Anda di halaman 1dari 18

Punca-punca dan kesan-kesan gejala rasuah.

Sejarah rasuah bermula sejak awal kehidupan manusia bermasyarakat lagi, iaitu pada
tahap organisasi kemasyarakatan yang rumit mulai wujud. Gejala rasuah telah
membelenggu manusia sejak beribu tahun lamanya. Kegiatan rasuah yang berlaku
adalah berbeza-beza pada waktu dan tempat yang berlainan. Terdapat banyak catatan
kuno yang menceritakan tentang gejala rasuah yang telah berlaku dimasa lalu
contohnya mengenai masalah penyuapan terhadap para hakim dan tingkah laku para
pegawai pemerintah. Kegiatan rasuah ini terus menular dan berlaku sehingga kini dan
telah meninggalkan pelbagai kesan yang negatif kepada sesebuah negara. isalnya
!mpayar "om, !mpayar #thmaniah, $inasti ing dan sebagainya yang tidak terurus
pentadbirannya sehingga menyebabkan tentera dan kakitangan awamnya terpaksa
mengamalkan rasuah sehingga akhirnya meruntuhkan pemerintahan negara tersebut.
engikut sejarah, kegiatan rasuah di negara ini berlaku sejak zaman kesultanan
elaka lagi. Kejatuhan kesultanan elaka di tangan orang-orang %ortugis dikatakan
ekoran dari sogokan wang dan hadiah oleh tentera-tentera %ortugis kepada pegawai-
pegawai tertentu yang bertugas di &stana Sultan elaka. Kegiatan rasuah ini terus
wujud sehingga pemerintahan orang-orang 'ritish di Tanah elayu dan dibuktikan
bilamana pentadbiran 'ritish ketika itu telah menguatkuasakan undang-undang rasuah
dalam tahun ()*( di mana perbuatan menerima hadiah yang boleh disifatkan
sebagainya sebagai rasuah telah dikanunkan sebagai satu kesalahan undang-undang
iaitu dalam kanun kesiksaan, ()*(. Kemudian budaya rasuah ini terus menular dan
berlaku di alaysia seperti tiada jalan penyelesaiannya.
%erkataan rasuah berasal daripada perkataan +rab ,al-risywah-. $alam +l-
.uran, perkataan rasuah digolongkan dalam kata umum batil iaitu meliputi juga
perbuatan jenayah lain seperti merompak, memeras ugut, dan menipu. Terdapat
banyak definisi rasuah yang telah diutarakan oleh para sarjana. /amun setelah diteliti,
hampir setiap definisi tersebut mempunyai dua unsur iaitu penyalahgunaan kekuasaan
yang melampaui batas kewajaran hukum oleh para pejabat atau apatur negara dan
mengutamakan kepentingan peribadi atau klien diatas kepentingan publik oleh para
pejabat atau apatur negara yang bersangkutan.
enurut Syed 0ussein +latas 1(2234 inti rasuah adalah penyalahgunaan
kepercayaan untuk kepentingan peribadi. 'eliau telah menyenaraikan ciri-ciri rasuah
yang telah diringkaskan seperti suatu pengkhianatan terhadap kepercayaan, penipuan
terhadap badan pemerintah, lembaga swasta atau masyarakat umumnya, dengan
sengaja melalaikan kepentingan umum untuk kepentingan khusus, dilakukan dengan
rahsia, kecuali dalam keadaan di mana orang-orang yang berkuasa atau bawahannya
menganggapnya tidak perlu, melibatkan lebih dari satu orang atau pihak, adanya
kewajipan dan keuntungan bersama, dalam bentuk wang atau yang lain, terpusatnya
kegiatan 1rasuah4 pada mereka yang mengkehendaki keputusan yang pasti dan mereka
yang dapat mempengaruhinya, adanya usaha untuk menutup perbuatan rasuah dalam
bentuk-bentuk pengesahan hukum dan menunjukkan fungsi ganda yang kontradiktif
pada mereka yang melakukan rasuah.5(6
$ari jenis taipologi, rasuah dapat dibahagikan kepada tujuh jenis iaitu rasuah
transtaktif, rasuah yang memeras, rasuah in7esif, rasuah perkerabatan, rasuah
defensi7e, rasuah autogenic, dan rasuah dukungan. 8enis-jenis rasuah ini
dikategorikan mengikut kelakuan rasuah tersebut.
%#/9+-%#/9+ '!":+K#/;+ G!8+:+ "+S#+0
"asuah yang telah melanda segenap sistem yang ada pada waktu lepas adalah
berpunca daripada %erang $unia Kedua. 0al ini telah dibuktikan dengan :aporan
8awatankuasa Santhanam seperti di &ndia, menurut jawatankuasa tersebut peperangan
yang berlaku dengan begitu meluas telah memberi peluang untuk gejala rasuah
berlaku. anakala di Tanah elayu pendudukan 8epun telah menyebabkan timbulnya
rasuah yang membengkak secara mendadak. Kelangkaan barang dan bahan
makanan, inflasi yang menggila, dan lemahnya pengawasan pemerintah telah
menjadikan rasuah sebagai senjata yang ampuh untuk menutup kurangnya
pendapatan. $isini jelas menujukkan bahawa situasi perang melahirkan banyak
masalah rasuah.5(6
Selain itu, faktor lain yang menyumbang terus berlangsungnya rasuah adalah
pemerintahan kolonial. "asuah tidak hanya ada dalam pemerintahan kolonial tetapi
juga terus berkembang sebagai satu pengaruh yang tidak langsung yang menghasut
kaum nasionalis untuk melawan pemerintah. Sebagai contoh, di &ndia, semasa
penjajahan &nggeris, perbuatan menipu pemerintah umumnya dianggap sebagai
perbuatan yang patriotik. 'egitu juga dengan perbuatan mencuri bola lampu serta
perlengkapan lain dalam gerabak kereta api, melindungi para pelanggar undang-
undang dari tangkapan polis, penghindaran cukai, dan lain-lain yang dianggap sebagai
perbuatan yang bertujuan agar pemerintah kolonial tidak merampas wang rakyat &ndia.
/amun setelah kemerdekaan pada tahun (2<*, kebiasaan bersikap tidak jujur
terhadap pemerintah terus berlanjut begitu juga dengan gejala rasuah.
%unca rasuah seterusnya ialah keadaan perang yang disusuli dengan
penyerahan kuasa kepada kelompok baru yang memerintah secara tiba-tiba telah
mewujudkan banyak peluang rasuah yang sebelumnya tidak ada. =atak para
pemimpin yang menentukan kepada situasi seperti ini. 8ika mereka melakukan rasuah
atau membiarkan berlakunya rasuah, maka anasir-anasir rasuah akan mengukuhkan
kedudukan mereka. $i negara-negara +sia yang baru sahaja merdeka, para
pemimpinnya telah mengamalkan rasuah atau membiarkan terjadinya rasuah
contohnya di &ndia, /ehru seringkali dipersalahkan kerana sikapnya yang membiarkan
rasuah terjadi seperti kes rasuah yang menyangkut teman baiknya, Krishna enon
yang melakukan banyak pelanggaran dalam kes yang disebut sebagai skandal jeep
ketika dia menjawat jawatan sebagai %esuruhjaya Tinggi &ndia di :ondon.5>6
%unca berlakunya rasuah juga ialah daripada bertumbuhnya jumlah pegawai
negeri dengan cepat, dengan akibat gaji mereka menjadi sangat kurang atau sedikit.
Keadaan ini seterusnya menuntut mereka untuk mendapatkan pendapatan tambahan
menampung keperluan hidup. Keadaan semakin bertambah runcing apabila pengarah
melakukan rasuah semasa perang, bertambahnya jumlah pegawai awam dengan
cepat, bertambah luasnya kekuasaan dan kesempatan birokrasi, ditambah pula dengan
lemahnya pengawasan pemerintah, dan pengaruh-pengaruh parti politik yang
menyediakan peluang yang sangat besar untuk berlakunya rasuah.
Terdapat juga punca lain berlakunya rasuah selain daripada disebabkan oleh
peperangan iaitu institusi hadiah dan kewajipan menyantuni keluarga. enurut kajian
sarjana, orang +sia tidak tahu perbezaan antara kewajiban kemasyarakatan dan
kewajiban perseorangan, dan seringkali juga perbezaan antara sumber milik
pemerintah dan juga sumber milik peribadi. 0al ini kerana fikiran naif orang +sia yang
tidak membezakan antara kewajiban kemasyarakatan dan kewajiban peribadi ini, maka
terjadilah rasuah dan mereka tidak mengira yang mereka melakukan sesuatu yang
salah sehinggalah beberapa orang eropah mengatakan perbuatan tersebut adalah
salah. Sebagai contoh, seorang wanita penjual makanan di sebuah warung, anaknya
datang dan ibunya memberinya makanan. &ni adalah pemberian keibuan dan
pembayaran bukannya yang diharapkan tetapi yang diharapkan ialah cinta kasih anak.
:alu datang pula seorang &nspektor keselamatan dan wanita itu memberinya makanan
serta menolak bayaran daripada &nspektor tersebut, ini adalah satu suapan. %emberian
makanan tersebut bukanlah suapan jika tidak ada harapan bahawa &nspektor itu akan
menggunakan jabatannya untuk melindungi kepentingannya. Tetapi jika &nspektor itu
tidak mempunyai wang lalu wanita tersebut memberinya makanan, perbuatan tersebut
adalah dermawan. $orongan psikologis yang menentukan pertukaran tersebut.
$engan adanya pelbagai bentuk perilaku dan pola-pola moti7asi tidak membenarkan
kita untuk menarik kesimpulan bahawa suatu bentuk bersumber dari bentuk yang lain.
5?6
%unca peribadi juga adalah sebagai satu penyebab dan penanggungjawab
daripada mereka yang menganggap situasi eksternal, iaitu struktur sosial, sebagai
sesuatu yang menentukan dalam masalah rasuah. 'agi memudahkan penghuraian,
istilah ,indi7idual- dan ,sosial- akan digunakan. &stilah indi7idual yang dimaksudkan
ialah penjelasan tentang rasuah yang pada akhirnya mengecilkan gejala itu sebagai
keperibadian perseorangan. Sedang yang dimaksud dengan sosial ialah penjelasan
untuk mencari penyebab rasuah di luar keperibadian seseorang. &nstitusi budaya,
kemiskinan, penderitaan luar biasa, perubahan politik besar-besaran, peperangan,
sistem hukuman yang tidak sempurna adalah pengaruh yang berasal dari luar diri
indi7idu ini dianggap sebagai sebab-sebab rasuah yang menentukan. +pabila ada
sesuatu yang menciptakan hambatan dalam tatapemerintahan pada sektor-sektor yang
berhubungan dengan khalayak ramai, hal itu akan menjadi sumber kepada berlakunya
gejala rasuah.5<6
%unca-punca lain berlakunya rasuah ialah modenisasi. 0untington mengatakan
bahawa modenisasi membawa perubahan norma. %enyataan ini hanya berlaku bagi
dunia bukan 'arat, sedangkan di 'arat, modenisasi membawa perkembangan sumber-
sumber kekayaan dan kekuasaan baru serta menampilkan kelas-kelas baru dengan
tuntutan-tuntutan baru. $alam masyarakat 'arat, 0untington melihat terjadinya rasuah
yang meluas sebagai akibat industrialisasi, yang membuka peluang kepada orang
untuk mencari kekayaan lebih banyak. odenisasi membantu pengaruh rasuah kerana
ia menciptakan sumber kekayaan baru dan kelas-kelas baru yang mencita-citakan
kekuasaan dengan menggunakan sarana rasuah dan ia menciptakan perluasan
kegiatan-kegiatan pemerintahan.536
$ikatakan oleh seorang sarjana bahawa penyelewengan yang melanda di
pelbagai negara yang sedang membangun itu adalah kerana tidak cukupnya gaji
pegawai negeri. 0al ini kerana disebabkan oleh adanya rasuah dan perencanaan yang
buruk. Syed 0ussein +latas telah diberitahu oleh oleh :aksamana Sudomo pada waktu
beliau berkunjung ke 8akarta pada @gos (2)>, bahawa pemerintah &ndonesia akan
mempunyai wang yang cukup untuk menggaji pegawai negerinya jika cukai dibayar
secara jujur. 0al ini kerana rasuahlah yang telah menggurangkan sumber-sumber
pendapatan pemerintah. =alaupun pembaikkan struktur cukai atau peraturan
pentadbiran telah dilakukan, namun ianya tidak akan mengubah masalah selagi mana
orang-orang yang terlibat didalamnya tetap melakukan rasuah.5A6
+da juga sarjana yang mengatakan bahawa peperangan, pembukaan tanah baru
secara besar-besaran dan situasi-situasi lain yang memberi peluang besar bagi rasuah
dan juga sebagai penyebab meledaknya rasuah tetapi tidak menjelaskan kelangsungan
dan kekukuhan rasuah yang berlaku pada waktu-waktu lepas tersebut. "asuah yang
berlaku di &ndonesia dewasa ini tidak dapat dijelaskan dengan hal-hal yang ada di masa
peperangan sementara dua generasi ini telah terbiasa dengan cara-cara rasuah. 0al
yang sama juga berlaku di negara-negara yang sedang membangun yang mengalami
peperangan. Sebaliknya, setelah peperangan berakhir, rasuah diketahui mereda tetapi
bermaharaja kembali sesudah mencapai kemerdekaan. 0al yang demikian juga
berlaku di alaysia. =alaupun memang benar bahawa mereka yang berkuasa pada
awal kemerdekaan menjadi kecanduan rasuah dari masa berlangsungnya peperangan,
tetapi perang itu adalah situasi sementara yang telah melahirkan rasuah yang meluas
pada waktu seterusnya. Kelangsungan dan meluasnya rasuah adalah disebabkan dari
faktor-faktor lain yang tidak timbul dari peperangan sahaja.
%unca seterusnya ialah faktor kelemahan indi7idu. %unca asas seseorang
melakukan rasuah adalah kerana kurangnya iman dan ketaBwaannya terhadap Tuhan.
=alaupun diketahuinya rasuah itu salah tetapi tetap melakukannya dengan alasan-
alasan tersendiri dan selagi manusia lain tidak tahu. Selain dari itu, faktor-faktor seperti
suka menyenggara hidup melebihi pendapatan, suka hidup mewah, tamak haloba, ingin
cepat kaya, suka berjudi, dan berhutang menyebabkan seseorang itu terjerumus ke
lembah rasuah.5*6
"asuah juga berlaku disebabkan dari faktor kelemahan kepimpinan dan
pentadbiran. Kelemahan yang lemah hingga menyebabkan kurang atau tiada
penyeliaan serta pengawasan pihak atasan boleh menyebabkan rasuah berlaku. 0asil
pemerhatian dan kajian Suruhanjaya %encegahan "asuah 1S%"4 ke atas kes-kes yang
telah disiasat tetapi tidak dapat dibawa ke mahkamah, menunjukkan bahawa antara
faktor-faktor berlakunya rasuah dalam perkhidmatan awam berpunca dari kurangnya
pengawasan oleh pegawai atasan. $i samping itu terdapat juga kelemahan-kelemahan
dalam sistem atau prosedur kerja yang membuka peluang serta memberi laluan kepada
pegawai-pegawai melakukan rasuah dan penyelewengan.
Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor sosial dan kebudayaan.
Setiap kaum di negara alaysia mempunyai budaya hidup dan tradisi masing-masing
berhubung dengan pemberian wang atau hadiah. Kaum cina suka memberi angpau,
manakal tradisi orang-orang elayu pula suka memberi buah tangan dan bersedekah,
walaubagaimanapun pemberian-pemberian ini di buat di masa-masa tertentu di luar
masa atau keadaan yang sepatutnya ia diberikan. &anya bertujuan untuk mengaburi
mata orang ramai agar tidak disebut rasuah. $alam proses menerima dan memberi
wang atau hadiah ini diwujudkan suasana termakan budi yang mengakibatkan ,social
obligation- dan keadaan ini mempercepatkan merebaknya amalan rasuah.5)6
"asuah juga semakin menular disebabkan dari faktor pembangunan sosio-
ekonomi dan modenisasi. =alaupun tidak ada kajian untuk menunjukkan nisbah yang
mengaitkan pertalian antara kadar amalan rasuah dengan kadar kepesatan
pembangunan sosioekonomi, tetapi kita dapat perhatikan bahawa kadar rasuah
meningkat dengan meningkatnya proses pembangunan dan modenisasi dalam negara.
Secara logiknya, ini adalah kerana dalam proses pembangunan dan permodenan,
banyak rancangan-rancangan pembangunan dijalankan dan dengan demikian
pengaliran wang turut bartambah. @rang-orang tertentu yang terlibat dengan projek
tersebut mengambil kesempatan mengaut keuntungan untuk poket sendiri. Selain dari
itu, tekanan untuk hidup berlumba-lumba dan mendapatkan faedah-faedah daripada
rancangan-rancangan pembangunan tadi akan berlumba-lumba inilah yang akan
mendorong mereka untuk sedaya upaya cuba mendapatkan tempat untuk memenangi
hati pegawai-pegawai kerajaan yang mempunyai urusan dengan kepentingan mereka.
@leh itu, jalan yang paling senang untuk memikat hati pegawai-pegawai tersebut ialah
dengan memberi sogokan agar sesuatu urusan itu cepat diberi pertimbangkan dan
diambil tindakan.526
Seterusnya rasuah juga berpunca daripada faktor politik. $alam konteks ini,
perbuatan pilih kasih 1nepotisme4 serta salahguna kuasa dan jawatan berlaku demi
kepentingan dan faedah untuk diri sendiri. Kelemahan pengawasan semakin
memudahkan gejala salahguna kuasa ini berlaku. %emerintah pula seakan-akan
membiarkan sahaja apa yang berlaku kerana gejala rasuah tersebut mengukuhkan
kedudukannya. %erbuatan pilih kasih ini juga bersangkkutan dengan pemilihan pekerja-
pekerja, iaitu ahli keluarga dan kaum diutamakan berbanding yang lebih layak atau
yang sepatutnya diberi kerja kerana tiada pertalian terutamanya dalam sektor awam.
Keadaan ini dapat dilihat sendiri dalam sesuatu jabatan itu yang dipenuhi dengan asal
usul yang sama.5(C6
Kesimpulan yang dapat dibuat oleh saya ialah kebanyakkan sarjana-sarjana
memberikan punca-punca berlakunya rasuah lebih kurang sama jenisnya dan hanya
berbeza pada huraiannya. %unca-punca yang diberikan oleh mereka jika diteliti dengan
jelas kebanyakkannya berkait rapat dan berpunca daripada pucuk kepimpinan dan
pentadbiran sesebuah negara.
K!S+/-K!S+/ G!8+:+ "+S#+0
0asil kajian dan penyelidikan oleh ahli-ahli akademik seperti Gunner ydral, 9olin
:eys, 8ames Scott, $a7id 0.narey dan lain-lain menunjukkan bahawa rasuah
mempunyai kesan-kesan bukan sahaja negatif tetapi mempunyai kesan positif jika
dinilai dari segi fungsi rasuah. =alaubagaimanapun, ianya bergantung kepada sistem
nilai dan norma masyarakat berkenaan. =alau apapun tanggapan indi7idu dalam
menilai kesan-kesan rasuah, namun hakikatnya rasuah melahirkan lebih banyak
keburukan dan kebinasaan. #mpamanya walaupun pemberi rasuah boleh
mempercepatkan proses kerja jika dinilai dari segi fungsi positif rasuah sebagai
,catalyst-, namun disebaliknya berlaku keburukan yang mana ia mengajar seseorang itu
malas bekerja, kurang inisiatif, tidak amanah serta ketidakadilan sosial berlaku.
Kesan pertama ialah kesan terhadap pelaku rasuah. Kesan yang paling cepat
dirasakan adalah keatas indi7idu-indi7idu yang terlibat dengan rasuah itu sendiri.
ereka akan kehilangan pekerjaan dan kepercayaan masyarakat terhadapnya.
Terdapat satu kes di mana S%" telah menangkap seorang awam yang telah
melakukan rasuah. 'eliau telah didapati bersalah dan menerima hukuman penjara.
:anjutan peristiwa itu, isteri dan empat orang anaknya masih kecil datang ke pejabat
S%" bagi menyara hidup keluarganya. %esalah serta keluarganya juga mengalami
gangguan emosi dan psikologi. Kajian yang telah dijalankan oleh S%" keatas orang-
orang yang pernah ditangkap dan dihukum kerana rasuah mendapati bahawa pesalah-
pesalah rasuah telah mengalami tekanan jiwa, malu, terhina, menjadi sensitif,
kebebasan tergugat serta pergaulan sosial yang terhad. Satu lagi kesan yang dirasai
ialah bilamana mengalami kerugian wang yang banyak kerana terpaksa membayar
khidmat peguambela sehingga ada yang terpaksa bergadai harta benda.5((6
"asuah juga telah menyebabkan tumpuan pelaburan dan pembangunan tidak
seimbang dan saksama, iaitu jika berlakunya rasuah dan penyelewengan, maka ia akan
mewujudkan golongan masyarakat yang terpaksa menanggung kesan buruknya.
Tumpuan pembangunan dan pelaburan berpusu ke sektor tertentu sahaja.
Ketidakseimbangan ini wujud bukan kerana sektor ini mempunyai permintaan dan
keuntungan yang tinggi tetapi kerana rasuah. aka berlakulah pertumbuhan ekonomi
yang berat sebelah dan sektor-sektor lain yang tidak ada peluang untuk melakukan
rasuah, maka ia tidak diperkembangkan.5(>6
Selain itu, rasuah juga akan menjauhkan jurang perbezaan di antara golongan
miskin dan kaya. :azimnya golongan yang kaya mempunyai sumber kewangan yang
banyak untuk mempengaruhi keputusan-keputusan yang dibuat oleh pegawai kerajaan,
lalu membolehkan mereka memperoleh lebih banyak peluang yang ditawarkan oleh
kerajaan, walaupun kadangkala mereka tidak berhak mendapatkannya. "asuah
kepada mereka merupakan satu jambatan untuk mengaut lebih banyak keistimewaan
dan menambahkan kekayaan. Keadaan ini akan menimbulkan ketidakadilan sosial
yang akhirnya akan menjejaskan integrasi nasional.
Seterusnya, rasuah turut menaikkan harga barangan dan perkhidmatan. +pabila
amalan rasuah berlaku dalam dunia perniagaan, peniaga-peniaga biasanya akan
memindahkan kos memberi rasuah kepada para pengguna dengan cara menaikkan
harga barang dan perkhidmatan kerana ianya dianggap sebagi kos modal.5(?6
"asuah juga turut menyebabkan pengaliran wang keluar negara 1capital
outflow4. engumpul dan menyimpan wang rasuah di dalam negara dirasakan tidak
selamat oleh penerima-penerima rasuah, kerana ia boleh dikesan oleh pihak berkuasa
dan merampasnya. @leh yang demikian, wang rasuah 1yang merupakan wang negara4
di simpan di bank-bank luar negara. &ni bermakna negara akan kehilangan pertukaran
wang asing dan modal. 0al inilah yang telah berlaku di +merika Selatan pada tahun
(23<-(232 di mana tiga diktaktor +merika selatan iaitu %eron, %arez 8imenez dan
'atista4 telah memindahkan #S (.3 billion dollar wang negara mereka ke negara lain.
5(<6
Selain daripada itu juga, gejala rasuah yang berleluasa turut mengancam
keselamatan negara dan rakyat. Kontraktor-kontraktor yang memberi rasuah kepada
pegawai-pegawai kerajaan akan menyebabkan mereka menghasilkan kerja atau
perkhidmatan yang kurang bermutu dan tidak menepati spesifikasi demi mencapai
target keuntungan yang diharapkan. 'ayangkanlah, apa yang akan terjadi kepada
rakyat jelata yang menyeberangi sebuah jambatan yang dibina tidak mengikut
spesifikasi atau menghuni rumah-rumah yang dibuat tidak mengikut mutu yang
ditetapkan. 8uga, tidak mustahil sekiranya dadah dan senjata api dapat menembusi
kubu pertahanan keselamatan sekiranya berlaku suapan di pintu masuk negara.
"asuah juga antara lainnya dapat mencetuskan pergolakkan sosial dan
rusuhan. =alaupun negara kita belum lagi mengalami tindakan ganas dari rakyat
kerana kepimpinan yang dilanda rasuah, namun contoh-contoh dari pergolakkan sosial
dan rusuhan lain yang berlaku di beberapa negara lain boleh dijadikan contoh. +pabila
rakyat merasa kecewa dan perasaan benci meluap-luap kerana ditindas, ditipu,
kecurangan dan ketidakadilan dilakukan oleh golongan pemerintah, maka kebangkitan
rakyat tidak dapat dielakkan.5(36
Kesan rasuah juga dapat menjejaskan kecekapan dan kelicinan pentadbiran.
+pabila seseorang pekerja itu telah biasa disogokkan supaya mempercepatkan sesuatu
kerja, maka ia akan dengan sengaja melambat-lambatkan pengendalian tugas-
tugasnya kerana megharapkan untuk memperoleh lagi ,speed money-. :ebih banyak
sogokan, lebih istimewa pula layanan serta tumpuan yang diberikan. Keadaan ini
sudah tentu menjejaskan moral, etika perkhidmatan, kecekapan dan prestasi kerja
dalam sesebuah jabatan. +khirnya juga akan menjejaskan keseluruhan imej dan
keutuhan jabatan tersebut.5(A6
Gejala rasuah yang melanda di dalam sesebuah negara juga akan menggalakan
jenayah dan melindungi para penjenayah. #ndang-undang yang diwujudkan adalah
untuk melindungi rakyat dari jenayah dan untuk menghukum penjenayah-penjenayah.
Sekiranya pegawai-pegawai yang diamanahkan untuk menguatkuasakan undang-
undang tidak menjalankan tanggungjawabnya kerana sanggup menerima rasuah, maka
penjenayah-penjenayah akan terlepas kerana tidak diambil tindakan undang-undang.
Keadaan ini seterusnya akan menggalakkan lagi mereka untuk melakukan jenayah
kerana mereka tahu untuk melepaskan diri.
$i antara akibat-akibat rasuah yang telah dicatat oleh mereka yang menaruh
perhatian terhadap masalah itu, yang paling jelas adalah pelbagai bentuk keadilan
telah mempengaruhi peribadi-peribadi yang terbilang banyaknya, di saat-saat yang
sangat menyedihkan. Sebuah contoh adalah banyaknya kematian sebagai akibat
kepayahan kerana bantuan untuk mereka dicuri oleh orang-orang yang melakukan
rasuah. +ndreski mencatat banyak contoh ketidakadilan yang ditimbulkan oleh rasuah
di +frika 'arat. $i rumah-rumah sakit para pesakit harus membayar jururawat untuk
mengambilkan mangkuk najis. %ara doktor pun harus disuap. %ara pesakit yang tidak
mampu berbayar akan disuntik dengan air yang diberi dengan zat pewarna kerana
ubat-ubatan telah dicuri di farmasi. Seluruh masyarakat tersebut telah dirasuki rasuah
sehingga akan tampak sangat mengerikan bagi orang yang hidup dalam masyarakat
terbabit.5(*6
"asuah juga akan menumbuhan ketidakcekapan yang menyeluruh di dalam
birokrasi dan lembaga-lembaga lainnya. ;ang pertama di antara mata rantai sebab
akibat berupa hancurnya dasar-dasar akademik. Kenaikkan tingkat atau pangkat
didalam bidang akademik tidak benar-benar didasarkan pada karya penelitian dan
penerbitan seseorang, melainkan mendapat berkat antara hubungan, sikap menjilat,
keperluan pertandingan atau sekadar kemampuan menaiki tangga karier. %ara
pensyarah sama sekali tidak berminat pada mata kuliah yang dipegangnya, tidak ada
perhatian intelektual terhadap masalah pendidikan, tidak mempunyai kecenderungan
banyak membaca agar dapat memperolehi pengetahuan muktahir dalam bidangnya,
dan akhirnya tidak mempunyai harga diri. +pa yang terjadi di kampus-kampus juga
terjadi di birokrasi dan lembaga-lembaga lain yang serupa. Tidak terdapat kreati7iti
kerja yang terbit dari suasana yang sihat. Tenaga dihabiskan untuk mewujudkan
bentuk dan hakikat serta minat membangun tertimbun oleh semangat rasuah. =ang
suap yang diberikan oleh sebuah perusahaan telah mengurangkan kecekapan
pemerintahan kerana membuatkannya abai terhadap alternatif lainnya yang realistik
dan rasional. Keuntungan yang diperoleh oleh perubahan itu adalah kerugian bagi
pemerintah kerana harga barang-barang yang bersangkutan sering dinaikkan.5()6
"asuah juga jelas telah menyuburkan jenis kejahatan lain di dalam masyarakat.
elalui rasuah sindiket kejahatan atau penjahat perseorangan dapat membengkokkan
hukum, menyusupi organisasi negara, dan memperoleh penghormatan. Secara luas
dikenal di &ndia, bahawa para penyeludup yang terkenal menyusupi ke dalam tubuh
parti dan memegang jawatan. $i +merika Syarikat, misalnya melalui pemberian suap,
polis yang melakukan rasuah memberi pelindungan kepada organisasi-organisasi
penjahat. Sebagai akibat pengaruh metastiknya, rasuah menyebar dari satu bidang ke
bidang yang lain. 0al itu mungkin semula hanya berupa pemberian dengan tujuan yang
tersembunyi.5(26
%engaruh kolektif dan komulatif dari rasuah akan melemahkan semangat
birokrasi dan mereka yang menjadi korban. %engaruh pertama yang melemahkan itu
ialah pelayanan palsu. Kerja yang dilakukan oleh orang yang menyeleweng adalah
tidak tulus. $ia tidak menaruh minat pada kerja itu dan dengan demikian seorang
kepala polis yang terlibat didalam penyeludupan ubat bius dan rasuah yang
bermaharajalela tidak akan memperhatikan pekerjaannya di dalam pasukan polis, tidak
akan mencurahkan kemampuannya yang terbaik untuk pekerjaan itu, tidak akan
mencurahkan waktu sepenuhnya untuk memikirkan pekerjaanya. Kegiatan yang
tampak hanya dirancang sekadar untuk mengabsahkan kehadirannya pada
kedudukannya yang ditempatinya itu. $ia tidak mempunyai minat yang sesungguhnya
di dalam pekerjaannya. aka kerjanya hanyalah sesuatu yang semu sebagai ganti
sesuatu yang murni yang tidak dia lakukan.5>C6
"asuah juga turut membantu kepentingan musuh di dalam perang. "asuah di
Dietnam bukan sahaja sesuatu kejahatan malahan juga sebagai pengkhianatan.
%erlengkapan tentera dan ubat-ubatan jatuh ke tangan Dietcong 1musuh4 melalui pasar
gelap. Salah satu pasar gelap ialah di .ui /hon di mana dapat diperoleh segala
macam barang seperti makanan dan minuman, pakaian, senjata ringan, meriam,
peluru, berpeti-peti bom tangan, peti tele7isyen, dan mesin cuci. $apat pula orang
membeli trak-trak berat, kenderaan lapis baja, dan bahkan helikopter melalui pasar
gelap. Kenderaan-kenderaan ini lenyap begitu sahaja pada malam hari dan dinyatakan
telah dirampas oleh Dietcong sedangkan penyelewengan yang dilakukan oleh orang
dalam.
Selain itu rasuah juga akan meninggalkan kesan yang mendalam di dalam
ekonomi sesebuah negara. Kita telah sedia maklum bahawa beban ekonomi yang
timbul akibat dari gejala rasuah jatuh ke bahu masyarakat. Segala kos suapan atau
pemerasan telah dimasukkan kedalam kos pembiayaan atau modal perniagaan. 0al ini
telah menyebabkan harga-harga barang menjadi lebih mahal, di samping beban berupa
cukai dan pungutan lain yang sah. Kebebasan yang timbul sebagai akibat rasuah
mendorong para pengusaha dan indrustriawan yang serakah untuk menambah batas
keuntungan dengan melalaikan mutu dan menaikkan harga. &ni adalah akibat langsung
terhadap pengguna. Selain itu penderitaan masyarakat masih bertambah kerana
orang-orang yang melakukan rasuah yang kaya dan mengetahui cara-cara
menghindarkan diri daripada membayar cukai. %engelakkan seperti ini mengakibatkan
lebih tingginya pungutan cukai yang harus dibayar oleh warganegara yang jujur, untuk
menutup jumlah yang tidak dibayar oleh orang-orang yang melakukan rasuah itu tadi.
(1.0) PENUTUP
Setelah meneliti dari pelbagai pendapat para sarjana mengenai rasuah, punca-punya
dan kesan-kesannya dapat disimpulkan di sini bahawa rasuah adalah satu gejala yang
harus di banteras dengan segera . %rogram yang di atur oleh pemerintah untuk
menghapuskan atau melenyapkan gejala rasuah bergantung kepada keadaan dan
kemahuan kelompok pemimpin itu sendiri. %enyusunan program bergantung kepada
kesedaran mereka yang terlibat iaitu pengertian mereka terhadap sifat, punca-punca
dan kesan-kesan rasuah. 'egitu juga jika suatu pemerintahan menetapkan untuk
membanteras rasuah dan dan mempunyai kesempatan untuk itu, tidaklah sukar untuk
mengubah keadaan, secara bertahap tetapi mantap. Kesedaran yang kuat harus wujud
dari setiap sudut organisasi dan di setiap peringkat pemerintahan agar gejala rasuah ini
dapat di bendung. %erencanaan haruslah benar-benar dilakukan dan tidaklah cukup
jika hanya publisiti yang dilakukan. asyarakat dari setiap sudut negara haruslah
prihatin terhadap masalah ini agar ianya tidak terus berlaku dan berlaku sehingga
mereka yang terpaksa menanggung kesannya.
[1] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 125.
[2] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 127.
Mohd Yusuf ahi!. "2##7$. %uasa &emang'in Rasuah. Hlm (5.
[3] [3] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 12).
[4] Rasidah Abdul Rasyid. "199#$. Rasuah*Satu %a+ian Mengenai Sebab,Sebab e!la'unya
Rasuah.
e!t!and -e S&e.ille. "2#1#$. /.e!0oming 1o!!u&tion. Hlm 75.
[5] e!t!ad -e S&e.ille. "2##2$./.e!0oming 1o!!u&tion. Hlm 7(.
[6] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 175.
[7] Mohd. 3o!din Ahmad. "1995$. Masya!a'at Melayu. udaya Rasuah dan 4enyelesaiannya.
Hlm 1(.
[8] Rasidah Abdul Rasyid. "199#$. Rasuah * Satu %a+ian Mengenai Sebab,Sebab e!la'unya
Rasuah. Halaman (5.
[9] %ama!udin in A!im. "2##2$. 5esis %a+ian %es Rasuah -i Malaysia. Hlm 125.
[10] 3oo! Sulast!y Yu!ni Ahmad. "2#11$. a!ah Rasuah dan 5!ansfo!masi di Malaysia.
[11] 6smail A7ang. "1999$. 8e+ala Rasuah dalam udaya %e!+a. Hlm 2(.
[12] Hussain Mohamed. "2##($. Rasuah *Me7ah, e!gaya, 5eta&i 1ela'a 4adahnya. Hlm 9#.
[13] Hussain Mohamad. "2##($. 8e+ala Rasuah * Me7ah, e!gaya, teta&i 1ela'a 4adahnya. Hlm
9(.
[14] e!t!and -e S&e.ille. "2##2$. /.e!0oming 1o!!u&tion. Hlm 7).
[15] %ama!udin bin A!im. "2##2$. 5esis %a+ian %es Rasuah di Malaysia. Hlm (25.
[16] Abd. %halil Abdul Mana&."1972$ Satu 5ai&ologi Rasuah di Malaysia. Hlm (7.
[17] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 1)2.
[18] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 1)9.
[19] %ama!udin A!im. "2##2$. %a+ian %es 5entang Rasuah di Malaysia. Hlm 92.
[20] Syed Hussein Alatas. 1995. Rasuah. Sifat, Sebab dan Fungsi. Hlm 2#1.