke
client browser. Aturcara PHP tersebut tidak dapat dilihat oleh pengunjung,
melainkan aturcara HTML yang dilaksanakan oleh pengaturcaraan PHP tersebut
yang dapat dilihat oleh pengunjung. Untuk mengubah pengaturcaraan PHP tersebut
menjadi pengaturcaraan HTML juga diperlukan sebuah aplikasi iaitu enjin PHP.
Enjin PHP tersebut akan digunakan bersama aplikasi webserver.

20


2.3.2.2 Pelayan Apache (Web Server)
Bahagian terpenting yang harus ada dalam sebuah laman web adalah webserver,
kerana ianya berfungsi sebagai pusat kawalan yang mengolahan data sesebuah laman
web. Jadi input yang dilakukan oleh pengguna internet akan diolah kemudian
dikembalikan semula kepada pengguna tersebut. Salah satu webserver yang sekarang
ini banyak digunakan dalam pembangunan laman web adalah Apache, kerana telah
banyak menyokong format file server tanpa perlu menambah mana-mana komponen
aplikasi. Selain itu penggunaan Apache juga adalah bersifat open source di mana
pengkaji bebas menggunakannya pada bila-bila masa.

2.3.2.3 Data Base

Rajah 2.4 : Ilustrasi konsep Database client-server
21


Database boleh dikatakan sebagai satu kumpulan dari data yang tersimpan dan diatur
atau diorganisasikan sehingga data tersebut dapat diambil atau dicari dengan mudah
dan efisien. Sebagai contoh dari Database adalah buku telefon yang mungkin sering
pengkaji lihat. Hal tersebut sama saja seperti Database yang sifatnya manual, hanya
dengan adanya komputer maka maklumat yang ada di dalam Database akan sangat
mudah untuk dikemaskini dan sangat cepat untuk dicari. Perisian atau aplikasi yang
bertugas untuk mengatur, menyimpan, mengubah data disebut dengan dengan DBMS
(Database Management System). Ada banyak sekali aplikasi DBMS ini mula
digunakan dalam komputer.. Contoh-contoh dari aplikasi database engine misalnya
seperti:
i. SQL Server dihasilkan oleh Microsoft.
ii. MS Access dihasilkan oleh Microsoft.
iii. Oracle Database dihasilkan oleh Oracle.
iv. MySQL dihasilkan oleh MySQL.

2.3.3 Wix.com
Wix.com adalah satu platform pembangunan web berasaskan awan (cloud
computing) yang membolehkan pengguna untuk mewujudkan profesional HTML5
laman web dan laman web mudah alih, melalui penggunaan drag dalam talian
mereka dan drop tools. Users boleh menambah fungsi seperti sosial plug-in,
22


eCommerce, borang kenalan, forum pemasaran e-mel, dan masyarakat ke laman web
mereka dengan menggunakan pelbagai aplikasi pihak ketiga Wix.
Wix dibina di atas model perniagaan freemium, pendapatan pendapatannya
melalui peningkatan premium. Pengguna hendaklah membeli pakej premium untuk
menyambung laman mereka untuk domain mereka sendiri, keluarkan iklan Wix,
menambah keupayaan e-dagang, membeli penyimpanan data tambahan dan jalur
lebar dan lebih. Meskipun begitu, pengguna masih boleh menggunakan laman web
yang dibangunkan secara percuma dengan menggunakan domain daripada Wix.com.

2.4 Kajian Ke Atas Produk Lampau/Sedia Ada
Penghasilan laman web portal sudah banyak dibangunkan oleh banyak pihak sama
ada sektor swasta yang menguruskan sistem perbankan dan perdagangan. Bagi sektor
kerajaan laman web portal ini dibangunkan oleh agensi-agensi kerajaan seperti badan
pengurusan majlis daerah, pendidikan dan badan berkebajikan. Seperti juga laman
web portal bagi organisasi seperti sebuah Masjid sudah banyak dibangunkan tetapi
kebanyakannya hanya dilaksanakan di Masjid-Masjid besar seperti Masjid Negeri
atau Masjid yang betul di bawah seliaan kerajaan negeri atau majlis daerah. Bagi
membangunkan Portal Masjid Jamek Tanjong Malim, saya telah menilai beberapa
laman portal Masjid negeri yang boleh dijadikan contoh. Kajian dilakukan bagi
meniliti penggunaan yang sama rupa dengan laman portal Masjid yang lain perlu di
kekalkan atau ada penambahbaikan boleh dilaksanakan.

23


2.4.1 Masjid Al Hasanah, Bangi

Rajah 2.4.1.1 : Paparan antaramuka Portal Masjid Al Hasanah
Paparan antara muka laman web portal sebuah Masjid ini dijadikan contoh projek
Laman sesawang (http://www.Masjidalhasanah.org/index.php/info-Masjid/lokasi/80-
utama/berita-hadapan/24-portal-Masjid-al-hasana). Antara muka laman web ini
menunjukkan maklumat-maklumat yang diberikan untuk kegunaan para pengguna.
Antara muka ini mengandungi teks, grafik, warna yang mampu memberi pemahaman
kepada para pengguna bahawa ini adalah laman web portal Masjid.
Portal Masjid ini menggunakan asas binaan web daripada Joomla yang
menggunakan aplikasi semasa dan pengurusan web yang baik. Berdasarkan sejarah
Masjid ini, Masjid ini adalah dibina pada tahun 90an apabila wujudnya bandar baru
Bangi bagi kegunaan penduduk disekitarnya. Masjid ini telah dirasmikan oleh
DYMM Tengku Idris Shah Ibni Almarhum Sultan Sallehuddin Abd Aziz Shah Alhaj
pada tanggal 10 Mac 2000. Beberapa contoh yang baik bagi menarik minat pengkaji
24


adalah penggunaan aplikasi kalendar yang memaparkan aktiviti semasa
menunjukkan satu informasi yang jelas dan mudah bagi kariah dan masyarakat
setempat.

Rajah 2.4.1.2 : Penggunaan aplikasi kalendar Portal Masjid Al-Hasanah
2.4.2 Masjid Negara, Kuala Lumpur

Rajah 2.4.2.1 : Paparan antaramuka Masjid Negara.
25


Paparan antara muka laman web portal sebuah Masjid ini dijadikan contoh projek
kajian, diambil daripada laman sesawang http://www.Masjidnegara.gov.my/v2/. Asas
membangunkan laman web ini adalah dengan menggunakan aplikasi Joomla, walau
bagaimanapun portal Masjid ini adalah di bawah seliaan kerajaan pusat yang berada
di bawah seliaan Majlis Agama Islam Wilayah Persekututan (MAIWP).
Penghasilan laman web ini adalah sama dengan beberapa portal Masjid yang
dikaji oleh pengkaji di mana portal ini memaparkan muka hadapan mengenai Masjid
Negara. Paparan menu utamanya adalah sama seperti yang dinyatakan oleh pengkaji
pada jadual 2.1 mengenai kategori-kategori utama memaparkan panel menu
berkaitan artikel Masjid ini. Susun atur dan pengurusan laman web yang baik ini
adalah salah satu contoh yang baik kepada pengkaji untuk membangunkan laman
web Masjid Tanjong Malim.
2.4.3 Masjid Al Ridhuan, Hulu Klang

Rajah 2.4.3.1 : Paparan antaramuka portal Masjid Al Ridhuan
26


Pengkaji telah memilih laman portal Masjid ini sebagai kajian literature yang di
ambil daripada laman sesawang http://Masjidalridhuan.org/. Paparan antarmuka
portal Masjid ini adalah seperti portal Masjid-Masjid yang lain. Penghasilan laman
web ini juga dibangunkan menggunakan asas laman web Joomla, yang memaparkan
portal ini mempunyai pengurusan web yang baik sama seperti dinyatakan mengenai
penggunaan aplikasi Joomla. Pembangunan portal Masjid Al Ridhuan ini adalah
bertepatan dengan keadaan Masjid yang berdekatan dengan kawasan bandar, oleh
yang demikian pembangunan laman web ini membantu pengurusan Masjid
menggunakan portal ini menyampaikan informasi dan berita.

2.5 Perbincangan
Dari kajian yang dijalankan terhadap ketiga-tiga sistem tersebut, didapati terdapat
kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam setiap sistem. Berikut adalah antara
kelebihan dan kelemahan yang terdapat dalam sistem-sistem tersebut.
i. Portal Masjid Al Hasanah, Bangi
Kelebihan
Penggunaan model Masjid sebagai paparan utama dalam portal.
Penggunaan teks yang jelas dan mudah dibaca sama ada golongan muda
dan tua.
Aplikasi kalendar yang memaparkan aktiviti Masjid secara bulanan.
Web dihasilkan secara cloud-computing, membolehkan portal dilayari
meskipun admin portal Masjid ini tidak mendaftar masuk.
27


Boleh diselenggara dari masa ke semasa disebabkan mempunyai asas
template daripada aplikasi Joomla.
Ahli jawatankuasa boleh menjadi ahli portal kerana dibangunkan sistem
pengurusan & pendaftaran maklumat yang menunjukkan portal staff.

Kelemahan
Kekurangan grafik yang boleh menarik minat pengguna melayari laman
portal Masjid.
Tiada penggunaan animasi atau paparan flash.
Portal Masjid ini sudah lama tidak dikemaskini menyebabkan ada
beberapa pautan direktori portal ini sudah rosak. Ini menunjukkan ada
beberapa laman yang tidak dibangunkan secara sempurna.
Ahli kariah dan pelayan luar portal ini tidak dapat menjadi ahli portal
kerana tiada sistem maklumat & pendaftaran yang dibangunkan khas
untuk golongan ini.

ii. Masjid Negara, Kuala Lumpur
Kelebihan
Penggunaan model Masjid sebagai paparan utama dalam portal.
Penggunaan teks yang jelas dan mudah dibaca sama ada golongan muda
dan tua.
Penggunaan menu, sub-menu yang memaparkan secara jelas berkenaan
direkori mana yang boleh dilayari.
28


Web dihasilkan secara cloud-computing, membolehkan portal dilayari
meskipun admin portal Masjid ini tidak mendaftar masuk.
Boleh diselenggara dari masa ke semasa disebabkan mempunyai asas
template daripada aplikasi Joomla.
Ahli jawatankuasa boleh menjadi ahli portal kerana dibangunkan sistem
pengurusan & pendaftaran maklumat yang menunjukkan portal staff.
Penggunaan unsure flash, terhadap paparan utama portal ini yang menarik
perhatian pengunjung web.
Memaparkan informasi statik yang menunjukkan aktiviti Masjid yang
akan dijalankan sebagai makluman pengunjung web.
Mempunyai pautan muat turun seperti jadual dan borang yang boleh
digunakan oleh orang ramai yang ingin memuat turun fail berkenaan.

Kelemahan
Ahli kariah dan pelayan luar portal ini tidak dapat menjadi ahli portal
kerana tiada sistem maklumat & pendaftaran yang dibangunkan khas
untuk golongan ini.
Tiada aplikasi kalendar yang memaparkan aktiviti Masjid secara bulanan,
ini kerana pada paparan portal Masjid Negara terlampau banyak informasi
dan berita yang menjadi padat. Jika menggunakan aplikasi kalendar boleh
diterangkan secara tepat mengikut masa dan tarikh.


29


iii. Masjid Al Ridhuan, Hulu Klang
Kelebihan
Penggunaan model Masjid sebagai paparan utama dalam portal.
Penggunaan teks yang jelas dan mudah dibaca sama ada golongan muda
dan tua.
Web dihasilkan secara cloud-computing, membolehkan portal dilayari
meskipun admin portal Masjid ini tidak mendaftar masuk.
Ahli kariah dan pelayan luar portal ini boleh menjadi ahli portal kerana
ada sistem maklumat & pendaftaran yang dibangunkan khas untuk
golongan ini.
Ahli jawatankuasa boleh menjadi ahli portal kerana dibangunkan sistem
pengurusan & pendaftaran maklumat yang menunjukkan portal staff.
Kelemahan
Kekurangan grafik yang boleh menarik minat pengguna melayari laman
portal Masjid.
Tiada penggunaan animasi atau paparan flash.
Portal Masjid ini sudah lama tidak dikemaskini menyebabkan ada
beberapa pautan direktori portal ini sudah rosak. Ini menunjukkan ada
beberapa laman yang tidak dibangunkan secara sempurna.
Tiada aplikasi kalendar yang memaparkan aktiviti Masjid secara bulanan,
ini kerana pada paparan portal Masjid mempunyai banyak informasi dan
berita. Jika menggunakan aplikasi kalendar boleh diterangkan secara tepat
mengikut masa dan tarikh.
30



2.6 Implikasi Tinjauan Terhadap Produk Yang Dibangunkan
Hasil kajian literatur yang telah dijalankan, didapati sesebuah program, sistem
maklumat, perisian, koswer mahupun soalan personaliti yang dibangunkan
khususnya untuk pihak pengurusan Masjid perlulah menepati keperluan mereka dari
sudut perkembangan usia mereka dan tahap keupayaan dalam penggunaan komputer
dan internet. Penggunaan warna-warna yang berunsurkan alam amat sesuai dengan
seni bina bagi agama Islam. Oleh itu pemilihan warna yang tepat dan bersesuaian
sangat penting. Penggunaan teks yang bersesuaian juga amat penting bagi
memudahkan pembacaan dan minat pengguna. Penggunaan taraf bahasa yang tinggi
akan menyukarkan pihak pengurusan Masjid menggunakan sistem pengurusan
maklumat ini, oleh yang demikian sistem yang dibangunkan mestilah menepati
kehendak setiap lapisan umur yang bermaksud neutral dan bersederhana.

2.7 Kesimpulan
Kajian literatur dijalankan bagi memberikan gambaran yang jelas kepada pengkaji
tentang subjek-subjek kajian sebelum menghasilkan sistem pengurusan maklumat
untuk pengurusan Masjid. Hal ini termasuklah mendapatkan maklumat dari segi ciri-
ciri yang terdapat dalam setiap produk kajian yang dikaji untuk dijadikan panduan ke
atas sistem pengurusan maklumat yang akan dibangunkan nanti.
Selain itu, hasil kajian juga dapat memberi pengetahuan mengenai kesesuaian
dalam menghasilkan laman web agar menepati cita rasa semasa. Justeru itu, kajian
literatur sebenarnya penting dalam pembangunan sesebuah produk yang ingin
31


dibangunkan. Hal ini kerana boleh dijadikan satu sumber rujukan dan panduan
kepada pengkaji bagi menghasilkan laman web yang bersesuaian dengan sasaran
pengguna.













BAB 3


METODOLOGI KAJIAN
32






3.1 Pengenalan
Pada bab ini saya akan menerangkan secara terperinci metodologi kajian yang akan
digunakan oleh pengkaji bagi membangunkan laman web Masjid Jamek Tanjong
Malim. Selain itu, pengkaji juga akan meniliti beberapa metodologi lain dengan
tujuan untuk menambahkan kefahaman pengkaji agar sistem yang dibangunkan
adalah pada tahap yang memuaskan pengkaji dan pengguna. Hal ini adalah
memastikan pengkaji berada pada struktur kajian yang dirancang supaya menepati
objektif penghasilan yang telah ditetapkan.
Perancangan perlu dibuat agar hasil yang diperolehi menepati kehendak
objektif pengguna. Oleh sebab demikian perancangan rapi perlu dibuat dengan
memastikan pengkaji mengikut setiap langkah yang ditetapkan supaya dapat
disiapkan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan bagi menghasilkan projek
kajian. Sokongan daripada strategi yang dijalankan amat penting bagi memandu
pengkaji dalam membangunkan laman web portal. Cetusan idea yang bersandarkan
kepada perancangan semata-mata adalah pembolehubah terkawal yang menjadi garis
panduan pengkaji, namun cetusan idea kritis yang timbul semasa projek kajian di
bangunkan boleh diambil kira jika dapat meningkatkan lagi keupayaan dan
keberkesanan projek berkenaan. Tetapi perlu diingat metodologi kajian ini adalah
perancangan bertulis yang memastikan perancangan dibuat mengikut garis panduan,
33


manakala idea-idea luar atau pun idea tambahan boleh diletakkan sebagai metodologi
tambahan yang mana mengukuhkan kekuatan pembangunan projek kajian pengkaji.

3.2 Definisi Metodologi
Pada umumnya, istilah metodologi itu berasal daripada perkataan Yunani iaitu
Metados dan Logos. Metados bermaksud ialah suatu perjalanan yang
mempunyai pelbagai cara dengan hasrat untuk mencapai tujuan. Manakala logos
pulak bermaksud ilmu. Jadi dapat disimpulkan bagi peradaban bahasa lampau
metodologi itu membawa maksud, ilmi-ilmu atau kaedah yang digunakan untuk
memperolehi kebenaran menggunakan beberapa tatacara yang bertepatan dan
bersesuaian dengan tunjuan untuk menemukan kebenaran yang mahu dikaji.
Bagi buku Kamus Dewan Edisi ke-4 (2010), takrifan yang dimaksudkan
adalah satu set cara yang merangkumi beberapa kaedah dan prinsip yang digunakan
dalam sesuatu perkara. Metodologi dalam bidang teknologi maklumat pula adalah
menggunakan beberapa kaedah yang sedia ada berasaskan permodelan dan sistem
komputer dengan bertujuan untuk membangunkan set sistem yang sedia ada secara
membangunkan daripada tiada atau penambahbaikan. Penggunaan set metodologi ini
amat penting dalam satu kajian kerana adalah satu satu set kaedah yang sistematik
dan tersusun bagi menunjukkan garis panduan yang bersesuaian dengan kajian yang
dilakukan bagi mendapatkan hasil yang menepati pengguna.
Jika melakukan kajian terhadap mana-mana projek yang dijalankan, penyelia
yang bertanggungjawab pasti akan menekankan kepada bahagian metodologi kerana
merupakan satu aspek pembangunan yang perlu ditekankan supaya penghasilannya
34


dapat menjamin kepuasan dan kualiti produk tersebut. Metodologi juga berperanan
membantu dalam penghasilan produk melalui skop kajian yang dibuat mememenuhi
keperluan dan spesifikasi pengguna yang di ingini. Bagi pengkaji pula, penggunaan
metodologi yang bersesuaian sebenarnya dapat meningkatkan kualiti sistem terutama
kepada pengkaji dapat menjimatkan masa dan kos.

3.3 Pendekatan Kajian
Dalam membangunkan projek kajian, satu set metodologi perlu ada untuk dijadikan
panduan dalam menghasilkan projek yang menepati kehendak pengguna. Metodologi
pembangunan sistem merujuk kepada kerangka kerja yang digunakan untuk
menstruktur, merancang dan mengawal proses pembangunan sistem maklumat.
Sebenarnya terdapat beberapa metodologi yang akan digunakan dalam pembangunan
sistem, hal ini kerana ianya mempunyai beberapa kelebihan dan kelemahan. Ada
kalanya bergantung kepada projek yang hanya sesuai digunakan metodologi tertentu,
tidak semestinya kaedah metodologi itu boleh memberikan panduan yang baik
terhadap projek kajian yang akan dijalankan, tetapi sebaliknya memerlukan pilihan
yang tepat agar pembangunan projek itu dapat menepati masa yang telah ditetapkan.
Untuk pembangunan laman web ini, pengkaji telah merancang beberapa
temuramah tidak berstruktur bagi mendapatkan sedikit informasi berkaitan Masjid
Jamek Tanjong Malim. Antara individu yang dikenal pasti untuk ditemuramah ialah :
i. Haji Sulaiman Bin Abdul Majid
35


Merupakan salah satu imam serta pengerusi di Masjid Jamek Tanjong
Malim yang berperanan mengelola aktiviti keagamaan serta memastikan
kelansungan aktiviti ibadah di Masjid ini.
ii. Tuan Haji Khalid Bin Ismail
Merupakan setiausaha Masjid Jamek Tanjong Malim yang merupakan
ahli jawatankuasa Masjid terpenting dalam memastikan pengurusan
maklumat dan segala minit mesyuarat berkaitan pengurusan Masjid.
Beliau antara ahli jawatankuasa yang banyak menyumbang maklumat
terhadap pengkaji.
Bagi tujuan analisis pula, beberapa dokumen telah dikenal pasti untuk
digunakan dalam projek ini. Antara dokumen tersebut ialah :
i. Carta organisasi Masjid Jamek Tanjong Malim
ii. Takwim aktiviti sepanjang tahun.
iii. Senarai tugas pihak pengurusan Masjid mengenai bidang-bidang kerja
ahli jawatankuasa Masjid.
iv. Dokumen panduan berkenaan pembinaan web Masjid berpandukan
manual yang ditetapkan Jabatan Agama Islam Negeri Perak.
Perlaksanaan pendekatan projek kajian ini akan dibahagikan mengikut
beberapa bahagian. Ini membolehkan projek ini dapat dijalankan dengan lebih teratur
dan sistematik. Oleh yang demikian, pengkaji akan memecahkan kepada beberapa
bahagian yang selari dan boleh dilaksanakan dalam masa yang sama. Rangka kerja
projek ini ada dinyatakan pada Rajah 3.1.

36


















Rajah 3.1 : Rangka kerja projek kajian
Bagi menjalankan metodologi kajian, pengkaji perlu menilai beberapa
metodologi yang dianggap bersesuaian dengan pembangunan laman web Masjid
Tanjong Malim. Mohamad Noorman (2001), ada menyenaraikan beberapa
Pembangunan sistem
Pemilihan Tajuk
Menulis
Proposal
Kajian Literatur Membuat
kajian sistem
yang telah
dibina
Analisis hasil
kajian awal
Analisis Sistem
Rekabentuk
sistem
Implementasi
Sistem
Pengujian sistem
Penulisan
laporan akhir
Kajian
awal
37


metodologi yang biasanya digunakan dalam pembangunan sistem. Di antaranya ialah
:
i. Prototaip
ii. Rapid Application Development (RAD)
iii. Structured System Analysis and Design Methodology (SSADM)
iv. System Development Life Cycle (SDLC)
v. Object Oriented Method (Method)
Setiap metodologi yang telah dinyatakan mempunyai kelebihan dan kekurangan
masing-masing bergantung kepada projek kajian yang ingin dibangunkan di mana
permasalahan dalam pembangunan projek hendaklah bersesuaian terhadap
metodologi yang dipilih. Berikut merupakan metodologi yang dikaji oleh pengkaji :

3.3.1 Prototaip
Prototaip jika diambil daripada buku Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2010),
bermaksud sebagai model pertama yang dibina bagi menghasilkan sesuatu yang
dapat dijadikan asas bagi menghasilkan model yang lebih baik atau canggih. Justeru
itu, prototaip adalah model kepada projek yang akan dibangunkan di mana pengkaji
boleh menilai dan melihat sendiri secara pemerhatian dan percubaan sebelum
menghasilkan projek yang sebenar. Protaip sebenarnya membantu banyak pengkaji
dalam mana-mana kajian kerana ianya berbentuk simulasi atau tiruan ke atas model
projek yang akan dibangunkan.
Selain itu, prototaip juga boleh dikatakan suatu model yang boleh menjadi
contoh model seringkas mungkin seperti kerangka kerja di atas kertas, story board,
38


atau benda yang lebih kompleks yang hampir kepada projek yang akan dibangunkan.
Ukuran kepada prototaip itu bergantung kepada pengkaji untuk membina sedalam
mana asalkan ujian kepada prototaip itu dijalankan sebelum pembangunan projek
yang sebenar. Dalam menghasilkan protoip, fasa pembuatannya sama seperti fasa
membangunkan projek sebenar kerana pembangunannya mengikut spesifikasi yang
telah ditetapkan dalam pembangunan projek. Percubaan kecil boleh dibuat dengan
mengubah sedikit struktur projek asalkan tidak lari daripada skop projek yang telah
ditetapkan dalam kertas kerja pengkaji. Chester dan Athwall (2002), menyatakan
metodologi prototaip mengandungi empat fasa, iaitu :
i. Analisis.
Analisis dilakukan untuk memahami masalah-masalah semasa dan
keperluan sistem.
ii. Rekabentuk.
Sistem akan direkabentuk mengikut keperluan dan kajian yang telah
dilakukan.
iii. Implementasi
Menterjemahkan rekabentuk terperinci kepada pembangunan sistem atau
pengkodan aturcara.
iv. Penyelenggaraan.
Penyelenggaraan dan semakan sistem dilakukan setelah sistem sebenar
dibina.



39


Rajah dibawah menunjukkan proses pengulangan dalam prototaip :

Rajah 3.2 : Proses Prototaip (Dennis et al, 2005)

3.3.2 Rapid Application Development(RAD)
RAD adalah dikenali sebagai metodologi pembangunan aplikasi pantas merupakan
satu metodologi terbaru di mana menurut Chester dan Athwall (2002), RAD
digunakan secara meluas bagi pembangunan projek pada sekitar tahun 1990-an.
RAD dihasilkan sebenarnya adalah untuk mengatasi beberapa kelemahan
dalam dalam Metodologi Rekabentuk Berstruktur (Structured Design Methadology)
40


dengan mengubahsuai fasa-fasa dalam kitar hayat pembangunan sistem, menurut Nur
Illiawani (2006). Melalui cara ini, pengguna sebenarnya dapat memahami mengenai
aliran sistem dan dapat memperbaiki aliran sistem yang difahami bagi memenuhi
piawaian pengguna. Metodologi RAD juga menekankan penggunaan CASE yakni
bantuan daripada teknik-teknik komputer dan alatan komputer bagi menyokong
perkembangan pantas dalam pembangunan projek.
Terdapat empat fasa dalam metodologi RAD iaitu :
i. Fasa perancangan keperluan
Mengadakan bengkel dan perbincangan untuk menstruktur masalah.
ii. Fasa analisis keperluan pengguna
Mendapat seberapak banyak maklumat dari pengguna dan persekitaran
masalah.
iii. Fasa pembangunan
Pembangunan sistem, alatan produktiviti, pengkodan dan penjanaan
output berdasarkan prinsip iaitu buat sehingga selesai di dalam tempoh
yang telah ditetapkan.
iv. Fasa implementasi
Pemasangan sistem, penerima pengguna dan melatih pengguna.

3.3.3 System Development Life Cycle (SDLC)
Kitar hayat pembangunan sistem (SDLC) merupakan kaedah yang berstuktur yakni
mengikuti langkah demi langkah bagi pembangunan sesebuah sistem. Melalui SDLC
ini, penerangan aktiviti yang perlu dilaksanakan pada setiap peringkat atau fasa
41


dalam proses pembangunan sistem. Jika di dalam kejuruteraan perisian, SDLC
merupakan kaedah yang digunakan dalam pengaturcaraan bagi tujuan memproses,
membangun, mengubahsuai dan menaik taraf sistem.
SDLC dibahagikan kepada beberapa model iaitu V-Shaped SDLC Model,
Incremental SDLC Model, Spiral SDLC Model, dan Agile SDLs. Mohamad
Noorman (2002), menyatakan terdapat 5 fasa di dalam SDLC :
i. Fasa penyiasatan awal
Fasa ini meliputi, mengenalpasti permasalahan projek, menghasilkan
jadual, memastikan kebolehlaksanaan, menetapkan ahli projek dan
memulakan projek.
ii. Fasa analisis
Fasa ini merangkumi proses mengumpul maklumat, menentukan
keperluan, menentukan keutamaan keperluan, menjana dan menilai
alternatif dan mengemukakan cadangan dengan pihak pengurusan.
iii. Fasa rekabentuk
Fasa ini melibatkan rekabentuk aplikasi, rekabentuk pangkalan data, reka
bentuk input dan output.
iv. Fasa pembangunan dan implementasi
Fasa ini melibatkan pembinaan dan pembangunan komponen perisian,
menyemak dan menguji penukaran data, melatih pengguna dan
mendokumen sistem serta memasan (install) sistem di lokasi pengguna.
v. Fasa operasi dan sokongan
Fasa ini melibatkan penyelenggaraan sistem, memperbaiki sistem
mengikut keperluan pengguna dan menyokong pengguna dilakukan.
42




Rajah 3.3 : Proses pembangunan sistem SDLC

3.4 JUSTIFIKASI PEMILIHAN METODOLOGI SDLC
Pengkaji telah membuat penilaian berdasarkan senarai metodologi yang telah dikaji
oleh pengkaji. Oleh itu, pengkaji telah memilih metodologi Incremental SDLC
Model.

3.4.1 I nremental SDLC Model
Bagi mendapatkan keberkesanan dalam menghasilkan projek kajian, pemilihan
metodologi amat penting bagi pengkaji kerana ianya meliputi pelbagai aspek di mana
keutamaan dalam pembangunan projek adalah dari segi masa dan kos. Oleh yang
1.Planning
2.Analysis
3.Design 4.Implementation
5.Support
Obselet Solution
Problem to be solved
Problem
Analysis
And
Solution
requiremen
ts

Acceptable Solution
Implementation
Solution
Related Problem to
be Solved
New solution to same
problem
Implementation error
to be fixed
43


demikian, pengkaji telah memilih metodologi Incremental SDLC Model bagi tujuan
pembinaan laman web Masjid Jamek Tanjong Malim. Metodologi ini dipilih kerana
sering digunakan dalam pembangunan sebuah sistem, kerana pendekatannya dan
keperluannya lebih diterima pakai bagi pembangunan sesebuah sistem.

Rajah 3.4 : Proses Incremental Life Cycle Model
Oleh yang demikian, metodologi ini dipilih berdasarkan kepada kesesuaian beberapa
perkara yang telah dikenalpasti iaitu :
i. SDLC memberikan pendekatan secara berstruktur mengikut langkah demi
langkah yang serba lengkap dalam pembangunan sistem.
Oleh sebab itu, ia dapat membantu pengkaji dalam menstruktur,
mengkaji, dan mengawal proses pembangunan sistem dari permulaan
projek hinggalah akhir. Menggunakan SDLC juga dapat membantu
44


pengkaji untuk menghasilkan laman web yang memenuhi keperluan
khusus pengguna iaitu pengurusan Masjid, ahli kariah dan masyarakat
setempat.
ii. Ketika proses pembangunan laman web portal Masjid Jamek Tanjong
Malim, akan sering berlaku perubahan pada setiap fasa selepas
mengambil kira beberap faktor tak terjangka.
Menurut Kendall & Kendall (2002), terdapat 5 fasa SDLC dan fasa ini
boleh bertindih di antara satu sama lain di mana fasa berikutnya boleh
bermula walaupun fasa sebelumnya masih diteruskan. Oleh itu,
metodologi ini bersifat fleksibel dan pengkaji mendapati ia dapat
memenuhi keperluan dalam pembangunan laman web Masjid.
iii. Pendekatan SDLC adalah secara berkhusus di mana pengkaji dapat
mengenal pasti permasalah secara berfasa dan meletakkan kajian dengan
betul serta tempat bagi mengelakkan projek kajian menjadi lebih
kompleks dan susah. Sedikit sebanyka menggunakan pendekatan ini
memudahkan kendalian pengkaji dalam membangunkan sistem.

3.5 PERINCIAN METODOLOGI I NCREMENTAL SDLC MODEL
Berikut merupakan perincian metodologi SDLC yang digunakan dalam
membangunkan laman web Masjid Jamek Tanjong Malim. Setiap fasa mempunyai
peranan penting dalam proses pelaksanaan projek kajian ini.


45


3.5.1 Fasa Pertama : Penyiasatan Awal
Pada fasa ini, perancangan merupakan kerangka awal dalam menjalankan projek
kajian. Melalu fasa ini, objektifnya adalah mengenalpasti kajian yang akan
dijalankan berdasarkan masalah yang telah dikenalpasti.
Pada awal proses di fasa ini, pengkaji haruslah menentukan kajian yang perlu
dibuat dan perlu mengemukakan tajuk kajian pengkaji terhadap pensyarah yang
menyelia projek kajian pengkaji. Kajian dibuat berdasarkan skop yang telah
ditetapkan, serta menyatakan kepentingan kajian ini jika projek kajian dapat
dibangunkan. Paling penting pengkaji perlu menilai daripada kebolehlaksanaan
kajian di mana perlu mengambil kira faktor masa dan kos.
Seterusnya pengkaji perlu mendapatkan kebenaran daripada pihak
pengurusan Masjid Jamek Tanjong Malim untuk menjalankan kajian. Kebenaran
diperlukan bagi menyetujui kedua-dua belah pihak yang mahukan kerjasama demi
pembangunan ICT di Masjid ini. Kebenaran lain adalah untuk mendapatkan
maklumat dengan tujuan untuk membangunkan laman web Masjid Jamek Tanjong
Malim. Pengkaji bersama rakan seprojek yang menguruskan sistem akauan, disertai
bersama Pensyarah Penyelia berjumpa dengan Tuan Haji Khalid yang merupakan
Setiausaha Masjid pada 15 Mac 2013 iaitu selepas sembahyang Jumaat.
Pada pertemuan itu, bersama Pensyarah Penyelia Encik Salman Firdaus Bin
Sidek, pengkaji telah mendapatkan seberapa banyak maklumat mengenai Masjid
Jamek Tanjong Malim. Pada masa yang sama persetujuan di antara kedua-dua belah
pihak untuk bekerjasama membangunkan laman web ini, di mana pihak Masjid
menyumbangkan maklumat dan proses pembangunan dijalankan oleh pengkaji. Surat
46


permohonan dan kebenaran menjalankan projek laman web ada pada lampiran. Tuan
Haji Khalil banyak menceritakan maklumat mengenai Masjid terutama sekali
sebelum ini sudah ada orang yang menguruskan laman web Masjid dan salah
seorangnya adalah ayah kepada Pensyarah Penyelia pengkaji.

3.5.2 Fasa Kedua : Analisis
Pada fasa ini, pengkaji perlu mendapatkan sebanyak mungkin maklumat untuk
rujukan pembangunan projek. Seterusnya analisis terhadap maklumat itu amat perlu
bagi memberikan kefahaman kepada pengkaji untuk menilai aspek-aspek penting
dalam membangunkan sebuah laman web yang mengandungi sistem pengurusan
maklumat. Proses pengumpulan maklumat adalah dengan melakukan temubual
terhadap pengurusan Masjid, ahli jawatankuasa serta kariah Masjid bagi
mendapatkan respon mereka tentang penggunaan ICT di Masjid projek kajian. Selain
itu pengkaji mendapatkan maklumat mengenai laman web portal yang lepas daripada
pihak pengurusan Masjid yang boleh dijadikan rujukan.
47



Rajah 3.5.2.1 : Buku manual pengguna E-Kariah Masjid
Pertemuan sekali lagi dengan setiausaha Masjid telah memberikan banyak
maklumat terhadap pengkaji. Pengkaji telah memperolehi manual pengguna e-kariah
Masjid, di mana di dalam buku ini terkandung prosedur pembangunan portal Masjid
mengikut spesifikasi Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Panduan lengkap ini juga,
pengkaji memperolehi segala maklumat berkaitan organisasi, aktiviti, kemudahan
serta kehendak pihak Masjid yang mahukan laman web bagi Masjid Jamek Tanjong
Malim.
Setelah menerima satu buku rujukan yang amat berguna kepada pengkaji,
pengkaji telah membuat jadual gerak kerja bagi memastikan pembangunan laman
web ini dapat dibuat dalam tempoh masa projek kajian. Perancangan ini perlu
didokumentasikan supaya pengkaji mempunyai garis panduan yang lengkap dalam
menjalan laman web ini. Ini bagi memastikan pengkaji dapat menyiapkan laman web
48


untuk pihak Masjid pada masa yang telah ditetapkan serta bertujuan mengingatkan
pengkaji tentang tarikh-tarikh penting dalam pelaksanaan projek ini. Perancangan
bagi projek ini disediakan dengan carta Gantt yang terdapat dalam lampiran.
Melalui penilitian terhadap pembangunan laman web seperti yang dijelaskan
pengkaji dalam kajian literature 2.3 berkaitan portal berasaskan sistem. Pengkaji
telah menganalisis asas pembangunan laman web yang menepati kehendak pengkaji
adalah Dreamweaver, Joomla dan Webs.com yang mana penggunaannya adalah
memudahkan kerja pengkaji dan pada masa yang sama aplikasi terbabit boleh
dikemaskini dan diubahsuai mengikut kesesuaian pengkaji berdasarkan perancangan
yang dibuat.

3.5.2.1 Keperluan Sistem
Membangunkan laman web portal dengan mempunyai sistem pengurusan maklumat,
pengkaji akan memuatkan elemen teks, grafik, warna dan animasi. Penting dalam
pembangunan sistem adalah paparan antara muka yang mesra pengguna dan dapat
menarik perhatian pengguna. Penggunaan perisian Flash dan Adobe Photoshop
adalah satu perisian yang mampu meningkatkan kualiti grafik laman web
menampakkan unsure-unsur multimedia yang dinamik.
Laman web portal yang akan dibangunkan nanti akan dihubungkan ke
pangkalan data sebagai ruang untuk menyimpan maklumat sama ada daripada
pengguna pihak pengurusan Masjid, ahli jawatankuasa dan kariah Masjid. Sebuah
pangkalan data juga akan dibina untuk mengubungkan kepada laman web portal ini.
49


Pengguna komputer pelayan (server) juga diperlukan kerana sistem yang
dibangunkan adalah berasaskan web. Oleh itu, sistem pengurusan maklumat yang
dibangunkan akan diletakkan di dalam server dan komputer pelanggan (client) boleh
mengakses sistem dengan hanya menghantar permintaan kepada server. Justeru itu,
fasa pembangunan sistem memerlukan server dan client bagi mendapatkan interaksi
terhadap penggunaan sistem. Bagi membangunkan sistem pengurusan maklumat
terdapat perisian yang akan digunakan, perisian tersebut ada dinyatakan dalam
keperluan perisian.

3.5.2.2 Keperluan Pengguna
Pengkaji telah menetapkan bahawa setelah siap laman web ini dibangunkan, pengkaji
akan menyerahkan kepada pihak pengurusan Masjid untuk memilih ahli
jawatankuasa yang akan menguruskan portal Masjid Jamek Tanjong Malim. Admin
bagi portal Masjid adalah di kalangan ahli jawatankuasa yang akan menetapkan
berapa orang akan membantu dalam menguruskan laman web ini. Pengkaji akan
menyatakan kepada pihak pengurusan Masjid untuk mengecilkan skop tugasan
admin portal kepada beberapa orang untuk menguruskan tugasan seperti :
i. Content creater
ii. Moderator
iii. Advertiser
Bagi pengguna luar yang melayari laman portal ini akan dikenali sebagai end-
user. Ini bermaksud ahli kariah dan masyarakat setempat boleh menjadi ahli portal
50


dengan mendaftar masuk sistem maklumat dan pendaftaran yang akan disediakan
oleh pengkaji berdasarkan penerangan ringkas di bahagian rekabentuk.
Selain itu, pengkaji sudah bertemu dengan pihak Masjid, Tuan Haji Khalil
untuk meminta kebenaran mengambil gambar Masjid, kemudahan serta ruang-ruang
yang terdapat di dalam dan luar Masjid. Pengkaji telah meminta bantuan daripada
Nik Amirul Izzad pelajar ISMP Teknologi Maklumat yang mempunyai peralatan
kamera yang lengkap untuk memberikan hasil gambar yang memuaskan terhadap
pengkaji dan pengguna.

3.5.2.3 Keperluan Perkakasan
Berikut merupakan senarai perkakasan yang digunakan untuk pembangunan sistem
dan pendokumentasian.
Perkakasan Spesifikasi
Laptop Acer Aspire 4740
Pemproses Pentium Trio Core 2.13Ghz, 1066 MHz
FSB
RAM 1 GB
Cakera Keras 320 GB
Wireless Integrated Device
Broadcom 802.11b/g WLAN
Storan Mudah Alih
Apacer 500 GB
51


Pengimbas
HP
Kamera Digital
Nikon DSLR D90
Jadual 3.5.2.3.1 : Jadual Keperluan Perkakasan

3.5.2.4 Keperluan Perisian
Berikut merupakan senarai perisian yang akan digunakan dalam pembangunan
projek kajian.
Perisian Spesifikasi
Microsoft Window 7 Sistem Perngoperasian
Microsoft Word Dokumentasi
Microsoft Project Carta Gantt
Adobe Photoshop 6 Rekabentuk Imej
Internet Explorer 9 Pelayar Web
Jadual 3.5.2.3.2 : Keperluan Perisian
3.5.3 Fasa Ketiga : Rekabentuk
Rekabentu sistem pengurusan maklumat berasaskan laman web portal dilakukan
untuk membolehkan pengkaji mengenalpasti bagaimana sistem yang bakal
dibangunkan beroperasi. Hal ini adalah penting untuk memastikan kesemua aspek
yang telah dikaji diterapkan dalam rekabentuk sistem ini. Buat masa ini, pengkaji
mencuba aplikasi Wix.com kerana ianya mempunyai template sedia ada bagi
membangunkan sebuah laman web.
52



Rajah 3.5.3.1 : Paparan antaramuka portal Masjid Jamek Tanjong Malim
menggunakan aplikasi Wix.com
Selain itu, pengkaji juga akan meletakkan flash-image sebagai paparan
dinamik pada muka hadapan portal Masjid Jamek Tanjong Malim. Ini akan
memberikan satu bentuk tarikan terhadap portal Masjid. Berdasarkan kajian literatur
terhadap beberapa portal Masjid yang telah dibangunkan, aspek penting terhadap
projek kajian pengkaji adalah memaparkan laman maklumat dan informasi secara
jelas dan tepat. Contoh penggunaan adalah aplikasi kalendar seperti Rajah 2.4.1.2
pada Bab 2, kerana bersesuaian dengan aktiviti Masjid yang banyak. Penggunaan
informasi statik dan bergerak tetap digunakan pengkaji kerana memberikan salah
satu tarikan terhadap portal Masjid Jamek Tanjong Malim.
Bagi penggunaan Wix.com, hanya seorang admin sahaja akan menguruskan
laman web ini melalui proses pendaftaran yang telah ditetapkan di dalam laman web
53


Wix.com. Justeru itu, pengurusan laman web ini secara keseluruhannya diuruskan
oleh pihak jawatankuasa Masjid yang berperanan sebagai admin.

3.5.4 Fasa Keempat : Pembangunan dan Implemantasi
Fasa ini adalah peringkat bagaimana untuk mengimplementasikan modul, fungsi dan
struktur yang telah direka ke dalam sistem yang dibangunkan. Proses pengaturcaraan
dan pengekodan dilaksanakan dan hubungan dengan pangkalan data diwujudkan
serta pembinaan antaramuka yang bersesuaian. Proses keseluruhan pembangunan
sistem pengursan maklumat didokumenkan di dalam Bab 5 iaitu Pembangunan dan
Pengujian Produk. Pengkaji sudah membangunkan laman web menggunakan asas
Webs.com, walau bagaimanapun pengkaji telah menggunakan metodologi
Incremental SDLC ModelI yang membolehkan pengkaji membangunkan laman web
menggunakan asas lain seperti Dreamweaver atau Joomla berdasarkan kesesuaian
perancangan yang telah dibuat oleh pengkaji.

3.5.5 Fasa Kelima : Operasi dan Sokongan
Pengujian terhadap sistem pengurusan maklumat yang dibangunkan turut
dilaksanakan di dalam fasa ini. Setiap kali proses mereka bentuk, implementasi dan
pembangunan laman web dilakukan, maka pengujian laman web akan dilaksanakan
dan proses ini berulang sehingga sistem yang dibangunkan memenuhi fungsi yang
dikehendaki.
54


Selain itu, fasa ini juga berfungsi untuk menguji sejauh mana keberkesanan,
kecekapan, kebolehupayaan dan keselamatan sistem maklumat yang dibangunkan.
Oleh yang demikian, pengujian dan penambahbaikan dilakukan berulangkali
sehingga sistem tersebut berfungsi seperti yang telah ditetapkan dan memenuhi
kehendak pengguna.
Seterusnya, hasil daripada fasa ini juga adalah membuat persediaaan baru
memindahkan sistem yang dibangunkan ke lokasi pengguna iaitu dengan melatih
pengguna untuk menggunakan sistem yang dibangunkan. Sistem yang berjaya
dibangunkan dan telah diuji dapat berfungsi dengan baik, pengkaji akan memberikan
kata laluan portal Masjid untuk menjadi admin dan bererti segala pengurusan portal
Masjid akan dikendalikan oleh pihak pengurusan Masjid.
Dalam fasa ini,sistem yang berjaya dibangunkan dan pengujian sistem yang
dilakukan didokumenkan dalam laporan lengkap iaitu dalam Bab 4 iaitu Reka
Bentuk Pembangunan Sistem.

3.6 Kesimpulan
Metodologi kajian adalah penting dalam menjalankan sesebuah kajian bagi
memastikan halatuju kajian berjalan seperti yang telah dirancang. Selain itu, ia juga
dapat mengawal aktiviti kajian agar tidak tersasar dari objektif kajian yang telah
ditetapkan.
Metodologi juga membantu pengkaji dalam mengumpul data dan maklumat
yang diperlukan dan kaedah yang bersesuaian. Dalam proses menganalisis data
55


segala maklumat yang tidak diperlukan ditapis dan hanya maklumat yang berguna
sahaja dimasukkan dalam kajian.
Dengan berpandukan metodologi kajian SDLC, perancangan aktiviti dalam
pembangunan sistem menjadi lebih tersusun, terkawal dan kelewatan dapat
dielakkan. Selain itu, metodologi SDLC membantu projek pembangunan sistem
pengurusan maklumat berjalan dengan lebih bersistematik dan terancang. Justeru itu,
penggunaan metodologi Incremental SDLC Model sememangnya berkesan dalam
pembangunan laman web Masjid Jamek Tanjong Malim kerana berbentuk fleksibel
dan boleh mengikut kesesuaian pengkaji untuk membangunkan laman web ini.











56




BAB 4


REKA BENTUK PEMBANGUNAN SISTEM




4.1 Pengenalan
Dalam bab ini, pengkaji akan menerangkan rekabentuk pembangunan produk secara
terperinci. Fasa ini merupakan salah satu perkara yang penting dalam reka bentuk
produk kerana ia memberi gambarakan bagaimana sesebuah produk atau sistem
direka bentuk dan kemudian dibangunkan. Dalam menghasilkan produk yang baik,
sesebuah reka bentuk perlu di ambil kira bagi menarik menarik pengguna untuk
mengunakan produk yang dibagunkan. Dalam bab ini juga akan diterangkan
bagaimana produk ini dihasilkan dan berfungsi. Pengkaji akan menerangkan proses
kefungsian melalui carta alir.
57


Hasil daripada pengumpulan data dalam fasa analisis akan diambil kira dalam
membangunkan produk ini. Hal ini bagi memberi panduan kepada pengkaji untuk
proses pembangunan produk.

4.2 Carta Alir
Carta alir merupakan sejenis rajah yang mewakili suatu algoritma atau proses yang
ditunjukkan dalam pelbagai jenis kotak dan susunanya yang dihubungkan melalui
anak panah. Penggunaan carta alir dapat membantu menyelesaikan masalah yang
timbul dengan cara menyelesaikan mengikut langkah demi langkah. Selain itu, ia
juga membantu dalam proses analisis, reka bentuk dokumentasi atau program dalam
sesebuah projek
4.1.1 : Carta Alir untuk menggunakan Wix.com










Mula
Isi Nama dan emel di
optin page untuk
melanggan
Pilihan
Pengguna
Tamat
Kembali ke
Laman
sesawang
wix.com
Tidak
Ya
Dapat
Pengesahan
emel
58


4.2 Proses dalam Reka Bentuk
Di sini, pengkaji akan menunjukkan dan menerangkan proses reka bentuk untuk
menghasilkan laman web menggunakan platform wix.com. Proses pendaftaran awal
perlu dilakukan bagi membolehkan pengguna menggunakan laman web yang akan
dibangunkan secara percuma menggunakan domain web wix.com. Sebelum itu,
pengkaji mereka bentuk draf awal rupa bentuk laman web yang akan dibangunkan
untuk dijadikan rujukan.

4.2.1 Lakaran Prototaip
Lakaran prototaip merupakan kaedah untuk menguji kebolehgunaan dan sangat
berguna untuk Web sites, web application, dan conventional software. Kaedah ini
juga berguna untuk mendapatkan data berkenaan masalah seperti konsep dan
terminologi, aliran kerja (navigation), kandungan, page layout, dan fungsi yang
terlibat.bagi membangunkan sistem ini lakaran prototaip telah disediakan bagi
menggamabarkan gambaran awal rekabentuk sistem ini.





59


HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.1 : Paparan halaman utama.

HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.2 : Paparan halaman info Masjid.



MAKLUMAT
TERKINI
SLIDE
MAKLUMAT
GAMBAR
SLAID
MAKLUMAT
60


HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.3 : Paparan halaman pengurusan.
HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.4 : Paparan halaman informasi.

BADAN
PENASIHAT
AHLI
JAWATANKUASA
BADAN SOKONGAN
KHAIRAT KEMATIAN KEMUDAHAN
MASJID
SISTEM
PEMBAYARAN
ZAKAT / DERMA
MUAT TURUN / DLL
61


HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.5 : Paparan halaman informasi.

HEADER
UTAMA INFO
MASJID
PENGURUSAN PERKHIDMATAN INFORMASI HUBUNGI
KAMI

Rajah 4.2.1.6 : Paparan halaman hubungi kami.
Proses reka bentuk awal ini amat berguna kepada pengkaji sebagai rujukan utama
dalam membangunkan reka bentuk laman web Masjid.
POS UTAMA
MAKLUMAT SEMASA
POS TERKINI
RESPON PENGGUNA / FORM
MAKLUMAT
62


4.2.2 Proses Pendaftaran Wix.com
Sebelum membangunkan laman web menggunakan platform wix.com, pengguna
seharusnya mendaftarkan terlebih dahulu pada alamat emel Google Gmail di mana
penggunaan alamat emel ini akan berfungi sebagai pangkalan data berasaskan cloud
computing membolehkan pengguna atau admin mendapat respon pengguna,
maklumat serta aplikasi lain berdasarkan penggunaan Gmail. Pengkaji telah
mendaftarkan alamat Gmail bagi pihak Masjid bagi proses pendaftaran wix.com.

Rajah 4.2.2.1 : Sign In Emel Masjid Jamek Tanjong Malim
Setelah proses membuat alamat emel berjaya, pengkaji akan ke laman sesawang
wix.com bagi proses pendaftaran pembangunan laman web secara percuma. Melalui
pendaftaran ini, pengkaji akan mempunyai alamat akauan wix.com yang mana
akauan ini akan bertindak sebagai ruang penggunaan admin bagi membolehkan
untuk mengubah konfigurasi laman web, aturan, mengemaskini maklumat dan
meletak gambar terhadap laman web Masjid.
63



Rajah 4.2.2.2 : Paparan halaman utama wix.com. Klik pada Start Now untuk proses
pendaftaran menggunakan Google Gmail.

Rajah 4.2.2.3 : Wix.com menggunakan asas cloud comptuting, maka pengguna
boleh mendaftar menggunakan alamat Facebook atau Gmail.
64



Rajah 4.2.2.4 : Paparan akauan pengguna setelah siap mendaftar masuk.
Paparan akaun pengguna akan terpapar selepas siap mendaftar, sebagai
pengguna akan bertindak sebagai admin kepada laman web yang akan ditubuhkan
nanti. Akaun laman web yang digunakan adalah percuma dan pengguna boleh
upgrade laman web dengan mempunyai domain tersendiri berdasarkan premium
yang ditawarkan oleh wix.com. Tetapi bagi pengkaji pihak Masjid mahukan laman
web percuma maka penggunaan domain wix.com akan diguna pakai sebagai asas
membangunkan laman web Masjid.

4.2.3 Proses Mereka Bentuk Laman Web
Pada bahagian ini pengkaji akan menunjukkan bagaiman laman web Masjid Jamek
Tanjong Malim dihasilkan menggunakan template sedia ada yang telah disediakan
oleh wix.com. Pertama sekali pada akaun pengguna klik pada ruangan Handy
Shortcut iaitu New Site.
65



Rajah 4.2.3.1 : Klik pada New Site untuk membina laman web.


Rajah 4.2.3.2 : Pemilihan template laman web.
Penggunaan wix.com menyediakan template sedia ada bagi membolehkan
pengkaji untuk memilih template yang bersesuaian dengan laman web Masjid.
66


Pengkaji akan customize laman web sedia ada daripada wix.com dengan menambah
baik laman web dengan memasukkan unsur-unsur laman web Masjid.
Pada ruangan template terdapat kategori pilihan yang boleh dibuat, pengkaji
telah memilih Education & Community sebagai pilihan kategori template yang akan
digunakan.

Rajah 4.2.3.3 : Template yang telah dipilih.
Apabila template yang dipilih bersesuaian, klik pada ruangan Edit this site
bagi membolehkan pengkaji untuk customize laman web sedia ada bersesuaian
dengan kehendak reka bentuk awal yang telah di drafkan sebagai rujukan.

Rajah 4.2.3.4 : Proses editing laman web dijalankan.
67



Setelah Edit this site, laman web yang dipilih boleh dikemaskini mengikut
kehendak pengkaji berdasarkan permintaan pihak Masjid. Pada ruangan belah kiri
laman web ada di sediakan ruang untuk tambahan laman pada laman web. Misalnya
seperti reka bentuk awal laman web Masjid terdapat beberapa sub menu yang
diperlukan seperti Halaman Utama, Info Masjid, Pengurusan, Perkhidmatan,
Informasi dan Hubungi Kami. Langkah yang perlu dilakukan adalah pergi kepada
Pages kemudian pilih pilihan seperti Home ubah setting dengan mengubah nama
halaman menu kepada Halaman Utama setelah itu klik pada Done. Lakukan
proses yang sama untuk sub menu yang lain dengan mengubah dan menambah
halaman yang diperlukan. Halaman menu juga boleh di hilangkan tetapi halaman
tersebut masih wujud iaitu dengan mengubah setting halaman kepada Hide from
Menu.

Rajah 4.2.3.5 : Pengubahan dan penambahan laman menu berdasarkan reka bentuk
awal yang telah dibuat.
68


Proses seterusnya adalah, pengkaji boleh mereka bentuk sendiri laman web
berdasarkan hasil reka bentuk header, banner dan carta organisasi Masjid yang telah
pengkaji lakukan menggunakan perisian Adobe Photoshop. Proses menambah
maklumat dilakukan berdasarkan reka bentuk halaman pada setiap sub menu yang
telah ditetapkan pada reka bentuk awal. Penggunaan wix.com adalah begitu mudah
kerana setiap perkataan, gambar atau aplikasi yang boleh digunakan terletak di
bahagian ruangan customize sebaris dengan kofigurasi tambah halaman. Penggunaan
drag and drop adalah kebiasaan bagi menggunakan wix.com kerana setiap elemen
yang dimasukkan di dalam laman web boleh dikofigurasi mengikut kehendak
pengguna berdasarkan reka bentuk yang dimahukan. Tetapi setiap elemen yang
dimasukkan perlu berada di ruangan laman web yang terdapar Grid dan Ruler
menunjukkan bahawa reka bentuk yang dibangunkan masih dalam kawasan paparan
laman web. Pada halaman kofigurasi ini, pengkaji bertindak sebagai admin dan
pereka bentuk laman web. Laman web tidak akan dipaparkan selagi tidak di publish.

Rajah 4.2.3.6 : Menambah baik maklumat.
69


Pada bahagian seterusnya pengkaji akan menunjukkan bagaimana maklumat
dan informasi dipaparkan secara statik dan dinamik.

Rajah 4.2.3.7 : Pergi ke halaman menu Informasi untuk memasukkan maklumat
semasa dan terkini.

Rajah 4.2.3.8 : Klik pada ruangan Blog Feed dan Add & Edit Blog Post untuk
menambah, mengemaskini dan membuang maklumat.
70



Rajah 4.2.3.9 : Ruangan Blog Post di mana boleh memilih untuk menyampaikan
maklumat mengikut kategori bersesuaian.
Misalnya, pihak Masjid mahu menyampaikan maklumat tentang ceramah
perdana, penyampaian maklumat yang sesuai adalah Photo Post, oleh itu maklumat
akan dimasukkan di dalam Photo Post berserta gambar atau banner yang telah
dimuat naik dengan resolusi lebar 228 pixel dan tinggi 180 pixel.

Rajah 4.2.3.10 : Paparan maklumat terkini yang di masukkan pada Photo Post
akan dipaparkan pada halaman utama, iaitu maklumat interaktif.
71


Setelah laman web yang siap di reka bentuk berdasarkan reka bentuk awal, pengkaji
akan memastikan segala editing, penambah maklumat serta kemaskini laman web di
simpan terlebih dahulu. Ini adalah bagi memastikan hasil kerja yang telah dijalankan
selamat disimpan. Ruangan Save terletak pada bahagian atas customize laman web
sebaris dengan Preview, Publish dan Upgrade.

Rajah 4.2.3.11 : Paparan Publish akan keluar apabila laman web yang siap di
kemaskini siap sedia untuk di paparkan kepada pengguna umum.

4.2.4 Proses Promosi dan Pengujian Laman Web
Setelah laman web yang siap di reka bentuk berdasarkan reka bentuk awal, pengkaji
akan memastikan bahawa laman web yang telah dibangunkan dapat dipaparkan di
laman sesawang dengan mempromosikan laman web agar orang ramai mengetahui
akan kewujudan laman web Masjid Jamek Tanjong Malim.
72


Rajah 4.2.4.1 : Proses promosi laman web ke laman sosial.

Rajah 4.2.4.2 : Promosi laman web Masjid Jamek Tanjong Malim di Facebook terus
di sambungkan ke laman web Masjid.
73



Rajah 4.2.4.3 : Paparan di enjin carian google memaparkan laman web Masjid
Tanjong Malim setelah di Publish.
Tujuan promosi yang dijalankan adalah salah satu proses menunjukkan
bahawa laman web Masjid Tanjong Malim sudah siap dibangunkan dan boleh
dilawati oleh pengguna umum. Setelah siap laman web dipaparkan pengkaji akan
melihat laman web secara pandangan pengguna untuk menilai setiap halaman menu,
butang,gambar dan maklumat yang terdapat pada laman web Masjid.

Rajah 4.2.4.4 : Paparan halaman utama laman web Masjid.
74




Rajah 4.2.4.5 : Paparan halaman info Masjid.

Rajah 4.2.4.6 : Paparan halaman bahagian pengurusan Masjid.
75



Rajah 4.2.4.7 : Paparan halaman bahagian perkhidmatan Masjid.


Rajah 4.2.4.8 : Paparan halaman informasi jadual kuliah paparan secara
kalendar.
76



Rajah 4.2.4.9 : Paparan halaman hubungi kami, di mana pengguna boleh
memberi respon atau bertanyakan soalan.

4.2.5 Proses Mengemaskini Dan Penyelenggaraan Laman Web
Setelah laman web siap dibangunkan, proses mengemaskini dan penyelanggaraan
adalah penting bagi memastikan laman web yang dibangunkan terus hidup dan penuh
dengan maklumat dan aktiviti semasa. Pada bahagian ini pengkaji akan menunjukkan
bagaimana admin mengemaskini dan menyelenggara laman web. Sebagai admin
sebuah laman web, akaun Wix.com bertindak sebagai paparan secara belakang tabir
sebuah laman web sebelum dipaparkan kepada umum.
77



Rajah 4.2.5.1 : Paparan akaun admin laman web Masjid.
Pada ruangan akauan dipaparkan beberapa kofigurasi yang diperlukan admin
bagi memastikan laman web yang telah dibangunkan berada pada keadaan baik.
Misalnya jika pengusaha mahu menambah baik laman web klik pada bahagian Edit
Site dan paparan customize Edit Site akan keluar. Kaedah untuk memasukkan
maklumat semasa adalah perlu masuk ke ruang Edit Site dan ikuti langkah seperti
Rajah 4.2.3.7 dan Rajah 4.2.3.8. Jika ada sebarang respon dan komen daripada
pelayan laman web iaitu pengguna umum, maka komen atau respon akan terpapar di
raungan News Feed, malah komen dan respon itu juga akan dihantar ke alamat
Gmail. Sebagai admin, beberapa admin lain juga lain boleh ditambah bagi tujuan
bidang tugas lain seperti Content creater, Moderator dan Advertiser. Peranan ini
boleh ditambah pada ruangan New Site Member.
78



Rajah 4.2.5.2 : Paparan Add Site Member membolehkan beberap admin ditambah
untuk mengurus laman web asalkan mempunyai alamat Gmail.
Selain daripada itu, pada ruangan Handy Shortcut, terdapat beberapa
kofigurasi yang boleh digunakan oleh admin terhadap laman web yang telah
dibangunkan. Antaranya adalah, Connect domain adalah kaedah menambah baik
laman web dengan mempunyai domain sendiri. Tetapi cas bulanan secara premium
akan dikenakan. Kofigurasi lain adalah My Apps, Transfer Site, Rename Site
dan Duplicate Site.
Akauan yang digunakan pada Wix.com adalah menggunakan alamat emel
Gmail maka segala maklumat respon daripada Wix.com akan diterima pada Gmail
juga. Jadi admin yang menguruskan laman web ini akan dapat news feed secara terus
ke alamat mereka. Misalnya seperti pengurusan aplikasi kalendar dan aplikasi lain
boleh dilakukan di Google Plus. Manakala maklum balas pengguna laman web
Masjid boleh dibalas secara emel.
79



Rajah 4.2.5.3 : Paparan aplikasi yang diuruskan daripada Gmail.
Oleh itu, menggunakan asas Wix.com, pengusaha atau admin boleh
mengurus, mengemaskini laman web menggunakan akaun Wix.com atau daripada
Gmail.

4.3 Kesimpulan
Secara keseluruhannya, proses reka bentuk laman web berasaskan Wix.com
adalah mudah kerana laman web Wix.com menyediakan platform HTML5 di mana
dari segi pengurusan pembangunan laman web menggunakan platform ini adalah
begitu senang dan efisen. Pengusaha yang mahu menggunakannya hanya perlu untuk
80


memahami penggunaan aplikasi Wix.com ini dan menyelenggara untuk memastikan
laman web ini dapat dipaparkan secara umum di laman sesawang.


















81




BAB 5


HASIL KAJIAN




5.1 Hasil Kajian

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menunjukan hasil daripada pembangunan
projek iaitu Laman Web Masjid Jamek Tanjong Malim. Hasil kajian ini diperolehi
selepas sesi pengujian terhadap ahli jawatankuasa Masjid. Pengujian dilakukan bagi
melihat kefungsian projek yang dibina. Hail daripada pengujian ini ditunjukan
melalui satu cara iaitu hasil daripada analisis data.

5.1.1 Hasil Data Daripada Penggunaan Laman Web Masjid
Bagi tujuan mengenalpasti tahap kepuasan pengguna berkaitan laman web
Masjid Jamek Tanjong Malim. Seramai 10 orang pelajar dipilih untuk menjadi
82


responder penggujian yang semuanya terdiri daripada ahli jawatankuasa Masjid.
Pengujian ini dikendalikan oleh pengkaji bagi memastikan setiap responder
memberikan maklum balas dan setiap maklum balas responder dicatat untuk
dijadikan rujukan untuk proses penyelenggaraan.
4 Soalan telah disediakan bagi membolehkan pengkaji mendapatkan
maklumat daripada pengguna sebelum, semasa dan selepas menggunkan sistem ini. 4
soalan tersebut adalah pengetahuan mengenai laman web percuma Wix.com,
pemahaman mengenai laman web ini selepas diterangkan, laman web Masjid ini
memudahkan pengusaha memudahkan urusan penyampaian maklumat antara
pengusaha dan pengguna dan yang terakhir reka bentuk laman web mampu menarik
minat pengguna untuk melayari laman web Masjid.

1. Pengetahuan mengenai Wix.com.
Daripada kajian yang dilakukan, seramai 8 orang tidak mengetahui
mengenai laman web percuma Wix.com manakala hanya 2 orang yang
mengetahui kewujudan laman web percuma ini.
83



Graf 5.1.1.1 : Graf pengetahuan mengenai Wix.com

2. Pemahaman mengenai laman web berasaskan Wix.com
Pengkaji mula menerangkan mengenai laman web Wix.com kepada
responder dan menerangkan ciri-ciri yang terdapat dalam laman web ini.
Hasil daripada penerangan mengenai ditunjukkan dalam carta bar dibawah :
0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
TAHU TIDAK TAHU
Pengetahuan mengenai Wix.com
84



Graf 5.1.1.2 : Penerangan mengenai laman web berasaskan Wix.com

3. Laman web Masjid ini memudahkan pengusaha memudahkan urusan
penyampaian maklumat antara pengusaha dan pengguna
Responder diminta menguji dan mencuba di mana pengkaji mencatit
maklumat yang diterima selepas pengujian. Kesepuluh-sepuluh orang
responder bersetuju bahawa sistem ini ini memudahkan pengusaha untuk
menyebarkan maklumat secara cepat dan efisen dan memudahkan urusan
komunikasi antara pengusaha dan pengguna. Berikut adalah data yang
diperolehi

0
1
2
3
4
5
6
7
8
9
10
FAHAM TIDAK FAHAM
Penerangan mengenai laman web
berasaskan Wix.com
85



Graf 5.1.1.3 : Laman web Masjid ini memudahkan pengusaha memudahkan
urusan penyampaian maklumat antara pengusaha dan pengguna

4. Reka bentuk laman web mampu menarik minat pengguna untuk melayari
laman web Masjid.
Pada soal selidik yang terakhir ini, kesemua responder telah selesai menguji
kaji dan dapat melihat fungsi sistem tersebut. 10 orang responder bersetuju
bahawa sistem ini mampu menarik minat pengguna untuk melayari laman
web Masjid Jamek Tanjong Malim. Berikut adalah data yang diperolehi.


0
2
4
6
8
10
12
YA TIDAK
Laman web Masjid ini memudahkan
pengusaha memudahkan urusan
penyampaian maklumat antara
pengusaha dan pengguna
86



Graf 5.1.1.4 : Reka bentuk laman web mampu menarik minat pengguna
untuk melayari laman web Masjid.

5.2 Pengujian Secara Keseluruhan
Pengujian terhadap 10 responden telah dilakukan secara menyeluruh meliputi
penggunaan pengurusan di bahagian admin sehinggalah reka bentuk laman web
Masjid Jamek Tanjong Malim. Pengujian dilakukan berdasarkan tahap kepuashatiaan
mereka dalam menggunakan laman web Masjid merangkumi maklumat dan paparan
antara muka laman web.
0
2
4
6
8
10
12
SETUJU TIDAK
Reka bentuk laman web mampu
menarik minat pengguna untuk
melayari laman web Masjid.
87



Graf 5.2.1 : Pengujian secara keseluruhan laman web Masjid.

5.2 Kesimpulan
Daripada hasil kajian yang diperoleh daripada pengujian, pengkaji mendapati laman
web yang dibangunkan ini berfungsi dengan baik dan mencapai objektif yang telah
ditetapkan. Melalui pengujian dan data yang diperolehi daripada responder, pengkaji
dapat memperbaiki dan menyelenggaran sistem ini jika terdapat masalah pada masa
hadapan.




0
10
20
30
40
50
60
70
80
PUAS SEDERHANA Kurang Puas
Pengujian secara keseluruhan
88




BAB 6


CADANGAN DAN KESIMPULAN




6.1 Pendahuluan
Dalam bab ini, pengkaji akan membincangkan mengenai rumusan, kesimpulan serta
cadangan berdasarkan daripada hasil kajian yang diperolehi . Pengkaji akan
mencadangkan beberapa perkara dalam menambahbaik laman web Masjid Jamek
Tanjong Malim untuk masa akan datang.

6.1 Ringkasan Kajian
Kajian projek yang dijalankan adalah hasil perbincangan bersama pensyarah
penyelia iaitu En.Salman Firdaus Bin Sidek dan rakan-rakan dibawah seliaan beliau.
Pada perjumpaan dengan En.Salman, beliau mencadangkan membuat laman web
Masjid Jamek Tanjong Malim tidak kisah menggunakan platform apa sekalipun
89


dalam membangunkan laman web Masjid asalkan dibangunkan secara percuma.
Oleh sebab itu, pengkaji menyahut cabaran daripada penyelia untuk melaksanakan
projek ini.
En. Salman Firdaus telah membahagikan tugas-tugas untuk melakukan
projek ini di mana saya ditugaskan untuk membangunkan laman web Masjid
manakala rakan saya pula dikehendaki membangunkan sistem zakat dan derma yang
akan diletakkan di dalam laman web Masjid. Sebelum memulakan projek laman web
Masjid, pengkaji telah melakukan kajian berdasarkan laman web masjid yang lain.
Kebanyakan laman web masjid dibangunkan menggunakan asas Joomla yang
berbayar . Hal ini menyebabkan pertambahan kos operasi sebuah masjid dalam
membangunkan sebuah laman web.
Permasalahan lain yang timbul adalah disebabkan laman web sedia ada
sebelum ini yang dibangunkan oleh pihak masjid sukar diuruskan kerana banyak
komponen lain perlu difikirkan seperti domain dan database sebuah laman web.
Melalui penggunaan Wix.com sebagai asas pembangunan laman web Masjid, maka
pihak Masjid dapat menghasilkan sebuah laman web yang percuma dan dapat
diuruskan secara mudah dan efisen.
Penggunaan cloud computing yang menjadi asas kepada Wix.com
membolehkan pengusaha membangunkan laman web tanpa mempunyai database di
mana segala urusan laman web di jalankan menggunakan akaun Wix.com dan Gmail.



90


6.2 Kelebihan Laman Web Masjid Berasaskan Wix.com
Sememangnya Wix.com adalah satu platform laman web percuma yang masih baru
pada masa kini sehingga masih belum ramai lagi pengguna luar yang mengetahui
akan kewujudan laman web percuma ini. Namun begitu, Wix.com ini menjadi
tumpuan kepada pengusaha yang mahukan laman web secara percuma. Wix.com ini
dibangunkan berasaskan awan (cloud computing) yang membolehkan pengguna
untuk membuat laman web yang mereka mahu tanpa perlu memikirkan apa-apa
koding yang biasanya digunakan dalam membangunkan sebuah laman web.
Kelebihan lain menggunakan wix.com adalah dapat menggunakan templat
sedia ada, jadi sebagai pengusaha adalah mudah untuk menjalankan kerja hanya
dengan menambah baik serta mengemaskini laman web mengikut kehendak
pengguna. Penggunaan drag and drop membolehkan sebarang aplikasi yang
mempunyai sokongan cloud computing boleh diletakkan. Ini menjadikan laman web
berkenaan tidak berat di mana di jana secara cloud dan simpanan data adalah
daripada emel serta laman perkongsian yang lain.
Kelebihan utama pembangunan laman web masjid menggunakan Wix.com
adalah percuma dapat menjimatkan kos operasi Masjid serta dapat menghasilkan
sebuah laman web yang mudah diuruskan dan efisen.

6.3 Kelemahan Laman Web Masjid Berasaskan Wix.com
Dalam pembangunan laman web menggunakan Wix.com pengkaji telah mengenal
pasti beberapa kelemahan dalam menghasilkan laman web Masjid. Diantara
91


kelemahan utama menggunakan Wix.com adalah terpaksa menggunakan domain
iaitu menumpang domain Wix.com. Hal ini menyebabkan laman web Masjid Jamek
Tanjong Malim tidak berdiri sebagai sebuah laman web yang tersendiri. Dari segi
enjin carian menyebabkan berlaku pertindihan nama antara laman web masjid dan
laman web Wix.com.
Selain itu, setiap kali pengguna mahu melayari laman web Masjid, terdapat
banyak iklan berkaitan Wix.com yang terdapat di penjuru bawah, atas dan kanan
laman web menyebabkan nampak kurang menarik. Gangguan berkenaan akan
menyebabkan banyak lagi iklan yang akan terkeluar secara sendiri.
Dari segi pengusaha yang membangunkan laman web, kelemahan paling
ketara adalah dari segi simpanan data yang agak terhad di mana Wix.com hanya
memperuntukkan sebanyak 800Mb sebagai simpanan maklumat yang merangkumi
tulisan, reka bentuk, gambar dan aplikasi yang diletakkan dalam laman web Masjid.

6.4 Kekangan dan Cabaran
Dalam menyiapakan projek membangunkan laman web Masjid Jamek Tanjong
Malim, terdapat beberapa kekangan dan cabaran yang dihadapi oleh pengkaji.
Antaranya ialah :
1. Kekangan dari segi penggunaa Wix.com
Disebabkan pengkaji baru sahaja mengenali platform laman web percuma
Wix.com, maka banyak benda yang perlu pengkaji pelajari bagi
memahami konsep dalam membangunkan laman web menggunakan
Wix.com. Pengkaji perlu mencuba pelbagai templat yang disediakan bagi
92


memahami bagaimana sebuah laman web dihasilkan agar reka bentuk
yang dibangunkan adalah menampakkan sebuah ciri laman web Masjid.
2. Kekangan dari segi talian internet ketika melakukan kerja
Kekangan utama dalam membangunkan laman web berasaskan Wix.com
adalah dikehendaki melakukan kerja dengan mempunyai talian internet.
Hal ini kerana, Wix.com adalah secara cloud computing maka kerja
mengurus, membina dan mengemaskini laman web adalah secara talian
dan tidak boleh dilakukan secara offline seperti menggunakan Joomla atau
Adobe Dreamweaver. Selain itu, kelajuan internet juga mempengaruhi
proses kerja menggunakan Wix.com di mana penggunaan HTML5
banyak menggunakan aplikasi flash sebagai pembangunan laman web.
Justeru itu kelajuan internet adalah amat penting bagi memastikan tidak
berlakunya crash atau legging terhadap proses kerja dalam mengemaskini
laman web.

6.5 Cadangan Penambahbaikan
Untuk penambahbaikan sistem yang sedia ada, pengkaji mencadangkan beberapa
perkara. Penambaikan ini adalah untuk membantu pengusaha untuk mencapai
sasaran pengguna. Antara cadangan adalah :
1. Melanggan domain dengan premium pengguna yang terendah
Seperti yang pernah dijelaskan bahawa laman web Masjid menggunakan
domain Wix.com dan tidak berdiri sendiri. Oleh itu dengan adanya
domain sendiri laman web mempunyai simpanan data yang lebih serta
93


terjamin dari segi keselamatan laman web itu sendiri. Dari segi carian
internet, laman web Masjid Jamek Tanjong Malim akan terus dijumpai
tanpa ada pertindihan dengan Wix.com.

6.6 Kesimpulan

Pengkaji mengharapkan dengan adanya kajian ini, ia dapat membantu pihak masjid
untuk terus menggunakan laman web ini dengan menambah baik laman web
berkenaan pada masa akan datang. Kajian berdasarkan dapatan kajian telah
menunjukan bahawa penggunaan Wix.com sememangnya memberikan impak positif
dalam menghasilkan laman web Masjid serta dapat menghasilkan sebuah laman web
yang mudah diuruskan serta penyampai maklumat dan aktiviti yang lebih efisen.
Perlaksanaan laman web Masjid berasaskan Wix.com amat digalakan kerana
ia merupakan satu mengurangkan kos operasi sebuah Masjid mengenai sistem
pengurusan maklumat pada masa yang sama mempunyai sebuah laman web
interaktif untuk masyarakat luar dan setempat. Bagi pengkaji, dengan terbangunnya
laman web Masjid Jamek Tanjong Malim ini dapat meningkatkan penyebaran
maklumat dengan lebih meluas dan efisen. Malah masyarakat dapat berhubung
dengan lebih dekat terhadap Masjid apabila dapat mengetahui aktiviti dan maklumat
Masjid secara laman sosial dan laman sesawang.


94


RUJUKAN
Kamus Dewan Edisi Keempat (2010). Pusat Rujukan Persuratan Melayu. Dewan
Bahasa dan
Pustaka. Diperolehi pada 06, Mei 2013 daripada http://prpm.dbp.gov.my/.

Kendall, K.E. & Kendall, J.E. (2002). System Analysis and Design. 5th edition. New
Jersey:
Prentice-Hall.
Mohamad Noorman (2001). Analisis dan Rekabentuk Sistem Maklumat. Malaysia:
McGraw-Hill.
Nurul Amirah Mohd Razali, & Zaidatun Tasir (2008). Rekabentuk Sistem
Pembelajaran Konsep
Nombor Berasaskan Pendekatan Permainan Yang Menerapkan Teori
Perkembangan Kognitif Kanak-Kanak. Tesis Sarjana Muda Universiti
Teknologi Malaysia. Diperoleh pada 08, Mei 2013 daripada
http://eprints.utm.my/7988/1/EDUPRES_(F3)_8.pdf.
Selecting A Development Approach (2008). Diperolehi pada 09, Mei 2013 daripada
http://www.cms.hhs.gow/SystemLifeCycleFramework/downloads/SelectingD
evelopmentApproach.pdf.
Soffri Yussof (2007). Pembangunan Sistem Pemasaran Menggunakan Konsep
Adaptive
95


Marketing. Tesis Master. Universiti Teknologi Malaysia. Diperolehi pada
09, Mei 2013 daripada
http://eprints.utm.my/7306/1/SoffriYussofMFSKSM2007TTT.pdf.
Zuraida Ismail et. Al (2003). Pendidikan Sains Prasekolah. Bentong : PTS
Publications.














96


LAMPIRAN
Carta organisasi Masjid Jamek Tanjong Malim


















Nazir
Imam 2
Bilal 1
Siak
Setiausaha
Pen.Setiausaha
Bendahari
AJK-AJK Masjid
Imam 1
Imam 3
Bilal 2 Bilal 3
97


Muhammad Zulhazri Bin Mahmud,
Kolej Kediaman Zaba,
Kampus Sultan Azlan Shah,
Universiti Pendidikan Sultan Idris,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan.
____________________________________________________________________
Kepada

Nazir,
Masjid Jamek Tanjong Malim,
35900 Tanjung Malim,
Perak Darul Ridzuan, 15
March 2013

KEBENARAN MENJALANKAN PROJEK KAJIAN DI MASJID JAMEK
TANJUNG MALIM
Saya seperti nama diatas dengan nombor matrik D20101038716, pelajar program
Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Teknologi Maklumar (AT20) semester 6, ingin
memohon kebenaran daripada pihak tuan untuk menjalankan kajian di Masjid Jamek
Tanjung Malim.
98


2. Kajian yang akan dijalankan adalah untuk membangunkan sebuah portal
berasaskan sistem bagi Masjid Jamek Tanjung Malim. Ini disebabkan Masjid tidak
mempunyai laman web sendiri yang boleh dijadikan medium sebaran informasi dan
maklumat kepada masyarakat setempat
3. Oleh yang demikian, saya daripada pihak Universiti Pendidikan Sultan Idris
berbesar hati untuk membangunkan portal berasaskan sistem bagi Masjid Jamek
Tanjong Malim. Justeru itu saya memohon kerjasama daripada pihak tuan untuk
mendapatkan maklumat-maklumat berkaitan Masjid ini.
4. Sistem ini akan dibangunkan pada semester hadapan bagi memenuhi keperluan
kursus MTR 3996 Research Project. Namun, kajian telah dimulakan pada semester
ini bagi menyediakan kertas kerja untuk sistem yang akan dibangunkan.
Kerjasama daripada pihak tuan dan masjid dalam meluluskan permohonan ini
didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Memacu Ilmu Selaras Dengan Agama
Yang benar,
..
(Muhammad Zulhazri Bin Mahmud)
D20101038716
017-3522645

Anda mungkin juga menyukai