Anda di halaman 1dari 7

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

Tarikh: 4 September 2012


Masa: 30 minit
Kelas: 4 Cerdas
Bilangan pelajar: 17 orang
Mata pelajaran: Sains
Topik: Sifat bahan
Objektif pembelajaran:
1.1) Memahami sifat bahan
Hasil pembelajaran:
1) Murid dapat ,mengenalpasti bahan yang membenarkan cahaya melaluinya
Pengetahuan sedia ada:
1) Murid telah mengetahui bahawa
Kemahiran saintifik (KS): memerhati, mengelas, berkomunikasi, mentafsir data
Kemahiran Berfikir (KB): menciri, menjana idea, menghubungkait, membanding
beza, mengelas, menganalisis.
Sikap saintifik dan nilai murni: kejujuran, keberanian, yakin, kerjasama,
bertanggungjawab
Bahan pengajaran dan pembelajaran: bekas, bola pingpong, guli, batu, jadual
bahan, botol plastik dan kaca, plastik berwarna dan jernih, pensel




Fasa / Masa Isi
Kandungan
Aktiviti Pengajaran dan
Pembelajaran
Catatan

Orientasi
(2 minit)




Mengenali
sifat bahan


Guru menunjukkan tiga bekas
yang bersifat lutsinar (bekas A),
lutcahaya (bekas B) dan legap
(bekas C) yang diisi dengan bola
pingpong, guli dan batu.
Guru bertanyakan soalan kepada
murid:
1) Apakan yang boleh kamu lihat
dalam bekas A?
Jawapan: Bola pingpong
2) Apakah warna bola pingpong
itu?
Jawapan: Merah, biru dan hijau
4) Apakah yang terdapat dalam
bekas B?
Jawapan: Guli
5) Berapa biji guli terdapat dalam
bekas itu:
Jawapan: 5 biji
6) Apakah yang terdapat dalam
bekas C?
Jawapan: Tidak tahu
7) Dapatkah anda melihat isi
kandungan bekas C?
Jawapan: Tidak

Guru mengaitkan jawapan yang
diberi oleh murid dengan
pembelajaran pada hari ini iaitu
sifat bahan yang lutsinar,
lutcahaya dan legap.

KS: pemerhatian

BBM: bekas, bola
pingpong, guli, batu

Nilai: jujur, berani
mencuba, yakin


Pencetusan
idea
(5 minit)

Ciri-ciri
bahan
lutsinar,
lutcahaya
dan legap



Guru menerangkan bahawa
terdapat bahan yang bersifat
lutsinar, lutcahaya dan legap.
Guru menerangkan kepada
murid tentang ciri-ciri bahan
tersebut.
1) Lutsinar:
membenarkan
keseluruhan cahaya
melaluinya.
Objek dapat dilihat
dengan jelas melaluinya
2) Lutcahaya:
Membenarkan
sebahagian cahaya
melaluinya.
Objek kelihatan kabur.
3) Legap:
Tidak membenarkan
cahaya melaluinya.
Objek tidak dapat dilihat.

Guru bertanya kepada murid
contoh-contoh bahan
lutsinar, lutcahaya dan legap
yang diketahui mereka dan
seterusnya meminta mereka
menerangkan ciri-ciri bahan
tersebut.




KB: mencirikan,
menjana idea,
menghubungkait,

Nilai: keberanian

Penstrukturan
semula idea
(10 minit)


Penyiasatan
sifat bahan
lutsinar,
lutcahaya
dan legap

Guru membahagikan murid
kepada 4 kumpulan
Wakil setiap kumpulan akan
mengambil bahan yang
disediakan iaitu botol plastik,
botol kaca, plastik berwarna
(legap dan lutcahaya) dan
plastik jernih.
Murid menjalankan
penyiasatan sama ada bahan
tersebut lutsinar, lutcahaya
atau legap.
Murid diminta untuk
meletakkan sebarang objek
seperti pensel di belakang
bahan yang diuji dan
membuat pemerhatian sama
ada objek tersebut dapat
dilihat dengan jelas, kabur
atau tidak dapat dilihat.
Murid telah disediakan
dengan jadual bahan dan
mengelaskan bahan-bahan
yang duji ke dalam 3 kategori
iaitu lutsinar, lutcahaya dan
legap.
Guru meminta wakil setiap
kumpulan membentangkan
keputusan yang diperoleh.
Guru meminta murid
menjelaskan ciri-ciri bahan
tersebut dan membanding

KS: memerhati,
mengelas,
berkomunikasi,
mentafsir data

KB: mencirikan,
membanding dan
membezakan,
mengumpulkan dan
mengelaskan,
menghubungkaitkan

Nilai: kejujuran,
kerjasama,
bertanggungjawab,
keberanian,


BBM: jadual bahan,
botol plastik dan
kaca, plastik
berwarna dan
jernih, pensel.
bezakan sifat-sifatnya.

Aplikasi idea
(8 minit)

Contoh
penggunaan
bahan
dalam
kehidupan

Guru memberikan beberapa
situasi dan meminta setiap
kumpulan untuk berbincang
dan memberikan jawapan
bagi setiap situasi.

Situasi 1:
Pada suatu pagi kamu terjaga dari
tidur dan mendapati bahawa bilik
tidur kamu sangat terang dan
dimasuki cahaya matahari. Apakah
yang kamu lakukan untuk
mengurangkan cahaya yang masuk
ke dalam bilik?
Jawapan: Menutup langsir pada
tingkap

Situasi 2:
Kamu sedang berjalan pulang ke
rumah dan cuaca pada hari itu
sangat panas. Apakah yang kamu
akan lakukan?
Jawapan: Gunakan payung

Situasi 3:
Kamu pulang ke kampung bersama
keluarga menaiki kereta dan
menikmati pemandangan di
sepanjang perjalanan. Mengapakah
kamu dapat melihat pemandangan
dengan jelas?

KB: menganalisis,
menjana idea,
menghubungkait.

Nilai: keberanian
dan keyakinan
Jawapan: Kerana cermin kereta
lutsinar.


Refleksi
( 5 minit)

Kesimpulan
secara
keseluruhan

Guru mengimbas kembali
apa yang dipelajari pada hari
ini.
Guru meminta murid
membuat kesimpulan dan
menyatakan sifat bahan yang
dipelajari pada hari ini.
Bahan yang legap
tidak membenarkan
cahaya melaluinya
dah objek tidak dapat
dilihat melaluinya.
Bahan lutcahaya
hanya membenarkan
separuh cahaya
melaluinya dan objek
kelihatan kabur
apabila dilihat.
Bahan lutsinar
membenarkan
kesemua cahaya
melaluinya dan objek
dapat dilihat dengan
jelas,

KB: mengimbas
kembali, membuat
kesimpulan.

Nilai: keberanian





Jadual Pengelasan Objek

Bahan
Lutsinar
Bahan
Lutcahaya
Bahan
Legap

Anda mungkin juga menyukai