Anda di halaman 1dari 203

1 | P a g e

Judul:

RASULULLAH & KHULAFA RASYIDIN
IDOLA UMAT SEPANJANG ZAMAN




Penulis:
DR. MOHD SUKKI OTHMAN


2 | P a g e

Kandungan Buku
Prakata
BAB 1 MUHAMMAD RASULULLAH SAW : SIRAH KEHIDUPAN

1.1 Diberi Nama Muhammad
1.2 Yatim Piatu
1.3 Bekerja Menyara Kehidupan
1.4 Kehidupan sebelum diutus menjadi Rasul
1.5 Perkahwinan Nabi Muhammad
1.6 Kerasulan
1.7 Dakwah Secara Senyap
1.8 Berdakwah Secara Terang-terangan
1.9 Strategi Memulaukan Umat Islam
1.10 Berhijrah ke Madinah al-Munawwarah
1.11 Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah)
1.12 Hajjatul Wada
1.13 Kewafatan Nabi Muhammad S.A.W.


BAB 2 RASULULLAH SAW: IDOLA UMAT SEPANJANG ZAMAN

2.1 Bila Kenal Bertambah Kasih
2.2 Rahmat Rasulullah Pada Sekalian Alam
2.3 Kesabaran Rasulullah: Suatu Tauladan Kepada Umat
2.4 Rasulullah Mengambil Berat Kebersihan Diri
2.5 Sikap Pemaaf dan Lemah-Lembut Rasulullah: Pemangkin Ke arah
Kecemerlangan Dakwah Islam
2.6 Rasulullah Amat Berpegang Pada Janji
2.7 Gurauan Rasulullah


BAB 3 ABU BAKAR AL-SIDDIQ : IDOLA UMAT DALAM PERJUANGAN

3.1 MENGENALI SAIDINA ABU BAKAR: AKHLAK TERPUJI
3.1.1 Biodata
3.1.2 Memeluk Islam
3.1.3 Sifat Peribadi
3.1.4 Cinta Kepada Kebenaran
3.1.5 Iman Yang Tinggi
3.1.6 Dermawan
3.1.7 Berani
3.1.8 Tegas

3.2 JASA SAIDINA ABU BAKAR AL-SIDDIQ

3.2.1 Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Golongan Murtad
3.2.2 Peperangan al-Yamamah
3.2.3 Pembukaan Wilayah Baharu pada Zaman Abu Bakar as-Siddiq
3 | P a g e

3.2.4 Sebab-sebab Pembukaan Wilayah Baharu
3.2.5 Pembukaan Iraq
3.2.6 Pembukaan Wilayah Syam
3.2.7 Peperangan Yarmuk

3.3 KEWAFATAN SAIDINA ABU BAKAR


BAB 4 SAIDINA UMAR AL-KHATTAB: IDOLA UMAT DALAM KEPERWIRAAN

4.1 MENGENALI UMAR AL-KHATTAB : BIODATA
4.2 SIFAT PERIBADI
4.3 Wasiat Umar Kepada Saad Bin Abi Waqqas
4.4 Kewibawaan Kepimpinan Khalifah Umar
4.5 Keadilan Umar al-Khattab
4.6 Rasa Tanggungjawab Khalifah Umar
4.7 JASA DAN PENGORBANAN SAIDINA UMAR
4.7.1 Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran
4.7.2 Pembaharuan dalam bidang ekonomi
4.7.3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial
4.7.4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi
4.8 Kewafatan


BAB 5 SAIDINA UTHMAN : IDOLA UMAT DALAM KEDERMAWANAN

5.1 RIWAYAT HIDUP SAIDINA UTHMAN B. AFFAN
5.1.1 Pengislaman Uthman
5.1.2 Perkahwinan Uthman dengan Puteri Rasulullah
5.1.3 Kehidupan Saidina Uthman Bersama Rasulullah

5.2 KEPERIBADIAN SAIDINA UTHMAN
5.2.1 Seorang Dermawan
5.2.2 Pujian Rasulullah Terhadap Uthman

5.3 KEPIMPINAN & SUMBANGAN SAIDINA UTHMAN
5.3.1 Khutbah Janji Setia
5.3.2 Perutusan Saidina Uthman kepada Penjawat Awam dan Gabenor Wilayah
5.3.3 Pemerintahan Saidina Uthman
5.3.4 Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

5.4 PERLUASAN WILAYAH ISLAM PADA ZAMAN PEMERINTAHAN SAIDINA
UTHMAN
5.4.1Pembukaan Wilayah Baharu
5.4.2 Umat Islam dan Orang Parsi
5.4.3 Hubungan Orang Islam dengan Orang Rom
5.4.4 Cubaan Tentera Rom Kembali ke Mesir
5.4.5 Pembukaan Wilayah Afrika Utara
5.4.6 Penubuhan Armada Tentera Laut Islam
5.4.7 Pembinaan Kapal Perang
4 | P a g e

5.4.8 Pembukaan Kepulauan Cyprus (28 Hijrah)
5.4.9 Peperangan Armada Laut (34 Hijrah)

5.5 MUSHAF UTHMANI
5.5.1 Tujuan Pengumpulan Mushaf Uthmani

5.6 KONFLIK DAN FITNAH YANG BERLAKU PADA ZAMAN SAIDINA UTHMAN
5.6.1 Abdullah bin Saba`
5.6.2 Sikap Khalifah Uthman Terhadap Fitnah yang Menimpanya
5.6.3 Peristiwa Pengepungan dan Pembunuhan Khalifah Uthman


BAB 6 SAIDINA ALI: IDOLA UMAT DALAM PENTADBIRAN

6.1 Mengenali Saidina Ali
6.2 Teladan Unggul
6.3 Akhlak Saidina Ali
6.4 Keistimewaan Saidina Ali
6.5 Saidina Ali Sebagai Khalifah
6.6 Pemerintahan Negara dan Pengukuhan Pembukaan Wilayah Baharu
6.7 Konflik Pada Zaman Saidina Ali
6.8 Kewafatan Saidina Ali



Glosari
Bibliografi
Indeks











5 | P a g e

MUQADDIMAH





:
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam, Solawat dan salam ke
atas nabi Junjungan, juga kepada keluarga serta sahabat baginda sekalian yang
menjadi contoh tauladan kepada umat sepanjang zaman.

Sesungguhnya Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah diutuskan
oleh Allah sebagai pembawa rahmat kepada sekalian alam. Allah Subhanahu Wa
Taala sendiri telah menyatakan dalam al-Quran Surah al-Anbiya ayat 107:
.4`4 CE4UEcO ) LO4;OEO
--gUEUg ^_

Maksudnya: Tidak Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk
memberi rahmat kepada sekalian alam.

Sesuatu yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam telah diutus untuk memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik
6 | P a g e

yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan
dan contoh di sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Taala telah
menyatakan dalam al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21:

;- 4p~E 7 O) Oc4O *.-
NE4Ocq O4L=OEO }Eg 4p~E W-ON_O4C
-.- 4O4O^-4 4O=E- 4OEO4 -.-
-LOOgVE ^g

Maksudnya : Sesungguhnya bagi kamu pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh
yang paling baik untuk (menjadi ikutan) kamu.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah merupakan pemimpin ummah
yang boleh diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan
murni, seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh
hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan
amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak
menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia,
seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya, kepemimpinan
Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

Seterusnya, para sahabat baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam tidak
ketinggalan untuk mengambil contoh kehidupan Rasulullah untuk dijadikan panduan
dalam menjalani kehidupan di atas dunia ini. Lalu, lahirlah tokoh hebat dalam
kalangan sahabat seumpama Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali dan sebagainya.
7 | P a g e


Ketokohan para sahabat nabi diteruskan pula oleh golongan Tabien serta
para ulama salafussoleh. Mereka menjadikan kehidupan di atas dunia ini sebagai
asas untuk membina kecemerlangan di akhirat. Lalu lahirlah para pejuang yang
mendambakan diri pada ketaatan yang mutlak pada Allah dan RasulNya tanpa
mengharapkan sebarang balasan di dunia, tetapi semata-mata mencari keredhaan
Allah yang Maha Esa.

Justeru, dalam buku ini, penulis memuatkan sirah kehidupan Rasulullah
sebagai asas perbincangan agar kehidupan nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang
dihiasi dengan akhlak yang terpuji dapat diteladani oleh generasi pada masa kini.
Sesungguhnya amat tidak berbaloi apabila umat Islam tidak mengenali Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Selain daripada sirah kehidupan nabi yang bermula
daripada kelahiran sehinggalah kewafatan baginda yang dibincangkan dengan
ringkas dan padat, penulis mendatangkan juga beberapa contoh akhlak nabi untuk
dihayati oleh pembaca.

Seterusnya, perbincangan diteruskan dengan mengemukakan ketokohan
yang ada pada Khulafa al-Rasyidin yang mewarisi akhlak nabi dalam kehidupan
mereka. Justeru, tidak hairanlah bagaimana mereka sanggup melakukan apa sahaja
demi memperoleh keredhaan Allah.

Tokoh-tokoh Khulafa al-Rasyidin tersebut begitu komited dalam
memperteguhkan keimanan mereka kepada Allah dengan mencontohi perjuangan
Rasulullah saw.
8 | P a g e


Mereka tidak gentar walau apa jua badai, dan onak duri yang datang
melanda, sebaliknya keteguhan iman membuatkan mereka begitu cekal dan sabar
dalam menghadapi apa jua cabaran dan tribulasi. Di samping itu, mereka juga
berjaya menunjukkan akhlak terpuji. Matlamat mereka hanyalah satu iaitu mencari
keredhaan ilahi dan kebahagiaan yang hakiki. Tokoh-tokoh itu sewajarnya diteladani
oleh generasi kini kerana mereka telah memberikan sumbangan yang sangat besar
ke arah perkembangan dakwah Islam.

Sebenarnya bilangan tokoh yang hebat dan yang boleh dijadikan contoh
tauladan dalam kehidupan kita ini sangat ramai, namun buku kecil ini hanya sempat
menyusun beberapa orang tokoh sahaja daripada tokoh-tokoh yang ramai tersebut.
Insya Allah, tokoh-tokoh yang lain akan dibincangkan pada buku-buku keluaran akan
datang.

Moga kita dapat menghayati kisah-kisah dan perjuangan hidup Rasulullah
serta menghayati kehidupan para tokoh Khulafa al-Rasyidin yang dimuatkan dalam
buku ini. Seterusnya diharapkan agar dapat diambil pengajaran dan pengiktibaran
daripada buku Insan Terbilang Sepanjang Zaman ini demi memperkukuhkan
keimanan, ketakwaan dan semangat juang yang berterusan untuk memperoleh
rahmat daripada Allah di dunia dan di akhirat.

Berbanyak kemaafan dipohon kepada pembaca sekalian sekiranya terdapat
sebarang kekurangan dan kelemahan dalam penyusunan buku ini. Diharap kritikan
dan teguran yang membina dapat diberikan oleh pembaca agar dapat diperbaiki isi
9 | P a g e

kandungan buku ini. Moga usaha kecil ini mendapat keredhaan Ilahi, Insya Allah.
Selamat Membaca!


Salam Dari Penulis,

Dr. Mohd Sukki Bin Othman (Ustaz Shauqi)
DCempaka,
Bandar Baru Bangi
www.ustazshauqi.com















10 | P a g e

MUHAMMAD RASULULLAH SAW
Sirah Kehidupan


Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah nabi dan rasul yang terakhir
yang diutuskan oleh Allah untuk seluruh umat Islam. Baginda diutus oleh Allah untuk
melengkapkan ajaran agama Islam yang dibawa oleh keseluruhan Nabi dan Rasul
sebelumnya. Nama penuh Rasulullah ialah Muhammad bin Abdullah bin Abdul
Mutalib bin Hashim bin Qusay bin Kilab bin Murrah bin Kaab bin Luay bin Ghalib bin
Fihr bin Malik bin Nadhr bin Kinanah bin Khuzaimah bin Mudrikah bin Ilyas bin
Mudhar bin Nizar bin Maad bin Adnan. Keturunan baginda adalah dari susur galur
nabi Ismail bin Ibrahim a.s.

Dalam kebanyakan kitab sirah, dinyatakan bahawa Nabi Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dilahirkan pada hari Isnin 12 Rabiulawal tahun Gajah. Namun, menurut al-
Mubarakfuri dalam kitab al-Rahiq al-Makhtum, Baginda nabi Sallallahu Alayhi Wa
Sallam telah dilahirkan pada pagi hari Isnin bersamaan 9 Rabiulawal tahun pertama
selepas peristiwa tentera bergajah dan ianya bersamaan dengan 20 atau 22 April
tahun 571 Masihi. (sila rujuk al-Rahiq al-Makhtum oleh al-Mubarakfuri, terbitan Darul
Fikr, Beirut tahun 1991, halaman 45).

Kelahiran nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah dikaitkan dengan Tahun
Gajah ekoran sebelum kelahiran nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam, telah berlaku
peristiwa yang sangat besar iaitu tentera bergajah pimpinan Abrahah telah berusaha
11 | P a g e

untuk meruntuhkan kaabah. Bala tentera Abrahah yang menunggang gajah telah
menuju ke Makkah dengan tujuan untuk meruntuhkan kaabah.

Namun begitu, apabila menghampiri Makkah, gajah-gajah tentera Abrahah
enggan memasuki Makkah. Sehubungan dengan itu, dipaksa juga gajah itu untuk
memasuki Makkah, namun ia masih enggan. Akhirnya, Allah mengirimkan satu bala
tentera burung yang melontarkan batu dari neraka ke atas tentera Abrahah itu
sehingga kesemuanya mati. Kulit mereka terbakar dan melecur. Kisah ini ada
diceritakan dalam al-Qur`an, iaitu dalam surah al-Fil, ayat 1-5:

4O> E-^OE E ElG4O UO4')
Og^- ^ E^_ E^1E
O) O)U;_> ^g EcO4 jgOU4N
-OOC O)4 ^@ )_Og`O>
E4OEg4 }g)` 1-c ^j _UEO_O-
l-EE OE` ^)

Maksudnya: Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu telah
bertindak terhadap tentera bergajah
1
, Bukankah Dia telah menjadikan tipu daya
mereka (untuk menghancurkan ka'bah) itu sia-sia, Dan Dia mengirimkan kepada
mereka burung yang berbondong-bondong, Yang melempari mereka dengan batu
(berasal) dari tanah yang terbakar, Lalu dia menjadikan mereka seperti daun-daun
yang dimakan (ulat).


1
yang dimaksud dengan tentera bergajah ialah tentera yang dipimpin oleh Abrahah Gabenor Yaman yang
hendak menghancurkan Ka'bah. Sebelum masuk ke kota Makkah tentera tersebut diserang burung-burung yang
melempari mereka dengan batu-batu kecil sehingga mereka musnah.
12 | P a g e


Diberi Nama Muhammad

Abdul Mutalib sangat gembira dengan kelahiran cucunya Muhammad Bin Abdullah,
bahkan seluruh Bani Hashim turut bergembira dengan kelahiran bayi ini sehingga
ayah saudara bayi ini, iaitu Abu Lahab membebaskan seorang hamba miliknya yang
bernama Thuwaybah. Thuwaybah inilah yang menyusukan bayi tadi.

Abdul Mutalib menamakan bayi itu dengan nama Muhammad yang
bermaksud yang terpuji. Nama ini jarang digunakan oleh orang Arab pada masa itu.
Apabila ditanya mengapa beliau menamakan cucunya sebagai Muhammad, maka
Abdul Mutalib menjawab; Aku mahu cucuku ini dipuji oleh penduduk langit dan
bumi.

Yatim Piatu

Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam lahir dalam keadaan yatim. Hal ini
kerana bapa nabi iaitu Abdullah telah meninggal dunia sedangkan pada ketika itu
nabi baharu sahaja berada dalam kandungan ibunya selama dua bulan. Apabila
baginda berumur enam tahun, ibunya Aminah membawa baginda pergi ke Yathrib
untuk menziarahi kubur ayahnya.

Dalam perjalanan pulang, ibunya ditimpa sakit lalu meninggal dunia di satu
tempat yang bernama al-Abwa` yang terletak di antara Makkah dengan Madinah.
Lantaran itu, baginda menjadi anak yatim piatu meskipun ketika itu baginda masih
13 | P a g e

memerlukan kasih sayang seorang ayah dan ibu. Namun begitu, Allah Maha
Mengetahui bahawa sesuatu yang berlaku itu ada hikmahnya.

Selepas kematian ibunya, nabi Muhammad dipelihara pula oleh datuknya,
Abdul Mutalib. Namun begitu, penjagaan Abdul Mutalib terhadap cucunya,
Muhammad tidak lama. Selepas dua tahun kematian Aminah, datuk nabi
Muhammad pula yang meninggal dunia.

Oleh itu, baginda sangat bersedih setelah kehilangan semua orang yang
dikasihinya. Selepas kematian datuknya, baginda dijaga pula oleh oleh ayah
saudaranya, Abu Talib. Abu Talib bukanlah seorang yang kaya. Malahan, beliau
mempunyai ramai anak. Akan tetapi, beliau seorang yang pengasih dan penyayang,
lebih-lebih lagi terhadap anak saudaranya, Muhammad.

Bekerja Menyara Kehidupan

Nabi Muhammad tidak mahu ditanggung kehidupannya oleh Abu Talib tanpa
baginda sendiri membantu ayah saudaranya itu. Oleh itu, baginda berusaha
mengembala kambing bagi menampung kehidupan sehariannya. Mengembala
kambing merupakan pekerjaan yang sesuai dengan umurnya pada waktu itu.
Malahan, kerja mengembala kambing merupakan kerja kebanyakan para nabi.

Ketika umur nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam menjangkau 12
tahun, baginda telah mengikuti rombongan Abu Talib berdagang ke Syam
2
. Dalam

2
Syam merangkumi Syria, Palestin, Jordan dan Lubnan. Namun, pusatnya ialah Damsyik.
14 | P a g e

perjalanan ke Syam iaitu apabila sampai di Busra, berlaku suatu peristiwa yang pelik
iaitu seorang pendita agama (Buhaira) dapat mengenali tanda-tanda kenabian yang
sudah ada pada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

Pendita ini tidak pernah menghiraukan sesiapa sahaja yang lalu-lalang di
hadapan tempat ibadatnya. Namun begitu, apabila rombongan nabi sampai, pendita
Buhaira ini keluar buat kali pertamanya untuk meraikan rombongan pedagang itu.

Pendita itu bertanya pada Abu Talib, Siapa budak lelaki ini?. Anak saudara
saya, jawab Abu Talib. Saya rasa, dia ini anak yatim, kata Buhaira. Betul, Cuma
saya amat menyayanginya macam anak sendiri, jawab Abu Talib. Lalu Buhaira
terus berkata pada Abu Talib, Bawa budak ini (Muhammad) pulang segera kerana
ada perkara besar akan berlaku!. Berhati-hatilah dengan kaum Yahudi. Kalau
mereka tahu tentang perkara ini nescaya anak saudara tuan akan ditimpa bahaya.
Lantas Abu Talib pun segera kembali ke Makkah dan membawa Muhammad
pulang..


Kehidupan sebelum diutus menjadi Rasul

Kehidupan baginda sebelum diutus menjadi rasul adalah sangat baik dan bahagia.
Baginda disegani oleh penduduk Makkah kerana sifat-sifat mulia dan akhlak tinggi
yang terdapat pada baginda. Keunggulan keperibadian dan ketinggian akhlak nabi
Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam diakui oleh kaumnya sendiri iaitu kaum
Quraisy sehingga baginda diberi gelaran al-Amin yang bermaksud jujur dan
15 | P a g e

amanah sewaktu baginda berusia 35 tahun (Sila rujuk 121 Sifat Utama Nabi oleh
Safwan Fathy, terbitan Persatuan Ulama Malaysia tahun 1992, halaman 2).

Ekoran akhlak mulia yang dimiliki nabi, maka baginda sentiasa memainkan
peranan penting dalam menyelesaikan permasalahan dan pertelingkahan yang
wujud dalam kalangan masyarakat Arab pada ketika itu. Sebagai contohnya ialah
pertelingkahan dalam meletakkan Hajarul Aswad di tempatnya.

Peristiwa ini berlaku apabila Kabah ditimpa banjir yang menyebabkan
rosaknya dinding kaabah. Pada ketika itu, nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam belum
dilantik menadi rasul, iaitu ketika itu Rasulullah berusia sekitar 35 tahun (sila rujuk
Fiqh al-Sirah al-Nabawiah oleh Muhammad Said Ramadhan al-Buti).

Banjir yang telah merosakkan dinding Kabah itu menyebabkan kaum
Qurasyh dan para kabilahnya mahu membina semula Kabah yang rosak tadi. Nabi
sendiri terlibat dalam pembinaan semula Kabah dengan menolong untuk
mengangkat batu serta meninggikan kedudukan asal Kabah.

Setelah kaabah berjaya disiapkan pembinaannya, para pemimpin kabilah
Arab bertelagah sesama sendiri dalam hal siapakah yang patut meletakkan batu
Hajarul Aswad di tempatnya?. Pertelagahan ini hampir-hampir menyebabkan
mereka ingin berperang sesama sendiri.

Akibat timbul rasa takut maka Abu Umayyah bin al-Mughirah mencadangkan
agar mereka bermesyuarat. Mereka bersetuju bahawa sesiapa yang mula-mula
16 | P a g e

masuk ke kawasan Kabah maka orang itulah yang akan meletakkan batu Hajarul
Aswad. Akhirnya, mereka mendapati bahawa nabi Muhammadlah orang yang mula-
mula masuk ke Kabah. Lantaran itu, mereka sangat bersetuju agar nabi Muhammad
sendiri meletakkan batu tersebut di tempat asalnya.

Perkahwinan Nabi Muhammad

Khadijah binti Khuwaylid al-`Asadiyah merupakan wanita mulia, cantik, dan kaya.
Beliau pernah berkahwin sebanyak dua kali. Selepas kematian suaminya yang
kedua, beliau berniat untuk tidak berkahwin lagi. Beliau mahu menumpukan urusan
perniagaannya sahaja.

Namun begitu, apabila Khadijah berurusan dengan nabi Muhammad dalam
hal perniagaan, Khadijah berasa tertarik hati dengan akhlak dan budi pekerti
baginda dan berhajat untuk berkahwin dengannya. Rasulullah berkahwin dengan
Khadijah ketika baginda berumur 25 tahun dan Khadijah pula berumur 40 tahun.

Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam dan isterinya, Khadijah hidup
dalam keadaan rukun damai selama hampir 25 tahun. Selama tempoh itu, mereka
dikurniakan beberapa anak termasuk dua lelaki yang bernama al-Qasim dan
Abdullah.

Namun begitu, kedua-duanya telah meninggal dunia sebelum nabi dilantik
menjadi rasul. Anak yang lain pula ialah anak perempuan iaitu Zainab yang
berkahwin dengan Abu al-As, Ruqayyah dan Ummu Kalthum yang pernah
17 | P a g e

berkahwin dengan Uthman bin Affan serta Fatimah yang pernah berkahwin dengan
Ali bin Abu Talib.

Kerasulan

Tidak lama sebelum baginda dipilih menjadi Rasul, baginda dapat merasakan
semangat untuk beribadat. Baginda sering mengasingkan diri ke sebuah gua yang
bernama Gua Hira'. Pada suatu ketika, sewaktu baginda sedang berada di gua
tersebut, datanglah malaikat Jibril membawa wahyu yang pertama kepadanya.

Peristiwa ini terjadi pada hari Isnin 17 Ramadan bersamaan dengan 8 Ogos
610 Masihi. Ketika itu baginda berumur 40 tahun. Wahyu pertama yang diajar oleh
Malaikat Jibril ialah permulaan surah Al-Alaq. Setelah menerima wahyu, bermulalah
perjuangan baginda untuk menegakkan agama Allah.

Dakwah Secara Senyap

Sesungguhnya, nabi Muhammad amat tahu tentang perangai dan sikap orang
Quraysh Makkah, khususnya para pembesar mereka. Bukan senang untuk
berdakwah kepada mereka. Mereka ini merupakan bangsa yang keras kepala dan
degil sehingga sanggup berbunuhan.

Oleh itu, pada awal dakwah, baginda mengajak orang Makkah menganut
Islam secara senyap-senyap. Baginda mengajak kaum kerabatnya dahulu serta
18 | P a g e

rakan taulan yang rapat. Ramai juga yang memeluk Islam yang terdiri daripada
golongan kanak-kanak, hamba, dan fakir miskin.

Isteri baginda, Khadijah merupakan orang yang pertama menerima dakwah
baginda, iaitu Islam. Kemudian, Ali bin Abu Talib mengikut jejak langkah Khadijah.
Ketika itu, Ali berumur sepuluh tahun. Selepas Ali, Zayd bin Harithah, pembantu nabi
pula yang memeluk Islam. Seterusnya diikuti oleh Abu Bakar bin Abu Quhafah.

Saidina Abu Bakar merupakan seorang yang baik hati dan dihormati oleh
penduduk Makkah. Melalui beliaulah, beberapa sahabat utama nabi berjaya
diislamkan. Antaranya ialah Uthman bin Affan, az-Zubayr bin Awwam, Abdur
Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqas, dan Talhah bin Ubaydillah. Selepas itu,
beberapa kumpulan lain turut serta memeluk Islam.

Antaranya ialah Abu Ubaydah al-Jarrah, Abu Salamah, Ubaydah al-Harith,
Fatimah al-Khattab, dan A`isyah binti Abu Bakar. Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam
mengadakan pertemuan dengan orang Islam untuk menyampaikan ayat-ayat al-
Qur`an kepada mereka di rumah al-`Arqam bin Abu al-`Arqam selama tiga tahun.
Namun begitu, lama kelamaan, dakwah secara senyap ini dapat juga diketahui oleh
kaum Qurasyh Makkah.

Berdakwah Secara Terang-terangan

Allah Taala memerintahkan agar nabi Muhammad berdakwah secara terang-
terangan melalui ayat 94, surah al-Hijr dan ayat 214-216, surah as-Syuara`.
19 | P a g e


uvE; E) NO4`u> @O;N4 ^}4N
4-g)O;^- ^_j

Maksudnya: Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang
diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang yang musyrik. (al-Hijr, 94).

OO^4 El>4OOg=4N --)4O^~- ^gj
;*gu=-4 ElE4LE_ ^}Eg ElE4lE>-
=}g` --gLg`u^- ^g) up) EO=4N
O)E+) E7-O@O4 Og)` 4pOUEu>
^gg

Maksudnya: Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat, Dan
rendahkanlah dirimu terhadap orang yang mengikutimu, iaitu orang yang beriman.
Jika mereka menderhakaimu maka katakanlah: "Sesungguhnya Aku tidak
bertanggung jawab terhadap apa yang kamu kerjakan". (al-Syuara, 214-216).

Demi mematuhi arahan Allah ini maka baginda mula berdakwah secara
terang-terangan. Lalu, kaum Quraisy Makkah bangun menentang dakwah Islam
baginda. Antara ketua mereka yang kuat menentang ajaran Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam pada ketika itu ialah Abu Jahal, Abu Lahab dan Abu Sufyan.

Mereka dan para penyokong mereka giat melakukan pelbagai rancangan
untuk mengekang dan menentang ajaran yang dibawa oleh baginda. Antara gerakan
20 | P a g e

penentangan yang dilakukan ialah melakukan pemulauan terhadap golongan yang
memeluk Islam ini serta melakukan pelbagai kekejaman terhadap mereka.

Strategi Memulaukan Umat Islam

Penduduk Quraysh Makkah membuat pelbagai cara dan strategi untuk menyakiti
dan menyiksa umat Islam. Namun begitu, mereka gagal melemahkan semangat dan
keimanan umat Islam Makkah pada masa itu. Kemudian, kaum Quraisy membuat
cara lain dengan memujuk baginda secara lembut. Antaranya, mereka menawarkan
hadiah, duit, dan pangkat kepada nabi. Tetapi nabi enggan. Malahan, nabi
Muhammad semakin bersemangat untuk berdakwah kepada penduduk Makkah.

Selepasa gagal memujuk nabi dengan kekayaan harta benda, kaum Qurasyh
cuba menggunakan Abu Talib sebagai orang tengah. Lalu, Abu Talib memujuk nabi
agar tidak mempersendakan berhala-berhala orang Jahiliah serta meninggalkan
dakwah Islamnya. Nabi Muhammad menjawab bahawa sekiranya matahari dan
bulan ada di tangan kanan dan kirinya pun dia tetap akan terus berdakwah.
Mendengar jawapan tersebut maka Abu Talib mengatakan agar nabi Muhammad
terus berdakwah dengan caranya itu.

Setelah beberapa cara untuk menghalang nabi berdakwah gagal maka
penduduk Makkah membuat cara lain, iaitu dengan memulaukan umat Islam
Makkah. Antara cara pemulauan ini ialah mereka langsung tidak berhubungan
dengan golongan yang dipulau, tidak membenarkan anak mereka berkahwin dengan
mereka serta tidak berurusan dalam perniagaan jual beli.
21 | P a g e


Penduduk Makkah menulis perihal dan butiran pemulauan ini dalam satu
dokumen rasmi yang digantung di Kabah agar orang ramai mematuhi arahan
tersebut. Pemulauan ini berlaku selama tiga tahun. Namun begitu, orang Islam tetap
bersabar dan terus menyokong dakwah nabi Muhammad.

Berhijrah ke Madinah al-Munawwarah

Penghijrahan ke Madinah dilakukan setelah mendapat arahan daripada Allah
Subhanahu Wa Taala. Peristiwa Hijrah nabi ini merupakan satu peristiwa yang
sangat terancang dan dilakukan dengan penuh berhati-hati. Nabi Muhammad dan
Abu Bakar bersembunyi di gua Thur selama tiga hari. Setelah keadaan reda mereka
berdua memulakan perjalanan menuju ke Yathrib.

Dalam pada itu, penduduk Makkah menawarkan ganjaran tinggi bagi sesiapa
yang berjaya menangkap nabi sama ada hidup ataupun mati. Sesiapa yang dapat
menangkapnya akan menerima hadiah sebanyak 100 ekor unta. Tetapi Allah
menyelamatkan mereka berdua.

Sesungguhnya, peristiwa hijrah atau perpindahan nabi ke Madinah ini
merupakan satu peristiwa yang paling sejarah. Peristiwa inilah yang menyebabkan
khalifah Umar al-Khattab menjadikannya sebagai permulaan tahun Hijrah
3
. Selepas
itu, Islam mula menjadi kuat dan gemilang.

3
Penggunaan Takwim Hijrah yang digunakan pada masa sekarang telah bermula pada tahun ke 17 Hijrah, iaitu
pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Penetapan permulaan tarikh bagi Takwim Hijriyah ini,
diambil sempena peristiwa penghijrahan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang bermula pada tanggal 2
Rabiulawal bersamaan 14 September 622 Masihi. Baginda sampai di Quba' pada tanggal 8 Rabiulawal
22 | P a g e


Perkara pertama yang dilakukan oleh baginda apabila sampai di Madinah
ialah mendirikan masjid. Ia didirikan sebagai lambang perpaduan umat Islam.
Seterusnya baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga mempersaudarakan antara
golongan Muhajirin dan Ansar.

Orang Ansar amat mengalu-alukan kedatangan orang Muhajirin. Mereka
saling membantu antara satu sama lain. Sesungguhnya, penyatuan kedua-dua
golongan ini adalah sesuatu yang sangat berharga serta dapat memberikan
kekuatan kepada mereka dalam melaksanakan misi dakwah di jalan Allah.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah membentuk sebuah negara
Islam di Madinah dan baginda sendiri menjadi ketua negara Islam yang pertama.
Sepanjang tempoh tersebut, baginda banyak melalui halangan untuk
memperjuangkan dan menyebarkan agama Islam. Baginda terpaksa berperang
untuk melawan ancaman musuh-musuh Islam dan memelihara kesucian Islam.

Antara peperangan yang berlaku pada zaman baginda ialah Perang Badar,
Perang Uhud, Perang Khaibar, perang Khandaq dan lain-lain. Agama Islam
berkembang pesat di Madinah di bawah pemerintahan baginda. Selepas melalui
banyak saat-saat manis dan pahit dikota Madinah, baginda dapat kembali ke
Makkah apabila berjaya membuka kota Makkah. Peristiwa ini dikenali sebagai
Fathu Makkah.

bersamaan 20 September 622 Masihi pada hari Isnin. Jika dihitungkan kembali, maka 1 Muharram bagi tahun
pertama Hijrah jatuh pada 16 Julai 622 Masihi iaitu pada hari Jumaat berdasarkan kiraan rukyah.

23 | P a g e

Fathu Makkah (Pembukaan Kota Makkah)

Orang Quraysh berpegang pada janji yang dibuat dengan orang Islam selama
beberapa tahun. Oleh itu, Rasulullah dan para pengikutnya mahu menunaikan
umrah yang tertangguh pada tahun ketujuh Hijrah. Namun begitu, seperti lazimnya,
orang Quraysh suka mengkhianati perjanjian itu.

Hal ini berlaku apabila Banu Bakar cuba memusuhi kabilah Khuzaah yang
taat setia pada perjanjian nabi. Lantaran itu, baginda pun memberikan bantuan
kepada kabilah Khuzaah. Oleh itu, nabi dan para tentera Islam membuat persiapan
untuk menyerang kota Makkah.

Apabila Abu Sufyan selaku ketua pemimpin Makkah tahu akan kesilapan
besar orang Quraysh ini maka beliau berjumpa nabi di Madinah. Beliau mahu
memperbaharui perjanjian tadi. Namun begitu, baginda enggan membuat perjanjian
baharu. Oleh itu, pada permulaan minggu kedua bulan Ramadan tahun kelapan
Hijrah, Rasulullah dan bala tentera Islam seramai 10,000 orang menuju ke Makkah.
Abu Sufyan sudah menjangkakan perkara ini akan berlaku. Cuma, beliau tidak tahu
bila serangan akan bermula.

Pada suatu malam, Abu Sufyan ternampak jamung api tentera Islam yang
banyak sehingga beliau berasa takut. Rasa gementar beliau telah diketahui oleh
Abbas bin Abdul Mutalib yang sememangnya telah memeluk Islam. Abbaslah yang
memberitahu Abu Sufyan bahawa tentera Islam telah mara ke kota Makkah. Apabila
keadaan ini berlaku maka Abu Sufyan terus memeluk Islam.
24 | P a g e


Dalam hal ini, Rasulullah memberikan penghormatan yang istimewa kepada
Abu Sufyan berdasarkan cadangan Abbas. Baginda berkata bahawa sesiapa yang
memasuki rumah Abu Sufyan maka mereka akan selamat. Sesiapa juga yang
menutup pintu rumahnya juga akan selamat. Malahan, sesiapa sahaja yang
memasuki Masjidil Haram juga akan berasa tenteram dan selamat.

Akhirnya, baginda dan tentera Islam dapat memasuki kota Makkah tanpa
berlaku peperangan. Kota Makkahlah kota paling suci di sisi Islam. Di situlah ramai
kaum kerabat nabi yang tinggal. Nabi berpesan kepada para pengikutnya agar tidak
membunuh orang melainkan jika mereka cuba dibunuh. Sesungguhnya, nabi
Muhammad dapat memasuki Makkah tanpa masalah besar melainkan sedikit
perundingan yang dijalankan bersama dengan kumpulah serpihan Khalid al-Walid.
Tetapi perundingan itu berjaya diselesaikan di satu tempat bernama Khandamah.

Selain itu, Amru al-As juga memeluk Islam. Kemudian, nabi Muhammad
memaafkan semua kesalahan orang kafir yang menyakiti dan memusuhinya.
Akhirnya, mereka semua dibebaskan. Itulah contoh mulia nabi Muhammad yang
amat dihormati oleh seluruh bangsa Arab pada masa itu.


Hajjatul Wada

Hajjatul Wada atau Haji perpisahan berlaku pada tahun kesepuluh hijrah. Haji
tersebut dinamakan Haji Perpisahan kerana Rasulullah wafat tidak berapa lama
25 | P a g e

selepas menunaikan haji tersebut. Haji tersebut dinamakan juga sebagai Haji
Dakwah kerana dalam haji tersebutlah baginda menyampaikan dakwah terakhirnya
kepada seluruh umat Islam.

Haji merupakan salah satu daripada lima rukun Islam yang diwajibkan kepada
setiap umat Islam yang berkemampuan. Sebelum itu, iaitu selepas pulang daripada
peperangan Tabuk, Rasulullah telah mengarahkan Abu Bakar as-Siddiq untuk
mengetuai rombongan haji. Hal ini kerana Baginda terlau sibuk melayan tetamu dari
serata tanah Arab yang mahu berjumpa nabi dan memeluk Islam. Nabi pula akan
mengirimi seorang guru agama untuk setiap rombongan tadi bagi mengajar ilmu
agama untuk mereka.

Oleh yang demikian, selepas Islam tersebar ke seluruh Arab, nabi
Muhammad pun bersiap sedia untuk menunaikan haji. Justeru, baginda keluar dari
Madinah pada 25 Zulkaedah tahun sepuluh Hijrah untuk menunaikan haji dan
umrah. Baginda berniat atau berihram haji dan umrah di satu tempat yang bernama
Zulhulayfah. Pemergian nabi ini disertai oleh 100,000 umat Islam.

Dalam khutbah hajinya, Rasulullah menyeru umat Islam agar mematuhi
arahan dan ajaran Islam. Baginda juga menyebut bahawa umat Islam tidak boleh
membunuh sesama mereka. Malahan umat Islam perlulah amanah dalam segala
pekerjaan dan perbuataan mereka. Selain itu, baginda berpesan agar umat Islam
juga tidak boleh menzalimi orang lain.

26 | P a g e

Di samping itu, Rasulullah juga berkhutbah agar umat Islam mematuhi syariat
Islam dan meninggalkan amalan syirik dan perbuatan buruk yang pernah mereka
lakukan. Malahan, segala perkara yang diharamkan Islam juga ada diterangkan oleh
baginda.

Pesanan terakhir nabi, baginda berpesan dengan seruan yang sangat
terkenal iaitu: Aku tinggalkan, buat kamu, dua perkara yang kalau kamu berpegang
teguh pada kedua-duanya kamu tidak akan sesat untuk selama-lamanya. Dua
perkara tersebut ialah al-Qur`an dan Sunnahku (al-Hadith).

Setelah selesai menunaikan ibadat haji tersebut, baginda pulang ke Madinah
dalam keadaan tenang dan berpuas hati. Baginda telah bersiap sedia untuk
menemui Allah Taala kerana telah berjaya menunaiklan tanggungjawabnya.


Kewafatan Nabi Muhammad SAW

Nabi Muhammad mula berasa uzur apabila baginda baru pulang daripada
menunaikan Haji Perpisahan, iaitu lebih kurang dua bulan selepas itu. Peristiwa ini
berlaku pada akhir bulan Safar, tahun kesebelas Hijrah. Ketika itu, baginda mula
mengadu sakit kepala.

Pada mulanya, baginda masih lagi mampu untuk menanggung keuzurannya
itu. Baginda masih boleh menjadi imam solat. Namun begitu, apabila penyakit
27 | P a g e

semakin teruk, baginda tidak mampu untuk keluar lagi. Justeru, baginda
mengarahkan Abu Bakar as-Siddiq menjadi imam solat.

Akhirnya, pada subuh Isnin, 12 Rabiulawal tahun kesebelas Hijrah, baginda
Rasulullah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir dan wafat.




















28 | P a g e

RASULULLAH SAW:
Bila Kenal Bertambah Kasih

Semua umat Islam mengetahui bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
merupakan insan yang mulia dan dimuliakan oleh Allah Subhanahu Wa Taala.
Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menceritakan tentang Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam, seperti dalam ayat 128 Surah al-Taubah, ayat 164
surah Ali 'Imran, Surah al-Jumu'ah ayat 2, Surah al-Baqarah ayat 151, Surah al-Nisa'
ayat 80, Surah al-Anbiya' ayat 107 dan banyak lagi.

Surah al-Taubah ayat 128:

; 47.~E} g[Oc4O ;}g)` :O^
NOCjG4N gO^OU4N 4` -g44N RC@OEO
:^OU4 --gLg`u^) [+74O _1gOO
^gg
Maksudnya: Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari
golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam), yang
menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,
yang sangat tamak (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula menumpahkan
perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang yang beriman.


Surah Ali 'Imran ayat 164:

29 | P a g e

; O}4` +.- O>4N 4-gLg`u^- ^O)
E+E4 jgOg LOc4O ;}g)` ;e)_O^
W-OUu-4C jgOU4 gOg-4C-47
jgO]4ONC4 N_ggUENC4 =U4-^-
OE-:g4^-4 p)4 W-O+^~E }g` N:~
O> U= -)lG` ^gj

Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah mengurniakan (rahmatNya) kepada orang
yang beriman, setelah Dia mengutuskan dalam kalangan mereka seorang Rasul
daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-ayat Allah
(kandungan Al-Quran Yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajar mereka Kitab Allah
(Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan yang mendalam mengenai hukum-hukum
Syariat). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi Muhammad) itu
adalah dalam kesesatan yang nyata.

Surah al-Jumu'ah ayat 2:

4O- Og~-.- E+E4 O) =}jOg)`1-
LOc4O gu+g)` W-OUu4C jgOU4N
gOg-4C-47 jgOg4ONC4
N_ggUENC4 =U4-^- OE'g4^-4
p)4 W-O+^~E }g` N:~ O> U=
-)lG` ^g

30 | P a g e

Maksudnya: Dialah yang telah mengutuskan dalam kalangan orang (Arab) yang
Ummiyyin (buta huruf), seorang Rasul (Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa
Sallam) daripada bangsa mereka sendiri, yang membacakan kepada mereka ayat-
ayat Allah (yang membuktikan keesaan Allah dan kekuasaanNya), dan
membersihkan mereka (dari iktiqad yang sesat), serta mengajarkan mereka Kitab
Allah (Al-Quran) dan Hikmah (pengetahuan Yang mendalam mengenai hukum-
hukum Syarak). Dan sesungguhnya mereka sebelum (kedatangan Nabi
Muhammad) itu adalah dalam kesesatan yang nyata.

Surah al-Baqarah ayat 151:

.EE 4LUEcO :Og LOc4O :Lg)`
W-OUu-4C 7^OU4 E4g-4C-47
:1g4ONC4 N:ggUENC4 =U4-^-
OE-:g4^-4 7ggUENC4 E`
W-O+^O7> 4pOUu>


Maksudnya: (Nikmat berkiblatkan Kaabah yang Kami berikan kepada kamu itu),
samalah seperti (nikmat) Kami mengutuskan kepada kamu seorang Rasul dari
kalangan kamu (iaitu Muhammad), yang membacakan ayat-ayat Kami kepada
kamu, dan membersihkan kamu (daripada amalan syirik dan maksiat), dan yang
mengajarkan kamu kandungan Kitab (Al-Quran) serta hikmat kebijaksanaan, dan
mengajarkan kamu apa yang belum kamu ketahui.

31 | P a g e

Surah al-Nisa' ayat 80:

}E` ;7gCNC 4OcO- ; 4vC -.- W
}4`4 _O^4O> .E ElE4UEcO
)_^1U4 L1gEO ^g

Maksudnya: Sesiapa yang taat kepada Rasulullah, maka sesungguhnya ia telah
taat kepada Allah; dan sesiapa yang berpaling ingkar, maka (janganlah engkau
berdukacita wahai Muhammad), kerana Kami tidak mengutusmu untuk menjadi
pengawal (yang memelihara mereka dari melakukan kesalahan).

Apabila al-Quran banyak menyentuh tentang Rasulullah, ini menggambarkan
betapa hebatnya insan yang mulia ini. Namun, berapa ramaikah umat Islam dalam
masyarakat kita yang benar-benar mengenali Rasulullah?

Saban tahun majlis sambutan maulidurrasul biasanya akan disambut dengan
begitu meriah dengan selawat ke atas nabi secara beramai-ramai, majlis berzanji,
mengadakan jamuan makan dan sebagainya. Namun, secara sedar atau pun tidak,
di sebalik kehangatan sambutan tersebut, berapa ramaikah yang benar-benar
mengenali Rasulullah?

Berapa ramaikah juga yang memahami isi kandungan berzanji yang
dialunkan dengan begitu merdu yang menceritakan tentang kehidupan nabi itu?
Sedangkan umat Islam mengetahui bahawa dengan kelahiran Rasulullah ke atas
dunia ini, ia membawa sejuta rahmat kepada umat manusia keseluruhannya.
32 | P a g e


Allah Subhanahu Wa Taala sendiri telah menyatakan dalam al-Quran Surah
al-Anbiya ayat 107:

.4`4 CE4UEcO ) LO4;OEO
--gUEUg ^_

Maksudnya: Tidak Kami (Allah) utuskan engkau (Muhammad) melainkan untuk
memberi rahmat kepada sekalian alam.

Sesuatu yang tidak diragukan lagi bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam telah diutus untuk memimpin ummah. Baginda merupakan contoh terbaik
yang bersifat universal iaitu keseluruhan hidup Junjungan dapat dijadikan ikutan
dan contoh di sepanjang zaman. Dalam hal ini, Allah Subhanahu Wa Taala telah
menyatakan dalam al-Quran, Surah al-Ahzab ayat 21:

;- 4p~E 7 O) Oc4O *.-
NE4Ocq O4L=OEO }Eg 4p~E W-ON_O4C
-.- 4O4O^-4 4O=E- 4OEO4 -.-
-LOOgVE ^g

Maksudnya : Sesungguhnya pada (diri) Rasulullah itu menjadi contoh yang paling
baik untuk (menjadi ikutan) kamu.

33 | P a g e

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam adalah merupakan pemimpin ummah
yang boleh diikuti dan dicontohi dalam segenap kehidupan; peribadi yang luhur dan
murni, seorang manusia yang sentiasa menyeru kepada jalan Allah dengan penuh
hikmah, seorang ketua negara yang mendayung bahtera pemerintahan dengan
amanah dan cekap, seorang suami mithali, seorang bapa yang bijak
menyempurnakan tanggungjawab terhadap anak, seorang sahabat yang setia,
seorang jiran yang memahami jirannya, dan lain-lain lagi. Jelasnya, kepemimpinan
Rasulullah terserlah dalam seluruh kehidupan baginda.

Di samping memiliki akhlak dan keperibadian yang tinggi, Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga merupakan seorang insan yang mempunyai
perawakan yang menarik dan cantik. Walaupun rupa paras bukanlah menjadi suatu
tuntutan untuk diikuti dan diteladani kerana ia merupakan anugerah Allah
Subhanahu Wa Taala secara khusus kepada setiap makhlukNya, namun apabila
dapat mengenali perawakan seseorang, maka akan bertambah rasa kasih dan dekat
padanya. Justeru, pepatah Melayu telah menyatakan 'Tak kenal, maka tak cinta'.

Mengenali perawakan Rasulullah juga akan menghindarkan diri daripada
tertipu dengan mainan dan tipu daya syaitan. Pernahkah kita mendengar ada orang
berkata bahawa dia bermimpi bertemu Rasulullah? Memang bermimpi bertemu
dengan Rasulullah merupakan sesuatu yang istimewa. Menurut para ulama',
terdapat tiga kategori bagi mimpi iaitu:

Mimpi baik daripada Allah
Mimpi buruk daripada syaitan
34 | P a g e

Mimpi yang terjadi hasil fikiran yang menghantui diri mengenai sesuatu
perkara.

Bermimpi bertemu Rasulullah termasuk dalam kategori yang pertama iaitu
mimpi baik daripada Allah. Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda dalam
sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang bermaksud: Sesiapa yang
melihatku di dalam mimpi, maka sesungguhnya benarlah dia melihat diriku kerana
syaitan tidak dapat menyerupaiku'.

Namun, sesuatu yang harus diberi perhatian ialah walaupun syaitan tidak
boleh menyerupai Rasulullah, tetapi ia boleh menyerupai manusia lain seperti Abu
Jahal, Abu Lahab dan sebagainya, dan mendakwa sebagai Rasulullah. Justeru,
untuk mengatasi masalah ditipu dan diperdaya oleh syaitan, maka umat Islam perlu
mengenali perawakan dan rupa bentuk Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

Imam Abu 'Isa Muhammad Ibn Isa al-Tirmidhi telah menyatakan bahawa
adalah di luar kemampuan manusia untuk melukis gambaran mengenai rupa bentuk
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Namun begitu, para sahabat yang amat
kasih dan cinta kepada Rasulullah telah sedaya upaya menggambarkan kepada kita
tentang perawakan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam ini. Imam al-Qurtubi
menyatakan bahawa keseluruhan kekacakan Rasulullah tidaklah dizahirkan,
sekiranya dizahirkan manusia tidak dapat menoleh sedikit pandangan pun ke arah
baginda.

35 | P a g e

Telah dinyatakan dalam kitab al-Syifa Bita'rif Huquq al-Mustafa oleh al-Qadi
'Iyad al-Andalusi bahawa terdapat hadis-hadis dan athar-athar sahih yang banyak
didatangkan oleh para sahabat tentang perawakan nabi Sallallahu Alayhi Wa
Sallam. Antara sahabat yang menceritakan tentang rupa bentuk Rasulullah ialah Ali
Bin Abu Talib, Anas Bin Malik, Abu Hurairah, al-Barra' Bin 'Azib, Aisyah Ummul
mukminin, Ibnu Abbas, Abu Tufail dan lain-lain lagi.

Antara gambaran Rasulullah yang telah dinyatakan oleh para sahabat ialah
kulitnya yang putih, mata yang cantik, rambut yang lebat, wajah yang bersinar, bulu
kening halus memanjang hingga ke penghujung mata, hidung yang mancung,
janggut yang tebal hingga ke dada, dada yang bidang, sederhana tinggi iaitu tidak
terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah, apabila bercakap seolah-olah cahaya keluar
dari gigi baginda dan lain-lain lagi (Sila rujuk kitab al-Syifa oleh al-Qadi 'Iyad, 1986,
cetakan Dar al-Faiha', Amman, juzuk 1 halaman 147-149).

Al-Barra' Bin 'Azib berkata bahawa beliau tidak pernah melihat sesiapa yang
terlebih tampan daripada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Jabir pula telah
meriwayatkan bahawa pada suatu ketika semasa malam bulan purnama terang-
benderang, beliau melihat kepada wajah Rasulullah dan juga melihat ke arah bulan,
dan mengikut pandangannya wajah Rasulullah terlebih cantik dan berseri daripada
bulan dan cahayanya.

Anas pernah berkata bahawa: 'Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
tidaklah tersangat tinggi dan tidak juga tersangat rendah, dan warna wajah
Rasulullah tidaklah terlalu putih seumpama air kapur dan tidak pula pucat pudar
36 | P a g e

(warna kulit putih kemerahan), rambut Rasulullah tidaklah terlalu lurus dan tidak pula
terlalu kerinting (rambut ikal mayang).dan uban yang ada pada rambut dan
janggutnya tidak melebihi dua puluh helai'.

Manakala Saidina Ali pula ketika menceritakan perawakan Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam, beliau berkata: 'Rasulullah tidaklah tersangat tinggi
dan tidak juga tersangat rendah tetapi memiliki tubuh badan sederhana, rambut
baginda tidak terlampau lurus dan tidak juga terlampau berketak-ketak tetapi
berkeadaan berombak (ikal). Badannya tidak gemuk. Wajahnya tidak bulat tetapi
bujur. Warna wajah Rasulullah putih dengan sedikit kemerah-merahan. Matanya
tersangat hitam dan bulu keningnya panjang. Tulang-tulang sendi di badannya tebal
(besar)- (pergelangan tangan, siku, lutut). Bahagian di antara kedua-dua bahu
dipenuhi daging-daging (berisi).

Badan Rasulullah tidak berbulu di seluruh tubuh badan, walau bagaimanapun
terdapat suatu garisan bulu daripada dada terus ke pusat. Tangannya yang mulia
penuh dengan isi-isi daging. Apabila Rasulullah berjalan, baginda akan melangkah
ke hadapan dengan kukuhnya, seoalah-olah baginda berjalan menuruni tanah
curam, iaitu menuruni dari tempat yang tinggi ke tempat yang rendah.

Apabila baginda menumpukan perhatian kepada seseorang, baginda
melakukannya dengan seluruh jasadnya (memusingkan seluruh tubuh dan menoleh
mukanya). Di antara dua bahunya terdapat tanda kenabian. Pangkat kenabian
berakhir padanya. Baginda terlebih dermawan daripada segala makhluk dan paling
dipercayai percakapannya dan terlebih lembut hatinya daripada semua manusia.
37 | P a g e

Baginda adalah daripada golongan keluarga yang paling mulia'. (Sila rujuk kitab
Insan Teladan Sepanjang Zaman oleh Mufti Ahmed Ibrahim Bemat, 1996, cetakan
Dar al-Nu'man, halaman 10-11).

Kitab-kitab sirah juga menggambarkan Rasulullah sebagai insan yang paras
mukanya manis dan indah, tidak terlampau tinggi, juga tidak pendek, dengan
bentuk kepala yang besar, berambut hitam antara keriting dan lurus. Dahinya
lebar dan rata di atas sepasang alis yang lengkung lebat dan bertaut, sepasang
matanya lebar dan hitam, di tepi-tepi putih matanya agak kemerah-merahan,
tampak lebih menarik dan kuat, pandangan matanya tajam, dengan bulu-mata
yang hitam pekat. Hidungnya halus dan merata dengan barisan gigi yang
bercelah-celah. Jambangnya lebar sekali, berleher panjang dan indah.

Dadanya lebar dengan kedua bahu yang bidang. Warna kulitnya terang
dan jernih dengan kedua telapak tangan dan kakinya yang tebal. Bila berjalan
badannya agak condong ke depan, melangkah cepat-cepat dan pasti. Air
mukanya membayangkan renungan dan penuh fikiran, pandangan matanya
menunjukkan kewibawaan, membuat orang patuh kepadanya.

Ringkasnya perawakan Rasulullah adalah seperti yang berikut:

Seorang yang kacak.
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam jauh lebih cantik daripada sinaran
bulan, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga seumpama matahari
yang bersinar.
38 | P a g e

Apabila Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam berasa gembira, wajahnya
bercahaya seperti bulan purnama . Kali pertama memandangnya, sudah tentu
akan terpesona
Wajahnya tidak bulat tetapi lebih cenderung kepada bulat. Wajahnya seperti
bulan purnama
Dahi Baginda luas, raut kening tebal, terpisah di tengahnya. Urat darah
kelihatan di antara dua kening dan nampak semakin jelas semasa marah.
Mata Baginda hitam dengan bulu mata yang panjang. Garis-garis merah di
bahagian putih mata, luas kelopaknya.
Hidungnya agak mancung
Mulut baginda sederhana luas dan cantik
Giginya kecil dan bercahaya, indah tersusun, renggang di bahagian depan.
Apabila berkata-kata cahaya kelihatan memancar dari giginya
Janggutnya penuh dan tebal menawan
Lehernya kecil dan panjang, terbentuk dengan cantik seperti arca. Warna
lehernya putih seperti perak yang sangat indah.
Kepalanya besar tapi elok bentuknya
Rambutnya sedikit ikal. Rambutnya tebal sehingga kadang-kala menyentuh
pangkal telinga dan kadang-kala mencecah bahu, namun ia disisir rapi.
Rambutnya juga terbelah di tengah
Di tubuhnya tidak banyak bulu kecuali satu garisan bulu menganjur dari dada
ke pusat
Dadanya bidang dan selaras dengan perut. Luas bidang antara kedua
bahunya lebih daripada biasa. Kedudukan kedua-dua bahunya adalah
seimbang.
39 | P a g e

Pergelangan tangannya lebar, lebar tapak tangannya , jarinya juga besar dan
tersusun dengan cantik. Tapak tangan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam amat lembut
Perut betisnya tidak lembut tetapi cantik.
Kakinya berisi, di tapak kakinya terlalu licin sehingga tidak melekat air. Terlalu
sedikit daging di bahagian tumit kakinya.
Warna kulitnya tidak putih seperti kapur atau coklat tapi campuran antara
coklat dan putih. Warna putihnya lebih banyak. Warna kulit Baginda putih
kemerah-merahan.
Binaan badannya sempurna, tulang-temulangnya besar dan kukuh
Badannya tidak gemuk. Perutnya tidak buncit
Badannya tidak tinggi dan tidak pula rendah, kecil tapi berukuran sederhana
lagi kacak. Namun begitu, badannya cenderung kepada tinggi. Semasa
berada di kalangan orang ramai, baginda kelihatan lebih tinggi daripada
mereka
Sekalipun baginda miskin dan lapar tapi tubuhnya lebih gagah dan sihat
daripada orang yang cukup makan.








40 | P a g e











RASULULLAH S.A.W:
Rahmatnya Pada Sekalian Alam


Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam surah al-Anbiya ayat 107 bermaksud:
Tidak Kami (Allah) mengutuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali untuk
memberi rahmat kepada sekalian alam. Daripada ayat di atas, jelas menunjukkan
bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam merupakan rasul dan nabi yang
dutuskan oleh Allah untuk memberikan rahmat kepada sekalian makhluk,
merangkumi golongan yang beriman, golongan kafir dan golongan munafik.

Bahkan nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam membawa rahmat kepada semua
manusia tidak kira sama ada lelaki mahupun wanita, dewasa mahupun kanak-kanak,
juga memberi rahmat kepada burung-burung dan kepada haiwan. Jelasnya, rahmat
yang dibawa oleh Rasulullah adalah untuk semua.
41 | P a g e


Antara tanda-tanda rahmat dan belas kasihan nabi kepada umatnya ialah
baginda tidak sanggup memberatkan sesuatu amalan kepada umatnya,
sebagaimana sabda baginda: Sekiranya tidak memberati umatku, nescaya aku
akan menyuruh mereka untuk bersiwak pada setiap kali hendak menunaikan solat
(pada riwayat yang lain: pada setiap kali berwuduk).

Daripada hadis ini, menunjukkan bahawa Rasulullah ingin mewajibkan
bersiwak setiap kali hendak menunaikan solat, namun oleh kerana ia agak berat
kepada umatnya, maka ia tidak diwajibkan. Begitu juga belas kasihannya Rasulullah
pada umatnya, baginda melarang mereka daripada berterusan bangun malam untuk
berqiamullail pada sepanjang malam dengan tidak menghiraukan keperluan dan
kesihatan tubuh badan, begitu juga dengan larangan berpuasa secara berterusan
sepanjang tahun.

Ketika golongan Thaqif di Taif menolak mentah-mentah dakwah dan seruan
nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan rahmat baginda kepada mereka
tetap terserlah. Puak Thaqif di Taif bukan sahaja menolak dakwah nabi, bahkan
mereka juga bertindak secara kekerasan pada baginda.

Mereka mengarahkan hamba abdi, khadam dan budak-budak nakal Bani
Thaqif melontar baginda dengan anak-anak batu sehingga luka kedua-dua belah
kaki baginda. Zaid Bin al-Harithah yang mengiringi Rasulullah ke sana cuba
melindungi baginda daripada serangan dan lontaran budak-budak nakal itu sehingga
42 | P a g e

luka beberapa tempat di kepalanya. (Rujuk Fiqh al-Sirah, oleh Syeikh Dr Said
Ramadhan al-Buti).

Dalam suasana yang getir itu, Rasulullah terus bersabar dan menadah
tangan berdoa pada Allah:



.

,


Maksudnya: Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu kedaifan tenagaku dan kurang
bicaraku, kehinaanku di mata ramai. Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih, Dikaulah
Tuhan bagi golongan yang lemah, Dikaulah Tuhanku, kepada siapakah Dikau akan
serah daku ini? Kepada mereka yang jauh yang bencikan daku atau kepada seteru
yang Kau berikan kuasa ke atasku? Andai kata tidak ada sebarang kemurkaan Mu
ke atasku, maka tidak akan ku pedulikan, tetapi kemaafan dan kurniaan Mu lebih
luas untukku. Aku berlindung dengan cahaya zat Mu yang menyinari segala
kegelapan dan yang memberi manfaat dunia dan akhirat, aku berlindung daripada
kemarahan dan kemurkaan Mu ke atasku. Dikau sahaja yang menegur sepuasnya.
43 | P a g e

Dan tidak ada helah bicara dan daya upaya (kekuatan) kecuali dengan apa yang
diberikan oleh Mu, Ya Allah.

Setelah itu, malaikat Jibril datang kepada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dan menyatakan bahawa Allah Subhanahu Wa Taala telah mendengar
setiap perkataan puak yang menolak seruanmu serta tindakan mereka terhadapmu.
Allah mengutuskan malaikat penjaga gunung untuk kau, dan suruhlah dia buat apa
sahaja yang engkau mahu.

Lalu malaikat penjaga gunung itu pun datang dan memberi salam kepada
Rasulullah dan berkata, aku ini malaikat segala gunung diutus oleh Tuhanmu dan
perintahkanlah apa sahaja terhadapku apa yang engkau kehendaki. Sekiranya
engkau mahu, aku akan menghempap bukit al-Akhsyabin ke atas mereka!.

Jawab Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam: Bahkan apa yang aku mahu
ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu mereka)
golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak
mensyirikkanNya dengan sesuatu. (Sila rujuk kitab Muhammad al-Insan al-Kamil,
oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid Alawi al-Maliki).

Begitulah hebatnya sifat rahmat yang ada dalam diri Rasulullah sehingga
baginda tetap mengharapkan kebaikan akan wujud daripada golongan yang jelas
menentang baginda.

44 | P a g e

Di antara rahmat Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga kepada golongan
kafir ialah permohnan nabi agar tidak disegerakan azab oleh Allah kepada mereka
semasa di dunia ini sebagaimana azab yang telah ditimpakan kepada umat-umat
terdahulu yang kufur dan engkar dengan apa yang dibawa oleh para rasul kepada
mereka.

Allah Subhanahu Wa Taala telah menceritakan di dalam al-Quran bagaimana
azab yang menimpa ke atas golongan tersebut di dunia ini lagi seumpama terhadap
kaum nabi Nuh, kaum Ad dan Thamud, kaum nabi Lut dan kaum-kaum yang lain
akibat keengkaran dan kekufuran mereka.

Apabila golongan kafir pun mendapat rahmat nabi, apatah lagi orang Islam
dan orang yang beriman kepada Allah. Tambahan daripada itu, sifat rahmat
Rasulullah terhadap keluarga juga amat terserlah. Aisyah isteri nabi telah ditanya
tentang apa yang dilakukan oleh baginda terhadap keluarganya ketika berada di
rumah. Lalu jawab Aisyah: Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam menolong
keluarganya, apabila tiba waktu solat, baginda pun dengan bersegera pergi
menunaikannya. Dalam musnad Imam Ahmad, Aisyah telah menyatakan bahawa
nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam menjahit sendiri bajunya.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga mempunyai sifat rahmat dan
belas kasihan kepada kanak-kanak. Telah diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim,
bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam mencium al-Hasan dan al-Husin
dengan penuh kasih sayang. Ketika itu al-Aqra Bin Habis al-Tamimi memerhatikan
perbuatan baginda, lalu beliau berkata: aku mempunyai sepuluh orang anak, dan
45 | P a g e

aku tidak pernah mencium walau seorang pun daripada mereka. Lalu Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam berkata kepadanya: Sesiapa yang tidak mempunyai
sifat rahmat, dia tidak akan dirahmati.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga mempunyai sifat rahmat dan
belas kasihan kepada anak-anak yatim, ibu tunggal dan orang sakit. Rasulullah
sentiasa memberikan makanan kepada golongan-golongan ini. Selain itu, Rasulullah
juga tidak melepaskan peluang untuk menziarahi orang miskin, terutamanya orang
sakit dan orang yang meninggal dunia dalam kalangan mereka. Begitu juga,
Rasulullah amat prihatin terhadap kebajikan anak-anak yatim dan baginda
memerintahkan umat Islam agar berbuat baik kepada anak-anak yatim.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga sangat mengambil berat
terhadap para sahabat baginda. Baginda akan turut berasa sedih apabila seseorang
sahabat mendapat kesusahan atau berada dalam kesedihan. Ketika nabi menziarahi
jenazah Uthman Bin Mazun, baginda mencium di antara dua mata jenazah sambil
air mata baginda mengalir, sehingga Aisyah menyatakan bahawa aku nampak air
mata nabi mengalir di atas pipi Uthman. Begitulah sifat rahmat dan belas kasihan
yang ada pada diri Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

Sifat rahmat Rasulullah bukan sahaja pada manusia, bahkan pada haiwan
dan binatang. Rasulullah berwasiat agar bersikap rahmat terhadap haiwan, dan
melarang daripada menyakiti haiwan dengan apa cara sekali pun. Rasulullah juga
melarang daripada sengaja duduk di atas tunggangan binatang dalam jangka waktu
yang panjang sekiranya tanpa sebarang keperluan.
46 | P a g e


Rasulullah bersabda yang bermaksud: Tunggangilah ia (binatang) dengan
baik, dan tinggalkannya dengan baik, dan janganlah kamu menjadikannya sebagai
kerusi (tempat duduk) sedangkan kamu berbicara panjang di jalan dan di pasar,
mungkin yang ditunggang itu lebih baik dan lebih banyak mengingati Allah daripada
yang menunggang. (Hadis riwayat Imam Ahmad, Abu Yala dan al-Tabrani).

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari, nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam
bersabda yang maksudnya: seorang wanita masuk neraka hanya kerana seekor
kucing, beliau mengikat dan mengurungnya dan tidak melepaskannya untuk mencari
makanan untuk dimakan. Rasulullah juga melarang membunuh binatang dengan
tidak ada tujuan seperti membunuh burung dengan suka-suka bukan bertujuan
untuk makan. Sabda nabi bermaksud: Sesiapa yang membunuh burung (dengan
suka-suka), pada hari Kiamat kelak, burung tersebut akan mengadu pada Allah
dengan katanya: Ya tuhan, sesungguhnya si fulan ini membunuhku dengan tanpa
tujuan dan tanpa sebarang manfaat (Hadis riwayat Imam al-Nasaei).









47 | P a g e












KESABARAN RASULULLAH:
Suatu Tauladan Kepada Umat

Kesabaran yang dipraktikkan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah
membawa kepada kejayaan, kemenangan dan kecemerlangan Islam. Bagaimana
mungkin boleh ditegakkan sebuah masyarakat dan negara Islam sekiranya
kesabaran tidak dijadikan landasan. Bayangkanlah betapa Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam membawa ajaran Islam dalam masyarakat yang pada awal-awal
lagi telah memberikan persepsi negatif terhadap Islam. Namun, hasil kesabaran
yang ditonjolkan oleh baginda, terus membawa ke mercu kegemilangan umat Islam
di persada dunia.

Dakwah Rasulullah bermula dalam persekitaran manusia Jahiliah yang
memperhambakan diri kepada sesama manusia, haiwan, patung, berhala, bulan,
48 | P a g e

bintang dan sebagainya. Apabila Rasulullah memperkenalkan Islam, maka ia
menjadi suatu kejutan kepada masyarakat Jahiliah, lantas majoriti daripada mereka
menentang sekeras-kerasnya dakwah yang disampaikan oleh Rasulullah itu.
Namun, berkat kesabaran dan kekuatan mental dan fizikal yang dimiliki oleh
baginda, membawa kepada kekuatan menghadapi apa jua cabaran yang dihadapi.

Sabar merupakan teras utama dalam dakwah. Justeru Allah Subhanahu Wa
Taala telah memerintahkan agar bersifat sabar melalui wahyu yang disampaikan
oleh Allah di dalam al-Quran. Antaranya ialah firman Allah dalam al-Quran:

Surah Yunus ayat 109 :

;7)lE>-4 4` -/EONC El^O)
uO;-4 _/4EO =7^4 +.- _ 4O-4
+OOE= 4-gO4^-

bermaksud: 'Dan turutlah apa yang diwahyukan kepadamu, dan bersabarlah
sehingga Allah menghukum kerana Dialah sebaik-baik Hakim'.

Surah Hud ayat 49:

CUg> ;}g` g7.4l^ U^O4^-
.OgOgOO+^ El^O) W 4` =eL7
.E_Uu> =e^ 4 ElN`O~ }g` :~
49 | P a g e

-EOE- W uO; W Ep) O4:E^-
--+Ug

bermaksud: '(Kisah Nuh) itulah dari perkara-perkara ghaib yang Kami wahyukan
kepadamu (wahai Muhammad), yang kamu dan kaummu tidak mengetahuinya
sebelum ini. Oleh itu, bersabarlah. Sesungguhnya kesudahan yang baik adalah bagi
orang yang bertaqwa'.

Surah Hud ayat 115:

uO;-4 Ep) -.- 7O_NC 4O;_
4-gLO^- ^)

bermaksud: 'Dan sabarlah, kerana sesungguhnya Allah tidak akan menghilangkan
pahala orang yang berbuat kebaikan'.

Surah al-Nahl ayat 127 :

uO;-4 4`4 E+O= ) *.) _
4 up4O^4` )_^1U4 4 CC> O) -^1=
Og)` ]NO:;4C ^g_

bermaksud: 'Dan sabarlah; dan tiadalah kesabaranmu melainkan dengan
pertolongan Allah; dan janganlah engkau berdukacita terhadap kedegilan mereka,
dan janganlah engkau bersempit dada disebabkan tipu daya yang mereka lakukan'.
50 | P a g e


Surah al-Kahf ayat 28:

uO;-4 El=O^4^ E74` 4g~-.-
]ONN;4C +4O jE_E4^)
+]/E^-4 4pC@ONC +OE_;_4 W

bermaksud: 'Dan sabarkanlah dirimu bersama orang yang menyeru Tuhan mereka
pada pagi dan petang, yang mengharapkan keredhaan Allah semata-mata'

Surah al-Rum ayat 60:

uO; Ep) E;N4 *.- >4EO W

bermaksud: 'Maka bersabarlah, sesungguhnya janji Allah itu benar'

Surah Luqman ayat 17:

O uO;-4 _O>4N .4` El4= W Ep)
ElgO ;}g` ^uO4N jOON`1- ^_

bermaksud: ' dan bersabarlah atas segala yang menimpamu. Sesungguhnya yang
demikian itu adalah dari perkara-perkara yang dikehendaki melakukannya'

Surah al-Ma'arij ayat 5:
51 | P a g e


uO; -LO= E1gE_ ^)


bermaksud: 'Maka bersabarlah dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya'

Surah al-Muddaththir ayat 7:

C)4Og4 uO; ^_

bermaksud: 'Dan bagi Tuhanmu, maka hendaklah engkau bersabar (terhadap
tentangan musuh)!'
Bentuk-Bentuk Kesabaran Yang Ditonjolkan oleh Rasulullah

Setelah tiga tahun dakwah dilaksanakan secara sulit oleh Rasulullah, Allah
memerintahkan agar dakwah dilaksnakan secara terang-terangan. Dalam surah al-
Syu'ara' ayat 214 Allah berfirman:

OO^4 El>4OOg=4N --)4O^~- ^gj

yang bermaksud: 'Dan berilah peringatan serta amaran kepada kaum kerabatmu
yang dekat'.

Firman Allah yang lain dalam surah al-Hijr ayat 94:

52 | P a g e

uvE; E) NO4`u> @O;N4 ^}4N
4-g)O;^- ^_j

bermaksud: 'Oleh itu, sampaikanlah secara berterus-terang apa yang diperintahkan
kepadamu, dan janganlah engkau hiraukan bantahan dan tentangan kaum musyrik
itu'.

Suatu hari, Rasulullah naik ke bukit Safa dengan berseru: "Wahai
masyarakat Quraisy. Lalu Mereka datang berduyun-duyun sambil bertanya-tanya,
"Ada apa?". Maka sabda baginda: "Bagaimana pendapat kamu sekalian sekiranya
aku khabarkan bahawa di belakang bukit ini ada pasukan berkuda. Percayakah
kamu?", "Ya" jawab mereka. "Engkau tidak pernah disangsikan. Belum pernah
kami melihat engkau berdusta."

Lalu Rasulullah menyatakan: "Aku mengingatkan kamu sekalian, sebelum
menghadapi siksa yang sungguh berat iaitu tiada sesuatu bahagian atau
keuntungan yang dapat kuberikan kepada kamu, selain kamu ucapkan: Tidak
ada tuhan selain Allah (lailahaillallah)."

Mendengarkan seruan Rasulullah itu, Abu Lahab bapa saudaranya terus
berdiri sambil meneriakkan: "Celaka kau hari ini!! Adakah untuk ini sahaja kau
kumpulkan kami?". Ekoran sikap Abu Lahab itu, turunlah wahyu Allah yang
bermaksud: "Celakalah kedua tangan Abu Lahab, dan celakalah ia. Tak ada
gunanya kekayaan dan usahanya itu. Api yang menjilat-jilat akan
menggulungnya".
53 | P a g e


Abu Lahab dan musyrikin Quraisy yang lain terus menunjukkan sikap
penentangan dan permusuhan mereka terhadap dakwah yang disampaikan oleh
Rasulullah. Namun, kemarahan Abu Lahab dan sikap permusuhan kalangan Quraisy
itu langsung tidak mematahkan semangat dan kesabaran Rasulullah untuk terus
menyampaikan dakwah Islam.

Selain Abu Lahab, Abu Jahal merupakan antara orang yang begitu kuat
menunjukkan permusuhan dengan Rasulullah. Pada suatu hari, Abu Jahal bertemu
dengan nabi Muhammad berdekatan dengan bukit Safa, lalu dia terus mengeluarkan
kata-kata kesat, menghina, mencerca dan memaki-maki baginda. Namun,
Rasulullah tetap bersabar dan tidak melayan kata-kata penghinaan daripada Abu
Jahal itu.

Bapa saudara nabi iaitu Hamzah amat marah apabila mendengar berita
bahawa Abu Jahal telah mencerca Rasulullah. Lantas, sebaik sahaja pulang
daripada memburu, beliau terus mencari Abu Jahal.

Beliau berjumpa dengan Abu Jahal yang sedang duduk bersama pemimpin-
pemimpin Quraisy yang lain. Hamzah segera mendapatkan Abu Jahal dan terus
memukul kepala Abu Jahal dengan busar panah yang dibawanya sehingga kepala
Abu Jahal berlumuran darah. Apabila melihat tindakan Hamzah itu, beberapa
pemimpin Quraisy daripada Bani Makhzum segera bangun untuk mempertahankan
Abu Jahal.

54 | P a g e

Akan tetapi, dengan lantang, Hamzah berkata: 'Siapakah yang berani
menghalang dan mencabarku? Telah jelas kepadaku bahawa Muhammad itu ialah
Rasulullah dan ajaran yang dibawanya adalah benar, Demi Allah aku menjadi
pengikut Muhammad, sekiranya kamu berani, halanglah aku!'. Abu Jahal
menenangkan rakan-rakannya sambil berkata: 'biar dia pergi, akulah yang
menyebabkan dia marah kerana perbuatanku menghina dan mencaci Muhammad
anak saudaranya'.

Begitulah kesabaran yang ditunjukkan oleh Rasulullah telah mendatangkan
kebaikan dan manfaat yang besar dalam dakwah Islam iaitu dengan pengislaman
Saidina Hamzah. Sikap Saidina Hamzah itu didorong oleh perasaan kasih dan cinta
terhadap kebenaran dakwah yang dibawa oleh Rasulullah.

Abu Jahal tidak pernah serik untuk melakukan kezaliman terhadap
Rasulullah, dan dia berusaha dari semasa ke semasa untuk menyakiti nabi
Muhammad, namun baginda tetap sabar dan terus memperjuangkan dakwah Islam.
Pernah Abu Jahal memikul batu besar dengan tujuan untuk menghempapnya ke
atas Rasulullah ketika baginda sujud di dalam solatnya.

Ketika Abu Jahal menghampiri Rasulullah dengan batu besar yang dipikulnya,
tiba-tiba air mukanya berubah menjadi pucat dan takut dan dia terus membuangkan
batu yang dibawanya itu. Puak musyrikin Quraisy bertanyakan Abu Jahal,
mengapakah dia nampak pucat.

55 | P a g e

Lalu Abu Jahal menyatakan bahawa ketika dia menghampiri Rasulullah
dengan batu yang besar itu, dia dihalang dengan unta yang amat besar yang
hendak mencederakannya. Begitulah Allah menolong dan membantu Rasulullah
yang bersifat sabar dalam melaksanakan tanggungjawab dakwah.

Penentangan puak Quraisy terhadap Rasulullah dan umat Islam tidak
mematahkan semangat dan kesabaran yang dipamerkan oleh baginda dan para
sahabat. Ketika nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam menunaikan solat di kaabah,
'Uqbah Bin Abi Mu'it datang mencekik baginda. Pada ketika yang lain pula, iaitu
ketika nabi Muhammad sedang sujud dalam solat, 'Uqbah Bin Abi Muit membawa
najis sembelihan unta dan melemparkannya ke atas belakang Rasulullah.
Rasulullah juga terpaksa menanggung pelbagai kejian dan maki hamun daripada
puak musyrikin Quraisy.

Penyiksaan demi penyiksaan yang dilakukan terhadap Rasulullah dan para
sahabat sedikit pun tidak melemahkan keimanan mereka, malahan mereka tetap
sabar. Begitu hebatnya penyiksaan yang dilakukan oleh puak musyrikin dapat
disaksikan melalui apa yang diceritakan oleh Imam Bukhari dari riwayat Khabbab bin
al-Arat:

'Aku datang menemui Rasulullah lantas aku berkata: wahai Rasulullah,
kenapa engkau tidak pohon sahaja kepada Allah (untuk membantu kita)?, Rasulullah
lantas menyatakan: Sesungguhnya mereka yang terdahulu pernah diganyang
dengan pencakar-pencakar besi hingga ke tulang dan urat saraf mereka, namun
sedikit pun mereka tidak berganjak, dan ada pula mereka yang dibelah kepala
56 | P a g e

dengan gergaji, namun demikian mereka tetap sabar dan tidak berganjak daripada
kebenaran'.

Begitulah motivasi yang diberikan oleh Rasulullah kepada para sahabat untuk
terus bersabar dalam kebenaran walau apa pun cabaran dan dugaan yang
mendatang.





RASULULLAH SAW
Mengambil Berat Kebersihan Diri

Dalam surah al-Anbiya ayat 107, Allah Subhanahu Wa Taala berfirman yang
bermaksud: Tidak Kami utuskan engkau (wahai Muhammad) kecuali sebagai
pembawa rahmat kepada sekalian alam. Rahmat yang dibawa oleh Rasulullah
meliputi seluruh makhluk, dan sesiapa sahaja (termasuk orang bukan Islam) yang
mengambil pengajaran dan contoh daripada apa yang dibawa oleh Rasulullah
daripada ajaran Islam yang suci murni itu, sudah tentu akan memperoleh rahmat
dan kebaikan.

Salah satu ajaran dan contoh tauladan yang diajar oleh Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam kepada kita semua ialah amalan menjaga serta memelihara
kebersihan diri. Rasulullah amat mengambil berat tentang penampilan dan
57 | P a g e

kebersihan diri. Rasulullah membasuh tangan sebelum dan selepas makan, serta
menggunakan siwak (membersihkan mulut dan gigi) pada setiap keadaan dan
masa.

Begitu juga baginda memelihara kesihatan dan kebersihan diri dengan
membuang segala kekotoran di badan dan sentiasa berusaha agar sentiasa
kelihatan kemas dan bersih.

Justeru, baginda menggunting misai, memotong kuku, mencabut bulu ketiak
dan mencukur bulu ari-ari. Dalam sebuah hadis, Rasulullah menegaskan bahawa
terdapat lima perkara fitrah yang perlu dilakukan iaitu berkhatan, memotong kuku,
mencabut bulu ketiak, mencukur bulu ari-ari, memendekkan misai dan
memanjangkan janggut.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sentiasa mengajar umatnya agar
sentiasa berada dalam keadaan bersih, dan melarang daripada kekotoran. Sabda
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh
Imam al-Tirmidhi maksudnya: Sesungguhnya Allah itu baik dan suka akan kebaikan,
bersih dan suka akan kebersihan, mulia dan suka akan kemuliaan....

Sesuatu yang jelas yang menunjukkan kebersihan pada diri baginda ialah bau
badan dan peluh baginda begitu wangi melebihi haruman amber dan kasturi.
Haruman wangi dapat dihidu di sepanjang perjalanan yang telah dilalui oleh
Rasulullah. Walaupun wangian peluh dan badan nabi merupakan perkara khusus
yang dikurniakan Allah kepada nabi, namun ia juga secara langsung menunjukkan
58 | P a g e

bahawa Rasulullah begitu mengambil berat dalam menjaga kebersihan dan
menghindarkan diri dari segala kekotoran dan bauan yang tidak enak.

Rasulullah amat mengambil berat tentang kebersihan gigi dan bau mulut.
Oleh itu, dalam pelbagai situasi, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
menggunakan siwak bagi membersihkan gigi baginda, iaitu ketika hendak
mengerjakan solat, ketika berwuduk, ketika hendak tidur dan ketika bangun daripada
tidur. Bahkan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam menggesa umatnya untuk
bersiwak dengan sabda baginda dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam
al-Nasaei yang bermaksud: Amalan siwak dapat membersihkan mulut serta
mendapat keredhaan Allah.

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari, Nabi Sallallahu
Alayhi Wa Sallam bersabda yang bermaksud: Sekiranya tidak memberati kepada
umatku, nescaya aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali hendak
menunaikan solat (Dalam riwayat Bazzar dan Tabrani : aku akan mewajibkan siwak
kepada mereka ketika hendak menunaikan solat seperti diwajibkan wuduk kepada
mereka).

Rasulullah merupakan penghulu segala nabi. Sehubungan dengan itu,
baginda merupakan makhluk Allah yang paling bersih sama ada pada tubuh badan,
pakaian, rumah dan sebagainya. Rasulullah juga memberikan perhatian terhadap
sesuatu situasi dalam mengenakan pakaian.

59 | P a g e

Contohnya, apabila menyambut mana-mana rombongan yang datang
berjumpa nabi, baginda akan memakai pakaian yang cantik bersesuaian dengan
majlis yang dihadiri. Begitu juga pakaian yang dipakai ketika keramaian seperti pada
hari raya, dan pada hari jumaat (Sila rujuk buku Muhammad al-Insan al-Kamil oleh
al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid Alawi al-Maliki). Tambahan daripada itu,
Rasulullah juga melarang daripada melabuhkan pakaian sehingga meleret ke tanah
kerana ia boleh menyebabkan kekotoran melekat pada pakaian tersebut.

Kebersihan Rumah dan Masjid

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bukan sahaja memberikan perhatian
kepada penampilan dan kebersihan diri, bahkan baginda amat mengambil berat
terhadap kebersihan persekitaran terutamanya kebersihan rumah dan masjid.
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam menganjurkan kepada umatnya untuk
menjaga kebersihan di rumah kerana ia akan dapat memberikan keselesaan pada
kehidupan, dan seterusnya dapat melaksanakan ibadah kepada Allah dengan
selesa.

Sesuatu yang wajar diingatkan terutamanya kepada keluarga yang masih
mempunyai anak-anak kecil supaya mengambil berat soal kebersihan di dalam
rumah agar solat yang ditunaikan diterima oleh Allah. Kadang-kala terdapat ibu bapa
yang memandang ringan terhadap air kencing bayi yang terdapat di atas lantai
60 | P a g e

dengan tidak membersihkannya mengikut hukum syarak iaitu dengan cara dan
kaedah membersihkan najis mutawassitah
4
.

Natijahnya, apabila ibu atau bapa berwuduk dan melalui kawasan yang
bernajis itu (dengan cara yang tidak disedari), lalu berdiri di atas sejadah untuk
menunaikan solat, bukan sahaja sejadah itu bernajis, malahan solatnya itu pun tidak
sah dan tidak diterima oleh Allah. Oleh yang demikian, setiap individu muslim tidak
sewajarnya memandang ringan terhadap memelihara kebersihan di rumah
sebagaimana yang dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

Apatah lagi di masjid, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam amat menitik
beratkan kebersihan masjid dan Rasulullah amat gembira jika ada orang yang
secara sukarela menjaga kebersihan masjid. Pada zaman nabi, terdapat seseorang
yang ditugaskan untuk mewangikan masjid dengan wangi-wangian. Pahala yang
amat besar akan diperoleh sekiranya seseorang itu prihatin untuk membersihkan
masjid walau daripada kekotoran yang amat sedikit sekalipun.

Namun, sesuatu yang amat malang ialah apabila terdapat segelintir umat
Islam yang sepatutnya mencontohi nabi dalam soal kebersihan ini, tidak memelihara
kebersihan masjid dan kebersihan persekitaran dengan baik. Kadang-kala
kedapatan negara-negara barat dan negara-negara bukan Islam lebih mencontohi
nabi dalam menjaga kebersihan.


4
Najis mutawassitah ialah najis pertengahan iaitu di antara najis mukaffafah (ringan) dan najis mughalazah
(berat). Oleh itu, najis selain daripada najis mukhaffafah dan mughalazah, maka ia tergolong dalam kategori
mutawassitah. Cara menyucikan najis mutawassitah ialah dengan cara membuang najis terlebih dahulu dan
diikuti dengan mengalirkan air atau membasuhnya sehingga bersih iaitu sehingga hilang bau, warna dan rasa.
61 | P a g e

Orang barat tahu di mana bakul sampah untuk dibuang sampah, akan tetapi
segelintir umat Islam yang mengaku sebagai umat nabi Muhammad masih tidak
mengenali bakul dan tong sampah, lalu membuang sampah di merata-rata tempat.
Bukan itu sahaja, terdapat pemandu dan penumpang kenderaan begitu bebas
membuang sampah di atas jalan raya ketika kenderaan sedang bergerak. Golongan
seumpama ini tidak wajar untuk mengaku diri sebagai umat nabi Muhammad!.

Jelasnya, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam perlu dicontohi oleh setiap
individu muslim dalam menjaga kebersihan. Pastikan tubuh badan, pakaian, tempat
tinggal dan persekitaran bersih sebagaimana yang dilakukan dan dianjurkan oleh
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.




SIKAP PEMAAF DAN
LEMAH-LEMBUT RASULULLAH:
Pemangkin Ke Arah
Kecemerlangan Dakwah Islam


Sikap pemaaf dan lemah-lembut (bersopan-santun) merupakan satu sikap yang
amat luhur dan murni serta memberikan banyak kebaikan. Tiada ruginya
memaafkan kesalahan orang lain walaupun nyata mereka bersalah. Namun, apabila
seseorang itu mempunyai hati yang keras dan penuh dendam, maka amat sukar
62 | P a g e

sekali untuk memaafkan orang lain. Contoh pemaaf dan lemah-lembut yang
dipamerkan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam merupakan suatu sifat
yang sepatutnya dicontohi oleh setiap generasi umat Islam.

Melatih diri untuk memiliki akhlak seumpama ini dapat dimulai dengan
menahan diri ketika marah dan mempertimbangkan baik buruknya sesuatu perkara
sebelum bertindak. Ini kerana setiap manusia tidak pernah terpisah daripada
masalah dalam hidup, jika ia tidak membekalkan dirinya dengan akhlak ini, nescaya
ia akan gagal untuk menyelesaikan segala masalah yang dihadapi.

Hebatnya sifat lemah-lembut dapat dilihat melalui pujian Rasulullah terhadap
sahabatnya Asyaj Abdul Qais dengan sabdanya: "Sesungguhnya pada dirimu ada
dua perangai yang dicintai Allah iaitu sifat lemah lembut (sabar) dan ketenangan
(tidak tergesa-gesa)." (Hadis Riwayat Muslim).

Antara akhlak Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang hebat ialah
sifatnya yang lemah-lembut dan pemaaf. Selain daripada menunjukkan keperibadian
mulia dan kesopanan seseorang, sifat lemah-lembut dan pemaaf juga sebenarnya
dapat melunakkan hati yang keras, juga boleh menundukkan manusia yang kasar
dan akhirnya menimbulkan rasa hormat pada diri.

Sifat lemah-lembut dan pemaaf juga boleh menunjukkan dan menyatakan
pendirian yang tegas demi menegakkan kebenaran tetapi pada masa yang sama
tidak bertolak ansur terhadap kemungkaran dan kekufuran. Allah Subhanahu Wa
63 | P a g e

Taala telah mengajar baginda Rasulullah untuk bersikap pemaaf dan berlembut
semasa berurusan dengan orang lain. Firman Allah dalam Surah Ali 'Imran ayat 159:

E): lOE;O4O =}g)` *.- =eLg _ W
O4 =e47 E^O)UEN UU^-
W-OO_E^+ ;}g` ElgOEO W -;N
gu+4N Og^4-c-4 +O
-OjE-4 O) jO- W -O)
=e^`=G4N -4O4- O>4N *.- _ Ep) -.-
OUg47 4-)-g4O4-^- ^)_

bermaksud: "Maka dengan sebab rahmat (yang melimpah-limpah) daripada Allah
(kepadamu wahai Muhammad), engkau telah bersikap lemah-lembut kepada
mereka (sahabat-sahabat dan pengikutmu), dan kalaulah engkau bersikap kasar lagi
keras hati, tentulah mereka lari dari sekelilingmu. Oleh itu, maafkanlah mereka
(mengenai kesalahan yang mereka lakukan terhadapmu), dan pohonkanlah ampun
bagi mereka, dan juga bermesyuaratlah dengan mereka dalam urusan (peperangan
dan hal-hal keduniaan) itu. Kemudian apabila engkau telah berazam (sesudah
bermesyuarat, untuk membuat sesuatu) maka bertawakkallah kepada Allah,
Sesungguhnya Allah mengasihi orang yang bertawakkal kepadaNya".

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersifat lemah-lembut dalam
pertuturan, pergaulan dan tindakan. Sifat mulia yang dipamerkan oleh Rasulullah ini
menyebabkan ramai golongan musyrikin tertarik kepada ajaran Islam. Orang yang
berhati keras dan menentang dakwah berubah menjadi seorang yang beriman dan
64 | P a g e

cinta kepada Allah dan RasulNya setelah mengenali peribadi luhur junjungan nabi
Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam ini.

Pernah suatu ketika, seorang musyrik telah menghunuskan pedangnya
kepada Rasulullah seraya bertanya, 'siapakah yang dapat melindungi engkau
daripada aku membunuhmu sekarang?'. Lalu jawab Rasulullah, 'Allah yang
melindungi aku daripada sebarang tindakan jahat engkau'. Setelah mendengar
jawapan Rasulullah itu, pedang yang berada pada tangan lelaki tersebut tiba-tiba
terjatuh menyebabkan lelaki tersebut tergamam dan tidak dapat berbuat apa-apa.

Lantas Rasulullah mengambil pedang itu, seraya bertanya: 'siapakah pula
yang akan melindungi engkau?'. Lelaki itu sambil terketar-ketar menjawab,
'kemaafanmulah sahaja yang dapat melindungiku'. Setelah Rasulullah memaafkan
perbuatan lelaki itu dan melayannya dengan baik, maka lelaki tersebut begitu tertarik
dengan dengan sikap pemaaf dan akhlak yang ditonjolkan oleh Rasulullah, lantas
memeluk Islam.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam selalu memaafkan kesalahan yang
dilakukan terhadap baginda. Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam tidak
pernah menyimpan perasaan dendam kepada orang lain walaupun terhadap musuh
yang sentiasa menghalang dakwah baginda. Sebaliknya, baginda sentiasa berdoa
agar mereka dikurniakan hidayah untuk menerima ajaran Islam yang suci murni.

Firman Allah dalam surah al-A'raf ayat 199:

65 | P a g e

O 4O^E^- O4 ON^)
@O;N4 ^}4N --)U)_O_^- ^__

bermaksud: 'Jadilah engkau pemaaf dan serulah (manusia) mengerjakan yang
makruf (baik) dan berpalinglah dari orang-orang yang bodoh.'

Ketika turun ayat tersebut, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bertanya
kepada Malaikat Jibril. ''Apakah maksud ayat ini, wahai Jibril?'' Jibril menjawab,
''Sesungguhnya Allah menyuruhmu memaafkan orang yang telah menzalimimu, dan
bersilaturahim kepada orang yang memutuskan hubungan denganmu".

Ketika golongan Thaqif di Taif menolak mentah-mentah dakwah dan seruan
nabi kepada Islam, baginda tetap bersabar dan menadah tangan berdoa pada Allah:
Ya Allah, kepada Engkau aku mengadu kedaifan tenagaku..' (Rujuk Fiqh al-Sirah,
oleh Syeikh Dr Said Ramadhan al-Buti).

Dalam pada itu, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga berdoa agar
generasi mereka menerima hidayah Islam dengan sabda baginda: Bahkan apa
yang aku mahu ialah moga Allah mengeluarkan daripada sulbi mereka (anak cucu
mereka) golongan yang mengabdikan diri kepada Allah Yang Maha Esa, dan tidak
mensyirikkanNya dengan sesuatu. (Sila rujuk kitab Muhammad al-Insan al-Kamil,
oleh al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid Alawi al-Maliki).

Pada hari pembukaan Kota Makkah, Abu Sufyan memeluk Islam bersama
isterinya Hindun Binti 'Utbah. Walaupun pasangan suami isteri ini pernah menjadi
66 | P a g e

penentang dakwah Islam dengan begitu kuat, namun Rasulullah Sallallahu Alayhi
Wa Sallam menerima keIslaman mereka serta memaafkan perbuatan mereka
bersama orang Quraisy yang lain.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah mengisytiharkan pengampunan
beramai-ramai kepada musyrikin Makkah yang pernah memusuhi baginda.
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam berkata pada hari pembukaan kota Makkah:
'Apakah yang kamu sangka aku akan lakukan terhadap kamu sekarang ini?'. Mereka
menjawab, 'kami bersangka baik terhadap tuan, engkau orang yang mulia dan
putera kepada orang yang mulia'. Lalu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
bersabda: "Pergilahkamu semua dibebaskan!".

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga telah memaafkan Hubur bin
Aswad, seorang yang terkenal memusuhi Islam dan banyak menyakiti hati kaum
Muslimin. Bahkan dia juga pernah menyakiti puteri Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam yang bernama Zainab iaitu apabila unta yang dinaiki oleh Zainab dalam
perjalanan ke Madinah telah dipanah oleh Hubur sehingga menyebabkan unta itu
jatuh lalu mati. Zainab yang pada ketika itu sedang mengandung terhumban dari
atas unta menyebabkannya keguguran.

Namun setelah itu, iaitu pada peristiwa pembukaan kota Makkah, Rasulullah
memaafkan Hubur apabila beliau menemui Rasulullah untuk memohon maaf
daripada baginda dan seterusnya menjadi pengikut agama Islam. Begitulah
hebatnya akhlak yang dipamerkan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam.

67 | P a g e

Firman Allah Subhanahu Wa Taala dalam Surah al-Syura ayat 43:

}E4 4OE= 4OEEN4 Ep) ElgO ;}g
guO4N jOON`1- ^j@

Maksudnya : "Dalam pada itu (ingatlah), orang yang bersabar dan memaafkan
(kesalahan orang terhadapnya), Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari
perkara-perkara yang dikehendaki diambil berat (melakukannya)".

Firman Allah lagi dalam surah Ali 'Imran ayat 133-134:

W-EONNjOEc4 _O) E4Og^4` }g)`
:)O OE4E_4 E_O4N 4OEOO-
OO-4 ;OgNq 4-+-Ug ^@@
4g~-.- 4pOgLNC O) g7.-O-O-
g7.-O--4 4-ggE:^-4
E^^O4^- 4-gE^-4 ^}4N +EE4-
+.-4 OUg47 --gLO^-

bermaksud: "Dan segeralah kamu kepada (mengerjakan amal-amal yang baik untuk
mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu, dan (mendapat) syurga yang
bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang yang
bertaqwa; Iaitu orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah,
dan orang yang menahan kemarahannya, dan orang yang memaafkan kesalahan
orang. Dan (ingatlah), Allah mengasihi orang yang berbuat perkara-perkara yang
baik".
68 | P a g e



















RASULULLAH SAW
Amat Berpegang Pada Janji


Berpegang kepada janji merupakan suatu sifat terpuji yang ada pada diri Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam amat
mengambil berat dalam sebarang janji yang telah dibuat, dan baginda akan
69 | P a g e

menunaikan janji tersebut. Ini selaras dengan ajaran Islam yang mengutamakan sifat
menunaikan janji dan mencela sifat memungkiri janji. Menepati janji itu adalah
tuntutan syara, sebagaimana Allah Subhanahu Wa Taala berfirman dalam Surah
al-Isra' ayat 34

W-Ou4 g;_E^) W Ep)
E;_E^- ]~E LO7*O4` ^@j

bermaksud:Dan sempurnakanlah perjanjian (dengan Allah dan dengan manusia),
sesungguhnya perjanjian itu akan ditanya.

Antara contoh yang dapat disaksikan dengan begitu jelas bahawa nabi
Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam berpegang pada janji adalah seperti yang
berlaku pada Perjanjian Hudaibiah yang berlaku di antara Rasulullah dan golongan
musyrikin Makkah. Perjanjian Hudaibiah ialah perjanjian damai yg dimeterai di
antara Rasulullah dan musyrikin Quraisy yang membawa kepada gencatan senjata.
Ia berlaku pada bulan Zulkaedah tahun keenam hijrah dan dimeterai di suatu tempat
yang bernama hudaibiah.

Antara syarat yang dimeterai dalam Perjanjian Hudaibiah ialah sesiapa yang
masuk Islam selepas termeterainya Perjanjian Hudaibiah lalu datang ke Madinah
tanpa keizinan pihak musyrikin Makkah, maka orang Islam tersebut hendaklah
dikembalikan kepada golongan musyrikin Makkah. Akan tetapi, apabila orang Islam
dari Madinah yang murtad dan lari ke Makkah, maka golongan musyrikin Makkah
tidak akan mengembalikannya kepada Rasulullah di Madinah. Walaupun perjanjian
70 | P a g e

ini seolahnya 'berat sebelah' dan lebih memihak kepada puak musyrikin, namun nabi
Sallallahu Alayhi Wa Sallam menerima perjanjian ini demi maslahat umat Islam
pada masa hadapan.

Apabila Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pulang ke Madinah setelah
termeterainya Perjanjian Hudaibiah, baginda didatangi oleh Abu Basir ('Utbah Bin
Usaid) yang memeluk Islam dan lari daripada Makkah tanpa keizinan daripada
kaumnya. Lalu al-Akhfasy Bin Syariq dan Azhar Bin Abd 'Auf al-Zuhri telah menulis
surat kepada Rasulullah memberitahu tentang kedatangan Abu Basir ke Madinah
tanpa keizinan dan mengingatkan Rasulullah tentang janji yang telah dibuat untuk
mengembalikan ke Makkah sesiapa sahaja yang masuk Islam dan lari ke Madinah.

Surat yang ditulis itu dibawa ke Madinah oleh Khunais Bin Jabir al-'Amiriy dan
bersamanya seorang budak yang bernama Kauthar. Apabila utusan dari Makkah itu
berjumpa dengan Rasulullah, maka baginda pun menyuruh Abu Basir pulang ke
Makkah bersama utusan tersebut sebagai menunaikan janji yang telah dibuat
dengan pihak musyrikin Makkah di Hudaibiah.

Apabila Abu Basir diserahkan kepada utusan musyrikin itu, beliau pun merayu
kepada Rasulullah dengan berkata: 'Wahai Rasulullah, apakah engkau sanggup
menyerahkan aku kepada golongan musyrikin yang akan memberi siksaan
kepadaku apabila aku berpegang teguh dengan ajaran Islam?.

Lalu jawab Rasulullah: 'Wahai Abu Basir, sebagaimana yang engkau ketahui,
kita telah pun membuat perjanjian dengan mereka dan pengkhianatan terhadap
71 | P a g e

sesuatu perjanjian adalah tidak dibenarkan di dalam agama kita. Semoga Allah
memberikan kelapangan dan jalan keluar yang selamat kepada engkau dan orang
Islam yang bersama engkau". (Sila rujuk buku Akhlak al-Mustafa wa Shama'iluhu
karangan Hilmi Abdul Fattah Mansur ,terbitan Darul Ibda', Amman, tahun 1992,
halaman 60).

Setelah itu, Abu Basir pun berangkat bersama utusan Musyrikin (al-'Amiriy
dan Kauthar) itu untuk ke Makkah. Apabila sampai di Zulhulaifah, mereka pun
singgah di situ untuk menikmati makan tengahari. Pada ketika itu, Abu Basir dapat
melepaskan diri serta berjaya membunuh al-'Amiriy, dan Kauthar terus melarikan
diri. Tanpa berlengah lagi, Abu Basir telah menunggang unta al-'Amiriy dan pergi
bertemu Rasulullah di Madinah. Abu Basir berkata: "Ya Rasulullah, sesungguhnya
engkau telah menunaikan janji dengan menyerahkan aku kepada pihak musuh...dan
aku juga terpaksa berlawan dengan mereka demi mempertahankan agamaku".

Rasulullah memuji Abu Basir dengan semangat dan kekentalan yang
dimilikinya dalam mepertahankan akidah. Ini juga bermakna doa nabi kepadanya
agar Allah menunjukkan kelapangan dan jalan keluar telah terhasil. Lalu baginda
berkata kepada Abu Basir: 'Pergilah engkau ke mana sahaja yang engkau
kehendaki'.

Begitulah hebatnya Rasulullah dalam berpegang kepada janji. Baginda
sanggup menyerahkan seorang yang memeluk Islam untuk balik kepada golongan
musyrikin semata-mata untuk menegakkan kesucian ajaran Islam yang suci murni
yang bebas daripada sifat tercela iaitu memungkiri janji. Namun begitu, Rasulullah
72 | P a g e

tetap yakin bahawa ada hikmah disebalik penyerahan Abu Basir kepada golongan
musyrikin Makkah kerana Allah tidak akan mensia-siakan umat Islam yang
berpegang pada janji dan yang menunaikan perintahNya.

Dalam peristiwa Pembukaan Kota Makkah pula, iaitu ketika Rasulullah
berbai'ah dengan penduduk Makkah di Bukit Safa, golongan Ansar berasa gusar
dan bimbang sekiranya Rasulullah akan terus tinggal di Makkah tempat tumpah
darahnya, dan meninggalkan Madinah, apatah lagi penduduk Makkah kini sudah
menerima Islam. Apabila Rasulullah menyedari kebimbangan yang berlaku dalam
kalangan orang Ansar, baginda terus bertemu dengan mereka untuk
mengisytiharkan janji yang tetap akan dipenuhi dan seterusnya dapat
menghilangkan kegusaran yang bertapak di hati sanubari golongan Ansar.

Baginda berkata: 'Aku hamba Allah dan rasulNya, aku berhijrah kerana Allah
dan rasulNya, dan hidup matiku tetap akan bersama kamu semua'. Ucapan nabi ini
menunjukkan bahawa baginda tetap berpegang pada janji yang telah dibuat dengan
golongan Ansar pada Perjanjian Aqabah yang telah dimeterai bersama sebelum
hijrah ke Madinah untuk bersama-sama dalam apa jua keadaan, sama ada dalam
keadaan senang mahu pun susah.

Itulah janji. Ia merupakan sesuatu yang mesti dipenuhi. Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam telah menunjukkan contoh dan teladan bagaimana janji itu mesti
dipenuhi sama ada janji kepada sesama muslim mahu pun janji kepada golongan
bukan Islam. Mungkir janji atau sengaja tidak mahu menyempurnakan janji akan
73 | P a g e

mendapat dosa dan balasan siksa di akhirat, malahan orang seperti itu telah
dikategorikan dalam golongan yang beramal dengan sifat-sifat orang munafik.

Sifat orang munafiq ini telah ditegaskan oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim:



Bermaksud: Dari tanda-tanda orang munafiq itu ada tiga iaitu jika dia bercakap dia
berbohong, jika dia berjanji dia mengingkari janji dan jika diamanahkan dia khianat.

Dalam al-Quran, terdapat banyak ayat yang menyaran dan memerintahkan
agar menunaikan janji. Antaranya ialah firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat
177:

]OO^-4 g-g;_E) -O)
W-E_4N W 4)OO-4 O)
g7.Ec4l^- g7.-O--4 4-g4
+E4l^- Elj^q 4g~-.-
W-O~E= W Elj^q4 N-
4pO+-^- ^__

Bermaksud: '...dan orang yang menyempurnakan janjinya apabila mereka
berjanji.....Mereka itulah orang yang benar-benar beriman dan mengerjakan
kebajikan dan mereka itulah juga orang yang bertaqwa'.
74 | P a g e


al-Ma'idah ayat 1:

E_GC^4C -g~-.- W-EON44`-47
W-Ou g1ON^) _ ;

Bermaksud: " Wahai orang yang beriman, tunaikanlah janji-janji itu...".

al-An'am ayat 152:

g;_E)4 *.- W-Ou _ :gO
7O4 gO) u7+UE ]NO-EO>

Bermaksud: 'dan perjanjian (perintah-perintah) Allah hendaklah kamu sempurnakan.
Dengan yang demikian itulah Allah perintahkan kamu, supaya kamu beringat
(mematuhiNya)'.

al-Nahl ayat 91:

W-Ou4 g;_E) *.- -O)
<>E_4N

Bermaksud: 'Dan sempurnakanlah pesanan-pesanan dan perintah-perintah Allah
apabila kamu berjanji'.

75 | P a g e

al-Fath ayat 10:

Ep) -g~-.- El4^ON)C4:NC E^^)
]ON)C4lNC -.- 4C *.- -O
jguC _ }E E+^^ E^^) +7L4C
_O>4N gOO^4^ W ;}4`4 _Ou E)
EE_4N +O^OU4 -.- gOOg>uNO=O -O;_
VOg4N ^

Bermaksud: 'Sesungguhnya orang yang memberi pengakuan taat setia kepadamu
(Wahai Muhammad - untuk berjuang menentang musuh), mereka hanyasanya
memberikan pengakuan taat setia kepada Allah; Allah mengawasi keadaan mereka
memberikan taat setia itu (untuk membalasnya). Oleh itu, sesiapa yang tidak
menyempurnakan janji setianya maka bahaya tidak menyempurnakan itu hanya
menimpa dirinya; dan sesiapa yang menyempurnakan apa yang telah dijanjikannya
kepada Allah, maka Allah akan memberi kepadanya pahala yang besar.'

Menurut Dr. Said Ramadhan al-Buti dalam bukunya 'fiqh al-sirah' , Islam
bukan sekadar mengucap dua kalimah syahadah sahaja, sebaliknya keislaman
seseorang itu adalah dengan suatu pegangan yang teguh, mendalam serta
menyeluruh, disusuli pula dengan perjanjian agar segala tingkah laku dan kehidupan
seharian mengikut acuan Islam.

Justeru, apabila seseorang itu berjanji, dia mesti mempastikan agar dia
menunaikan janji tersebut. Jangan lagi mencari helah untuk memungkiri janji, kelak
76 | P a g e

hidup tidak diberkati. Seorang pelajar wajib menunaikan janji terhadap diri sendiri
dan keluarga dengan menumpukan perhatian dalam pelajaran demi kejayaan dan
kecemerlangan yang diimpikan terhasil.

Seorang anak pula wajib menunaikan janji kepada ibu bapa dengan berusaha
menjadi anak yang soleh dan berakhlak mulia. Seorang suami wajib menunaikan
janji terhadap isteri dan keluarga dengan memimpin bahtera rumahtangga ke arah
yang diredhai oleh Allah. Seorang isteri pula wajib menunaikan janji kepada suami
dengan melaksanakan ketaatan dalam perkara-perkara yang bukan maksiat.

Seorang rakan wajib menunaikan janji kepada sahabat-sahabatnya demi
kasih sayang dan silaturrahim yang akan terus terjalin. Pemimpin wajib menunaikan
janji yang dibuatnya kepada masyarakat dan rakyat semasa proses pemilihan dan
pilihanraya. Pendek kata, setiap orang mempunyai janji, dan setiap orang juga wajib
untuk menunaikan janji. Janganlah menabur janji-janji kosong, kerana ia akan
membawa implikasi yang buruk di dunia mahu pun di akhirat.

GURAUAN RASULULLAH:
Penghibur Di Kala Duka


Gurauan merupakan suatu perkara lumrah dalam kehidupan manusia. Hidup
dirasakan bertambah ceria dan bererti apabila terdapatnya gurauan yang
menyenangkan hati dan perasaan. Akan tetapi sekiranya gurauan dilakukan dengan
secara melampau dan berlebihan, maka bukan keceriaan yang diperoleh, sebaliknya
77 | P a g e

kekusutan, dendam dan pelbagai perkara negatif lain yang akan hadir dalam
kehidupan.

Bagaimana pula dengan insan agung iaitu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam? Apakah baginda pernah bergurau dalam melayari kehidupan di atas dunia
ini, atau baginda bersikap serius dalam segenap perkara?

Sebenarnya, apabila diteliti dalam sirah nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam,
didapati bahawa Rasulullah sendiri pernah bergurau dengan para sahabat dan juga
bergurau dengan isteri-isteri baginda. Malahan, gurauan nabi Sallallahu Alayhi Wa
Sallam telah menceriakan suasana kehidupan dalam rumahtangga baginda dan
mengeratkan lagi persaudaraan dengan para sahabat.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga sentiasa membuatkan ahli
keluarganya ceria ketika baginda berada di rumah. Hal yang demikian berlaku
kerana Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam berjaya menghidupkan suasana
yang harmoni dalam rumah dengan sesuatu yang menghiburkan.

Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam merupakan orang yang paling menyenangkan bagi isteri-isteri baginda
dengan gurauan yang menghiburkan. Aisyah pula berkata bahawa Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam ketika berada bersama dengan keluarga di rumah,
baginda merupakan seorang yang boleh membuatkan seseorang itu tersenyum dan
ketawa.

78 | P a g e

Namun, sesuatu yang perlu diberi perhatian ialah Rasulullah tidak pernah
berbohong dan mereka-reka cerita semata-mata untuk bergurau seperti yang
banyak berlaku pada hari ini, sebaliknya Rasulullah tetap menyatakan sesuatu yang
benar dan sahih dalam setiap gurauan yang diucapkan oleh baginda Sallallahu
Alayhi Wa Sallam.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga berusaha mempastikan agar
gurauan baginda itu tidak menyakiti hati saudaranya yang lain, sebaliknya ia
merupakan suatu perkara yang boleh mendatangkan kegembiraan dan keceriaan.
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pernah bersabda selepas bergurau dengan
para sahabat, yang maksudnya: 'Aku hanya mengeluarkan perkataan dan ucapan
yang benar'.(Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Tirmidhi dan Imam Ahmad).

Justeru, seseorang yang hendak bergurau, hendaklah memelihara adab-adab
gurauan agar gurauan tersebut berlaku dalam suasana kasih sayang dan keceriaan
dan tidak menyebabkan berlakunya permusuhan dan dendam. Itulah indahnya
Islam!. Sehubungan dengan itu, hindarkanlah daripada gurauan yang boleh
menyakiti hati orang lain seperti mengeluarkan perkataan yang tidak sepatutnya,
menghina orang lain, memperlekehkan seseorang, menggelarkan orang lain dengan
sesuatu gelaran yang tidak disukainya, apatah lagi apabila mereka-reka cerita dan
berbohong dalam bergurau.

Begitu juga setiap orang hendaklah menghindari gurauan yang keterlaluan.
Terdapat dalam masyarakat, mereka yang sentiasa bergurau tanpa mengira masa
sehingga perkara yang sepatutnya menjadi serius pun tidak diambil berat. Gurauan
79 | P a g e

seharusnya menjadi penambah perisa dalam pergaulan, bukannya dijadikan bahan
utama.

Terdapat juga golongan yang sanggup melakukan apa sahaja demi
membuatkan orang lain ketawa terbahak-bahak walaupun terpaksa melakukan
perkara yang bercanggah dengan hukum syarak dan berlawanan dengan ajaran
Islam yang suci murni. Untuk tujuan itu, terdapat lelaki yang dengan sengaja
berperwatakan wanita semata-mata untuk membuatkan orang lain ketawa.

Hal ini amat tidak sesuai dan sudah tentu bercanggah dengan hukum Islam
kerana Rasulullah sendiri telah menyatakan bahawa Allah melaknat seseorang lelaki
yang meniru perwatakan wanita, dan wanita yang meniru perwatakan lelaki.

Oleh itu, setiap umat Islam wajar mencontohi Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dalam mengutarakan gurau senda agar gurauan yang dilakukan itu dapat
memberi kebaikan kepada semua. Antara gambaran gurauan yang diucapkan oleh
Rasulullah semasa hayat baginda adalah seperti yang berikut:

Pada suatu hari, datang emak saudara nabi iaitu Sofiyyah Binti Abdul
Muttalib, lalu memohon agar Rasulullah mendoakan baginya syurga. Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam pun berkata kepada ibu saudaranya itu bahawa orang
tua tidak masuk syurga. Ibu saudaranya pun menangis kerana disangkakan bahawa
beliau tidak layak untuk masuk ke syurga.

80 | P a g e

Lalu nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam pun menyatakan maksud sebenar
daripada gurauannya tadi iaitu penghuni syurga semuanya akan dijadikan muda-
muda belaka, maka sudah tentu tiada lagi orang tua di dalam syurga.

Daripada Zaid Bin Muslim menyatakan bahawa terdapat seorang wanita yang
dikenali sebagai Ummu Aiman telah datang kepada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dan memberitahu baginda bahawa suaminya menjemput baginda untuk ke
rumahnya. Lalu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pun bertanya kepada
wanita tersebut dengan sabda baginda yang bermaksud, 'siapakah suami awak itu?,
apakah kedua-dua matanya berwarna putih?'.

Lalu, wanita tersebut menafikan sekeras-kerasnya dengan menyatakan
bahawa suaminya bukanlah seorang yang bermata putih. Walaupun mendengar
penafian wanita tersebut, nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam tetap mengulanginya
sekali lagi dengan menyatakan bahawa suaminya bermata putih. Wanita tersebut
pun menafikannya juga. Lalu nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam memberitahu
maksud sebenar kepada wanita tersebut, bahawa setiap orang mempunyai mata
putih yang melingkungi mata hitamnya.

Daripada Anas Bin Malik meriwayatkan bahawa terdapat seorang wanita
datang kepada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam seraya berkata: Berikanlah
aku seekor unta untuk aku menunggangnya. Lalu jawab Rasulullah: Bahkan aku
akan memberikan kepadamu anak unta untuk engkau tungganginya.

81 | P a g e

Wanita itu pun berkata: Anak unta tidak dapat memberi manfaat kepadaku
kerana ia sudah tentu tidak mampu untuk berjalan apabila aku menungganginya.

Maka berkatalah Rasulullah menerangkan maksudnya yang sebenar iaitu
setiap unta itu adalah anak kepada unta yang lain, jadi yang dimaksudkan bukanlah
anak unta yang kecil, sebaliknya unta yang besar.

Abu Talhah mempunyai anak lelaki kecil yang dikenali sebagai Abu Umair.
Anak lelaki Abu Talhah ini memelihara seekor anak burung yang diberi nama
Nughair.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam selalu bergurau dengan budak kecil
ini apabila bertemu dengannya dengan bertanya kepada budak itu tentang anak
burung yang dipeliharanya dengan kata baginda: Wahai Abu Umair, apakah yang
dibuat oleh Nughair. Gurauan Rasulullah ini membuatkan budak kecil itu berasa
gembira dan senang dengan Rasulullah.

Anas Bin Malik menyatakan bahawa Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
pernah bergurau dengannya dan memanggilnya dengan kata-kata berikut: Wahai
orang yang mempunyai dua telinga.





82 | P a g e


















ABU BAKAR AS-SIDDIQ
Khalifah Islam Pertama
Selepas Rasulullah

Biodata Saidina Abu Bakar

Nama penuh : Abdullah bin Abi Quhafah Osman bin Omar bin
Kaab
83 | P a g e

Tarikh lahir : 572 Masihi ( dua tahun selepas kelahiran
Rasulullah.
Tempat lahir : Mekah
Keturunan : Bangsawan Qurasiy ( mempunyai pertalian
dengan datuk Rasulullah yang bernama Murrah
bin Kaab ).
Gelaran : As-Siddiq
Sebab diberi gelaran : Kerana sentiasa membenarkan kata-kata nabi.
Pekerjaan : Ahli perniagaan.
Jawatan : Khalifah pertama daripada Khulafa Ar-Rasyidin.
Tarikh menjadi
Khalifah
: 632 Masihi bersamaan 11 Hijrah.
Tempoh memerintah : Dua tahun tiga bulan.
Tarikh wafat : 634 Masihi bersamaan 13 Hijrah
Usia ketika wafat : Bersebelahan dengan makam Rasulullah s.a.w


Sebagaimana yang telah dibincangkan sebelum ini, nabi Muhammad saw
telah kembali kerahmatullah pada pagi hari Isnin tanggal 12 Rabiulawal tahun
kesebelas selepas hijrah Rasulullah saw ke Madinah. Nabi saw wafat di rumah isteri
baginda Aisyah Binti Abu Bakar. Selepas beberapa jam wafatnya Rasulullah saw,
orang Islam bersegera memikirkan cara terbaik untuk melantik khalifah untuk
memimpin umat Islam selepas kewafatan nabi saw.

84 | P a g e

Sebelum terbenamnya matahari pada hari Isnin tersebut, mereka telah
bersepakat untuk melantik Saidina Abu Bakar al-Siddiq untuk menjadi khalifah
selepas Rasulullah. Pemilihan khalifah yang telah disegerakan pelantikannya adalah
kerana pentingnya institusi khalifah dalam ajaran Islam yang berperanan untuk
memimpin dan melaksanakan hukum daripada Allah swt. (sila rujuk buku al-Khulafa
al-Rasyidun bayna al-Istikhlaf wal Istisyhad, oleh Dr Solah Abdul Fattah al-Khalidi,
terbitan Dar al-Qalam, Damsyik tahun 1995, halaman 47).

Khalifah Abu Bakar al-Siddiq adalah khalifah Islam yang pertama selepas
kewafatan Rasulullah. Beliau lahir pada tahun 55 sebelum hijrah, tahun kedua dari
tahun gajah, dan umurnya dua tahun lebih muda daripada Rasulullah s.a.w. Nama
penuh beliau ialah Abdullah Bin Uthman (Abu Quhafah) Bin Amir Bin Amru Bin
Kaab Bin Saad Bin Taym. (sila lihat Mawsuah Abaqirah fil Islam oleh Syahir Zayb,
terbitan Dar safa, Amman Jordan tahun 2004, halaman 11). Ibunya bernama Ummu
Khair Salma binti Shakh, nasab keturunan mereka bertemu dengan nasab
Rasulullah s.a.w pada salasilah moyangnya yang bernama Murrah.


Gelaran al-Siddiq

Saidina Abu Bakar mempunyai budi pekerti yang mulia, cerdas, kuat, pemaaf
orangnya, rendah diri dan sangat jujur apabila berkata-kata. Peribadi beliau yang
jujur amat disegani ramai orang terutamanya Rasulullah s.a.w sendiri sehingga
beliau digelar as-Siddiq. Gelaran ini membawa maksud orang yang paling benar
dalam kata-katanya. Gelaran al-Siddiq ini telah diberikan kepada Saidina Abu Bakar
85 | P a g e

kerana sikapnya yang selalu membenarkan apa sahaja yang datang daripada nabi
saw.

Sebagai contohnya ialah ketika berlakunya peristiwa Isra dan Miraj kepada
Rasulullah saw, ada yang berasa ragu tentang kebenaran peristiwa tersebut berlaku
pada nabi kerana mereka merasakan sesuatu yang mustahil perjalanan yang
mengambil masa berbulan-bulan dari Makkah ke Baitulmaqdis hanya diambil dalam
beberapa jam sahaja oleh nabi saw untuk ke sana. Namun, apabila berita
perjalanan nabi saw itu sampai ke telinga Abu Bakar, beliau tanpa sedikit pun
keraguan membenarkan apa sahaja yang berlaku pada nabi saw.

Memeluk Islam

Saidina Abu Bakar adalah termasuk dalam golongan sahabat yang terawal memeluk
Islam. Bukan sekadar itu sahaja, malahan setelah memeluk Islam, Saidina Abu
Bakar begitu aktif berusaha untuk menyebarkan dakwah Islam. Antara sahabat yang
menerima dakwah Abu Bakar dengan memeluk islam ialah Uthman Affan, Talhah,
Saad Bin Abi Waqqas, Abdul Rahman Bin Auf dan lain-lain.

Saidina Abu Bakar menjadi pendamping setia nabi saw dalam dakwah dan
mempertahankan ajaran Islam. Beliau juga membantu nabi saw ketika berhadapan
dengan golongan musyrikin Quraisy yang sentiasa mengintai peluang untuk
menyakiti Rasulullah.

86 | P a g e

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Bukhari telah disebut bahawa ketika nabi
saw berada berhampiran dengan kaabah, datanglah Uqbah Bin Abi Muit lalu
mencekik Rasulullah saw. Abu Bakar yang nampak perbuatan Uqbah itu segera
datang membantu Rasulullah saw dengan memegang kedua-dua bahu Uqbah dan
menolaknya daripada nabi saw, lantas Abu Bakar berkata: Adakah kamu hendak
membunuh seorang lelaki yang menyatakan Tuhanku adalah Allah?.

Pengorbanan

Saidina Abu Bakar sanggup melakukan apa sahaja untuk membantu Rasulullah saw
dalam menyampaikan dakwah Islam. Beliau sanggup mengorbankan hartanya dan
jiwanya di jalan Allah swt. Setelah Abu Bakar memeluk Islam, beliau yang
mempunyai harta sebanyak empat puluh ribu dirham, telah mendermakan
kesemuanya di jalan Allah swt. (sila rujuk Mawsuah Abaqirah fil Islam oleh Syahir
Zayb, terbitan Dar safa, Amman Jordan tahun 2004, halaman 12).

Ketika Rasulullah s.a.w berhijrah ke Madinah, beliaulah yang menemani
baginda dalam perjalanan hingga mereka selamat sampai ke destinasi. Lantaran
besarnya pengorbana Saidina Abu Bakar, Rasulullah saw pernah mengatakan
bahawa Islam tertegak di atas harta Khadijah dan pengorbanan Abu Bakar (sila lihat
buku Tokoh-Tokoh Islam Dulu Dan Sekarang oleh Luqman Hakim, halaman 23).

Saidina Abu Bakar juga pernah menggantikan Rasulullah s.a.w untuk
menjadi imam solat ketika baginda sakit. Ini sekaligus telah menunjukkan isyarat
87 | P a g e

dan tanda bahawa nabi saw mahu Saidina Abu Bakar memimpin umat Islam selepas
kewafatan Baginda.

Sifat Peribadi

Beliau mempunyai budi pekerti yang mulia, cerdas, kuat, pemaaf orangnya, rendah
diri dan sangat jujur apabila berkata-kata. Peribadi beliau yang jujur amat disegani
ramai orang terutamanya Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam sendiri sehingga
beliau digelar as-Siddiq . Gelaran ini membawa maksud orang yang paling benar
dalam kata-katanya. Ketika ramai mendustakan nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam
ketika berlakunya peristiwa Israk Miraj.... Saidina Abu Bakar tegas menyatakan
keyakinannya bahwa apa yang berlaku kepada nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam itu
adalah benar.

Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq merupakan seorang yang berbudi luhur dan
berakhlak mulia.Beliau sewaktu sebelum memeluk Islam tidak pernah meminum
arak dan ini menunjukan bahawa beliau memiliki sifat terpuji.Beliau juga berhemat
tinggi dan bijak menyalurkan duit dan harta pada jalan yang betul.


Cinta Kepada Kebenaran

Oleh kerana itu, sangat mudah bagi beliau untuk menerima Islam tanpa sebarang
keraguan. Berdasarkan kepada ilmu, tiada sesiapa boleh menafikan kebenaran
agama Islam yang suci. Oleh itu, saidina Abu Bakar yang mencintai kebenaran
88 | P a g e

tanpa ragu-ragu mengucap dua kalimah syahadah sehinggakan beliau dianggap
orang pertama memeluk islam dalam kalangan lelaki dewasa. Falsafah Iqra wajar
dihayati oleh semua.

Iman Yang Tinggi

Tepatlah juga tatkala baginda bersabda bahawa kiranya iman seluruh ummat
ditimbang bersama iman Saiyidina Abu Bakan R.A. maka berat lagi iman Saiyidina
Abu Bakan R.A.


Dermawan

Beliau merupakan seorang yang dermawan. Contoh sifat dermawan Saidina Abu
Bakar As-Siddiq:

Ketika memeluk Islam, beliau membelanjakan 40,000 dirham di jalan Allah. Beliau
membebaskan hamba-hamba yang teraniaya seperti Bilal bin rabah,Amir bin
Fuhairah dan Jariah bin Amir. Beliau juga telah membelanjakan hartanya untuk
kepentingan Islam seperti perbelanjaan Hijrah nabi ke Madinah dan peperangan
Tabuk.

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pernah bersabda yang
bermaksudorang yang paling pengasih diantara umatku terhadap umatku yang lain
89 | P a g e

ialah Abu Bakar. Hal ini kerana Saiyidina Abu Bakar gemar membantu dan
menyumbangkan hartanya kepada orang yang tidak bernasib baik.

Beliau bukan sahaja berjuang menegakkan Agama Islam dengan segenap
jiwa raganya bahkan juga dengan harta kekayaannya. Sungguh beliaulah yang
paling banyak sekali berkorban harta untuk menegakkan Agama Islam. Bahkan
seluruh kekayaannya telah habis dipergunakannya untuk kepentingan penjuangan
menegakkan kalimah Allah. Di kalangan para sahabat beliaulah tergolong onang
yang paling murah hati dan dermawan sekali.

Dalam Perang Tabuk misalnya, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah
meminta kepada sekelian kaum Muslimin agar mengorbankan hartanya pada jalan
Allah. Tiba-tiba datanglah Saiyidina Abu Bakan R.A. membawa seluruh harta
bendanya lalu meletakkannya di antara dua tangan baginda Rasul. Melihat
banyaknya harta yang dibawa oleh Saiyidina Abu Bakar R.A., bagi tujuan jihad itu
maka Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam menjadi terkejut lalu berkata
kepadanya:

"Hai sahabatku yang budiman, kalau sudah semua harta bendamu kau
korbankan apa lagi yang akan engkau tinggalkan buat anak-anak dan isterimu?

Pertanyaan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam itu dijawab oleh Saiyidina
Abu Bakar Al-Siddiq dengan tenang sambil tersenyum, ujarnya. "Saya tinggalkan
buat mereka Allah dan RasulNya.

90 | P a g e

Demikianlah kehebatan jiwa Saiyidina Abu Bakar AlSiddiq, suatu contoh
kemurahan hati yang memang tidak dijumpai bandingannya di dunia.
Memandangkan besarnya pengorbanan beliau terhadap Islam maka wajarlah kalau
Rasulullah bersabda bahawa tegaknya Agama Islam itu adalah lantaran hanta
benda Siti Khadijah dan juga Saiyidina Abu Bakan Al-Siddiq.

Berani

Sewaktu orang ramai tidak mempercayai Isra' mikraj Rasulullah Abu Bakar dengan
beraninya menyatakan pendiriannya,walaupun dia berhadapanan dengan
pembesarpembesar musyrikin Quraisy.Beliau menyatakan Apa peliknya.bahkan
saya percaya dan mengakui kebenaranya walaupun lebih daripada itu. Dengan itu
beliau digelar As-Siddiq yang bermaksud yang membenarkan.

Beliau juga berani menolong nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam ketika diancam oleh
golongan Quraisy:



: .

91 | P a g e

Ketika nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam sedang menunaikan solat berhampiran
kaabah, tiba-tiba datang Uqbah Bin Abi Muit, lalu mencekik dengan kuat leher nabi
menggunakan kain bajunya. Lantas datang Abu Bakar memegang bahu Uqbah dan
menolaknya daripada nabi seraya berkata: Apakah kamu ingin membunuh seorang
lelaki yang menyatakan tuhanku ialah Allah?

Selain itu beliau juga telah menemani rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
sewaktu baginda berhijrah ke Madinah sehingga baginda selamat sampai ke
destinasi. Bersama Rasulullah pada ketika itu adalah amat berisiko kerana pada
waktu itu orang kafir Quraisy hendak membunuh Rasulullah dan orang yang
didampinginya. Dengan itu terbuktilah keberanian Abu Bakar.

Tegas

Saiyidina Abu Bakar berpegang pada prinsip ajaran Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam.Beliau tidak bertolak ansur terhadap orang-orang yang murtad, orang yang
ingkar unuk membayar zakat dan nabi palsu. Beliau tetap bertegas meneruskan
angkatan perang dbawah pimpinan Osamah bin Zaid yang telah dilantik oleh
Rasulullah sekalipun disanggah oleh Saiyidina Umar r.a.

Perlantikan sebagai khalifah

Sejurus selepas Rasulullah wafat, para sahabat telah bermesyuarat untuk
menentukan siapakah orang pertama bakal menerajui negara Islam Madinah. Pada
awalnya, umat Islam bersetuju untuk memilih dua orang calon, seorang daripada
92 | P a g e

kaum Ansar yang bernama Saad bin Ubadah dan seorang lagi daripada kaum
Muhajirin iaitu Umar bin Al-Khattab.

Pada peringkat ini telah berlaku beberapa pertikaian dan akhirnya keadaan
menjadi reda apabila Saad bin Ubadah mengambil jalan tengah. Mereka bersetuju
untuk melantik Abu Bakar sebagai pemimpin kerana beliau adalah sahabat yang
paling utama di sisi Rasulullah s.a.w dan mempunyai kepimpinan yang tinggi.

Apabila diangkat menjadi khalifah pertama, Saidina Abu Bakar
menyampaikan pidato yang ringkas tetapi amat penting. Beliau berkata: "Wahai
manusia, sekarang aku telah memegang jawatan ini, tapi tidaklah aku orang yang
lebih baik di antara kamu. Jika aku lakukan kebaikan pada jawatan ini, sokonglah
aku, tapi jika aku melakukan kesalahan, tegakkan dan betulkanlah aku kembali.
Taatlah kepadaku selagi mana aku taat kepada Allah dan Rasul Nya, dan andai aku
melanggar perintah Nya, tidak perlulah taat padaku lagi.

Peribadi mulia yang dimiliki oleh Saidina Abu Bakar inilah yang membuatkan
beliau terus mendapat sokongan padu daripada umat Islam pada waktu itu. Beliau
sempat memerintah selama dua tahun tiga bulan dan 10 hari.


Jasa Saidina Abu Bakar

Banyak jasa yang dilakukan oleh Saidina Abu Bakar di sepanjang pemerintahannya.
Antara jasa yang dilakukan beliau ialah memerangi golongan murtad yang enggan
93 | P a g e

membayar zakat dan nabi palsu. Antara mereka yang mengaku sebagai nabi palsu
pada ketika itu ialah Musailamah al-Kazzab daripada Bani Hanifah, Aswad Al-Ansi
dari Yaman dan Thulaihah bin Khuwailid daripada Bani Asad.

Saidina Abu bakar juga telah meluaskan wilayah Islam ke Parsi dan Syam.
Beliau juga memulakan usaha untuk mengumpulkan ayat-ayat al-Quran yang
kemudiannya dibukukan pada zaman khalifah Uthman bin Affan.

Selepas Abu Bakar as-Siddiq dilantik sebagai khalifah melalui Sidang
Umum, beliau segera memberikan kata-kata alu-aluannya. Antara isi kandungan
ucapan dasarnya ialah beliau menyatakan bahawa dirinya bukanlah yang terbaik.
Namun begitu, taatilah beliau dalam segala urusan selagi urusan itu tidak
bersalahan dengan ajaran Islam. Tetapi jika beliau tersilap dalam urusan
pentadbirannya maka tegur dan perbetulkannya.

Di samping itu, Abu Bakar berpesan kepada umat Islam agar mentaati
perintah dan ajaran Allah dan Rasul-Nya. Umat Islam juga ditegah membuat perkara
keji selain beliau meminta umat Islam agar menunaikan solat lima waktu. Walaupun
ucapan dasar beliau ringkas dan pendek tetapi ia sarat dengan nasihat yang
berguna.

Dalam pada itu, tindakan pertama dalam pemerintahannya tetapi merupakan
keputusan yang paling mencabar ialah arahan beliau untuk menghantar bala tentera
Islam ke selatan Syam. Bala tentera ini diketuai oleh Usamah. Sebenarnya, bala
tentera Usamah ini pernah diarahkan oleh Rasulullah sebelum baginda wafat lagi.
94 | P a g e

Justeru, Abu Bakar meneruskan hasrat baginda tadi. Tujuan utama penghantaran
bala tentera ini adalah untuk menghapuskan golongan murtad yang tidak percaya
kepada Islam lagi, khususnya selepas kewafatan Rasulullah.

Masalah murtad dalam kalangan umat Islam ini telah berleluasa sehingga
hampir ke seluruh Semenanjung Tanah Arab. Kota Makkah sendiri turut mengalami
peristiwa seperti ini. Antara dalang atau penghasut gerakan memurtadkan umat
Islam ini ialah Musaylamah al-Kazzab di Yamamah, Tulayhah al-`Asadi di Bani
Asad, Laqit bin Malik di Oman, dan al-`Aswad al-Unsi di Yaman.

Sebab-sebab Berlakunya Gerakan Golongan Murtad

Gerakan murtad dalam kalangan umat Islam berlaku secara besar-besaran,
khususnya sejek kewafatan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam Antara punca
dan sebab golongan murtad ini muncul ialah:

a) Golongan atau kabilah ini merupakan kaum yang lemah. Mereka memeluk
Islam kerana takut diserang. Oleh itu, mereka memeluk Islam secara tidak
ikhlas. Akibatnya, apabila Rasulullah wafat, mereka terus meninggalkan
agama Islam

b) Semangat asabiah atau semangat kabilah yang begitu kuat dalam kalangan
mereka. Sebenarnya, mereka percaya akan kebenaran ajaran dan kenabian
Rasulullah. Namun begitu, mereka mahu nabi terakhir itu datang daripada
kalangan anak cucu kabilah mereka sendiri. Misalnya, salah seorang anak
95 | P a g e

bani Hunayfah yang pernah berkata kepada nabi palsu, iaitu Musaylamah:
Aku tahu bahawa kamu ini amat penipu. Tetapi, penipuan kabilah Rabiah
(keturunan Musaylamah) adalah kurang berbanding penipuan keturunan bani
Mudar (keturunan nabi Muhammad).

c) Sebelum Islam datang, ketua kabilah Arab akan mendapat suku harta
rampasan perang. Malahan, ada kalanya, mereka bebas memiliki harta yang
dirampas. Oleh itu, apabila umat Islam mengalami kejutan besar dengan
kewafatan Rasulullah, maka ketua kabilah ini ingin mengambil semula kuasa
mereka.

d) Tentera Parsi dan Rom mahu memusnahkan Islam dengan menggunakan
bangsa Arab sendiri. Oleh itu, mereka mengapi-apikan golongan murtad ini
agar memusuhi Islam. Justeru, Parsi misalnya, telah mengarahkan penduduk
di kawasan Teluk Parsi yang diketuai oleh Sajah binti al-Harith al-Yarbuiyyah
menyerang tentera Islam. Bala tentera ini seramai 40,000 orang. Walau
bagaimanapun, gerakan mereka dipatahkan oleh panglima perang Islam, iaitu
al-Muthanna bin Harithah. Begitu juga tentera Rom yang menghantar
tenteranya menyerang Islam melalui golongan murtad ini dengan diketuai
oleh Khalid bin Said bin al-As yang berlaku di Taima`, utara Hijaz. Namun
begitu, serangan mereka dipatahkan oleh tentera Islam.

Dalam pada itu, Abu Bakar as-Siddiq cuba menghadapai serangan golongan
murtad dengan berhikmah. Beliau mengatakan bahawa mereka ini tidak akan
dibunuh sekiranya mereka kembali kepada Islam. Malahan, Abu Bakar mengatakan
96 | P a g e

bahawa beliau diberi pesanan oleh Rasulullah agar melayani umat Islam dengan
cara yang baik.

Peperangan al-Yamamah

al-Yamamah merupakan istilah lama dari segi geografi Tanah Arab. Kawasan ini
meliputi wilayah timur semenanjung Tanah Arab yang sekarang ini dikenali sebagai
Riyadh, iaitu ibu negara Arab Saudi. Peperangan al-Yamamah telah berlaku di
kawasan berhampiran kota Riyadh ini.

Seperti yang disebut sebelum ini, Abu Bakar as-Siddiq ada menghantar
Ikrimah bin Abu Jahal dan Syurahbil Hasanah bagi menentang Musaylamah.
Namun begitu, beliau tidak membenarkan mereka berdua menyerang. Tetapi,
mereka tidak mematuhi arahan khalifah Abu Bakar dan mereka tetap mahu
menyerang Musaylamah. Akhirnya, mereka mengalami kekalahan. Sebenarnya,
mereka berdua mahu menyaingi Khalid al-Walid.

Apabila berita kekalahan mereka berdua sampai ke pihak Abu Bakar maka
beliau amat marah. Lantas, Abu Bakar tidak membenarkan kedua-duanya pulang ke
Madinah. Pada masa yang sama, Abu Bakar membuat keputusan untuk mengutusi
Khalid al-Walid menghapuskan huru-hara yang ditimbulkan oleh Musaylamah.
Sebaik sahaja selesai mematahkan serangan golongan murtad dalam kalangan
kabilah `Asad, Ghatfan, dan Tamim, Khalid al-Walid menerima perintah untuk terus
bergerak ke al-Yamamah bagi menyerang tentera Musaylamah.

97 | P a g e

Khalid tetap menerima arahan perintah itu. Justeru, beliau terpaksa merentas
padang pasir yang kering kontang sejauh 1000 kilometer. Tentera Khalid ini
bertembung dengan tentera Musaylamah yang berjumlah 40,000 orang di satu
tempat bernama Aqraba`. Sementara itu, jumlah tentera Khalid hanyalah sekitar
13,000 orang sahaja. Kebanyakan tentera beliau terdiri daripada golongan Ansar
dan Muhajirin.

Pada mulanya, tentera Islam hampir-hampir mengalami kekalahan. Kalaulah
bukan disebabkan sikap Khlaid yang bagaikan singa lapar yang sentiasa berteriak
meniupkan semangat nescaya tentera Islam sudah mengalami kekalahan awal-awal
algi. Lantaran itu, tentera Islam mula mendapat semangat semula. Mereka begitu
bersemangat untuk menumpaskan musuh Allah.

Akhirnya, mereka berjaya membunuh Musaylamah beserta tenteranya
seramai 20,000 orang. Yang bakinya telah menjadi tawanan perang tetapi selepas
itu mereka memeluk Islam semula. Dalam pada itu, jumlah tentera Islam yang
terkorban dan mati syhahid adalah seramai 1,200 orang. Kebanyakan mereka
merupakan penulis dan penghafaz al-Qur`an.

Sebelum sempat setahun pemberontakan golongan murtad ini berjalan, Abu
Bakar as-Siddiq telah berjaya mematahkan semua serangan mereka di segenap
pelusok Tanah Arab. Akhirnya, seluruh Tanah Arab berjaya bersatu semula dari segi
agama dan politik di bawah naungan kerajaan Islam yang berpusat di Madinah al-
Munawwarah, iaitu sama seperti yang berlaku pada akhir hayat Rasulullah sebelum
ini.
98 | P a g e


Pembukaan Wilayah Baharu pada Zaman Abu Bakar as-Siddiq

Sebab-sebab Pembukaan Wilayah Baharu

Jika diperhatikan tentang gerakan pembukaan wilayah baharu Islam, kita mendapati
bahawa semua peperangan yang berlaku bukanlah sesuatu yang dirancang.
Malahan, kesemua itu berlaku secara mengejut dan tidak diduga berdasarkan
keadaan dan situasi semasa yang berlaku.

Justeru, tentera Islam terpaksa juga membalas balik serangan musuh yang
memaksanya berbuat demikian. Hal ini perlu diberitahu kerana agama Islam
bukanlah disebarkan secara kekerasan, iaitu melalui peperangan. Dengan kata lain,
Islam membenci peperangan. Malahan, Islam mahu dikembangkan dengan cara
yang murni dan berhemah.

Namun begitu, tentera Rom dan Parsi tidak memberi peluang kepada Islam
untuk berbuat demikian. Mereka yang memaksa tentera Islam mempertahankan
serangan musuh. Oleh itu, terpaksalah tentera Islam mengharungi peperangan yang
amat memeritkan itu serta membunuh ramai orang yang tidak berdosa.

Pembukaan Iraq

Ketika peperangan terhadap golongan murtad belum reda, al-Muthanna bin al-
Harithah telah bergerak ke utara Tanah Arab, iaitu di kawasan pesisir pantai Teluk
99 | P a g e

Arab. Kemudian, mereka terus menuju ke Iraq. Di situlah berkumpulnya para tentera
Parsi yang begitu ramai. Namun begitu, setelah melihat kegagalan mereka,
khususnya oleh golongan murtad, dalam menumpaskan tentera Islam maka tentera
Parsi telah melancarkan peperangan besar-besran terhadap tentera Islam.

Dalam pada itu, apabila al-Muthanna melihat bahawa tenteranya tidak
mampu melawan pihak musuh maka beliau mengutus surat kepada khalifah Abu
Bakar bagi menceritakan keadaan yang berlaku. Khalifah sedar akan keadaan ini
lantas menghantar Khalid al-Walid lagi dengan ditemani oleh Iyad bin Ghanam ke
utara Tanah Arab. Lantaran itu, pada bulan Muharram tahun kedua belas Hijrah,
bala tentera Khalid telah bergerak dari al-Yamamah dan menujun ke Iraq. Ketika itu,
beliau masih berperang dengan tentera Musaylamah al-Kazzab di al-Yamamah.

Peperangan di utara Tanah Arab telah berlarutan selama beberapa bulan di
beberapa buah tempat seperti Zat as-Salasil, al-Mazar, al-Walajah, dan `Aliyas.
Kesemua siri peperangan ini telah dimenangi oleh tentera Khalid. Selepas itu, bala
tentera Khalid berjaya menawan al-Hirah, iaitu ibu kota Iraq pada ketika itu.

Khalid dan bala tenteranya tinggal di situ selama sebulan, iaitu pada bulan
Rabiulawwal. Kemudian, mereka terus membuka beberapa wilayah baharu Islam
seperti al-Anbar dan Ainut Tamar di utara al-Hirah. Pada masa yang sama, Khalid
telah menerima arahan perintah daripada khalifah Abu Bakar yang mengarahkannya
kembali ke al-Hirah dan tinggal di situ untuk beberaoa ketika sehingga arahan lain
sampai.

100 | P a g e

Sebagai kesimpulannya, sepanjang siri peperangan yang berlaku selama
beberapa bulan, Khalid al-Walid dan bala tenteranya telah berjaya membuka hampir
separuh wilayah Iraq. Mereka telah mewajibkan pendudk Iraq membayar cukai
kepala yang dinamakan jizyah. Namun begitu, mereka tidak memaksa penduduk
tempatan memeluk Islam.

Pembukaan Wilayah Syam

Panglima perang Khalid bin Said bin al-As telah berkubu di satu tempat bernama
Taima` yang terletak di utara Tanah Arab atas arahan khalifah Abu Bakar. Malahan,
khalifah Abu Bakar turut berpesan agar beliau tidak menyerang sesiapun melainkan
jika diserang dahulu. Khalifah sengaja berbuat demikian agar mereka dapat
mengumpulkan tenaga bagi menentang musuh. Selain itu, mereka juga dapat
mengawasi pergerakan tentera Rom. Menurut Abu Bakar as-Siddiq, beliau begitu
yakin bahawa tentera Rom akan mengambil peluang terhadap gerakan penentangan
golongan murtad untuk menyerang semula tentera Islam.

Jangkaan Abu Bakar tepat apabila tentera Rom menyerang tentera Khalid.
Serangan mereka turut disertai oleh para kabilah Arab yang tinggal di Syam. Dalam
peperangan ini, tentera Islam menerima tentangan yang sangat kuat. Sebahagian
besar tentera Islam terbunuh termasuklah anak Khalid sendiri.

Apabila berita kekalahan tentera Islam ini sampai kepada Abu Bakar, beliau
mengumpulkan para sahabat kanannya untuk membincangkan perkara tersebut.
101 | P a g e

Mereka membuat keputusan untuk menyerang balik tentera Rom. Justeru, Abu
Bakar membahagikan tentera Islam kepada empat ketumbukan tentera.

Keempat-empat ketumbukan tentera itu ialah bala tentera pimpinan Abu
Ubaydah al-Jarrah yang bergerak menuju ke Hims di utara Syam. Kedua ialah bala
tentera pimpinan Yazid bin Abu Sufyan yang menuju ke Damsyik di tengah Syam.
Yang ketiga ialah ketumbukan tentera pimpinan Syurahbil bin Hasanah yang menuju
ke Jordan. Yang akhir sekali ialah bala tentera pimpinan Amru bin al-As yang
bergerak ke Palestine. Sebelum bergerak,

Abu Bakar sempat berpesan kepada para panglima tentera Islam yang empat
tadi. Antara pesanan itu ialah Kalau kamu bergerak secara bersendirian maka
setiap kamu akan mengepalai tentera kamu dan kamu akan menjadi ketua kepada
wilayah yang kamu baru buka nanti. Setiap ketumbukan tentera ini mengandungi
lapan ribu tentera.

Tetapi jika keadaan tidak mengizinkan sehingga kamu terpaksa bergabung
dalam sesuatu peperangan atau bersatu di wilayah baharu maka ketua kamu ialah
Abu Ubaidah al-Jarrah.

Peperangan Yarmuk

Bala tentera Islam dengan panglima perang masing-masing tadi pun bergerak ke
selatan Syam. Mereka bertembung dengan tentera Rom yang berjumlah 250,000
orang yang diketuai oleh Rodzrik, iaitu adik kepada Heracleus, maharaja Rom. Bala
102 | P a g e

tentera Rom ini turut dibantu oleh 60,000 tentera Arab yang murtad yang diketuai
oleh Jabalah bin al-`Ayham al-Ghassani. Dengan jumlah yang begitu besar tentera
Islam tidak mampu melawan mereka. Justeru, tentera Islam berutusan surat sesama
sendiri di lembah Yarmuk dengan diketuai oleh Abu Ubaidah.

Namun begitu, mereka masih tidak dapat bergerak melawan tentera Rom
yang begitu ramai. Lantas mereka memberitahu khalifah Abu Bakar perkara sebenar
yang sedang berlaku. Mereka meminta bantuan segera. Mereka mencadangkan
agar khalifah Abu Bakar menghantar bala tentera pimpinan Khalid al-Walid.
Lantaran itu, Abu Bakar mengarahkan tentera pimpinan Khalid segera meninggalkan
Iraq bagi tujuan membantu tentera pimpinan Abu Ubaiudah yang berada dalam
bahaya.

Sebaik sahaja menerima perutusan daripada Abu Bakar maka Khalid segera
menggerakan tenteranya yang berjumlah tujuh ribu orang untuk meninggalkan Iraq.
Pergerakan bala tentera ini dianggap sebagai yang paling bahaya dan mencabar
dalam sejarah Islam kerana mereka terpaksa menempuh padang pasir yang kering
kontang sejauh lebih 10,000 kilometer yang memakan masa selama 18 hari.

Sebaik sahaja sampai di Lembah Yarmuk, tentera Khalid al-Walid dan Abu
Ubaidah bergabung lantas mereka menyerang tentera Rom. Peperangan ini
dianggap sebagai yang paling hebat dalam siri pembukaan wilayah Islam kerana
tentera Rom merupakan pasukan tentera yang paling kuat di dunia pada masa itu.
Tentera Rom mengalami kematian seramai 120,000 orang. Sebaik sahaja maharaja
103 | P a g e

Rom, Hercules menerima berita ini beliau segera meninggalkan medan perang
dalam keadaan cedera.

Malahan dia turut terkorban dalam usahanya merampas wilayah Syam
daripada tentera Parsi. Namun begitu, akhirnya, tentera Islam pula yang berjaya
menawan Syam. Dalam pada itu, tentera Islam yang mati syahid adalah seramai tiga
ribu orang. Sesungguhnya, kemenangan ini telah membuka jalan dan peluang
kepada tentera Islam untuk meneroka sebahagian besar lagi wilayah Syam yang
akhirnya berjaya ditawan secara keseluruhannya pada zaman khalifah Umar al-
Khattab.

Sementara itu, Umar terkejut dengan kematian tentera Islam dalam jumlah
yang ramai. Kebanyakannya merupakan penghafaz al-Qur`an. Lantaran itu, beliau
mencadangkan kepada Abu Bakar agar al-Qur`an dikumpulkan dalam satu mushaf
atau naskhah. Hal disebabkan ramai penghafaz al-Qur`an yang telah meninggal
dunia dalam peperangan yang boleh menyebabkan al-Qur`an akan semakin hilang
atau al-Qur`an itu sendiri mungkin akan diubah-ubah atau ditokok-tambah.

Namun begitu, pada mulanya, Abu Bakar agak ragu-ragu dengan cadangan
Umar kerana beliau tidak berani membuat perkara yang Rasulullah sendiri tidak
buat. Tetapi, Umar berkata bahawa usaha itu adalah baik dan murni. Setelah itu,
Umar masih memujuk Abu Bakar dalam hal ini sehingga akhirnya Abu Bakar
mengarahkan Zaid bin Thabit al-`Ansari untuk mengepalai pengumpulan ayat al-
Qur`an ini.

104 | P a g e

Abu Bakar berkata kepada Zaid, Engkau pemuda yang bijak dan tidak
pernah dituduh dengan sesuatu perkara tidak baik. Malahan, kamu juga pernah
menulis wahyu untuk Rasulullah. Oleh itu, kutiplah ayat al-Qur`an dan
kumpulkannya menjadi satu. Zaid menerima tanggungjawab yang berat ini dan
beliau mula mengumpulnya dengan menulis al-Qur`an di atas tulang, pelepah tamar,
dan kulit binatang. Beliau menulisnya berdasarkan hafalan dan bacaan pembaca
dan penghafaz al-Qur`an.

Mushaf al-Qur`an yang disatukan ini kemudiannya diserahkan kepada Abu
Bakar. Selepasnya kematiannya, mushaf ini diserahkan kepada Umar al-Khattab.
Selepas kematian Umar, mushaf ini pula berpindah tangan kepada anak
perempuannya, iaitu Hafsah.

Pada zaman khalifah Uthman, beliau ingin menyatukan cara bacaan al-
Qur`an dalam kalangan umat Islam. Lantas, beliau ,mengambil mushaf itu dari
Hafsah tadi dan membuat beberapa salinan lagi yang kemudiannya disebarkan ke
seluruh wilayah Islam. Itulah salah satu sumbangan tersbesar khalifah Abu Bakar
pada zaman pemerintahannya, iaitu usaha mengumpul a-Qur`an.

Kewafatan Saidina Abu Bakar

Abu Bakar sempat memerintah selama dua tahun, tiga bulan, dan sepuluh hari
dengan menghasilkan sumbangan yang besar dalam sejarah kegemilangan Islam.

105 | P a g e

Beliau ditimpa sakit pada 7 Jamadil Akhir tahun 13 Hijrah. Setelah 15 hari
menanggung kesakitan, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada 21hb
Jamadil-Akhir tahun 13 Hijrah, bersamaan dengan 22 Ogos 634 M. Jenazah beliau
di kebumikan di samping makam Rasulullah s.a.w










SAIDINA UMAR BIN AL-KHATTAB
Tegas Dan Berani


Biodata Umar

Nama penuh : Umar Bin al-Khattab Bin Nufail
Tarikh Lahir : 584 Masihi.
Tempat Lahir : Mekah
Keturunan : Bani Adiy, Quraish.
106 | P a g e

Tarikh menjadi khalifah : 23 Ogos 634 Masihi
Tempoh memerintah : 10 tahun 6 bulan
Tarikh kewafatan : Tahun 23 Hijrah.
Usia ketika wafat : 63 tahun
Gelaran : al-Farouq (pemisah antara hak
dan batil)

Nama penuhnya ialah Umar b. Al-Khattab b. Nufail b. Abdul Uzza b. Rabah b.
Abdullah b. Qarth b. Razah b. Adiy b. Kaab. Di lahirkan pada tahun 583 / 584 M
daripada Bani Adi iaitu salah satu bani dalam kabilah Quraish yang dipandang mulia,
megah, dan berkedudukan tinggi. Waktu kecilnya pernah mengembala kambing dan
dewasanya beliau berniaga dengan berulang alik ke Syam membawa barang
dagangan.
Pada zaman Jahiliah beliau pernah menjadi pendamai waktu terjadi
pertelingkahan hebat antara kaum keluarganya. Beliau merupakan seorang yang
berani, tegas dalam kira bicara, berterus terang menyatakan fikiran dan
pandangannya dalam menghadapi satu-satu masalah. Beliau juga terkenal sebagai
pemidato dan juga ahli gusti.

Saidina Umar memeluk Islam pada tahun keenam selepas kerasulan Nabi,
sewaktu berumur 33 tahun, kerana tertarik dengan ayat-ayat Al-Quran yang dibaca
oleh adiknya Fatimah. Beliau kemudiannya memberi sumbangan yang besar
terhadap perkembangan Islam. Sebelum ini beliau merupakan musuh ketat kepada
Islam dan sentiasa menghalangi perkembangan Islam. Orang Islam ramai yang
107 | P a g e

berasa takut untuk melakukan ibadah kerana bimbangkan kepada orang Quraish
yang selalu mengancam dan mengusir mereka. Setelah Umar memeluk Islam ramai
dari kalangan orang-orang Islam yang tidak merasa apa-apa curiga lagi dalam
mengerjakan ibadat.

Kisah Umar Mendapat Hidayah Islam

Pada suatu hari, ketika Umar al-Khattab berbincang dan berdiskusi dengan para
pemimpin dan ketua-ketua puak Quraisy di Dar al-Nadwah, tentang dakwah yang
telah dibawa oleh Muhammad Rasulullah saw, Umar kelihatan amat marah dan
begitu kuat menentang dakwah Rasulullah saw. Baginda Rasulullah didakwa
sebagai seorang yang membawa perpecahan dalam masyarakat, baginda dilihat
sebagai seorang yang memecah-belahkan hubungan di antara ayah dan anak,
suami dan isteri serta segala perpecahan yang berlaku dalam kalangan saudara
mara.

Perasaan marah yang melua-luap itu telah membuatkan Umar bangun dan
berjalan menuju ke rumah al-Arqam Bin Abi al-Arqam. Tujuan Umar ke sana adalah
dengan niat untuk membunuh Rasulullah saw. Ketika dalam perjalanan untuk
membunuh Rasulullah, Umar terserempak dengan seorang lelaki dari Bani Zuhrah.
Lalu berlakulah dialog di antara mereka berdua. Antara dialog tersebut ialah:

Lelaki Bani Zuhrah: Ke mana engkau hendak pergi wahai Umar? Aku lihat engkau
begitu marah sekali!

108 | P a g e

Umar : Aku hendak pergi membunuh Muhammad!

Lelaki Bani Zuhrah: Bagaimana engkau nak membunuh Muhammad, sedangkan
adik engkau Fatimah dan suaminya Zaid pun sudah mengikuti agama Muhammad
dan meninggalkan agama engkau!

Umar: Betulkah kata-katamu itu?

Lelaki Bani Zuhrah: Betul dan aku tidak berbohong.

Umar: Kalau benar katamu itu iaitu mereka mengikuti agama Muhammad, aku akan
bunuh mereka dengan cara yang kejam!

Umar dengan perasaan yang amat marah bergegas ke rumah adiknya
Fatimah. Sekiranya benar sebagaimana yang dikata oleh lelaki Bani Zuhrah itu,
maka ia tidak akan membiarkan adiknya dan iparnya itu begitu sahaja, sebaliknya
akan dibunuhnya mereka berdua terlebih dahulu.

Apabila Umar sampai ke rumah adiknya Fatimah, beliau mendapati pintu
rumahnya agak terbuka sedikit. Ketika Umar ingin meluru masuk ke dalam rumah
adiknya itu, beliau terdengar suara yang membaca ayat-ayat tertentu yang tidak
difahaminya. Pada ketika itu Khabbab sedang mengajar bacaan ayat-ayat al-Quran
kepada Fatimah dan Said. Apabila menyedari kehadiran Umar, Khabbab berasa
takut lalu bersembunyi.

109 | P a g e

Umar terus masuk ke dalam rumah dan menemui adiknya Fatimah dan adik
iparnya Said. Lalu Umar bertanya: apakah ayat yang aku dengar tadi? Lantas
Fatimah pun mengambil lembaran al-Quran dan menyatakan kepada Umar bahawa
tiada apa yang didengarnya.

Lalu Umar pun berkata kepada sepasang suami isteri itu: Aku mendengar
bahawa kamu berdua telah mengikut agama Muhammad!, Lalu Umar menampar
dengan sekuat hati muka adik iparnya Said sehingga mengalir darah dimukanya.
Fatimah bingkas bangun untuk mempertahankan suaminya, lalu ditampar pula oleh
Umar sehingga melukakannya.

Perstiwa ini telah menguji keimanan Fatimah dan suaminya Said. Lalu
dengan tegas mereka berdua berkata kepada Umar: Ya, kami telah memeluk Islam
dan kami juga telah beriman kepada Allah dan rasulNya, oleh itu buatlah apa sahaja
yang kamu suka terhadap kami!. Dalam suasana darah yang masih mengalir di
muka Fatimah dan Said, dan jawapan mereka berdua yang menyatakan tentang
keimanan mereka tanpa sebarang ragu dan takut telah memberikan kesan di hati
Umar.

Lalu Umar pun berkata kepada adiknya dengan suara yang sedikit lembut:
Berikan kepadaku helaian yang mengandungi bacaan yang aku dengar tadi yang
dibawa oleh Muhammad itu. Fatimah berkata: kami bimbang kamu akan membuat
sesuatu kepada helaian al-Quran ini. Jawab Umar: Jangan takut, aku tak akan
melakukan sesuatu yang tidak baik.

110 | P a g e

Kemudian Fatimah pun memberikan lembaran yang mengandungi ayat al-
Quran tersebut kepada Umar setelah memintanya untuk mandi dan membersihkan
dirinya terlebih dahulu.

Umar pun membaca ayat-ayat tersebut:

OC ^ .4` 4L^4O^ El^OU4N
4p-47O^- -O;=4g ^g )
LE4O'O> }Eg _/E^C ^@ 1ECjO6>
;}Og)` 4-UE 4O- g4O4OO-4
O>N^- ^j }EuOO- O>4N
+OE^- O4O4-c- ^)

Maksudnya: Taa' Haa, Kami tidak menurunkan Al-Quran kepadamu (Wahai
Muhammad) supaya engkau menanggung kesusahan, Hanya untuk menjadi
peringatan bagi orang yang takut melanggar perintah Allah, (Al-Quran) diturunkan
daripada (Tuhan) yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi, Iaitu (Allah) Ar-
Rahman, Yang bersemayam di atas Arasy.
(Surah Taha , ayat 1-5).

Setelah selesai membacanya, Umar pun berkata: Betapa cantik dan
mulianya ayat-ayat ini!. Apabila mendengar kata-kata Umar, Khabbab pun keluar
dari persembunyian dan mengucapkan tahniah kepada Umar dan ia pun
memberitahu bahawa nabi saw pernah berdoa memohon kepada Allah agar dibuka
pintu hidayah pada salah seorang daripada dua Umar.
111 | P a g e


Apabila Umar mendengarnya, hatinya semakin tertarik dengan Islam dan dia
meminta Khabbab untuk memberitahu di manakah lokasi nabi Muhammad saw agar
beliau dapat berjumpa dengan Rasulullah dan menyatakan keislamannya kepada
baginda. (Sila rujuk Mohd Sukki Othman, Tokoh Srikandi Zaman Nabi, 2009,
Terbitan Jahabersa, halaman 27-31)

Pengislaman Umar juga telah menunjukkan bagaimana doa nabi saw telah
dimakbulkan Allah. Nabi saw telah berdoa:




Maksudnya: Ya Allah, berikanlah kemuliaan kepada Islam dengan salah seorang
daripada dua Umar iaitu Amru Bin Hisyam (Abu Jahal) atau Umar Bin al-Khattab.

Setelah memeluk Islam, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah
menggelarnya sebagai Al-Faruq kerana dapat membezakan di antara perkara yang
benar dan bathil. Ketika ditanya oleh para sahabat bagaimana dia mendapat gelaran
tersebut, Saidina Umar menjawab : "Pada suatu hari, Aku bertanya kepada
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam : "Ya Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam, adakah kita dalam kebenaran ?"

112 | P a g e

Jawab Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam: "Benar", Aku berkata lagi :
"Kenapakah kita beribadah secara sembunyi ?"

Kemudian kami masuk ke Masjidil Haram membuat dua saf, satu saya dan
satu lagi Saidina Hamzah (berjemaah). Maka semua orang kafir Quraisy melihat ke
arah kami berdua dengan perasaan yang sangat marah yang tidak pernah mereka
terjadi sebelum ini, lalu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam mengelarkan aku Al-
Faruq !

Dengan islamnya Umar, maka umat Islam yang sebelum itu sentiasa
ketakutan menjadi kuat. Mereka telah berani solat secara terang-terangan di
Baitullah khususnya setelah peristiwa di atas. Di samping itu juga, orang Quraisy
juga tidak berani menganggu orang Islam yang sedang beribadah kerana takut
kepada Umar.
Beliau digelar al-Faruq yang bermaksud orang yang membezakan hak
dengan yang bathil. Gelaran ini diberikan oleh Rasulullah semasa beliau membawa
sekumpulan umat Islam untuk bersolat di hadapan Kaabah secara terbuka untuk
pertama kalinya dalam sejarah Islam. Beliau sendiri yang menjaganya daripada
gangguan orang-orang Quraish. Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam juga
mengelarkannya sebagai Abu Hafs kerana kegagahannya.

Ketika berhijrah ke Madinah, ramai orang Islam yang keluar dari Kota Makkah
secara bersembunyi, tetapi Umar keluar secara berterang-terangan. Pedang di
tangannya sedia menghunus kepada sesiapa sahaja yang cuba menghalangnya.

113 | P a g e


Sifat Peribadi

Seorang yang bersifat berani dan tidak gentar dalam menegakkan kebenaran
agama Islam juga seorang yang tegas dan adil. Ditakuti oleh orang ramai kerana
keberaniannya taat pada ajaran Allah Subhanahu Wa Taala. Seorang yang
berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan sedia untuk menerima pendapat orang
lain. Seorang pemerintah yang bertanggungjawab, adil dan amanah. Pernah
penyamar sebagai rakyat biasa walaupun ketika beliau memegnag jawatan khalifah
untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya, malah beliau sendiri yang mengangkat
gandum dan minyak untuk diberikan kepada salah seorang daripada golongan yang
memerlukan.

a) Berani

Sebelum memeluk Islam, beliau sangat kuat dan berani menentang Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam sikap beliau sangat ditakuti oleh orang-orang yang
memeluk agama Islam. Beliau tidak gentar mengisyitiharkan dirinya telah memeluk
Islam secara terbuka di khalayak ramai. Setelah memeluk Islam, beliau berani
menunaikan ibadat secara terang-terangan di hadapan orang ramai.

Beliau memberi cadangan kepada Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
supaya ajaran Islam disebarkan secara terbuka kepada orang ramai. Beliau
mencabar orang kafir Quraisy supaya menghalang Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
114 | P a g e

Sallam daripada berpindah ke Madinah. Oleh kerana ketegasan dan keberaniannya
itulah, maka beliau diberi gelaran al-Faruq.

Peristiwa yang menarik perhatian kafir Quraisy Makkah ialah apabila Saidina
Umar Al-Khattab mengambil langkah untuk berhijrah secara terang-terangan,
berbeza dengan pendirian para sahabat yang lain yang terpaksa berhijrah secara
rahsia.

Umar Al-Khattab terkenal sebagai seorang yang berani semasa kafir dan
bertambah berani sesudah beriman. Pada detik-detik terakhir sebelum
meninggalkan kota Makkah untuk berhijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. yang
menyaksikan peristiwa tersebut, meriwayatkan: Setelah saidina Umar membuat
keputusan untuk berhijrah, beliau mengambil sebilah pedang disandang di sisi
pinggangnya, kemudian dicapainya busar panah lalu disangkut dibahunya, sebatang
anak panah tergenggam ditangannya dan melangkahkan kaki menuju ke Kaa'bah.
Ketika itu tokoh-tokoh Quraisy sedang bersantai di sisi Ka'abah menyaksikan
kehadiran Umar.

Saidina Umar melakukan tawaf tujuh kali dengan penuh semangat tetapi
tenang, tanpa menghiraukan tokoh-tokoh kafir Quraisy yang memerhatikannya.
Sebaik selesai melakukan tawaf, beliau menuju ke Maqam Ibrahim dan mendirikan
solat.

Selesai solat, Umar berdiri di sisi Maqam Ibrahim sambil mengeluarkan kata-
kata yang keras dan pedas terhadap puak kuffar Quraisy. kata Umar:
115 | P a g e

"Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala tidak akan membinasakan wajah
manusia di dunia ini, kecuali wajah puak-puak jahannam yang memusuhi agama
Allah."

Kata Umar lagi: "Barangsiapa yang sanggup menjadikan ibunya keseorangan
disebabkan kematian anak, meletakkan anak-anak mereka menjadi yatim piatu
lantaran kematian bapa, sanggup menjadikan isteri kesayangannya menjadi balu
kerana kematian suami, marilah kita adu senjata di sebalik bukit ini."

Cabaran Saidina Umar terhadap tokoh-tokoh Quraisy yang menyaksikan
kehadiran Umar dengan pedang terhunus itu, ternyata menimbulkan kesan gerun di
dalam hati mereka. Pertama kali mereka mendengar cabaran yang begitu hebat dari
Umar, mereka terpegun tanpa seorangpun yang berani menyahut cabaran Umar
berlawan senjata.

Dari sudut psikologi, cara Umar mencabar puak Quraisy dengan gaya
seorang pahlawan yang bersedia untuk mati, menjadikan puak Quraisy lemah
semangat. Mereka membisu tanpa reaksi, sekalipun Umar mengutuk mereka
sebagai puak yang bakal dibinasakan Allah Subhanahu Wa Taala. Dalam keadaan
puak Quraisy lemah semangat, Umar mengajaknya adu senjata.

Saidina Ali r.a. yang turut mendengar kata-kata Umar itu berkata: Sesudah itu
Umar melangkahkan kaki meninggalkan kota Makkah dengan tenang, tanpa dijejaki
oleh puak-puak Quraisy. Bagaimanapun peristiwa itu memberi seribu rahmat kepada
kaum muslimin yang letih lesu, dari kalangan orang-orang tua, orang-orang sakit
116 | P a g e

yang tidak terdaya meninggalkan kota Makkah tanpa teman. Mereka semua
mengambil peluang untuk berhijrah ke Madinah bersama Umar Al-Khattab, dengan
aman tanpa sebarang gangguan.

Berikutan dari peristiwa itu, maka kaum muslimin Makkah telah menyahut
seruan hijrah. Sehingga tiada lagi para penyokong Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam
yang tinggal di Makkah, kecuali Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam, Saidina Abu
Bakar As-Siddiq. Saidina Ali bin Abi Talib, selain itu orang-orang yang sakit, mereka
yang tidak kenderaan dan keupayaan berhijrah dan mereka yang dikenakan tahanan
oleh pihak Quraisy, akibat tindakan mereka menyahut seruan Islam

b) Berfikiran terbuka

Menerima pendapat sahabatnya Abu Bakar As-Shiddiq mengenai pembebasan
tawanan perang Badar, iaitu mereka dikehendaki membayar wang tebusan atau
mengajar anak-anak penduduk Madinah hingga pandai dan orang tua dibebaskan
tanpa syarat. Menerima pendapat seorang perempuan yang mencadangkan supaya
setiap orang boleh meletakkan maskahwin mengikut kemahuan sendiri, asalkan
tidak membebankan kaum lelaki. Beliau bersedia ditegur dan menerima pendapat
orang lain walaupun daripada rakyat biasa.

c) Adil

Seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap keselamatan,
keamanan dan kemakmuran rakyatnya. Beliau banyak melakukan pembaharuan
117 | P a g e

untuk kemajuan rakyatnya. Beliau sendiri keluar menyamar sebagai rakyat biasa
untuk meninjau keadaan rakyatnya. Pada suatu malam, beliau terjumpa seorang
kanak-kanak yang sedang menangis kelaparan. Beliau terus kembali mengambil
gandum, memasakkan dan menyuapkan sendiri ke mulut kanak-kanak tersebut.
Beliau juga pernah menjatuhkan hukuman ke atas anak pesuruhjaya Mesir, iaitu
Umar al-Ash, yang telah memukul seorang Qibti yang kalah dalam perlumbaan
kuda.

Secara ringkasnya, sifat peribadi beliau adalah seperti berikut:

1. Saidina Umar mempunyai sifat keberanian yang tinggi.
2. Semasa menerima hidayah Islam ketika berusia 33 tahun, beliau telah
mengisytiharkan keislamannya itu di hadapan masyarakat Arab Quraish
tanpa gentar sedikit pun.
3. Begitu juga semasa berhijrah ke Madinah, sikap berani Saidina Umar
semakin terserlah apabila beliau mencabar secara terbuka sesiapa sahaja
yang berani menghalangnya.
4. Keberanian yang ditonjolkan oleh Saidina Umar telah memberi inspirasi
kepada umat Islam yang lain untuk terus berjihad dan memartabatkan Islam.
5. Beliau juga bersikap tegas dan adil.
6. Beliau juga seorang yang berpandangan jauh, berfikiran terbuka dan bersedia
untuk menerima pandangan orang lain.
7. Beliau bersedia ditegur walaupun daripada kalangan rakyat biasa.Beliau
merupakan seorang pemerintah yang adil dan bertanggungjawab terhadap
kebajikan rakyatnya.
118 | P a g e

8. Beliau sangat mengambil berat terhadap keselamatan, keamanan dan
kemakmuran negara.
9. Beliau pernah menyamar sebagai rakyat biasa ketika memegang jawatan
khlaifah untuk melihat sendiri keadaan rakyatnya. Pernah pada suatu ketika,
beliau mengangkat sendiri gandum dan minyak untuk diberikan kepada
golongan miskin yang memerlukannya.





Kewibawaan Kepimpinan Umar

Kepimpinan dan kebijaksanaan khalifah Umar memimpin terserlah dalam segenap
segi. Cara kepimpinannya mengagumkan orang lain. Ada kalanya, sejarawan agak
sukar menentukan cara dan teknik pentadbiran khalifah Umar. Namun begitu,
berikut ini ialah beberapa ciri kepimpinan khalifah Umar. Antaranya ialah:

a) Pemilihan Gabenor Wilayah

Khalifah Umar akan melantik orang tertentu dalam menguruskan kawasan dan
jajahan Islam yang terletak jauh dari pusat pemerintahan kerajaan Islam. Untuk
wilayah dan kawasan yang berdekatan, Umar sendiri yang akan mentadbirnya.
Dalam hal ini, Umar mempunyai cara dalam melantik para gabenornya. Beliau tidak
akan melantik kaum kerabatnya. Malahan, beliau akan melantik para sahabat kanan
119 | P a g e

beliau bagi tujuan itu. Malahan, ada juga sahabat kanan beliau yang dikekalkan di
Madinah al-Munawwarah bagi membantu beliau dalam urusan kerajaan. Antara
syarat utama pemilihan gebenor ialah:

1. Kuat dan Amanah

Kuat bermaksud berpegang teguh dengan ajaran Islam serta mempunyai keazaman
dan keyakinan tinggi. Beliau tidak akan memilih lelaki yang lemah. Hal inilah yang
menyebabkab beliau menggugurkan Syurahbil bin Hasanah sebagai panglima
perang di Jordan dan Umayr bin Saad di Hims. Bagi Umar, kedua-dua panglima ini
belum memenuhi syarat yang dikehendaki. Tempat mereka diganti oleh Muawiyah
bin Abu Sufyan walaupun kedua-dua mereka lebih dahulu memeluk Islam daripada
Muawiyah. Ada orang yang mempertikaikan pengguguran kedua-dua panglima ini.
Tetapi, Umar mengatakan bahawa pemecatan mereka bukan disebabkan beliau
marah atau khianat. Tetapi khalifah Umar mahu yang terbaik dalam kalangan yang
terbaik.

2. Hebat dan Rendah Diri

Bagi Umar, seorang pemimpin itu mestilah kelihatan hebat dan berwibawa. Tetapi
pada masa yang sama, pemimpin itu juga mestilah hormat dan tidak sombong
dengan orang lain. Oleh itu, pemimpin terbaik ialah mereka yang tidak terlalu
berkuasa dan tidak mahu menguasai orang lain. Beliau pernah berkata bahawa
beliau mahu pemimpin atau gebenor yang seolah-olah gabenor itu macam rakyat
tempatan biasa dalam segala hal.
120 | P a g e


3. Kasih Sayang Terhadap Orang Lain

Biasanya, khalifah Umar akan memilih gabenor wilayah yang terkenal dengan sikap
yang mesra rakyat. Perkara ini sentisa disebut khususnya dalam surat atau tauliah
pelantikan. Beliau tidak mahu pemimpin yang menzalimi orang lain sama ada dari
segi anggota badan ataupun harta benda.

b) Sistem Kerja dalam Kalangan Penjawat Awam dan Gabenor

Saidina Umar tidak akan berpuas hati sekiaranya pemilihan gabeor itu hanya
mencukupi syarat kelayakan yang ditetapkan. Beliau juga akan menyenaraikan
tatacara pemerintahan yang dikhendaki. Setiap tugas yang diberi akan diperhalusi
satu persatu-satu sama ada tugas itu akan dibuat oleh pekerja atau gabenor.
Misalnya ialah tugasan untuk menjaga keselamatan dan kebajikan para jemaah haji.

c) Pemantauan

Antara keunikan tatacara pemerintahan khalifah Umar ialah cara pemantauannya
terhadap para pekerjanya. Beliau akan melantik pegawai tertentu bagi mengawasi
penjawat awam melakukan kerja dan tugasan rasmi mereka. Segala gerak gerik
mereka akan diawasi dan dicatat. Segala kesliapan akan dilaporkan segera kepada
khalifah. Bagi Umar, biarlah kesilapan itu dibetulkan awal-awal lagi sebelum menjadi
teruk. Sebenarnya, beliau ada mengamalkan konsep Mencegah lebih baik daripada
mengubati.
121 | P a g e


d) Dasar Pintu Terbuka

Khalifah Umar berpendapat bahawa penyakit atau penghalang yang menjalar dalam
kalangan para pemimpin dan gebenor ialah sikap mereka yang mengamalkan sikap
Pintu tertutup. Konsep inilah yang menjadikan rakyat dan pemimpin tidak mesra.
Bukan setakat itu sahaja, masalah rakyat tidak dapat didengar dan diselesaikan
dengan segera. Oleh itu, beliau mengarahkan semua pemimpin mengamalkan
konsep ini.

Dalam satu kes, Saad bin Abu Waqas ada membina sebuah rumah di Kufah
yang mempunyai dua tingkat. Orang ramai menamakannya sebagai Istana Saad.
Hanya rumah beliau sahaja yang mempunyai dua tingkat. Dalam rumah itu, Saad
menyediakan satu kaunter khas untuk melayan para tetamunya. Apabila mendengar
kisah ini, khalifah Umar segera menghantar wakilnya, iaitu Muhammad bin
Musalmah al-Ansari untuk membakar kaunter itu. Bagi Umar, kaunter begitulah
yang nmenghalang para pemimpin bertemu rakyat jelata. Akhirnya, Saad memohon
maaf dan berjanji untuk tidak membuat perkara sedemikian lagi.

e) Mesyuarat Agung

Khalifah Umar sering mengadakan rapat umum atau mesyuarat agung bagi
membincangkan masalah dan hal ehwal pemerintahan negara. Ramai kalangan
umat Islam yang turut serta dalam mesyuarat tersebut. Mereka juga diberi peluang
memberikan pendapat dan pandangan bagi membentuk dasar dan prinsip
122 | P a g e

pemerintahan negara Islam. Antara isu yang dibincangkan ialah kebajikan dan
perjalanan haji tahunan dan usaha memberikan peluang umat Islam menunaikan
haji secara percuma. Malahan, Umar cuba untuk menjemput semua rakyat yang
berada dalam jajahan takluk Islam untuk turut serta menunaikan haji.

f) Penilaian terhadap Gabenor dan Pemerintah Islam

Khalifah Umar juga bijak dalam menilai dan memantau para gabenornya. Kalau
seseorang gabenor itu melakukan kesalahan kecil maka beliau sendiri akan
menasihati dan memberikan amaran sahaja. Tetapi kalau kesalahan yang dibuat
oleh gabenor itu besar maka Umar tidak teragak-agak untuk memecatnya serta
merta. Hal ini pernah berlaku terhadap Saad bin Abu Waqas yang pernah dipecat
serta merta. Antara pemecatan yang paling diingati ialah kisah pelucutan jawatan
panglima angkatan tentera Islam yang paling hebat, iaitu Khalid bin al-Walid.

Dalam hal ini, khalifah Umar mendapat tahu bahawa Khalid ada memberi
10,000 dirham kepada al-Ashas bin Qis. Jadi, Umar membuat kesimpulam bahawa
kalau seseorang itu mampu memberi 10,00 dirham kepada setiap orang maka
berapa banyak wang yang dimiliki?. Justeru, khalifah mengarahkan Abu Ubaydah al-
Jarrah menyiasat kes tersebut dan membuat penghakiman. Akhirnya, Khalid
dipecat buat kali kedua sama seperti beliau dilucutkan jawatan sebagai panglima
perang tertinggi dahulu.

Sebenarnya, tindakan khalifah Umar bukanlah bermaksud untuk
menyusahkan dan mengkhianati Khalid. Tetapi, khalifah mahu semua orang
123 | P a g e

menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan jujur tanpa menyelewangkan harta
kerajaan dan rakyat meskipun hal itu dibuat oleh orang yang berpengaruh seperti
Khalid al-Walid.

g) Tauladan yang Baik

Khalifah Umar tahu bahawa contoh tauladan yang baik merupakan salah satu cara
agar para pengikut kita akan patuh dan hormat. Oleh itu, beliau tidak mahu setakat
pandai bercakap tetapi tidak pandai melaksanakan apa-apa yang diperkatakan.
Justeru, Umar mahu mengamalkan prinsip yang dijanjikan. Beliau hidup seperti
orang awam lain. Malahan, beliau tidak membenarkan kaum keluarga dan dirinya
sendir yang bekerja dengan kerajaan mengambil gaji yang telah diperuntukan.
Beliau mahu kaum keluarganya hidup seperti orang lain.

Malahan, Umar mahu sendiri merasakan keperitan yang dialami oleh
rakyatnya. Hal ini pernah berlaku pada Tahun Kemarau yang berlaku pada tahun
ke-18 Hijrah. Pada tahun tersebut, seluruh semenanjung Arab mengalami kemarau
yang teruk. Tiada sedikit pun hujan yang turun. Ramai rakyat yang kebuluran. Untuk
merasai keperitan ini, beliau makan apa-apa sahaja yang dimakan oleh rakyatnya
sehingga kesihatannya terganggu. Para sabahat kanannya menasihati beliau agar
memakan makanan yang segar supaya badannya sihat. Tetapi beliau enggan
berbuat demikian dengan alasan beliau mahu merasa apa-apa yang rakyat rasa.

Sebenarnya, hal yang dilakukan oleh khalifah Umar ini telah menjadi rahsia
kejayaannya dalam mentadbir negara. Semua rakyat jelata berpuas hati kerana
124 | P a g e

beliau sanggup bersusah payah bersama rakyat. Apabila keadilan dilakukan dalam
pemrintahan maka penyelewangan, rasuah, dan pecah amanah tidak akan berlaku.

Sebenarnya, cara yang diamalkan Umar ini juga diterapkan dalam
keluarganya. Beliau mahu kaum kerabatnya mengikuti jejak langkahnya yang
sanggup berkorban dengan kesusahan rakyat. Pengorbanan seperti inilah yang
menjadikan khalifah Umar sebagai manusia yang paling dihormati dalam sejarah
kemanusiaan, khususnya dalam sejarah Islam selepas Rasulullah dan khalifah Abu
Bakar as-Siddiq.


Keadilan Umar al-Khattab

Sifat yang cukup dikenali dalam diri khalifah Umar ialah keadilannya. Apabila diri
Umar diperkatakan orang ramai maka sikap inilah yang sentiasa disebut-sebut
orang. Beliau tidak membezakan yang jauh dan yang dekat, yang besar atau yang
kecil, dan yang menjadi sahabat atau yang menjadi musuh. Banyak cerita benar
yang mengisahkan keadilan Umar sehingga tidak terkira.

Antaranya ialah kisah beliau dengan Abu Maryam as-Saluli, iaitu pembunuh
kepada adiknya Zaid bin al-Khattab di peperangan al-Yamamah. Dalam kes tersebut
Umar mengenepikan perasaan dendam dan marahnya kepada Abu Maryam. Begitu
juga kisah Umar menolong seorang tua Yahudi yang terkial-kial mencari makanan.
Apabila beliau ternampak orang Yahudi tersebut beliau terus membawanya ke
125 | P a g e

gedung simpanan makanan lalu diberi makanan. Malahan, orang tua itu mendapat
bantuan daripada Baitulmal negara.

Rasa Tanggungjawab Khalifah Umar

Rasa tanggungjawab khalifah Umar bukan setakat terhadap manusia yang hidup di
sekelilingnya tetapi juga terhadap binatang dan haiwan ternakan. Ada kata-kata
beliau yang cukup terkenal yang melambangkan keprihatinannya ini, iaitu: Demi
Allah, kalaulah keldai itu tergelincir di tebing sungai Furat nescaya aku akan
bertanggungjawab di hadapan Allah nanti kerana aku tidak menyediakan jalan khas
untuk binatang tersebut.

Dalam pada itu, meskipun khalifah Umar sibuk dengan urusan pentadbiran
negara tetapi beliau masih sempat memberikan perhatian terhadap masalah dan
kebajikan rakyatnya. Beliau sering meronda-ronda di sekitar bandar Madinah pada
malam hari. Hinggakan, pada satu malam, beliau terdengar seorang kanak-kanak
sedang menangis. Kemudian, beliau bertanya kepada ibu kanak-kanak tersebut
kenapa budak itu menangis. Ibunya memberitahu bahawa dia enggan menyusukan
anaknya kerana dia sendiri tidak mendapat bantuan makanan yang cukup daripada
Baitulmal, lebih-lebih lagi makanan tersebut khas untuk bayi yang sudah tidak
menyusu lagi. Umar terkejut lalu mengarahkan pegawainya menghantar bekalan
makanan.

Jasa Dan Pengorbanan Saidina Umar

126 | P a g e

Terlalu banyak jasa yang telah dilakukan oleh Saidina Umar terutama selepas
dilantik menjadi khalifah. Antaranya ialah:

1. Pembaharuan Dalam Bidang Pentadbiran

a) Membentuk Majlis Syura

Khalifah Umar telah membentuk satu Majlis Syura yang merupakan lembaga atau
majlis perunding yang tertinggi. Ianya terbahagi kepada dua iaitu Majlis Syura
Tertinggi dan majlis Syura Am.

Anggota Majlis Syura Tertinggi ialah terdiri daripada Uthman b. Affan, Ali b.
Abi Talib, Zaid b. Tsabit, Abdul Rahman b. Auf, Saad b. Abi Waqas dan Muaz b.
Jabal. Semua pekara yang melibatkan masalah politik, keselamatan dan sosial
negara akan dibincangkan bersama-sama dalam majlis tersebut. Majlis Syura ini
juga bertanggungjawab menentukan polisi negara dalam soal pemerintahan
dalaman dan hubungan luar.

Melalui amalan sistem syura, Khalifah Umar dapat mengetahui apa-apa
permasalahan yang berlaku kepada dalam semua segi. Beliau juga membuka
peluang dan kebebasan yang seluas-luasnya kepada semua orang untuk
mengemukakan fikiran dan pendapat mereka demi kebaikan dan keadilan Islam,
Sehingga beliau menggangap semua manusia yang tidak mahu memberikan
pendapat adalah manusia yang tidak berfaedah.

127 | P a g e

b) Membahagikan Wilayah-Wilayah Islam

Perkembangan Islam yang semakin luas dengan pembukaan negara-negara Islam
yang baru telah memerlukan kepada pentadbir bagi menguruskan sesebuah negara.
Dengan perluasan kuasa ini, Khalifah Umar telah membahagikan kerajaan Islam
yang semakin luas kepada beberapa wilayah demi menjaga kelicinan pentadbiran
Islam.

Umar meletakkan beberapa orang pegawai untuk menjalankan pentadbiran.
Mereka yang dilantik hendaklah datang ke Makkah pada tiap-tiap tahun selepas
menunaikan haji untuk membuat laporan. Khalifah Umar dikatakan berkebolehan
dalam memilih pegawai-pegawai yang cekap bagi melicinkan pentadbiran, sebagai
contohnya Muawiyah b. Abu Sufian, Amru b. al-Ash, Mughirah b. Syubah dan Zaid
b. Sumyah.

Sebelum seorang Gabenor itu dilantik, mereka haruslah mengisytiharkan
harta mereka bagi mengelakkan dari menerima rasuah. Inilah syarat yang dikenakan
oleh Khalifah Umar Al-Khattab bagi menjamin keadilan dan kesucian Islam.

c) Memperbaharui undang-undang pentadbiran tanah

Perluasan kuasa Islam menuntut kepada Khalifah Umar untuk melakukan
pembaharuan terhadap sistem tanah. Di Mesir, Syria, dan Iraq misalnya, segala
tanah-tanah awam adalah menjadi milik kerajaan tempatan dan segala hasil dari
tanah tersebut akan digunakan untuk membiayai kemudahan-kemudahan awam
128 | P a g e

negara itu juga. Khalifah Umar menetapkan tanah-tanah yang dimiliki oleh
penduduknya tidak akan dirampas tetapi ianya akan dikenakan cukai.

Tentera atau umat Islam dari negara lain tidak dibenarkan mengambil tanah
dari negara jajahan kecuali melalui pembelian. Ini berbeza dengan amalan-amalan
sebelumnya dimana tanah-tanah akan dibahagikan kepada tentera yang menyertai
peperangan.




2. Pembaharuan dalam bidang ekonomi

Banyak pembaharuan yang dilakukan oleh Umar bagi mengagihkan pendapatan
kepada rakyat dan juga negara mengikut kehendak Islam. Kadar dan sistem cukai
telah diubah. Cukai yang dikenakan mengikut jenis tanaman yang ditanam. Syarat-
syarat yang menyusahkan rakyat dan tidak adil akan dihapuskan.

Beliau juga sering bertanyakan kepada golongan-golongan Dzimmi (orang
bukan Islam) untuk mengetahui samada cukai yang dikenakan membebankan
mereka. Inilah langkah yang dilakukan oleh Umar sebelum pekara ini diperbaharui.
Kesemua ini menyebabkan pungutan cukai menjadi cekap dan perbendaharan
negara bertambah.

129 | P a g e

Beliau juga turut memajukan sistem pertanian dengan membuka tanah-tanah
baru dan juga mengadakan projek pengairan, yang mana ianya telah dilaksanakan
di Mesir dan Iraq bagi menambahkan lagi hasil pertanian.

3. Pembaharuan Dalam Bidang Sosial

a) Melakukan polisi baru untuk golongan Dzimmi

Khalifah Umar telah mengadakan cukai tanah dan juga jizyah kepada golongan ini.
Cukai ini adalah berpatutan kerana rendah kadarnya dan tidak menyusahkan
mereka. Pernah suatu kali khalifah Umar memanggil 10 orang Dzimmi dari Kufah
dan 10 orang Dzimmi dari Basyrah supaya mereka bersumpah, bahawa cukai yang
dikenakan keatas mereka tidak membebankan.

Taraf dan hak awam di berikan sama rata seperti apa yang dinikmati oleh
orang Islam. Golongan Dzimmi yang masih menentang Islam akan dibuang atau
dihalau keluar negara. Harta mereka tidak akan dirampas, malah harta mereka yang
tidak dapat dipindahkan seperti ladang akan dibayar ganti rugi oleh kerajaan Islam.

b) Memperbaharui taraf kedudukan hamba

Golongan hamba pada masa itu telah diberikan hak kepentingan sosial dan taraf
yang baik. Hamba tidak lagi dihina dan ditindas, mereka boleh hidup bebas seperti
orang-orang biasa, kecualilah bagi orang-orang yang benar menentang Islam dalam
peperangan. Umar menetapkan bahawa hamba perempuan yang menjadi ibu tidak
130 | P a g e

boleh dijual sewenang-wenangnya seperti hamba-hamba lain. Begitu juga dengan
hamba yang berkeluarga tidak boleh dipisahkan dari keluarga mereka.

Taraf golongan hamba juga disamakan dengan tuannya dalam apa-apa hal
tertentu, pegawai-pegawai yang tidak menghormati dan menjaga hal kebajikan
hamba akan dikenakan tindakan oleh Khalifah Umar. Sebagai contoh, Umar pernah
melucutkan jawatan seorang pegawainya yang tidak menziarahi pekerjanya yang
sakit.

c) Menggalakkan kegiatan keilmuan dan pelajaran
Pelbagai langkah telah dilakukan oleh Khalifah Umar untuk mengembangkan
pelajaran al-Quran. Beliau menyediakan guru-guru bagi mengajar pelbagai ilmu
berhubung dengan keilmuan dan dihantar ke serata tempat bagi yang memerlukan
serta diberi gaji yang lumayan. Sekolah-sekolah ditubuhkan di masjid-masjid bagi
diajar pelajaran Islam di seluruh wilayah Islam.

Umat Islam diwajibkan menghafal surah-surah tertentu didalam al-Quran bagi
menghuraikan prinsip-prinsip utama ajaran Islam seperti surah al-Baqarah, an-Nisa,
al-Maidah dan sebagainya. Golongan ini akan diberikan pelbagai ganjaran sebagai
satu usaha untuk menggalakkan menghafal kandungan al-Quran.

4. Pembaharuan Dalam Bidang Ekonomi

a) Memajukan sistem pertanian

131 | P a g e

Khalifah Umar telah mewujudkan terusan bagi memajukan sistem pertanian yang
mana terusan tersebut seperti Terusan Amirul Mukminin yang menghubungkan
Sungai Nil dengan Laut Merah sepanjang 69 batu dari bandar Fustat. Di Iraq pula
beliau telah membina Empangan Abu Musa yang menyambungkan Sungai Dujlah
(Tigres) dengan bandar Basrah.

Tanah juga telah dikajiselidik bagi menempatkan tanaman-tanaman yang
bermutu. Rakyat juga digalakan untuk membuka tanah-tanah baru bagi
memperbanyakkan hasil pertanian. Tanah yang tidak dikerjakan akan ditarik balik
sekiranya tidak terdapat hasil pertanian di dalamnya. Begitu juga beliau juga telah
mengadakan sistem cukai bagi menambahkan pendapatan negara.

Secara ringkasnya, jasa dan pengorbanan Saidina Umar dapat dilihat dalam
rajah di bawah:

132 | P a g e




Pentadbiran

Mengemaskini majlis syura.
Mengasaskan jabatan-jabatan kerajaan seperti
jabatan cukai, persuratan dan ketenteraan.
Memisahkan kuasa kehakiman daripada
pentadbiran.
Mengasaskan undang-undang hisbah.
Memperkenalkan taqwim Islam.



Dakwah

Penyebaran dakwah secara berleluasa di wilayah-
wilayah baru seperti Mesir, Parsi dan Rom.
Melantik gabenor di wilayah-wilayah baru bagi
melicinkan pentadbiran.
Menghantar ulama keserata tempat untuk
berdakwah.





Pembangunan
Negara

Mengemaskini institusi Baitulmal.
Penerokaan kawasan-kawasan baru untuk
dijadikan tanah pertanaian.
Membina saliran air.
133 | P a g e

Membina rumah persinggahan bagi musafir.
Membina sekolah untuk pendidikan anak-anak.




Saidina Umar Meninggal dunia

Khalifah Umar adalah merupakan Khalifah yang banyak melakukan pembaharuan
kepada negara Islam. Selepas memerintah negara Islam selama 10 tahun 6 bulan
dan 4 hari, beliau pun wafat pada malam Rabu di akhir bulan Zulhijjah tahun 23
Hijrah, sewaktu berumur 63 tahun. Beliau ditikam oleh Abu Luluah, bangsa Parsi
yang beragama Majusi. Beliau dimakamkan berhampiran dengan makam Rasulullah
dan Abu Bakar di Madinah. Pentadbiran khalifah selepasnya pula diberikan kepada
Saidina Uthman b. Affan ra.




SAIDINA UTHMAN B. AFFAN
Malaikat Malu Padanya

Biodata

Nama penuh : Uthman Bin Affan Bin Abu
134 | P a g e

al-As Bin Umaiyah.
Tarikh Lahir : Tahun 576 Masihi.
Tempat Lahir : Makkah Al-Mukarramah
Keturunan : Bani Umaiyah.
Tarikh menjadi khalifah : Tahun 644 Masihi bersamaan tahun
23 Hijrah.
Tempoh mentadbir : 12 tahun
Tarikh wafat : 18 Zulhijjah Tahun 35 Hijrah.
Gelaran yang diberikan : Zunnurain (bermaksud yang mempunyai
dua cahaya), Saidina Uthman telah
berkahwin dengan dua orang puteri
Rasulullah iaitu Ruqaiyah dan Ummu
Kalthum.

Nama sebenar beliau ialah Uthman bin Affan bin Abu al-As bin Umayyah bin
Abdus Sham bin Abdu Manaf. Beliau dilahirkan enam tahun selepas Tahun Gajah,
iaitu pada tahun 576 Masihi. Beliau dilahirkan ketika Baginda Nabi Muhammad
Sallallahu Alayhi Wa Sallam berumur lebih kurang 5 tahun. Uthman merupakan
seorang bangSallallahu Alayhi Wa Sallaman dari golongan Quraish dari Bani
Umayyah. Ibunya bernama Arwi binti Kariz bin Rabiah bin Habib bin Abdus Sham.
Salasilah keturunan beliau bertemu dengan salasilah keturunan Nabi Muhammad
pada moyang mereka, iaitu Abdu Manaf.

135 | P a g e

Dari segi fizikalnya, Uthman merupakan orang yang bertubuh sederhana,
iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah. Wajahnya putih kemerah-merahan.
Rambutnya tebal. Janggutnya juga panjang . Beliau amat sopan berkata-kata.

Dari segi akhlaknya, banyak kitab sejarah Islam meriwayatkan bahawa beliau
merupakan orang yang suka bertolak ansur, mempunyai jiwa yang lembut, disukai
orang ramai, dan sangat pemalu. Selain itu, Uthman juga dipandang mulia,
disenangi orang ramai; baik semasa zaman jahiliahnya mahupun sesudah
keislamannya serta teguh pendirian dalam segala perkara.

Beliau pernah menceritakan kisah tentang dirinya, iaitu: Aku selalu bertafakur
sendirian menyembah Allah sepuluh kali sehari. Aku juga merupakan orang keempat
yang memeluk Islam. Rasulullah pernah memintaku mengahwini puterinya
Ruqayyah dan Ummu Kalthum. Semasa Jahiliah, aku tidak pernah mencuri dan
tidak pernah berzina. Sejak aku berbaiah dengan Rasulullah, aku selau
mengumpulkan ayat-ayat al-Qur`an. Aku juga sering turut serta dalam peperangan
umat Islam.


Pengislaman Uthman

Saidina Uthman merupakan salah orang terawal yang memeluk Islam. Abu Bakar
as-Siddiqlah yang mengajak beliau memeluk Islam. Beliau memeluk Islam sebaik
sahaja Abu Bakar memeluk Islam. Justeru, beliau pernah berkata: Aku merupakan
orang keempat yang memeluk Islam selepas Abu Bakar, Khadijah, dan Zayd bin
136 | P a g e

Harithah. Keinginan beliau memeluk Islam amatlah tinggi meskipun mendapat
tentangan yang dahsyat. Ayah saudaranya sendiri misalnya, iaitu al-Hakam bin Abu
al-As pernah cuba mengikatnya seraya berkata: Adakah kamu membenci agama
nenek moyang kamu?.Aku bersumpah untuk tidak menegurmu sehingga engkau
kembali kepada agamamu yang asal.

Oleh itu, sahabat besar ini termasuk dalam kalangan orang pertama yang
masuk Islam, walaupun beliau datangnya dari suku atau puak Quraisy yang paling
keras sekali tentangannya terhadap agama Islam dan Rasulullah Sallallahu Alayhi
Wa Sallam, iaitu puak Umaiyah.

Setelah memeluk Islam, Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai
oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam kerana kemuliaan dan kehalusan
budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. terkenal
sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budiperkertinya, sangat penyantun,
lemah lembut lagi pemalu. Sebagai memperlihatkan kecintaan dan penghargaan
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam kepadanya itulah maka beliau telah menjadi
pilihan baginda untuk dikahwinkan dengan puteri-puterinya seorang demi seorang
selepas meninggal seorang lepas satunya.
Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya itulah Rasulullah Sallallahu Alayhi
Wa Sallam pernah bersabda kepadanya, "Malaikat sangat malu kepadamu hai
Uthman. Memang Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam biasanya tidak keberatan
menerima kedatangan para sahabatnya dalam berpakaian yang biasa sahaja, tetapi
apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman R.A. akan datang mengunjunginya,
137 | P a g e

maka baginda pun mengenakan pakaiannya yang sewajarnya sebagai menghormati
sahabatnya yang disegani sendiri oleh para malaikat.

Perkahwinan Uthman dengan Puteri Rasulullah

Saidina Uthman pernah mengahwini dua puteri Rasulullah, iaitu Ruqayyah dan
Ummu Kalthum. Perkahwinannya dengan Ruqayyah kekal sehingga peperangan
Badar berlaku apabila Ruqayyah meninggal dunia. Dalam peperangan ini, Uthman
tidak keluar berperang kerana menjaga isterinya.

Tambahan pula, Rasulullah memang mengarahkannya berbuat demikian.
Namun begitu, Uhman tetap menghulurkan bantuan kewangan dalam peperangan
Badar tersebut. Kemudian, beliau berkahwin lagi dengan Ummu Kalthum dan
berkekalan sehingga tahun kesembilan Hijrah apabila isterinya meninggal dunia.

Pada hari kematian Ummu Kalthum, Uthman sangat sedih. Besarnya
kecintaan dan penghormatan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam terhadap
Saiyidina Uthman R.A. , iaitu tatkala isterinya yang kedua itu (Ummu Kalthum)
meninggal, Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah bersabda kepadanya :
Sekiranya aku mempunyai anak perempuan lain pasti aku akan mengahwinkannya
untukmu.

Disebabkan Uthman berkahwin dengan dua puteri Rasulullah, beliau telah
digelar sebagai Zunnurayn, iaitu orang yang mempunyai dua cahaya.

138 | P a g e

Kehidupan Saidina Uthman Bersama Rasulullah

Sejak memeluk Islam, Saidina Uthman banyak berjuang untuk Islam dengan
sepenuh jiwa dan raganya. Beliau pernah berhijrah sebanyak dua kali, iaitu ke
Habshah dan ke Madinah. Penghijrahannya itu turut disertai oleh isterinya,
Ruqayyah. Mereka menempuh banyak penderitaan semasa penghijrahan tersebut.

Ketika suasana pergolakan di Makkah menjadi tegang dan meruncing
disebabkan kaum musyrikin Quraisy melakukan tekanan yang hebat terhadap kaum
Muslimin, Saiyidina Uthman termasuk orang-orang yang turut melakukan hijrah ke
Habsyah. Saiyidina Uthman R.A. berserta isterinya adalah termasuk rombongan
yang menjalankan hijrah yang bersejarah itu.

Beliau tidak pernah memikirkan kerugian perniagaannya yang
ditinggalkannya itu kerana beliau sedar bahawa hijrah tersebut adalah termasuk
dalam usaha untuk menegakkan agama Allah. Sekembalinya beliau dari Habsyah,
beliau pun tinggallah di kota Makkah buat sementara waktu. Kemudian beliau telah
melakukan hijrah pula ke Madinah untuk menyusul Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam yang telahpun lebih dahulu berhijrah di kota tersebut.
Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan
usaha perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun
demikian beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh
kekayaan dan harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan
kesucian Islam. Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan
Saiyidina Uthman Bin Affan terhadap Islam. Di zaman permulaan perjuangan Islam
139 | P a g e

di Madinah, pernah kaum Muslimin menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina
Uthman Bin Affan telah membeli sebuah kolam yang bernama Bir Rumah daripada
seorang Yahudi.

Justeru, Uthman merupakan orang Quraysh yang paling kaya. Beliau
membeli Telaga Rumah dengan harga 35,000 dirham yang dikhususkan untuk umat
Islam di Madinah. Pada masa itu, umat Islam mengalami kemarau air selain
harganya yang melambung tinggi.

Dalam pada itu, Saidina Uthman menyertai semua peperangan yang
Rasulullah sertai melainkan peperangan Badar. Hal ini disebabkan arahan
Rasulullah yang menyuruh beliau menjaga isterinya yang sedang uzur. Di samping
itu, Rasulullah juga pernah mengarahkannya menjadi wakil utusan Rasulullah dalam
perjanjian dengan kaum Quraysh. Hal ini berlaku selepas Saidina Umar menarik diri
untuk menjadi wakil utusan Rasulullah dengan alasan bahawa dia takut kalau-kalau
dia akan berkeras dalam perjanjian tersebut. Hal ini disebabkan Umar sangat
memusuhi kaum Quraysh Makkah.

Sementara itu, Rasulullah mendapat khabar angin bahawa kaum Quraysh
telah membunuh Saidina Uthman. Lantas, Rasulullah berjanji untuk membela
kematian Uthman sekiranya berita itu benar. Lalu, Rasulullah dan para sahabat
membuat janji setia yang dinamakan Perjanjian Ridwan di bawah sebatang pokok.
Rasulullah sendiri berbai`ah bagi mewakili diri Uthman yang tiada pada waktu itu.
Firman Allah:

140 | P a g e

;- _@4O +.- ^}4N --gLg`u^-
^O) C4^ON)C4lNC =e^4` jE4OEO=-
=)UE 4` O) jgjOU~ 44O^
O4L1OO- jgOU4N _4:4 wu-
4:C@O~ ^g

Maksudnya: Demi sesungguhnya! Allah reda akan orang-orang Yang beriman,
ketika mereka memberikan pengakuan taat setia kepadamu (Wahai Muhammad) di
bawah naungan pohon (yang termaklum di Hudaibiyah); maka (dengan itu) ternyata
apa Yang sedia diketahuiNya tentang (kebenaran iman dan taat setia) Yang ada
Dalam hati mereka, lalu ia menurunkan semangat tenang tenteram kepada mereka,
dan membalas mereka Dengan kemenangan Yang dekat masa datangnya; (Surah
al-Fath : 18).

Peribadi Dan Akhlak Saidina Uthman

Setelah memeluk Islam, Saidina Uthman R.A. termasuk orang yang sangat dicintai
oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam kerana kemuliaan dan kehalusan
budipekertinya. Memang sesungguhnya Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. terkenal
sebagai seorang sahabat yang sangat tinggi budi pekertinya, sangat penyantun,
lemah lembut dan mempunyai sifat malu yang tinggi.

Sebagai memuji keluhuran budi akhlaknya yang mempunyai sifat malu itulah
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pernah bersabda kepadanya, "Malaikat
sangat malu kepadamu hai Uthman. Memang Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
141 | P a g e

Sallam biasanya tidak keberatan menerima kedatangan para sahabatnya dalam
berpakaian yang biasa sahaja, tetapi apakala diketahui bahawa Saiyidina Uthman
R.A. akan datang mengunjunginya, maka baginda pun mengenakan pakaiannya
yang sewajarnya sebagai menghormati sahabatnya yang disegani sendiri oleh para
malaikat.

Selain memiliki sifat pemalu, Saiyidina Uthman R.A. ialah seorang sahabat
akrab Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang masyhur dengan sifat waraknya,
kuat beribadat dan amat taqwa kepada Allah, dia mengerjakan segala perintah Allah
dan sekali-kali tidak melanggar larangan Allah. Beliau selalu menunaikan ibadah
Haji dan beliau banyak berpuasa kecuali pada hari-hari yang ditegah berpuasa.

Beliau sangat mengambil berat terhadap kaum keluarganya dan sangat
bertimbangrasa dan kasih mesra kepada mereka. Beliaulah juga seorang sahabat
yang sangat pemurah dan sangat takut akan kemurkaan Allah, bila beliau
mendengar bacaan Qur'an darihal azab api neraka maka air matanya bercucuran
keluar oleh rasa takutnya.

Saidina Uthman bin Affan ra adalah seorang yang bertaqwa dan bersikap
wara. Tengah malamnya tak pernah disia-siakan. Beliau memanfaatkan waktu itu
untuk mengaji Al-Quran. Bila sedang berzikir dari matanya mengalir air mata. Beliau
selalu bersegera dalam segala amal kebajikan dan kepentingan umat, dermawan
dan penuh belas kasihan. Khalifah Uthman telah melaksanakan hijrah sebanyak dua
kali, pertama ke Habasyah, dan yang kedua ke Madinah.

142 | P a g e

Seorang Dermawan

Setelah berada di Madinah, Saiyidina Uthman R.A. pun mulalah menjalankan usaha
perniagaannya hingga beliau berjaya menjadi saudagar yang kaya. Namun demikian
beliau tidak teragak-agak sedikitpun bagi mempergunakan seluruh kekayaan dan
harta bendanya bagi menyahut seruan jihad bagi menegakkan kesucian Islam.
Sebagai seorang sahabat besar, banyak sekali pengorbanan Saiyidina Uthman Bin
Affan terhadap Islam.

Pada zaman permulaan perjuangan Islam di Madinah, pernah kaum Muslimin
menghadapi kekurangan air, lalu Saiyidina Uthman Bin Affan telah membeli sebuah
kolam yang bernama Bir Ruma dan seorang Yahudi. Pada saat itulah Rasulullah
Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda, "Barangsiapa yang antara kamu yang
membeli perigi Rumah lalu dijadikannya wakaf bagi keperluan kaum Muslimin serta
ia menimba air perigi tersebut maka orang yang berbuat demikian itu Allah akan
menyediakan tempat minuman baginya dalam syurga. Begitu juga tatkala Masjid
Madinah rnenjadi terasa sempit sebab semakin banyaknya orang yang bersalat di
dalamnya, maka dengan spontan Saiyidina Uthman membeli lima rumah yang
sederet di samping masjid untuk dibongkar, kemudian dibangunkan tambahan
masjid agar menjadi lebih luas dan besar .

Saidina Uthman terkenal sebagai seorang yang lemah lembut, pemurah dan
baik hati. Beliau merupakan salah seorang dari saudagar yang terkaya di Tanah
Arab, sehingga beliau digelarkan dengan gelaran al-Ghani. Selepas memeluk
Islam beliau banyak mendermakan hartanya ke arah kepentingan agama Islam,
143 | P a g e

sebagai contohnya dalam peperangan Tabuk, beliau telah mendermakan hartanya
iaitu 950 ekor unta, 50 ekor kuda dan 1000 dinar.

Sebagaimana yang telah disebut sebelum ini, iaitu ketika umat Islam
berhijrah ke Madinah, umat Islam menghadapi masalah untuk mendapatkan air
minuman. Oleh itu Saidina Uthman telah membeli telaga Rumah dari seorang
Yahudi dengan harga 35 000 dirham untuk digunakan oleh umat Islam dengan
percuma.

Selain itu, Saidina Uthman juga banyak mendermakan hartanya untuk
persiapan tentera , khususnya semasa peperangan Tabuk yang berlaku pada tahun
kesembilan Hijrah. Beliau, sendiri sahaja, mampu membiayai sepertiga perbelanjaan
peperangan tersebut. Ketika itu, bilangan tentera Islam berjumlah 30,000 orang.
Justeru, Rasulullah ada mendoakan kebaikan untuk Uthman dengan doanya:
Uthman tidak akan susah selepas ini kerana jasanya itu. Doa ini diulang oleh
Rasulullah sebanyak dua kali.

Saidina Uthman merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya.
Perniagaannya diberkati oleh Allah kerana beliau banyak membelanjakan harta di
jalan Allah. Ringkasnya, Antara sumbangan Saidina Uthman ialah:

Membeli telaga Rumah dengan nilai 35,000 Dirham dan
menyumbangkannya untuk kegunaan umat Islam.
Menderma sebanyak 300 ekor unta dan 10000 Dinar untuk pembiayaan
tentera Islam dalam Peperangan Tabuk.
144 | P a g e

Membeli sebidang tanah untuk projek pembesaran Masjid Nabawi.
Memerdekakan hamba abdi setiap minggu pada hari jumaat.

Antara sebab yang mendorong semangat Saidina Uthman untuk
membelanjakan harta dan apa yang dimilikinya ialah seperti berikut:

Keimanan yang kukuh kepada Allah Subhanahu Wa Taala
Cintakan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
Sifat bertanggungjawab untuk menyampaikan dakwah Islam.
Kesedaran yang tinggi untuk meninggikan syiar dan syariat Islam.
Cintakan daulah Islam

Selain daripada pengorbanan harta benda, Saiyidina Uthman Bin Affan R.A. juga
adalah sahabat yang paling banyak membantu Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa
Sallam dalam berbagai masalah. Beliau adalah salah seorang penulis wahyu dan
juga pernah menjadi utusan Rasul untuk menemui kaum Quraisy pada tahun
keenam hijrah. Disebabkan besarnya pengorbanannya terhadap Islam maka
tidaklah menghairankan kiranya beliau tergolong salah seorang yang paling diridhai
oleh Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pada waktu hayat baginda.

Banyak Hadith yang menceritakan perihal kelebihan Saidina Uthman dan
perihal pujian Rasulullah terhadap beliau. Antaranya, Rasulullah pernah bersabda:
Tidakkah aku berasa malu dengan seseorang yang Malaikat juga berasa malu
terhadapnya?.

145 | P a g e

Dalam pada itu, Saidina Uthman amat rapat dengan dua lagi khalifah yang
lain sebelumnya, iaitu Abu Bakar as-Siddiq dan Umar al-Khattab. Beliaulah yang
menjadi orang yang paling dipercayai bagi kedua-dua khalifah tadi. Uthman
sentiasa menjadi rujukan terhadap masalah yang tidak dapat diselesaikan. Malahan,
Uthman pernah menjadi jurutulis Abu Bakar bagi melantik Umar al-Khattab sebagai
pemangku khalifah. Para ulama meletakkan kedudukan dan kemuliaan Saidina
Uthman dalam kalangan sahabat besar sama seperti kedudukannya dalam
salasilah khalifah ar-Rashidin yang empat.

Kesimpulannya, akhlak dan keperibadian Saidina Uthman sungguh hebat dan
terkandung dalam perkara-perkara berikut:

1. Saidina Uthman terkenal dengan sahabat yang banyak berkorban untuk
perjuangan Islam.
2. Beliau juga memiliki sifat pemurah yang tinggi dan sanggup membelanjakan
hartanya untuk fi sabilillah.
3. Dalam masa yang sma belaiu bersifat zuhud iaitu mencintai kehidupan akhirat
lebih daripada kehidupan dunia.
4. Beliau sanggup berhijrah ke Habsyah dan meninggalkan keluarga dan bumi
Makkah semata-mata untuk menyelamatkan aqidah dan kesucian Islam.
5. Beliau memiliki sifat khauf iaitu takut kepada azab Allah yang tinggi. Justeru,
beliau banyak melakukan ibadat sunat seperti qiyamullail, berpuasa sunat
dan membaca al-Quran.


146 | P a g e

Kepimpinan Saidina Uthman

Khalifah Uthman merupakan khalifah Islam yang ketiga selepas Khalifah Abu Bakar
dan Khalifah Umar al-Khattab. Beliau dilantik menjadi khalifah melalui persetujuan
orang ramai. Beliau dilantik menjadi khalifah selepas kematian Khalifah Umar ra.
Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 23 Hijrah oleh jawatankuasa yang
ditubuhkan oleh Khalifah Umar al-Khattab ra.

Selepas jenazah Umar selamat dikebumikan, ahli mesyuarat mencadangkan
enam nama sabahat besar tadi kepada orang awam. Setelah berbincang lama,
mereka mencadangkan Abdurrahman bin Auf sebagai khalifah. Namun begitu,
beliau enggan. Lantas, umat Islam menyerahkan pemilihan khalifah kepada beliau.
Kemudian, Abdurrahman menilai satu persatu baki lima calon sahabat besar yang
ada berdasarkan pandangan kebanyakan orang.

Akhirnya, beliau mendapati bahawa majoriti umat Islam telah memilih
Uthman sebagai khalifah. Di samping itu, Abdurrahman juga ada bertanya kepada
kalangan sahabat utama lain. Mereka juga bersetuju dengan kehendak majoriti umat
Islam yang memilih Uthman.
Lantaran itu, Abdur Rahman berasa lega kerana majoriti umat Islam memilih
Uthman sebagai khalifah. Justeru, beliau membuat pengumuman tentang pelantikan
Uthman sebagai khalifah di Masjid Nabawi.

Khutbah Janji Setia

147 | P a g e

Saidina Uthman menerima pelantikannya sebagai khalifah ketiga pada bulan
Muharram tahun 24 Hijrah. Selepas pelantikan tersebut, beliau menaiki mimbar
Masjid Nabawi lalu berucap kepada semua umat Islam yang ada pada hari tersebut.
Antara isi ucapan beliau ialah Saidina Uthman menyatakan bahawa umat Islam
sebenarnya berada di dunia yang fana ini. Oleh itu, mereka jangan terlalu leka
dengan kehidupan dunia yang tidak kekal ini. Beliau juga berpesan agar umat Islam
lebih menumpukan kesejahteraan hidup di alam baqa`, iaitu di akhirat kelak.

Hala tuju pentadbirannya pula ialah dengan menggunakan dasar kandungan
al-Quran, al-Hadith, dan ijtihad dua khalifah sebelumnya sebagai panduan dalam
pemerintahannya.

Perutusan Saidina Uthman kepada Penjawat Awam dan Gabenor Wilayah

Pada awal pemerintahannya, Saidina Uthman ada mengirim perutusan kepada
beberapa gabenor, panglima tentera, dan orang awam. Antara isi perutusan tersebut
ialah beliau menyarankan agar para pemerintah yang terlibat hendaklah menjaga
kebajikan rakyat jelata serta orang bawahan mereka. Segala janji hendaklah
ditunaikan tanpa pilih kasih. Begitu juga amanat beliau kepada orang ramai agar
mereka tidak terlalu leka dengan urusan duniawi sahaja.

Pemerintahan Saidina Uthman

Ahli sejarah telah membahagikan tempoh pemerintahan Khalifah Uthman selama 12
tahun kepada dua bahagian iaitu pertamanya zaman atau tahap keamanan dan
148 | P a g e

keagungan Islam, manakala yang keduanya pula ialah tahap atau zaman Fitnatul-
Kubra iaitu zaman huru hara.

Zaman Keamanan Dan Keagungan Islam

Banyak jasa dan juga kejayaan yang telah dilakukan oleh Khalifah Uthman dalam
menyebar dan memperkembang luaskan Islam. Ini termasuklah kejayaannya dalam:

1. Bidang Ketenteraan

Khalifah Uthman banyak melakukan perluasan kuasa terhadap beberapa buah
negara dalam usahanya menyebarkan Islam, ini dapat dilihat pada keluasan
empayar Islam yang dapat mengatasi keluasan empayar Rom Timur dan juga
empayar Parsi pada zaman kegemilangan mereka. Antara wilayah baru yang telah
berjaya ditakluki ialah Cyprus, Afganistan, Samarqand, Libya, Algeria, Tunisia,
Morocco dan beberapa buah negara lagi. Beliau juga bertanggungjawab dalam
menubuhkan angkatan tentera laut Islam yang pertama bagi menjamin keselamatan
dan melakukan perluasan kuasa. Banyak negara-negara yang telah dibuka melalui
angkatan tentera ini.

2. Pembukuan Al-Quran

Perluasan kuasa telah menyebabkan penyebaran Islam terjadi secara meluas.
Apabila ramainya orang-orang yang memeluk Islam sudah tentu banyaknya
perbezaan antara sesuatu wilayah dengan wilayah yang lain dari segi mereka
149 | P a g e

mempelajari Islam. Apa yang paling ketara sekali ialah dalam masalah mereka
mempelajari al-Quran. Banyak terdapatnya perbezaan bacaan yang membawa
kepada salah bacaan antara satu tempat dengan tempat yang lain. Dengan keadaan
ini banyak terjadinya salah faham dan saling tuduh menuduh sesama orang Islam
dalam menyatakan siapakah yang betul pembacaannya.

Oleh itu Khalifah Uthman telah mengadakan satu naskhah al-Quran yang
baru yang mana ianya digunakan secara rasmi untuk seluruh umat Islam. Khalifah
Uthman telah menggunakan lahjah Bahasa Quraish dan yang mana al-Quran yang
berbeza telah dibakar. Al-Quran inilah yang digunakan hingga kehari ini yang mana
ianya dikenali dengan nama Mushaf Uthmani. Langkah-langkah ini bertujuan untuk
menjamin kesucian al-Quran sebagai sumber perundangan Islam.

3. Pembesaran Masjid Nabawi
Masjid Nabawi telah menjadi padat kerana dipenuhi dengan jemaah yang semakin
ramai, Oleh itu Khalifah Uthman telah membesarkan masjid tersebut dengan
membeli tanah bagi memperluaskan kawasan tersebut. Masjid tersebut telah
diluaskan pada tahun 29 Hijrah.

4. Menyebarkan Dakwah Islam

Khalifah Uthman sering berdakwah di penjara dan beliau berjaya mengislamkan
ramai banduan. Beliau juga banyak mengajar hukum-hukum Islam kepada
rakyatnya. Ramai pendakwah telah dihantar keserata negeri bagi memperluaskan
ajaran Islam. Beliau juga telah melantik ramai pengajar hukum Islam dan juga
150 | P a g e

melantik petugas khas yang membetulkan saf-saf solat. Beliau juga banyak
menggunakan al-Quran dan as-Sunah dalam menjalankan hukum-hukum.

Ringkasnya, antara sumbangan Saidina Uthman ketika menjadi khalifah
adalah seperti yang berikut:


Dalam Bidang
Politik

Menjadi utusan Rasulullah dalam utntuk berunding
dengan Musyrikin Makkah sebelum perjanjian
Hudaibiyyah.
Menubuhkan angkatan tentera laut yang terlatih


Dalam bidang
Ekonomi

Menyumbangkan harta dan wang yang banyak di
jalan Allah.
Memberi peluang pekerjaan dan melahirkan
masyarakat yang . kukuh ekonomi.


Dalam bidang
Sosial

Memperkenalkan sistem protokol dalam pentadbiran
Bergaul mesra dan sifat lemah lembut dengan rakyat.


Dakwah dan
penyebaran
Mengumpul dan membukukan al-Quran. Al-Quran
yang dikumpulkan pada zaman Saidina Uthman
151 | P a g e

Islam dinamakan Mushaf Uthmani. Langkah yang dibuat
dalam pengumpulan tersebut ialah:
Menubuhkan suruhanjaya Khas untuk
pengumpulan Al-Quran.
Melantik sahabat bernama Zaid Bin Thabit sebagai
pengerusi Suruhanjaya dengan dibantu oleh Abdul
Rahman Bin Harith dan Abdullah Bin Zubair.



Perluasan Wilayah Islam

Selepas kematian Saidina Umar, kebanyakan rakyat Parsi melanggar perjanjian
damai yang telah dibuat dengan umat Islam. Pemimpin mereka menyangka bahawa
inilah peluangnya untuk mereka menghalau orang Islam dari bumi mereka. Namun
begitu, Saidina Uthman menentang dan mematahkan pemberontakan golongan
Parsi ini sama seperti yang dibuat oleh Abu Bakar as-Siddiq terhadap golongan
murtad dahulu.

Lantaran itu, Khalifah Uthman menyediakan bala tentera yang diketuai oleh
gabenor wilayah masing-masing. Antaranya ialah al-Walid bin Uqbah di Kufah dan
Abdullah bin Amir di Basrah. Mereka dilantik bagi mematahkan pemberontakan
golongan murtad yang terdiri daripada orang Parsi.

152 | P a g e

Sebenarnya, peluasan kuasa terhadap wilayah baharu pada zaman Uthman
ini adalah lebih sukar berbanding pembukaan kawasan baharu pada zaman Umar
dahulu. Hal ini disebabkan orang Parsi telah kalah dahulu di Nahawand yang
menyebabkan semangat mudah luntur. sementara tentera Islam pada zaman
Uthman ini terpaksa mengalami kesukaran yang lebih teruk. Mereka terpaksa
menghadapi siri peperangan selama beberapa tahun, iaitu antara tahun 24 Hijrah
hingga ke tahun 31 Hijrah.

Dalam peperangan itulah berakhirnya dinasti kerajaan Sasaniah yang
menyebabkan terbunuhnya maharaja mereka, iaitu Yazdajar Ketiga di tangan orang
Islam berbangsa Parsi sendiri. Baginda terbunuh di satu tempat bernama Meru pada
tahun 31 Hijrah. Dengan kematian Yazdajar ini maka tamatlah riwayat Empayar
Besar Parsi daripada lipatan sejarah dunia.

Dalam hal ini, ada beberapa perkara yang menarik perhatian. Antaranya ialah
sikap orang Islam yang tidak melakukan kekerasan dan kezaliman terhadap orang
Parsi selepas kekalahan mereka tadi. Malahan, mereka telah diampunkan oleh
pemerintah Islam. Mereka dilayan oleh pemerintah Islam sama seperti sebelum
mereka memberontak. Akhirnya, dengan sikap tolak ansur umat Islam, orang Parsi
telah menyumbang ke arah pembangunan kerajaan dan empayar Islam sehingga
menjadi satu kuasa besar dunia yang digeruni musuh.

Hubungan Orang Islam dengan Orang Rom

153 | P a g e

Selepas kematian khalifah Umar, kerajaan Rom mahu menghancurkan umat Islam.
Lantas, pada awal pemerintahan Khalifah Uthman, mereka menyerang orang Islam
di wilayah Syam dengan bantuan tentera dari Asia Tengah. Lantaran itu, panglima
tentera Islam, iaitu Muawiyah bin Abu Sufyan telah meminta bantuan ketenteraan
daripada Khalifah Uthman. Justeru, Khalifah Uthman mengirim surat kepada
gabenor Islam di Kufah, iaitu al-Walid bin Uqbah bagi meminta bantuan. Antara isi
surat itu ialah Khalifah Uthman mengarahkan al-Walid menghantar 7000 ke 8000
tentera yang berani dan bersemangat agar bergerak ke Syam bagi membantu Abu
Sufyan.

Kemudian, mereka pun bergerak dari Kufah menuju ke Syam dengan diketuai
oleh Salman bin Rabiah al-Bahili. Mereka terpaksa meredah padang pasir selama
tiga hari dengan disertai oleh seramai 8000 bala tentera. Selepas itu, mereka
bergabung dengan tentera Syam yang diketuai oleh Habib bin Musallamah bin
Khalid al-Fihri lalu menyerang hebat tentera Rom. Akhirnya mereka berjaya dalam
pertempuran itu .

Cubaan Tentera Rom Kembali ke Mesir

Tentera Rom masih lagi mahu cuba untuk menyerang tentera Islam meskipun
mereka kalah semasa peperangan di Syam dahulu. Raja mereka, Consatos Dua
(22-48 Hijrah) masih bercita-cita besar mahu menguasai wilayah Islam, khususnya
Mesir. Dia mahu mengembalikan Mesir ke tangan mereka sama seperti yang dibuat
oleh datuknya, Hercules. Justeru, pada tahun 25 Hijrah, Consatoz mengirim satu
armada tentera laut yang diketuai oleh Manuel untuk menyerang Iskandariah.
154 | P a g e

Armada ini turut dibantu oleh saki baki orang Rom dan Greek yang masih tinggal di
Iskandariah.

Oleh demikian, armada ini menuju ke selatan Iskandariah, iaitu ke kawasan
Kubu Babylon. Pada masa yang sama, khalifah Uthman juga mengirim satu bala
tentera yang diketuai oleh Amru al-As bagi mempertahankan bumi Mesir. Akhirnya,
beliau berjaya mempertahankan Mesir dari serangan Rom sehingga menyebabkan
terbunuhnya panglima mereka, iaitu Manuel tadi.

Pembukaan Wilayah Afrika Utara

Apabila Abdullah bin Saad bin Abu sarah dilantik sebagai gabenor Mesir oleh
Saidina Uthman maka beliau mengirim satu surat yang memberitahu khalifah
bahawa tentera Rom yang masih menguasai utara Afrika telah mengubah
sempadan barat Mesir. Justeru, bagi pendapat Abdullah, mereka perlu menahan
kemaraan Rom sebelum tentera Islam diserang lagi oleh bala tentera Rom tadi.

Saidina Uthman bersetuju dengan cadangan tersebut setelah beliau
berbincang dengan beberapa sahabat kanan. Malahan, bala tentera Islam itu juga
turut disertai oleh bantuan ketenteraan dari Madinah al-Munawwarah yang
mengandungi beberapa sahabat besar seperti Ibnu Abbas dan Zubayr bin Awwam,

Oleh demikian, pada tahun 27 Hijrah bersamaan tahun 647 Masihi, bala
tentera Islam pimpinan Abdullah bin Saad mula bergerak menuju ke barat Mesir
sehingga sampai di Cartagena, iaitu ibu negara Tunisia pada waktu itu. Kemudian,
155 | P a g e

berlakulah beberapa siri peperangan antara Islam dengan pihak musuh yang
diketuai oleh raja mereka Jarjir dan Gregory. Akhirnya, tentera Islam mencapai
kemenangan besar yang menyebabkan raja mereka Gregory turut terbunuh di
tangan Abdullah az-Zubayr.

Sebenarnya, tentera Islam bukan setakat mahu mengukuhkan kedudukan
mereka di Mesir tetapi mereka juga mahu mengelakkan permusuhan. Oleh itu,
Abdullah bin Saad mahu membuat beberapa perjanjian damai dengan beberapa
pemimpin tempatan yang berjanji untuk membayar jizyah atau cukai kepala.

Selepas pulang ke Mesir, Abdullah membuka lagi wilayah baharu, iaitu negeri
Nubah yang terletak di selatan Mesir pada tahun 31 Hijrah bersamaan tahun 651
Masihi. Walaupun penduduk Nubah enggan tunduk kepada pemerintahan Islam
tetapi mereka tetap berbaik sesama mereka selain mereka juga melakukan
pertukaran barang dagangan.


Penubuhan Armada Tentera Laut Islam

Penubuhan armada tentera laut Islam merupakan salah satu kejayaan
terbesar negara Islam semasa pemerintahan Khalifah Uthman, khususnya di Syam
dan Mesir. Hal ini disebabkan umat Islam telah menguasai pesisir pantai timur dan
selatan Laut Mediterranean yang dikenali pada waktu itu sebagai Laut Rom.
Disebabkan penguasaan penuh terhadap kawasan pesisir pantai tersebut maka
156 | P a g e

sewajarnya kerajaan Islam mempunyai armada tentera lautnya sendiri, khususnya
untuk menjaga kawasan tersebut daripada ancaman armada Byzintine.

Sebenarnya, orang yang mula-mula mendapat ilham tentang cadangan
tersebut ialah Muawiyah bin Abu Sufyan yang ketika itu menjadi gabenor Syam.
Kebetulan, wilayah Syam menguasai beberapa kawasan pesisir pantai Syam seperti
Sur, Aka, Saida, dan Beirut. Malahan, Abu Sufyan pernah mencadangkan perkara
tersebut sejak zaman Khalifah Abu Bakar lagi. Namun begitu, pada masa tersebut,
tentera Islam menghadapi banyak masalah khususnya untuk kekuatan kubu dan
tembok pertahanan musuh yang sungguh kuat.

Pembinaan Kapal Perang

Sebaik sahaja Saidina Uthman dilantik sebagai khalifah pada tahun 24
Hijrah, Abu Sufyan segera berjumpa khalifah untuk menyatakan hasratnya yang
terpendam selama ini, iaitu membina armada kapal laut. Namun begitu, khalifah
Uthman menolak cadangan Muawiyah bin Abu Sufyan tadi. Sama seperti Khalifah
Umar, Saidina Uthman juga lebih mementingkan keselamatan umat Islam secara
keseluruhan dahulu berbanding kepentingan membina kapal laut tersebut. Akan
tetapi, Abu Sufyan cuba memujuk khalifah dengan cara baik sehingga Muawiyah
akhirnya Khalifah Uthman mengizinkannya juga tetapi dengan bersyarat, iaitu
armada laut Islam mestilah bersetuju untuk menggunakan kapal tersebut.

Apabila mendapat keizinan, Muawiyah bin Abu Sufyan segera membina
kapal tersebut dengan bantuan Abdullah bin Saad bin Abu Sarah, iaitu gabenor
157 | P a g e

Mesir. Beliau memberikan sebarang bantuan peralatan asas kepada Muawiyah bin
Abu Sufyan. Kebetulan, Mesir memang sudah terkenal dengan tradisi membuat
kapal sejak dahulu lagi. Dalam hal ini, Mesir mempunyai pekerja yang mahir dan
handal dalam membuat kapal laut. Sementara Syam pula mempunyai bahan asas
untuk membuat kapal laut seperti kayu, jerami, dan beberapa bahan asas lain.

Pembukaan Kepulauan Cyprus (28 Hijrah)

Kejayaan pertama armada tentera Islam ialah pembukaan Pulau Cyprus yang
lokasinya boleh mengancam pesisir pantai wilayah Islam. Hal ini lebih-lebih lagi
kerana kedudukannya yang dekat dengan pesisir pantai tersebut selain menjadi
perhentian penting armada laut tentera Byzantine.

Muawiyah berjaya menawan pulau tersebut pada tahun 28 Hijrah, iaitu empat
tahun setelah penubuhan armada tentera laut Islam. Dalam penawanan tersebut,
armada laut Islam dibantu oleh ketumbukan tentera Syam dan Mesir di bawah
pimpinan Abdullah bin Saad. Mereka berjaya mendarat di Pulau Cyprus dan terus
menguasai kepulauan tersebut. Penduduk tempatan pulau itu mahu berdamai lantas
Muawiyah menerima perdamaian tersebut dengan beberapa syarat. Antara
syaratnya ialah:

Penduduk Pulau Cyprus mesti membayar cukai tahunan sebanyak 7000
dinar.
158 | P a g e

Penduduk Cyprus juga mesti memberitahu tentang ancaman musuh,
khususnya tentera Rom yang mungkin mengganggu pesisir pantai wilayah
Islam
Penduduk Cyprus mesti bersikap berkecuali sekiranya peperangan tercetus
antara orang Islam dengan orang Rom. Malahan, mereka mesti
membenarkan tentera Islam berlindung di pulau tersbut sekiranya keadaan
terdesak

Namun begitu, penduduk Cyprus telah melanggar perjanjian damai tersebut
yang menyebabkan Muawiyah terpaksa memerangi mereka buat kali kedua pada
tahun 33 Hijrah. Akhirnya, kepulauan Cyprus terpaksa diletakkan di bawah kuasa
Khalifah yang menyebabkan 12000 orang Islam dipindahkan ke situ. Mereka ini,
akhirnya beranak pinak di pulau tersebut selain membina masjid dan surau.

Peperangan Armada Laut (34 Hijrah)

Kemunculan dan kejayaan armada laut Islam telah memberi kesan terhadap
maharaja Byzantine, iaitu Cisantoz 11. Dia bercita-cita mahu menghancurkan
armada perang tersbut sebelum armada laut ini menjadi semakin besar dan kuat.
Oleh itu, mereka bergerak menuju ke pesisir pantai Syam. Mereka begitu yakin
dapat memusnahkan kapal perang armada Islam kerana kecanggihan armada laut
mereka. Namun begitu, tentera Islam telah bersedia untuk menghadapi sebarang
kemungkinan. Pasukan tentera Islam ini turut dibantu oleh armada laut Syam dan
Mesir yang dipimpin oleh Abdullah bin Saad, iaitu gabenor Mesir.

159 | P a g e

Akhirnya, berlakulah pertempuran sengit antara kedua-dua armada tersebut
di timur laut Mediterranean berhampiran Asia kecil, iaitu Turki sekarang ini.
Pertempuran tersebut dinamakan Peperangan Tiang Kapal kerana banyak kapal laut
yang terlibat. Armada Rom sahaja mempunyai 500 buah kapal laut. Manakala
armada tentera Islam mempunyai 200 buah kapal perang. Akhirnya, tentera Islam
mencapai kemenangan besar.

Kemudiannya, maharaja Byzantaine yang mengetuai armada Rom telah
melarikan diri ke Pulau Sychlees yang terletak berhampiran Tunisia. Baginda mahu
menyelamatkan saki baki peninggalan Rom yang masih ada di utara Afrika. Namun
begitu, baginda mati di pulau tersebut pada tahun 68 Hijrah bersamaan tahun 688
Masihi.

Mushaf Uthmani

Pada zaman Rasullullah, Al Quran telah pun ditulis dengan arahan khusus daripada
Rasullullah. Ini terbukti dengan adanya penulis penulis wahyu seperti Zaid Bin Sabit.

Pada zaman khalifah Abu Bakar As Siddiq Al Quran yang telah tertulis itu
dikumpulkan oleh khalifah setelah mendapat saranan daripada saidina Umar r a.
Sebab utama ialah kerana kematian ramai hafiz Al Quran pada peperangan Al
Yamamah. Selepas kematian saidina Abu Bakar penulisan Al Quran yang dikumpul
ini diserahkan kepada saidina Umar kemudian kepada puterinya Hafsah.

Khalifah Uthman ibn Affan r a mengarahkan supaya dilakukan pengumpulan
160 | P a g e

semula terhadap Al-Quran dengan kaedah yang lebih tersusun da rapi. Lalu disalin
ke dalam beberapa naskhah dan dihantar ke kota kota besar Islam pada waktu itu.
Sebabnya ialah aduan daripada Huzaifah ibni Al Yaman yang mendengar
perselisihan para sahabat tentang qiraat sehingga boleh membawa perpecahan.

Pengumpulan diselia oleh Zaid bin Sabit dengan bantuan Abdullah bin Amr
bin Al Aas , Abdullah bin Az Zubir , Abdullah bin Abbas dan Abdur Rahman bin Al
Haris bin Hisham. Di antara kaedah yang digunakan untuk menyelesaikan masalah
ialah apabila berlaku perselisihan pada bentuk penulisan mereka akan menulisnya
dengan bahasa Quraish.

Faedah yang dapat diambil ialah pada zaman rasullullah AlQuran terpelihara
di dalam dada para sahabat dan ditulis di atas pelepah pelepah tamar , kulit kulit
binatang dan kepingan kepingan batu.

Pengumpulan al-Quran dalam satu bahasa pada zaman pemerintahan
Saidina Uthman ini merupakan salah satu kejayaannya yang paling berharga .
Sebenarnya, al-Qur`an mempunyai dua bentuk. Yang pertama ialah bentuk sebutan
yang dibaca. Yang kedua pula ialah bentuk tulisan yang dibukukan. Semasa al-
Qur`an mula-mula diturunkan, Rasulullah ada memerintahkan agar ia dibukukan.
Begitu juga arahan tersebut dibuat semula sebelum Rasulullah wafat. Sepanjang
penurunan al-Qur`an, Rasulullah pernah berguru dengan Mala`ikat Jibrail bagi
menyusun ayat dan surah al-Qur`an sebanyak dua kali.

161 | P a g e

Dalam pada itu, ramai kalangan sahabat Rasulullah yang menghafal al-
Qur`an berdasarkan dialek ibunda mereka. Oleh itu, terdapat banyak perbezaan
sebutan dan bacaan dalam kalangan mereka. Sementara itu, apabila al-Qur`an
dibukukan untuk kali pertama pada zaman Abu Bakar as-Siddiq, terdapat lagi
bacaan al-Qur`an yang dibiarkan dalam sebutan dialek ibunda masing-masing.
Akibatnya, tatkala wilayah jajahan Islam semakin meluas ramai umat Islam
membaca al-Qur`an mengikut dialek para sahabat yang tinggal bersama mereka.

Penduduk Kufah misalnya membaca al-Qur`an mengikut cara bacaan
Abdullah bin Masud, penduduk Syam pula mengikut cara bacaan Ubay bin Kaab,
dan penduduk Basrah mengikut cara bacaan Abu Musa al-Asyari. Oleh itu, keadaan
semakin sukar apabila masing-masing menjadi taksub dengan cara bacaan mereka
sehingga timbul fitnah sesama mereka. Hal ini menyebabkan Huzaifah al-Yamani
berasa takut semasa dia berada di Azerbaijan. Lantaran itu, dia segera pulang ke
Madinah dan memberitahu khalifah perkara yang berlaku.

Oleh demikian, Khalifah Uthman segera mengumpulkan para sahabat utama
dan memberitahu masalah yang diberitahu oleh Huzaifah tadi. Menurut khalifah,
satu bentuk mushaf al-Qur`an yang standard perlu ada bagi mengelakkan masalah
ini. Oleh itu, khalifah mengutus surat kepada Hafsah bin Umar al-Khattab bagi
meminta izin untuk memberikan teks asal al-Qur`an yang pernah ditulis pada zaman
Abu Bakar. Khalifah Umar ada mengambil teks asal itu apabila Abu Bakar as-Siddiq
meninggal dunia. Selepas Umar meninggal dunia, teks asal itu disimpan pula oleh
anaknya tadi, iaitu Hafsah.

162 | P a g e

Selepas mendapat teks asal daripada Hafsah, khalifah Uthman mengarahkan
Zayd bin Thabit, Abdullah az-Zubayr, Said bin al-As, dan Abdurrahman bin al-
Harith bin Hisham untuk menulis semula teks asal tadi. Antara keempat-empat
penulis ini, Zayd bin Thabit pernah terlibat secara langsung dalam usaha
pengumpulan al-Qur`an buat kali pertama pada zaman Abu Bakar as-Siddiq.

Dalam penyalinan semula teks al-Quran ini, Khalifah Uthman mengarahkan
agar al-Qur`an ditulus mengikut dialek baku Quraysh sekiranya berlaku selisih
pendapat dalam kes-kes tertentu. Apabila siap disalin, setiap naskah al-Qur`an itu
telah disebarkan di wilayah jajahan Islam. Manakala yang tidak berkaitan akan
dibakar. Teks versi salinan asal inilah yang dinamakan sebagai Versi Induk ataupun
lebih dikelnali sebagai al-Qur`an Mashaf Uthmani.

Tujuan Pengumpulan Mushaf Uthmani


^ Untuk menyelamatkan ayat-ayat al-Quran supaya tidak hilang begitu sahaja
daripada ingatan penghafaz al-Quran atau hilang akibat ramai para hafiz
yang syahid di medan perang
^ Untuk meningkatkan kajian terhadap Al-Quran dan diwarisi peninggalan
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam yang paling berharga.
^ Untuk mewujudkan kerjasama dan perpaduan umat Islam.
^ Memelihara kesahihan dan kesucian ayat-ayat al-Quran.

Konflik dan Fitnah
163 | P a g e


Pada fasa pertama pemerintahan Khalifah Uthman, khususnya antara tahun 24-31
Hijrah, keadaan masih terkawal dan dalam keadan baik. Namun begitu, pada
permulaan tahun 32 Hijrah, umat Islam mula dipengaruhi fitnah sesama mereka.
Fitnah berlaku selama hampir 10 tahun. Malahan, fitnah besar ini turut berleluasa
sehingga zaman pemerintahan Ali bin Abu Talib, iaitu antara tahun 31-40 Hijrah.

Sebenarnya, fitnah ini merupakan hasil perancangan teratur dan pakatan
jahat yang disusun oleh pihak munafik dan Yahudi. Malahan, pakatan jahat ini lebih
bahaya daripada pakatan jahat membunuh Khalifah Umar dahulu. Hal disebabkan
orang yang terlibat dalam membunuh Umar ialah orang bukan Arab dan Islam.
Tetapi penabur fitnah terhadap pemerintahan Saidina Uthman ialah orang Arab
sendiri. Lebih teruk daripada itu, fitnah ini telah menghasilkan beberapa kumpulan
atau puak yang saling bermusuhan.

Namun begitu, tidak syak lagi, orang yang betul-betul menjadi dalang dalam
menabur fitnah ini ialah Abdullah bin Saba`. Dia merupakan bangsa Yahudi yang
berpura-pura memeluk Islam. Dia pandai mengada-adakan cerita palsu dan bijak
menipu orang. Dia juga digelar Ibnu Sauda`. Sebenarnya, ada beberapa sebab
utama berlakunya fitnah besar semasa pemerintahan Khalifah Uthman. Ibnu Saba`
ini hanyalah sebagai pelaksana sebab-sebab utama ini. Antara punca berlakunya
fitnah besar ini ialah:

a) Berlaku perubahan besar dalam politik negara Islam semasa penghujung
pemerintahan Khalifah Uthman. Terdapat mereka mula bermewah-mewah
164 | P a g e

dari segi makanan, minuman, dan pakaian. Golongan yang terlibat ialah
generasi muda Arab yang baru memeluk Islam selepas kewafatan Rasulullah.
Mereka agak kurang menghayati ajaran Islam. Malahan, mereka kurang
bersederhana dalam kehidupan harian mereka.

Ada sesetengah sahabat besar yang terkenal dengan kewarakan dan
kezuhudannya tidak begitu suka dengan cara golongan ini. Antaranya ialah
Abu Zar al-Ghifari. Justeru, Abu Zar cuba menguar-uarkan kepada orang
ramai bahawa sebagai umat Islam mereka tidak boleh bermewah dalam
kehidupan. Beliau berhujah berdasarkan ayat 34 surah al-Taubah.

Og^4C 4g~-.- W-EONL4`-47 Ep)
-LOOg1 ;g)` jO4:;O- p4lu-OO-4
4pOU74O 44O^` +EE4-
gC4:^) ]OO4C4 }4N O):Ec
*.- -g~-.-4 ]NO6'4C =UE--~.-
O_g^-4 4 Og4+OgLNC O) O):Ec
*.- -uO]4l -EOE) 1g ^@j

Maksudnya: Wahai orang-orang Yang beriman! Sesungguhnya banyak di antara
pendita-pendita dan Ahli-ahli ugama (Yahudi dan Nasrani) memakan harta orang
ramai Dengan cara Yang salah, dan mereka menghalangi (manusia) dari jalan
Allah (ugama Islam). dan (ingatlah) orang-orang Yang menyimpan emas dan
perak serta tidak membelanjakannya pada jalan Allah, maka khabarkanlah
kepada mereka Dengan (balasan) azab seksa Yang tidak terperi sakitnya.

165 | P a g e

b) Ramai penduduk Yaman dan penduduk di sekitar kawasan Teluk Parsi yang
terlibat dalam pembukaan wilayah baharu Islam. Peranan mereka dalam hal
ini memang tidak dinafikan. Namun begitu, mereka berasa bahawa
kebanyakan jawatan penting dalam kerajaan Islam tidak diberikan kepada
mereka tetapi diberikan kepada kaum Quraysh, golongan Muhajirn, dan
golongan Ansar. Bagi penduduk Yaman dan Teluk Parsi tadi, mereka perlu
mendapat hak dalam pemerintahan negara Islam.

Akibatnya, mereka bangun menentang penguasaan golongan
Muhajirin dan Ansar dalam pemerintahan negara Islam. Mereka menganggap
khalifah sebagai zalim. Dalam keadaan inilah Ibnu Saba`, sekali lagi,
mengambil peluang untuk mengapi-apikan suasana selain menabur fitnah
dalam kalangan umat Islam.

c) Apabila fitnah mula tersebar luas, kebanyakan gabenor wilayah takluk Islam
diperintah oleh kaum kerabat Quraysh dan bani Umayyah. Justeru, hal ini
memudahkan kerja Abdullah bin Saba` menabur fitnah ke seluruh negara.
Sebenarnya, para gabenor Islam seperti Muawiyah bin Abu Sufyan di Syam,
Abdullah bin Saad bin Abu as-Sarrah di Mesir, Abdullah bin Amir di Basrah,
dan al-Walid bin Uqbah di Kufah merupakan sebaik-baik pemimpin yang
dilantik oleh khalifah. Malahan ada kalangan mereka yang dilantik menjadi
gabenor sebelum zaman Khalifah Uthman lagi. Misalnya, Muawiyah bin Abu
Sufyan yang dilantik sebagai gabenor Syam sejak zaman Khalifah Abu Bakar
as-Siddiq lagi. Dengan kata lain, semua gebenor yang dilantik oleh Khalifah
Uthman memang berkelayakan dan bukan orang sebarangan.
166 | P a g e


d) Kebanyakan anak tempatan di wilayah jajahan Islam, khususnya Parsi, tidak
berpuas hati dengan penguasaan bangsa Arab terhadap wilayah Islam.
Mereka cuba mempermain-mainkan kerajaan Islam selain menghina orang
Islam lain. Pada hal, mereka sudah membuat perjanjian dengan kerajaan
Islam semasa Parsi mula-mula ditakluk dahulu. Golongan inilah sebenarnya
yang membuat fitnah terhadap pimpinan kerajaan Islam yang berlanjutan
sehingga akhir zaman Umawi.

e) Sikap Saidina Uthman yang berlembut dan bertolak ansur terhadap
pemberontak dan penabur fitnah.

Abdullah bin Saba`

Beliau merupakan bangsa Yahudi yang berasal dari Sana. Abdullah bin Saba`
mendakwa telah memeluk Islam pada zaman pemerintahan Uthman. Pada waktu
itu, dia mula menyebarkan fitnahnya melalui propaganda yang pelik dan
menyeleweng daripada ajaran Islam. Antara dakwaaannya yang menyeleweng ialah,
Rasulullah pernah berwasiat bahawa pengganti baginda ialah Saidina Ali bin Abu
Talib. Dengan kata lain, ketiga-tiga khalifah yang lain seperti Abu Bakar, Umar, dan
Uthman telah merampas hak Saidina Ali.

Berdasarkan hujah inilah, Abdullah bin Saba` mula menghasut dan memfitnah
kerajaan Khalifah Uthman. Mula-mula, dia menghasut golongan pemerintah seperti
para gabenor wilayah Islam. Antara gabenor yang cuba dihasutnya ialah gabenor
167 | P a g e

Basrah, Kufah, Syam, dan Mesir. Dia merancang strateginya dengan penuh licik.
Kemudian, Ibnu Saba` mula mengahsut para sahabat besar di Madinah pula seperti
Ali bin Abu Talib, az-Zubayr bin Awwam, Talhah bin Ubaidillah, dan Saidatina
Aishah. Kebetulan mereka ini percaya akan berita palsu yang disebarkan oleh Ibnu
Saba`, iaitu dakwaan Ibnu Saba` tentang kezaliman para gabenor wilayah Islam.
Akhirnya, keadaan menjadi semakin gawat sehingga menyebabkan terbunuhnya
Khalifah Uthman secara zalim.

Sikap Khalifah Uthman Terhadap Fitnah yang Menimpanya

Apabila Saidina Uthman mendapat berita tentang penyelewangan para gabenornya
maka beliau segara memanggil para penduduk Madinah untuk berbincang. Mereka
mencadangkan agar khalifah menghantar beberapa pegawai ke wilayah jajahan
yang terlibat untuk menyiasat kebenaran perkara tersebut. Cadangan ini sama
seperti yang dilakukan oleh Saidina Umar dahulu.

Lantaran itu, Khalifah Uthman segera mengirim beberapa pegawai penyiasat
yang bukan terdiri daripada keturunan bani Umayyah. Tujuannya adalah supaya
beliau tidak dituduh sebagai berat sebelah terhadap para gabenor yang akan
disiasat nanti. Antara pegawai penyiasat yang terlibat ialah Muhammad bin
Musalmah yang dihantar ke Kufah, Usamah bin Zaid ke Basrah, Abdullah bin Umar
ke Syam, dan Ammar bin Yasir ke Mesir.

Selepas siasatan selesai dijalankan, tiga daripada mereka pulang semula ke
Madinah. Kemudian, mereka mengemukakan laporan siasatan kepada khalifah.
168 | P a g e

Berdasarkan siasatan dalam laporan tersebut, perkara yang diuar-uarkan selama ini
adalah tipu belaka. Semua aduan yang diterima adalah salah dan sengaja direka-
reka. Malahan, menurut laporan siasatan, kesemua para gabenor telah berkhidmat
dengan baik sekali.

Namun begitu, seorang pegawai siasatan yang dilantik, iaitu Ammar bin Yasir
tidak pulang untuk mengemukakan laporan siasatan. Hal ini disebabkan dia
berkebetulan berjumpa dengan Abdullah bin Saba` yang memang sudah sedia ada
di Mesir. Malahan, Ibnu saba` mahu agar Ammar membantunya dalam urusan
politiknya. Lalu Ammar pun turut serta dalam pasukan Abdullah bin Saba`.
Akibatnya, keadaan menjadi semakin kelam-kabut dan bahaya.

Dalam pada itu, apabila niat jahat para pengikut Ibnu Saba` semakin
terserlah, khususnya dalam usaha menghasut orang ramai memusuhi Khalifah
Uthman, khalifah mula bertolak ansur dengan tindakan mereka itu. Malahan,
khalifah mula melayan mereka dengan baik dan memujuk mereka untuk akur
dengan keadaan yang berlaku.

Lantaran itu, apabila keadaan semakin tenang, para dalang utama yang
menabur fitnah mula melihat peluang keemasan untuk menggulingkan khalifah
Uthman. Justeru, mereka keluar beramai-ramai ke Madinah dengan diketuai oleh
ketua rombongan dari Mesir, Basrah, dan Kufah. Bilangan mereka seramai 10,000
orang. Mereka datang dengan alasan untuk menunaikan haji.

169 | P a g e

Mereka sengaja mengadakan cerita seperti itu bagi mengelakkan diri supaya
tujuan sebanar mereka tidak diketahui orang ramai. Namun begitu, khalifah
menerima mereka dengan baik selain menasihati mereka supaya pulang semula ke
tempat masing-masing. Mereka akur dengan perintah khalifah setelah melihat sikap
tolak ansur dan budi pekerti khalifah.

Namun begitu, ketua dalang yang membuat fitnah seperti al-Ashtar an-
Nakha`i, Amru al-Asim, Harqus bin Zuhair as-Sadi, dan al-Ghafaqi bin Harb tidak
terpengaruh dengan kepulangan anak buah dan pengikut mereka ke tempat masing-
masing. Sebenarnya, mereka tidak tahu akan niat jahat ketua mereka ini. Lantas,
para dalang ini membuat pakatan jahat mahu menggulingkan khalifah atau lebih
teruk daripada itu mereka mahu membunuhnya.

Justeru, mereka tinggal di Madinah untuk membuat satu memorandum atau
surat palsu yang kononnya diambil daripada pembantu peribadi khalifah Uthman.
Antara isi memorandum itu ialah arahan khalifah kepada gabenor Mesir, iaitu
Abdullah bin Saad agar membunuh pihak pemberontak ataupun menghukum
mereka.

Golongan pemberontak yang dalam perjalanan pulang tadi telah mendapat
surat memorandum tersebut lalu menyerahkannya kepada Saidina Ali. Akan tetapi,
Ali tahu bahawa isi surat itu adalah palsu dan sengaja direka-reka. Kemudian
mereka semua pulang serentak ke tempat masing-masing melalui jalan yang
berbeza. Sebenarnya, kepulangan mereka secara serentak menunjukan bahawa
golongan pemberontak ini ada membuat sesuatu rancangan jahat.
170 | P a g e


Lantas Saidina Ali bertanya kepada mereka: Bagaimana kamu tahu wahai
penduduk Kufah dan Basrah akan perkara yang telah diketahui, khususnya tentang
surat tadi? Padahal jalan pulang kamu adalah berbeza. Sepatutnya kamu pulang
secara satu persatu dan bukan serentak. Perkara ini menunjukkan ada perkara yang
tidak kena akan berlaku di Madinah.

Apabila golongan pemberontak tahu bahawa niat jahat mereka telah
terbongkar maka mereka segara berkata kepada Saidina Ali: Biarlah mereka
mengedarkan surat itu kepada sesiapa yang mereka mahu. Kami sudah tidak
memerlukan lelaki ini. Kami mahu memecatnya. Dengan jawapan seperti ini
ternyatalah bahawa kisah sebenar dalam surat itu merupakan rekaan semata-mata.
Yang sebenarnya, golongan pemberontak mahu memecat khalifah ataupun
membunuhnya.

Peristiwa Pengepungan dan Pembunuhan Khalifah Uthman

Keadaan menjadi semakin genting berikutan tersebarnya kandungan isi surat palsu
tadi. Para pemberontak enggan pulang ke tempat masing-masing walaupun sudah
dinasihati oleh para sahabat. Mereka perlu pulang kerana khalifah tidak melakukan
sebarang jenayah dan kesalahan terhadap mereka. Justeru, mereka tidak boleh
menganiaya diri khalifah.

Namun begitu, golongan pemberontak terus mengepung rumah khalifah
Tiada sesiapa pun yang boleh menolong khalifah Uthman. Malahan beliau telah
171 | P a g e

menolak permintaan Muawiyah Bin Abu Sufyan untuk pergi ke Syam. Khalifah
Uthman tidak suka meninggalkan tanah airya sendiri, lebih-lebih lagi di situlah
tempat Rasulullah dan para sahabat besar disemadikan.

Malahan, beliau turut menolak hasrat Muawiyah Bin Abu Sufyan lagi yang
mahu menghantar bala tentera dari Syam bagi membantu dalam menjaga
keselamatan Khalifah Uthman. Beliau tidak mahu menyusahkan penduduk
Madinah, bandar suci Rasulullah, dengan turut terlibat dalam peperangan saudara
ini.

Pada masa yang sama, apabila Ali bin Abu Talib, az-Zubayr bin Awwam, dan
Talhah bin Ubaidillah melihat kepungan terhadap rumah khalifah semakin teruk
maka mereka menghantar anak mereka untuk menjaga khalifah. Yang ini pun ditolak
oleh khalifah.

Bagi khalifah Uthman, dia tahu bahawa masalah pemberontakan ini akan
tamat apabila dia dapat dibunuh. Justeru, beliau mahu mempertahankan dirinya
sendiri tanpa menyusahkan orang lain. Bagi beliau, biarlah berkorban untuk
kepentingan orang lain.

Akhirnya, setelah mereka puas mengepung rumah Khalifah Uthman, mereka
menceroboh rumah khalifah dan membunuhnya yang ketika itu sedang berpuasa
dan membaca al-Qur`an.

172 | P a g e

Alangkah jahatnya golongan pemberontak yang sanggup membunuh insan
yang sentiasa menjaga kebajikan umat Islam, insan yang Malai`kat pun berasa malu
terhadapnya, insan yang dijanjikan Rasulullah dengan syurga serta insan yang
mengucap syahadah dengan Rasulullah sendiri. Akhirnya, Khalifah Uthman, insan
yang sungguh mulia ini, meninggal dunia pada akhir bulan Zulhijjah tahun 32 Hijrah.

Sesungguhnya, Khalifah Uthman telah dibunuh secara kejam. Sebenarnya,
beliau tidak melakukan sebarang kesalahan dalam masalah politik negara Islam
pada waktu itu. Tetapi disebabkan perasaan hasad dengki dan fitnah yang
digembar-gemburkan oleh orang yang bernama Abdullah bin Saba` maka khalifah
yang menjadi mangsanya.

Ibnu Saba`lah yang banyak memfitnah khalifah Uthman. Antaranya ialah dia
menuduh khalifah tidak turut serta dalam perjanjian ar-Ridwan di Hudaibiyah.
Padahal, dia tahu bahawa Khalifah Uthman berada di Makkah kerana menjadi wakil
Rasulullah. Malahan Rasulullahlah yang mewakili diri Saidina Uthman dalam
perjanjian Hudaibiyah itu. Malahan, dia menuduh Saidina Uthman sebagai bersalah
kerana mengumpulkan al-Qur`an dalam satu mashaf.

Ibnu Abidunia menyampaikan kisah dari Abdullah bin Salaam "Aku pergi ke
rumah Uthman ketika dia sedang dikepung di rumahnya dan aku bertemu dengan
dia. Lalu dia berkata "Selamat datang saudaraku, aku bermimpi bertemu dengan
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam di suatu lorong yang sempit ini dan beliau
berkata: "Ya Uthman mereka mengepung kamu?"

173 | P a g e

Aku menjawab, "Ya" Nabi bertanya lagi, "Dan mereka membuat kamu haus?"

Aku menjawab. "Ya."

Kemudian Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam memberiku baldi berisi air dan
aku minum sampai puas dan aku rasakan dinginnya air itu, lalu baginda bersabda,
"Kalau kamu menghendaki, kamu di menangkan atau kalau kamu mengkehendaki
berbuka puasa di tempat kami"

Ketika itu Uthman dalam keadaan berpuasa. Uthman berkata, "Aku memilih
berbuka puasa di tempat Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam," . Tepat pada petang
hari itu, Uthman dibunuh
Saidina Uthman ra syahid dibunuh oleh pemberontak-pemberontak yang
mengepung rumahnya. Pada tanggal 8 Zulhijah 35 Hijriah, Saidina Uthman
menghembuskan nafas terakhirnya sambil memeluk al-Quran yang dibacanya.
Sejak itu, kekuasaan Islam semakin sering diwarnai oleh titisan darah.
Pemerintahannya memakan masa selama 12 tahun, yang mana ianya merupakan
pemerintah yang paling lama dalam pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin.

SAIDINA ALI BIN ABI TALIB
Wajahnya Dimuliakan Allah


Biodata

174 | P a g e

Nama penuh : Ali Bin Abu Talib Bin Abdul Muttalib
Tarikh Lahir : Tahun 601 Masihi.
Tempat Lahir : Di dalam kaabah, Makkah Al-Mukarramah
Keturunan : Bani Hasyim, Quraish.
Hubungan Dengan Rasulullah : Sepupu
Jawatan dalam pentadbiran: : Khalifah keempat daripada Khulafa'
Al-Rasyidin
Tarikh menjadi khalifah : 655 Masihi bersamaan tahun
35 Hijrah.
Tempoh mentadbir : 4 tahun
Tarikh kewafatan : 17 Ramadhan Tahun 41 Hijrah bersamaan
Tahun 661 Masihi.
Gelaran (Kunyah) : Abu al-Hasan dan Abu Turab

Saidina Ali dilahirkan di Makkah pada tahun 598 Hijrah. Beliau dilahirkan lebih
kurang 30 tahun selepas kelahiran baginda Rasulullah. Nama sebenarnya ialah Ali
bin Abu Talib bin Abdul Mutalib bin Hashim bin Abdul Manaf. Manakalanya ibunya
bernama Fatimah binti Asad bin Hashim.

Ibunya berketurunan Bani Hashim. Ibunya telah memeluk Islam dan turut
serta berhijrah ke Madinah. Bapa Saidina Ali, Abu Talib ialah ahli puak Quraish dan
juga ialah bapa saudara Nabi Muhammad Sallallahu Alayhi Wa Sallam. Saidina Ali
175 | P a g e

merupakan anak kepada bapa saudara Rasulullah iaiatu Abu Talib. Dengan kata
lain, Ali ialah sepupu Rasulullah.

Abu Talib, bapa saudara Rasul adalah seorang yang miskin lagi susah
hidupnya serta mempunyai ramai anak. Maka dengan maksud untuk meringankan
beban Abu Talib , Nabi Sallallahu Alayhi Wa Sallam telah mengambil Ali untuk
dijaga, manakala Abbas Bin Abu Muttalib telah mengambil Ja'afar menjadi
tanggungannya .

Sehubungan dengan itu, Rasulullah telah mengambil Ali untuk tinggal
bersama Baginda di rumahnya. Ketika itu, umur Ali baru enam tahun. Dengan takdir
Allah juga, Ali hidup dalam naungan Allah dan Rasul-Nya. Allah memeliharanya agar
tidak menyembah berhala serta tidak terpengaruh dengan keburukan perangai
orang Arab Jahiliah. Saidina Ali juga merupakan kanak-kanak pertama yang
memeluk Islam.


Semasa kanak-kanak dan remaja, beliau diasuh oleh Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam beliau diasuh dibawah cahaya Al-Quran setelah Nabi Muhammad
dilantik menjadi rasul. Beliau juga merupakan menantu Rasulullah. Selain itu, beliau
mempunyai ilmu yang luas, bijak, fasih berpidato dan ahli sastera, kuat berpegang
pada ajaran Al-Quran dan Sunnah, beriman dan tangkas menggunakan senjata,
tegas zuhud terhadap Nabi.

176 | P a g e

Beliau merupakan orang ketiga memeluk Islam dan merupakan jurutulis
Rasulullah dalam menyampaikan perjanjian Hudaibiah pada tahun ke-enam Hijrah
dan beliau mujahid yang menyertai semua peperangan bersama-sama Rasulullah
kecuali peperangan Tabuk kerana beliau diamanahkan oleh Rasulullah untuk
menjadi pemerintah Madinah. Beliau dipililh menjadi khalifah keempat dalam
suasana umat Islam perpecahan selepas pembunuhan Saidina Usman r.a. Beliau
menjadi khalifah selama 5 tahun (35-40 tahun).

Dari segi fizikalnya, Saidina Ali merupakan lelaki yang sederhana susuk
tubuhnya. Kulitnya agak sawo matang. Wajahnya ceria dan mataya agak bundar.
Kepalanya hampir-hampir botak, khususnya di ubun-ubun. Badannya kelihatan
gagah serta berjanggut lebat. Ali dikenali sebagai lelaki yang berani dan berilmu
tinggi. Beliau juga bersifat zuhud dan berasa kecukupan dengan apa-apa yang ada.

Beliau juga merupakan dalam kalangan sahabat yang hafal al-Qur`an.
Malahan, beliau jugalah yang paling mahir dalam mentafsir al-Qur`an dan paling
tahu tentang sebab-musabab turunnya al-Qur`an. Justeru, beliau digelar sebagai al-
Imam kerana sangat mahir dalam bidang keilmuan khususnya ilmu fekah. Selain itu,
Ali juga terkenal dengan kefasihannya berpidato dan berhujah. Beliaulah juga antara
sepuluh manusia yang dijamin Rasulullah masuk ke dalam syurga. Ali pernah
berkahwin dengan puteri Rasulullah, iaitu Fatimah sehingga menghasilkan dua
putera, Hasan dan Husin. Baginda mendapat gelaran : Karramallahu Wajhah
bermaksud orang yang dimuliakan Allah wajahnya, kerana tidak pernah
menyembah berhala sejak lahir.

177 | P a g e

Akhlak dan Keistimewaan Saidina Ali

Keberanian

Saidina Ali r.a. dipilih untuk tidur di atas katil Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam
dengan muka berselimut di dalam peristiwa hijrah. Satu tindakan berani yang
mempertaruhkan nyawa.

Tatkala Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam melakukan hijrah ke Madinah
di atas penintah Allah Subhanahu Wa Taala bagi menyelamatkan dirinya dari
rencana pihak musyrikin Quraisy yang bertujuan hendak membunuhnya, maka
kepada Saiyidina Ali R.A. ditugaskan oleh baginda untuk tidur di tempat tidurnya
pada malam yang sangat genting itu.

Walaupun tugas itu sangat berat dan merbahaya sekali namun Saiyidina Ali
R.A. sebagai sifatnya seorang pejuang yang sejati, telah menyanggupi tugas
tersebut dengan hati yang ikhlas dan gembira, kerana beliau mengerti bahawa
berpeluang menyerahkan nyawanya demi untuk menebus seorang Rasul. Bahkan
beliau juga mengerti bahawa tugas yang dilaksanakannya itu akan merupakan
pengorbanan yang tidak ada tolok bandingannya di kemudian hani.
Selepas hijrah ke Madinah, Saidina Ali r.a. turut serta di dalam semua
peperangan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam kecuali perang Tabuk. Bukan
kerana pengecut sebagai mana yang digambarkan oleh kaum munafik pada masa
itu yang berkata sesama mereka: "Muhammad tidak membawa Ali kerana dia akan
membebankannya." Tetapi kerana satu amanah mulia.
178 | P a g e


Saidina Ali r.a. mengejar tentera Islam yang sedang menuju ke Tabuk untuk
mendapatkan penjelasan dari Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam: "Wahai
Rasulullah, adakah engkau tinggalkan aku bersama dengan kanak-kanak dan
wanita?" Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam menjawab: "Tidakkah engkau
redha kedudukanmu di sisiku seperti kedudukan Harun a.s. di sisi Musa a.s.? (Yang
membezakan engkau dan Harun) hanyalah tidak ada nabi sesudahku." (Riwayat
Bukhari).

Di dalam peperangan Uhud, dia adalah pemula perang yang memulakan
pertarungan satu dengan satu melawan pemegang panji tentera Quraisy, Talhah bin
Osman. Dia jugalah yang mengambil panji tentera Islam selepas Mus'ab bin Umair
r.a. gugur syahid.

Ketika tentera Quraisy menyebarkan berita terbunuhnya Rasulullah Sallallahu
Alayhi Wa Sallam, Saidina Ali r.a. memecahkan sarung pedangnya dan masuk
menggempur tentera Quraisy sehingga mampu memecahkan benteng-benteng
manusia dan bertemu dengan Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam di tengah-
tengah tentera Quraisy. Di dalam peperangan Uhud, Saidina Ali r.a. mendapat 16
pukulan pedang.

Selepas tamat peperangan yang mengorbankan ramai sahabat besar r.a. itu,
Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam memilih Saidina Ali r.a. untuk menjejaki
tapak tentera Quraisy . Baginda Sallallahu Alayhi Wa Sallam berkata kepadanya:
"Pergilah jejaki mereka dan lihat apa yang mereka lakukan dan apa yang mereka
179 | P a g e

rancang. Kalau sekiranya mereka tidak menunggang kuda tetapi memimpin unta,
maknanya mereka menuju ke Makkah. Kalau sekiranya mereka menunggang kuda
dan menarik unta, maknanya mereka kembali menuju ke Madinah." (Riwayat Abu
Ya'la).

Saidina Ali r.a. melakukan tugas tersebut seorang diri tanpa ragu-ragu dan
tidak memikirkan risiko dia akan ditangkap dan dibunuh oleh tentera Quraisy.

Di dalam peperangan Bani Nadhir yang berlaku pada bulan Rabi'ul Awal
tahun keempat hijrah, sekali lagi Saidina Ali r.a. membuktikan keberaniannya . Pada
salah satu malam peperangan tersebut, para Sahabat r.a. mencari-cari Saidina Ali
r.a. tetapi tidak menjumpainya. Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam bersabda
kepada mereka: "Dia sedang melakukan sedikit dari urusan buat kamu."

Tidak berapa lama kemudian, Saidina Ali r.a. kembali setelah berjaya
menumpaskan salah seorang Yahudi Bani Nadhir. Yahudi tersebut bersama-sama
rakannya telah bersembunyi untuk menyerang hendap orang-orang Islam.
Keberanian Saidina Ali r.a. telah mendorongnya untuk menyerang kumpulan Yahudi
tersebut seorang diri dan membunuh Ghazwal.

Di dalam peperangan Khandak, Saidina Ali r.a. bertarung satu lawan satu
menentang Amru bin Abd Wudd. Beliau adalah seorang pahlawan yang sombong.
Pernah dicederakan oleh tentera Islam di dalam peperangan Badar. Beliau tidak
turut serta di dalam peperangan Uhud. Ketika peperangan Khandak, beliau berdiri
dengan membawa bendera agar kedudukannya boleh dilihat oleh tentera Islam.
180 | P a g e


Beliau mencabar: "Siapa yang berani menentangku satu lawan satu?",
Saidina Ali r.a. menyahut cabarannya dengan berkata: "Aku menyeru kamu agar
beriman dengan Allah, RasulNya dan menerima Islam.", Amru yang sombong
membalas: "Aku tidak perlukan itu semua." Ali r.a. membalas: "Jika begitu aku
menyeru kamu agar turun bertarung." Berlakulah pertarungan dan sekali lagi Saidina
Ali r.a. berjaya membunuh musuh Allah dan menambahkan keyakinan tentera Islam
terhadap kekuatan Islam.

Zuhud

Saidina Ali menjauhkan diri daripada segala hiasan dan kemewahan hidup di dunia.
Selalu berpakaian sederhana dan memakan makanan biasa yang tidak semestinya
enak dan mahal. Pergaulannya seperti orang biasa walaupun dilantik sebagai
pemimpin.

Beliau sering bertemu rakyat dan orang ramai tidak ada sekatan atau takut
untuk menemuinya. Ali akan menjawab apa-apa yang ditanya kepadanya tanpa
perasaan takut dan ragu-ragu. Beliau memuliakan ahli agama dan orang yang
warak, di samping menyayangi golongan fakir miskin.

Berilmu Tinggi

Saidina Ali seorang manusia luar biasa yang memiliki ilmu bagaikan lautan,
kefasihan lidahnya yang tiada bandingan sebagai seorang ahli sastera dan pidato .
181 | P a g e

Rasulullah Sallallahu Alayhi Wa Sallam pernah bersabda di hadapan para sahabat,
kata baginda Aku adalah kota ilmu, sedang Ali adalah pintu gerbangnya.

Semasa zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin, golongan Khawarij
meragui kearifan Saidina Ali, justeru 10 orang telah bersemuka dengan Saidina Ali
bertanyakan 10 soalan yang sama kepada beliau. Hai Saidina Ali, yang mana lebih
utama, ilmu dengan harta? Tanya orang pertama. Jawab Saidina Ali Ilmu lebih
utama dari harta, ilmu adalah pusaka para nabi, sedang harta adalah pusaka Qarun
dan Firaun

Bertanya orang kedua kepada Saidina Ali dengan soalan yang sama. Jawab
Saidina Ali Ilmu lebih utama dari harta, ilmu itu menjagamu tetapi harta engkau
harus menjaganya.

Jawapan Saidina Ali kepada orang ketiga Harta itu jika engkau tasarrufkan
(berikan) menjadi berkurang, sebaliknya ilmu engkau jika engkau tasarrufkan malah
bertambah.

Jawapan kepada Panel keempat Pemilik harta disebut dengan nama bakhil
dan buruk, tetapi pemilik ilmu disebut dengan nama keagungan dan kemulian.

Jawapan kepada panel kelima pula Pemilik harta itu musuhnya banyak,
sedangkan pemilik ilmu temannya banyak
Jawapan keenam Ilmu lebih utama daripada harta kerana harta harus dijaga
dari pencuri sedangkan ilmu tidak perlu
182 | P a g e


Jawapan ketujuh Ilmu lebih utama dari harta kerana di akhirat nanti pemilik
harta akan dihisab, sedangkan orang berilmu akan memperoleh syafaat.

Jawapan kelapan Harta akan hancur ditelan timbunan zaman, tetapi ilmu
tidak akan rosak dan musnah ditimbun zaman.

Jawapan kesembilan Harta membuat hati seseorang menjadi keras, sedang
ilmu membuat hati menjadi bercahaya.

Jawapan kesepuluh dari Saidina Ali Pemilik harta dapat mengaku menjadi
Tuhan akibat harta yang dimilikinya, sedang orang yang berilmu justeru mengaku
sebagai hamba kerana ilmunya.


Secara ringkasnya keistimewaan Saidina Ali adalah seperti yang berikut:




Keluarga
Rasulullah

Mempunyai hubungan rapat dgn baginda :
Sepupu & menantu Rasulullah
Sejak kecil beliau tinggal bersama Rasulullah &
dididik oleh baginda, kerana itulah beliau banyak
mewarisi keperibadian & akhlak Rasulullah.
183 | P a g e

Beliau amat cinta kepada Baginda , sentiasa di
sisi baginda sewaktu susah & senang, masa
perang & damai & semasa Rasulullah sakit
hingga akhir hayat .


Kanak-kanak
pertama
memeluk Islam

Beliau memeluk Islam ketika berusia 10 tahun &
merupakan kanak-kanak pertama memeluk Islam
Terkenal dgn panggilan " Karamallahu wajhah"
yang bermaksud Allah memuliakan wajahnya
kerana beliau tidak pernah menyembah berhala
sejak kecil & tidak pernah dikotori oleh
keburukan jahiliah.
Sangat mentaati baginda & tidak pernah
membantah baginda.
Merupakan salah seorang dari sahabat yang
dijamin syurga


Cendekiawan
Ulung

Terkenal dengan ilmu pengetahuan dlm pelbagai
bidang seperti sastera, ilmu Hisab & kehakiman
sehingga beliau digelar Gedung Ilmu oleh
Baginda
Rasulullah melantiknya sebagai jurutulis wahyu
dan perjanjian Hudaibiyah.
184 | P a g e




Pemuda yang
berani

Beliau sanggup tidur di tempat tidur Rasulullah
pada malam hijrah
Menyertai hampir kesemua peperangan kecuali
perang Tabuk & berada dibarisan hadapan
bersama pedangnya ' zul faqar'
Menyahut cabaran satu lawan satu dengan
pahlawan Quraisy dalam perang Khandak


Pemerintah
yang adil &
kreatif

Dilantik oleh Rasulullah sebagai hakim di Yaman
Kreativiti Saidina Ali dalam pentadbiran /
pemerintahannya antarannya :
o Menubuhkan pasukan polis yang diberi
nama " as-Syurtah ".
o Beliau melengkapkan angkatan berkuda
Islam
o Menubuhkan pasukan tentera berjalan kaki
o Menubuhkan badan perisik



Saidina Ali Sebagai Khalifah
185 | P a g e


Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat
kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Keadaan bandar Madinah menjadi
semakin kucar-kacir dan huru-hara akibat tragedi pembunuhan khalifah Uthman.
Kebanyakan orang berada dalam ketakutan disebabkan perilaku jenayah yang tidak
berperikemanusiaan ini.

Golongan pemberontak pula telah menguasai bandar Madinah. Al-Ghafiqi bi
Harb, iaitu ketua pemberontak wilayah Mesir dan salah seorang ketua yang
menaburkan fitnah telah menjadi imam solat di Masjid Nabawi selama lima hari.

Justeru, dalam keadaan gawat ini, perlu ada seseorang yang berani tampil
untuk menyahut cabaran golongan pemberontak tadi. Orang ini mestilah berani
memikul tanggungjawab tanpa rasa takut dan gentar. Lantaran itu, kebanyakan
orang melihat Saidina Ali sebagai calon yang paling layak. Orang ramai menaruh
harapan tinggi terhadap beliau. Malahan, sahabat besar juga bersetuju dengan
cadangan tersebut. Akhirnya, Saidina Ali pun menerima cadangan tersebut.
Pastinya penerimaan ini melambangkan keberanian dan kepahlawanan Saidina Ali.

Dalam kemelut ini, Saidina Ali berjaya menjadi khalifah pertama yang berucap
sebelum perjanjian taat setia atau baih dilaksanakan. Namun begitu, ucapannya
ringkas sahaja memandangkan keadaan pada waktu itu masih genting dan bahaya.
Dalam ucapan ringkas itu, beliau memulakannya dengan pujian terhadap Allah serta
beliau menggalakkan umat Islam membuat kebaikan dan menjauhi kejahatan.

186 | P a g e

Beliau juga mengingati orang ramai tentang perkara yang diharamkan Allah.
Antara yang paling diharamkan ialah membunuh orang Islam. Dalam hal ini, beliau
sengaja menyebutnya bagi mengingatkan tragedi pembunuhan Saidina Uthman.
Beliau berjanji akan menjalankan hukuman terhadap sesiapa sahaja yang terlibat
dalam pembunuhan kejam itu.

Keputusan Sukar

Perjanjian taat setia terhadap Saidina Ali sebagai khalifah berjaya dilaksanakan
pada 25 Zulhijjah tahun 35 Hijrah. Justeru, beliau menerima pelantikan khalifah
secara rasminya pada tahun 36 Hijrah. Namun begitu, beliau menghadapi suasana
genting dan bahaya akibat kematian Saidina Uthman. Lantaran itu, beliau terpaksa
mengambil beberapa keputusan yang mungkin pada pendapat orang lain agak
membahayakan. Antara keputusan yang agak kontrovesi ialah hukuman balas atau
qisas terhadap pesalah yang membunuh Saidina Uthman.

Sebenarnya, keputusan ini merupakan cadangan para sahabat utama.
Antaranya ialah Talhah dan az-Zubayr. Mereka mahu agar Ali menghukum orang
yang terlibat dalam pembunuhan Saidina Uthman. Dalam hal ini, Saidina Ali
bersetuju dengan cadangan kedua-dua sahabat besar tadi. Beliau menyatakan
dalam surat balasan terhadap kedua-dua sahabat tadi dengan mengatakan bahawa
beliau memang agak sukar untuk melaksanakan hukuman qisas itu.

Hal ini disebabkan golongan pemberontak masih lagi menguasai bandar
Madinah. Mereka boleh membuat apa-apa sahaja tindakan di luar dugaan. Namun
187 | P a g e

begitu, beliau tetap setuju dengan hukuman setimpal terhadap golongan yang
membunuh Uthman.

Berdasarkan jawapan ringkas Ali tadi, jelaslah bahawa beliau tetap
mengambil berat tentang kes pembunuhan Uthman. Cuma suasana semasa yang
tidak mengizinkan kerana keadaan belum lagi tenang. Huru-hara dan
pemberontakan boleh berlaku lagi pada bila-bila masa sahaja. Dalam hal ini, Ali
memberikan alasan bahawa hanya ada segelintir orang yang terlibat secara
langsung dalam pembunuhan Uthman. Antaranya ialah al-Ghafiqi bin Harb, Sudan
bin Hamran, dan Kinanah bin Bashar at-Tajibi.

Mereka ini disokong oleh lebih kurang 10,000 pemberontak. Mereka sudah
bersiap sedia untuk mempertahankan ketua mereka sekiranya berlaku perkara yang
tidak diingini. Malahan, apabila mereka ditanya tentang orang yang membunuh
Saidina Uthman maka mereka menjawab bahawa mereka semua yang
membunuhnya. Melihat kepada keadaan yang tegang ini maka para sabahat
bersetuju untuk tidak membuat hukuman balas atau qisas terhadap mereka.

Selain tindakan yang agak bahaya tadi, Saidina Ali juga ada membuat satu
pelan tindakan lain. Beliau mahu menukar semua gabenor yang memerintah
beberapa wilayah jajahan yang besar seperti Mesir, Syam, Kufah, dan Basrah. Hal
ini bertujuan untuk mengurangkan fitnah. Dalam perkara ini, Saidina Ali memang
betul-betul melaksanakan pelan tindakannya itu. Beliau telah memecat Muawiyah
gabenor Syam, Abdullah bin Sarrah gebenor Mesir, Abdullah bin Amir gabenor
Basrah, dan Abu Musa al-Ashri gabenor Kufah. Mereka ini diganti dengana gabenor
188 | P a g e

baharu, iaitu Sahal bin Hanif di Syam, Qis bin Saad bin Ubadah di Mesir, Uthman
bin Hanif di Basrah, dan Imarah bin Shihab di Kufah.

Keputusan yang sungguh bahaya ini sebenarnya dicadangkan sendiri oleh
ayah saudara Ali, iaitu Abdullah bin Abbas. Namun begitu, dia menasihati Ali agar
menunggu setahun dahulu untuk melaksanakan tindakan ini, iaitu selepas keadaan
kembali tenang. Akan tetapi, Khalifah Ali tetap mahu melaksanakan pelan tindakan
ini dengan segera kerana golongan pemberontak begitu marah dengan semua
gabenor yang dilantik oleh Saidina Uthman, sama ada mereka bersalah ataupun
tidak. Mereka tidak akan berdiam diri melainkan para gabenor ini dipecat.

Namun begitu, bagi mengelakkan perkara lain yang terjadi, Ibnu Abbas masih
mencadangakn satu perkara lain, iaitu Ali boleh memecat gabenor yang dia mahu
sahaja. Dalam hal ini, Muawiyah bin Abu Sufyan masih boleh dikekalkan. Hal ini
disebabkan Muawiyah merupakan gabenor yang tidak ditentang oleh rakyat
jelatanya. Malahan, penduduk Syam tidak terlibat dalam pembunuhan Saidina
Uthman.


Perdebatan antara Ali dengan Muawiyah

Saidina Ali dan Muawiyah saling berutus surat bagi membincangkan beberapa
perkara dasar yang belum selesai. Antaranya ialah hal pelantikan khalifah dan
kepatuhan dan ketaatan Muawiyah terhadap arahan khalifah. Hal ini disebabkan,
pada pendapat Ali, beliau telah dibaiah oleh semua sahabat utama.. Sementara
189 | P a g e

Muawiyah pula mendakwa bahawa soal hukuman balas perlu dilaksnakan dahulu
kerana dia menganggap bahawa Saidina Uthman merupakan ayah saudaranya.

Sebenarnya, Saidina Ali bukan tidak mahu mengabaikan perihal hukuman
qisas tadi. Cuma beliau mahu menangguhkannya buat sementara waktu sehingga
keadaan menjadi reda. Namun begitu, Muawiyah tetap dengan keputusannya agar
hukuman balas atau qisas itu dilaksanakan dahulu. Malahan, hukuman ini menjadi
syarat utama dalam perjanjian taat setia Muawiyah terhadap pelantikan Ali.

Akhirnya kedua-dua pemimpin ini tidak mencapai kata sepakat sehinnga
berlaku satu peristiwa yang agak diragukan. Dalam peristiwa tersebut, Ali menerima
satu surat yang kononnya datang daripada Muawiyah. Surat ini dihantar oleh
seseorang daripada bani Abbas. Dia membawa surat itu lalu memasuki Madinah
agar orang ramai boleh melihatnya. Dalam surat itu, beliau menyatakan bahawa
Muawiyah memang tidak bersetuju dengan pelantikan Ali sebagai khalifah.

Pemerintahan Negara dan Pengukuhan Pembukaan Wilayah Baharu

Walaupun keadaan sekeliling yang dihadapi oleh Saidina Ali masih lagi kucar-kacir
namun beliau tetap dapat mengawal pemerintahahn negara dengan sebaik mungkin.
Ali juga telah menjadikan Kufah sebagai ibu kota yang baharu bagi wilayah yang
diperintahnya. Hal ini berlaku selepas Peperangan Jamal. Sebelum itu, pusat
pemerintahan wilayah jajahannya adalah di Madinah. Ali mentadbir di situ sehingga
akhir hayatnya.

190 | P a g e

Di samping itu, Ali juga menyerahkan penjagaan wilayah lain di bawah
naungannya kepada orang yang betul-betul ikhlas dan jujur dalam kerja mereka.
Oleh itu, beliau melantik Abdullah bin Abbas sebagai gabenor Basrah. Sementara
adik Ibnu Abbas, iaitu Ubaidillah bin Abbas pula menjadi gabenor di Yaman.
Manakala adik mereka yang lain, iaitu Qatham bin Abbas dilantik oleh Saidina Ali
sebagai gabenor di Ta`if dan Makkah. Dalam pada itu, Saidina Ali telah memecat
gabenor Mesir, iaitu Qis bin Saad dan tempatnya diganti dengan Muhammad bin
Abu Bakar as-Siddiq.

Sesungguhnya, pelantikan gabenor yang dibuat oleh Saidina Ali ini tidak
mendapat sebarang bantahan kerana beliau betul-betul memilih orang yang layak
yang boleh melaksanakan misi pemerintahannya yang telah dirancang. Malahan, Ali
tidak terpengaruh dengan masalah dalaman yang berlaku di wilayah jajahannya
untuk mengambil alih kuasa terhadap kemelut yang berlaku di Parsi.

Konflik Pada Zaman Saidina Ali

Peperangan Saudara (al-Jamal)

Ketika pulang daripada menunaikan haji, Saidatina A`ishah mendapat berita tentang
pembunuhan Saidina Uthman. Lantaran itu, beliau kembali semula ke Makkah.
Beliau melahirkan perasaan marah terhadap kejadian tersebut dan berjanji untuk
menuntut bela. Kepulangan Saidatina A`ishah ke Makkah ini turut ditemani oleh
beberapa sahabat utama seperti Talhah dan az-Zubayr, bani Umayyah, dan rakyat
jelata yang marah terhadap pembunuhan Uthman. Mereka mula menyiasat perkara
191 | P a g e

sebenar yang berlaku. Akhirnya, mereka menyediakan satu bala tentera bagi
menuntut bela terhadap kematian Uthman.

Kemudiannya, bala tentera ini bergerak menuju ke Basrah dengan andaian
bahawa tempat tersebut merupakan kawasan terdekat yang menjadi kampung
halaman orang yang memberontak dan membunuh Saidina Uthman. Sebenarnya,
perbuatan mereka ini hanyalah pandangan peribadi kumpulan tentera ini.

Dalam pada itu, kehadiran bala tentera A`ishah ini sampai ke pangkuan
Khalifah Ali. Ketika itu, beliau sedang bersiap sedia untuk bertempur dengan
Muawiyah di Syam. Justeru, beliau segera mengubah rancangannya tadi selain
membiarkan bala tentera A`ishah menuju ke Basrah. Bala tentera A`ishah ini
dianggotai seramai 1000 tentera sahaja pada permulannya.

Namun begitu, bilangan ini bertambah beberapa kali ganda kerana orang
ramai menghormati kedudukan Saidatina A`ishah. Tatkala mereka hampir sampai di
Basrah, gabenor daerah tersebut telah menghantar dua wakil utusannya menemui
A`ishah. Mereka ialah Imran bin Husayn dan Abu Aswad ad-Du`ali. Mereka
bertanya tentang tujuan kumpulan Saidatina A`ishah datang ke Basrah.

Selain itu, dua utusan gabenor tadi juga bertanya kepada Talhah dan az-
Zubayr tentang hajat mereka datang ke Basrah. Talhah menjawab bahawa tujuan
mereka datang adalah untuk menuntut bela terhadap kematian Uthman. Kemudian,
kedua-dua wakil utusan gabenor tadi pulang semula ke Basrah lalu memberitahu
192 | P a g e

hasil pertemuan mereka. Gabenor Basrah, iaitu Uthman Hanif naik berang lalu
beliau mahu menghalang kemasukan kumpulan A`ishah tadi.

Justeru, berlakulah satu pertempuran saudara yang berlaku di satu tempat
bernama az-Zabuqah. Peperangan saudara itu telah menyebabkan 600 orang mati
di kedua-dua belah pihak. Setelah melihat jumlah korban perang saudara yang
begitu ramai maka kumpulan yang bertelagah bersetuju untuk berdamai dan
memberhentikan peperangan saudara itu. Mereka segera menunggu kedatangan
Khalifah Ali bagi menjalankan perdamaian tersebut. Akhirnya, kata sepakat berjaya
dihasilkan dengan gabenor asal Basrah dikekalkan. Kumpulan pendatang tadi pula
bebas tinggal di mana-mana tempat yang mereka mahu di Basrah ini.

Kedatangan Saidina Ali ke Basrah

Apabila tiba di Basrah, Khalifah Ali mendapat tahu tentang kematian begitu ramai
umat Islam. Lantas, beliau mengutus wakilnya yang bernama al-Qaqa bin Amru at-
Tamimi untuk menemui Saidatina A`ishah, Talhah, dan az-Zubayr. Wakil ini
bertanya tentang tujuan sebenar kedatangan A`ishah. A`ishah menjawab bahawa
dia mahukan perdamaian. Begitu juga jawapan Talhah dan az-Zubayr.

Kemudian, al-Qaqa bertanya lagi tentang bentuk perdamaian yang
dimahukan. Mereka pun menjawab bahawa mereka mahu menuntut bela terhadap
kematian Saidina Uthman. Al-Qaqa menjawab lagi dengan mengatakan bahawa
sudah begitu ramai yang terkorban tetapi masih mahu menuntut bela lagi. Hal ini
akan menyebabkan kemarahan orang lain terhadap kumpulan Saidatina A`ishah.
193 | P a g e


Kemudian mereka bertanya kepada wakil utusan Saidina Ali tentang
pendapat wakil tadi. Wakil tadi, iaitu al-Qaqa menjawab bahawa mereka perlu
membuat janji setia semula terhadap pelantikan Saidina Ali dan mereka perlu
berjumpa Ali dahulu.

Akhirnya, mereka bersetuju berbuat demikian. Dengan kata lain, mereka
semua bersetuju untuk berdamai. Namun begitu, perasaan dengki masih berlaku
dalam kalangan anak buah Saidina Ali khususnya al-Qaqa sendiri yang akhirnya
merosakkan usaha ke arah perjanjian damai antara kedua-dua belah pihak.

Pengikut Ibnu Saba` Merosakan Hasrat Perjanjian damai

Sebenarnya, punca sebenar berlakunya perang saudara ini ialah wujudnya ramai
orang yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pembunuhan Uthman yang
berada di pihak Saidina Ali. Ketua mereka ialah Abdullah bin Saba` dan al-Ashtar bin
an-Nakhai. Saidina Ali tidak dapat mengelakkan kewujudan dan keterlibatan mereka
kerana mereka ini merupakan kumpulan yang kuat selain disokong oleh kabilah
yang sangat taksub.

Ketua mereka juga tahu sekiranya perjanjian antara saidina Ali dengan
Saidatina A`ishah berjaya maka pihak Ali akan menjadi kuat. Apabila menjadi kuat
maka sudah tentu Saidina Ali akan tetap meneruskan hasratnya untuk membuat
hukuman balas terhadap golongan pemberontak, khususnya pembunuh Saidina
194 | P a g e

Uthman. Oleh demikian, para pengikut Ibnu Saba` mahu merosakkan perdamaian
antara Ali dengan A`ishah.

Lantaran itu, Ibnu Saba` mengadakan satu pertemuan bagi mengkaji strategi
untuk merosakkan perjanjian damai tersebut. Dalam hal ini, al-Ashtar
mencadangkan agar Ali dibunuh sahaja sama seperti Saidina Uthman. Cadangan
ini tentunya tidak mengejutkan Ibnu Saba` yang memang mahu agar umat Islam
berperang sesama sendiri termasuklah dengan khalifah mereka.

Oleh itu, beliau mengisytiharkan perang terhadap kumpulan A`ishah, Talhah,
dan az-Zubayr tanpa pengetahuan Saidina Ali. Mereka melaksanakan serangan itu
tatkala orang A`shah sedang nenyak tidur. Padahal ketika itu, perdamaian hampir
tercapai antara kedua-dua belah pihak yang berbalah. Sebenarnya, inilah permulaan
perang sauadar al-Jamal yang mengakibatkan korban mangsa yang ramai
termasuklah dua sahabat yang dijanjikan syurga, iaitu Talhah dan az-Zubayr.

Punca Saidatina A`ishah Keluar Berperang

Sesungguhnya, Saidatina A`ishah Talha, dan az-Zubayr malahan Saidina Ali tidak
suka pertumpahan darah berlaku. Mereka tidak menjangka bahawa semua perkara
sedih ini akan terjadi. Sebenarnya, hasrat sebenar A`ishah ialah beliau hanya mahu
membela kematian Saidina Uthman yang pada pendapat beliau telah dibunuh
dengan zalim dan kejam. Bagi A`ishah, beliau berasa bertangungjawab untuk
membuat hukuman balas terhadap puak pemberontak.

195 | P a g e

Dalam hal, kumpulan A`ishah juga bukan bermaksud untuk memusuhi dan
menentang pemerintahan Saidina Ali. Mereka semua mahukan perdamaian. Tetapi,
disebabkan tohmahan dan fitnah pengikut Ibnu Saba` maka semua itu menjadi
musnah belaka. Saidatina A`ishah sangat keceawa dengan hal yang berlaku.

Sebagai kesimpulannya, punca sebenar berlakunya peperangan saudara
sesama umat Islam ini ialah fitnah besar yang dibuat oleh Ibnu Saba`. Dialah yang
menjadi punca berlakunya pembunuhan Saidina Uthman. Dialah juga yang
menyebabkan berlakunya peperang saudara atau lebih terkenal sebagai
Peperangan Jamal. Dalam hal ini, sejarawan Islam terkenal Ibnu Khaldun ada
memberikan pendapat beliau tentang peristiwa sedih ini, iaitu: Kalau kita betul-betul
perhatikan akan hal ini natijahnya semua orang akan rugi. Tetapi itulah ujian
sebenar Allah terhadap umat Islam keseluruhannya.

Peperangan Siffin

Selepas tamat Peperangan Jamal, bala tentera Saidina Ali bergerak pula ke Siffin
yang terletak di tebing Sungai Furat, Iraq. Bala tentera ini mengandungi askar
seramai 100,000 orang. Manakala Muawiyah juga telah bersiap sedia untuk
mengahadapi serangan bala tentera Ali. Jumlah angkatan tenteranya juga hampir
sama dengan jumlah tentera Ali.

Oleh demikian, pada bulan Safar tahun 37 Hijrah, berlakulah satu
pertempuran yang tidak dapat dielakkan lagi yang menyebabkan korban yang
sangat ramai. Hampir 70,000 tentera Islam terkorban dalam peperangan saudara ini.
196 | P a g e

Pihak Ali mengalami korban tentera seramai 25,000 orang. Sementara di pihak
Muawiyah pula seramai 45,000 orang.

Dalam pada itu, apabila kedua belah pihak melihat begitu ramai tentera
mereka yang terbunuh maka mereka bersetuju untuk berhenti buat seketika.
Lantaran itu, satu perjanjian damai yang dinamakan Majlis Tahkim telah dibuat bagi
mengadakan genjatan senjata buat seketika.

Majlis Tahkim

Semasa pertempuran hebat berlaku, ada wakil tentera Muawiyah yang mengangkat
naskhah al-Qur`an. Lantaran itu, peperangan berhenti dengan serta merta.
Sebenarnya, cadangan Majlis Tahkim ini merupakan idea Amru bin al-As yang
mahu memberhentikan pertempuran yang menyebabkan begitu ramai orang Islam
terbunuh. Justeru, kedua-dua pihak pun bersetuju.

Oleh itu, Ali dan Muawiyah mahu kedua-dua pihak menghantar wakil
rundingan. Muawiyah menamakan Amru al-As sebagai wakil khasnya. Manakala
Ali menamakan Abu Musa al-Ashari sebagi utusan rasminya. Sebenarnya, Ali mahu
Ibnu Abbas sebagai wakil rasminya. Tetapi, kebanyakan penyokongnya yang terdiri
daripada anak tempatan wilayah Yaman yang dipimpin oleh al-Ashath bin Qis
menolak cadangan tersebut.

Alasan mereka ialah tidak mungkin dua wakil berbangsa Quraysh berbincang
bagi mengatasi masalah dua pemimpin Islam yang juga berbangsa Quraysh. Pada
197 | P a g e

pendapat mereka, bangsa Quraysh tidak boleh menguasai semua aspek dalam
pemerintahan negara Islam.

Dalam perjanjian damai itu, kedua-dua pihak setuju untuk membuat genjatan
senjata selama enam bulan sehingga keadaan kembali pulih. Dalam tempoh itu,
kedua-dua pihak juga akan mencari jalan penyelesaian terhadap masalah yang
mereka hadapi bersama. Oleh itu, setelah menghalusi perkara tersebut secara
terperinci, mereka bersetuju untuk melucutkan jawatan Ali sebagai khalifah.

Kemudian, terpulanglah kepada umat Islam untuk membuat keputusan
terahadap sesiapa sahaja yang akan menjadi khalifah Islam. Sementara mencari
pengganti khalifah baharu, kedua-dua pihak bersetuju untuk mentadbir wilayah
masing-masing buat sementara waktu. Saidina Ali akan memerintah semua wilayah
Islam kecuali wilayah Syam. Sementara Syam pula akan diperintah buat seketika
oleh Muawiyah sendiri.

Sikap Saidina Ali dan Pengikutnya Terhadap Majlis Tahkim

Dalam perjanjian Majlis Tahkim, kedua-dua wakil rasmi pun berbincang dengan
panjang lebar. Kemudiannya, keputusan hasil rundingan tersebut diberitahu kepada
orang ramai. Namun begitu, Saidina Ali tetap tidak menerima keputusan rundingan
tersebut. Pada pendapat beliau, kedua-dua wakil rundingan tadi telah mengatasi
batas dan bidang kuasa mereka.

198 | P a g e

Menurut Ali, masalah khilaf bukanlah berlaku tentang soal pelantikan khalifah.
Tetapi isu pokok yang sebenar ialah pelaksanaan hukuman balas atau qisas
terhadap pembunuh Saidina Uthman. Oleh itu, pada pendapat Ali, beliaulah yang
bertanggungjawab dalam membuat keputusan kerana beliau merupakan khalifah
sebenar. Oleh itu, keadaan menjadi tegang semula sehingga peperangan saudara
akan terjadi semula.

Kemunculan Golongan Khawarij

Sementara itu, para pengikut Saidina Ali sudah terpecah menjadi dua, iaitu satu
kumpulan Syiah yang menyokong semua tindakan Saidina Ali dan satu lagi ialah
kumpulan Khawarij yang berpendapat bahawa Majlis Tahkim ini adalah salah dari
segi dasarnya. Lebih teruk daripada itu, puak Khawarij ini mendakwa bahawa
Saidina Ali sudah menjadi kafir kerana menghukum mereka dengan tidak mengikut
al-Qur`an. Mereka mahu agar Ali mengisytiharkan kekafirannya dan dia mesti
memeluk Islam semula. Sekiranya Saidina Ali enggan maka Saidina Ali akan
dibunuh.

Dalam isu ini tidak masuk akal sekiranya seorang Islam yang dijamin Allah
masuk ke syurga akan menjadi kafir. Malahan, Allah sudah meredai perbuatan
hamba-Nya ini yang bernama Ali dalam satu perjanjian yang berlaku di bawah
sebatang pokok yang dinamakan Perjanjian Ridwan.

199 | P a g e

Melihat kepada perbuatan melampau puak Khawarij ini maka Saidina Ali
terpaksa melancarkan serangan terhadap mereka. Peperangan ini dikenali sebagai
peperangan an-Nahrawan yang berlaku berhampiran Kufah.

Persetujuan Damai antara Ali dengan Muawiyah

Setelah penyokong Saidina Ali terbahagi kepada dua, iaitu Syiah dan Khawarij
maka kedudukan Saidina Ali semakin lemah. Hal ini disebabkan perbalahan dengan
penyokongnya sendiri, iaitu Khawarij menyebabkan beliau berasa penat dan serik.

Pada waktu yang sama, kedudukan Saidina Muawiyah semakin kuat,
khususnya apabila dia berjaya menguasai semula Mesir pada tahun 38 Hijrah.
Kemenangan ini dicapai melalui panglima pertama yang membuka Mesir, iaitu Amru
al-As. Pada ketika itu juga, Muawiyah mula meluaskan pengaruhnya ke seluruh
Iraq. Tambahan pula, penduduk Yaman turut bergabung dengan pihak Muawiyah.

Akhirnya, setelah berlaku rundingan damai yang panjang antara Saidina Ali
dengan Muawiyah, mereka bersetuju untuk membuat genjatan senjata. Saidina Ali
akan terus memerintah Iraq dan Parsi. Manakala Saidina Muawiyah pula akan
memerintah Syam. Kedua-dua mereka juga bersetuju untuk tidak masuk campur
dalam urusan masing-masing.

Kematian Saidina Ali

200 | P a g e

Penghujung hayat Saidina Ali akhirnya ditentukan oleh golongan Khawarij.
Golongan ini sudah dianggap keterlaluan dalam dasar perjuangannya apabila
mereka membuat keputusan bahawa Saidina Ali, Muawiyah, dan Amru al-As
sebagai ketua pemimpin yang sesat. Mereka meletakkan kesalahan yang berlaku di
dalam negara Islam ke bahu ketiga-tiga pemimpin ini. Malahan lebih dahsyat
daripada itu, golongan Khawarij mahu membunuh ketiga-tiga pemimpin Islam ini
serentak.

Justeru, pada Subuh hari ke-17 bulan Ramadan tahun 40 Hijrah, golongan
Khawarij mahu melaksanakan rancangan jahat mereka tadi. Mereka telah melantik
Abdurarahman bin Maljam, al-Bark bin Abdullah, dan Amru bin Bakr sebagai orang
yang akan melaksanakan pembunuhan itu. Ibnu Muljam akan bergerak ke Kufah
untuk membunuh Saidina Ali. Manakala Ibnu Abdullah pula akan bergerak ke
Damsyik untuk membunuh Muawiyah. Sementara Ibnu Bakr pula akan menuju ke
Mesir untuk membunuh Amru al-As.

Namun begitu, dengan kehendak Allah jua, rancangan yang telah diatur rapi
itu hanya separuh yang berjaya dilaksanakan. Muawiyah dan Amru bin al-As
terselamat. Tetapi malangnya, Saidina Ali terbunuh jua akhirnya. Beliau berjaya
dibunuh oleh Ibnu Maljam dengan ditetak di bahunya dengan menggunakan pedang
beracun. Saidina Ali rebah lalu meninggal dunia. Akhirnya, Saidina Ali selamat
disemadikan setelah beliau dapat memimpin selama empat tahun lebih sebagai
khalifah.


201 | P a g e





















SENARAI RUJ UKAN:


o Al-Quran al-Karim

o Ahmed Ibrahim Bemat , (1996), Insan Teladan Sepanjang Zaman , terbitan
Dar al-Nu'man, Kuala Lumpur.

o al-'Asqalani, Ibn Hajar. (t.th) al-Isobah fi Tamyiz al-Sahabah , Dar Ihya' al-
Turath al-'Arabiy, Beirut.
202 | P a g e


o al-Banjari, Muhammad Arsyad, (1989), Sabil al-Muhtadin, Thinkers Library,
Selangor.

o Al-Falimbani, Syeikh Abdul Samad, (t.th), Sayr al-Salikin, Maktabah wa
Matbaah Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu, Bangkok.

o Al-Umari, Dr Akram Diya (1994) , al-Sirah al-Nabawiyyah al-Sahihah,
Maktabah alUlum wal Hikam, al-Madinah al-Munawwarah.

o al-Buti, Dr Muhammad Said Ramadhan (1991), Fiqh al-Sirah al-Nabawiyyah,
Dar al-Fikr al-Muasir, Beirut

o al-Buti, Muhammad Said Ramadan, Fiqh al-Sirah, terjemahan oleh Mohd
Darus Senawi, (1997), terbitan Pustaka Fajar.

o Al-Kandahlawi, Muhammad Zakariyya, (1996), Kisah Kehidupan dan
Perjuangan Para Sahabat (terjemahan oleh Abdul Aziz Abdul Hamid), Darul
Numan, Kuala Lumpur.

o Al-Khalidi, Solah Abdul Fattah, (1995), al-Khulafa al-Rasyidun Bayna al-
Istikhlaf wa al-Istisyhhad, Dar al-Qalam, Damsyik.

o al-Maliki, al-Sayyid Muhammad Bin al-Sayyid Alawi , ( t.th ), Muhammad al-
Insan al-Kamil , al-Madinah al-Munawwarah.

o al-Marbawi, Idris Abdul Rauf, (t.th), Bahrul Madhi, Maktabah al-Shuruq al-
Dawliyyah, Kaherah.

o al-Mubarakfuri, (1991) , al-Rahiq al-Makhtum, Darul Fikr, Beirut

o al-Qadi 'Iyad, (1986) al-Syifa , terbitan Dar al-Faiha', Amman

o Halabiy, Mahmud Tamah, (2004), Muhammad Rasulullah : Siratuhu wa
hayatuhu, Dar al-Marifah, Beirut.

o Ibnu Kathir, (1992), al-Bidayah wa al-Nihayah, Dar al-Fikr, Beirut.

o Khalid Muhammad Khalid, (1994), Rijal Hawla al-Rasul (terjemahan:
Karakteristik Perihidup Enam Puluh Sahabat Rasulullah oleh Mahyuddin
Syaf), Penerbit Victory Agencie, Kuala Lumpur.

o Luqman Hakim , (1986), Tokoh-Tokoh Islam Dulu dan Sekarang, Bismi
Publishers, Singapura.

o Mansur, Hilmi Abdul Fattah (1992), Akhlak al-Mustafa wa Shama'iluhu ,
terbitan Darul Ibda', Amman.

o Mohd Sukki Othman, et. al, (2007), Ensiklopedia Untuk Anak-Anak Muslim, E-
Media Publication, Kuala Lumpur.
203 | P a g e


o Mohd Sukki Othman (2009), Tokoh Srikandi Zaman Nabi, Perniagaan
Jahabersa, Johor.

o Safwan Fathy (1992), 121 Sifat Utama Nabi, terbitan Persatuan Ulama
Malaysia

o Sirah Ibnu Hisham (1955), Beirut, Lubnan.

o Syahir Zaib, (2004), Mawsuah Abaqirah fi al-Islam, Dar Safa, Amman.

Anda mungkin juga menyukai