Anda di halaman 1dari 40

IBLIS DAN ALAMNYA - siri 1

IBLIS DAN ALAMNYA (Musuh Kamu Yang Paling Nyata)



MUKADIMAH :
Bismilahirahmanirahim.

Bersyukur kita kehadrat Allah swt , selawat serta salam kepada junjungan besar kita Nabi Muhammad
saw, keluarganya dan seluruh sahabat-sahabatnya. Selawat serta salam juga kepada Sultan Wali Syaidi
Syeikh Abdul Khadir Jailani keluarganya serta semua kerabatnya, kepada kesemua Kanjeng Sunan Wali
Songo dan keluarganya. Juga terima kaseh tak terhingga kepada seluruh Guru-guru ku terutama Syeikh
Ahmad Junaiddy Al Arifbillah yang telah membuka jalan penulisan rencana ini serta semua guru-guru
yang berwasilah serta berabitah sehingga ketangan Rasullah saw... Al Fatihah.

Didalam kita membincangkan keruntuhan akidah dan akhlak masyarakat Islam dinegera kita dewasa ini,
sebenarnya kita tidak akan dapat lari memikirkan sebab sebenarnya mengapa pekara sebegini boleh
berlaku. Apa yang mendorong mereka sampai sanggup melakukan semua kerjakerja maksiat, sesat,
kurafat, kufur dan zalim kepada Allah swt seterusnya pada diri mereka sendiri. Jawapan nya tak lain dan
tak bukan ialah kerana ganguan daripada "musuh kamu yang paling nyata" iaitu Syaitan dan Iblis.

Tanpa ganguan mereka ini, semua pekara kejahatan serta keji pada pandangan Islam ini tidak akan
berlaku. Mereka inilah punca segala perbuatan jahat manusia. Mereka menjadi dalang supaya manusia
menjadi kufur pada Allah swt dan kemudiannya nanti berlepas diri dari semua kejahatan tersebut.
Kebanyakan orang Islam sedar dan tahu akan pekara ini, tetapi mereka buat juga pekara-pekara maksiat
itu serta merasa 'BANGGA' berbuat dosa. Kononnya berjaya keluar dari cengkaman Hukum Syarak dan
berani melangar undang-undang yang telah digariskan oleh Islam dianggap satu kejayaan yang bukan
semua orang Islam berani buat.

Kemudian menjadikannya modal perbualan setiap hari di warung-warung kopi, di kopitiam, di kenduri
kendara, di tempat-tempat perjumpaan mereka seperti kelab-kelab, di pejabat-pejabat, malahan di
kerja gotong royong di surau atau masjid pun mereka sanggup membawa cerita-cerita sebegini untuk
tatapan kawan-kawan nya. Ini belum lagi masuk bab-bab mengumpat, menghina, mengadu domba dll.
Maka tak terkira kejahatan dan dosa umat Islam pada hari ini dimerata tempat dan masa yang tak tahu
bila kesudahan nya. Adakah bila maut sampai baru anda mahu berubah ? atau mungkinkah anda
menunggu hari kiamat saja kesudahan kepada segala cerita ini ?

Persoalan nya... kita sendiri harus menjaga diri kita dan keluar daripada masalah seumpama ini supaya
tidak menjadi seperti mereka-mereka yang telah saya sebutkan diatas. Sebenarnya jika anda benar-
benar berani dan berjaya keluar dari semua jenis maksiat serta dosa-dosa besar dan kecil, dikala itulah
baru anda di 'iktiraf' sebagai pemenang dan benar-benar hebat, bukan sahaja dihormati oleh kawan-
kawan malahan seluruh masyarakat dan makhluk Allah swt dibumi dan dilangit serta mendapat darjat
disisi Allah swt. Untuk kita menjaga diri kita serta keluar dari masalah maksiat dan dosa ini seterusnya
supaya tidak terjurumus di dalam lembah kehinaan itu, maka kita disarankan untuk mengenal akan
'musuh kamu yang paling nyata' yang banyak disebut didalam Al Quran Ulkarim.


Sedangkan golongan Jin, Syaitan, Iblis ini lebih mengenal diri kamu dan semua kelemahan kamu dari
semenjak kamu di "buat" lagi, di Alam Rahim Ibu dan Semasa lahir hinggalah sekarang. Bagai manakah
kamu hendak melawan golongan ini sedangkan kamu sendiri tidak mempunyai pengatahuan tentang
mereka ?

Sudahlah kamu tidak boleh melihat mereka ditambah pula tiada ilmu berkenaan mereka, tidak tahu
kelemahan mereka malahan kamu tidak mengerti tipu helah mereka untuk menyesatkan kamu. Jadi
usaha pertama ialah mengenal dahulu siapa sebenarnya yang dikatakan "musuh kamu yang paling
nyata" ini. Dalil berkenaan dengan pekara ini adalah seperti berikut:

Allah swt berfirman didalam surah Al A'araf ayat 22 yang mafhumnya ;" Lalu ia (syaitan) menjatuhkan
keduanya ( Adam as dan Hawa ) dengan segala tipu daya. Setelah keduanya merasai (buah) pohon itu,
terbukalah bagi keduanya kemaluannya, sehingga keduanya menutupnya dengan daun pohon syurga.
Kemudian Tuhan menyeru keduanya, Apa tidakkah Ku larang kamu menghampari pohon itu dan Ku
katakan kepada mu bahawa syaitan itu musuh yang nyata bagi mu"

Dan firman Allah Lagi didalam surah Al An'am ayat 142 yang mafhumnya ; " Diantara haiwan-haiwan
ternak (yang dijadikanNya) pemikul beban dan untuk disembelih. Makanlah sebagai rezeki yang
dianugrahkan Allah kepada mu dan janganlah kamu turut langkah-langkan syaitan. Sesungguhnya
syaitan itu musuh mu yang nyata"

Sebenarnya banyak lagi dalil yang menyeru dan pemberi amaran agar kita sentiasa berwaspada dengan
golongan Jin, syaitan dan Iblis laknatullah ini supaya tidak terjurumus kelembah kehinaan dan mengikuti
mereka dicampak kedalam Neraka Jahanam. Maka kita mestilah mengenal pasti sebaik baiknya tentang
makhluk musuh kita ini dan seterusnya dapat melihat kerosakan dan kesesatan yang mereka hasutkan.
Kita juga akan dapat mengetahui bentuk-bentuk tipu helah akan makhluk ini serta mencari kelemahan
mereka pula. Barulah boleh kita hindari mereka ini serta mendapat kejayaan yang Allah swt telah
janjikan kepada kita.

Maka saya ingin berkongsi akan penyelidikan yang telah saya jalankan secara bersendirian disegala
ceruk rantau Nusantara ini di Indonesia, Borneo, Sulawisi, Thailand, Sumatera dan disini (Malaysia).

Di dalam mencari maklumat rupabentuk perguruan, ajaran, ritual, penyembahan, persemadian serta
yang digelar "bersatu" dengan Makhluk Halus atau golongan Jin, syaitan dan Iblis ini. Tetapi pada kali
pertama ini, saya muatkan dahulu pengenalan kepada Alam Iblis ini supaya anda tahu perbezaan
diantara mereka serta tugas-tugas mereka bagi memudahkan anda memahaminya. Didalam mencari
maklumat itu adakalanya terpaksa "menyertai" ke dalam sesuatu perguruan kebatinan, barulah kita
dapat mengetahui selok belok sesuatu jurusan malahan ada kalanya terpaksa bersama-sama dalam
ritual yang mereka jalankan itu.

Saya yang pada mulanya di arah untuk melakukan ujian rohani. Saya disuruh melakukan penjelajahan
dari satu tempat kesatu tempat, dari satu Pensentren ke satu Pensentren, dari satu Guru ke satu Guru,
dari satu Pondok kesatu Pondok, Dari satu Perguruan ke satu Perguruan, dari Desa, Pekan dan Bandar
telah saya jejaki untuk mencari Alam Misteri Orang-orang Melayu yang benar atau pun yang salah dari
segi akidah dan akhlak Agama Islam.

Tetapi sebelum itu saya telah dilengkapi dengan Ilmu dan pengetahuan didalam bab-bab Syariat,
Tarikat, Hakikat dan Makrifat serta semua juzuk juzuk akidah dan akhlak serta juga mengikuti pengajian
Ilmu Haq Perimbun dari Perguruan Tarikat Nasabandiah; Kadiriah Banten Jawa Tengah, serta Perguruan
Tarikat Ahmadiah di Banyu Mas Jawa Barat iaitu Pensentren peningalan Kanjeng Sunan Wali Songo dari
keturunan Sunan Ampil, Sunan Bonang, Sunan Darajat dan Sunan Kalijaga yang kebetulan pula
merupakan salasilah keturunan sebelah Ibu saya.

Penyelidikan ini seumpama membuat Tesis diperingkat PhD kalau di Universiti tetapi saya mengambil
masa terlalu lama iaitu 7 tahun 9 bulan dan 11 hari sebelum diarah pulang semula ke Pensentren di
Jawa Tengah tanpa menghabiskan penyelidikan itu yang tiada penghujungnya. Maka saya ingin
kongsikan bersama anda buat pertama kalinya di maya ini "Iblis dan (musuh kamu yang paling nyata)"
semoga ia akan memberi manafaat kepada anda dalam menempuh dugaan perjalanan hidup yang
sementara ini.

PENGERTIAN ISTILAH JIN :

Pengertian istilah Jin adalah merupakan suatu makhluk yang di jadikan Allah swt tersembunyi dari
penglihatan mata kasar Manusia kecuali kepada mereka-mereka yang diberi Allah kelebihan dapat
melihat mereka semua malahan boleh pula tinggal di Alam tersebut untuk "bertanding" bagi menguji
darjah keimanan mereka.

Alam Jin ini adalah berkedudukkan diantara Alam Malaikat dan Alam Manusia. Mereka tidak dibenarkan
melepasi sempadan alam Mithsal dimana jika mereka berdegil juga cuba menyeberangi sempadan itu,
maka mereka akan ditembak dengan panahan petir dan halilintar, Berbeza dengan para Malaikat dan
juga Manusia yang boleh memasuki ke alamalam Jabarut, Lahut dan Malakut dan hanya sesetengah
Manusia sahaja yang boleh melepasi kesemua alam-alam tersebut dengan izin Allah swt.

Inilah keistimewaan yang dikhususkan oleh Allah swt kepada manusia-manusia yang telah menjadi
kekasihNya berbanding dengan para Malaikat. Ingat peristiwa Nabi saw "Israk dan Mikraj" ke langit
bertemu dengan Allah. Maka kita sebagai umat Muhammad saw yang setia, taat dan ikhlas harus juga
begitu, dengan kebenaran Nabi saw dan Allah swt, segalanya pasti !

Jin tidak wujud (sebenar) seperti Manusia dan juga ghaib (sebenar) seperti Malaikat. Bererti mereka
tidak murni dan tidak lattif iaitu hanya boleh menyerupai murni dan tidak lattif manakala tidak berjisim
dan mempunyai Roh sebenar. Mereka hanya boleh menyerupai manusia untuk tujuan penyamaran dan
penipuan sahaja. Itupun bukannya semua Jin mampu berubah-ubah wajah, hanya golongan tertentu
yang mempunyai darjat sahaja.

Maka golongan Jin ini dijadikan daripada Jisim Murni dari Api dan Angin yang sangat panas dan daripada
Nurani iaitu Roh, Nafsu, Akal dan Hati yang tidak "Lattiful Rabaniah" seperti Manusia, bersesuaian
dengan kejadian golongan Jin itu sendiri di atas kehendak Allah swt, Tuhan Maha Pencipa segala
kejadian. Tetapi para Jin ini tidak diizinkan oleh Allah swt untuk menyerupai rupa paras Nabi
Muhammad saw atau pun mengaku sebagai Nabi saw di semua tempat dan masa walau dengan apa
cara sekali pun, baik didalam mimpi atau jaga.


Jika anda bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw, sila rujuk semula Guru Rohani anda kerana
ditakuti penyamaran para Jin peringkat tinggi ini boleh juga berlaku, mereka terpaksa menanggung
risiko yang tinggi untuk 'terkorban' (mati dicabut nyawanya) manakala rakan yang lain akan
menyambung tugas menipu manusia itu di dalam syak, zon dan waham yang paling sukar untuk
melepaskan dirinya. Sebab itulah kita kena berhati-hati dan perlu diteliti dengan cermat akan masaalah
ini. Ini penjelasan oleh beberapa orang Guru Rohani yang arif akan penafsiran mimpi dan dalam bab tipu
muslihat Iblis.

ASAL KEJADIAN MAKHLUK JIN :

Seperti yang telah saya sebutkan sedikit diatas tadi, bahawa kejadian makhluk Jin ini adalah dari api dan
angin yang sangat panas yang juga dipanggil Api Al Maarij dan Angin Samuun. Istilah akan Api Al Maarij
adalah nyalaan api yang takat suhunya sangat panas iaitu bercampur diantara lidah api yang berwarna
biru, hijau, kuning, merah dan hitam yang tidak berasap. Hanya Allah swt sahaja yang mengetahui akan
takat suhu kepanasan api Al Maarij ini yang sama sekali tidak sama dengan takat suhu api yang ada di
Dunia ini. Banyak dalil yang boleh dipetik dari ayat-ayat Al Qaran dan hadis-hadis Nabi saw berkenaan
dengan kejadian makhluk Jin ini diantaranya ialah :

Allah swt Berfirman didalam surah Al A'araf ayat 12 yang mafhumnya; "Engkau jadikan aku (Iblis
berkata) dari api sedangkan Engkau ciptakan dia (Adam as) dari tanah "

Firman Allah swt didalam surah Al Hijr ayat 27 yang mafhumnya; " Jin Kami ciptakan sebelum Manusia
dari api yang sangat panas "

Manakala sabda Rasullah saw berkenaan kejadian Jin adalah seperti berikut: Telah diriwayatkan oleh
Imam Muslim dari sanat yang saheh bahawa Rasulullah saw telah bersabda yang maksudnya " Malaikat
telah diciptakan dari cahaya, Jin diciptakan dari Api, sedangkan Adam diciptakan dari sesuatu yang telah
disebutkan kepada mu (tanah) ".

Al Samuun pula ialah angin yang sangat panas juga yang Allah swt mengadunkannya dengan lidah api Al
Maarij lalu diciptakan makhluk Jin ini. Gambaran berkenaan jenis angin panas Al Samuun ini dirakamkan
dari sebuah hadis Nabi saw seperti berikut :

Diriwayatkan dari Ibnu Mas'aud, bahawa Rasullah saw ada bersabda yang maksudnya, " Angin Samuun
itu adalah sebahagian daripada 70 bahagian dari angin yang sangat panas yang daripadanya Allah
ciptakan Jin ".

Dari semua dalil-dalil yang disebutkan diatas, maka bolehlah disimpulkan bahawa Allah swt telah
menciptakan daripada sel sel atom dari lidah api yang sangat panas Al Maarij dan sel sel atom dari angin
yang juga sangat panas iaitu Al Samuun yang telah diadunkan sedemikian rupa (Maha suci Allah
daripada sifat-sifat Manusia) yang Allah sahaja yang mengetahuinya. Kemudian Allah swt tiupkan Roh
dan Nyawa padanya, maka jadilah ia makhluk bernama Jan (asal usul datuk segala makhluk Jin), maka
hiduplah ia seperti yang Allah swt kehendaki.

Rupabentuk asalnya (setelah diciptakan ini) tidak pula diberitahu di dalam mana-mana ayat Al Quran
ataupun Hadis Nabi saw. Jadi hanya ia tersimpan atas perbendaharaan pengatahuan Allah dan RasulNya
sahaja. Tetapi Allah swt mengizinkan mereka (golongan tertentu) boleh menyerupai apa saja yang
disukainya kecuali rupa dan paras Nabi Muhammad saw (yang telah diterangkan diatas tadi).
Setelah Allah swt menciptakan makhluk jin ini, maka diwajibkan ke atas mereka dan semua
keturunannya nanti memikul semua hukum-hukum syarak agama Islam, seperti juga umat Manusia
semuanya. Iaitu semua hukum-hukum Wajib, Sunat, Makruh, Halal, Haram dan Harus pada semua juzuk-
juzuknya, disemua tempat dan masa menjadi Fardu ke atas mereka untuk sentiasa di dalam keadaan
taat memikul tanggungjawab ini hingga kehari kiamat.

Pada asalnya mereka ini (asal usul datuk mereka) iaitu Jan sangat taat serta beriman kepada Allah swt,
dan mereka juga melahirkan zuriat dari golongan Jin yang juga metaati Allah swt keseluruhannya.
Setelah beberapa keturunan dari itu pula berlaku beberapa perubahan dimana ada di antara mereka
pula yang kufur dan kekal kufur kerana tidak mahu dibebani dengan hukum hakam yang di Fardukan ke
atas mereka itu.

Mereka-mereka yang kufur ini pula melahirkan zuriat yang juga kufur ke hadrat Allah swt hingga ke hari
ini. Jadi samalah ceritanya dengan umat Manusia, mereka ada yang sesat, murtad, fasiq, munafiq serta
zalim. Ada juga yang taat, soleh, alim dan mukmin. Maka mereka juga akan menerima hukuman yang
sama seperti manusia iaitu samada dimasukkan ke syurga atau ke neraka di akhirat kelak.

RUPABENTUK DAN JENIS-JENIS JIN.

Sememangnya Allah swt tidak mengambarkan akan rupabentuk dan paras wajah Jin, Syaitan dan Iblis
dimana-mana ayat didalam Al Quran, tetapi Allah swt telah memberi izin kepada golongan Jin tertentu
menzahirkan diri mereka menyerupai apa saja rupabentuk yang mereka sukai kecuali Nabi Muhammad
saw.

Maha Suci Allah swt dan sifat Maha Mengatahui apa-apa yang tersembunyi dan yang nyata. Iaitu jika ia
dibenarkan juga menyerupai Nabi saw, maka hancurlah semua umat Islam hari ini. Begitu pun
pemiliharaan yang Allah swt telah tetapkan kepada kesucian rupa paras Nabi saw, masih ada juga
segelintir manusia mengaku menjadi Nabi (dengan hasutan Iblis dan syaitan), mengaku bercakap dengan
Nabi dan mendapat mandat mengantikan Nabi akhir zaman, dan tak terkira banyaknya manusia yang
bermimpi bertemu Nabi (jelmaan Iblis) dan membawa ajaran baru. Begitulah tipu daya Iblis kepada
manusia yang telah disesatkan olehnya. Berhati-hati jika anda didatangi mereka ini.

Sesetengah Ulama menyatakan bahawa rupa paras makhluk Jan (datuk jin) selepas dijadikan Allah
sememangnya menjadi rahsiaNya. Tetapi selepas mereka dicampakkan ke bumi maka sesetengah
golongan Jin ini menjelma ke beberapa rupa iaitu Anjing, Ular, Manusia dan lain-lain. Mengikut Ulama
itu lagi bahawa rupa, tingkah laku, kelakuan para Jin adalah lebih kurang 80% menyerupai Manusia dan
20% menyerupai Malaikat. Rasullah saw di dalam beberapa hadis yang telah diriwayatkan menerangkan
bahawa Jin tergolong kepada 3 kelompok besar iaitu :

Telah diriwayatkan oleh Al Baihaqi dari sanat soheh yang bermaksud;" Dari Jabir Nafir, dari Abi Sa'labah
Al Kuntsa ra bahawa ia mendengar Rasulullahsaw bersabda; Jin terbahagi kepada tiga kelompok,
pertama adalah Jin yang mempunyai sayap yang boleh terbang ke udara, kedua adalah Jin yang berupa
Ular dan Anjing, sedangkan yang ketiga adalah yang boleh berubah-ubah bentuk diri-nya ".




Manakala yang diriwayatkan pula oleh Ibnu Abbas ra, beliau menyatakan bahawa; "Anjing itu termasuk
kepada golongan Jin. Ia merupakan salinan (jelmaan) Jin. Kalau ia menghembus-hembuskan nafasnya
dekat pada makanan mu, maka campakkan makanan itu kepadanya kerena ia mempunyai selera
terhadapnya. Akan tetapi yang berwarna hitam gelap dengan dua titik putih diatas matanya adalah Jin
yang sangat jahat. Kalau kamu melihat anjing seumpama ini, jangan dibiarkan. Bunuhlah ia "

Manakala dari saheh Muslim, telah diriwayatkan hadis dari Abdullah ibnu As Shamit, dari Abu Zar ra,
bahawasanya Rasullah saw bersabda yang maksudnya; " Bila kamu berdiri untuk mengerjakan solat,
maka buatlah oleh mu halangan yang merupakan tanda bagi mereka yang lalu, kerana jika kamu tidak
berbuat seperti itu maka solat mu akan diputuskan (diganggu) oleh keldai, kaum wanita dan anjing
hitam ". Imam an Nawawi Rahimakumuallah pernah memberitahu didalam syarahannya bahawa
perkataan "al Bahim" (didalam hadis-hadis tersebut) merupakan anjing yang hitam pekat. Manakala dua
titik putih diatas kedua matanya agak mudah dilihat (disebabkan perbezaan warna yang jelas antara
hitam dan putih itu). Dari kitab al Musaqah.

Manakala dari Iman Al Buhari Muslim meriwayatkan dari Ibnu Umar ra, bahawasanya ia mendengar
Rasulullah saw berkhutbah di mimbar masjid dan bersabda yang maksudnya; " Bunuhlah ular. Bunuhlah
Dzu At Thafiyatan dan Al Abtar, kerana kedua-dua binatang itu menyembur mata dan mengugurkan
kandungan ".

Ulama mentafsirkan bahawa yang dikatakan ular jenis Dzu At Thafiyatan itu adalah ular yang
mempunyai garisan putih dibelakang kepalanya. Manakala Al Abtar pula ialah ular yang tidak
mempunyai ekor.

Jika di sebelah sini, masyarakat mudah melihat ular tedung selar dan ular tedung senduk yang
mempunyai garis dibelakang kepalanya. Juga ular yang tak berekor dipanggil ular kontot. Memanglah
kedua-dua jenis ular ini mempunyai bisa yang tersangat kuat yang boleh menyebabkan kematian
dengan cepat, apabila ibu yang sedang mengandung dipatuk oleh ular-ular jenis ini maka akan
keguguran kandungannya akibat menahan bisa yang tersangat kuat itu. Ini telah disahkan sendiri oleh
seorang Raja ular dari Perguruan Permainan Ular Di Batu Malang Surabaya Jawa Timur.

Setelah kita merenung hadis-hadis Rasullah saw berkenaan 3 kelompok Jin tadi, terdapat satu lagi
golongan yang yang telah disebut didalam Al Quran iaitu :

Allah swt berfirman didalam surah Al Ambiyaak ayat 82 yang mafhumnya :" (Kami tundukan) diantara
syaitan-syaitan, mereka yang menyelam masuk ke laut untuk (keperluan) Sulaiman dan mengerjakan
perkerjaan yang lain daripada itu dan adalah Kami memelihara mereka ".

Mengikut keterangan Ulama-ulama tafsir, ayat ini menerangkan perihal Mujizat Nabi Allah Sulaiman as
yang boleh memerintah kerajaan Jin di mana semua Jin ini menjadi pekerja kepada baginda. Ada yang
menyelam ke dasar laut untuk mencari mutiara dan ada pula yang berkerja membuat bangunan dan
lain-lain. Oleh itu ada lagi satu golongan Jin yang berkebolehan menyelam ke dasar lautan, sungai atau
tasik. Jika kita bertanya kepada orang asli laut (orang Seletar), mereka akan mengatakan "hantu laut".
Oleh itu boleh dirumuskan bahawa ada satu lagi golongan Jin yang mendiami Lautan, tasik atau sungai
yang perlu diambil kira juga, maka kesemua kelompok Jin ini adalah 4 iaitu :



1) Kelompok bersayap yang boleh terbang.

2) Kelompok Anjing dan Ular.

3) Kelompok yang boleh berubah-ubah bentuk.

4) Kelompok yang boleh menyelam.

Jika mengikut keterangan daripada Guru-guru ahlillah yang pernah tinggal di Alam Jin ini untuk beberapa
ketika, mereka memberitahu bahawa terdapat berjuta-juta bentuk dan rupa paras golongan Jin ini yang
tak dapat digambarkan dengan kata-kata kerana tak dapat disamakan dengan apa juga bentuk di alam
nyata ini dan tidak dapat diterima oleh logik otak manusia. Walau bagaimana sekalipun terdapat juga
rupa bentuk yang bolehlah ditafsirkan seperti berikut :

1) Jika golongan Jin Islam yang beramal soleh serta alim, rupa parasnya cantik dan elok .

2) Manakala golongan Jin kafir atau Jin Islam yang fasiq serta munafiq, rupa parasnya hodoh, kotor dan
mengerikan.

3) Ada golongan yang terlalu Gemok dan boleh membesarkan badannya sebesar gunong, manakala ada
juga yang kurus dan boleh mengecilkan tubuhnya sehalus kuman yang boleh masuk keliang roma
Manusia beramai ramai.

4) Ada golongan yang sangat tinggi dan ada yang sangat rendah, ada yang leper dan yang bulat, lonjong,
berpintal pintal berubah saiz dan bentuk juga.

5) Mereka juga berwarna warni mengikut golongan atau puak. Ada yang puak biru, puak merah, puak
kuning, puak hitam, puak putih, puak hijau dan lain-lain (spt cerita Allahyarham P. Ramlee pulak)

6) Mereka boleh tinggal di kesemua bahagian dunia, di permukaan bumi, dalam bumi, di atas air, di
dalam air, di atas awan, di udara, di dalam hutan, di atas pokok, di dalam rumah tinggal, surau tinggal, di
sungai, di laut, di bukit bukau, di puncak gunung malahan di mana-mana saja.

7) Bilangannya teramat ramai, berbilion-bilion kali ganda dari jumlah manusia. Boleh ditakrifkan bahawa
"setiap ruang ada dia". Jika Allah swt memberi manusia dapat melihat, susah manusia nak hidup. Sesak
nafas, rimas dan tak boleh nak bergerak pun. Mereka boleh lihat apa saja perbuatan manusia. Itu sebab
kita disuruh tutup aurat ketika mandi, ketika bersama Isteri, ketika keluar rumah dan ketika
berseorangan. Mereka ada di sekeliling kita memerhati gerak geri kita.

8) Ungkapan "sebaik-baik Jin sejahat-jahat manusia" adalah benar. Jin Islam paling tinggi iman, warak,
soleh, alim dan yang paling berilmu, masih lagi ada sifat Mazmumah di dlam diri mereka seperti riak,
takabbur, ego, ujub dll yang mana boleh pada bila-bila masa berubah menjadi kufur, murtad, munafik,
zalim sekelip mata saja. Terutama apabila manusia mengambil dirinya menjadi "Khadam" atau
"sahabat". Disaat itu juga ia kufur pada Allah swt kerana ujub dan takabur pada Allah. Ia jadikan manusia
itu hamba dia dalam semua bentuk beribadah sebagai syarat untuk berdamping. Manusia yang bodoh
itu menurut kehendak Jin itu. Jadilah dia duduk di dalam sirik besar iaitu menduakan Allah swt tanpa
sedar, kerana pergi minta pertolongan selain daripada Allah. Ia mengambil Jin sebagai wali (penjaga).

Jin di Alam Melayu

Menjurus kepada permasaalahan orang-orang Melayu yang berkait rapat dengan alam Mistik,
dikawasan Nusantara inilah tertumpunya segala ajaran sesat, kepercayaan kebatinan, ajaran-ajaran
Mistik Pagan Mesir Kuno, ajaran penyembahan Iblis, penyebaran fahaman-fahaman sesat serta banyak
lagi fahaman songsang ditambah pula dengan campur tangan ajaran keagamaan seperti Majusi, sembah
dewa, Budha, Hindu dan Kristian.

Jika di Indonesia masaalah ini begitu kronik sekali. Kejatuhan moral umat Islam di sana sangat mencabar
pihak yang menjaga hal ehwal agama Islam. Dengan jumlah umat Islam yang begitu ramai, kekurangan
dana pembiayaan, masaalah kemiskinan masyarakat Islam dan budaya mudah sangat menerima segala
bentuk ajaran yang dianggap "agama" bagi mereka, maka menyebabkan mereka sukar membendung
jumlah Umat Islam yang menjadi MURTAD setiap hari.

Inilah sebabnya Indonesia "dipilih" oleh mereka-mereka yang bergerak sebagai "penaja", menyalurkan
dana bagi tujuan untuk dijadikan pusat penyebaran dakyah sesat mereka. Orang-orang Melayu Malaysia
yang selalu "menganggap" pencarian Ilmu Agama atau pun Tarikat yang lebih murni boleh diperolehi di
sana yang akhirnya terjebak dengan dakyah songsang Kepercayaan Kebatinan yang mirip ajaran Tarikat.

Mereka menjadi pengikut Iblis dan kuncu-kuncunya di sana dan kemudian kembali kemari untuk
menjalankan pula dakyahnya di sini. Ada juga yang saya temui sendiri disana memberitahu, mereka
datang memang mencari Ilmu seumpama itu untuk cepat kaya. Mencari jalan pintas yang mudah untuk
kebendaan dunia langsung menyerahkan seluruh jiwa dan raganya kepada ajaran Iblis.

Inilah situasi sebenar yang berlaku dalam masyarakat di Kawasan Nusantara ini. Cetek pengetahuan
agama adalah punca sebenar akan pekara ini. Justeru perhatikan muslihat Iblis yang menjadikan
manusia manusia Iblis sebagai pendakwahnya. Sekarang syaitan dan Iblis tidak lagi bersusah payah
untuk berkerja menyesatkan Umat Islam. Mereka telah punya askar-askar, kuli-kuli dungu yang berkerja
untuk mereka dengan menerima bayaran yang murah. Iaitu manusia-manusia bodoh yang telah
diadaptasi, dikawal minda untuk menjadi sebahagian dari mereka.

Saya menyeru agar anda berwaspada, tidak berapa lama lagi mereka ini akan menyerang Malaysia
habis-habisan bagi menarik seberapa ramai orang-orang Melayu yang beragama Islam menjadi sesat
seperti mereka. Ingatlah akan pesanan saya, "Syaitan dan Iblis itu adalah musuh kamu yang paling
Nyata" !!!

Orang-orang Melayu yang sangat kreatif selalunya menganggap golongan Jin ini boleh menjadi budak
suruhan mereka. Sebenarnya anggapan ini tersangatlah SALAH dan jauh tersasar. Golongan syaitan dan
Iblis ini sangat bijak. Mereka dulu hafal Al Quran, mereka kenal asal usul kejadian manusia, mereka tahu
kelemahan manusia, mereka sentiasa mengintai gerak geri manusia, mereka mengikuti setiap benih
yang jatuh ke rahim wanita muslim, mereka duduk di sebelah jenin manusia dalam rahim ibu muslimah
dan mereka turut lahir bersama setiap bayi muslim yang lahir dan membesar bersama-sama mereka.






IBLIS DAN ALAMNYA

KEPERCAYAAN ORANG MELAYU :

Orang-orang melayu tak kira apa keturunan pun pasti tidak lari daripada kepercayaan kurafat terutama
yang sangat memegang Adat Resam sebagai gaya hidup. Mereka selalunya menganggap makhluk Jin ini
dengan panggilan Hantu, Polong, Lembaga, Mambang, Puaka, Penunggu, Jembalang, Puteri, Dewa dll.
Panggilan ini diberikan kerana kononnya atas alasan fungsi yang berbeza antara satu dengan yang lain,
padahal mereka semua adalah dari satu jenis makhluk yang satu spesis iaitu Jin.

Maka perbuatan, perangai dan tujuan mereka adalah sama, iaitu membuat manusia sesat walau dengan
apa cara sekali pun. Orang Melayu yang suka berperasangka, berkhayal, dengki, khianat, bermusuhan,
suka benda magic, mistik, suka nampak hebat pada masyarakat, suka kepada puji pujian maka memang
tepat untuk mereka duduk ber "sahabat", ber "Khadam", ber "saka", ber "Daulat" dengan kaum jenis ini.
Kaum yang lain susah sikit sebab tak faham, diajar pun bebal. Orang Melayu tak payah ajar, dia tahu
sendiri, kan senang. Betul tak ???

Oleh itu marilah kita kenal pasti makhluk yang dipanggil hantu, puaka, jembalang yang menjadi
kebanggan dan kemegahan orang-orang Melayu dulu, kini dan selamanya !

A) Dari kelompok yang mempunyai sayap yang boleh terbang keudara iaitu;

1)Hantu Pontianak 2) Hantu Langsuir 3) Hantu Penangal 4) Hantu Pokok Pulai 5) Hantu Pari-pari 6) Puteri
Mayang Mengurai 7) Hantu Pokok Ara 8) Hantu Jurai 9) Hantu Tang Long 10) Hantu Angin Pasang 11)
Hantu Kepala Angin 12) Hantu Pelesit 13) Puaka Burong Wak wak 14) Hantu Ampaian 15) Dewa Langit
16) Dewa Hujan 17) Hantu Terbang Helang Putih 18) Hantu Bangau Putih.

B) Dari Kelompok yang melata dibumi dan berubah ubah wajah juga menghilang ;

1)Hantu Raya 2) Hantu Toyol 3) Hantu Kubur 4) Hantu Jerangkong 5) Hantu Jembalang 6) Hantu Punjut
7) Hantu Jepun 8) Jin Tanah 9) Mambang Tanah 10) Jembalang Tanah 11) Hantu Sundal Bolong 12)
Hantu Bungkus 13) Hantu Pocong 14) Hantu Mati Dibunuh 15) Hantu Polong 16) Hantu Gua 17) Hantu
Bukit Tunggal 18) Hantu Gunong 19) Hantu Kereta 20) Puaka Pulau 21)Lembaga Hitam 22) Hantu Lubuk
Puaka 23) Hantu Kopek 24) Hantu Tangga 25) Hantu Sempang Tiga 26) Penunggu Taliair 27) Hantu Jeti
28) Hantu Mayat 29) Hantu Saka 30) Hantu Sampok 31) Hantu Pari2 Lembah 32) Hantu Kom Kom 33)
Puaka Lubuk Hantu 34) Hantu Kolong 35) Hantu Bumbung 36) Hantu Cina 37) Hantu Jongos 38)Puaka
Gua Hantu 39) Hanti Perigi Buta 40) Dewa Hutan 41) Dewa Gunung Merapi 42) Dewa Lembah Dingin 43)
Bunian (Pari-pari Hutan) 44) Dewa Daulat 45) Hantu Gigi 46) Pantas di Awan 47) Hantu Galah 48) Hantu
Tinggi 49) Hantu Lombong Tinggal 50) Panglima Hitam 51) Pamglima Harimau Berantai 52) Harimau
Jadian 53) Puteri Mak Yong








C) Dari kelompok dalam air, tepi air, atas air yang boleh menyelam dan berenang ;

1) Hantu Air
2) Pari-pari Air
3) Hantu Laut
4) Hantu Perahu
5) Penunggu mata air
6) Penunggu Jeram
7) Hantu Buaya Tembaga
8) Hantu Sungai
9) Hantu Lubok Puaka
10) Hantu Tasek Biru
11) Puaka Laut Selatan
12) Penunggu Kunci Air
13) Hantu kepala air
14) Penunggu Pertemuan Dua Sungai
15) Puteri Pulau Tujuh 16) Dewa Sungai
17) Dewa Laut

D) Dari Kelompok yang menyerupai binatang ;

Selain dari 2 jenis binatang yang telah disebutkan didalam hadis-hadis Nabi saw, terdapat juga jenis-jenis
lain yang menyerupai binatang juga dikira sejenis atau sebangsa dengannya iaitu :

1) Jenis Anjing Hitam pekat dengan dua titik putih (spt dlm hadis Nabi saw)
2) Jenis Ular tedong selar/senduk dengan garis putih dibelakang kepalanya (spt dlm Hadis Nabi saw)
3) Jenis Harimau Jadian penjaga kawasan dan Kampung.
4) Jenis Penjaga burong jenis jadian spt burong yang besar.
5) Jenis Puaka Laut yang berupa Ikan Pari besar.
6) Jenis Puaka Laut dalam berupa Sotong Kurita yang sangat besar.
7) Jenis Jelmaan Buaya Sungai yang besar.
8) Jenis Jelmaan Serigala atau Serigala Jadian
9) Jenis Jelmaan Harimau Putih atau Macan Putih
10) Jenis Jelmaan Babi Hutan yang besar penjaga puak orang asli bukit.
11) Jenis Jelmaan Naga atau Ular Besar Penunggu Pulau, Tasik, Laut, Sungai, Gunung dll.

Kurafat, Keji dan Kufur

Jika anda perhatikan ke semua jenis hantu, puaka, jelmaan dan lain-lainl diatas, tidakkah ia menepati
ciri-ciri yang disebutkan di dalam hadis-hadis dan juga ayat al Quran ?. Memanglah semua nama itu
tidak disebut satu persatu disana, tetapi ijtihad serta ijmak Ulamak harus tuan-tuan ambil kira dalam
menetapkan sesuatu Hukum. Terutama kesepakatan Ulama-ulama bangsa Melayu sendiri telah
menetapkan perbuatan ini adalah Kurafat, Keji, Kufur dan tidak boleh diterima langsung dalam Islam.
Sudah terang lagi kan bersuluh, keterangan ayat sebegini jelas pun masih hendak dipertikaikannya lagi.
Inilah Tabiat orang-orang Melayu yang dah kemaruk Iblis, otak dan hatinya telah dikencingkan Syaitan
dan Iblis, di mind control, telah disihir oleh puak Iblis sesat. Mereka memutar belitkan kata kata untuk
membenarkan dan untuk meyakinkan masyarakat bahawa apa yang diamalkan, disimpan, dibela dan
diyakini itu tidak bertentangan dengan Syarak atau hukum agama Islam.
Terutama yang berkaitan dengan adat resam datuk nenek moyang mereka. Mereka mempertahankan
dengan apa juga cara. Pada hal mereka telah menyimpang jauh dari syariat Islam, dari perintah Rasullah
saw dari perintah Allah swt, supaya menjauhkan diri dari puak-puak syaitan dan Iblis ini, baik dalam apa
juga alasan kamu. Begitulah jauhnya dan dalamnya pengaruh kesesatan yang telah tertanam jauh
dilubuk hati, minda, jiwa dan raga orang-orang Melayu yang kemudiannya mereka ditunggangi oleh
golongan Jin, Syaitan dan Iblis ini untuk menjadi jelmaan mereka iaitu "Manusia Iblis".

Inilah dia masaalah kronik orang-orang Melayu di dunia sebelah Nusantara ini. Di tempat yang Melayu-
Melayu ini banggakan seperti ungkapan "The Promised Land", "Tempat Kebangkitan Dari Timur",
"Kebangkitan Imam Mahadi dari Timur", "Kebangkitan Panji2 Hitam Dari Timur", "The Land of the God",
"The Armageddon from East" dll... sedangkan isinya, masyaallah...

MASYAALLAH !!!! MACAM MANA NAK PERGI PERANG BERSAMA ORANG-ORANG ARIFIN, MUTTAKIN,
HAQQIKIN TU,

kalau dalam dada bersarang Iblis ??? silap2 kamu dahulu yang kena. Mengikut penyelidikan kawan
sendiri, diantara semua hantu, jembalang, polong dll yang kawan sebutkan diatas tadi. Antara yang
sangat popular dijadikan "sahabat", "Khadam" dan yang seumpama dengannya kemudiannya menjadi
SAKA keturunannya antaranya ialah :

1) Dewa Daulat - Raja-raja melayu, orang Istana, Pawang diraja, Orang bergelar, ketua adat dan segala
adat istiadatnya, peniup Nafiri dan keseluruhan keturunan mereka terlibat dgn SAKA DAULAT.

2) Pontianak - pengamal perbidanan, urut dan andaman pengantin

3) Toyol - untuk mengumpul kekayaan, wang ringgit.

4) Bunian (pari-pari hutan) - Pengamal perbomohan dan perubatan tradisional

5) Jembalang Tanah - orang asli jakun dan semai dlm perdukunan

6) Hantu Langsuir - perbomohan dan pengamal santau dan tuju-tuju.

7) Puteri Mayang Mengurai - perbomohan dan perubatan

8) Puteri Pulau Tujuh - perbomohan dan perubatan

9) Dewa Laut - pengamalan orang sakai laut utk perlindungan ribut dan nelayan.

10) Dewa Sungai - org asli dayak sungai utk perlindungan kaumnya dan perubatan

12) Hantu Raya - jaga harta benda, anak cucu, rumah, kebun dan jadi kaya

13) Hantu Pokok Kayu Ara - pengalamal Kuda Kepang dan barongan

14) Pantas di Awan - utk jaga diri, keluarga, tanaman, perubatan, hebat dan gagah

15) Hantu Bukit - org asli senoi dan jakun. utk jaga kawasan
16) Hantu Perahu - org asli kuala, utk jaga perahu dan arah cari ikan

17) Puteri Mak Yong - pengamal tarian makyong tujuan diminati org ramai.

18) Hantu Air - org asli Dayak Laut dan seletar tujuan cari ikan banyak.

19) Jembalang Pulau - pengamal wayang kulit,dikir barat, rebat, selampit

20) Panglima Hitam - Popular pd pengamal persilatan dan pertahanan diri, boleh dikatakan hampir
kesemua persilatan melayu menyeru namanya dan dgn sendirinya ia didampingi - silat Seru dll.

21) Dewa Sungai - perguruan silat sending

22) Penunggu Pulau - perguruan silat Lincah

23) Hantu Bangau Putih - persilatan Bangau Putih

24) Puaka Terbang putih - persilatan Helang Putih

25) Jembalang Tanah - persilatan Budi Suci, wali suci, Roh suci dan silat Cimandi.

26) Dewa Kura-kura - Persilatan Kura-kura, labi-labi atau lelabi.

27) Harimau Jadian - Persilatan Gayong Harimau, Silat Harimau, Persilatan Macan Putih

28) Jembalang Harimau Berantai - Silat Harimau Berantai

29) Dewa Saka - Persilatan dan perbomohan Buang Saka.

30) Dewa Angin - Perbomohan raja santau dan tuju

31) Hantu Tulang - Pengamal urut patah

32) Puaka Pulau Pemanggil - Pandai bersyarah, ahli politik, tok ketua, ustaz, lembut lidah, memukau
orang, bersuara kuat dll

33) Puaka Harimau Kerinci - sahabat utk menjaga kampong, rumah, keluarga, kebun, tanaman, ternakan
dan boleh bawa tuannya pergi kemana2 dengan cepat.










IBLIS DAN ALAMNYA - siri 2

MASALAH MELAYU BER JIN :

Setelah kita telah didedahkan dengan sebahagian daripada masaalah orang-orang Melayu yang
membela Sahabat, Khadam, Saka Daulat, Saka Keturunan dan lain-lain nama yang searti dengannya.
Mari kita lihat masaalah sebenar kenapa orang-orang Melayu suka sangat membela Jin atau berJin, jika
menurut perkataan yang sebenar bahasa digelar berhantu.

Anggapan bahawa hantu tidak sama dengan Jin menyebabkan mereka menerima kehadiran Jin dengan
baik seolah-olah kaum Jin itu lebih tinggi darjatnya dari hantu dan berbeza antara mereka. Pada hal
mereka itu didalam kelompok yang sama, sehati sejiwa dan mengidamkan manusia manusia untuk
dijadikan hambanya seperti binatang ternakkan.

Penyebab utama yang dapat dikenal pasti adalah mereka merasakan suatu kuasa ghaib perlu untuk
membantu mereka untuk menjaga keluarga, anak bini, ruman, kebun, harta, kampung, kawasan, daerah
dan negeri. Juga adalah kerana asal usul nenek moyang yang tidak terdedah dengan soal kebenaran dan
kesalahan atau keburukan dan kebaikkan atas semua kepercayaan yang telah mereka anuti, pegang dan
yakini. Mereka telah terbiar tidak beragama sekian lama berabat-abat sebelum kedatangan Islam ke
Nusantara. Diwaktu itulah kepercayaan kepada Dewa, Syaitan dan Iblis atau Kepercayaan Kebatinan
bermahrajalela tersebar begitu luas oleh puak-puak yang datang terdahulu sebelum Islam seperti
kepercayaan sesat Pagan Majusi Mesir Kuno Sembah Dewa, Majusi Mesir Sembah Api, Hindu sembah
Dewa, ditambah dengan puak-puak Melayu itu sendiri mempunyai Tok Batin, Tok Dukun dan Tok
Pawang yang sangat kreatif mencipta sendiri "Tuhan" mereka dengan segala bentuk penyembahaan,
adat istiadat, pemujaan, persemadian, ritual, jampi serapah, persembahan tanda taat setia yang
akhirnya berkembang biak menjadi pegangan hidup orang-orang Melayu dikebanyakan negeri, daerah
dan perkampungan mereka. Kemudian mereka menopoli pihak-pihak Ketua Puak-puak Melayu, Raja-
raja Melayu, Pemimpin Masyarakat Melayu setempat mempamirkan Ilmu Sihir, Ilmu-ilmu Sakti, Magik,
Silap Mata (semua kategori sesat belaka). Kemudian menyatakan semua itu hasil taat kepada 'Tuhan
Dewata' (Iblis la tu) mereka itu yang kemudiannya telah membuat semua pemimpin Melayu itu
kehairanan, Pelik dan Taksub lalu mengambil Tok- tok Dukun atau pun Pawang tadi menjadi Penasihat
Raja.

Maka senanglah Dukun atau Pawang tadi menetapkan hala tuju pemerintahan Raja itu kerana diberi
pangkat dan diberi tugas didalam hal ehwal Adat Istiadat Istana. Kemudian semakin jauh ia akan
menguasi Raja apabila ia menjadi tempat rujuk Raja, apa juga masalah pentabiran akan dirujuk dahulu
kepada Penasihat Negara, Pawang Negara dan Ahli Nujum Negara, maka dikala inilah ia dapat
menukarkan ' agama Istana' kedalam agama yang dia anuti atau kepercayan baru ciptaannya. Raja yang
telah terpengaruh itu dengan mudah mengikut sahaja sebab telah di mind control (pukau). Jika Raja
telah menganuti dan memegang kepercayaan, Umpamanya Majusi Sembah Dewa, maka semua
rakyatnya akan mengikut pula, Jadi tidak susah lagi kerja Tok dukun, tok Pawang tadi untuk
menyebarkan ajaran sesat mereka diseluruh negara. Pawang dan Dukun ini pula mengada-adakan adat
istiadat dan upucara yang bukan-bukan sebagai contoh Upacara Sembah Beradap, Upacara Pertabalan,
Upacara Berarak Junjung Duli Tuanku, Upacara Sembah, Upacara Bersemayam, Upacara Mandi, Upacara
Gendang Nafiri dll untuk golongan Raja. Kemudian menyusun kata-kata seperti seolah-olah Raja tu dah
jadi dewa atau tuhan. Sebagai contohnya beta, patik, menjunjung duli, mencemar duli, daulat Tuanku.
Dalam kajian yang dibuat, perkataan - perkataan ini ada dua maksud. Maksud diluar seperti biasa saja,
seolah-olah rakyat semua menghormati raja yang telah biasa di amalkan oleh orang-orang melayu pada
waktu itu. Tetapi jika diselak disebalik kata-kata itu penuh dengan sanjungan melampau seolah-olah
dewa atau sama taraf denganTuhan. Perkataan Tuanku adalah berasal dari kata Tuhan-ku. Patik
bermaksud Anjing (jadi rakyat ni semua sanggup sampai mengelar diri mereka itu anjing), Duli bererti
gusti (bahasa jawa) ertinya dewa tuhan, Sembah ertinya sujud kepada dewa (dari perkataan Sembah
yang - sembah dewa yang) , Daulat sejenis Raja Iblis keturunan Ifrait, bersemayam ertinya naik atau
duduk ditempat tertinggi seperti Tuhan, Permainan Nafiri itu alat-alat puja dewa kuno orang-orang asli
dan berbagai lagi ciptaan Dukun dan Pawang yang mesti diikut, jika tidak Duli Daulat akan marah dan
mengamuk. Adat istiadat inilah yang tidak pernah dibuang walaupun mereka kemudiannya memeluk
agama Islam. Hanya Nama saja berubah, tetapi amal perbuatan penyembahan kepada dewa ini sampai
sekarang diamalkan.

Kepada orang awam, Batin, Pawang dan Bomoh pula mesti berbuat sesuatu yang tidak nampak sesat,
alasannya ialah "untuk tujuan perubatan", "Tak apa, sikit je", "Nak baik, dibolehkan...(membuat sesuatu
bertentangan Syarak) membuang ancak, membuang sial, mandi bunga, mandi minyak dan semah darah
ayam, kambing, kerbau dll. Membakar kemenyan, setangi, colok dan lilin dimestikan. Sebenarnya semua
jenis pekara yang disebutkan ini adalah merupakan "ISYARAT" memanggil, penyatuan dan masuk dalam
badan. Jin akan menerima isyarat ini dan memulakan kerja jahatnya pada manusia. Adalah diingatkan,
sebarang bentuk isyarat pada jin sangat penting pada mereka. Tampa isyarat yang kita buat, dia tidak
boleh berbuat apa-apa, kecuali jin yang sedia ada dalam badan pesakit tadi. Begitulah serba sedikit
contoh pujaan, anutan dan kepercayaan kuno masyarakat Melayu yang masih lagi berlaku sampai
sekarang.

Raja Melayu

Apabila Mubaligh-mubaligh Islam datang atas arahan Baginda Rasullah saw, maka didapati kerajaan-
kerajaan tersebut telah mempunyai kepercayaan dan satu jenis pegangan seolah-olah agama anutan
mereka. Memang sesetengah Raja Melayu berjaya di Islamkan oleh mubaligh-mubaligh Islam tadi.
Tetapi sebenar-benarnya mereka tidak meninggalkan adat istiadat lama mereka. Sebab itulah hingga
kehari ini semua Raja-raja Melayu akan melalui proses yang sama dalam adat istiadat kuno itu semasa
pertabalan dan lain-lain lagi, dan yang paling nyata sekali semasa laungan "Daulat Tuanku" itu
berkumandang dilaungkan oleh semua rakyat dan pembesar - pembesar negeri. Tahu kah anda semua
apa sebenarnya berlaku ??? Inilah "Isyarat" yang meletakkan "Dewa Daulat" sebagai ikutan dan
pegangan sebenar mereka. Apa sebenarnya nama DAULAT itu ???

Ia adalah NAMA SEEKOR JIN IBLIS PERINGKAT TINGGI DARI KETURUNAN JIN IFRIT, laungan daulat tuanku
bererti DAULAT TUHAN KU seperti yang telah disebutkan diatas tadi. Bagaimana sekarang ???

Mana ada sebut pasal Allah, pasal Rasulullah. Ada dimana-mana perkataan Allah dan Rasulullah
disebutkan ??? Semua ini kepercayaan kurafat dan sesat, baik dari segi Syarak, Akidah, Akhlak,
Pengorbanan diri dan Harta.

Tidak ada dimana-mana hadis Rasulullah saw mengajar sahabatnya atau umatnya pekara seperti ini atau
disebuat dimana-mana ayat dalam Al Quran ajaran seumpama ini dan pastinya juga ulama-ulama dahulu
dan sekarang juga bersependapat tidak akan menbenarkan pekara kurafat seumpama ini diterima dalam
agama Islam.



Adakah fakta ini benar ??? Sila tanyakan persoalan ini kepada Dato Dr. Hj Harun Din, kerana beliau
pernah menulis fakta yang sama didalam sebuah Akhbar Utama negara ini pada suatu ketika dahulu.

Beliau telah cuba merungkai permasalahan ini, namun dipandang sepi oleh Pihak Istana, Pemimpin
Negara, Jabatan Agama Islam, JPM, KDN, Penyimpan Moho Besar Raja-raja, Majlis Raja-raja Melayu,
Penyimpan Adat Istiadat Diraja dan semua Masyarakat. Malahan beliau telah diberi amaran oleh
beberapa pihak berkepentingan didalam soal adat istiadat ini pula.

Nah.... sampai bila??? Persolannya sampai bila mahu disimpan PEKONG ini ??? Pekong yang telah
sampai kesum-sum tulang, pekong yang telah sebati dengan urat, daging dan darah orang-orang
Melayu. Fikirkanlah!

Anda tak puas hati lagi ??? Baik, bukankah anda semua golongan terpelajar ? Sekarang sudah masuk
zaman Moden, zaman Mellinium bukan lagi zaman Kuno. Fikir pakai Logik akal....saya nak tanya anda,
dari mana datangnya "daulat Raja" (berlaku perkara mencarek adat) itu ??? Ya, dari mana ??? sila
jawab.... ??? tolong bagi hujah anda ???

Saya pasti tuan-tuan semua akan mengaru kepala... atau melopong sahaja... atau terdiam... nak cuba
lagi...????????

Nak saya tolong anda semua jawab ????

Adakah pekara mencarik adat itu merupakan "MAU'NAH" atau "KAROMAH" (pertolongan dari Allah swt)
kepada Raja itu tadi ????

ooooopppps sorry, itu pertanyaan bukan jawapan!

Susah sangat ke nak menjawabnya ??? atau anda dah dapat teka, tapi tak boleh nak cakap????

Takut kena marah dengan Raja ????

OK..... Bagi nak menentukan samada ia datang dari Allah atau tidak, kenalah dipastikan dulu beberapa
pekara, iaitu :

1) Bagaimana raja itu beribadat ???
2) Darimana ia belajar semua bab dan juzuk-juzuk pengajian Islam itu ???
3) Siapa Guru yang mentarbiah dan mengajar beliau ???
4) Darimana kah asas pengajian Syariat, Tauhid, Usuluddin dan Tasaauf yang beliau dapat ???
5) Adakah beliau pernah 'Mubaiaah' dengan mana-mana Ulama-ulama yang Muktabar , atau paling
kurang pun guru-guru yang mengambil ilmunya dari Ulama Muktabar itu ???
6) Adakah Gurunya itu mempunyai Sanat Keilmuannya menyampai kepada Rasullah saw ???
7) Adakah Wasilah dan Rabitahnya juga menyampai ketangan Nabi saw ???
8) Adakah telah "bulat penyerahan dirinya kepeda Allah" atau pun menyampai Makrifah nya kehadrat
Allah swt ???




Jika kesemua 8 soalan diatas ini mempunyai jawapan yang betul, ya dan benar, maka memang benarlah
ia mendapat perlindungan dari sumber sebenarnya iaitu Allah swt. yang dinamakan 'Mau'nah' atau juga
dipanggil 'Makwanah' atau pun "Karamah" (pertolongan Allah swt).

Tetapi jika sebaliknya tiada jawapan yang boleh diterima sebagai benar, maka perlindungan atau pekara
mencarik adat itu datangnya dari sumber yang dimurkai Allah swt............. iaitu semestinya dari IBLIS
LAKNATULLAH !!! (dinamakan 'Istidrajh', atau 'Syakwazah').

Jika masih tidak berpuas hati lagi..... cari mana-mana Ustaz yang fasih akan bab ini dan tanya. Atau anda
boleh bertanya di TV 9 di dalam program "Tanyalah Ustaz", kot Ustaz boleh tolong berikan jawapan yang
anda musykilkan.

Bukan nya apa tuan- tuan dan puan- puan seklian, bukan saya nak buka aib sesiapa, atau merendahkan
keturunan sesiapa atau pun bukan juga saya nak mencabar sesiapa. Ini adalah tanggungjawab kita
sesama Islam untuk menegur jika berlaku sesuatu Kekufuran dalam Masyarakat. " Amal Makruf, Nahi
Mungkar ". Kewajipan, Fardu Kifayah didalam Syarak ini akan ditanya dihadapan Allah Rabuljalil
diakhirat kelak, Bagi setiap jiwa rakyat yang bernaung dibawah Kerajaan Malaysia yang indah ini. Kita
wajib menegur kepincangan ini samada dengan mulut, anggota dan hati. Dari dekat atau dari jauh. Jika
kita tidak berbuat demikian, kita juga turut menerima padahnya kerana membiarkan dan membenarkan
terus pekara seumpama itu berterusan. Maka berlepas dirilah anda semua dari masaalah fitnah Iblis
yang sangat kronik dan besar ini kepada orang-orang Melayu Islam ini khasnya. Adakah akan hilang
kuasa kalau Raja-raja Melayu tidak ber "Daulat" ? Sebenarnya mereka akan lebih baik lagi kedudukan
mereka didunia dan akhirat. Percayalah, semua orang-orang Melayu sentiasa menyokong Rajanya walau
apa pun terjadi, ia adalah jati diri Melayu. Tetapi Tuanku janganlah mengambil yang lain selain Allah swt
sebagai tempat berlindung kerana bukan Tuanku seorang saja yang akan menanggung akibatnya
malahan semua rakyat Tuanku juga akan terpalit sama. Maka jalan terakhir bagi kami rakyat Tuanku
ialah melepaskan diri kami daripada fitnah ini.

Ikrar dan doa melepaskan diri dari fitnah Iblis dalam bab ini;

Bismillahirahmanirahim,

" Saya dan semua peringkat perguruan yang bersama-sama saya, Guru-guru, dan semua rakan-rakan,
sahabat-sahabat yang sealiran dengan saya dan sesiapa juga yang beragama Islam yang membaca
rencana ini, hari ini dengan rasminya bahawa kami semua melepaskan diri kami dari fitnah ini dan tiada
lagi kaitan dengan kami akan ke semua permasalahan ini iaitu dari mereka-mereka yang ber Sakakan
Jin atau bersahabatkan Jin di dunia dan akhirat. Semoga Allah menerima pelepasan diri kami ini dengan
berkat Nabi kami Muhammad saw di semua arah, bab dan juzuk-juzuknya. Bahawa ikrar ini menjadi
saksi, anda semua dan kami juga turut menjadi saksi di akhirat kelak bahawa kami telah membuat
teguran di dalam rencana ini. Jika mereka tidak mahu berubah atau tidak mahu mendengar akan
teguran ini, maka di kala itu putuslah tanggung jawab Syarak di atas kami semua ke atas mereka dan
janganlah kami ditanyakan lagi akan permasalahan ini di akhirat kelak ".... amin ya rabbal alamin.

( Kepada anda pembaca rencana ini, sila "Qhosad" dalam hati akan ikrar melepaskan diri ini supaya
do'man kita semua melepaskan diri bersamasama).



Teguran saya ini bukan untuk golongan Raja-raja Kerajaan Melayu Islam saja, malahan kesemua orang-
orang Islam Melayu yang masih mempertahankan perbuatan mereka membela, menyimpan dan
menyangai akan semua jenis "sahabat" atau 'Khadam" dari puak Jin itu, samada mereka sedar atau pun
tidak, suka atau pun tidak, dengar atau pun tidak. INGAT... kami semua telah berlepaskan diri kami
semua dari perbuatan anda, tinggalah anda bersendirian dengan masaalah anda sampai bila-bila, kekal
ia selamanya. Nasihat kami kepada anda yang berkenaan.... Buanglah semua 'sahabat', 'khadam' atau
'jin saka' yang bersama dengan anda sebelum mata anda tertutup. Amat besar seksaan yang sedang
menanti anda yang telah disediakan Allah swt diakhirat kelak iaitu Neraka Jahanam kepada mereka-
mereka yang menyekutukanNya dalam semua ibadah atau pun kerja buat mereka disemua tempat dan
masa, sama ada sedar atau tidak, sama ada anda tahu atau pun tidak, sama ada anda suka atau pun
tidak. Percayalah, seksaan bagi golongan yang kufur dan syirik itu amat pedih yang tak terhingga dan ia
kekal selama-lamanya didalan Neraka Jahanam bersama-sama dengan "Sahabat" dan "Khadam"
kesayangan anda itu.

Allah berfirman didalam surah Al Araaf ayat 179 yang mafhumnya ;" Sesungguhnya Kami jadikan untuk
Neraka Jahanam kebanyakan diantara Jin dan Manusia, bagi mereka ada jantung (Kalbi) hati, tiada
mengerti dengan hatinya dan bagi mereka ada mata, tiada melihat dengan matanya dan bagi mereka
ada telinga, tiada mendengar dengan telinganya. Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan lebih sesat
lagi. Mereka itulah orang-orang yang leka".

Keterangan ayat : Allah telah menciptakan Neraka Jahanam tempat kembali kepada mereka yang
bersekutu dengan Jin. Malah kedua-duanya sekali akan dicampakkan kedalamnya. Mereka telah diberi
segala keterangan terdahulu tetapi tidak mahu melihat dengan mata mereka, mereka juga tidak mahu
mendengar nasihat dan amaran yang telah diberi didalam Al Quran dengan telinga-telinga mereka
malahan mereka tidak mahu membuka hati mereka untuk bertaubat. Mereka seperti binatang ternakan
yang ditarik hidungnya oleh Iblis dan Syaitan. Malahan menjadi lebih sesat dengan kebodohan mereka
itu. Hati mereka keras, otak mereka tertutup, semua pancaindera mereka telah diikat sebab itu mereka
tidak lagi dapat melepaskan diri dari perangkap Iblis dan Syaitan. Jangan terjadi seperti ini.

Firman Allah didalam surah Jin ayat 6 yang mafhumnya; " Dan sesungguhnya seorang lelaki diantara
Manusia minta berlindung kepada beberapa lelaki diantara Jin, lalu mereka (manusia) menjadikan jin-jin
bertambah sombong ".

Keterangan ayat: Begitu telah Allah gambarkan bahawa jika manusia meminta pertolongan dari pihak Jin
dengan Ber "sahabat " dengan mereka, bukannya akan membetulkan keadaan, malahan menyebabkan
kaum Jin itu bertambah-tambah sombong dan bongkak terhadap Allah swt. Maka apabila manusia
berkawan dengan musuh-musuh Allah itu dengan sendirinyalah mereka itu sama seperti sahabat-
sahabat mereka itu juga.

Firman Allah lagi didalam surah An Nisak ayat 38 yang mafhumnya ; "Barang siapa yang mengambil
Syaitan menjadi temannya, maka Syaitan itu adalah seburuk-buruk teman".

Keterangan ayat : Janganlah kita mengambil Jin sebagai sahabat, kerana Jin, Syaitan dan Iblis itu
sebenarnya Sahabat yang membawa kamu sesat dari jalan Allah swt untuk selama-lamanya. Mereka
hanya akan membawa keburukan kepada kamu dan tiada kebaikan langsung.



Dan firman Allah didalam surah Al Mumtahinah ayat 1 yang mafhumnya ; "Hai orang-orang yang
beriman, janganlah kamu mengambil musuh Ku dan musuh mu menjadi wali (penolong atau penjaga),
kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang pada hal mereka itu kafir (Iblis yang kufur) kebenaran
yang datang kepada mu. Mereka mengusir rasul dan kamu (Nabi Adam as dan keturunannya), kerana
kamu beriman kepada Allah Tuhan mu, Jika kamu keluar berjuang pada jalan Ku dan menuntut
kereadhaan Ku, kamu rahsiakan kepada mereka kasih sayang Pada hal Aku mengetahui apa-apa yang
kamu sembunyikan dan apa-apa yang kamu lahirkan. Barang siapa berbuat demikian diantara kamu,
maka sesungguhnya ia telah sesat dari jalan yang lurus ".

Keterangan ayat: Sesetengah Ulama tafsir menggunakan juga ayat ini sebagai bentuk larangan
bersahabat dengan golongan Jin kerana bentuk ayat ini juga boleh dikaitkan dengan hubungan yang
manusia buat dengan golongan Jin secara rahsia, padahal Allah mengetahui akan semua pekara. Inilah
kebodohan manusia yang menganggap mereka cerdik padahal mereka menipu diri mereka sendiri.
Mereka yang mengikut Iblis dan mengikut tunjuk ajarnya adalah sesat dari jalan Allah selama-lamanya
dan pastinya akan dihukum dengan setimpal.

Syekh Mahyuddin Al Arabi memberitahu " Adalah orang yang bersedudukan (bersahabat) dengan
makhluk Jin tidak akan beroleh Rahmat dan Ilmu dari Allah, kerana mereka itu sangat jahil akan Allah
dan sifat-sifat Nya".

Maka dari semua keterangan ini, amat jelas sekali bersahabat atau berkhadamkan makhluk Jin dari apa
juga bangsanya adalah ditegah dan dilarang sama sekali kerana mereka hanya mempersendakan dan
memperbodohkan kamu semua. Sedangkan yang tak berkadam pun amat sukar lepas dari gangguan nya
inikan lagi bersekududukan dengan mereka. Sudahlah telah ditetapkan setiap individu manusia memiliki
Qarin yang sentiasa mengikuti mereka ditambah dengan jin-jin yang lain nak diberi lagi ruang. Manusia
tidak akan dapat mengimbangkan dirinya walau apa pun yang mereka dakwa. Berbeza dengan Rasullah
saw, beliau sentiasa dijaga bahkan Qarinnya juga diislamkannya kemudian mengikut kata-katanya dan
suruhannya. Beliau maksum dari perbuatan keji dan dosa. Jin melihat nur yang ada padanya pun boleh
hancur lebur inikan pula hendak berhadapan dengan nya. Kita hanya manusia biasa yang sangat jauh
dari perlindungan seumpama itu. Jadi jagalah diri kamu sebaik-baiknya supaya tidak terjerumus dengan
hasutan Syaitan dan Iblis itu. Buang segala Saka Maka yang ada dengan kamu, bersihkan diri kamu dari
semua itu, semoga Tuhan berserta kamu dijalan yang benar.

LATARBELAKANG DAN CIRI-CIRI MAKHLUK JIN :

Adapun latarbelakang dan ciri-ciri golongan Jin ini adalah sambungan dari siri 1 rencana ini. Ia dikutip
dari beberapa pendapat Ulama-ulama tafsir dan Guru-guru yang arif didalam bab ini kemudiannya di
cantumkan didalam rencana ini supaya dapat memberi maklumat tambahan serta kefahaman tentang
apa juga pekara yang bersangkutan dengan mereka. Sama ada pekara itu besar atau kecil didalam
memandang masaalah permusuhan , kebencian dan halangan yang sangat jelas dan nyata yang mereka
cipta supaya kita juga jauh dari Rahmat Tuhan. Saya paparkan semuanya dan terpulanglah kepada tuan-
tuan semua menilai sendiri akan maklumat yang telah dikumpulkan ini yang telah dianilisa dan dibuat
rujukan demi rujukan. Sama ada ia boleh diterima atau pun tidak kerana sesetengahnya tiada sokongan
dari hadis dan dalil dari ayat Quran bagi menguatkan hujah-hujah mereka itu. Kebanyakannya adalah
cerita dari satu genarasi kesatu genarasi Guru-guru atau Ulama -ulama yang ditulis sebagai naskah
peribadi atau pun catatan anak-anak murid mereka yang masih ada.


Didalam Alam Iblis sebenarnya terdapat berjuta-juta kerajaan kecil dan besar yang setiap satu
bersambung-sambung dengan yang lain. Manakala setiap kerajaan itu pula mempunyai sistem
berajanya tersendiri. Kepala setiap kerajaan ini adalah berajakan Iblis, sama ada Iblis tu besar atau kecil.
Syaitan pula adalah rakyatnya yang paling kuat berkerja siang dan malam mengikut giliran kerana
mereka juga ada masa untuk tidur macam kita. Mereka sangat tekun dan berdisplin kerana takutkan
askar-askar Iblis yang sangat garang dan ganas (lebih ganas dari kominis, zionis atau askar jepun zaman
dulu). Mereka akan dibunuh saja jika malas kerana berjuta ada lagi yang boleh diharap dari yang malas
itu. Pendek kata mereka ini tidak mahu meninggalkan perhatian mereka walau sesaat jua pun, sileh
berganti antara mereka dikala tidur atau jaga sentiasa disisi manusia itu sehingga manusia itu rebah
ditangan mereka. Hanya yang betul-betul bertakwa sahaja yang lepas. Yang lain semuanya terjatuh dan
tersungkur melutut dikaki Iblis Laknatullah.

Begitulah perasaan cumburu, irihati, kebencian dan api permusuhan yang sangat dalam sekali dihati Iblis
kepada seluruh Manusia keturunan Adam as. Ini hanya merujuk kepada kelompok Jin-jin kafir dan Jin-jin
Islam yang fasiq dan munafiq. Ia tidak termasuk pada komplok Jin Islam yang Abadi, solihin, Arifin,
Mutaqin dan mendapat darjat Waliallah golongan Jin yang mengambil Rasullah saw sebagai penjaga
mereka. Komplok ini tidak menganggu umat Manusia, mereka hanya sebok dengan urusan mereka
sendiri dan tidak turut campur akan permusuhan Iblis dan Manusia itu. Mereka ini lah yang tergolong
daripada Umat Muhammad yang masuk Syurga yang ada juga disebut didalam Al Quran. Mereka juga
tidak terlibat menjadi Khadam atau Sahabat atau berkahwin dengan Manusia atas sebab malas
beribadah. Mereka sangat Taat akan perintah Rasul dan perintah Allah tetapi jumlahnya hanya sedikit .
Jika hendak dibuat perbandingan, mungkin dalam sejuta ekor hanya seekor dari komplok ini. Seperti
juga Manusia, yang dipilih menjadi kekasih Allah swt hanyalah sedikit sahaja.

Mereka mampu bergerak melebihi kelajuan Cahaya. Sangat jauh dari kemampuan Mnausia kecuali
manusia yang Allah swt beri kelebihan. Umur mereka sangat panjang ada yang mencecah ratusan ribu
tahun, puluhan ribu tahun.Manakala kelompok raja-raja Iblis pula tidak pernah mati dari dahulu hingga
sekarang yang telah diberi izin Allah pada mereka atas permohonan mereka dulu. Firman Allah dalam
surah Al Hijr ayat 36-38 yang mafhumnya ;

"Iblis berkata, ya Tuhan ku ! berilah aku tempoh, sampai hari dibangkitkan. Allah berfirman,
sesungguhnya engkau diberi tempoh. Sampai waktu yang ditentukan " .

kalau nak dihitung akan jumlah makhluk Jin ini memang tak terhitung. Jumlahnya tersangatlah banyak,
bagaimana nak dihitung jika ; seluruh jumlah manusia dari Nabi Adam as hingga hari kiamat didarab
dengan semua jumlah seluruh binatang didarab semua jumlah tumbuh-tumbuhan didarab dengan
semua jumlah batu batuan didarab dengan seluruh jumlah pasir yang ada dimuka bumi ini, itu pun
dikatakan hanya 1 nisbah 10 dari jumlah golongan Jin ini. Manakala jumlah Jin itu pula hanya 1 nisbah 10
jumlah para Malaikat. Jumlah Malaikat hanya Allah swt dan Rasulnya saja yang yang tahu.

Mereka mendiami hampir keseluruhan muka bumi ini, lautan, udara, awan dan di Alam Mithsal. Didalam
sesetengah rumah manusia juga turut mereka diami bersama-sama dengan manusia. Dengan jumlah
mereka yang begitu sekali ramainya, maka bolehlah kita anggapkan hampir keseluruhan muka bumi ini
telah mereka penuhi. Dari setiap inci dari muka bumi ini mereka diami, mengikut ahli tafsir ini lagi
dengan perbandingan yang mereka selalu katakan iaitu ;



"jika sebatang jarum jatuh kelantai, jarum itu akan jatuh dahulu kebahu bahu makhluk Jin ini sebelum
berada betul-betul dilantai tersebut". Jadi tuan-tuan bayangkanlah betapa ramainya mereka bersesak-
sesak tinggal dengan Manusia. Maka itulah kebaikkan yang Allah swt ciptakan mereka tidak kelihatan
oleh Manusia. Jika sekiranya manusia dapat melihat mereka, bolehkah kita hidup dengan keadaan
seperti itu ? Rasanya manusia tidak dapat hidup dalam keadaan sesak dan berhempit-hempit seumpama
itu. Manusia merasa rimas, serba serbi tak kena malah tidak boleh bekerja dan begerak pun. Contohnya
jika kita menaiki bas yang sesak dengan penumpang sehingga nak bernafas pun tercungap-cungap
seperti ikan, bagaimanakah yang dapat anda semua gambarkan ? Tentu sekali manusia tidak mampu
tinggal dalam keadaan begitu. Maha Kaya Tuhan yang menciptakan semua Makhluk dimuka bumi ini,
telah Dia ketahui segala setiap sesuatu dengan IlmuNya yang sangat lusa. Allah berfirman didalam surah
Al A'raf ayat 27 yang mafhumnya ;

" Sesungguhnya Staitan dan kaumnya melihat kamu dalam keadaan yang kamu tidak dapat melihat
mereka"

Telah dikatakan bahawa golongan Jin tidur waktu matahari naik dan bangun waktu matahari turun.
Mereka tidur didalam cahaya terang Matahari, sebaliknya mula keluar pada waktu senja menjelma (
angaran sesudah Asar) untuk mencari rezeki. Semua peringkat umur akan merayau rayau daripada tua
sampai ke muda hingga keanak-anak mereka juga berkeliaran. itulah sebabnya orang tua-tua (manusia)
selalu melarang anak anak mereka bermain selepas waktu asar kerana ditakuti akan melanggar atau
terpijak anak-anak Jin itu yang akan mengakibatkan kaum Jin akan menuntut bela kepada manusia itu.
Jika anaknya mati akan dibalas mati, jika cedera maka cedera juga mereka tuntut kepada anak manusia
yang membuat angkara. Begitulah keadaahnya golongan Jin ini. Sebuah hadis Nabi ada menjelaskan
pekara ini iaitu ;

Diriwayatkan dari Imam Bukhari Muslim, dari sanat yang soheh dinyatakan Nabi pernah bersabda yang
maksudnya ;

"Apabila kamu menghadapi waktu malam atau pun kamu telah berada dari sebahagian malam, maka
tahanlah anak-anak kamu kerana Syaitan ada berkeliaran di waktu itu dan apabila telah berlalu satu
ketika malam maka tahanlah mereka (dari keluar rumah), tutup semua pintu-pintu rumah mu sebutlah
nama Allah, padamkan dian (lampu) serta sebut nama Allah, tutuplah makanan mu serta sebut nama
Allah dan ikatlah minuman mu serta sebut nama Allah (ketika menutup)".

Sebenarnya separuh daripada penyakit-penyakit yang kena pada manusia adalah datangnya dari
gangguan kaum Jin, Syaitan, Iblis dan Ifrait ini. Mereka menjadi punca sebenar atas penyakit-penyakit
yang amat sukar untuk dibuktikan dengan semua peralatan canggih Hospital. Tetapi sesetengah Doktor
mempercayai akan alasan seumpama ini memang wujud. Memang terdapat penyakit yang Doktor
sendiri merasa hairan, kerana tak pernah mereka belajar atau tiada didalam keilmuan mereka akan
wujudnya pekara seumpama ini. Nampak macam penyakit biasa contohnya Busung - perut pesakit
membesar dan terus membesar, tetapi tiada punca sainstifik dapat dikesan. Atau pun Santau - pesakit
terus batuk dan muntah darah tak henti-henti, juga tidak boleh di Xray. Doktor akan menyatakan pesakit
ini normal, tetapi sebaliknya pesakit bertambah teruk dan akhirnya mereka mati. Jadi sebenarnya
memang sejak dari zaman Nabi Allah Sulaiman lagi penyakit gangguan Jin ini telah berlaku . Penggunaan
Jin, syaitan dan Iblis dalam ilmu sihir memang telah diakui malahan Ilmu inilah yang diajarkan oleh
mereka kepada Manusia. Mereka memang cukup licik dalam soal sihir ini.

Lihatlah bagaimana mereka menyusun strategi. Mereka ajarkan satu bentuk ritual kepada manusia A
untuk pengambilan "sahabat". kemudian Syaitan akan masuk mengacau manusia B. Manusia C pula
akan menjadi pendorong kepada manusia B untuk berubat kepada manusia A. Apabila berubat, manusia
A hanya dengan mudah mengusir syaitan yang menganggu kerana manusia ber"sahabat" dengan Iblis
iaitu raja syaitan itu. Kemudian manusia B pulih, dan dia pula akan menjadi ejen menjaja seperti
salesman akan kemampuan manusia A boleh mengubat. Semuanya ini adalah bentuk sihir oleh Iblis tadi
baik manusia A, B dan C. Semua terkena sihir Iblis tanpa disedari, kalau pun yang tahu ialah manusia A
tetapi dia akan hanya mendiamkan diri atau berpura-pura seperti 'zuhud' dan 'waraq'. Penampilan
manusia A harus nampak meyakinkan masyarakat setempat, jika tidak ia akan ditangkap polis kerana
menipu. Oleh itu beliau akan mengguna nama seperti Ustaz, Imam, Tuan Guru dan sebagainya. Begitu
juga pengunaan jampi mentera harus tersembunyi. Mula-mula dia membaca ayat-ayat suci al Quran,
tang jampi mentera tu tak bunyi kuat, perlahan je. Begitulah berulang-ulang proses ilmu sihir ,
berpusing-pusing sedangkan pencaturnya hanya dari seekor Raja Iblis atau Raja Syaitan dan bala
tenteranya. Dari seorang manusia kepada seorang manusia mengalami berbagai jenis penyakit yang
akan darang merujuk semula kepadanya untuk berubat. Mereka mencari upah yang sedikit.

Lain kisahnya dengan manusia yang terang-terang puja Iblis, puja dewa ni. Tak kira dari Sami Siam ke,
Pawang Sihir ke, Tok Batin ke atau Raja Santet (santau). Mereka mengenakan upah yang tinggi untuk
"membunuh" atau "Mengenakan" musuh pelanggannya. Pernah saya tinggal bersama-sama dengan
"Raja Santau" di Jokja Jawa Tengah. Saya lihat apa yang dia buat, bagaimana dia buat, guna apa dia buat
santau. Kemudian mentera pujanya, persamadiannya (proses bersatu dengan Iblis) semua dalam bahasa
Jawa halus dan sebagainya. Dia bukan beragama Islam, ia beragama Hindu. Beliau pernah keluar dalam
TV3 dalam program 'Misteri Nusantara' sedikit masa dahulu. Tujuan saya hanya hendak membuat
penyelidikan, bukan berguru. Tapi yang hairannya memang menjadi sungguh Ilmunya itu. Santau ini ada
"pemulih" nya juga. Jadi anda lihat bagaimana modus operandi nya, berpusing-pusing balik semula
kepada dia. Semua orang kenal dia, sampai orang di Malaysia pun ramai yang datang ke sana minta
"dibuatkan" orang tertentu bagi mati . Astfirullahallazim. Sungguh kejam manusia ni.

Atas sifat manusia dan kelemahannya yang mempunyai sifat mazmumah seperti iri hati, jahat sangka,
pendendam, busuk hati inilah diapi-apikan oleh pihak Jin supaya mengambill pendekatan seumpama ini
untuk selesai masaalah. Contohnya di dalam perebutan kuasa, mengajar pangkat, kontrek kerja,
perniagaan, harta pusaka, tanah dll. Pasti akan anda dengar cerita seumpama ini berlaku di merata
tempat. Semua ini angkara dorongan puak Jin yang jahat. Permainannya sangat halus hingga tidak dapat
dikesan dengan mata, akal dan pancaindera manusia yang lain. Manusia akan ambil jalan mudah dan
tidak dapat dikesan sebagai perbuatan jenayah oleh pihak berkuasa.

Ada sesetengah manusia pula yang tidak percaya langsung pekara seumpama ini boleh berlaku di Zaman
Mellinium seperti sekarang ini. Sebenarnya mereka telah membuka ruang bagi pihak Jin dipermudah
untuk manusia itu dikerjakan habis-habisan. Inilah 'Isyarat' yang saya katakan. Dengan tidak
mempercayai langsung akan benda-benda yang kamu anggap tahyul itu, kamu telah memberi 'Isyarat'
kepada golongan Jin untuk dengan mudah menawaskan kamu.

Yang susah bagi mereka ialah orang yang "kenal" asal usul jin. Dalam kamu tak percaya itulah kamu
menjadi 'ulam' bagi mereka. Jadi, jangan sudah terhantuk baru nak terngadah. Terngadah dulu, jika pun
terhantuk dah lali. Ambil kisah semua disekeliling anda, perhatikan semua sudud Ilmu Allah swt. sama
ada ilmu zahir atau batin, sama ada ilmu dunia atau akhirat, sama ada ilmu dialam nyata atau alam
ghaib (alam Mithsal).

Ilmu Allah amat luas hingga tidak menjangkau akal mu, tidak cukup umur kamu walau ditambah dengan
1000 tahun lagi untuk khatam semuanya. Allah Maha Kudus, sifat Kudus ini tidak akan dikongsi dengan
makhluk. Sedangkan Nabi Muhammad saw yang diberi amanah menjaga Perbendaharaan Ilmu Allah pun
tak menyampai sifat Kudus yang Allah swt miliki, inikan kita manusia biasa. Yang hanya mampu kita buat
Cuma mencari, belajar dan yakin pada Allah serta percaya wujudnya alam ghaib (alam Mithsal) ini.
Terserahlah pada Allah yang menetapkan 'tahap' ilmu yang boleh kita faham, ia tergantung pada rezeki
kita. Ilmu sebegini penting untuk menjaga diri dan keluarga.

Jika mengikut penyelidikan yang dibuat, diantara penyakit-penyakit yang boleh diketogarikan didalam
bentuk gangguan Puak Jin, Syaitan, Ifrait dan Iblis ini ialah :

Histeria, Gila, Rasukan, Hilang akal, Pengsan, Lemah semangat, Sasau, Meroyan, Susuk, Sihir, Angau,
Busung, Santau, Pelaris, Penutup kedai, Pukau, Cinta kasih, Hayal, Tercekik, Sakit kepala (migrain),
Resdung, Gangguan haid (wanita), Angin Sanggugut, Telinga bedersing, Waswas, Berbohong, Mencuri,
Makan riba, Lemah badan, Letih lesu, Lelah, Sakit urat, Sakit tulang, Sakit Perut, Lupa, Gatal badan,
Penyakit kudis, tokak dll. Didalam AlQuran dan Hadis Nabi saw, ada juga disebut beberapa nama iaitu;

Al Iamam - gila, sawan. dalam hadis Nabi saw

Al Takabut - tercekek, meraung sakit. dalam surah al Bakharah ayat 275

Al Nusbin - letih , lesu dan lelah. dalam surah Sad ayat 41

Al Nazqhu - sakit spt dipukul, menikam, membunuh. dalam suran al Araaf ayat 200

Al Nasb - penat, hilang tenaga, sakit kudis, sopak dalam surah ayat 41

Al Istakwaza - hilang akal, lupa, pangsan, lemah semangat dalam surah al Mujahadah ayat 19.

Al Maas - sihir dalam surah al Baqarah ayat 102. Didalam Al Quran dan hadis ada diterangkan beberapa
jenis penyakit yang dialami manusia-manusia dizaman Nabi dahulu iaitu ;

1) Allah berfirman didalam surah Baqarah ayat 275 yang mafhumnya ; "Orang-orang yang memakan
(harta) riba itu tidak dapat berdiri dengan betul (bangkit dari kubur) melainkan seperti dirasuk Syaitan
kerana sakit gila ...."

Keterangan ayat: al Takhadbut didalam ayat ini juga bermaksud tercekik, meraung kesakitan.

2) Allah berfirman didalam surah Sad ayat 41 yang mafhumnya ; " Ingatlah (peristiwa) hamba Kami
Ayub, ketika ia merayu (kepada) Tuhannya ; sesungguhnya aku disentuh Syaitan dengan kesusahan dan
siksaan (penyakit yang dibawa oleh Syaitan iaitu hamba-hamba penyakit) ".


Keterangan ayat : Di ceritakan bahawa Nabi Allah Ayub as, telah menderita penyakit kudis yang ganjil
diseluruh badannya. Dikatakan penyakit kudis (tokak) yang mengeluarkan nanah dan darah serta berulat
serta bau yang sangat busuk. Semua orang meninggalkannya kecuali Isterinya yang sangat taat. Sekian
lama (sesetengah riwayat mengatakan 70 tahun, setengahnya pula hanya 7 tahun) ia menderita
penyakit itu lalu dia berdoa kehadrat Allah supaya dia diberi perlindungan. Maka Allah perintahkan ia
memukul tanah tempat dia berdiri, terkeluarlah pancutan air (sejenis air yang ada belerang gunung
berapi - sulfer) dan dengan air itu ia mandi dan minum setiap hari sehinggalah sembuh. Begitu juga
ceritanya penyakit kudis yang dialami oleh Syekh Muhammad Yusuf Kenali (Tok Kenali) yang juga
berulat, setiap kali ia mandi akan diasingkan ulat tadi dan sesudah mandi akan ia masukkan semula ulat
tadi ditempat kudisnya (tokak) itu, begitulah cerita Ahlillah yang sangat sabar dengan dugaan Allah swt
keatas diri mereka.

3) Firman Allah didalam surah al Baqarah ayat 102 yang mafhumnya ; " Mereka mengikuti apa yang
dibacakan syaitan (ketua tukang sihir) pada masa kerajaan Sulaiman, dan Sulaiman itu bukan orang kafir,
tetapi syaitanlah yang kafir. Mereka ajarkan ilmu sihir kepada manusia dan apa-apa yang diturunkan
kepada kedua malaikat Harut dan Marut dinegeri Babil (Babylon). Keduanya tidak mengajar sihir kepada
sesorang melainkan terlebih dahulu berkata, kami ini hanya mendatangkan cobaan sebab itu janganlah
engkau kafir. Lalu mereka mempelajari dari keduanya apa-apa yang akan menceraikan antara suami
dengan isterinya.Mereka itu tiada memberi melarat kepada seorang jua pun kecuali dengan izin Allah.
Mereka mempelajai apa-apa yang melarat kepada mereka dan tiada bermanafaat bagi mereka.
Sesungguhnya mereka telah tahu siapa yang membeli sihir (mengerjakannya) tiadalah untuknya
bahagian diakhirat. Sesungguhnya amat jahat orang-orang yang menjual dirinya dengan sihir, jika
mereka mengatahui ".

Keterangan ayat : Dalil menunjukkan amalan sihir telah belaku seawal zaman Nabi Allah Sulaiman lagi.
Iblis telah mengajarkan ilmu sihir kepada manusia, silap mata dan untuk mencerai beraikan suami isteri
dan meruntuhkan rumah tangga manusia. Kemudian mengajar ilmu pukau dengan kata-kata manis dan
perkataan menarik hati yang memukau. Didalam ayat ini juga menerangkan hukuman bagi orang yang
membuat sihir dan mengupah orang membuat sihir iaitu Neraka Jahanam dan kekal didalamnya.

4) Firman Allah dalam surah Yusuf ayat 100 yang mafhumnya ; " Kemudian Yusuf mendudukan
ibubapanya diatas singgahsananya, lalu mereka sujud kepada Yusuf (hormat pd raja). Berkata Yusuf, Ya
ayahdaku, inilah takwil (maksud) mimpi ku dahulu. Sesungguhnya Tuhan ku telah menjadikan dia
dengan sebenar-benarnya. Sungguh Allah telah membuat baik kepada ku, ketika Dia mengeluarkan daku
dari penjara, serta mendatangkan kamu dari dusun sesudah syaitan menghasut antara aku dan antara
saudara-saudara ku. Sesungguhnya Tuhan ku Maha halus (urusan Nya) tentang apa yang
dikehendakiNya. Sungguh Dia Maha mengetahui lagi Maha bijaksana ".

Keterangan ayat : Allah telah menyelamatkan Nabi Allah Yusuf as dari fitnah dan hasad dengki yang
dihasut oleh syaitan kepada musuh-musuhnya sehingga ia terpenjara. sebelum itu syaitan telah
menghasut abang-abang Nabi Yusuf as untuk membunuhnya dan menyingkirkannya dari ayahnya (Nabi
Allah Yakub as) Allah swt juga penyelamat bagi dirinya dikala itu. Begitu jahatnya syaitan-syaitan itu
dengan semua perancangannya telah digagalkan oleh Allah swt dan Dialah saja penyelamat bagi orang-
orang yang teraniaya.




5) Allah berfirman didalam surah al Araaf ayat 116 - 122 yang mafhumnya ; " Jawab Musa, lemparkan
olehmu dahulu. Setelah dilemparkan, disihirkan mata orang ramai dan ditakutinya mereka itu, hingga
mereka memperlihatkan sihir yang besar ( tongkat mereka menjadi ular besar, sihir dan silap mata).
Kami wahyukan kepada Musa supaya ia melimparkan tongkatnya, tiba-tiba tongkat itu (yang bertukar
menjadi ular yg lebih besar) menelan apa yang mereka palsukan. Maka nyatalah kebenaran dan batallah
apa-apa yang mereka buat. Maka dikalahkan mereka itu disana dan kembali menjadi orang-orang hina.
Lalu tukang-tukang sihir itu tersungkur sujud. Mereka berkata, Kami telah beriman kepada Tuhan
semesta Alam. Tuhan Musa dan Harun ".

Keterangan ayat : Di zaman Nabi Allah Musa as lah terjadinya dengan terang-terangan amalan sihir
dimerata tempat disebabkan raja mereka Firaun juga menganut dan mengalakkan amalan sihir bersama-
sama penasihatnya Haman. Mereka hendak menghapuskan Nabi Musa dan Nabi Harun dengan
pertandingan sihir. Allah jualah penyelamat bagi Nabi Musa dan Nabi Harun, dengan tongkat sebagai
Mukjizat Nabi Musa, segala sihir tertewas. Maka berimanlah sebahagian besar tukang-tukang sihir
dengan Tuhan, Nabi Musa dan Nabi Harun.

Nabi Muhammad saw juga pernah di sihir oleh orang Yahudi . Didalam sahih Muslim, telah diriwayatkan
oleh Imam Bukhari dan Muslim, yang telah diriwayatkan daripada Aisyah ra, telah bersabda Nabi saw
yang maksudnya ;

"Daripada Aisyah ra beliau berkata : Seorang lelaki telah melakukan sihir kepada Rasulullah saw
daripada Bani Zuriq, dikatakan bahawa lelaki itu ialah Labid bin al Asaam al Yahudi sehingga Rasulullah
saw berasa tidak keruan (tak tentu arah) atas pekara yang dilakukan, Baginda merasa ragu (resah
gelisah) sama ada telah ia lakukan atau pun tidak. Pada suatu malam ketika Rasulullah saw bersama-
sama ku, baginda berdoa dan berdoa kemudian bertanya kepada ku, 'Wahai Aisyah, apakah kamu tahu
bahawa Allah telah melakukan sesuatu keatas diriku' ?. Nabi menyambung, 'Ada dua orang lelaki
(malaikat) telah datang kepada ku ketika aku sedang tidur, seorang berada disisi ku dan seorang lagi
disisi kakiku, maka seorang bertanya kepada kawannya, apakah sebenarnya yang dideritai oleh
Muhammad saw ini' ? Jawab temannya ' Dia telah disihir orang' ditanya lagi 'Siapakah yang telah
menyihirnya' ?, Dijawab lagi 'Dia telah disihir oleh Labid bin al Asaam'. Ditanya lagi 'Dengan apakah
dilakukan sihir itu'?, Dijawabnya ' Dengan menggunakan sisir (sikat) rambutnya dan dengan cara lain
(sihir) Ditanya lagi 'Dimanakah diletakkan barang-barang tersebut'?, Jawabnya 'Ditanam disebuah perigi
namanya Dharwan'. Maka Rasulullah saw menghantar beberapa orang sahabat, pergi keperigi tersebut
sebelum baginda sendiri pergi, kemudian pulang lalu baginda bersabda, 'Wahai Aisyah, air perigi itu
berwarna merah seperti perahan inai dan batang pohon kurmanya (diukir) berupa seperti kepala
syaitan'. Aku bertanya,'Wahai Rasulullah, adakah engkau mengeluarkannya'?, Nabi saw menjawab '
Allah swt telah menyebutkan kepada ku maka aku bimbang (jika mengeluarkannya) ia akan
mendatangkan keburukan pula kepada manusia dan aku suruh agar perigi itu ditimbus ".

Keterangan hadis : Lihatlah permusuhan golongan Yahudi terhadap Nabi saw, pernah menyihir baginda
tetapi Allah swt sebagai pelindung telah menghantar malaikat untuk memberitahu Nabi atas perbuatan
buruk mereka itu. Para sahabat Nabi telah masuk kedalam perigi itu dan mencari sikat Nabi, setelah
bertemu maka Rasulullah pun sembuh. Mereka kira Nabi boleh ditewaskan dengan cara halus begitu.
Sebenarnya Allah Mengetahui atas segala setiap sesuatu sama ada tersembunyi atau yang nyata.


Jadi daripada semua keterangan diatas maka pihak Jin ini telah begitu lama menjalankan kerja sihir
kepada manusia dengan mengajar manusia yang dipihak dia melakukan kerja-kerja terkutuk ini.
Semenjak dari zaman Nabi Adam as lagi hingga di zaman Nabi Muhammad saw dan sehingga kini
penyakit ini masih segar dikalangan Masyarakat terutamanya Melayu. Manusia penyembah Iblis inilah
yang paling lama sekali menjadi duri dalam daging bagi masyarakat Melayu keseluruhannya yang
menjadi keruntuhan akidah yang paling utama sekali dewasa ini. Pengamal-pengamalnya juga silih
berganti setiap zaman kerana disebabkan SAKA keturunan inilah yang bertali arus dari satu genarasi ke
satu genarasi sejak dahulu lagi. Mereka Islam hanya dibibir sahaja disebaliknya pengamal tegar dan
menganut fahaman Kebatinan Pagan Kuno Sembah Dewa Iblis Majusi yang tersebar dimerata-rata
tempat dibumi Indonesia (secara terang-terangan) dan di Malaysia (secara rahsia kerana Undang-
undang anti Ilmu Sesat disini sangat keras). Kami amat memuji atas sikap Kerajaan Malaysia yang punya
usaha berterusan untuk menangani ajaran-ajaran sesat yang tumbuh bagai cendawan disini. Satu
persatu akan ditahan dalam sedikit masa lagi, Insyaallah...

Selanjutnya setelah membicarakan akan kesan penyakit-penyakit yang boleh dihadirkan oleh kaum Jin
dan kuncu-kuncunya, mari kita lihat apakah lagi ciri-ciri kaum ini lagi. Golongan Jin ini mempunyai
berbagai agama juga selain Islam yang telah disyariatkan Allah pada mereka sejak dahulu lagi seperti
juga Adam as dan kaum manusia. Hanya sedikit sekali yang mengikut Nabi Muhammad saw menganut
Islam dibawah tangan Nabi sendiri hinggalah kehari ini. Boleh juga dikatakan mejoriti golongan Jin-jin
kafir ini menganut agama Yahudi, Kristian dan Kominis atau atheis, manakala hanya sedikit yang
beragama Budha, Hindu dan Majusi. Jin kafir dan yang beragama Islam yang Munafiq, sangat cepat
mendatangi manusia yang meminta pertolongan mereka. Pertolongan itu biasanya bersyarat yang akan
pula merosakkan manusia itu sendiri. Sebenarnya mereka yang jahat ini melihat manusia seperti seekor
binatang. Telah diberitahu bahawa manusia biasa tidak dapat melihat kaum Jin semasa didunia kecuali
manusia yang diberi kelebihan sahaja. Tetapi diakhirat, semua tabir penglihatan itu akan dibuka. Maka
manusia semua boleh melihat Jin di Syurga. Tetapi dikala itu rupaparas Jin ini tidak lagi penting, kerana
manusia lebih rindu melihat "Wajah Allah swt" sahaja, selain itu wajah Nabi Muhammad saw, sahabat-
sahabatnya, Wali-wali, Guru-guru dan ibubapa mereka yang sangat mereka rindui.

Adapun jumlah mereka yang terlalu ramai mungkin juga disebabkan terlampau mudah mereka
berkembang biak tidak seperti manusia yang mempunyai proses dari semenjak dikahwini sehingga
mendapat zuriat yang agak lama. Golongan Jin, syaitan, ifrait dan Iblis ini membiak tidak seperti
manusia. Mereka bertelur bukan mengandung. Apabila mereka menyentuh peha kiri dan peha kanan
pasangannya, maka akan terbit 33 biji telur, setiap biji telur pula mengandungi 33 pasang anak. Dalam
masa sekitar 33 hari saja ia akan menetas jadi jika dihitung akan kelahiran keturunannya dalam satu-satu
masa iaitu sejumlah 1089 pasang anak semuanya. Yang membesar juga amat pantas (tidak diberitahu
masanya). Mereka juga menyusu dibelakang badan ibunya terdapat terlampau banyak puting susu
(tetapi tiada buah), itu sebabnya orang Melayu memanggilnya dengan nama Hantu Kopek, ia ganjil dan
bukan seperti kopek wanita manusia. Dari pada anak-anak Jin yang berpasang-pasang itu juga jika
mereka (jin jantan) menyentuh peha kanan dan peha kiri pasangannya iaitu jin betina maka berlakulah
lagi proses kelahiran yang sama seperti diatas. Jadi dapat kah anda bayangkan betapa cepatnya mereka
membiak ?.

Kemudian golongan Jin sama ada jantan atau betina jika berkahwin dengan manusia juga sama ada
lelaki atau perempuan, tidak perlu melakukan persetubuhan seperti pasangan manusia. mereka hanya
perlu menyentuh kemaluan pasangan masing-masing maka yang betina atau wanita akan mengandung
saat itu juga dan terus mukallaf. Proses mengandung bayi dalam kandungan serta keliharannya itu sama
seperti manusia biasa.
Hanya satu orang bayi saja yang akan lahir apabila cukup masanya iaitu 9 bulan 10 hari. Anak yang lahir
itulah yang dipanggil oleh masyarakat Melayu dengan istilah Bunian atau Orang Halus atau Orang Ghaib.
Begitulah proses-proses persenyawaan dan kelahiran diantara orang bunian seterusnya hingga kiamat.




IBLIS DAN ALAMNYA - siri 3

CIRI-CIRI ISTIMEWA SESAT GOLONGAN JIN

Didalam siri 2, telah dinyatakan latar belakang dan ciri-ciri makhluk Jin ini. Maka dimukasurat ini akan
dilanjutkan maklumat didalam tajuk yang sama ini. Diantara ciri-ciri yang teristimewa yang ada pada
makhluk Jin ialah mempunyai satu jenis kuasa magik atau sakti atau luar biasa yang mereka miliki sama
seperti Koramah yang dikurniakan kepada Wali allah atau Mawanah yang di kurniakan kepada para-para
Ambia, Solihin, Arifin dan Mutaqin orang Islam Umat Muhammad saw. Inilah ciri-ciri yang teristimewa
yang telah dikurniakan Allah swt kepada golongan Jin yang juga telah banyak menyesatkan golongan
Manusia kerananya. Manusia menjadi taksub kerananya, tak tahu membezakan mana yang benar dan
mana yang salah tetapi Manusia ingin benar memiliki Ilmu Sakti ini hingga sanggup datang beribu-ribu
batu dari semua pelusuk benua dan negeri untuk menuntut Ilmu ini. Mereka terang terang mahu sesat
dan rela dipelakukan apa saja, asalkan niat mereka tercapai. Begitulah taksubnya umat manusia akan
Ilmu Sakti ini yang hanya terdapat di Nusantara ini saja. Tidak terdapat dimana-mana lagi, disinilah yang
terhebat kata mereka. Memang telah diperakui oleh semua sami-sami, tok tok pawang dan semua
ketua-ketua Biara dan kuil diserata dunia akan keampuhan Ilmu Sakti Nusantara ini.


Bukan semua makhluk Jin ini mampu menguasai sakti itu, hanya yang berpangkat Raja saja yang
mampu. Samalah juga dengan manusia. Kuasa sakti ini mereka gunakan untuk berbagai tujuan. Pertama
untuk mengelirukan manusia Islam supaya meyakini bahawa mereka telah dianugerah Koramah. Pada
manusia yang cetek pengetahuannya tetapi berpihak kepada mereka, maka akan mereka
mempamerkan kuasa itu, seolah olah manusia itu telah memiliki darjat disisi Allah swt. Ini biasanya zahir
kepada orang beragama contohnya Imam, Ustaz, khadi atau tok Guru yang boleh menzahirkan emas,
duit, batu-batu permata, senjata, keris atau pun boleh mengubat penyakit yang kronik seperti barah
buah dada, barah usus, barah darah atau 'kena buatan orang' dan lain-lain lagi. Biasanya Jin-jin Islam
yang terlibat dengan kerja seumpama ini mahukan pahla ibadah manusia warak itu juga dapat pada
mereka diakhirat nanti.

Kepada Mahaguru Persilatan, boleh memperturunkan Ilmu Kebal, Ilmu Terbang, Apungan diri diudara,
Jalan Atas Air, Boleh Hilang-hilang, Boleh berada ditempat yang jauh dengan sekelip mata saja, Ilmu
Tempur Senjata, jika ditanam tak akan mati, di tengelamkan dalam air tak lemas, meniti atas daun dll. Ini
melibatkan Jin-jin kafir biasanya kerana tipu muslihat ini untuk manusia bertambah sombong, megah
diri, bongkak, ego dan seterusnya sesat mengikut mereka. Kesaktian ini terbahagi kepada 3 kategori,
iaitu Guru tahap rendah, Mahaguru tahap pertengahan dan Mahaguru tahap tinggi. Jika tahap rendah
hanya mampu berbuat pekara yang juga tahap rendah saktinya contohnya seperti memiliki Ilmu kebal
dan Ilmu tempur sahaja. Untuk peringkat pertengahan kesaktiannya selain memiliki Ilmu Kebal dan Ilmu
Tempur, juga boleh Hilang, Ilmu Apungkan Diri. Manakala Mahaguru peringkat tertinggi biasanya tiada
limit. Kesemua yang disebutkan diatas dapat mereka kuasai setelah pertapaan demi pertapaan berserta
upucara persemadian , persembahan dan semahan darah dibuat.
Berbagai lagi peralatan dan upacara yang pelik mereka lakukan semata mata untuk menjadikan mereka
manusia sakti diberbagai lapangan dari satu tahap kesatu tahap hingga mereka juga bersatu dengan Iblis
sepenuhnya. Anak-anak muridnya cukup banga dan megah dapat belajar dengan Mahaguru Persilatan
yang mempunyai pelbagai kesaktian dan biasanya menjadi Idola mereka untuk menjadi sepertinya.

Ia juga akan hadir kepada Sami-sami dan Tok Cha atau Imam atau ketua kepercayaan Kebatinan, Hindu,
Buddha, Majusi, Ajaran-ajaran Sesat Sembah Iblis dll sehingga mereka juga sampai ketahap Wali Iblis
atau Manusia Iblis tak mati hingga hari kiamat. Begitu saktinya mereka ini kerana mereka "bersatu"
dengan Iblis. Selain itu mereka juga dapat menguasi kesaktian yang dimiliki didalam Ilmu Persilatan
seperti diatas. Ini juga mempunyai 3 tahap kesaktian. Dari apa yang diteliti dari penyelidikan ini, didapati
tahap-tahap itu ialah peringkat kesaktian rendah yang duduk pada pengamal kepercayaan orang-orang
Majusi, Buddha dan Hindu. Manakala diperingkat kesaktian pertengahan duduk pada pengamal Ajaran
Sesat Sembah Iblis. Diperingkat tertinggi sekali kesaktian sehingga digelar Manusia Iblis dan Wali Iblis
ialah kepada pengamal Kepercayaan Kebatinan yang mana mereka mewarisi peninggalan Keilmuan dari
pencipta agama ini dari Tok-tok Dukun dan Pawang Kuno Bangsa Melayu dahulu kala. Mereka inilah
yang menyampai tahap tertinggi kebatinan dan bersatu dengan Iblis dan menjadi Manusia Iblis yang jitu.
Kesaktiannya sama taraf dengan Koramah Waliallah dan tidak mati sehingga hari kiamat. Bercita-cita
untuk bersatu dengan Dajjal dan Izazil didalam perang akhir zaman untuk menghapuskan Islam. Mereka
ini adalah pemuja dan kesayangan Dajjal dan Izazil. Mereka yang duduk ditahap ini hanya seorang saja
dan diperkuat dengan pembantunya serta pemerintah kerajaan dan bala tenteranya yang sungguh
ramai.

Kepada penyembah Iblis Pagan Kuno Yahudi, Kristian, Lucifer, Illimunity,Secret Societies, Gog Magog,
Anti Chris, Zionis, The Hidden Hand (THH), Mession, The Wise Man, The All Seeing Eye, Hiszul,
Freemasons, Jesuit, Val Valerian, Rothschaid, Rockerfeller, Lucis Trust, Rosicrucians, Occultist,
Gnosticsm, Kundallinions, Theosopist, The Elite, Caucasians dan apa juga nama yang berpihak kepada
Izazil atau Azazel, semua mereka ini hanya duduk dibawah sebagai balaci kepada tentera -tentera
Manusia Iblis tadi. Yang paling tertinggi dikalangan mereka ini hanya sebagai Pengurus Logistik bala
tentera Manusia Iblis keturunan Melayu itu saja. Sedangkan yang lainnya hanya sebagai pencacai, kuli
dan tak menyampai kepada apaapa yang disebut diatas tadi, walaupun kelihatan sungguh berpengaruh,
hebat, pandai, handal, berkuasa, digeruni, memerintah semasa tinggal didunia, tetapi disebabkan Izazil
dan Dajjal telah memilih orang-orang hebatnya dikalangan Orang Melayu juga. Jadi betapa pun mereka
mencuba "please" kan kepada Izazil, mereka tidak mampu mencapai ketingian kerohanian Manusia Iblis
Melayu itu, makanya mereka akan duduk dibawah sebagai Pengurus Logistik, pengangkat air minuman
dan makanan juga sebagai pengilat kasut tentera-tentera Manusia Iblis Melayu itu saja dipeperangan
akhir zaman nanti.

kehendak Izazil Laknatuallah seperti yang dimiliki oleh seorang berbangsa Melayu itu, Tidak cukup
dengan jumlah manusia yang mereka bunuh, mereka korbankan sebagai upacara penyembahan saban
tahun dan penciptaan bahan peledak Nuclear serta serangan ekonomi , serangan keganasan, serangan
harga minyak, serangan kejatuhan mata wang, serangan tentera pencerobohan Iraq dan Afganistan,
Serangan WCT NewYork, serangan pengeboman demi pengeboman kepada manusia dimuka ini
termasuk segala konspirasi konspirasi ganas mereka, Tak cukup....Tak cukup...Tak cukup ????.Siapakah
Melayu yang telah dapat menandingi segala itu dimata Dajjal dan Izazil tersangat istemewa baginya
dibanding semua keganasan-keganasan yang disebutkan tadi ??? Akan kawan ceritakan siapakah
Melayu-melayu yang dimaksudkan itu nanti. Mereka yang telah ditabal sebagai Manusia Agung Raja Iblis
sebelah timur ini setaraf Dajjal disebelah Barat itu. Kamu hanya nampak Kuman nun jauh di Barat itu,
Gajah didepan hidung kamu sendiri tidak kamu nampak ??? Malahan beliau ini lebih licik , jahat dan
zalim dibandingkan dengan Dajjal itu. Mereka ini sepasang yang lengkap - lelaki dan perempuan..........

JIN YANG MENYERUPAI MANUSIA :

Jin ini boleh juga menyerupai Manusia, tetapi tidak berjisim, berkulit, daging dan tulang. Ia boleh wujud
menyerupai sesorang yang kita kenal seperti Ibu kita, Bapa kita, Atuk nenek kita, Guru kita atau sesiapa
saja yang dikenali bagi tujuan penipuan saja. Ia tidak boleh kekal begitu selamanya. Sebagai contoh
didalam masyarakat Melayu yang bersahabat dengan Hantu Raya, Jembalang , Pontianak, Penangal,
Polong dan semua jenis ini boleh menyerupai tuannya pada bila-bila masa diwaktu siang atau malam.
Jika tuannya keluar rumah, maka dia akan duduk ditempat duduk kegemaran tuannya ( spt ditangga,
beranda dll) sama seiras. Jika kita tegur dia, dia tak menjawab dan memalingkan mukanya kearah lain.
Jika tuannya pergi agak lama seperti keluar negeri berniaga. Ia akan mengganggu isteri tuannya dan
tidur bersama seperti apa yang tuannya buat. Inilah yang selalu mendatangkan masaalah kepada isteri
tuannya itu kerana sebagai isteri, dia akan tahu juga akhirnya perbezaan antara suaminya dan makhluk
belaan suaminya. Bagaimana jika isterinya itu mengandung ??? kan timbul masaalah besar. Tapi
selalunya anak hasil hubungan dengan sahabat suaminya itu tidak akan lahir (hilang dalam kandungan)
atau mati tak cukup bulan. Tak pernah pula kita dengar anak sebegini yang hidup kerana ia akan
dibunuh oleh Jin itu juga.

Begitu pun masaalah yang keji ini telah diketahui umum namun perbuatan membela, bersahabat ini
tetap juga berlaku hingga kehari ini. Ya... dizaman Millenium ini pun masih ada orang Melayu yang tetap
dengan perangai kuno sebegini hanya semata-mata mengejar kekayaan. Mereka tidak peduli akan
kehidupan akhirat, kesusahan anak isterinya dirumah, rumah tangganya dan tomahan jiran tetangga
serta masyarakat sekeliling, asalkan kaya raya. Malah pernah kawan bertemu dengan isterinya dan anak-
anak mendengar sendiri rintihan mereka. Selain dari suka memakan bangkai ayam yang dibeli dipasar
(ayam akan dibiarkan di atas peti ais beberapa hari hingga berbau bangkai). Anak gadisnya berumur 14
tahun yang sulung juga pernah diperkosa oleh makhluk itu beberapa kali, Isterinya pun sama tetapi bila
mengadu dengan suaminya. Dia buat tak tahu saja seperti tiada apa yang berlaku. Bila didesak oleh
Isterinya, si suami mula marah dan memukul semua yang ada dirumah itu. Tetapi bila kawan sendiri
yang menegur dia, seperti kebiasaannya ia mula mengamuk, memaki hamun kerasukan jin dengan tiba-
tiba. Kami terpaksalah pula menangkapnya dan diserah kebalai polis untuk tindakan seterusnya. Pekara
ini nampak seperti tak logik, tapi ia tetap juga berlaku. Inilah dunia akhir zaman. Asfiruallahalazim.

Penjelmaan Jin menjadi manusia ini bukanlah perkara baru, ia telah wujud semasa zaman Rasulullah saw
lagi. Menurut ahli-ahli tafsir yang telah memberi contoh ayat al Quran yang menjelaskan akan pekara
ini, Firman Allah swt didalam surah al Anfal ayat 48 yang mafhumnya ;

" Dan ingatlah ketika syaitan memperhiaskan usah mereka (menghasut rancangan jahat supaya
dipandang elok dan diteruskan) lalu katanya : kamu tidak akan kalah oleh orang-orang (kaum muslimin)
pada hari ini, sesungguhnya aku akan menolong kamu. Tetapi tatkala petempuran (kedua-dua pihak
muslim dan kafir hadap berhadapan) kedua golongan itu, syaitan itu mundur kebelakang lalu berkata :
Aku keluar dari golonganmu kerana aku dapat melihat apa yang kamu tidak dapat lihat, sesungguhnya
aku takut kepada Allah dan Allah sangat keras seksaannya ".

Keterangan ayat ; diriwayatkan peristiwa ini berlaku ketika Peperangan Badar ketika datang beberapa
Syaitan kepada orang-orang kafir Musyirikin Yang menyerupai Suraqah bin Malek dari suku Bani Bakr
yang memang terkenal kerana permusuhan dengan Bani Quraisy dengan menyatakan taat setia untuk
berperang bersama-sama mereka. Kaum Musyirikin yang pada mulanya merasa takut sekarang menjadi
berani kerana penyertaan Bani Bakar didalam bala tentera mereka. Setelah persetujuan itu dibuat, maka
pada hari berlakunya peperangan sebenar diwaktu mereka telah nampak akan tentera kaum Musimin
berserta bala tentera Allah dari langit. Secara tiba-tiba Suraqah bin Malek dan tenteranya (syaitan-
syaitan) itu merasa gerun lantas mengundurkan diri kerana ketakutan dan meninggalkan puak kaum
kafir-kafir Musyirikin dimedan pertempuran.

Dari peristiwa ini dapat dikupas tabiat syaitan yang berpaling tadah, semasa mengangkat sumpah
mereka cukup berani dengan kata-kata membangkitkan semangat kaum kafir. Tetapi bila dilihatnya
tentera Islam yang begitu ramai, mereka berpaling dan lari. Didalam peristiwa inilah syaitan telah
menjelma menjadi manusia diantara puak orang kafir sebagai membangkit semangat sahaja. Tetapi
telah menipu golongan kafirun itu diakhirnya, tinggallah mereka berhadapan dengan tentera musimin
dengan Allah swt telah gandakan balatentera Nabi dengan kekuatan dilangit, hitam langit bumi semasa
mereka turun. Sebenarnya kaum kafir itu telah dikepung dari depan dan belakang, kiri dan kanan
mereka hingga mereka tidak mampu bergerak untuk melarikan diri lagi. Maka mereka menjadi habuan
dihancur musnah oleh tentera kaum Muslimin ke atas musuh Nabi saw. Dan musuh Allah swt itu.

Satu lagi riwayat yang telah dicatitkan didalam al Quran juga didalam surah al Anfal ayat 30, Allah swt
telah berfirman yang mafhumnya ;

" Dan ingatlah (wahai Muhammad) Ketika orang-orang kafir (Musyirikin Mekah menjalankan rancangan
muslihat) memperdaya engkau, supaya mereka memenjara engkau, membunuh engkau atau menghalau
engkau. Mereka itu memperdayakan (menjalankan perancangan jahat), dan Allah memperdaya mereka
pula (mengagalkan perancangan mereka) kerana Allah sebaik-baik memperdayakan (pengagal segala
rancangan jahat mereka) ".

Keterangan ayat : Menerangkan satu peristiwa perancangan jahat kaum Musyirikin Mekah di sebuah
tempat bernama Dar Nadwah perihal untuk menghapuskan Nabi Muhammad saw. Ketika Bani Quraisy
sedang berkumpul untuk bermusyuarat tiba-tiba datang seorang bernama Syeikh an Najdi dari Bani
Najdi (penyamaran jelmaan Iblis) ingin menyertai musyuarat tersebut dan secara khusus memberi
pendapat supaya Nabi Muhammad saw dibunuh saja. Setelah usul itu diperbahaskan dengan terperinci
maka mereka semua bersetuju dengan usul utama Syeikh an Najdi tadi untuk membunuh Nabi. Allah
telah memberitahu Nabi untuk keluar bersama sahabatnya Abu Bakar ra untuk keluar dari Mekah dan
bersembunyi . Akhirnya Nabi Muhammad saw telah terselamat dari cubaan bunuh itu.

Begitulah jelmaan Iblis yang menyerupai manusia bernama Syeikh an Najdi untuk memberi pendapat
disaat mesyuarat penting kaum Bani Quraisy dengan idea yang paling jahat telah diberi dikala itu. Begitu
buruk perancangan Iblis keatas Nabi Muhammad saw, tetapi Allah swt lah pelindung kepada Nabi dan
menyelamatkan Nabi kita. Golongan ini memang telah diakui boleh menyerupai Manusia, bagaimana
dengan menyerupai Nabi Muhammad saw ? Telah dinyatakan didalam beberapa dalil didalam al Quran
dan Hadis-hadis dimukasurat 2 bahawa Allah tidak mengizinkan mereka menyerupai Nabi Muhammad
saw . Didalam Hadis Nabi juga telah diakui bahawa golongan Jin, Syaitan dan Iblis tidak boleh
menyerupai Nabi Muhammad saw. Ia muktamad ! Tetapi tidak kepada golongan jahat ini, mereka akan
cuba tipu helah yang lain pula kepada manusia supaya manusia menjadi sesat akidah dan syarak.
Sebagai contoh, hayati cerita ini ;

Pada satu ketika datanglah seorang sahabat ke tempat kawan untuk menceritakan satu peristiwa pelik
yang baru saja berlaku ke atas dirinya. Beliau telah bermimpi bertemu dengan Nabi, katanya dengan
serius. Beliau sebelum itu telah bermunajat dengan mengerjakan puasa sunat beberapa hari dan solat
sunat hajat 12 rekaat setiap malamnya. Memang dia berhajat untuk dipertemukan dengan Nabi
Muhammad saw. Beliau yang memang kawan kenal merupakan seorang yang sangat wara' dan alim
tetapi tidak pernah belajar dimana-mana pengajian Syariat dan Fiqah. Maka pada satu malam dari itu
beliau pun bermimpi bertemu dengan Nabi Muhammad saw.

Beliau pada mulanya sangat pasti itulah Nabi saw lama kelamaan ingin juga kepastian dari orang lain.,
jadi orang pertama yang dia ingat ialah Kawan. Jadi kawan tanyakan keadaan mimpi beliau itu,
gambaran yang jelas supaya boleh ditentukan akan masaalah ini.

Digambarkan didalam mimpi beliau, pada waktu magrib dia hendak ke Kolam belakang rumahnya untuk
mandi. Sesampai saja kekolam tersebut, kelihatan seorang tua telah selesai mengambil wuduk dan naik
dari tangga kolam itu. Dia tidak berkata apa-apa dan juga tidak memandang kepadanya. Tiba-tiba
terdetik didalam hatinya bahawa orang dihadapannya itulah Nabi Muhammad saw. Wajah nya tidak
dapat dilihat dengan jelas, lalu beliau pun melutut sambil memegang tangan baginda dan menciumnya.
Itu saja yang berlaku dan dia pun tersedar dari mimpinya. Jadi dia mahukan pendapat kawan. Kawan
kata kan pada dia yang dia jumpa itu Iblis. Punyalah teperanjatnya dia hingga hampir pengsan dia
mendengar keputusan itu. Lembik sekujur tubuhnya, mengelatar seluruh tubuhnya, peluh bercucuran
diseluruh mukanya, tergamam dan memandang tepat ke mata kawan dengan pandangan yang kosong.
Kawan tenangkan dia lebih dari dua jam. Setelah semangatnya kembali pulih dia minta penjelasan
selanjutnya dari kawan. Kenapa kawan katakan itu adalah Iblis ???

Begini... jika benar itu Rasulullah saw. Kenapa dia diam ? kenapa dia palingkan muka ? kenapa dia tak
pandang mata awak? kenapa tidak berpakaian dan hanya pakai tuala ? Siapa yang berkata-kata dalam
mimpi itu ? kenapa ditepi kolam belakang rumah ? Bagaimana rupanya ? Jawapan dan gambaran seperti
diatas itu langsung tidak menampakkan bahawa kamu betul-betul bertemu dengan Nabi didalam mimpi
kamu itu. Sepatutnya beliau akan memberi salam seperti lazim yang beliau buat bila bertemu dengan
tetamu. Dia tidak akan memalingkan mukanya kepada umat kesayangannya. Pandangannya redup dan
syahdu tepat ke mata kamu dengan senyum yang sukar kamu nak lupakan manisnya. Beliau akan
berpakaian kemas dan memakai haruman dari wangian firdaus yang kamu tidak akan lupa harumnya
sampai bila-bila. Tempat kamu bertemu dia selalunya di Masjid Nabawi di Madinah. Beliaulah yang akan
memperkenalkan dirinya dengan sebutan yang jelas namanya dengan penuh dan lengkap. Wajahnya
akan dapat kamu tatap sepuas hati tampa rasa jemu dan tak dapat kamu gambarkan indahnya hingga ke
akhir hayat kamu. Begitulah lebih kurang gambaran yang sepatutnya kamu dapat bukannya seperti yang
kamu ceritakan mula-mula tadi. Lama kelamaan dengan hujah dan penjelasan yang diberi, ia pun akur
akan kelemahan dirinya kerana bukan semudah itu untuk dapat bermimpi bertemu dengan Baginda.

Daripada cerita diatas, dapat tak anda fahami apakah penipuan yang telah Iblis lakukan ? Yang paling
utama ialah Iblis tidak mengaku dia tu Rasullah. Bukan dia yang mengatakan, tetapi anda sendiri yang
menyangka doa anda dah jadi nyata kerana anda beramal. Iblis tidak bersalah, tetapi andalah yang
bersalah kerana menyamakan Nabi dengan yang lain sedangkan anda sendiri tidak pernah melihat Nabi.
Lagi pun sifat Nabi mestilah sempurna, bukan jumpa belakang rumah, pakai tuala mandi, rupa parasnya
tidak kelihatan, tidak berkata-kata, tidak memberi salam, jumpa depan tandas, jumpa ditengah padang,
jumpa tepi sungai, jumpa bawah pokok nampak hanya belakang Nabi dan banyak lagi ciri-ciri yang
menampakkan kelemahan Nabi. Memang benar juga atas kehendak Allah segalannya mungkin dan
kamu boleh jumpa Nabi dimana-mana saja. Tetapi didalam soal mimpi yang soheh dan benar ia tidak
begitu. Ia mestilah tiada keraguan sifatnya dan sentiasa akan menampakkan kesempurnaan sifat Nabi
yang Allah swt tetapkan ke atas dirinya semasa zahir (hidupnya dahulu) atau batinnya (kehidupan beliau
sesudah wafat) tanpa keraguan pada diri umatnya yang sangat Nabi sayangi ini. Jangan mudah
terperangkap dengan dakwaan sesat seperti dakwaan sesetengah orang yang cuba memutar belitkan
Fakta. Seperti dakwaan Rasul Kahar, dakwaan Ayah Pin, dakwaan Asyaari Arqam, dakwaan Ahmad
Laksamana, dakwaan Katijah Ali, dakwaan Aurad Ismailiah dan ratusan malah ribuan dakwaan bertemu
Nabi , mendapat mandat dari Nabi, diarah mengantikan Nabi dan berbagai lagi dakwaan yang merapu,
tak tentu arah dan memutar belit faktar sebenar yang boleh menyesatkan akidah kita. Jangan mudah
tertipu dengan mereka yang mengaku bermimpi atau bertemu Nabi begitu saja. Kaji dulu akan kelebihan
dan kekurangan diri mereka itu dulu. Bagaimana nak bertemu Nabi jika syariat Nabi, akhlak Nabi, Ibadah
seumpama Nabi tidak kamu buat dengan tekun dan tidak duduk didalam wilayah itu. Manakala
keilmuan yang kamu ada tidak menjurus dan berwasilah menyampai kepada Baginda ? Jadi bagaimana
dapat kamu jelaskan bahawa yang kamu jumpa itu sebenarnya Nabi, sedangka kamu sendiri merasa
ragu akan pekara itu ?

Lihat disebuah kisah lain, Ia mendakwa bahawa apabila hendak mati akan datang (nampak) sesorang
menjemput kita, setengah mengatakan ibu kita, setengah mengatakan bapa kita, setengah mengatakan
guru kita dan banyak lagi dakwaan. Pekara ini memang benar, iaitu jemputan untuk pulang itu bukan
hanya dihadiri oleh Malaikat Maut sahaja, malahan ada orang yang paling kamu percaya akan hadir
bersama-sama untuk menjemput anda. Tetapi kamu juga harus hati-hati untuk menentukan siapa yang
layak untuk kamu ikut, bukan Ibu kamu, bukan kawan kamu, bukan tok lebai kampung kamu, bukan
Bapa kamu, bukan Atuk kamu yang warak itu, semuanya bukan ! Kalau semuanya bukan siapa dia itu ?
Untuk menentukan pekara ini kamu mestilah diwaktu hidup mu belajar berkenannya. Bukan main
dengar cakap orang saja. Belajar dengan guru yang juga menyampai keilmuannya pada tangan
Rasulullah saw yang dipanggil Wasilah (pewaris ilmu Nabi) dan pula mempunyai Rabitah (tambatan hati)
kepada Rasulullah juga. Pekara ini "wajib" didalam pembelajaran Rohani. Bukan main serkap jarang atau
tangkap muat saja. Bukannya belajar dengan guru-guruan ditepi jalan atau diwarung-warung kopi saja.
Ia mestilah bertempat dengan tempatnya yang sempurna juga. Jadi hati-hati ya !

Carilah Jalan Menuju Mati untuk mendapat " Hismulhatimah" (kesudahan yang sempurna) dalam
menghadapi "Sarakatulmaut", iaitu mati yang baik ke atas penghidupan kita ini. Anda diingatkan selalu
berdoa khusus untuk pekara ini. Ilmu Jalan Menuju Mati, bukan untuk orang-orang pencen saja atau
orang yang telah berumur yang dah nak mati saja. Tetapi juga untuk semua peringkat umur sebab maut
itu datang tidak mengira umur atau usia. Bila-bila masa sahaja boleh hadir, dimana-mana juga. Kita
seharusnya sentiasa berwaspada selalu.

TEMPAT KEMASUKAN JIN :

Seperti yang telah diperbincangkan dengan panjang lebar akan perbuatan jahat golongan Jin, Syaitan,
Ifrait dan Iblis yang sangat suka menganggu, mengacau, membisik, menyesatkan, menipu dan semua
jenis perbuatan jahatnya kepada Umat Manusia. Adalah sangat perlu kita mengetahui kita mengatahui
dimanakah tempat yang mereka boleh masuk ditubuh kita ini. Ruang atau lubang manakah pada tubuh
kita yang menjadi laluan masuknya setiap hari dan masa tampa kita sedari. Melalui tempat ini mereka
akan masuk dan terus membuat sarangnya didalam tubuh kita. Dari situ pula mereka melancarkan
kegiatan jahat mereka merosakkan semua sistem tubuh manusia untuk melupakan perintah Allah swt.
Supaya sesat bersamanya untuk masuk kedalam Neraka Jahanam yang telah tersedia untuk mereka.
Kepada manusia yang sedar dan dapat berpatah semula, anda terselamat. Tetapi yang terus terjun
dengan keindahan dunia dan leka dibuai oleh alunan nyanyian Iblis, maka akan pula menerima azab
yang pedih bersama- sama Iblis tadi. Sesungguhnya mereka itu tidak akan terlepas.

Ada 14 laluan kemasukan atau lubang tempat mereka masuk kedalam tubuh Manusia. Laluan-laluan itu
adalah seperti berikut :

1) Diuluhati, paru-paru, hati dan jantung Manusia.
2) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kanan.
3) Tulang siku dan cantuman pelipat siku tangan kiri
4) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kanan
5) Pelipat dan tulang kepala lutut kaki kiri
6) Lubang tengkuk
7) Dua urat pada tengkuk
8) Tulang Solbi dipunggung
9) Lubang hidung dan mata sebelah kanan
10) Lubang Hidung dan mata sebelah kiri.
11) Lubang dan cuping telinga sebelah kanan
12) Lubang dan cuping telinga sebelah kiri
13) Lubang dan semua rongga mulut.
14) Lubang pusat. ari-ari dan kemaluan manusia.

Melalui 14 ronga inilah didalam tubuh manusia golongan Jin akan masuk seterusnya akan memasuki
pembuluh darah dan terus kejantung dan ketempat-tempat kegemaran mereka yang lain. Kesemua 14
tempat kemasukan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis ini haruslah sentiasa ditutup dengan kaedah tertentu
supaya laluan ini tidak boleh lagi mereka gunakan. Kaedah-kaedah ini hanya dapat dipelajari jika anda
berguru. Tampa guru, ia tidak boleh diajarkan kerana pekara ini memerlukan ijazah darinya. Tempat
tempat kegemaran mereka ada 7 tempat di dalam tubuh manusia iaitu :

1) Tempat pertama sekali yang mereka akan tuju ialah Jantung dan rongga lain di dada manusia seperti
hati, paru-paru, limpa, perut, hulu hati, pankreas dan semua saluran penafasan manusia. Disinilah
sarang paling besar syaitan dan iblis seolah-olah seperti sebuah istana. Dari Jantung yang mereka
kerumuni beramai-ramai, Iblis akan mentadbir semua bala tenteranya terdiri dari syaitan dan ifrit untuk
mendiami pula tempat seperti. Seperti yang kita tahu dijantung kitalah terletaknya Kalbi (kalbu) iaitu
pandangan rohani yang juga dikenali dengan nama mata hati. Inilah sebabnya maka Iblis menguasai
tempat ini dan menjadikan kawasan itu sebagai Istana pentadbirannya untuk menutup pandangan mata
hati manusia kepada Allah swt. Jika ia terbuka maka cahaya yang keluar dari kalbu itu akan pula
menghancurkan mereka. Jadi mereka berkurumun seramai mungkin dikawasan itu. Disini juga ada
pandangan yang lebih utama iaitu dipanggil "Sir" terletak didalam kalbu itu yang lebih halus sifatnya.
Apabila manusia telah berjaya mengeluarkan kedua-dua cantuman cahaya itu, tiada apa lagi yang
mampu mereka buat, terpaksalah mereka lari meninggalkan tubuh itu, sebelum mereka hangus menjadi
debu.

2) Mata dan rongganya dikedua-dua belah kanan dan kiri. Orang yang telah dikuasai oleh Jin ini
matanya akan berkilauan seperti mata kucing bila disuluh lampu. Mereka juga amat takut bertentangan
mata dengan manusia. Selalunya apabila bomoh menurun, perhatikan kelakuan dan gerak gerinya, ada
yang menyelubungkan kepalanya dengan kain supaya penyamarannya tidak kelihatan oleh manusia.

3) Duduk dirongga mulut dan kawasan itu seperti lidah, kerongkong, gigi, gusi, lelangit, tekak dll. Mereka
menguasai mulut manusia dan manusia yang telah dikuasai akan suka sekali mengumpat, mengeji,
mengadu domba, mencarut, memaki hamun, berbual kosong, suka minuman keras, mabuk, meracau,
bercakap seorang, meletah dengan perkataan lucah, suka makanan haram, menghisap rokok dan benda-
benda yang menghayalkan seperti ganja, dadah yang dimakan dan semua perbuatan dosa yang
disebabkan oleh mulutnya.

4) Duduk di telinga manusia dikiri dan kanan, samaada dicupingnya atau pun dilubangnya. Manusia yang
telah dikuasai telinganya oleh golongan Jin ini amat benci dengan ceramah agama, laungan azan, bacaan
ayat al Quran, nasihat, teguran disebaliknya pula amat suka dengan mendengar Muzik, mendengar
perbualan orang, mendengar umpatan orang, mendengar gosip artis atau pemimpin, suka dikawasan
yang bising seperti di disco, pub, kelab malam dll.

5) Duduk dihidung atau ronga hidung dikedua-duanya. Manusia yang telah dikuasai hidungnya amat
suka haruman dari alkohol, menghidu gam, menghidu kokain dan bau-bauan yang merosakkan otak dan
tubuh badannya. Melalui penghiduan juga semua jin mudah masuk melalui udara yang dihidu masuk
keparu-paru dan ronga-ronga lain didada. Salah satu gejala yang paling teruk apabila manusia itu
mengalami resdung, selsema, hidung berair busuk dll.

6) Duduk dipusat dan ari-ari manusia. Ini termasulah rongga yang lain seperti buah pinggang, dan usus
manusia. Apabila mereka telah menguasai kawasan ini, maka manusia itu akan selalu sakit perut, angin
berpusing pusing, sengugut, sakit dalam perut, sakit buah pinggang, pundi-pundi kencing, ulsa (barah
usus), apendik, gestrik dll.

7) Duduk dikemaluan dan semua sistem peranakan bagi kaum wanita dan juga sistem pengeluaran
benih bagi kaum lelaki. Manusia yang telah dikuasai kemaluannya tidak kira wanita atau lelaki amat suka
bersetubuh, berzina, meliwat, beronani, sex bebas, sex beramai-ramai, merogol, sumbang mahram,
homosexsual, lesbian, suka berhayal akan sex, pelacuran, menjual tubuhnya dan sebagainya. Kejahatan
dan dosa bahagian kemaluan inilah yang paling ramai dewasa ini dilakukan dimerata tempat hingga
sanggup membunuh untuk menutup malu.

Sebab itulah kita sentiasa disarankan mengambil wuduk atau sentiasa berada didalam wuduk kerana
dengan berwuduk bermakna kita telah membersihkan 4 tempat pergantungan golongan Jin ini.
Kemudian 2 lagi tempat dibersihkan dikala kita mandi setiap hari. Ingatlah setelah kita cucu tempat-
tempat itu kita sebutlah nama Allah padanya. Berserahlah kepada Allah untuk memelihara anggota-
anggota tubuh kita itu dari didiami golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Hanya tinggal 1 lagi iaitu anggota
yang duduk didalam iaitu Jantung yang didalamnya terletak Kalbu, pandangan Basrah dan "SIR" yang
harus dibersihkan dengan wirid, uslah, puasa, zikir tafakur dan membaca al Quran selalu. Terbaik jika
diberikan "Ijazah" oleh guru bertauliah akan semua senjata-senjata itu untuk kita amalkan bagi kita
memberus kotoran yang terlekat oleh mereka yang jahat itu.

Jika semuanya telah bersih, maka keluarkan pula saka maka yang bersangkutan dengan kita supaya kita
benar-benar bersih mutlak untukmengadap Allah setiap hari. Ditambah pula dengan kaedah menutup
14 tempat laluan mereka yang telah dipelajari dari guru kita. Barulah amalan dan semua kerja buat kita
diterima Allah swt sebagai amalan disetiap masa dan tempat.

CARA-CARA KEMASUKAN JIN :

Diatas telah dinyatakan akan tempat-tempat kemasukan dan juga tempat bersarangnya golongan Jin ini
didalam tubuh manusia. Sekarang mari kita lihat bagaimanakah caranya mereka menyelusup masuk
kedalam tubuh manusia. Cara-cara kemasukan golongan Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis kedalam tubuh
manusia terbahagi kepada beberapa bahagian iaitu :
1) Melalui pengambilan "Sahabat" dan "Khadam" dimana manusia itu sendiri menjemput golongan Jin
ini mendiami tubuh badannya sebagai sarang. Melalui pertolongan sahabatnya itu Manusia itu akan
merasa selesa kerana tugasnya telah diambil alih oleh sahabatnya itu.

2) Dengan melakukan Sihir dari satu manusia ke satu manusia yang didendaminya. Dengan cara ini juga
tidak diketahui siapa perilakunya yang sebenar. Jika berlaku kematian dia akan terselamat dari hukuman
dunia.

3) Menerima Jin Saka keturunan semasa ibu atau ayahnya mahu meninggal dunia. Selagi tiada salah satu
anaknya mahu menerima saka Ibu atau Ayahnya itu, selagi itulah nyawa tidak akan terlepas dari jasad,
maka terseksalah ibu atau ayahnya menghadapi Sharakatulmaut diseksa dengan seksaan yang amat
pedih sekali. Atau pun orang tuanya yang tidak sempat membuang saka itu telah meninggal dunia dan
jin saka itu sendiri yang memilih untuk tinggal dengan sesiapa juga ahli keluarga tuannya itu pula. Suka
atau pun tidak, jin saka ini akan duduk juga ditubuh anda tampa menghiraukan perasaan anda. Jika anda
berdegil juga, bermacam penyakit yang akan datang kepada anda termasuklah menjadi gila.

4) Manusia dalam keadaan sengaja ataupun tidak sengaja telah membunuh keluarga salah seekor dari
golongan Jin. Jin Islam yang menjelma menjadi ular umpamanya telah memasuki rumah anda dan tanpa
berlengah lagi anda telah membunuh ular tersebut. Kaum keluarga Jin Islam itu akan pula menuntut
bela atas kematian keluarganya ditangan anda. Jika mengikut Hukum Qisas didalam hukum syarak, maka
mereka berhak juga membunuh anda. Jikalau pekara seumpama itu berlaku kepada Jin yang anda bunuh
itu merupakan Jin kafir, maka jam itu juga anda akan mati ditangan mereka tanpa dakwaan lagi. Kalau
umpamanya anda telah memijak atau tertendang atau menghempap mereka dengan benda berat yang
menyebabkan mereka sakit. Maka mereka juga akan membuat anda sakit seperti ahli keluarga mereka
itu. Pekara ini amat rumit untuk manusia itu dilepaskan selagi ahli keluarganya tidak sembuh dari sakit
akibat perbuatan anda.

5) Manusia yang mengambil mana-mana zikir, sepotong ayat Quran, mentera jampian atau belajar dari
guru-guru yang tidak mempunyai pertalian pelajaran dan keilmuan yang menyampai ditangan Baginda
Rasulullah saw atau dari orang-orang yang tidak diketahui asal usul pengajiannya atau diambil dari
dalam mimpinya dengan tiada usul telah mengamalkan pula zikir, ayat, jampi tersebut secara
berseorangan tiba-tiba menjadi gila. Ini orang jawa panggil Gila Isim. Atau telah berlaku kemasukan jin
didalam badannya (Tanasalul Arwah) atau boleh saja beliau pandai berubat, berpidato bab agama,
memberi hujah dan pendapat tentang halhal masyarakat, nikah cerai, bab munakahad, bab muaamalat,
Fikah, Syarak,akhlak, tauhid, tasauf, tarikat, hakikat seolah-olah Guru agung atau Mufti atau Khodi
lagaknya tanpa ia belajar dari mana-mana perguruan pondok atau pesentern. Kemudian menjadi guru
atau ustaz yang pula mengajar agama disemua bab, pada mulanya memang tidak nampak. Tetapi lama
kelamaan pekara ini akan terbongkar juga kepada masyarakat sekeliling akan ajaran sesatnya itu.

6)Kepada manusia khasnya kaum wanita yang suka bersolek semasa keluar dari rumah. Memperagakan
rambutnya, kecantikan wajahnya, kecantikan tubuhnya yang mendedahkan auratnya dikhalayak ramai
dan apabila ada dikalangan kaum Jin yang telah jatuh cinta terpandangkan wanita itu maka akan
berlakulah kesusahan kepada wanita itu kerana disihir oleh Jin tadi ada yang sampai gila angau, gila
meroyan, sasau berjalan dalam tidur mencari Jin itu dan berbagai lagi masaalah yang timbul dek sebab
pekara yang tidak disengajakan oleh wanita itu. Bukanlah niat wanita manusia itu untuk memikat Jin itu,
tetapi kesalahan wanita itu ialah tidak menutup auratnya dan suka bersolek semasa keluar ruman. Itulah
sebabnya Islam melarang pekara ini.

7)Manusia yang tidak mahu beribadah dan lalai akan perintah Allah swt malah suka melakukan semua
pekara yang ditegah dalam syarak. Mereka dengan sengaja menjauhkan diri mereka dari Allah swt dan
dengan sendirinya pula mendekatkan dirinya bersama-sama Jin, Syaitan, Ifrit dan Iblis. Mereka akan
terus hanyut dan hayal bersama-sama keseronokan dunia dibuai oleh Syaitan dan Iblis sehingga mereka
tidak dapat keluar lagi dari cengkaman mereka-mereka itu. Mereka akan terus sesat dan akam mati
didalam keadaan menzalimi diri mereka sendiri. Setelah sahih mati barulah mereka kesal akan semua
tindak tanduknya semasa didunia, sudah terlambat saudara saudari sekalian. Tidak ada lagi jalan untuk
anda patah balik semula kedunia, tiada apa yang dapat dibuat lagi, terpaksalah anda menghadapi
seksaan yang telah disediakan untuk kalian. Hanya Rahmat Allah dan Syafaat Rasulullah saw saja yang
mampu menolong anda dikala itu.

Pergerakan utama Jin didalam tubuh manusia adalah mengikut aliran darah melalui semua urat saraf,
pembuluh darah yang sambung menyambung diantara satu dengan yang lain. Apabila mereka dapat
masuk ketubuh manusia, pekara pertama sekali yang mereka lakukan ialah dengan mencari pembuluh
darah dan urat-urat nadi manusia kerana disitu mereka akan mudah bergerak dari satu tempat ke satu
tempat. Rasulullah saw pernah bersabda didalam sebuah hadis sahih yang telah diriwayatkan oleh
Bukhari dan Muslim, dari Sayidah Syafiyah binti Huya bahawa beliau pernah mendengar Rasuallah saw
bersabda yang maksudnya ;

" Sesungguhnya Jin (syaitan) itu berjalan didalam tubuh anak Adam (manusia) sebagaimana darah yang
mengalir dalam tubuhnya ".

Maka seharusnya kita sentiasa menjaga akan permakanan kita, carilah makanan yang halal supaya
menjadi darah yang halal pula. Dengan itu kita akan menyempitkan jalan tempat duduk mereka itu
disitu atau mereka tidak duduk didalam darah yang halal dan bersih yang sentiasa menyebut nama Allah
berserta doa ketika makan yang kita amalkan.

JENIS PERMUSUHAN JIN KEPADA MANUSIA :

Allah swt telah menjelaskan didalam al Quran terdapat 3 jenis permusuhan kaum Jin kepada Umat
Manusia dari dahulu hinggalah sekarang. Ia adalah seperti berikut ;

1) Mengujudkan kejahatan yang dinamakan As Suu iaitu kejahatan menghasut manusia berbuat dosa-
dosa dengan membuat maksiat didalam hati dan juga anggota badan mereka. Manusia yang memang
cenderung untuk melakukan kejahatan dan maksiat akan mudah termasuk kedalam perangkap Iblis dan
kuncu-kuncu itu. Tapi setelah kamu sedar dari lamunan mimpi kamu merasakan tidak akan diapa-
apakan oleh mereka pada masa itu. Ternyata anggapan begitu akan melemahkan lagi Iman Manusia
yang sebenarnya tertipu dengan segala muslihat permainan puak Jin, maka anggapan itu sebenarnya
satu kenyataan yang manusia itu telah berada dipihak yang salah dan terpaksa menghadapi hukuman
yang berat dari Allah swt.

2) Mengujudkan kekejian yang dinamakan Al Fahsyah iaitu menghasut manusia melakukan kejahatan
yang lebih jauh lagi yang amat keji disisi Tuhan iaitu derhaka akan semua perintahNya dan membuat
semua yang dilarangNya. Apa saja yang dilarang seperti berjudi, minum arak, berzina, mencuri, berbuat
zalim, mengadu domba, memfitnah, mengumpat, mengeji, membunuh, merogol, memukul, menyihir,
menipu, memakan riba, memakan harta anak yatim, dan bermacam-macam lagi perbuatan mungkar
akan dilakukannya dengan tiada rasa bersalah dan takut akan seksaan yang menantinya diakhirat kelak.
Mereka ini bertambah jauh dari rahmat Allah dan mempunyai hati yang telah hitam sepenuhnya yang
tiada rasa insaf akan semua perbuatan keji terhadap Allah swt.

3) Berbohong terhadap Allah swt sedangkan mereka telah pun berjanji taat setia semasa kejadiannya
dahulu. Tahu kah kamu apa perjanjian yang telah kamu lafaskan dihadapan Allah Rabuljalil dahulu
semasa kamu di Alam Roh, maka dengan perjanjian itulah kamu dilepaskan untuk hidup di dunia ini ?
Kamu tidak ingat akan perjanjian dan sumpah yang telah kamu akad dahulu ? Baiklah, akan kawan
peringatkan sekali lagi apakah sumpah dan janji itu, disini pada saat ini untuk kamu kenangkan semula
dan berjanji pada diri sendiri untuk berpatah semula kepangkal jalan jika kamu telah tersesat jauh atau
dekat, Janji dan sumpah taat setia ini telah Allah rangkumkan didalam al Quran, maka Allah swt telah
berfirman didalam surah al Akraf ayat 172 yang mafhumnya ;

" Ketika Tuhanmu menjadikan keturunan anak Adam daripada tulang punggung mereka (tulang solbi),
Dia mempersaksikan dengan diri mereka sendiri, Allah berfirman : Bukan Aku Tuhan kamu ? sahut
mereka : Ya, kami menjadi saksi, supaya kamu juga mengatakan pada hari kiamat : Sesungguhnya kami
lengah (lalai) terhadap perihal ini ".

Keterangan ayat : Inilah rangkuman sumpah dan janji yang telah kamu, kita dan semua manusia ucapkan
dihadapan Allah dahulu semasa kamu di Alam Roh. Telah kamu lafaskan dengan lidah dan mulut kamu,
kemudiannya telah pula mentasdihkannya didalam tiap-tiap hati diantara kamu dan dengan sekujur
tubuh badan kamu akan taat setia akan perjanjian itu dihadapan Allah Rabuljalil sendiri. Maka dengan
sumpah taat setia inilah kamu dilepaskan untuk hidup dimuka bumi sekarang ini. Bagaimana kah kamu
ingin menafikannya lagi, setiap jiwa akan menjadi saksi pula keatas jiwa-jiwa yang lain secara hadap
hadapan esok dihari perhitungan itu . Kata sesetengah ahli tafsir, bahawa Allah telah memangil Adam
dan disapu akan punggung Adam, maka keluarlah seluruh keturunan darinya lalu diminta menjadi saksi
akan keEsaan Allah. Maka semunya telah menjadi saksi dan bersumpah taat setia terhadap Allah swt.
Maka dengan sumpah taat setia itulah Allah swt melepaskan seluruh jiwa itu untuk hidup dimuka bumi
sekarang ini, termasuk kamu, kami, kita, engkau, aku dan semua manusia yang hidup mahupun yang
telah meninggal dunia. Kepada mereka yang telah melupakan janji dan sumpah ini, maka mereka telah
diletakkan didalam ungkapan berbohong terhadap Allah. Kenapakah kamu semua terpaksa menjadi
saksi sebelum kamu hidup dahulu ? Supaya kamu tidak boleh berdolak dalik memberi hujah
menyalahkan ibubapa, datuk nenek keturunan kamu yang telah sesat, jadi kamu minta dilepaskan
seksaan itu disebabkan perbuatan mereka itu sedangkan kamu akan dipertanggung jawabkan atas
semua perbuatan kamu sendiri. Bukankah kamu telah diberi akal fikiran ???

Awasi akan 3 jenis permusuhan serta tipu helah golongan Jin dan kuncu kuncunya ini dengan cermat
setiap hari dan masa kerana mereka tidak akan berhenti dari menganggu kamu sehingga akhir hayat
kamu kecuali mereka-mereka yang telah diberi keselamatan dari gangguannya ini. Mereka-mereka yang
telah melepasi wilayah dan sentiasa duduk didalam Tauhid Allah bersama-sama kekasih Allah dan
berserta Allah dimana jua dia berada pada setiap masa dan waktu selama-lamanya hingga hari kiamat.

IBLIS DAN ALAMNYA - siri 4 (akhir)

Setelah kita didedahkan dengan tempat-tempat kemasukan golongan Jin kedalam tubuh manusia dan
berbagai permusuhan golongan jin ini kepada umat Manusia, maka marilah kita mengetahui pula akan
bangsa-bangsa Jin ini. Maklumat didalam bab ini juga adalah penyelidikan sendiri dan juga penjelasan
beberapa orang Guru yang arif dalam bab makhluk Jin ini.

BANGSA-BANGSA JIN.

Golongan Jin ini seperti juga manusia, mereka memiliki berbagai bangsa, puak dan keturunan juga.
Mereka juga mempunyai sistem pentadbiran seperti manusia. Setiap puak itu memiliki ketuanya atau
Rajanya juga. Dari sini terbentuk pula Daerah pentadbiran seterusnya Negeri-negeri dan terakhir
menjadi Negara-negara. Gabungan negara-negara itu pula membentuk Kerajaan Besar antarabangsa
mereka ( seperti PBB bagi pentadbiran negara-negara oleh manusia) yg juga ditakbir pula oleh golongan
Maharaja mereka. Disini mereka juga memiliki seekor Maharaja Agung mereka, pentadbiran tertinggi
mereka. Mereka memilih pentadbiran beraja, bukan pentadbiran demokrasi berpalimen. Kerajaan
Unilitral beraja, yang hanya mendengar perintah dari satu Maharaja tertinggi mereka dan raja-raja
mereka. Oleh itu golongan Jin ini bolehlah dikelaskan kepada 3 puak yang besar iaitu :-

1) Puak Ifrait.

Satu bangsa Jin yang digambarkan sangat jahat penipuannya kepada manusia. Ifrait mempunyai
kerajaan yang luas yang ditadbir oleh anak anak Rajanya yang sangat jahat. Bala tenteranya adalah
terdiri dari kaum kerabatnya yang ramai, Suka menjadikan diri mereka Sahabat atau Khadam manusia
supaya mudah menipu manusia. Terlampau licik dan cekap menipu mamusia dari semua arah terutama
didalam bab akidah. Manusia yang tipis pengetahuannya akan mudah diperkotak katik kan mereka ini.
Hasutan dan tipu muslihatnya yang halus tidak dapat dikesan oleh manusia. Sekali terjebak, amat sukar
untuk keluar dari masaalah itu. Antara contohnya ialah menyimpan sahabat, dengan perantaraan
pawang, dukun dan bomoh manusia yang sememangnya bersatu dengan golongan Ifrait itu akan dengan
mudah mendapatkan sahabat hantu raya yang dari keluarga Ifrait juga kepada manusia yang didalam
kesusahan hidup yang miskin. Maka dengan adanya sahabat hantu raya itu, manusia yang miskin tadi
akan cepat menjadi kaya raya. Manusia itu akan dikenakan beberapa syarat (di indonesia dipanggil
Pensyaratan)yang sudah tentu melangar hukum syarak contohnya menghidangkan makanan kepala
kambing hitam, darahnya dan semua isi perutnya setahun sekali dibuat seperti persembahan di Kaki
bukit tertentu atau ditebing sungai tertentu.

Manusia yang dungu tadi beranggapan bahawa syarat itu agak mudah, lagi pun apabila sudah kaya
bukan setakat kambing malahan lembu pun boleh dipersembahkannya. Ia pun bersetuju dengan syarat
kecil itu. Maka upucara mengambilan sahabat dilakukan oleh pawang tadi dikaki sebuah bukit. Dari saat
itulah kehidupan manusia itu telah pun berubah secara pelahan-lahan, terutama dalam soal agama. Dah
mula tinggal solat, puasa dan semua amalan agamanya. Kemudian berjinak-jinak dengan maksiat,
bertukar menjadi peminum arak, berjudi dipadang-padang golf , berzina dikelab-kelab karoke, berfoya-f
oya dan mengamalkan sex bebas. Hidupnya mewah dengan segala kesenangan dunia. Apa saja yang
disentuh menjadi duit. Dia sangat bahagia dengan kehidupan barunya itu kerana itulah yang dicarinya
selama ini. Anak isteri dirumah menjadi tidak keruan, mereka merasakan kepanasannya. Mereka juga
telah mengatahui perubahan yang sangat jauh kepada ayah mereka ini. Ayah mereka sedang "bertukar
kulit" menjadi jin Ifrait iaitu hantu raya. Jin itu pula sudah mula ingin menzahirkan dirinya dengan
menggunakan jasad sahabat manusianya itu. Jin itu mahu bersatu dengan tuannya akibat kesetiaan
tuannya akan suruhannya saban tahun. Ia sudah mula terbalik, jin akan menjadi tuan, manusia akan
menjadi hamba pula. Manusia tuannya itu tidak mengetahui akan perubahan itu, ia masih ingat biasa
saja. Lama kelamaan Jin itu menguasi sepenuhnya jasad manusia itu dengan menzahirkan wataknya
sebenar. Watak penipu licik dalam bidang kewangan kolar putih.

Akhirnya dia ditahan polis dan didakwa dengan berbagai jenayah iaitu menipu mengambil wang deposit
bagi pelaburan untung tinggi atau 'roll program' dan forex. Disamping didakwa pecah amanah
melibatkan jutaan ringgit ia juga telah bergaduh dihalayak ramai dan cuba membunuh. Turut didakwa
dibawah seksen jenayah keluarga kerana merogol anak sendiri, liwat anak sendiri dan memukul
Isterinya. Untuk kesemua jenayah itu beliau dipenjara seumur hidup dan sebatan 32 kali. Jadi lihatlah
kebodohan manusia ini, ditipu bulat-bulat oleh Jin Ifrait itu, bertimpa-timpa masaalah dan kemudiannya
membawa kepada hukuman yang telah beliau terima di atas dunia ini dan ia juga tidak terlepas akan
hukuman diakhirat kelak. Ambillah iktibar dari cerita ini.

2)Puak Syaitan.

Bangsa dan puak inilah yang paling ramai sekali. Bangsa Syaitan ini yang banyak diperkatakan didalam al
Quran. Puak Jin Syaitan ini mempunyai kerajaan dan Raja-raja mereka sendiri. Pentadbirannya juga
serupa dengan kerajaan yg telah disebutkan terdahulu. Mereka inilah yang merupakan gerak jentera
kerja Iblis dan Izazil untuk menghasut manusia supaya melalaikan Ibadah, melambat-lambatkan solat,
perasan malas, membisik didalam hati manusia akan keseronokan dunia. Manusia akan rasa perbuatan
haram itu lebih nikmatnya dari perbuatan yang halal dimana ia sebenarnya adalah duduk didalam
waham semata-mata. Mengadu domba atau bercerita dan menyampai-yampai cerita peribadi orang
sehingga menimbulkan fitnah yang besar dan pergaduhan hingga masuk kedalam makamah, saman
menyaman yang disensasikan didalam TV dan didada akhbar-akhbar. Membuat manusia suka berhayal
memasang angan-angan dan seterusnya pengambilan dadah untuk duduk terus didalam hayal yang jauh
bagi melupakan masaalah pejabat, tekanan kerja, stress, masaalah rumahtangga, masaalah kewangan
yang meruncing, beban hutang syarikat, beban hutang Bank dll. Menjadi peminum arak dan seterusnya
terjebak didalam ketagihan arak dan dadah yang kronik. Maka hancur musnahlah kehidupan manusia itu
akibat hasutan syaitan tadi.

Menimbulkan perasaan cemburu yang melampau-lampau yang asalnya hanya kecil dihati merebak
menjadi besar kerana melayan perasaan ini. Memang manusia ada sedikit perasaan cemburu, tetapi ia
harus dididik kearah kebaikan, bukan mengikut arah syaitan yang sentiasa menunggu peluang dan ruang
yang anda buka untuknya. Cemburu dalam semua pekara, cemburu melihat kejayaan orang lain.
Cemburu melihat kekayaan orang lain, Cemburu melihat kecantikan orang lain dan merebak menjadi
segala-gala yg dilihatnya akan mendatangkan cemburu, iri hati hingga digelar busuk hati. Ia inginkan
kesemua yang dimiliki oleh orang lain itu menjadi miliknya. Atau cuba mengatasi jiran tetangganya
dalam segala hal. Ia sentiasa mahu nampak lebih dari rakan-rakan, jiran tetangga malahan lebih lagi dari
semua penduduk bumi yang ada. Inilah sifat cemburu yang melampau dihasut oleh Syaitan.

Biasanya manusia yang terjebak dengan hasutan Syaitan ini hanya bermula dari masaalah yang kecil
sahaja dan akan berlarutan menjadi besar hingga membinasakan diri manusia itu sendiri. Didalam
contoh yang lain sesorang yang selalu bercakap besar, akan terus menerus berbohong sehinggakan
menyampai kepada masaalah yang lebih besar pun terpaksalah dia berbohong juga. Dari bercakap besar
kepada berbohong dan kepada menipu pula. Hingga ia tertangkap kerana menipu rakan niaganya. Oleh
kerana hendak menyedarkannya, tindakan undang-undang diambil keatasnya supaya ia sedar akan
perbuatan hinanya itu. Satu lagi hasutan syaitan ialah dari perasaan iri hati diatas kejayaan rakannya dan
kemunduran perniagaannya maka timbul pula perasaan berperasangka buruk kepada rakannya itu. Ia
menyangka perniagaannya itu akibat perbuatan rakanmya yang telah berjaya itu. Perasaan Syak ini amat
merbahaya yang akan pula merebak kepada penggunaan ilmu sihir, santau, tuju-tuju, penganiyaan
kepada rakannya itu. Jadi meranalah rakannya kerana sihir yang dibuatnya melalui seorang bomoh. Dia
gembira melihat hajatnya tercapai dan asyik tersenyum diwajahnya saban hari. Hatinya puas kerana
berjaya menjatuhkan rakannya sendiri. Walhal semua itu adalah perbuatan Syaitan yang membisik-bisik
dihatinya. Rakannya itu langsung tidak berbuat apa-apa kepadanya. Kerana syaitan mendatangkan
perasaan syak yang tinggi maka pekara ini berlaku. Ingatlah tuan-tuan akan bisikan Syaitan tidak pernah
berhenti selagi kita hidup.

3)Puak Iblis.

Satu bangsa Jin yang sangat alim, warak, ahli abadi, menjadi ketua kepada Malikat dan Jin kerana kuat
ibadahnya juga keistimewaan (kesaktian) yang telah Allah kurniakan kepadanya. Pernah mengetuai bala
tentera perang bersama-sama malaikat untuk menghapuskan satu golongan Jin yang membuat
kerosakan dialam Syurga dahulu dengan perintah Allah swt. Selepas itulah timbul perasaan ego
dihatinya kerana telah mengetahui tiada satu makhluk Allah yang boleh mengalahkannya. Peristiwa ini
berlaku sebelum Adam diciptakan. Selepas peristiwa inilah Allah yang Maha mengetahui telah
menciptakan Manusia. Pertama sekali untuk menguji Iblis atas keimanannya terhadap Allah swt. Apabila
Allah memerintah semua makhluk ciptaannya untuk sujud kepada Adam as kerana Adam dan semua
keturunannya telah dilantik menjadi Khalifah (ketua seluruh makhluk) oleh Allah swt. Maka semua
makhluk ciptaan Allah swt sujud patuh atas perintah itu kecuali Iblis. Ini adalah kerana ia merasa
seharusnya dialah yang mendapat darjat Khalifah itu oleh kerana amal ibadahnya yang tiada
tandingannya serta satu jenis kuasa istimewa (Sakti) yang hanya diberi kepadanya. Inilah kesilapan Iblis
yang besar dan dianggap derhaka kepada perintah Allah swt. Malah Allah juga mampu pula menciptakan
kuasa yang sama bentuknya kepada manusia keturunan Adam as yang abadi dengan kuasa yang
melebihi kuasa sakti Iblis itu (Mukjizat untuk golongan Nabi dan koramah untuk golongan manusia biasa
yang abadi). Kuasa Mukjizat dan Koramah ini pula boleh membunuhnya. Ini juga telah membuat Iblis
menjadi lebih cemburu kepada manusia dan memasang dendam kepada Adam as dan seluruh
keturunannya sampai hari kiamat. Ia kemudiannya telah mejadi ketua puak jahat dikalangan semua
golongan Jin (bangsa Jin) yang memerintah seluruh kerajaan Jin didunia Ini. Ia pula meletakkan semua
keturunannya disemua bahagian pemerintahan di negara-negara jin yang digelar Maharaja dan Raja-raja
disamping raja bagi puak Jin yang tersangat ramai itu. Nanti akan saya ceritakan salah satu contoh
Koramah yang menandingi sakti puak Jin itu dibawah tajuk perbezaan Istilah puak Jin ini.

Begitulah tiga bangsa golongan Jin iaitu kelompok paling besar didalam bangsa-bangsa keseluruhan
puak mereka ini. Ia diambil dari al Quran, Hadis Nabi dan tafsir dari berbagai Ulama. Sebenarnya
dibawah satu bangsa itu terdapat beribu-ribu pecahan puak yang tidak diceritakan kepada kita secara
khusus. Maka tidaklah perlu kita mengkaji nya lagi kerana ia hanya membuang masa kerana tidak akan
menyampai kepada apa-apa tujuan. Lagi pun garis panduan yang perlu kita tahu hanyalah 3 puak ini saja
yang harus kita ketahui. Selainnya biarlah ia menjadi rahsia ilmu Allah swt dan RasulNya saja.

PERBEZAAN PELBAGAI ISTILAH :

Mari kita menyemak semula akan semua istilah yang banyak digunakan didalam menceritakan akan
Alam Iblis ini. Atau pun istilah yang kita dengar dari mulut-mulut tok-tok Guru, Imam-imam, Ustaz-ustaz,
orang tua-tua dan seluruh masyarakat. Apakah terdapat perbezaan atau persamaan akan istilah-istilah
tersebut yang saban kali kita dengar tetapi tidak terfikir akannya. Istilah-istilah itu adalah :-
1) JAN

Merupakan datuk segala jin. Ia adalah makhluk pertama yang dijadikan Allah swt dari api yang sangat
panas dan angin samuun juga yang sangat panas.

Kemudian darinyalah keluar seluruh keturunannya yang islam dan yang kafir. Mereka pula berbangsa-
bangsa dan beketurunan pula hinggalah kehari ini. Oleh kerana mereka boleh membiak sama ada
berpasangan antara jantan dan betina atau pun tidak, dengan anak-anak yang ramai pula, maka
cepatlah mereka memenuhi permukaan bumi, didalam laut dan diudara dunia yang luas ini.

2) JIN

Merupakan anak keturunan sesudah Jan. Semua keturunan dan bangsa darinya dinamakan Jin. Jika kita
mengatakan bekenaan Jin, bererti kita bercakap berkenaan keseluruhan bangsa dan puak jin.

Ia adalan istilah umum bagi golongan ini. Jin bukanlah satu bangsa seperti fahaman sesetengah orang. Ia
adalah nama yang diberi oleh Allah swt keatas golongan makhluk ini keseluruhannya. Nama secara
Umum sahaja. Manakala bangsa -bangsa jin ini adalah yang telah diceritakan diatas dan akan diulang lagi
dibawah ini.

3) IBLIS

Salah satu bangsa atau puak Jin yang pada mulanya sangat abadi beribadah kehadrat Allah swt. Dipetik
perumpamaan Ulama tafsir iaitu " Tiada permukaan walau satu inci pun dibumi dan disyurga
(dahulunya) yang tidak menyentuh dahi Iblis kerana banyak sujudnya kepada Allah swt". Jadi
bayangkanlah betapa abadinya Iblis ini.

Tetapi rupa-rupanya terselit perasaan megah dan riak dihatinya akan banyaknya ibadah ini. Allah swt
mengetahui apa yang telah ia sembunyikan dihatinya itu. Ia kemudian diuji oleh Allah swt akan imannya
itu. Maka terbukti yang Iblis tidak pernah ikhlas dalam beribadah. Itulah sebabnya dia dimurkai dan
dianggap darhaka akan perintah Allah dan dihukum murtad dan kafir oleh Allah swt akan tabiatnya itu.
Ia pula memohon untuk dipanjangkan umurnya untuk menyesatkan seluruh musuh utamanya iaitu
Manusia anak cucu Adam as. Ia telah mendapat perkenan Allah swt dengan diberi panjang umur. Maka
apa yang kita lihat, dengar, baca dan faham pada hari ini adalah sumpah dan janjinya yang mahu
menyesatkan semua manusia dihadapan Allah swt. Sumpah dan janji itu akan terus dilaksanakan
sehingga hari kiamat.