Anda di halaman 1dari 6

SMK SUNGAI LAYAR

GEOGRAFI KAJIAN KES


LAPORAN KESAN PERKEMBANGAN SISTEM
PENGANGKUTAN TERHADAP ALAM SEKITAR




NAMA: PUTERI ZULAIKA BINTI ZOLKAPALI
KELAS: 203
NAMA GURU: PUAN SHAMILAH BT. MASOOD










Konsep Sistem Pengangkutan Awam
Sistem pengangkutan awam atau transit awam merangkumi segala sistem pengangkutan yang
mana penumpang tidak bergerak menggunakan kenderaan sendiri. Meskipun istilah-istilah
tersebut secara amnya dianggap sebagai perkhidmatan rel dan bas, definisi yang lebih luas boleh
merangkumi perkhidmatan penerbangan berjadual, feri, teksi dan sebagainya.mana-mana sistem
yang mengangkut orang awam

Jenis Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian (Kuala Lumpur)
Pengangkutan awam di Kuala Lumpur dan kawasan sekitar Lembah Klang merangkumi pelbagai
jenis pengangkutan seperti
Bas
Pengangkutan rel, termasuk
transit aliran ringan (LRT) yang dikendali Rapid KL
Aliran Kelana Jaya
Aliran Ampang
Aliran Sri Petaling
KTM Komuter
Aliran Sentul-Port Klang
Aliran Rawang-Seremban
KL Monorail
Express Rail Link
KLIA Express
KLIA Transit
Teksi
Perkhidmatan antarabandar lain


Kepentingan Perkembangan Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian
(Kuala Lumpur)
a) Mengurangkan kesesakan lalu lintas
Kebanyakkan penduduk Kuala Lumpur
mempunyai kenderaan sendiri untuk
urusan seharian.
Dengan adanya sistem pengangkutan
awam, kesesakan lalu lintas dapat
dikurangkan

b) Mengangkut penumpang seharian
Pergerakan penduduk lebih lancar dan mudah dengan adanya sistem
pengangkutan awam

c) Peluang pekerjaan
Sistem pengangkutan awam
menawarkan pekerjaan kepada
penduduk setempat dalam
memberikan perkhidmatan











Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan Awam di Kawasan Kajian Terhadap Alam
Sekitar
a) Pencemaran udara
Disebabkan terlalu banyak bas dan teksi di sekitar Kuala Lumpur, setiap
kenderaan ini mengeluarkan asap kenderaan yang membahayakan alam sekitar.
Udara di sekitar Kuala Lumpur menjadi tidak segar dan berbahaya.









b) Kesesakan lalu lintas
Sistem pengangkutan awam yang tidak teratur dan terurus menyebabkan
kesesakan lalu lintas berlaku.
Hanya 16% daripada penduduk Kuala Lumpur mengunakan pengangkutan awam
juga menyumbang kepada kesesakan lalu lintas









c) Kemalangan dan keselamatan penumpang
Sikap pemandu bas dan teksi yang cuai menyebabkan kemalangan sentiasa
berlaku di jalan raya di Kuala Lumpur






















Cadangan Untuk Mengurangkan Kesan Perkembangan Sistem Pengangkutan di Kawasan
Kajian Terhadap Alam Sekitar

a) Kuatkuasa undang-undang
Mengutkuasakan undang undang bagi mengurangkan masalah pengangkutan
awam yang berlaku. Pihak Jabatan Pengangkutan Jalan sepatutnya mendenda
pemandu teksi atau bas yang memandu secara berbahaya. Mengikut Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987 iaitu memandu secara melulu dan
berbahaya hingga mengancam keselamatan pengguna jalan raya lain dan boleh
dihukum penjara hingga lima tahun atau denda minimum RM5,000 atau kedua-
duanya"

b) Penggunaan petrol tanpa plumbum
Pemandu pengangkutan awam digalakkan untuk mengunakan petroleum tanpa
plumbum. Hal ini dapat mengurangkan plumbum dalam pelepasan asap
kenderaan ke udara.

c) Mengunakan penapis asap (Catalytic Conveter)
Pemandu bas atau teksi yang mengunakan minyak diesel digalakkan supaya
mengunakan penapis asap atau lebih dikenali sebagai Catalytic converter.
Dengan penggunaanya, kita dapat mengurangkan pengeluaran asap merbahaya.