Anda di halaman 1dari 3

Diminta kepada semua guru, ibu bapa dan murid-murid untuk mengambil tempat.

Majlis kita akan


bermula sebentar sahaja lagi.
___________________________________________________________________________________
Salam sejahtera dan selamat petang diucapkan kepada guru besar, semua guru-guru dan staff sokongan,
semua ibu bapa /penjaga yang sudi hadir pada hari ini dan rakan-rakan seperjuangan sekalian.
Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Ilahi dengan limpah kurniaNya dapat kita bersama-sama
berkumpul di dalam dewan yang serba indah ini bagi menjayakan majlis iftar Jamaie iaitu majlis berbuka
puasa perdana. Majlis Iftar Jamaie kita pada hari ini juga merupakan majlis penutupan bagi program
Ihya Ramadhan yang telah diadakan selama 3 minggu bermula 30 Jun hingga 22 Julai 2014.
Bagi memberkati majlis kita pada hari ini, majlis mempersilakan Nur Salha Amylda untuk membacakan
doa. Dipersilakan.


Amin amin ya rabbal alamin. Terima kasih Amylda di atas bacaan doa sebentar tadi. Sekarang marilah
kita bersama-sama mendengar alunan zikir taubat yang akan disampaikan oleh semua murid-murid
Islam Tahun 1 hingga 6. Ibu bapa/ penjaga semua boleh juga mengikuti bacaan zikir ini. ibu bapa boleh
merujuk bacaan zikir yang telah dicatat di dalam buku program yang disediakan.
Majlis mempersilakan semua murid Islam untuk menasyidkan zikir taubat bersama-sama. Dipersilakan
semua murid Islam untuk naik ke pentas.
_____________________________________________________________________________________
Alhamdulillah, selesai alunan zikir taubat kita sebentar tadi. Semoga zikir yang kita alunkan sebentar tadi
dapat menjadi titik tolak kepada kita supaya menjadi seorang Muslim yang sejati.
Seterusnya, marilah kita bersama-sama menonton satu tayangan video yang berkaitan dengan aktiviti-
aktiviti panitia pendidikan Islam sepanjang tahun 2014.

Amboi, tersenyum semua ya apabila melihat wajah sendiri di dalam video tadi. Untuk makluman ibu
bapa / penjaga sekalian, video yang kita lihat sebentar tadi adalah merupakan rakaman sebenar yang
sempat diambil sepanjang aktiviti dijalankan.
Rasanya tidak lengkap majlis kita jika kita tidak mendengar ucapan dari guru besar, Madam Chong Hui
Hung. Majlis mempersilakan Madam Chong Hui Hung untuk memberikan sepatah dua kata seterusnya
merasmikan majlis penutupan Program Ihya Ramadhan. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.


Syukran jazilan, terima kasih di ucapkan kepada guru besar, madam chong di atas ucapan yang penuh
bermakna sebentar tadi.
Seterusnya, majlis mempersilakan Ustazah Azira untuk menyampaikan tazkirah Ramadhan. Dipersilakan.


Syukran jazilan ya ustazah di atas tazkirah yang bermanfaat yang telah disampaikan sebentar tadi.
Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan panduan kepada kita semua dalam menjalani kehidupan
sebagai seorang Muslim di atas muka bumi Allah ini.
Seterusnya, tibalah masa yang ditunggu-tunggu, iaitu penyampaian hadiah bagi pertandingan-
pertandingan yang diadakan sepanjang program Ihya Ramadhan baru-baru ini. sebanyak 3 pertandingan
telah diadakan iaitu pertandingan kuiz, pertandingan mewarna dan pertandingan mencipta kad hari
raya.
Tanpa melengahkan masa lagi, majlis menjemput guru besar, madam chong untuk menyampaikan
hadiah kepada para pemenang.

Bagi pertandingan kuiz Ramadhan:
Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh Mohamad Aqmal dari tahun 3.
Tempat kedua pula dimenangi oleh Syafiqa dari tahun 4.
Manakala, tempat pertama pula dimenangi oleh Nur Salha Amylda dari tahun 4.

Seterusnya bagi pertandingan mewarna :
Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh
Tempat kedua pula dimenangi oleh
Manakala, tempat pertama pula dimenangi oleh



Seterusnya bagi pertandingan mencipta kad hari raya:
Pemenang tempat ketiga dimenangi oleh
Tempat kedua pula dimenangi oleh
Manakala, tempat pertama pula dimenangi oleh

Terima kasih diucapkan kepada guru besar kerana sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang.
Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Kepada yang tidak berjaya, jangan kecewa dan teruskan
usaha pada masa akan datang.

Alhamdulillah dengan penyampaian hadiah sebentar tadi, maka berakhirlah majlis kita pada hari ini.
selepas ini, tepat jam 6.48 petang, kita akan bersama-sama menikmati jamuan berbuka puasa.
Terimalah pantun daripada saya;

Kalau ada sumur di ladang,
Boleh saya menumpang mandi,
Kalau ada umur yang panjang,
Insyaallah dapat kita berjumpa lagi.

Sekian, terima kasih. selamat berbuka puasa dan selamat hari raya.