Anda di halaman 1dari 43

Hudud

Hudud dari segi bahasa ialah larangan, ketentuan atau batasan. Dari segi istilah ditakrifkan
sebagai keseksaan yang telah ditetapkan oleh nas-nas Al-Quran dan AsSunnah yang wajib
dilaksanakan sebagai hak Allah S.W.T. Kadar hukumannya tidak boleh dipinda sama ada
dikurang atau ditambah.Maksudnya;
Itulah hukum-hukum yang telah ditentukan. Oleh itu janganlah kamu mencabulnya, dan
sesiapa yang mencabuli hukum-hukum Allah, maka mereka itulah orang-orang yang zalim
Setelah menganalisis lebih mendalam tentang pengertian hudud yang telah dirumuskan oleh para
ulama fiqh klasik, `Abd al-Qadir `Audah mengemukakan bahawa tindak jenayah hudud terdiri
atas:-
(i) Perzinaan
(ii) Qazaf
(iii) Meminum minuman keras
(iv) Pencurian
(v) Perompakan
(vi) Murtad
(vii) Pemberontakan
Menurutnya, sekalipun hukuman untuk tindak jenayah pembunuhan telah ditentukan Allah,
tetapi hukuman ini merupakan hak peribadi mangsa dan ahli warisnya (jika mangsa meninggal
dunia). Mangsa atau ahli warisnya berhak untuk memaafkan atau menggugurkan hukuman
tersebut. Sedangkan dalam tindak jenayah hudud tidak demikian keadaannya.






1

Perzinaan
Secara etimologi, zina diertikan sebagai:
hubungan persetubuhan yang dilakukan seorang lelaki ke kemaluan wanita yang bukan
milik (nya)dan tidak terdapat syubhah dalam hubungan tersebut
Berdasarkan pengertian bahasa ini, terdapat perbezaan pengertian terminologi zina yang
dikemukakan oleh para ulama fiqh.
Ulama Malikiyyah mendifinisikannya dengan hubungan persetubuhan yang dilakukan oleh
lelaki mukallaf pada kemaluan wanita yang dilakukan secara sengaja dan wanita itu sama sekali
bukan miliknya.
Ulama syafiyyah mendifinisikan zina dengan memasukkan zakar ke kemaluan wanita yang
diharamkan (syara) dan diiringi dengan berahi atau keinginan, tanpa ada unsur syubhah.
Ulama Hanabilah mendifinisikannya dengan suatu perbuatan keji yang dilakukan pada
kemaluan wanita atau dubur.
Atas dasar definisi zina yang dikemukan oleh ulama fiqh yang berbagai bagai, maka dapat
disimpulkan bahawa suatu perbuatan zina yang dikenakan hukuman hudud itu harus memenuhi
tiga rukun, iaitu:-
(i) Persetubuhan yang dilakukannya itu hukumnya haram
(ii) Persetubuhan itu dilakukan dengan sengaja dan sedar
(iii) Dilakukan oleh orang yang cukup syarat sebagai mukallaf
Dengan ini ketiga tiga perkara tersebut adalah kesalahan zina yang disepakati oleh kebanyakan
ulama fiqh.




2

Hukuman perzinaan
Sesuai dengan ketentuan nass adalah sebat, hukuman pengasingan dan hukuman rejam. Jika
pelaku zina itu adalah seorang yang belum pernah berkahwin (ghairu muhsam), maka
hukumannya adalah disebat seratus kali, dan diasingkan selama satu tahun ke daerah lain.
Landasannya hukumannya adalah firman Allah dalam surah al Nur, 24 : 2 berikut:
Ertinya:
Perempuan yang berzina dan lelaki yang berzina, hendaklah kamu sebat tiap-tiap
seorang dari keduanya seratus kali sebat; dan janganlah kamu dipengaruhi oleh
perasaan belas kasihan terhadap keduanya dalam menjalankan hukum agama Allah, jika
benar kamu beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan hendaklah disaksikan hukuman
seksa yang dikenakan kepada mereka itu oleh sekumpulan dari orang-orang yang
beriman.
Penetapan hukuman pengasingan selama satu tahun bagi pelaku zina yang belum pernah
berkahwin didasarkan atas sabda Rasulullah S.A.W yang berbunyi:
Dari Ubadah Ibn al Samit r.a berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; ambillah
dariku, ambillah dariku, sesungguhnya Allah telah memberi jalan keluar bagi mereka.
Orang yang belum kahwin dengan orang yang belum kahwin (jika berzina) didera
seratus kali dan dibuang selama setahun, janda dengan janda (duda) disebat seratus kali
dan direjam (H.R. Muslim)


3

Namun demikian dalam penerapan hukuman pengasingan selama satu tahun sebagaimana
terdapat dalam hadis di atas, disamping hukuman sebat seratus kali, terdapat perbezaan pendapat
ulama fiqh.
Jumhur ulama menyatakan bahawa di samping hukuman sebat seratus kali, pelaku zina yang
belum berkahwin dikenakan hukuman pengasingan selama satu tahun, sesuai dengan hadith
Ubadah di atas.
Hukuman ini menurut mereka telah diterapkan oleh Khulafa ar Rasyidin di zaman mereka,
tanpa ada yang membantahnya. Kemudian para ulama fiqh sepakat menyatakan bahawa
hukuman bagi orang yang sudah berkahwin jika melakukan penzinaan adalah rejam, iaitu
dilempar dengan batu sampai mati.
Penetapan rejam bagi mereka didasarkan atas tindakan Rasulullah S.A.W yang merejam Maiz,
tanpa menyebatnya seratus kali (H.R. Imam Ahmad Ibn Hanbal, al Bukhari, Muslim, Abu
Daud, al Turmuzi, al NasaI, dan Ibnu Majah)
Pembuktian atas tindakan jenayah perzinaan
Untuk membuktikan tindak jenayah perzinaan, para ulama fiqh mengemukakan tiga perkara
untuk membuktikannya, iaitu :-
1. Saksi
Para ulama fiqh sepakat menyatakan saksi tersebut mestilah berjumlah empat orang lelaki
muslim, merdeka, adil, serta mengemukakan pernyataan mereka secara tegas di hadapan
sidang pengadilan bahawa mereka dengan jelas melihat terjadi hubungan persetubuhan
antara lelaki dengan wanita yang dituduh, sebagaimana persetubuhan yang dilakukan
oleh suami isteri.
Dasar hukum pembuktian tindak jenayah zina ini adalah merujuk kepada firman Allah
S.W.T alam surah al Nisa, 4:15 berikut:

4


Ertinya:
Dan sesiapa yang melakukan perbuatan keji (zina) di antara perempuan-perempuan
kamu, maka carilah empat orang lelaki di antara kamu yang menjadi saksi terhadap
perbuatan mereka. Kemudian kalau keterangan-keterangan saksi itu mengesahkan
perbuatan tersebut, maka kurunglah mereka (perempuan yang berzina itu) dalam rumah
hingga mereka sampai ajal matinya, atau hingga Allah mengadakan untuk mereka jalan
keluar (dari hukuman itu).
Dalam ayat lain, Allah berfirman dalam surah al Nur, 24:4 yang berbunyi:
Ertinya:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik; -
Ayat diatas menegaskan bahawa suatu tuduhan harus dibuktikan dengan empat orang saksi.
Rasulullah S.A.W melalui sabdanya terhadap Hilal ibn Umayyah tatkala menuduh Syuraik ibn
Syamha melakukan perzinaan. Ketika itu Rasulullah S.A.W menyatakan:
Kemukakan empat orang saksi, dan jika tidak ( ada empat saksi ), maka engkau
dikenakan hukuman had ( H.R. al NasaI )


5

Syarat syarat saksi yang dapat diterima dalam pembuktian tindak jenayah perzinaan, menurut
ulama fiqh adalah :-
(i) Telah baligh
- Kerana kesaksian termasuk suatu tindakan hukum yang harus dilakukan oleh
orang orang yang telah memasuki ahliyyah al ada
(ii) Adil
- Adil yang dimaksudkan ialah orang orang yang istiqamah dalam agamanya,
menjauhi dosa dosa besar, dan mampu untuk menghidarkan diri dari
perbuatan dosa dosa kecil
(iii) Merdeka
- Budak tidak boleh dijadikan saksi dalam pembuktian perzinaan
(iv) Saksi langsung
- Orang yang langsung melihat perzinaan tersebut, bukan berdasarkan
keterangan dari pihak kedua
(v) Pernyataan keempat empat saksi itu sama, baik tentang kejadiannya, tempat dan
waktu terjadinya
(vi) Kesaksian itu dikemukakan dalam waktu yang bersamaan di hadapan hakim
(vii) Saksi saksi itu tidak bisu, kerana jika bisu, kesaksiannya diragukan, jika
terdapat keraguan dalam pembuktian, hukuman tidak dapat diterapkan
(viii) Kesaksian yang dikemukakan tidak terlewat batas tempoh, tidak ditunda tunda,
tanpa alasan yang diterima hakim
- Menurut Imam Hanafi, diserahkan sepenuhnya kepada kebijaksanaan hakim
- Menurut Imam Abu Yusuf dan Muhammad ibn Hassan al Syaibani,
selang waktu batas tempoh itu adalah lebih satu bulan
(ix) Para saksi tetap dalam keadaan ahliyyah al ada sampai hukuman dilaksana
bagi penjenayah
(x) Antara saksi dengan tertuduh tidak ada hubungan kekeluargaan dan tidak ada
permusuhan
(xi) Lelaki
(xii) Orang islam


6

2. Pengakuan
Pengakuan yang dimaksudkan adalah pengakuan yang dikemukakan dihadapan hakim.
Pengakuan tersebut harus memenuhi syarat syarat berikut:-
(i) Pengakuan itu dikemukakan orang yang telah baligh dan berakal
(ii) Pengakuan itu dikemukakan dihadapan hakim
(iii) Pengakuan itu dikemukakan secara lisan.
- Oleh itu, pengakuan orang bisu melalui isyarat atau tulisan, tidak dapat
diterima
- Imam Syafii mengatakan pengakuan melalui isyarat orang bisu boleh
diterima dalam pembuktian tindak jenayah perzinaan
(iv) Pengakuan dilakukan sebanyak empat kali Imam Hanafi dan Hanbali
Pengakuan dilakukan dihadapan hakim sekali sahaja Imam Syafii dan Maliki
(v) Pengakuan itu dikemukakan oleh orang yang mempunyai keupayaan melakukan
perzinaan. Jika yang megaku salah itu tidak mempunyai alat kelamin,
kesaksiannya tidak sah
3. Qarinah ( petunjuk )
Abd al Qadir Audah mengemukakan tindak jenayah perzinaan juga dapat dibuktikan
melalui qarinah, iaitu melalui kehamilan seorang wanita yang belum bersuami. Landasan
hukum ini berdasarkan perbuatan para sahabat Rasulullah S.A.W.
Umar ibn al Khattab melaksanakan hukuman zina bagi seseorang yang melakukan
perzinaan yang dibuktikan melalui empat orang saksi, atau pengakuan, atau wanita yang
belum bersuami hamil.
Uthman melaksanakan hukuman zina bagi wanita yang melahirkan anaknya kurang dari
enam bulan
Ali ibn Abi Talib juga mengatakan bahawa kehamilan seorang wanita yang belum
menikah merupakan perzinaan terselubung.
Namun, para ulama fiqh tidak sepakat menjadikan ia sebagai qarinah.
Imam Abu Hanifah, al SyafiI dan Ahmad ibn Hanbal menyatakan kehamilan
seorang wanita yang belum bersuami tidak dapat dijadikan alat bukti bahawa wanita itu
telah berzina. Mereka hanya menerima empat orang saksi dan pengakuan dari pelaku
sebagai alat bukti dalam tindak jenayah perzinaan.
7

Imam Malik pula berpendapat bahawa kehamilan seorang wanita yang tidak bersuami
dapat dijadikan bukti bahawa wanita itu telah melakukan perzinaan, dan harus dikenakan
hukuman zina.
Jika wanita itu menyatakan bahawa ia dipaksa melakukan zina atau persetubuhan yang
terjadi adalah persetubuhan yang syubhah, maka pernyataannya harus ia buktikan. Jika ia
tidak mampu membuktikan, maka ia tetap dikenakan hukuman perzinaan.












8

Qazaf
Secara etimologi, qazaf bererti melempar dengan batu, tuduhan, menyakiti dengan kata kata,
atau menuduh berzina. Sedangkan terminologinya adalah, menuduh wanita yang baik melakukan
zina atau menafikan nasab (keturunan) anak seseorang. Jika tuduhan yang dilontarkan bukan
tuduhan melakukan zina atau menafikan nasab seseorang anak, maka tidak dinamakan qazaf
yang boleh dikenakan hukuman hudud. Misalnya :-
(i) Menuduh orang lain mecuri harta seseorang
(ii) Menafikan nasab seorang anak
Hukuman hudud tidak dapat dikenakan melainkan dengan hukuman tazir kepada orang yang
dituduh mencuri harta seseorang. Menafikan nasab seorang anak pada hakikatnya adalah juga
menuduh ibunya melakukan zina dengan lelaki lain. Oleh sebab itulah perbuatan ini dimasukkan
ke dalam tindak jenayah qazaf. Tindak jenayah qazaf yang dikenakan hukuman hudud harus
memenuhi beberapa rukun. Iaitu:-
(i) Tuduhan yang dilontarkan adalah tuduhan melakukan zina atau menafikan nasab
seseorang
(ii) Yang dituduh itu adalah wanita yang baik
(iii) Tuduhan itu dilakukan secara sedar dan sengaja
Hukuman bagi pelaku qazaf
Hukuman terhadap tindak jenayah ini ada dua, iaitu disebat lapan puluh kali dan digugurkan
haknya sebagai saksi. Hukuman gugurnya hak kesaksian penjenayah, menurut Abd al Qadir
Audah, merupakan hukuman pelengkap. Adapun landasan hukuman sebat lapan puluh kali dan
gugurnya hak kesaksian al qazif adalah firman allah dalam surah al nur, 24:4 berikut:
9

Ertinya:
Dan orang-orang yang melemparkan tuduhan (zina) kepada perempuan yang terpelihara
kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan empat orang saksi, maka sebatlah
mereka delapan puluh kali sebat; dan janganlah kamu menerima persaksian mereka itu
selama-lamanya; kerana mereka adalah orang-orang yang fasik
Tidak dijumpai perbezaan pendapat ulama fiqh tentang hukuman sebat dan gugurnya kesaksian
al qazif ini. Namun demikian, seseuai dengan kehendak ayat 5 surah al nur, hak kesaksian
al qazif akan pulih kembali apabila mereka bertaubat dan memperbaiki diri mereka kembali.
Ayat tersebut selengkapnya berbunyi:
Ertinya:
Kecuali orang-orang yang bertaubat sesudah itu (dari kesalahannya yang tersebut) serta
memperbaiki amalannya, maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha
Mengasihani.
Pembuktian atas tindakan jenayah qazaf
Tiga perkara utama untuk pembuktian tindak jenayah qazaf:-
1. Saksi
Menurut kesepakatan ahli fiqh, jumlah saksi yang harus dikemukakan adalah dua orang
saksi lelaki dan kesaksian inii dikemukakan secara serentak dihadapan hakim. Syarat
seorang saksi itu sama dengan syarat saksi jenayah perzinaan iaitu:-
- Baligh
- Berakal
- Orang islam
- Lelaki
- Mampu bicara
10

- Adil
- Tiada hubungan kekerabatan dengan tertuduh
- Tidak ada permusuhan anatara saksi dengan tertuduh
2. Pengakuan
Pengakuan dilakukan dihadapan hakim bahawa tertuduh mengakui bahawa ia telah
mengqazaf seseorang. Pengakuan tidak perlu diulang ulang
3. Sumpah
Menurut Imam al Syafii, orang yang mengqazaf tidak memiliki bukti lain atas
tuduhannya, maka ia harus bersumpah untuk menyatakan bahawa tuduhan itu benar. Jika
tidak mahu bersumpah, maka bererti tuduhan itu tidak benar.










11

Meminum minuman keras (khamar)
Khamar (khamr), diambil dari kata khamara yakhmuru atau yakhmiru khamar, yang secara
etimologi bererti tertutup, terhalang, atau tersembunyi. Sedangkan pengertian secara
terminologinya, terdapat perbezaan pendapat ulama fiqh dalam mendefinisikan minuman keras.
Jumhur ulama fiqh menyatakan bahawa minuman keras adalah setiap minuman yang didalamnya
terdapat zat yang memabukkan, baik minuman itu dinamakan khamar atau bukan, terbuat
daripada anggur atau bukan. Apabila minuman seperti ini diminum oleh seorang orang islam,
maka hukuman hudud boleh dikenakan keatasnya.
Ulama Hanafiyyah mengemukakan pendapat bahawa minuman keras yang dikenakan hukuman
hudud adalah khamar yang dihasilkan daripada perahan anggur. Khamar, menurut mereka,
adalah cairan yang dihasilkan daripada:
(i) Perahan anggur yang diendapkan hingga membuih dan menjadi zat yang
memabukkan
(ii) Perahan anggur yang dimasak hingga menggelegak sampai dua pertiga zat asli
yang anggur tersebut hilang, dan akhirnya menjadi zat yang memabukkan
(iii) Perahan kurma dan anggur kering yang diendapkan hingga membuih dan menjadi
zat yang memabukkan.
Minuman keras pada zaman ini bukan hanya dihasilkan daripada anggur atau kurma, bahkan
dibuat dari segala jenis buah buahan dan tumbuh tumbuhan. Oleh sebab itu, kriteria yang
paling tepat dalam merumuskan khamar itu adalah setiap cairan yang mengandungi zat yang
memabukkan. Hal ini sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan.
Dari Ibn Umat R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: segala sesuatu yang
memabukkan adalah khamar, dan segala sesuatu yang emabukkan adalah haram. Dan
dalam riwayat lain disebutkan bahawa setiap khamar itu adalah haram. Rasululah S.A.W
bersabda lagi: Dari Jabir R.A bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: Apa sahaja
(minuman) yang banyaknya (apabila diminum) memabukkan, maka yang sedikit pun
(hukumnya) haram (H.R. para ahli Sunan)
12

Atas dasar definisi atas, jumhur ulama menyatakan bahawa meminum minuman keras yang
dikenakan hukuman hudud tersebut harus memenuhi dua rukun, iaitu:-
(i) Yang diminum itu adalah minuman keras, tanpa membezakan materi atau benda
asal pembuat minuman tersebut
(ii) Perbuatan itu dilakukan secara sedar dan sengaja
Hukuman terhadap orang yang meminum minuman keras
Para ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa jenis hukuman yang diterapkan kepada para
peminum minuman keras adalah sebat. Para peminum minuman keras dikenakan hukuman
sebat sebanyak lapan puluh kali. Pendapat ini didasarkan atas pernyataan Ali ibn Abi Talib
yang menyatakan:
Dari Amir al Mukminin Ali R.A. terhadap minuman keras berkata dia: bahawasanya
jika ia minum (minuman keras), maka ia mabuk. Jika ia mabuk, ia akan mengigau. Jika
ia mengigau, ia akan mengada ada (menuduh orang berbuat zina dan menfitnah),
hukuman bagi orang yang menuduh seseorang berbuat zina adalah lapan puluh kali
sebat (H.R. al Dar Quthni, al Nasai dan al Hakim).
Dengan demikian, ulama fiqh menyamakan hukuman meminum keras dengan hukuman bagi
orang yang menuduh seseorang berzina iaitu 80 kali sebatan.
Pembuktian atas tindak jenayah meminum minuman keras
Seperti jenayah jenayah yang lain, setiap pembuktian harus ada alat pembuktiannya. Untuk
pembuktian atas tindak jenayah meminum minuman keras ini, mempunyai dua alat bukti iaitu:-
1. Saksi
Jumlah saksi untuk pembuktian tindak jenayah meminum minuman keras ini adalah dua
orang saksi lelaki. Syarat saksi tersebut ialah:-
- Lelaki yang telah baligh
- Berakal
- Muslim
- Adil
13

- Tiada permusuhan antara saksi dan tertuduh
Imam Abu Hanifa dan Abu Yusuf mengemukakan syarat lain untuk kesaksian ini, iaitu
bahawa para nabi dan saksi benar benar mencium bau minuman keras dari nafas
tertuduh ketika persaksian mereka dikemukakan.
2. Pengakuan
Kesepakatan para ulama fiqh pengakuan cukuplah dengan satu kali sahaja dihadapan
hakim.
Menurut Abu Yusuf dan Zufar ibn Huzail pengakuan harus dikemukakan dua kali pada
tempat yang berbeza.
Imam Abu Hanifah dan Imam Abu Yusuf pula mengemukakan bahawa pengakuan itu
belum habis batas tempoh waktu.
Di samping saksi dan pengakuan, Imam Malik menyatakan bahawa terdapatnya bau
minuman keras dari nafas seseorang yang dicium oleh dua orang saksi, juga dapat
dijadikan alat bukti bahawa yang bersangkutan telah meminum minuman keras,
sekalipun tidak ada saksi yang melihat langsung ketika ia meminum minuman keras
tersebut.
Imam Hanafi, Syafii dan Hanbali menyatakan bau minuman keras yang keluar dari
mulut seseorang atau muntah yang berbau minuman keras tidak dapat dijadikan alat bukti
bahawa ia telah meminum minuman keras, kerana jika mulutnya atau muntahnya berbau
minuman keras, kemungkinan ia berkumur kumur sahaja dengan minuman keras, atau
ia dipaksa meminum minuman keras tersebut. Kemungkinan ini menurut mereka akan
menjadikan pembuktian jenayah mengandungi syubhah, sedangkan setiap hudud yang
mengandungi subhah harus ditolak.



14

Pencurian
Pencurian bereti seseorang yang mengambil hak milik orang lain secara sembunyi sembunyi.
Ulama pula fiqh mendifinisikan pencurian dengan terperinci iaitu: mengambil harta orang lain
dalam ukuran tertentu yang tersembunyi (dengan aman) dengan cara diam diam oleh seorang
mukallaf dari tempat tertentu tanpa ada syubhah.
Atas dasar definisi ini, jika pengambilan harta itu dilakukan secara terang terangan, maka tidak
dinamakan mencuri, melainkan disebut dengan penyeluk saku. Mengenai pernyataan ini,
Rasulullah S.A.W menyatakan:
Dari al Mughirah bin Muslim dari Abu az Zubair dari Jabir R.A. berkata dia:
Rasulullah S.A.W bersabda: Terhadap pengkhianatan (amanah) dan penyeluk saku tidak
dikenakan hukuman potong tangan (H.R al Turmuzi, al Nasai, dan Abu Daud)
Berdasarkan penrnyataan dan hadis diatas, pencurian yang dikenakan hukuman potong tangan
harus memenuhi beberapa rukun, iaitu:
(i) Pengambilan harta orang lain itu dilakukan secara diam diam
(ii) Yang diambil itu bernilai harta, menurut syara
* menculik budak kecil yang belum mumayyiz juga akan dikenakan tindak
jenayah hudud dengan memotong tangan.
(iii) Harta yang diambil itu milik orang lain
(iv) Tindakan itu dilakukan secara sedar dan sengaja
Oleh itu, jika pengambilan harta itu
(i) secara terang terangan
(ii) pencurian itu dilakukan dalam keadaan tidak sedar ( dalam keadaan mabuk)
(iii) pencurian itu atas paksaan orang lain
(iv) harta yang diambil itu mengandungi syubhah al-milk
(v) yang diambil itu tidak bernilai dalam pandangan syara, contohnya yang dicuri itu
adalah minuman keras,
Maka tindakan seperti ini tidak dapat dikategorikan sebagai tindak jenayah yang boleh dikenakan
hukuman potong tangan
15

Hukuman bagi pencuri
Oleh hal demikian, baik lelaki mahupun perempuan adalah hukuman potong tangan, hal ini
ditentukan Allah dalam surah al Maidah, 5:38 yang berbunyi:
Ertinya:
Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka (hukumnya)
potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang mereka telah
usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. Dan (ingatlah) Allah
Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.
1. Jumlah harta yang dicuri
Tentang jumlah harta yang dicuri yang dikenakan hukuman potong tangan terdapat
beberapa sabda Rasulullah S.A.W. Antaranya adalah hadis berikut:
Dari Abdullah ibn Umar berkata dia: Rasulullah S.A.W telah mengadakan bahawa
hukuman potong tangan dikenakan pada pencurian seperempat dinar atau lebih
(H.R. al Bukhari, Muslim, al Turmuzi, dan al Nasai).
Riwayat lain dari Aisyah, berkata dia:
Dari Aisyah dari Rasulullah S.A.W bersabda: tangan pencuri tidak boleh dipotong
kecuali kalau yang dicurinya itu sampai senilai seperempat dinar atau lebih. (H.R.
Muttafaq Alaih)
Berdasarkan hadith di atas, jumhur ulama menyatakan bahawa jika seseorang mencuri
harta orang lain yang jumlahnya mencapai seperempat dinar atau lebih, maka ia
dikenakan hukuman potong tangan.
16

Imam Malik berpendapat bahawa nisab pencurian itu senilai tiga darham dalam ukuran
perak dan seperempat dinar dalam ukuran emas. Sekiranya terdapat perbezaan nilai
antara keduanya maka yang diambil ialah nilai perak. Jika barang barang yang dicuri
adalah barang barang perniagaan maka ia akan dinilai menurut kadar mata wang yang
berlaku dalam negeri berkenaan.
Imam Syafii pula menyatakan bahawa nisab pencurian itu adalah tiga dirham menurut
ukuran perak dan seperempat dinar menurut ukuran emas. Pendapat Imam Syafii ini
sama dengan pendapat Imam Malik di atas, tetapi terdapat perbezaan antara mereka iaitu
pada penentuan nilai antara emas dengan perak.
2. Persoalan adakah wajib mengembalikan para barang yang dicuri dan masih berada
di tangan pencuri atau barang itu telah habis digunakan?
Ulama fiqh besepakat menyatakan bahawa apabila hukuman potong tangan telah
dilaksanakan, tetapi barang yang dicuri itu masih baik di tangan pencuri, maka pencuri
itu hanya dikenakan hukuman potong tangan, dan pencuri itu tidak dituntut untuk
membayar ganti rugi.
Bagaimana pula sekiranya barang yang dicuri itu telah habis?
Dalam hal ini, terdapat pendapat yang berbeza dari ulama ulama fiqh.
Imam Hanafiyah berpendapat bahawa jika barang yang dicuri itu telah habis digunakan,
maka pencuri itu hanya dikenakan hukuman potong tangan, dan pencuri tidak dituntut
untuk membayar ganti rugi. Beliau juga menyatakan jika persoalan ini belum
dikemukakan kepada hakim, dan adanya kesediaan pencuri untuk membayar ganti rugi
barang yang dicuri, maka persoalan tersebut tidak perlu lagi diajukan kepada hakim dan
hukuman potong tangan tidak dilaksanakan lagi.
Alasannya meraka adalah bahawa Allah tidak mencantumkan dalam surahnya, surah al
Maidah, 3:38 di atas ketentuan tentang keharusan membayar ganti rugi atas barang yang
dicuri kerana jelas dinyatakan dalam ayat tersebut bahawa balasan terhadap pencuri
hanyalah hukuman potong tangan. Jika hukuman ganti rugi diterapkan juga, maka hal itu
bererti menambah hukuman yang ada didalam ayat.
17

Imam Syafiiyyah dan Imam Hanabilah berpendapat jika barang yang dicuri masih
dalam keadaan baik, maka dikembalikan kepada pemiliknya. Jika barang yang dicuri
habis digunakan, maka wajib diganti dengan barang yang serupa jika ada di pasaran atau
diganti dengan nilainya jika barang sejenis tidak dijumpai.
Kewajipan mengganti mengganti barang yang dicuri ini, menurut mereka, tidak
dibezakan antara pencuri yang mampu menggantikan barang yang dicuri dengan pencuri
yang tidak mampu menggantikannya. Penggabungan hukuman ini mereka kemukakan
dilandasi pemikiran bahawa hukuman potong tangan diwajibkan dalam cara memenuhi
hak Allah, sedangkan hukuman pengembalian atau penggantian barang yang dicuri
adalah memenuhi hak seseorang (haqq al adami)
Imam Malikiyyah pula berpendapat jika yang mencuri itu adalah orang yang mampu
(mempunyai harta), di samping dikenakan hukuman potong tangan, ia juga berkewajipan
membayar ganti rugi barang yang dicuri, jika barang itu sudah digunakan. Sekiranya
pencuri itu tidak mampu, maka baginya hanya dikenakan hukuman potong tangan.
Pembuktian atas tindak jenayah pencuri
Para ulama fiqh mengemukakan tiga perkara bukti untuk membuktikan tindak jenayah
pencurian. Tiga perkara tersebut merupakan:-
1. Saksi
Menurut kesepakatan ulama fiqh, jumlah saksi yang diperlukan untuk membuktikan
terjadinya pencurian ialah dua orang.
Syarat syarat saksi adalah sama dengan jenayah perzinaan, iaitu:-
- Baligh
- Berakal
- Adil
- Melihat dengan jelas pencurian tersebut
- Pemilik harta mengajukan pengaduan kepada hakim
- Belum habis batas tempoh
Imam Malik, Syafii, dan Hanbali tidak menggunakan konsep batas tempoh waktu
dalam pembuktian tindak jenayah hudud.
18

Akan tetapi, Imam Hanafi menambahkan syarat lain terhadap saksi iaitu bahawa
kesaksian itu belum habis batas tempoh waktu.
2. Pengakuan
Dalam perkara ini, para ulama fiqh berbeza pendapat tentang jumlah pengakuan yang
harus dikemukakan dihadapan hakim.
Imam Abu Hanifah, malik, Syafii dan Ulama Zahiriyah menyatakan bahawa
pengakuan tertuduh dihadapan hakim bahawa tertuduh mencuri, cukup hanya membuat
pengakuan satu kali sahaja, tidak perlu diulang ulang.
Imam Ahmad ibn Hanbal dan Abu Yusuf menyatakan bahawa pengakuan itu harus
dikemukakan sebanyak dua kali dihadapan hakim

Imam Hanafi, Syafii dan Hanbali menyatakan bahawa pengakuan ini harus didahului
dengan pengaduan kepada hakim oleh pemilik harta.
Hal ini bererti, jika seseorang telah mengaku dihadapan hakim bahawa ia telah mencuri
harta seseorang, tetapi pihak yang kecurian tidak mengadukannya kepada hakim, maka
menurut mereka, hukuman tidak dapat ditetapkan dan dilaksanakan.







19

Merompak ( Hirabah )
Secara etimologinya, hirabah berasal dari kata haraba, harban yang bereti marah sekali,
merampas dan perang. Para ulama fiqh juga menamakan al hirabah dengan al sariqah
al kubra ( pencurian besar ) atau qathu al thariq ( pemutus jalan ).
Para ulama fiqh mendifinisi al hirabah dengan tindakan yang dilakukan seseorang atau
sekumpulan orang untuk merampas harta milik orang lain secara terang terangan dengan cara
kekerasan, baik dengan cara pembunuhan atau menakut nakutkan pemilik harta dan dilakukan
pada satu tmpat yang mangsanya tidak boleh meminta pertolongan daripada orang lain.
Imam Hanafiyah mensyaratkan bahawa tindakan itu dilakukan di dalam Negara islam dan di
luar perkampungan penduduk.
Imam Maliikiyyah pula menyatakan bahawa tindak jenayah hirabah tidak harus dilakukan di
luar perkampungan penduduk, bahkan dalam penduduk pon boleh terjadi.
Hukuman terhadap perompak
Hukuman bagi pelaku tindak jenayah perompakan ditetapkan oleh Allah S.W.T melalui firman
Nya dalam surah al Maidah, 5:33-34 berikut:




20

Ertinya:
Hanyasanya balasan orang-orang yang memerangi Allah dan RasulNya serta melakukan
bencana kerosakan di muka bumi ialah dengan dibalas bunuh (kalau mereka membunuh
sahaja dengan tidak merampas), atau dipalang (kalau mereka membunuh dan
merampas), atau dipotong tangan dan kaki mereka bersilang (kalau mereka merampas
sahaja), atau dibuang negeri (kalau mereka hanya mengganggu ketenteraman umum).
Hukuman yang demikian itu adalah suatu kehinaan di dunia bagi mereka, dan di akhirat
kelak mereka beroleh azab seksa yang amat besar.
Kecuali orang-orang yang bertaubat sebelum kamu dapat menangkapnya, (mereka
terlepas dari hukuman itu). Maka ketahuilah, bahawasanya Allah Maha Pengampun,
lagi Maha Mengasihani.
Imam Hanafiyyah, Syafiiyyah dan Hanabilah menetapkan bahawa hukuman bagi pelaku
perompakan sesuai dengan urutan hukuman yang disebutkan dalam ayat iaitu bunuh kerana
balasan diberikan sesuai dengan tindak jenayah yang yang dilakukan.
Akan tetapi, di kalangan ulama fiqh ini pun terdapat perbezaan pendapat dalam menentukan
pendapat dalam menentukan utrutan hukuman yang akan diterapkan kepada perompakan.
Imam Hanafiyyah mengatakan bahawa:-
(i) Jika perompak itu hanya mengambil harta mangsa, maka hukumannya adalah
dipotong tangan dan kaki penjenayah secara berimbal balik ( tangan kanan dan kiri )
(ii) Jika perompak melakukan pembunuhan sahaja, maka hukumannya juga dibunuh
(iii) Jika perompak mengambil harta dan membunuh mangsa, maka untuk menetapkan
hukumannya diserahkan kepada kebijaksanaan pemerintah. Untuk itu:-
- Pemerintah menetapkan hukuman potong tangan dan kaki secara berimbal
balik, kemudian membunuh atau menyalibnya
atau
21

- Pemerintah juga boleh memilih hukuman bunuh atau salib sahaja tanpa
memotong tangan dan kakinya
(iv) Jika perompak itu hanya menggugat keharmonian dan kestabilan masyarakat sahaja,
tanpa mengambil harta dan membunuh, maka hukumannya adalah dipenjarakan dan
diberi peringatan serta pengajaran.
Iman Syafiiyyah dan Imam Hanabilah menetapkan bahawa:-
(i) Jika perompak itu hanya mengambil harta, maka dipotong tangan dan kakinya dengan
bertimbal balik
(ii) Jika perompak itu membunuh tetapi tidak mengambil harta, maka dikenakan
hukuman bunuh pula
(iii) Jika perompak itu membunuh dan mengambil harta, maka dikenakan hukuman bunuh
dan disalib
(iv) Jika perompak itu hanya menakut nakuti, atau mengacau, dan menganggu
kestabilan masyarakat, maka hukumannya adalah pengasingan dari negeri tempat
tinggal mereka ke negeri lain.
Imam Malik berpendapat bahawa:-
(i) Pelaku jenayah rompakan diserahkan sepenuhnya kepada pemerintah untuk
menerapkan jenis jenis hukuman yang telah ditentukan surah al Maidah, 5:33-34
di atas, dan disesuaikan dengan kemaslahatan yang menghendaki ketika itu.
(ii) Jika perompak itu hanya menganggu dan mengacau kestabilan masyarakat,
pemerintah boleh memilih antara hukuman bunuh, hukuman salib, memotong tangan
dan kakinya dengan bertimbal balik, atau mengenakan hukuman pengasingan.
(iii) Jika perompak itu memiliki strategi, tujuan dan kekuatan, maka hukuman yang
setimpal dikenakan adalah dibunuh atau menyalibnya, kerana hukuman potong
tangan dan kaki dengan bertimbal balik bagi orang seperti ini tidak akan
menghilangkan kemudaratan yang telah dilakukan.
(iv) Jika perompak itu tidak miliki tujuan atau sasaran, tetapi memiliki kekuatan, maka
hukumannya cukup dipotong tangan dan kakinya dengan bertimbal balik.
22

(v) Jika perompak tidak miliki strategi, sasaran dan kekuatan, maka hukuman yang akan
diterapkan adalah hukuman yang paling ringan iaitu disebat dan diasingkan dari
tempat tinggalnya.
(vi) Jika perompak itu mengambil harta dan tidak melakukan pembunuhan, maka
pemerintah boleh memilih hukuman bunuh, salib, potong tangan dan kaki, atau
hukuman pengasingan, dengan syarat bahawa hukuman yang dipilih itu adalah
hukuman yang paling besar kemaslahatannya bagi masyarakat.
Hukuman terhadap perompakan
Ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa alat bukti untuk pembuktian tindak jenayah
perompakan ada dua, iaitu saksi dan pengakuan, setelah adanya pengaduan dari pihak yang
dirugikan.
1. Saksi
Memenuhi syarat syarat saksi pada tindak jenayah pencurian
2. Pengakuan
Pengakuan dikemukakan sekali sahaja di hadapan hakim
Menurut Imam Ahmad ibn Hanbal dan Imam Abu Yusuf pengakuan tersebut mesti
dikemukakan sebanyak dua kali.







23

Pemberontakan ( al Baghyu )
Secara etimologinya, al baghyu berasal dari kata bagha yang bererti menuntut sesuatu,
sebagaimana tersebut dalam firman Allah S.W.T surah al Kahfi, 18:64 yang berbunyi:
Ertinya:
Nabi Musa berkata: "Itulah yang kita kehendaki "; merekapun balik semula ke situ,
dengan menurut jejak mereka.
Selain itu, kata al Bahgyu menurut urf adalah meminta sesuatu yang tidak halal atau
melanggar hak. Hal ini sesuai dengan firman Allah S.W.T surah al Araf, 7:33
Ertinya:
Katakanlah: "Sesungguhnya Tuhanku hanya mengharamkan perbuatan-perbuatan yang
keji, sama ada yang nyata atau yang tersembunyi; dan perbuatan dosa; dan perbuatan
menceroboh dengan tidak ada alasan yang benar; dan (diharamkanNya) kamu
mempersekutukan sesuatu dengan Allah sedang Allah tidak menurunkan sebarang bukti
(yang membenarkannya); dan (diharamkanNya) kamu memperkatakan terhadap Allah
sesuatu yang kamu tidak mengetahuinya.
Pengertian secara terminologi terdapat perbezaan pendapat para ulama fiqh dalam
mendifinisikan tindak jenayah al Baghyu.
24

Imam Malik mendifinisakannya dengan tindakan sekumpulan orang yang tidak mahu taat
kepada pemimpin suatu Negara dalam hal hal yang tidak berhubungan dengan maksiat dengan
cara berdemonstrasi, sekalipun dengan alas an sendiri.
Imam Hanafi mendifinisikannya dengan keluar dari mentaati pemimpin yang sah tanpa suatu
alasan yang benar.
Imam Syafii pula mendifinisikannya dengan orang orang islam yang tidak patuh dan tunduk
kepada pemimpin tertinggi Negara dan melakukan suatu gerakan massa yang didukung oleh
suatu kekuatan dengan alasan alasan mereka sendiri.
Imam Hanbali mendifinisikannya dengan meyatakan ketidak patuhan terhadap pemimpin
Negara, sekalipun pemimpin itu tidak adil, dengan menggunakan suatu kekuatan dan alasan
alasan sendiri.
Perbezaan definisi yang dikemukakan ulama ulama fiqh dari berbagai mazhab di atas lebih
menekankan kepada pensyaratan yang harus dipenuhi suatu tindakan yang disebut dengan
pemberontak, bukan kepada unsur unsur yang harus dipenuhi tindak jenayah pemberontak
tersebut.
Unsur unsur yang harus dipenuhi suatu tindak jenayah pemberontakan yang termasuk hudud
tersebut adalah:-
(i) Menunjukkan sikap tidak patuh kepada pemimpin tertinggi Negara
(ii) Sikap ini ditunjukkan secara berdemonstrasi melalui suatu gerakan massa
(iii) Dilakukan secara sedar dan sengaja
Jika ketiga tiga atau salah satu unsur daripada ketiga unsur utama ini tidak ada, maka perbuatan
itu tidak dinamakan dengan al Baghyu.



25

Hukuman bagi pemberontak
Dasar yang menjadi penetapan hukuman bagi pelaku pemberontakn adalah firman Allah dalam
surah al Hujurat, 49:9 berikut:
Ertinya:
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah
di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh
maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta
berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berlaku adil.

Kemudian dalam sebuah hadis yang diwirayatkan oleh Imam Muslim dikatakan:
Dari Urfajah ibn Syuraih berkata dia: Aku mendengar Rasulullah S.A.W bersabda;
barangsiapa yang mendatangi kamu sedang urusan kamu berada pada tangan seseorang
( pemimpin ) untuk mengoyak kekuatan kamu atau memecah belahkan kesatuan kamu,
maka kamu bunuhlah ia (H.R. Imam Muslim dari Urfajah).
Berdasarkan ayat dan hadis di atas yang berbicara tentang hukuman terhadap para pemberontak
di atas, para ulama fiqh menyatakan bahawa untuk menetapkan hukuman terhadap pemberontak
terlebih dahulu karakter dari pemberontakan tersebut, asal serta kekuatan yang mereka memiliki.
Pemimpin yang sah, pertama sekali harus mengajak mereka untuk kembali bersatu di bawah
pemerintahan yang sah atau memenjarakan mereka, jika mereka dapat ditangkap.
26

Apabila pemberontak tersebut tidak melakukan perlawanan dengan kekuatan senjata, maka
pemerintah tidak boleh menyerang mereka dengan senjata.
Akan tetapi, jika pemberontak melakukan penyerangan terhadap pemerintahan yang sah dengan
kekuatan senjata, maka dibolehkan pihak pemerintah dengan segala kekuatannya menyerang dan
membunuh mereka.
Para ulama empat mazhab bersepakat menyatakan bahawa penyerangan terhadap para
pemberontak itu harus didahului dengan mengetahui alasan mereka untuk memberontak.
Pemerintah harus terlebih dahulu mengajak mereka kepada ketaatan. Dalam firman Allah S.W.T
surah al Hujurat, 49:9 berikut:
Ertinya:
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah
di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah
puak yang zalim itu sehingga ia kembali mematuhi perintah Allah; jika ia kembali patuh
maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta
berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-
orang yang berlaku adil.
Dari ayat diatas, dapat difahami bahawa Allah S.W.T memerintahkan untuk pertama kali
mengajak berdamai kemudian baru memerangi mereka. Oleh itu, tidak boleh mendahulukan
perang dari berdamai. Cara berdamai adalah dengan menghapuskan kezaliman dan
mengembalikan hak hak orang yang dizalimi oleh pemerintah.
Walaupun jumhur ulama mengatakan bahawa para pemberontak yang melakukan
pemberontakan bersenjata boleh diperangi dan dibunuh oleh pihak pemerintah, jumhur ulama
mengatakan; harta benda yang mereka tinggalkan tidak boleh dirampas, bahkan sebaliknya
pemerintah berkewajipan memelihara harta tersebut dan mengembalikannya sekiranya mereka
27

sudah sedar atas kesalahan yang mereka lakukan jika mereka masih hidup dan menyerahkan
kepada ahli waris jika mereka terbunuh.
Perbezaan hukuman atas pemberontak mengikut jenayah dilakukan
(i) Jika pemberontak yang tidak memiliki kekuatan persenjataan dan tidak menguasai
daerah tertentu sebagai markas mereka. Pemerintah yang sah:-
- Boleh menangkap dan memenjarakan mereka hingga mereka sedar dan
bertaubat
(ii) Jika pemberontak melakukan pembunuhan, pencurian. Maka, akan dikenakan
hukuman pidana pada setiap jenis hukuman pidana yang mereka lakukan. Apabila:-
- Mereka membunuh, wajib keatas mereka qisas
- Mereka mencuri, wajib keatas mereka hukuman potong tangan
(iii) Jika pemberontak atau yang berkaitan langsung dengan pemberontakan seperti
merosak jambatan, membunuh, menawan pemimpin, merosak harta benda orang
ramai dan sebagainya, maka:-
- Hukuman pemberontakan yang diserahkan kepada uli al Amr, iaitu boleh
diberi hukuman mati
Sekiranya tindak jenayah yang dilakukan dengan tujuan politik, menurut ulama fiqh, sekalipun
tindak jenayah yang dilakukan bermacam macam, maka hukumannya hanya satu, iaitu
diperangi.
Pembuktian atas tindak jenayah pemberontakan
Oleh kerana tindak jenayah ini tidak memerlukan pengaduan dari mana mana pihak, para
ulama fiqh tidak membahaskan secara terperinci tentang alat bukti yang dapat dibuktikan untuk
membuktikan tindak jenayah pemberontakan ini.
Tindak jenayah ini berkaitan dengan:-
- sekumpulan orang orang yang tidak puas hati atas kebijaksanaan pemerintah
yang berhadapan langsung dengan pemerintah
- melakukan gerakan yang nyata dengan menggunakan kekuatan
28

Oleh itu, tidak diperlukan pembuktian sebagaimana yang terdapat dalam tindak jenayah hudud
lainnya. Hal ini kerana sebahagian ulama fiqh, antaranya Imam Syafii berpendapat bahawa
seluruh tindakan yang berkaitan dengan kerugian terhadap nyawa dan harta diperhitungkan
sebagai tindak jenayah sendiri.
Misalnya, jika pemberontak itu melakukan pencurian, maka diperlukan alat bukti sesuai dengan
alat bukti yang dikemukakan dalam tindak jenayah pencurian.
Atas dasar itu, Imam Syafii menyatakan bahawa alat bukti yang digunakan untuk tindakan
jenayah pemberontakan adalah berkait dengan jenis tindak jenayah mereka yang lakukan.















29

Murtad
Secara etimologi, murtad berasal dari kata kata radd riddah yang diertikan sebagai; orang
ynag kembali, fimran Allah S.W.T dalam surah al Maidah, 5:21 yang berbunyi:
Ertinya:
(Nabi Musa berkata lagi): "Wahai kaumku, masuklah ke Tanah Suci (Palestin) yang
telah diperintahkan oleh Allah untuk kamu (memasukinya); dan janganlah kamu berbalik
undur ke belakang, (kalau kamu undur) maka kamu kelak menjadi orang-orang yang
rugi (di dunia dan di akhirat)".
Secara terminologinya, murtad bererti pernyataan keluar dari agama Islam oleh seorang muslim.
Para ulama fiqh memasukkan murtad sebagai salah satu tindak jenayah yang termasuk dalam
kategori hudud. Murtad itu dapat dilakukan melakukan melalui salah satu tiga cara, iaitu:-
(i) Tindakan menujukkan sikap tidak mahu mengikuti keyakinan yang telah ditetapkan
oleh ajaran Islam. Seperti tindakan menyembah berhala, tidak
menyembah Allah
(ii) Perkataan mengeluarkan suatu pernyertaan yang mengandungi sifat keluar dari
agama Islam. Seperti pernyataan seseorang yang menunjukkan
ketidakpercayaannya terhadap keEsaan dan keMahakuasaan Allah
(iii) Hati melalui suatu keyakinan yang menafikan kekuasaan Allah S.W.T
Ulama fiqh menyatakan bahawa unsur utama daripada tindakan jenayah murtad adalah:-
(i) Pernyataan keluar dari agama Islam
(ii) Dilakukan secara sedar dan sengaja

30

Hukuman bagi orang murtad
Para ulama fiqh bersepakat menyatakan bahawa hukuman terhadap murtad adalah hukum bunuh,
sesuai dengan sabda Rasulullah S.A.W yang menyatakan:
Dari Ibn Abbas r.a berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; siapa yang menukar
agamanya, maka kamu bunuhlah ia ( H.R al Jamaah [kebanyakan ahli hadis], kecuali
muslim )
Sabdanya lagi yang berbunyi:
Dari Abdullah bin Masud berkata dia: Rasulullah S.A.W bersabda; tidak halal darah
seorang muslim, melainkan dalam tiga hal, iaitu janda yang melakukan perzinaan, jiwa
dengan jiwa ( membunuh ), orang yang meninggalkan agamanya dan memisahkan diri
dari Jemaah ( mengacau masyarakat ) ( H.R. al Bukhari dan Muslim ).
Hukuman bunuh bagi orang orang murtad ini, menurut jumhur ulama tidak dibezakan apakah
ia lelaki mahupun wanita, kerana Rasulullah S.A.W menyatakan:
Hadis Muaz ketika Nabi S.A.W mengutuskan ke negeri Yaman baginda bersabda
kepadanya; lelaki mana saja yang murtad dari islam maka serulah ia ( agar kembali
kepada Islam ), jika ia kembali ( terimalah ), dan jika ia tidak mahu kembali kepada
Islam maka bunuhlah ia ( agar kembali kepada Islam ), jika ia kembali ( terimalah ), jika
dia tidak mahu kembali, maka bunuhlah ia ( H.R. al Tabrani dari Muaz ibn jabal )
Di samping itu, ulama juga mengemukakan hadis lain yang menyatakan:
Dari Jabir R.A berkata dia: Bahawa seorang wanita yang dikenal dengan nama Ummu
Marwan telah murtad dari Islam, lalu persoalan ini sampai kepada Nabi S.A.W.
Kemudian Nabi S.A.W menyuruh untuk mentaubatkannya, jika ia taubat ( terima ) jika
tidak mahu taubat, dia dibunuh.
Namun demikian, ulama tetap menganjurkan agar orang orang yang murtad itu wajib terlebih
dahulu diajak bertaubat dan kembali kepada keyakinan islam. Ajakan ini dilakukan sebanyak
tiga kali.
31

Jika mereka mahu bertaubat dan kembali kepada keyakinan islam, maka mereka diterima dengan
baik. Sebaliknya, jika mereka tidak mahu bertaubat dan kembali kepada kepada keyakinan islam,
bahkan mengadakan kekacauan di tengah tengah masyarakat Islam, seperti melakukan adu
domba di tengah tengah masyarakat Islam, maka orang murtad itu dikenakan hukuman bunuh.
Pembuktian atas tindakan jenayah murtad
Untuk pembuktian atas tindakan jenayah murtad juga, para ulama fiqh juga mengemukakan dua
alat bukti sebagaimana yang berlaku pada umumnya dalam pembuktian berbagai bagai tindak
jenayah hudud.
1. Saksi
2. Pengakuan
Syarat syarat saksi dan syarat syarat pengakuan sama dengan syarat syarat saksi dan
pengakuan pada tindakan jenayah hudud yang lain.












32

1. KESUKARAN PERLAKSANAAN HUDUD DI MALAYSIA
Hudud sukar dilaksanakan di negara ini kerana persekitaran berbeza berbanding hudud
yang dilaksanakan di peringkat permulaan dahulu.

Bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, pelaksanaan
hudud memerlukan penelitian kerana berdasarkan beberapa penulisan oleh ulama
terkenal, beberapa negara luar tidak mengamalkannya kecuali Arab Saudi yang menjadi
contoh pelaksanaan hudud.

Menurutnya, persekitaran yang membolehkan undang-undang hudud berfungsi dengan
adil selain di Arab Saudi, tidak wujud.

Hudud mestilah ditangguhkan sehingga suasana yang sesuai. Jika hudud dilaksanakan
juga, ia tidak akan mencapai tujuan yang ALLAH kehendaki, katanya.

Mohd Asri juga meyakini keikhlasan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat
mengenai hasrat Islam beliau yang mendalam yang ditunjukkan dalam amalan peribadi
dan politik.

Bagaimanapun katanya, tidak semestinya hal yang sama ada dalam diri setiap pembicara
hudud kerana kadang kala sebahagiannya mengelirukan pihak lain terutama masyarakat
bukan Islam di negara ini.

Kita tidak boleh mempertikaikan hukum ALLAH, tetapi kita boleh mempertikaikan cara
pelaksanaan dan pentafsiran hukum berkenaan oleh manusia, katanya.

Beliau berkata, menjadikan politik tertumpu kepada hudud bukan satu kebijaksanaan,
tidak tepat dari segi maqasid agama dan kepentingan politik.

Tujuan politik luas dan sepatutnya dibincangkan bagaimana memastikan tiada alasan
untuk sesiapa mencuri disebabkan keadilan dan kebajikan negara, katanya.
33

Musa Awang berkata:
Berbalik pada sejarah, pada tahun 1511, Kesultanan Melayu Melaka difahamkan sudah
pun melaksanakan hukum hudud. Bagaimanapun, kedatangan British pada 1874
menyebabkan hukum itu terhakis. Memburukkan lagi keadaan, fungsi mahkamah syariah
sudah dikecilkan sebagaimana yang kita lihat pada hari ini.
Mahkamah syariah pada waktu itu diletakkan di bawah mahkamah sivil dan sebarang
keputusan mahkamah syariah boleh dipinda oleh mahkamah sivil.

Selepas tahun 1988, pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan 121 (1A) telah
mengasingkan kedua-dua mahkamah itu, namun bidang kuasa mahkamah syariah masih
lagi rendah.
Sebagai contoh, mahkamah syariah hanya boleh menjatuhkan hukuman dalam kadar
yang agak ringan di mana pesalah hanya boleh dijatuhkan hukuman maksimum penjara 3
tahun, denda tidak melebih RM5,000 dan sebat tidak lebih daripada enam kali.
Secara total, itu sahaja kuasa yang tertakluk di bawah mahkamah seperti mana yang
diberikan oleh Perlembagaan Persekutuan. Maka sukar melaksanakan hudud sekiranya
bidang kuasa mahkamah syariah masih lagi kecil dan rendah.

Mengapa Brunei mampu laksanakan? Adakah kerana jumlah penduduk di negara itu
lebih kecil dan tidak berbilang kaum seperti di Malaysia?

Sistem di Brunei berbeza dengan Malaysia di mana kuasa tertinggi terletak pada sultan
sendiri dan negara tersebut mengamalkan pemerintahan secara monarki. Oleh yang
demikian, sultan berhak menitahkan sebarang arahan kepada kerajaannya sama ada mahu
dilaksanakan undang-undang Islam atau sebaliknya.
Perkara ini tidak berlaku di negara kita, Walaupun ada di kalangan sultan Melayu yang
menitahkan hukum hudud untuk dijalankan, namun ia tidak mengikat pihak Parlimen
untuk melaksanakannya.
34

2. HUKUM HUDUD DI ARAB SAUDI DAN BRUNEI
Secara keseluruhannya, hukum hudud di Arab Saudi dan Brunei adalah sama kerana
negara Brunei menjadikannya contoh dalam menerapakan hukum tersebut untuk
dijadikan sebagai peelembagaan negara. Dalam pada itu, sultan Brunei adalah
dikecualikan daripada dikenakan tindakan jenayah syariah begitu juga di Negara Arab
Suadi yang mana pihak diraja akan dikecualikan daripada dikenakan hukuman tersebut.
Pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr Asri Zainul Abidin
hari ini menyatakan bahawa hukum hudud perlu dilaksanakan namun hukuman tersebut
perlulah dikenakan kepada semua golongan termasuk golongan tertinggi negara.

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin yang juga merupakan bekas Mufti Perlis
berkata, sebagai contoh di negara Arab Saudi, hukuman hudud hanya dikenakan ke atas
rakyat namun tidak bagi golongan istana, oleh itu tambahnya kalau mengikut hudud
sebenar semua golongan perlu disabitkan hukuman hudud sekiranya didapati bersalah.
Dalam perbicaraannya juga mengatakan sebagai muslim kita wajib menyokong
perlaksanaan hukum hudud.Walau bagaimanapun,perlaksanaan hudud perlulah kepada
semua golongan yang tidak hanya kepada golongan bawahan sahaja.
3. RELEVANKAH PELAKSANAAN HUKUM HUDUD DI MALAYSIA? ADAKAH IA
SESUAI DENGAN MASYARAKAT MAJMUK SEPERTI MALAYSIA INI?

Hudud sentiasa relevan sepanjang masa. Malik Imtiyaz dan Salim Faruqi pun
mengatakan ini ialah hukum Quran. Dr Maslee Malik Dr. Maszlee Malik ( Pensyarah
Bahagian Fiqh dan Usul, UIAM ) dan Dr. Siti Zubaidah bt. Ismail. ( Pakar Syariah dan
Undang-Undang UM) berkata:

Ada dua isu tentang perlaksanaan di Malaysia.

Iaitu mekanisme dan cara pelaksanaannya. Dalam kerangka legal framework Malaysia
hudud susah dilaksanakan.

35

Di dalam PAS, isu hudud menyebabkan sayap ulama PAS bergiataktif semula selepas
idea Negara Berkebajikan. Ini mencerminkan perlumbaan kuasa di dalam PAS itu sendiri
di antara golongan golongan reformist dengan golongan traditionalist di dalam PAS.

Relevan tak relevan, itu bergantung kepada political will. PAS tidak mampu untuk
menjadi badan dominan di dalam Barisan Alternatif.

Berbanding dengan Indonesia yang pengamalan agamanya kuat tetapi tidak inginkan
hudud, berbanding dengan Malaysia yang pengalaman agamanya longgar tetapi inginkan
hukum hudud dilaksanakan, ini kembali kepada keselamatan.

Di UK, polis mereka lebih efisien dan keselematan mereka lebih ketat. Negara yang
good-governance itu negara yang lebih bagus.

Dalam tempoh 20 tahun, kenapa Bandar Kota Bharu tidak menjadi mesra-disable dan
tidak menjadi bandar yang bersih.

Sepatutnya itu lebih diutamakan terlebih dahulu berbanding cadangan perlaksanaan
hukum hudud?

Kita tidak beriman dengan pemikiran modernity ( the end of history). Kita beriman
bahawa negara itu sentiasa ada didalamnya amar-makruf dan nahi mungkar.

Di dalam Islam tiada kemuncak di dalam perkembangan sesuatu. Itu hanyalah pemikiran
Kristian-Evangelis. Islam menghormati kewujudan agama lain dan tugas kita membawa
rahmat ke seluruh alam.

Adakah Islam itu hanya pada ruang kekuasaan sahaja, ruang hukuman sahaja, atau
melingkupi semuanya.

Pada pendapat Musa Awang, dan beliau berkata, kita kena tengok keadaan semasa. Di
sini, kita bukan mempersoalkan hukum hudud itu tidak boleh dilaksanakan
36

memandangkan perkara itu sememangnya sudah termaktub dalam al-Quran. Cepat atau
lambat kita tetap wajib menjalankan.
Cuma yang kita mesti lihat adalah berkenaan masa, sama ada sesuai atau pun tidak,
malah pihak terlibat perlu juga melihat kekangan-kekangan yang mampu menidakkan
hukum hudud itu dilaksanakan.

Malaysia mempunyai dua sistem iaitu mahkamah sivil dan syariah. Jadi, sekiranya kita
hendak melaksanakan hudud di mahkamah syariah misalnya, ia juga secara tidak
langsung akan melibatkan beberapa peruntukan undang-undang yang sekarang tertakluk
di bawah mahkamah sivil.
Sebagai contoh, kesalahan mencuri; perkara tersebut sudah ada di bawah kanun
keseksaan. Di bawah kanun keseksaan pencuri mungkin dipenjarakan tetapi sekiranya
mengikut hudud, pesalah wajib dikenakan hukuman potong tangan. Perkara sama turut
berlaku terhadap kesalahan zina di mana ia tertakluk pada enakmen jenayah syariah. Di
bawah kesalahan itu, pesalah hanya boleh dipenjarakan tak melebihi 3 tahun atau didenda
lebih dari RM5,000 atau kedua-duanya sekali.
Secara total, kesemua kesalahan yang boleh didakwa di bawah hukuman hudud sama
sekali bercanggah dengan kuasa hukuman yang boleh dijatuhkan oleh mahkamah syariah.

Berbalik kepada hukuman hudud, saya berasa sudah ada kewajaran untuk pihak terbabit
melaksanakan hukuman itu. Hal ini berdasarkan pada statistik kesalahan atau jenayah
yang makin ketara di negara ini.

Namun, apabila kita sudah bersedia melaksanakannya nanti, pastinya akan terhasil satu
perubahan yang besar dan ketara. Antara yang boleh dilihat jelas adalah pelbagai
kesalahan di bawah mahkamah sivil akan dipindahkan ke mahkamah syariah.

Pelaksanaan hudud bukan melibatkan soal majmuk atau tidak sesebuah masyarakat itu
(jika nak dilaksanakan hudud). Hal ini kerana hudud hanya melibatkan orang Islam.
37

Orang bukan Islam mempunyai pilihan sama ada mahu memilih undang-undang sivil
yang sedia ada atau hukum hudud.
Jadi, soal majmuk bukan merupakan kekangan atau masalah yang membuatkan Malaysia
sehingga ke hari ini tidak mampu melaksanakan hudud.
4. ADAKAH MALAYSIA SUDAH BERSEDIA UNTUK HUKUM HUDUD?
Negara-negara yang menjalankan hukum hudud merupakan negara yang korup. Tanpa
good-governance, rules of law yang baik, ia akan membawa fitnah yang buruk kepada
hukum hudud itu sendiri.

Apabila majoriti inginkan pelaksanaan hukum hudud, bila nakkan majoriti, kita perlukan
kebebasan media, kena ada demokrasi dan perdebatan idea yang banyak. Bagaimana
majoriti ingin membuat keputusan tanpa mendapat pencerahan terhadap isu itu dengan
jelasnya?

Bila kita inginkan perlaksanaan hukum hudud, maka kita juga kena bersedia untuk
mendengar kritikan terhadap hudud itu sendiri daripada orang bukan Muslim. Kita tidak
memberitahu peluang dan menutup suara orang bukan Muslim di negara kita. Kita tidak
yakin dengan idea kita dan orang juga tidak yakin dengan idea kita.

5. SIAPA YANG BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MEMUTUSKAN HUKUMAN
TERSEBUT KEPADA PESALAH?
ADAKAH SUDAH ADA ENAKMEN PELAKSANAAN HUKUM HUDUD ITU
SENDIRI?

Sebenarnya ramai yang tidak tahu, perlembagaan Malaysia tidak melarang kepada
pelaksanaan hukum hudud. Yang menjadi halangannya, ialah Akta Mahkamah Syariah
1984.

Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah 2 1993 Negeri Kelantan dan 2001 Negeri
Terengganu, ia telah diluluskan tetapi tidak dapat dilaksanakan kerana kekangan dari
Akta Mahkamah Syariah 1984.
38


Dari segi pengkanunan Undang2, kita sudah ada Enakmen yang telah dibenarkan oleh
Mahkamah Syariah. Contohnya penjara atau pun denda bagi hukuman murtad dan minum
arak. Begitu juga di Pahang bagi kes Kartika Dewi.

Hudud Allah dalam erti kata yang luas. Apabila kebajikan rakyat dijaga, atau pun apabila
perkara-perkara basic itu telah dicapai, maka akan berlaku kesedaran di kalangan rakyat
dan akhirnya hukum hudud itu akan datang secara semulajadi.

Rahmat Allah ke atas sesuatu negara itu lebih penting. Kita sepatutnya sebagai muslim
memainkan peranan penting dalam menyebarkan dakwah.

Paling penting kita sentiasa berusaha untuk memartabatkan hukum Allah di dunia ini.

Ada 5 Enakmen Mahkamah Syariah yang ingin diselaraskan di Malaysia tetapi gagal
kerana ia masih belum mencapai kata sepakat atau perbincangan yang penuh.
Ada negeri yang ada Enakmen Mahkamah Syariah tetapi ada yang tiada. Contoh
termudah di Kuala Lumpur sendiri.

6. JIKA MALAYSIA MAHU LAKSANAKAN HUDUD APAKAH PERKARA UTAMA
YANG MESTI DIBUAT?

Musa Awang berkata lagi, perkara pokok yang perlu dibuat adalah meminda Perlembagaan
Persekutuan dengan kelulusan 2/3 ahli Parlimen daripada Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Keduanya, kerajaan perlu meminda akta bidang kuasa mahkamah syariah 1984 yang
membataskan bidang kuasa mahkamah syariah selama ini. Kedua-dua perkara tersebut
merupakan batasan atau kekangan yang menjadikan Malaysia tidak boleh melaksanakan
hukum hudud.



39

7. MENGAPA KELANTAN MASIH TIDAK MAMPU LAKSANAKANNYA? ADAKAH
PARLIMEN PENTING DALAM PROSES UNTUK LAKSANA HUDUD?

Kata Musa Awang, Kelantan tidak boleh melaksanakan hudud disebabkan keterbatasan akta
bidang kuasa mahkamah Syariah 1984 untuk menjatuhkan hukuman seperti yang dijelaskan
dalam hukum hudud. Kuasa yang diberikan oleh Parlimen kepada kerajaan negeri merujuk
jadual 9 senarai 2, khusus melibat jenayah-jenayah bersifat individual sahaja.

Selain itu, sebarang undang-undang yang hendak dibuat dan dijalankan oleh kerajaan negeri
mesti selari dengan perlembagaan. Hal ini bermaksud, sebarang hukuman yang hendak
dibuat oleh kerajaan negeri mesti tidak boleh mendahului daripada segala yang termaktub di
dalam perlembagaan. Perkara tersebut yang menyebabkan sehingga ke hari ini Kelantan tidak
dapat laksanakan undang-undang Islam itu.

8. APAKAH LANGKAH YANG PERLU DIAMBIL SUPAYA HUDUD DAPAT
DITERIMA SELURUH MASYARAKAT DI NEGARA INI?
Pada pendapat Musa Awang, dan beliau berkata lagi, sebenarnya ini adalah tugas orang-
orang dakwah atau pun pihak jabatan agama serta kerajaan. Pihak-pihak ini perlu memberi
penjelasan lebih terperinci mengenai apa itu hudud dan bagaimana ia dilaksanakan.

Sebenarnya hukuman hudud itu ada tahapnya dan bergantung kepada kesalahan yang
dilakukan. Contohnya seperti berzina, secara umumnya, masyarakat hanya tahu hukuman
bagi kesalahan itu adalah sebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan rejam sampai mati
bagi yang telah berkahwin.
Tapi sebenarnya, pembuktian zina itu terlalu ketat sebab kes-kes zaman Nabi pun yang
pernah dihukum, semuanya berdasarkan pengakuan orang yang melakukan kesalahan dan
bukannya berdasarkan keterangan saksi.

Maksudnya, mahu membuktikan zina itu perkara yang amat sukar sekali. Berkemungkinan
pada zaman ini hukuman hudud untuk kesalahan berzina ini tidak akan berlaku kerana sukar
40

untuk dibuktikan. Jadi jika perkara ini dijelaskan kepada masyarakat, mereka tidak akan risau
dan menentang perlaksanaan hukum hudud ini.
9. APAKAH SYARAT SYARAT PERLAKSANAAN HUDUD?

Dalam hal ini, Ahmad Shukri Yusoff, penulis The Malaysian Insider, berpendapat bahawa
sekiranya kita mengambil dan memilih syariat Islam, pasti kita mengambil semuanya sekali,
bukannya yang berkaitan dengan hukum jenayah sahaja yang merupakan antara ayat-ayat
yang terakhir diturunkan dalam surah Al-Maidah dan surah An-Nur.
Prof Dr Yusof Al-Qaradawi dalam salah satu komentarnya tentang pelaksanaan hudud
menyebut Ayat yang menyentuh berkenaan dengan hudud sebanyak 10 ayat sahaja, tetapi
kenapa kita memberi penekanan kepada ayat-ayat tersebut dan meninggalkan atau melupakan
lebih 6,000 ayat yang lain?
Faktor ini mungkin berlaku kerana sebahagian kita melihat bahawa pelaksanaan hukum
hudud merupakan sejelas-jelas lambang kewujudan negara Islam dan khilafah Islamiyah.
Umat Islam melihat pelaksanaan hukum hudud sebagai cara yang nyata membezakan
pelaksanaan undang-undang barat dengan undang undang Islam walaupun sistem
kekeluargaan Islam, sistem zakat dan kewangan Islam yang lain sudah diamalkan.
Kenyataan di atas adalah benar, tetapi meyakini keadilan dan keindahan syariat Allah adalah
satu perkara dan bila ianya patut dilaksanakan adalah satu perkara yang berbeza.
Dalam perundangan Islam, seorang hakim sebelum membuat keputusan untuk menjatuhkan
hukuman potong tangan kepada pencuri perlu memastikan bahawa yang tertuduh sudah
mendapatkan segala haknya sebagai rakyat daripada pemerintah, samada dalam bentuk
makan minum, tempat tinggal dan penjagaan kesihatan yang sepatutnya diperolehi oleh
dirinya dan keluarganya.
Maka jika berlaku jenayah, ia dilakukan oleh pencuri itu bukannya kerana faktor kesempitan
hidup.
Khalifah Saidina Umar menangguhkan hukuman hudud daripada dilaksanakan pada tahun
yang dinamakan tahun kemarau atau tahun kelaparan kerana negara ketika itu tidak mampu
41

menunaikan tanggungjawabnya kepada rakyat dalam memastikan rakyatnya mendapat cukup
makan minum mereka.
Sesungguhnya pelaksanaan syariah Islam adalah dengan maqasid bukannya dengan hudud,
hukuman pada kesalahan hanyalah sebagai jalan dan ianya bukan matlamat.
Dalam membicarakan isu hudud ini, perbincangan harus berarah kepada dua sudut, iaitu:-
- Keyakinan bahawa undang-undang ini ialah untuk menghalang jenayah dan dosa
tersebut serta menghalang kesan buruk kepada manusia. Hal ini demikian supaya
perundangan Islam tidak bertindak zalim kepada manusia.
- Syariat Islam meletakkan syarat-syarat tertentu untuk pelaksanaan hukum hudud
tersebut sebagaimana juga syariat meletakkan keadaan dan suasana yang
membolehkan pelaksanaan hukum tersebut ditangguh dahulu.
Sekiranya dua perkara di atas diabaikan, ianya bermaksud pelaksanaan hukum tersebut
keluar daripada maqasid syariah.
Ini dapat kita fahami daripada sabda Rasulullah yang bermaksud,
"Hindarilah atau jauhilah hukuman hudud dengan sebab ada syubhat atau kesamaran"
(Hadis Riwayat Tirmizi).
Dalam semangat yang sama, Khalifah Umar Bin Abdul Aziz pernah menyebut:
Kesilapan kerana aku memberi kemaafan lebih baik daripada kesilapan aku
menjatuhkan hukuman.
Rasulullah S.A.W sendiri sebelum melaksanakan hukum hudud bagi pencuri baginda
terlebih dulu melaksanakan Islam secara keseluruhnnya.
Mesti ada perancangan rapi daripada pelbagai sudut dan ada jaminan keadilan bahawa
semua orang sama di hadapan undang-undang tanpa memilih pangkat, status dan
kedudukan serta dilaksanakan pengajaran dan pendidikan Islam yang menyeluruh dalam
masyarakat.
Bagaimana hendak melaksanakan hudud jika negara dan rakyat masih belum
mengamalkan kesyumulan Islam, pendidikan dan kesedaran agama masih dipinggirkan
dan hak asasi rakyat dinafikan.
42








Rujukan
1. Mohd. Said Ishak (2000), Hudud dalam Fiqh Islam, Universiti Teknologi Malaysia
2. http://www.surah.my/
3. http://www.islamgrid.gov.my/articles/law/jenayah-pengertian-hukum.php
4. http://www.niknasri.com/?p=11795
5. http://www.sinarharian.com.my/wawancara/malaysia-perlu-laksana-hudud-1.230954
6. https://ms-my.facebook.com/notes/mohammad-f-az/relevankah-pelaksanaan-hukum-
hudud-di-malaysia/10150434209648529
7. http://www.themalaysianinsider.com/rencana/article/isu-hudud-ahmad-shukri-yusoff

Anda mungkin juga menyukai