1 Iman Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan 2 Syirik Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu pada zat, sifat dan afal. 3 Kufur Orang yang mengingkari prinsip aqidah dalam al-Quran dan Hadis / orang yang tidak percaya kepada Allah serta mengingkari ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhamad 4 Riddah Berpaling/ keluar daripada agama Islam 5 Khurafat Kepercayaan dan perbuatan karut yang dianggap mempunyai hubungan dengan agama Islam sedangkan pada hakikatnya bertentangan dengan konsep tauhid dan syariat Islam. 6 Sihir Ilmu yang berkaitan perbuatan secara halus melalui pertolongan makhluk ghaib iaitu dengan bantuan syaitan / jin bertujuan memudarat atau mengelirukan manusia 7 Nifak Berpura-pura melahirkan keimanan sedangkan hati tetap kufur kepada Allah s.w.t 8 Dosa Balasan buruk kerana melakukan larangan Allah dan meninggalkan suruhan-Nya 9 Asi Orang yang melanggar hukum Allah 10 Dosa besar Kesalahan yang dikenakan hukuman tertentu di dunia dan amaran azab di akhirat 11 Dosa kecil Kesalahan yang tidak diberi peruntukan hukuman tertentu di dunia atau amaran azab di akhirat 12 Menipu dan berbohong Melakukan sesuatu untuk mendapatkan kepentingan diri sendiri atau memudaratkan orang lain 13 Mencuri Mengambil hak orang lain secara sembunyi yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. 14 Merompak Mengambil hak orang lain secara kekerasan yang disimpan di tempat simpanan tanpa izin. 15 Riba Faedah atau pertambahan bayaran dalam urusan pinjaman, hutang piutang, pertukaran makanan yang sejenis termasuk juga mata wang 16 Anak yatim Kanak-kanak yang kematian bapa sebelum umur baligh 17 Harta anak yatim Harta yang diperolehi melalui pusaka , wasiat dan hadiah 18 Perang jihad Peperangan antara orang Islam dengan orang kafir bagi mempertahankan kesucian agama Islam 19 Mengumpat Mengatakan atau menceritakan keburukan seseorang di masa ketiadaannya serta boleh menimbulkan kemarahan apabila dilakukan dihadapannya 20 Memfitnah Melemparkan tuduhan kepada seseorang tanpa bukti 21 Arak Minuman yang memabukkan yang diperbuat daripada perahan buah-buahan yang diperam. 22 Dadah Sejenis bahan yang mengkhayalkan dan menghilangkan daya fikiran 23 Zina Persetubuhan haram antara lelaki dan perempuan tanpa ikatan yang sah 24 Muhsan Penzina yang telah berkahwin dengan cara yang sah. 25 Ghairu Muhsan Penzina yang belum berkahwin 26 Qazaf Menuduh seseorang yang baik melakukan zina tanpa empat orang saksi lelaki yang adil 27 Liwat Hubungan jenis antara lelaki dengan lelaki 28 Musahaqah Hubungan jenis perempuan dengna perempuan 29 Membunuh diri Melakukan perbuatan yang boleh memisahkan roh daripada jasad sendiri. 30 Taubat Kembali semua taat kepada Allah setelah menyesal melanggar perintah dan larangan-Nya
ISTILAH-ISTILAH DALAM BAB IBADAT TINGKATAN 4
BIL ISTILAH MAKSUD / PENGERTIAN 1. Haji Mengunjungi Baitullah al-Haram di Mekah kerana mengerjakan ibadat tertentu pada masa tertentu dengan syarat-syarat tertentu. 2 Umrah Menziarahi Baitullah al-Haram kerana mengerjakan ibadat tertentu pada bila-bila masa mengikut syarat-syarat yang ditetapkan. 3 Upah haji Melakukan ibadat haji bagi pihak orang lain. 4 Wukuf Berada di Padang Arafah pada 9 Zulhijjah selepas gelincir matahari sehingga terbit fajar 10 Zulhijjjah. 5 Tawaf Mengelilingi Baitullah sebanyak 7 kali dengan syarat-syarat tertentu untuk beribadat kepada Allah. 6 Tawaf Qudum Tawaf selamat datang. 7 Tawaf Ifadhah Tawaf rukun yang wajib ditunaikan oleh mereka yang menunaikan ibadat haji. 8 Tawaf Widak Tawaf yang wajib ditunaikan oleh orang yang hendak meninggalkan Mekah. 9 Tawaf Sunat Tawaf yang boleh dikerjakan pada bila-bila masa. 10 Saei Berjalan berulang alik dari Bukit Sofa ke Bukit Marwah sebanyak 7 kali dengan syarat tertentu. 11 Bercukur/gunting Bercukur atau bergunting sekurang-kurangnya tiga helai. Dilakukan setelah selesai saie bagi menamatkan ibadat haji. 12 Tertib Dilaksanakan mengikut susunan dengan mendahului niat ihram daripada rukun-rukun yang lain. 13 Wajib haji Amalan yang wajib dilakukan oleh setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Jika tertinggal salah satu daripada wajib haji, hajinya sah tetapi dikenakan dam atau didenda mengikut kadar yang ditentukan. 14 Miqat Sempadan tempat atau masa yang ditentukan utk berniat ihram haji & umrah. 15 Miqat zamani Sempadan masa bagi jemaah haji memulakan niat ihram. 16 Miqat Makani Sempadan tempat bagi jemaah haji memulakan niat ihram. 17 Bermalam di Muzdalifah Berada di Muzdalifah selepas tengah malam ke-10 Zulhijjah (selepas waktu wukuf di Arafah dan sebelum terbit fajar) 18 Melontar Jamratul Aqabah Melontar 7 biji anak batu di Jamratul Aqabah. Waktu bermula selepas tengah malam 10 Zulhijjah hingga terbenam matahari 13 Zulhijjah. Waktu afdhal selepas terbit fajar 10 Zulhijjah. 19 Bermalam di Mina Berada di Mina pada sebahagian besar malam-malam 11, 12, 13 Zulhijjah (Hari Tasyrik) 20 Melontar ketiga-tiga Jamrah Melontar di Jamratul Ula, Jamratul Wusta dan Jamratul Aqabah dengan menggunakan 7 biji anak batu setiap tempat . Waktu selepas gelincir matahari hari 11, 12, 13 Zulhijjah (hari Tasyrik) hingga terbit fajar kecuali pada 13 Zulhijjah hingga terbenam matahari. 21 Haji Ifrad Mengerjakan amalan haji dan umrah secara berasingan. Haji dilakukan dalam musim haji , sementara Umrah dilakukan di luar musim haji , samada sebelum atau selepas musim haji . 22 Haji Tamattu Mengerjakan Haji dan Umrah dalam musim haji. Umrah dilakukan terlebih dahulu pada musim haji diikuti dengan mengerjakan haji. 23 Haji Qiran Mengerjakan ibadat Haji dan Umrah secara serentak dalam musim haji 24 Dam Bahasa darah Istilah denda yang dikenakan kepada jemaah yang melakukan kesalahan semasa mengerjakan haji atau umrah kerana meninggalkan perkara-perkara wajib haji atau wajib umrah, atau melakukan perkara-perkara yang dilarang semasa ihram. BIL ISTILAH MAKSUD / PENGERTIAN 25 Dam Takhyir Dibayar dgn cara memilih mana-mana jenis dam yang ditetapkan oleh syarak. 26 Dam Takdir Dibayar mengikut kadar yang ditetapkan mengikut kemampuan. 27 Dam Tadil Dibayar mengikut nilaian harga dam. 28 Dam Tertib Dibayar mengikut susunan . 29 Sembelihan Menghilangkan nyawa binatang yang halal dimakan dengan cara memutuskan urat halkum dan urat mari dengan menggunakan alat yang tajam dengan niat kerana Allah. 30 Qurban Sembelihan binatang anam yang dilakukan pada hari Idil Adha atau hari-hari Tasyrik dengan tujuan beribadat kepada Allah. 31 Akikah Penyembelihan binatang anam yang dilakukan sempena kelahiran bayi sebagai tanda kesyukuran kepada Allah kerana dikurniakan anak. 32 Jual beli Menukarkan barang dengan barang mengikut cara tertentu. 33 Sewa Satu perjanjian untuk memiliki manfaat atau faedah dari sesuatu barang yang diterima daripada orang lain dengan bayaran yang sesuai dengan perjanjian yang telah ditentukan. 34 Gadaian Bahasa : menahan sesuatu Syarak : sesuatu barang bernilai yang dijadikan cagaran ole pemiliknya untuk mendapatkan pinjaman. 35 Syarikat Bahasa : bercampur atau berkongsi. Istilah : perjanjian perkongsian terhadap sesuatu perkara yang dilaksanakan antara dua pihak atau lebih. 36 Hutang Memberikan sesuatu barang atau manfaatnya kepada seseorang , barang atau manfaat itu perlu dikembalikan dengan syarat orang yang berhutang itu akan membayar atau mengembalikan barang tersebut dengan jumlah yang sama. 37 Insurans Satu faedah, iaitu apabila satu kumpulan berikrar untuk mengumpul dan mengembeling usaha serta sumber, bagi mengadakan pakatan untuk saling bekerjasama dan tolong menolong apabila ditimpa musibah. Melalui pakatan ini orang yang dilanda malang akan mendapat manfaat perlindungan yang biasanya berbentuk kewangan. 38 Saham Sejenis terbitan yang dikeluarkan oleh syarikat sebagai alat pemilikan. Sebuah syarikat boleh beroperasi apabila dua orang atau lebih bergabung untuk menjalankan perniagaan.
ISTILAH-ISTILAH DALAM BAB AKIDAH TING. 5 BIL ISTILAH MAKSUD / PENGERTIAN 1. Iman Membenarkan di hati, berikrar dengani lidah dan mengamalkan dengan anggota badan 2 Ahli Sunnnah waljamaah Kumpulan yang berpegang teguh dengan al-Quran, Sunnah Rasulullah s.a.w. dan perkara yang dibawa oleh para sahabat baginda serta menentang perkara- perkara bidah, Mereka juga dinamakan dengan Ahli al- Sunnah wal Jamaah, al-Salaful Salih dan Ahli al-Hadis 3 Syiah Kumpulan yang mendokong cita-cita untuk menjadikan Saidina Ali sebagai khalifah selepas kewafatan Rasulullah s.a.w. 4 Al-Khawarij Kumpulan yang menyokong Saidina Ali yang berjuang menentang Muawiyah b. Abi Sufian tetapi tidak menerima Majlis Tahkim 5 Kafir Orang yang mengingkari salah satu daripada prinsip akidah yang telah dijelaskan dalam al-Quran dan Hadis 6 Musyrik Orang yang menyengutukan Allah dengan sesuatu atau menyamakan sesuatu dengan Allah pada zat sifat atau perbuatan 7 Munafik Orang yang menzahirkan keimanan dan menyembunyikan kekufuran di dalam hati 8 Fasiq Orang yang tidak taat kepada Allah dan Rasulnya dengan melakukan dosa besar atau berterusan melakukan dosa kecil 9 Murtad Orang yang keluar daripada agama Islam sama ada dengan perkataan perbuatan atau iktikad. 10 Mulhid Orang yang tidak beragama 11 Ajaran sesat Ajaran atau amalan yang didakwa sebagai ajaran Islam sedangkan hakikatnya bercanggah dengan al-Quran dan al-Sunnah.
ISTILAH-ISTILAH DALAM IBADAT TINGKATAN 5
BIL ISTILAH MAKSUD / PENGERTIAN 1. Perkahwinan Akad yang menggunakan lafaz nikah atau bahasa-bahasa lain yang memberi makna nikah yang menghalalkan lelaki dan perempuan melakukan persetubuhan. 2 Merisik Langkah awal dalam proses memilih calon isteri yang sesuai seta menepati ciri-ciri yang dikehendaki oleh seseorang suami 3 Meminang Lamaran daripada seseorang lelaki kepada seseorang perempuan untuk dijadikan isteri. 4 Wali Orang yang berkuasa mengahwinkan seseorang perempuan . 5 Wali Mujbir Wali yang berhak mengahwinkan pengantin perempuan yang masih gadis tanpa persetujuannya terlebih dahulu. Contohnya bapa dan datuk 6 Wali Hakim Mereka yang diberi kuasa oleh sultan / pemerintah untuk mengahwinkan perempuan ketika ketiadaan wali, keengganan atau hilang kelayakan wali nasab, untuk mengahwinkannya 7 Wali Akrab Wali yang hampir dengan perempuan tersebut termasuk datuk dan bapa. 8 Sekufu Setaraf dari segi keturunan, pendidikan , pekerjaan dan lain-lain. 9 Ijab Lafas yang diucapkan oleh wali . 10 Qabul Jawapan penerimaan yang diucapkan oleh bakal suami. 11 Mahar Suatu pemberian wajib daripada suami kepada isteri samada dalam bentuk wang atau sesuatu yang bernilai selepas akd nikah. 12 Mahar Musamma Mahar yang ditentukan kadarnya dan dipersetujui oleh kedua-kedua belah pihak 13 Mahar Misil Mahar yang ditentukan kadarnya mengikut kadar mahar saudara-saudara perempuan sebelah isteri. 14 Walimatul Urus Kenduri atau jamuan yang diadakan untuk meraikan perkahwinan. 15 Talak Melepaskan ikatan perkahwinan dengan lafaz talak/cerai/bermaksud talak. 16 Talak Sunni Talak yang sesuai dengan peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri dengan talak satu atau dua ketika isteri suci daripada haid, nifas dan tidak disetubuhi. 17 Talak Bidi Talak yang menyalahi peraturan syarak, iaitu suami menceraikan isteri ketika haid , nifas atau ketika suci yang disetubuhi. BIL ISTILAH MAKSUD / PENGERTIAN 18 Talak Rajie Talak satu atau dua yang belum tamat idahnya, Suami boleh merujuk kembali isteri semasa idah tanpa perlu kepada akad dan mahar yang baru. 19 Talak Bain Talak yang tidak boleh dirujuk , perlu akad nikah dan mahar yang baru. 20 Talak Bain Sughra Talak yang tidak membolehkan suami merujuk isterinya kecuali dengan akad dan mahar yang baru (contoh cerai cara Khuluk, Fasakh, talak 1 / 2 yang tamat idah) 21 Talak Bain Kubra Talak tiga yang mengharamkan bekas suami mengahwini semula isterinya kecuali selepas isterinya berkahwin dengan lelaki lain dan diceraikan setelah berlaku persetubuhan. 22 Talak Takliq Talak yang disandarkan kepada sesuatu syarat. Terbahagi kepada dua iaitu Taklik Biasa dan Taklik Secara Khuluk. 23 Talak Taklik Biasa Talak yang dilafazkan dalam keadaan biasa seperti suami berkata kepada isterinyaJika engkau keluar dari rumah ini maka engkau tertalak dengan talak satu 24 Talak Taklik Secara Khuluk Lafaz Taklik yang termaktub dalam Surat Akuan Nikah 25 Rujuk Mengambil semula isteri yang telah diceraikan sebelum habis tempoh iddah. 26 Iddah Tempoh masa larangan berkahwin yang wajib dipatuhi oleh isteri selepas bercerai dengan suami. 27 Fasakh Pembatalan ikatan perkahwinan disebabkan syarat-syarat yang tidak dipenuhi semasa akad atau disebabkan masalah yang berlaku didalam rumahtangga 28 Khuluk Perceraian antara suami isteri dengan lafaz talak atau khuluk yang memerlukan bayaran tertentu 29 Nusyuz Keengganuan isteri menunaikan kewajipan terhadap suami tanpa alasan yang munasabah mengikut hukum syarak 30 Zihar Suami menyamakan isteri atau mana-mana anggotanya dengan ibunya @ dengan mana-mana perempuan yang haram dengannnya 31 Lian Sumpah suami yang disertakan dengan laknat Allah untuk menolak hukum qazaf disebabkan tuduhan zina terhadap isteri @ untuk menafikan nasab 32 Poligami Lelaki yang beristeri lebih daripada seorang tetapi tidak lebih daripada empat orang pada satu masa 33 Undang-undang Keluarga Islam Undang-undang yang memperuntukkan tentang hal-hal yang berkaitan dengan perkahwinan, perceraian dan perkara yang berkaitan dengan kedua-duanya di kalangan orang Islam 34 Anak Angkat Anak yang dipelihara oleh bukan ibu bapa kandungnya 35 Hadhadah Hak penjagaan anak yang masih kecil yang belum mumayyiz dan tidak mampu menguruskan diri sendiri