Anda di halaman 1dari 25

TAJUK:

KAWAD KAKI






ISI KANDUNGAN

MAKSUD KAWAD KAKI 1
SEJARAH KAWAD KAKI 1
TUJUAN BERKAWAD 2
PENGUCAPAN KHUTBAH KAWAD KAKI 2
BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI 3
KAWAD DINAMIK 4
KAWAD FORMASI 6
BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWAD KAKI (PERINTAH) 6
PERINTAH ASAS KAWAD KAKI 8












KAWAD KAKI

MAKSUD KAWAD KAKI:
Kawad kaki adalah satu aktiviti yang dijalankan secara berkumpulan dalam satu masa.
Aktiviti ini memerlukan disiplin dan kesabaran yang tinggi semasa melakukannya. Kawad kaki
ini harus dilakukan dengan jumlah yang ramai, setiap tahun setiap kadet akan diuji untuk
melihat kerjasama antara ahli kumpulan untuk melakukan pergerakan yang seragam.

SEJARAH KAWAD KAKI:
Sejarah kawad bermula sejak kehadiran tentera-tentera asing di Tanah Melayu pada
awal kurun ke 14. Kehadiran tentera portugis yang berjaya mengalahkan tentera Melaka pada
tahun 1511 dilihat sebagai satu pasukan tentera yang berdisiplin, patuh kepada arahan ketua,
sistematik mengatur strategi dan seragam. Kehadiran tentera Inggeris di Pulau Pinang pada
tahun 1700an dan di Singapura pada tahun 1800an juga dilihat sebagai satu titik tolak kepada
perkembangan kawad. Walaupun tentera-tentera Inggeris pada masa itu sebahagian besarnya
adalah tentera-tentera upahan di India, namun corak dan cara disiplin yang ditunjukkan
menunjukkan mereka adalah pasukan yang mantap dan setia kepada tuannya.
Penubuhan awal pasukan-pasukan uniform di Malaysia seperti Home Guard, Pasukan
Simpanan (Teritory Army), Rejimen Askar Melayu, pasukan laut dan udara serta pasukan
uniform bukan tentera seperti Pengakap (Scout), Pasukan Palang Merah (Red Cross), St John
Ambulance dan sebagainya telah menyemarakkan aktiviti kawad di Negara ini. Pertandingan
kawad kaki telah menjadi kelaziman atau rutin dalam pasukan beruniform yang memaparkan
kehebatan, kepakaran, keunikan, keseragaman dan paling penting sebagai identity pasukan.
Pada masa kini terdapat tiga kumpulan pasukan uniform di sekolah iaitu yang dinaungi
oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, badan-badan kerajaan (GO) dan badan-badan bukan
kerajaan (NGO). Usaha menyelaraskan aktiviti kawad khususnya yang berkaitan dengan
pertandingan kawad telah dilakukan. Walaupun terdapat kelainan dari aspek gerakan kawad
namun usaha-usaha seperti membentuk sistem pertandingan atau format pertandingan yang
selaras telah dilakukan.






TUJUAN BERKAWAD:
Untuk membentuk seseorang supaya bermegah dengan tatatertib cergas dan taat setia
(menerima arahan dan menjalankan arahan tersebut)
Membentuk anggota supaya bekerjasama dalam satu kumpulan.
Berkawad adalah asas untuk panduan membentuk tatatertib didalam pasukan, asas dan
perpaduan tatatertib semasa bertugas adalah berdasarkan kepada kawad yang
diperbaiki berkali-kali.
Apabila berkawad hendaklah diterangkan apakah sebab-sebab berkawad itu, berkawad
sangat-sangat dikehendaki oleh pasukan, bukanlah sebagai hukuman atau mendera
tetapi untuk membina tatatertib serta darjat sesuatu pasukan itu.

PENGUCAPAN KHUTBAH KAWAD KAKI:

Assalamualaikum skuad,
Pada pagi/petang ini, saya akan mengawadkan skuad.
Penanda disebelah kanan siapa dia
Penanda disebelah kiri siapa dia
Itu adalah barisan hadapan.
Barisan tengah, tengah juga.
Barisan belakang, belakang juga.
Apa yang saya mahu perintah saya yang betul hendaklah skuad buat dengan betul dan
cergas.
Perintah yang salah jangan dibuat.
Peringatan!
Apabila berjalan, skuad hendaklah pacakkan tumit, lenggangkan tangan ke hadapan
sama paras dengan bahu dan juga ke belakang seberapa yang boleh.
Faham itu skuad







BAHASA HUKUMAN KAWAD KAKI:
Kawad kaki pada asasnya terbahagi kepada 3 bahagian iaitu kawad kaki static, kawad
kaki dinamik dan kawad kaki formasi yang juga dikenali kawad senyap atau kawad hantu
(dalam tentera). Untuk tujuan mengajar kawad kaki, eloklah dimulakan dengan kawad kaki
statik, iaitu kawad yang belum melibatkan pergerakan berjalan.
Tajuk-tajuk dalam kawad statik ialah:
1) Sedia, senang diri dan rehatkan diri
2) Berpusing ke kanan, kiri dan ke belakang
3) Hentak kaki
4) Buka dan tutup barisan
5) Luruskan barisan

Bahasa hukuman kawad:
1) Sedia
BarisBarisss Sedia!

2) Senang diri
Senaaaaaang Diri!

3) Rehatkan diri
Rehatkaaaaaaan Diri!

4) Berpusing ke kanan
Bergerak ke kanaaaaan, ke kanaaaanpusing!

5) Berpusing ke kiri
Bergerak ke kiriiii, ke kiriiiipusing!

6) Hentak kaki
Hentak kakiiii.cepat!
Untuk menghentikan platon dari hentak kaki, bahasa hukumannya: BariiiisHenti!

7) Buka / Tutup barisan
Buka / Tutup barisaaaaan..gerak!

8) Luruskan barisan
Ke kanaaaanlurus! apabila semua anggota dalam platon telah siap melakukan
pergerakan meluruskan barisan, berikan pula bahasan hukuman kawad
Pandaaaaaangdepan!
KAWAD DINAMIK

Kawad ini melibatkan pergerakan berjalan.

Perintah:
Arahan


Bahasa Hukuman
1. Sedia Skuad/Baris/KontijenSedia
2. Senang diri Skuad/Baris/KontijenSenang diri
3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-
tiga/berturut-turutKe kananPusing
4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-
turutKe kiriPusing
5. Berjalan Dari kiri @ kananCepat jalan
6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/Baris/KontijenHenti
7. Menghadap ke hadapan Skuad/Baris/KontijenAkan
menghadap ke hadapanKe
belakangPusing
8. Menghadap ke belakang Skuad/Baris/KontijenAkan
menghadap ke belakangKe
belakangPusing
9. Ke belakang pusing(cepat jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-
tigaKe belakangPusing(atas kaki
kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat
tangan anggota yang menghadapi ke
hadapan.
10. Hormat HormatHormat ke
hadapanHormat(atas kaki kiri)
11. Terima gaji Hormat selaku terima gajiHormat ke
hadapanHormat(atas kaki kiri)
12. Ke kanan @ kiri hormat HormatHormat ke
kanan/kiriHormat(atas kaki kiri)
13. Pandang kanan @ kiri PandangKanan/kiri(atas kaki kiri)
14. Pandang hadapan Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalanTukar
langkah(atas kaki kiri berturut dengan
kaki kanan)
16. Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah
perlahanPerlahanJalan(atas kaki
kanan)
17. Ke belakang pusing(perlahan jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-
tigaKe belakangPusing(atas kaki
kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat
tangan anggota yang menghadap ke
hadapan
18. Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepatCepat
jalan(Kaki kiri berturut dengan kaki
kanan)
19. Hentak kaki semasa cepat jalan HentakKaki(atas kaki kanan)
20. Maju selepas hentak kaki Maju(atas kaki kanan)
21. Menghadap ke belakang semasa
cepat
Skuad/BarisAkan menghadap ke
belakangKe kanan @ kiri pusing(kaki
yang mengikut arah)
22. Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak
kakiTukar langkah(mana-mana kaki
berturut-turut)
23. Sekiranya skuad anda menghadap ke
belakang(semasa berhenti)
Skuad/BarisAkan bergerak ke
kanan/kiri,ke kanan/kiriPusing























KAWAD FORMASI

Kawad yang melibatkan pergerakan dan formasi.

Perintah:
Skuadformasi

BAHAGIAN-BAHAGIAN KAWAD KAKI (PERINTAH)



Arahan


Bahasa Hukuman
1. Sedia Skuad/Baris/KontijenSedia
2. Senang diri Skuad/Baris/KontijenSenang diri
3. Gerakkan skuad ke kanan Bergerak ke kanan bertiga-
tiga/berturut-turutKe kananPusing
4. Gerakkan skuad ke kiri Bergerak ke kiri bertiga-tiga/berturut-
turutKe kiriPusing
5. Berjalan Dari kiri @ kananCepat jalan
6. Berhenti semasa cepat jalan Skuad/Baris/KontijenHenti
7. Menghadap ke hadapan Skuad/Baris/KontijenAkan
menghadap ke hadapanKe
belakangPusing
8. Menghadap ke belakang Skuad/Baris/KontijenAkan
menghadap ke belakangKe
belakangPusing
9. Ke belakang pusing(cepat jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-
tigaKe belakangPusing(atas kaki
kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat
tangan anggota yang menghadapi ke
hadapan.
10. Hormat HormatHormat ke
hadapanHormat(atas kaki kiri)
11. Terima gaji Hormat selaku terima gajiHormat ke
hadapanHormat(atas kaki kiri)
12. Ke kanan @ kiri hormat HormatHormat ke
kanan/kiriHormat(atas kaki kiri)
13. Pandang kanan @ kiri PandangKanan/kiri(atas kaki kiri)
14. Pandang hadapan Pandang hadapan(atas kaki kiri)
15. Tukar langkah Tukar langkah semasa berjalanTukar
langkah(atas kaki kiri berturut dengan
kaki kanan)
16. Cepat jalan ke perlahan jalan Tukar langkah
perlahanPerlahanJalan(atas kaki
kanan)
17. Ke belakang pusing(perlahan jalan) Bergerak ke kanan @ kiri bertiga-
tigaKe belakangPusing(atas kaki
kanan).Ke kanan @ kiri hendaklah lihat
tangan anggota yang menghadap ke
hadapan
18. Berhenti semasa berjalan perlahan Skuad/BarisHenti(atas kaki kanan)
19. Perlahan jalan ke cepat jalan Tukar langkah cepatCepat
jalan(Kaki kiri berturut dengan kaki
kanan)
20. Hentak kaki semasa cepat jalan HentakKaki(atas kaki kanan)
21. Maju selepas hentak kaki Maju(atas kaki kanan)
22. Menghadap ke belakang semasa
cepat
Skuad/BarisAkan menghadap ke
belakangKe kanan @ kiri pusing(kaki
yang mengikut arah)
23. Tukar langkah semasa hentak kaki Tukar langkah semasa hentak
kakiTukar langkah(mana-mana kaki
berturut-turut)
24. Sekiranya skuad anda menghadap ke
belakang(semasa berhenti)
Skuad/BarisAkan bergerak ke
kanan/kiri,ke kanan/kiriPusing















PERINTAH ASAS KAWAD KAKI

1. MEMBENTUK SKUAD JADIKAN TIGA BARISAN
Kata Perintah Tiga barisan dihadapan saya... gerak
Pergerakan:
1. Anggota dengan pantas berlari beratur membentuk barisan bertiga-tiga.

2. SEDIA
Kata Perintah - Skuad, skuad..sedia
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (angklet),
kedudukan tangan di belakang punggung dengan sebutan up.
2. Hentakan kaki kiri dan jatuhkan tapak kaki supaya terdapat satu
bunyi sahaja serentak dengan kiraan satu.

3. SENANG DIRI
Kata Perintah - Senang..diri
Pergerakan:
1. Dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki,
kedudukan tangan masih lagi rapat dibelakang penjahitan seluar dengan
sebutan up.
2. Angkat dan hentak kaki kiri, jatuhkan tapak kaki. Pada masa
yang sama bawa kedua-dua tangan ke belakang dan letakkan belakang
tangan kanan rapat dihadapan tapak tangan kiri dan ibu jari bersilang dengan
kiraan satu.

4. REHATKAN DIRI
Kata Perintah - Rehatkan.diri
Pergerakan:
1. Tangan dinaikkan ke atas punggung serentak dengan kiraan satu.

5. MEMBETULKAN SKUAD
5.1 KE KANAN LURUS

Kata Perintah - Ke kanan.lurus
Pergerakan:
1. Orang nombor satu barisan hadapan (Penanda Kanan) diam.
Semua anggota lain dengan pantashentakkan kaki kiri ke
hadapan selangkah dan letakan tapak ke bumi dengan kiraan
satu.
2. Kemudian angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan kaki (angklet)
dengan hentak disebelah kaki kiri, pada masa yang sama palingkan muka
memandang ke kanan kecuali orang pada kedudukan paling kanan barisan
dan anggota barisan hadapan angkat tangan kanan separas bahu dengan
kiraan dua.
3. Setelah itu angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki
(angklet) dan hentakkan disebelah kaki kanan dan terus hentak
kaki kanan dan kiri berturut-turut mengambil lurus sehingga
mendapat kedudukan lurus.
4. Setelah mendapat kedudukan lurus semua anggota diam dan tunggu kata
perintah seterusnya Pandang Depan.

5.2 PANDANG DEPAN

Kata Perintah - Pandang..depan
Pergerakan:
1. Dengan pantas dan serentak palingkan muka memandang ke hadapan dan
turunkan tangankanan ke sebelah rusuk balik ke kedudukan sedia.

6. NOMBOR
Kata Perintah - Da..........ri Kanan, Nombor
Pergerakan:
1. Anggota barisan hadapan sahaja menyebut bilangan nombor (membilang) dari
kanan ke kiri.

7. HENTAK KAKI - DALAM STATIK
Kata perintah dengan nombor - Hentak kaki dengan nombor, dari
kiri..hentak
Pergerakan:
1. Apabila mendapat perintah hentak kaki, dengan pantas mengangkat kaki kiri
dan hentak bergilir dengan kaki kanan.
8. BERPUSING
8.1 BERPUSING KE KANAN

Kata Perintah - Bergerak ke kanan, kananpusing
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas, pusing ke kanan dengan
menggunakan tumitkaki kanan dan hujung kaki kiri, pusing ke kanan 90
darjah dengan kiraan satu.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan
kaki (angklet) dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan dua.

1.2 BERPUSING KE KIRI

Kata Perintah - Bergerak ke kiri , kiri ..pusing
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kiri
dengan menggunakan tumit kaki kiri dan hujung kaki kanan, pusing ke kiri 90
darjah dengan kiraan satu.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kanan separas pembebat pergelangan
kaki (anklet)dan hentak disebelah kaki kiri dengan kiraan dua.

1.3 BERPUSING KE BELAKANG

Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
hadapan (Penanda) berada disebelah kiri;
Kata Perintah Bergerak ke kiri, belakang........pusing
Kedudukan skuad dalam tiga barisan memanjang. Barisan
hadapan (Penanda) berada disebelah kanan;
Kata Perintah - Bergerak ke kanan, belakang....pusing
Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke
hadapan;
Kata Perintah - Menghadap ke belakang
belakang.......pusing
Kedudukan skuad dalam tiga barisan melintang menghadap ke
belakang.
Kata Perintah - Menghadap ke hadapan ,
belakang.....pusing



Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke belakang dengan
menggunakan tumit kaki makna dan hujung kaki kiri, pusing ke belakang 180
darjah berpusing mengikut sebelah kanan dengan kiraan satu.
2. Kemudian dengan pantas angkat kaki kiri separas pembebat
pergelangan kaki (angklet)dan hentak disebelah kaki kanan dengan kiraan
dua.




9. BERJALAN
Kata Perintah - Da......ri kiri, cepat jalan
Pergerakan:
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas melangkah dengan kaki kiri ke
hadapan pacak tumit ke bumi dengan kiraan satu dan seterusnya.

10. KELUAR BARIS
Kata Perintah - Keluar .......... baris
Pergerakan :
1. Apabila dapat kata perintah dengan pantas pusing ke kanan iaitu 90 darjah
dengan kiraansatu
2. Angkat kaki kiri separas pembebat pergelangan kaki (anklet) dan hentak di
sebelah kanan balik kedudukan sedia dengan kiraan dua.
Kemudian melangkah keluar dengan kaki kiri dengan kiraan satu terus ke
hadapan tiga langkah dengan kiraan dua,tiga dan seterusnya bersurai




















TAJUK:
KAWAD OPERASI







ISI KANDUNGAN

PENGENALAN 1
KAWAD HOS 3
KAWAD OPERASI H1 4
KAWAD OPERASI H2 7











Pengenalan Kawad Operasi (Fire Drill)
Definisi
Satu perbuatan yang berlandaskan kepada ciri-ciri tatatertib, cergas serta taat setia
kepada arahan yang diberi dan juga menitiberatkan kepada kerjasama diantara
kumpulan tersebut
Tujuan
Menjadikan satu pergerakan itu teratur, cantik serta mengurangkan risiko kecederaan
ketika melakukan tugasan bagi mencapai satu imej yang tinggi.
Pengenalan
Kawad operasi melawan kebakaran ini dibentuk untuk memberi kefahaman yang lebih
jelas dengan tatacara awal sebelum arahan operasi dilakukan. Ia mepunyai beberapa
langkah yang harus diambil bagi memberi persiapan yang lebih menyeluruh sebelum
tugasan dilakukan serta untuk memberi pengetahuan tatacara melapor dan juga
menamatkan tugasan.
Langkah-langkah yang diambil sebelum menjalankan tugas
a) Seorang jurulatih atau pegawai yang bertugas memberikan arahan kawad, dengan
membariskan anggota kepada satu barisan lurus.
Contohnya:-
Jadikan 1 barisan di hadapan saya Gerak!
b) Seterusnya memberikan arahan kawad
ke kanan lurus.
(anggota mengangkat separuh tangan di mana tangannya diletakkan di pinggang dalam
keadaan tapak tangan digenggam).
c) Pandang depan!.
d) Nombor..
e) Jurulatih akan meminta anggota mengira nombor bergantung kepada kehendak operasi
(latihan) yang akan dilakukan, mengikut keperluan anggota diperlukan.
Contohnya:-
Berempat-empat nombor!.
f) Nyatakan kumpulan!.
Setiap anggota yang bernombor 1 akan menjadi ketua dan memberitahu jurulatih berkaitan
nombor kumpulannya seterusnya diikuti oleh kumpulan seterusnya (bermula dengan nyatakan
kumpulan dan seterusnya kumpulan lain menyatakan nombor dan kumpulan akhir akan
menyatakan kumpulan semula).
Contohnya:-
Kumpulan 1, 2, 3, 4, kumpulan 5.
g) Jurulatih akan memilih kumpulan mana yang melakukan tugasan dahulu serta arahannya
sekali.
Contohnya:-
Kumpulan 3, tiga langkah dibelakang peralatan. gerak!
(Kumpulan tersebut setelah mendapat arahan, hendaklah 1 langkah kehadapan orang no 4
atau kiri sekali akan menyatakan up untuk pusing ke kanan, up kedua hentak kaki, up
ketiga angkat tangan paras dada, up ke empat berlari bersama-sama sehingga sampai ke
tempat tiga langkah dari peralatan, seterusnya berhenti berserta turun tangan keadaan sedia
bersama-sama
h) Tunggu hukuman seterusnya dari pegawai atau jurulatih.
Tatacara melapor selepas tugasan dilakukan
Semua anggota yang melakukan tugasan hendaklah mengumpul semula
peralatanyang telah digunakan dan seterusnya berdiri dalam kedudukan sedia tiga
langkah dibelakang peralatan, sebaris mengikut nombor masing-masing. Seterusnya
ketua akan melapor di tempat asalnya.
Contohnya:-
Kumpulan 3 selesai menjalankan operasi / latihan kawad pili bomba 1, peralatan
cukup, anggota selamat, Tuan!.
Seterusnya tunggu arahan lanjut dari jurulatih atau pegawai.
Jurulatih akan memberikan taklimat kepada kumpulan tersebut seperti berikut:
Apabila dapat hukuman masuk baris, tempatkan diri anda dihujung kumpulan
terakhir, Masuk Baris!.





KAWAD HOS
Pengenalan
Semua permulaan kawad ini mestilah dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan.
Perlu diingatkan semua perbuatan seperti senang diri,rehatkan diri,sedia,ke kanan
lurus,pandang hadapan,bilang, berpusing,berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad kaki
Perintah : MasukBARIS!
Perbuatan : semua anggota berbaris dan membuat satu barisan panjang dalam keadaan
senang diri dan rehatkan diri.
Perintah :BARIS! Baris..SEDIA!
Perbuatan :semua anggota bersedia.
Perintah :Ke KananLURUS!
Perbuatan :Semua anggota pasukan meluruskan barisan pada jarak 12 antara satu sama
lain sambil tangan menekak pinggang.
Perintah :Pandang.DEPAN!
Perbuatan :Semua anggota pandang depan semula
Perintah :Dari kananBILANG!
Perbuatan :Anggota-anggota membilang seorang demi seorang,dari kanan ke kiri barisan
Perintah :Bilang berempat empat, dari kanan.BILANG!
Perintah :Bilang berpasukan,Pasukan..BILANG!
Perbuatan : Anggota no.1 tiap-tiap pasukan membilang satu demi satu dari kanan ke kiri
barisan.
Perbuatan :Anggota-anggota pasukan itu membilang berempat-empat pasukan demi
pasukan dari kanan ke kiri barisan.
Perintah :Pasukan PertamaDIAM! Yang lain senang..Diri! Rehatkan diri.
Perbuatan :Pasukan pertama diam dan pasukan yang lain diberi arahan senang diri dan
rehatkan diri.
Perintah :Pasukan pertama! Rapat ke tempat kerja.GERAK!
Perbuatan :semua anggota pasukan berkenaan pusing ke kanan dan terus berlari di dalam
satu barisan dan berbaris tiga langkah di belakang dan pusing ke kanan
menghadap peralatan.
Perintah :Pasukan..BILANG!
Perbuatan :Semua anggota pasukan itu membilang megikut nombor masing-masing
Perintah :Kawad Membentang dan Menyambung hos! Pasukan..GERAK!
Perbuatan : Semua anggota pasukan berkenaan berpusing ke kanan dan berikan kapling
kepada orang yang bekerja di pili bomba.Lepas itu pegang lug dan angkat hos
keatas dan kembangkan siku lari membentangkan hos dan pasangkan nozel
serta mengambil kedudukan memegang nozel
Perintah :Kemas!
Perbuatan :Nozel ditanggalkan dari hos dan diselitkan di pinggang, kemudian terus
menggulung hos yang dibentang tadi.Setelah siap,hos diletakkan ditempat asal
dan semua anggota pasukan berbaris di belakang hos dalam keadaan sedia
Perintah :keluar.BARIS!..Pasukan kedua! Rapat ke tempat kerja.GERAK!
Perbuatan :Pasukan pertama keluar baris dan lari semula masuk di sebelah kiri barisan
panjang. Pasukan kedualari masuk tiga langkah di belakang peralatan. Begitulah
seterusnya sehingga semua pasukan menjalankan kawad

KAWAD OPERASI H1
PENGENALAN

Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti dilakukan
pada permulaan semua kawad kebombaan. Perlu diingatkan semua perbuatan seperti , senang
diri , sedia ,
ke-kanan lurus , pandang hadapan , berpusing , berjalan dan berlari adalah sama seperti kawad
kaki.
Panduan ini tertakluk kepada panduan : KAWAD HOSE PERMULAAN yang dilampirkan.
HUKUMAN

KAWAD H1 Satu aliran 300 kaki PASUKAN GERAK.!.



PERGERAKAN

Apabila dapat hukuman : Kesemua sekali ( 4 orang ) buat kerja serentak.

Orang No 1 : Ambil satu gulung hos satu nozzle lari ke-hadapan 200 kaki tunggu dan
sambung coupling no. 3 , bentangkan hos , sambung nozzle , standby di
bahagian hadapan bersama no. 3 & 4.

Orang No 2 : Ambil Standpipe / Hydrant Key and Bar sambungkan ke pili bomba dan sambut
coupling no. 4 , sambung ke stand pipe.

Orang No 3 : Ambil satu gulung hos , lari ke 100 kaki dan sambung coupling no.4 dan bentang
hose kehadapan serta sambut coupling no.1 dan sambung. Setelah selesai
hendaklah lari kehadapan Bantu orang no. 1 memegang nozzle.

Orang No 4 : Ambil satu gulung hos , sambung di standpipe pada no. 2 dan bentang hos
tersebut. Setelah coupling no. 3 , cantumkan dan terus lari kehadapan
membantu no. 3 & 1 memegang nozzle.
APABILA PERGERAKAN SIAP :

- No. 1 perintahkan no. 4 BUKA AIR
- No. 4 jawab perintah no. 1 , dan terus lari kepada orang no. 2 pada jarak
100 kaki BUKA AIR
- No. 2 jawab perintah no. 4 dan terus buka air dengan menggunakan
Hydrant Key.
- No. 4 lepas memberi arahan lari balik kehadapan Bantu no. 1 & 3
memegang nozzle.







PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS :
Jurulatih akan mengarahkan TUTUP AIR DAN KEMAS

- No. 1 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya perintah kepada no.
4
TUTUP AIR DAN KEMAS
- No. 4 akan sambut arahan tersebut dan seterusnya berlari ke no. 2 pada
jarak
100 kaki dan arahkan TUTUP AIR DAN KEMAS
- No. 2 sambut arahan tersebut dan seterusnya menutup air daripada pili
bomba.

Setelah perjalanan air diberhentikan , semua anggota yang terlibat didalam kawad mengemas
peralatan masing masing dan susun ditempat asal peralatan mengikut susunan yang teratur.

Semua anggota yang terlibat hendaklah beratur dalam keadaan SEDIA dihadapan peralatan /
seterusnya no. 1 bertindak sebagai ketua pasukan melaporkan pada jurulatih bahawa pasukan
telah siap menjalankan kawad.






KAWAD OPERASI H2
PENGENALAN KAWAD H2
Kawad latihan ini dijalankan oleh 4 orang orang anggota. Semua permulaan kawad ini mesti
dilakukan pada permulaan semua kawad kebombaan. Semua perbuatan seperti senang diri,
sedia, ke kanan lurus, pandang hadapan, berpusing, berjalan dan berlari dan ia sama seperti
kawad kaki.
KAWAD H2 BERPASUKAN
Kawat H2 Satu aliran / saliran 300 1 nozel ( basah )
PERALATAN
1. 4 gulung hos panjang tidak kurang 100 kaki setiap 1 gulung
2. 1 unit plain nozzle
3. 1 unit pili bomba
4. 1 utas tali pinggang kulit (dipakai oleh branch man)
5. 1 unit target plate (di tempatkan pada jarak 7 meter daripada hujung nozzle)
6. Stand Pipe
7. Hydrant Key and Bar
8. Adaptor

TUGAS-TUGAS ANGGOTA
ANGGOTA NO1
Membawa branch
Merentang hos yang ke3
Sebagai ketua kumpulan
Menggulung hos yang pertama
ANGGOTA NO 2
Membawa & memasang dan mengemas peralatan pili bomba
Mengemas hos tambahan
Operator


ANGGOTA NO 3
Merentang hos yang ke-2
Membantu No.1 di branch
Menggulung hos yang ke-2
ANGGOTA NO 4
Merentang hos ke-3 dan hos tambahan
Bertindak sebagai pembawa mesej
Menggulung hos yang ke-3

HUKUMAN KAWAD H2
HUKUMAN : KAWAD H2 Satu aliran 400 kaki PASUKAN......GERAK
: KAWAD H2! Satu Aliran 300 kaki, 1 NOZEL, Pasukan.....GERAK
Semua anggota dalam pasukan itu pusing ke kanan dan terus membuat kerja masing-masing
dengan serentak.
No.4 ambil standpipe dan hydrant key, dan hydrant adaptor dan lari menuju pada pili
bomba bawah tanah dan terus pasang standpipe pada pili bawah tanah sambil
menunggu arahan buka dan tutup air.
No.3 ambil segulung hos dan bawa ke Pili Bomba bawah tanah. berikan kapling kepada
orang No.4, terus bentang hos pada jarak 100 kaki, ambil hos yang ditinggalkan oleh
orang No.2 baawa ke jarak 300 kaki sebgai hos pengganti kemudian lari ke hadapan
untuk bantu pegang nozel.
Orang No.2 ambil 2 gulung hos, bawa ke jarak 100 kaki, satu hos letak & 1 hos
dibentang pada jarak 200 kaki kemudian lari ke hadapan bantu No.1 pegang nozel.
Orang No.1 ambil 1 gulung hos & 1 nozel bawa ke jarak 200 kaki sambung pada orang
No.2 bentang ke jarak 300 kaki dan terus pasang nozel.








PERGERAKAN TUTUP AIR DAN KEMAS
PERINTAH : tutup air dan kemas!
PERBUATAN : No.1 diperintahkan No.3 untuk menutup air dan kemas. No.3 jawab dan lari ke
pili bomba perintahkan No.4 untuk tutup air dan kemas
PERINTAH : Keluar....Baris/Baris!
PERBUATAN : Semua anggota pasukan pusing ke kanan dan lari masuk ke barisan asal










SEKIRANYA MENDAPAT HUKUMAN TUTUP AIR & BERKEMAS
Anggota No.2 akan tutup injab pili bomba tanggal sambungan hos yang pertama dan
mengemas semua peralatan pili. Setelah selesai, kemaskan hos tambahan, keluarkan
air, gulung dan letakkan di tempat permulaan kawad.
Anggota No.1 tanggalkan branch pipe keluarkan air dari hos yang pertama gulung dan
letakkan di tempat permulaan kawad.
Anggota No.3 tanggalkan hos yang ke-2 keluarkan air, gulung dan hantar ke tempat
permulaan kawad.
Anggota No.4 tanggalkan hos yang ketika, keluarkan air gulung dan hantar ke tempat
permulaan kawad.
Setelah semuanya selesai, anggota No.1 lapor kepada jurulatih.






JIKA HOS DITAMBAH PADA PERTENGAHAN RENTANGAN
Anggota No.4 kembali ke tempat permulaan kawad, sambil satu golongan hos dan bawa
ke tempat yang hendak dibuat penyambungan dengan membuat ikatan half hitch di
bahagian male coupling & merentangkan hos secara loop. Anggota No.4 tutup air
kepada anggota No.2
Setelah anggota No.2 tutup air, anggota No.4 terus membuka & menyambungkan bos.
Setelah siap beri arahan buka air kepada anggota No.2
Setelah anggoa No.2 buka air, anggota No.4 terus pergi ke branch membantu anggota
No.1 dan 3.

CARA MEMBENTANG HOS
COIL ROLL
Memegang lug coupling betina dan mengangkat paras bahu dengan memastikan kedudukan
hos yang dibentang melalui dibawah lengan.
DUTCH ROLL
Tangan kanan memegang kedua-dua coupling betina dan jantan disamping tangan kiri
menyokong hos, dan balingan hos dilakukan
FLAKING ROLL
Hos dibentang dengan cara menarik coupling betina.
FIGURE OF EIGHT ROLL
Hos dibentang dengan cara menarik coupling betina

Anda mungkin juga menyukai