Anda di halaman 1dari 19

Halaman | 1

1.0 Pengenalan
Komunikasi amat penting dalam kehidupan seharian kita. Walau di mana kita sedang
berada, kepakaran dan pengetahuan bagaimana untuk berkomunikasi amat penting bagi
menjamin kesefahaman antara satu sama lain. Komunikasi berlaku apabila apa-apa maklumat
yang penting dapat dipindahkan daripada diri kita kepada orang sekeliling kita yang menerima
maklumat yang ingin disampaikan. Kedua-dua pihak perlu mempunyai kesefahaman agar
maklumat tersebut dapat dikongsi bersama. Asas perhubungan interpersonal adalah satu
komunikasi untuk menghubungkan antara seseorang individu dengan individu yang perlu
maklumat tersebut.
Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, komunikasi dapat ditakrifkan sebagai perhubungan
(secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll); ~massa komunikasi atau
perhubungan dgn atau yg sampai kpd orang ramai amnya; berkomunikasi berhubungan
(secara langsung atau dgn perantaraan surat, radio, telefon, dll), mengadakan perhubungan
(ber-cakap, berbincang, bertukar-tukar pendapat, dll.)
Verdeber & Verdeber (2002) and Hybels & Weaver (2001) mendefinisikan komunikasi
adalah proses membentuk dan berkongsi makna, perasaan dan idea dalam ucapan, interaksi
kumpulan bertulis atau ucapan awam. Proses biasa melibatkan individu dan interaksi mereka
dengan unsur-unsur konteks, mesej, saluran, bunyi bising (gangguan) dan maklum balas
digunapakai.
Melalui beberapa definisi ini kita dapat bahawa komunikasi ini adalah satu proses apabila
seseorang individu yang mempunyai kepentingan bagi menyampaikan maklumat secara lisan
(verbal) atau tidak lisan (non-verbal) yang akan mempengaruhi tingkah laku orang lain.
Komunikasi yang efektif bukan sahaja dapat membantu kita menyelesaikan masalah tetapi juga
membantu dalam memperbaiki perhubungan. Pakar dalam bidang komunikasi percaya bahawa
komunikasi yang lemah merupakan punca kepadakebanyakan masalah dan komunikasi yang
efektif adalah penyelesaian kepada kebanyakan masalah (Pearson, 2000). Justeru itu, dengan
memahami prinsip dan teori komunikasi yang baik danmenggabungkannya dalam praktikal
bolehmenyelesaikan permasalahan antara rakan-rakan,negara, pengurusan, buruh, guru dan
pelajar. Dengan erti kata lain, komunikasi yang efektif tidak boleh menyelesaikan semua

Halaman | 2

masalah di dunia tetapi boleh menyelesaikan atau mengelak kebanyakan daripada permasalahan
tersebut. Komunikasi adalah satu proses. Seperti yang kita tahu, sesuatu proses itu tiada
permulaan dan tiada pengakhiran tertentu. Ia berjalan terus-menerus tanpa henti (Mansor et. al
1984). Begitu juga dengan komunikasi yang merupakan satu proses yang pastinya bermula dan
tidak tahu bila pengakhirannya. Setiap hari pasti kita berkomunikasi samada secara langsung
atau tidak langsung, samada sedar atau tidak. Komunikasi boleh berlaku dalam pelbagai cara.
Komunikasi bukan hanya melibatkan pertuturan atau percakapan dengan diri kita semata-mata
tetapi kita juga berkomunikasi dengan alam sekitar.

1.1 Kemahiran Interpersonal
Menurut Teori Multiple Intelligences (Gardner,1993), kemahiran interpersonal didefinisikan
sebagai keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain dan memahami mereka. Terdapat
enam kategori kemahiran interpersonal iaitu keupayaan untuk menerima perasaan dan idea,
bertanya soalan, menyampaikan maklumat dan pertunjuk dan yang paling penting ialah
kemahiran komunikasi. Kemahiran berkomunikasi boleh dikuasai melalui proses pembelajaran.
Melalui interaksi seseorang itu dapat bertukar pendapat dan berkongsi pengalaman dengan
individu lain. Individu yang mempunyai kemahiran komunikasi mempunyai peluang lebih baik
menyesuaikan dirinya dengan persekitarannya. Komunikasi Interpersonal berlaku apabila dua,
tiga atau kumpulan kecil (biasanya 4 hingga 8 orang) berbual menyampaikan perasaan.
Komunikasi berlaku samada dengan perantaraan media seperti telefon atau berlaku secara
berdepanan (Fiordo,1990). Komunikasi Interpersonal kadangkala dipanggil juga komunikasi
muka ke muka atau komunikasi antara individu. Komunikasi interpersonal ini berlaku apabila
dua atau beberapa individu berkomunikasi muka ke muka tanpa menggunakan perantaraan
saluran atau medium yang kompleks dan berorganisasi. Pengirim dan penerima komunikasi itu
menggunakan lebih dari satu pancaindera untuk menanggap maklumat, mesej dan tindakbalas
yang dihasilkan. Tindakbalas dalam situasi komunikasi begini adalah pantas, rancak dan segera
(Mansor, 1984). Komunikasi Interpersonal berlaku atas pelbagai sebab iaitu untuk
menyelesaikan masalah, menyelesaikan konflik, berkongsi maklumat, membaiki persepsi diri
atau memenuhi keperluan sosial seperti ingin menyayangi dan disayangi (Pearson, 2000).

Halaman | 3

1.2 Komunikasi Lisan (Verbal)
Bahasa merupakan unsur penting dalam komunikasi verbal. Pearson (2000) mengatakan
bahawa bahasa adalah merupakan kod simbol, huruf atau perkataan dengan pelbagai makna
yang disusun mengikut peraturan susunan ayat yang digunakan untuk berkomunikasi.
Menurut Sulaiman (2002), pula komunikasi jenis ini boleh berlaku secara langsung apabila dua
orang berbual secara bersemuka. Komunikasi lisan juga dilihat boleh mengeratkan sillaturrahim
antara manusia dan boleh menjalinkan hubungan peribadi antara dua manusia. Komunikasi jenis
ini boleh biasanya berlaku secara informal. Komunikasi formal pula adalah seperti mengajar,
mesyuarat, taklimat, temuduga dan pengucapan awam. Misalnya untuk mengajar, seseorang guru
bukan sahaja perlu membuat persediaan dari segi rancangan pelajaran dan alat bantu mengajar,
malah ia perlu melakukan dengan baik untuk menarik perhatian pelajar. Jika tidak sesi
pengajarannya pasti membosankan. Che Su dan Mohd Foad (1993), mengatakan untuk
menjadikan pengajaran yang berkesan, guru mestilah memiliki ciri-ciri positif seperti pertuturan
yang jelas, pertuturan yang bersemangat dan komunikasi dua hala.

1.3 Komunikasi Bukan Lisan (Nonverbal)
Dalam usaha mencapai matlamat P&P yang baik, komunikasi tanpa lisan adalah perlu.
Ini penting kerana kajian yang dijalankan oleh Birdwhistell (1955 dalam Che Su dan Mohd
Foad, 1993) menunjukkan bahawa lebih kurang 35 peratus komunikasi lisan dan selebihnya
adalah komunikasi tanpa lisan. Sementara Harisson (1974, dalam Che Su dan Mohd Foad,
1993) menghuraikan bahawa 93 peratus daripada makna yang disampaikan melalui komunikasi
adalah bersifat tanpa lisan. Komunikasi bukan lisan boleh dibahagikan kepada beberapa jenis
iaitu komunikasi isyarat dan komunikasi visual. Komunikasi isyarat ialah makna yang dilahirkan
oleh bunyi, gerakan anggota badan, memek muka, objek atau sebarang rekabentuk yang diluar
daripada penggunaan biasa oleh sistem bahasa yang formal. Komunikasi isyarat berbeza-beza
maknanya mengikut budaya bangsa. Sesuatu pergerakan yang biasa dilakukan oleh orang melayu
adalah berbeza maksudnya apabila dilihat dan ditafsir oleh bangsa lain (Sulaiman, 2002). Selain
itu, komunikasi visual pula membolehkan kita berkomunikasi menggunakan imej-imej visual
seperti gambar, lukisan atau illustrasi tertentu. Komunikasi visual boleh dibahagikan kepada tiga

Halaman | 4

jenis iaitu komunikasi grafik, imej bergerak dan komunikasi bertulis. Komunikasi grafik
biasanya disampaikan melalui media masa seperti akhbar, risalah majalah dan sebagainya.
Sementara komunikasi imej bergerak lazimnya digunakan oleh televisyen dan video. Media ini
berfungsi unutk rancangan pendidikan dan demonstrasi. Kelebihan media ini menggunakan
kombinasi imej visual, perkataan dan audio untuk menyampaikan mesej yang realistik.

1.4 Pengaruh Komunikasi Interpersonal Dalam Kalangan Masyarakat Di
Malaysia
Terdapat beberapa teori komunikasi interpersonal yang dapat menjelaskan aplikasinya
dalam mempengaruhi pembangunan sosial pihak yang terlibat dalam proses komunikasi serta
perlakuan indivdu khususnya dalam membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.

Social Exchange Theory
Teori ini sebenarnya bergabung dalam Structural Anthropolgy ( Levi-Straus) , Behavioral
Psychology ( B.F. Skinner, Albert Bandura), Utilitaran Economics ( D. Ricardo, Adam Smith,
J.S. Mill), Sociology (George Homans, Peter Blau) dan Social Psychology ( Thibaut & Kelley).
Fokus teori ini adalah individu berinteraksi untuk mendapatkan sesuatu ganjaran atau
kelebihan dalam kumpulan sosial itu. Ini menjelaskan bahawa dalam melakukan komunikasi
dengan orang lain , individu akan mempertimbangkan rewards (ganjaran) yang akan diperolehi
dan coba mengelakkan diri daripada dikenakan hukuman. Individu mencipta satu set strategi
yang mereka percaya dapat memberikan kelebihan kepada mereka. Kita mempelajari dan tahu
tentang apa yang dapat memberikan ganjaran melalui pelbagai kelakuan dan tindakan
sehinggalah salah satu tindakan itu menghasilkan sesuatu yang positif. Teori Exchange Social
yang dicetuskan oleh Thibaut dan Kelly ini menjelaskan bahawa terdapat kesan atau pengaruh
hubungan atau interaksi seseorang dengan orang lain dan kesan itu juga turut mempengaruhi
perlakuan orang lain. Lebih lanjut, teori ini mengatakan bahawa dalam melakukan interkasi
dengan orang lain selalunya orang akan menilai hubungan yang terbentuk dan seterusnya

Halaman | 5

mengharapkan sesuatu yang dapat memenuhi keperluannya hasil daripada pembentukan
hubungan sosial itu.
Dasar pemikiran teori ini adalah setiap individu secara sukarela akan memasuki dan
tinggal dalam hubungan sosial selama hubungan itu dapat memberikan ganjaran kepadanya.
Kenyataannya, dalam hubungan sosial yang sebenar, teori ini memberikan sumbangan terhadap
pembangunan sosial terutamanya dalam mempengaruhi perlakuan invdividu khususnya dalam
membina kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi.

Analisis dan aplikasi teori
Seperti yang dijelaskan sebelum ini, konsep utama teori ini adalah individu akan
berinteraksi dengan orang lain selama hubungan itu memberikan kelebihan kepada kedua pihak
yang berkomunikasi. Dalam konteks ini, pelaku komunikasi akan menampilkan perilaku yang
dianggap paling berkesan sebagai suatu usaha mengekalkan interaksi itu. Maka dalam hal ini,
individu akan berusaha melakukan hal-hal yang dapat mengekalkan hubungan sosial itu, seperti:
1. Mengembangkan Kebolehan atau kemahiran mendengar secara aktif dan memberikan
maklum balas secara positif terhadap semua bentuk komunikasi yang diterima.
2. Menampilkan kebolehan menyampaian pesan dengan penuh keyakinan dan sesuai
dengan tahap pendengar atau penerima pesan.
3. Menggunakan segala sumber teknologi komunikasi secara positif
4. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan
5. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai latar belakang
budaya yang berbeza.
6. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi individu
7. Kebolehan menggunakan kemahiran bukan lisan.

Halaman | 6

Komunikasi interpersonal yang efektif merangkumi banyak unsur tetapi hubungan
interpersonal mungkin paling penting kerana orang akan memberikan penilaian sama ada positif
atau negatif. Masalahnya bukan terletak pada berapa sering kita berkomunikasi dengan orang
lain tetapi sebenarnya bagaimana kita berkomunikasi itu yang banyak mempengaruhi perlakuan
individu dan tahap hubungan sosial yang terbentuk.
Halangan atau rintangan dalam komunikasi memang sering terjadi dan itu memberikan
kesan terhadap tahap hubungan interpersonal. Sikap curiga misalnya akan menyebabkan jarak
hubungan makin jauh dan terpisah. Bagaimanapun, terdapat beberapa hal yang akan
meningkatkan tahap hubungan interpersonal yang baik iaitu sikap percaya, sikap spotif ( tolak
ansur) dan sikap terbuka.
Dalam teori pertukaran sosial ini, semua pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu
akan berusaha mempengaruhi satu dengan yang lain bagi mencapai tujuan masing-masing.
Untuk mencapai tujuan itu, maka bentuk komunikasi yang ditampilkan adalah yang dianggap
paling berkesan melalui cara dan sikap berkomunikasi.
Faktor percaya pada orang lain adalah yang paling penting dalam mempengaruhi tahap
hubungan interpersonal. Apabila seseorang percaya pada orang lain maka ruang komunikasi
akan semakin luas dan semua bentuk pengiriman dan penerimaan pesan akan menjadi lebih
mudah difahami. Menumbuhkan sikap percaya atau mengembangkan komunikasi yang
didasarkan pada sikap saling percaya memerlukan faktor lain iaitu menerima, empati dan
kejujaran.
Faktor menerima adalah merujuk pada kemampuan berkomunikasi dengan orang lain
tanpa menilai dan tanpa usaha mengongkong orang lain. Menerima juga adalah sikap yang
melihat orang lain sebagai manusia yang patut dihargai ( Anita Taylor 1977) Dengan sikap
penerimaan seperti ini maka ruang komunikasi dengan orang lain akan semakin luas dan
memberikan pengaruh kepada tahap hubungan interpersonal yang baik.


Halaman | 7

Sikap Percaya dalam proses komunikasi.
Empati pula adalah sikap atau kemampuan seseorang untuk membayangkan serta ikut
serta menyelami perasaan orang lain, iaitu suatu usaha melihat orang lain seperti apa yang
dialami dan dirasakan oleh individu tersebut. Sikap empati ini akan mewujdukan sikap percaya
orang lain kepada diri kita dan akhirnya komunikasi interpersonal akan terbina dan ganjarannya
adalah hubungan sosial yang makin baik dan luas.
Kejujuran dalam berkomunikasi merupakan faktor yang selalu dinilai oleh orang lain
sewaktu berlakunya proses komunikasi itu. Orang akan menilai pesan yang dicoba disampaikan,
bukan sahaja pesan itu sendiri yang dinilai tetapi cara seseorang itu menyampaikan pesan akan
dilihat dari konteks kejujuran.
Pertukaran sosial dalam bentuk ganjaran atau hukuman akan terjadi dengan baik atau
buruk dalam ruang lingkup yang luas atau sempit hanya apabila semua pihak yang terlibat dalam
proses komunikasi itu menunjukkan kemampuan berkomunikasi dengan baik terutamanya
apabila wujud sikap percaya dalam hubungan interpersonal melalui proses komunikasi verbal
mahupun bukan verbal.

Sikap bertolak ansur ( sportif ) dalam proses komunikasi
Sikap bertolak ansur semasa berinterkasi dengan orang lain adalah faktor lain yang
memberikan pengaruh dalam pembangunan sosial, iaitu melalui sikap bertoak ansur dapat
mengurangkan perilaku defensif yang akan mengagalkan komunikasi interpersonal. Orang yang
bersikap defensif lebih banyak melindungi diri dari ancaman berbanding berusaha memahami
pesan orang lain.
Kaitannya dengan aplikasi teori pertukaran sosial adalah, individu yang mengharapkan
ganjaran daripada proses komunikasi itu akan bersikap sportif bagi mencapai tujuannya iaitu
mewujdukan hubungan interpersonal yang baik dan luas.



Halaman | 8

Sikap terbuka dalam proses komunikasi
Sikap terbuka ( open mindedness ) mempunyai pengaruh yang besar dalam mewujudkan
komunikasi interpersonal yang efektif. *Sikap terbuka dapat dilihat melalui sikap seseorang
memberikan penilaian pesan secara objektif, dapat membezakan perkara yang perlu dan tidak
perlu, memberikan penilaian secara objektif dan berdasarkan isi atau fakta, mencari maklumat
dari pelbagai sumber, lebih bersifat profesional dan bersedia mengubah kepercayaannya dan
mencari pengertian pesan yang tidak sesuai dengan rangkaian kepercayaannya.
Bagaimanapun, dalam proses komunikasi yang digambarkan dalam teori ini masih terdapat
halangan atau rintangan komunikasi. Halangan komunikasi ini biasanya merujuk kepada persepsi
antara pihak penyampai dan penerima pesan, sikap menutup diri, isi pesan disalah tafsir dan
faktor suka atau tidak suka. Sehubungan dengan itu, untuk meluaskan ruang lingkup hubungan
sosial maka kita perlu membangun kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi agar dapat
membentuk suatu rangkaian sosial yang berkekalan dan memberikan timbal balik kepada kita.
Dapat disimpulkan bahawa teori pertukaran sosial ( Social Exchange Theory ) yang berdasarkan
pemikiran bahawa proses komunikasi interpersonal yang terbentuk banyak dipengaruhi oleh
kemungkinan ganjaran yang akan diterima oleh pelaku komunikasi dalam interkasi sosial itu.
Teori ini berfokuskan pada pola fikir bahawa semua pihak yang terlibat dalam proses
komunikasi akan kekal dalam ruang lingkup hubungan sosial itu selagi hubungan interpersonal
itu memberikan kesan positif pada semua pihak yang terlibat dalam interaksi sosial itu. Bagi
mengekalkan hubungan interpersonal itu maka teori ini turut dilengkapkan dengan kemahiran
dan ketrampilan berkomunikasi bagi membangun hubungan sosial yang baik. Faktor-faktor
penentu komunikasi yang baik yang perlu diperhatikan dan dialplikasikan akan menjamin
ganjaran yang diterima dalam proses komunikasi interpersonal itu.





Halaman | 9

Social Penetration Theory
Salah satu proses komunikasi interpersonal yang sering dikaji aplikasinya dalam
pembangunan sosial dan kaitannya dengan pembinaan kemahdiran dan ketramplan
berkomunikasi ialah Socail Penetration Theory. Teori ini diterjemahkan sebagai Teori Tembusan
Sosial, yang dikemukakan oleh Altman & Taylor, 1973 dengan tajuk buku Social Penetration:
The Development of Interpersonal Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and Winston.
(http://www.uky.edu/~drlane/capstone/interpersonal/socpen.html). Teori ini mengatakan dalam
proses menjalin hubungan, komunikasi berubah dari peringkat cetek, tidak intim kepada tahap
lebih mendalam dan peribadi dalam jangksa masa tertentu. Secara amnya, teori ini menggariskan
bahawa hubungan menjadi lebih akrab seiring waktu ketika pasangan berkomunikasi
mendedahkan maklumat mengenai diri mereka. Keakraban dan keitiman hubungan sosial
membantu pendedahan maklumat diri yang lebih peribadi.
Gerald Miller dan rakannya menjelaskan bahawa komunikasi interpersonal dalam teori
ini semakin sering interkasi itu dilakukan maka semakin bertambah peranan dan timbal balik
dalam komunikasi mereka. Terdapat beberapa demensi dalam teori ini, iaitu memiliki jarak
(breadth) dan keintiman (deph). Pada dimensi jarak, pasangan komunikasi akan memberikan
maka terhadap apa yang dilihat pada pasangan lawan komunikasinya seperti cara berpakaian dan
bercakap. Sedangkan pada dimensi keintiman, hal-hal peribadi menjadi topik perbincangan
antara peserta komunikasi itu.
Menurut teori ini, proses atau usaha komunikasi yang bertujuan memperolehi maklumat
tentang diri orang lain. Proses pembentukan hubungan di antara dua individu dilihat seperti
proses menembusi lapisan bawang besar. Lazimnya, sewaktu kita memasak dan menggunakan
bawang sebagai salah satu bahan masakan, maka kita terlebih dahulu akan mengupas kulit luar
bawang dan seterusnya lapisan-lapisan lain yang semakin ke dalam. Proses inilah yang
disamakan dengan personaliti kita, proses mengetahui seseorang sebenarnya memerlukan kita
menembusi lapisan luar dan seterusnya. Kita hanya boleh tahu dan kenal seseorang hanya
apabila kita dapat berkomunikasi dengannya. Dengan berkomunikasi, proses pendedahan kendiri
boleh berlaku. Pendedahan maklumat lebih luas tentang personaliti seseorang hanya dapat
diketahui apabila terbina hubungan sosial yang baik hasil daripada komunikasi awal.

Halaman | 10




Selain itu, toeri ini menjelaskan bahawa pihak yang terlibat dalam proses komunikasi
interpersonal akan melalui proses kenal-mengenal antara satu sama lain seperti berikut:
1. Perkara luaran lebih kerap dan lebih awal diceritakan kepada teman baru. Contohnya,
maklumat diri yang diceritakan pada peringkat awal adalah tentang tempat tinggal asal,
pekerjaan, kegemaran, minat ataupun hobi. Perbualan adalah pada tahap tidak formal.
2. Pendedahan kendiri ada resiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan perkongsian
maklumat. Contohnya, menceritakan tentang jadual kerja dan aktiviti hariannya. Jika pada tahap
ini ada pihak yang tidak bercerita tentang dirinya maka resiprokal tidak berlaku. Jika resiprokal
tidak berlaku maka komunikasi interpersonal itu akan mengalami gangguan dan menggagalkan
tujuan dan tahap komunikasi yang seterusnya.
3. Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi lambat
selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah. Selalunya dalam perkenalan awal, maklumat asas
seperti nama, kampung asal, pekerjaan dan pengalaman lebih cepat diceritakan atau didedahkan.
Tetapi maklumat lebih lanjut misalnya hal-hal yang lebih peribadi tidak didedahkan. Hal ini
berlaku kerana norma masyarkat yang tidak suka mendedahkan hal-hal peribadi pada peringkat
hubungan awal. Sekiranya ada pihak yang memaksa untuk mendapatkan maklumat peribadi
maka akan menyebabkan ketegangan hubungan yang akhirnya mungkin membawa kepada
perpisahan atau putus hubungan sosial.
4. Proses kebalikan tembusan ( depenetration) adalah proses menarik diri dari satu lapisan
ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan. Biasanya proses menarik diri
daripada melanjutkan komunikasi interpersonal berlaku secara perlahan. Situasi menarik diri
atau berundur daripada hubungan sosial samalah dengan proses berhenti daripada berkawan,
bercinta atau bersahabat. Ciri yang muncul dalam situasi ini adalah sikap seperti berdiam diri dan
tidak bertegur sapa, menjauhkan diri dan tidak berkongsi sesuatu dengan orang tersebut.

Halaman | 11

Situasi berikut dapat menjelaskan bagaimana teori ini berlaku dalam masyarakat.Seorang
lelaki bernama Ahmad bertugas sebagai guru dan ditempatkan di sebuah sekolah yang berada di
luar daerahnya. Tempat bertugasnya ini adalah tempat baru yang dia tidak mempunyai kenalan.
Pada hari melapor diri, Ahmad dijemput oleh wakil sekolah. Perjumpaan antara Ahmad dan
wakil sekolah tersebut merupakan proses awal komunikasi interpersonal, yang mana masing-
masing belum mengenal antara satu dengan lain. Proses komunikasi interpersonal dimulai
dengan komunikasi non verbal iaitu masing-masing meneka. Selepas itu komunikasi verbal
terjadi dengan pertanyaan nama masing-masing. Proses awal ini berlaku dengan cepat iaitu
pendedahan nama dan daerah asal. Tahap berikutnya berjalan dengan perlahan kerana
komunikasi lebih kepada hal-hal lain seperti mendapatkan maklumat berkaitan keadaan tempat
baru. Dalam konteks ini berlaku timbal balik antara Ahmad dan wakil sekolah dan dengan
demikian mula terbentuk hubungan sosial. Selanjutnya, tembusan sosial mula perlahan dan ini
berlangsung pada jangka masa yang lama.
Tembusan sosial pada peringkat yang perlahan memakan masa untuk mendedahkan hal-
hal yang peribadi, dan adakalanya tembusan sosial ini tidak sampai ke peringkat yang lebih
dalam. Hubungan sosial yang telah terbentuk banyak dipengaruhi oleh cara atau kualiti
komunikasi yang ditunjukkan oleh pihak yang terlibat dalam komunikasi itu.
Dalam situasi pasangan lelaki dan wanita misalnya, tembusan sosial bermula dengan
pendedahan nama, pekerjaan, tempat tinggal. Komunikasi peringkat ini berlaku dengan cepat.
Tetapi selepas itu, memasuki tembusan sosial yang berikutnya memakan masa, pada peringkat
ini kedua- duanya menjalin hubungan sosial yang belum mendedahkan hal-hal peribadi. Setelah
keduanya mempunyai sikap percaya dalam komunikasi maka fasa tembusan ke peringkat intim
akan berlaku. Disinilah hal-hal yang lebih peribadi diceritakan dan diberi respon. Sekiranya
maklum balas yang diterima adalah baik maka hubungan sosial itu akan berlanjutan ke peringkat
intim dan seterusnya hal-hal peribadi lainya didedahkan. Pada waktu yang sama, sekiranya tidak
terjadi sikap percaya atau kerana kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi tidak ditunjukkan
dengan baik maka ada kemungkinan hubungan ini akan tegang atau berakhir. Proses inilah yang
dikenal sebagai proses menarik diri.
Teori tembusan sosial menunjukkan bahawa untuk menjalin hubungan sosial dengan
orang lain maka perlu memiliki kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi. Setiap individu

Halaman | 12

mempunyai cara tersendiri untuk berkomunikasi dengan orang lain, sama ada verbal mahupun
bukan verbal. Pesan itu kemudiannya ditafsir atau direspon orang lain dan berlakulah
komunikasi interpersonal. Antara faktor penting yang mempengaruhi komunikasi interpersonal
adalah cara atau kualiti pesan itu disampaikan.
Kemahiran dan Ketrampilan berkomunikasi.
Lankard (1990) mendefinisikan kemahiran meliputi gambaran personal, kemahiran
interpersonal dan juga sikap dan tingkahlaku yang baik. Dalam konteks komunikasi
interpersonal, kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi sangat berpengaruh dalam
menentukan kesan kepada penerima pesan, dan seterusnya menentukan tahap atau kualtiti
hubungan sosial yang terbentuk.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi merujuk kepada kecekapan seseorang dalam
menyampaikan pesan dengan menggunakan sumber komunikasi dengan baik, berkesan, menarik
dan difahami sepenuhnya oleh penerima pesan itu. Keefektifan komunikasi interpersonal akan
menjadi pemangkin kepada terbentuknya hubungan yang positif terhadap orang lain. Ramai
orang yang berjaya dalam hidupnya kerana mempunyai hubungan yang sangat baik dengan
orang lain sehingga identiti dan personalitinya baik dikalangan komuniti. Dengan demikian,
mereka mempunyai peluang untuk memperoleh kepercayaan dari orang lain dibandingkan
dengan orang yang tidak mempunyai kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi interpersonal
yang baik.
Dengan menguasai komunikasi interpersonal sebenarnya kita juga membuka wawasan
diri untuk memahami orang lain dan seterusnya dapat berinterkasi secara positif dengan orang
lain. Terdapat beberapa faktor yang menjadi panduan dalam pembangunan sosial melalui
komunikasi interpersonal yang efektif seperti :
a. Mencipta faktor yang menarik perhatian orang lain.
Telah menjadi sifat asas manusia yang cenderung tertarik dengan diri sendiri
berbanding orang lain. Oleh kerana itu, untuk menjadikan orang lain tertarik dengan kita
maka kita hendaklah mencipta hal-hal yang menyebabkan orang lain tertarik dengan kita.
Misalnya mengajak orang lain berbincang tentang perkara-perkara umum seperti model

Halaman | 13

pakaian, olahraga dan isu-isu semasa yang sedang hangat dibincangkan masyarkat.
Kemahiran mencipta faktor ketarikan ini perlu dilakukan dengan penuh saksama kerana
adakalanya isu-isu seperti kesesakan lalu lintas, cuaca dan hal-hal umum yang
membosankan dan bersifat sensetif akan menjadikan kita sebagai faktor kegagalan
komunikasi interpersonal.
b. Membina rasa simpati
Membina rasa simpati bermakna membangun suatu persekitaran atau ruang
kawasan komunikasi di mana lawan komunikasi kita merasa percaya, yakin dan selamat
ketika berkomunikasi dengan kita. Kita juga perlu menunjukkan rasa hormat kepada
lawan komunikasi kita dengan cara menyebut namanya dan menghilangkan suasana
tegang. Sambutan yang mesra dan bersahabat melalui bahasa tubuh yang tepat akan
menjadikan lawan komunikasi kita bersedia membincangkan secara bebas hal-hal yang
dikehendaki.
c. Percaya / yakin pada diri sendiri
Memiliki kepercayaan atau keyakinan diri sangat penting dalam berkomunikasi
kerana dengan keyakinan diri itu kita mencipta dan menunjukkan imej diri yang
menjadikan orang lain percaya kepada kita. Kerapkali, komunikasi interpersonal menjadi
muram, tegang dan tidak aman kerana kurang percaya diri. Kurang percaya diri akan
menjadikan penyampaian komunikasi interpersonal menjadi gugup, gementar, takut,
khuatir was-was atau ragu-ragu dengan ucapan sendiri. Hal ini menyebabkan isi atau
pesan komunikasi tidak difahami sepenuhnya. Komunikasi menjadi kucar kacir.
Bermodalkan keyakinan diri yang tinggi sewaktu menyampaikan komunikasi, akan
mencipta suasana yang positif dan membuat lawan bicara kagum.
d. Mengaplikasikan 3 (tiga) hal penting.
Tiga hal penting itu adalah kemahiran bertanya, mendengar dan diam. Sebahagian
besar komunikasi yang efektif menggunakan tiga kemahiran ini. Selain penyampai
komunikasi yang penuh keyakinan diri menjadi kekaguman orang lain, orang yang
menjadi pendengar yang baik turut disenangi dalam komunikasi. Diam dan mendengaar

Halaman | 14

secara aktif, memberikan maklum balas yang positif terhadap topik perbincangan akan
menjadikan suasana komunikasi itu membentuk interaksi sosial yang baik. Situasi ini
sangat tepat digambarkan dalam teori tembusan sosial dan tukaran sosial.


e. Kejujuran dan empati
Mencipta ketarikan pada orang lain seperti yang dikemuakan di perkara awal
sebenarnya adalah bagaimana kita mencipta suatu bentuk ketarikan pada orang lain
dengan penuh kejujuran, bukan direka-reka atau berpura-pura tertarik. Kejujuran disini
bermakna jujur tertarik dengan orang lain. Perbuatan pura-pura tertarik biasanya mudah
dikesan dan menjadikan komunikasi interpersonal menjadi muram dan akhirnya akan
menyebabkan ada pihak yang terlibat dalam proses komunikasi itu menarik dari atau
berundur.
f. Optimis
Dalam interaksi dan komunikasi harian biasanya mudah membincangkan topik-
topk yang bersifat negatif seperti kekecewaan, rungutan, ketidakpuasan hati dan
kemarahan. Pelaksana komunikasi yang baik akan berusaha untuk memberikan maklum
balas yang sepositif mungkin dan tidak berlegar pada hal-hal negatif. Ini bererti,
pelaksana komunikasi yang baik bijak mewujudkan suasana positif. Inilah yang
membezakan pelaksana komunikasi yang baik dengan orang yang sekadar bijak
bercakap. Fikiran positif perlu dikembangkan agar tercipta suasana komunikasi
intepersonal yang nyaman dan harmoni, situasi ini membawa kepada keharmonian
hubungan sosial yang berkekalan. Sikap optimis dalam berkomunikasi dengan sendirinya
akan mencipta ketarikan sosial dan selalunya komunikasi yang lemah dan negatif akan
menyebabkan penarikan diri orang lain dalam ruang komunikasi itu.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi dapat dilakukan dengan mengamalkan perkara-
perkara seperti berikut:

Halaman | 15

1. Bijak melihat dan memaknakan komunikasi non verbal
Komunikasi non verbal boleh menunjukkan pelbagai erti dalam proses
komunikasi, misalnya ekspresi wajah, badan, gerakan tubuh badan, intonasi suara,
gerakan anak mata, diam dan perilaku sentuhan. Ekspresi wajah sebenarnya menceritakan
rasa, emosi dan perasaan seseorang. Rasa gembira, sedih, takut, risau, resah dan
sebagainya dapat dilihat melalui ekspresi wajah. Menurut para pakar komunikasi non
verbal, gerakan mata seseorang sangat penting dan utama untuk menggambarkan
perhatian dan minat, mempengaruhi orang lain dan dapat mengawal interkasi sosial
menjadi seperti yang dikomunikasikan secara non verbal. Badan dapat menunjukkan
bagaiaman keadaan seseorang, misalnya keadaan sedang sakit, riang mahupun
mengalami tekanan serta kebingungan. Situasi ini dapat dilihat dengan nyata sewaktu
temuduga dijalankan. Gerak tubuh boleh memberikan tafsiran seperti tidak tahu, dan
tidak mahu. Gerakan tubuh yang bermaksud menolak atau tidak mahu biasanya
dilakukan dengan menjauhkan diri dan menggelengkan kepala bermaksud tidak, bukan
atau tidak tahu. Intonasi suara pula menunjukkan perasaan marah, sinis, tegas, kecewa
dan meremehkan. Perilaku diam juga membawa erti tidak mahu diganggu, marah, geram,
benci dan sebagainya. Perilaku sentuhan juga membawa makna komunikasi seperti
kemesraan, mahu, sayang, rindu dan merayu.
2. Bijak menggunakan sumber komunikasi
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi bukan sekadar bersumber pada
kemampuan dan kebolehan yang datang daripada diri seseorang tetapi juga kecekapan
pelaksana komunikasi itu menggunakan sumber komunikasi seperti kemudahan internet,
surat khabar, telefon, radio, projektor, tv dan sebagainya yang dapat dijadikan alat
komunikasi kepada kumpulan sasaran. Penyampaian pesan secara tepat melalui alat
komunikasi merupakan bonus tambahan kepada pelaksana komunikasi yang baik.
Kecekapan penggunaan alat tersebut akan menambahkan kekaguman orang lain dan
seterusnya mencipta ketarikan. Dalam hal ini, wujud kepercayaan dan keyakinan orang
lain kepada penyampai pesan itu.


Halaman | 16

3. Menjadi penyampai komuikasi yang baik
Menjadi pelaksana atau penyampai komunikasi yang baik memerlukan kemahiran
tambahan seperti sikap peribadi semasa melaksanakan proses komunikasi interpersonal.
Sehubungan dengan itu, eleman-eleman yang perlu ada pada penyampai komunikasi
yang baik adalah seperti:
i. Kemahiran menumpuhkan perhatian yang jujur, empati dan selari dengan bahasa
tubuh iaitu menatap wajah lawan komunikasi.
ii. Kemahiran menyampaikan maklum balas secara tepat dan optimis dengan penuh
keyakinan diri dengan nada suara yang sesuai.
iii. Kemahiran mendengar secara aktif.
iv. Cekap menilai suasana komunikasi dan seterusnya memberikan maklum balas
berdasarkan suasana komunikasi dengan baik dan terarah.
Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi secara interpersonal sangat berpengaruh
dalam menentukan kualiti hubungan sosial yang seterusnya. Sama ada interaksi sosial itu kekal
dan mempunyai ganjarannya amat bermakna kepada semua pihak yang terlibat dalam proses
komunikasi itu. Selain perkara-perkara yang dinyatakan di atas, masih terdapat beberapa eleman
lain yang perlu diperhatikan seperti:
1. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi melibatkan komunikasi yang berkesan
melalui penggunaan bahasa yang boleh dimengerti oleh semua orang.
2. Kebolehan menyampaikan idea dengan jelas, berkesan dan penuh keyakinan,
secara lisan dan bertulis.
3. Kebolehan mengamalkan kemahiran mendengar yang aktif dan memberi
makluma balas.
4. Kebolehan membuat pembentangan secara jelas dengan penuh keyakinan dan
bersesuaian dengan tahap pendengar.
5. Kebolehan berunding dan mencapai persetujuan.

Halaman | 17

6. Kebolehan berkomunikasi dengan peserta komunikasi yang mempunyai budaya
berlainan.
7. Kebolehan mengembangkan kemahiran komunikasi perseorangan, dan Kebolehan
menggunakan kemahiran komunikasi bukan lisan.

Dalam konteks teori tukaran sosial dan teori tembusan sosial, kemahiran dan ketrampilan
berkomunikasi menjadi syarat penting bagi mencapai tujuan komunikasi itu dilangsungkan, sama
ada untuk mendapatkan ganjaran mahupun bagi mendapatkan maklumat atau informasi diri
pihak lawan komunikasi. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi mempunyai banyak unsur
dan eleman yang perlu dipelajari dan diamalkan bagi menjadikan seseorang itu peserta
komuikasi yang baik. Tidak diragui lagi bahawa, kedua teori ini memberikan penjelasan tentang
pembangunan sosial terutamanya dalam mengembangkan kecekapan berkomunikasi.
Berdasarkan pembahasan kedua-dua teori komunikasi interpersonal di atas maka dapatlah
disimpulkan bahawa kemahairan dan ketrampilan berkomunikasi amat penting dan ditekankan
dalam kedua teori ini. Kemahiran dan ketrampilan berkomunikasi yang dijelaskan dalam kedua
teori ini sangat berpengaruh dan memainkan peranan penting dalam mewujudkan hubugan sosial
yang berkekalan dan harmoni.

Halaman | 18

Rujukan

Saodah, Naimah & Yusof, (2004). Teori-Teori Komunikasi. Selangor: PTS Professional
Publishing Sdn. Bhd.
Joseph A. Devito (2002). The Interpersonal Communication Book. New York: Longman. Ninth
Edition.
Pearson. J.C dan Nelson P. E (2000). An Introduction to Human Communication Understanding
and Sharing. Amerika Syarikat: McGraw-Hill Higher Education. Eighth Edition.
Richard A. Fiordo (1996). Communication in Education. Cannada: Detselid Enterprises Ltd.
Calgary, Alberta.
Hybels, S., and R.L. Weaver II. (2001) Communicating Effectively. 6th Edition. New York:
McGraw-Hill.
Griffin, E. (2011). A first look at communication theory. (8th edition). New York: McGraw-Hill.

Verderber, R. F. and K.S. Verderber. (2002) Communicate! 10th Edition. Belmont, CA:
Wadsworth/Thomson Learning.
Altman, I., & Taylor, D., (1973). Social Penetration: The Development of Interpersonal
Relationships. NewYork: Holt, Rinehart and Winston.
Mansor, Rahman dan Shawaluddin (1998). Penghantar Komunikasi. Pulau Pinang: Universiti
Sains Malaysia.
Che Su Mustaffa dan Mohd Foad Sakdan (1993). Komunikasi Yang Efektif Dalam Pengajaran
dan Pembelajaran. Kuala Lumpur: Jurnal Guru. Keluaran 5.
Kamus Dewan (2008). Definisi komunikasi. Malaysia : Dewan Bahasa dan Pustaka.Edisi Empat.


Halaman | 19

Universiti Teknologi Malaysia.(2011, Januari 3). Kemahiran Komunikasi. Retrieved 18 July
2014, from http://www.utm.my/kokurikulum/panduan-kemahiraninsaniah/
kemahiranberkomunikasi.html

Zena07's,. (2008). TEORI KOMUNIKASI INTERPERSONAL. Retrieved 18 July 2014, from
http://zena07.wordpress.com/2008/04/25/teori-komunikasi-interpersonal/