1
PENGURUSAN TEATER
Struktur Organisasi
1. Pengurus Produksi
2. Pengarah Produksi
3. Pengurus Pentas
4. Pereka Bentuk Latar
5. Pereka Bentuk Cahaya
6. Penata Rias
7. Penata Bunyi
8. Pereka Props
9. Pereka Bentuk Kostum / Busana
10. Pengurus Artis / Kebajikan
11. Petugas lokasi (Runner)
12. Petugas Pentas / Krew
Peranan dan Tanggungjawab
Pengurus Produksi (Production Manager)
Pengarah produksi bertanggungjawab memaparkan elemen-elemen artistik
sebuah produksi tetapi tiada produksi mampu dipersembahkan untuk
penonton tanpa komponen teknikal dan business. Oleh itu koordinasi
elemen-elemen itu sangatlah mustahak dan orang yang bertanggungjawab
sepenuhnya untuk mengkoordinasikannya ialah pengurus. Pengurus
bertanggungjawab dalam aspek-aspek business. Antara tugasnya ialah:
a. mencari wang untuk membiayai produksi
b. berhubung dengan pihak luar yang meminta produksi atau pembiaya
produksi (client)
c. mencari serta mendapatkan hak atau kelulusan skrip yang mahu
dipentaskan. (jika ada)
d. mendapatkan pengarah, pelaku, perekabentuk, petugas pentas dan
lain-lain yang berkaitan dengan produksi.
e. menyewa dewan, panggung atau ruang persembahan (jika perlu)
f. menyelia tugas-tugas perlaksanaan produksi
g. membuat promosi (jika perlu)
h. menyedia belanjawan untuk sesebuah produksi.
i. membuat laporan hasil produksi untuk dijadikan dokumentasi.
Pengarah Produksi
Orang yang bekerja paling rapat dengan pelaku. Pengarah membangunkan
konsep produksi, menjelaskan kepada pelaku-pelaku, membantu pelaku
mewujudkan peranan dan watak-watak dan menggarap keseluruhan
persembahan produksi. Pengarah adalah seorang yang menerajui sebuah
produksi yang melibatkan kerja-kerja teknikal dan proses kreatif. Merupakan
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
2
pemimpin kepada sekumpulan tenaga kerja pentas bagi melaksanakan
kehendak kesenian yang menepati ilusi dan kreativiti. Maka itu seorang
pengarah harus jelas terhadap kerja seni yang hendak disempurnakan.
Pengarah juga perlu mempunyai cara komunikasi yang boleh difahami oleh
semua yang terlibat dengan produksinya.
Bertanggungjawab mengkoordinasikan aspek-aspek lain di dalam sesebuah
produksi seperti idea-idea untuk pereka-pereka bentuk. Tugas-tugas
pengarah ialah:
Skrip:
a. Memahami dan menganalisis skrip dari segi plot, tema serta persoalan
yang ingin disampaikan oleh penulis.
b. Menentukan gaya pementasan yang hendak disampaikan
c. Melakukan perubahan bagi penyesuaian persembahan jika perlu
dengan syarat mendapat persetujuan daripada penulis asal.
Konsep Persembahan:
a. Memilih dan mengembangkan konsep keseluruhan produksi.
b. Menerangkan konsep persembahan yang dikehendaki kepada semua
pelaku serta petugas-petugas lain.
c. Menggunakan semua ilmu dalam seni persembahan yang diketahuinya
untuk melaksanakan realiti konsep persembahan.
d. Menggarap unsur-unsur dramatik dan estetik dalam sebuah
persembahan.
Lakonan/Pelakuan:
a. Memahami watak-watak (peranan-peranan) fizikal, psikologi, mental
b. Menetapkan jenis watak dan perwatakan dalam persembahan.
c. Memilih pelaku (dengan menggunakan pelbagai kaedah untuk
memilih)
d. Menjadi pengajar, pengkritik, pemimpin, sahabat, pendisiplin serta
penggarap pada sebuah persembahan.
e. Mengarah latihan serta menyusun ruang lakon para pelaku di pentas.
f. Menyediakan jadual latihan.
Teknikal:
a. Memahami keperluan hiasan latar (setting), kostum (busana),
tatacahaya, tatarias supaya sesuai dengan konsep yang dipilih.
b. Bekerjasama dengan petugas-petugas produksi yang lain dengan
berjumpa dan berbincang dengan pereka-pereka tentang konsep
produksi.
c. Menetapkan apa yang dikehendakinya dan pereka-pereka mesti
menyediakan perkara tersebut.
d. Mengadakan perjumpaan dengan pasukan teknikal dari semasa ke
semasa untuk meninjau perkembangan setiap seksyen.
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
3
Pengurus Pentas (Stage Manager)
Pengurusan pentas bermaksud pengendalian sekumpulan tenaga kerja bagi
menjayakan sesebuah produksi. Mereka adalah saluran penghubung antara
tenaga produksi dengan pihak pentadbiran dan bertanggungjawab
melaksanakan apa yang telah dirancang supaya berjalan lancar.
Peneraju pada hari persembahan ialah pengurus pentas. Segala tugas
pentas seperti pertukaran set, pertukaran pakaian dan make up, keluar
masuk pelaku serta props yang digunakan pada hari pementasan adalah
bawah pengawasannya.
PELAKSANAAN
Pengurusan seni persembahan/pentas penting berdasarkan kefahaman
berkenaan dengan pentas dan pentadbiran mengikut organisasi yang
menganjurkan pementasan. Berikut adalah perkara-perkara yang perlu
disediakan:
Tenaga Kerja Pengurusan Pentas
Mengenal pasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga produksi
seperti penerbit, pengurus produksi, pengarah teknikal, pengurus pentas,
pengurus props, set, lampu, kostum, bunyi, muzik dan para pereka cipta.
Persediaan dan Persiapan Pengurusan Pentas
a. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja
b. Merancang pementasan
c. Persiapan pementasan
Persiapan Latihan Pementasan
a. Menentukan masa latihan
b. Memahami Skrip
c. Props dan peralatan
d. Set dan kostum
e. Tempat latihan
f. Keperluan semasa latihan
g. Persiapan tempat latihan
h. Mengenal pasti ruang lakon
i. Menentukan garis panduan set
Semasa Latihan Pementasan
a. Pengenalan ruang latihan dan tenaga produksi
b. Tugas harian
c. Pengendalian ruang latihan
d. Catatan latihan
e. Jadual latihan
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
4
f. Pembisik skrip
g. Blocking techniques
h. Naskah
Tugas Di Luar Ruang Latihan
a. Pengurusan produksi
b. Belanjawan produksi
c. Mesyuarat produksi
d. Penjadualan produksi
Ke Arah Pementasan
a. Latihan langsung
b. Senarai lengkap keperluan
c. Pelan lantai
d. Pemindahan lokasi
e. Pengangkutan
Mengenal Pentas
a. Bekalan pentas sedia ada
b. Alat-alat Bantu Penanda (MASKING)
c. Peralatan asas pertukangan
d. Kemudahan-kemudahan pentas sedia ada
e. Aspek teknikal pentas
f. Kesihatan dan keselamatan atas pentas
Mingggu Pementasan
a. Masuk ke ruang pementasan sebenar
b. Penyesuaian dan penetapan ruang pementasan
c. Pembinaan set / Penentuan props
d. Pertukaran babak / Penataan cahaya/Kesan bunyi
e. Raptai kostum / Latihan teknikal
f. Tentu ruang pembisik skrip
g. Senarai semak
h. Hormat tamat (Curtain Calls)
i. Semasa persembahan
Selesai Pementasan
a. Pemulangan barang/Kebersihan pentas
b. Penstoran barang
c. Post mortem/Laporan
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
5
Pereka Bentuk Latar (Setting Designer)
Bertanggungjawab untuk mereka cipta bentuk latar pentas sama ada ringkas
atau kompleks dan setiap latar mempunyai reka bentuknya. Susun atur set,
tinggi dan rendahnya, tanpa atau berset adalah dari sudut pandangan pereka
bentuk latar. Bersifat latar hias yang menggambarkan tempat, masa dan
status, sama ada di luar atau di dalam dewan, set perlu disediakan sebelum
pementasan bermula. Terdapat pelbagai jenis dan rupa set bergantung pada
kehendak pementasan dan citarasa perekanya. Pereka Bentuk Latar perlu
mengetahui tentang set dari peringkat ilusi membawa ke realiti.
Keperluan keperluan tertentu di dalam hiasan latar:
a. Elemen hiasan latar mestilah berfungsi dan bukan hanya
menjadi tempelan semata-mata.
b. Set harus kukuh dan mudah pindah.
c. Kehadirannya harus jelas dilihat supaya ilusi tidak terjejas.
d. Set harus ringan, terbentuk di dalam unit-unit (adjustable).
e. Hiasan yang dibentuk dapat digunakan berkali-kali.
f. Tidak membahayakan pelaku dan pekerja dengan melihat pada ciri-ciri
keselamatan yang sempurna.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi. Bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari masa ke semasa.
Pereka Bentuk Cahaya (Lighting Designer)
Penataan cahaya pentas bermaksud bentuk-bentuk iluminasi di pentas.
Pereka bentuk cahaya memutuskan setiap ruang cahaya: warna, adunan,
bilangan lampu, intensiti dan kebenderangan lampu, sudut di mana cahaya
menyinari pelakon dan jangka waktu yang diperlukan untuk diterangkan,
digelapkan atau disuramkan. Terang atau gelap bermaksud kesan terhadap
sesuatu yang digambarkan berdasarkan emosi atau zaman. Dalam hal ini
cahaya perlu direka atau ditatakan. Tugas ini diterajui oleh seorang pereka
cahaya dan dibantu oleh satu kumpulan kerja yang dapat mencapai maksud.
Harus sentiasa berbincang dengan pengarah produksi dan bertanggungjawab
dengan kemahuan serta keperluan pengarah produksi dari semasa ke
semasa.
Pereka Bentuk Kostum / Busana (Costume Designer)
Reka bentuk kostum bermaksud apa-apa sahaja bentuk pakaian yang dipakai
oleh pelaku di atas pentas. Pereka bentuk kostum bertugas mencipta atau
menentukan apakah kostum dan bahan yang sesuai untuk digunakan bagi
sesebuah produksi dengan menitikberatkan konsep yang telah ditetapkan.
Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan latar/set dan pencahayaan
agar tidak bercanggah dengan kemahuan pementasan/persembahan.
Pemilihan pakaian juga hendaklah memberi keselesaan kepada para pelaku
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
6
(si pemakai). Pengurusannya memerlukan penelitian dan perapian kerana
melibatkan urusan bahan seni dan kreatif. Selain itu, pengendali terhadap
mesin dan teknikal juga perlu dititikberatkan.
Penata Rias (Make-Up)
Menentukan apakah bentuk make-up yang sesuai dipakai oleh setiap pelaku.
Pemilihan warna hendaklah diselaraskan dengan watak dan pencahayaan
agar tidak ditenggelami oleh latar dan cahaya lampu. Tatarias juga hendaklah
bersesuaian dengan kostum yang digunakan dan perlulah berbeza dengan
setiap konsep persembahan dan watak yang dibawa oleh pelaku dalam
persembahan. Tatarias yang tidak sesuai dari segi pencampuran warna akan
mencacatkan watak dan perwatakan sekali gus keseluruhan mood
persembahan.
Penata Bunyi (Audio)
Mencipta dan menentukan apakah bentuk kesan bunyi yang digunakan dalam
persembahan. Latar bunyi yang dicipta hendaklah bersesuaian dengan
konsep serta kemahuan pengarah persembahan.
Pereka dan Pengurusan Props
Props adalah barang atau peralatan yang dibawa/digunakan oleh pelaku.
Pereka props bertugas menyediakan props yang akan digunakan oleh setiap
pelaku seperti yang dikehendaki oleh pengarah dan watak dalam
persembahan. Props hendaklah berfungsi untuk memperkukuhkan
penjelasan perwatakan. Props boleh menjadi sesuatu yang asing jika
pembuatannya adalah di luar kebiasaan. Props juga membantu pelakon
mendapatkan mood berlakon dan sekali gus memberi business kepada
aksinya.
PELAKSANAAN
Kepentingan Pengurusan Props
Menyentuh kefahaman mengenai keperluan dan kepentingan prop.
Tenaga Kerja Pengurusan Props
Mengenalpasti peranan dan tanggungjawab setiap ahli tenaga yang
menguruskan props seperti props master, props designer, props man, props
crew dan props supplies.
Pengurusan Props
a. Menubuhkan satu pasukan tenaga kerja
b. Menentukan bengkel dan kategori props
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
7
c. Pengendalian props berdasarkan jenis seperti set props, trim props,
set dressing, hand props, personal props
Persiapan Props Untuk Pementasan
a. Memahami Skrip
b. Menentukan props mengikut skrip
c. Merancang penggunaan props yang berkaitan
d. Menyediakan props
e. Props, set, kostum dan pencahayaan
Semasa Latihan Pementasan
a. Keperluan props percubaan
b. Pengendalian props diruang latihan
Ke Arah Pementasan
a. Latihan langsung mengendalikan props
b. Senarai lengkap keperluan props
c. Plan lantai
d. Pemindahan lokasi
e. Pengangkutan props
Prop dan Pementasan
a. Masuk ke ruang pementasan sebenar
b. Penyesuaian dan penetapan ruang prop
c. Raptai Props
d. Latihan Teknikal
e. Senarai Semak
f. Sessi Fotografi
g. Malam pembukaan
h. Semasa persembahan
i. Sistem ganti (understudies)
j. Keselamatan props
k. Malam akhir
Selesai Pementasan
a. Malam akhir
b. Pemulangan barang
c. Kebersihan props
d. Penstoran props
e. Post Mortem
f. Laporan
PENGURUSAN PRODUKSI TEATER KANAK-KANAK IPGK SULTAN ABDUL HALIM
8
Pengurus Artis
Bertanggungjawab untuk memastikan bahawa setiap pelaku serta ahli
produksi yang terlibat berada di tempat latihan pada masa yang telah
ditetapkan. Sekiranya pelaku tidak tepat pada masanya, pengurus artis akan
bertugas untuk mendapatkan (mencari) pelaku tersebut untuk berada di
tempat yang sepatutnya. Pengurus artis bertanggungjawab untuk
memaklumkan kepada pengarah sama ada semua pelaku dalam produksi
sudah sampai ataupun belum di lokasi supaya dapat latihan dimulakan.
Petugas Lokasi (Runner)
Bertugas untuk memastikan semua bekalan yang diperlukan berada dan ada
pada masa yang diperlukan oleh pengarah dan kesemua produksi. Sekiranya
tidak, maka tugas runner untuk pergi mendapatkannya.
Petugas Pentas / Krew
Mereka ialah petugas-petugas am yang bertugas untuk membantu dalam
kerja-kerja produksi persembahan bawah arahan pengurus pentas.