Anda di halaman 1dari 6

1

KERTAS KONSEP
PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH PERINGKAT
NEGERI 2014

1. TUJUAN
Kertas ini dikemukakan untuk memaklumkan kepada Jabatan Pelajaran Negeri
(JPN) tentang cadangan pelaksanaan Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah
dan Rendah Peringkat Negeri 2014.

2. LATAR BELAKANG
2.1 Pertandingan Sahibba Sekolah Menengah dan Rendah 2014 merupakan
program/aktiviti pengembangan bahasa dan sastera dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dan rendah.
2.2 Program ini anjuran bersama oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dan
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan kerjasama Syarikat
Permainan Malaysia.

3. MAKLUMAT PROGRAM
3.1 Objektif
3.1.1 Meningkatkan bilangan dan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu
dalam kalangan pelajar sekolah menengah dan rendah.
3.1.2 Menggalakkan dan memupuk kreativiti pelajar dari peringkat sekolah
menengah dalam membina kosa kata dalam bahasa Melayu.
3.1.3 Melahirkan pelajar yang berketerampilan dalam penggunaan bahasa
Melayu.

3.2 Justifikasi
Pihak JPN dimohon untuk bersama-sama Dewan Bahasa dan Pustaka
untuk menjayakan Pertandingan Sahibba pada peringkat negeri masing-
masing sebelum pelaksanaannya pada peringkat kebangsaan, iaitu pada
24 Jun 2014. Oleh itu, DBP melalui Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah
Tengah (DBPWTgh) akan bekerjasama dalam melaksanakannya,
khususnya di negeri-negeri di Wilayah Tengah. Pertandingan ini juga dapat
meningkatkan penguasaan dan penggunaan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar sekolah menengah dan rendah serta dapat melahirkan golongan
remaja dan kanak-kanak yang berkeyakinan tinggi melalui kaedah
pertandingan.

2

3.3 Pelaksana
3.3.1 Program ini dianjurkan oleh DBP dan JPN.
3.3.2 DBP bertanggungjawab terhadap:
(a) Bayaran honorarium hakim dan juri.
(b) Hadiah pemenang.
(c) Cenderamata perasmi.
(d) Jamuan makan pagi dan tengah hari untuk peserta, urus
setia dan hakim.
(e) Peralatan Sahibba.
3.5.3 JPN bertanggungjawab terhadap:
(a) Penyediaan kemudahan, tempat dan peralatan.
(b) Pelantikan hakim dan juri.
(c) Penyertaan peserta.
(d) Perbelanjaan pengangkutan, makan dan minum, dan
penginapan peserta serta guru pengiring (sekiranya perlu)
sebelum dan selepas program.
(e) Hal-hal yang berkaitan dengan perjalanan program dan
keurusetiaan.

3.4 Pelaksanaan Program
3.4.1 Cadangan Tarikh dan Tempat
(a) Pahang : 11 13 April 2014
(b) Negeri Sembilan : 17 Jun 2014
(c) Selangor : 22 April 2014
(d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur : 6 Mei 2014
(e) Wilayah Persekutuan Putrajaya : 8 April 2014

3.4.2 Penyertaan/Peserta
Pertandingan ini dibuka kepada pelajar tingkatan 1 hingga 3
(Menengah Rendah) untuk sekolah menengah dan pelajar darjah 4
hingga 6 (Tahap Dua) untuk sekolah rendah. JPN perlu menghantar
jumlah peserta untuk pertandingan seperti yang berikut:
(a) Pahang
- 36 orang peserta SR
- 36 orang peserta SM
(b) Negeri Sembilan
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
3

(c) Selangor
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
(d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- 32 orang peserta SR
- 32 orang peserta SM
(e) Wilayah Persekutuan Putrajaya
- 36 orang peserta SR
- 36 orang peserta SM

3.4.3 Urus Setia Peringkat DBP
Pengerusi Bersama : Puan Hajah Che Zainab binti Omar
Penyelaras : Puan Yusaida Yusof
Setiausaha : Puan Siti Ruzaiha Mohd Riffin
Ahli Jawatankuasa : Encik Rahimi bin Arifin
Puan Nor Azianti binti Abd Aziz
Puan Nor Hayati binti Abdul Rahman
Encik Abang Ramlee bin Abang Muhi

3.4.4 Pengisian/jadual program
Program akan dilaksanakan selama sehari. Pengisian/jadual
program adalah seperti Lampiran 1.


4. SYARAT-SYARAT PERTANDINGAN
Pertandingan pada peringkat negeri akan diadakan sebanyak empat (4) pusingan.
(Tertakluk kepada jumlah peserta bagi setiap negeri dan keputusan pihak
penganjur.) Pecahan pusingan adalah seperti yang berikut:
(i) Pusingan Pertama:
32 orang peserta dibahagikan kepada lapan (8) kumpulan.
Sebanyak 16 orang peserta akan mara ke Pusingan Kedua berdasarkan markah
yang tertinggi.

(ii) Pusingan Kedua:
16 orang peserta dibahagikan kepada empat (4) kumpulan.
Sebanyak lapan (8) orang peserta akan mara ke Pusingan Ketiga berdasarkan
markah yang tertinggi.

4

(iii) Pusingan Ketiga:
Lapan (8) orang peserta dibahagikan kepada dua (2) kumpulan.
Empat (4) orang peserta yang mempunyai markah yang tertinggi dalam pusingan
ketiga ini akan bertanding pada Pusingan Akhir.

(iv) Pusingan Akhir:
Empat (4) orang peserta sahaja untuk pusingan ini. Pusingan ini pusingan
menentukan johan, naib johan, ke-3 dan ke-4 dalam Pertandingan Sahibba
Sekolah Rendah dan Menengah Peringkat Negeri. Johan bagi setiap negeri akan
mewakili negeri masing-masing ke peringkat kebangsaan.

5. HADIAH

5.1 SEKOLAH MENENGAH

Johan : Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Naib Johan : Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Tempat Ketiga : Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Tempat Keempat: Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Peserta yang tidak berjaya turut menerima:
(i) Sijil penyertaan DBP
(ii) Hadiah Tajaan SPM



5.2 SEKOLAH RENDAH

Johan : Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Naib Johan : Wang Tunai
5

Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Tempat Ketiga : Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM
Tempat Keempat: Wang Tunai
Sijil Penghargaan dan Penyertaan DBP
Barangan Tajaan SPM

Peserta yang tidak berjaya turut menerima:
(i) Sijil penyertaan DBP
(ii) Hadiah Tajaan SPM


6. PENGHAKIMAN

6.1 Setiap meja akan ditempatkan seorang hakim. Seorang juri akan dilantik
untuk membuat keputusan terhadap sebarang pertikaian.
6.2 Hakim pertandingan peringkat negeri boleh terdiri daripada guru-guru
dan pegawai-pegawai Pegawai PPD/JPN atau DBP.
6.3 Keputusan panel hakim adalah muktamad.

7. PANDUAN KEPADA PANEL HAKIM

Bayaran kepada hakim adalah berdasarkan honorarium yang ditetapkan oleh Dewan
Bahasa dan Pustaka. Setiap hakim dibayar honorarium mengikut sesi pertandingan.
Panel hakim tidak boleh terpengaruh dengan reaksi emosi peserta/penyokong.

5. PENUTUP
Semoga pertandingan ini dapat memberikan impak dalam penyuburan pemikiran
dan percambahan kosa kata pelajar.
6

LAMPIRAN 1
ATUR CARA
PERTANDINGAN SAHIBBA SEKOLAH MENENGAH DAN RENDAH
PERINGKAT NEGERI 2014

(Perubahan waktu tertakluk kepada negeri.)



8.00 9.00 pagi : Pendaftaran
9.00 9.30 pagi : Taklimat Hakim dan Peserta
9.45 10.15 pagi : Pertandingan Pusingan Pertama
10.15 10.30 pagi : Minum Pagi
10.30 11.15 pagi : Pertandingan Pusingan Kedua
11.15 11.45 pagi : Pertandingan Pusingan Ketiga
12.00 12.30 tengah hari : Pertandingan Pusingan Akhir
1.00 2.00 petang : Penyampaian Hadiah dan Sijil
Makan Tengah Hari dan Bersurai

Anda mungkin juga menyukai