Anda di halaman 1dari 8

ESEI

Secara individu anda di kehendaki mencari satu isu kesantunan masyarakat dari
mana-mana sumber. Berdasarkan isu tersebut, huraikan secara kritis dengan
mengaitkan isu tersebut dengan konsep kesantunan. Anda juga diminta
mencadangkan langkah mengatasinya serta rasional cadangan tersebut diberikan.





Menurut Awang Sariyan(2007) kesantununan merupakan penggunaan bahasa yang
baik, sopan, beradab, memancarkan peribadi mulia dan menunjukkan penghormatan
kepada pihak yang menjadi teman bicara. Menurut Haji Omar(2000) pula, kesantunan
mengikut perspektif melayu ialah penggunan bahasa sehari-hari yang yang tidak
menimbulkan kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pendengar.. Manakala,
menurut Safir (1921) bahasa sebagai suatu kaedah yang bukan naluri (noninstinct) manusia
untuk menyampaikan idea, perasaan, emosi dan keinginan melalui simbol - simbol yang
lahir secara sedar. Menurut Asmah Haji Omar (1988) tokoh linguistik melayu menyatakan
bahasa merupakan firasat atau petunjuk kepada sesuatu kebudayaan. Lebih ringkas lagi
bahasa mencerminkan kebudayaan penuturnya. Secara konseptualnya kesantunan bahasa
merupakan strategi penggunaan kata terhadap orang lain yang tidak menimbulkan konflik
sekalius ianya menunjukkan peradaban kepada sesuatu budaya.

Sesungguhnya, Konsep kesantunan bahasa ini sebenarnya menerangkan tetang
penggunaan bahasa yang baik iaitu apabila kita bercakap dengan seseorang tanpa
menggunakan perkataan yang boleh boleh menyinggung perasaan. Hal ini kerana apabila
kita bercakap dengan bahasa yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita adalah
manusia yang tidak pandai berbahasa. Perwatakan dan keperibadian seseorang dapat
dilihat apabila dia sedang bercakap dengan temannya. Apabila kita menggunakan
perkataan yang beradab, lemah lembut dan bersopan santun, ianya dapat mencerminkan
bahawanya kita merupakan orang yang menpunyai kesantunan berbahasa. Namun begitu,


4



apabila kita menggunakan perkataan yang kasar, ianya dapat mengambarkan bahawa kita
adalah orang yang tidak mempunyai kesantunan berbahasa.


Kesantunan bahasa ini juga merujuk kepada strategi penggunaan kata gelaran,kata
sapaan dan kata ganti nama diri untuk menunjukkan perasaan hormat terhadap seseorang.
Konsep kesantunan bahasa di atas merujuk kepada penggunaan katagelaran dan kata
sapaan untuk dipanggil. Sebagai, contohnya, apab ila kita berjumpadengan orang mungkin
hampir sama baya dengan kita, kita hendaklah memanggildia dengan nama yang sesuai
dengan umurnya seperti saudara atau saudari.Apabila kita berjumpa dengan orang yang
lebih tua daripada kita hendaklahmemanggil mereka pak cik kerana itulah nama yang sesuai
bagi mereka. Dengan bahasalah kita dapat menyembunyikan dan mengungkap fikiran,
dengan bahasa pula kita mencipta dan mengakhiri sesuatu konflik. Kerana bahasa juga, kita
menyerahkan cinta dan dengannya pula kita mengumumkan perang. Singkatnya, bahasa
adalah petunjuk kehidupan dan gambaran dunia kita. Maka dengan bahasa yang kita
gunakan itu boleh menggambarkan keperibadian kita, siapa kita, asal usul kita, sosiobudaya
kita, pendidikan kita dan banyak hal yang berkaitan dengan kita, sama ada ia sesuatu hal
yang baik mahupun sebaliknya.

Sedarsawarsa, isu kesantunan bahasa ini semakin kerap meniti dibibir umat manusia
dari segenap empat penjuru negara. Hal ini kerana, keadaan dunia pada hari semakin
membuka peluang kepada masyarakat untuk menyalah tafsirkan apa itu sebenarnya
kesantunan bahasa. Isu ini bukan saja berlaku dalam kalangan remaja tetapi ianya telah
pun menjadi medan yang hangat kepada seluruh lapisan masyarakat baik orang ataupun
yang muda, baik orang bawahan mahupun atasan. Oleh itu, isu kesantunan bahasa pada
hari saya bahgikan kepada tiga aspek iaitu dari aspek kekeluargaan, persekolahan dan
masyarakat keseluruhannya.
Isu pertama yang sememangnya hangat diperkatakan ialah isu dari aspek
kekeluargaan. Aspek ini sebenarnya lebih tertumpu kepada anak-anak yang kurang moral
terhadap ibu bapa. Isu ini memang kerap kali berlaku dalam hubungan kekeluargaan
dimana perkara ini akan berlaku jika anak-anak tidak berasa puas hati terhadap tindakan ibu

5


bapa, sebagai contoh apabila ibu bapa tidak memberikan apa yang dihajati oleh anak-anak
seperti telefon bimbit, laptop dan sebagainya. Dalam situasi ini akan timbulnya pula pelbagai
situasi seperti anak-anak meninggikan suara terhadap ibi bapa, anak-anak akan mengugut
ibu bapa dengan tidak akan meneruskan persekolahan dan lebih teruk lagi apabila ada
anak-anak yang sanggup mencederakan ibu bapa. Buktinya, apa Seorang lelaki dalam usia
20-an dilaporkan telah bertindak menumbuk ibunya pada bahagian muka di rumah mereka
di Kuala Berang, Terengganu. Hal ini tercetus kerana si ibu meminta anaknya untuk
menukar siaran televisyen yang ditontonnya menyebabkan dia naik berang dan menumbuk
serta menjerit-jerit pada ibunya. Bukti ini memang benar menjelaskan bahawasanya isu
kesantunan bahasa ini berlaku dalam institusi kekeluargaan.

Isu kesantunan bahasa yang ke dua ialah isu dari aspek persekolahan. Isu ini
merupakan satu isu yang boleh dikatakan sebagai adat bagi pelajar yang idak mempunyai
tamadun yang tinggi. Isu ini merupakan satu isu yang seringkali berlaku antara pelajar dan
guru semasa berada di sekolah. Masalah kesantunan bahasa yang berlaku antara pelajar
dan guru ini bukanlah satu perkara yang baharu tetapi ianya merupakan norma-norma
kehidupan yang memang akan terjadi. Hal ini secara konseptualnya membicarakan satu
adaptasi yang berlaku dalam kalangan guru dan pelajar melalui pelbagai situasi. Situasi
yang sememangnya menjadi isu yang hangat ialah apabila pelajar tidak menyiapkan
tugasan yang diberikan oleh guru-guru, melalui masalah ini segelintir pelajar akan mula
untuk menunjukkan moral yang tidak baik dengan mengeluarkan kata-kata yang tidak elok
disertakan dengan nada yang tinggi. Hal ini adalah bertujuan untuk mengelakkan diri dari
dipersalahkan oleh guru. Bukan itu sahaja, masalah kesantunan bahasa yang berlaku
antara pelajar dan guru ialah apabila para pelajar didapati melakukan kesalahan disiplin .
melalui masalah ini juga, akan tercetusnya konflik yang kurang elok di dengar iaitu apabila
para pelajar yang melakukan kesalahan akan bertindak pasif terhadap guru, terutamanya
terhadap guru disiplin. Sebagai contoh apabila suatu ketika dahulu negara kita digemparkan
dengan satu video yang panas yang berlaku antara pelajar dan guru disiplin. Konflik ini
tercetus apabila seorang pelajar didakwa memberi isyarat lucah kepada salah seorang
murid tahun enam di sekolahnya selepas keluar dari makmal, kejadian ini berlaku di salah
sebuah sekolah di daerah Dungun, Terengganu. Begitu juga dengan kes yang dilaporkan



6


berlaku di Nibong Tebal, iaitu seorang pelajar yang tidak berpuas hati dengan gurunya telah
bercakap kasar, iaitu kalau wa tak mau keluar, lu mau buat apa (Berita Harian, 15 Januari
2010). Bukti ini jua jelas menunjukkan bahawa pada hari ini para pelajar di sekolah semakin
naik lemak sekaligus ianya membuktikan terjadi masalah keruntuhan moral dalam kalangan
pelajar di sekolah. pelbagai perkara berkait moral remaja dibangku sekolah amat
membimbangkan dan perlu dibendung segera, menurut isteri kepada Menteri Besar
Terngganu, To Puan Seri Hajah Norliza Mahmud dalam ucapannya ketika berucap
merasmikan majlis Penutup Kursus Asas Kepimpinan Guru-guru Pemimpin Pergerakan
Puteri Islam Perhubungan Negeri Terengganu di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail
Telaga Batin, Kuala Terengganu.


Akhir sekali, isu kesantunan bahasa yang berlaku pada hari ini ialah dari segi aspek
kemasyarakatan. Di zaman teknologi yang bersifatkan dunia tanpa sempadan ini
sebenarnya ada menceritakan masalah kesantunan bahasa yang berlaku dalam kalangan
masyarakat. Salah satu situasi yang berlaku dalam kalangan masyarakat ialah Situasi tidak
memohon maaf apabila melakukan kesilapan dan bercakap kasar dengan pelanggan
merupakan antara situasi berbahasa yang dapat dilihat pada masa kini, (Jumiati Rosli,
2009). Sebagai contoh satu tragedi telah berlaku di Kuala Lumpur apabila seorang cucu
yang bengang selepas neneknya menutup suis ketika dia asyik bermain permainan
komputer bukan saja bersikap kurang ajar apabila bertengkar dengan neneknya, malah
remaja lelaki berusia 15 tahun itu juga cuba menetak bapa saudaranya dengan parang.
Bukti ini telah menjelaskan bahawa pada masa kini segelintir masyarakat di Malaysia sudah
tidak lagi mengaplikasikan nilai kesantunan bahasa ketika berkomunikasi dan berbicara
serta tiada lagi sikap menjaga perasaan orang lain ketika berbicara malah menggantikan
nilai kesantunan kepada akhlak yang tidak sopan sekaligus ianya tel membuktikan
bahawasanya Malaysia kini sedang mengalami gelombang masalah kesantunan bahasa
bukan sahaja dalam kalangan remaja tetapi ianya meliputi semua lapisan masyarakat yang
ada di Negara ini. Hal ini turut disokong oleh Rohaidah dan J. Sham Wahid (2005) yang
menyatakan bahawa kejutan dalam era globalisasi turut menggegarkan dunia politik apabila
isu menggunakan bahasa Melayu kasar dijadikan sebagai medan perbahasan, sehingga
terdapat ahli politik yang berasa bahawa isu yang dibawa akan lebih mudah difahami oleh
kedua-dua pihak sekiranya dibentangkan dengan menggunakan bahasa Melayu kasar.

7

Begitu juga dengan isu bahasa rojak yang berlaku dalam kalangan masyarakat. Isu
merupakan satu isu yang telah menjadi trend dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana
ianya telah sebati dalam kehidupan. menurut Nik Safiah Karim(1981) melalui bukunya
pencemaran bahasa satu aspek perkembangan bahasa Malaysia, beliau menyatakan
bahawa penggunaan bahasa rojak ialah penggunaan bahasa yang melanggar peraturan-
peraturan bahasa yang telah dipersetujui, sama ada pada peringkat sebutan, pilihan kata
atau susunan frasa dan ayat. Jelas pada hari ini bahawa penggunaan bahasa rojak telah
memperlihatkan aspek-aspek penggunaan bahasa yang kurang baik dengan pelanggaran
peraturan-peraturan kod-kod bahasa, bahasa yang bercampur aduk antara bahasa Melayu
dan bahasa Inggeris. Bahasa rojak ini selalu digunakan ketika dalam perbualan ataupun
dalam Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Contohnya, you pi mana?, I miss sangat kat you
tau, dan dont curang-curang ye baby. Menurut menurut Awang Sarian dalam bukunya
sekitar, isu Bahasa Rojak: punca, kesan dan kaedah menanganinya. Beliau menyatakan
isu bahasa rojak bukanlah isu baru walaupun istilah bahasa rojak agak baharu ketika ini. Hal
ini disebabkan dalam ilmu linguistik bahasa rojak dikenali salah satu ragam bahasa yang
disebut bahasa pijin dan ragam ini sudah sekian lama ada dalam sejarah pertumbuhan
bahasa manusia. Ditambahkan lagi, dalam ilmu sosiolinguistik pula terdapat peralihan kod,
iaitu penggunaan unsur bahasa asing pada tempat-tempat tertentu, sama ada dalam bentuk
frasa, kata dan ayat. Oleh itu, kesemua bukti telah menjelaskan bahawa isu kesantunan
bahasa ini memang berlaku dalm kalangan masyarakat di Malaysia.




Seterusnya, terdapat beberapa langkah yang perlu dilakukan bagi menangani
masalah kesantunan bahasa yang berlaku di negara ini. Langkah pertama ialah peranan ibu
bapa dalam membentuk peribadi anak-anak. "Anak ibarat kain putih,ibu bapalah yang akan
mencorakkannya". Ungkapan ini membawa maksud anak-anak yang dilahirkan ke dunia ini
tidak tahu apa-apa, bahkan mereka juga tidak tahu membezakan mana yang baik dan mana
yang buruk. Oleh itu, ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk membentuk keperibadian
anak-anak mereka. Ibu bapa merupakan individu yang amat penting dalam membentuk
peribadi anak-anak kerana ibu bapa merupakan individu yang paling dekat dengan anak
kerana itulah mereka perlu memainkan peranan dalam membentuk akhlak anak-anak.
Dalam mendidik peribadi ibu bapa seharusnya menggunakan empat keedah yang asas iaitu

8
yang pertama mendidik dengan contoh teadan yang baik. Didikan dengan menunjukkan
contoh teladan adalah antara cara yang paling berkesan untuk membentuk peribadi anak-
anak dari segi akhlak, rohani dan sosial. Orang yang mendidik merupakan contoh yang
paling utama kepada anak-anak. Ibu bapa perlulah menunjukkan sikap yang baik dan
percakapan yang sopan. Oleh itu, dengan contoh tauladan yang baik secara langsung ianya
akan menjadi ikutan kepada anak-anak apabila meningkat dewasa. Seterusnya, ibu bapa
perlu mendidik anak-anak dengan nasihat dan bimbingan. Nasihat dan bimbingan ini
merupkan kaedah yang memang berkesan. Nasihat dan bimbingan ini sangat penting dalam
proses pembesaran anak-anak agar ianya menjadi bekalan dalam pembentukan peribadi
anak-anak. Proses nasihat dan bimbingan dan nasihat ini perlu dilakukan dari awal agar
ianya terus mengalir dalam diri anak-anak sehingga dewasa. Asas yang ke tiga pula ialah
didikan dengan pemerhatian dan pengawasan. Didikan dengan pemerhatian dan
pengawasan ini bermaksud mendampingi anak-anak dalam usaha untuk membentuk akidah
dan moral, memerhati dan mengawasi mereka dengan berkomunikasi secara terus menerus
tentang keadaannya, baik dalam hal luaran dan dalaman mereka. Ia bertujuan untuk
melahirkan anak yang seimbang, yang dapat menjalankan kewajipan-kewajipan dengan
baik dalam kehidupan mereka. Dan asas yang terakhir ialah didikan dengan hukuman dan
denda. Menghukum dan mendenda ini bukanlah bertujuan untuk menyakiti tetapi ianya
bertujuan untuk mendidik anak-anak. Sebagai contoh, seandainya anak-anak melakukan
kesalahan seperti melawan arahan orang tua ibu bapa perlu menghukum anak-anak supaya
ianya menjadi peringatan kepada anak-anak agar tidak mengulangi kesalahan yang
dilakukan.

Langkah yang seterusnya dalam mengatasi masalah kesantunan bahasa ini ialah
melalui pendidikan. Sekolah memainkan peranan yang penting selepas keluarga dalam
pembentukan akhlak dan ini jelas termaktub di dalam Falsafah Pendidikan Negara dan
melalui penerapan nilai dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM). menyelak
sejenak dan menghayati Falsafah Pendidikan Negara yang menjadi dasar yang kuat bagi
para pendidik dalam menghadapi tugas seharian mereka iaitu Pendidikan di Malaysia
adalah suatu usaha berterusan kearah memperkembangkan potensi individu secara
menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi
intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan.
Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan Negara.

9
Berdasarkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan tersebut jelas membuktikan bahawa dalam
sistem pendidikan negara adanya sukatan dalam membentuk keperibadian akhlak para
remaja. Di sekolah para guru perlulah menerapkan nilai-nilai murni agar ianya menjadi asas
kepada pembawaan nilai ketamadunan. Sebagai contoh, ianya nilai kesantunan ini perlu
diterapkan dalam matapelajaran pendidikan moral dan pendidikan islam dan guru-guru perlu
menegaskan pemahaman yang berkaitan dengan kesantunan ini. Selain menerapkan nilai
moral dalm sukatan matapelajaran guru-guru juga perlu mengadakan kempen kesantunan
seperti kempen bahasa sopan. Dengan kempen ini guru-guru perlu menyatakan
pemahaman yang lebih mendalam dan meluas apa yang berkaitan dengan kesantunan ini
dan guru-guru perlulah menekankan kesantunan ini kepada praktikaliti iaitu dengan mengan
mengajak para pelajar mengaplikasikan segala kandungan yang tersirat dalm kesantunan
bahasa ini. Justeru, dalam langkah untuk mengatasi masalah kesantunan bahasa ini
peranan pendidikan jugan amat diperlukan supaya ianya menjadi penguat dalam penerapan
nilai kesantunan ini sekaligus ianya boleh diaplikasi oleh para pelajar dalam kehidupan
seharian.

Akhir sekali, peranan kerajaan juga perlu diutamakan dalam melahirkan mayarakat
yang bersopan santun. Pihak kerajaan perlulah merangka pelbagai strategi dalam usaha
melahirkan masyarakat yang yang membudayakan kesantunan bahasa. Dalam usaha
membentuk masyarakat yang bertamadun ini pihak kerajaan sewajarnya melihat ia dengan
bentuk yang lebih besar kerana nilai ketamadunan sesebuah negara terletak pada akhlak
dan peribadi masyarakatnya. Dalam usaha ini juga pihak kerajaan boleh menjalankan
pelbagai program sama ada melalui pendidikan mahu pun bersifat kemasyarakatan. Melalui
pendidikan pihak kerajaan perlulah melaksanakan satu inisiatif dalam melahirkan pelajar-
pelajar yang mempunyai nilai akhlak yang teruji. Bukan itu sahaj, dalam menjalankan
pelagai program kemasyarakatan pihak kerajaan perlu melibatkan suma golongan lapisan
masyarakat di Malaysia. Sebagai contoh kempen yang telah mendapat sambutan ramai iaitu
kempen Budi Bahasa Budaya Kita yang telah dilancarkan pada 11 januari 2005 yang
merupakan agenda lima tahun kerajaan dalam misinya melahirkan rakyat Malaysia yang
berbudi bahasa. Begitu juga kempen Senyum Selalu yang dijalankan selama dua bulan,
kempen ini merupakan usaha kerajaan dalam mempergiatkan kempen amalan senyum
kepada penjawat awam terutama kepada petugas agensi barisan hadapan sekaligus
memantapkan budaya mesra dan budi bahasa. Oleh itu, pihak kerajaan juga merupaka
salah satu pendorong utama dalam menjadikan masyarakat Malaysia mengamalkan sikap
kesantunan bahasa.

10

Intihannya, amalan kesantunan berbahasa ini bukanlah bersifat sementara atau
hangat-hangat tahi ayam. Sebaliknya, amalan ini harus menjadi paksi kehidupan
masyarakat yang mesti diteruskan kerana amalan ini merupakan nilai-nilai murni yang telah
kita warisi sejak turun temurun. Bak kata pepatah hidup dikandung adat mati dikandung
tahan.



























11