Anda di halaman 1dari 2

4.

Dewasa ini, kebanyakan anak-anak lebih suka menempatkan ibu bapa mereka di
rumah orang-orang tua. Mengapakah fenomena ini berlaku?

Seorang ibu mampu menjaga sepuluh orang anak, tetapi sepuluh orang anak belum tentu
mampu menjaga seorang ibu. Kata-kata seperti itu sering dibicarakan mengenai anak-anak
pada zaman siber ini yang dikatakan tidak mampu menjaga orang tua mereka. Mereka lebih
rela menempatkan orang tua mereka di rumah-rumah orang tua atau dibiarkan terbiar tanpa
dijaga. Fenomena seperti itu berlaku secara berleluasa akibat beberapa faktor.
Menempatkan golongan warga emas di bawah penjagaan rumah kebajikan merupakan
satu perbuatan yang tidak bermoral oleh anak-anak. Antara faktor yang paling ketara yang
mengakibatkan fenomena tersebut berlaku ialah sikap manusia itu sendiri. Segelintir anak-
anak memandang hina terhadap golongan ini. Mereka menganggap golongan ibu bapa yang
sudah lanjut usia tidak berguna lagi malah membebankan. Oleh itu, anak-anak lebih gemar
menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua daripada menjaganya sendiri .
Seharusnya anak-anak wajib mengamalkan nilai kasih sayang terhadap keluarga dan belajar
menghargai ibu bapa sendiri kendatipun ibu bapa mereka sudah tua dan tidak mampu
menguruskan diri sendiri.
Bukan itu sahaja, anak-anak juga sering memandang ringan terhadap orang tua
mereka. Mereka menganggap ibu bapa mereka telah tua tidak berguna dan berjasa lagi.
Mereka tidak terfikir tentang jasa-jasa yang telah diberikan oleh ibu bapa mereka sehingga
mereka dapat menikmati kesenangan. Ingatlah, tanpa ibu bapa, maka tiadalah insan yang
bergelar anak-anak di muka bumi ini. Selain itu, kecacatan, nyanyuk, ketidaksefahaman
antara ibu bapa dan anak-anak, kesibukan kerjaya anak-anak, dan masalah kewangan juga
merupakan punca kesanggupan anak-anak menghantar ibu bapa ke rumah orang tua. Justeru,
anak-anak mestilah mengamalkan nilai hormat dan taat kepada anggota keluarga dan
mengambil berat akan tanggungjawab menjaga kedua ibu bapa.
Dari aspek lain pula, punca pengabaian warga tua juga disebabkan oleh tindakan ibu
bapa itu sendiri. Pengabaian terhadap ibu bapa boleh disebabkan daripada pengalaman anak-
anak itu sendiri. Contohnya, jika sewaktu kanak-kanak, kedua ibu bapa mereka bersikap
bengis, suka mendera, maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk
membalas dendam terhadap kedua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu. Oleh itu, salah
satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan
kedua ibu bapa mereka.. Bagi mengatasi masalah ini, anak-anak patut mengamalkan nilai
tanggungjawab terhadap keluarga dan berfikir secara rasional akan tanggungjawab yang
harus dipikul sebagai seorang anak.
Kesimpulannya, anak-anak tidak wajar menempatkan ibu bapa mereka di
rumah orang-orang tua dan mengabaikan mereka dengan begitu sahaja. Walaupun banyak
alasan yang diberikan, namun sebagai masyarakat yang mengamalkan nilai-nilai murni, anak-
anak sememangnya tidak patut membiarkan ibu bapa mereka menghabiskan sisa-sisa
kehidupan di rumah orang orang-orang tua. Hargailah ibu bapa kita selain hidup sebagaimana
mereka menantang kita bagai minyak yang penuh sejak kita masih bayi lagi. Janganlah kita
menjadi anak yang derhaka kepada kedua orang tua demi mengejar kehidupan duniawi yang
tidak menjanjikan apa-apa.